Wednesday, December 22, 2010

MAKSIAT TAK KIRA IBU TUNGGAL ATAU TAK...ANAK DARA ATAU TAK....ISTERI ORANG ATAU TAK...DLL...SYAITAN TAK MEMILIH STATUS UNTUK MENGODA....YANG PENTING KITA TAHU BILA NAFSU MELONJAK DAN TAK DAPAT BENDUNG...MAKA KAWIN ITU SUDAH JADI WAJIB...JIKA TIDAK CARA MELEPASNYA DENGAN ZINA...LEBIH2 LAGI MANUSIA KURANG TAKUT...SEBAB HUKUM ISLAM TAK ADA LAGI...JIKA ADA MEREKA MEMIKIRKAN KAWIN LEBIH BAIK ATAU BERUSAHA TIDAK BERZINA...MANA KAN TIDAK...JIKA DAH KAWIN...HUKUMNYA REJAM SAMPAI MATI...

DUNIA


Tentera New Zealand dedah fail UFO


LAKARAN sebuah objek terbang yang tidak dikenali yang pernah dilihat oleh saksi di New Zealand.


WELLINGTON - Tentera Udara New Zealand semalam mendedahkan lebih 2,000 muka surat laporan sulit mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat sepanjang setengah abad lalu di negara berkenaan.
Laporan-laporan media tempatan menyatakan fail tersebut yang merekodkan dakwaan penemuan UFO dari tahun 1952 hingga 2009 tidak menunjukkan sebarang bukti tentang lawatan makhluk asing ke negara itu.
Ia juga tidak memberi sebarang petunjuk mengenai beberapa cahaya misteri yang dilihat oleh kru dan para penumpang sebuah penerbangan komersial di perairan timur Pulau Selatan New Zealand pada Disember 1978.
Insiden tersebut merupakan penemuan UFO paling terkenal di negara itu
Cahaya-cahaya itu dirakamkan oleh seorang kru televisyen New Zealand di dalam pesawat berkenaan. Pada waktu yang sama, beberapa pengawal trafik udara mendakwa melihat beberapa objek misteri pada radar mereka.
Ketika itu, tiada laporan mengenai kehadiran pesawat lain di lokasi tersebut.
"Kejadian itu tidak dapat diterangkan sehingga sekarang," kata seorang penyelidik UFO sejak 35 tahun lalu, Suzanne Hansen.
Fail itu turut mengandungi lakaran-lakaran saksi yang pernah melihat UFO. - Agensi



DUNIA


Bekas perisik berbogel dalam majalah Playboy


ANNA CHAPMAN tersenyum semasa dia mengambil bahagian dalam satu kongres kumpulan belia Molodaya Gvardiya yang merupakan sayap parti Rusia Bersatu di Moscow semalam.


NEW YORK – Bekas perisik terkenal dari Rusia, Anna Chapman berbogel dalam majalah Playboy untuk isu Januari, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar-gambarnya dalam keadaan bogel itu disiarkan dalam satu artikel yang berjudul My Father the Spy oleh wartawan John H. Richardson di dalam majalah tersebut.
Namun, Anna sebenarnya tidak bergambar untuk Playboy.
Gambar bogel itu merupakan milik seorang bekas teman lelakinya.
Ia merupakan sebahagian daripada gambar-gambar bogelnya yang disiarkan di Internet pada Julai lalu.
Gambar tersebut menunjukkan Anna berbogel di dalam sebuah tab mandi.
Anna merupakan antara perisik Rusia yang terlibat dalam proses pertukaran tahanan selepas dia ditangkap pada awal tahun ini di Amerika Syarikat (AS) kerana mengintip.
Pada Oktober lalu, Anna bergambar seksi untuk majalah Maxim edisi Rusia.
Bekas perisik itu kini diberikan tanggungjawab sebagai ketua sayap belia dalam parti Rusia Bersatu yang memerintah negara itu. - Agensi


Siswa diberkas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

BUKTI...Syed Ismail menunjukkan peralatan yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...Syed Ismail menunjukkan peralatan yang dirampas daripada suspek.
pix_topright
KUALA LUMPUR: Ilmu dalam bidang multimedia dimiliki seorang bekas pelajar sebuah pusat pengajian tinggi disalahgunakan apabila dia cuba mencetuskan huru-hara dengan menghasilkan artikel ‘sultan yang setan’.
Suspek yang bermaharajalela melalui laman sosial Facebook sejak lebih lima bulan lalu, bagaimanapun diberkas polis, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata tindakan diambil pihaknya selepas menerima aduan berhubung pihak tidak bertanggungjawab memaparkan komen yang mempunyai unsur menghina institusi raja melalui Internet.
Menurutnya, suspek yang menggunakan e-mel Pendekar.bentan@gmail.com sengaja menghasilkan artikel mencerca institusi terbabit dengan tajuk ‘sultan yang setan’ sejak lebih dua bulan lalu.

“Hasil lima laporan polis yang diterima, polis Bukit Aman menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selain berusaha menjejaki suspek yang memaparkan komen menghina berkenaan.

“Hasil siasatan, polis berjaya menjejaki rumah suspek berusia 40-an terbabit di ibu kota sebelum memberkas lelaki itu pada 29 November lalu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam. Menurutnya, polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut merampas empat komputer riba, lima telefon bimbit, alat pengecas, CD-Rom dan wireless router yang digunakan untuk menyebarkan komen terbabit.

“Polis yakin suspek yang pakar dalam teknologi maklumat menyalahgunakan kemahiran bagi mencuri maklumat dan menyamar individu lain.

“Tindakan jenayah itu yang dipercayai dilakukan dengan menceroboh wireless router milik pengguna Internet lain sebelum menciplak identiti pemilik asal bagi mengelakkannya dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang menyamar menggunakan akuan milik orang lain untuk menyebarkan hasutan terbabit tidak didalangi mana-mana parti politik.

“Siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai idea dan cuba memperjuangkan idea terbabit. Hasil siasatan mendapati suspek ahli pertubuhan yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.

“Dia melakukan kerja itu bersendirian dan motif hasutan terbabit lebih kepada agenda peribadi,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, tiga lagi suspek diambil tindakan sama dan ditahan kerana menyebarkan artikel berbentuk hasutan atau fitnah di Internet.

“Saya menasihatkan orang ramai dan pengguna Internet supaya berhati-hati terhadap maklumat diri yang dipaparkan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mencuri dan menyamar.

“Oleh itu, pengguna Internet perlu memastikan alatan wireless router yang digunakan dimatikan jika mereka tidak menggunakan Internet. Ini bagi mengelakkan maklumat mereka mudah dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pengguna laman sosial Internet juga diberi amaran supaya tidak menulis perkataan yang mempunyai unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Mereka perlu lebih beretika dan bertanggungjawab terhadap setiap komen di dalam Internet. Paling utama, polis mempunyai keupayaan untuk menyiasat kes seumpama itu termasuk peralatan elektronik lain yang digunakan untuk menyebarkan fitnah,” katanya.


DUNIA


Pelajar Malaysia didakwa kerana dadah RM43.8 juta

SYDNEY – Seorang rakyat Malaysia yang mendakwa dirinya pelajar, Kok Loong Wong dihadapkan ke sebuah mahkamah Australia semalam selepas polis merampas 90 kilogram dadah jenis syabu dalam satu serbuan di kediamannya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dadah tersebut yang dianggarkan bernilai $14 juta dolar Australia (RM43.8 juta), merupakan rampasan ketujuh terbesar dalam sejarah negara itu.
Polis turut menemui wang tunai berjumlah $500,000 dolar Australia (RM1.5 juta) di kediaman lelaki itu yang dipercayai hasil penjualan sebahagian dadah berkenaan.
Polis menemui dadah tersebut di apartmen dua bilik yang dihuninya di Balirmount, barat daya Sydney selepas Kok Loong, 35, ditangkap.
“Kami mempercayai lelaki ini adalah sebahagian daripada rangkaian pengedaran dadah dan kami akan melakukan siasatan lanjut,” kata Komander Polis Persekutuan Australia, David Stewart.
Lelaki tersebut yang tidak memohon ikat jamin akan dibicarakan pada 16 Februari depan.
Menurut dokumen mahkamah, Loong Wong yang mengaku dirinya seorang pelajar, tiba di Australia pada Ogos lalu. - Agensi



DUNIA


Mengaku salin klip video seks Ariel


ANGGIT GAGAH PRATAMA


JAKARTA – Seorang pemuda, Anggit Gagah Pratama mengaku bahawa dia secara tidak sengaja menyalin klip video seks yang menampilkan lelaki mirip vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham alias Ariel sedang melakukan hubungan seks, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
Dia merupakan saksi defendan dalam kes penyebaran klip video lucah seorang lelaki mirip Ariel bersama selebriti, Luna Maya dan klip video yang menampilkan lelaki mirip penyanyi tersebut dengan hos televisyen, Cut Tari.
“Saya ikut terheret ke dalam kes ini. Sebenarnya, klip video itu diambil oleh saya tanpa disengajakan. Kalau tiba-tiba video itu ‘meletup’ saya tidak tahu,” kata Anggit dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurut Anggit, dia sedang mencari beberapa gambar-gambar di komputer peribadi milik Reza Rizaldy alias Redjoy (RJ) iaitu saudara sepupunya yang kini turut menjadi tertuduh dalam kes penyebaran video-video seks Ariel.
“Waktu itu, saya menggunakan komputer Redjoy di Bandung, di tempat saudara saya. Ketika itu, saya secara tidak sengaja menyalin gambar dan tidak menyangka akan mendapat klip video itu. Saya tidak tahu bila saya telah menyalin klip video Ariel,” katanya.
Menurut Anggit, dia kemudian menyimpan klip video tersebut tanpa memuat naik di Internet.
“Saya tidak pernah memuat naik. Saya cuma menontonnya sebelum ia disimpan,” katanya.
Peguamnya, Yulius Setiarto, menegaskan bahawa Anggit benar-benar tak sengaja melakukan hal tersebut.
“Anggit secara tidak sengaja mendapatkan fail klip video Ariel ketika menggunakan komputer di kamar Redjoy. “Anggit menggunakan komputer itu untuk mencari gambar tugas kuliah. Dia cari gambar, lalu tekan CTRL+A, sebelum menyalinnya ke dalam cakera kerasnya” jelas Yulius.
“Sehingggalah video itu tersebar, Anggit tidak menyangka kalau sumbernya (penyebaran klip video itu) itu berpunca daripada dia," tambahnya. - Agensi


DUNIA


Laman gosip 'panas' di Britain


LAMAN web LittleGossip.com yang semakin terkenal dalam kalangan pelajar di Britain.


LONDON - Laman web LittleGossip.com yang menggalakkan pelajar sekolah menyiarkan komen mengenai rakan sebaya mereka yang kemudian akan dinilai sebagai benar atau palsu oleh pengguna lain di laman itu kini amat popular di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, banyak komen dalam laman web tersebut dianggap biadap sehingga menimbulkan kebimbangan para guru dan ibu bapa.
"Seorang gadis dikhabarkan telah meniduri sekurang-kurangnya 45 lekaki.... legenda atau jalang," kata satu komen di laman web itu yang disiar dalam sebuah akhbar Britain semalam.
Laman LittleGossip.com dihasilkan oleh beberapa penghasil laman web di Belize, Amerika Tengah.
Pelajar boleh memilih negara dan sekolah tempat mereka belajar supaya rakan sebaya lain boleh melihat mesej berkaitan dengan mudah.
Ia dilancarkan di Britain pada November lalu dan popularitinya melonjak selepas ramai remaja menyebarkan berita mengenainya di laman sosial lain termasuk Facebook dan Twitter. - Agensi


Selamat dari diperkosa kerana haid



KUALA LUMPUR: Disebabkan datang bulan, seorang wanita berusia awal 30-an terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemandu teksi berusia lewat 30-an terbabit memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa.

Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak kepada suspek berikutan suspek mendakwa akan menggunakan jalan pintas untuk menghantarnya ke rumah di Pandan Indah kerana ketika itu jalan utama terlalu sesak.
“Sebaik suspek memberhentikan kenderaannya, dia menoleh ke tempat duduk belakang sebelum mula menggoda mangsa.

“Suspek mendakwa tidak mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa


“Lelaki terbabit mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

“Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaannya dan mengugut mangsa supaya merahsiakan perkara terbabit.

“Suspek memecut kenderaan meninggalkan mangsa di kawasan kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Buat malu ibu tunggal



PUTRAJAYA: Sikap ‘nakal’ segelintir ibu tunggal yang gemar membela ‘anak ikan’ bagi melampiaskan nafsu bukan saja boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada keluarga mereka, malah boleh menjatuhkan nama baik ibu tunggal lain yang sebenarnya mempunyai matlamat mencari kehidupan lebih baik.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Ara Md Raub, berkata memang tidak menjadi satu masalah ibu tunggal mencari pasangan muda untuk membina hidup baru, tetapi apa yang menjadi masalah apabila membela ‘anak ikan’ untuk melampiaskan nafus tanpa nikah. Beliau berkata, walaupun hanya segelintir yang terbabit, tetapi ia boleh mengundang pandangan serong masyarakat terhadap masyarakat ibu tunggal.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, dalam operasi pihak berkuasa agama, jam 2.50 pagi.
Wanita berkenaan yang mempunyai tiga anak dikatakan mengajak lelaki itu yang berusia lingkungan 20-an, sebaya dengan anak perempuan sulung tinggal bersama di rumah mereka.

Pasangan terbabit menjalinkan hubungan intim kira-kira empat bulan lalu selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.

Mengulas lanjut, Ara berkata, apa yang menyedihkan sikap ibu tunggal terbabit yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, tetapi berlaku sebaliknya apabila melakukan perbuatan tidak bermoral di depan anak sendiri

Menurutnya, ibu tunggal perlu sedar mengenai keadaan diri mereka yang memerlukan kekuatan bagi membina hidup baru dan perlu menjadi teladan yang baik supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat.

BILA MALANG TAK BERBAU...BEGITU LAH LEMAH MANUSIA....BILA SAMPAI TAKDIR KITA TAK MAMPU MENOLAKNYA....MAKA BERTAKWA SERTA TAAT ATAS PERINTAHNYA...KERANA ALLAH BERKUASA ATAS SESUATU....

Bayi koma dicampak bapa



MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang ‘naik angin’ kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.
Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.

Menurut sumber, bapa mangsa berusia awal 30-an itu bertindak kejam selepas tidak tahan mendengar tangisan anak tunggalnya menyebabkannya bengkak di kepala.
Katanya, selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit dan isterinya berusia awal 30-an panik lalu membawa anak mereka ke HM untuk pemeriksaan.

“Mangsa dirujuk ke HM pada hari sama dan selepas diperiksa doktor, bayi itu terpaksa menjalani imbasan CT Scan sebelum doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya memaklumkan bayi berkenaan masih kritikal.

Katanya, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan di pondok polis hospital kira-kira jam 1 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan menyeluruh.

“Hasil siasatan, bayi berkenaan dipercayai didera dengan dibaling bapanya ke atas katil hingga cedera dan tidak sedarkan diri. Mangsa kini dirawat di ICU HKL selepas dirujuk doktor di HM,” katanya.


Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan kerana kes masih dalam siasatan.

“Pada masa sama, ibu bapa mangsa masih menunggunya menjalani rawatan di HKL. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka Dr Narimah Nor Yahaya ketika dihubungi mengesahkan bayi berkenaan kini dirujuk ke HKL selepas dimasukkan ke HM.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kecederaan mangsa kerana kes disiasat polis.



Menangis lihat ibu masih hidup



pix_middle
IPOH: “Saya menganggap ibu seperti mati hidup semula sebaik melihatnya terbaring atas katil dalam keadaan masih bernyawa,” kata Faisal Ismail, 40, anak kepada Dariah Ismail @ Duranee Songserm, 59, seorang daripada mangsa kemalangan bas yang meragut 27 nyawa di Simpang Pulai, dekat sini kelmarin.
Faisal tiba di sini jam 3 pagi semalam dari Hatyai, Thailand bersama adik ibunya, Aida Mohammad @ Thainya Anusorn Sukhumalsakul, 36, yang pada mulanya bertujuan melakukan pengecaman ‘jenazah’ ibunya.

“Hancur luluh hati saya selepas melihat nama ibu berada dalam senarai mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu di Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Hati saya berdebar-debar ketika diminta masuk ke bilik mayat membuat pengecaman, tetapi terkejut apabila melihat mayat itu bukan ibu saya.
“Saya memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan hospital yang kemudian membawa saya ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mengecam sama ada salah seorang mangsa cedera dalam kemalangan itu ibu saya.

“Saya menangis kegembiraan apabila melihat ibu saya terbaring dan masih hidup. Dia bagaimanapun masih belum sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan kerana cedera di kepala dan dada. Saya berdoa ibu terus bertahan,” katanya dalam bahasa Melayu pelat Selatan Thai.

Sementara itu Aida berkata, dia menghubungi saudara di Pattani supaya menukar majlis tahlil kepada majlis kesyukuran apabila mendapat tahu kakaknya masih hidup.


“Saya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas menonton berita Buletin Utama TV3 di Hatyai pada malam tadi (kelmarin) dan menghubungi rakan yang bekerja sebagai pemandu bas pelancongan di negara ini supaya ke HRPB bagi mengenal pasti siapa terkorban.

“Hanya Tuhan tahu betapa pilu hati apabila rakan menghubungi saya dan memaklumkan nama kakak berada dalam senarai mangsa yang mati.
“Saya dan Faisal datang ke sini dan tiba di bilik mayat HRPB jam 3 pagi. Air mata kesedihan saya bertukar menjadi tangisan kegembiraan apabila mengetahui kakak saya masih hidup,” katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Hatyai.

Kegembiraan sama turut dikongsi bapa Areena Songserm, 20, yang juga anak saudara perempuan Dariah dan Aida, yang turut berada dalam senarai mangsa mati didapati masih hidup.

Nasir Ismail, 51, berkata, dia sudah bersedia menghadapi apa juga kemungkinan, terkejut apabila melihat jasad dikatakan mayat Areena itu bukan anaknya.

“Saya bersyukur kepada Allah apabila mendapati Areena cuma cedera dan berlaku kesilapan dalam penyenaraian nama mangsa yang mati.
“Areena yang cedera di kepala dan kaki, mungkin dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi,” kata Nasir yang memberitahu anaknya yang menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Walailak, Nakhon Si Thammarat, Thailand.

Dia mengikuti rombongan melancong ke negara ini bersama ibu saudaranya, Dariah, sempena cuti semester.



Lekat di tayar



NGERI...mayat mangsa  yang maut digilis sebuah lori tanah di Jalan Kampung Banai, Jitra.
NGERI...mayat mangsa yang maut digilis sebuah lori tanah di Jalan Kampung Banai, Jitra.
JITRA: “Saya terdengar jeritan remaja itu memanggil ‘mak’ sebaik terhumban daripada motosikalnya sebelum meninggal dunia digilis lori membawa muatan batu dari arah bertentangan.
“Apabila menghampiri kawasan itu, saya mendapati dia sudah meninggal dunia dan mayatnya dalam keadaan cukup ngeri,” kata seorang saksi kemalangan di Jalan Kampung Banai, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, Mohamed Hafiz Mohamed, 14, yang menunggang motosikal meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashid, 40-an, berkata dia yang menunggang motosikal bersama anak perempuannya berusia 11 tahun berada kira-kira 50 meter di belakang remaja terbabit.

Katanya, ketika melalui selekoh tajam di kawasan itu, motosikal ditunggangi remaja itu terbabas sebelum merempuh sebuah lori di depannya.

“Remaja itu terhumban di atas jalan sebelum digilis lori berkenaan. Saya dan beberapa penduduk kampung berhampiran berusaha menarik remaja itu yang melekat di bawah tayar lori,” katanya.
Menurutnya, pemandu lori itu melarikan diri kerana bimbang dipukul orang ramai.

Katanya, kawasan itu menjadi laluan utama lori membawa muatan batu dan tanah dari kawasan bukit berhampiran menuju ke Bukit Pinang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu

Siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terbabas di selekoh tajam sebelum terjatuh di atas jalan dan digilis lori terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dikeluarkan dari bawah tayar kira-kira sejam kemudian. Berdasarkan siasatan, remaja berasal dari Bukit Pinang itu tidak memiliki lesen dan masih di bawah umur.

“Pemandu lori berusia 32 tahun itu sudah diambil keterangan selepas dihantar penduduk kampung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk menyerah diri,” katanya.

Mayat Mohamed Hafiz kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jitra sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan, kelmarin.

PERKARA JAHAT ATAU BATIL...MENZALIMI ORANG.....INSYAALLAH AKAN BALAS DIDUNIA JUGA...DAN DISAMBUNG DIALHIRAT KELAK...

NEGARA


Pakar IT hina sultan ditahan


TIGA pegawai polis memeriksa barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar
di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas lima bulan pasukan khas polis memburu dalang yang mewujud dan mengendalikan akaun laman sosial Facebook dengan menyiarkan pelbagai komen menghina institusi diraja Johor, suspek yang licik itu akhirnya ditahan di Sentul di sini baru-baru ini.
Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup di sebuah rumah sewa di Bandar Baru Sentul pada pagi 29 November lalu.
Suspek yang menggunakan alamat e-mel, pendekar.bentan@gmail.com untuk akaun laman sosial itu telah memaparkan status dan komen-komen yang mempunyai unsur-unsur menghina institusi diraja Johor.
Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima telefon bimbit, gajet pembantu peribadi digital (PDA) pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan aktivitinya.




NEGARA


25 mayat dihantar pulang


KERANDA 25 mayat warga Thailand disusun selepas dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.


IPOH – Suasana pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semasa waris 25 mangsa warga Thailand yang terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands melakukan pengecaman mayat semalam.
Mereka yang diterbangkan dengan dua pesawat Hercules C-130 dari Bangkok, Thailand itu tiba pada pukul 11 pagi di pekarangan hospital dengan diiringi oleh Duta Thailand di Malaysia, Thana Duagratana.
Selepas proses pengecaman mayat selesai, kesemua 25 keranda yang mengandungi mayat mangsa nahas disusun di pekarangan Rumah Mayat HRPB bagi menjalani upacara keagamaan Buddha yang diketuai lima sami Tokong Wat Sri Bunyawana di sini.
Semasa upacara itu berlangsung, beberapa waris kelihatan sebak dan meraung meratapi pemergian insan tersayang.
Aummarine Kamolkunpipat yang merupakan suami kepada mangsa, Piyanon Klingchuay, 48, tidak dapat mengawal kesedihan dan memeluk keranda yang menempatkan mayat isterinya sebelum ditenangkan oleh seorang wakil Kedutaan Thailand.




NEGARA


Penduduk Malaysia kini berjumlah 27.6 juta orang


NOR MOHAMED (tengah) menunjukkan buku laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 sambil disaksikan Wan Ramlah (kanan) dan Ismail di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.




NEGARA


Telefon selular tak sebabkan risiko barah otak


TIADA bukti menunjukkan penggunaan telefon selular menyebabkan barah otak. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.
"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad.



NEGARA


Lebih sejuta dapat rebat bil TNB

KUALA LUMPUR - Seramai 1,068,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat rebat bil elektrik dengan anggaran kos berjumlah RM138.48 juta tahun depan.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, langkah itu diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka, katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini semalam.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Noriah berkata, kerajaan membelanjakan RM116.24 juta bagi menampung rebat kepada pengguna.
Rebat tersebut hanya akan diberi kepada pengguna yang bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan Media TNB pula berkata, berdasarkan kadar rebat itu, pengguna domestik TNB tidak perlu menjelaskan bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah.
Bagaimanapun, pengguna yang menerima bil elektrik RM20 ke atas tidak layak untuk menerima rebat dan perlu menjelaskan kesemua caj yang ditetapkan.
Menurutnya, pemberian rebat itu bermula sejak 1 Oktober 2008 dan peringkat awal itu melibatkan 1.1 juta pengguna.




NEGARA


Dua premis Pathmanabhan disita


PEJABAT Pathmanabhan yang disita oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.


KUALA LUMPUR - Polis menyita sebuah rumah teres dua tingkat dan bangunan pejabat milik bekas peguam, N. Pathmanabhan yang sebelum ini dituduh membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, tindakan menyita kedua-dua premis di Banting, Selangor itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk menyita premis tersebut yang berkuat kuasa pada 16 Disember lepas.
Jelas kenyataan itu lagi, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 51(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001.
"Ekoran itu pemiliknya, Pathmanabhan, 41, keluarga terdekat, pekerja atau mana-mana individu ditegah daripada menjalankan sebarang bentuk urus niaga dalam apa jua keadaan di dua premis tersebut," katanya.










NEGARA


Konstabel bebas tuduhan cabul inspektor wanita


YUSRI keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam selepas dibebaskan daripada tuduhan cuba mencabul rakan sekerja berpangkat inspektor.


PETALING JAYA - Seorang konstabel polis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan cubaan mencabul seorang inspektor wanita yang juga rakan setugasnya pada tahun lalu.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof, 35, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusri didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berpangkat inspektor berusia 24 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada pukul 5.35 petang, 26 Mei 2009 di Pejabat Detektif, Cawangan Narkotik IPPD tersebut.
Aishah memutuskan Yusri tidak bersalah setelah mahkamah berpuas hati terdapat keterangan meragukan daripada mangsa yang juga pengadu kes itu dalam tiga sumber berbeza.
Ketika membacakan penghakimannya, Aishah berkata, mangsa didapati memberi keterangan bercanggah dalam laporan polis, keterangan semasa perbicaraan dan juga cerita yang disampaikan kepada teman sepejabat.





NEGARA


Nikahi budak 11 tahun tidak sah


Siti Sarnan (depan) bersama anak dan suaminya, Hussin meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang popular dengan panggilan 'Sudin Ajaib' pada 19 Februari lalu adalah tidak sah.
Hakim Abdullah Man berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati, tidak ada asas membatalkan perkahwinan antara kanak-kanak terbabit dengan lelaki berkenaan kerana hubungan mereka berlangsung tanpa apa-apa dokumen yang sah mahupun sijil nikah.
Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata oleh ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, plaintif yang memfailkan tuntutan membatalkan perkahwinan tersebut.
Siti Sarnan dalam samannya memfailkan suaminya, Hussin Salleh, 54, sebagai defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau 'Sudin Ajaib' sebagai defendan kedua.
Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata, pernikahan antara kanak-kanak itu dengan defendan kedua hanya dakwaan pihak plaintif semata-mata kerana ikatan itu tidak disokong dengan dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan itu.

Tuesday, December 21, 2010

KALAU DAH TAK BOLEH BERHENTILAH...KALAU BOLEH TU LAIN CERITA...HUKUM2 NI ULAMAK@ORANG ALIM YANG MEMAHAMI...SEBAB BIDANGNYA...BUKAN KITA SENDIRI MENENTUKAN HALAL HARAM...SEBAB ITU BUKAN BIDANG KITA

JANGAN GUNA HUKUM AKAL...ALLAH ITU SEMPURNA...ALLAH TAK ADA BUAT SESUATU PERKARA2 UNTUK MAIN2.....BEGITU JUGA UNDANG2...

ADAKAH TIDAK RASA BERSALAH BERPAKAIAN BEGINI....MUNGKIN MENJADI IKUTAN REMAJA...AKHIRNYA MEREKA DAPAT SAHAM SAMA ....ADAKAH GULUNGAN BERFIKIR IA SEMPAT BERTAUBAT....DAN MATI DIUSIA TUA....

Kumpulan Eve Gugup Kerana Izwan Pilus

Eve dianggotai oleh Asila Osmera (kiri), Evie Roslan (tengah) dan Yanie Hassan. - Foto oleh RAYMOND OOI
PETALING JAYA: Jika sebut nama Eve, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah mereka kerana penyanyi berkumpulan dari Singapura ini masih lagi baru dalam industri hiburan.
Sebab itu tiga orang penyanyi wanita yang memperkenalkan diri mereka sebagai Yanie Hassan, Asila Osmera dan Evie Roslan ini tidak malu mengaku terpaksa menumpang populariti penyanyi Izwan Pilus.
Ini kerana, mereka bakal tampil dengan single duet berjudul Tiba Tiba Cinta yang akan dimainkan di corong radio pada awal Januari depan.
Eve dipilih untuk menggantikan penyanyi Maiya Rahman, juga dari Singapura yang tidak dapat berduet dengan Izwan kerana mempunyai komitmen lain.
Bagaimanapun, Izwan menepiskan isu siapa tumpang siapa sebaliknya menganggap kehadiran Eve sebagai suatu langkah baru untuk memajukan diri mereka dalam bidang muzik.
Izwan dan Eve bakal muncul dengan single duet Tiba Tiba Cinta pada awal Januari depan melibatkan kerjasama pihak Singapura dan Malaysia.
Bercerita tentang pengalaman menarik sepanjang menjalani rakaman lagu tersebut di studio milik AG Coco iaitu Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu, Eve akui terpaksa melalui rakaman lagu yang paling mencabar setakat ini.
“Kami agak gugup apabila mendapat tahu pasangan duet kami adalah Izwan Pilus yang terkenal di Singapura dan Malaysia.
“Selain itu, lagu yang berentak retro dan rancak ini agak berbeza kerana menampilkan nyanyian tiga wanita dan seorang lelaki. Lebih-lebih lagi kami mendapat guru vokal yang tegas dan berbakat seperti Farith Taib.
“Lagu ini mempunyai banyak bahagian harmoni dan belum pernah lagi dalam rekod peribadi kami menyanyikan lagu seperti ini,” kata Eve.
Eve ditubuhkan pada tahun lalu selepas mereka muncul dalam program realiti nyanyian berjudul Anugerah di Singapura pada tahun 2009.
Dari bergerak solo, mereka menubuhkan kumpulan selepas itu muncul dengan single pertama berjudul Wanita Istimewa (duet dengan kumpulan B8 dari Singapura).
“Kami menghasilkan lagu-lagu bertemakan wanita. Sebab itu kami memilih nama Eve untuk kumpulan ini yang bermaksud hawa.
“Lagu Wanita Istimewa dihasilkan untuk tribute kepada pengidap barah pangkal rahim. Selain itu, kami turut menghasilkan lagu kedua berjudul Super Girl,” ujar Eve lagi.

TIMBANG2 SERTA FIKIR2KAN KENAPA PERKARA NI BERLAKU....ADAKAH BENAR KITA JAUH MENINGGAL HUKUM HAKAM SERTA AJARAN ISLAM....KERANA MENGEJAR KEMEWAHAN DAN TERPERDAYA DENGAN FILEM2 SERTA MEDIA2...... KERANA MEREKA SERTA MASYARAKAT BEGITU JUGA PEMIMPIN2 TAK MENDIDIK AGAR KITA BERTAKWA...

PROJEK KANTOI


SERI KEMBANGAN – Dua wanita warga Thailand hanya sempat membalut tubuh genit mereka dengan sehelai tuala apabila premis yang dijadikan tempat pelacuran diserbu anggota Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), malam kelmarin.

Difahamkan, wanita terbabit dipercayai baru sahaja melakukan ‘projek’ bersama pelanggan masing-masing berikutan penemuan beberapa kondom terpakai.

Sinar Harian dimaklumkan sebelum itu niat asal sepasukan anggota penguat kuasa MPSJ ke premis itu sebenarnya untuk menyerbu sebuah pusat hiburan.

Namun, anggota yang menjalankan serbuan di Jalan PSK 4, Pusat Perdagangan Seri Kembangan di sini terkejut apabila menemui dua wanita terbabit dalam keadaan separuh bogel.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, anggota memecah masuk sebuah premis kira-kira jam 10 malam kelmarin selepas menerima aduan pengusaha menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Bagaimanapun, katanya ketika operasi dijalankan, anggota menemui satu lorong tangga yang mencurigakan sebelum melakukan pemeriksaan terperinci di tingkat atas premis tersebut.

“Mengejutkan apabila pemeriksaan dijalankan di tingkat atas rumah kedai itu menemukan anggota dengan 12 ruang yang dibuat sekatan seperti bilik dan ditandakan dengan nombor 1 hingga 12.

“Pemeriksaan dijalankan dari bilik ke bilik sebelum wanita warga Thailand yang dipercayai menjalankan khidmat pelacuran ditemui dalam bilik bernombor 10 dan 12,” katanya.

Zulkurnain berkata, hasil pemeriksaan turut menjumpai kondom yang sudah digunakan di dalam bilik sama wanita berkenaan dicekup.

“Pengusaha premis dan dua wanita itu diserahkan kepada pihak pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Bagaimanapun pelanggan yang dipercayai melanggan kedua-dua wanita itu dapat meloloskan diri.

“Manakala Majlis mengambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil 3 Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM1,000,” katanya

Kata beliau lagi tindakan memecahkan sekatan di dalam premis tingkat atas turut dijalankan kerana premis tersebut tidak mendapat kelulusan yang sah daripada MPSJ.




Lima beranak hidup melarat


POKOK MANGGA - Kemiskinan menyebabkan seorang ibu tunggal bersama empat anaknya di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang, di sini terpaksa ‘ikat perut’ setiap hari.

Tindakan itu menyebabkan lima beranak itu sering mengalami sakit perut disebabkan terpaksa berlapar.

Ibu tunggal berkenaan, Aisah Saadun, 45, berkata kehidupan mereka sekeluarga susah selepas arwah suaminya, Kahar Jamaah, meninggal dunia kira-kira 16 tahun lalu.

Menurutnya, dia dan empat anaknya yang kini berusia 18 hingga 24 tahun terpaksa menumpang di rumah jiran sebelum menyewa rumah yang didudukinya kini.

“Pernah dalam tempoh dua atau tiga hari, kami anak beranak tidak menjamah walau seulas nasi pun dan terpaksa menagih sedikit makanan di gerai berdekatan, atau dibantu jiran tetangga yang bersimpati.

“Sewa rumah sebanyak RM150 sebulan juga sudah tertunggak sehingga mencecah tiga bulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, dekat sini semalam.

Aisah berkata, dia bernasib baik kerana pemilik rumah sewa berkenaan, Said Aim, 80, memahami masalah mereka dan tidak pernah mendesak membayar tunggakan.

Malah, katanya, Said sering memberi makanan untuknya, selain meminjamkan sedikit wang jika dia memerlukan.

Menurutnya, untuk mengurangkan bebanan keluarga, dia terpaksa bekerja di kebun sayur milik seorang Tionghua di Klebang.

Aishah yang berasal dari Pulau Rupat, Sumatera, Indonesia dan berstatus penduduk tetap (PR) di negara ini berkata, salah seorang anak perempuannya sudah berkahwin.

Manakala, katanya, tiga daripada mereka masih belum mendirikan rumahtangga dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Semua anak saya warganegara Malaysia, tetapi mereka tidak pernah bersekolah akibat kemiskinan hidup.

“Dua anak lelaki yang masih bujang berusia 18 dan 24 tahun pula melakukan pekerjaan sampingan sekadar mengisi perut mereka sendiri sahaja dan itu pun kalau ada kerja,” katanya.

Sementara itu, Said berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan menyebabkan dia tidak sampai hati meminta tunggakan sewa.

“Keluarga ini miskin dan saya pun tak tergamak memaksa dia bayar sewa rumah. Kalau dia pinjam duit saya pun, saya tak sampai hati minta balik kerana tahu kesusahan mereka,” katanya.



Aku mahu bunuh kau!

AYER KEROH - Gara-gara mengugut untuk membunuh bekas isteri, seorang kontraktor dihukum penjara lima hari dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Harun Zainal, 37, mengaku bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.

Terdahulu, pada prosiding yang berasingan, Harun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebelum menukar pengakuan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah boleh menyebabkan kematian atau cedera parah terhadap Jamilah Nikmat, 43, dengan mengeluarkan perkataan “aku mahu bunuh kau”.

Harun dituduh melakukan kesalahan itu pada 2 Julai 2010, kira-kira jam 5.30 petang di kaki lima Pizza Hut di Plaza Pandan Malim, Melaka Tengah.

Tertuduh yang bercerai dengan bekas isterinya setahun lalu itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Harun yang diwakili peguam belanya, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh memohon supaya diringankan hukuman kerana tertuduh perlu menyara dua anak dengan bekas isteri, berumur 12 dan 13 tahun.

“Tertuduh yang mempunyai isteri baru dan kini mengandung tujuh bulan juga telah memohon maaf dengan bekas isteri atas perbuatannya itu.

“Dipercayai, ketika kejadian tertuduh dalam keadaan tertekan dan tanpa berfikir panjang mengeluarkan kata-kata berkenaan, sedangkan tertuduh tiada niat untuk betul-betul melakukan perbuatan itu," katanya.

Sementara itu, mangsa yang dipanggil di hadapan mahkamah turut memohon diringankan hukuman terhadap bekas suaminya itu.

“Saya telah berbincang dengan tertuduh dan memaafkannya selepas dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu,” katanya.

Mohd Fairuz sebelum menjatuhkan hukuman menasihatkan tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatannya dengan mengawal emosi dan keadaan walaupun pengadu adalah bekas isteri.

“Anak tanggungjawab awak. Jika tidak minta di dunia, akan diminta juga di akhirat nanti,” katanya.

Mohd Fairuz kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima hari daripada tarikh ditangkap pada 16 Disember lalu dan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, pada 2 Julai lalu, Jamilah telah bergaduh dengan isteri tertuduh di lorong belakang Plaza Pandan Malim berhampiran Politeknik Kota Melaka sebelum pengadu melarikan diri ke keretanya.

Sewaktu mahu menghidupkan enjin kereta, Jamilah didatangi Harun dan mereka bertengkar.



Warga emas mati dikelar

GEORGETOWN - Seorang warga emas ditemui mati dengan tiga kesan kelar di leher, dipercayai dibunuh di dalam kereta di Gat Lebuh Gareja, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Moey Guan Chin, 89, dari Simpang Empat, Nibong Tebal ditemui berlumuran darah dalam keadaan terlentang di tempat duduk pemandu kereta oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Sebelum dibunuh, mangsa dipercayai bergelut dengan suspek berdasarkan percikan darah yang banyak di dalam kereta Perodua Kancil itu.

“Balai Polis Lebuh Pantai mendapat panggilan daripada orang awam pada kira-kira jam 6.15 petang memaklumkan mengenai kejadian itu. Kita percaya kejadian berlaku beberapa jam sebelum itu.

“Seorang saksi ternampak kejadian yang berlaku dan polis sudah mengambil keterangannya,” katanya ketika ditemui media di tempat kejadian.

Kong Meng berkata, berdasarkan keterangan saksi, suspek dipercayai berusia 40an, memakai kemeja T hitam tanpa kolar dan bertubuh gempal serta ketinggian kira-kira 170 sentimeter.

Menurutnya, saksi itu ternampak sebuah kereta berada di kawasan tempat letak kereta di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Saksi yang berada berdekatan ternampak kereta itu dalam keadaan bergoncang. Selepas itu keluar seorang lelaki dari kereta berkenaan. Suspek kemudian dilihat mencampakkan sesuatu ke dalam longkang berhampiran.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai sebilah pisau pemotong buah berukuran 15 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kes itu,” katanya.

Kong Meng berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa dan identitinya dikenal pasti melalui kad ahli kelab lumba kuda yang dimilikinya.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan juga dalam keadaan berkunci dan terdapat banyak percikan darah, terutama di tempat pemandu.

“Ketika ini, kita masih menyiasat motif kejadian dan kecederaan lain yang dialami mangsa. Setakat ini dompet mangsa gagal ditemui manakala barangan lain seperti telefon bimbit dan kunci kereta masih ada bersamanya.

“Kita juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.



Kes jenayah membabitkan remaja serius

JOHOR BAHRU - Kes jenayah membabitkan remaja dilihat semakin serius dan tindakan bagi mengenal pasti punca serta menangani masalah itu perlu dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Dr Robia Kosai berkata, beliau khuatir dengan kejadian yang membabitkan anak muda yang terlibat dalam jenayah seperti membunuh yang semakin ketara.

“Pertumbuhan trend kes juvana melakukan keganasan yang terlampau semakin serius. Perkara ini amat membimbangkan khususnya mereka ini terlibat dalam jenayah terlampau sehingga membunuh,” katanya ditemui pemberita selepas melawat Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, di Hospital Sultan Ismail, di sini, semalam.

Dr Robia berkata, beliau yakin punca kepada keadaan ini ialah remaja tidak mempunyai ruang untuk melepaskan geram.

“Kita perlu duduk memikirkan perkara ini dan mungkin boleh diletakkan dalam kokurikulum bagaimana pengurusan kemarahan.

“Kerajaan Negeri akan duduk berbincang dalam masa terdekat dengan pihak-pihak berkaitan seperti dari sudut agama dan kaunseling untuk mencari penyebab keadaan ini berlaku,” katanya.

Katanya, antara faktor pendorong kepada keadaan itu ialah keluarga, persekitaran dan tiada pembimbing dari orang yang lebih berusia dalam hidup mereka