DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my 2010/08/07
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya menjadi mangsa tipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa supaya menyerahkan wang.
Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai. Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged hanya menyedari niat sebenar suspek ‘romeo Internet’ itu selepas wang dalam akaun mereka ‘disedut’ sedikit demi sedikit.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor akaun bank kepada lelaki berkenaan. Katanya, dia mengenali lelaki itu melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan tazkirah berhubung masalah hidup. “Buah fikiran bernas diselangi doa menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan benar-benar mahu membantu wanita bermasalah,” katanya.
Katanya, lelaki itu dikenali sebagai Abdullah, 30-an, menawarkan diri membantu menyelesaikan masalah dihadapinya terutama membabitkan ansuran tertunggak rumah dan kereta. “Saya bersetuju menemuinya di kawasan rawat dan rehat Sungai Buloh buat kali pertama selepas saling berbalas e-mel dan SMS sejak beberapa bulan lalu. “Pertemuan kali pertama itu menyebabkan hati saya berdegup kencang apatah lagi dengan penampilannya berjubah selain wajahnya yang agak kacak. Lebih memeranjatkan apabila dia tanpa segan silu meluahkan perasaan kononnya jatuh cinta terhadap saya pada pandang pertama. “Dia kemudian merayu dan meminta saya menerima cintanya sambil menyatakan hasrat mengahwini saya dalam tempoh terdekat,” kata mangsa ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam. Katanya, dia benar-benar terkejut dengan lamaran mendadak itu apatah lagi menyedari mereka masih di peringkat awal perkenalan dan baru bersua muka.
“Ini menyebabkan saya dibuai perasaan, ditambah dengan kesungguhannya mahu melangsaikan semua hutang rumah saya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, yang mencecah RM50,000. “Kebaikan ditunjukkannya menyebabkan saya tambah jatuh hati apatah lagi selepas kerap diberi tazkirah agama berikutan dia mengaku pernah menjadi guru agama. “Malah, dia kerap bertanya saya sama ada solat lima waktu saya cukup atau sebaliknya,” katanya. Menurutnya, pada masa sama ‘teman lelakinya’ itu memintanya menyerahkan nombor akaun bank dan angka laluan rahsia sistem perbankan dalam talian miliknya.
“Dia memberi alasan bahawa itu untuk bagi memastikan perbelanjaan kewangan saya dapat diselaraskan selain dipantau bagi mengelak pembaziran. “Namun, dakwaan asalnya untuk menguruskan kewangan saya menjadi sebaliknya apabila wang dalam akaun bank saya ‘disedut’ sedikit demi sedikit. Malah, surat gadaian barang kemas saya turut diambil dan ditebus tanpa pengetahuan saya,” katanya.
Menurutnya, dia turut rugi apabila RM3,000 tunai yang diberikan untuk upah haji turut dikebas lelaki berkenaan selain wang simpanannya mencecah RM20,000. “Saya pernah bertanya berhubung kehilangan wang itu namun dia memberi pelbagai alasan tidak munasabah. Malah, janjinya untuk berkahwin dalam tempoh terdekat hanya omong kosong,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini.
Lin berkata, dia terkejut apabila beberapa mangsa lain di laman sembang sosial di Internet juga mendakwa ditipu lelaki sama.
Lelaki baru keluar penjara amuk hajat tak ditunai
2010/08/07
MELAKA: Akibat tidak mampu menahan nafsu bergelora sebaik bebas penjara, seorang lelaki bertindak ala gangster hingga menyebabkan anak lelakinya cedera pada mata kanan selepas keinginannya untuk bersama bekas isteri ditolak.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.15 malam Sabtu lalu ketika wanita berusia 21 tahun terbabit bersama anak lelakinya yang berusia 11 bulan berehat di rumah mereka di sebuah perumahan di Bandar Hilir, dekat sini, sebelum didatangi bekas suami.
Ibu muda yang enggan dikenali itu berkata, dia terkejut melihat bekas suaminya berusia 33 tahun bersama empat rakan muncul di hadapan rumah sambil mundar-mandir dan menjerit menyuruhnya membuka pintu, namun dia tidak mengendahkan kerana hanya mereka berdua di rumah ketika itu.
Menurutnya, keadaan menakutkan apabila lelaki berkenaan bersama rakannya membawa kayu, rantai besi dan pisau sambil mengetuk pintu berkali-kali sebelum cuba memecahkannya.
“Apabila pintu rumah pecah dan berlubang, mereka baling pasu bunga dari arah luar. Serpihan pasu itu terkena mata kanan anak menyebabkannya cedera dan menangis.
“Berikutan itu, saya menghubungi abang sulung memaklumkan kejadian itu dan dia menelefon polis.
“Polis yang tiba setengah jam kemudian menahan bekas suami saya sebelum dibawa ke Balai Polis Bandar Hilir untuk siasatan, manakala rakannya menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, bekas suaminya itu sebelum ini meringkuk di Penjara Kajang, Selangor, atas kesalahan dadah, dan selepas dibebaskan 29 Julai lalu, dia memberi kebenaran melihat anak mereka tetapi lelaki itu mengugut mahu melarikan bayi mereka, jika dia enggan merujuk semula.
Katanya, lelaki berkenaan tidak pernah berputus asa apabila cuba menghubunginya berulang-kali untuk berjumpa dan pada malamnya, dia datang ke rumah dalam keadaan marah sambil merayu untuk melakukan hubungan seks dengannya, tetapi ditolak dengan baik.
“Saya terlalu bimbang pada masa itu kerana abang sulung tiada dan saya kata kalau nak jumpa kena tunggu abang saya ada di rumah.
“Dia menepuk dinding dengan kuat meluahkan kemarahannya kerana kami bukan suami isteri lagi,” katanya.
“Keesokannya, bekas suami datang semula ke rumah bagi mengulangi permintaannya untuk menyetubuhi saya, namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila dia datang bersama empat rakannya untuk menuntut bagi memenuhi nafsu seksnya,” katanya
Menurutnya, dia berkahwin dengan bekas suaminya yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah itu pada pertengahan tahun lalu selepas lima bulan mengandungkan anak lelakinya.
BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung minggu lalu.
Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik lebih mendalam sebelum membongkar rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas datuk tirinya.
Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.
Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tinggal bersama nenek serta datuk tiri sejak 2005 dan diperlakukan perbuatan terkutuk itu ketika pulang bercuti dari asrama pada hujung minggu.
Menurutnya, ketika bertemu ibunya yang melawat asrama Jumaat lalu, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu pulang ke rumah neneknya lagi dan perkara itu menimbulkan kecurigaan kepada wanita terbabit
“Ibu mangsa cuba memujuknya, tapi pelajar tingkatan satu itu berkeras tidak mahu pulang ke rumah neneknya.
“Ibunya kemudian mendesak pelajar itu menceritakan perkara sebenar sehingga mangsa mendedahkan dia sering dirogol datuk tirinya sejak 2005,” katanya
Terkejut dengan pendedahan anaknya, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin
Mohd Bukhori berkata, lelaki terbabit turut mengugut tidak mahu menghantar cucu tirinya ke sekolah jika dia memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa.
“Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan polis sedang memburu suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nanga Ajau serta nenek mangsa berusia 40-an untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, kedua-dua suspek dipercayai sudah menghilangkan diri. Polis sudah ke tempat kerja suspek namun gagal menemuinya,” katanya.
Menurutnya, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Penganggur diam 10 minit sebelum mengaku perkosa anak
2010/08/05
BATU PAHAT: “Awak faham atau tidak dengan pertuduhan dibacakan? Jangan membuang masa mahkamah seperti ini...mahkamah banyak lagi kes mahu dijalankan.
“Kalau tidak faham, mahkamah akan bacakan (pertuduhan) semula,” kata Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Abu Bakar Manat kepada seorang lelaki berusia 43 tahun yang didakwa merogol anak perempuannya berusia 14 tahun sebanyak 21 kali hingga kini hamil tiga bulan di rumah mereka di Kampung Melayu, Kluang antara November 2008 hingga Julai 2010.
Penganggur yang tidak diwakili peguam itu, pada mulanya hanya mendiamkan diri dan memandang lantai hampir 10 minit selepas pertuduhan dibacakan hingga ditegur Abu Bakar sebelum membuat pengakuan bersalah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen 2 dan didakwa dengan sembilan pertuduhan merogol anaknya itu pada sembilan waktu berlainan antara Mac 2009 dan Mei 2010, September 2009 dan November 2009 serta Mac hingga Mei 2010.
Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan mangsa masih di bawah umur dan kini hamil masih tinggal bersama tertuduh.
Abu Bakar memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh dan menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 dan didakwa dengan 12 lagi pertuduhan merogol anaknya pada 12 waktu berasingan antara November 2008 dan Julai 2010.
Kali ini, tertuduh tidak lagi mengambil masa lama untuk mengaku bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz turut tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Pasangan lari berbogel
Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my 2010/08/05
KULIM: Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel.
Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.
Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan kekasih itu yang tiba di ladang dengan menunggang motosikal, dipercayai mengambil keputusan memadu asmara dalam ladang itu kerana menyangkakan tempat berkenaan selamat.
“Niat untuk melakukan persetubuhan haram terbantut apabila mereka terkejut dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka melarikan diri dalam keadaan bogel.
“Mereka terserempak dengan kumpulan penembak itu dan seorang anggota kumpulan itu menghubungi PADK,” katanya, semalam.
Jurucakap itu berkata, ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa menjemput kekasihnya di rumah kira-kira jam 10 pagi untuk melawat ibu gadis berkenaan yang sakit di hospital tetapi mengambil peluang berkenaan untuk melakukan maksiat di ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari jalan utama ladang berkenaan.
“Anggota PADK yang dimaklumkan mengenai kejadian itu, tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi dan ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku berniat melakukan persetubuhan haram namun terbantut selepas terdengar bunyi tembakan,” katanya.
Menurut jurucakap itu lagi, kedua-dua pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sungai Kob dan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.
“Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman penjara atau denda RM2,000,” katanya
Tidur bercampur
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my 2010/08/05
PETALING JAYA: Dua lelaki warga asing mengejutkan pihak berkuasa apabila dikesan tidur bersama tujuh wanita warga Indonesia selepas bilik sewa yang didiami diserbu penguat kuasa imigresen Selangor di Sungai Way, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 1.40 pagi itu, kedua-dua lelaki berkenaan yang juga warga Indonesia diberkas bersama rakan sebilik lain selepas didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini.
Ketua Operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Johari Supardi berkata, semua mereka yang bekerja sebagai operator kilang dan buruh cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan menyorok berhampiran kawasan rumah teres satu tingkat disewa.
Menurutnya, usaha terbabit bagaimanapun gagal berikutan kediaman terbabit sudah dikepung terlebih dahulu oleh kakitangan penguatkuasa Imigresen. “Siasatan mendapati, semua mereka yang ditahan menyewa bilik terbabit sejak setahun lalu dengan bayaran RM250 sebulan. “Kami sudah menahan mereka untuk proses dokumentasi, dan mereka akan didakwa kerana tiada dokumen perjalanan sah selain tinggal lebih masa di negara ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Dalam serbuan kedua, seramai 31 perempuan warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit yang sah selepas sebuah rumah yang terletak beberapa meter dari sasaran pertama diserbu.
“Semua mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun terpinga-pinga ketika ditahan pegawai penguat kuasa. Siasatan mendapati semua wanita yang ditahan itu hanya mempunyai memilik kad identiti pekerja di sebuah kilang tanpa pasport sah, “Susulan penahanan itu, semua warga asing terbabit ditahan dan dihantar ke Depoh Tahanan Pati Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/67 pindaan 2002,” katanya.
Bayi lelaki ditemui dalam kotak
05/08/2010 5:07pm
SABAK BERNAM 5 Ogos - Seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui dalam sebuah kotak di Sungai Besar, di sini malam tadi.
Beliau berkata, bayi lelaki berusia tujuh hari itu ditemui dalam keadaan bogel oleh penuntut Politeknik Sabak Bernam dan rakan wanitanya pada kira-kira pukul 9 malam.
Bayi itu diletakkan dalam kotak yang ditinggalkan di sebelah kereta penuntut lelaki itu, kata Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad.
Beliau berkata, penuntut berkenaan membawa bayi itu ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, sebelum ibu saudaranya membuat laporan polis.
"Sebaik dimaklumkan oleh Balai Polis Bandar Baru Bangi, kami membawa bayi lelaki terbabit ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menjalankan pemeriksaan lanjut pada pukul 10 pagi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
"Kami juga akan menemubual pelajar yang menemui bayi itu bagi mendapatkan maklumat lanjut selain untuk mengetahui mengapa dia tidak terus membuat laporan di Sabak Bernam,” katanya. - Bernama
Angkara nafsu Oleh Sarah Sulaiman
sarahsulaiman@bharian.com.my
2010/08/05
PENGHUNI Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan bersama bayi luar nikah yang dilahirkan di pusat berkenaan.
Bilangan remaja hamil tanpa nikah ke Baitul Ehsan meningkat
SABAK BERNAM: Seramai 16 remaja perempuan hamil tanpa nikah, purata dua orang sebulan dimasukkan sama ada secara sukarela atau menerusi perintah mahkamah ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di sini, sejak Januari lalu
Pengusaha Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Mohd Makhi Adnan, berkata seramai lapan remaja sudah melahirkan anak dan berada dalam tempoh pantang, manakala lapan lagi masih menunggu kelahiran
Beliau berkata, semua remaja terbabit masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) berusia antara 16 hingga 20 tahun.
“Remaja yang baru bersalin diberi perlindungan minimum antara enam bulan hingga setahun bergantung kepada keputusan ibu bapa yang menghantar anak mereka secara sukarela ke pusat itu atau perintah mahkamah.
“Apa yang membimbangkan kami, jumlah kemasukan remaja yang berdepan dengan pelbagai masalah sosial termasuk hamil luar nikah ke pusat perlindungan itu yang ditubuhkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2001, terus meningkat kepada 96 orang dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding secara purata 60 orang sepanjang tahun lalu.
“Peningkatan hampir 40 peratus dalam masa setahun itu perlu diberi perhatian ibu bapa dan pelbagai golongan masyarakat, dengan tidak hanya menyerahkannya kepada kerajaan semata-mata untuk menanganinya,” katanya kepada Sentral di sini.
Mohd Makhi berkata, walaupun mementingkan kaedah pemulihan kerohanian dan keagamaan, pusat itu tidak mengabaikan pendidikan apabila memberikan tuisyen secara percuma kepada pelatih yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Ada 15 pelatih di sini yang masih meneruskan pengajian dengan mengambil tuisyen untuk menghadapi SPM dan 13 lagi bakal menduduki PMR.
“Pelatih di sini juga dilatih pelbagai kemahiran bagi memberikan mereka nilai tambah apabila keluar dan berdepan dengan kehidupan sebenar,” katanya.
Beliau berkata, penubuhan pusat ini bertujuan membangunkan asnaf ar Riqab ke arah mendapatkan keredaan Allah melalui kaedah merawat, memulih dan memberi perlindungan secara menyeluruh serta berkesan berlandaskan perintah agama.
“Bahagian ar Riqab menjalankan kuasa Enakmen Syariah dan undang-undang sedia ada, mengawal selia pusat pemulihan akhlak dan dadah serta memantau dan menyelaras rumah kebajikan ar Riqab di negeri ini,” katanya.
Senarai komen
Ecalimaocen
Dari pemerhatian saya sejak dulu lagi isu ini seolah-olah hanya 1 pihak saja yang dipersalahkan iaitu pihak perempuan.Bagaimana pula dengan pihak yang 1 lagi iaitu kaum lelaki? Mengapa hanya 1 pihak saja yang patut dipulihkan akhlaknya? Bagaimana pula dengan teman lelaki mereka yang pada mulanya sama-sama merasai kesedapan tapi akhirnya hanya si perempuan saja yang dihukum. Saya cadangkan diwujudkan pula rumah untuk remaja lelaki yang menaburkan benih haram tersebut.Sama2 lah kita fikirkan hal ini.
mizan
mudah sahaja jika hendak bendung semua ini....setiap negeri haramkan sahaja pakaian yang tidak menutup aurat,disko dan arak....TV jangan siarkan artis2 yang seksi....buat akta untuk orang2 yang seksi...baru lelaki tidak lagi selalu terangsang...kalau hari2 ngk perempuan seksi lalu lalang depan mata...siapa yang boleh tahan....dari mengubati...baik kite mencegah...
Rynes
orang lelaki yg bertanggungjawab janganlah dibiarkan bebas cam tu saja....
amik cakna
itu la undang2 ALLAH buat xnk pakai...yg mnusia gak dia ambil bila dah jadi macam ni sape yg susah....dunia ni sementara je klau klau yg 2 pn kita xblh nk buat tunggu je la nanti ape kita nak jawab depan tuan punya dunia ni(ALLAH)....PULANG LA KE PANGKAL JLN SBLM TRLMBAT.....
Wani
Inilah hasil penzinaan. LAKSANAKAN HUKUM ALLAH untuk kesejahteraan umat.
Ini adalah trajedi.Walau bagaimanapun tunggulah lapuran siasatan polis.Elakan andaian yang bukan bukan.
Muhammad
Kepada mereka yang memberi komen, jangan menuduh, malah berilah komen yang membina agar anak2 kita yang sudah terlanjur ni membetulkann kesilapan yang lalu dan sebagai masyarakat kita patut perihatin kepada isu ini.
saya mencadangkan agar semua lapisan masyarakat dan badan-badan kerajaan bekerjasama mengambil langkah yang agak drastik menangani masalah ini. Mereka anak bangsa kita, umat Rasululah SAW.
Paling utama langkah yang perlu diambil, kurangkan rancangan berbentuk "hiburan" dan langkah perintah berkurung kepada remaja yang membolehkan mereka keluar hanya dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam sahaja di seluruh negara.
Kerajaan tumpukan sepenuhnya dengan mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih-pelatih perkhidmatan negara dengan didikan agama dan akhlak yang baik.
east69
alhamdulillah... semoga usaha murni yang di jalankan oleh pihak berwajib negeri melaka dapat sambutan yg baik dari semua pihak...
persoalan saya kenapa yg perempuan saja tingal di pusat tu.. yg lelaki nya mana...
bie
salam,
pada pndapat sya sebagai sorg remaja yg igin hidup bebas, kenalah pndai jg dri sndri,tak kisahlah pompuan @ lelaki, jgn nak mlukan org tua sndri...
utk org tua, melentur buluh biarlah dri rebungnya.
pal
kembalilah kpd agama....itulah jalan terbaik, ,ALLAH tlah mengutus rasulullah s.a.w untuk mengajar manusia cara hidup yang terbaik dalam setiap sudut kehidupan.
ARAp2 perkara ni jadi pengajaran untuk semua dan mudah2han semua insan ni berubah dan kmbali ke pangkal jalan . .
pja ahmad
bila ada pusat perlindungan nampak macam remaja mengambil kesempatan pula..maksudnya kalau mengandung xpe boleh duk kat sini nt.
ani
Buat apa lagi nak dibimbangkan kalau jum. yg mengandung luar nikah makin bertambah,sbbnya remaja menjadi semakin berani melakukan hub tanpa nikah kerana tahu ada tempat perlindungan kepada mereka bila mereka terlanjur. sekarang bila sudah bertambah ramai janganlah melatah.
shahir
seharusnya org islam prlu tahu hukum2 yg telah dterangkan ddalam al-quran.dan satu lagi kerajaan bleh melak sanakan hukum huud kepeda sesiapa melakukan zina.jgan mrah sya cuma bg cadangan
bat man's
erm,,, ape kte klu mrk2 yg tlibat ini d bwa ke skolh2,, ataupn mn2 itp utk mmbri crmah kpd rmja2 yg lain bg mmbri ksdran kpdrmja2 yg lain..keadn ini akn trs bleluasa jika x dbndung.
saat
askum..pandang saya semua orang perlu bekerjasama membanters aktiviti yang tidak bermoral ini, bimbingan dari ibubapa perlu dititik berat lagi dalam rumah.. dan ajaran agama serta ahklak, adab, dan bergaulan sesama manusia perlu ada batasan dan mengamal cara kehidupan islam yang indah. perlu diterap dalam sanubari setiap anak-anak supaya tidak leka dek arus teknologi sekarang yang penuh cabaran yang tinggi.
hairul
kes-kes macam ni dah banyak berlaku. buat penat mulut berkata je. masa buat benda tu tak pikir pun pasal ibibapa. dah mengandungkan anak luar nikah barula nak cari ibubapa tempat mengadu. pastu nak membabitkan orang lain plak yang tk bersalah. ade otak pakai cikit la woiiii...
alifyawow
setuju dgn abdullah & pokwe..kembalilah kpd al quran..ibu bapa mulakan dulu..tegas dlm hal agama..
xxx
sesungguhnye hukum ALLAH S.W.T adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini....yakin lah pada hukumNYA....YAKIN LAH..LAKSANAKAN LAH...
Shasha
bertaubatla........
lin
tahniah MAIS still bg chance kat diorg tok blaja..hope dirg dpt tentukn hala mase dpan ..
mohd ismail
klu dari kecil anak tak didik bab agama dan solat maka rosak lah akidahnya. ibu bapa juga ada yang tidak solat dan asyik dgn mengejar harta kekayaan tanpa memperdulikan keadaan anak dan pergerakan mereka. jika ibu bapa memainkan penting insyaallah anak org melayu akan terjamin masa depan dunia dan akhirat.
ismail
ibu bapa kena ambil berat tentang anak-anak mereka.jika anak mereka tidak lagi berminat belajar tetapi nak kahwin,kahwinkanlah sahaja mereka.ilmu boleh dicari sepanjang masa.kahwin awal juga ada banyak kebaikannya.
tina
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni,buang bayi mcm buang sampah je..Nauzubilla..
hamba allah...
yg jadi mangsa ppuan...nmpak jahat or liar..tp pk ppuan yg dok dlm nie mangsa keadaan n salah diri sediri tp lelaki yg bt dorg mcm tu msih bebas kt luar sana n msih mencari mangsa seterusnye.....cuba la bt DNA n tangkap skli org yg bt baby 2...rsa adil skit
Paul
bersama membanteras masalah ini..
Salwani
Kerajaan sepatutnya tidak menyekat keinginan remaja untuk berkahwin walaupun pada usia muda. Islam tidak menghalang perkahwinan di usia muda, tapi Mahkamah syariah pula yang menyekat perkahwinan pada usia muda. Bila baligh, kebanyakan remaja sudah mula gatal. maka ubat gatal wajib dinikahkan. ada remaja menggunakan akal, menolak nafsu, memilih masa depan, tapi ada remaja yang tidak dapat mengawal nafsu mereka kerana media banyak menggalakkan maksiat. Artis yang dipuja remaja juga tidak menunjukkan teladan yang baik dengan pergaulan bebas. Ini menyebabkan remaja terikut.
Puji langkah kerajaan Melaka. Nikahkan mereka walaupun masih muda. Walaupun anak lelaki, ibubapa patut rasa malu kerana anak mereka sudah punya anak luar nikah.
maslinda salleh
usaha murni ini perlu d sokong. beri bantuan kewangan dan tenaga.
DINO
Setiap kita harus kembali secara total berpegang teguh kepada Perintah Allah dan Rasul saw dalam bab Aqidah,Syariah dan Akhlak tanpa ragu.Ibubapa dan masyarakat harus bertanggungjawab dalam hal ini.Tindakan tegas harus diambil.Tiada alsan.
geramaque
Semoga kesilapan masa lalu mengajar erti sebenar kehidupan.. Pengalaman adalah guru terbaik kehidupan.. Insaf lah, kasih lh kepada insan baru yang tidak berdosa..
anna
salam...
pendapat sy, langkah ini wajar bg mengelak mereka yg dah tersilap langkah drpd mjadi lebih teruk lg spt buang bayi atau jadi pelacur. ada atau tiada pusat spt ini,seks rambang, kes rogol, kehamilan luar nikah masih berleluasa.. jd apa kata kita selamatkan dan bimbing mereka agar jd org yg berguna pd msyrakat.pdk kata, kbaikan mgatasi kburukan.peningkatan jmlah kmasukan remaja ke pusat itu x bermakna kes semakin mjadi2 dan disebabkan adanya pusat spt ini ttp ini mggambarkan PENINGKATAN JMLAH REMAJA YG MEMILIH UTK TIDAK LARI DR RUMAH,BUANG BAYI,BUNUH DIRI TETAPI MEMILIH UTK MBERIK DIRI PELUANG UTK BERTAUBAT DAN MPERBAIKI DIRI.
Tengku Mohd Faiz (Tengku_Ganas)
Penat mulut ibu bapa.. mulut lelaki juga nak didengar.. Cinta kepada Agama dan Ibu Bapa tak bermakna dalam hati mereka... Macam mana tidak nafsu bisa mengawal diri mereka..
harryboy
ingatlah wahai ibu bapa sekalian.. didikan awal adalah penting, jika cantik acuannya cantik jugalah hasilnya..
Ayien
Kes2 melahirkan anak luar nikah bkn lg tabu dalam masyarakat kita.seharusnya remaja sedar perbuatan yang mereka lakukan itu salah disisi agama.kenapa mesti biarkan nafsu dan pujuk rayu menghancurkan kehidupan mereka.seharusnya kerajaan tidak perlu buat rumah perlindungan seperti ini,percayalah ia akan menambahkan lg masalah sosial dinegara ini.
monas
pendidikan hari ini tdk lagi dimulai dgn kenal allah dan takutkan neraka,maka semua manusia pun hilang pedoman ,tak kira org pandai atau bodoh bebas mgikut nafsu tiada batasan.mmg benar,dunia sudah akhir zaman.prempuan sudah hilang malunya.nafsu sudah tdk dikekang lagi,malah jalan nafsu di buka seluas-luasnya.lelaki bukan lagi menjadi pemimpin dan pelindung umat.maka akan lahirlah manusia2 hasil zina,yg sudah tentu prodak ini mudah didik utk menjadi manusia pemusnah akhlak zaman mereka.
Salam.. Masalah lahir anak luar nikah harus ditangani bersama. Bermula dari rumah, pembelajaran d sekolah, kerajaan serta persekitaran. Tidak lupa juga kepada remaja2, sayangilah diri anda. Jgn rosakkan masa hadapan sndiri & sebagai Islam, jgn terpesong dari ajaranNya..
Jamil Bin Jassid
kaedah dakwah dan tarbiah yang sesuai perlu mengikut tempat,para ulama dan kerajaan harus memainkan peranan dengan lebih bersungguh-sungguh dan jangan terus dibiarkan para remaja dilekakan dengan hiburan-hiburan yang menyimpang kerana ia merosakkan pemikiran remaja
zaief rusli
bak kata menteri melaka..rustam ali..sape yg x tahan lagi menunggu..kahwin saja..x kesah umur berapa..masih belajar atau tidak..=)
yuyun
assalamualaikum..mimglh x da mnusia yg dpt lri dri wt silp, smua orgpun x smpurna, tp hdpni knalah fkir pnjg, sblm wt s'suatu fkir dlu kbaikn n kburuknnya, nikmt yg kta rsa smentra sja, tp seksa yg akn kta tngg msa akn dtg mgkn smpi slama2nya,. sbagai s'org pmpuan, maruah, dn khrmtn kta adalh sgala2nya, jd jga lah ia dgn sbaiknya, jgn mudh trleka dgn ksronokn dunuiawi ini, apa yg ada skrg tdk akn kkl untk slamanya...jdlh mnusia yg brgna.....apa yg tlah trjdi,ambillh sbagi pdomn n pgajarn hdp, taubtlh...Allah akn sntiasa mlndgi hmba2nya.amin.... smga kta smua dpt mnjdi wnita yg soleha dnia n akhrt.....amin........
Cawan
Itulah yang berlaku bila dah kurangnye didikan agama, moral dan sivik dikalangan ibu2 dan bapa2, remaja2, kanak2... senang kater semua org yg sewaktu dgnnyelah
abdullah
balikla pada Islam seluruhnya..itulaha natijahnya bila Islam diamal bukan diatas keruntuhan jahiliyyah.Jabatan2 agama@Ngo2 agama duk buat nahi mungkar tp ada segolongan lagi amal mungkar..sehingga melampau2..kembalilah pada Islam..jadikan Al-Quran dan hadith sebagai perlembagaan. usahlah dibincangkan itu dan ini penyelesaiannya jikalau Al-Quran tidak dijadikan panduan.
puan tulip
mudah mudahan mereka ini benar2 insaf, dan dapat mendidik anak2 mereka yang lahir itu menjadi ummat ISLAM & pewaris negara yang baik & berjaya duni akhirat
pokwe...
berbaliklah pada pegangan Al-Quran & sunnah..
InsyaAllah selamat dunia & Akhirat....
helzy
bagi saya masalah ini berpunya dari individu tersebut mana yang berkawan melampaui batas pergaulan.kadang-kadang ibu bapa menegur pun tiada kesan nya.remaja hanya tahu membuat perkara yang terhina tetapi tidak memikirkan kesannya.bila sudah terjadi barulah menyesal.kalau boleh ibu bapa mesti menitik beratkan anak mereka terutamanya anak perempuan.
rais
pastikan "bapa" anak luar nikah ini tidak terlepas dari tanggungjawab bersama menguruskan anak-anak yang tidak berdosa ini.Selain mendapat hukuman yang setimpal, dia juga mesti dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada anak dan 'ibu' malang tersebut.
zakiah bt zakaria
Dunia akhir zaman...perkara pertama yg patut disekat ialah penularan video lucah yg semakin berleluasa dlm telefon bimbit pelajar..
awaluddin
saya kecewa dan sedih mengenangkan nasib anak-anak remaja melayu/islam kita hari ini..saya juga kecewa dengan pihak berkuasa/kerajaan kerana gagal menangani masalah ini sebaiknya,kita asyik leka mencari kekayaan material tetapi lupa akan nilai-nilai suci agama islam,harap semua peka dan bertindak tanpa mengira usia...selamatkanlah bangsa kita!
ana lensa
ya allah!!! apa nak jadi dengan remaja sekarang..
siti norhanisah binti shamsudin
di sini saya ingin memberi komen mengenai masalah lahir anak luar nikah kerana semakin lama semakin banyak kuantiti dlm setahun. jgn kata setahun malah 1 bulan lebih drpd setahun. masalah ini lebih berleluasa. punca utamanya adalah mudah terikut dan mudah terpengaruh dengan ajakan kawan dan juga pujuk rayu daripada teman lelaki. justeru, pd masa kini tidak kira pelajar IPT/IPTS malah pelajar-pelajar sekolah juga mudah terikut dengan rayuan teman lelaki dan juga mudah terikut ajakan nafsu yang boleh membawa masalah pada dirinya. mereka ingat pada masa yang senang tetapi tidak ingat pada masa yang susah sehingga melahirkan anak. apabila para ibu bapa dapati yang anak mereka mengandung maka sebulat-bulatnya mereka tidak mahu ambil tahu dan menyerahkan pada pihak mais. sepatutnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam isu ini.
huhuhu
what happened to our generation now?????
our lifestyle especially teenagers totally like west style....
i hope this can be prevented
zach_grafix
saya tertarik dengan berita yang disiarkan mengenai masalah anak luar nikah...seharusnya ibu bapa mengambil berat akan isu ini sekiranya anak mereka yang terlibat jangan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan....
aril1368
ape dah jadi
fii
Assalamualaikum, Apa nak jadi dunia hari ni.... Wahai remaja sekelian, Sebelum membuat sesuatu perkara, fikir dulu baik dan buruknya. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya.Allah dah beri otak untuk berfikir. Jangan sekali-kali nafsu mengatasi otak.Istigfar banyak-banyak. Inilah jadinya. LU PIKIRLAH SENDIRI...
Zaki
Remaja semakin berani untuk bertindak di luar batasan kerana sudah ada pihak yang sanggup 'menanggung' mereka selepas itu.
Samudera Biru
ya ALLAH,,,bbaloikah G bt smua ni..?..sbrpa byk kbaikn dr kbrukn..?.psti kh nilai tmbh dpt dkluarkn..?.sdarla Mlysia..bLa nfsu mnguasai akl..???????,,
Terangsang kanak-kanak
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my 2010/08/06
BETONG: Lelaki yang didakwa merogol cucu tirinya mengakui nafsunya lebih terangsang apabila melakukan hubungan dengan kanak-kanak dan makin ghairah apabila mendengar mangsanya merintih.
Pengakuan lelaki itu dibuat kepada polis ketika dia bersama isterinya disoal siasat sejurus ditahan dalam tempoh tidak sampai 36 jam selepas laporan dibuat ibu mangsa.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek dan isterinya masing-masing berusia 40-an ditahan ketika menikmati makanan di sebuah kedai di bandar ini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
Menurutnya, ketika ditahan suspek bersama isterinya yang juga nenek mangsa ‘selamba’ seolah-olah tidak melakukan kesalahan.
“Selepas ditahan, anggota kami menyoal siasat mereka dan suspek lelaki tanpa berselindung mengaku merogol mangsa. Malah, tanpa segan silu, dia memberitahu nafsunya lebih terangsang jika melakukan seks dengan kanak-kanak dan suka mendengar rintihan mereka.
“Susulan pengakuan itu, polis menahan reman pasangan terbabit bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan perlakuan keji seorang datuk yang tergamak ‘meratah’ cucu perempuannya yang berusia 13 tahun berulang kali sejak lima tahun lalu.
Kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang belajar dalam tingkatan satu di sebuah sekolah di sini enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya seperti kebiasaan pada hujung minggu lalu.
Selepas didesak ibunya, mangsa mendedahkan pengalaman pahitnya dirogol datuk tirinya setiap kali pulang ke rumah lelaki itu pada hujung minggu dan lebih memilukan neneknya didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya.
Terkejut dengan pendedahan anaknya, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin dan suspek bersama isterinya menghilangkan diri selepas mengetahui hal itu.
Mohd Bukhori berkata, pelajar berkenaan kini masih ditempatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan pemeriksaan doktor ke atasnya mengesahkan ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
ALOR SETAR, 6 Ogos: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil menggambarkan betapa serius dan dahsyatnya perzinaan dan kemungkaran berlaku di dalam masyarakat hari ini. "Kita tidak menolak kemungkinan yang berlaku ini adalah disebabkan kegagalan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang memerintah harus berani berperanan bagi mencegah kemungkaran dan bukannya memelihara hasil dari perbuatan mungkar tersebut,” katanya.
Katanya, kerajaan yang memerintah tidak berusaha dengan serius ke arah menentang kemungkaran tersebut.
“Apa yang mereka lipatgandakan usaha ialah kempen membayar zakat. Mana ada kempen menentang zina. Pegawai-pegawai di pejabat agama hanya turun padang untuk banteras khalwat,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat.
Namun begitu, katanya tiada pendidikan yang diberikan kepada kumpulan yang ditangkap itu yang menunjukkan BN sebenarnya gagal untuk membawa Islam dan syariat kepada umat Islam sepenuhnya.
Tambah beliau lagi, walaupun negara mempunyai Pusat Islam, Jakim, Yadim setiap negeri mempunyai jabatan dan majlis agama serta mufti tetapi sehingga hari ini umat Islam tidak dapat hidup dalam tuntutan syariat Islam yang sebenar.
Tambahnya, Umno dan BN sememnangnya gagal untuk membentuk peribadi masyarakat, maka rakyat harus berani untuk membina politik baru.
“Setelah begitu ramai mengandung anak luar nikah baru hendak diwujudkan sekolah, akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada sistem pentadbiran yang ada sehingga imej negara dan agama tercemar," ujarnya lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain pula berpandangan dengan wujudnya sekolah itu di Melaka, dibimbangi wujudnya unsur-unsur menghalalkan atau mengiktiraf perzinaan.
Akhirnya, kata beliau akan memberi peluang baru kepada remaja dan generasi muda yang cetek pengetahuan agama untuk terus terlibat dengan aktiviti negatif itu.
"Cadangan Kerajaan Melaka itu harus dilihat dari skop yang luas supaya ia tidak memberi satu pengiktirafan yang memungkinkan berleluasanya kegiatan mungkar ini setelah ruang disediakan bagi mereka melahirkan anak luar nikah,” ujarnya.
Pelajar panik
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my 2010/08/06
SABAK BERNAM: “Saya panik tak tahu nak buat apa-apa. Selepas lihat bayi itu menangis sekuat hati, saya telefon mak cik yang tinggal di Bandar Baru Bangi memaklumkan kejadian dan dia minta saya beli tuala dan susu,” kata seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Iz, 20-an yang menemui seorang bayi lelaki di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank, Sungai Besar, di sini, kelmarin.
SIASAT...anggota forensik menjalankan siasatan di tempat bayi lelaki ditemui.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel beralaskan kotak.
Tubuh bayi itu ditutup dengan kotak dan hanya menampakkan kepala dipercayai berusia antara sehari sehingga seminggu manakala tali pusatnya masih merah.
Iz mendakwa, dia serba salah dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum memaklumkan kejadian itu kepada mak ciknya dan membawa pulang bayi berkenaan ke Bandar Baru Bangi.
Menceritakan lebih lanjut kejadian, Iz mendakwa, ketika kejadian dia bersama rakan wanita baru selesai mengunjungi kedai telefon bimbit sebelum melihat bayi terbabit menangis bersebelahan pintu kiri penumpang Perodua Kancil.
“Kira-kira jam 8.30 malam, saya tiba di sini dan meletakkan kenderaan sebelum kembali semula kira-kira sejam kemudian.
“Bagaimanapun saya tergamam dan tak tahu nak buat apa-apa selepas lihat bayi ini menangis. Malah ketika kejadian kawasan ini sunyi, agak gelap dan tiada orang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor itu berkata, selepas memberi susu dan membalut bayi terbabit dia bersama rakannya membawa pulang ke Bandar Baru Bangi sebelum mak ciknya membuat satu laporan di balai polis kira-kira jam 2 pagi semalam.
Bayi itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut.
Dilarikan teman lelaki
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my 2010/08/06
SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, di sini hilang selepas keluar membeli gam di sebuah kedai berdekatan rumahnya di Rumah Kakitangan Kerajaan Negeri Seksyen 16, Ahad lalu.
Robeaton Thaqifah Sahar yang membawa wang RM1 keluar dari rumah kira-kira jam 9.15 malam hanya memakai baju tidur dan bertudung hitam, tetapi tidak pulang sehingga jam 12 tengah malam sebelum ibu bapanya membuat laporan polis.
Anak kedua daripada empat beradik itu disyaki dilarikan seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun yang tinggal di Padang Jawa, bersebelahan Seksyen 16.
Remaja itu yang baru tamat belajar dan bersekolah di sekolah sama dengan mangsa apabila dihubungi memberi pelbagai alasan ketika ditanya mengenai mangsa termasuk sedang bekerja di sebuah rancangan Felda di Pahang, tetapi tidak tahu alamat tempatnya bekerja.
Ibu mangsa, Rozi Ashikin Omar, 43, yang juga kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, anaknya seorang yang lincah dan aktif tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.
Katanya, dia dan suaminya, Sahar Mohd Wali, 52, membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 pada jam 12.42 tengah malam hari sama.
“Kami sudah puas mencarinya di sekitar Seksyen 16 termasuk ke sekolahnya Isnin lalu, namun tidak membuahkan hasil.
“Melalui perbualan dengan guru, kami difahamkan Robeaton mempunyai teman lelaki dikenali setahun lalu dan sumber polis memberitahu sehingga kini remaja itu tidak lagi menetap di Padang Jawa,” katanya.
Menurutnya, pada siang hari sebelum kehilangan Robeaton, mereka sekeluarga keluar membeli-belah termasuk pakaian baru untuk persediaan hari raya.
Sesiapa mempunyai maklumat mengenai Robeaton diminta menghubungi talian 013-2732702 atau terus ke Balai Polis Seksyen 15.
Rogol gadis bisu, penganggur dipenjara 15 tahun
Ogos 6, 10 12:32pm
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menghukum penjara 15 tahun dan lima sebatan rotan terhadap seorang penganggur kerana merogol seorang mangsa Orang Kelainan Upaya (OKU), empat tahun lalu.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Khairul Nizam Mohd Shafiai, 24, setelah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.
Bagaimanapun Fathiyah membenarkan permohonan peguam Mohd Razlan Jalaluddin yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan hukuman sebatan bagi menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
"Dalam kes ini pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah dan mahkamah mendapati keterangan daripada saksi pembelaan adalah satu penafian semata-mata di mana keterangan daripada tertuduh tidak konsisten," katanya.
Fathiyah berkata, Mohd Khairul Nizam berjaya memperdayakan mangsa, seorang wanita golongan istimewa yang bisu ketika melakukan hubungan tersebut.
"Dalam hal ini, jelas menunjukkan tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang bisu dan bukan berniat untuk membantu mangsa yang ketika itu memohon bantuan daripada tertuduh," katanya.
Fathiyah berkata bahawa hukuman yang dikenakan terhadap Mohd Khairul Nizam adalah wajar memandangkan tertuduh masih muda dan kesalahan yang dilakukannya amat serius.
Beliau juga memerintahkan tertuduh menjalani program pemulihan yang dikendalikan Jabatan Penjara sepanjang tempoh pemenjaraannya dan selepas tamat hukuman penjara, tertuduh perlu berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.
Mohd Khairul Nizam didakwa merogol mangsa, seorang pekerja hotel, berumur 29 tahun, di Bilik 206, Hotel Metro, Jalan Changkat Thamby Dollah Off Jalan Pudu, di Kuala Lumpur antara pukul 12 malam dan 1 pagi, 10 Dis 2006.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping. - Bernama
Atasi masalah zina, kahwin lari
SHAH ALAM – Pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka merupakan jalan penyelesaian wajar bagi menangani masalah zina, hamil luar nikah dan pembuangan bayi.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Badaruddin berkata, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) membuat keputusan tepat dengan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan pelajar perempuan bawah 16 tahun.
"Perkahwinan adalah sesuatu yang halal di dalam Islam dan tiada had umur yang ditetapkan.
"Apabila sudah tiada jalan lain untuk membendung kehendak dan masalah zina melibatkan mereka, maka saya melihat perkahwinan adalah satu jalan yang wajar dilakukan,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Maim yang telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyebut prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu melalui Mahkamah Syariah walaupun mendapat kebenaran ibu bapa
Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa tindakan Maim itu hanya menjurus kepada peningkatan penceraian, Sheikh Badaruddin berkata, penilaian perlu dibuat dari sudut jangka panjang.
Menurutnya, bagi golongan yang tidak dapat mengawal nafsu seperti remaja bawah umur ini, apabila tidak dibenarkan berkahwin mereka akan melakukan zina dan seterusnya membawa kepada masalah hamil dan pembuangan anak.
“Dalam hal ini kita perlu melihat bahawa, penceraian itu walaupun dibenci Allah tetapi hukumnya halal. Sedangkan zina hukumnya haram.
“Zina itu sudah haram, apatah lagi hamil luar nikah dan membuang anak. Terlalu banyak kesan buruk akan berlaku jika perkahwinan tidak disyorkan," katanya.
KOMEN
KENAPA TAK CADANG LAKSANAKAN HUKUM ALLAH/QURAN....
'Mereka mahu bunuh bayi ini'
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my 2010/08/07
AMPANG: “Saya yakin mereka yang membuang bayi ini berniat membunuhnya,” kata Jamaludin Mawardi, 17, yang menjumpai seorang bayi perempuan dalam pembetung longkang berair berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Klang Gate di sini, petang semalam.
DI SINI..Jamaludin menunjukkan tempat bayi terbabit (gambar kecil) ditemui.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 3.20 petang, bayi yang masih bertali pusat dan bogel serta terendam dalam air itu diselaputi lumpur dan kotoran serta menangis sekuat hati.
Jamaludin berkata, ketika kejadian dia bermain bersama rakan di kawasan itu sebelum terdengar tangisan bayi, namun hairan kerana ia datang dari arah longkang besar tidak jauh dari MRR2.
“Saya memberanikan diri meninjau ke dalam pembetung itu sebelum terkejut melihat kaki bayi terjuntai keluar dari longkang berkenaan dan bergerak-gerak.
“Sebaik menyedari bayi itu masih hidup, saya memanggil penduduk dan pekerja stesen minyak berhampiran untuk menyelamatkannya,” katanya.
Menurutnya, orang ramai berusaha mengeluarkan bayi perempuan itu dari dalam pembetung berkenaan dengan berhati-hati.
“Ketika itu saya lihat seluruh tubuh bayi terbabit diselaputi lumpur dan kotoran longkang. Keadaannya teruk dan mungkin akan mati jika tidak diselamatkan segera kerana pembetung itu berair.
“Orang yang membuang bayi terbabit binatang berwajah manusia yang tidak ada akal. Saya yakin ibu bayi itu berniat membunuhnya,” katanya.
Sejurus dibawa keluar dari pembetung berkenaan, bayi terbabit dibawa seorang wanita yang juga isteri pemilik stesen minyak Petronas berhampiran ke premisnya untuk dibersihkan.
Bayi terbabit dimandikan sebelum dibalut dengan kain bersih dan diberikan susu berikutan kelaparan.
Isteri pemilik stesen minyak berkenaan, Fadzilah Abdul Majid, 50, berkata keadaan bayi itu kebiru-biruan akibat dibiarkan terendam kesejukan terlalu lama di dalam air.
“Keadaan bayi terbabit amat menyedihkan kerana dia baru dilahirkan. Saya tak pasti siapa yang tergamak mahu membunuh bayi yang baru lahir itu,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi ambulans untuk membawa bayi berkenaan ke hospital.
“Tidak lama kemudian, beberapa petugas Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bersama ambulans tiba dan membawa bayi itu ke Hospital Ampang untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.
Menurutnya, dia benar-benar sedih dengan apa yang berlaku dan percaya hanya manusia tidak berhati perut sanggup membiarkan bayi itu mati lemas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan pihak bertanggungjawab yang membuang bayi terbabit di kawasan itu.
Menurutnya, bayi berkenaan kini stabil dan dirawat di Hospital Ampang.
Pihaknya akan mengambil keterangan beberapa saksi bagi membolehkan siasatan dilakukan secepat mungkin.
Kejadian terbaru itu mengulangi insiden sama apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui dibuang di dalam kotak di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank di Sungai Besar, Selangor, jam 9.30 pagi kelmarin.
Ketika ditemui bayi terbabit yang berada dalam keadaan bogel hanya ditutupi dengan kotak dengan menampakkan kepalanya sahaja.
Bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi pemeriksaan lanjut.
HETHEL (United Kingdom): Lotus Evora, yang dilancarkan untuk pasaran United Kingdom dijangka memasuki pasaran tempatan menjelang akhir Mac depan.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir, berkata Proton kini menunggu keluaran terbaru Lotus Evora sebelum ia bersedia untuk dilancarkan.
Menurut Syed Zainal, Proton belum menentukan harganya, bagaimanapun tidak menafikan ia melebihi dari 50,000 pound iaitu harga semasa yang dijual di United Kingdom.
"Faktor itu berdasarkan struktur cukai yang lebih tinggi berbanding di UK. Kami belum tentukan mengenai harganya lagi. Namun akan cuba mendapatkan harga yang paling kompetitif dengan pasaran di UK," katanya.
"Kami juga dalam perbincangan dengan kerajaan, selain melihat kepada struktur harga," katanya lagi pada sidang akhbar di ibu pejabat Lotus, semalam. - Bernama
kesan mewah dan kaya
Nenek lawan 3 penyamun
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Niatnya ingin menghalang tiga perompak yang cuba melarikan tiga kereta mewahnya bernilai RM1.2 juta, namun seorang wanita warga emas sebaliknya terpaksa lari lintang-pukang apabila dia dikejar penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang.
SASARAN...polis menjalankan siasatan terhadap banglo yang menjadi sasaran tiga perompak, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi semalam, mangsa yang berusia 70-an terlihat kelibat tiga lelaki yang menceroboh rumahnya di Lorong Hujan, Taman OUG di sini sebelum suspek cuba melarikan tiga kereta mewah miliknya.
Sumber polis berkata, mangsa terus meluru keluar sebelum cuba menghalang tiga penjenayah terbabit melarikan keretanya.
Menurutnya, suspek yang menyedari kemunculan pemilik rumah terbabit terus mengeluarkan parang sebelum mengejar mangsa.
“Tindakan penjenayah menghunuskan parang itu menyebabkan pemilik rumah terbabit tergamam dan kecut perut sebelum berpatah semula masuk ke dalam rumah. Mangsa yang menutup pintu bagi mengelak penjenayah mencederakannya,” katanya.
Menurutnya, penjenayah sengaja merosakkan alat kawalan pada pintu pagar utama rumah mangsa bagi membolehkan tiga kereta mewah itu dipandu keluar.
Difahamkan, sebelum kejadian, kumpulan penjenayah warga tempatan terbabit terlebih dulu merayau-rayau di kawasan berkenaan sejak jam 3 pagi dipercayai untuk mengesan lokasi kediaman yang bakal dijadikan sasaran.
“Selepas yakin dengan sasaran, suspek memecah masuk untuk melarikan kereta mewah mangsa. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila alat penggera yang dipasang di rumah mangsa tiba-tiba berbunyi,” katanya.
Menurutnya, mangsa segera turun ke tingkat bawah banglonya untuk mematikan sistem penggera berkenaan sebelum mendengar enjin kereta dihidupkan.
“Mangsa yang mulanya menyangka anak lelakinya sedang memandu untuk keluar rumah bagaimanapun terkejut apabila mendapati tiga lelaki tidak dikenali dengan menutup muka dalam kenderaan itu.
“Semua suspek memakai topeng mencegah wabak H1NI bagi memastikan identiti mereka tidak dapat dicam mangsa. Pemilik rumah yang cuba mencegah mangsa bagaimanapun dikejar sebelum masuk semula ke dalam rumah bagi mencari perlindungan,” katanya.
Menurutnya, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepada anaknya, namun penjenayah sudah melarikan diri.
“Bagaimanapun, kejadian terbabit dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, polis sedang mengesan penjenayah dan tiga kereta mewah model Mercedes Benz, BMW dan Honda Accord milik mangsa.
“Siasatan terperinci akan dilakukan terhadap rakaman CCTV diperoleh bagi mengenal pasti identiti sebenar suspek terbabit,” katanya.
Model Satria paling berkuasa
KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. melancarkan model berprestasi tinggi, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition (gambar) yang ditawarkan pada harga RM115,000 sebuah.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya buat masa ini hanya mengeluarkan 25 buah kereta itu dengan 11 tempahan telah diterima.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 26-27 yang bermaksud : " Berikanlah kepada sahabat karib hak mereka dan kepada orang miskin dan musafir hak mereka dan janganlah engkau membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya". Umum mengetahui bahawa membazir itu adalah makan yang tidak habis dimakan atau barang-barang yang tidak digunakan sehingga ia menjadi rosak tanpa dimanfaatkan. Adapun membazir menurut perspektif Islam adalah lebih dari itu. Perkara-perkara yang akan disebutkan di bawah ini termasuk dalam pengertian pembaziran menurut pandangan Islam.:
1. Termasuk dalam istilah membazir itu ialah orang yang membelanjakan keseluruhan apa yang ada padanya sehingga ia terpaksa meminta-minta dengan orang lain kecuali sahabat Rasulullah yang telah mencapai darjat yang tinggi dalam keimanan seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang membelanjakan keseluruhan harta beliau fi sabilillah, begitu juga Saidina Umar al-Khatab yang membelanjakan separuh dari hartanya fi sabilillah.
2. Termasuk dalam istilah membazir juga ialah orang yang membeli barang-barang yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti alat muzik, arak, makan yang haram, pakaian yang mendedahkan aurat, cincin emas dan pakaian sutera bagi lelaki dan sebagainya.
3. Termasuk dalam istilah membazir juga ialah membelanjakan harta pada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti berjudi, berzina, menolong orang yang zalim, rasuah, memberi pertolongan kepada parti yang tidak ingin menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
4. Termasuk dalam istilah membazir juga ialah membelanjakan harta kepada kawan-kawan yang menggunakan harta tersebut pada perkara yang melalaikan seperti pergi ke disco dan sebagainya.
5. Termasuk dalam istilah membazir ialah makan dan minum atau berpakaian lebih daripada keperluan biasa atau melampaui batas seperti makan nasi sebanyak 5 pinggan.
Ayid> Sama-sama kita renungkan sejenak,bagi diri kita kaum keluarga kita, shabat andai kita adakah kita telah terhindar dari perkara di atas. Fikir dan ingat?
Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]
Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.
Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.
Seorang Muslim perlu tahu apakah hakikat membazir dan bagaimanakah sesuatu consumption boleh dikatakan membazir. Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan. Ini merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya. Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu..
“Alamak, kena save ni, bulan depan nak pegi konsert!”
Imam Syafi’e telah memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih “real”, dan menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran;in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat.
Tapi hakikatnya, segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). Maka, apabila Allah sudah isytihar "Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura", mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ......
Benarlah juga: Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur, tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya telah menjadi pembaziran yang merugikan.
Syaitan Telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19]
Berapa ramai sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah & Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin “membayar ganti rugi” diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk Islam!
Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruh-luruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend bukan berjimat.
“Alhamdulillah, aku dah save duit scholar banyak dah.. lepas ni cukup la duit nak beli buku Harry Potter 10 set”
Oleh itu, para pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih.. sekurang2nya anda tidak "membazir"..
Allahu’a’lam
“Jangan beli produk Nestle.. itu penyumbang besar kepada Zionist.. membazir jer kita bagi duit kat dia..”
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina sehingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.
Tapi, kenapa antara sifat2 mazmumah yang ada, sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang saudara syaitan? Tidak lain dan tidak bukan dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan sesungguhnya sifat takabbur itu juga ada pada syaitan.
Maksudnya:"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir."
[Surah al-Baqarah : 34]
Tidaklah ALLAH menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH jualah yang lebih mengetahui..
Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur"
[Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
H.R. Termizi
KeteranganDalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya: Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
H.R. Hakim
Keterangan Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
H.R. Muslim
Keterangan Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka
AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya: Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
H.R. Ibnu Ady
Keterangan Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil,syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan
BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya: Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
H.R Abu Daud
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja