Tuesday, July 6, 2010

SIBUK MENJAGA PANGKAT DALAM POLITIK HINGGA UNDANG ISLAM TAK DIPERJUANGKAN....

Menyorok bawah katil


KULIM - Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup bersembunyi di bawah katil yang sempit semata-mata mengelakkan dirinya dicekup pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan kekasihnya, seorang ibu tunggal.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi apabila pegawai penguatkuasa agama menemui lelaki berusia 38 tahun itu dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju di bawah katil berkenaan.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim berkata, mereka menerima maklumat daripada orang awam jam 8 pagi dan tujuh pegawai penguat kuasa agama sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 8.30 pagi

Katanya, ibu tunggal beranak tiga berusia 36 tahun tidak mempunyai pekerjaan mengambil kesempatan membawa teman lelakinya yang sudah beristerid an mempunyai tiga anak itu bermalam di rumahnya di taman perumahan, dekat sini.

Pasangan itu dikatakan berkenalan setahun lalu ketika berjumpa di tapak pesta dan menjalinkan hubungan sejak kebelakangan ini.

"Menurut aduan orang awam, lelaki itu sering masuk ke rumah teman wanitanya itu dan ada kalanya bermalam di situ. Setelah kawasan rumah di kepung, pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri untuk memeriksa.

"Namun kami terpaksa tunggu kira-kira tiga minit sebelum pintu dibuka kerana wanita berkenaan memberi alasan dia tidak dapat mencari kunci rumah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit memaklumkan kepada PADK bahawa dia tinggal berseorangan kerana tiga anaknya bersekolah.

Katanya, setelah mendengar penjelasan diberikan, PADK membuat pemeriksaan rambang di rumahnya sebelum menemui seorang lelaki dalam bilik dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju.

"Kami memeriksa seluruh bilik, termasuk almari dan bawah katil. Setelah siasatan dibuat, PADK mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan sah.

Mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.

"PADK mengarahkan waris mereka datang membuat pembayaran jaminan," katanya



Murid 11 tahun jadi mangsa rogol beramai-ramai
MELAKA - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bersiar-siar dengan teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman pahit apabila bekas kekasih dan lima rakannya merogolnya di sebuah rumah di Umbai, di sini, 29 Jun lalu.

Mangsa dan teman lelakinya sedang berjalan di jeti ikan bakar di situ jam 12 tengah hari apabila sekumpulan enam lelaki, termasuk bekas teman lelakinya, menghampiri dan menjerkah mereka.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki-lelaki itu, yang berumur antara belasan tahun dan awal 20-an, kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya ke sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan sebuah kereta.

“Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa, tetapi tidak ingat oleh berapa orang. Teman lelakinya mungkin di luar rumah atau di bilik lain ketika itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, berikutan kejadian itu, dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan bakinya masih diburu. Polis mengeluarkan fotofit salah seorang daripada suspek itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

TAK BERSALAH...HUKUM ALLAH TETAP DIABAIKAN....

Web lucah makin digemari


2010/07/06

JAKARTA: Penduduk Indonesia kini menjadi pelayar laman web lucah ketiga paling aktif di dunia, dipercayai kesan tersebarnya rakaman klip video lucah Ariel Peterpan dan pasangannya.
Pegawai kerajaan berkata Indonesia semakin terkenal berbanding sebelum isu video berkenaan timbul. - Agensi



Ariel, Luna lebih mesra



2010/07/06

JAKARTA: Walaupun berpisah selama dua minggu kerana Ariel ditahan polis, hubungannya dengan kekasihnya, Luna Maya, dilaporkan semakin akrab.
Ia dapat dilihat ketika personaliti televisyen itu meluangkan masa berjam-jam melawat Ariel, 28, di Ibu Pejabat Polis Indonesia di Jakarta 28 Jun lalu.
Sumber berkata, tujuan asal Luna Maya, 26, ke situ adalah untuk menjalani pemeriksaan polis tetapi dia menggunakan masa yang ada untuk meninjau keadaan kekasihnya.

Peguam Ariel dan Luna Maya, Alfrian Bondjol, berkata tiada yang aneh melihat bagaimana kedua-dua artis itu menghadapi isu skandal seks mereka.

“Memang tiada yang menghairankan kerana mereka berpacaran,” katanya.

Sumber berkata, ketika berada di situ, Ariel dibenarkan keluar seketika dari sel tahanan dan bertemu Luna Maya di tempat khas dalam bangunan berkenaan.

Kemesraan itu juga sempat disaksikan orang ramai sehinggakan gambar mereka segera dirakam dan dimuat naik di Internet.

Sementara itu, Ariel berhajat mengetahui siapa dalang utama menyebarkan rakaman klip aksi ranjangnya ke Internet.

Ketika lapan suspek ditahan, Ariel berkata, dia berharap tiada lagi penganiayaan terhadapnya.

Kata Alfrian, dengan tertangkapnya suspek itu, mereka berharap dalang sebenar dikenakan tindakan dan orang ramai tidak lagi menyalahkan Ariel. “Ariel kini banyak termenung dalam tahanan polis,” katanya. - Agensi

PATUTKE....IKUT HUKU QURAN@ALLAH DIREJAM ...SEBAB IA DAH KAHIN

40 tahun jel, 34 kali sebat

Oleh Nazarali Saeril

2010/07/06

MUAR: ‘Padah haruan makan anak.’ Perumpamaan itu sesuai ditujukan kepada pemandu lori yang didapati bersalah merogol serta melakukan seks oral terhadap dua anak kandungnya berusia 12 dan 14 tahun dalam dua kejadian berasingan, awal tahun ini.
Semalam, Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhi hukuman penjara 70 tahun dan 34 sebatan terhadap bapa durjana itu bagi empat tuduhan merogol dan melakukan seks oral terhadap dua anak perempuannya.
Lelaki berusia 39 tahun itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan terhadap anaknya berusia 14 tahun di rumah mereka di Sungai Mati, kira-kira jam 7 malam pada 3 Januari lalu, manakala satu lagi terhadap anaknya berusia 12 tahun di sebuah pondok di tepi Jalan Pulau Penarik, kira-kira jam 7 malam, 7 Februari lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun memerintahkan tertuduh dipenjara 20 tahun dengan 15 sebatan kerana merogol anaknya berusia 14 tahun serta penjara 15 tahun dan dua sebatan kerana melakukan seks oral terhadap mangsa sama dengan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Bagi kesalahan terhadap anaknya berusia 12 tahun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan bagi tuduhan rogol dan penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi kesalahan seks oral dengan hukuman berjalan serentak tetapi selepas hukuman bagi kesalahan terhadap mangsa pertama selesai.

Berikutan itu, tertuduh menjalani hukuman penjara 40 tahun dan 34 sebatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, selain dua kesalahan mengikut Seksyen 377 (c) kanun sama bagi tuduhan seks oral yang membabitkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kamarudin ketika menjatuhkan hukuman berkata, beliau berharap hukuman itu menjadi pengajaran bagi tertuduh dan peringatan supaya orang lain tidak melakukan.

“Saya rasa hukuman itu wajar dikenakan, tetapi ini hukuman dunia saja,” katanya.

Mengikut fakta kes, mangsa berusia 14 tahun dirogol di rumah mereka di Sungai Mati pada 3 Januari lalu, tetapi kejadian itu hanya diketahui ibunya yang dimaklumkan guru kaunseling berikutan mangsa nampak sugul dan tidak menumpukan perhatian dalam kelas.

Pendedahan mangsa kepada guru kaunselingnya itu juga membongkar kejadian sama menimpa adik mangsa pada 7 Februari lalu, menyebabkan laporan dibuat di Balai Polis Sungai Mati sebelum tertuduh menyerah diri keesokannya.

BERILAH KEADILAN...JIKA TIDAK BALASAN ALLAH TETAP ADA...CUMA TUNGGU JE....

Laporan k'jaan akui gadis Penan alami deraan seks
Sep 9, 09 11:51am
Kerajaan akhirnya mengakui secara terbuka bahawa memang wujud penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja kem pembalakan di Baram, Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menerima tekanan kumpulan NGO untuk menyiasat dakwaan tersebut sejak ia pertama kali dibangkitkan, hampir setahun lalu.

Laporan penderaan seks itu diserahkan kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, yang juga ahli parlimen Ampang, semalam.

Laporan berkenaan menyenaraikan sekurang-kurangnya lapan kes penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja pembalakan.

Ia menyebut, beberapa mangsa pencbulan itu termasuklah murid-murid sekolah, semuda 10 tahun.

NGO setempat mendakwa kes-kes yang didokumentasikan ini hanyalah sejumlah kes penderaan seks di kalangan suku kaum ini.

Jawatankuasa bertindak kebangsaan bawah kementerian wanita diarahkan oleh kabinet pada 8 Oktober tahun lalu untuk menyiasat perkara tersebut.

Anggota jawatankuasa itu melawat Long Item, Long Kawi, Long Luteng, Long Belok, Kampung Ugos, Jambatan Suai, Niah antara 10 hingga 15 November tahun lalu.



PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak
Keruah Usit
Jul 6, 10
2:18pm
Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan.

Pen
deritaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.

Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

Me
nurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.

Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.

PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.
Diperkosa pembalak

Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.

K
etujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum pernah membuat laporan sebelum ini.

Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa.

Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberi amaran: ”semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami”.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa “masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalangan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim.

Me
nteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam pula terus menafikan laporan itu.

“Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar”.
Cerita dirogol

Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan.

Cerita J

Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar memburu.
Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara.
J dirogol ketika berusia 14 tahun oleh seorang pembalak yang berusia dalam lingkungan 30an.
Pembalak itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan lelaki itu pergi ke rumahnya dan merogolnya.
J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu.

Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

Kata J, dia didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun.

Cerita A

A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan.
A kemudian dipisahkan dengan adiknya dan setiap hari dia dirogol dan sekiranya dia menolak tuntutan nafsu pembalak, dia akan dipukul. Apabila dia mengandung, A dihantar pulang ke rumahnya semula. A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis.

Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan.

Cerita E

E di
tangkap ketika membonceng motosikal dan dirogol oleh dua lelaki di kem pembalakan pada tahun 1996. Dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampungnya yang berjaya mengesannya dan menyerbu tempat tahanannya.

Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka.

Monday, July 5, 2010

DULU TAK LELAH KOD....ATAU LELAH TAPI SYAITAN TAK LELAH....BAGAIMANA JAHAT MEMUSNAH MASA DEPAN@DARA ANAK ORANG

Lelah tapi boleh perkosa kekasih



2010/07/06

SHAH ALAM: Seorang pesakit dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol pelajar tingkatan empat, empat tahun lalu.
Hakim Hasbi Hasan yang membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Mohamad Ezat Ezuandi Othman, 29 dan mengarahkan hukuman penjara itu berjalan mulai semalam.
Mohamad Ezat yang bekerja di kilang membuat simen didakwa merogol remaja berusia 15 tahun di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini, antara 1.50 tengah hari dan 2.20 petang pada 3 Mac 2006.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Hasbi dalam penghakimannya berkata, walaupun kes itu membabitkan pasangan kekasih, hukuman berat perlu dijatuhkan supaya semua pihak sedar akan kesalahan itu. Katanya, ia juga bagi membendung jenayah itu yang kian berleluasa dan sering dipaparkan menerusi media. “Setiap orang perlu memberi perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur dan bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Hasbi membenarkan permohonan pelaksanaan hukuman dan mengarahkan peguam mewakili tertuduh, Abdul Muiz Samsuri memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, di sini, secepat mungkin.

Katanya, mahkamah juga menetapkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan, sementara menanti keputusan rayuan. Terdahulu, Abdul Muiz ketika rayuan terhadap hukuman memohon mahkamah memberi hukuman seringan-ringannya kerana anak guamnya menghidap lelah akibat persekitaran di tempat kerja.

Selain itu katanya, gaji tertuduh sebagai pekerja kilang simen juga kecil di samping perlu menyara ibu bapanya yang sudah uzur di kampung.

SYUKURI NIKMAT ALLAH SWT

AS SALAMMUALAIKUM WW.

MORNING@SLMT PAGI...SLMT BERSARAPAN SLMT KERJAYA DLL...BRSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMAT ALLAH...
TAATLAH KITA PADANYA...KERANA ADA
YG DAIF DARI KITA...INSAFLAH

LEBIH2 LAGI HIDUP MEWAH...BERKERETA BESAR HARGA RATUSAN RIBU RINGGIT...BERUMAH BESAR...HARTA RATUSAN RIBU HINGGA JUTAAN RINGGIT...MAKAN ANGIN SELURUH DUNIA...KEMEKAH BERKALI2.... 

BAJU SERTA KASUT MEMENUHI BEBERAPA ALMARI..

KUTIPAN ZAKAT JUTAAN RINGGIT...INGAT TU BUKAN DUIT KITA...BAGI IKUT ASNAB
JANGAN IKUT SUKA...ATAU DISEKAT2..BESOK LARATKE JAWAB DIHADAPAN ALLAH...KITA MEWAH DAN BERGAJI BESAR KERJA DIPUSAT ZAKAT...INGAT! BUATLAH APA YANG KAU SUKA BUAT DIDUNIA INI...TAPI INGAT! BESOK ALLAH AKAN TANYA BILA BERADA DI PADANG MAHSYAR...

HABIS BELANJA RIBUAN RINGGIT UNTUK KENDURI KENDARA SEKADAR NAK MENUNJUK2 KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN...

INGATLAH PADA YANG MISKIN LAGI PAPA KENDANA

INGAT JUGA YANG MENGAMAL RASUAH...PEMBERI DAN PENERIMA SEMUA MASUK NERAKA...

INGAT PENINDAS2..PENZALIM2...MENGHUKUM BERPILIH2..IAITU TIDAK ADIL...KITA AKAN DISUMBAT DALAM NERAKA....SOK DAH MAMPUS@MATI BARU TAHU KITA SALAH ATAU BENAR...

MUFTI2...USTAZ2 DAN GURU AGAMA@LELAKI-PEREMPUAN...JANGAN JUAL AGAMA DENGAN DUNIA...TAK TAKUT KE NERAKA ALLAH...

JANGAN SEMBUNYI HUKUM ALLAH BESOK MULUT KITA SISUMBAT DENGAN API NERAKA..TUAN PUAN GULUNGAN AGAMA TENTU TAHU...

MAKA INGATLAH KITA AKAN TUA...KEREPOT2...BERKEDUT2...LEMAH..
SAKIT...RAMBUT PUTIH DENGAN UBAN..ITU PUN JIKA SEMPAT TUA...


INSAFLAH...BERTAUBATLAH...TUAN PUAN SAPEKAH KITA YANG BOLEH TERLEPAS GODAAN SYAITAN...

TUAN IKHLAS KE...IKHLAS NI ...RASHIA DALAM RAHSIAKU(ALLAH)

HANYA ORANG IKHLAS TERLEPAS DARI GODAAN ALLAH....ITU JANJI ALLAH

JANGAN NAK MENGEJAR DUNIA SERTA HIDUP MEWAH YANG SEMENTARA NI KITA SANGGUP JUAL AGAMA SERTA LANGGAR HUKUM AGAMA....

FIKIRLAH KITA NI SAPE
DAH CONFIRM KE MASUK SYURGA...

SAPE MEMPERGUNAKAN SAPE...LELAKI ATAU WANITA ITU SENDIRI...HINGGA MENGANGGAP DEDAH TUBUH SATU KESENIAN....

HIBURAN

Mugdha berbikini seksi


MUGDHA GODSE


LATAR belakang sebagai seorang model bukan satu masalah besar buat aktres baru Mugdha Godse untuk muncul hanya dengan berbikini di layar perak.
Dia juga sebelum ini telah melakonkan adegan panas dalam sebuah filem seram bersama aktor Bobby Deol.
Menerusi filem terbarunya yang berjudul Help, dia bakal muncul dengan bikini seksi berwarna putih dan bahagian pinggang ke bawah hanya dilitupi sehelai kain yang cukup nipis.
"Saya tidak kisah pakai bikini kerana itu kehendak skrip. Tetapi saya bekerja keras untuk memastikan tubuh saya mempunyai bentuk yang menarik.
"Apa yang susahnya buat saya adalah saya perlu tampil dengan dua imej yang berbeza dalam filem ini. Ada waktunya saya perlu menjadi seorang yang seksi dan glamor dan ada waktunya saya perlu menjadi orang biasa sahaja," katanya tentang filem yang diarah oleh Rajeev Virani itu.
Tambahnya tentang filem yang akan berada di pawagam pada 13 Ogos tersebut: "Saya tidak sabar untuk melihat reaksi penonton dan berharap mereka menyukai lakonan saya tidak hanya penampilan saya yang berbikini."