Tuesday, November 6, 2012

DUNIA HAMPIR KIAMAT...DENGAN BERLUMBA2 MEMBUAT BANGUNAN2 TINGGI

MAIS siasat pengurusan masjid


MASJID Al-Husna yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya.



SUBANG JAYA – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Masjid Al-Husna di Bandar Sunway, di sini jika siasatan mendapati berlaku kepincangan dalam pengagihan wang bantuan hari raya kepada anak yatim.
Pengurus Perhubungan Korporat MAIS, Rohana Hassan berkata, pihaknya telah memulakan siasatan mengenai dakwaan seorang ibu bahawa lima orang anaknya yang merupakan anak yatim tidak mendapat bantuan yang disalurkan oleh badan itu melalui masjid tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Menurut beliau, pihaknya telah menyemak semua dokumen berkaitan dan akan menghantar beberapa pegawainya ke masjid berkenaan untuk membuat siasatan pada minggu ini.
“Kita sedang siasat perkara ini termasuk pergi ke masjid terlibat minggu ini untuk mengenal pasti masalah ini. Tindakan bergantung kepada hasil siasatan yang diperoleh kelak.
“Isu seperti ini pertama kali dibangkitkan kepada MAIS dan kami berharap dapat menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ibu tuntut masjid serah bantuan

Posted on the November 6th, 2012 under Tempatan by admin


SARIFFAH (dua dari kiri) bersama empat daripada lima orang anaknya menunjukkan salinan laporan polis di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.
SUBANG JAYA – Seorang peniaga pusat kesihatan menuntut pihak pengurusan sebuah masjid di sini menyerahkan bantuan hari raya terkumpul berjumlah RM3,000 yang didakwa diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk lima orang anaknya sejak enam tahun lalu.
Sariffah Mat Nor Rashid, 45, mendakwa, pengurusan masjid berkenaan gagal menyerahkan bantuan hari raya untuk golongan anak yatim itu kepada anaknya sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit kronik pada tahun 2005.

“Lima anak saya yang kini berusia antara tujuh hingga 13 tahun sepatutnya menerima bantuan hari raya tersebut daripada MAIS sebanyak RM100 seorang selepas mereka menjadi anak yatim.
“Malangnya, pihak masjid tidak menyerahkan wang itu dengan alasan MAIS tidak menyalurkan bantuan hari raya untuk kelima-lima anak saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kosmo

Mati ditembak di kepala



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Sunder mati selepas ditembak seorang lelaki di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Beberapa pelanggan dan pekerja sebuah pusat cuci kereta semalam gempar apabila seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak nekad menembak mati tauke premis itu dalam kejadian di Jalan Baiduri, Taman Perling di sini semalam.
Kejadian pukul 12.45 tengah hari itu mengakibatkan N. Sundar, 36, mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan dari jarak dekat di kepala dan dadanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan memberitahu, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan dari segenap sudut untuk memburu suspek.

Doktor didakwa cabul budak

DI klinik inilah Harris George dikatakan telah mencabul seorang kanak-kanak lelaki pada 20 Oktober lalu.


JOHOR BAHRU – Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bulan lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Navin Harris George, 40, didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas mangsa pada 20 Oktober lalu di antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Poliklinik Navin, Taman Bukit Indah, Nusajaya di sini.
Dalam pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa sengaja merangsang mangsa ketika dalam perjalanan menuju ke Poliklinik Navin pada tarikh dan waktu yang sama semasa menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Maut kena sengat ikan pari



SENGAT ikan pari sangat berbahaya hingga boleh membawa maut jika terkena.



MUAR - Seorang nelayan meninggal dunia selepas koma selama dua hari apabila terkena sengat ikan pari pada tangan kanannya ketika hendak mengeluarkan haiwan tersebut yang tersangkut pada jaring Sabtu lalu.
Pesara tentera, Rashid Arshad, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.
Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Rashidah Ali, 48, memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi Sabtu lalu apabila suaminya turun ke laut dan memasang sebanyak 60 jaring untuk menangkap ikan bersama seorang rakan sejam sebelum itu.
Katanya, semasa menarik dua jaring terakhir, suaminya cuba mengeluarkan seekor ikan pari yang tersangkut namun tanpa diduga, tangan kanan suaminya telah terkena sengat.

Prosedur pakaian bomba diperketat

WAN MOHD. NOR IBRAHIM


KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memperketat prosedur pemakaian pakaian dan aksesori anggotanya semasa bertugas di lapangan bagi mengelak sebarang kejadian di luar jangkaan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil kerana terdapat segelintir anggota yang didapati menanggalkan aksesori seperti sarung tangan dan penutup muka semasa menjalankan operasi mengawal kebakaran.
"Pakaian serta aksesori tidak boleh diambil mudah. Mereka seharusnya tidak menanggalkan aksesori atau pakaian semasa berada dalam kawasan operasi dan hanya boleh menanggalkannya apabila sudah keluar dari kawasan berkenaan," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden kecederaan yang dialami 10 anggota bomba pada muka dan tangan apabila salah satu daripada empat tangki minyak pelincir di kilang tayar di Kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu meletup Ahad lepas.

Pemandu kontena dipaksa kejar trip



SEBAHAGIAN daripada pemandu lori kontena berkumpul secara aman di Butterworth, semalam.



BUTTERWORTH - Kira-kira 70 pemandu kontena dari sebuah syarikat yang berpangkalan di Perai di sini berkumpul secara aman semalam bagi membantah tindakan majikan mereka yang didakwa memaksa bekerja melebihi had masa yang sepatutnya.
Rata-rata mereka yang ditemui mendakwa syarikat berkenaan bukan sahaja enggan berunding dengan pekerja untuk menyelesaikan perkara itu malah mengugut mereka dengan mengeluarkan surat berhenti kerja sekiranya pekerja enggan menuruti arahan tersebut.
Wakil pekerja, Anuar Yusof, 45, berkata, pemandu kontena terlibat dipaksa melakukan tiga trip perjalanan antara Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Perai di sini bagi mengangkut barangan dagangan seperti kayu dan getah dari Thailand sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, jarak perjalanan sehala antara kedua-dua lokasi itu ialah 80 kilometer.

4,245 mangsa banjir empat negeri



KETUA WANITA UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) memangku bayi, Mohamad Adil Putera Mohd. Amin, satu bulan, ketika melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil semalam.



KUALA LUMPUR - Banjir akibat hujan berterusan di Johor, Melaka, Perak dan Selangor sejak seminggu lalu menyebabkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir mencecah 4,245 orang.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie (gambar kecil) berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuka pusat pemindahan di kawasan berkenaan untuk menempatkan mangsa banjir.
"Jumlah pusat pemindahan yang dibuka ialah 29 buah iaitu 17 buah terletak di Johor, dua di Melaka, dua di Perak dan lapan di Selangor," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pakej kebajikan Astro di Pusat Aktiviti Warga Emas Cheras Baru di sini semalam.

Ular sawa dilayan bagai 'anak kandung'

PHANG CHIA TAK, anak kepada Joon Siong, bermain dengan ular di rumahnya di Stutong Baru, Kuching semalam.


KUCHING - Siapa sangka ular sawa yang sinonim dengan kelicikan dan ganasnya boleh menjadi begitu manja dan bebas bermain di dalam rumah seorang kontraktor, Phang Joon Siong sejak 22 tahun lalu.
Pasti ramai yang kehairanan apabila melihat Joon Siong yang berusia 52 tahun sibuk melayan seekor ular sawa jantan sepanjang tujuh meter dengan berat mencecah 80 kilogram.
Paling pelik, rasa sayangnya terhadap reptilia itu memang tiada batas apabila dia menganggap ular sawa yang dinamakan sebagai Sako atau bermaksud 'abang kandung' itu sebagai anak kandung sendiri.
Joon Siong ketika ditemui Kosmo! berkata, pada awalnya, dia enggan menerima Sako daripada seorang rakannya pada tahun 1990 kerana geli menyentuh ular itu.
Namun, ekoran rasa cintanya terhadap haiwan sejak kecil membuatkan dirinya memahami haiwan itu dan melayan reptilia tersebut dengan begitu manja.

Bajet besar ketua menteri dipersoal

GEORGE TOWN – Seorang wakil rakyat pembangkang semalam mempersoal berhubung tiada pecahan khusus mengenai apa yang didakwanya sebagai peruntukan besar untuk pejabat ketua menteri, setiausaha kerajaan negeri (SUK) dan pegawai kewangan negeri di bawah Bajet Negeri Pulau Pinang 2013.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, peruntukan bagi pejabat ketua menteri dan pejabat SUK berjumlah lebih RM129 juta, manakala jabatan kewangan negeri lebih RM648 juta.
Menurut beliau, jumlah yang besar itu menimbulkan syak wasangka berhubung wujudnya agenda tersirat terutama menjelang pilihan raya umum.
“Ini amat merisaukan terutamanya menjelang pilihan raya. Lebih RM600 juta dalam jabatan kewangan negeri. Anda memberikan akses kepada tiada siapa yang tahu.
“Ini akan mengundang kepada syak wasangka bahawa kerajaan negeri atau orang-orang tertentu dalam kerajaan itu mempunyai agenda tersirat untuk menyorokkan apa-apa yang hendak dilaksanakan demi kepentingan parti menjelang pilihan raya nanti,” katanya.

Ecuador rancang bina menara tertinggi dunia


BANGUNAN Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.



QUITO - Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia.
Timbalan Gabenor Quito, Marcela Costales berkata, selain menarik ramai pelancong, menara itu akan menjadi simbol penghormatan kepada budaya penduduk pribumi, Quitu-Cara.
Menara tersebut dilaporkan menelan kos AS$200 juta (RM612.3 juta) untuk dibangunkan.
Costales berkata, beberapa pelabur asing dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah serta Qatar telah melawat Ecuador dan berminat untuk melabur dalam pembinaan itu.
Sehingga kini, Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 828 meter.
Sementara itu, pendokong utama pembinaan menara yang termasuk dalam Quito ialah gabenor wilayah Pichincha, Gustavo Baroja.
Katanya, pembinaan bangunan paling tinggi itu akan dinamakan sebagai Menara Matahari.
"Kami mahu ia menjadi satu ikon global yang mencerminkan siapa diri kami," kata Baroja. - AFP

Bangunan Tinggi : Kita yang semakin angkuh

Burj Dubai
Sejak dulu, manusia memang mempunyai kecenderungan berlumba-lumba untuk membuat bangunan-bangunan megah dan tinggi. Selain berfungsi sebagai pusat perniagaan, monumen dan lain-lain, tentu sahaja manusia membangunkannya sebagai lambang prestij.
Masih ingatkah lagi kisah kaum ‘Aad (kaum Nabi Hud) yang terkenal mahir membuat bangunan megah dan menara-menara batu yang tinggi dengan memahat bukit-bukit batu sebagai tempat kediaman mereka? Kita tentu juga masih ingat dengan Piramid sebagai bangunan legenda dan simbol kemegahan tamadun Mesir Purba. Dalam sejarah kenabian Musa, Firaun juga pernah mengarahkan perdana menterinya, Haman untuk membuat bangunan super-tinggi hanya untuk boleh melihat Tuhan yang diagung-agungkan Nabi Musa, tetapi bangunan itu runtuh sebelum siap dibina.


piramid
Firaun sehingga mengaku sebagai Tuhan dengan tamadun Mesir Purba yang hebat masa itu, dengan bangunan Piramid dan Sphinxnya yang terkenal hingga di zaman moden ini.
Masa kini, beberapa bangunan dan menara yang kerap menimbulkan rasa kagum bagi kita yang menyaksikannya dan berlumba-lumba mencatat nama dalam Guinness Book of Record. Beberapa negara seolah-olah berlumba-lumba untuk menonjolkan siapa yang paling hebat dalam membuat bangunan super-tinggi.
Sekarang sudah tercatat 10 bangunan tertinggi di dunia yang kita ketahui seperti (mengikut susunan tingginya): Taipei 101 Building di Taiwan (509 meter), Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur Malaysia (452 meter), Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (442 meter), Menara Jin Mao, Shanghai, China (421 meter), Two International Finance Center, Hongkong (415 meter), CITIC Plaza, Guangzhou China (391 meter), Shun Hing Square, Shenzhen, China (384 meter),Empire State Building, New York, AS (381 meter), dan terakhir Central Plaza, Hong Kong (374 meter).
Sekarang beberapa negara mula merancang bahkan sedang membuat bangunan yang jauh lebih tinggi melampaui Taipei 101 Building. UAE sudah merintisnya. Di Dubai, bandar pelancongan yang paling mewah di Timur Tengah itu kini sedang dibina menara yang setinggi 800 meter iaitu “Burj Dubai”, bangunan ini berfungsi sebagai salah satu tarikan pelancongan di negara tandus itu.
Yang lain, walau masih dalam perancangan, Kuwait, merancang akan membina Menara Al-Mubarak setinggi 1001 meter (1 kilo meter lebih!). China pun tak mau kalah, sebagai pemegang rekod pambuat bangunan-bangunan tinggi, di Shanghai akan dibina menara setinggi 1228 meter yang – mungkin – kelak akan diberi nama “Shanghai Tower”.
Dubai, masih tidak mahu kalah, negeri tandus yang digelar syurga dunia itu,walaupun belum selesai membina Burj Dubai, sedang merancang pembangunan gedung setinggi 2,5 kilometer: Dubai Vertical City, yang kelak menjadi ikon baru di bandar Dubai.
Idea yang lebih gila lagi, entah logik atau tidak, Jepun sedang merancang projek pembangunan gedung mega raksasa yang disebut “X-Seed 4000″ dengan ketinggian 4000 meter (4 kilometer, bro!!). Melebihi ketinggian Gunung Fuji!
Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini seolah ‘mengejek’. Meninggalkan seribu masalah yangharus menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti masalah kemiskinan, bencana alam, jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan lain-lain.
Dari satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah dengan akal dan ilmu. Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, sehingga ada yang berpendapat kalau Piramid itu bukan dibuat oleh manusia, melainkan Jin atau Alien yang membinanya, ini membuktikan di balik misteri itulah disimpan kecerdasan luar biasa manusia yang masih belum terungkap sepenuhnya termasuk dalam membuat bangunan walaupun kecanggihan teknologi masa kini.
Kita amat mengelakkan , kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun.
Bahkan di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia.
kaabah
Tentu kita tidak mahu Allah mengulangi bencana badai gurun mengerikan yang menggulung Kaum ‘Aad hingga menjadikan mereka mayat-mayat bergelimpangan, atau menenggelamkan kita dalam ombak Laut Merah yang pernah melahap Firaun dan tenteranya itu?
Posted @ www.isuhangat.net . Wallahualam.

 


Tanda-tanda Kiamat

Sebagian ulama menggolongkan tanda Kiamat berupa diutusnya Imam Mahdi ke tengah ummat sebagai ”Tanda Penghubung” antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Artinya, kedatangan Imam Mahdi tidak termasuk tanda-tanda kecil Kiamat namun tidak juga digolongkan ke dalam tanda-tanda besar Kiamat. Kedatangan Imam Mahdi mengindikasikan telah tuntas munculnya tanda-tanda kecil Kiamat yang sangat banyak dan sebagian besar datang terlebih dahulu. Dan pada saat yang sama kedatangan Imam Mahdi menandakan sudah dekatnya akan munculnya tanda-tanda besar Kiamat yang datang belakangan dan berjumlah sepuluh.
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Para ulama telah membagi tanda-tanda Kiamat ke dalam dua kelompok. Ada tanda-tanda Kiamat kecil dan tanda-tanda Kiamat besar . Tanda-tanda kecil berjumlah sangat banyak dan umumnya datang lebih awal. Sedangkan tanda-tanda besar datang belakangan dan berjumlah sepuluh. Tanda kecil yang paling awal berupa ”diutusnya Nabi Muhammad ke muka bumi.” Semenjak peristiwa sangat agung itu terjadi, dunia menyaksikan bermunculannya aneka tanda-tanda kecil Kiamat berikutnya. Hingga dewasa ini sudah banyak sekali tanda-tanda kecil Kiamat yang di-nubuwwah-kan (diprediksi) oleh Nabi Muhammad telah menjadi realita. Di antara tanda-tanda kecil Kiamat tersebut ialah:
1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) sholat
2. Bila sifat amanah telah lenyap
3. Bila berdusta dihalalkan
4. Bila manusia memakan riba
5. Bila risywah (praktek suap) merajalela
6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit bermunculan
7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu
8. Bila manusia menjual dien (agamanya) untuk membeli dunia
9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan
10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan
11. Bila berlaku zalim menjadi suatu kebanggaan
12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk
13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq
14. Bila para cendikiawannya merupakan orang-orang fasiq
15. Bila kezaliman merajalela
16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi
17. Bila muncul fenomena kematian mendadak
18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan ornamentasi yang indah-indah
19. Bila masjid dibangun megah-megah
20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi
21. Bila hati manusia menjadi kesat
22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar secara sepihak
23. Bila peralatan musik banyak dibunyikan
24. Bila khumur (aneka jenis khamr) banyak diminum
25. Bila zina merajalela
26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin
27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat
28. Bila istri berpartisipasi dalam bisnis suami karena cinta akan dunia
29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenal
30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan
31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala
32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai
33. Bila manusia sudah berkata: ”Tidak ada Imam Mahdi.”
Tanda-tanda di atas hanya merupakan sebagian saja dari seluruh tanda-tanda kecil Kiamat. Bila kita kaitkan dengan realitas kondisi masyarakat dunia dewasa ini, jelas terlihat bahwa seluruh tanda-tanda kecil di atas telah menjadi kenyataan. Dan bila kita buka kitab para ulama mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita membacanya satu per satu, hampir pasti di dalam hati kita akan berkomentar: ”Waduh, yang ini sudah…. yang ini juga sudah…!”
Maka, saudaraku, perlu kita sadari bahwa dunia benar-benar telah mencapai usia senja. Kemunculan tanda-tanda kecil hampir tuntas seluruhnya, maka itu berarti kita sudah harus bersiap-siaga menyongsong datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Dan jangan lupa, sebagian ulama mengatakan bahwa tanda besar pertama, yaitu keluarnya Dajjal, tidak akan terjadi sebelum munculnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung itu ialah diutusnya seorang lelaki dari keturunan Nabi Muhammad yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kejujuran setelah dunia diselimuti dengan kezaliman dan kesewenang-wenangan. Lelaki itulah yang dikenal sebagai Imam Mahdi.
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”(HR Abu Dawud)
Lalu, bilakah Imam Mahdi bakal dihadirkan Allah ke tengah ummat? Hadits di awal tulisan inilah yang cukup jelas memberikan indikasi kedekatan jadwal kehadirannya:
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Bila dunia telah dihiasi dengan dua fenomena nyata, yaitu fenomena sosial berupa perselisihan antar-manusia yang sangat tampak dan fenomena alam yaitu banyaknya gempa, maka itu berarti dekatnya kehadiran Imam Mahdi ke tengah ummat. Sedangkan kedua fenomena tersebut dewasa ini sudah sangat tampak. Perselisihan antar-manusia dewasa ini sudah sangat memprihatinkan. Sesama pendukung ideologi sekuler atau demokrasi berselisih. Sesama anggota organisasi, gerakan, partai Islam berselisih. Demikian pula dengan fenomena gempa. Begitu dahsyat terjadi belakangan ini. Sehingga diberitakan bahwa sepanjang bulan Oktober 2009 ini di Indonesia saja telah terjadi sebanyak 54 gempa…!! Bagi Anda yang tertarik akan hal ini silahkan lihat situs www.USGS.com. Situs semacam BMG milik AS itu melaporkan setiap gempa yang terjadi di berbagai titik di seluruh dunia lengkap dengan info skala richter-nya. Anda akan terkejut mendapati fakta bahwa sekitar lima hingga sepuluh tahun belakangan ini frekuensi gempa meningkat secara signifikan..!!
Maka, saudaraku, marilah kita siapkan diri-diri dan keluarga-keluarga kita menyongsong kehadiran Al-Mahdi. Pengertiannya adalah mari kita bersiap untuk segera mematuhi perintah Rasulullah dalam kaitan dengan kehadirannya.
“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)
sumber yusuf mansur
Para ulama membagi Tanda-tanda Akhir Zaman menjadi dua. Ada Tanda-tanda Kecil dan ada Tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh. Alhamdulillah, Allah sayang sama umat manusia. Sehingga Allah datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar berdatangan.
Banyak pendapat mengatakan bahwa kondisi dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Karena di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang bermunculan. Praktis hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabishollallahu ’alaih wa sallamsudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya masalah waktu. Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahwa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusny Al-Mahdi ke muka bumi.
Dalam sebuah hadits Nabishollallahu ’alaih wa sallammengisyaratkan bahwa Al-Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju babak kelima yaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau metode Kenabian.
Lelaki keturunan Nabi Muhammadshollallahu ’alaih wa sallamtersebut adalah Al-Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah...! Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi dengan mengandalkan sekedar ”permainan kotak suara”..! Al-Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam dan para sahabatnya, yaitu melalui al-jihad fi sabilillah.
 Al-Mahdi akan berperan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Diktator) yang telah lama bercokol di berbagai negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Bila Allah mengizinkan Al-Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitu penghambaan manusia kepada Allah semata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Al-Mahdi. Dan –subhaanallah- Allah akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.
 Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Al-Mahdi? Dalam sebuah hadits Nabishollallahu ’alaih wa sallam memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Al-Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.
 Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Al-Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Al-Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Al-Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Al-Mahdi.
Saudaraku, sebagian pengamat tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Sebagian berspekulasi bahwa yang dimaksud adalah Saddam Husein. Karena semenjak kematiannya, negeri Irak berada dalam kekacauan berkepanjangan. Wallahua’lam bish-showwab. Bila analisa ini benar berarti dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai’atan paksa Al-Mahdi di depan Ka’bah.
Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, berarti Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahwa Al-Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. . Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabishollallahu ’alaih wa sallam sebagai berikut:
Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Al-Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Al-Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin..

Oleh: Ust. Ihsan Tanjung
www.bolehjadikiamatsudahdekat.com

Menyongsong TANDA-TANDA BESAR KIAMAT

Karena Nabi Muhammad shallallahu alaih wa sallam merupakan Nabi terakhir, maka ia sering dijuluki sebagai Nabi Akhir Zaman. Dan umatnya dijuluki sebagai Umat Akhir Zaman. Kita merupakan umat yang bakal menyongsong kedatangan hari Kiamat. Suka maupun tidak suka begitulah faktanya.

Umat Muhammad SAW sama dengan umat Nabi-nabi terdahulu. Yakni terbelah menjadi dua kelompok besar. Kelompok pertama mendapat hidayah dari Allah SWT, sehingga menjadi orang-orang beriman. Dan kelompok kedua menginginkan ajakan dan ajaran para Nabiyullah 'alaihimussalaam. Mereka tersesat dalam hidupnya di dunia.

"Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), "Sembahlah Allah ta;ala (saja), dan jauhilah thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah ta'ala dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya" (QS An-Nahl [16]: 36).

Umat Muhammad SAW yang beriman kepadanya dijuluki Umat Islam. Walaupun umat Islam merupakan bagian dari umat Akhir Zaman, namun mereka dijamin tidak bakal mengalami hari Kiamat. Allah ta'ala tidak membiarkan seorangpun. Muslim-mukmin masih hidup saat hari Kiamat terjadi. Pada hari tersebut hanya orang-orang yang tidak memiliki imanlah yang dibiarkan terseiksa mengalami hari dahsyat Kiamat. Pada saat sudah dekat sekali kiamat akan terjadi. Allah ta'ala cabul nyawa setiap orang beriman di muka bumi melalui suatu angin yang amat lembut.

"Sesungguhnya Allah subhaanahu wa ta'ala akan mengutus suatu angin yang lebih lembut dari sutera dari arah Yaman. Maka tidak seorangpun (karena angin tersebut) yang akan disisakan dari orang-orang yang masih ada iman walau seberat biji zarrah kecuali akan dicabut ruhnya" (HR Muslim 1098).

Umat Muhammad SAW yang bakal mengalami dahsyatnya hari Kiamat hanyalah mereka yang tidak beriman. Mereka akan tampil menjadi kumpulan orang yang paling jahat saat kehancuran total dunia berlangsung.

Nabi ishallallahu 'alaih wa sallam bersabda: "Kiamat tidak akan berlangsung kecuali menimpa atas orang-orang yang paling jahat" (HR Muslim 5243).

Secara garis besar tanda-tanda Kiamat terbagi dua. Ada tanda-tanda kecil Kiamat dan ada tanda-tanda besar Kiamat. Tanda-tanda kecil Kiamat jumlahnya sangat banyak. Tanda kecil paling pertama adalah diutusnya Nabi Muhammad SAW. Semenjak saat itu umat Muhammad SAW telah menyaksikan banyak sekali tanda-tanda kecil Kiamat dari abad ke abad.

Kondisi dunia dewasa ini sudah berada di ambang menjelang munculnya tanda-tanda besar Kiamat. Sebab hampir seluruh tanda-tanda kecil Kiamat yang Nabi Muhammad SAW prediksikan sudah pada bermunculan di zaman ini. Di antaranya adalah:

1. Perceraian banyak sekali.
2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba).
3. Banyak mushaf diberi hiasan (ornamen).
4. Masjid-masjid dibangun megah.
5. Perjanjian dan transaksi dilanggar sepihak.
6. Berbagai peralatan musik dimainkan.
7. Berbagai jenis khamr diminum manusia.
8. Perzinaan merebak.
9. Para pengkhianat menjadi pemimpin.
10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat.
11. Banyak buku diterbitkan.
12. Banyak pasar berdekatan satu sama lain.
13. Penumpahan darah dianggap ringan.
14. Merebaknya fenomena makan riba.
Diterbitkan di: 22 Juni, 2012   

Burung emu diternak di India



SEORANG pekerja membuka pintu ladang burung emu di Kampung Vasna-Rathod, 40 kilometer dari Ahmedabad, India pada Khamis lalu.



NEW DELHI - Terdapat lebih 1,500 ladang burung emu di India.Burung itu diternak kerana daging haiwan tersebut mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia boleh dijual untuk memperoleh pendapatan.
Lemak haiwan emu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak untuk pembuatan alat solek dan dijadikan diet tambahan.
Bulu haiwan tersebut juga boleh digunakan untuk membuat kasut dan dompet.
Haiwan yang berasal dari Australia itu tidak boleh terbang dan ia kelihatan seperti burung unta. - Agensi

Korea Selatan beri anugerah kepada Psy



PSY (tengah) menari tarian kuda di depan penonton di Dataran Trocadero, Paris kelmarin.



SEOUL - Korea Selatan memberi anugerah tertinggi kebudayaan kepada penyanyi rap terkenal, Psy kerana kejayaannya menerusi lagu Gangnam Style.
Kementerian Kebudayaan negara ini mengumumkan semalam bahawa penyanyi berusia 34 tahun itu akan menerima anugerah Penghargaan Kebudayaan Okgwan.
Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang berjasa besar dalam bidang seni.
“Psy dipilih bukan kerana dia telah lama menjadi artis tetapi juga disebabkannya memperkenalkan Gangnam secara meluas serta meningkatkan minat dunia kepada Korea Selatan,” kata seorang pegawai di kementerian berkenaan.
Gangnam merupakan sebuah daerah yang menempatkan pusat beli-belah dan hiburan.
Populariti Psy meningkat apabila muzik video Gangnam Style mencatatkan tontonan yang kedua tertinggi di YouTube.
Muzik video yang menunjukkan dia menari tarian kuda itu kini ditonton lebih 654 juta kali sejak dimuat naik di YouTube pada Julai lalu.
Tempat pertama menjadi milik penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menerusi muzik video yang mencatatkan 796,445,212 tontonan.
Sementara itu, portal berita examiner.com melaporkan, kira-kira 20,000 penonton menyaksikan persembahan Psy di Paris, Perancis.
Penonton di Dataran Trocadero itu turut menyertai Psy menari tarian kuda.
– Agensi

No comments:

Post a Comment