DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Kerajaan Selangor perlu keluar garis panduan, perjelas kegiatan tak bermoral
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) meminta kerajaan Selangor membuat kajian lebih mendalam mengenai pelaksanaan larangan terhadap artis yang terbabit aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri berkenaan, bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tidak dilakukan secara melulu.
Selain itu, ada artis yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri berkenaan sebagai tidak adil kerana menghukum tanpa memberi ruang kepada anak seni yang terbabit untuk berubah atau memperbaiki kelemahan diri.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Harun Salim Bachik, berkata walaupun moral adalah aspek penting yang harus diambil kira dalam undang-undang dan syariah Islam, kajian lebih mendalam mengenai tindakan terbaru itu perlu dilakukan.
Beliau berkata, ini kerana dikhuatiri seseorang artis dikenakan hukuman sedemikian hanya berdasarkan khabar angin atau spekulasi, sekali gus boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Jika seseorang artis itu memang membuat pengakuan sendiri terbabit aktiviti tidak bermoral, ia boleh diterima sebagai suatu kes yang nyata. Namun sekiranya hanya berdasarkan khabar angin dan spekulasi, diharap pihak berkuasa berkaitan tidak mengambil tindakan melulu kerana ia membabitkan periuk nasi artis,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Exco Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali, berkata artis tempatan mahu pun luar negara yang terbabit aktiviti tidak bermoral tidak dibenar mengadakan persembahan terbuka di Selangor kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama golongan muda di negeri itu.
Adibah Noor berkata, artis juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, sekali gus tidak adil dihukum sedemikian tanpa diberi peluang untuk berubah atau memperbaiki kelemahan diri.
“Jika golongan artis terbabit diharam daripada mengadakan persembahan, ia umpama menutup periuk nasi mereka, sedangkan pada pandangan saya, artis bukanlah pengaruh yang besar ke atas remaja jika kita melihat kepada konteks hari ini.
“Pendidikan sama ada di rumah dan sekolah, serta hubungan kekeluargaan lebih banyak memainkan peranan dalam kehidupan remaja kita. Saya tidak percaya remaja hari ini akan mengikut perangai seseorang artis secara membuta tuli kerana mereka juga sudah pandai membuat penilaian,” katanya.
Seorang lagi artis popular, Misha Omar, pula berkata kegiatan tidak bermoral yang dimaksudkan dalam kenyataan Hasan adalah kurang jelas serta terlalu umum, dan perlu diperjelaskan.
“Kita tidak mahu nanti, hanya kerana nila setitik, maka ia merosakkan susu sebelanga, sedangkan semua orang tahu seni sama ada nyanyian atau lakonan juga satu pekerjaan.
“Sebagai insan seni, artis seboleh-bolehnya mahu mencari rezeki di seluruh negara, termasuk Selangor. Justeru, jika ada garis panduan lebih jelas mengenai perkara ini, rasanya ia lebih baik buat artis,” katanya.
Azadan Rabbani berkata, berlakunya keruntuhan akhlak dan gejala sosial bukan akibat satu punca tetapi membabitkan pelbagai faktor lain termasuk kasih sayang, pergaulan dan persekitaran.
Artis terkenal, Amy Search, berkata garis panduan yang ditetapkan kerajaan Selanngor berhubung isu kegiatan tidak bermoral itu perlu diperincikan.
“Namun jika perkara ini dilaksanakan hanya kerana artis dikatakan boleh mempengaruhi generasi muda, anggapan itu salah. Sebenarnya dalam situasi semasa, bukan hanya artis menjadi contoh kepada khalayak kerana banyak anasir lain boleh mempengaruhi perilaku negatif.
“Bagaimanapun, kalau penetapan ini tetap ingin dilaksanakan demi kebaikan, setiap perkara harus diperjelas supaya semua pihak memahami dan mematuhinya.
Dunia hiburan kita tidak sebesar mana, jangan nanti cuma penggiat seni tempatan berdepan garis panduan ini, manakala artis luar boleh masuk sewenang-wenangnya,” katanya.
GADIS MUSLIM MUKA DEPAN PLAYBOY
sumber : cari sendiri
Seorang pelakon wanita muslim telah menimbulkan kemarahan kumpulan fanatik Islam apabila beraksi bogel untuk majalah Playboy. Wanita tersebut dicap sebagai "pelacur" setelah tampil dengan aksi ghairah di muka depan majalah Playboy edisi Jerman.
Dan kumpulan fanatik Islam telah mengeluarkan mesej ancaman di internet.
Dibesarkan di Jerman oleh orang tua Turki konservatif, mengatakan bahawa dia takut "diaibkan" golongan tertentu pada masa akan datang. Sila, 25 - bintang iklan sabun di Jerman - mendakwa sesi fotografi itu merupakan reaksi terhadap "perhambaan" dari zaman silamnya.
Dia menambah: "Yang ingin saya katakan dengan foto-foto ini adalah, kita tidak harus hidup dengan peraturan yang ditujukan ke atas kami (para gadis)".
Namun laman web Islam sedang dipantau oleh badan perisikan Jerman - selepas mengeluarkan ancaman tentang "memalukan perempuan muslim" dan "melacurkan diri untuk wang".
Salah satu poster di laman Watch Jihad menulis: "Dia harus sangat berhati-hati ..." Lain-lain hanya mengatakan: "Dia perlu membayar."
Sebuah pemilik kedai kebab, ketika ditanya di TV Jerman apa yang akan dia lakukan jika Sila adalah putrinya, menjawab: "Aku akan membunuhnya, itu tidak sesuai dengan budaya kami ..."
Komuniti Islam Jerman telah menyeru untuk memboikot Sila.
GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.
Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.
“Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.
“Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya,” katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Bayi baru lahir di bawah pokok
SINI...Satyadevi menunjukkan tempat bayi lelaki bertali pusat ditemui di bawah pokok, semalam.
GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.
Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.
Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.
Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.
‘Saya tidak terima RM1j’
Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya.
Bagaimanapun, penghibur berusia 32 tahun itu menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.
“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.
“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya yang menghubungi Harian Metro, pagi semalam.
Diadaptasi daripada filem terbitan Indonesia dengan judul serupa, teater muzikal Laskar Pelangi yang mendapat sentuhan pengarah Riri Riza bakal dipentaskan dengan mengekalkan plot cerita dan pembangunan watak yang sama namun disuntik pembaharuan pada barisan pelakon yang baru.
Penyanyi Orkid Abdullah terlantar sakit
PELAKON veteran, Datuk Sarimah Ahmad (kiri) memegang tangan Orkid semasa lawatan Karyawan ke rumahnya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Penyanyi era tahun 60-an, Datin Orkid Abdullah, 64, kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal, Penawar Rindu itu tidak mampu bergerak dan aktiviti hariannya terpaksa diuruskan oleh tiga anaknya.
Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata, ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan.
“Kami difahamkan oleh doktor bahawa penyakit itu jarang ditemui di dunia. Kira-kira 20 peratus sahaja penduduk dunia menghidapnya di mana hormon berkembang dengan tidak menentu sehingga menjadi tumor.
“Ibu menjalani pembedahan pertama pada 2008 untuk membuang satu tumor. Bagaimanapun ia tumbuh semula kira-kira dua tahun selepas itu dan terpaksa dibedah lagi pada Februari tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Dataran Ukay di sini semalam.
Dibelasah kekasih tegur tak kerja Oleh Shah Che Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2011/04/28
Teman lelaki lepaskan geram pukul wanita hingga retak tulang tangan kiri
KUALA LUMPUR: Berang dengan teguran teman wanita yang sering memintanya mencari pekerjaan, seorang lelaki melepaskan geram dengan membelasah wanita malang itu sehingga cedera parah serta retak tulang tangan kiri.
Lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai tidak mempunyai pekerjaan sejak lima bulan lalu dan hanya bergantung kepada pendapatan teman wanitanya, 36, yang bekerja sebagai pegawai bank di ibu negara.
Difahamkan lelaki terbabit pernah beberapa kali bertindak ganas dengan memukul mangsa setiap kali dia ditanya mengenai usahanya mencari pekerjaan, tetapi tindakan itu hanya menyebabkan teman wanitanya cedera ringan.
Namun, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suspek bertindak lebih ganas apabila menampar dan menumbuk mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di beberapa bahagian tubuh, selain retak tulang tangan kiri.
Kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Bukit Indah, Ampang dikatakan berpunca apabila lelaki itu tertekan akibat ditegur berulang kali oleh teman wanitanya supaya mencari kerja.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lily, berkata kejadian berlaku apabila dia bertanya mengenai perkembangan pekerjaan suspek semasa lelaki itu datang ke rumahnya.
“Dia (suspek) tiba-tiba naik angin dan mengunci pintu rumah sebelum membelasah sambil menengking saya. Saya hanya berserah pada tuhan untuk menyelamatkan nyawa ketika itu.
“Tidak puas dengan itu, dia juga memukul saya di dalam kereta sehingga menyebabkan tulang tangan kiri saya retak dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Lily yang kini ditempatkan di Hospital Ampang Puteri berkata, hidupnya kini trauma apabila melihat lelaki dan sering berada dalam ketakutan.
“Pada awal berkenalan, dia seorang lelaki yang baik dan memahami saya, tetapi sejak tiga bulan ini dia cepat marah dan memukul saya walau berselisih faham mengenai perkara kecil.
“Saya selalu menegurnya supaya mencari pekerjaan kerana kami bercadang mengumpul duit dan berkahwin,” katanya.
Lily berkata, tidak tahan dengan itu, dia nekad melaporkan kejadian itu kepada polis di Balai Polis Ampang Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Sungguh apa yang telah terlintas dalam hatiku, mungkin permintaan maaf tak akan mampu menebus kesalahanku, namun demi melihat senyuman itu mengembang aku terlempar ke dalam lubang rasa bersalah yang terdalam, wahai istriku, betapa kemuliaan akhlakmu telah memukau ...diriku. Entah mengapa saat itu aku tidak mampu menguasai amarahku, mungkin ada sebagian kata-kataku yang mampu menyakiti hatimu, kadang aku khilaf mencela dirimu, kadang ada saat aku ingin menyakiti dirimu. Namun diam-mu membuat diriku pun terdiam, tanpa sepatah kata pun engkau duduk di hadapanku dan menunduk, sesekali engkau menatapku dengan pancaran kasih sayang yang tulus. Wahai istriku, apa yang telah menguasai hatiku? Dengan sabar engkau menerima setiap kata-kata yang aku ucapkan, tidak tersirat sedikitpun kebencian di wajahmu terhadap diriku, betapa gelas-gelas kaca ini begitu mudah rapuh, retak dan pecah jika engkau tak bersabar merawatnya. Mungkin tak pernah aku menyadari engkau telah merawatnya dengan hati yang tabah dan penuh kesabaran, namun aku melihat betapa saat itu aku merasa kecil dan tak berarti dihadapanmu… Diam-mu telah meredakan amarahku, lidah ini tercekat melihat kesabaranmu untuk duduk, diam dan menerima segala apa yang aku ucapkan, semoga Allah Ta’ala memberkahimu wahai istriku, betapa diam itu telah menjadi sebuah pedang yang tajam menusuk tepat pada keangkuhanku, menghancurkan amarah ini dan membuat dirimu semakin berarti bagiku. Setelah aku terdiam engkau pegang tanganku dengan kelembutan sifat wanitamu, dengan teduk engkau menatap mataku dan suaramu menenangkan hatiku, “Wahai suamiku, maafkanlah aku atas segala kesalahanku, aku hanyalah wanita lemah yang kadang salah dan selalu memohon ampunan-Nya, maka maafkanlah aku karena Allah Ta’ala, sebagaimana engkau mencintai aku karena Allah Ta’ala.” “Wahai suamiku, api amarah itu berasal dari syaithan, maka padamkanlah dengan wudhu, engkau lebih mengetahuinya daripada aku, maka duduklah sejenak dan perkenankan aku menyiapkan air wudhu untukmu..!” A’udzu billahi minasy syaithaanir rajiim, apa yang telah aku lakukan kepadamu wahai istriku, mengapa aku terlena dengan bujukan syaithan? Bukankah engkau telah berusaha sebaik mungkin mentaati aku dengan segala kemampuanmu, air mataku menetes demi melihat kebodohanku, tak mampu lagi aku mengangkat wajahku, betapa malunya diri ini di hadapanmu. Dan saat kau datang membawa air wudhu itu, senyummu mengembang seindah pertama kali aku melihatmu, tidak tampak sedikitpun kau ingin membalas celaan yang tadi aku lontarkan, mungkin engkau menahannya dengan begitu baik dalam dirimu, lalu kenapa aku tidak mampu melakukannya sebaik dirimu? Engkau letakkan air wudhu itu dihadapanku, dan kau genggam erat tanganku yang gemetar, dengan kelembutan kasihmu kau usap air mata ini. Wahai istriku, betapa kelembutan dirimu dan kemuliaan akhlakmu membenamkan amarah ini. Wahai istriku maafkanlah kekhilafan yang telah aku lakukan dengan dholim kepadamu. Adzan telah berkumandang, sirna sudah segala amarah dalam diri, seakan tak pernah terjadi apapun engkau siapkan keperluanku untuk sholat, wahai istriku… betapa aku beruntung telah memilikimu.
BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.
KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.
Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.
Rita ketepi soal jodoh
Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya belum bersedia mendirikan rumah tangga kerana mahu tumpukan kepada perniagaan,” kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditanya bila ingin mengakhiri zaman bujangnya.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, sebagai usahawan wanita, tambahan pula dalam usia masih muda, banyak lagi cabaran perlu ditempuhi untuk memantapkan syarikat diwarisi ibunya.
Ahad lalu, Metro Ahad melaporkan Rita, 25, meletakkan dua ‘syarat’ kepada lelaki yang ingin menjadi jodohnya, namun kata Rita, itu bukan bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat, sebaliknya tumpuan pada masa ini lebih kepada perniagaan.
“Rita mahu fokus kepada syarikat dan keluarga dulu, bila jodoh sudah tiba nanti, Rita akan beritahu semua, bagaimanapun segalanya ditentukan Tuhan,” ujarnya sambil tersenyum.
Suami sesat mati tersembam
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Yahya Awang
am@hmetro.com.my
SESAK...pelajar Sekolah Menengah King Edward VII menunggu jenazah guru mereka di pekarangan rumah mayat Hospital Taiping. Gambar kecil, Norziah.
TAIPING: “Hati saya remuk sejurus mengetahui suami tersesat, akhirnya ditemui tidak bernyawa dan lebih menyedihkan dia tidak sempat menimang cahaya mata pertama yang diidamkannya,” kata Norziah Zulkifli, 26, yang sedang mengandung empat bulan, selepas jenazah suaminya, Abdullah Zubair Ismail, 27, dilaporkan tersesat di Bukit Larut, Ahad lalu, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan muka tersembam dalam lopak air, pagi semalam.
Mangsa, guru sejarah di Sekolah Menengah King Edward VII dikatakan melakukan riadah dengan mendaki bukit berkenaan bersendirian kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, sebelum kehilangannya disedari rakan serumah pada petang hari sama.
Norziah yang ditemui di bilik jenazah Hospital Taiping berkata, suaminya ada menghubunginya malam Sabtu lalu bagi menyatakan hasratnya mendaki bukit berkenaan.
“Bagaimanapun saya tidak setuju dan menasihatinya membatalkan rancangan itu, namun dia tetap mahu meneruskan keinginan itu.
“Dia sempat menghubungi saya pada jam 8.30 pagi hari Ahad lalu ketika keluar bersarapan pagi. Itulah panggilan terakhir sebelum dia gagal dihubungi,” katanya.
Norziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, berkata kali terakhir dia bertemu suaminya ialah Isnin minggu lalu, di Taiping.
“Masih teringat kata-katanya yang tidak sabar bergelar bapa dan mendukung cahaya mata pertama kami. Malang hasratnya itu tidak kesampaian,” katanya yang melangsungkan perkahwinan November tahun lalu.
Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula kelmarin, bertukar duka apabila pasukan menyelamat menemui jenazah mangsa terbaring kira-kira 2.8 kilometer dari kaki bukit berkenaan.
Ketika ditemui, jenazah mangsa yang tertiarap dalam lopak berair manakala kasut kanannya tercabut, selain kesan darah di kepala dan kening kiri.
Mangsa dipercayai terjatuh dari lereng bukit setinggi lebih tiga meter tidak jauh dari kawasan air terjun di hutan simpan bukit peranginan berkenaan. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah yang ditemui di lokasi kejadian berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula jam 10 pagi kelmarin disertai anggota polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela, Jabatan Hutan dan Kelab Team Penyelamat Taiping (Taiping Off Road Club).
Kereta baru dipakai rosak
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
NUR WAHIDA menunjukkan surat perintah TTPM supaya dia diberikan ganti rugi berikutan masalah kerosakan pada kereta yang baru dibelinya di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.
Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.
Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.
“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.
“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya.
Pemuda cuai dipenjara setahun
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
KEADAAN kereta yang menjunam ke tingkat bawah pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu pada Disember 2009 dan menyebabkan dua gadis terbunuh.
KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana didapati secara cuai meminta teman wanitanya mengawal sebuah kereta sehingga menyebabkan kenderaan itu terjunam dari tempat letak kereta di pusat membeli-belah KB Mall dan mengorbankan dua gadis di sini dua tahun lalu.
Majistret Noor Haslinda Che Seman mengarahkan tertuduh, Mohd. Sabri Jusoh , 29, dari Kampung Gertak Seratus, Besut, Terengganu menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa mulai semalam.
Dalam penghakimannya, Noor Haslinda berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian secara cuai Siti Amira Shamsudin, 21, dan Siti Nur Dianah Azman, 25.
"Terdapat unsur-unsur kecuaian di pihak tertuduh yang menyumbang kepada kemalangan dan kematian dua mangsa.
"Saksi (teman wanita tertuduh) memberitahu, kamu yang memasukkan gear kereta dan mengajar dia mengawal kereta walaupun dia memberitahu tidak mempunyai lesen dan tidak tahu memandu.
"Kejadian itu berlaku disebabkan kependekan akal kamu. Kamu boleh minta pertolongan orang ramai untuk menolak kereta itu manakala kamu memandu kereta tersebut," kata beliau.
SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui semalam.
GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.
Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.
Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.
Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.
"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Jumpa 10 jari tangan manusia dalam plastik
GOMBAK: Hairan melihat beg plastik putih yang dikerumuni semut, seorang kakitangan Stesen Komuter Kuang, di sini, yang berniat mahu membuangnya terkejut sebaik mendapati beg plastik itu mengandungi beberapa jari tangan manusia, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, lelaki berkenaan pada mulanya membuat pemeriksaan di sekitar kawasan stesen sebelum menemui bungkusan itu kira-kira 100 meter dari stesen berkenaan.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada kakitangan berkenaan yang memaklumkan penemuan itu sebelum sepasukan polis dan forensik dihantar ke tempat kejadian.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 jari tangan di dalam bungkusan itu. Malah, terdapat pita pelekat berwarna hijau dengan kesan darah dipercayai dililit pada jari sebelum jari itu dipotong.
“Turut ditemui beberapa meter dari tempat penemuan jari ialah sepasang pakaian iaitu sehelai kemeja-T hitam belang putih serta seluar panjang hitam disyaki milik mangsa,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya percaya bungkusan dan pakaian itu dibuang dari atas jejantas yang terletak berhampiran.
“Kami percaya suspek naik ke atas jejantas yang menghubungkan pekan Kuang dan Taman Sri Jintan Mas sebelum mencampak bungkusan mengandungi jari itu dan pakaian mangsa. “Malah, hasil pemeriksaan awal forensik mendapati jari itu ditetak suspek serentak dan kejadian berlaku kurang dari 24 jam,” katanya.
Abdul Rahim berkata, pihaknya menghantar semua jari itu kepada sistem Pengenalan Cap Jari Automatik Malaysia (Mafis) untuk mengenal pasti identiti mangsa dan disahkan mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini.
Malah, polis turut menahan seorang lelaki yang disyaki suspek kejadian terbabit di Gombak beberapa jam selepas penemuan itu.
Pemuda Masjid desak haramkan filem seram
26/04/2011 7:22pm
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) hari ini meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.
Ketua Umumnya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60-an dahulu.
Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.
"Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.
"Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar - Bernama
Nyaris maut terkena 'hujan asid'
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my
WAN KOMSAH WAN AHMAD mengelap tubuh suaminya, Mohd. Riza yang cedera selepas menjadi mangsa kebocoran asid ketika bekerja di sebuah kilang kimia di Kemaman pada 17 Mac lalu.
MARANG - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini.
Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya.
Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri.
"Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut.
"Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam.
LKIM dakwa persatuan tak wujud
Oleh FARHAZIDA MUKHTAR
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Persatuan Nelayan Teluk Intan, Perak yang dikaitkan dengan komplot tiga lelaki melarikan 43,000 liter minyak diesel subsidi nelayan rupa-rupanya tidak pernah wujud di negara ini.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, nama persatuan yang dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu sebenarnya tidak ada dalam rekod pihaknya.
“Kita akan siasat kes itu dan ia akan dijalankan selepas menerima laporan terperinci daripada KPDNKK terlebih dahulu. Selepas itu, baru kita ambil tindakan susulan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Lagi kes seleweng diesel subsidi
Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my
OTHMAN (kiri) bersama pegawainya menunjukkan tangki-tangki yang berisi diesel subsidi yang dipercayai diseleweng di Kuala Langat semalam.
KUALA LANGAT - Selepas kejayaan membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi Persatuan Nelayan Teluk Intan, Perak di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong di sini Ahad lalu, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekali lagi berjaya menyekat aktiviti serupa semalam.
Kali ini, serbuan yang dijalankan KPDNKK Cawangan Sepang berjaya menahan seorang pemborong diesel industri yang menyeleweng diesel subsidi sebanyak 69,000 liter bernilai RM128,000.
Turut serta dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi ke atas premis di Batu 10, Kampung Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, di sini itu ialah empat anggota Teras Kimia bagi menjalankan ujian penandaan minyak diesel bersubsidi.
Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, siasatan awal terhadap pemilik premis yang berusia 40-an itu mendapati dia mempunyai lesen sebagai pemborong diesel industri yang sah bagi mengendalikan diesel industri tetapi bukan diesel bersubsidi.
"Premis milik pemborong ini sudah lima tahun beroperasi di sini manakala lokasi lamanya di Pandamaran, Klang sejak 1965.
"Hasil pemeriksaan, kita menemui empat tangki yang mengandungi 69,000 liter diesel dan ujian kimia mendapati ia positif diesel bersubsidi," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Serangan siber terus meningkat
PENGGUNA dan perniagaan di Malaysia harus mengambil langkah proaktif dalam melindungi maklumat dan data mereka di dunia siber. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Laporan Ancaman Keselamatan Internet Jilid 16 Symantec Corp. (Symantec) bagi tahun lalu menunjukkan ancaman baharu besar-besaran berjumlah lebih 286 juta di seluruh dunia.
Ini termasuk kes kecurian harta intelek, memancing data dan serangan malware beserta dengan beberapa perubahan besar-besaran dalam landskap ancaman siber.
Naib Presiden Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Eric Hoh berkata, bilangan ini akan terus meningkat.
"Ini akan mendorong penjenayah siber memperhalusi teknik serangan mereka untuk mencuri data-data dan harta intelek berharga, yang boleh mereka jual pada harga lumayan dalam ekonomi gelap," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan hasil laporan itu di sini semalam.
Tahun lalu, terdapat beberapa bentuk serangan yang menyasarkan syarikat dagangan awam, badan-badan korporat multinasional dan agensi kerajaan, di samping beberapa syarikat kecil.
Laporan itu juga menarik perhatian kepada pertumbuhan berterusan laman rangkaian sosial sebagai platform tebaran serangan.
"Kebanyakannya menyerang individu bagi mendapatkan maklumat peribadi mereka, manakala serangan sasaran berprofil tinggi, cuba untuk mencuri harta intelek atau menyebabkan kerosakan fizikal.
"Satu daripada teknik serangan utama yang digunakan di laman-laman rangkaian sosial melibatkan penggunaan pelokasi sumber seragam (URL)," katanya.
Tahun lalu ujarnya, penyerang memuatkan berjuta-juta pautan URL ini di laman rangkaian sosial untuk memperdaya mangsa agar terjebak dengan serangan memancing data dan malware ini, sekali gus meningkatkan kadar jangkitan.
"Pengguna dan perniagaan di Malaysia perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi dan menguruskan maklumat mereka daripada risiko keselamatan yang amat banyak ekoran percambahan peranti mudah alih dan perangkaian sosial," tegas Hoh. - Bernama
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
KESAL...Md Rosdi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang juruteknik mahu membawa isteri dan anak lelakinya keluar dari rumah mentuanya di Pantai Dalam, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja dibelasah sebaliknya turut diludah dan dibaling dengan batu hingga cedera, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, isteri mangsa yang berusia 24 tahun turut cedera selepas dibaling batu oleh adik iparnya, sepupu isterinya dan bapa mentuanya yang masing-masing berusia 20 hingga 56 tahun.
Mangsa turut dibelasah ketiga-tiga lelaki itu.
Difahamkan, keluarga sebelah isteri mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan itu kerana ‘sentimen kenegerian’ dan sering menyumpah seranah mangsa menyebabkan mangsa nekad keluar dari rumah mentuanya bagi memulakan hidup baru.
Mangsa, Wan Md Rosdi Wan Md Amin, 25, berkata ketika tiba di rumah bapa mentuanya itu, adik iparnya yang berusia awal 20-an membaling batu ke arahnya dan isteri seperti mahu memulakan pergaduhan.
“Pada mulanya, balingan itu tidak mengenai saya dan isteri. Dalam keadaan bimbang, saya turun daripada motosikal sebelum mengetuk pintu rumah mentua.
“Saya meminta izin bapa mentua untuk mengambil pakaian dan anak lelaki berusia lima bulan untuk berpindah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, pada mulanya, bapa mentuanya itu mendiamkan diri, namun selepas keluar dari rumah, adik iparnya melontar batu ke arah mereka sambil diperhatikan bapa mentua dan sepupu isterinya.
“Biarpun balingan itu tidak mengenai saya, namun mengenai kepala isteri yang gagal mengelak. Adik ipar saya berhenti sebaik melihat kakaknya cedera.
“Pada mulanya saya sangkakan mereka akan berhenti, namun kemudian bapa mentua, adik ipar dan sepupu isteri saya itu menyerang dan membelasah saya,” katanya ketika ditemui.
Ketika itu, dia merayu dikasihani sambil menutup kepalanya dengan tangan.
Md Rosdi mendakwa bapa mentuanya tidak membenarkan isteri dan anak lelakinya itu mengikutinya.
“Anak dan isteri saya dipaksa masuk ke dalam rumah itu sebelum mereka mengarahkan saya meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.
Katanya, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila kumpulan yang diketuai bapa mentuanya terus melontarkan batu sehingga dia keluar dari kawasan rumah.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
Amah jaja tubuh di rumah majikan
KUALA LUMPUR: Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini.
Lebih keji, pembantu rumah terbabit yang berusia 24 tahun bekerja dengan majikannya sejak setahun lalu dan melakukan kerja kotornya itu bermula awal tahun ini, setiap kali bersendirian di rumah majikannya itu.
Difahamkan, pembantu rumah terbabit menyasarkan lelaki hidung belang terutama penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan RM50 hingga RM100.
Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu, kebodohan pembantu rumah itu meminta pertolongan majikannya menuntut bayaran khidmat seksnya daripada seorang pengawal keselamatan membongkar rahsia pendapatan sampingannya itu.
Berang dengan pembantu rumah terbabit selain kesal dengan sikap pengawal keselamatan yang turut menjadi pelanggan, majikan amah itu membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu berterusan di rumahnya.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 56 tahun itu menyedari kegiatan jijik pembantu rumah terbabit selepas diakui sendiri wanita itu ketika dia bersarapan.
“Pembantu rumah itu resah dan selepas mangsa menanyakan apa yang berlaku, wanita itu menceritakan kepada mangsa.
“Dipercayai, pembantu rumah itu tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang dia berkhidmat, malah cermat dalam menjalankan tugas mengemas serta menjaga rumah mangsa.
“Oleh itu, apabila pembantu rumah terbabit menceritakan kejadian terbabit, majikan berkenaan terkejut dengan kegiatan sampingan pembantu rumahnya itu.
“Turut menghairankan mangsa ialah pembantu rumahnya itu dengan berani meminta pertolongannya menuntut bayaran daripada pengawal keselamatan terbabit selepas dia mengaku sudah lama menggunakan rumahnya sebagai ‘port’ melakukan perbuatan terkutuk.
“Mangsa berasa tertipu dengan tindakan wanita terbabit yang melakukan perbuatan terkutuk di rumahnya semata-mata mahu pendapatan lebih,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan dijalankan.
Jel 30 tahun, 16 sebatan
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.
Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.
Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.
Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.
Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.
Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.
“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.
“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.
“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.
Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.
Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.
Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.
“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.
“Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.
“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.
Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.
Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.
Imam ditawar RM3.5 juta
Oleh Hamid Salleh
am@hmetro.com.my
KUALA BERANG: Sekumpulan tiga lelaki yang taksub dengan kegiatan menarik duit dan mencari harta karun sanggup menceroboh dan menggali beberapa kubur lama di Kampung Dusun di sini, kerana yakin kawasan itu tertanam harta karun bernilai lebih RM7 juta.
Kumpulan lelaki yang dipercayai dibantu seorang penduduk tempatan menceroboh kubur lama berkenaan apabila imam masjid kampung itu menolak permintaan mereka untuk menggali kubur di situ.
Imam terbabit, Abdullah Othman, 73, berkata, kumpulan berkenaan menggunakan pelbagai kaedah untuk mempengaruhinya yang juga penjaga kawasan perkuburan itu supaya membenarkan mereka menggali sedalam satu meter di kubur lama terbabit termasuk menawarkan separuh daripada nilaian harta ditemui tetapi tidak diendahkan. “Tiga bulan lalu mereka datang jumpa saya dan menawarkan RM3.5 juta untuk membenarkan mereka menggali beberapa kubur lama yang dikatakan mengandungi harta karun, tapi saya berkeras tidak membenarkannya menyebabkan mereka beredar,” katanya ketika ditemui di kawasan perkuburan itu, kelmarin.
Abdullah berkata, seorang daripada lelaki terbabit berusia 40-an memberitahu kononnya kawasan perkuburan itu tertanam harta karun bernilai lebih RM7 juta berdasarkan petunjuk disampaikan seorang dukun dari Indonesia.
Menceritakan mengenai pertemuan dengan kumpulan lelaki berkenaan, Abdullah berkata, mereka bertemunya di masjid kampung itu selepas solat Asar kira-kira tiga bulan lalu. Dalam pertemuan itu, katanya, kumpulan lelaki terbabit mengajaknya ke kawasan kubur yang terletak bersebelahan masjid berusia lebih 100 tahun itu dan menunjukkan tempat dipercayai tertanam harta karun.
“Biarpun membuat tawaran yang sangat lumayan, saya tetap tidak membenarkan mereka menggali kubur itu,” katanya. Abdullah berkata, apabila dia menolak tawaran itu, seorang daripada lelaki terbabit meminta kebenaran untuk mengambil sedikit tanah di kawasan itu untuk dibawa pulang kononnya bagi membolehkan seorang dukun dari Indonesia menarik harta karun di situ.
Bagaimanapun, katanya, mereka hampa dan beredar apabila Abdullah sekali lagi menolak permintaan itu.
“Bagaimanapun, pagi kelmarin, pemilik kebun duku bersebelahan kubur itu memberitahu melihat beberapa lubang sedalam kira-kira satu meter digali pihak tidak bertanggungjawab di tiga kubur lama. “Saya bergegas ke kawasan itu dan terkejut apabila mendapati tiga kubur lama digali sedalam satu meter dan ini membuatkan saya terus teringat pertemuan dengan empat lelaki berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya.
Abdullah berkata, dia tidak pernah mendengar cerita daripada orang tua di kampung itu terdapat harta karun tertanam dalam kawasan kubur berkenaan. “Sebelum ini, saya tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kedatangan tiga lelaki terbabit termasuk kepada orang kampung kerana bimbang boleh menghangatkan lagi cerita berkenaan dan akhirnya menyebabkan ada pihak lain menceroboh kawasan kubur.
“Saya tak endahkan tawaran mereka dan tidak membenarkan sama sekali kumpulan lelaki ini menceroboh kawasan kubur lama ini.
“Ini amanah yang pelu saya pikul mereka tidak boleh melakukan perkara berkenaan di kawasan kubur,” katanya.
Sehubungan itu katanya, beliau melaporkan kejadian pencerobohan kawasan kubur itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
‘Masih sayang isteri’
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR : “Saya masih sayangkan isteri. Walaupun dia minta cerai, namun sebagai suami bertanggungjawab, saya tidak akan melakukan demikian kerana memahami emosinya yang terganggu disebabkan menderita kanser rahim,” kata pelakon drama, Shaharuddin Tambi, 54, di dalam Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.
Shaharuddin berkata demikian ketika ditanya Hakim Syarie Shaiful Azli
Jamaludin berhubung tuntutan cerai dikemukakan isterinya, Nor’aini Muhammad, 51, dan tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.
Sebaik kes disebut kira-kira jam 11.45 pagi, Shaharuddin yang memakai kemeja biru dan bersongkok mengaku ada menerima saman yang difailkan plaintif (Nor’aini).
Ketika prosiding berlangsung, Shaharuddin kemudian membuat pengakuan yang dia masih menyayangi isterinya dan tidak berniat langsung untuk bercerai.
Suami pijak perut isteri
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@nstp.com.my
KAJANG: Akibat geram selepas berlaku pertengkaran, seorang suami sanggup membelasah isterinya yang mengandung tujuh bulan di rumah mereka, di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.
Lebih malang lagi, perut wanita berusia 21 tahun itu turut ditendang dan dipijak suaminya itu. Malah, kejadian itu dikatakan kerap berlaku.
Sumber berkata, dalam kejadian terbaru kira-kira 4.30 petang itu, pasangan suami isteri berkenaan bertengkar lagi sebelum lelaki terbabit bertindak memukul dan menendang isterinya malah turut duduk di atas perut isterinya walaupun mengetahui isterinya itu sedang sarat mengandung.
“Suspek sering melakukan perkara sedemikian dan kemuncak perbuatannya apabila dia bertindak memijak perut dan menendang punggung isterinya.
“Wanita malang itu sering bersabar dengan tindakan suaminya itu dengan harapan suaminya akan berubah suatu hari nanti,” katanya.
Pulang wang pakej umrah
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
SHAH ALAM: “Apa yang saya mahukan hanyalah supaya wang kami dikembalikan,” kata peguam, Hermes Media Putra Ibrahim selepas sebuah agensi pelancongan diterajui anggota kumpulan nasyid popular bersetuju mengembalikan wang pakej umrah dirinya, isteri dan anak mereka.
Hermes Media Putra, 45, ketika ditemui berkata, beliau berharap pengguna lain dapat mengambil pengajaran supaya tidak mudah terpesona dengan sebarang tawaran yang membabitkan individu popular. “Jangan cepat terpedaya dan selidik dulu latar belakang sesebuah syarikat,” katanya. Beliau berkata, walaupun ada sedikit rasa terkilan apabila kes itu mengheret nama penyanyi nasyid pujaan ramai, pihaknya lega kerana ia akhirnya dapat diselesaikan. “Bayangkan semua persiapan sudah dibuat, cuti sudah diambil, tetapi diberitahu pada saat akhir tidak dapat ke Tanah Suci? “Mujur saya berkemampuan untuk membayar kepada agensi lain. Bagaimana jika ia berlaku kepada orang yang tidak mampu?” katanya.
Pada 8 Oktober tahun lalu, Hermes Media Putra (plaintif) memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Majistret di sini terhadap Hijjazlegend Travel & Tours Sdn (Hijjazlegend) Bhd (defendan) bagi menuntut RM14,070 untuk diri, isteri dan anaknya.
Wang itu adalah bayaran pakej umrah yang ditawarkan Hijjazlegend bagi dirinya, isteri dan seorang anak mereka, yang sudah dibayarnya pada 2 April 2010.
Dalam penyata tuntutan itu, plaintif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran kepada sebuah lagi agensi pelancongan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), yang sepatutnya mengendalikan pakej umrah mereka.
Ekoran kegagalan defendan itu, plaintif dan isteri serta anak mereka dimaklumkan pada 15 Mei 2010 oleh Andalusia bahawa penerbangan mereka yang dijadualkan berlepas pada 16 Mei 2010, terpaksa dibatalkan.
Plaintif dalam permohonan samannya menyebut, beliau beberapa kali cuba menghubungi syarikat itu dan pegawainya melalui telefon tetapi cubaannya gagal.
Berikutan itu, plaintif membuat laporan polis pada 15 Mei tahun lalu dan mengeluarkan wang sendiri untuk dibayar kepada Andalusia Travel & Tours memandangkan segala persiapan untuk mengerjakan umrah sudah dibuat.
Plaintif memberitahu, sebaik pulang dari umrah, beliau beberapa kali cuba menghubungi defendan untuk menuntut wang berjumlah RM14,070, tetapi defendan gagal, enggan dan ingkar untuk membuat sebarang pembayaran, walaupun plaintif menghantar dua surat tuntutan bertarikh 31 Mei dan 7 Jun tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam ketika dihubungi memberitahu, pihaknya memohon maaf terhadap segala kesulitan yang dialami plaintif dan keluarganya berikutan kes itu. Beliau yang juga salah seorang pengarah di Hijjazlegend berkata, segala urusan pembayaran akan diuruskan menerusi peguam mereka seperti yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak semalam.
“Pakej umrah itu ditawarkan dengan harga murah dan apabila ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami tidak dapat melunaskan apa yang ditawarkan dalam pakej itu. “Ini adalah kesilapan dalaman syarikat dalam melaksanakan strategi perniagaan,” katanya.
Pada prosiding semalam, Isman tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Irwan Mohd Mubarak. Sebelum ini, pada 23 November tahun lalu, Hijjazlegend diarahkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Alor Star untuk membayar RM24,000 kepada enam bakal jemaah umrah selepas agensi itu membatalkan pakej umrah mereka.
‘Kami bagaikan terpukau’
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com
PONTIAN: “Kami bagaikan terpukau dan mengutip siput sedut macam mengutip biji kopi kerana makin lama kami mengutip, makin banyak dapat sehingga tidak perasan berjalan sejauh 500 meter dari pantai.
“Apabila tersedar dan ingin cari jalan pulang, kami mengambil masa tiga jam cuba menyusur jalan dilalui, namun hampa.
“Hari makin gelap hingga air pasang separas bahu dan bagi menyelamatkan diri kami lima sekeluarga termasuk anak saudara berusia 11 tahun berpaut pada dahan pokok bakau selama 20 jam dan tidak tidur kerana bimbang dihanyut arus laut,” kata Faizul Ani, 29, seorang daripada lima mangsa yang sesat ketika mencari siput sedut di pantai Parit Mankuasa Benut, kelmarin.
Mereka ditemui selamat pasukan penyelamat kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, Faizul Ani bersama isteri, Juli Sahizat, 32, anak saudara, Khairul Rumi Azli, 11 dan mentua, Lompak Latorak, 50, dan Zubaidah Musa, 53, leka mengutip siput sedut di pantai.
Lima sekeluarga berkenaan dari Kampung Parit Sayang dan Taman Sri Mahkota datang menaiki van, namun kegagalan mereka pulang menyebabkan keluarga membuat laporan polis, awal pagi semalam.
Faizul ketika ditemui berkata, mereka menahan sakit kerana kaki cedera terpijak teritip dan menggigil kesejukan ditambah hujan lebat.
Selain itu, semua lima mereka lemah kerana tidak menjamah makanan sejak mula mencari siput sedut jam 1 tengah hari, kelmarin.
“Ketika sesat kami cuba menghubungi ahli keluarga tapi gagal kerana dua telefon bimbit dimasuki air dan rosak menyebabkan kami hanya berserah kepada Tuhan,” katanya.
Faizul berkata, pada mulanya mereka gembira kerana mengumpul kira-kira 20 kilogram siput sedut termasuk 40 lokan, tetapi mula gelabah apabila tidak menjumpai jalan pulang.
“Kami mengambil keputusan pulang sewaktu air masih belum pasang pada jam 6 petang tapi buntu kerana sehingga jam 8 malam masih tidak jumpa dan ketika itu air mula pasang. “Air naik hingga paras bahu menyebabkan kami panjat pokok bakau. Ketika itu kami bimbang diserang binatang buas dan berbisa kerana berada di kawasan berair selain terbayang maut bakal menjemput.
“Kira-kira jam 4 pagi saya mendengar suara menjerit sayup dari arah pantai dan membalas jeritan itu dengan harapan ada orang mencari kami.
“Bagaimanapun, selepas tiga kali menjerit, jeritan kami disahut mawas menyebabkan kami terus mendiamkan diri kerana bimbang haiwan itu menyerang,” katanya.
Katanya, sebaik air surut pada kira-kira jam 6 pagi semalam, mereka turun dari pokok dan mencari jalan pulang sebelum terdengar pekikan suara serta cuba menjejakinya sehingga ditemui pasukan penyelamat.
Menurutnya, mereka trauma dengan kejadian itu dan tidak mungkin ke laut lagi buat masa terdekat.
“Saya mula berjinak mencari siput sedut sejak dua minggu lalu, namun selepas pengalaman ini, saya lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.
Ibu kanak-kanak malang berkenaan, Asnah Muhamad, 34, berkata dia serik membenarkan ahli keluarganya ke pantai mencari siput dan menasihati ibu bapa lain tidak membenarkan anak kecil ikut sama mencari hasil laut.
“Saya bersyukur mereka semua selamat tapi serik hendak benarkan anak ke pantai,” katanya.
walaupun sudah biasa sejak kecil,” katanya.
Sementara itu Penolong Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pontian, Atan Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 8 pagi semalam dan usaha dilakukan membabitkan 10 anggota di kawasan itu hingga semua mangsa ditemui pada kira-kira jam 1 tengah hari.
Orkid terlantar sakit
AMPANG: Penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah kini terlantar sakit di rumahnya di Dataran Ukay 2, Hulu Klang, dekat sini.
Orkid, 64, yang menghidap ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lalu, berada dalam keadaan lemah dan hanya mampu terbaring atas katil. Katanya, keadaan fizikalnya berada dalam keadaan sangat lemah, malah tengkuk serta kepalanya tidak dapat ditegakkan dengan stabil. “Saya tidak lalu makan. Jika masuk sesuap pun, akan muntah semula. Nak angkat tangan pun tak berdaya dan nak bercakap pun sukar. “Semua dalam badan sudah ‘upset’. Keseluruhan tubuh badan terasa sangat lemah,” katanya ketika dikunjungi di rumahnya, semalam.
Beliau dijaga anak ketiganya, Mohd Noorshafri Datuk Mokhtar, 35. Buat masa ini, beliau hanya boleh minum milo, susu dan makan sayur-sayuran.
Kata Noorshafri, ibunya berulang-alik ke hospital setiap bulan untuk rawatan susulan dan bekalan ubat.
“Ibu mula terlantar sakit sejak Julai tahun lalu. Buat masa ini, saya cuba memberikan penjagaan terbaik dan membawa ibu ke hospital. “Sekarang, beliau menyatakan tidak mahu lagi ke hospital. Saya hanya berserah pada Allah dan demi seorang ibu, saya cuba membuat apa saja untuknya memastikan beliau selesa,” katanya. Orkid pernah menjalani dua pembedahan pada 2008 dan 2010 dan turut menghidap darah tinggi dan mengambil insulin untuk kencing manis.
Sebelum ini, turut mengunjungi penyanyi ghazal dan Melayu asli itu adalah Datin Azizah Mohamad, Mak Jah, Aspalela Abdullah, S Rohani dan Mariani.
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar ‘tok guru tarzan’ kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang juga pengikut tegarnya di Puchong, dekat sini, minggu lalu.
Siasatan awal Jais mendapati, lelaki terbabit aktif menyebarkan ajaran sesat dipeloporinya di negeri asalnya di pantai timur dan fahaman karutnya itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta ‘berkawan’ dengan hidupan liar seperti harimau dan gajah.
Penolong Pengarah Jais, Shahrom Maarof berkata, tok guru tarzan itu mula menyebarkan ajarannya sejak tiga tahun lalu serta memiliki puluhan pengikut di kampungnya dan kini dipercayai cuba mengembangkan ajaran itu di Lembah Klang.
“Dia memakai seluar pendek dan baju koyak rabak ketika ditahan dan penampilannya itu selari dengan tuntutan ajaran karutnya yang diperoleh dari kawasan hutan di tempat asalnya,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, tok guru tarzan memberi ceramah cara ‘mengenal Allah’ kepada pemilik rumah yang juga bekas anggota keselamatan dan isterinya, kedua-duanya berusia 50-an.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, tok guru tarzan datang ke rumah pengikut taksubnya itu bagi memberikan ceramah terakhir sebelum membawa pasangan terbabit ke ‘alam baru’ bagi mengenal Allah di dalam hutan di kampungnya.
“Selain itu, dia dijemput oleh pasangan terbabit bagi meyakinkan atau mempengaruhi anak mereka yang enggan menyertai ajaran sesat itu,” katanya.
Shahrom berkata, antara kesesatan terkandung di dalam ajaran tok guru tarzan ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, sebaliknya hanya perlu mengenal diri sebelum dapat mengenal Allah, selain memastikan hati yang bersih.
“Dia mendakwa kononnya Islam tidak mementingkan pakaian zahir, tapi cukup memiliki hati yang baik. Mungkin sebab itu dia gemar berseluar pendek dan memakai baju koyak rabak.
“Lelaki itu membahasakan dirinya ‘ayahanda’ dan isterinya yang berperanan sebagai orang kanannya dipanggil ‘bonda’ oleh pengikut,” katanya. Menurutnya, ketika disoal siasat, tok guru tarzan mengaku ilmunya bukan bersandarkan al-Quran dan hadis, tetapi lebih kepada ilham yang diperoleh ketika menuntut di hutan. Dia mengaku tidak mendirikan solat dan begitu juga pengikutnya. Katanya, Jais sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri asal lelaki terbabit bagi memantau kampungnya dan mengesan kemungkinan wujud pengikutnya di kawasan lain.
Sharom berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 7 dan 8, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana menyebarkan doktrin palsu dan dijangka didakwa di mahkamah syariah pada Julai depan.
Perut bengkak cuba pelangsing
Oleh Muhammad Saufi Hassan
msaufihass@nstp.com.my
KECEWA...mangsa penipuan ubat kecantikan menunjukkan kesan parut di perut.
KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan
Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.
Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya.
Perut bagai ditikam
Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my
Mangsa menunjukkan parut kekal pada bahagian perutnya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah.
Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.
Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009.
Rumah runtuh
Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
SEGAMAT: “Saya terkejut apabila tiba-tiba bumbung runtuh menyebabkan saya bergegas mencari tiga anak dan seorang anak saudara untuk menyelamatkan diri,” kata Kasminah Saman, 44, menceritakan detik mencemaskan apabila rumahnya di Felda Chemplak, Labis di sini, roboh dirempuh lori yang dipandu suaminya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, Kasminah berkata, dia berada di dapur dan menyediakan sarapan manakala empat kanak-kanak terbabit berada di ruang tamu menonton televisyen.
“Saya terus mencari semua kanak-kanak itu selepas melihat timbunan kayu dan atap runtuh.
“Saya menjerit nama mereka sekuat hati dan syukurlah, mereka menyahut panggilan dari bawah timbunan kain di ruang tamu rumah.
“Selepas menemui mereka, barulah saya sedar dahi saya luka manakala tangan kanan amat sakit dan berehat di kawasan lapang bersama kanak-kanak berkenaan,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian dia sempat menutup dapur gas dan perkara paling membimbangkannya ialah terkena renjatan elektrik.
Sementara itu, suaminya, Salleh Jaafar, 44, yang memandu lori berkenaan berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk bersarapan.
Tiba-tiba katanya, dia melihat sebuah motosikal muncul dari arah bertentangan menyebabkannya mengelak ke kiri jalan supaya tidak bertembung dengan kenderaan itu.
“Malangnya lori terbabas dan merempuh bahagian sisi rumah di lereng bukit dan diperbuat daripada papan. “Saya cuba memberhentikan lori namun ia mengambil masa dan selepas hampir keseluruhan rumah musnah barulah kenderaan itu berhenti,” katanya.
Menurutnya, ketika itu lori majikannya hanya membawa sedikit muatan kelapa sawit dan bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku walaupun kerugian hampir RM40,000.
Katanya, buat sementara waktu dia akan menumpang di rumah ibunya di Felda Chemplak.
“Semua kanak-kanak dan isteri dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, namun isteri terpaksa ditahan di wad kerana tangan kanannya patah,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berhubung kejadian itu.