Wednesday, October 27, 2010

DAMPINGLAH ALLAH SETIAP KETIKA...SENTIASALAH BERTAUBAT DAN BERSYUKUR

Mira tak pulang sejak 2 minggu



MASJID TANAH: “Mira ada menghubungi mak saya minggu lalu (18 Oktober) dan memaklumkan dirinya sihat bersama seorang rakan di Ipoh, Perak dan sempat berpesan kepada neneknya itu untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada saya sebelum talian diputuskan.”
Begitu kata Zaiton Ismail, 38, ibu kepada Haizatul Amira Noor Hairol, 14, atau ‘Mira’ pelajar Tingkatan Dua sekolah menengah di Kuala Sungai Baru dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Lubok Redan, dekat sini, sejak lebih dua minggu lalu dipercayai mengikut rakan sekampung.

Zaiton berkata, anak kedua daripada lima beradik itu keluar pada 8 Oktober lalu membawa beg dan wang belanja dipercayai akibat terpengaruh dengan rakan perempuan berusia 16 tahun.

Menurutnya, sebelum kehilangannya dia ada mengikut neneknya ke kebun pada sebelah pagi tetapi kembali semula ke rumah tidak lama kemudian dengan memaklumkan dirinya sakit perut

Katanya, dia yang berpisah dengan suaminya secara kebetulan tidak sihat lalu berbaring dalam bilik dan membiarkan Mira tanpa mengesyaki apa-apa kecuali tidak banyak bercakap.

“Saya tersedar kira-kira jam 12 tengah hari (Jumaat) lalu bersiap untuk mengambil anak pulang daripada sekolah, dan memikirkan Mira mungkin keluar berjumpa dengan rakannya di kawasan berhampiran apabila melihat dia tiada di rumah,” katanya

tang kira-kira jam 8 pagi esoknya memaklumkan ternampak anak bersama rakannya sedang menunggu bas sambil membawa beg pada pagi Jumaat.

“Selepas itu baru saya tersedar bahawa Mira sudah lari dari rumah sedangkan tidak pernah berlaku persengketaan antara kami sebelum itu, malah saya tengok keadaannya biasa saja tanpa perubahan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, berikutan itu usaha mencari anak perempuannya terus dilakukan tetapi sehingga kini masih belum ditemui, malah Mira pernah menghubungi neneknya mengatakan berada di Perak kemudian anaknya menghantar mesej kepada ibu tirinya mendakwa berada di Muar, Johor pula.


Aleeza sah bercerai



KUALA LUMPUR: Dengan deraian air mata, dramatis dan model terkenal Aleeza Kassim, 39, keluar dari kamar hakim Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam apabila sah bercerai secara baik selepas lebih empat tahun berkongsi hidup dengan suaminya, Mohd Fauzi Che Ros, 45.
Lafaz cerai itu dibuat Mohd Fauzi yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi di dalam kamar hakim itu.

Terdahulu pasangan itu yang hadir bersama, tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi dan terus memasuki kamar hakim dengan diiringi seorang peguam.

Lafaz cerai secara tertutup itu berjalan hampir 15 minit dan ketika pasangan itu keluar, kelihatan Aleeza hanya menundukkan wajah sambil teresak-esak menangis dengan berjalan berpegangan tangan dengan Mohd Fauzi
Katanya, dia kini menjadi keliru dengan perbuatan anak perempuannya itu selain begitu merindui kelibatnya kerana ditatang bagai minyak yang penuh selepas abang sulungnya meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 06-3876726 kerana bimbang dengan keselamatan dirinya

Bagaimanapun, Mohd Fauzi yang juga seorang ahli perniagaan kelihatan tenang sambil cuba menenangkan Aleeza.

Pasangan itu kemudian terus meluru keluar beredar meninggalkan mahkamah dengan dua kereta berasingan

Peguam Syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili Mohd Fauzi ketika ditemui wartawan di luar mahkamah mengesahkan kedua-dua pasangan itu sudah bercerai secara baik.

“Mereka berkahwin secara baik dan mahu bercerai secara baik.

“Terbukti Mohd Fauzi seorang yang berhemah (gentleman) kerana memilih jalan yang betul mahu menyelesaikan proses perceraian ini secara baik,” katanya.

Muhammad Nur Hafiz juga memberitahu semuanya sudah diselesaikan dan tidak akan timbul sebarang isu dan tuntutan yang berbangkit selepas ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila disoal wartawan berhubung isi kandungan tuntutan itu


Tragedi goyang Inul

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan berani seorang suami yang cuba mempertahankan isterinya daripada dipaksa menari ‘goyang Inul’ oleh sekumpulan lelaki miang berakhir dengan tragedi apabila mangsa sebaliknya dipukul beramai-ramai hingga pengsan di dalam sebuah kelab dangdut, di sini.
Dalam kejadian itu mangsa yang juga kakitangan sebuah syarikat swasta cedera teruk di muka selepas ditumbuk dan dipukul kira-kira enam samseng disko yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menghalang perbuatan suspek yang sengaja menarik isteri mangsa supaya menari bersama.

Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian 3.45 pagi kelmarin, mangsa berusia 47 tahun bersama isterinya yang berusia 38 tahun sedang berhibur di sebuah kelab dangdut yang terletak di Jalan Raja Laut, di sini.

Menurutnya, isteri mangsa sedang leka berhibur sambil mendengar muzik bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki yang juga pelanggan pusat hiburan terbabit tiba-tiba menarik tangan isteri mangsa mengajak menari di pentas disko dangdut berkenaan


“Bagaimanapun isteri mangsa enggan memenuhi permintaan lelaki yang dalam keadaan mabuk terbabit. Lebih kurang ajar apabila lelaki berkenaan seolah-olah mengabaikan kewujudan suami wanita terbabit yang berada di sisinya.

“Suspek yang berulang kali cuba memujuk dan merentap tangan isteri mangsa menyebabkan suami wanita terbabit hilang sabar sebelum masuk campur dengan menolak tubuh suspek terbabit,” katanya

Menurutnya, tindakan mangsa terbabit bagaimanapun disedari lima rakan suspek yang meluru masuk campur dan bertindak menyerang mangsa beramai-ramai.

“Difahamkan mangsa tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya berikutan jumlah suspek yang terlalu ramai selain diserang bertubi-tubi.

“Mangsa disepak dan ditumbuk berulang kali di tubuh dan muka oleh kumpulan penyerang berkenaan selama kira-kira lima minit hingga menyebabkan mangsa cedera teruk dan hampir tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa hanya mampu menjerit meminta tolong namun tiada sesiapa termasuk pekerja kelab dangdut terbabit yang datang untuk membantu mangsa yang dipukul separuh mati oleh geng mabuk berkenaan. “Bagaimanapun isteri mangsa akhirnya berjaya menarik mangsa keluar dari pusat hiburan berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan segera.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, berhubung kes berkenaan pada hari sama,” katanya. Susulan laporan dibuat itu polis segera menjalankan siasatan mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan dan memburu kumpulan penyerang berkenaan

Angka korban meningkat



ANTARA mayat mangsa tsunami yang ditemui.
ANTARA mayat mangsa tsunami yang ditemui.
PADANG: Pesawat dan helikopter yang penuh dengan pekerja penyelamat dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama di kepulauan pedalaman Indonesia semalam selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami setinggi tiga meter lewat Isnin lalu, meragut sekurang-kurangnya 311 nyawa.
Seramai 160 cedera manakala 410 lagi hilang.

Gambar pertama yang dirakam menerusi udara menunjukkan sebahagian besar kawasan itu ditenggelami air dan tempat kediaman musnah akibat dipukul ombak besar itu.

Ia satu daripada dua bencana yang melanda Indonesia dalam tempoh 24 jam. Gunung berapi paling aktif di negara itu, Gunung Merapi yang terletak kira-kira 1,300 kilometer ke timur Sumatera meletup petang kelmarin, mengeluarkan asap dan menyebabkan 30 orang terbunuh

Kedua-dua kejadian itu berlaku di sepanjang Lingkaran Api yang terdedah kepada gempa bumi dan kegiatan gunung berapi.

Sejak gempa melanda Kepulauan Mentawai malam Isnin lalu, ombak kuat dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, menyebabkan penduduk terpaksa berdikari untuk menyelamatkan diri

Tanpa tenaga secukupnya untuk menggali kubur, mayat terbiar bergelimpangan di kawasan pantai dan jalan raya, kata ketua daerah di kepulauan itu, Edison Salelo Baja.

Pegawai bantuan bencana masih berusaha menjejaki lebih 12 kampung di kawasan paling teruk terjejas di Kepulauan Mentawai, destinasi popular untuk peluncur ombak.

Kawasan itu hanya boleh dimasuki dengan menaiki bot selama 12 jam.

Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatan, Mujiharto berkata, pegawai bantuan membawa bersama-sama mereka beratus-ratus beg mayat.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu yang melanda lewat Isnin lalu berlaku 20 kilometer di bawah dasar lautan. Ia diekori dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan yang terkuat berukuran 6.2.

Ketua Pusat Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah berkata, jumlah korban akibat tsunami itu meningkat kepada 311 orang dan lebih 400 penduduk hilang.

Pegawai berkata, beratus-ratus rumah kayu hanyut di Pulau Pagai dengan sebahagian besar kawasan pertanian dan jalan raya ditenggelami air.

Di Muntei Baru, sebuah kampung di Pulau Silabu, 80 peratus kediaman rosak teruk.

Kedua-dua pulau itu adalah sebahagian daripada kepulauan Mentawai, kira-kira 270 kilometer dari pantai barat Sumatera. - AFP


Penjaga Merapi terkorban



UMBULHARJO, (Indonesia): Seorang penjaga Gunung Merapi yang dikenali sebagai ‘Kakek Marijan’ ditemui mati tertimbus di bawah timbunan debu selepas gunung berapi berkenaan meletup, semalam.
Mayat Marijan dan kira-kira 28 yang lain ditemui di bawah timbunan debu ketika anggota pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang terbunuh mahupun yang masih hidup.

Lelaki berusia 70-an yang dilantik sebagai penjaga Gunung Merapi oleh kerabat diraja Jawa sebelum ini sudah melakukan pelbagai upacara tradisi sejak bertahun-tahun lamanya dari kediamannya di kaki gunung itu bagi mententeramkan semangat gunung berkenaan.

Mayat Marijan yang ditimbusi debu ditemui dalam keadaan bersujud menandakan penjaga Gunung Merapi itu berjuang hingga ke detik terakhir bagi mengelak gunung itu meletus

Media tempatan melaporkan seorang wartawan pergi ke kediaman Marijan untuk memujuknya meninggalkan tempat itu selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran terakhir pada Isnin lalu menjangkakan letupan besar akan berlaku.

Namun, seorang anggota penyelamat, Taufik memberitahu lelaki tua itu enggan meninggalkan kediamannya

“Saya sudah biasa di rumah, jadi lebih baik saya tinggal di sini dan bersolat saja,” kata Taufik sebagai memetik kenyataan Marijan. Penduduk desa di kaki Gunung Merapi meluahkan kesedihan dan kebimbangan dengan kematian penjaga gunung itu.

“Bagi kami, Marijan sama pentingnya dengan Merapi. Kini, dia sudah tiada lagi dan siapa yang akan menjaga Merapi? Apa yang akan terjadi jika berlaku lagi letupan?” kata petani, Wanto. Gunung Merapi yang berketinggian 2,915 meter dan membawa maksud ‘Gunung Api’ adalah paling aktif daripada 69 gunung berapi di Indonesia. - AFP


Humban anak keluar tingkap



MUMBAI: Seorang wanita India yang melahirkan sepasang kembar pra-matang ditahan di Mumbai kerana disyaki melemparkan seorang daripada bayinya keluar dari tingkap hospital, kata sumber polis dan hospital.
Wanita terbabit menghumban bayi perempuannya dari tingkat bawah tingkap bilik air Hospital KEM di tengah-tengah bandaraya Mumbai awal pagi, semalam. Bayi itu yang ditemui dengan kecederaan di kepala kemudian meninggal dunia.

Ibu bayi itu pada awalnya mendakwa anaknya dicuri tetapi kamera keselamatan menunjukkan wanita berkenaan yang pergi ke bilik air bersama bayinya keluar seorang diri sejurus kemudian.

Pihak polis menahan wanita itu kerana disyaki membuang bayinya. Akhbar Indian Express yang memetik kenyataan Inspektor Vikram Patil melaporkan, wanita itu mungkin akan didakwa dengan tuduhan lebih berat iaitu membunuh

Dekan Hospital KEM, Sanjay Oak berkata kepada agensi berita Press Trust of India: “Kami tidak tahu apakah faktor yang menyebabkan wanita itu melakukan tindakan drastik sedemikian.” Media India melaporkan pasangan kembar itu seorang lelaki dan perempuan yang dilahirkan pra-matang pada usia tujuh setengah bulan dengan kekurangan berat badan dipindahkan ke hospital kerajaan berkenan awal bulan ini. - AFP

Pelacur jalanan Sepanyol pakai jaket pantul cahaya elak disaman



MADRID: Seorang datuk bandar di Sepanyol berkata, kegiatan pelacur jalanan di bandar wilayah timur-laut negara itu mula memakai jaket pantulan cahaya untuk mengelak disaman polis.
Jose Maria Bea berkata, kira-kira 10 pelacur di lebuh raya berhampiran Els Alamus mengenakan jaket hijau pantulan cahaya mulai bulan ini selepas disaman polis sebanyak AS$56 (RM179) sebelum ini. Seseorang individu yang berdiri atau berjalan di sepanjang lebuh raya di Sepanyol tanpa memakai jaket pantulan cahaya akan disaman. - AP

KAHWINLAH...JADI ISTERI YANG SOLEHA....HARAM TU JELAS....JANGAN BUAT BODOH AJE....

Pengurusku kekasihku

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

ELLIZA...drama Kisah Kaisara perkenalkan lagi namanya.
ELLIZA...drama Kisah Kaisara perkenalkan lagi namanya.
DRAMA Kisah Kaisara arahan Aziz M Osman tiga tahun lalu nyata berjaya melonjakkan nama Elliza Abdul Razak. Sejak itu segala episod dukanya yang pernah tewas dalam persa�ingan Akademi Fantasia 3 (AF3) mula dilupakan.
Justeru, fokus Elliza yang juga adik kepada Ellina, pe�nyanyi lagu Kain Pelekat, ha�nya tertumpu kepada lakonan. Namun apabila drama Kisah Kaisara berakhir, nama Elliza seakan kurang menonjol.

Namun, siapa sangka 2010 menjadi tahun kemunculan�nya semula. Hingga wajah Elliza kerap ditonton dalam drama atau telefilem disiarkan Astro seperti Prebet Jamilah, Dottie, Cornetto - Inilah Cinta dan terbaru Ponti Anak Remaja yang mula ditayangkan pada Isnin lalu

Bertemu Elliza pada sesi fotografi diadakan Rap baru-baru ini, gadis yang dulunya bertubuh kecil itu kelihatan tembam. Ia seolah-olah menggambarkan dirinya kini berada dalam kebahagiaan. Justeru, terdetik di hati apakah Elliza hangat bercinta?

Terus bertanya kepadanya, Elliza tidak berselindung. Tanpa didesak dia mengakui hatinya kini sudah bertemu jejaka pilihan.

Bahkan, jejaka dimaksudkan itu adalah pengurusnya, Joe atau nama sebenar, Khairul Adzwan Nasir, 23, yang dikenali tujuh bulan lalu.

Elliza berkata, kehadiran Joe dalam hidupnya sangat bermakna kerana pemuda itu banyak membantu menguruskan aktiviti seninya.

Kata gadis kelahiran Perak ini lagi, Joe menyusun semua jadual kerjanya.

“Walaupun tak sampai setahun kami berkenalan, Joe memang serius dengan saya.

“Ini kerana baru dua minggu kami berkenalan dia berani bertemu dengan ayah saya untuk memaklumkan hasrat hatinya. Syukur, keluarga kami merestui.

“Oleh itu, kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan pada 19 Disember ini. Melihatkan keserasian kami yang memiliki minat yang sama pada seni, saya yakin dengan keikhlasan Joe. Lagipun, bertunang adalah langkah ke arah perkahwinan.

“Pada usia 26 tahun sekarang, saya tak nafikan memang sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Sampai bila hendak bergembira saja kerana usia setiap tahun meningkat. Lagipun, saya dapati Joe calon paling sesuai.

“Adanya Joe dengan saya, ke mana pergi saya rasa lebih selamat. Keluarga pun tidaklah terlalu risau kalau saya balik dari penggambaran drama lewat malam kerana Joe sedia menemankan saya,” katanya.

Elliza akui, dia dan kekasihnya juga meminati tarian dan nyanyian.

Malah, jika tiada aral mereka akan muncul dengan single duet Bernama Cinta hasil ciptaan Joe, tidak lama lagi.

Sementara itu, Joe pula berkata dia minat dan jatuh hati kepada Elliza kerana sikap gadis itu yang manja, suka ketawa serta tidak simpan masalah.

Sekiranya mereka berhadapan masalah, semua akan cuba diselesaikan segera supaya tidak berpanjangan.

“Saya juga takkan menghalang Elliza meneruskan karier seninya selepas kami berkahwin nanti. Sokongan tak berbelah bahagi akan terus diberikan kepadanya memandangkan saya sekarang pun menguruskan karier Elliza sepenuh masa.

“Saya juga terbabit sebagai pereka tari, mencipta lagu dan mengusahakan pakaian dan aksesori.

“Semuanya untuk jaminan masa depan kami bersama nanti kerana sampai bila Elliza akan terus berlakon. Jadi, persediaan harus dilakukan mulai sekarang,” katanya.

Joe yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, dia selesa hidup berdikari walaupun usia masih muda. Malah, katanya, jarak usia Elliza yang tiga tahun lebih tua daripadanya juga bukan satu halangan dalam hubungan cinta mereka. Bagi Joe, ini soal jodoh.

Menurutnya, jika betul mahu mengambil kira soal umur, ramai lagi lelaki berkahwin muda berkahwin dengan wanita berusia.

Cuma, barangkali mereka bukan artis atau selebriti, jadi kurang diperkatakan. Apapun, realitinya jodoh ketentuan Tuhan.

PROFIL
NAMA: Elliza Abdul Razak
PANGGILAN: Elliza
UMUR: 26 tahun
ASAL: Kuala Kangsar, Perak
KERJAYA: Pelakon, penyanyi dan pengacara
KELUARGA: Anak bongsu daripada empat beradik
KAKAK: Ellina (pasangan duet Anuar Zain lagu Kain Pelikat)
DRAMA/TELEFILEM: Kisah Kaisara, Impian Illyana musim kedua dan ketiga, Adam, Restumu Ibu, Rendang Ayam Pencen, Dottie, Cornetto - Inilah Cinta dan Ponti Anak Remaja.
PROGRAM TV: Ranger’s Safari
PENGALAMAN: Peserta Akademi Fantasia 3 (AF3)

TAATLAH PADA ALLAH...SENTIASALAH MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT

TAKDIR JIKA TAK BERDOA...MAKA BERLAKULAH BILA SAMPAI MASANYA....

Disimbah asid cinta ditolak

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin dan Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

DERITA...Ain  cedera parah akibat melecur disimbah asid oleh bekas rakan sekerja  ketika ditemui di HPP, semalam.
DERITA...Ain cedera parah akibat melecur disimbah asid oleh bekas rakan sekerja ketika ditemui di HPP, semalam.
GEORGETOWN: “Pada malam kejadian, lelaki itu datang dengan menunggang motosikal dan secara tiba-tiba dia menyimbah ‘air’ ke muka saya sambil mengejek, ‘padan muka hang’ sebelum beredar.
“Saya tersentak dan terkejut apabila muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas, selain seluruh kulit bertukar menjadi hitam seakan-akan terbakar dan membengkak,” kata seorang gadis yang parah akibat disimbah cuka getah di Taman Cenderawasih, Seberang Prai Selatan (SPS), 17 Oktober lalu.

Gadis berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, mendakwa menjadi mangsa balas dendam selepas menolak cinta lelaki terbabit.

Berikutan kejadian itu, hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada Aidiladha ini mungkin tidak kesampaian apabila hampir 70 peratus muka, tangan dan badannya melecur teruk


Ain berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibunya berada di rumah neneknya.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ, kira-kira jam 11 malam, dia terdengar bunyi deruman enjin motosikal yang tiba-tiba berhenti berhampirannya sebelum seorang lelaki tiba-tiba menyimbah cuka getah ke arahnya

Katanya, dia mengenali lelaki itu kerana sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berkenalan tetapi ditolaknya secara baik.

“Sudah beberapa kali saya beritahu mempunyai teman lelaki, namun dia tidak dapat menerimanya. Malah, dia pernah mengekori saya setiap kali pergi dan balik kerja sehinggalah saya berhenti bekerja di kilang, Julai lalu.

“Saya ketika itu menjadi kerani mengenali lelaki berusia 26 tahun berkenaan yang menjadi operator di kilang sama di Nibong Tebal, April lalu. Dia pernah meluahkan perasaan cinta serta sayang kepada saya, tapi saya tak dapat menerimanya kerana bakal bertunang, bulan depan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Ain berkata, pada malam sebelum kejadian, lelaki itu ada menelefon kerana mahu menemuinya tetapi dia menolak dengan baik dan tidak menyangka lelaki berkenaan sanggup bertindak sekejam itu, sekali gus memusnahkan masa depannya.

“Sejurus disimbah cuka getah, saya berlari ke rumah ibu tidak jauh dari rumah nenek untuk meminta bantuan lalu dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut,” katanya.

Berikutan itu, dia berharap lelaki terbabit dikenakan tindakan sewajarnya berikutan kesengsaraan dialaminya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana tidak menyangka lelaki terbabit akan bertindak sekejam itu.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, pihaknya menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori di rumahnya pada 20 Oktober lalu.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa tidak membalas cinta suspek. Lelaki itu dipercayai menggunakan cuka getah yang diisi dalam kole untuk menyimbah ke muka dan badan mangsa.

“Mangsa cedera teruk akibat melecur pada bahagian mata putih dan muka sebelah kiri, kedua-dua lengan tangan serta bahagian belakang badan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut polis mendapati suspek positif dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau, dua membabitkan dadah serta satu kes jenayah.

Shafien berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan cedera parah dengan senjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Shafien berkata, suspek didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini.



Saya keliru, terkejut

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya menjadi keliru dan terkejut apabila Aidil dilaporkan pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan permohonan sulh sedangkan sewaktu pulang untuk memulihkan kembali hubungan baru-baru ini, Aidil menyatakan dia menyayangi saya dan anak.
“Bukan itu saja, dia turut berjanji akan menjaga rumah tangga kami dan memastikan kandungan saya yang baru berusia tiga bulan dalam keadaan baik,” kata dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang kini mengandung anak kedua pasangan itu.

Sewaktu dihubungi, Rita menjelaskan dia sangat sedih dengan tindakan Aidil, (pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23), kerana hanya mengetahui perkara itu menerusi akhbar, pagi semalam. “Saya sendiri sayangkan rumah tangga ini dan dia pun sayang. Cuma apabila tersiar berita ini, pada pandangan saya orang pergi ke mahkamah kerana sudah tiada lagi jalan penyelesaian. Perkara ini benar-benar menyebabkan saya keliru dan langsung tidak faham.

“Bukankah permohonan dibuat Aidil itu untuk pasangan yang sudah bercerai. Masalahnya kami masih lagi suami isteri. Setahu saya sebelum meminta kebenarannya untuk menetap di rumah adik saya di Taiping, Perak, buat sementara keadaan kami baik,” kata pelakon yang cukup terkenal menerusi drama bersiri Reflesia itu

Menurut Rita, hubungan mereka sebelum ini tiada masalah. “Malah, sewaktu kami bertemu sebelum ini, Aidil memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Begitu juga dengan saya. Malah, dia sendiri datang menjemput saya pulang ke Kuala Lumpur dan mengambil anak di kampung (Perlis). “Hubungan kami baik seperti sebelum ini. Namun pengakuan dibuat Aidil benar-benar membuatkan saya sedih dan kecewa,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Aidil ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban bersama seorang peguam bagi memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak.

Menjelaskan lebih lanjut, Rita berkata sejak berita itu disiarkan, Aidil langsung tidak menghubunginya bagi memberikan penjelasan atau menerangkan kedudukan sebenar apa yang telah berlaku.

“Saya hanya mengetahui menerusi teman-teman wartawan bahawa Aidil meminta bantuan mereka bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Saya tak mampu untuk berkata apa lagi. Masalahnya saya sendiri tidak sihat kerana kandungan baru berusia tiga bulan. Saya tidak tahu apa sebenarnya motif suami berbuat begini,” katanya.

Rita menjelaskan sebelum ini Aidil pernah membuat aduan sama, namun selepas berbaik-baik dan berbincang, suaminya mengakui kesilapan yang dibuat. “Saya fikir tindakan itu diambil suami sewaktu sedang marah. Maklumlah waktu orang tengah marah mereka tidak boleh berfikir dengan matang. Bila sudah berbaik, dia cakap dia silap. Hendak diikutkan antara kami sudah tidak ada apa-apa masalah pun.

“Walaupun ada masalah, semuanya boleh dibawa berbincang antara kami. Apatah lagi sebelum ini apabila ada masalah berlaku kami tidak pernah berfikir sehingga hendak bercerai. Katanya, sebelum ini dia meminta kebenaran Aidil untuk pulang ke rumah adiknya berikutan suaminya kini sibuk kerana perlu menumpukan perhatian pada perlawanan bola sepak dan lebih banyak menghabiskan masa di Negeri Sembilan untuk persediaan menghadapi perlawanan. “Saya tak berapa sihat dan apabila tinggal di rumah adik, mereka boleh tengok-tengokkan saya dan Ryyan (anak),” katanya.

Menurutnya, dia masih sayangkan Aidil, apatah lagi suaminya benar-benar menunjukkan kesungguhan mahu memulihkan hubungan mereka selepas perbincangan, baru-baru ini.

“Saya hairan apabila perkara ini berlaku selepas Aidil pulang bertemu keluarganya. Saya tidak mampu hendak berkata apa lagi, kini terpulanglah kepada Aidil untuk membuat keputusan. Sebagai isteri saya tidak mampu berkata apa. Lagipun pada fikiran saya kami tidak berhadapan dengan apa-apa masalah. Hubungan kami baik,” katanya.


Maut turun bukit

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

REMUK...kereta dinaiki dua mangsa yang terbabit kemalangan maut, semalam.
REMUK...kereta dinaiki dua mangsa yang terbabit kemalangan maut, semalam.
MELAKA: “Arwah Fadzly (Mohd Fadzly Mohd Ariff) sepatutnya menemani saya bertemu pelanggan di Tangkak, Johor pagi ini (semalam), namun dia mahu membawa rakan lain untuk berjumpa bakal pelanggan di Jempol, Negeri Sembilan.
“Tidak sangka arwah terbabit kemalangan dan meninggal dunia. Pagi tadi (semalam) kami sama-sama bersarapan di Bukit Serindit,” kata Perunding Pinjaman Persendirian CIMB Bank, Rahizan Abd Rahim, 34, mengenai kemalangan ngeri di Jalan Bukit Bulat Menggong, Alor Gajah, pagi semalam, membabitkan dua rakan sekerjanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, dua kakitangan bank yang juga Perunding Pinjaman Persendirian, Khairul Afif Mohd Kassim, 24, dari Taman Satelit, Bahau, Negeri Sembilan, dan Mohd Fadzly Mohd Ariff, 22, dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan, meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Difahamkan, kereta dipandu oleh Khairul Afif terbabas ke laluan bertentangan ketika menuruni bukit di tempat kejadian sebelum kemalangan


Akibat kemalangan itu, kedua-dua mereka cedera parah akibat tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil yang remuk sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Menurut Rahizan, Mohd Fadzly adalah kakitangan di cawangan CIMB Jalan Bendahara, dekat sini, yang menunjukkan prestasi kerja baik walaupun baru berkhidmat

“Arwah memang paling kelakar dan ceria di pejabat. Namun, dalam dua hari kebelakangan ini, saya menyedari perubahan ketara pada dirinya apabila tiba-tiba jadi pendiam dan kurang bercakap.

KITA KETAWA TENGOK...ADAKAH IA DIBENARKAN DALAM SYARAK..APA BERLAKU PADA BELIAU....HANYA ALLAH YANG TAHU....MASALAH AURAT...BERCAMPUR GAUL DALAM FILEM....ADAKAH INI TAK SALAH DARI SEGI SYARAK....CUBA FIKIR...TANYA2 USTAZ...KALAU TAK...MUFTI2

RENCANA UTAMA


Hikayat suka duka P. Ramlee




Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat.
Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman.
Umum pastinya mengetahui bahawa P. Ramlee dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh.
Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbabit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu.
Biarpun sudah 37 tahun P. Ramlee pergi meninggalkan warisan yang tidak ternilai, namun namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat.
Pencapaian beliau melalui bidang seni telah menjadikan beliau sebagai idola serta sumber inspirasi kepada penggiat seni tanah air pada hari ini.
Mengenai penglibatan P. Ramlee dalam bidang ini, karier beliau bermula pada tahun 1948 melalui lakonannya dalam filem Chinta dengan memegang watak antagonis.
Selepas itu, karier lakonan dan nyanyiannya semakin berkembang serta semakin dikenali ramai dan terus diberi kepercayaan membintangi filem-filem Melayu di bawah arahan pengarah terkenal, Datuk L. Krishnan.
Beliau yang bernaung di bawah Malay Film Production (MFP) di Jalan Ampas, Singapura terus mengecap populariti sebagai pelakon. Setiap filem lakonannya mendapat sambutan hangat peminat filem-filem Melayu. Beliau bukan sekadar berbakat sebagai seorang pelakon, malah turut berkebolehan untuk menyanyi dan mencipta lagu, selain bermain alat muzik.
Kemuncak kepada karier seninya ialah apabila beliau diberi kepercayaan sebagai pengarah filem Penarik Beca selain turut memegang watak utama.
P. Ramlee juga memahatkan nama sebagai pengarah Melayu kedua selepas Haji Mahadi. Paling membanggakan, selain filem lakonan dan arahannya terus mendapat sambutan, beliau turut mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat Asia terutamanya melalui Festival Filem Asia Pasifik.
Pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran ketika era di Jalan Ampas, P. Ramlee juga sebenarnya pernah melalui zaman kejatuhan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Segala-galanya bermula setelah beliau keluar dari MFP dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dengan menyertai Studio Merdeka, Hulu Kelang. Filem terakhir arahan beliau sebelum berhijrah adalah filem Tiga Abdul yang dilakonkan bersama Haji Mahadi dan S .Kadarisman.
Bagaimanapun, karier P. Ramlee di Kuala Lumpur tidaklah seperti yang diharapkan. Beliau dilihat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan ketika di Jalan Ampas dahulu. Filem pertama arahan beliau yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Si Tora Harimau Jadian tidak mendapat sambutan peminat.

FIGURA ini akan sentiasa dikenang sebagai pencipta sejarah dunia seni tanah air.


Kekecewaan terus melanda seniman agung tersebut apabila filem-filemnya selepas itu semakin kurang mendapat sambutan serta ada yang mendapat kritikan para wartawan.
Dikatakan antara punca filem-filem beliau tidak lagi digemari adalah disebabkan selera penonton ketika itu yang telah beralih kepada filem-filem asing seperti filem Hong Kong, Hindustan dan Indonesia.
Lebih memeritkan lagi, nasib dan kehidupan P. Ramlee juga sudah jauh berubah. Malah, ketika meninggal dunia pada 29 Mei 1973, beliau sepatutnya pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan satu kes yang mana beliau menjadi penjamin kepada seseorang individu yang membuat pinjaman bank.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kehidupan seniman agung tanah air itu, semuanya akan didedahkan melalui program biografi P. Ramlee yang akan disiarkan melalui saluran History (Astro 555) pada 31 Oktober ini.
Biografi berkenaan mendedahkan kisah menakjubkan mengenai tokoh perfileman Melayu itu dari zaman awal pembabitannya dalam dunia seni sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun.
Biografi yang berdurasi selama dua jam itu akan disiarkan pada pukul 9 malam dan diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta diarahkan oleh Datuk Shuhaimi Baba.
Program berbentuk dokumentari ini turut menampilkan sedutan eksklusif yang tidak pernah disiarkan di kaca TV seperti temu ramah bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat P. Ramlee sebelum ada antara mereka yang sudah meninggal dunia.
Sehubungan itu, Naib Presiden Pengaturcaraan dan Penerbitan AETN All Asia Networks yang mengendalikan saluran History, Michele Schofiel berkata, penyiaran biografi tersebut adalah sebagai satu penghormatan kerana P. Ramlee merupakan seorang seniman yang bukan sahaja berkebolehan menghibur, malah kesungguhannya untuk menceritakan kisah-kisah yang boleh membangkitkan emosi.
“Kisah kehidupan beliau yang dipaparkan melalui program biografi ini juga merupakan satu kisah penuh emosi yang menceritakan mengenai harapan, ketabahan dan karisma yang akan membolehkan penonton melihat perjalanan hidup P. Ramlee dalam menjadi seorang ikon pujaan ramai. Kami sungguh gembira kerana telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Finas dalam menerbitkan program yang cukup istimewa ini. Pada masa yang sama, kami juga percaya bahawa para penonton pastinya akan terpesona dengan kisah yang akan diceritakan dengan lebih terperinci lagi,” ujarnya.
Menurut Michele lagi, untuk memenuhi permintaan penonton, program biografi itu akan disiarkan dengan suara latar di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta turut disertakan sekali dengan sarikata bahasa Malaysia dan bahasa Cina.

WAJAH seorang penglipur lara filem Melayu yang sukar dicari penggantinya hingga ke saat ini.


Sementara itu, Datuk Shuhaimi Baba yang telah bertindak selaku pengarah pula meluahkan rasa lega setelah rancangan biografi tersebut siap dihasilkan. Asalnya, beliau dikatakan ingin menjadikannya sebagai sebuah filem dokumentari mengenai kehidupan seniman agung tersebut.
“Saya sudah mula membuat kajian dan mencari pelbagai maklumat mengenai P. Ramlee semenjak dari tahun 1998 lagi. Memang pada mulanya saya ingin menjadikan projek ini sebagai sebuah filem, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan bajet.
“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila biografi ini siap dan akan mula menemui penonton tidak lama lagi. Saya beruntung kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Finas serta rakan-rakan dan keluarga terdekat allahyarham,” ujarnya.
Tambah Shuhaimi, dia berpandangan seniman agung itu seorang individu yang mendahului zaman. Ujarnya, ia dapat dilihat menerusi karya-karya yang telah dihasilkan terutamanya filem-filem beliau yang masih tidak bosan untuk ditonton berulang-ulang kali.
Menurutnya lagi, cuma apa yang agak mengecewakan dirinya ialah mengenai kehidupan P. Ramlee selepas berhijrah ke Kuala Lumpur. Selain sambutan terhadap filem-filemnya yang semakin suram, terdapat juga beberapa impian beliau yang tidak tercapai.
Hanya selepas pemergiannya, barulah jasa dan sumbangan beliau dalam dunia seni dan perfileman tanah air kembali dikenang. Pelbagai anugerah yang telah diberikan sebagai menghargai jasanya sehingga diangkat sebagai tokoh perfileman Melayu, termasuklah pengurniaan bintang kebesaran darjah Panglima Setia Mahkota dengan membawa gelaran 'Tan Sri' yang dikurniakan oleh Yang Di-pertuan Agong pada tahun 1990.

BILA AKAL TIDAK DIGUNAKAN SEBAIK2NYA...KEJADIAN2 DIDUNIA TIDAK MENJADI IKTIBAR

DUNIA


Gambar pelangi berkembar


GAMBAR yang dirakamkan Andy Kyle menunjukkan pelangi berkembar di Sungai Dartmouth, Devon.



DEVON - Seorang jurugambar, Andy Kyle yang berusia 53 tahun berjaya merakamkan gambar pelangi berkembar yang melengkung dan seakan-akan kelihatan seperti sebuah jambatan di Sungai Dartmouth di Devon, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan selepas Kyle merakamkan lebih 2,000 imej sejak tujuh tahun lalu sebelum dia berjaya merakam gambar pelangi berkembar.
Imej kedua pelangi itu dikatakan berlaku disebabkan oleh dua biasan cahaya matahari pada titisan hujan. - Agensi



DUNIA


50 peluru berpandu nuklear AS tak berfungsi

WASHINGTON - Satu kerosakan pada komputer telah menyebabkan talian untuk mengaktifkan 50 buah peluru berpandu balistik nuklear antara benua milik tentera Amerika Syarikat (AS) tertutup selama 45 minit pada Sabtu lalu, jelas seorang pegawai Jabatan Pertahanan AS (Pentagon).
Menurutnya, masalah itu berpunca daripada satu perkakasan komputer yang tidak berfungsi.
Pasukan Pemerintah Serangan Global Tentera Udara AS dikatakan memiliki 450 peluru berpandu nuklear di pangkalan-pangkalan tentera di Dakota Utara, Montana dan Wyoming.
Namun, wujud gangguan komunikasi yang menyebabkan tentera udara AS tidak dapat berkomunikasi dengan 50 buah peluru berpandu yang terletak di pangkalan tentera F.E. Warren Air di Wyoming.
Pada Selasa lalu, para penyiasat mendapati insiden sama pernah berlaku di lokasi-lokasi lain sejak lebih sedekad lalu.
"Nampaknya terdapat masalah mekanikal pada satu peralatan khusus. Sebaik sahaja ia berlaku, pemeriksaan keselamatan di setiap tapak peluru berpandu dibuat menerusi kamera video dan secara perseorangan.
"Tidak wujud sebarang kerosakan nyata pada sebarang peralatan. Kami tidak menemui sebarang tanda perbuatan khianat dan ia lebih bersifat mekanikal," jelas pegawai tersebut.
Presiden AS, Barack Obama telah diberi talimat mengenai insiden itu pada Selasa lalu oleh Pengerusi Ketua-ketua Laksamana, Mike Mullen dan Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates. - AFP


DUNIA


Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928


IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.



LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.
Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.
Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.
Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.
Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi




DUNIA


Cari haiwan mati dilanggar untuk dipanggang


GAMBAR menunjukkan seorang pelajar universiti menikmati hidangan daging daripada haiwan yang mati dilanggar kereta di Bournemouth.


BOURNEMOUTH, England - Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di sebuah sebuah jalan raya.
Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi jalan.
"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.
"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging (selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang daging itu."
Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa kelapangan masing-masing.
Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang kepalanya dilanggar sebuah kereta."
Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin membawa penyakit. - Agensi


DUNIA


Yoga bogel model cetus kemarahan


SARA JEAN UNDERWOOD


NEW DELHI - Pengeluar majalah lucah, Playboy Enterprises mencetuskan kemarahan penganut Hindu di seluruh dunia selepas ia mengeluarkan cakera video digital (DVD) senaman yoga seorang model majalah itu dalam bogel.
Model Playboy bagi tahun 2007, Sara Jean Underwood menunjukkan pelbagai bentuk senaman yoga di atas sekeping tikar tanpa seurat benang seperti yang disiarkan dalam DVD itu.
Penganut agama Hindu mendesak agar Playboy menarik semula DVD itu.
Presiden Persatuan Hindu Sejagat, Rajan Zed menyatakan, penyalahgunaan sistem yoga oleh Playboy bagi tujuan komersial amat dikesali.
"Sara Jean Underwood hanya mahu penonton melihat aksi yoga yang dilakukannya dalam keadaan ghairah," kata Zed kepada contactmusic.com. - Agensi

MUNGKIN BOLEH LARI DIHUKUM DIDUNIA....AKHIRAT TETAP DAPAT BALASAN....

NEGARA


Tiada sesalan di wajah pembunuh


DI rumah inilah Faridah dibunuh oleh Omar (gambar kecil) sebelum mayatnya dibuang di kawasan belukar di Persiaran Minden, George Town pada 12 September 2006.



GEORGE TOWN – “Nasiblah!” Selain ungkapan tersebut, seorang peniaga makanan, Omar Shaari ternyata tidak menunjukkan sebarang sesalan pada wajahnya selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini semalam.
Omar, 49, dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas didapati bersalah membunuh jirannya, Faridah Mohd. Sharif, 46, yang mayatnya ditemui hampir reput di kawasan belukar di Persiaran Minden di sini empat tahun lalu.
Kata-kata ringkas Omar itu ternyata menyentap perasaan galeri awam apatah lagi ditambah dengan tindakannya tersenyum sambil mengangkat bahu ke arah abang kandung, isteri dan anaknya yang turut berada di situ selepas mendengar penghakiman Abdul Halim.



NEGARA


Seks kaki dadah


ANGGOTA AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin.



JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.
Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.
Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit.
Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.
Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai.
Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.
Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.
"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat.
"Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam




NEGARA


Pelakon filem Susuk bercerai


ALEEZA kelihatan sebak ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur bersama Mohd. Fauzi semalam.



KUALA LUMPUR – Model dan pelakon filem Susuk, Aleeza Kasim sah bercerai dengan suaminya, Datuk Mohd. Fauzi Che Rus di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Lafaz cerai tersebut dibuat oleh suaminya secara tertutup di kamar Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi.
Pasangan tersebut memasuki kamar hakim pada pukul 9.15 pagi dan keluar kira-kira 15 minit kemudian.
Aleeza, 40, dilihat menangis teresak-esak manakala Mohd. Fauzi, 47, nampak tenang.
Ketika dihampiri oleh wartawan dan jurufoto, kedua-dua mereka enggan ditemu bual.
Mereka kemudian pulang secara berasingan menaiki kenderaan masing-masing



NEGARA


Lari dari gunung berapi


SUKARELAWAN mengusung mayat seorang mangsa letusan Gunung Merapi di Kampung Kinarrejo berdekatan Yogyakarta semalam.



KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letusan Gunung Merapi di Indonesia.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai, Sumatera dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi dan letupan gunung berapi tersebut.
Kenyataan itu menyebut, Kementerian Luar telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi berkenaan.
Jelasnya, orang ramai boleh memperoleh maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-8889 2746 atau 03-8887 4570.



NEGARA


Takut dengar suara Pak Belang


MOHAMAD YUSOFF menunjukkan bekas tapak kaki harimau di Kampung Ulu Kuala Long, Jeli semalam.



JELI – Pak Belang kembali ke Jeli. Itulah yang merisaukan ramai penduduk di beberapa buah kampung di daerah ini apabila ada penduduk mendakwa terdengar ngauman haiwan pemangsa itu di ladang getah Felcra Kampung Reka dan Kampung Ulu Kuala Long dekat sini baru-baru ini.
Dakwaan ada orang terserempak dengan seekor harimau yang sedang menyeberangi jalan di kawasan ladang tersebut menambahkan kerisauan penduduk.
Ada juga penduduk kampung yang mendakwa mendengar ngauman harimau dari arah kawasan Taman Rekreasi Lata Janggut dekat sini yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
Seorang penduduk, Mohamad Yusoff Abdullah, 25, berkata, dia dan keluarganya yang menetap di Kampung Ulu Kuala Long di sini mendengar suara harimau mengaum sebanyak tiga kali dari arah puncak bukit berhampiran minggu lepas.
“Lepas dengar mengaum itu kami diselubungi ketakutan kerana saya sendiri pernah mendengar haiwan tersebut mengaum di kawasan puncak bukit.
“Saya bimbang haiwan berkenaan mengganas kerana ia boleh mencederakan penduduk kampung,” katanya.




NEGARA


Pegawai Imigresen tak mengaku salah 3 tuduhan rasuah


MOHD. YUSOF dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas tiga tuduhan rasuah.


SEREMBAN - Seorang pegawai Imigresen Port Dickson semalam tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga tuduhan rasuah melibatkan suapan RM66,950 pada Julai dan September lalu.
Tertuduh, Mohd. Yusof Bahari, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sabariah Atan dan minta dibicarakan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM80 bagi setiap warga Indonesia yang menaiki feri Rasa Rindu 2 membolosi pemeriksaan Imigresen tanpa diperiksa. Rasuah itu didakwa diterima daripada seorang lelaki di sebuah restoran berhampiran Hotel Suria, Port Dickson pada pukul 7.30 malam 20 Julai lepas.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah RM41,110 daripada orang tengah untuk melepaskan warga Indonesia yang juga penumpang feri Rasa Rindu 2 antara 20 Julai hingga 6 September lepas.
Dalam tuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa menerima RM25,840 daripada seorang lelaki bernama Mohamad Shariman Sharuddin untuk menghalang warga Indonesia balik ke negara mereka walaupun memiliki dokumen perjalanan yang sah



DUNIA


Korban tsunami Sumatera 282 orang


GAMBAR dari udara yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung musnah akibat tsunami di Pulau Pagai, Kepulauan Mentawai.



JAKARTA – Angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.
Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.
Pihak berkuasa menyatakan beberapa bekalan seperti makanan, selimut dan khemah telah dihantar ke kawasan bencana.
Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi.
Beberapa buah helikopter yang menghantar bekalan kecemasan mendarat di Kepulauan Mentawai semalam.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan ke Vietnam ekoran bencana tsunami dan Gunung Merapi di Pulau Jawa.
Tinjauan udara yang dibuat di Kepulauan Mentawai yang dilanda tsunami setinggi tiga meter menunjukkan beberapa kawasanditenggelami air.
Dalam tinjauan itu, sejumlah rumah musnah akibat ombak tsunami.
Sebuah rumah kelihatan senget selepas kejadian ombak tsunami itu berlaku.
Kepulauan Mentawai terletak berdekatan dengan pusat gempa bumi itu.
Menurut seorang pegawai bencana, Ade Edward, sebuah pesawat kargo pertama yang membawa 16 tan khemah, bekalan perubatan dan pakaian tiba pada tengah hari semalam.
Empat buah helikopter mendarat di Sikakap, sebuah bandar di Pulau Pagai Utara di Kepulauan Mentawai.
Ade berharap, operasi menyelamat dan mencari akan ditingkatkan.
“Kami mempunyai peluang kini untuk mencari mangsa yang hilang dengan menggunakan pesawat dan meninjau skala kemusnahan,” katanya.
Seorang mangsa yang terselamat, Borinte, 32, petani dari Kampung Detumonga di pantai Pagai Utara, berkata, dia terselamat selepas berpaut pada sebatang kayu.
Namun, isteri dan tiga anaknya meninggal dunia.
“Kira-kira 10 minit selepas gempa bumi itu, kami mendengar bunyi yang kuat, bunyi seperti guruh. Kami keluar dari rumah dan melihat ombak datang. Kami cuba berlari ke tempat lebih tinggi tetapi ombak itu lebih pantas daripada kami,” katanya.
Beberapa pelancong Australia turut terperangkap dalam bencana itu.
Sebuah bot pelancong dibadai dengan satu tembok air dan mangsa-mangsa yang menaikinya dibawa arus ke dalam hutan tetapi mereka selamat.
Satu lagi kumpulan sembilan peluncur ombak ditemui hidup selepas dilaporkan hilang.
Menurut beberapa pegawai, tsunami itu melanda sejauh 600 meter ke daratan di Pulau Pagai Selatan di Kepulauan Mentawai.
Di Pulau Pagai Utara, sebuah resort dan hampir 200 buah rumah musnah akibat tsunami. – Agens

INSAFLAH KITA SEMUA AKAN MATI...BUATLAH KERJA2 YANG DIBENARKAN SYARAK AGAR TAK MENYESAL KEMUDIAN HARI@DIAKHIRAT NANTI

Kisah Saat-saat Akhir Sebelum Wartawan Vivanews.Com Ditelan Abu Merapi
Yuniawan Wahyu Nugroho (kiri) (Koleksi peribadi). - Foto Vivanews.com
JAKARTA: Portal berita Vivanews.com yang menyaksikan kematian wartawan kanannya ditelan abu panas di kaki Gunung Merapi malam semalam menceritakan saat-saat akhir perbualan di antara pengarang beritanya dengan mangsa.
Portal berita popular itu telah menceritakan di halaman utamanya pada Rabu bagaimana pada jam 5.30 petang Selasa, di Tingkat 31, Wisma Standard Chartered, di sini, menjadi cemas dan panik apabila tercetusnya berita Gunung Merapi mulai meluahkan lavanya.
Pengarangnya, Nezar Patria segera menghubungi wartawan kanan mereka di lapangan, Yuniawan Wahyu Nugroho, yang telahpun berada di Yogyakarta.
Wartawan yang lebih dikenali sebagai Wawan ini telah bertolak ke kota budaya itu awal Selasa sekitar pukul 1 dari Jakarta dia sudah mengatur janji untuk mewawancara Mbah Maridjan yang lebih dikenali sebagai ‘penjaga’ Gunung Merapi.
(Nota: Mbah Maridjan turut terkorban dalam kejadian itu)
"Hallo, Wan, posisi anda di mana," tanya Nezar di hujung telefon.
"Ini...di rumah Mbah Maridjan," kata Wawan.
"Sudah ada letusan. Apa tidak berbahaya..." Nezar bertanya.
"Di sini masih ada banyak orang. Saya menunggu Mbah Maridjan yang lagi sholat," jawab Wawan.
Lantas, Nezar menekankan, "Kalau berbahaya dan jika kedengaran siren, segera turun. Jangan bertahan di situ untuk wawancara."
Wawan menjawab "Iya". Namun, perbincangan putus kerana signal telefon yang lemah.
Menyambung perbincangan yang terputus itu, Wawan lalu mengirim SMS, pada pukul 5.49 petang (Waktu Indonesia Barat -WIB). Bunyi SMS itu: "Mas, saya sudah berada di rumah Mbah Maridjan. Mbah Maridjan masih sholat," kata Wawan.
Dalam pesan pendeknya, Nezar menjawab, "Hati-hati. Jangan sampai kena abu lava."
Setelah itu tidak ada hubungan lagi dengan Wawan.
Satu jam kemudian, bilik berita dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang ahli keluarga Wawan, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto. Wawan dikabarkan dalam kedaan berbahaya.
Sidang pengarang Vivanews turut cemas. Sejumlah rakan lantas cuba mencari maklumat menerusi pelbagai pihak. Mereka menghubungi sanak saudara Wawan, kawan-kawannya yang lain, menghubungi pasukan mencari dan menyelamat, sukarelawan Pusat Pengurusan Bencana sehinggalah membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangannya.
***
Akhirnya mereka memperolehi maklumat lanjut daripada Rini. Pada pukul 6.29 petang WIB, dia menerima panggilan daripada Wawan. "Saya lagi di rumah Mbah Maridjan. Saya menunggu, dia lagi sholat," kata Wawan di ujung telefon kepada Rini. Rini pun mengingatkan agar wartawan kanan portal berita itu berhati-hati.
Namun, dalam perbincangan singkat itu, di hujung telefon, Rini terdengar bunyi siren kecemasan dan sejumlah orang menjerit-jerit... "Ada api, ada api, panas, panas."
Tiba-tiba percakapannya dengan Wawan langsung terputus. Rupa-rupanya ini telah ditakdirkan menjadi panggilan telefon terakhir Wawan. Berulang kali dihubungi semula, namun tidak tersambung.
Rini cemas. Dia teringat kisah empat tahun lalu, saat Gunung Merapi meletus. Wawan juga yang membuat meliput letusan gunung berapi tersebut dan bertemu Mbah Maridjan. Saat itu, keduanya juga saling berkomunikasi. Rini teringat pada tahun 2006 juga ada letusan lahar yang panas menuruni lereng gunung.
Namun, kali ini Rini yang berteman baik dengan wawan sejak kuliah di Universiti Gajah Mada merasa situasinya sangat menegangkan. Di television, dia melihat awan panas sudah membubung, sedangkan Wawan masih di rumah Mbah Maridjan yang berjarak hanya empat kilometer dari puncak gunung tersebut.
Menurut cerita Agus, pembantu Mbah Maridjan, sebenarnya saat mendengar bunyi siren sebagai tanda gunung meletus, ia bersama keluarga Mbah Mardijan dan beberapa orang yang terakhir bertahan di lereng gunung itu sudah memutuskan untuk turun.
Mereka mengendarai dua kenderaan sampai ke tempat selamat. Wawan juga turun sejauh 4 kilometer ke kediaman Agus, yang juga kenalannya di Yogya.
Namun, sampai di tempat operasi menyelamat dijalankan, dua orang yakni Tutur, tenaga pasukan perubatan Yogyakarta dan Wawan mengambil keputusan untuk naik semula ke puncak untuk memaksa Mbah Maridjan yang masih bertahan dan sembayang di masjid turun.
"Mereka berdua menaiki Suzuki APV ke atas menjemput Mbah Maridjan. Namun, saat ini kami kehilangan kontak dengan mereka. Kami duga mereka terjebak, kerana awan panas sudah sampai ke kediaman Mbah Maridjan," katanya kepada Vivanews pada lebih kurang pukul 8.30 malam Selasa.
Dan pada jam 10.42 malam WIB, Vivanews mendapat panggilan daripada Iman Surahman, seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi sejak petang Selasa. Iman menemui kad pengenalan wartawan Yuniawan Nugroho pada salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan.
***
Yuniawan, yang lahir pada 1 Jun 1968 di Blora adalah editor yang mengetuai pasukan laporan khas Vivanews.com. Wawan tertarik untuk mewawancara Mbah Maridjan di Yogyakarta.
Alasannya, dia sudah pernah membuat liputan di Gunung Merapi pada tahun 2006 dan mengenali para pembantu Mbah Maridjan seperti Agus dan lain-lain sehingga berpeluang mewawancara dengan orang tua yang disegani di Gunung Merapi tersebut.
Sebagai salah satu editor kanan, Wawan dikenali sebagai seorang wartawan yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan berperwatakan keras. Wawan jarang mengeluh mengerjakan tugas-tugas yang diamanahkan.
"Dia seorang yang sangat bersopan santun dan memiliki jaringan luas terutama dalam bidang politik," ujar Nezar.
Rini juga mengenali Wawan sebagai seorang yang sangat baik dan memiliki banyak kenalan, baik di kalangan aktivis, ahli politik hingga ke peringkat antarabangsa. "Ramai sekali teman yang sedih dan merasa kehilangannya," kata Rini.
Wawan memang sudah belasan tahun bekerja sebagai wartawan. Sebelumnya, dia cukup lama bekerja di harian Suara Pembaharuan. Pada 2008, Wawan ikut menyertai Vivanews apabila portal berita itu baru ditubuhkan.
Namun, tidak lama kemudian Wawan memilih untuk kembali ke Jakarta dan berkhidmat dengan salah sebuah akhbar di sini. Menjelang Lebaran tahun ini, Wawan kembali ke pangkuan Vivanews untuk mengepalai pasukan laporan khasnya.
Kini, Wawan dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Allayarham pergi meninggalkan rakan-rakannya ketika sedang bertugas. Beliau turut meninggalkan isteri dan dua orang anak yang amat dikasihinya dan foto mereka selalu ada di dompetnya

Bencana Gunung Merapi: Kedutaan Keluarkan Senarai Nama Pelajar Malaysia Yang Dipindahkan 
YOGYAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengeluarkan senarai nama pelajar-pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Pesantren Sirajul Mukhlasi, Magelang malam Selasa berikutan bencana letusan Gunung Merapi.
Pesantren mereka hanya terletak 15km dari kaki gunung berapi tersebut.
Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia juga telah menubuhkan sebuah bilik operasi 24 jam ekoran bencana itu.
Berikut nama-nama mereka yang telah dipindahkan:
1. Ibrahim Ghazali 2. Iesa Abu Shahri 3. Laimi Awang 4. Mohamad Buhori Khalid 5. Mohamad Ridwan Suhaimi 6. Mohamad Shahrul Azam Md Nor 7. Mohamad Zaid Khalid 8. Mohd Azmi Wok 9. Mohd Azwadie Mohd Noor 10. Mohd Noor Azhar Ismungin
11. Mohd Yusof Sulaiman 12. Mohd Zunnurain Abdul Khohar 13. Muhamad Herry Shahidan 14. Muhamad Nafey Hussain 15. Muhamad Ramzey Lani 16. Muhamad Zakariyya Mohd Zainal 17. Muhammad Abu Dzar Mohd Ingam 18. Muhammad Amrul Nizam Sakarno 19. Muhammad Faiz Azizi Md Said 20. Muhammad Hazwan Jonaidi
21. Muhammad Hilmi Abd Basit 22. Muhammad Muaz Abd Rahim 23. Muhammad Mubasyir Rafie 24. Muhammad Ramdani Mas Aedi 25. Muhammad Suhaib Che Sakdun 26. Muhammad Yusuf Sumun Bakri 27. Muhammed Musa Tajuddin 28. Muhd Syafaat Akil Rahim 29. Othman Mohd Razali 30. Wan Mohd Taufiq Wan Ismail
31. Zuhair Zakhal 32. Afifi 33. Hanzalah 34. Hilman 35. Muhammad Tolha Basyir (warga Singapura) 36. Said Al-Khudri Basyir (warga Singapura) 37. Khadijah Mohd Samsi (isteri kepada Laimi Awang) 38. Khaulah Riyadol Solehah (anak kepada Laimi Awang)39. Nurul Asma Abu Bakar (isteri kepada Mohd Azmi Wok)40. Nurul Najhah Zinirah Humairah (anak kepada Mohd Azmi Wok)
41. Siti Zuraidah Mohd Yusof (isteri kepada Zuhair Zakhal) 42. Mohamad Naufal Azahari (datang menyusul pada 27/10/2010)43. Muhammad Taufiq Jaaffar (datang menyusul pada 27/10/2010)
Pelajar yang pulang ke Malaysia:1. Muhamad Izzuddin Muhamad Nazeri
Talian Bilik Operasi 24 jam bencana letusan Gunung Merapi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta adalah seperti berikut: No. Telefon : +62-21-5224947 (talian am)No. Telefon : +62-21-5224971 (talian terus)No. Faks : +62-21-5224974 Kesemua pelajar Malaysia tersebut telah dipindahkan ke Solo malam semalam diiringi oleh para pegawai kedutaan dan juga Jabatan Penuntut Malaysia.
Proses perpindahan itu diketuai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jakarta, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar.



Wartawan Antara 15 Terbunuh Dalam Bencana Letupan Gunung Merapi
YOGYAKARTA: Seorang wartawan portal berita vivanews.com adalah antara 15 yang ditemui mati di dalam dan sekitar halaman rumah jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan di kaki gunung itu yang meletus petang Selasa.
Mayat wartawan itu ditemui dalam rumah Mbah Maridjan bersama tiga yang lain manakala mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu di daerah Sleman apabila pasukan penyelamat sampai ke situ pukul 10 malam Selasa.
Kesemua mereka ditemui dalam keadaan sukar dikenali kerana melecur seluruh tubuh akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu apabila gunung berapi teraktif di dunia itu meletus pada Selasa.
Sebagai jurukunci gunung itu, Mbah Maridjan, ialah seorang warga emas yang kontroversial kerana enggan meninggalkan rumahnya, yang merupakan rumah terakhir sebelum ke puncak gunung berapi itu semasa letusan Merapi pada 2006 tetapi terselamat dalam bencana itu.
Bagaimanapun, nasib Mbah Maridjan belum diketahui, sama ada terselamat atau terkorban dalam insiden berkenaan.
Pada Selasa seorang bayi turut mati akibat letusan gunung berapi itu kerana kesan lecur.
Sementara itu sekumpulan 34 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah pesantren (institusi agama) di Magelang, 15 km dari gunung berapi itu beserta 10 yang lain telah dipindahkan oleh para pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ke Solo tengah malam Selasa.
Kesemua mereka dibawa dengan dua buah bas dan sebuah kenderaan APV termasuklah dua warganegara Singapura, 3 wanita isteri kepada pelajar dan dua bayi perempuan.
Misi pemindahan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar dengan dibantu pegawai-pegawai kedutaan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia.
Sementara itu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membuka Bilik Operasi 24 jam mulai malam tadi bagi menyalurkan maklumat terkini dan melayan pertanyaan rakyat Malaysia di Malaysia mengenai letusan Gunung Merapi.
Ketua Canseri Raja Reza Raja Zaib Shah berkata bilik gerakan itu memantau perkembangan terkini kejadian bencana itu.Talian Bilik Operasi itu adalah seperti berikut:No. Telefon : 62-21-5224947 (talian am)No. Telefon : 62-21-5224971 (talian terus)No. Faks :62-21-5224974- BERNAMA



Gunung Berapi Meletus Dan Turunkan Hujan Abu Vulkano
YOGYAKARTA: Letusan Gunung Merapi petang tadi mula meragut korban dengan sekurang-kurangnya satu kematian, selain mencederakan sejumlah mangsa dengan luka melecur di muka dan badan.
Stesen televisyen swasta MetroTV menyiarkan gambar paramedik berusaha menyelamatkan bayi berusia sekitar tiga bulan dengan alat bantuan pernafasan.
"Keadaan pernafasan bayi ketika datang ke hospital memang sudah parah, diperkirakan memang sudah meninggal di perjalanan," kata Dr Sasongko yang bertugas di Hospital Umum Daerah Muntilan, Jawa Tengah.
Beliau berkata di hospital itu terdapat sembilan pesakit lain yang cedera akibat letusan gunung berapi tersebut.
Sementara itu, Hospital Panti Nugroho di Sleman, Yogyakarta turut merawat beberapa pesakit yang cedera akibat melecur.
Dari gambar yang ditampilkan, kelihatan pesakit melecur di seluruh tubuh hingga ke muka.
Suasana di sekitar Merapi masih mencengkam, dan proses pemindahan penduduk masih dilakukan.
Ketua Kampung Desa Kepuharjo yang terletak di Cangkringan, Sleman iaitu Heri Suprapto berkata seluruh penduduk di desanya yang berjumlah ribuan orang, telah ditempatkan di kawasan lapang di sebuah desa lain.
Ketika dihubungi Bernama menerusi telefon, beliau sedang menguruskan pemindahan penduduk.
"Pada masa ini, hujan abu masih sangat lebat sehingga warga berbondong-bondong menuju ke tempat yang lebih selamat melalui laluan pemindahan yang ditetapkan," katanya.
Penulis sendiri yang memandu ke Yogyakarta telah mengalami hujan abu Merapi bila memasuki Gombong Timur, Jawa Tengah kira-kira 200 kilometer ke gunung berapi itu.
Kereta penulis yang diselimuti abu putih terpaksa berhenti di stesen minyak untuk membersihkan cermin kereta yang menutup pandangan pemandu dari dalam kenderaan.
Udara berdebu yang berbau belerang agak busuk, menyucuk hidung sehingga memerlukan orang ramai memakai topeng muka.
Sebuah bas ekspres kelihatan terpaksa berhenti di tengah jalan kerana cermin depannya turut diselaputi abu putih sehingga menutup pandangan pemandu.
Sementara itu, pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar, pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, membantu memindahkan seramai 34 pelajar Malaysia dari sebuah pesantren di Magelang ke Solo.
Sebanyak tiga mukim di daerah Sleman yang mempunyai kira-kira 13,500 penduduk, diancam bahaya selepas Gunung Merapi meletus.
Namun, jika dilihat kesan hujan abu gunung berapi yang menjangkau 200 kilometer, jumlah penduduk yang diancam bahaya adalah jauh lebih besar. - BERNAMA



Terima Jawatan Bukan Kerana Populariti

Erni Dekritawati Yuliana Buhari. - Foto THE STAR Oleh IBRAHIM MOHTAR
ERNI Dekritawati Yuliana Buhari, nama panjang itu sebelum ini tidak dikenali.
Namun kes pembunuhan ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya yang merupakan jutawan kosmetik bersama tiga individu lain menaikkan popularitinya.
Kehidupannya yang baru berusia 25 tahun itu berubah sekelip mata kerana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan peneraju empayar Nouvelle Visages.
Nama Rita diangkat sekali lagi apabila menyertai sayap Puteri Umno ketika bahang Perhimpunan Agung Umno Ke-61, Rabu lalu.
Lebih panas apabila beliau terus dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi sayap berkenaan pada hari yang sama.
Kunjungan beliau ke ibu pejabat The Star pada Jumaat dalam wawancara khas bersama Mingguan mStar mengenai penyertaannya dalam Puteri Umno.
MSTAR: Bagaimana semuanya bermula?
Saya menerima jemputan sebagai pemerhati sahaja. Bagaimanapun, selepas mendengar persidangan Ketua Puteri dan ahli membuatkan saya tertarik.
Saya merasakan ini merupakan platform yang sesuai bagi membantu ahli Puteri.
Sesetengah mereka berkata ramai yang beranggap tidak buat kerja dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan.
Mereka hanya datang untuk memenuhkan dewan tetapi apa yang saya nampak mereka berminat untuk berniaga.
Dari situ saya nampak peluang yang ada untuk mengajar ahli bagi memulakan perniagaan dalam apa juga bidang pun.
Bezanya saya bermula dengan kosmetik dan yang lain mungkin mahu berniaga makanan dan pakaian.
Apakah perasaan Rita bila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri Umno?
Sebenarnya, saya berasa terkejut bila mendengar pengumuman itu. Saya masih baru lagi dalam industri ini dan terlalu muda untuk memegang jawatan begitu besar.
Sewaktu diumumkan (pelantikan), saya terkejut dan menganggapnya sebagai satu penghormatan yang besar buat diri saya. Mungkin Puteri Umno yakin dengan kebolehan yang saya ada.
Saya pun tidak tahu nak cakap bagaimana respon saya ketika itu. Ini kerana saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum ini.
Niat saya hanya untuk menyertai Puteri Umno sebagai ahli biasa. Tidak menyangka apabila menyerahkan borang itu terus melantik saya memegang jawatan itu. Saya seakan tidak percaya.
Adakah Rita sudah bersedia menggalas jawatan itu?
Saya ingin memperjelaskan, saya menerima jawatan itu bukan kerana populariti.
Matlamat utama saya adalah menyambung usaha ibu untuk membantu wanita terutama dalam bidang perniagaan.
Mungkin apa yang saya belajar daripada ibu dapat mengadaptasikannya kepada mereka.
Pengalaman saya baru ‘setahun jagung’ tetapi apa yang saya dapat sekarang sudah cukup membantu mereka yang memerlukan.
Tidakkah Rita takut dikatakan tidak layak diberikan jawatan itu?
Bagi saya, apa yang saya buat pasti ada baik buruknya. Mulut orang tidak boleh nak ditutup. Jadi, apa yang boleh saya buat, saya buat.
Apa yang boleh saya bantu, saya bantu. Tidak perlulah saya marah atau nak melenting apabila mendengar tohmahan-tohmahan orang.
Apa yang saya dapat, apa yang saya nampak dan apa yang saya boleh bantu, saya lakukan.
Apa yang cuba Rita buktikan selepas pelantikan ini?
Seperti yang semua tahu bahawa Nouvelle Visages (NV) adalah perniagaan kosmetik. Ia berkait rapat dengan wanita.
Dari situ saya melihat dapat membantu wanita dari segi perniagaan. Ini kerana perniagaan kami bukan lagi setakat kosmetik tetapi dipelbagaikan menerusi pengembangan empayar NV.
Setakat ini, NV mempunyai seramai 30 stokis, 300 cawangan di seluruh negara.
Dari situ saya dapat membantu mana-mana ahli yang berminat untuk menjadi stokis atau mengendalikan cawangan NV sama ada rangkaian kosmetik, fesyen dan lain-lain.
Oleh itu, saya nampak peluang yang besar untuk mereka yang mahu belajar dan masing-masing akan membantu. Cabarannya mungkin sama ada ahli berminat atau tidak untuk menyertai usahawan NV.
Mungkin juga modal tetapi perkara itu akan cuba diatasi. Modal begitu penting untuk memulakan perniagaan.
Jika tiada modal, tiada bisnes boleh dijalankan. Kita akan mendapatkan kerjasama dengan bank-bank untuk membantu ahli Puteri untuk memulakan perniagaan.
Apakah perbincangan selepas pelantikan itu?
Buat masa ini masih belum ada perbincangan kerana pengumuman pelantikan saya masih baru.
Perkara itu akan melalui mesyuarat terlebih dahulu. Macam mana atau apa yang akan berlaku seterusnya. Semuanya terlalu cepat untuk saya berkata apa-apa.
Kami tidak mengadakan apa-apa mesyuarat pun kerana ketika itu Umno masih sibuk bersidang maka belum ada masa untuk bermesyuarat.
Bagaimana dengan hasrat ibu yang dimaksudkan?
Ibu saya pernah memberi nasihat. Katanya, bidang kosmetik bukan saya seorang tetapi banyak syarikat kosmetik lain di Malaysia.
Oleh itu, kita tidak perlu dengki dengan mereka. Setiap rezeki adalah rezeki masing-masing. Tuhan sudah berikan rezeki itu maka tidak perlulah kita iri hati dan sakit hati.
Kita berasa lagi bagus kerana meramaikan lagi usahawan muda untuk mempolopori bidang kosmetik di Malaysia.
Oleh itu, fokus saya mahu menunaikan hasrat ibu untuk memajukan perniagaan. Puteri Umno merupakan platform terbaik untuk memperluaskan bantuan dan kerjasama berkaitan bidang keusahawanan di kalangan wanita.
Saya melihat pergerakan ini mempunyai ahli yang ramai dan pastinya antara mereka mahu menjadi usahawan tetapi mungkin tidak tahu bagaimana cara untuk bermula.
Peluang ini turut membantu golongan ibu tunggal dan kurang berkemampuan bagi meningkatkan taraf pendapatan mereka.
Adakah jawatan ahli jawatankuasa yang diberikan kepada Rita disebabkan oleh kejayaan ibu membina empayar perniagaan?
Apa yang Puteri Umno nampak bahawa NV bukan syarikat kecil tetapi telah dikenali seluruh Malaysia. Mungkin mereka melihat NV dapat membantu ahli Puteri dari segi memulakan perniagaan.
Bagaimana Rita melihat pergerakan Puteri Umno?
Sebagaimana yang kita tahu apabila mengetahui Umno, ia mengenai bangsa Melayu. Dari situ kita melihat Umno mahu membantu untuk menaikkan bangsa sendiri.
Dalam apa juga bidang, apabila bangsa Melayu naik, kita rasa tidak diperlekehkan. Kita mampu maju bersama bangsa lain.
Apakah masalah yang sering dihadapi bangsa Melayu?
Mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk membuka perniagaan dan mereka tidak tahu perkara sepatutnya diperlukan bila menceburi bidang ini.
Mereka mungkin berpengalaman tetapi kurang ilmu. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu membantu antara satu sama lain untuk maju terus ke hadapan.
Saya rasa apabila mendengar saja Melayu, pasti ada yang iri hati dan tidak boleh melihat orang lain berjaya.
Bila kita ada perasaan dengki, sampai bila bangsa Melayu mahu maju? Kita orang Melayu sepatutnya membantu orang lain.
Apa yang Rita boleh membantu Puteri Umno selain berkaitan perniagaan?
Saya akan memberi nasihat kerana mereka bertanya kenapa saya boleh kuat, boleh tabah dan tidak berasa sedih di atas pemergian ibu.
Mereka berminat untuk belajar bagaimana mengatasi perasaan dan emosi. Mungkin saya boleh tolong mereka. Bila kita kata perempuan, emosi kadang-kadang kurang stabil.
Saya tidak kata saya pandai tetapi apa yang saya tahu, apa yang saya boleh buat dan apa yang saya boleh bantu bagi mengatasi emosi kurang baik, saya bersedia membantu. Ini termasuk motivasi.
Dalam keadaan yang saya hadapi sekarang, orang lain mungkin akan lemah. Apa yang saya nampak kalau saya lemah, orang lain juga akan lemah.
Jadi, saya perlu kuat dan terus maju ke hadapan. Bila saya lemah, saya akan jatuh, Bila saya jatuh, saya tidak boleh buat apa. Mungkin empayar yang dibangunkan oleh ibu akan hancur.
Jadi, saya kena kuat dan tabah walaupun pada usia yang muda. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya meletakkan pegangan prinsip itu Apa yang berlaku ke atas ibu saya itulah hikmah yang saya hadapi sekarang.
Adakah semua ini dianggap beban buat Rita yang masih muda?
Ia bukan satu beban tetapi dugaan dan saya perlu menerimanya. Jika menganggap ia sebagai satu beban maka sampai bila-bila pun kita rasa tidak boleh memikul tanggungjawab itu.
Saya menganggapnya sebagai satu cabaran yang boleh maju. Sejak perkara yang telah berlaku, saya tahu banyak perkara. Saya belajar satu persatu.
Adakah penyertaan dalam Puteri Umno ini akan menarik minat Rita dalam bidang politik?
Saya sertai Puteri Umno bertujuan membantu ahli. Tapi sekarang keutamaan adalah perniagaan dan membantu masyarakat kerana itulah hasrat ibu.
Masih terlalu awal untuk memikirkan tentang hal lain. Saya baru sahaja ambil alih tanggungjawab ibu maka saya perlu fokus pada satu dahulu, mungkin lima tahun lagi saya akan lebih aktif dalam politik pula.
Bagaimana pula harapan Rita terhadap masyarakat?
Daripada mereka melemparkan pelbagai tohmahan, kenapa tidak memberikan saya peluang dan nasihat.
Saya masih baru dan perlu banyak belajar. Dengan sokongan ini daripada mereka berpengalaman dapat membantu saya untuk membantu ahli Puteri dari segi perniagaan.
Saya perlu bersedia dan menggalas tanggungjawab ini (ahli jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi). Sampai bila kita perlu takut?
Saya tak nak pada usia muda, saya menunjukkan tidak mampu menggalas tanggungjawab. Kita fikir secara positif, saya dapat memberikan idea-idea lebih bernas kepada masyarakat. Kecil-kecil cili padi.
Apa yang saya, apa yang boleh saya kongsikan.
Apakah perkembangan perniagaan yang diterajui Rita?
Saya memegang jawatan sebagai pengarah secara rasmi pada Jun lalu. Saya akan melancarkan Wisma Nouvelle di Cyberjaya pada Januari tahun depan.
Pelancarannya sepatutnya diadakan pada tahun ini tetapi saya menghormati pemergian ibu.
Tahun depan kita akan memulakan promosi NV dan melancarkan wisma berkenaan termasuk butik, spa serta pusat kesihatan dan kecantikan