Thursday, March 3, 2011

REZEKI ALLAH BERI MELALUI...PILIHANRAYA KECIL....JAGALAH ADAB....JANGAN HUKUM ALLAH SERTA MAIN BELASAH AJE....JANJI MENANG...INGAT! SEMUA AKAN DIHISAB SERTA BICARA DIHADAPAN ALLAH...JIKA SABIT SALAH....MASUK NERAKA....JANGAN MAIN2...

MAZNAH Hussin, 41, pemilik Maznah Gemilang Enterprise memperoleh peningkatan jualan sebanyak 30 peratus di kedai runcit milik keluarganya di Merlimau setelah menaik taraf di bawah Program Transformasi Peruncit Kecil (TUKAR) Februari lalu. - Foto M. Azhar Arif/The Star.




Perceraian Di Kalangan Umat Islam Berlaku Setiap 15 Minit 
PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan, berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.
"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul : Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.
Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.
Mashitah berkata, Jakim akan memperbanyakkan lagi program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.
Setakat ini, Jakim telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga, katanya.
Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai 'Sidang Parlimen Roh' selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.
"Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti ajaran itu," kata beliau.



BAGAIMANA ZINA...DALAM BERAPA MINIT PULAK...HUKUM ALLAH DIABAIKAN DAN DINAFIKAN...KITA NI MAKHLUK ALLAH...ATAU MAKHLUK TUHAN LAIN ....KITA KENAPA DEGIL SANGAT....BERANI PULAK LAWAN HUKUM ALLAH....BETUL2 CARI NAHAS DAN MENEMPAH NERAKA...ILMUAN ISLAM@MUFTI2...ULAMAK2...USTAZ@USTAZAH2 MEMBISU WALAUPUN BUKAN SEMUA....TENGGELAM DALAM KEMEWAHAN DUNIA...PANGKAT YANG TINGGI...HINGGA LUPA MATI DAN TANGGUNGJAWAB....






No comments:

Post a Comment