Friday, November 26, 2010

LIHAT PAKAIAIANNYA..PERGAULANNYA..TABARUJ@BERSOLEK...KERJAYA YANG MELAKUKAN PERKARA HARAM DALAM AGAMA...SAPE KALANGAN ILMUAN ISLAM... TERMASUK MUFTI2...BOLEH MENGATAKAN...APA YANG MEREKA@ARTIS2 NI BUAT DIBENARKAN SYARAK....BAHAYA SESATNYA MENJADI IKUTAN OLEH ORANG LAIN....

HIBURAN


Kisah cinta Natrah





BIARPUN disulami dengan pelbagai kisah kontroversi sebelum ini, pementasan teater Natrah buat kali yang kedua tetap berlangsung dengan jayanya pada kali ini.
Masih mengekalkan Erma Fatima sebagai pengarah, ramai pelakon edisi Natrah terdahulu juga masih lagi dikekalkan, khususnya Maya Karin, Umie Aida dan Remy Ishak.
Ironinya, pasti ramai yang sudah mengetahui tentang sejarah seorang gadis bernama Natrah atau Maria Huberdina Hertogh yang berketurunan Belanda yang lahir di Tjimahi, Pulau Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937.
Konflik gadis tersebut bermula apabia dia diserahkan oleh ibu kandungnya, Adeline kepada Che Aminah setelah suaminya yang merupakan seorang tentera Belanda telah ditawan sewaktu pendudukan Jepun di Indonesia.
Kemudian Natrah dibawa dan dibesarkan di Kemaman, Terengganu sebagai seorang muslim yang tidak lupa mengerjakan solat lima waktu, pandai mengaji serta serasi menjalani kehidupan dalam suasana kemelayuan.
Bagaimanapun, ibu bapa kandung Natrah mengambil keputusan untuk mendapatkan kembali anaknya dan situlah bermulanya kesengsaraan yang dialami oleh Natrah kerana terpaksa berpisah dengan suami dan ibu angkat yang sangat disayanginya itu.
Tidak dinafikan, kisah ini sememangnya adalah sebuah kisah yang sememangnya terpahat dalam lipatan sejarah. Namun apabila ia diangkat ke pentas teater, Erma selaku pengarah mempunyai garapannya yang tersendiri.
“Biarpun ini adalah pementasan yang kedua, ingin saya jelaskan lagi bahawa teater Natrah bukan teater sejarah. Ia hanyalah berkisarkan mengenai kisah cinta seorang wanita yang berlatarbelakangkan sejarah.
“Lihat sahaja filem-filem seperti Titanic misalnya, ia memang merupakan sebuah kisah sejarah. Tetapi apa yang lebih banyak dipaparkan adalah kisah cinta dan itu juga yang cuba saya garapkan dalam teater ini,” ujarnya.
Menurut Erma, dia mahu penonton yang menyaksikan teater berkenaan supaya menghayati cintanya yang sangat mendalam kepada Islam serta ibunya, Che Aminah dan suaminya yang baru dinikahi, Mansor Adabi di sebalik kisah sejarah yang penuh tragik itu.

CINTA antara Natrah dan Mansor Adabi atau antara Maya Karin dan Remy? Emosi cinta yang terserlah di pentas Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada Malam Rabu lepas.



Bagi penonton yang menyaksikan teater ini akan dihidangkan dengan paparan kisah cinta Natrah kepada Tuhan, ibunya dan suami serta perjuangan mempertahankan akidah seorang wanita Islam yang menjadi rebutan keluarga kandungnya yang beragama Kristian.
Rakan sesama artis
Menonton kolaborasi kali kedua, kedua-dua Maya dan Remy sebagai pasangan suami isteri, Natrah dan Mansor Adabi ternyata mereka berdua seolah benar-benar bercinta!
Menyaksikan beberapa babak yang cukup romantis antara Maya dengan Remy Ishak menerusi teater Natrah kali ini, tidak dinafikan bahawa ada juga yang beranggapan mereka berdua umpama pasangan yang sedang dilamun cinta.
Apatah lagi pengarah teater itu, Erma sendiri mahukan penghayatan cinta yang mendalam termasuk antara Natrah dan Remy, justeru kedua-dua Maya dan Remy sebenarnya memikul tanggangjawab yang berat untuk mewujudkan betapa dalamnya cinta yang timbul antara mereka di pentas.
Ketika ditebak adakah percintaan dirinya dengan Remy bukan sekadar di pentas Natrah, malah turut terjalin di alam realiti, Maya hanya ketawa.

ERMA menerapkan banyak pembaharuan untuk Natrah 2, termasuk penambahan beberapa babak serta lagu serta pecahan monolog yang membabitkan watak Natrah pada usia emas yang dilakonkan oleh Sofea Jane.



"Itu adalah sekadar lakonan di dalam teater kerana di luar kami hanya sebagai rakan sesama artis sahaja,” tuturnya.
Tambah Maya: "Lagipun saya dan Remy sebenarnya gementar sepanjang pementasan. Namun bila ramai yang melihat babak romantis itu benar-benar menjadi, maknanya kami telah dapat membawakan watak tersebut dengan berkesan sekali.
Mengenai perasaannya dapat bergandingan semula dengan Remy, Maya menyatakan perasaan gembiranya dan yakin gandingan mereka berdua akan lebih melancarkan perjalanan pementasan teater berkenaan.
“Pasti sukar sekiranya mahu mendapatkan keserasian jika berlakon dengan pelakon lain untuk watak Mansor Adabi,” ungkapnya.
Dalam pada itu, Maya menjelaskan, dia masih lagi belum berpuas hati dengan pementasan pada hari yang pertama itu.
Bagi dirinya, memegang watak sebagai Natrah adalah sesuatu yang cukup istimewa. Sebab itu dia memang bersungguh-sungguh untuk menjiwai watak ini agar penonton turut sama menyelami kesengsaraan yang ditanggung Natrah.
Bagi Remy Ishak pula, kali ini sebagai Mansor Adabi dia dikehendaki melakonkan lebih banyak babak menari.
Mengakui ia agak sukar bagi dirinya, memandangkan dia tidak memiliki sebarang pengetahuan tentang tarian, namun apabila diberitahu Erma tentang hal tersebut, Remy menyahut cabaran berkenaan dan menganggap ia merupakan satu perkembangan yang positif dalam perkembangan kerjaya seninya.

ERMA (tengah) meraih sokongan padu daripada akaryawan Natrah 2, Maya Karin, Susan Lankester, Umie Aida, Ziela Jalil dan Sofea Jane.



"Mulanya agak gementar juga apabila disuruh menari kerana dalam pementasan terdahulu memang tiada babak berkenaan. Namun, saya tetap berusaha melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.
Teater Natrah telah mula dipentaskan kepada orang ramai di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 25 November lalu dan berakhir pada 5 Disember ini


HIBURAN


Syahrini mahukan 'Imam'


SYAHRINI


PENYANYI yang seorang ini seakan sudah berada dalam pakej yang lengkap. Cantik, seksi dan masih solo membuatkan wanita berusia 29 tahun ini sentiasa didekati kumbang.
Menurut Syahrini, ramai jejaka yang mahu mendekati dirinya bahkan ada yang menyuarakan isi hati untuk meminangnya.
"Yang berusaha dekat memang ada. Yang mahu meminang juga ada. Bohonglah kalau saya kata tiada. Tetapi adakah mereka cukup kuat untuk berhadapan dengan pekerjaan saya sekarang? Kalau sudah menikah kelak, pilihan hati saya itu harus menjadi imam dan saya sangat berharap agar mendapat lelaki yang baik," ujar Syahrini jujur.
Lebih lanjut lagi, penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Rini ini menyatakan bahawa dia mahu terus menyanyi walau pun sudah mendirikan rumahtangga kelak.
"Kalau diizinkan, saya tetap mahu berkarya. Saya jenis yang tidak boleh duduk diam di rumah. Untuk permulaan perkahwinan mungkin boleh tetapi selepas itu saya mahu pasangan saya mendokong kerjaya saya,"pinta Syahrini.













HIBURAN


Temujanji kilat Luna


LUNA MAYA


WAJAH dan kelibat pelakon cantik Luna Maya memang sukar dilihat sejak kebelakangan ini.
Namun di sebalik mendiamkan diri setelah dikatakan terlibat dengan kes video panas bersama kekasihnya, Ariel, Luna dikatakan sempat melakukan temujanji kilat atau speed dating.
Dengan memakai kasut tumit tinggi dan rambut diikat kemas, Luna memasuki sebuah kafe. Sambil menyalakan sebatang rokok, wanita bermata cantik itu berbincang dengan beberapa jejaka yang datang silih berganti di hadapannya. Durasi yang diberikan buat setiap jejaka cuma lapan minit dan pada wajahnya terbias kebosanan.
Namun sebenarnya, aksi temujanji kilat itu berlangsung dalam filem pendek lakonan Luna Maya. Filem pendek arahan Ariyo Wahab yang berjudul Nathalie's Instinct memberi peluang buat Luna membawakan watak seorang perempuan yang yang mencari pasangan dengan cara temu janji kilat anjuran sahabatnya, Christine lakonan Kirana Larasati.
Beberapa sosok lelaki yang masuk silih berganti itu pula dilakonkan oleh antaranya Vicky Nitinegoro, Pongky Jikustik dan Donny Alamsyah.
Sebelum ini, Luna pernah berlakon filem pendek berjudul, Suci and the City.

APABILA MANUSIA MEMBUAT HUKUMAN SENDIRI ATAS KEMARAHAN YANG TAK DAPAT DIKAWAL...MEREKA TIDAK AKAN LEPAS DARI PENGADILAN ALLAH DIAKHIRAT NANTI...IA AKAN DISIMBAH ASID JUGA DINERAKA KELAK....JIKA ORANG DIZALIMI TIDAK MEMAAFKANNYA

RENCANA UTAMA


Keadilan mangsa asid


MANGSA-MANGSA serangan asid enggan tampil ke depan kerana bimbang dengan tindakan si pelaku.



MORM NHEB masih ingat bau dagingnya yang terbakar ketika bekas suami menyimbah asid ke mukanya. Insiden itu meninggalkan parut kekal pada wajahnya sepanjang hayat.
"Baunya cukup meloyakan," kata ibu kepada dua anak yang terpaksa berjuang untuk hidup sejak bekas suaminya melepaskan kemarahan kerana perceraian mereka.
Morm Nheb memberitahu, bahawa dia tidak akan kembali kepada suaminya itu.
"Kini saya hidup seperti bangkai bernyawa atau hantu hidup," katanya.
Morm Nheb merupakan salah seorang daripada mangsa simbahan asid yang semakin meningkat jumlahnya. Lebih mendukacitakan, penyerang mereka jarang sekali dibawa ke muka pengadilan.
"Kami berdepan dengan kesukaran untuk meminta mangsa-mangsa ini membela diri kerana mereka takut kepada si pelaku tersebut," kata Pengurus Program Cambodian Acid Survivors Charity (CASC), Chhun Sophea.
Dalam kes lain seperti yang dihadapi oleh Nheb, penyerangnya melarikan diri dan tiada langsung khabar berita selepas itu.
Sejak CASC dibuka pada tahun 2006, pertubuhan itu berjaya membantu 300 mangsa yang mengalami nasib yang sama seperti Nheb dengan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma, bantuan guaman, kaunseling dan latihan kemahiran.
Menurut Sophea, sehingga kini tiada lagi statistik rasmi dan banyak kes tidak dilaporkan sedangkan jenayah simbah asid menunjukkan peningkatan.
Bermula dari bulan Januari sehingga Oktober 2010, CASC merekodkan 18 serangan yang mencederakan 34 orang.
Sophea memberitahu, berlaku peningkatan kes pada tahun lalu apabila 33 orang telah dirawat termasuk beberapa yang cedera kerana kemalangan.
Kerajaan Kemboja mengetahui mengenai masalah tersebut dan kini dalam proses membuat draf undang-undang yang akan mengawal penjualan asid dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penyerang.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang, Ouk Kimlek memberitahu, penyerang yang disabitkan kesalahan akan berdepan dengan hukuman lima tahun penjara di bawah undang-undang baru yang akan diluluskan pada penghujung tahun ini.
"Asid adalah sesuatu yang mengerikan. Kami bercadang untuk membawa penyerang ke penjara atas apa yang mereka lakukan terhadap mangsa supaya kami dapat mengurangkan jumlah mangsa jenayah asid ini," katanya.
Lelaki tidak terkecuali
Keganasan yang melibatkan asid merupakan masalah serius yang sebenarnya melanda negara-negara Asia lain.
Menurut Yayasan Mangsa Asid yang berpangkalan di London (ASF), Bangladesh mencatatkan 86 kes dengan 111 kecederaan pada sembilan bulan pertama tahun ini.
ASF merupakan badan bukan kerajaan yang berkempen supaya penyerang yang menyimbah asid disabitkan dengan kesalahan jenayah.
Di Pakistan, kumpulan hak asasi wanita, Aurat Foundation merekodkan 20 kes penyimbahan asid dalam tempoh separuh tahun pertama 2010.
Kebanyakan mangsa di negara-negara tersebut adalah wanita tetapi di Kemboja, lelaki juga menerima nasib yang sama.
"Ramai yang beranggapan jenayah yang melibatkan asid ini berkaitan dengan isu cinta tiga segi, namun ia bukanlah punca utama kerana kebanyakan serangan disebabkan perasaan cemburu, marah dan dendam.
"Di Kemboja, serangan asid tidak bertumpu kepada wanita sahaja. Lelaki juga mempunyai rasa marah terhadap lelaki dan wanita turut kecewa terhadap suami masing-masing. Kemarahan mereka membuak-buak hingga mereka tiada cara untuk melepaskannya," jelas Sophea.
Penghuni yang paling lama di CASC ialah Som Bunnarith, 39. Dia merupakan salah seorang lelaki daripada mangsa asid.
Bunnarith dibakar oleh isterinya lima tahun lalu apabila mereka bertengkar mengenai tabiatnya yang sering pulang lewat malam. Serangan tersebut menyebabkan Som Bunnarith hilang penglihatan.

KES serangan asid kian meningkat dari tahun ke tahun di Kemboja.


"Saya menangis dan sangat kecewa terhadap apa yang dilakukan kepada saya," katanya.
Bekas jurujual itu memberitahu, dia telah pun memaafkan isterinya. Kini, mereka berdua bekerja di CASC dan Som Bunnarith tidak mahu isterinya meringkuk di dalam penjara.
Lain pula kisahnya dengan Nheb. Dia mahu menuntut keadilan kerana gagal mendapatkan semula pekerjaannya di kilang tempat dia bekerja sebelum ini. Serangan tersebut menyebabkan dia seolah-olah dipulaukan.
"Apabila mereka melihat anda, sama ada mereka menunjukkan rasa simpati atau rasa ingin tahu tetapi ia adalah perkara yang sangat dahsyat dan menakutkan.
"Apabila mereka lihat mangsa simbahan asid seperti kami, mereka akan berkata, 'Inilah akibatnya jika awak merampas suami orang'," itu yang membuatkan saya marah. - AFP

BAGAIMANA KITA MENJAGA TUBUH BADAN KITA TAPI HAKIKAT ALLAHLAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN...MANUSIA BOLEH HIDUP HINGGA BERTAHUN WALAUPUN HANYA MINUM AIR SAHAJA...

RENCANA UTAMA


Unit tenaga untuk tubuh




SETIAP hari Zikri Elias, 19, perlu memastikan pengambilan kalorinya mencukupi untuk dia mengekalkan momentum pada sesi latihan yang diadakan.
Secara spesifik, pemain bola sepak skuad Harimau Muda B itu dikehendaki mengambil sejumlah di antara 2,500 hingga 3,500 kalori yang meliputi sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Perkara itu penting kerana penggunaan tenaga dalam badannya amat tinggi berbanding individu biasa yang tidak banyak menggunakan tenaga untuk tugas sehari-hari.
Menggalas tanggungjawab sebagai atlet negara, salah satu rutin harian Zikri yang wajib dilakukan adalah menjalani beberapa sesi latihan fizikal di padang bersama rakan seangkatan.
"Bagi tujuan tersebut, saya perlu konsisten dalam mengikut saranan yang diberikan oleh Pegawai Pemakanan di Institut Sukan Negara (ISN) yang telah menilai jumlah pengambilan kalori yang saya perlukan sehari-hari.
"Jika terlebih atau terkurang mengambilnya, ia akan memberi kesan negatif pada saya seperti kepenatan atau tidak cergas sewaktu sesi latihan," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu ketika ditemui Kosmo!.
Apa yang pasti, sebanyak 207 kalori diperlukan Zikri merangkumi hidangan seperti secawan milo dan enam potongan kecil tembikai susu untuk snek pralatihan pada pukul 6.30 pagi.

PENGGUNAAN tenaga yang diperlukan setiap manusia berbeza mengikut faktor jantina, usia dan pekerjaan mereka.


Tambahan 140 kalori untuk 500 milimeter (ml) minuman sukan dan 1,500ml air kosong sekitar pukul 7 pagi hingga 9 pagi pada sesi latihan. Sejumlah 430 kalori yang terdiri daripada dua keping roti gandum, telur hancur, yogurt rendah lemak dan segelas jus buah-buahan untuk sarapan pada pukul 9.30 pagi.
Untuk makan tengah hari pula, menunya terdiri daripada 100 gram spageti, puri tomato dan sebiji bebola daging, tiga kepingan brokoli, kentang panggang, semangkuk sup krim rendah lemak dan segelas jus buah-buahan yang mengandungi 561 kalori.
Ini diikuti dengan 290 kalori untuk minum petang dengan pengambilan dua keping roti gandum dan secawan milo. Pada sesi latihan pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang, 140 kalori diambil menerusi 500ml minuman sukan dan 1,500ml air kosong.
Untuk makan malam, sebanyak 522 kalori diperlukan yang meliputi dua senduk nasi, satu skop kacang, sekeping isi ikan, dua skop sayuran hijau, enam potongan kecil buah-buahan dan semangkuk sup kosong.
Bagi kudapan pada pukul 9 malam, dua biji pisang dan 250ml air soya akan membekalkan tenaga sebanyak 221 kalori.
Jumlah kalori berbeza
Menurut Pegawai Pemakanan ISN, Noor Faezah Abdul Jalil, 24, pengambilan kalori dalam kalangan atlet berbeza mengikut sukan yang diceburi.
Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menentukan jumlah sebenar kalori yang diperlukan mereka. Antaranya termasuklah aspek usia, jantina, kekerapan latihan, intensiti latihan dan aktiviti fizikal harian.
"Semua faktor di atas penting untuk mengetahui dengan tepat unit tenaga yang akan digunakan oleh tubuh. Justeru, di ISN skop tugas kami termasuklah menjalankan program pendidikan berkaitan pengambilan makanan atlet dan melakukan ujian komposisi tubuh untuk melihat perubahan fizikal mereka.
"Di samping itu, kami juga akan menjalankan sesi kaunseling atau perbincangan untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan," jelas Faezah yang merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tambahnya, terdapat sembilan pegawai pemakanan yang bertanggungjawab memantau aktiviti pemakanan atlet berdasarkan sukan masing-masing.
Ditugaskan menjaga atlet dalam acara bola sepak, silat dan boling padang, Faezah memberitahu ketiga-tiga sukan tersebut mempunyai perbezaan dari segi keperluan kalori mereka.
"Sukan bola sepak contohnya tidak sama seperti acara boling padang yang dilihat lebih santai tanpa perlu terkejar-kejar bola di dalam padang. Begitu juga dengan acara silat.

SELEPAS selesai menjalani latihan, atlet akan dibekalkan dengan jus buah-buahan yang tinggi kandungan serat untuk mengembalikan semula tenaga mereka.


"Dalam erti kata lain, setiap sukan ada pengkhususan mengenai jumlah kalori yang perlu diambil bergantung kepada tahap penggunaan tenaga oleh atlet itu sendiri," katanya yang akan mengikut rombongan atlet pada sesuatu kejohanan jika ada permintaan bagi menjaga pemakanan mereka dalam pertandingan tersebut.
Apa yang pasti, bila sebut sahaja tentang kalori, ramai yang berasa takut dengannya terutama bagi individu yang mementingkan penjagaan berat badan.
Mereka seboleh mungkin akan cuba mengelak daripada makan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan tidak mahu mengambil nasi dalam diet harian. Namun, itu bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah, kalori merupakan satu unit tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ia dikira berdasarkan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram air ke satu darjah celsius.
"Tenaga untuk badan adalah satu keperluan. Ia amat penting dan tidak boleh disingkirkan sama sekali.
"Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti seperti peredaran darah dalam jantung dan paru-paru, perkembangan tisu dalam badan, pergerakan otot, melawan jangkitan paru-paru dan sebagainya," katanya.
Tenaga yang diperlukan biasanya diperoleh daripada makanan yang mempunyai lemak, protein dan karbohidrat. Malah, boleh dikatakan semua jenis makanan mempunyai kalori. Cuma, bezanya sama ada jumlah kalori itu sedikit atau banyak.
Umumnya, lelaki dewasa memerlukan di antara 2,000 hingga 2,500 kalori dalam sehari manakala wanita pula antara 1,600 hingga 2,000 kalori.
"Badan manusia memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.
"Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan sekali gus membahayakan kesihatan. Antaranya berpotensi menghidap penyakit tiga serangkai iaitu penyakit berkaitan jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi," kata Nor Lizawati.
Masalah obesiti
Secara teorinya, setiap 8,000 kalori yang terkumpul dalam badan iaitu tidak dibakar melalui proses senaman atau aktiviti fizikal yang lain, maka ia akan menaikkan berat badan sebanyak satu kilogram.
Oleh itu, kalori yang diambil pada setiap hari perlu diseimbangkan dengan penggunaan tenaga agar tidak timbul masalah pengumpulan lemak dalam badan.

SALAH satu menu sarapan pagi yang perlu diambil oleh atlet sebelum memulakan sesi latihan.


"Banyak cara boleh kita lakukan untuk membakar kalori. Ia melibatkan aktiviti fizikal harian seperti berjoging, berenang, bermain skuasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis dan sebagainya.
"Bagi wanita, melakukan kerja-kerja seharian di rumah seperti membasuh kain, mengelap lantai, memvakum permaidani atau turun naik tangga untuk mengemas juga boleh membantu membakar kalori dalam tubuh. Tapi, ia perlu dilakukan secara konsisten," tegas Nor Lizawati lagi.
Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 2.3 bilion orang dewasa akan mengalami lebihan berat badan manakala 200 juta bakal berdepan masalah obesiti menjelang tahun 2015.
Melihat kepada faktor pemakanan generasi kini yang lebih tertumpu pada makanan segera dan tidak mementingkan pengambilan makanan seimbang, ditambah pula dengan budaya hidup seperti leka bermain permainan komputer dan tidak melakukan aktiviti riadah, mampu menjadi sebab kepada peningkatan masalah kesihatan.
Hakikatnya, tepuk dada tanyalah selera. Jika kita berusaha mengawal pengambilan makanan secara seimbang dan menjalankan gaya hidup sihat, perkara itu sudah pasti boleh dielakkan.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, begitulah juga dengan kita yang mempunyai kuasa dalam membuat pilihan terbaik demi kehidupan lebih sempurna

ILMU YANG ALLAH KURNIA KEPADA MANUSIA....IA CIPTAAN ALLAH...KERANA DARI MANUSIA HINGGA BAHAN2 MENGHASILKAN KEMAJUAN INI ADALAH MILIK ALLAH SWT...

RENCANA UTAMA


Sokongan berkomputer yang lebih canggih




MENGIKUT jadual, sepatutnya pesawat Airbus A380 milik Qantas yang berlepas dari Singapura pada hari itu perlu menamatkan penerbangan di Sydney, Australia.
Namun tanpa diduga, pesawat yang sedang menerbangkan seramai 433 penumpang dan 26 krew itu terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
Tindakan tersebut dilakukan gara-gara pesawat A380 mengalami kerosakan enjin semasa berada di ruang udara Indonesia. Insiden itu menyebabkan juruterbang pesawat superjumbo itu terpaksa membuang bahan bakar di ruang udara republik itu.
Cerita salah seorang penumpang, Christopher Lee, yang berada di dalam pesawat bersama isteri dan anaknya berusia tujuh bulan, suasana di dalam pesawat yang tenang sebelum itu bertukar kelam-kabut apabila terdengar dua letupan yang sangat kuat.
“Saya fikirkan pesawat terlanggar kawanan burung yang besar. Namun, sangkaan saya meleset apabila ternampak kepulan asap keluar dari salah sebuah enjin pesawat,” tutur Lee yang memuji tindakan juruterbang Qantas, Kapten de Crespigny dan krew kabin kerana bijak mengawal situasi serta menenangkan penumpang.
Menyedari pesawat sedang mengalami masalah, Crespigny, 53, segera membuat pengumuman menerusi alat Intercom di dalam pesawat Airbus A380.
“Saya memohon maaf. Pastinya anda sedar enjin kedua pesawat mengalami masalah teknikal. Maka, penerbangan ini tidak dapat meneruskan perjalanan ke Sydney. Jangan bimbang kerana buat masa ini pesawat masih terbang dalam keadaan selamat,” tutur Crespigny.
Insiden seumpama itu secara tidak langsung membimbangkan banyak pihak. Enggan perkara yang sama berulang, syarikat pembuat enjin pesawat Rolls-Royce bercadang menggantikan 40 buah enjin pesawat A380.

SYARIKAT Airbus boleh berbangga kerana berjaya menghasilkan pesawat superjumbo yang terbesar di dunia.


Proses penggantian itu melibatkan hampir separuh enjin Trent 900 keluaran Rolls-Royce yang dipasang pada pesawat A380 milik Qantas, Singapore Airlines dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.
“Selama 90 tahun beroperasi, Qantas tidak pernah mengalami sebarang nahas maut. Namun, disebabkan masalah yang berlaku pada baru-baru ini, semua penerbangan Airbus A380 milik Qantas digantung buat sementara waktu,” terang seorang jurucakap Qantas Airways di Australia.
Terbesar di dunia
Berbicara tentang pesawat A380, ia merupakan pesawat terkini keluaran syarikat Airbus yang mampu memuatkan antara 555 hingga 840 penumpang dalam satu penerbangan. Pada ketika ini A380 atau digelarkan pesawat superjumbo adalah pesawat terbesar di dunia. Selain diiktiraf sebagai pesawat pertama dunia yang mempunyai dua aras penumpang, setiap pesawat A380 dijana menggunakan empat buah enjin.
Sebelum kemunculan A380, Airbus terlebih dahulu memperkenalkan A300 dua enjin pada tahun 1974. Ketika itu, A300 merupakan pesawat bersaiz besar yang boleh terbang melebihi 60 minit. Kemudian diikuti dengan pesawat A310 sekitar tahun 1980-an, A320, A318, A319, A320 dan A321.
Seterusnya syarikat Airbus sekali lagi mencipta sejarah apabila mengeluarkan pesawat A330 dan A340 yang dianggap sebuah pesawat yang selesa dan meyakinkan.
Namun begitu, di sebalik kegemilangannya pada hari ini, Airbus yang ditubuhkan oleh Konsortium Negara-Negara Eropah yang melibatkan Jerman, Perancis, Britain dan Sepanyol, pernah berhadapan dengan kegagalan teruk pada tahun 1978.
Pada tahun berkenaan, 38 buah kapal terbang keluaran Airbus hanya berjaya dijual kepada empat buah syarikat penerbangan. Lebih mengecewakan ibu pejabat Airbus yang berpangkalan di Toulouse, Perancis, terdapat 16 buah kapal terbang Airbus yang sudah siap dipasang untuk dijual tetapi tersadai di hangar.
Syarikat Airbus tidak berputus asa, malah mereka terus berusaha menghasilkan pesawat yang berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan. Segala-galanya berubah selepas Airbus tampil dengan reka bentuk kapal terbang A300B yang menarik sehingga rekod jualan Airbus naik mendadak.
Teknologi sistem berkomputer
Terdapat banyak sebab kenapa Airbus boleh berbangga dengan semua pesawat keluaran mereka terutamanya pesawat A380. Bersesuaian dengan namanya pesawat superjumbo, A380 merupakan kapal terbang yang menawarkan perkhidmatan perjalanan yang bukan sahaja mempunyai kadar bunyi yang rendah malah terbaik dari segi hospitaliti.
Keluasan pesawatnya mampu menempatkan ruang mesyuarat, ruang mandi dan memberi keselesaan laluan kepada penumpang yang lazimnya terpaksa berjalan di lorong yang sempit.

BAHAGIAN kokpit pesawat A380 dilengkapi dengan sistem berkomputer yang canggih dan berteknologi tinggi.


Ia turut mengurangkan penggunaan bahan api dan sistem canggih untuk memberi ketahanan dan mengurangkan kos operasi. Ini termasuklah pembakaran bahan api yang rendah dan dilengkapi mod pengurusan penerbangan yang menggunakan sistem maklumat elektronik komprehensif.
Teknologi hebat itu paling ketara dilihat di bahagian kokpit pesawat yang mengawal keseluruhan sistem pengurusan penerbangan dan navigasi. Pada masa yang sama, kokpit turut menempatkan lapan panel paparan utama dan sebuah paparan skrin di bahagian atas kepala (HUD) yang membantu juruterbang untuk mendarat dan memulakan penerbangan.
“Meskipun Boeing terlebih dahulu hadir dalam industri pembuatan pesawat tetapi kebanyakan syarikat penerbangan pada hari ini cenderung memilih pesawat Airbus, khususnya jenis A380,” jelas pakar bahagian avionik dari Institut Teknologi Aeronautik Malaysia (MIAT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Baha Rudin Abd. Latif.
Tambah Baha yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat, selain rekaan dalaman, A380 kerap menjadi pilihan kerana penggunaan sistem teknologi berkomputer di bahagian kokpit.
Dua buah komputer utama dan sebuah komputer sokongan yang digunakan di dalam kokpit membantu juruterbang dari pelbagai aspek.
“Misalnya, ketika haluan penerbangan hendak dilencongkan ke kiri, maka sistem komputer akan mengira sudut pusingan yang ideal untuk keperluan tersebut. Dengan adanya sistem komputer, ia membantu pesawat mendarat dengan baik termasuk dalam situasi melawan angin lintang di landasan.
“Lagipun bukan semua juruterbang mampu mengatasi mahupun mengawal pesawat ketika berhadapan dengan masalah cuaca teruk. Sebab itu, pesawat A380 Qantas baru-baru ini dapat mendarat dengan baik walaupun secara cemas.
Mematuhi jadual penyelenggaran
Menyentuh isu penyelenggaraan pesawat, Baha menjelaskan jadual penyelenggaraan selalunya mengikut perjanjian antara syarikat Airbus, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus.
Sekiranya pihak syarikat penerbangan tidak melakukan penyelenggaraan mengikut tarikh yang ditetapkan, syarikat penerbangan berkenaan perlu memaklumkan segera kepada DCA.

AIRBUS A380 menawarkan keselesaan dalaman dan kadar bunyi yang rendah.


Tambah Baha, adalah salah dari segi undang-undang untuk meneruskan operasi penerbangan menggunakan pesawat yang tidak diselenggarakan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Langkah itu penting demi keselamatan penumpang dan mengelakkan sebarang nahas berlaku.
“Selain penyelenggaraan berkala, jurutera turut melakukan pemeriksaan setiap kali pesawat mendarat. Sebelum itu jurutera terlebih dahulu berbincang bersama juruterbang bagi mengenalpasti kerosakan atau masalah yang berlaku sewaktu penerbangan.
“Biasanya, hanya laporan kecil seperti kerosakan lampu, tayar pancit, sistem rada atau radio komunikasi. Selepas membaiki kerosakan berkenaan, jurutera segera memeriksa di bahagian enjin, kipas, roda dan sebagainya sebelum pesawat melakukan penerbangan seterusnya,” terang Baha yang pernah menjalani kursus jangka pendek penyelenggaraan pesawat di Toulouse, Perancis selama sebulan. – IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

BETUL...RAMAI LAH NI ORANG MENINGGALKAN SOLAT...KERANA ALLAH TIDAK MENURUN MUSIBAH SECARA SPONTAN BILA MENINGGALKANNYA...

12 pelacur China ditahan

PUCHONG: Lagi gadis genit dari China yang menjadi pelacur ditahan. Kali ini 12 gadis ditahan ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Pusat Perdagangan One Puchong, di sini, dalam Ops Noda, malam kelmarin.
Difahamkan, gadis terbabit akan dibayar pemilik restoran jika mampu mempengaruhi pelanggan membeli minuman keras yang mahal di restoran itu sambil melayan pelanggan terbabit.

Malah, pelanggan juga boleh membawa pulang gadis terbabit untuk melakukan hubungan seks asalkan bersetuju bayaran dikenakan.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam yang dilakukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman mendapati semua gadis terbabit yang berusia 18 hingga 30-an dan berasal dari China memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial


Amah dakwa didera, dipukul majikan



CHERAS: Seorang pembantu rumah warga Kemboja yang didera dengan pemutar skru selain dipukul menggunakan wayar sejak setahun lalu berjaya melarikan dari rumah majikannya di Taman Alam Damai, di sini, minggu lalu.
Mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemui orang ramai dalam keadaan lemah dan merayau-rayau di ibu kota sebelum dihantar ke agensi pekerjaan untuk tindakan lanjut.

Hasil laporan polis, sepasukan polis menahan sepasang suami isteri dipercayai majikan mangsa pada Selasa lalu untuk siasatan lanjut. Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata siasatan awal mendapati majikan mangsa tidak membayar gaji sejak mangsa mula bekerja dengannya sejak setahun lalu.
Malah, sepanjang tempoh itu, mangsa sering didera termasuk dipukul di kepala, tangannya ditusuk pemutar skru serta dipukul dengan wayar di setiap tubuh badannya. “Ketika ditemui, terdapat beberapa kesan lebam dan parut di badan mangsa dan di matanya lebam akibat ditumbuk majikan lelakinya,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Katanya, pihaknya masih mengesan motif majikan terbabit mendera mangsa. Bagaimanapun, mangsa yang masih trauma dan lemah akibat selalu dipukul belum diambil keterangan.

Abdul Rahim berkata, berikutan kejadian itu dan hasil maklumat awam, polis menahan sepasang suami isteri berusia 42 dan 43 tahun yang mempunyai tiga anak yang masih kecil untuk siasatan lanjut. “Polis turut menemui kayu, pemutar skru dipercayai digunakan untuk mendera mangsa selain merampas wayar dan beberapa barang kes yang lain,” katanya. Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Abdul Rahim berkata, mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaya (PPUKM) manakala pasangan terbabit direman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, polis juga sudah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Kemboja di negara ini


Rezeki mencurah



JOHOR BAHRU: “Daripada ‘anak tong sampah’ yang pernah dicaci dan dipandang hina, saya bersyukur kerana kini sudah memiliki perniagaan sendiri serta diberi peluang terbabit dalam lakonan,” kata Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, 23, di sini, semalam.
Khairul berkata, hampir 23 tahun dia menderita kerana memegang status anak terbuang, kehidupannya berubah selepas memperoleh kerakyatan negara ini dan kad pengenalan pada 1 April lalu.

“Selepas membaca kisah hidup saya yang terpapar di akhbar dan kejayaan memperoleh kad pengenalan, saya dirisik beberapa produser filem tempatan dengan menawarkan peluang untuk berlakon dalam filem pendek.
“Saya baru berlakon dalam satu filem pendek berkaitan kisah hidup saya dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro, ia ditayangkan di RTM pada Aidiladha lalu,” katanya.

Menurut Khairul, dia umpama bermimpi kerana tidak pernah terfikir untuk bergelar artis selain diberi peluang menjayakan beberapa projek bersama penggiat seni terkenal tanah air.

Katanya, pada peringkat awal, agak kekok untuk berlakon tetapi dengan sokongan dan kerjasama kru penerbitan, perasaan gentar hilang

“Saya mungkin akan berlakon dalam cerekarama terbitan JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Sheila Rusly. Malah saya turut menggubah tiga lagu bersama penyanyi terkenal era 80-an, Ben Nathan,” katanya.

Mualaf berketurunan Cina yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu itu berkata, walaupun sibuk dengan lakonan, dia dan isteri yang dikahwini awal Januari lalu, gigih memajukan syarikat mereka, KhaiLynn 1Malaysia Sdn Bhd yang mengusahakan ternakan ikan keli dan membekal kambing serta lembu di Johor.
“Cawangan kami di Putrajaya mengusahakan makanan sejuk beku seperti karipap, otak-otak, donat, popia dan kuih tradisional Melayu.

“Saya bersyukur kerana syarikat yang pada awalnya ditubuhkan dengan modal RM500 serta dalam keadaan serba kekurangan, mula berkembang,” katanya yang menggaji dua pekerja orang kurang upaya (OKU).

Khairul dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di sebuah pekan kecil di Mentakab, Pahang. Dia dipelihara keluarga angkat namun menjadi mangsa dera anggota keluarga terbabit termasuk disimbah air panas dan dibelasah


Bekas suami Siti Fairus diberi peluang akhir



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, memberi peluang terakhir kepada bekas suami penyanyi era 80-an, Siti Fairus yang popular dengan lagu Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu hadir ke mahkamah untuk mengesahkan terma perjanjian persetujuan yang dibuat berhubung tuntutan harta sepencarian berjumlah RM2 juta oleh bekas isterinya itu.
Hakim Syarie Mohamad Adib Husain membuat keputusan itu selepas dimaklumkan peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Muhamad Zainuddin Kordi, 46, bahawa beliau masih gagal menghubungi anak guamnya itu.

Sekiranya Zainuddin gagal menghadirkan diri pada tarikh akan datang, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan semula kes

Siti Fairus atau nama sebenarnya Siti Fairuz Sheikh Mohamed diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Siti Fairuz berkahwin dengan Mohamad Zainuddin, pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1988 dan dikurniakan lima anak



Mualaf bingung bakal isteri hilang sejak Khamis lalu



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru memeluk Islam enam bulan lalu kebingungan apabila bakal isterinya, Hathijabanu Rahamatulla, 22, seorang warganegara India hilang tanpa khabar sejak 18 November (Khamis) lalu.
Ajmal Suppiah, 47, berkata, bakal isterinya itu dipercayai keluar dari rumah kawannya tanpa memaklumkan pemergiannya kepada sesiapa.

Menurutnya, dia menyedari wanita itu hilang selepas menelefon kawannya dan bertanyakan mengenai Hatijabanu yang tidak menjawab panggilan telefonnya.
“Saya tumpangkan bakal isteri saya di rumah kawan saya di Bandar Baru Sentul pada 16 November lalu iaitu sehari sebelum Aidiladha dan bercadang menghantarnya pulang ke India untuk urusan perkahwinan kami di sana yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.

“Tetapi saya hairan dan keliru kenapa dia tiba-tiba hilang pada hari raya ketiga walhal kami sudah berjanji untuk menonton wayang,” katanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Panik dengan kehilangannya, beliau melaporkan kejadian itu di Balai Polis Pudu pada hari sama kehilangannya dan turut merujuk kes itu ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)

Ajmal berkata, dia sudah berusaha mencari Hathijabanu di merata tempat tetapi semua usahanya gagal.

“Saya risaukan keselamatan dirinya kerana dia tidak ada ramai kawan di sini malah tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya yang ditemui di Balai Berita, di sini.
“Saya juga khuatir jika ada individu atau pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya,” Ajmal turut meminta Hathijabanu pulang segera kerana keluarganya di Thanjavur, Tamilnadu, India, bimbangkan keselamatannya di negara ini selepas diberitahu mengenai kehilangannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hathijabanu diminta menghubungi Sarjan Ragu di talian 016-9077736 atau Ajmal, 016-3447527


Umat akhir zaman sia-siakan solat


SOLAT Subuh hanya dua rakaat tetapi fadilat dan ganjaran pahalanya amat besar.
Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini, ramai umat Islam khususnya generasi muda sangat berat untuk bangun melaksanakan solat Subuh.
Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering diberikan.

Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w

Kata Nabi: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh.

Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah.

Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjemaah di masjid.

Rasulullah juga ada mengatakan solat berjemaah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jemaah semakin hambar.

Masjid hanya akan penuh ketika solat Jumaat atau solat Aidilfitri dan Aidiladha.

Bagaimana pada waktu Subuh dan Isyak? Adalah dua atau tiga saf, kebanyakannya terdiri daripada warga emas.

Di mana anak-anak muda kita? Masih berselimut jawapannya! Berikut dipaparkan sebuah kisah yang menggambarkan mukmin begitu menjaga solat berjemaah dan kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.

Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri, iaitu guru kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud menceritakan yang dia tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjemaah.

Katanya lagi: “Ditakdirkan Allah, pada suatu malam aku didatangi tetamu sehingga membuatku terlewat untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid.

Sesudah tamuku pulang, aku bergegas ke masjid di sekitar Basrah untuk meninjau kalau-kalau ada yang belum mengerjakan solat Isyak berjemaah.

Namun, aku kecewa kerana semuanya telah selesai mengerjakannya, malah pintu masjid pun sudah berkunci.

“Lantas aku pun pulang dengan perasaan hampa sambil dalam perjalanan pulang aku teringat satu peringatan Rasulullah yang berbunyi: “Sesungguhnya solat berjemaah itu 27 kali ganda darjatnya jika dibandingkan dengan solat seorang diri.” Kemudian sambung beliau lagi: “Sesampai di rumah, aku mendirikan solat Isyak 27 kali, selepas itu barulah aku tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat ada sekumpulan manusia menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

“Ketika saat hampir dengan kedudukan mereka, salah seorang daripada mereka itu berkata: “Kamu tidak akan mampu mengejar kami, sebab kami mengerjakan solat berjemaah di masjid sedangkan kamu hanya bersendirian di rumah.” Selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan orang itu, aku terjaga daripada tidur dan aku sangat susah hati.” Inilah secebis kisah bagaimana orang terdahulu begitu mengambil berat soal solat berjemaah.

Kita bagaimana? Adakah kita susah hati seandainya tertinggal solat berjemaah? Saya pasti ramai tidak berasa bersalah atau kecewa.
Sekarang mari kita baca dan renungkan kisah yang mungkin akan memberikan impak positif kepada daya fikir agar mendidik diri sentiasa mendirikan solat lebih-lebih lagi secara berjemaah.

Dikatakan pada suatu ketika, malaikat Jibril a.s.

datang menemui Rasulullah sambil mengatakan: “Bacalah.” Jawab Nabi: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?” Kemudian Jibril pun membaca ayat 59 Surah Maryam iaitu: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang lebih buruk, yang mensia-siakan solat dan menuruti hawa nafsunya, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.” Lantas Rasulullah bertanya: “Ya Jibril, adakah sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan umatku yang mensia-siakan solat?” Jawab Jibril: “Ya ada.

Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan waktu dari waktu yang ditentukan dan memperturutkan kehendak nafsunya.

Wang satu dinar baginya lebih berharga daripada solat.” Subhanallah, memang benar ramalan Jibril itu.

Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah umat Islam lebih sayangkan masa dengan menggembleng tenaga untuk mengejar kebendaan duniawi.

Kita sudah pun berada dalam zaman yang diperkatakan Jibril itu.

Kita boleh menilai kedudukan iman diri sendiri setakat mana tebalnya dengan melihat apakah hati kita sentiasa terpaut pada masjid bagi mengerjakan solat berjemaah.

Kita boleh juga jadikan kerajinan mengunjungi masjid atau surau bagi menunaikan solat berjemaah sebagai kayu pengukur kepadatan iman kita.

Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid bersolat berjemaah.

Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh.

Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).
Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.

Semoga kita semua dibukakan pintu hati dan digagahi semangat untuk solat berjemaah sama ada di masjid ataupun surau.

Insya-Allah kita semua mampu melakukannya.
> Penulis seorang guru


Berkat solat hajat



SHAH ALAM: “Paling penting belajar mesti konsisten, baru boleh berjaya dalam apa juga bidang yang kita ambil. Selain itu, setiap hari saya mesti baca al-Quran dan solat hajat, bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu,” kata Dr Nur Azah Mohd Isa, 24, penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor, pada Istiadat konvokesyen ke-73 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.
Pelajar Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan kelas pertama itu dipilih sebagai penerima anugerah graduan terbaik UiTM 2010 di atas pencapaian luar biasa dalam akademik dan kokurikulum sepanjang lima tahun menuntut di situ.

Paling menarik, anak jati Kuala Lumpur itu turut memperoleh A+ dalam semua kertas ujian yang diambil. Dr Nur Azah berkata, dia juga kerap berhubung dengan keluarga, terutama ibunya, Khairiah Mohd Shariff, 54, bagi mendapat keredaan dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.
“Belajar perubatan memerlukan usaha yang konsisten, kerja keras dan pengorbanan.

“Saya juga banyak mendapat inspirasi daripada pembacaan mengenai Nabi Muhammad, sirah Nabi dan sahabat baginda yang bertungkus-lumus menyebarkan Islam memberi inspirasi mengenai kejayaan yang sebenar,” katanya yang kini menjadi doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Walaupun sibuk dengan kerja harian, ia tidak menghalangnya bergiat aktif dalam aktiviti persatuan dan kerap membabitkan diri dalam kerja komuniti, selain menghadiri simposium perubatan
 
 
Beliau juga berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dalaman terutama dalam penyelidikan onkologi mengenai rawatan penyakit kanser.

“Cita-cita saya mahu menjadi pakar perubatan Muslim yang terbaik.
“Sekarang ini tak ramai pakar perubatan Muslim yang benar-benar hebat dalam bidang diceburi,” katanya yang juga anak kedua daripada lima beradik.

Ditanya mengenai pahit maung sepanjang bergelar mahasiswa, Dr Nur Azah berkata, belajar perubatan di UiTM dia terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga dan kawan-kawan, apatah lagi untuk bersosial.

“Bagi pelajar jurusan lain, kebiasaannya mereka akan mendapat cuti dua bulan, tetapi kami hanya dua minggu,” katanya.

MENIPU SUDAH JADI BIASA....DAH TAK RASA BERDOSA...SEBAB DAH JADI MATA PENCARIAN...BAGAIMANA PULA WANG ITU DIGUNAKAN BAGI ANAK BINI MAKAN...

Pelajar kolej diperdaya

LUAHAN hati pelajar semester akhir peringkat ijazah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan menjadi pilihan paparan Talian Hayat minggu ini.
Mereka mengadu mengenai pembiayaan pengajian yang sungguh mengelirukan apabila mereka mendakwa diperdaya pengurusan kolej.

Pelajar yang membuat aduan kepada Talian Hayat adalah sebahagian dari 300 pelajar kemasukan September 2009 di IPTS itu yang bakal menduduki peperiksaan akhir Disember ini. Namun tumpuan terhadap pengajian terjejas akibat terlalu runsing memikirkan pembiayaan yuran pengajian serta wang sara diri yang belum selesai.
Penerbit dan pengacara Talian Hayat, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim atau Wan K, berkata semua pelajar itu sudah melengkapkan pengajian di peringkat diploma di kolej yang sama. "Bagi menarik minat pelajar terbabit melanjutkan pengajian mereka pada peringkat ijazah untuk tempoh satu setengah tahun saja, pihak kolej didakwa menaburkan janji manis bahawa pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikatakan akan membiayai yuran pengajian pelajar.

"Malangnya sekitar Julai 2010, semua pelajar amat berduka cita apabila dimaklumkan pembiayaan pengajian dari pihak Mara tidak dapat dipertimbangkan. Kesan dari itu pihak kolej berusaha pula mendapatkan pembiayaan pengajian dari PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"Apa yang menjadi keresahan pelajar terbabit adalah perjanjian dari pihak PTPTN pula didakwa mengelirukan dengan jumlah dan tempoh pembiayaan yang tidak relevan

"Untuk rekod setiap pelajar memerlukan pembiayaan sekitar RM45,000 termasuk wang sara diri bagi program ijazah selama setahun setengah. Sebaliknya perjanjian yang perlu ditandatangani pelajar memperincikan jumlah pembiayaan berjumlah RM70,000 bagi tempoh pembelajaran tiga tahun," atanya.

Jelas Wan K, menambah derita pelajar terbabit, biarpun semua pelajar dijangka menamatkan pengajian Disember ini, namun wang sara diri yang dimasukkan ke dalam akaun pelajar hanya RM100 bagi satu semester. Ini memberi lebih tekanan kepada pelajar apabila mereka terpaksa bergantung kepada keluarga untuk pelbagai perbelanjaan di semester akhir yang tinggi.
"Kebanyakan pelajar berasal dari luar bandar dan mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berada. "Lebih menyakitkan hati apabila pihak kolej terbabit didakwa cuba mengelak dari memberi penjelasan yang mereka perlukan. Tiada tarikh jelas bila wang sara diri mereka akan dimasukkan pihak kolej ke dalam akaun masing-masing," katanya.

Talian Hayat cuba merungkai kekusutan dengan membawa aduan pelajar terbabit kepada perhatian pihak PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri. Kepada bakal pelajar di IPTS, jangan lupa saksikan episod seterusnya Talian Hayat, di ntv7, jam 7.30 malam ini sebagai pengajaran dan panduan bagaimana cara memilih IPTS dengan bijak


Suami dakwa pelakon ingkar

Oleh Muhamaad Razis Ismail

AMBIL TINDAKAN...Che Zambil (kanan) bersama Hafiz di Mahkamah Syariah, semalam.
AMBIL TINDAKAN...Che Zambil (kanan) bersama Hafiz di Mahkamah Syariah, semalam.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya yang juga pelakon drama bersiri Cinta Antara Benua, Asdayanti Daut di Mahkamah Syariah di sini, semalam.
Che Zambil, 36, yang juga bekas pemain pasukan Kedah mengemukakan permohonan itu selepas mendakwa Asdayanti, 36, enggan mematuhi permohonan perintah kembali taat yang difailkan pada 1 November lalu.

Dia hadir bersama peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan di mahkamah pada jam 3.30 petang dan terus memasuki kaunter mahkamah untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Hafiz ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, Che Zambil dan isterinya sebelum ini pernah menjalani proses sulh (perbincangan) berhubung masalah rumah tangga mereka

Bagaimanapun, katanya, usaha itu menemui jalan buntu kerana Asdayanti didakwa masih ingkar dan sering ke luar negara bersama lelaki lain.

Menurutnya, dalam permohonan semalam, Che Zambil selaku plaintif menamakan Asdayanti sebagai defendan mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kali pertama permohonan berkenaan.

Che Zambil mendirikan rumah tangga dengan pelakon berkenaan pada 21 April 1998 di Kubang Pasu, Kedah dan dikurniakan dua anak berusia setahun dan 11 tahun.



Rumah terbang dipukul ribut



MUSNAH...Abu Bakar menunjukkan rumahnya yang ranap dipukul ribut.
MUSNAH...Abu Bakar menunjukkan rumahnya yang ranap dipukul ribut.
KANGAR: Seorang petani, Abu Bakar Ahmad, 40, hanya mampu melihat keseluruhan rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut yang merosakkan kira-kira 16 rumah di sekitar Tambun Tulang, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Abu Bakar dan keluarganya yang menetap di Kampung Kepala 20, bernasib baik kerana berada di rumah kakaknya di Kampung Kepala 10 kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Saya bergegas pulang dari rumah kakak ketika angin ribut dan terkejut apabila mendapati rumah sudah tiada...yang tinggal hanya pelapik tiang konkrit.

“Sebahagian bumbung diterbangkan angin kira-kira 50 meter jatuh ke dalam petak sawah manakala dinding rumah bertaburan di tanah

“Ini musibah kedua melanda diri saya selepas kawasan rumah ditenggelami air dalam kejadian banjir baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim, hadir melawat mangsa ribut itu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali.

Abu Bakar berkata, dia bersama isteri serta dua anak berusia dua dan lima tahun menetap di rumah kayu yang dibeli daripada seorang rakan dengan harga RM5,000 sejak dua tahun lalu.

“Keseluruhan rumah kayu ini rosak teruk, termasuk tiang dan alangnya patah. Ia sukar untuk diperbaiki dan memerlukan kos tinggi untuk membinanya semula. Saya kini terpaksa menumpang di rumah kakak,” katanya.

Ribut terbabit menyebabkan 16 rumah di beberapa kampung sekitar Tambun Tulang rosak dan semua mangsa berkenaan baru menghadapi banjir besar.

Berdasarkan maklumat, daripada 16 rumah yang terjejas, tujuh dilaporkan membabitkan kediaman sekitar kawasan Long Boh, termasuk Kampung Kepala 20, selain lima di Kampung Baru, tiga di Tambun Tulang dan satu di Sungai Bakung.

Seorang mangsa, Rosnah Hamid, 47, ketika ditemui mengaku kehidupannya terjejas akibat kejadian ribut petang kelmarin apatah lagi kesan kerugian dan kerosakan akibat banjir besar baru-baru ini, masih belum pulih.

“Baru-baru ini, banyak barang terutama peralatan dalam rumah rosak selepas kediaman kami dinaiki air sehingga paras pinggang. Kini, belum selesai masalah itu, datang pula ribut memusnahkan bumbung dan dinding rumah kami,” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata, pihaknya menerusi Yayasan Pok dan Kassim (YPK) akan menyalurkan bantuan segera membina semula rumah untuk Abu Bakar yang musnah dalam kejadian ribut terbabit..

DOA SENJATA ORANG MUKMIN...MAKBUL JIKA KITA TAAT DENGAN ALLAH...


Doa Dalam Keadaan Tertentu 


 1.Do'a Menolak Bencana 
 
Laa ilaaha illalaahul kariimul 'azhiimu. Subhaanahu tabaarakalaahu rabbul 'arsyil 'azhiimi. Alhamdulillaahi rabbil 'aalamiina. Allaahumma rabbanaa aatinaa fid dun-yaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa 'adzaaban naari.
Artinya : Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maha Suci Dia, Maha Berkat Allah Tuhannya 'arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam. (HR. Nasa'i)
Ya Allah, ya Tuhan kami, berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat. Lindungilah kami dari siksa neraka. (HR. Bukhari dan Muslim)
 
2.Do'a Kesembuhan / Kesihatan Diri 
 
Allahumma 'aafinii fii badanii. Allaahuma 'aafinii fi sam'ii. Allaahumma 'aafinii fii basharii. Allaahumma innii a'uudzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri laa illaaha illaa anta.
Artinya : Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan selain-Mu. (HR. Abu Daud)
3.Do'a Dilindungi Dari Rupa-rupa Penyakit
Allahumma innii a'uudzubka minal barashi wal junuuni wal judzaani wa sayyi'il aswqaami
Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari penyakit celup, penyakit gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit buruk lainnya.
 
4.Do'a Menjenguk Orang Sakit/Kecelakaan 
 
Allahumma rabban naasi adzhibil ba'sa asyfi antasy syaafii laa syifaa'a illaa syifaa'uka syifaa'an laa yughaadiru saqaman. Imsahil ba'sa rabban naasi biyadikasy syifaa'u, laa aasyifa lahu illaa anta, as'alullaahal 'azhiima, rabbal ' arsyil 'azhiimi an-yasfiyaka.
Artinya : Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan,tak ada obat selain obat-Mu, obat yang tidak meninggalkan sakit lagi. Hilangkan lah penyakit itu, wahai Tuhan pengurus manusia. Hanya padamulah obat itu. Tak ada yang dapat menghilangkan penyakit selain Engkau, aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhannya 'arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkan anda. (HR. Bukhari dan Muslim)
 
5.Do'a Mengobati Orang Sakit 
 
Bismillahirrahmaanirrahiimi. A'uudzu bi'izzatillahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhadziru
Artinya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan apa yang kuperoleh dan yang kutakuti. (HR. Muslim, Abu Daud, Tirmi-dzi dan Nasai).
 
6.Do'a Menghadapi Musibah 
 
Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna. Allaahumma ajirnii fii mushiibatii wakhluf lii khairan minhaa.
Artinya : Sesungguhnya kami memiliki Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah berilah kami pahala dalam misibahku in dan berilah pengganti yang lebih baik. (HR. Muslim)
 
7.Do'a Membimbing Orang Sekarat 
 
Astaghfirullaahal 'azhiimaa ...... Laa Ilaaha Illallaahu muhammadun rasuulullaahi ....
Artinya : Aku mohon ampun pada Allah Yang Maha Agung Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. (dibaca terus-menerus istighfar dan syahadat tersebut pada telinga orang yang hampir wafat itu). (Tertunjuk dalam HR. Muslim, Abu Daud dan Hakim).
 
8.Do'a Di Sisi Orang Yang Telah Wafat 
 
Allaahummaghfirlii wa lahu wa'aqibnii minhu 'uqbaa hasanatan.
Artinya : Ya Allah, ampunilah aku dan orang ini dan berilah aku ganti yang baik daripadanya. (HR. Muslim)
9.Do'a Masuk Pekuburan Muslim
Assalamu 'alaykum ahlad diyaari minal my'miniina wa innaa insyaa'allaahu bikum laahiquuna. As'alullaaha lanaa wa lakumul 'aafiyata.
Artinya : Salam sejahtera bagimu wahai penghuni kampung orang-orang mu'min. Kami in insya Allah akan bertemu dengan anda sekalian. Kumohonkan pada Allah kesejahteraan bagi kami dan bagi anda sekalian. (HR. Muslim)
 
10. Do'a Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan
 
Biismillaahi 'alaa nafsii wa maalii wa diinii, allaahumma radhinii biqadhaa'ika wa baarik lii fiimaa quddiralii hatta laauhibbaa\ ta'jiila maa akhkharta wa ta'khiira maa 'ajjalta
Artinya : Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. (HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)
 
11. Do'a Menghadapi Kesedihan, Kelemahan, Kemalasan, Takut, Kikir, Banyak Hutang Dan Penindasan 
 
Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.
Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan utang dan paksaan orang lain.
12. Do'a Ketenangan Jiwa
Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika
Artinya : Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.
13. Do'a Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah
Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika
Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridiha menerima segala ketetapan-Mu
 
14. Do'a Ketika Menghadapi Kesulitan 
 
Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa syi'ta sahlan
Artinya : Ya Allah, tiada yang mudah selain yang kau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya jadi mudah. (HR. Ibnu Hibban)
 
15. Do'a Dimudahkan Segala Urusan 
 
Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.
Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
16. Do'a Mohon Husnul Khatimah
Allaahummaj'al khayra 'umrii aakhirahu wa khayra 'amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa'ika
Artinya : Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku pada ujungnya dan sebaik-baiknya amalku adalah pada ujung akhirnya, dan sebaik-baiknya hariku adalah pada saat aku menemui-Mu. (Disebutkan oleh an-Nawawi)
 
17. Do'a Waktu Bersin dan Jawaban yang Mendengarnya
 
Alhamdulillaahi rabbil 'aalamiina. (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam),
kemudian dijawab oleh orang yang mendengarnya :
Yarhamukallahu (Semoga Allah merahmati anda), lalu orang yang yang bersin itu menjawabnya pula dengan : Yahdiikumullaahu wa yushlihu baalaku (Semoga Allah memberi hidayat bagi anda dan membaguskan keadaan anda). (HR. Bukhari)
 
18. Do'a Diberi Kesenangan Hidup 
 
Allahumma ashlih lii fii diiniil ladzii huwa 'ishmatu amrii wa ashlih lii dun-yaayal latii fiihaa ma'aasyi wa shlih lii aakhiratil latii fiihaa ma'aadii waj'alil hayaata ziyaadata lii fii kulli khayrin wajalil mawta raahatan lii min kulli syarrin.
Artinya : Ya Allah, baguskanlah untukku agamaku yang jadi pangkal urusanku, baguskan pula duniaku yang jadi tempat penghidupanku, dan baguskanlah akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, jadikanlah hidup tu menjadi bekal/tambahan bagiku dalam segala kebaikan, serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku. (HR. Muslimin)
19. Do'a Berlindung Dari Mahluk Jahat
A'uudzu bikalimaatillaahit taammati min syarri maa khalaqa
Artinya : Aku berlindung dengan menyebut kalimat-kalimat Allah Yang Maha sempurna dari segala kejahatan apa yang telah diciptakan-Nya.
 
20. Do'a Dapat Bersyukur, Bersabar dan Tidak Menonjolkan Jasa
 
Allahummaj'alnii syakuuran waj'alnii fii 'aynii shaghiiran wa fii a'yunin naasi kabiiran.
Artinya : Ya allah, jadikanlah aku orang yang berterima kasih pada-Mu, jadikanlah aku orang yang sabar, jadikanlah aku kecil dalam pandanganku tapi orang yang besar dalam pandangan orang lain.
 
21. Do'a Mengunjungi Pengantin Baru 
 
Baarakallahu likulli waahidin minkumaa fii shaahibihii wa jama'a baynakumaa fi khayrin
Artinya : Semoga allah memberkati masing-masing kamu berdua (mempelai) terhadap temannya, dan semoga Allah mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majalah)
Baarakallahu laka wa baaraka 'alayka wa jama'a baynakumaa fi khayrin
Artinya : Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang maupun susah, dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan. (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
22. Do'a Ketika Melihat Bayi Baru Lahir
Innii u'iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli 'aynin laammatin.
Artinya : Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang Sempurna dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya. (HR. Bukhari)
 
23. Do'a Mohon Putera yang Shalih 
 
Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyatinna qurrata a'yunin waj'alnaa limuttaqiina imaaman.
Artinya : Tuhan kami, karuniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak-cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. Al-Furqan, 74)
24. Do'a Mohon Dianugerahi Rizki yang Berkah 
 
Allahummarzuqnii rizqan halaalan thayyiban wasta'milnii thayyiban. Allahummaj'al awsa'a rizqika 'alayya 'inda kibari sinnii wanqithaa'i umrii.Allaahummakfinii bihalaalika 'an haraamika wa aghninii bifadhlika 'am-man siwaaka.Allaahumma in nii as-aluka rizqan waasi'an naafi'an. Allaahumma innii as-alukan na'iimal muqiinal ladzii laa yahuulu wa laa yazuulu.
Artinya : Ya Allah, berilah padaku rezki yang halal dan baik, serta pakaikanlah padaku segala perbuatan yang baik.
Ya Tuhanku, jadikanlah oleh-Mu rezekiku itu paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku.
Ya Allah, cukupkanlah bagiku segala rezki-Mu yang halal daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan karunia-Mu dari yang lainnya.
Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu rezki yang luas dan berguna.
Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu ni'mat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang.
 
25. Do'a Bagi Kedua Orangtua 
 
Rabbighfirlii waliwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiran.
Artinya : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah dan ibuku serta kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil.
 
26. Doa Qunut Nazilah 
 
Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.
Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.
Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :
Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim

Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil
qaumil mujrimiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka
Artinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu" 

 





Doa untuk
Sebahagian maksud doa
Klik
1
Di waktu pagi
0
2
Di waktu petang
0
3
Ketika dalam kesusahan dan kecemasan
0
4
Ketika hendak bersetubuh dengan isteri
0
5
Ketika hendak makan
0
6
Ketika hendak masuk ke tandas
0
7
Ketika hendak tidur
0
8
Ketika keluar dari masjid
0
9
Ketika keluar dari rumah
0
10
Ketika masuk ke masjid
0
11
Ketika memasuki sesebuah rumah
0
12
Mendapat Keturunan Yang Baik
0
13
Penerang hati
0
14
Selepas keluar dari tandas
0
15
Sesudah makan
0
16
Setelah bangun dari tidur
0
17
Setelah selesai istinjak
0
18
Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat
0
19
Tatkala meninggalkan rumah
0
20
Untuk bersama orang syahid
0
21
Untuk keampunan dan kesayangan
0
22
Untuk Kebahagiaan Sekeluarga
0
23
Untuk kebaikan dunia dan akhirat
0
24
Untuk Kedua Ibu Bapa
0
25
Untuk kesempurnaan cahaya dan keampunan
0
26
Untuk Mendapat Anak
0
27
Untuk mendapat kesabaran
0
28
Untuk mendapat rahmat Allah
0
29
Untuk mendapat rahmat dan petunjuk
0
30
Untuk mengelak dari azab neraka
0
31
Untuk menjadi orang yang sabar
0
32
Untuk pengampunan dan kesayangan
0
33
Untuk pengampunan dari kezaliman
0