Thursday, January 6, 2011

AWAS...PELBAGAI CARA ORANG NAK MENIPU ATAU NAK MENCURI....DLL

Waspada individu menyamar pemeriksa meter TNB

06/01/2011 5:21pm

KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemeriksa meter syarikat utiliti negara berkenaan, ekoran terdapat laporan kes samun yang dilakukan oleh pihak yang menyamar tersebut.
Menurut TNB, pemeriksa meter syarikatnya boleh dikenal pasti melalui pakaian yang dipakai mereka serta kad kuasa yang mereka miliki.
"Anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa baju T berwarna merah yang mempunyai logo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja tersebut.
"Anggota kerja TNB yang perlu memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa,” menurut TNB menerusi satu kenyataan. - Bernama



TERKINI


Dua penganggur didakwa ragut tujuh wanita

06/01/2011 6:15pm

KANGAR — Dua penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah meragut tujuh wanita di beberapa lokasi di Perlis pada bulan Disember lepas.
Tajuddin Mat Desa, 40, dan seorang remaja berusia 18 tahun dari Beseri, didakwa melakukan ketujuh-tujuh kesalahan antara 1 dan 24 Disember lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 8 Februari ini untuk perbicaraan.
Beliau membenarkan Tajuddin diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, manakala remaja berkenaan dikenakan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka meragut beg tangan dan beg duit mangsa yang mengandungi wang antara RM40 dan RM1,320, kad pengenalan, lesen memandu serta telefon bimbit.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

BILA NAFSU TAK BOLEH DIKAWAL...HILANG RASA MANUSIA....MASUK NAFSU BINATANG....DITAMBAH HUKUM LANGSUNG TAK MENAKUTKAN......HUKUMLAH DIPERENDAHKAN DARI HUKUM MANUSIA...MANA TAUHID KITA...

Lari bogel lepas dinoda



KOTA MARUDU: Seorang gadis lembam bawah umur dipercayai terpaksa berlari pulang ke rumah dalam keadaan tidak berbaju selepas dirogol jiran dajal di dalam pondok usang di sebuah kebun kelapa di sini, Isnin lalu.
Gadis orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun itu dikatakan termakan pujukan suspek yang mengajaknya ke kebun ketika pulang dari sekolah dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.

Keluarga mangsa hanya menyedari kejadian malang menimpa gadis berkenaan apabila mendapati dia berkurung di dalam biliknya sambil menangis selepas pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, ibunya pelik apabila mendapati anaknya lewat pulang dari sekolah dan rasa curiganya memuncak apabila melihat gadis berkenaan menangis teresak-esak di dalam bilik.

Mohd Isa berkata, hairan melihat keadaan anaknya itu, wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang berlaku dan selepas beberapa kali dipujuk, mangsa memberitahu dia dirogol jiran di dalam sebuah pondok di kebun kelapa berdekatan rumahnya.

“Terkejut dengan pendedahan anak gadisnya itu, wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu pada jam 8.30 pagi keesokan harinya,” katanya. Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek adalah jiran yang dimaksudkan mangsa dan dia ditahan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah gadis berkenaan.

“Suspek dikatakan memujuk mangsa supaya mengikutnya ke sebuah pondok di dalam kebun kelapa yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ketika gadis itu dalam perjalanan pulang dari sekolah,” katanya.
Menurutnya, beberapa barang bukti termasuk baju yang dipakai mangsa turut ditemui di tempat kejadian dan dihantar ke makmal untuk siasatan manakala mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan lanjut.

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.



Bukan dibunuh atau bunuh diri



SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini, semalam, memutuskan punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, mendiang Teoh Beng Hock dua tahun lalu, bukan disebabkan dibunuh atau membunuh diri.
Koroner Azmil Muntapha Abas ketika membacakan penghakimannya pada akhir inkues itu berkata, pihaknya berpendapat bahawa ia adalah keputusan terbuka.

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh.

Azmil berkata, pihaknya berpendapat, nota dikemukakan di mahkamah ditulis oleh Teoh, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah nota bunuh diri.


Bagaimanapun katanya, bukti itu tidak disertakan dengan laporan pakar berhubung keadaan kesihatan mendiang sebelum dia ditemui mati.




'Fitnah jelek, jahat'



KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) semalam menafikan alegasi kononnya beliau terbabit dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain dilemparkan penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.
“Saya menafikan sebarang alegasi itu sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau dakwaan dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, alegasi liar ditujukan terhadap dirinya susulan laporan blog dan parti politik pembangkang adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.
“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan diperbuat mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.

Rais dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu diterima dan dipatuhi.
Beliau berkata, sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui Internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.

“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di Internet setakat ini berkaitan alegasi salah laku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang,” katanya.

Rais berkata, sehubungan itu, perkara ini mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperoleh dividen politik pembangkang.
“Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan spekulasi blogger bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan,” kata anggota Parlimen Jelebu itu.

Rais berkata, alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan kononnya dipanggil wikileaks.”
Beliau berkata tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes terbabit suatu perbuatan politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa.
“Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di Internet adalah manifestasi politik bagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salah laku dalam tempoh hampir 40 tahun,” katanya.

Rais berkata tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) terencat dan menggagalkan dasar kerajaan Barisan Nasional. - Bernama



Minta 'bapa haruan' terima hukuman berat



MELAKA: “Fakta kes adalah jelas, kesalahan dilakukan tertuduh iaitu merogol mangsa yang masih kecil berusia sembilan tahun adalah kesalahan jijik. Paling memeranjatkan dalam kes ini, tertuduh boleh membayangkan mangsa sebagai isterinya lalu terangsang dan merogolnya.”
Begitu kata Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin ketika berhujah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap seorang pengawal keselamatan berusia 53 tahun dari Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu merogol dan mencabul kehormatan anak tirinya pada penghujung 2008 dan pertengahan November lalu.

Ifa yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asri Abd Rahman Sidik berkata, kedua-dua kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan boleh membawa hukuman berat.
Katanya, walaupun tertuduh bukan bapa kandung, tanggungjawabnya tetap sama untuk melindungi mangsa.

“Apa dilakukan sebaliknya, tertuduh mengulangi kesalahan pada November lalu. Jelas kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu mangsa dan tertuduh mengambil kesempatan ketika ketiadaannya.

“Impak bukan saja kepada mangsa tetapi masyarakat terutama mangsa yang masih kecil mengalami trauma kekal sebagai pengalaman pahit sepanjang hidupnya.

“Saya pohon budi bicara mahkamah memberikan hukuman yang berat kepada tertuduh atas dua kesalahan dan merujuk fakta kes diakui tertuduh,” katanya.

Pada prosiding itu, tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia sembilan tahun 11 bulan di sebuah rumah di Jalan BKP 3 Taman Bukit Katil Permai, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi pada penghujung 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa sama yang ketika kejadian berusia 11 tahun empat bulan iaitu memasukkan jari ke dalam kemaluannya kira-kira jam 4 petang pada pertengahan November lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Katar selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pendakwa raya, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara enam tahun bagi kesalahan kedua.

Wednesday, January 5, 2011

KES BEGINI BUKAN SUATU YANG BARU MALAH SERING BERLAKU...CUMA MUNGKIN TERSOROK...NI KESAN LARANGAN2 ALLAH DILANGGAR SERTA DITAMBAH TIADA PENGUATKUAT KUASAAN HUKUM ALLAH...NI BALA DARI MENAFIKAN HUKUM ALLAH....

NEGARA


Rogol anak tiri umur 9 tahun


TERTUDUH (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang bekas anggota tentera tergamak mengkhianati amanah keluarganya dengan merogol dan mencabul anak tirinya yang berusia sembilan tahun dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 53 tahun itu menerima balasan atas perbuatannya apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun serta enam sebatan ke atasnya.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.
Abu Bakar menjatuhkan hukuman 18 tahun serta enam sebatan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun.
Hakim tersebut turut memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.
Tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia 9 tahun 11 bulan di sebuah rumah nombor 9A Jalan BKP3, Taman Bukit Katil Permai di sini pukul 2 pagi pada penghujung November 2008.

HATI2.....KANAK2 NI FIKIRANNYA TERHAD@TERBATAS....BELUM TAHU SESUATU ITU KADANG2 MEMBAHAYAKAN DIRI....KADANG2 KITA SENDIRI PUN TAK MENJANGKAKAN AKAN BERLAKU SESUATU YANG BURUK....JADI MENCEGAH AWAL SERTA BERHATI2 ITU LEBIH BAIK...JIKA DAH DIUSAHAKAN...TERJADI JUGA...MAKA ITU NAMANYA TAKDIR YANG TELAH ALLAH TENTUKAN....JIKA BEGINI KITA KENA REDALAH....

Ditikam gagal lunas sewa rumah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim; Shamsul Munir Safini dan Noozieyantie ‘Alia Adnan

KUALA LUMPUR: Hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah akibat ditikam tiga kali di bahagian belakang badan, leher dan pipi oleh pemilik rumah terbabit di rumahnya di Jalan Ipoh di sini, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, masih tidak sedarkan diri namun keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika pemilik rumah terbabit datang memungut duit sewa.

Menurut sumber, mangsa sudah menyewa rumah milik suspek berusia 41 tahun itu sejak setahun lalu.


“Disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan tuan rumahnya berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, berkata kejadian itu disedari rakan mangsa berusia awal 30-an yang menumpang bermalam di rumah seorang lagi rakan mereka di bawah rumah mangsa sebaik terdengar bunyi bising.

“Disebabkan bimbang sesuatu berlaku, rakan mangsa (pengadu) segera naik ke rumah rakannya untuk melakukan pemeriksaan.

“Dia terkejut apabila mendapati mangsa terbaring di kawasan ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Zainuddin berkata, rakan mangsa segera menghubungi pihak berkuasa melaporkan kejadian berkenaan sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah ambulans.

“Mangsa dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan susulan. Mangsa cedera akibat ditikam di belakang badan, leher dan pipi namun keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, gerakan memburu suspek akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian berhampiran kawasan berkenaan namun senjata yang digunakannya masih belum ditemui.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. Kita percaya ketika bergelut dengan mangsa, suspek berada di bawah pengaruh dadah.

“Dia (suspek) akan di bawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk mendapatkan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya



NEGARA


Maut terjerut kain pengikat langsir


SEORANG anggota keluarga Yin Sheng menunjukkan tali pengikat langsir yang menyebabkan kematian kanak-kanak itu di Taman Timah, Mergong, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – “Saya ingatkan cucu saya tertidur ketika bermain di ruang tamu, rupa-rupanya leher dia sudah terkulai pada kain pengikat langsir.”
Demikian cerita Cheah Siew Eng, 71, nenek kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Tan Yin Sheng yang maut selepas lehernya terjerut pada kain pengikat langsir di rumahnya di Taman Timah, Mergong di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kanak-kanak malang itu dikatakan sedang bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya manakala nenek, ibu serta adik perempuan mangsa yang berusia tujuh bulan pula berada di dapur.
Pada mulanya, menurut Siew Eng, dia terdengar bunyi Yin Sheng bermain di ruang tamu.







'Saya ingat dia dah tidur'

Oleh Mohamad Hussin

TUTUP...polis membawa mayat Yin Sheng ke HSB, kelmarin.
TUTUP...polis membawa mayat Yin Sheng ke HSB, kelmarin.
PILU...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan. 
ALOR SETAR: “Saya ingatkan cucu sudah tidur kerana tak dengar suara dia bermain di ruang tamu, tapi saya sangat terkejut apabila melihat dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” kata Chia Sew Heng, 71, nenek Tan Yin Sheng, 5, yang mati dipercayai akibat terjerut pada kain penyangkut langsir rumahnya di Taman Timah Mergong, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, budak lelaki itu dipercayai bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya, manakala nenek dan ibunya berada di dapur, sementara bapanya keluar bekerja.
Chia berkata, ketika kejadian, dia bersama ibu mangsa berada di dapur sambil melayan cucu keduanya iaitu adik perempuan mangsa yang berusia tujuh bulan.

“Ketika di dapur, saya dengar suara cucu bermain sambil melompat-lompat di atas sofa. Beberapa minit kemudian saya tak dengar suara dia lagi dan menganggap Yin Sheng sudah tidur di sofa berkenaan.


“Saya rasa tak sedap hati dan cuba jenguknya di ruang tamu sama ada dia tidur atau bermain.

“Alangkah terkejutnya saya melihat dia terkapai-kapai dalam kain penyangkut langsir dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Saya menjerit sambil memanggil anak perempuan di dapur sebelum kami membuka ikatan kain penyangkut itu di lehernya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, malam kelmarin.

Menurutnya, dia dan anak perempuannya membawa Yin Sheng ke sebuah hospital swasta di sini, bagaimanapun doktor mengesahkan cucunya itu sudah meninggal dunia.

“Yin Sheng seorang yang hiperaktif dan selalu bermain seorang diri di ruang tamu,” katanya sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata polis menerima maklumat kejadian terbabit pada jam 10.40 malam dan insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai duduk di atas sofa berdekatan kain penyangkut langsir itu sebelum bermain dengan kain berkenaan sebelum terbelit pada lehernya.

“Polis percaya mangsa mati akibat terjerut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu, nenek dan adiknya berusia tujuh bulan, manakala bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual sayur tiada di rumah kerana keluar bekerja sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Nenek mangsa yang tidak sedap hati selepas tidak mendengar suara mangsa menjenguk cucunya di ruang tamu rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa terkulai di atas sofa dengan lehernya terjerut.

“Keluarga mangsa membawanya ke Pusat Perubatan Putra (PMC) untuk rawatan, bagaimanapun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa pulang ke rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati tergantung dan tiada unsur jenayah,” katanya.

NEGARA


Sindiket buat penyata akaun bank

KUALA LUMPUR – Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) tidak menolak kemungkinan berlakunya kes pemalsuan penyata akaun bank yang didalangi sindiket tertentu bagi membuat pinjaman wang.
Ketua Bahagian Media dan Komunikasi Korporatnya, Sharen Cheah berkata, pihaknya sedang meneliti laporan terperinci berhubung dakwaan tersebut.
“Kami menyedari perkara itu (pemalsuan penyata akaun bank) dan akan memberikan maklum balas secepat mungkin,” katanya ringkas semasa dihubungi semalam.
Kosmo! semalam melaporkan kegiatan sebuah sindiket yang dipercayai bergiat aktif memalsukan penyata akaun bank bagi membuat pinjaman wang.


NEGARA


Kecoh ular tedung melintas depan TV


ANGGOTA JPAM Perlis menunjukkan ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditangkap dalam sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Pauh, Arau semalam.



ARAU - Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.
Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.
Ketua Operasi JPAM, Mohd. Farhan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang bersembunyi di belakang rak televisyen rumah itu.
"Pemeriksaan dilakukan di seluruh sudut rumah penduduk itu dan akhirnya kami menemui ular itu di belakang rak tersebut.
"Kami terpaksa menggunakan cangkuk besi untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar besi," katanya.
Jelasnya, ular tersebut yang berwarna kuning dipercayai datang dari arah bukit berhampiran bagi mencari tempat yang lebih panas untuk bersembunyi.
"Ular itu adalah spesies reptilia berbisa yang paling besar pernah kami tangkap setakat ini," ujarnya.


NEGARA


Kampung Baru berusia 111 tahun


PEMANDANGAN Kampung Baru, Kuala Lumpur yang akan berusia 111 tahun pada hari ini.



KUALA LUMPUR - Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru di sini yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun hari ini.
Sehubungan itu, pelbagai program bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn. Bhd. bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.
Menurut Pengarah Urusan Centrepro Sdn. Bhd., Ishak Abdul Kadir, acara akan bermula hari ini dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau di kawasan itu.
"Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya," katanya yang merupakan Penyelaras Acara Kampung Baru Warisan di sini semalam.
Kampung Baru berkeluasan 122.93 hektar mula dibuka pada tahun 1899 dan merupakan sebuah perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah Kuala Lumpur.



NEGARA

Tun Mahathir janggal diinterviu Siti Nurhaliza


TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.
Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.
“Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.
“Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas,” jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.

 komen ...susah sangat ke pakai tudung....kan tahu menutup aurat itu wajib

NEGARA


Serangan api misteri masih ekori keluarga Sidek


MOHD. SIDEK menunjukkan pakaian yang terbakar kepada Ahmad Fadzly di rumah sewanya di Bandar Baharu, Kulim semalam.



KULIM - Walaupun telah berpindah ke rumah baru, serangan api misteri masih berlaku dalam kehidupan keluarga seorang penoreh getah, Mohd. Sidek Hamid, 51, sejak 30 November lalu.
"Saya tidak tahu ke mana hendak pergi lagi setelah rumah lama kami di Kampung Cerok Meranti, Mukim Sungai Batu, Serdang diserang api misteri.
"Saya ingat segalanya akan berakhir apabila pindah ke rumah lain tetapi nampaknya api misteri itu masih mengekori kami sekeluarga," kata Mohd. Sidek ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu semalam.
Menurut Mohd. Sidek, api misteri yang muncul berulang lagi di rumahnya telah menyebabkan banyak barangannya musnah.
Antara barang yang terbakar ialah baju, seluar dan kasut sekolah milik dia dan anaknya.
"Serangan api misteri ini kerap berlaku ke atas diri saya dan anak perempuan saya, Zuraidah, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selama.



Adik tak puas hati

SEDIH...Lee (kanan) bersama Teng menahan kepiluan sambil mengepit gambar mendiang Teoh.
SEDIH...Lee (kanan) bersama Teng menahan kepiluan sambil mengepit gambar mendiang Teoh.
SHAH ALAM: “Selepas terlalu lama menunggu, ini saja keputusannya? Saya tidak berpuas hati,” kata Teoh Lee Lian, 31, adik mendiang Teoh Beng Hock, di luar Mahkamah Koroner, semalam.
Dia yang bertindak sebagai jurucakap keluarga, dilihat sungguh emosional sehingga menangis teresak-esak dan kadangkala seperti meraung apabila ditanya media mengenai reaksinya terhadap keputusan itu.

Malah, wanita itu yang hadir bersama ahli keluarganya dilihat mula mengalirkan air mata sebaik memasuki galeri awam di Mahkamah Koroner, jam 2.15 petang.
Lee Lian yang terlampau kecewa dengan keputusan itu berkata, dia akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara sehingga Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian abangnya.
“Keputusan ini tidak membawa apa-apa makna,” katanya.
Ibu Teoh, Teng Shuw Hor, 57, yang cuba mengelak daripada dikerumuni media hanya berkata: “Siapa menyebabkan kematian anak saya, dia patut beri jawapan kenapa anak saya mati.”
Seperti prosiding terdahulu, Teng membawa bersama bingkai gambar dengan foto Teoh, 30.
Terdahulu, keputusan inkues yang sudah berlangsung lebih setahun setengah itu menarik perhatian ratusan wakil media tempatan dan antarabangsa, yang membanjiri pekarangan kompleks mahkamah sejak 11 pagi.
Sementara itu, peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo berkata, keluarga mendiang Teoh akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

“Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

“Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada SPRM,” katanya.

TAK SETIMPAL HUKUM ....DI DUNIA ...HUKUM AKHIRAT MENUNGGU DAN TAK KAN LEPAS..

Polis palsu tumpas

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

RAMPAS...Amiruddin menunjukkan alat renjatan elektrik dan kad polis yang digunakan suspek.
RAMPAS...Amiruddin menunjukkan alat renjatan elektrik dan kad polis yang digunakan suspek.
AMPANG: Dua sahabat karib yang giat menjalankan kegiatan samun dengan menyamar polis tumpas selepas seorang daripada mereka ditahan awal pagi akhir bulan lalu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit yang berusia 30-an aktif menyamar polis sejak lebih setahun lalu dengan memakai jaket polis dan menunggang sebuah motosikal bagi mencari sasaran mereka.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata seorang daripada suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan paling dikehendaki polis berhubung kegiatan penyamaran itu. Katanya, pada 30 Disember lalu kira-kira jam 3.30 pagi, suspek berkeliaran di Pandan Perdana, Ampang, di sini, sebelum cuba memperdaya seorang pelajar yang melalui kawasan itu.
“Suspek menahan kereta mangsa yang berusia 21 tahun itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu menjalankan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan dua telefon bimbit dan wang RM20,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, sebuah kereta peronda polis yang melalui kawasan itu melihat gelagat suspek mencurigakan.

Suspek yang terkejut sejurus melihat kehadiran kereta peronda berkenaan melarikan diri, namun seorang daripada mereka diberkas dan seorang lagi meloloskan diri.

“Pemeriksaan polis menemui alat renjatan elektrik, sebilah pisau lipat dan sekeping kad tertera logo polis dipercayai digunakan mereka untuk menyamun.
“Selain itu, kami (polis) turut merampas sebuah motosikal yang digunakan mereka. Malah, siasatan lanjut mendapati motosikal itu motosikal curi yang dilaporkan hilang di Salak Selatan,” katanya.

Amiruddin berkata, suspek yang paling dikehendaki itu berkaitan kes penyamaran polis di Cheras, di sini, direman sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, polis kini giat mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dan percaya suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat.

“Kami percaya dengan penahanan suspek itu, kami menyelesaikan lebih tujuh kes samun membabitkan penyamaran polis sepanjang tahun lalu,” katanya.


Cekup 12 GRO asing dalam restoran



PETALING JAYA: Lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, kali ini 12 wanita diberkas dalam serbuan di sebuah restoran di premis dua tingkat di Taman Bukit Mayang Emas, di sini, petang semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, sepasukan pegawai termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu premis terbabit yang dikenal pasti hanya dikunjungi pelanggan tetap.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang turut serta serbuan itu berkata, polis melakukan risikan sejurus menerima maklumat awam.
“Premis itu terkunci dan hasil pemantauan dan risikan, kami (polis) menyerbu masuk selepas pemilik terbabit leka dengan kunjungan ‘pelanggan’ tanpa menyedari pergerakan mereka diperhatikan,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan dalam premis itu gelap dan hanya disinari kerlipan lampu neon sebelum menemui GRO terbabit.

Arjunaidi berkata, polis mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang permit hiburan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak menolak kemungkinan turut menawarkan kegiatan maksiat selepas beberapa tilam dan ruangan khas turut ditemui.

Harian Metro difahamkan pusat hiburan yang terletak di bahagian atas premis bangunan kedai dua tingkat itu dilengkapi sofa dan ruang minum bagi pelanggan dan GRO terbabit




Sindiket tipu pinjam wang

KUALA LUMPUR: Satu sindiket dikesan aktif menipu syarikat pemberi pinjaman wang berlesen dengan menyamar peminjam sebelum menghilangkan diri.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sindiket itu bukan saja aktif di Lembah Klang, malah di seluruh negara dengan mengemukakan dokumen palsu ketika membuat permohonan pinjaman.

“Terbaru, sebuah syarikat pemberi pinjam wang berlesen di Ampang Jaya hampir ditipu sindiket terbabit yang mahu meminjam RM500,000.
“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati kenyataan bank yang diberikan ahli sindiket itu palsu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Penasihat kewangan syarikat itu yang mahu dikenali sebagai Wong berkata, lelaki terbabit yang memperkenalkan diri sebagai Chin Soon berusia 41 tahun datang ke pejabatnya Khamis lalu untuk meminjam wang.

“Saya memintanya menyerahkan salinan kenyataan bank, kad pengenalan dan pendaftaran syarikat. Sebaik menerima kenyataan bank itu, saya terkejut kerana jumlah simpanannya RM613,789.40.

“Selepas itu, saya bertanya kenapa dia masih mahu membuat pinjaman dan lelaki terbabit mendakwa mahu membeli sebidang tanah di Puchong yang berharga RM1 juta,” katanya.

Namun, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati kenyataan bank itu palsu dan jumlah sebenar wang di dalam akaun berkenaan hanya RM5 bukan seperti kenyataan diberikan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, akaun lelaki itu baru saja dibuka pada 15 Disember lalu. Kenyataan bank yang diberikan kepada saya bertarikh 15 September,” katanya.



Wanita India tawar polis seks didenda RM2,000



KUALA LUMPUR: Akibat menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang pegawai polis, seorang ibu tunggal warga India didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan yang dilakukannya itu pada November tahun lalu.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhi hukuman itu terhadap N Vasathi, 34, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil. Tertuduh turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda seperti yang diperintahkan mahkamah. Mengikut pertuduhan, wanita dua anak itu didakwa menawarkan khidmat seks bernilai RM40 kepada Aran Eh Chin di hadapan pasar raya Mydin, Jalan Masjid India, dekat sini, jam 2.10 petang, pada 30 November lalu. Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Dr Ghanti Nathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuan mengurangkan hukuman, tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia menyara dua anak berikutan suaminya sudah mati.




Janin di tempat pembuangan sampah



KOTA KINABALU: Pihak yang membuang janin berbungkus sehelai kain batik di dalam sebuah beg plastik bersama sebilah pisau pemotong daging di tempat pembuangan sampah Pusat Komersial Salut di sini, semalam, dipercayai cuba menghapuskan janin berkenaan agar wanita yang melahirkannya tidak dapat dikesan.
Jika lambat ditemui, beg plastik mengandungi janin berkenaan akan diangkut lori pengangkut sampah sedang memungut sampah di kawasan berkenaan.

Polis percaya janin berkenaan dipercayai dibuang ke dalam sebuah tong sampah berhampiran jalan masuk sebuah politeknik berdekatan pusat perniagaan berkenaan.
Seorang tukang cuci menemui janin berkenaan secara tidak sengaja ketika hendak membuang sampah di situ kira-kira jam 9.30 pagi, semalam.

Wanita berkenaan, Agustena Tating, 50, tertarik dengan sebilah pisau pemotong daging dalam sebuah beg plastik selepas membuang sampah di situ.

Katanya, oleh kerana mendapati pisau itu masih baru, dia tanpa sebarang curiga, membelek beg plastik berkenaan sebelum menarik pisau itu keluar.

“Bagaimanapun, saya pelik apabila mendapati beg plastik itu turut mengandungi objek dibalut dengan sehelai kain batik.

“Berasa pelik dan curiga, saya menyelak kain batik itu dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi objek seperti janin bayi cukup sifat,” katanya ketika ditemui.
Menurut Agustena, dia tidak berpuas hati dengan penemuan itu lalu memanggil beberapa rakannya bagi mengesahkan bahawa objek berbalut kain batik itu adalah janin bayi.

“Mereka juga terkejut dan mengesahkan objek itu adalah janin bayi dan kami membuat keputusan mengalihkan beg itu kerana pekerja serta lori sampah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sedang mengutip sampah di situ sebelum menghubungi polis.

“Ini kali pertama saya menjumpai janin bayi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata janin berkenaan dipercayai dibuang ke dalam sebuah tong sampah berhampiran jalan masuk ke sebuah politeknik berdekatan pusat perniagaan berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi penemuan janin berkenaan sebaik pihaknya menerima panggilan orang awam.

“Setiba di lokasi, anggota polsi mendapati janin berkenaan diletak di tepi pondok sampah oleh mereka yang menemuinya bagi mengelak diangkut lori sampah,” katanya.

Menurut Sofi, janin dipercayai berusia enam bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabath (HQE) untuk dibedah siasat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta memberi kerjasama bagi mengesan suspek atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 088-242111,” katanya
 
 
 

2 didakwa rompak



SHAH ALAM: Dua sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga gadis sehinggakan mangsa kerugian hampir RM4,000, dalam satu kejadian, di sini, akhir tahun lalu.
Peniaga pasar malam, V Ravindran, 32, dan pemandu lori, S Sujendran, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan di rumah bernombor 3C-02-04 Apartmen Jaya TTDI, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi, 22 Disember lalu. Mereka didakwa mengambil dua komputer riba jenama Acer, tiga broadband, beg
tangan, lesen memandu, kad pengenalan, buku simpanan Amanah Saham Bumiputera, pemain MP3, kamera dan telefon bimbit.




Kena kafan buang saka



PEKAN: Niatnya mahu membuang saka yang dipercayai berada dalam badan ibu, namun cara rawatan dikendalikan seorang pengamal perubatan tradisional tidak memuaskan hati keluarga itu apabila bertindak mengkafankan wanita warga emas itu seperti jenazah.
Dalam kejadian di Kampung Nenasi, dekat sini, Sabtu lalu, seorang ahli keluarga itu datang bersama pengamal perubatan terbabit yang dibawa dari Kuantan dengan tujuan membuang saka pada badan ibunya yang berusia 60 tahun.

Ketika proses rawatan, anak perempuan warga emas itu yang menyaksikannya terkedu apabila melihat ibunya dikafankan seperti jenazah menyebabkan wanita warga emas itu hampir lemas.
Melihat keadaan ibunya diperlakukan sedemikian, wanita terbabit kemudian mengarahkan pengamal perubatan tradisional itu berhenti melakukan upacara berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Difahamkan, pengamal perubatan tradisional berusia lingkungan 50-an itu terpaksa akur dengan permintaan anak perempuan mangsa yang meminta menghentikan upacara berkenaan.

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa dan pengamal perubatan itu masing-masing membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Nenasi, dekat sini, kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman (gambar), ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kedua-dua pihak terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang berlaku sesuatu perkara selepas upacara membuang saka pada badan wanita warga emas itu dihentikan.
“Bagaimanapun, polis tidak membuka kertas siasatan dan kes berkenaan dianggap selesai,” katanya.



Ugut sebar gambar bogel



KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kafe ditahan selepas cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang masih menuntut di tingkatan tiga di Internet hanya kerana temannya itu mahu memutuskan hubungan mereka, petang kelmarin.
Mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan pernah menjalin hubungan seks dengan lelaki itu sepanjang perkenalan mereka dua bulan lalu.

Mereka berkenalan menerusi ruangan mencari jodoh.
Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada mangsa sama ada menyerahkan wang tunai RM1,000 seperti diminta atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sejak perkenalan itu, mereka dikatakan kerap berjumpa untuk keluar makan sebelum suspek mengajak mangsa ke hotel di sekitar ibu negara.

“Selepas berhubung melalui telefon kira-kira seminggu, suspek kemudian mengajak mangsa berjumpa sebelum melakukan hubungan seks.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang meminta wang RM1,000 atau mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan,” katanya yang ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL)di sini, semalam.

Katanya, suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di bilik hotel. Menurutnya, mangsa yang gagal menyerahkan wang diminta suspek kemudian membuat laporan polis, pagi kelmarin. “Berikutan laporan itu, suspek ditahan di Jalan Imbi, di sini kira-kira jam 3 petang,” katanya.

Malah, siasatan turut mendapati mangsa pernah menghantar beberapa gambar bogelnya melalui sistem pesanan bergambar (MMS) atas permintaan suspek.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Keluarga dakwa hukuman tak setimpal



JOHOR BAHRU: “Bagi kami sekeluarga, hukuman diterima tertuduh tidak setimpal dengan perbuatan ganasnya terhadap Ain, sepatutnya hukuman penjaranya secara berasingan, bukan serentak,” kata Marlina Jemedi, 31, mengulas hukuman dijatuhkan mahkamah terhadap Habin Sulaiman, 42, yang mengaku bersalah cuba membunuh Nur Ain Ashikin, 18.
Marlina berkata, hukuman dikenakan terhadap tertuduh dianggap tidak setimpal dengan kecederaan dialami Ain hingga kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

“Tindakan ganas dan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan Ain mengalami kecederaan teruk jika dia sembuh.
“Ain juga akan menderita berikutan hampir 70 peratus muka dan badannya terbakar akibat disimbah asid oleh tertuduh dalam kejadian itu,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan terkini Ain, Marlina berkata, perkembangan adiknya agak membimbangkan berikutan tahap kesihatan semakin merosot.

Katanya, akibat kecederaan, Ain mengalami jangkitan kuman yang menjejaskan fungsi organ penting seperti buah pinggang, hati dan paru-paru.

“Lebih merisaukan kadar degupan jantung Ain juga semakin perlahan dan suhu badannya juga turun bagaimanapun perkembangan negatif itu sentiasa dipantau kakitangan bertugas merawatnya.

“Selepas menjalani pembedahan minggu lalu, doktor terpaksa merehatkan Ain dengan memberi ubat tidur dia kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan.
“Mengikut perancangan, Ain sepatutnya menjalani satu lagi pembedahan susulan hari ini (semalam) bagaimanapun ditangguh berikutan keadaannya yang tidak stabil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, dia dan keluarga kini dengan bantuan pihak hospital sedang berusaha mendapatkan kulit gantian dari luar negara bagi menggantikan bahagian tubuh yang terjejas.

“Bukan hanya usaha mendapatkan kulit gantian dari luar negara, kami juga risau sekiranya Ain kehilangan penglihatannya seperti dimaklumkan doktor sebelum ini.

“Kami terpaksa menunggu lebih lama untuk mengetahui keputusannya berikutan ujian lanjut hanya boleh dilakukan pakar mata selepas Ain pulih,” katanya.

Kelmarin, Hakim Salawati Jambari menjatuhkan hukuman 17 tahun penjara di atas kesalahan cuba membunuh mangsa menggunakan pisau.

Tertuduh juga dihukum penjara 17 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua iaitu cuba membunuh Nur Ain menggunakan asid cuka getah.

Salawati yang mengambil kira kes itu mempunyai kepentingan awam, mengarahkan supaya hukuman itu dijalankan serentak daripada tarikh tertuduh ditahan.

BAGAIMANA NI...NI KESAN MEMBELAKANG HUKUM ALLAH....JIKA TIDAK MEREKA TELAH DIREJAM ATAU 100X SEBATATAN.....MUNGKIN DUNIA MEREKA SELAMAT...MAKA NERAKA JAHANAM MENUNGGU MEREKA....APA KOMEN AHLI2 ILMUAN ISLAM..

Hamba nafsu penguat kuasa



KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor mendakwa bukan saja menjadi hamba seks anggota penguat kuasa PBT berkenaan, malah diperlakukan seperti haiwan selama tiga tahun oleh tiga lelaki ‘durjana’ terbabit secara bergilir-gilir.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hassan, 60, berkata dia tidak menyangka kelakuan isterinya yang kerap mengelak dan memberi alasan untuk pergi bekerja pada hujung minggu atau hari cuti berpunca daripada kejadian itu.

Katanya, perkara itu terbongkar apabila isterinya berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan, dengan alasan mahu menjaga rumah ibunya yang menunaikan ibadat haji.
“Selepas setahun membisu dan sering didesak, baru dia membuka rahsia dengan menceritakan kejadian itu kepada saya dan ibunya. Isteri saya memberitahu, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkara itu, tetapi perasaan bersalah kepada keluarga menghantui diri selain malu,” katanya ketika di temui di rumahnya, semalam.

Menyedari maruah isteri tergadai sedangkan lelaki ‘durjana’ terbabit masih bebas, Mohd Hassan menyarankan isterinya untuk membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sehingga kini, anak-anak kami tidak tahu kejadian yang menimpa ibunya, malah saya juga rasa bersalah kerana membiarkan dia bekerja dan tinggal di rumah seorang diri,” katanya yang menemani isterinya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, Mac lalu.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Hassan berkata, isterinya dirogol buat kali pertama di kawasan berhampiran rumahnya selepas menerima pelawaan seorang anggota terbabit yang mahu menghantarnya pulang.

“Sejak itu, isteri saya menurut kehendaknya kerana dia mengugut untuk mencederakan isteri saya atau dibuang kerja sekiranya keinginannya ditolak. Lebih menyeksakan apabila dia turut membuat ‘promosi’ kepada dua lagi rakan sejawatnya untuk turut melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Tidak cukup memuaskan nafsu dalam kereta dan stor pejabat, isteri saya dirogol dan dipaksa memuaskan nafsu mereka di tangga serta tandas pejabat, malah ketiga-tiga lelaki itu pernah datang ke rumah kami dan membuat bising sehingga isteri saya menurut kehendaknya,” katanya.

MANUSIA SEKARANG RAMAI DAH TAK MENGIRA HALAL HARAM DALAM SEGI TINDAK TANDUK....SEOLAH2 MEREKA DAH TAK PERCAYA SYURGA DAN NERAKA...

Pinjam 'koperasi along'

Oleh Yusmizal Dolah Aling

SERIUS...Md Yusof dan Nadzim mendengar aduan mangsa sindiket terbabit.
SERIUS...Md Yusof dan Nadzim mendengar aduan mangsa sindiket terbabit.
KUALA LUMPUR: Ceti haram atau along dikesan menggunakan taktik baru menipu kakitangan awam dengan mengumpan mereka mendapatkan pinjaman mudah daripada koperasi tertentu sebelum melaburkan wang dipinjam itu dalam skim pemasaran berperingkat (MLM) yang membabitkan pelaburan terkumpul berjumlah hampir RM1 bilion, sejak tiga tahun lalu.
Kakitangan awam yang terpedaya janji manis along terbabit hanya perlu menyediakan dokumen tertentu untuk mendapatkan pinjaman mudah dan menyedari mereka tertipu selepas menyemak dengan koperasi mengenai jumlah sebenar pinjaman, malah terkejut dengan kadar faedah pinjaman tidak masuk akal yang dikenakan.
Sindiket terbabit menggunakan orang tengah untuk memujuk kakitangan kerajaan supaya membuat pinjaman daripada koperasi kononnya bagi melabur dalam skim MLM yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, sedangkan hakikatnya skim berkenaan disenaraihitamkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, semua urusan permohonan pinjaman seperti borang koperasi dan dokumen lain diuruskan dalang terbabit yang hanya menghubungi peminjam untuk mengeluarkan wang menerusi draf bank yang dipindahkan ke akaun milik sebuah syarikat.


Kegiatan itu dikesan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selepas menerima aduan orang ramai yang tertipu dengan sindiket terbabit menerusi tawaran pinjaman dan diluluskan tidak sampai 24 jam.

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin, berkata sindiket itu dipercayai menggunakan cap jari dan tandatangan palsu mangsa untuk memohon pinjaman selain menawarkan satu skim pelaburan kononnya pemohon akan mendapat keuntungan berlipat ganda dalam masa singkat.

Katanya, kumpulan terbabit turut menjadikan kecanggihan teknologi maklumat untuk mendapatkan maklumat peribadi orang ramai yang diperoleh menerusi laman sosial Facebook dengan menjadikan penjawat awam di Lembah Klang sebagai mangsa.

Menurutnya, mangsa akan diperdaya dengan dakwaan kononnya pinjaman itu mendapat kelulusan kerajaan dan menunjukkan bukti koperasi sebagai badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan kewangan itu sehingga diluluskan.

“Ramai di kalangan mereka (dalang) terbabit bergelar jutawan hasil daripada kadar caj pinjaman dan imbuhan tinggi yang dikenakan kepada pemohon. Mereka mengaku menjadi ejen koperasi, tetapi ramai yang tidak tahu, SKM sudah mengeluarkan arahan untuk melarang penggunaan ejen oleh mana-mana koperasi di negara ini.

“Berdasarkan aduan, ada peminjam yang dikenakan caj 12 peratus iaitu kadar yang terlalu tinggi jika dibandingkan caj biasa yang diterima koperasi sebanyak satu peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengadakan pertemuan dengannya untuk menyelesaikan satu kes terbaru membabitkan penipuan pinjaman bernilai RM111,000.

Menurut Md Yusof, pemantauan pihaknya juga mendapati rata-rata peminjam yang menjadi mangsa adalah penjawat awam yang baru bekerja dan tidak tahu membezakan antara skim yang dibenarkan atau didalangi pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Kami percaya sindiket menggunakan koperasi tertentu ini didalangi along yang turut menawarkan skim cepat kaya untuk menipu orang ramai yang terpedaya helah licik mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai terutama penjawat awam yang terpedaya dengan tawaran sindiket terbabit yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung bebanan hutang pinjaman yang tinggi.

Md Yusof berkata, mana-mana koperasi yang terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 64 dan 66 Akta Koperasi dan jika sabit kesalahan, tindakan menggantung, membubar atau memecat ahli lembaga koperasi berkenaan akan diambil.

“Kami juga mengambil tindakan membekukan kod Biro Pemotongan Angkasa (BPA) yang diberikan kepada koperasi terbabit bagi menghalang mereka daripada menjalankan kegiatan baru dan hanya boleh menjalankan urusan sedia ada seperti pungutan hutang.

“Kebanyakan ejen ini agresif, mereka akan buat apa saja untuk menarik peminjam kerana imbuhan yang menanti adalah tinggi. Justeru, kami menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat pinjaman, sebaliknya merujuk kepada SKM terlebih dulu bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai status koperasi,” katanya.



Tinggal bayi bawah pokok

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Shamsul Munir Safini

DI SINI...Norabiatul menunjukkan lokasi bayi malang berkenaan dibuang.
DI SINI...Norabiatul menunjukkan lokasi bayi malang berkenaan dibuang.
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia enam hari ditemui masih bernyawa dalam sebuah beg galas berwarna hitam ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa di sini, semalam.
Difahamkan, bayi malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan lebih sejam sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bayi lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.

Saksi kejadian, Norabiatul Adawiyah Yunus, 23, berkata ketika kejadian, dia dan rakannya, Nizul Ahmad, 21, baru pulang dari tempat kerja apabila ternampak sebuah beg galas ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sekolah berkenaan.


“Curiga dengan keadaan beg itu, saya kemudian meminta Nizul melakukan pemeriksaan. Sebaik membuka beg galas itu, kami mendapati kandungannya adalah tuala putih sebelum segera meletakkannya semula.

“Sebaik meletakkan beg itu, kami terdengar suara bayi menangis membuatkan kami terkejut dan berpandangan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Katanya, dia dan Nizul kemudian membuka semula beg galas itu sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki bayi cukup sifat berada dalam beg berkenaan.

“Keadaan bayi itu agak lemah menyebabkan kami segera menahan beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal.

“Kami bernasib baik apabila sebuah kenderaan polis kebetulan melalui kawasan itu.

“Sebaik menahan kenderaan itu, kami segera memaklumkan penemuan berkenaan dan anggota polis terbabit segera menghubungi pihak berkaitan,” katanya.

Sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian sebelum bayi lelaki itu dihantar ke HKL untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Saya berbangga dengan keberanian dan keprihatinan kedua-dua saksi kejadian yang bertindak pantas memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

“Tindakan mereka berjaya menyelamatkan satu nyawa. Saya berharap tindakan mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai,” katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.

Oleh itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.



2 siswa dihempap pokok

Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali

PARAH...Salman dikejarkan ke HPSF untuk menerima rawatan selanjutnya.
PARAH...Salman dikejarkan ke HPSF untuk menerima rawatan selanjutnya.
HAFIZUDIN...kejadian berlaku sekelip mata.
HAFIZUDIN...kejadian berlaku sekelip mata.
LEDANG: Perkelahan 14 pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di kawasan peranginan Gunung Ledang berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dihempap sebatang pokok.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Salman Al Farisi Ahmad Sabri serta rakannya, Muhammad Hafizudin Abdullah, masing-masing berusia 21 tahun, ditimpa pokok ketika berkelah di Kolam Puteri, Gunung Ledang.
Menceritakan semula tragedi itu, Hafizudin berkata, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia dan rakan berehat selepas penat mandi-manda.

“Angin kencang tiba-tiba bertiup di kawasan kami berkelah dan dikejutkan dengan bunyi kayu patah, namun tiada apa-apa yang berlaku.

“Beberapa saat kemudian barulah saya sedar sebatang pokok tua tumbang ke arah saya dan Salman, tetapi kami tidak sempat mengelak,” katanya ketika di temui di Hospital Tangkak, petang semalam.

Menurutnya, separuh anggota badannya dihempap pokok menyebabkan dia terkedu dan terpinga-pinga selepas kejadian itu sebelum diselamatkan rakannya.

Hafizudin berkata, Salman yang turut dihempap pokok berkenaan mampu berdiri serta berjalan sebelum rebah secara tiba-tiba.

“Panik dengan keadaan Salman itu rakan yang lain meminta bantuan orang ramai di sekitar Gunung Ledang berikutan darahnya tidak berhenti mengalir dari lukanya,” katanya lagi.

Dua pelajar terbabit dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tangkak, sebelum Salman yang berasal dari Felda Hutan Perca, Alor Gajah, Melaka dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Sementara itu, jurucakap hospital ketika ditemui berkata, Hafizudin yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dirawat sebagai pesakit luar memandangkan kecederaan ringan dialaminya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Tangkak dengan bantuan renjer Gunung Ledang Resort (GLR) bergegas ke tempat kejadian membantu membawa mangsa turun sebelum dihantar mendapat rawatan kecemasan di Hospital Tangkak.



 NEGARA

Nenek rancang bunuh 3 beranak

CHENNAI - Seorang nenek berumur 67 tahun dipercayai bertanggungjawab merancang pembunuhan kejam seorang wanita warga Malaysia dan dua anak kecilnya di Madurai, India pada November lalu.
Menurut pegawai polis di Vadipatti, Inspektor P. R Lakshmanan, nenek itu yang kini ditahan polis di Madurai merupakan nenek kepada suspek utama kes bunuh tiga beranak itu yang dipercayai telah melarikan diri ke Malaysia dengan empat suspek lain.
"Kami mendapati nenek itu merupakan perancang pembunuhan itu, dia yang sebenarnya menyuruh mereka (semua suspek) membalas dendam terhadap si mati.
"Semua tujuh tertuduh dalam tahanan kami sekarang juga mendedahkan yang nenek itu terbabit dalam jenayah itu," kata Lakshmanan.
Mayat tiga beranak itu pada mulanya ditanam di ladang kelapa wanita nenek itu sebelum mayat-mayat itu kemudian dipindahkan ke tempat lain.
Warga Malaysia, Adhila, 24, dua anaknya, Ajira Banu, 5, dan Mohd Aslan, 7, didapati hilang dari rumah mereka di daerah Ramananthapura pada 8 November.
Tiga hari kemudian polis menemui mayat tiga beranak itu dalam keadaan sudah reput di sebuah saliran di Vadipatti di Madurai, Tamil Nadu, kira-kira 150 kilometer dari tempat mereka diculik.



Kanak-kanak mati terjerut langsir

05/01/2011 3:04pm

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki, Tan Yin Sheng, 5, mati terjerut kain pengikat langsir di rumahnya di Taman Timah, Jalan Putra di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian berlaku pukul 9.30 malam ketika kanak-kanak itu bermain seorang diri di ruang tamu rumah berkenaan.
"Kita menerima panggilan telefon daripada jirannya kira-kira pukul 10.40 malam mengatakan anak jirannya mati terjerut kain pengikat langsir,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa dipercayai seorang kanak-kanak hiperaktif dan didakwa telah memanjat sofa berhampiran dengan langsir sebelum dia terjerut pada kain pengikat langsir itu. - Bernama




NEGARA


Keputusan inkues Beng Hock diketahui hari ini

KUALA LUMPUR - Keputusan yang ditunggu-tunggu mengenai inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang ini.
Koroner Azmil Muntapha akan menyampaikan keputusan itu di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 2.30 petang.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas dia memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Ekoran kejadian itu, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues dilakukan ekoran berbangkit beberapa persoalan sama ada Beng Hock membunuh diri atau dibunuh dan paling penting, bagaimana, bila dan cara mangsa itu menemui ajalnya.



NEGARA


Keluarga tolak lamaran Sanah sebab Ahmad uzur


AHMAD terbaring sambil ditemani dua anaknya, Hamiah (kanan) dan Fatimah di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Hasrat Sanah Ahmad, 82, untuk mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Md. Isa yang berusia 110 tahun berkemungkinan besar tidak kesampaian.
Ini kerana keluarga Ahmad semalam berubah fikiran apabila menolak sebarang perbincangan mengenai perkahwinan warga emas itu.
Anaknya, Fatimah berkata, keputusan itu adalah hasil perbincangan semua ahli keluarga dan ia adalah muktamad.
“Saya minta maaf kepada keluarga Sanah kerana terpaksa tolak hasrat mereka. Jadi, saya rasa mereka perlu batalkan rancangan ke rumah kami Sabtu ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Mengkudu di sini.
Menurut Fatimah, keputusan itu diambil atas dasar kesihatan ayah mereka yang kerap sakit seperti batuk, lelah dan muntah berkahak selain terpaksa membuang air kecil di dalam bekas kerana sudah tidak berdaya untuk berjalan ke bilik air.
Katanya, anak Sanah, Sabaha ada menghubungi suaminya Sabtu lepas memaklumkan kedatangan mereka.
“Mereka tetap mahu datang sebab hendak melihat sendiri keadaan ayah dan kami mungkin tidak benarkan ayah bersua muka dengan Sanah takut dia bersungguh-sungguh hendak berkahwin,” jelasnya.



NEGARA


Maut tak sempat diami rumah baru


BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Che Esah yang maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Impian seorang wanita untuk mendiami sebuah rumah baru bersama keluarganya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini semalam.
Mangsa, Che Esah Che Noh, 31, meninggal dunia kira-kira pukul 9.40 pagi ketika dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang bagi membuat pembayaran bagi rumah yang dibelinya di Pasir Tumboh di sini.
Dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain sehingga dia tercampak di atas jalan raya.




NEGARA


Karam Singh buat penjelasan




KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.
Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.
Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.
"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.
Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.
"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya
 
 
 
 

NEGARA


Makmal halal pertama di dunia

NILAI - Makmal Institut Halal Malaysia pertama negara yang bernilai RM27.3 juta yang berperanan sebagai pusat halal antarabangsa akan dibina di Bandar Enstek di sini tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, makmal berkenaan akan dijadikan pusat untuk menguruskan semua produk halal termasuk produk antarabangsa yang memerlukan sijil halal.
Menurutnya, makmal ini dijangka dapat meningkatkan kredibiliti dan keupayaan perkhidmatan pensijilan halal selaras untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai rujukan utama dalam pensijilan dunia yang diperakui oleh 23 negara lain.
"Makmal halal ini merupakan makmal yang pertama kerana sebelum ini kita menggunakan makmal di Univeriti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.
"Diharapkan dengan kewujudan makmal ini, segala urusan berkaitan dengan produk halal dapat dilaksana dengan lebih efisien," katanya selepas mempengerusikan taklimat pelaksanaan projek berkenaan di pejabat TH Properties di Bandar Enstek, Nilai di sini semalam.
Menurut Jamil Khir, skop analisis yang dilakukan di makmal itu kelak mampu menganalisis produk makanan dan produk gunaan sebelum sijil dikeluarkan kepada pemohon.
"Pembangunan kaedah analisis halal pula akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak universiti dan badan-badan kerajaan yang lain," katanya.