Friday, March 18, 2011

BETUL ANCAK AKAN DIHANYUTKAN...DISEBUT DALAM KITAB RISALAH TAUHID....TETAPI APA JUGA UPACARA JIKA KITA ANGGAP ADA KUASA...BERKAT DAN SEUMPAMA DENGAN DILARANG JUGA....SEBAB ADA UNSUR SYIRIK....ADA BENDA LAIN BERKONGSI KUASA DENGAN ALLAH...NAK DIRI TIANG DIRIKAN AJE LAH...TAK YAH UPACARA2...

Itu bukan ancak


IPOH – Perbuatan menaikkan tiang seri dan merenjis yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong tahun lalu, tidak salah di sisi syarak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Syariah dan mendapati perbuatan itu bukan ancak seperti yang didakwa.

Menurutnya, jika ada mana-mana pihak mendakwa perbuatan itu upacara ancak, mereka perlu kemukakan bukti.

“Sekiranya bukti itu sahih dan boleh diterima pakai, jawatan kuasa akan mengadakan mesyuarat sekali lagi untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin, ketika mengulas desakan yang dibuat Dewan Pemuda Pas Negeri Perak.

Sebelum ini Pemuda Pas Negeri beberapa kali mendesak supaya perbuatan yang dilakukan Dr Zambry diwartakan.

Menurut Harussani, berdasarkan definisi di dalam Kamus Dewan dan Kitab Tajul Muluk, upacara yang dilakukan itu bukan perbuatan ancak.

Beliau berkata, mengikut Kitab Tajul Muluk karangan Al-Hafiz Abdul Azim Al Manzari, upacara ancak melibatkan bacaan mantera tertentu dan terdapat bahan-bahan tertentu yang digunakan untuk tujuan itu.

Katanya, kitab itu juga menjelaskan upacara ancak itu mesti mempunyai satu bekas dan dibuat tiga jenis nasi berwarna merah, kuning dan putih; tiga biji telur berwarna merah, kuning dan putih; tiga jenis pisang dan beberapa bahan lain sebelum ia dihanyutkan ke laut.

“Upacara merenjis sebenarnya sudah sebati dengan masyarakat Melayu dan ia tidak melibatkan masalah akidah.

“Melainkan jika perbuatan yang dilakukan itu mengikut Kitab Tajul Muluk, itu memang jelas khurafat dan haram dilakukan.

“Dalam upacara MB jelas menunjukkan tiada peralatan atau perbuatan yang membuktikan ia adalah upacara ancak,” katanya.

 CUBA FAHAMI FIRMAN ALLAH SWT NI...


لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)



أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)



وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)


mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka."
(Surah Al-Syura 42: Ayat 7)


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)

Dan firman Allah s.w.t;

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya.
(Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).




وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).
(Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

LAWAK DAN PELIK...MASA PILIHANRAYA DATANG RUMAH KERUMAH MERAYU UNDI...DAH MENANG JADI YB...KITA KENA JUMPA DIA...MALANG2...

Wakil rakyat minta mangsa tampil


SEREMBAN – Semua mangsa ribut di kawasan Temiang, kelmarin diminta tampil ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang untuk memudahkan urusan bantuan.

ADUN Temiang, Ng Chin Tsai berkata, dalam kejadian kelmarin, hampir 300 rumah membabitkan enam perumahan termasuk di kawasan Sikamat terlibat dengan bencana ribut yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu.

Bagaimanapun, katanya, beberapa nama mangsa belum dikenal pasti menyebabkan pihaknya sukar untuk membantu menguruskan hal bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Masih terdapat beberapa nama penduduk yang terlibat dalam kejadian itu belum dikenal pasti dan didaftarkan kerana kita tidak mendapat maklum balas daripada penduduk.

“Saya berharap, mana-mana penduduk terlibat dapat tampilkan diri di pejabat saya bagi memudahkan bantuan kepada mereka yang layak menerima,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dilanda ribut di Kampung Bukit Temiang, dekat sini, semalam.

Chin Tsai berkata, aduan serta senarai nama yang ada di tangan pihaknya sudah dikemukakan kepada JKM negeri untuk sebarang tindakan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, beliau juga akan memohon peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini.

‘Mereka yang terlibat dengan bencana ribut itu boleh menghubungi saya di talian 012-6820520 bagi membolehkan bantuan dihulurkan,” katanya.

ADAKAH NAK KEKAL UNDANG2 PENJAJAH....NAFI HUKUM ALLAH SWT...ADAKAH PENJAJAH YANG SELAMA NI MENGHIDUPKAN DAN MEMBERI REZEKI...ATAU KITA SEMUA LEBIH SENANG IKUT SYAITAN DARI QURAN DAN HADIS...MEMANG KITA NI NAK CARI NAHAS...GEMPA DI JEPUN TAK JADI IKTIBAR DAN MENGINSAFKAN DIRI...

Dua remaja mangsa rogol

KUANTAN – Seorang remaja cuba mencederakan diri dengan mengelar pergelangannya menggunakan kaca kerana kecewa akibat diperkosa bergilir-gilir tiga rakan lelaki yang dikenali.

Remaja yang tidak bersekolah itu dikatakan pulang ke rumah selepas kejadian ngeri itu tetapi bertindak mencederakan diri selepas tersedar dari tidur.

Tindakan remaja itu disedari bapa saudaranya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, remaja berusia 15 tahun itu dirogol di sebuah pondok usang dalam ladang kelapa sawit, Kota Bahagia, Rompin.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang selepas mangsa bersama tiga rakan lelakinya meminum minuman keras Thai Song.

“Selepas meminum minuman keras itu, tiga lelaki berkenaan mabuk dan merogol remaja itu secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Katanya, bertindak atas laporan bapa saudara remaja berkenaan, sepasukan Unit Forensik melakukan siasatan dan mendapati ada tompokan air mani dan beberapa puntung rokok di tempat kejadian.

“Polis menahan tiga suspek berusia 17 tahun ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kejadian lain, Mohd Haris memberitahu, polis menahan dua lelaki berusia 18 tahun kerana disyaki merogol gadis berusia 16 tahun di Pantai Air Leleh, Pekan.

Hasil siasatan, gadis itu sebelum ini mendakwa melakukan hubungan seks bersama beberapa lelaki mengandung 13 minggu.

“Semua lelaki terbabit kini ditahan reman dan akan menerima hukuman di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan,” katanya.




Hukum Rajam Tidak Ada Dalam Al-Quran ?
Assalamu'alaikum Wr Wb


Berdasarkan Tulisan H. Nadri Sadudin dari Kelompok Studi Islam Ahmadina di mailist, saya mendapati pendapat bahwa hukum rajam itu tidak ada.

Katanya hukum rajam adalah hukum Taurat yangditerapkan nabi saw sebelum ayat surat annisa turun menghapus hukum itu. Dalam ayat itu, hanya ada hukum cambuk.

Bagaimana menurut ustadz, mohon penjelasan.

Terima kasih.

Wassalamu'alaikum Wr Wb

Jawaban

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Memang secara sekilas dan lewat kaca mata orang awam, hari ini kita tidak akan menemukan ayat Quran yang memerintahkan hukum rajam bagi pezina.

Namun adalah sebuah kesalahan fatal kalau kemudian disimpulkan bahwa agama Islam tidak mensyariatkan hukumrajam bagi pezina. Ada dua kemungkinan mengapa ada orang bicara demikian. Pertama, mungkin ilmunya belum sampai. Kedua, ilmunya sudah sampai tapi hatinya memang ingkar kepada Allah.

Kalau kesalahan itu tidak disengaja, mungkinkarena keterbatasan ilmu, kurang wawasan, kurang bacaan, kurang banyak mengaji ilmu syariah kepada para ulama, rasanya kita pun masih bisa memaklumi. Namanya juga orang lagi belajar, wajar kalau ilmunya terbatas dan kesimpulannya salah.

Tetapi kalau kesalahannya itu memang disengaja, dia tahu bahwa syariat Islam menetapkan hukum rajam buat pezina, tapinyata-nyata inginmengingkari salah satu dari ijma' ulama tentang kewajiban merajam pezina, maka levelnya sudah sampai kufur.

Dan kalau judulnya sudah ingin merusak syariat Islam lewat pendapat-pendapat nyeleneh ala JIL dan sejenisnya, sambil membodoh-bodohi umat Islam yang memang kebetulan rada awam dengan syariah, maka urusannya jadi beda. Urusannya tidak sesederhana dengan sekedar tidak tahu. Yang model begini perlu diberi pelajaran sedikit biar mulutnya tidak asal jeplak.

Logika Bengkok

Para aktifis sekuler dan liberal memang pandai membodohi umat Islam. Ada-ada saja lagaknya untuk membuat umat ini semakin bingung dan puyeng. Salah satunya adalah penggunaan logika bengkok ala ingkarussunnah yang sesat itu.

Contoh sederhananya adalah apa yang anda sampaikan, mereka ingin kufur kepada syariat rajam, lalu alibi yang mereka pakai adalah bahwa di Al-Quran tidak ada perintah untuk merajam pezina.

Logika ini sebenarnya selain lemah juga menggambarkan keluguan. Sebab kita dengan mudah bisa membalik logika itu dengan argumentasi sederhana. Misalnya, kita bisa katakan baiklah kalau dianggap bahwa di dalam Al-Quran tidak ada syariah rajam, lalumenurut andarajam itu tidak perlu dilaksanakan. Anggaplah sementara kesimpulan itu benar.

Lalu bagaimana dengan menshalati jenazah bila nanti kita nanti meninggal? Bukankah di dalam Al-Quran pun tidak ada perintahnya? Bahkan di Al-Quran juga tidak ada perintah untuk memandikan, mengkafani dan menguburkan jenazah. Mau dicari ayatnya sampai botak licin kepala, tidak akan ketemu.

Kalau kita menggunakan logika bengkok versi teman kita itu, seharusnya semua orang meninggal tidak perlu dimandikan jenazahnya, karena tidak ada perintahnya di dalam Al-Quran. Juga tidak perlu dikafani, tidak perlu dishalati dan dikuburkan. Biar saja dibuang di tempat sampah. Toh tidak ada ayat yang memerintahkan 4 kewajiban kifa'i kepada jenazah.

Kami yakin sesekuler-sekulernya seorang aktifis JIL, pastilah tidak mau kalau nanti mati mayatnya cukup dibuang ke TPA Bantar Gebang misalnya. Pastilah dia minta dimandikan, dikafani dan dikuburkan seperti umumnya muslimin, meskipun tidak ada ayat Quran yang memerintahkannya.

Perintah Rajam buat Pezina dalam Syariah Islam

Memang benar bahwa di dalam Al-Quran kita tidak menemukan ayat yang berisi perintah untuk merajam pezina. Namun sebagaimana kita tahu, syariat Islam bukan hanya Al-Quran, hadits nabawi pun merupakan syariat Islam.

Bahkan pada hakikatnya hadits nabawi itu pun wahyu dan firman Allah SWT juga. Hadits bukan semata-mata perkataan seorang nabi, tetapi lebih dari itu, apa yang keluar dari mulut nabi SAW adalah wahyu yang turun dari langit.

Maka siapa pun yang menolak keberadaan hadits nabi yang shahih, pada hakikatnya dia sedang ingkar kepada kitabullah dan wahyu dari langit. Dus, otomatis dia sedang kafir kepada Allah SWT.

Dan tiadalah yang dia (Muhammad) ucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diturunkan (QS. An-Najm: 3-4)

Hadits Tentang Rajam

Syariat untuk merajam pezina punya dasar yang sangat kuat, karena haditsnya dishahihkan oleh Al-Bukhari dan Muslim

Dari Masruq dari Abdillah ra berakta bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak halal darah seorang muslim kecuali karena salah satu dari tiga hal: orang yang berzina, orang yang membunuh dan orang yang murtad dan keluar dari jamaah."(HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizy, An-Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ad-Darimy)

Orang yang berzina halal darahnya menurut hadits di atas. Maksudnya memang harus dibunuh. Dan bentuk pembunuhannya adalah rajam sebagaimana praktek yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selama masa hidup Rasulullah SAW paling tidak menurut ingata kamiada sampai3 kali beliau merajam pezina. Mereka adalahAsif, Maiz dan seorang wanita Ghamidiyah.

Asif berzina dengan seorang wanita dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada Unais untuk menyidangkan perkaranya dan beliau bersabda, `Wahai Unais, datangi wanita itu dan bila dia mengaku zina maka rajamlah`.

Kisah Maiz diriwayatkan dari banyak alur hadits di mana Maiz pernah mengaku berzina dan Rasulullah SAW memerintahkan untuk merajamnya.

Kisah seorang wanita Ghamidiyah yang datang kepada Rasulullah SAW mengaku berzina dan telah hamil, lalu Rasulullah SAW memerintahkannya untuk melahirkan dan merawat dulu anaknya itu hingga bisa makan sendiri dan barulah dirajam.

Riwayat tentang Rasulullah SAW merajam pezina yang bukan yahudi boleh dibilang sudah mutawatir.Dan dibenarkan oleh semua ahli hadits dari sisi keshahihannya.

Makanya semua kitab fiqih baik yang besar maupun yang kecil-kecil, semua memuat syariat rajam untuk pezina. Kecuali kitab fiqih versi liberal. Untungnya kitab fiqih versi liberal tidak pernah ada. Kalau pun ada, tidak ada orang yang menganggapnya sebagai kitab fiqih.

Ayat Rajam dalam Al-Quran

Meski saat ini kita tidak menemukan ayat rajam dalam Al-Quran, namun Umar bin Al-Khattab radhiyallahu 'anhu telah meriwayatkan bahwa dahulu Allah SWT telah mensyariatkan rajam di dalam Al-Quran. Maksudnya dahulu pernah turun ayat yang khusus memerintahkan untuk merajam pezina.

Kalau sekarang tidak kita temukan, kasusnya karenasetelah itu secara lafadz dihapuskan atau istilahnya dinasakh. Namun meski demikian, secara hukum dan esensinya tetap berlaku dan wajib dilaksanakan.

Di dalam Al-Quran ada ayat-ayat tertentu yang mengalami nasakh atau penghapusan. Dan variasinya cukup beragam. Ada yang lafadznya dihapus tapi hukumnya tetap dan tidak dihapus. Contohnya ayat tentang rajam ini.

Nanti kita juga dapati di mana hukumnya saja yang dihapus tetapi lafadznya tetap masih ada. Dan ada juga yang dihapuskan hukum dan lafadznya sekaligus.

Ayat rajam yang lafadznya pernah ada lalu dihapus, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab berbunyi:

الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة

Laki yang sudah menikah dan perempuan yang sudah menikah apabila mereka masing-masing berzina, maka rajamlah sampai mati.

Saat meriwayatkan hal ini, sebenarnya sayyidina Umar bin Al-Khattab sedang mematahkan argumentasi orang-orang yang ingin mengingkari syariat rajam buat pezina.

Rupanya di masa itu sudah ada kalangan yang ingin ingkar kepada hukum Allah yang satu ini, dan argumentasinya kebetulan sama, yaitu mereka bilang tidak ada perintah rajam di dalam Al-Quran.

Khalifah Umar tentu saja berang dengan kesimpulan sesat itu, maka beliau katakan bahwa ayatnya pernah ada namun kemudian dinasakh. Tetapi hukum yang terkandung di dalam ayat itu tidak pernah dinasakh. Buktinya beberapa kali Rasulullah SAW merajam pezina. Dan pezina itu bukan dari kalangan ahli kitab.

Kalau tuduhannya bahwa hukum rajam hanya berlaku di kalangan ahli kitab, ternyata Maiz, Asif dan wanita Al-Ghamidiyah itu bukan dari kalangan ahli kitab. Dan ini realita sejarah yang tidak bisa dipungkiri kebenarannya.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikumwarahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc


* Dikutip dari :

http://www.eramuslim.com/ustadz/pol/...m-al-quran.htm



Bomoh tidak mengaku salah


KUALA TERENGGANU – Seorang bomoh tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Fauzi Anang, 59, meminta kes tersebut dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Dalam pertuduhan tersebut, dia dituduh melakukan kesalahan terbabit pada 7 Mac lalu, kira-kira jam 12 tengah malam di rumah bernombor 628, kampung Seberang Tepoh.

Pengamal perubatan tradisional tersebut didakwa melakukan perkara terbabit ke atas Rozita Jusoh, 29.

Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun berserta sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Hazeelia Muhammad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan 18 April ini sebagai tarikh sebutan jaminan dan lanti-kan peguam.

Sinar Harian 9 Mac lalu melaporkan gara-gara terlalu percaya dengan kebole-han seorang tok bomoh veteran yang konon mampu memulihkan kembali kasih sayang suami isteri, seorang janda muda dirogol di rumahnya sendiri dalam satu kejadian di kampung Tepoh.

Kejadian bermula apabila tok bomoh dari kampung Wakaf Tengah itu datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10 malam kononnya untuk mengubati mangsa yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Ketika kejadian, difahamkan kesemua ahli keluarga mangsa termasuk kedua-dua ibu bapanya berada di dalam rumah itu tetapi seolah-olah dipukau kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja mangsa bersama tok bomoh berkenaan di dalam bilik berdua-duaan.


Sekali harung

AYER KEROH - Seorang pekerja kontrak sebuah syarikat minyak sanggup menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun sepasang kekasih sebelum merogol seorang daripada pasangan itu yang di bawah umur.

Akibat tindakan beraninya itu, dia berdepan dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen dekat sini, semalam.

Tertuduh, Rizal Azlie Abdullah, 35, dari Tanjung Kling didakwa terhadap dua pertuduhan berasingan, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang rakan melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta kepunyaan Woo Pei Jiun, 18, iaitu sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah pondok kawasan Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira 11 malam, 23 Disember 2010.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati merogol seorang daripada pasangan kekasih itu yang berusia 14 tahun 11 bulan di sebuah ladang sawit, Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya antara 11.30 malam dan 1.30 pagi pada tarikh sama.

DOA NI SENJATA ORANG MUKMIN...DOA DIKABUL JUGA BERSYARAT...PALING MUDAH SIFIRNYA..BUAT YG WAJIB DAN TINGGAL YG DILARANG...AKIDAH BENAR SERTA IBADAHNYA SAH...LAGI BAIK IA TAKWA DAN RAPAT DENGAN ALLAH...KECUALI ORANG DIZALIM TIADA HIJAB BAGINYA....

Kuasa doa

Kala kita dilanda derita yang tiada kesudahan, doalah yang menjadi peneman paling setia ketika itu. Usah sesekali mempersendakan fungsi doa dalam kehidupan kita. Ini kerana, doa adalah tali Allah SWT. Doa juga adalah pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Esa.

Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada-Nya (Allah sebagai tempat bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah.

Apabila seseorang manusia merasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Ia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga dia terdedah kepada kebinasaan akibat dosa-dosanya melupakan Allah.

Dalam konteks doa, kita sebagai seorang Muslim, hendaklah sentiasa membiasakan diri menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan. Seawal bangun dari tidur, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan sebagainya, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah SWT. Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan tuhannya itu. Kita begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Doa adalah untuk kebaikan malah doa juga adalah pengubat hati. Ini kerana, saat diri kita dihina, tidak dipedulikan, mudah putus asa dan sebagainya, akan ada satu persoalan yang berlegar di ruang fikiran, siapakah manusia harus ku mengadu, merintih dan bersandar?
Hanya kepada Allah, tempat kita mengadu. Setiap kesusahan ada kemudahan. Dengan untaian doa penuh keikhlasan dan tangisan yang meruntuhkan tembok kesombongan, manusia kembali kepada Allah menadah tangan, mengakui kelemahan, mengharap pertolongan, perlindungan dan keselamatan dunia akhirat.

Mengikut riwayat at –Tirmizi, Rasulullah SAW apabila mengangkat tangannya untuk berdoa, maka tidak akan dikembalikan kedua-dua tangannya itu sehingga diusapkan ke wajahnya.
Ertinya, ketika berdoa, kita hendaklah menadah kedua-dua tangan, melafazkan doa kemudian mengakhiri doa tersebut dengan mengusap kedua-dua tapak tangan ke wajah. Perlakuan ini membuktikan sifat kehambaan kepada Pencipta kita.

Doa hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah (seperti lafaz alhamdulillahirabbil'alamin), selawat ke atas Nabi SAW (sekurang-kurangnya membaca Allahumma solli ‘ala Muhammad), lafaz doa dan doa memohon kebaikan diri dan ahli keluarga di dunia dan akhirat, iaitu:

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.” – Surah al-Baqarah: 201.

Di akhir doa, ulang, selawat ke atas Nabi SAW dan pujian kepada Allah SWT sekali lagi.
Allah makbulkan doa

Dalam pada itu, Ustazah Ruhana Zaki berkata, doa orang yang dizalimi dimakbulkan tuhan tanpa hijab. Oleh sebab itu, lebih beruntung menjadi orang yang dizalimi berbanding orang yang menzalimi.

Walau bagaimanapun, kata Ustazah Ruhana, bataskanlah diri dengan cara tidak berniat membalas semula kezaliman orang itu, melainkan Allah sahaja yang membalas kerana hukuman-Nya lebih baik daripada hukuman manusia.

Beliau berkata, ada kalanya manusia tertanya-tanya dan mempersoalkan, mengapa doanya belum dimakbulkan.
“Allah SWT maha mengetahui. Mungkin apa yang kita suka itu tidak baik pada pandangannya-Nya ataupun doa itu ditangguhkan untuk kebaikan diri kita juga.

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.” – Surah al-Baqarah: 216

“Ada beberapa orang yang doanya amat dimakbulkan, iaitu doa ibu bapa, terutama sekali doa ibu untuk kebaikan anak-anaknya, doa ketika hendak berbuka puasa, doa ketua negara yang adil, doa orang yang dizalimi atau teraniaya, doa orang yang bermusafir dengan niat baik dan doa anak soleh untuk ibu bapanya yang telah meninggalkan dunia fana ini,” katanya.

Adab berdoa

Doa adalah senjata ghaib umat Islam dalam memohon pertolongan daripada Allah SWT. Sebab itu, Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada-Nya.

“Dengan demikian, permohonan doa berkenaan hendaklah mematuhi adab-adab tertentu, antaranya; menghadap kiblat, menutup aurat, memulakan doa dengan bismillah dan berada dalam keadaan statik bukannya berjalan atau berlari.

“Berdoa dengan ikhlas, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu dan berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah dan tanpa putus asa juga adalah antara adab-adab ketika berdoa,” ujar Ustaz Aminuddin Yusof.

Menurutnya, tiada waktu-waktu khusus untuk kita berdoa sebaliknya doa mampu dilakukan pada bila-bila masa sama ada ketika bekerja, belajar, menulis dan sebagainya.

“Memang diakui, berkat doa adalah selepas kita menunaikan solat lima waktu. Namun, ia tidak semestinya tidak boleh dilakukan jika kita sudah selesai menunaikan solat,” katanya sambil memberitahu doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba kepada Allah dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar oleh-Nya, malah hambanya yang sentiasa menyebut bismillah dan membaca Al-Fatihah, itu sebenarnya adalah satu doa.


10 Sebab Mengapa Doa Tertolak Menurut Ibrahim Adham

 

1. Kamu mengaku mangenal allah,tetapi hak-haknya tidak kamu  penuhi.Hak allah ialah disembah. Menyembah allah bererti mentaati seluruh perintahnya serta meninggalkan segala larangannya

2. Kamu membaca al-quran,tetapi isinya kamu tidak amalkan.

3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah ,tetapi sunnahnya kamu tidak amalkan.

4. Kamu mengaku syaitan itu musuhmu,tetapi kamu bersahabat denganya.

5. Kamu berdoa untuk menjauhi azab neraka,tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu membuat dosa.
6. Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga,tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu katakana bahawa kematian itu pasti datang,tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk memperkatakan aib saudaramu,tetapi kamu lupa melihat aibmu sendiri.

9. Kamu makan nikmat tuhanmu,tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.

10. Kamu kebumikan orang-orang yang meninggal dunia,tetapi kamu tidak mengambil pengajaran (keinsafan) daripadanya.

JIKA KES MENIPU...MENYAMAR...MEREKA DAH TAK KIRA HALAL HARAM...SYURGA NERAKA...NI KESAN MENINGGALKAN AGAMA...MALAS DAN TAK MAU HADIR MAJLIS2 ILMU@ISLAM DI SURAU2 ATAU MASJID2...INGAT LAMA LAGI MATI DAN SEMPAT BERTAUBAT....

Pelakon parah dibelasah


PETALING JAYA – Seorang pelakon yang baru meningkat naik menjadi mangsa keadaan apabila dia dibelasah gara-hara dituduh melanggar sebuah kereta lain dalam kawasan perumahannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa didatangi tiga lelaki yang tidak dikenalinya menuduhnya melanggar kereta milik seorang daripada suspek yang diletakkan di hadapan rumah.

Mangsa, Mustam Mustapa, 29, berkata, ketika kejadian dia baru pulang ke rumah selepas keluar makan bersama isterinya.

“Kereta terbabit berhenti di hadapan rumah dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 20 tahun datang mengertak dan menyuruh saya mengaku bahawa saya yang melanggar kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya.

"Sedangkan saya tidak tahu langsung mengenai perkara itu dan mereka menuduh saya berdasarkan kesan kemek dan cat putih di sebelah kiri bahagian belakang kereta saya,” katanya kepada :Sinar Harian:.

Menurutnya, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kedua-dua lelaki itu bertindak memukul, menyepaknya bertubi-tubi dengan seorang daripadanya menghentak kepalanya dengan batang besi.

"Ketika dia memukul saya, ada seorang lagi lelaki Cina yang mendakwa ternampak saya melanggar kereta suspek.

“Saya dibelasah hampir 10 minit oleh kedua-dua lelaki itu dan ketika itu saya sudah jatuh tertiarap di atas jalan dan mereka langsung tidak beri peluang untuk saya bercakap, bila melihat saya cedera, lelaki berusia 40 tahun itu menyuruh saya masuk ke dalam rumah untuk membasuh luka,” katanya.

Difahamkan pelakon itu turut diugut bunuh jika dia tidak mengaku melanggar kereta lelaki terbabit.

“Saya dipaksa untuk mengaku bila saya mengaku langgar dia terus belasah saya tanpa henti,” katanya.

Pelakon watak Remi dalam Drama Bersiri Epilog Syurga Cinta itu memberitahu kerana panik melihat kecederaan yang dialaminya, lelaki terbabit membuang baju yang dipakainya di tempat lain.

“Saya tidak kenal lelaki itu, lagipun tidak logik saya yang langgar kerana saya tidak pernah melalui lorong rumahnya.

Jelasnya, lelaki terbabit turut melarikan kad pengenalan, telefon bimbit dan kad bank miliknya.

Akibat kejadian, dia terpaksa menerima lapan jahitan di kepala selain cedera pada mata dan beberapa bahagian anggota badan.

Laporan mengenai kejadian dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara.


Bomoh tidak mengaku salah


KUALA TERENGGANU – Seorang bomoh tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Fauzi Anang, 59, meminta kes tersebut dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Dalam pertuduhan tersebut, dia dituduh melakukan kesalahan terbabit pada 7 Mac lalu, kira-kira jam 12 tengah malam di rumah bernombor 628, kampung Seberang Tepoh.

Pengamal perubatan tradisional tersebut didakwa melakukan perkara terbabit ke atas Rozita Jusoh, 29.

Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun berserta sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Hazeelia Muhammad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan 18 April ini sebagai tarikh sebutan jaminan dan lanti-kan peguam.

Sinar Harian 9 Mac lalu melaporkan gara-gara terlalu percaya dengan kebole-han seorang tok bomoh veteran yang konon mampu memulihkan kembali kasih sayang suami isteri, seorang janda muda dirogol di rumahnya sendiri dalam satu kejadian di kampung Tepoh.

Kejadian bermula apabila tok bomoh dari kampung Wakaf Tengah itu datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10 malam kononnya untuk mengubati mangsa yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Ketika kejadian, difahamkan kesemua ahli keluarga mangsa termasuk kedua-dua ibu bapanya berada di dalam rumah itu tetapi seolah-olah dipukau kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja mangsa bersama tok bomoh berkenaan di dalam bilik berdua-duaan.



Simpanan dalam bank lesap

DESA MURNI - Seorang ibu dan anak lelakinya mengalami kerugian kira-kira 6,101.41 apabila duit simpanan mereka di dalam tiga bank lesap tanpa diketahui punca pengeluaran wang simpanan itu.

Mangsa, Natrah Aziz, 43, berkata, pada 6 Mac lalu dia mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM200 di salah sebuah institusi bank di bandar Temerloh dan melihat baki masih ada sebanyak RM1,451.41 dan selepas itu dia tidak membuat sebarang transaksi pengeluaran.

Menurutnya, sehinggalah pada 14 Mac lalu dia mahu mengeluarkan wang simpanannya itu dan terkejut melihat baki di dalam akaun hanya tinggal sebanyak RM150.00.

“Saya terus bertanya kepada pihak bank berhubung baki wang simpanan saya sedangkan selepas 6 Mac lalu saya tidak mengeluarkan wang. Saya begitu terkejut dan meminta pihak bank menunjukkan penyata transaksi akaun, saya turut menunjukkan resit lama yang masih disimpan sebagai bukti.

“Daripada penyata dan siasatan yang dilakukan pihak bank itu menunjukkan terdapat pihak bank lain yang mengambil wang saya itu tanpa sebarang tujuan, sedangkan saya tidak berhutang dengan mana-mana bank mahupun hutang kad kredit.

“Saya begitu kesal dengan perkara ini menyebabkan kepercayaan saya pada pihak bank semakin pudar,” katanya.

Nasib sama menimpa anak lelakinya, Fakhrul Razi Ahmad Khairi, 21, di mana dia baru sehari membuka akaun di salah sebuah bank di bandar ini dan keesokannya wang simpanannya sebanyak RM1800 untuk tujuan membeli kereta juga lesap.

“Saya begitu kecewa dan sedih apabila pihak bank menuduh saya sengaja menayangkan nombor pin kepada orang awam ketika saya membuat aduan kepada mereka berkaitan permasalahan ini,” katanya.

Menurut Fakhrul Razi, dia meminta supaya pihak bank memberi perhatian serius berhubung kehilangan wang simpanan itu
Ekoran kejadian itu mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.


JKM cari waris bayi

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu atau waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, 4 Disember 2010.

Menurut maklumat JKM, ibu bayi terbabit, Ma Thein yang berasal dari Myanmar dan merupakan pelarian di bawah Suruhanjaya PBB tentang Hak Asasi Manusia (UNHCR) selamat melahirkan bayi perempuan seberat 1.04 kilogram di Kilang Konkrit Desa Jalan Gambang dipercayai tempat dia bekerja.

Bagaimanapun, bayi yang kini berusia tiga bulan itu terpaksa di tahan di Wad Kenanga 6A, HTAA kerana lahir tidak cukup bulan.

Pegawai Pelindung Kanak-kanak Daerah Kuantan, Afidah Ismail berkata, bayi perempuan itu telah ditinggalkan oleh ibu bapanya di wad tersebut selama tiga minggu dan mereka tidak pernah datang melawat.

“Difahamkan, majikan kepada bapa bayi yang dikenali sebagai Maung Tran Tun pernah datang ke hospital untuk menuntut bayi tersebut dengan memberi alasan bapa bayi ada berhutang dengannya.

“Bagaimanapun, pihak hospital tidak membenarkannya atas faktor keselamatan bayi,” katanya.

Afidah berkata, disebabkan ketiadaan waris, bayi itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan diletakkan di bawah Sub Seksyen 25 (2) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu perintah jagaan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah sehingga 23 Mac ini.

“Dalam tempoh ini, kita akan cuba mengesan ibu bapa bayi berkenaan termasuk mencari mereka di kawasan kilang tempat mereka bekerja sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Selepas 23 Mac ini, jika ibu bapa atau waris terdekat bayi masih tidak tampil, pihak JKM akan menentukan penempatan yang sesuai kepada bayi tersebut.

“Kami juga memerlukan kerjasama semua pihak. Kita merayu kerjasama orang ramai untuk membantu mencari ibu atau waris bayi ini,” katanya.

Justeru, pihak JKM meminta kepada sesiapa yang mengenali ibu bapa atau waris bayi berkenaan untuk tampil memberi maklumat kepada JKM atau terus menghubungi di talian 09-5724220.


Sekali harung

AYER KEROH - Seorang pekerja kontrak sebuah syarikat minyak sanggup menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun sepasang kekasih sebelum merogol seorang daripada pasangan itu yang di bawah umur.

Akibat tindakan beraninya itu, dia berdepan dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen dekat sini, semalam.

Tertuduh, Rizal Azlie Abdullah, 35, dari Tanjung Kling didakwa terhadap dua pertuduhan berasingan, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang rakan melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta kepunyaan Woo Pei Jiun, 18, iaitu sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah pondok kawasan Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira 11 malam, 23 Disember 2010.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati merogol seorang daripada pasangan kekasih itu yang berusia 14 tahun 11 bulan di sebuah ladang sawit, Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya antara 11.30 malam dan 1.30 pagi pada tarikh sama.

BENCANA ALAM SATU ISTILAH TAK SESUAI...SEOLAH2 ALLAH TAK TERLIBAT DALAM MENENTUKAN TAKDIR...INI SEMUA DALAM PERANCANGAN ALLAH DAN DALAM RUANG LINGKUP TAKDIR...MEMANG KENA TABAH MENGHADAP BENCANA...TAPI HARUS DIINGAT JANGAN KITA MENGUNDANG BENCANA DARI ALLAH DISEBABKAN DERHAKA YG MELAMPAU KEPADA ALLAH...KERJA2 MEMBODEK2 MANUSIA...HINGGA SEWENANG2 MENGENEPI SERTA MENGABAI HUKUM ALLAH...TERUK LAGI MAJLIS MAKSIAT DAPAT TEMPAT...DIBANGGA2KAN...DIIKLAN DAN DITAJA LAGI...DAN ORANG MENGERJAKAN MAKSIAT DISANJUNG ATAU DIKECUALI DARI HUKUM ALLAH....APA KELEBIHAN MEREKA...SEBENARNYA MEREKA ADALAH SERUPA.....

Menginsafi diri hadapi bencana


DUNIA memang diciptakan bukan untuk kesenangan hakiki. Sebab itulah kita sentiasa bertemu dengan aneka jenis bencana alam atau musibah yang bukan sedikit meranapkan ketenangan hidup. Hebat bagaimana sekalipun kemajuan yang dicapai sesebuah negara atau masyarakat, bencana dan musibah dahsyat sering menghantui dan membelenggu kehidupan manusia.
Sewajarnya setiap apa yang terjadi seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar mahupun tsunami menjadi penyebab kepada kita untuk menjadi semakin pasrah kepada kekuasaan Allah sebagai Tuhan Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.

Sepatutnya juga segala malapetaka selama ini banyak mendidik hati kita agar semakin mendekati Allah dan menanamkan sikap bertakwa yang mendalam. Bencana alam yang datang silih berganti melanda pelosok dunia menginsafkan diri kita bahawa kita mesti menjauhi sifat sombong dan berbangga dengan keupayaan membangunkan ilmu teknologi tinggi. Allah berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu kembali.” (maksud surah Al-‘Alaq ayat 6-8 ) Memang betul kerana kita selalu lupa akan kekuasaan Allah ketika berada dalam kesenangan, kemewahan, apatah lagi apabila sudah mampu mencipta peralatan canggih berasaskan sains dan teknologi sehingga tergamak menganggap semua alatan itu akan berupaya mencegah sebarang bencana. Ini satu bentuk kesombongan juga. Mencipta sesuatu peralatan teknologi tidak menjadi halangan dan sangat diutamakan sebagai petunjuk bahawa kita manusia berjaya mengaplikasikan akal fikiran mengolah sesuatu usaha ke arah kehidupan yang lebih moden dan sempurna. Namun yang menjadi masalahnya, tidak kurang mendabik dada mampu berbuat yang terbaik. Bumi ini diciptakan Allah sebagai tempat ujian kepada manusia. Lantaran itulah kita akan sentiasa dilingkari pelbagai musibah dan bencana. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yang ada di atasnya menjadi tanah rata dan tandus.” ( Maksud Surah Al-Kahfi ayat 7-8 ) Satu lagi perkara yang perlu diinsafi, segala kejadian yang berlaku di muka bumi ini semuanya ditetapkan Allah. Kita seharusnya menerima apa saja musibah atau bencana dengan hati penuh reda dan bersabar. Inilah saja pedoman diutarakan kepada kita agar segala kejadian buruk yang menimpa itu tidak terus membelenggu jiwa sehingga kita berputus asa dan berkeluh kesah sepanjang masa. Baca dan renunglah bersungguh-sungguh akan firman Allah ini, insya-Allah hati dan jiwa kita sentiasa tenang untuk berhadapan dengan apa saja musibah yang tertimpa. Firman Allah bermaksud: “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. “(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” ( Surah Al-Hadid ayat 22-23 ) Mukmin yang bersikap reda terhadap sebarang musibah adalah petunjuk dia memiliki ketakwaan dan kadar iman yang tinggi. Musibah juga satu mekanisme yang digunakan Allah untuk menilai tahap kepercayaan seseorang terhadap qada dan qadar-Nya. Ini kerana keimanan kepada qada dan qadar akan membuahkan semangat untuk terus hidup dengan lebih dinamik, menimbulkan perasaan tidak mudah berputus asa dan apa yang lebih penting lagi akan menyebabkan seseorang itu tidak berdukacita secara melampaui batas.
Daripada sudut pandang lain, ketahuilah bencana atau musibah itu juga suatu rahmat Allah. Sebenarnya Allah menunjukkan sifat sebenar dunia ini yang tidak akan kekal selama-lamanya. Ini tentulah bertujuan menggalakkan manusia mempersiapkan diri dengan bekalan menuju alam akhirat. Seandainya kita masih tidak insaf dan tidak menjadikan malapetaka dunia itu sebagai satu titik-tolak untuk kita bermuhasabah diri, bertaubat kepada Allah dan sentiasa menjalani kehidupan atas landasan yang dibenarkan agama-Nya, amat malanglah nasib kita! Wahai Mukmin yang diredai Allah. Baca dan ingatlah selalu firman Allah yang bermaksud: “Dan (Kami binasakan) kaum ‘Aad, Tsamud, penduduk Rass dan banyak (lagi) generasi di antara kaum itu.

“Dan Kami jadikan setiapnya itu perumpamaan dan masing-masing benar-benar Kami binasakan dengan sehancur-hancurnya dan sesungguhnya mereka melalui sebuah negeri yang (dulunya) dihujani dengan hujan sejelek-jeleknya. “Maka apakah mereka tidak menyaksikan kesan runtuhan itu bahkan adalah mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan.” (Surah Al-Furqan ayat 38-40 ).

Juga sepatutnya ayat Allah berikut ini mampu mencelikkan mata hati kita untuk sentiasa bertawakal dan bertakwa kepada Allah setiap masa. Apa kata Allah? Allah berfirman maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di bumi) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar ).’ ( Surah As-Sajdah ayat 21 ) .

Jadi, apa saja bencana seperti gempa bumi atau dilanda ombak tsunami yang mengganas, semuanya dapat dianggap sebagai azab kecil yang Allah timpakan di dunia berbanding azab maha perit di akhirat kelak. Apakah kita tidak mahu insaf dan bertaubat lagi? Atau kita hanya hendak melihat dan memantau saja bencana dunia sehingga diri kita turut mengalaminya baru hendak bertaubat ? Oleh yang demikian, marilah kita jadikan apa saja malapetaka alam sebagai satu anjakan ke arah membetulkan diri dengan sentiasa insaf, bertaubat dan mengamalkan ajaran agama dengan sepenuhnya agar kehidupan kita, keluarga kita serta negara kita dirahmati Allah, insya-Allah.

SEGALA HASIL MENIPU...RASUAH DAN MEMBERI RASUAH...DUIT JUDI DAN APA SAJA DAPAT DUIT GAJI...ELAUN HASIL DARI MENIPU ADALAH HARAM...BILA DIFARAIDKAN...HINGGA KIAMAT ADA UNSUR HARAM DIDALAMNYA...

Cuba parang pensyarah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ditukar ke bilik asrama lain, seorang siswa lelaki sebuah kolej swasta di sini yang berusia 25 tahun, nekad cuba mencederakan warden yang juga pensyarahnya dengan menyerang wanita berkenaan menggunakan parang.
Pelajar terbabit turut mengugut membunuh pensyarah berusia 47 tahun itu selain mengarahkan mangsa menarik balik arahan menukar bilik yang dikeluarkannya sebelum itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, warden terbabit bernasib baik apabila suspek dapat dihalang sekumpulan siswa lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
Bimbang mengenai keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan berdasarkan aduannya mangsa memaklumkan siswa terbabit memang seorang yang bermasalah.

Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa mengarahkan siswa itu ditukarkan ke bilik lain bukan semata-mata disebabkan masalah dirinya, sebaliknya ia untuk keselesaan semua siswa berikutan premis asrama berkenaan sudah didiami terlalu ramai penghuni. “Dalam aduannya, mangsa memberitahu kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat letak kereta sebelum didatangi suspek yang memarahinya.

“Mangsa cuba menenangkan pelajarnya itu dengan memberikan penjelasan, namun tidak diendahkan. Sebaliknya, suspek memaki hamun mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana tidak mahu masalah menjadi lebih serius, namun tindakannya masih tidak memuaskan hati suspek.

“Suspek pergi ke keretanya dan mengambil parang sebelum berlari ke arah mangsa dipercayai untuk menyerangnya sambil menjerit mahu membunuh mangsa.
“Tersentak dengan itu, mangsa menjerit meminta pertolongan dan dia bernasib baik kerana terdapat sekumpulan lima siswa lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

“Kumpulan siswa itu menghalang suspek sebelum mereka mengarahkan mangsa meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik suspek meninggalkan kawasan itu suspek ditenangkan kumpulan pelajar berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


Songlap duit lapan syarikat

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KESAL...Mohd Kamil bersama Chong menunjukkan gambar suspek dan laporan polis yang dibuatnya.
KESAL...Mohd Kamil bersama Chong menunjukkan gambar suspek dan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Berbekalkan ijazah dalam bidang perakaunan dan kepetahan berkata-kata serta raut wajah baik, seorang lelaki memperdaya lapan bekas majikannya dan menggelapkan kira-kira RM270,000 milik lapan syarikat itu.
Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun terbabit menawarkan diri untuk bekerja pada gaji rendah bagi jawatan eksekutif perakaunan untuk memikat hati majikan.

Selepas majikannya yang rata-rata terdiri daripada syarikat swasta yang terkenal menawarkan pekerjaan kepadanya, dia akan membuktikan kemampuannya bekerja sebelum menunjukkan tembelang sebenar.
Suspek berasal dari Kelana Jaya, Selangor, itu juga mahir menipu tandatangan pengarah syarikat dan waran tangkap sudah dikeluarkan terhadapnya, tetapi masih gagal dikesan sehingga kini.

Mangsa terakhirnya, pengarah syarikat, Mohd Kamil Othman,53, berkata suspek bekerja sebagai eksekutif perakaunan di syarikatnya yang terbabit bidang perumahan pada 22 November tahun lalu.

Menurutnya, dia menggunakan modus operandi sama iaitu menawarkan diri untuk bekerja pada gaji serendah RM2,800 sebulan dan pihaknya bersetuju mengupahnya tanpa menyiasat latar belakang majikan lama.

“Sejak mula bekerja, kami tidak syak tingkah lakunya kerana dia seorang pekerja yang rajin.

“Untuk dua bulan pertama bulan, dia bekerja dengan baik, tetapi pada bulan ketiga dia menghilangkan diri bersama RM94,000 wang kutipan sewa,” katanya ketika mendedahkan kejadian itu di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, berkata menurut laporan polis, sejak 1999, suspek sudah menggelapkan kira-kira RM270,000 milik lapan syarikat swasta menggunakan taktik sama.

Menurutnya, suspek juga pernah menggelapkan wang berjumlah RM150,000 milik sebuah syarikat perbankan dengan meniru tandatangan pengarah syarikatnya.

“Suspek sangat licik dan tidak pernah bekerja di sesuatu tempat lebih dari empat bulan dan rata-rata kawasan tumpuannya di Bangsar, Shah Alam, Kota Damansara, Cheras, Pudu dan Lembah Klang,” katanya.


Mayat tepi sungai

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui terdampar di tepi sungai berhampiran Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), di sini, semalam.
Mangsa, Khairul Karim, 23, ditemui sekumpulan remaja yang memancing pada kira-kira jam 3 petang sebelum melaporkan kepada polis.

Ketika ditemui, terdapat kesan tetakan pada lengan kanan mangsa selain cedera di kepala dan lebam di belakang badan.
Menurut abang sulung mangsa, Suhaidi Sulaiman, 30-an, mangsa tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu selepas berlaku sedikit salah faham dengan ibunya.


Impian arwah

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Mohd Fuzi Latiff
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya mahu menjadi Ketua Polis Negara suatu hari nanti,” demikian antara kata-kata terakhir pelatih inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Mohd Ridzuan Ishak, 26, sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, awal pagi semalam, akibat jangkitan Adenovirus atau virus kencing tikus.
Bapanya, Ishak Daharin, 48, berkata, arwah menceritakan impiannya itu kepadanya, baru-baru ini.

Menurut Ishak, biarpun ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan, Sabtu lalu, arwah masih bersemangat untuk pulih dan mahu menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL) bagi mengejar impiannya itu.
“Namun, impian Mohd Ridzuan dan harapan keluarga untuk melihat dia mencapai cita-citanya hanya tinggal kenangan,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Mohd Ridzuan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi semalam selepas menerima rawatan di HKL sejak seminggu lalu.

Daharin yang bekerja sebagai jurukamera di Astro berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu bersemangat mahu keluar ICU, tetapi keadaannya kritikal akibat serangan virus merebak begitu cepat.

“Arwah tidak pernah berputus asa apabila menghantar permohonan tiga kali semata-mata mahu menjadi pegawai polis dan sanggup berhenti kerja sebelum ini walaupun gajinya cukup lumayan.

“Saya dan isteri, Faridah Anum Isa, 48, menyokong niat arwah yang berhati waja dan itu cita-citanya sejak kecil,” katanya yang tinggal di Kampung Sungai Buaya, Rawang.
Sementara itu, tunang arwah, Nor Hazwani Liana Azhan, 23, berkata, mereka bertunang Jun lalu dan merancang berkahwin Jun tahun depan selepas arwah selesai menjalani latihan di Pulapol November ini.

Harian Metro sebelum ini lalu melaporkan seorang pelatih Pulapol, Mohd Azizan Azidi, 21, meninggal dunia 8 Mac lalu selepas dijangkiti virus kencing tikus.

Pada 16 Mac lalu, dua pelatih lelaki, masing-masing inspektor dan konstabel dirawat di ICU hospital berkenaan dan 40 orang lagi termasuk seorang kakitangan Pulapol ditempatkan di wad biasa.

Maut lepas seminggu masuk HKL



KUALA LUMPUR: Seorang mangsa Adenovirus atau kencing tikus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Mangsa, Mohd Riduan Ishak, 26, pelatih inspektor pusat berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi selepas keadaannya kritikal.

Mangsa dimasukkan ke wad 19 HKL pada Khamis lalu, sebelum dimasukkan ke ICU pada Sabtu untuk rawatan lanjut.
Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, yang melawat jenazah mangsa di HKL berkata, seorang lagi mangsa Adenovirus masih berada di ICU dan seorang sudah keluar, semalam selepas disahkan sihat.

‘Usah ikut nafsu’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tidak termaktub langsung dalam perlembagaan keluarga Islam ataupun undang-undang negara yang membenarkan seorang ayah mencederakan anak dan membunuh bekas isterinya kerana enggan mematuhi arahan.
Sebaliknya, krisis rumah tangga itu yang mungkin berlarutan disebabkan keengganan ibu dan anak mematuhi perintah lelaki yang pernah bergelar ketua keluarga perlu diselesaikan secara rukun dan mengamalkan perbincangan secara aman.

Pensyarah Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal berkata, seorang lelaki tidak boleh terlalu mengikut nafsu amarah dan bertindak sendiri semata-mata berang tindakan anak dan bekas isteri membelakangkannya.
“Kita ada mahkamah syariah yang boleh menyelesaikan isu ini dan sekalipun bekas isteri berbuat salah, buat benda tidak senonoh, dia memang berdosa besar dan suami wajib menceraikannya.

“Bagaimanapun, si suami tak boleh mengambil tindakan sendiri, apatah lagi membunuh.

“Sudah dikira jenayah walaupun mengangkat tangan. Memang tak boleh sampai membunuh. “Lelaki yang pernah bersama sebagai suami isteri tugasnya adalah membimbing dan melindungi keluarga, dia tak boleh memukul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas muka depan Harian Metro, semalam mengenai nasib malang wanita dikenali Dewi, 43, yang maut ditikam suami di perut manakala anaknya yang hamil empat bulan parah apabila pisau ditusuk di belakang.

Laporan menyebut saksi kejadian berkata, mangsa dan anaknya, Idah yang menyediakan khidmat mengurut badan di rumah secara sambilan pernah diberi amaran seorang lelaki yang berbunyi, ‘kalau kau urut lelaki di rumah ini, aku tikam kau’. Difahamkan, lelaki itu sering ke rumah Dewi dan bertengkar dengannya. Ketika kejadian, suami Idah pulang ke Indonesia atas urusan keluarga.
Penduduk turut mendakwa suspek mencium dahi bekas isterinya itu selepas wanita berkenaan rebah sebelum melarikan diri ketika orang ramai mengejar lelaki berbadan gempal yang juga pelanggan mangsa kerana disangka suspek.

Bagaimanapun, suspek dijejaki polis yang menahannya ketika dia cuba mengambil motosikalnya yang diletakkan di lokasi berhampiran beberapa jam kemudian.

Bekas suami mangsa ditahan positif ganja



JOHOR BAHRU: Dua lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan kes tikam dua beranak di Kampung Sri Serdang di sini, petang kelmarin, disahkan positif dadah jenis ganja.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pengesahan berkenaan dibuat selepas pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek sejurus ditahan.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 50-an yang dicekup adalah bekas suami mangsa yang maut ditikam manakala seorang lagi ditahan orang awam disyaki turut menjadi suspek.
“Mereka direman bagi membantu siasatan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam, berkaitan tragedi serangan terhadap dua beranak di kediaman mereka.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang mati dikenali sebagai Dewi, 43, manakala anaknya yang dikenali sebagai Idah, berusia lingkungan 20-an dan sedang hamil empat bulan, parah ditikam.

Menurut Jalaluddin, pihaknya masih menyiasat motif dan punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican ketika dihubungi mengesahkan Idah kini stabil.
“Mangsa ditempatkan di wad dan masih dalam pemantauan kakitangan. Kandungannya juga selamat dan tidak terjejas akibat kecederaan dialami,” katanya.

Hanya derita

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Walaupun masih kecil, dia terpaksa menanggung kesakitan dipukul, malah ada kalanya wajah kecilnya itu akan ditampar selain turut dirotan sehingga luka.
Lebih menyayat hati, tangisan kanak-kanak itu langsung tidak diendahkan ibu tirinya yang tergamak memukul tubuh anak kecil itu sehingga cedera dan lebam.

Itulah penderitaan yang ditanggung kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terpaksa menahan kesakitan bersendirian apabila kecederaan dan luka yang dialaminya tidak diubati.
Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak malang terbabit turut menjadi mangsa dera bapa kandungnya sendiri.

Dalam kejadian terbaru di rumah bapa kandung mangsa di Taman Putra Sulaiman, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam, seorang jiran mangsa yang tidak sanggup lagi melihat penderitaan kanak-kanak terbabit bertindak menghubungi talian Nur.

Menurut sumber, sebaik mendapat panggilan berkenaan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergegas ke rumah keluarga mangsa.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, pegawai JKM mendapati rumah yang didiami mangsa dalam keadaan berkunci dari luar dan tidak berpenghuni.

“Pegawai JKM bertindak bertanyakan mengenai hal kanak-kanak itu kepada jiran mangsa dan mereka mendakwa sering melihat kanak-kanak itu didera,” katanya.
Sumber berkata, pegawai JKM diberitahu jiran, mangsa ditinggalkan di rumah pengasuhnya di blok sebelah pangsapuri berkenaan.

Kanak-kanak lelaki itu sering mengadu didera bapa dan ibu tirinya kepada jiran mereka yang melihat kesan lebam pada badan dan muka kanak-kanak terbabit.

“Pegawai JKM yang pergi ke rumah pengasuh mangsa melihat keadaan tubuh mangsa ternyata terdapat kesan cedera pada bahagian muka, kepala dan badan,” katanya.

Atas keprihatinan pihak JKM, mangsa dibawa ke hospital berhampiran bagi menerima rawatan dan mendapatkan laporan perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat didera.

Difahamkan, sepanjang perjalanan kanak-kanak itu ke hospital, dia mendakwa dipukul, dirotan dan ditampar ibu tirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, polis sudah menahan bapa kandung mangsa untuk siasatan lanjut.


Sambil bersenam terus masuk dalam sungai



SEGAMAT: Sambil melakukan senaman taichi, seorang lelaki bercakap sendirian sambil berjalan ke gigi air hingga tubuhnya tenggelam dan hilang dibawa arus dalam satu kejadian di Jambatan Kedua, Sungai Segamat di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mayat mangsa, Lee Chiaw Yong, 33, ditemui tidak lama kemudian selepas usaha mencari dijalankan anggota bomba dan penyelamat serta bantuan orang ramai.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 35, berkata orang ramai hanya melihat mangsa ke gigi air, tetapi mereka mula kehairanan apabila mangsa terus berjalan ke dalam sungai hingga tubuhnya tenggelam.
“Saya sedang memancing bersama rakan apabila terlihat dia berkelakuan pelik. Bagaimanapun, semua yang ada di sini tidak menghiraukannya kerana menyangka dia mahu mandi sehinggalah lelaki itu hilang dibawa arus.

“Berikutan itu, orang ramai menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian dan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Segamat yang tiba tidak lama kemudian terus menyelam sebelum menemui mayat lelaki terbabit di dasar sungai,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian.

Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali pula berkata, Lee sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketiga semalam.

“Kami sedih dengan cara kematiannya, dia sepatutnya berada bersama isteri serta seorang anak mereka yang berusia setahun lebih untuk menyambut ulang tahun berkenaan.

“Beberapa hari lalu, Lee ada mengatakan ‘mahu mengambil nyawa sendiri’, bagaimanapun, kami tidak menghiraukannya dan tidak menyangka ia benar-benar berlaku,” katanya.
Sementara itu, sumber polis mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dua lemas dalam kolam


KUALA LUMPUR: Kegembiraan sekumpulan lima kanak-kanak bermain di kawasan kolam takungan banjir di Seksyen 6, Petaling Jaya, di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas terjatuh di dalam kolam berkenaan, semalam.
Difahamkan, kumpulan kanak-kanak terbabit masuk ke kawasan larangan itu untuk bermain.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kumpulan kanak-kanak itu masuk ke kawasan berkenaan yang tidak dikawal.
Mangsa, Badrul Amin Bastian, 9, dan rakannya, Amir Razmi Asnawi, 11, tergelincir ketika bermain di tepi kolam berkenaan dan biarpun cuba diselamatkan rakannya, usaha itu sia-sia.

Kedua-dua mereka yang tidak tahu berenang dilaporkan tenggelam dalam kolam berkenaan.

Panik dengan keadaan itu, rakan mangsa bergegas pulang ke rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Hamzah, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 6.50 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

“Usaha mencari membuahkan hasil apabila mayat Badrul Amin ditemui di dasar kolam berkenaan kira-kira jam 7.45 malam.
“Mayat Amir Ramzi pula ditemui berhampiran kira-kira dua meter dari tempat penemuan mayat rakannya Badrul Amin lima minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh, di sini, untuk bedah siasat.