Sunday, April 11, 2010

WANITA SERTA DERITA YG DILALUINYA....KISAH2NYA

Allah berfirman:bermaksud
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."


"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!


Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.



Suami durjana

Oleh Amirul Haswendy Ashari
am@hmetro.com.my
2010/04/12

KUALA LUMPUR: Akibat cemburu, seorang pemandu lori berusia 31 tahun layak digelar ‘menantu hantu’ kerana bukan saja membelasah isterinya hampir setiap hari, malah tergamak memukul ibu mentuanya di depan ibu sendiri.

Ketika kejadian, kedua besan terbabit sedang berbincang mengenai usaha untuk menjernihkan masalah yang dihadapi pasangan muda itu, di rumah sewa pasangan terbabit di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Difahamkan, pasangan yang mempunyai cahaya mata berusia lima bulan itu terpaksa berpisah sementara menanti keputusan mahkamah selepas lelaki itu melafazkan talak kali kedua beberapa minggu lalu.


Bagaimanapun, lelaki itu tidak dapat menerima hakikat perpisahan dengan alasan masih menyayangi isteri dan anaknya walaupun dia pernah melafazkan talak tahun lalu.


Mentua terbabit, yang hanya mahu dikenali sebagai Esah, 56, berkata menantunya itu pernah bertindak ganas dengan memukul dan memaki hamun isterinya dihadapan dirinya.


Selain itu, katanya dia (menantu) turut memaksa anaknya mengadakan hubungan kelamin, walaupun mereka telahpun berpisah kerana percaya tindakannya melafazkan talak terhadap bekas isterinya tidak wujud.

Menantu katanya, pernah mengugut untuk membunuh isteri dan dirinya kerana bimbang isterinya akan berkahwin lain, jika mereka ditakdirkan berpisah.


“Walaupun sering memberi alasan menyesal selepas perbuatannya itu, dia seolah-olah tidak pernah serik dan semakin kerap membelasah isterinya walaupun atas kesilapan kecil.


“Lebih perit, isterinya yang baru berusia 23 tahun itu pernah ditendang hingga terjatuh ketika sedang mengandung enam bulan.

“Isterinya juga turut dituduh mengandungkan anak luar nikah walaupun tidak pernah sekalipun wanita itu berganjak dari sisinya sejak berkahwin dua tahun lalu,” katanya.


Menurut Esah, sepanjang usia perkahwinan anaknya, lelaki itu sering menuduh isterinya memiliki ‘teman istimewa’ tanpa usul periksa.


Malah, katanya isterinya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di utara tanah air turut pernah diserang dan dibelasah lelaki terbabit di hadapan pesakit ketika sedang bertugas.


“Walaupun berkali-kali isterinya menafikan kewujudan pihak ketiga, lelaki itu enggan percaya dan mengalih perhatian dengan menuduh saya (mentua) pula sebagai perosak rumah tangga hanya kerana cuba untuk menenangkan keadaan.


“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak sendiri diperlakukan seperti binatang, ditendang dan ditampar kerana enggan mengikut kemahuannya” katanya.


Katanya, bekas menantunya akan menggunakan taktik sama dengan memujuk rayu, malah pernah sujud di kakinya dan menangis seperti kanak-kanak hingga sesiapa yang mendengar rintihannya akan terpedaya.


Pelbagai alasan seperti sudah bertaubat dan berubah demi anak diluahkan setiap kali sedar daripada perbuatan kejinya itu.


“Setiap perbuatannya terhadap saya dan anak, kami diamkan saja kerana percaya dia mampu berubah, tapi janjinya bohong semata-mata” katanya yang serik dengan janji kosong lelaki itu.


Bimbang kejadian sama terus berulang, kedua beranak itu kini trauma dan hidup umpama pelarian dan terpaksa menumpang di rumah saudara-mara di seluruh negara, sejak awal minggu lalu bagi mengelak daripada dikesan.


Atas nasihat saudara-mara, kedua beranak terbabit membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (Georgetown) Pulau Pinang, bulan lalu.




Mayat dalam tong sampah

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/04/12

RAWANG: Masih tidak berkesudahan apabila manusia berhati syaitan sanggup membunuh zuriat sendiri dengan memilih tong sampah sebagai ‘kubur’ insan cilik ini.

Sungguh menyayat hati apabila bayi lelaki dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu ditemui mati dengan berbalut empat beg plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, dekat Sungai Choh, di sini, semalam.


Bayi sempurna sihat dengan kesan berdarah ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, yang juga pekerja syarikat kutipan sampah swasta Hulu Selangor, jam 8 pagi.


Menurutnya, ketika mengambil sampah yang terdapat dalam dua tong, dia terkejut menemui satu bungkusan berat dibalut beg plastik cerah yang terdapat dalam tong sampah itu.


Katanya, ketika itu dia cemas, namun memberanikan diri membuka bungkusan itu.


“Mulanya saya nampak kaki bayi. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali.

“Saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya yang masih baru dilahirkan kerana terdapat beberapa tompokan darah padanya,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, dia mendapatkan bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian bagi menghubungi polis memaklumkan perkara itu.


Katanya, pengalaman itu cukup menyentuh hatinya selepas tujuh tahun bekerja mengutip sampah di beberapa kampung di Sungai Choh itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat.


“Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu,” katanya.



Jaja ‘daging hidup’

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/12

KLANG: Sebuah kedai makan di kawasan ternakan ayam daging di Ladang Kelapa Sawit, Telok Gong, Pandamaran di sini disifatkan ‘unik’ kerana selain menjual makanan dan minuman, ia turut menyediakan perkhidmatan sampingan dengan menyediakan gadis warga China sebagai teman istimewa.

Perkhidmatan itu bagaimanapun terhad kepada beberapa ketika, malah pengusaha terbabit akan menutup sementara premis terbabit sekiranya mengetahui kehadiran pihak berkuasa.


Bagaimanapun, kegiatan peniaga terbabit dihidu pihak berkuasa sebelum serbuan dibuat bermula jam 12 malam semalam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.


Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, Deputi Superintendan Roslan Ibrahim bersama 18 anggota hasil maklumat orang ramai.


Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menahan empat wanita warga China ketika sibuk melayan lapan pelanggan. Turut ditahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai penjaga mereka dan semua mereka dibawa ke IPD Klang untuk tindakan lanjut.


Menurutnya, pihaknya menerima maklumat terdapat 10 wanita warga asing menjalankan kegiatan tidak bermoral di kawasan itu sebelum polis mengatur strategi bagi memberkasnya.

“Kami percaya premis terbabit mula beroperasi sejak setahun lalu dengan membuka dan menutup perniagaan mengikut kesesuaian masa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.


“Namun, kami dapat menahan empat wanita warga China berusia dalam 20-an manakala selebihnya dipercayai sudah dibawa keluar pelanggan lebih awal untuk berhibur di lokasi lain,” katanya di sini, semalam.


Kedudukan kawasan terbabit agak tersorok jauh dalam hutan berhampiran kawasan menternak ayam daging dan hanya boleh dimasuki melalui jalan tidak berturap.

Mohamad berkata, semua wanita warga asing itu kini ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana bekerja tanpa permit manakala penjaga mereka pula ditahan mengikut akta sama kerana melindungi warga asing.
“Kami akan meminta kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mengenal pasti sama ada premis itu beroperasi secara sah kerana kami tidak menjumpai lesen atau sebarang permit,” katanya.





Wanita Iran maut jatuh tingkat 14



2010/04/12

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Iran ditemui mati oleh rakan serumahnya selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14, sebuah pangsapuri perkhidmatan 16 tingkat di Jalan Munshi Abdullah di sini, semalam.

Beberapa cebisan daging mangsa dilihat bertaburan sekitar lokasi kejadian yang bersebelahan tapak pembinaan.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abd Rahman ketika dihubungi berkata, mangsa, Robabeh Mahdi, 23, dipercayai mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


“Mayat Robabeh yang juga pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara ditemui rakan serumahnya kira-kira 1 pagi tadi (semalam).


“Mangsa tinggal di pangsapuri terbabit bersama seorang rakan tetapi teman serumahnya itu dikatakan keluar kira-kira 10 minit sebelum kejadian,” katanya.


Mohd Zulkarnain berkata, teman serumahnya menyedari mangsa terjatuh selepas mendapati dia tiada di bilik dan melihat tingkap bilik mangsa terbuka.

Katanya, rakan mangsa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas mendapati tingkap bilik mangsa terbuka luas.


Beliau berkata, rakannya kemudian menjenguk ke bawah bangunan itu dan terkejut apabila mendapati tubuh Robabeh dalam keadaan terbaring berlumuran darah berada di aras bawah pangsapuri terbabit.


Sepasukan anggota Unit Forensik kemudian tiba di lokasi kejadian dan melakukan penyiasatan termasuk kediaman yang diduduki mangsa.



Mangsa buli bunuh diri


2010/04/14

DORSET (England): Seorang remaja maut selepas melompat dari bangunan meletak kenderaan, dipercayai akibat tidak tahan dibuli, semalam.

ROBYN...gagal diselamatkan.
ROBYN...gagal diselamatkan.
Sebelum itu, Robyn Nixon, 15, dilihat bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya di tebing bangunan itu setinggi kira-kira 18 meter.


Beberapa saksi yang curiga dengan tindak-tanduk Robyn menghubungi polis sebaik saja remaja terbabit berada di posisi bahaya tetapi dia terjatuh sebelum pasukan keselamatan tiba.


Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang di Weymouth.


Walaupun tidak dapat dipastikan mengapa Robyn membunuh diri, kenyataan beberapa rakannya dalam Facebook menggambarkan dia mungkin tertekan akibat dibuli.


“Saya tak faham mengapa kita berbeza. Saya benar-benar sedih Robyn menyangka membunuh diri dapat menyelesaikan masalahnya,” katanya.


Sementara itu, saksi, Steve Kink, 49, berkata dia berada di sebuah bar apabila ternampak Robyn berbaring kira-kira tiga meter dari tebing bangunan berkenaan.


“Dia seolah-olah bersantai.

“Saya memberitahu rakan, tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa, dia sudah tiada di situ,” katanya.


Walaupun tidak melihat Robyn melompat, Kink berkata, remaja itu mungkin memanjat tembok penghadang setinggi kira-kira satu meter sebelum jatuh.


Walaupun cuba diselamatkan, Robyn menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian.


Kata Kink, Robyn mengalami cedera parah.


Saksi lain, Keryn Walden-Reece, 27, berkata Robyn seperti bercakap dengan seseorang yang ada di jalan di bawah bangunan berkenaan. - Agensi.



Kena sebat setiap hari

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/04/15

KOTA TINGGI: Hanya kerana anak menangis, seorang wanita berusia 25 tahun hidup bagaikan tahanan perang kerana terpaksa menadah belakang dan punggung untuk dibelasah suaminya yang panas baran dengan tali pinggang tanpa henti selama 10 minit.

Suri rumah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zarimah berkata, kejadian hampir setiap hari itu, bagaikan satu kaedah hukuman dilaksanakan suaminya yang berusia 26 tahun, seorang penjual sayur di Kulai di sini dengan alasan mahu membentuknya menjadi isteri bertanggungjawab.


“Setiap kali naik angin, suami mencapai apa sahaja barang bersebelahannya termasuk tali pinggang, pasu bunga, botol susu anak atau kunci rumah untuk memukul saya.


“Bayangkan, jika anak menangis, saya terpaksa bersedia menerima hukumannya hingga mengakibatkan saya lebam dan alami kecederaan di punggung serta anggota badan lain,” katanya.


Menurut Zarimah, kejadian sama berulang sekiranya dia melakukan kesalahan kecil di rumah, termasuk lambat membancuh susu anak, mahu pun terlupa menyusun ikan dan sayur-sayuran dalam van yang digunakan suami.


Menurutnya, suasana itu menyebabkan dirinya seolah-olah menjalani kehidupan di neraka biarpun membina rumah tangga pada usia 17 tahun atas dasar suka sama dengan lelaki dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram di sini.

“Demi menyelamatkan rumah tangga, saya membohongi keluarga yang sangsi apabila nampak kesan lebam dan kecederaan pada anggota badan saya.


“Saya kata ia akibat terjatuh di bilik air atau terbabit kemalangan ketika membuat kerja harian di rumah.


“Malah, saya juga terpaksa merawat kecederaan sendiri. Suami tidak pernah memberi kebenaran untuk ke klinik mahupun hospital bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang perbuatannya terbongkar,” katanya.

Ibu dua anak berusia tujuh dan dua tahun itu berkata, dia pernah melaporkan perbuatan suaminya sebanyak empat kali di Balai Polis Kota Tinggi dan Ulu Tiram termasuk pada 5 Ogos, 28 Oktober, 12 Mac lalu dan Ahad lalu.


Menurutnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 12 Mac lalu akibat kecederaan teruk di punggung dan paha.


“Saya masih trauma dengan perbuatan suami menolak saya di pintu jeriji dan memaksa saya berhutang dengan keluarga nenek bagi membayar tunggakan ansuran kereta.


“Dia juga mengugut akan membunuh saya dan anak jika gagal mendapatkan wang itu.


“Saya terpaksa melarikan diri ke rumah jiran dan mengambil keputusan berpisah dengan suami demi masa depan anak,” katanya yang turut melaporkan masalah dialaminya pada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).




Isteri takut dicerai ugut bunuh diri



2010/04/15

KUANTAN: Seorang suri rumah mengugut mahu membunuh diri selepas kecewa dengan tindakan suami ingin menceraikannya kerana tiada persefahaman selain mendakwa tidak mampu memberi nafkah di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, si suami berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah maktab di sini, memberitahu isterinya yang berusia 40 tahun masjid yang mereka bina selama ini akan runtuh.


Difahamkan, si isteri yang terkejut mengugut mahu membunuh diri jika suami melafazkan cerai.


Sebelum ini, si isteri pernah ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana menelan ubat berlebihan.


Bagaimanapun, kehidupan rumah tangga pasangan itu kembali tenang sebelum bergolak semula beberapa hari kemudian apabila si suami memberitahu tiada persefahaman dalam perkahwinan serta tidak mampu memberi nafkah.


Si suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana bimbang dituduh membunuh isteri.
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, ketika dihubungi di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Seagal simpan hamba seks



2010/04/15

LOS ANGELES: Pelakon filem aksi, Steven Seagal disaman bekas pembantunya atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Dalam saman berjumlah AS$1 juta (RM3.2 juta) itu pembantunya, Kayden Nguyen, 23, mendakwa dia dilayan sebagai ‘bahan mainan seks’ oleh pelakon itu.

Kayden Nguyen juga mendakwa bintang Under Siege itu menyimpan dua wanita muda Russia sebagai hamba seks.

Mereka dikehendaki bersedia melayan kehendak seks pelakon itu ‘24 jam sehari, tujuh hari seminggu.’

Kayden mendakwa dia diambil bekerja oleh Seagal sebagai ‘pembantu eksekutif’ selepas menjawab satu iklan tawaran bekerja Februari lalu.

Menurut dokumen yang dikemukakan Kayden, dia yakin memperoleh pekerjaan yang diidam-idamkannya selepas diterima bekerja.

Dia kemudian berlepas ke kawasan luar bandar di Louisiana untuk tinggal di kediaman Seagal.

Di rumah itu, kata Nguyen, dia digomol sebelum melarikan diri dengan bantuan seorang pemandu teksi.

Seorang peguam Seagal, dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada laman web TMX.com menolak tuduhan itu dan menganggapnya sebagai karut.

“Saman yang dikemukakan Kayden Nguyen terhadap Steven Seagal adalah tuduhan karut oleh seorang bekas kakitangan yang dipecat kerana terbabit dengan dadah,” kata Marty Singer.

Tuduhan terhadap Seagal, 58, yang kini terkenal dengan siri televisyen, ‘Steven Seagal: Lawman’ membabitkan gang- guan seksual, menyeludup wanita untuk seks, gagal menghalang gangguan seksual dan memecat pekerjanya tanpa sebab. - Agensi,


Pelajar Tingkatan Lima lari ikut kekasih

15/04/2010 7:54pm

KULIM – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima telah tidak pulang ke rumah sejak 45 hari lepas — dipercayai lari mengikut kekasihnya yang dikenalinya di sebuah pasar malam.

Bapa gadis itu, Mohd. Tahir Lazim, yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan di sini mengenai kehilangan anak gadisnya itu pada 6 Mac lepas, amat berharap anaknya pulang ke rumah.

Katanya, motosikal yang digunakan anaknya itu, Norhafizah, 17, untuk pergi ke sekolah setiap hari turut hilang bersama gadis itu pada hari dia menghilangkan diri pada 1 Mac lepas.

Mohd. Tahir, 55, seorang pemandu lori, berkata, pada hari kejadian, anak gadisnya itu telah menunggang motosikal bersama-sama adik lelakinya, Mohd. Tasmin, 14, untuk pergi ke Sekolah Menengah Sungai Karangan pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Tetapi seperti yang diberitahu oleh Mohd. Tasmin, kakaknya itu pada hari tersebut tidak terus ke sekolah, tetapi setelah menghantarnya memberitahunya dia mahu pulang ke rumah kerana mahu menukar pakaian seragam sekolah dan akan datang semula ke sekolah untuk menghadiri kelas”, kata Mohd. Tahir kepada pemberita di rumahnya di Kampung Paya Jemarli, dekat sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau Mohd. Tahir di talian 019-4238711. – Bernama.



Makin ramai gadis tinggalkan rumah



2010/04/20

JEDDAH: Semakin ramai gadis tempatan dilapor lari daripada rumah.
Jurucakap Pertubuhan Islam untuk Wanita dan Keluarga (IMOWF), Khalid Bahaziq berkata, statistik itu berdasarkan jumlah kes yang dikendalikannya.

“Jika pada 2005, kami kendali hanya satu kes sebulan, kini kami menangani 10 kes setiap bulan.


“Lebih teruk, mereka tidak memiliki perancangan lanjut menyebabkan mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, termasuk melacur dan mengedar dadah,” katanya yang memiliki PhD dalam bidang psikologi.


Pakar psikologi keluarga, Salma Seibeh menyalahkan pendedahan Internet dan televiyen sebagai punca gadis lari daripada rumah.


“Mereka membandingkan cara hidup Barat dan keluarga yang lebih konservatif menyebabkan mereka memberontak dan lari atau membunuh diri,” katanya. Media tempatan melaporkan, 850 wanita Saudi lari daripada rumah pada 2007 dan 70 daripadanya kini berlindung di rumah perlindungan wanita dikendalikan Kementerian Hal Ehwal Sosial. - Agensi




Misteri mayat wanita hamil

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/20

KUALA LUMPUR: Identiti seorang wanita hamil yang ditemui mati dipijak sebelum mayatnya dibuang berhampiran Taman Tasik Perdana di sini, terus menjadi tanda tanya apabila mayat mangsa belum dituntut walaupun selepas lima hari ditemui.

PETUNJUK...baju dan seluar mangsa.
PETUNJUK...baju dan seluar mangsa.
Susulan itu polis kini berharap orang ramai yang mengenali baju dan seluar dipakai mangsa sebagai petunjuk baru dapat memastikan identiti mangsa bagi memudahkan siasatan lengkap dilakukan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis masih mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada laporan polis berhubung kehilangan mangsa berkenaan.


Menurutnya, mayat mangsa juga masih tidak dituntut individu yang kehilangan ahli keluarga di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).


“Berdasarkan siasatan, mangsa mempunyai berat kira-kira 70 kilogram dan memiliki ketinggian 157 sentimeter. Mangsa juga berambut panjang, sedikit kerinting dan hitam.


“Ketika ditemui, mangsa memakai kasut Arohai dengan tumit satu inci selain memakai jam tangan Omega,” katanya.


Beliau berkata, mangsa turut memakai baju yang mempunyai manik berwarna pada kolar hadapan dan seluar panjang.


“Siasatan mendapati tiada tanda suntikan cacar pada lengan mangsa berikutan mayat mangsa sudah reput. Bagaimanapun, polis mengesyaki wanita yang mati dibunuh berkenaan berbangsa India,” katanya.


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.


Dalam kejadian Khamis lalu, mayat seorang wanita hamil yang lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan berulat di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana di sini.


Difahamkan mayat wanita berkenaan dijumpai orang awam yang melalui kawasan terbabit jam 6.30 petang.


Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah mati enam hari akibat dijerut di leher dengan menggunakan sapu tangan selain terdapat kesan mangsa dipijak di perut.


Amah dakwa didera 6 bulan



2010/04/20

KUALA LUMPUR: Dia bukan saja ditampar, dipijak, ditendang, malah turut ‘disebat’ menggunakan paip getah, penyangkut baju dan tali pinggang saban hari.

Tidak cukup dengan itu, mangsa tidak dibenarkan keluar dari kawasan rumah dipercayai mengelakkan kekejaman majikan dan ahli keluarganya itu diketahui umum.


Itu penderitaan seorang pembantu rumah berusia 30-an yang didera lebih enam bulan lalu oleh majikannya.


Namun, penderitaan pembantu rumah itu berakhir Khamis lalu apabila dia meloloskan diri kira-kira jam 12 tengah hari selepas dibelasah majikannya lebih 20 minit.


“Sebelum ini mangsa mendakwa sering dimarahi, namun sejak enam bulan lalu majikannya mula menggunakan kekerasan terhadapnya,” katanya.


Sumber berkata, mangsa melarikan diri melalui pintu belakang rumah sebelum menahan sebuah teksi dan memintanya membawa ke balai polis berhampiran.


Difahamkan, majikannya yang menyedari kehilangan pembantu rumahnya itu keluar mencari mangsa, namun gagal.


Sumber berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini dan sebaik menerima laporan berkenaan, sekumpulan anggota polis ke rumah suspek dan menahannya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu kes berkenaan dirujuk kepada Balai Tun H S Lee bagi siasatan lanjut.



Enggan terus berzina



Soalan
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.

Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.

Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.

Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.

Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.

Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

Gadis Keliru.
KEDAH

JAWAPAN:

ZINA adalah terlarang dan perlu dijauhi. Firman Allah dalam surah Al-Israa, ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

Memandangkan adik dan kekasih sudah terlanjur, pengurusan masalah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan berlandaskan agama. Niat adik untuk berkahwin adalah baik.

Perkahwinan disyariatkan oleh al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Firman Allah, "Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan..." (Surah An-Nur : 32) .

Perkahwinan yang tidak mendapat restu keluarga dan kahwin lari sering kali membawa kesan yang lebih banyak buruk dari baiknya.

Justeru, apabila adik membatalkan niat untuk tidak kahwin lari di Siam, tindakan adik itu adalah rasional. Perkahwinan direstui ibu bapa adalah perkahwinan yang berkat dan boleh membawa kebahagiaan rumah tangga.

Dr tidak tahu apa sebenarnya yang adik jelaskan kepada ibu bapa apabila memujuk mereka untuk membenarkan adik berkahwin dengan teman lelaki. Adakah adik jujur dengan menceritakan bahawa adik sudah beberapa kali terlanjur atau tidak?


Ini kerana, maklumat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sesuatu keputusan yang bijak tidak boleh diambil.

Oleh itu, perancangan yang rapi sangat penting dalam sesuatu proses perundingan kerana ia adalah proses memujuk dan adik perlu melihat isu sebenar penolakan ke ibu bapa terhadap perkahwinan adik. Begitu juga apakah tindakan atau tawaran terbaik yang adik boleh berikan kepada mereka.

Penolakan daripada ibu bapa dengan alasan adik masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap adalah berlandaskan kasih sayang dan keinginan mereka melihat adik bahagia.

Justeru, apabila adik ingin memujuk, perlu ada persiapan rapi dengan memberitahu mereka akan segala perancangan dari sudut pelajaran dan kerjaya kekasih. Biar mereka yakin dengan perancangan masa depan kalian. Ini kerana keyakinan itu adalah sangat penting untuk mereka menyetujui hubungan adik berdua.

Pilihan sama ada bernikah di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau terus hidup bergelumang dosa jika perlu menunggu restu keluarga menunjukkan seolah-olah adik sudah membuat keputusan.

Dalam hal ini, adik perlu melihat alternatif lain seperti mencari penyelesaian kepada faktor-faktor penyebab keluarga menghalang, meminta kekasih mencari pekerjaan yang tetap atau menceritakan sebab sebenar adik ingin berkahwin.

Langkah itu akan membuka peluang kepada perbincangan yang lebih baik dengan ibu bapa dan kebarangkalian untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka adalah tinggi.

Adik juga boleh berjumpa dengan Jabatan Agama untuk mendapatkan nasihat dan maklumat terperinci mengenai perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa tetapi perlu untuk mengelak daripada berterusan melakukan dosa.







sugar dady dan sugar mumy


Ini juga terjadi dari perasan cinta atau nafsu semata-mata hanya orang terlibat lebih mengetahuinya serta Allah swt.Ini hanya gulungan kaya boleh terlibat...cuma jumlahnya Allah swt saja yang tahu.Sugar dady lelaki simpan wanita atau wanita ini dipanggil perempuan simpanan.Sugar mumy@mami pula wanita kaya menyimpan lelaki...cuma mungkin diam2 kahwin..ini baguslah..mungkin tidak kahwin cuma berjumpa pada waktu2 terluang untuk berzina...dan segala perbelajaan wanita dan lelaki ditanggung orang yang menyimpan...Ini yang panggil cinta untuk memuaskan nafsu dan wang ringgit...

Kadang2 kekasih simpanan pula curang berzina dengan lelaki atau perempuan yang kekasih sebenarnya.Ini semua berlaku kerana tidak memperdulikan hukum dan penguatkuasaan yang tak ada atau tidak kuat.Ini macam jelas cinta berdasarkan wang ringgit dan ingin hidup mewah.Perkara ini mungkin tidak boleh dibendung,kerana melibatkan gulungan yang kaya dan bertaraf jutawan serta berkuasa.Bagi saya kan elok dihalalkan saja,kerana mereka mampu dari segi wang dan tenaga.Jadi isteri benarkan sahaja suami kahwin lagi walaupun sampai empat dan mudahkan syarat poligami, jangan diperketat2kan.Adakah kita lebih rela perbuatan zina merata2...anak luar nikah bertaburan dari poligami.Kita bukan Allah swt...

tak kan kita lebih bijak dari DIA,kita pun dijadikan dan dan dimatikan bukan sebaliknya.Jangan jadi juara wanita yang mencampak diri dalam neraka.Hebat sangatkah kita..cuba kita duduk atas dapur gas yang dinyalakan api dalam masa dua jam.Kalau tahan...tak apalah buatlah apa yang kita suka.Sakit perut dan demam serta sakit gigi pun dah kelam kabut inikan api.Memang kita ni degil,kepala batu,berlagak.Berlagak bukan pada manusia....pada manusia boleh tahan lagi,ni pada Allah swt.Besok@nanti Allah turun gempa baru diorang yang menentang hukum agama tahu...langit ni tinggi atau rendah...fikirkan...jangan pelajaran saja tinggi tapi dikudakan oleh syaitan.Syaitan memang memang da confirm masuk neraka.Cuma ia nak cari gang aje....mungkin tengah saya menulis dan para pembaca budiman membaca blog saya ni....ada orang tengah berzina...agak2 teruk atau tidak zaman ini....Ingat Allah swt boleh turunkan pelbagai macam musibah@bala yang mungkin kita tidak terfikirkan....bertaubatlah...

Thursday, April 8, 2010

Jangan sayang ibu bapa bermusim

ELOKLAH BUAT RENUNGAN...

ciNta KasIh sAyANg HaTi

CINTA :
(CINTA SEBELUM KAHWIN)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(CINTA SELEPAS KAHWIN)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la....





Keberanian buruh binaan di New York


SEORANG buruh berjalan di atas palang besi di bekas tapak binaan World Trade Centre di New York pada Rabu lalu.


NEW YORK - Imej buruh binaan berjalan di atas palang-palang besi puluhan meter dari tanah di Amerika Syarikat (AS) di tapak pembinaan bekas bangunan World Trade Centre (WTC) di sini menyerupai senario yang berlaku pada tahun 1930-an, lapor sebuah akhbar semalam.

Seperti generasi sebelumnya, mereka masih lagi berani dan kental sekali gus menjadi simbol terbaik pekerja kolar biru negara kuasa besar itu.

Pemandangan tersebut dirakam pada Rabu lepas, semasa kerja-kerja membina empat buah menara pejabat di tapak bangunan WTC di sini yang musnah semasa serangan pengganas pada 11 September 2001.

Senario sama dapat dilihat semasa pembinaan bangunan Rockfeller di sini pada 1932. - Agensi



3 lelaki pekak dakwa diliwat paderi


2010/03/28

BISOLI memberi keterangan di Verona, Itali, terhadap paderi yang    meliwatnya sebanyak lima kali, Giuseppe Carraro.
BISOLI memberi keterangan di Verona, Itali, terhadap paderi yang meliwatnya sebanyak lima kali, Giuseppe Carraro.
Mangsa minta kes lebih 10 tahun dibuka semula

ROME: Tiga lelaki pekak yang berkata mereka diliwat berulang kali dan didera paderi ketika kanak-kanak, bersemuka dengan pihak berkuasa gereja daerah kelmarin, bagi mendapatkan penjelasan mengenai mengapa ia tidak menghukum paderi terbabit dan menuntut keadilan dilaksanakan


Ketiga-tiga lelaki berkenaan yang ditemuramah untuk kali pertama tahun lalu oleh agensi Associated Press (AP), muncul dalam rancangan bual bicara di stesen televisyen Itali RAI dan bertelagah dengan jurucakap gereja daerah Verona, Bruno Fasani ketika semakin banyak skandal penderaan seksual terbongkar di seluruh dunia. Perkembangan ini dilihat semakin menyukarkan kedudukan pemimpin gereja Vatican, Pope Benedict XVI.

Bekas pelajar itu tidak membuat laporan polis berikutan tempoh sah 10 tahun untuk membuat laporan sudah tamat.

Mereka meminta tempoh sah membuat aduan itu tidak diambil kira supaya kes kumpulan paderi yang bertanggungjawab dibuka semula. Tetapi, sehingga kini ia tidak dilakukan.

Kisah tiga lelaki terbabit adalah kaitan terbaru, selepas pendedahan yang membuktikan bahawa Jemaah Vatican Bagi Ajaran Agama, diketuai Kardinal Joseph Ratzinger, (kini Pope Benedict XVI), memberitahu paderi besar Wisconsin agar menamatkan perbicaraan ke atas seorang paderi tua yang didakwa mencabul 200 kanak-kanak lelaki pada 1998.
Kes membabitkan gereja Wisconsin dan Itali didapati hampir sama dan kedua-dua institusi itu terbabit dalam penderaan ke atas kanak-kanak pekak yang dianggap mangsa lemah dan sengaja merahsiakannya.

Rev Bruno berkata, beliau berharap pertemuan perdebatan itu akan memberi hasil positif dan mengalu-alukan pertemuan dengan kumpulan lelaki berkenaan untuk kali pertama.

Bagaimanapun, kumpulan itu yang juga bekas pelajar Institut Orang Pekak Antonio Provolo, enggan berjabat tangan dengan beliau. Salah seorang daripada mereka, Dario Laiti, 59, berkata beliau tidak sanggup bersalaman dengan Bruno.

“Masalah ini mengenai keadilan. Kami mahu keadilan ditegakkan selepas kesengsaraan yang kami lalui sepanjang hayat,” katanya.

Di PARIS, seorang paderi di sebuah pekan di tenggara ibu negara Perancis, didakwa melakukan pencabulan seksual dan mengambil gambar lucah kanak-kanak, selepas seorang bekas penyanyi koir berusia 22 tahun menuduh beliau menderanya.

Pegawai pendakwa di pekan Troyes, Alex Perrin, berkata pemeriksaan polis menemui tiga gambar lucah kanak-kanak di rumah paderi terbabit.

Kes baru ini menguatkan lagi dakwaan berlakunya penderaan seksual oleh anggota gereja di seluruh Eropah sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan memburukkan lagi krisis moral gereja Vatican. – AP




Diperdaya ‘duda’ online



2010/03/29

ABU DHABI: Seorang wanita warga asing mengadu ditipu lelaki kononnya dia dicintai dan bakal dikahwini sebelum menyerahkan wang bernilai kira-kira RM95,000, semalam.

Jurucakap polis berkata, mangsa, 42, berkenalan dengan lelaki terbabit - juga warga asing - dan berkenalan melalui satu laman web mencari jodoh.


Katanya, wanita bekerja sebagai setiausaha itu berhubung beberapa kali dengan lelaki terbabit yang mendakwa kononnya duda beranak seorang.


“Lelaki itu menghubungi mangsa melalui telefon dan mesej pesanan ringkas beberapa kali.


“Selepas beberapa ketika, wanita itu diyakinkan bahawa dia dicintai dan akan dikahwini satu masa nanti, kononnya untuk membantu lelaki terbabit membesarkan anaknya,” katanya.


Sepanjang perkenalan itu, lelaki terbabit mendakwa isterinya mati ketika bersalin.
“Selepas beberapa ketika, wanita itu dipujuk setuju menyerahkan sejumlah wang untuk membantu kekasihnya sebelum hubungan kedua-dua mereka terputus,” katanya. - Agensi.








AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat


TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.



Hidup bertemankan pelita minyak tanah

SIMPANG AMPAT - Sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri serta seorang anak di Kampung Sungai Buloh, di sini, hidup dalam keadaan serba daif apabila hanya berteduh dalam sebuah pondok diperbuat daripada buluh dan dahan pokok kayu.

Lebih memberatkan kehidupan mereka, keluarga ini tidak mendapat sebarang bekalan air bersih dan hanya bergantung harap kepada air dari anak sungai sebagai sumber minuman harian.

Menurut ketua keluarga terbabit, Mohd Tarmizi Mohd Salleh, 52, apabila hari semakin gelap, mereka hanya mengharapkan lampu pelita minyak tanah manakala setiap kali hendak memasak atau menjerang air, mereka terpaksa menggunakan dapur kayu di atas tanah di luar rumah.

Mohd Tarmizi berkata, dia terpaksa mengharungi kehidupan sebegitu sejak berpindah dari negeri kelahirannya, iaitu Perak ke negeri ini kira-kira empat bulan lalu.

Dia yang sebelum ini menetap di Kampung Gajah, Perak, hanya melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan harian.

“Saya mengambil keputusan menetap di sini kerana isteri saya, Nora Saad, 54, berasal dari kampung ini dan tanah yang kami bina pondok ini adalah tanah pusaka peninggalan kedua orang tuanya, seluas satu ekar lebih.

“Sebahagian tanah ini ditanam pokok getah dan daripada itulah saya mendapat sumber pendapatan,” katanya yang ditemui di pondoknya, di sini semalam.





Ahli politik khalwat gadis bawah umur


2010/03/30

TANAH MERAH: Seorang pemimpin politik bahagian Tanah Merah berusia 54 tahun ditangkap khalwat bersama gadis bawah umur di sebuah hotel di jajahan ini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan bersama gadis berusia 16 tahun ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIK) Tanah Merah bersama lapan penguat kuasa diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga jam 1.30 pagi.

Difahamkan lelaki itu keluar dari bilik selepas penguat kuasa JHEIK mengetuk bilik berhampiran sehingga menimbulkan curiga.

Berikutan itu, penguat kuasa memeriksa bilik lelaki terbabit dan terkejut apabila mendapati seorang gadis belasan tahun dalam keadaan berkemban.

Dia bersama pasangannya dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut selepas gagal mengemukakan dokumen sah mengenai status mereka ketika berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

Selepas keterangan diambil, kedua-duanya dijamin seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 18 Mei ini.

Pihak berkuasa turut menahan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim dalam bilik hotel berkenaan..





Dua beradik, kekasih curi getah skrap


2010/03/30

ALOR SETAR: Polis menahan dua beradik lelaki dan teman wanita seorang daripada mereka kerana didapati terbabit dalam kes kecurian getah skrap di ladang getah sekitar kawasan Jeniang, Sik, dekat sini, semalam.

Kegiatan mereka yang berusia lingkungan 20-an dihidu seorang peraih getah, Maznah Mat Aziz, 57, apabila mendapati remaja berkenaan sering menggunakan kereta bernombor pendaftaran berlainan setiap kali ke kedainya di Kampung Kuala Tekai, Padang Terap untuk menjual getah skrap, 60 kilometer dari tempat ia dicuri.



Malah sebahagian daripada getah skrap yang dijual juga adalah milik Maznah yang dicuri suspek dari kedai getah berkenaan.

Jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Padang Terap ketika dihubungi berkata, apabila menyedari perkara itu kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Maznah meminta pekerjanya mengawasi suspek sebelum bertindak menghubungi polis.

"Seorang daripada lelaki itu cuba lari ke kawasan semak berhampiran namun berjaya diberkas pekerja Maznah.

"Mereka kemudian diawasi beberapa penduduk kampung sementara menunggu kehadiran polis.

"Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, penduduk memberitahu, suspek mengaku aktif mencuri getah skrap di kawasan ladang sekitar Jeniang sebelum menjualnya kepada peraih di situ," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Polis turut merampas lima guni getah skrap bernilai hampir RM500 daripada kumpulan berkenaan.

Kegiatan mencuri getah skrap di beberapa kawasan di negeri ini kembali aktif berikutan harga komoditi itu yang mencecah RM4.80 sekilogram sekarang.
Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi keterangan.


Hanya 28 peratus iklan kosmetik dipercayai memaparkan kualiti produk sebenar.


Iklan maskara didapati paling serius mengelirukan pengguna dengan 58 peratus mengaku mengubah suai bulu mata model untuk kelihatan lebih panjang dan 42 peratus memaparkan bulu mata tiruan.


Juri X Factor , Cheryl Cole (gambar), pula dikritik akhbar terbabit kerana menggunakan rambut palsu ketika muncul dalam iklan syampu L'Oreal Elvive. - Agensi.




Hampir separuh iklan kosmetik menipu



2010/03/30

LONDON: Penipuan sesetengah iklan kecantikan - mencecah sehingga satu pertiga daripada jumlah disiarkan di media massa - menyebabkan kadar kemurungan gadis di Britain meningkat, lapor akhbar tempatan, semalam.

Siasatan akhbar The Sun mendapati, model yang digunakan dalam sesebuah iklan bergaya dengan memakai bulu mata atau rambut palsu untuk kelihatan lebih menarik.


The Sun mendakwa, teknologi komputer turut digunakan bagi menghasilkan wajah benar-benar ayu model walaupun pada realitinya, ia mustahil dilakukan.


“Penipuan itu menyebabkan jumlah gadis dirawat akibat kemurungan meningkat disebabkan mereka gagal mencapai tahap kecantikan diimpikan,” kata akhbar itu.


The Sun mendapati, 28 peratus iklan kosmetik dalam majalah membuat pengakuan - secara terlindung - bahawa gambar mereka diubah suai.


Sebanyak 44 peratus lagi turut melalui proses pengubahsuaian tanpa diakui.




NEGARA

Rokok ada sel darah babi



ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.



MAKSIAT...BUANG ANAK...ROGOL....ZINA...BUNUH ....ARAK...JUDI.....DADAH....DAN SEWAKTU DENGANNYA....BERLAKU BEGITU KERAP....INI MUSIBAH MENINGGALKAN HUKUM QURAN.....


39 khalwat dalam bilik

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/04/01

SHAH ALAM: Tiga puluh sembilan individu termasuk tujuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan berkhalwat dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding yang dijalankan di dua mahkamah rendah berasingan, hanya 29 orang termasuk tiga wanita hadir untuk mendengar pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.


Semua mereka yang terdiri pelajar berusia 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral sehingga menimbulkan syak dalam sebuah bilik di blok empat hotel berkenaan di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7 di sini, pada jam 2.10 pagi, 15 November 2009.


Tertuduh didakwa bersama orang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan melakukan perbuatan tidak bermoral.


Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk lelaki dan Seksyen 29(1)(b) bagi wanita yang jika sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Dalam prosiding semalam, 10 tertuduh lelaki mengaku bersalah sebelum masing-masing dikenakan hukuman denda antara RM2,000 hingga RM2,900 atau penjara antara 30 hingga 90 hari jika gagal menjelaskan denda.


Manakala 19 individu lagi termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM1,500 atau/dengan penjamin yang tinggal di Selangor. Hanya seorang wanita dikenakan jaminan RM2,000 atau penjamin yang tinggal di kawasan Shah Alam, selepas memberitahu mahkamah bahawa dia kini tinggal di Sarawak.




Mahkamah turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 10 individu yang gagal hadir pada perbicaraan semalam.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Muhamad Nazri Basrawi dan Siti Fatimah Ahmad Maulana di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali dan Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin.


Sementara itu, pihak pendakwaan dalam hujah mereka memberitahu mahkamah, tangkapan dibuat selepas Jais menerima maklumat awam berhubung kejadian yang dikatakan kerap berlaku di lokasi berkenaan.


Kamarulzaman ketika membacakan keputusannya berkata, dalam menjatuhkan hukuman, kepentingan awam perlu didahulukan lebih daripada individu.


“Apatah lagi fakta kes tangkapan yang diberi maklumat orang awam. Orang sudah naik jijik dengan apa yang berlaku. Khalwat membuka pintu kejahatan. Manusia semakin rosak. Ini bukan kesalahan ringan, oleh itu adalah wajar kepentingan awam didahulukan.


'Tunai janji lepas nikah'

Oleh Hamzah Osman
am@hmetro.com.my
2010/04/02

LANGKAWI: “Apa saja yang berlaku, saya mahu Halimaton terus bersekolah,” kata Normah Abd Mutalib, 46, ibu kepada Halimaton Abd Rashid, 15, yang akhirnya dibenarkan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohamad Noor Abdullah, 19, apabila keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menikahkan mereka dalam tempoh terdekat ini selepas berbincang selama tiga setengah jam, di sini, awal pagi semalam.

SEDIH...Halimaton (kiri) bertemu ibunya, selepas persetujuan    dicapai.
SEDIH...Halimaton (kiri) bertemu ibunya, selepas persetujuan dicapai.
Normah ketika ditemui semalam, turut berpesan kepada bakal menantunya itu supaya menunaikan janjinya iaitu membenarkan Halimaton, antara pelajar terbaik UPSR Kedah 2007, terus bersekolah walaupun sudah bergelar isterinya.


“Saya juga mahu Halimaton ingat ketika saya mendukungnya ketika kecil dan membawanya ke kebun getah ketika saya menoreh... dialah harapan untuk mengubah nasib keluarga kami dan saya tidak mahu hasrat itu terbantut,” katanya.


Normah kelihatan tertekan dan kusut dengan situasi itu, tetapi reda dengan apa yang berlaku.


“Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini dia anak yang baik dan tidak pernah keluar rumah, tapi tiba-tiba jadi macam ini dan saya langsung tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya.


Perbincangan disertai Normah dan beberapa saudaranya bersama keluarga Mohamad Noor yang diwakili ibunya, Azizah Senapi, 49, dan bapa tirinya, Abd Razak Md Hashim, 51, diadakan di rumah Ketua Pemuda Umno Langkawi, Norsaidi Nanyan, di sini.


Ia berakhir pada jam 2.04 pagi dengan kedua-dua pihak bersetuju pasangan remaja itu dikahwinkan selepas urusan pentadbiran termasuk kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh dan turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertolak ansur.


Terdahulu, perbincangan peringkat pertama di hadapan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Ismail Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di antara jam 10.30 malam hingga 11.45 malam kelmarin menemui jalan buntu.


Normah juga dilihat hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas perbincangan peringkat pertama di IPD Langkawi dalam suasana tegang gagal.


Malah, turut berlaku situasi tegang di pekarangan IPD Langkawi ketika Halimaton mahu dibawa ke rumah Norsaidi apabila remaja terbabit menjerit dan memarahi sekumpulan jurugambar media dengan berkata, “Awat, Kodak banyak sangat ke?” Ketika mahu dibawa ke rumah berkenaan, Halimaton juga enggan menaiki kereta bersama ibunya, sebaliknya mahu menaiki kereta lain bersama ibu Mohamad Noor. Bagaimanapun, remaja terbabit akhirnya mengalah apabila diminta saudaranya supaya menemani ibunya.


Halimaton sebelum ini dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 11 hari lalu. Dalam tempoh itu, gadis yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling itu tinggal bersama keluarga Mohamad Noor di Kampung Kisap, di sini.

Halimaton sebelum ini ketika ditemui berkata, dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan Mohamad Noor dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.


Sementara itu, Norsaidi ketika ditemui berkata, perbincangan yang menyaksikan situasi menang-menang itu turut memutuskan supaya Halimaton akan meneruskan persekolahan selepas dikahwinkan dengan pemuda pilihannya dan ia adalah janji dibuatnya sendiri.


“Selain itu, kedua-dua pihak juga masing-masing bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat selain memberi komitmen tinggi untuk memastikan apa yang diputuskan malam ini menjadi kenyataan,” katanya.


Sementara itu, Mohd Khairul berkata beliau bersyukur kerana perbincangan yang berlangsung dalam suasana tegang pada peringkat awal berakhir elok selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk mengahwinkan pasangan berkenaan.


“Insya-Allah saya akan balik ke Baling dan berbincang lanjut dengan bapa Halimaton selaku wali untuk selesaikan urusan permohonan nikah di Pejabat Agama Daerah Baling kerana dia masih di bawah umur.


“Kalau urusan (memperoleh kebenaran Mahkamah Syariah) selesai hari ini (semalam), rombongan lelaki dari Langkawi akan bertandang ke Baling pada Ahad ini, begitulah seterusnya,” katanya.




Amah kebas RM200,000

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/04/02

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu percaya kepada pembantu rumahnya, seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wanita terbabit melarikan pelbagai barang berharga termasuk harta pusaka yang semuanya bernilai hampir RM200,000.

DICARI... Sayani dicari majikan selepas didakwa melarikan pelbagai    barang kemas bernilai  RM200,000.
DICARI... Sayani dicari majikan selepas didakwa melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM200,000.
Pembantu rumah terbabit yang berusia 27 tahun selama ini menjadi kepercayaan majikannya itu sejak diambil bekerja enam bulan lalu.


Namun, dalam kejadian awal bulan lalu di Seksyen 11, Shah Alam, dia melarikan diri bersama seorang lelaki yang juga rakan senegara bersama pelbagai barang kemas milik majikannya itu.


Ahli perniagaan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali dari Kashmir, India berkata ketika kejadian, isterinya keluar ke pasar raya untuk membeli barang keperluan ditemani seorang lagi pembantu rumah, kira-kira jam 9.30 pagi pada hari kejadian.


“Namun, sejurus pulang, isteri saya mendapati wanita terbabit tiada di rumah dan dia cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah, namun gagal.


“Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya terkejut apabila mendapati beberapa barang kemas miliknya hilang dipercayai dilarikan pembantu rumah terbabit,” katanya.



Menurutnya, sebelum ini dia memang mempercayai pembantu rumahnya itu yang bekerja dengannya hampir enam bulan lalu.


“Namun, saya tidak sangka dia akan melarikan diri dan mengambil semua barang berharga dan ada antaranya harta pusaka yang bagi saya tidak ternilai harganya,” katanya.


Menurutnya, pembantu rumah terbabit yang dikenali sebagai Sayani itu sudah berkahwin dan juga mempunyai dua anak, namun semua mereka berada di Indonesia.


“Saya benar-benar berharap dia dapat pulangkan semula barang kemas berkenaan kerana itu harta pusaka yang memang tidak ternilai buat kami sekeluarga.


“Jika dia pulangkan kembali semua barang itu, saya akan maafkan wanita berkenaan dan tidak akan mengenakan tindakan kepadanya,” katanya.

Beliau yang sudah 16 tahun menetap di negara ini juga tidak menolak kemungkinan pembantu rumahnya itu sudah melarikan diri dengan seorang lelaki berikutan mereka berkawan rapat.


“Saya cuba menghubungi mereka, namun gagal,” katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam dan sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan wanita itu diminta menghubungi Ali di talian 03-29383588.





Israk dan Mikraj bukti kebesaran Allah


DAHULUNYA dikatakan Rasulullah menambat buraq di tembok buraq ini semasa Israk dan Mikraj. Kini ia dikuasai oleh Yahudi dan dikenali OLEH Yahudi dan DIKENALI sebagai tembok menangis tempat untuk mereka beribadat terutama memohon ampun dari tuhan.


Sungguh sedih, kecewa dan hampa apabila ada di kalangan umat Islam sendiri tidak mempercayai paling bersejarah dalam Islam, iaitu Israk dan Mikraj.

Seperti yang tersiar di Utusan Malaysia Khamis lalu, satu laporan telah dibuat, yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengguna laman sosial, Facebook yang mempersendakan peristiwa itu.

Mereka yang tidak mempercayai peristiwa itu sama dengan golongan kafir Quraisy yang tidak menerima kebenaran peristiwa tersebut.

Ketika Rasulullah SAW bercerita kepada mereka mengenai peristiwa yang baru ditempuhi itu, tidak ada kalangan kafir Quraisy mahu mempercayainya. Malah baginda terus diejek sebagai orang gila dan sebagainya.

Berbeza pendirian yang ditunjukkan oleh sahabat baik baginda iaitu Abu Bakar selepas mendengarkan sendiri dari Rasulullah mengenai peristiwa perjalanan malam tersebut.

Beliau berkata; "Engkau benar! Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasul utusan Allah."

Sejak itulah Abu Bakar mendapat gelaran As-Siddiq yang bermaksud; yang membenarkan. Langsung tidak ada sebarang rasa ragu beliau terhadap Rasulullah.

Apabila ditanya oleh kaum kafir Quraisy bagaimana Abu Bakar boleh mempercayai peristiwa yang dialami oleh Rasulullah itu sedangkan mereka yang selalu ke Palestin memerlukan masa dua bulan untuk perjalanan pergi dan balik ke sana, Abu Bakar berkata: "Aku mengakui kebenaran Muhmmad pada perkara yang jauh lebih besar daripada itu (Israk dan Mikraj).

"Aku beriman kepada Muhammad mengenai wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata sahaja.

"Kalau itupun aku percaya, kenapa pula aku tidak percaya Muhammad boleh pergi Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?"

Begitupun baginda memahami kesukaran mana-mana pihak memahami dan mempercayai secara tuntas mengenai peristiwa yang baginda alami itu.

Lalu baginda menerangkan dan menceritakan kepada mereka mengenai keadaan di Palestin (Baitul Maqdis) iaitu terutama Masjid Al Aqsa termasuklah struktur binaan, tiang, tingkap dan sebagainya dan kawasan sekitarnya.

Baginda juga memberitahu mengenai sebuah rombongan dagang yang dipintas oleh baginda ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah selepas turun dari Sidratul Muntaha.

Rombongan dagang itu kemudiannya membenarkan kata-kata baginda itu ekoran mereka mendengar suara dari langit yang memberitahu mengenai unta mereka yang lari kerana ketakutan ternampak buraq yang ditunggangi oleh Rasulullah.

Walaupun telah diceritakan dengan begitu jelas dengan bukti-bukti yang dibawa oleh Rasulullah namun golongan kafir Quraisy tetap berdegil dan langsung tidak mahu mempercayai baginda apatah lagi untuk beriman terhadap Allah, tuhan yang Esa.

Hal ini sememangnya menguji keimanan seseorang. Pelbagai persoalan tidak dapat dielakkan timbul mengenai kebenaran kejadian Israk dan Mikraj itu.

Perkataan Israk berasal dari kata asas saraa yang bererti berjalan. Ia merujuk perjalanan di muka bumi pada waktu malam oleh Nabi Muhammad dengan roh dan jasad (bukannya mimpi) dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Seterusnya menyaksikan baginda yang ditemani oleh malaikat Jibrail (dalam bentuk manusia) naik ke langit dari Masjid Al Aqsa itu. Dari situ baginda juga singgah ke Baitul Makmur dan kemudiaannya ke Sidratul Muntaha, dekat kursi Allah SWT dan kemudian turun semula ke bumi dengan menaiki semula kenderaannya iaitu Buraq.

Kesemua perjalanan itu seperti yang kita ketahui mengandungi pelbagai peristiwa terutama detik bermulanya umat Islam disyariatkan mendirikan solat.

Allah memperlihatkan

Justeru, segala peristiwa ini merupakan kejadian yang menjadi hak mutlak kepada Allah untuk mengadakannya, iaitu dengan segala ilmu dan kekuasaan milik-Nya.

Secara bijaksana Allah memperlihatkan kekuasaan mutlak milik-Nya itu dengan awalan kalimat Subhanal-ladzii (Maha Suci Allah) iaitu dalam ayat surah al-Israk ayat 1 yang menjadi dalil naqli bagi mengesahkan kebenaran mengenai kejadian yang besar itu.

Firman Allah, Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Oleh kerana kedua-dua peristiwa iaitu Israk dan Mikraj itu sangat menakjubkan setiap umat Islam pasti menyebut subhanallah berulang kali kerana yakin dengan bentuk mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda SAW.

Ia memerlukan satu bentuk keimanan yang sangat tinggi sehingga ada yang menyebutnya sebagai haqqul yaqin (keyakinan atas kemutlakan Allah Yang Maha Berkuasa) bagi sesiapa yang dapat mempercayai kedua-dua kejadian ini di saat ada yang mendakwa kononnya kisah Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada kisah-kisah Israiliyyat atau hadis-hadis yang bersifat mauduk dan sebagainya.

Apatah lagi apabila disebutkan Rasulullah menaiki buraq, iaitu berasal dari perkataan barq bererti kilat. Jadi adakah kelajuan yang dicapai oleh buraq itu menyamai lajunya kilat? Iaitu sebahagian dari fenomena alam yang dari aspek sainsnya merupakan satu gelombang elektromagnet dengan kadar kelajuan maksimumnya adalah seperti kelajuan cahaya.

Jika kita membacanya di mana-mana pelbagai kisah diceritakan mengenai buraq. Malah terdapat juga gambaran-gambaran lukisan mengenainya.

Sama ada mempunyai sumber yang sahih mahupun tidak, tetapi buraq berasal daripada cahaya bagi membolehkan ia bergerak melebihi kepantasan cahaya. Iaitu 'sekelip mata' pantasnya.

Namun, kita percaya soal buraq ini seadanya tanpa perlu berlebih-lebihan kerana yang pasti tanpa menaiki kenderaan ini tidak mungkin baginda Rasulullah mampu melalui satu perjalanan yang jauh dan kembali semula ke Mekah dalam tempoh hanya sebahagian malam.

Ia berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah, tahun ke-11 Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul.

Allah kurniakan kepada Nabi Muhamad akan kejadian yang begitu besar maknanya ini sebagai memujuk kembali hati Rasulullah yang begitu berduka ekoran pelbagai musibah berturut-turut menimpa baginda, iaitu:

lPeristiwa diboikot dan dipulau oleh kaum kafir Quraisy selama tiga tahun yang menyebabkan seluruh kaum keluarga dan pengikut baginda teruk menderita.

l Kehilangan dua insan tersayang, iaitu kewafatan bapa saudara baginda, Abu Talib bin Mutalib yang banyak melindungi baginda dari gangguan kaum kuffar Mekah dan disusuli kewafatan isteri kesayangan, Siti Khadijah yang terlalu banyak berkorban.

l Apabila dakwah baginda ditolak mentah-mentah malah baginda diserang sehingga mengalami cedera ketika baginda mula untuk berdakwah di luar di lingkungan kota Mekah, iaitu apabila baginda pergi ke Taif.

Umat Islam yang tidak mempercayai peristiwa ini bukan berdasarkan kejahilan tetapi kerana sikap sombong mereka terhadap kemuliaan Al Quran.



Jangan sayang ibu bapa bermusim


Zahazan Mohamed


Apakah boleh kita menyambut Hari Ibu?

ZAHAZAN: Pada umumnya, Islam mengharuskan kita menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa. Cuma ia mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Maknanya, antara lain sambutan itu tidak boleh dicemari dengan percampuran bebas lelaki perempuan yang bukan mahram, disajikan minuman keras dan sebagainya.

Sebabnya dalam Islam, seorang anak itu wajib mengasihi ibu dan bapanya sepanjang masa atau istiqamah. Bukan hanya pada hari tertentu sahaja kita kasih dan sayang pada ibu.

Masyarakat Barat yang merencanakan sambutan ini kerana untuk mengimbangi kesibukan mereka lalu diadakan satu hari khusus bagi menyatakan kasih sayang kepada ibu dan bapa.

Ulama menyebut bahawa berbuat baik kepada ibu bapa itu dituntut sebagai mana kita solat fardu lima waktu sehari semalam. Maknanya, ia tidak boleh ditangguh.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa...(Luqman: 14)

Bahkan, jika ditakdirkan ibu kita bukan Muslim pun, sebagai anak kita masih wajib berbuat baik kepada mereka melainkan jika kita disuruh melakukan keengkaran kepada Allah.

Ini dijelaskan daripada perkataan saahibhuma dalam ayat 15 surah Luqman. Perkataan itu berasal daripada kata saahib yang bermaksud akrab atau rapat. Apabila rapat baru kita mengerti perasaan seseorang.

Kata orang, seorang ibu boleh menjaga 12 anak tetapi 12 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Apakah kaitan hal ini dengan keberkatan dan reda Allah kepada kita?

ZAHAZAN: Memang betul. Kadang-kadang kita perhatikan dalam satu keluarga yang ramai itu, berlaku tolak-menolak siapa yang mahu menjaga ibu bapa apabila mereka tua.

Sedangkan reda Allah kepada kita bergantung kepada redanya ibu bapa kepada kita. Ini dijelaskan menerusi sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Reda Allah terletak pada reda ibu bapa, kemarahan Allah juga terletak pada kemarahan ibu bapa". (Riwayat Tirmidzi, dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim.)

Tanpa restu atau reda ibu bapa kita tidak akan mendapat rahmat Allah. Mungkin kita diberi kekayaan, anak-anak yang pintar dan sebagainya tetapi semua itu adalah istidraj. Ini yang berlaku ke atas Firaun.

Apabila disebut Allah mengistidrajkan hambanya-Nya, ia bermaksud setiap kami hamba itu membuat atau menambah kesalahan maka setiap kali itu juga Allah menambah atau membaharui nikmat-Nya ke atas hamba tersebut membuatkan hamba itu tadi merasakan dia disayangi dan lupa memohon ampun.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT". (riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi apabila sudah lanjut usia memang banyak cabarannya. Apa iktibar untuk kita supaya tidak patah semangat dalam hal ini?

ZAHAZAN: Memang betul menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia memang banyak cabarannya. Namun, Allah telah mengingatkan kita supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa waima mereka lanjut usia sekali pun.

Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Israk: 23-24)

Kita bertanggungjawab berbakti kepada mereka. Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi SAW bertanya: "Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Beliau menjawab: "Ya", Baginda SAW bersabda: "Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta)". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Celakalah bagi tiga manusia iaitu apabila Ramadan datang tetapi tidak ada keampunan bagi mereka, Aku disebut di sisinya tetapi mereka tidak mendapat syafaat dan ada ibu bapa tetapi tidak pernah mendoakan keselamatan mereka". (riwayat al-Hakim dan Ibn Hibban)

Kadang-kadang kesibukan bekerja mencari rezeki dijadikan alasan tidak menziarahi ibu bapa di kampung. Adakah ini juga termasuk dalam 'menyakiti' ibu bapa?

ZAHAZAN: Hukum dalam Islam boleh berubah mengikut keadaan. Contohnya, hukum asal bagi bagi seorang anak yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung menziarahi ayahnya adalah harus.

Namun, apabila ayahnya menelefon menyuruh anaknya balik ke kampung dengan suara yang penuh pengharapan, maka hukum harus itu tadi kini menjadi wajib.

Dengan kata lain, anak itu tadi wajib pulang ke kampung menziarahi ibu bapa walaupun dalam kesibukan seharian. Jika tidak dapat bercuti panjang sekurang-kurangnya balik la untuk sehari dua.

Kita bimbang perbuatan yang menyakiti hati ibu bapa itu kelak menyukarkan kita mengucap kalimah tauhid apabila menghadapi sakaratul maut.

Inilah kisah yang berlaku kepada Alqamah. Beliau ialah sahabat nabi yang warak dan kuat menderma. Namun, selepas berumah tangga, beliau kurang memberi perhatian kepada ibunya kerana selalu melebihkan isteri. Keadaan itu menyebabkan ibunya berkecil hati.

Suatu hari, Alqamah jatuh sakit dan dalam keadaan nazak, beliau diajar mengucap kalimah La Ilaha Illallah, namun beliau tidak boleh mengucapkannya. Puas rakan-rakan menalkinkan kalimah tauhid itu tetapi Alqamah masih tidak mampu mengucapkannya.

Lalu, seorang sahabat menceritakan perkara itu kepada Nabi SAW. Baginda kemudian pergi ke rumah Alqamah dan menalqinkan kalimah tauhid, tetapi sayangnya, Alqamah masih tidak boleh mengucapkannya.

Nabi kemudian menanyakan adakah Alqamah ini masih mempunyai ibu kandung?" Hadirin ada yang menjawab "Masih ada". Lalu baginda meminta ibu Alqamah datang.

Kemudian nabi bertanya kepadanya tentang hal Alqamah. Dalam dialog itu ternyata si ibu tadi ada berkecil hati atas sebahagian tindakan anaknya ini pada dirinya, setelah ia berumah tangga dan sampai saat ini, beliau belum memaafkannya, meskipun Nabi sendiri telah memintanya.

Maka Nabi memerintah para sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah kerana itu lebih baik sebelum dia dibakar di akhirat.

Mendengar keputusan nabi itu, ibu Alqamah tidak sanggup apabila anak kandungnya dibakar di matanya sendiri.Beliau lalu memaafkan anaknya.

Selepas itu, barulah Alqamah boleh mengucap kalimah tauhid dan meninggal dunia.

Bayangkan, jika kecil hati ibu yang sedemikian pun menyukarkan anaknya mengucap apalagi kesalahan yang lebih besar yang selalu kita lakukan kepada ibu bapa kita.

Justeru, marilah kita sama-sama berbuat baik dan berkhidmat kepada ibu bapa sementara mereka masih hidup. Jangan kita menyesal apabila mereka sudah tiada lagi di bumi ini.


Pelihara batasan syariat demi keberkatan rumah tangga


Soalan

SAYA bukan seorang yang rigid atau jumud terhadap aktiviti dalam kehidupan. Pada pandangan saya, setiap Muslim yang beriman pasti memiliki persoalan yang mampu memotivasikan iman dan taqwa.

Cuma saya selalu berfikir dan ingin berusaha agar rasa selesa bila dapat mengatasi semua perbuatan dalam kehidupan dengan berpandukan hukum Allah SWT melalui nas al-Quran atau riwayat hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang sebenar.

Justeru itu, perkara sebenar yang ingin saya ketahui ialah mengenai proses-proses seorang lelaki dan wanita untuk bernikah. Hukum/Aktiviti merisik, bertunang, nikah dan walimaht-al-urus itu wujud. Ekoran pernyataan di atas persoalan saya ialah:

1. Adakah terdapat nas Al-Quran atau riwayat hadith Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengenai hukum wajibnya mengadakan "majlis" untuk merisik, bertunang? Adakah terdapat tempoh masa yang ditentukan untuk setiap "sesi" tersebut?

2. Apakah hukum melaungkan secara kuat lafaz takliq/taqlid kepada isteri? Bukankah itu semua perjanjian antara suami isteri, buat apa nak orang lain tau hal suami isteri tersebut.

3. Adakah terdapat pembaziran dan perbuatan yang sia-sia dengan memakai pakaian perkahwinan tradisi bangsa, mengadakan perarakan pengantin dan persandingan pelamin selepas nikah dan lain-lain? Adakah terdapat nas atau hadith yang menyatakan perlunya berpakaian baharu putih sewaktu bernikah? Adakah perlu dibuat dua kali majlis keraian selepas nikah (majlis pihak lelaki dan majlis pihak perempuan)?

4. Bagaimanakah konsep sebenar Islam bagi menjalankan aktiviti merisik, bertunang, aqad nikah dan walimaht-al-urus?

5. Adakah wang perbelanjaan dan nilai mahar/mas kahwin perlu dinyatakan sewaktu majlis merisik/bertunang dan aqad nikah?

Jawapan:

Tidak nafikan di antara punca hilangnya keberkatan sesebuah rumah tangga yang dibina adalah kerana tidak memelihara batasan-batasan syariat dalam majlis tersebut. Ingat rumah tangga yang dibina selalu diumpamakan seperti membina masjid. Puncanya terlalu banyak bercampur aduk dengan budaya dan adat yang bukan asal usul daripada Islam.

Justeru, kembali melihat dan meneliti cara dan ciri yang dianjur oleh Islam dalam membina rumah tangga adalah sangat mendesak, demi kelangsungan syariat dan demi kesejahteraan generasi yang akan datang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (al-Nur:32 ).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (al-Zariyat:49)

Dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang memperakui bahawa manusia dijadikan berpasang-pasangan, dan inilah juga sunnah alam yang mana Allah SWT menjadikan segala sesuatu itu berpasangan.

Sebelum seorang lelaki dan perempuan bergelar pasangan hidup Islam telah menetapkan syariat yang penuh dengan adab bagi memastikan hasrat tercapai. Maka adanya pinangan dan bertunang.

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Meminang juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais yang bermaksud: Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah SAW menceritakan bahawa Mu'awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya, baginda bersabda yang bermaksud: Mua'awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa mengantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid. (al-Bukhari dan Muslim ).

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW tidak melarang, malahan Nabi SAW membantu Fatimah binti Qais untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang.

Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.

Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasulullah saw berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang: "Daripada Abu Hurairah ra berkata, sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (riwayat Tarmizi dan Nasai). Maksudnya, melihat dengan mengikat pertunangan.

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: Daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim ).

Rasulullah SAW melarang seorang meminang wanita yang telah sedia dipinang oleh orang lain. Maksudnya sistem pertunangan sudah ada di awal perkembangan Islam. Maka hasil dari pinangan akan berlakunya pertunangan.

Kebiasaannya di negara kita, anak lelaki akan memberitahu hajatnya untuk memperisterikan gadis kesukaannya, dan yang melangsungkan hasrat anak itu oleh si ayah dengan mengunjung dan sekali gus melamar dan mengikat satu perjanjian yang dikenali sebagai pertunangan.

Manakala mengadakan majlis pertunangan, sebenarnya saya belum bertemu mana-mana riwayat yang menyuruh atau menghalang dari mengadakan majlis pertunangan. Namun ini tidak bermaksud haram mengadakan sedikit majlis.

Kebiasaan majlis pertunangan adalah proses mengenal kedua belah keluarga yang bersetuju menjodohkan anak mereka menjadi suami isteri. Maka dalam kesempatan itu diadakan jamuan dengan menjemput sanak saudara.

Kadang-kadang kegembiraan itu dikongsi bersama. Asalkan majlis itu tidak ada acara-acara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Adapun tempoh pertunangan ikut kepada keselesaan kedua belah pihak. Islam tidak mengehadkan sesuatu tempoh bagi pertunangan. Di sini dapat kita perhatikan keindahan syariat Islam.

Sekiranya Islam menetapkan sesuatu tempoh dan dalam tempoh tersebut perkahwinan tidak dapat dilangsungkan maka akan berdosalah kedua pasangan dan sesiapa yang terlibat. Sebab itulah tempoh pertunangan diserahkan kepada kebijaksanaan kedua belah pihak, dari pihak lelaki dan pihak perempuan untuk sepakat dengan satu tarikh bagi melangsungkan perkahwinan. Walaupun demikian tidak harus dilewatkan tanpa sebarang sebab munasabah.

Insya-Allah ustaz akan membicarakan keharusan lafaz ta'liq dan majlis perkahwinan pada minggu hadapan.



Kegembiraan orang beriman di hari akhirat

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menambahkan keterangan secara terperinci mengenai keadaan hari kiamat berserta malapetakanya yang mengerikan. Semua itu diterangkan kepada manusia sebagai dorongan agar merenung dalil yang menunjukkan ke-Esaan dan kekuasaan Allah SWT.

Kebenaran hari kebangkitan berserta segala kejadian hari kiamat yang disampaikan melalui lidah rasul-rasul-Nya supaya mereka membekalkan diri dengan amalan soleh sebagai pelita untuk menerangi kegelapan hari kiamat itu.

Allah SWT menerangkan bahawa manusia ketika itu terbahagi kepada dua golongan:

l Golongan yang sentiasa tersenyum, riang gembira seperti orang yang bertemu kekasihnya. Mereka itu adalah orang yang benar-benar percaya kepada kebenaran dan mengamalkannya.

lGolongan yang mukanya berdebu, ditutupi asap hitam. Mereka adalah penentang Allah SWT dan rasul-Nya, menolak kebenaran yang dibawa dan enggan berbuat baik sesuai dengan perintah Islam.

Firman Allah SWT: Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat.

Ibn Abbas berkata: al-Shakhah merupakan salah satu daripada nama hari kiamat yang diagungkan Allah SWT dan selalu diperingatkan pada hamba-Nya.

Ibn Jarir berkata: Boleh jadi ia merupakan nama bagi tiupan sangkakala.

Sedangkan Syed Qutb berkata: Perkataan shakhah ialah bunyi yang gegak gempita hampir menembusi telinga ketika ia membelah udara sampai ke dalamnya dengan bunyi yang kuat dan mendesak.

Dengan nada yang keras ini, al-Quran mengadakan persediaan untuk menayangkan pemandangan selanjutnya iaitu pemadanan setiap individu lari dari orang yang paling dekat dengannya.

Firman Allah SWT: Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak-anaknya.

Ibn Kathir berkata: Maksudnya dia mengetahui justeru, dia lari dan menjauh dari mereka kerana keadaan yang sangat menakutkan dan suasana yang tidak tenteram. Dalam hadis sahih disebutkan berkenaan dengan masalah syafaat.

Jika setiap Rasul di kalangan Ulul Azmi diminta memberikan syafaat di sisi Allah, maka dia akan mengatakan: "Saya pun bimbang nasib diriku ini".

Bahkan Nabi Isa a.s sendiri mengatakan: "Aku tidak meminta kepada-Nya kecuali untuk diriku sendiri bahkan aku tidak mampu meminta untuk Maryam walaupun dia ibu kandungku sendiri". Oleh yang demikian, Allah SWT berfirman seperti ayat di atas.

Firman Allah SWT: Kerana tiap-tiap seorang daripada mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Debu kehinaan

Al-Maraghi berkata: Itulah kejadian yang sebenarnya dan masing-masing diserang rasa ketakutan.

Ketakutan terhadap bencana dan perhitungan amalan merupakan urusan yang menyibukkan dan memalingkan dirinya daripada kaum kerabatnya disebabkan dia tidak mempunyai fikiran dan kekuatan lain lagi untuk menolong orang lain.

Perkara ini juga boleh diertikan bahawa kesedihan yang dideritainya itu disebabkan oleh dirinya sendiri dan kesibukan ini menyebabkan dia sesak dada.

Oleh itu dia tidak mempunyai sebarang kesempatan untuk memerhatikan kesedihan orang lain.

Firman Allah SWT: Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria. Inilah gambaran mereka yang mendapat keredaan Allah SWT. Kedudukan mereka yang selamat daripada huru-hara pada akhirat kelak.

Firman Allah SWT: Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Al-Maraghi berkata: Pada hari itu terdapat orang yang wajahnya ditutupi debu kehinaan dan gelap kerana kesedihan. Itulah wajah orang kafir, orang yang tidak beriman kepada Allah SWT dan ajaran-ajaran yang dibawa rasul-Nya.

Mereka melanggar ketentuan syariat, melakukan dosa dan kejahatan. Dari keterangan di atas, dapat dinyatakan pada hari itu manusia terbahagi kepada dua golongan:

lGolongan yang ketika di dunia mencari kebenaran, berpegang kepada dalil yang tepat dan mengamalkan kebenaran tersebut. Dia tidak lemah, kerana sedikitnya pengikut dan ramainya pembangkang. Mereka bersikap tenang sehingga bertemu Allah SWT dan bergembira disebabkan memperoleh hasil daripada amalan yang dilakukan. Tanda-tanda kegembiraan itu terlihat pada wajah-wajah mereka.

lGolongan yang rendah akalnya, mengabaikan nikmat-nikmat Allah SWT kepadanya, senang mengambil tindakan yang bodoh dan tidak mahu berfikir kerana mengikut warisan daripada nenek moyangnya. Dia selalu mengikut hawa nafsunya yang jahat dan akidah yang rosak. Mereka akan mengamalkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu, kerana itu nampak pada dirinya rasa kecewa dan gagal. Wajah-wajah mereka pula dipenuhi debu dan asap hitam disebabkan mereka ketika di dunia kafir lagi derhaka.

Syed Qutb berkata: Dengan susunan itu, selaraslah gambaran bahagian pertama dengan yang akhir.

Bahagian pertama menjelaskan hakikat nilai atau neraca dan bahagian akhir menerangkan hasil penilaian neraca itu.

Surah yang pendek ini menjadi satu surah yang tersendiri atau unik dengan pengemblengannya yang mengandungi berbagai-bagai hakikat yang besar, pemandangan-pemandangan, nada-nada dan saranan yang beraneka ragam yang memberi penjelasan yang cantik dan halus.