Friday, April 1, 2011

LEMAHNYA KITA@MANUSIA...TIADA MAMPU MENOLAK TAKDIR ALLAH....WALAUPUN KITA TIDAK MENGINGINKANNYA....BEGITULAH BESARNYA ALLAH....KITA MAMPU REDA DAN BERSEDIA UNTUK MENERIMA UJIANNYA...

Tiga bulan berhujah

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

TERTUDUH...(dari kiri) Khatavayan, Matan, Thilaiyagan dan Pathmanabhan dibawa keluar dari Makhmah Tinggi Shah Alam, semalam.
TERTUDUH...(dari kiri) Khatavayan, Matan, Thilaiyagan dan Pathmanabhan dibawa keluar dari Makhmah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang menggemparkan negara tahun lalu akan mula dibicarakan selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai 4 Julai depan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu pada prosiding sebutan semula kes itu, semalam.
Terdahulu, tertuduh, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lagi individu, Ogos tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil dan tenang sepanjang prosiding kira-kira setengah jam itu.


Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 42, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Tertuduh diwakili peguam, Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.

Kes pembunuhan itu mendapat publisiti meluas apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lalu selepas ke Banting atas urusan pembelian tanah ditemani Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.

Pada 6 September tahun lalu, BMW M5 dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW milik Ahmad Kamil dijumpai di depan rumah teres berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat mangsa terungkai pada 12 September tahun lalu apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zini mengesahkan mereka dibunuh sebelum dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke sungai berhampiran.





LATAR BELAKANG KES

PADA 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi satu semakan kehakiman mengubah hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20 dan U Suresh, 27 kepada 20 tahun.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 15 Oktober tahun lalu tidak memadai dengan kesalahan dua lelaki itu.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara itu terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku salah atas tuduhan melupuskan abu mayat mangsa dalam pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawita serta tiga individu lain.

Kedua-duanya mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat mangsa.
Sementara itu, dalam kes berasingan anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan Allahyarham ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Mengikut permohonan asal, Sosilawati ketika hayatnya menuntut wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang didakwa diberikannya kepada Nash sepanjang tempoh perkahwinan singkat mereka.

Kes jutawan kosmetik ini dianggap paling kejam selepas pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, yang mayatnya dikerat 18 bahagian pada 1993.

Mayat lelaki itu ditemui tertanam dengan simen dalam stor di belakang rumah pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mohd Affandi, Mona Fandey dan pembantu mereka, Juraimi Husin dijatuhi hukuman gantung hingga mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 selepas didapati bersalah membunuh Mazlan.

Ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman mati itu pada 2001.


Malek Noor rebah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

MAHU PITAM...Malek memegang tiang gol sebelum dipapah dan diusung untuk dibawa ke hospital.
MAHU PITAM...Malek memegang tiang gol sebelum dipapah dan diusung untuk dibawa ke hospital.
IPOH: Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, 56, yang ‘tumbang’ akibat serangan jantung malam kelmarin, dipercayai ada kaitan dengan buah durian kampung yang dimakan bersama rombongan rakan atlet lain.
Difahamkan, Malek sempat menjamah jamuan buah durian selepas makan tengah hari dan melawat ladang rock melon milik koperasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Tanjung Tualang di sini sebelum menyertai perlawanan bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar Perak, malam kelmarin.

Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Mumtaz Jaffar berkata, Malek sebelum itu dilihat ceria dan bersemangat untuk menyertai perlawanan berkenaan yang berlangsung jam 8.40 malam kelmarin.
Menurutnya, Malek masuk ke padang untuk melakukan sesi pemanas badan dan berjalan menuju ke arah tiang gol stadium untuk memulakan perlawanan.

“Namun, lima minit selepas wisel perlawanan ditiupkan, Malek dilihat seolah-olah rebah namun sempat bergayut pada jaring di pintu gol berkenaan.

“Ketika itulah pengurus keahlian Yakeb, Aminuddin Mohd Nasir, segera meluru masuk ke dalam padang bersama doktor pakar yang disediakan pihak penganjur,” katanya.

Menurutnya, Malek hanya memberitahu pening lalu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Hospital Pantai, Ipoh.

“Saya terkejut dengan kejadian itu kerana Malek sempat berseloroh petang kelmarin, menasihati saya supaya jangan terlalu kuat bekerja kerana bimbang diserang penyakit jantung,” katanya.
Sementara itu, Aminuddin yang ditemui berkata, Malek mulanya menyangka dia hanya diserang angin dalam tubuh dan tidak mahu dihantar ke hospital.

“Ketika dirawat di hospital, Malek berulang kali memberitahu serangan mendadak dialami berpunca dari panas dan angin dalam badan. Namun, selepas doktor mengesahkan ia berpunca daripada penyakit jantung, Malek terus tergamam dan terkejut.

“Saya percaya dia sendiri tidak tahu dia ada penyakit itu, namun saya bersyukur kerana doktor kedua-dua hospital cepat memberi bantuan kecemasan kepadanya,” katanya selepas melawat Malek di wad ICU, Hospital Pantai, di sini.

Menurutnya, Malek baru saja pulang dari mengerjakan umrah 19 Mac lalu dan banyak menghabiskan masa bersama anak angkatnya, Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmod, setahun tujuh bulan.

Sementara itu, tinjauan mendapati Malek yang juga Pengarah Eksekutif Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd dilihat masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Pakar perunding kardiologi Hospital Pantai Ipoh, Doktor Chan Chong Guan yang ditemui berkata, keadaan Malek akan dipantau rapi sepanjang tempoh 48 jam bagi memastikan dia kembali stabil.

Menurutnya, penyakit jantung dialami Malek akibat saluran darah koronari tersumbat tapi belum di tahap serius dan tidak memerlukan pembedahan segera.

“Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana diberikan bantuan kecemasan dan segera dibawa ke hospital. Ketika kejadian denyutan jantungnya terlalu perlahan dan hanya peralatan di hospital dapat menyelamatkan nyawanya.

“Pemeriksaan perubatan dilakukan mendapati tahap kolesterolnya tidak terlalu tinggi dan dia dijangka keluar dari wad ICU selewat-lewatnya esok sebelum dipindahkan ke wad biasa,” katanya.


Bergetar hati isteri

Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my

NGERI...mayat mangsa tersepit dalam kereta.
NGERI...mayat mangsa tersepit dalam kereta.
GUA MUSANG: “Saya pelik apabila arwah suami kelihatan tergesa-gesa keluar rumah kira-kira jam 8 pagi sambil memberitahu mahu ke Kuala Krai melalui Jeli.
Sebelum ini, arwah tidak pernah memberitahu arah tujuannya jika keluar rumah, tetapi sentiasa pulang awal, sekurang-kurangnya sebelum jam 4 petang.

“Hari itu (kelmarin), saya berasa tidak sedap hati apabila suami tidak pulang selepas jam 4 petang dan langsung tidak menghubungi saya. Rupa-rupanya arwah maut dalam kemalangan,” kata Wan Rosmah Wan Harun, 29, isteri kepada seorang pengawal keselamatan, Sa’ade Mohd Nor, 38, yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Satu di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Sa’ade yang menetap di Jalan Kesedar Inn di sini, terbunuh di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh sebuah treler pengangkut kenderaan sebelum ‘dilenyek’ sebuah lori kontena dari arah belakang.

Kemalangan itu turut mengorbankan rakan Sa’ade, seorang peniaga kedai makan, Mat Dahri Yusoof, 35. Turut maut, pemandu lori kontena dari Pedas, Negeri Sembilan, Muhammad Fathimy Hassan, 29, yang hampir putus kepala.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas pemandu treler pengangkut kenderaan itu membrek kenderaannya secara mengejut selepas menyedari sebuah lori yang sarat muatan tong gas rosak di hadapannya.

Akibatnya, kereta dipandu Sa’ade merempuh treler berkenaan sebelum sebuah lori kontena di belakang merempuh pula kereta Perodua Kancil itu. Pemandu treler tidak cedera, manakala kelindan lori kontena, Mohamad Zukhairi Baharom, 23, juga Pedas, Negeri Sembilan, cedera selepas tercampak keluar.

Wan Rosmah berkata, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya selepas diberitahu rakan suaminya kira-kira jam 9 malam.
“Kini, terpaksalah saya membesarkan tiga anak yang masih kecil,” katanya yang turut memberitahu suaminya sempat menghantar salah seorang anaknya ke sekolah tadika.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan membabitkan tiga kematian itu.

Katanya, 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang diketuai Pegawai Penjaga, Che Rusli Che Sulaiman mengambil mangsa hampir sejam untuk mengeluarkan dua mayat yang tersepit.



Merangkak atas landasan

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
am@hmetro.com.my

MACHANG: Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang baru pandai berjalan mati dilanggar kereta api selepas dia bertatih keluar dari rumah datuknya dan merangkak ke landasan kereta api kira-kira 40 meter dari rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohamad Adam Mukhriz, anak sulung daripada tiga beradik itu dikatakan tercampak kira-kira 10 meter dari landasan selepas dilanggar.

Mangsa berada dalam jagaan datuk dan neneknya dan mereka tidak menyedari kanak-kanak berkenaan keluar dari rumah.
Datuknya, Mahmud Mat Daud, 58, berkata, biasanya Adam bangun agak lewat, namun semalam dia bangun awal dan menuju ke landasan kereta api tanpa disedari sesiapa. “Saya dan isteri yang ketika itu berada di luar rumah, langsung tidak perasan kelibat Mohamad Adam. Saya dan isteri hanya tersedar dia tiada di dalam rumah apabila mendengar bunyi hon kereta api. “Isteri saya cuba menyelamatkan Mohamad Adam, namun tidak sempat,” katanya yang menjaga Mohd Adam kira-kira dua bulan lalu selepas mendapat kebenaran daripada menantunya.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Afif Jaafar, 27, berkata, tiga hari lalu, dia bermimpi cedera parah di kepala dan mati akibat terbabit kemalangan dan mimpi itu berulang selama tiga hari. “Saya sangka mimpi itu hanya mainan tidur, tapi rupa-rupanya ia petanda anak sulung akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Menurut Mohd Afif yang menetap di Marang, Terengganu, selepas mengalami mimpi aneh itu, dia berasa tidak sedap hati dan memutuskan pulang ke kampung petang kelmarin selepas memohon cuti dua hari untuk menjenguk Mohd Adam.

“Bagaimanapun, hasrat untuk melihat anak tak kesampaian selepas dihubungi seorang saudara kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) mengenai kemalangan itu,” kata pekerja syarikat swasta itu ketika ditemui di Hospital Machang, semalam.

Sementara itu, Pengurus Keretapi Tanah Melayu (KTM) Wilayah Timur, Ibrahim Sulaiman berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan kereta api Tren Ekspres Senandung Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.
“Kereta api itu melanggar kanak-kanak berkenaan di landasan kereta api di Kampung Sungai Bedal selepas dia secara tiba-tiba muncul di landasan. Kini, kami bekerjasama dengan polis menyiasat kes ini,” katanya.

Ketua Bahagian Pengurusan Polis (KBPD) Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lay ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan muka selepas tercampak kira-kira 10 meter. Mangsa dilanggar kereta api di KM457.5, Kampung Sungai Bedal, Temangan, pagi ini (semalam),” katanya .


2 pelatih inspektor wanita masih dirawat di hospital


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR : Dua lagi pelatih inspektor wanita masih ditempatkan di wad biasa Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh sejak seminggu lalu selepas dijangkiti bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan adenovirus di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.
Komander Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, pihaknya sedang memantau keadaan dua pelatih berkenaan yang dirawat di wad biasa dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil dan bertambah baik.

Menurutnya, secara keseluruhan keadaan bertambah baik dan bilangan pelatih yang ditempatkan di berek pengasingan Pulapol juga sudah berkurangan.
“Sehingga jam 8 pagi semalam, 40 orang pelatih berada dalam bilik pengasingan namun jumlah berkenaan berkurangan kepada 29 orang pada jam 4 petang semalam dan itu petanda yang baik,” katanya. Beliau berkata, daripada 29 orang pelatih itu, tiga orang daripadanya adalah pelatih inspektor wanita, 13 pelatih inspektor lelaki, 12 pelatih konstabel dan seorang staf.

Katanya, pihaknya sentiasa meneruskan langkah menaik taraf tahap kebersihan kawasan persekitaran terutamanya zon latihan, kawasan kediaman staf dan asrama pelatih bagi memastikan penyebaran virus berkenaan dapat dielak.

“Kami juga menjangkakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkan cuti seminggu untuk semua pelatih bagi membolehkan mereka pulang ke kampung masing-masing.

“Dalam tempoh yang sama, Pulapol akan menganjurkan gotong-royong besar-besaran yang disertai agensi lain untuk membersihkan kawasan ini,” katanya.


Lokasi tragedi berbau mayat



MIYAGI: Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda Jepun tiga minggu lalu meninggalkan kesan dahsyat dan pemandangan mengerikan apabila timbunan ribuan kereta serta serpihan rumah yang ranap dilihat di setiap pelosok kawasan terjejas terutamanya di pesisir pantai.
Kumpulan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Jepun, Kelab Putera 1 Malaysia berpeluang melihat dengan lebih dekat kesan kemusnahan dibawa ombak besar akibat gegaran gempa bermagnitud 9 skala ritcher itu apabila memasuki Ichinomaki, Sendai di sini, semalam.

Lebih menyayat hati, bau mayat turut dapat dihidu sebaik menghampiri pekan yang terkenal dengan aktiviti perikanan itu.
Seorang remaja, Matsumura Hayami, 17, yang ditemui ketika melawat rumahnya yang musnah berkata, selepas tiga minggu kejadian, masih ramai rakan dan saudaranya gagal dikesan.

Menurutnya, ketika kejadian 11 Mac lalu dia berada di dalam rumah dan bernasib baik apabila dapat menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah.

“Kira-kira 30 minit selepas gegaran berlaku, ombak besar setinggi kira-kira dua meter merempuh seluruh kawasan. Saya dan keluarga berjaya menyelamatkan diri,” katanya.



Hospital banjir

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: Penduduk di sekitar bandar ini kini dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi banjir selepas air yang surut di sebelah Perlis utara mula mengalir hingga menenggelamkan beberapa jalan utama dan memasuki premis perniagaan, jabatan kerajaan serta swasta, semalam.
Kekecohan turut berlaku di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) apabila air memasuki wad kecemasan dan ortopedik yang terletak di tingkat bawah bangunan, manakala laluan ke hospital hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Pengarah HTF, Dr Ahmad Nordin Mohd Jais berkata, hospital itu masih beroperasi termasuk menerima pesakit, tetapi bahagian tertentu di tingkat bawah terpaksa dipindahkan ke tingkat atas apabila ditenggelami air setinggi 0.2 meter (m).
Katanya, setakat ini bahagian klinik pakar dan blok bangunan lama sudah ditutup.

“Pekarangan hospital mula dimasuki air sejak jam 1 pagi dan meningkat dengan cepat hingga memasuki ruang bangunan bawah yang menempatkan bahagian kecemasan dan ortopedik.

“Bagaimanapun, tiada pesakit yang dipindahkan kerana mereka ditempatkan di tingkat atas dan bekalan elektrik masih berfungsi seperti biasa,” katanya.

Selain itu, beberapa bangunan kerajaan termasuk Klinik Kesihatan Kangar, kompleks mahkamah, wisma kerajaan negeri, ibu pejabat polis trafik Kangar, bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan premis perniagaan turut dinaiki air.

Laluan Persiaran Jubli Emas, Jalan Jubli Perak, Jalan Hospital, Jalan Penjara dan Jalan Tun Razak turut ditenggelami air.
Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 3,397 mangsa membabitkan 893 keluarga ditempatkan di 35 pusat pemindahan banjir yang dibuka oleh kerajaan negeri.



Kepala rakan hampir putus

GUA MUSANG: Kelindan lori kontena, Mohamad Sukhairi Baharom, 23, hanya mampu menahan perasaan pilu melihat kepala rakannya hampir putus dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47.9 Jalan Gua Musang – Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, di sini, petang kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 petang itu, rakannya, pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, hampir putus kepala selepas tengkuknya terkena besi lori treler pengangkut yang dirempuhnya serta sebuah kereta Perodua Kancil.

Mohamad Sukhairi, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di tempat duduk sebelah pemandu dan hanya tersedar apabila sudah berada dalam longkang akibat tercampak keluar dari lori dinaikinya.


Wanita hamil rempuh lori trauma

MASJID TANAH: Seorang wanita sarat mengandung trauma selepas Perodua ViVA dipandunya merempuh belakang sebuah lori yang terbabit kemalangan di Kampung Solok Duku, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, wanita yang enggan dikenali itu tidak cedera.

Menurutnya, dia yang memandu berseorangan mengekori belakang lori itu terkejut apabila kenderaan berkenaan berhenti mengejut kerana terbabit dalam kemalangan.
“Saya tidak tahu hendak buat apa-apa kerana lori itu tiba-tiba saja berhenti menyebabkan saya terlanggar belakangnya. Rupa-rupanya ada sebuah kenderaan lain berlanggar dengan lori itu menyebabkan ia berhenti secara mengejut.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk pemeriksaan kesihatan berikutan kejadian itu.

Dalam kejadian itu, sebuah Proton Waja dipandu seorang jurujual kereta dari arah Masjid Tanah-Sungai Udang dikenali Mohd Yatim hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ lalu bertembung sebuah lori membawa muatan makanan ringan dari arah bertentangan menyebabkan kakinya tersepit.

Mohd Yatim dikeluarkan dari kenderaannya dengan bantuan orang ramai dan di hantar ke Hospital Melaka dengan ambulans Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

Tidak lama selepas kejadian, sebuah Produa VivA dipandu wanita sarat mengandung itu merempuh belakang lori yang terbabit dalam kemalangan sebelum itu.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan, S Partiban, 36, berkata dia tidak dapat mengelak dan hanya mampu menekan brek selepas Proton Waja itu memasuki laluannya berikutan kenderaan dipandunya sarat dengan muatan.




Tangisan pilu arwah suami

PORT DICKSON: “Ketika berada dalam kereta untuk bertolak ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu, saya nampak suami melambai tangannya sambil mengesat air mata, namun pada masa sama sempat melemparkan senyuman,” kata isteri pesara polis yang ditemui mati di tempat pembuangan sampah di Kampung Teluk, Paris Panjang, dekat sini, Selasa lalu.
Fatimah Mahmud, 79, berkata, hatinya berdetik dan tertanya-tanya mengenai sikap pelik suaminya Murad Yusof, 83, yang sebelum ini tidak pernah bersikap sedemikian.

“Biarpun arwah sudah agak berusia, dia rajin mengemas rumah dan ringan tulang selain suka keluar membuang sampah di tempat pembuangan sampah di tempat mayatnya ditemui.
“Kali terakhir berbual dengan suami ketika makan tengah hari di rumah Ahad lalu sebelum anak perempuan datang menjemput saya ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, mayat Murad ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan pergi membuang sampah di situ.

Menurutnya, suaminya hanya diam apabila dia memberitahu anaknya akan datang menjemputnya ke Kuala Lumpur pada sebelah petang (Ahad).

“Suami mengajak saya makan di depan rumah dan ketika menjamu selera, dia memberitahu hendak memperbaiki bumbung rumah yang bocor.

“Dia berseloroh meminta saya tambahkan air kosong kerana bimbang tercekik dan tidak sangka itu gurauan terakhir,” katanya.



Dihukum mati

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pendandan rambut yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah terhadap tuduhan bersama dua remaja menculik dan membunuh pelajar pintar, Lai Ying Xin, 16, di Kulai, Johor, tiga tahun lalu, dilihat menenangkan bapanya yang menangis teresak-esak di Mahkamah Tinggi, semalam.
Teh Kim Hong, 25, dilihat berbuat demikian selepas Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh menjatuhkan hukuman itu apabila mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di akhir kes pembelaan.

Dua remaja bawah umur yang turut terbabit bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman gantung itu apabila dikenakan hukuman penjara selama tempoh diperkenankan Sultan Johor di bawah Akta Kanak-Kanak kerana masih di bawah umur ketika kejadian berlaku.
Terdahulu, Mohd Zawawi dalam penghakimannya berkata, jenayah dilakukan ketiga-tiga tertuduh adalah serius dan kejam.

“Walaupun ibu bapa mangsa membayar tebusan, tertuduh yang tidak mahu mangsa mendedahkan identiti mereka, dibunuh tanpa belas kasihan sebelum dibakar dan dicampak di tempat terpencil.

“Mahkamah juga perlu mengambil perhatian penderitaan dihadapi keluarga mangsa yang dibunuh sebegini kejam,” katanya.

Teh bersama dua rakannya yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun, dituduh bersama-sama membunuh Lai di Lot 2841, Jalan Alor Bukit, Kulai, Johor antara jam 9.45 malam, 11 September 2008 dan jam 12 tengah malam, 12 September 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menculik mangsa pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Kulai di pasar raya besar Jalan Kulai-Air Hitam dengan niat mendapatkan wang tebusan RM60,000, kira-kira jam 9.45 malam, 11 September 2008. Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibacakan bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, mangsa dilihat kali terakhir menaiki Perodua Kembara warna perak di hadapan pasar raya besar Jalan Kulai selepas habis bekerja sambilan.

Seorang lelaki membuat panggilan telefon kepada keluarga mangsa memberitahu mangsa berada dengannya dan meminta RM60,000 sebagai tebusan.

Selepas tempat meletak wang tebusan ditukar berkali-kali, ibu bapa kepada anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu meletakkan RM30,500 dalam beg di tepi Jalan Indahpura, Kulai, Johor.

Pada 15 September 2008 ketiga-tiga tertuduh ditangkap dan polis menemui wang tebusan yang ditanda RM22,000 di dalam beg di tempat duduk belakang dan wang tunai RM800 di dalam dompet tertuduh.

Mayat mangsa ditemui di kawasan semak Taman Puteri, Kulai dalam keadaan rentung dan berulat.

Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan dari Johor, Umar Saiduddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlih Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam bela Norman Fernandes dan Sukhaimi Mashud.

Kes yang terdahulu dibicarakan di mahkamah di Johor Bahru dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas Mohd Zawawi dipindah bertugas memanggil 39 saksi pendakwaan termasuk empat pakar forensik dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang prosiding berjalan. Ibu mangsa, Chia Siew Phen, 48, yang ditemui media selepas prosiding memberitahu dia masih tidak tenang dengan keputusan hakim itu.

“Saya tidak rasa apa-apa kerana mereka buat rayuan. Saya hanya lega selepas semuanya selesai,” katanya.

Wednesday, March 30, 2011

PERKATAAN 'MANGSA' MACAM MALAYSIA TERINAYA PULAK...DUNIA MILIK ALLAH...TERMASUK MALAYSIA...NI TAKDIR ALLAH....BUKAN TERJADI DENGAN SENDIRI....JIKA ASYIK BUAT MAKSIAT...ANJUR BUAT MUNGKAR...LAWAN HUKUM ALLAH...ADAKAH MASIH TAK LAYAK LAGI UNTUK DIHUKUM...JANGAN JADI ORANG PERASAN...ALLAH MASIH PANDANG DENGAN RAHMAT...SELAGI ADA MANUSIA2 KERDIL MEMBUAT KERJA2 AMAL MAKRUF SERTA MENCEGAH@NAHI MUNGKAR....


Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail


ADA sesuatu yang mencuit hati Elia Suhana ketika berbual dengan peguamnya Fakhrul Azman (kiri) di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - "Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi isteri baginda. Mahkamah dah buat keputusan dan itulah kebenaran yang mahkamah sahkan. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan baginda."
Demikian kata Elia Suhana Ahmad, 32, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 5 Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.
Keputusan itu bererti, Elia Suhana kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang semalam, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah.


Malaysia 'mangsa' gempa jiran


PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.



KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.
Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.
“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.
“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.


Isteri tekad akhiri derita




SEORANG wanita menunjukkan tingkap rumahnya yang dipalang selepas mendakwa cuba dipecahkan suaminya di Padang Sera, Jitra semalam.


JITRA – “Penderitaan selama saya hidup bersama bekas suami sangat perit dan saya sudah serik. Hanya Allah yang tahu bagaimana seksanya saya sejak bernikah dengan dia (suami) lima tahun lalu.
“Walau apa pun yang terjadi, saya tetap dengan keputusan saya dan tidak akan kembali kepadanya. Muktamad!”
Kata-kata itu diluahkan oleh seorang wanita berusia 34 tahun bagi mempertahankan dirinya selepas dia didakwa membeli surat cerai taklik palsu dari Songkhla, Thailand untuk bercerai dengan suaminya, 43.
Menurut wanita itu, dakwaan itu tidak berasas kerana dia memliki surat itu secara sah daripada The Islamic Committee of Songkhla.
Katanya, dakwaan suaminya mengatakan ia palsu dan dibeli hanyalah omongan kosong semata-mata.
“Suami saya menunjukkan perangai sebenar selepas bernikah. Dia jenis yang panas baran selain suka memukul dan menendang saya jika bertengkar.
“Sejak kami bernikah di Songkhla, Thailand pada 2006, saya terpaksa bekerja untuk menanggung perbelanjaan keluarga sedangkan dia langsung tidak ambil pusing kerana dia tinggal bersama isteri pertamanya di Arau, Perlis.

Ramli ditembak dengan peluru .32

TUMPAT – Mahkamah Koroner di sini semalam diberitahu bahawa peluru yang digunakan dalam kes pembunuhan pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad adalah sepadan dengan pistol jenis Caliber berlaras .32.
Inspektor Amir Abdullah yang bertugas di Bahagian Balistik Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras berkata, ia berdasarkan kepada berat timbangan peluru itu serta saiz diameternya yang memang sepadan dengan senjata api tersebut.
“Selepas merakamkan imej peluru dan memasukkannya ke dalam pengkalan data balistik, saya dapati ia berdiameter 7.76 milimeter dan mempunyai anggaran berat 97 grain. Ia sepadan dengan senjata api berlaras kaliber .32.
“Selepas disemak, ia tidak dikesan dalam data sedia ada tetapi berasaskan jenayah-jenayah senjata api lampau,” katanya yang berpengalaman menganalisis lebih 80 kes berhubung jenayah melibatkan senjata api dan peluru.


Nenek tujuh cucu dihukum mati




MARIAH menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dekat sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 92.68 gram dadah jenis heroin pada 2009.
Tertuduh, Mariah Hamad, 49, yang memakai baju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa membacakan hukuman tersebut.
Hakim memberitahu, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atas wanita itu yang mengedar dadah jenis heroin pada 3 Ogos 2009.
Mengikut fakta kes, Mariah didakwa melakukan kesalahan pada tarikh tersebut kira-kira 3.45 petang di pekarangan Masjid Padang Nenas dekat sini dengan membawa satu bungkusan berwarna hitam.
Bungkusan tersebut mengandungi 100 botol plastik yang berisi dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan sebanyak 92.68 gram.
Atas kesalahan itu, dia dituduh di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama iaitu gantung sampai mati.
Menurut Mohd. Yazid, keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu kandungan bungkusan yang diambilnya daripada seorang wanita dikenali sebagai Ida di Stesen Minyak Petronas Rantau Panjang pada hari kejadian adalah tidak benar.
“Mengikut keterangan saksi ketika tertuduh ditangkap dia berada di dalam keadaan terkejut, takut dan pucat,” katanya yang menguatkan tuduhan bahawa tertuduh tahu kandungan di dalam bungkusan tersebut.


Banjir di Perlis bertambah buruk


KENDERAAN menggunakan laluan yang dinaiki air di persimpangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau semalam.



KANGAR - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang.
Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas.
"Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar.
"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

BILA KITA MEMILIH KEMEWAHAN MUDAH.MENURUT KEMAHUAN NAFSU DARI SURUHAN ALLAH...NAMPAK DUNIA LEPAS JELAS DARI AKHIRAT YANG WAJIB DIBENARKAN...UNTUK SEMUA...HADIRLAH KEMAJLIS2 ILMU AGAR HATI KITA SENTIASA HIDUP....

Nangis dihukum mati

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

BERSALAH...

Mariah diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman mati, semalam.
BERSALAH... Mariah diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman mati, semalam.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang mempunyai tujuh cucu hanya mampu menangis apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit, dekat sini, kira-kira dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang@Mamat berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mariah diwakili peguam bela Tara Singh Delip dilihat memandang ke arah ahli keluarga yang berada di galeri awam ketika hukuman dibacakan.

Mohd Yazid pada penghakimannya berkata, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membuat pembelaan diri bahawa dia hanya membawa barangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai dadah atas permintaan seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain yang menunggu di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isi kandungannya adalah tidak benar.


Beliau berkata, tertuduh didapati tidak bercakap benar kerana kelihatan takut dan pucat ketika ditahan polis di lokasi kejadian menunjukkan dia tahu mengenai isi kandungan barangan di dalam plastik dibawanya itu.

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya turut memaklumkan dia bersama suami mahu ke Kuala Berang bagi menziarah saudara suami yang tidak dikenali dan berhenti di masjid itu untuk memberikan barang dikirim Ida.

“Malah, adalah tidak munasabah tertuduh sanggup menggunakan jalan pantai dari Rantau Panjang untuk ke Kuala Berang dan singgah di masjid itu semata-mata mahu menyampaikan barang yang dikirim Ida,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mariah yang juga peniaga kedai makan didakwa mengedar heroin kira-kira jam 3.45 petang pada 3 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

ISLAM ITU MUDAH......SEMUA DAPAT DILAKUKAN@DIBUAT...ASAL TIADA UNSUR HARAM ATAU PERKARA2 DILARANG AGAMA....DALAM IBADAH PUN JADI DILARANG JIKA KITA BUAT ITU BUKAN DARI SYARIAT ISLAM...JANGAN KITA BERKATA TANPA NAS....SEMATA2 NAK MEWAJARKAN HUKUM...ITU TAK BOLEH LAH...RAGU2 BAIK TINGGALKAN....

TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.
Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:
Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.
najib-poco2.jpg
- Gambar Hiasan
ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.
iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.
v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.
vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.



Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar.....m'sian insider
 
Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakam...an video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,”

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.....

JANGAN SUKA DIPELUK DAN DIBELAI...DIWAKTU LAIN DIPUKUL...TAK KENALAH@TAK BETULAH...BEGITULAH SEBALIKNYA...

Belasah isteri hamil mengidam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.


“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



Cara Mengatasi Masalah Isteri Mengidam.

Yes, bercakap pasal isteri mengidam, korang pun dah sedia maklum yang bila perempuan mengandung, perempuan akan mengidam benda yang pelik pelik. Tak caya ? Cuba check list benda yang isteri selalu mengdam dalam entri : Senarai Benda / Makanan Pelik Bg Isteri Yang Mengidam.


Parah kalau isteri mengidam benda pelik...

Sebelum tu, layan video lawak ni pasal orang mengidam !
Entri ni sebenarnya entri feedback berkenaan orang yang google blog aku mencari hukum isteri mengidam makan babi. Sebagai suami, korang mesti buntu kan nak buat ape ? So, hari ini kita akan kongsi Cara Mengatasi Masalah Isteri Mengidam ok ? Semoga entri ni membantu yool satu hari nanti = )

Semua yang isteri nak, kena bagi ke ? Sebagai umat Islam, benda atau makanan yang haram dan berdosa, janganlah diturutkan. Jangan lah terpengaruh dengan cakap orang bahawa kalau isteri mengidam tak diturutkan, bayi yang lahir akan sentiasa mengalirkan air liur.

Kenapa isteri mengidam ? Punca isteri mengidam adalah sebab perubahan hormon di dalam badan ibu yang sedang mengandung dan menyebabkan perubahan kepada seleranya. Namun perubahan selera itu tidak semua wajar diikuti. 
Nasihat bagi para suami & isteri :
  • Bagi seorang isteri, sebelum nak makan benda pelik pelik yang mengidam sangat tu, eloklah tanya pendapat suami. Selain tu, suami isteri boleh dapatkan khidmat nasihat doktor sebab doktor lebih tahu cara pemakanan yang baik untuk kesihatan diri si ibu dan bayi dalam kandungan tu.
  • Mengidam ni sebenarnya datang dari dorongan ibu tu sendiri, atas dorongan nafsu makan bukannya keinginan bayi dalam kandungan tu. Credit : Bidan Bersalin

Cara mengatasi mengidam semasa mengandung :
  • Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
  • Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
  • Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
  • Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
  • Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
  • Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
  • Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
  • Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung Credit : Comelnya....


KOMEN

JIKA BOLEH JANGAN DILAYAN SANGAT...KECUALI BENDA2 MUDAH DIDAPATI....BANYAKKAN IBADAH SERTA DOA...MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT....

ALFATIHAH...TAKZIAH...ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA....KEKADANG HADIAH DAN MEMBELI PERMAINAN PERLU FIKIR BURUK BAIKNYA...SAYANG KITA PATUTNYA BERDOA.. BERHATI2..TELITI DAN DIDIK UNTUK JADI ANAK YANG SOLEH...ATAU DALAM KATA LAIN JADI IBUBAPA YANG BOLEH BAWA ANAK2 KE SYURGA....

Anak temui ajal depan rumah

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

DITENANGKAN...Mohd Faisal menenangkan isterinya yang kematian anak sulung mereka selepas terbabit dalam kemalangan di depan rumah.
DITENANGKAN...Mohd Faisal menenangkan isterinya yang kematian anak sulung mereka selepas terbabit dalam kemalangan di depan rumah.
KLANG: “Saya sedang tutup pintu pagar rumah sambil kendong anak kedua. Tiba-tiba terdengar bunyi ‘bum’ dan bila toleh, anak pertama saya terbaring di atas jalan,” kata Che Wan Nor Al Fatihah Che Wan Othman, 26, ibu kepada Muaz Hakimi Mohd Faisal, 4, yang maut di depan rumahnya akibat dilanggar kereta jiran, semalam.
Kejadian berlaku di Lorong Klang Perdana 2C, Taman Klang Perdana, Sementa, Kapar kira-kira jam 5.30 petang kelmarin dan kanak-kanak itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa seronok menunggang basikal dilanggar Toyota Innova milik jirannya dipercayai dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, selepas melihat Muaz Hakimi terbujur kaku dan berlumuran darah, dia berlari mendapatkan mangsa biarpun masih menggendong anak keduanya, Muhammad Faiz yang berusia setahun enam bulan.


“Saya hanya mampu meraung sekuat hati selepas melihat dia tidak bernyawa. Baru beberapa saat sebelum itu dia berada di depan saya, tapi dalam sekelip mata dia meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya.

Che Wan Nor Al Fatihah dan suami, Mohd Faisal Mohd Affandi, 32, baru tiga bulan tinggal di rumah yang baru dibeli mereka itu. Sebelum ini pasangan berkenaan menyewa di Teluk Gong, Pandamaran.

Difahamkan, sebelum kejadian, Che Wan Nor Al Fatihah bersama dua anaknya itu keluar bertemu jiran yang berkumpul di simpang jalan sambil mengambil angin petang di kawasan perumahan berkenaan.

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, malam sebelum kejadian anaknya menunjukkan perubahan sikap dan beberapa kali terjaga daripada tidur pada awal pagi dan menangis.

“Dia macam takut-takut dan selepas saya tenangkannya dia kembali tidur. Tak sangka itu petanda dia meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal yang bekerja sebagai pemandu lori di Pelabuhan Klang berkata, sejurus dihubungi jiran, dia bergegas pulang ke rumah.

“Saya syak anak saya kemalangan selepas melihat orang ramai mengelilingi berhampiran rumah saya.

“Selepas melihat keadaan anak saya, fikiran saya kosong dan tak mampu berkata apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam dua jam sebelum kejadian, anak sulungnya itu mencium dan melambai tangan ketika dia mahu keluar rumah untuk ke tempat kerja.

“Pagi sebelum kejadian, saya, arwah dan anak kedua ke kolam memancing tidak jauh dari sini dan dia begitu seronok sekali melihat ikan sambil sesekali mengusik adiknya.

“Tapi semua itu hanya tinggal kenangan dan saya perlu tabah dan terima hakikat dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya pilu.

Mohd Faisal berkata, dua tiga hari lalu, anaknya turut menunjukkan perubahan sikap.

“Bila dengar azan, dia ikut melaungkan azan,” katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Kampung Sementa, selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan mendapati mangsa dilanggar dan diseret kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

BAGAIMANA AMALAN DIPROSES DAN AMATI2....IKHLAS ATAU TIDAK

Tujuh Langit, Tujuh Malaikat Penjaga, dan Tujuh Amal Sang Hamba
Posted by: anugerah
Dari Ibnu Mubarak dan Khalid bin Ma'dan, mereka berkata kepada Mu'adz bin Jabal, "Mohon ceritakan kepada kami sebuah hadits yang telah Rasulullah ajarkan kepadamu, yang telah dihafal olehmu dan selalu diingat-ingatnya karena sangat kerasnya hadits tersebut dan sangat halus serta dalamnya makna ungkapannya. Hadits manakah yang engkau anggap sebagai hadits terpenting?"

Mu'adz menjawab, "Baiklah, akan aku ceritakan..." Tiba-tiba Mu'adz menangis tersedu-sedu. Lama sekali tangisannya itu, hingga beberapa saat kemudian baru terdiam. Beliau kemudian berkata, "Emh, sungguh aku rindu sekali kepada Rasulullah. Ingin sekali aku bersua kembali dengan beliau...". Kemudian Mu'adz melanjutkan:

Suatu hari ketika aku menghadap Rasulullah Saw. yang suci, saat itu beliau tengah menunggangi untanya. Nabi kemudian menyuruhku untuk turut naik bersama beliau di belakangnya. Aku pun menaiki unta tersebut di belakang beliau. Kemudian aku melihat Rasulullah menengadah ke langit dan bersabda, "Segala kesyukuran hanyalah diperuntukkan bagi Allah yang telah menetapkan kepada setiap ciptaan-Nya apa-apa yang Dia kehendaki. Wahai Mu'adz....!

Labbaik, wahai penghulu para rasul....!

Akan aku ceritakan kepadamu sebuah kisah, yang apabila engkau menjaganya baik-baik, maka hal itu akan memberikan manfaat bagimu. Namun sebaliknya, apabila engkau mengabaikannya, maka terputuslah hujjahmu di sisi Allah Azza wa Jalla....!

Wahai Mu'adz...Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati dan Mahatinggi telah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan petala langit dan bumi. Pada setiap langit terdapat satu malaikat penjaga pintunya, dan menjadikan penjaga dari tiap pintu tersebut satu malaikat yang kadarnya disesuaikan dengan keagungan dari tiap tingkatan langitnya.

Suatu hari naiklah malaikat Hafadzah dengan amalan seorang hamba yang amalan tersebut memancarkan cahaya dan bersinar bagaikan matahari. Hingga sampailah amalan tersebut ke langit dunia (as-samaa'I d-dunya) yaitu sampai ke dalam jiwanya. Malaikat Hafadzah kemudian memperbanyak amal tersebut dan
mensucikannya.

Namun tatkala sampai pada pintu langit pertama, tiba-tiba malaikat penjaga pintu tersebut berkata, "Tamparlah wajah pemilik amal ini dengan amalannya tersebut!! Aku adalah pemilik ghibah... Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk mencegah setiap hamba yang telah berbuat ghibah di antara manusia -membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan orang lain yang apabila orang itu mengetahuinya, dia tidak suka mendengarnya- untuk dapat melewati pintu langit pertama ini....!!"

Kemudian keesokan harinya malaikat Hafadzah naik ke langit beserta amal shalih seorang hamba lainnya. Amal tersebut bercahaya yang cahayanya terus diperbanyak oleh Hafadzah dan disucikannya, hingga akhirnya dapat menembus ke langit kedua. Namun malaikat penjaga pintu langit kedua tiba-tiba berkata, "Berhenti kalian...! Tamparlah wajah pemilik amal tersebut dengan amalannya itu! Sesungguhnya dia beramal namun dibalik amalannya itu dia menginginkan penampilan duniawi belaka ('aradla d-dunya).Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk tidak membiarkan amalan si hamba yang berbuat itu melewati langit dua ini menuju langit berikutnya!" Mendengar itu semua, para malaikat pun melaknati si hamba tersebut hingga petang harinya.

Malaikat Hafadzah lainnya naik bersama amalan sang hamba yang nampak indah, yang di dalamnya terdapat shadaqah, shaum-shaumnya serta perbuatan baiknya yang melimpah. Malaikat Hafadzah pun memperbanyak amal tersebut dan mensucikannya hingga akhirnya dapat menembus langit pertama dan kedua. Namun ketika sampai di pintu langit ketiga, tiba-tiba malaikat penjaga pintu langit tersebut berkata, "Berhentilah kalian...! Tamparkanlah wajah pemilik amalan tersebut dengan amalan-amalannya itu! Aku adalah penjaga al-Kibr (sifat takabur). Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk tidak membiarkan amalannya melewatiku, karena selama ini dia selalu bertakabur di hadapan manusia ketika berkumpul dalam setiap majelis pertemuan mereka...."

Malaikat Hafadzah lainnya naik ke langit demi langit dengan membawa amalan seorang hamba yang tampak berkilauan bagaikan kerlip bintang gemintang dan planet. Suaranya tampak bergema dan tasbihnya bergaung disebabkan oleh ibadah shaum, shalat, haji dan umrah, hingga tampak menembus tiga langit
pertama dan sampai ke pintu langit keempat. Namun malaikat penjaga pintu tersebut berkata, "Berhentilah kalian...! Dan tamparkan dengan amalan-amalan tersebut ke wajah pemiliknya..! Aku adalah malaikat penjaga sifat 'ujub (takjub akan keadaan jiwanya sendiri). Rabb Pemeliharaku memerintahkan kepadaku agar ridak membiarkan amalannya melewatiku hingga menembus langit sesudahku. Dia selalu memasukkan unsur 'ujub di dalam jiwanya ketika melakukan suatu perbuatan...!"

Malaikat Hafadzah lainnya naik bersama amalan seorang hamba yang diiring bagaikan iringan pengantin wanita menuju suaminya. Hingga sampailah amalan tersebut menembus langit kelima dengan amalannya yang baik berupa jihad, haji dan umrah. Amalan tersebut memiliki cahaya bagaikan sinar matahari.
Namun sesampainya di pintu langit kelima tersebut, berkatalah sang malaikat penjaga pintu, "Saya adalah pemilik sifat hasad (dengki). Dia telah berbuat dengki kepada manusia ketika mereka diberi karunia oleh Allah. Dia marah terhadap apa-apa yang telah Allah ridlai dalam ketetapan-Nya. Rabb Pemeliharaku memerintahkan aku untuk tidak membiarkan amal tersebut melewatiku menunju langit berikutnya...!"

Malaikat Hafadzah lainnya naik dengan amalan seorang hamba berupa wudlu yang sempurna, shalat yang banyak, shaum-shaumnya, haji dan umrah, hingga sampailah ke langit yang keenam. Namun malaikat penjaga pintu langit keenam berkata, 'Saya adalah pemilik ar-rahmat (kasih sayang). Tamparkanlah amalan
si hamba tersebut ke wajah pemilikinya. Dia tidak memilki sifat rahmaniah sama sekali di hadapan manusia. Dia malah merasa senang ketika melihat musibah menimpa hamba lainnya. Rabb Pemeliharaku memerintahkanku untuk tidak membiarkan amalannya melewatiku menuju langit berikutnya...!'

Naiklah malaikat Hafadzah lainnya bersama amalan seorang hamba berupa nafkah yang berlimpah, shaum, shalat, jihad dan sifat wara' (berhati-hati dalam bermal). Amalan tersebut bergemuruh bagaikan guntur dan bersinar bagaikan bagaikan kilatan petir. Namun ketika sampai pada langit yang ketujuh, berhentilah amalan tersebut di hadapan malaikat penjaga pintunya. Malaikat itu berkata, 'Saya adalah pemilik sebutan (adz-dzikru) atau sum'ah (mencintai kemasyhuran) di antara manusia. Sesungguhnya pemilik amal ini
berbuat sesuatu karena menginginkan sebutan kebaikan amal perbuatannya di dalam setiap pertemuan. Ingin disanjung di antara kawan-kawannya dan mendapatkan kehormatan di antara para pembesar. Rabb Pemeliharaku memerintahkan aku untuk tidak membiarkan amalannya menembus melewati pintu langit ini menuju langit sesudahnya. Dan setiap amal yang tidak diperuntukkan bagi Allah ta'ala secara ikhlas, maka dia telah berbuat riya', dan Allah Azza wa Jalla tidak menerima amalan seseorang yang diiringi dengan riya' tersebut....!'

Dan malaikat Hafadzah lainnya naik beserta amalan seorang hamba berupa shalat, zakat, shaum demi shaum, haji, umrah, akhlak yang berbuahkan hasanah, berdiam diri, berdzikir kepada Allah Ta'ala, maka seluruh malaikat di tujuh langit tersebut beriringan menyertainya hingga terputuslah seluruh hijab dalam menuju Allah Subhanahu. Mereka berhenti di hadapan ar-Rabb yang Keagungan-Nya (sifat Jalal-Nya) bertajalli. Dan para malaikat tersebut menyaksikan amal sang hamba itu merupakan amal shalih yang diikhlaskannya hanya bagi Allah Ta'ala.

Namun tanpa disangka Allah berfirman, 'Kalian adalah malaikat Hafadzah yang menjaga amal-amal hamba-Ku, dan Aku adalah Sang Pengawas, yang memiliki kemampuan dalam mengamati apa-apa yang ada di dalam jiwanya. Sesungguhnya dengan amalannya itu, sebenarnya dia tidak menginginkan Aku. Dia menginginkan selain Aku...! Dia tidak mengikhlaskan amalannya bagi-Ku. Dan Aku Maha Mengetahui terhadap apa yang dia inginkan dari amalannya tersebut. Laknatku bagi dia yang telah menipu makhluk lainnya dan kalian semua, namun Aku sama sekali tidak tertipu olehnya. Dan Aku adalah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib, Yang memunculkan apa-apa yang tersimpan di dalam kalbu-kalbu. Tidak ada satu pun di hadapan-Ku yang tersembunyi, dan tidak ada yang samar di hadapan-Ku terhadap segala yang tersamar..... Pengetahuan-Ku terhadap apa-apa yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-Ku terhadap apa-apa yang belum terjadi. Pengetahuan-Ku terhadap apa-apa yang telah berlalu sama dengan pengetahuan-Ku terhadap yang akan datang. Dan pengetahuan-Ku terhadap segala sesuatu yang awal sebagaimana pengetahuan-Ku terhadap segala yang akhir. Aku lebih mengetahui sesuatu yang rahasia dan tersembunyi. Bagaimana mungkin hamba-Ku menipu-Ku dengan ilmunya. Sesungguhnya dia hanyalah menipu para makhluk yang tidak memiliki pengetahuan, dan Aku Maha Mengetahui segala yang ghaib. Baginya laknat-Ku....!!

Mendengar itu semua maka berkatalah para malaikat penjaga tujuh langit beserta tiga ribu pengiringnya, 'Wahai Rabb Pemelihara kami, baginya laknat-Mu dan laknat kami. Dan berkatalah seluruh petala langit, 'Laknat Allah baginya dan laknat mereka yang melaknat buat sang hamba itu..!

Mendengar penuturan Rasulullah Saw. sedemikian rupa, tiba-tiba menangislah Mu'adz Rahimahullah, dengan isak tangisnya yang cukup keras...Lama baru terdiam kemudian dia berkata dengan lirihnya, "Wahai Rasulullah......Bagaimana bisa aku selamat dari apa-apa yang telah engkau ceritakan tadi...??"

Rasulullah bersabda, "Oleh karena itu wahai Mu'adz.....Ikutilah Nabimu di dalam sebuah keyakinan...".

Dengan suara yang bergetar Mu'adz berkata, "Engkau adalah Rasul Allah, dan aku hanyalah seorang Mu'adz bin Jabal....Bagaimana aku bisa selamat dan lolos dari itu semua...??"

Nabi yang suci bersabda, "Baiklah wahai Mu'adz, apabila engkau merasa kurang sempurna dalam melakukan semua amalanmu itu, maka cegahlah lidahmu dari ucapan ghibah dan fitnah terhadap sesama manusia, khususnya terhadap saudara-saudaramu yang sama-sama memegang Alquran. Apabila engkau hendak berbuat ghibah atau memfitnah orang lain, haruslah ingat kepada pertanggungjawaban jiwamu sendiri, sebagaimana engkau telah mengetahui bahwa dalam jiwamu pun penuh dengan aib-aib. Janganlah engkau mensucikan jiwamu dengan cara menjelek-jelekkan orang lain. Jangan angkat derajat jiwamu dengan cara menekan orang lain. Janganlah tenggelam di dalam memasuki urusan dunia sehingga hal itu dapat melupakan urusan akhiratmu. Dan janganlah engkau berbisik-bisik dengan seseorang, padahal di sebelahmu terdapat orang lain yang tidak diikutsertakan. Jangan merasa dirimu agung dan terhormat di hadapan manusia, karena hal itu akan membuat habis terputus nilai kebaikan-kebaikanmu di dunia dan akhirat. Janganlah berbuat keji di dalam majelis pertemuanmu sehingga akibatnya mereka akan menjauhimu karena buruknya akhlakmu. Janganlah engkau ungkit-ungkit kebaikanmu di hadapan orang lain. Janganlah engkau robek orang-orang dengan lidahmu yang akibatnya engkau pun akan dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam, sebagaimana firman-Nya Ta'ala, "Demi yang merobek-robek dengan merobek yang sebenar-benarnya..." (QS An-Naaziyat [79]: 2) Di neraka itu, daging akan dirobek hingga mencapat tulang........

Mendengar penuturan Nabi sedemikian itu, Mu'adz kembali bertanya dengan suaranya yang semakin lirih, "Wahai Rasulullah, Siapa sebenarnya yang akan mampu melakukan itu semua....??"

"Wahai Mu'adz...! Sebenarnya apa-apa yang telah aku paparkan tadi dengan segala penjelasannya serta cara-cara menghindari bahayanya itu semua akan sangat mudah bagi dia yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala.... Oleh karena itu cukuplah bagimu mencintai sesama manusia, sebagaimana engkau mencintai jiwamu sendiri, dan engkau membenci mereka sebagaimana jiwamu membencinya. Dengan itu semua niscaya engkau akan mampu dan selamat dalam menempuhnya.....!!"

Khalid bin Ma'dan kemudian berkata bahwa Mu'adz bin Jabal sangat sering membaca hadits tersebut sebagaimana seringnya beliau membaca Alquran, dan sering mempelajarinya serta menjaganya sebagaimana beliau mempelajari dan menjaga Alquran di dalam majelis pertemuannya.

Al-Ghazali Rahimahullah kemudian berkata, "Setelah kalian mendengar hadits yang sedemikian luhur beritanya, sedemikian besar bahayanya, atsarnya yang sungguh menggetarkan, serasa akan terbang bila hati mendengarnya serta meresahkan akal dan menyempitkan dada yang kini penuh dengan huru-hara yang mencekam. Kalian harus berlindung kepada Rabb-mu, Pemelihara Seru Sekalian Alam. Berdiam diri di ujung sebuah pintu taubat, mudah-mudahan kalbumu akan dibuka oleh Allah dengan lemah lembut, merendahkan diri dan berdoa, menjerit dan menangis semalaman. Juga di siang hari bersama orang-orang yang merendahkan diri, yang menjerit dan selalu berdoa kepada Allah Ta'ala. Sebab itu semua adalah sebuah persoalan bersar dalam hidupmu yang kalian tidak akan selamat darinya melainkan disebabkan atas pertolongan dan rahmat Allah Ta'ala semata.

Dan tidak akan bisa selamat dari tenggelamnya di lautan ini kecuali dengan hadirnya hidayah, taufiq serta inayah-Nya semata. Bangunlah kalian dari lengahnya orang-orang yang lengah. Urusan ini harus benar-benar diperhatikan oleh kalian. Lawanlah hawa nafsumu dalam tanjakan yang menakutkan ini. Mudah-mudahan kalian tidak akan celaka bersama orang-orang yang celaka. Dan mohonlah pertolongan hanya kepada Allah Ta'ala, kapan saja dan dalam kadaan bagaimanapun. Dialah yang Maha Menolong dengan sebaik-baiknya...

Wa laa haula wa laa quwwata illa billaah...


Tazkirah

IKHLAS



Ikhlas ialah meniatkan apa yang dibuat atau yang ditinggalkan hanya
semata mata kerana Allah Taala.Ertinya apa sahaja perintah Allah
Taala samaada yang fardhu ataupun sunat mestilah diniatkan semata
mata kerana Allah Taala.Dan apa sahaja yang ditinggalkan samaada
haram ataupun makruh juga mestilah diniatkan semata mata kerana Allah
Taala.Sekiranya amalan itu tidak diniatkan kerana Allah Taala ,amalan
itu dikira tidak ikhlas.Sesuatu amalan yang tidak ikhlas adalah
tertolak,tidak diberikan pahala dan sia sia.

Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Adakalanya para
Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan
mereka menyanjungnya sehingga sampai kehadrat Allah, maka Allah
berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku
mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku tidak ikhlas kepadaKu dan
amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik
amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai
kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu
mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan
niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya
kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin."

Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit dengan ikhlas lebih
baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima
oleh Allah s.w.t. dilipat gandakan pahalanya. Adapun yang tidak
ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya dalam neraka
jahannam.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu
Hurairah .a. berkata, dari Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud: "Allah s.w.t. telah berfirman: '
Akulah yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat kepada
amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu
mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal
itu."

Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana
Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana
Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-
mata, sebagaimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah .a berkata
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: Adakalanya
orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar
dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-
apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak
mendapat pahala dari amalnya.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Yang sangat saya
kuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat
bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi
Muhammad s.a.w. menjawab: "Riyaa. Pada hari pembalasan kelak Allah
s.w.t. berkata kepada mereka : "Pergilah kamu kepada orang-orang yang
dahulu kamu beramal kerana mereka didunia, lihatlah disana kalau-
kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka."
Riyaa ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji
dilihat orang, Abul Laits berkata: "Dikatakan pada mereka sedemikian
itu kerana amal perbuatan mereka ketika didunia secara tipuan, maka
dibalas demikian."
Allah s.w.t. membalas cara tipuan mereka itu dan
membatalkan semua amal perbuatan mereka itu, kerana dahulu tidak
beramal untukKu maka pembalasan amalmu itu tidak ada padaKu, sebab
tiap amal yang tidak ikhlas kepada Allah s.w.t., maka tidak sampai
kepadaNya, kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah
s.w.t. dan kerana lainnya, maka Allah s.w.t. lepas tangan daripadanya.


Seorang ahli hikmah berkata: "Contoh orang yang
beramal dengan riyaa' itu bagaikan orang yang keluar kepasar dan
mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan orang melihat poketnya
semua berasa kagum dan berkata: "Alangkah penuhnya poket wang orang
itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berguna sebab tidak
dapat dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang
sahaja. Demikianlah pula orang yang beramal dengan riyaa' tidak ada
pahalanya diakirat kelak."
Sebagaimana firman Allah s.w.t.: yang
bermaksud: "Dan Kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami
jadikan debu yang berhamburan."

Waki' meriwayatkan dari Sufyan Atstsauri dari orang yang mendengar
Mujahid berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
berkata: Ya Rasullullah, saya bersedekah mengharapkan keridhaan Allah
s.w.t. dan ingin juga disebut dengan baik." Maka turunlah ayat 111
surah al-Kahfi: . yang bermaksud: "Maka siapa yang benar-benar
mengharap akan bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal
yang baik, dan jangan mempersekutukan Allah dalam semua ibadatnya
dengan sesiapa."
Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad s.a.w
bersabda yang bermaksud: "Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum
(golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian
bulu domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka
bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: Apakah
terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku. Aku
bersumpah akan menurunkan kepada mereka futnah ujian bala sehingga
seorang yang berakal tenang akan bingung."
Waki' meriwayatkan dari Sufyan dari Habib dari
Abi Salih berkata: Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
berkata: "Ya, Rasullullah, saya berbuat suatu amal yang saya
sembunyikan kemudian diketahui orang, maka saya merasa senang, apakah
masih mendapat pahala? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya. bagimu pahala
rahasia dan terang."
Abul-Laits berkata: "Diketahui orang sehingga
ditiru, maka ia mendapat pahala kerana beramal dan mendapat pahala
kerana ditiru orang." Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: "Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat
pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari
qiamat, dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa
dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat."
Abu-Laits berkata: Saya telah diceritakan oleh
beberapa ulama dengan sanad mereka yang langsung dari Uqbah bin
Muslim dari Samir Al-ash-bahi berkata: "Bahawa ia ketika masuk kekota
Madinah melihat seorang yang dikerumuni oleh orang ramai, lalu saya
bertanya: "Siapakah orang itu?" Jawab orang-orang: "Itu Abu Hurairah
.a.". Maka saya mendekati kepadanyadan ketika tiada lagi orang ramai
disitu, saya pun bertanya kepadanya: "Saya tuntut engkau demi Allah,
ceritakan kepadaku satu hadis yang telah kau dengar dan kau ingat
langsung daripada Rasullullah s.a.w." Abu Hurairah .a.
berkata: "Duduklah, akan saya ceritakan kepadamu hadis yang saya
sendiri mendengar dari Rasullullah s.a.w. yang waktu itu tiada orang
lain bersama kami." Kemudian Abu Hurairah .a. pun menarik nafas yang
berat lalu pingsan, kemudian setelah sedar dari pingsan itu dia pun
mengusapkan mukanya sambil berkata: "Akan aku ceritakan hadis
Rasullullah s.a.w. .", kemudian dia menarik safas yang berat lagi dan
pingsan semula. Agak lama kemudian dia sedar dan mengusapkan mukanya
lalu berkata : Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila hari
kiamat kelak maka Allah s.w.t. akan menghukum diantara semua makhluk
dan semua ummat bertekuk lutut, dan pertama yang dipanggil ialah
orang yang mengerti al-Quran, dan orang yang mati fisabilillah, dan
orang kaya. Maka Allah s.w.t. menanyakan kepada orang yang pandai al-
Quran: Tidakkah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan
kepada utusanKu? Jawab orang itu: Benar, ya Tuhanku. lalu kau berbuat
apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya: Saya telah
mempelajarinya diwaktu malam dan mengerjakannya diwaktu siang. Firman
Allah s.w.t. : Dusta kau. Lalu malaikat juga berkata: Dusta kau,
sebaliknya kau hanya ingin disebut qari, ahli dalam al-Quran, dan
sudah disebut yang demikian itu. Lalu dipanggil orang kaya dan
ditanya: Engkau berbuat apa terhadap harta yang Aku berikan kepada
kamu? Jawabnya: Saya telah menggunakan untuk membantu kaum keluarga
dan bersedekah. Dijawab Allah s.w.t. :Dusta kau. Para malaikat pun
berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya kerana ingin disebut
sebagai seorang dermawan, dan sudah terkenal sedemikian. Lalu
dihadapkan orang yang mati berhijad fisabilillah lalu ditanya: Kenapa
kau terbunuh? Jawabnya: Saya telah berperang untuk menegakkan agamaMu
sehingga terbunuh. Allah s.w.t. berfirman: Dusta engkau. Dan malaikat
juga berkata: Dusta engkau, kau hanya ingin disebut sebagai seorang
pahlawan yang gagah berani dan sudah disebut sedemikian.
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. memukul lututku
(pahaku) sambil bersabda yang bermaksud: "Hai Abu Hurairah, ketiga
orang itulah yang pertama-tama yang dibakar dalam api neraka pada
hari kiamat." Kemudian berita itu sampai kepada Mu'awiyah maka ia
menangis dan berkata: "Benar Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.".
Kemudian ia membaca ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: Yang
bermaksud: Siapa yang niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan
dan keindahannya maka Kami akan memberi kepada mereka semua amalnya
dan mereka didunia tidak akan dikurangi (dirugikan).(15). Mereka
itulah yang tidak mendapat diakirat kecuali api neraka, dan gugur
semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka itu.(16).
Ady bin Hatim Aththa'i berkata Rasullullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: Pada hari kiamat beberapa orang yang
diperintahkan untuk membawa kesyurga dan setelah melihat segala
keindahannya serta merasakan bau harumnya maka diperintahkan untuk
dijauhkan daripadanya kerana mereka tidak ada bagian didalamnya, maka
kembali mereka dengan penjelasan yang tidak ada tara bandingnya,
sehingga mereka berkata: Ya Tuhan, andaikan Kau masukkan kami kedalam
neraka sebelum Kau perlihatkan kami pahala yang Kau sediakan bagi
para waliMu. Jawab Allah: Sengaja Aku berbuat itu kepada kamu, kamu
dahulu bila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila dimuka
orang-orang berlagak alim sopan dan taat, kamu hanya riya',
memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu,
kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku, maka kini Aku
merasakan kepada kamu kepedihan siksaKu, disamping Aku haramkan atas
kamu kebesaran pahalaKu.

Kesimpulan

Dalam satu hadis Qursi,Allah Taala ada berfirman

"Ikhlas adalah satu rahsia rahsiaKu.Aku titiskan ia dalam hati
hamba hambaKu yang Aku kehendaki."

Kerana itu rahsia Allah,tentulah kita tidak mungkin dapat tahu
siapakah yang ikhlas atau tidak.Malah diri sendiripun kadang kadang
susah untuk dipastikan apakah ikhlas atau sebaliknya. Walaupun ia
rahsia ,namun islam telah membuat garis panduan untuk kita mengukur
hati dan membentuknya supaya benar benar ikhlas.
Untuk mendapatkan hati yang ikhlas bukanlah sesuatu yang mudah.Tanpa
usaha yang sungguh sunguh serta istiqamah kita akan tewas ditangan
syaitan yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kita.Ingatlah ketika
Allah Taala melaknatinya,syaitan merayu untuk menyesatkan semua anak
cucu Nabi Adam a.s lalu Allah membenarkan dengan bermaksud:

"Kecuali hamba hambaKu yang ikhlas"

Oleh itu syaitan akan menyesatkan semua manusia supaya derhaka kepada
Allah Taala.Semua orang akan mengikutnya kecuali mereka yang memiliki
hati yang ikhlas
Demikianlah ketentuan Allah Taala .Satu ketentuan yang pasti dan kita
akan menghadapinya suatu hari nanti.Hari dimana manusia tidak boleh
berdolak dalih lagi.Dihari itu orang yang tidak ikhlas akan menyesal
kerana amalanya tertolak sesungguhnya Allah lebih mengetahui darinya
melalui gerak hatinya sendiri.

Dari itu kita semua perlu berhati hati.Mujahadahlah melawan godaan
hawa nafsu dan syaitan serta betulkan niat ketika melakukan sesuatu
amalan . Pohon pimpinan Allah Taala selalu agar diberikan hati yang
ikhlas.