Friday, May 13, 2011

BAGUSLAH KALAU BEGITU...BOLEH JADI IDOLA DAN CONTOH...JANGAN GUNA PERKARA2 YANG DILARANG SYARAK DAH...SEBAB PERKARA2 NI SUSAH BERLAKU...DAN AGAK PELIK JUGA....ALLAH SAJA YANG TAHU...ULAMAK2 DAN ORANG2 YG DEKAT DENGAN ALLAH PUN TAK DAPAT MACAM NI.....

Tok guru sedut duit

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Saya tak sanggup lihat dia menipu lagi. Saya lihat sendiri dia potong kepingan kertas untuk diikat bersama wang kertas RM50 dan RM100,” kata seorang isteri ketika mendedahkan kegiatan penipuan suaminya dan seorang tok guru, kononnya mereka boleh 'menarik duit.'
Wanita berusia 46 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Hana berkata, suaminya bersama tok guru berkenaan, kedua-duanya berusia 40-an, aktif melakukan penipuan sejak tiga tahun lalu dengan berselindung di sebalik kegiatan agama.
Menurutnya, dalang kegiatan itu ialah tok guru terbabit manakala suaminya bertindak sebagai pembantu.

“Saya mula menyedari kegiatan penipuan mereka kira-kira dua tahun lalu apabila tok guru itu mengarahkan suami saya membeli berkotak-kotak kertas bersaiz A4 sebelum ia dipotong mengikut saiz wang kertas RM50 dan RM100.


“Kertas putih yang siap dipotong itu kemudian disusun dan diikat hingga menyamai wang tunai yang banyak. Hakikatnya, wang RM50 dan RM100 hanya diletak di bahagian atas dan di bawahnya hanya kertas biasa.

“Kertas yang disusun seperti wang itu diletakkan di dalam kain putih sebelum ditunjukkan kepada pengikut kononnya mereka berjaya menarik duit,” katanya.


‘Ibarat bukan bermadu’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dia mesti boleh bergaul dengan keluarga besar kami. Kalau boleh ibarat (hubungan) saudara bukan bermadu kerana ini yang kami bertiga amalkan selama ini.
“Kalau (hubungan seperti) madu, itu yang boleh tarik-tarik rambut (bergaduh),” kata Norfara Wahida Sulaiman, 33, isteri ketiga pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob.
Luahan itu sebagai menyatakan harapannya supaya bakal madunya dikenali Emi, 24, dapat menyesuaikan diri dalam keluarga besar Salih yang mengamalkan perhubungan seperti adik-beradik dan dapat menjaga kebajikan satu sama lain.

Harian Metro semalam melaporkan Emi yang juga penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai berkata, dia sudah bersedia menjadi suri hidup Salih yang keempat dan percaya mampu menggalas tanggungjawab dalam keluarga besar itu.


Norfara Wahida berkata, dia tiada masalah untuk menerima ‘adik’ baru itu dan percaya keharmonian keluarga dipertahankan dengan kebijaksanaan Salih selaku nakhoda yang menerajui pimpinan secara adil, saksama dan berlandaskan agama.

Aksi ghairah dua beradik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

BERKAS...antara penari tiang  yang ditahan dalam Ops Noda, malam kelmarin.
BERKAS...antara penari tiang yang ditahan dalam Ops Noda, malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Dua beradik perempuan yang sedang asyik menari ‘tiang’ dengan aksi ghairah hanya mampu terdiam sebaik pusat hiburan itu diserbu masuk pihak berkuasa, malam kelmarin.
Dua beradik itu adalah antara lima yang ditahan dalam Ops Noda di pusat hiburan yang beroperasi di Solaris, Sri Hartamas, di sini.

Ketika serbuan yang dilakukan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dua beradik itu dikatakan sedang melakukan aksi mengghairahkan dengan menari pada tiang sebelum diarah turun.
Ketika serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, kelima-lima penari tiang terbabit hanya memakai bikini.

Dua beradik yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu mendakwa mereka hanya bekerja sebagai penari tiang saja dan mampu mendapat bayaran mencecah RM300 semalam.

Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, serbuan membabitkan dua pegawai dan tujuh anggota itu dilakukan selepas risikan dan intipan pihaknya mendapati wujud kegiatan berkenaan di pusat itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan ini sudah beroperasi sejak lima bulan lalu dan tidak mempunyai lesen.

“Kita berjaya menahan lima penari berusia antara 21 dan 31 tahun. Turut ditahan tiga pekerja lelaki dan seorang wanita dipercayai warga Bangladesh,” katanya.
Bagaimanapun, ibu ayam atau ‘mummy’ berjaya meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Difahamkan, modus operandi yang digunakan adalah penari akan melakukan tarian di tiga pentas tiang yang terletak di sekeliling meja pelanggan.

“Pelanggan akan memilih penari yang disukai mereka dan memberikan ‘tip’ (upah) kepada mummy. “Mummy pula akan menyarungkan kalung bunga di leher pelanggan terbabit sebagai tanda sebelum penari itu turun dan memberi layanan kepada mereka,” katanya.

Azman berkata, ketika serbuan dilakukan, seramai 15 pelanggan terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita sedang menyaksikan aksi ghairah penari itu.

SEBAIK2(TERBAIK) CONTOH IALAH RASULLULLAH SAW....KERJAYANYA BOLEH DIPERTIKAI JUGA...JANGAN PANDANG SATU SUDUT SAJA...YANG LAIN PERLU DI TENGOK@DILIHAT.......


‘Salih contoh terbaik’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob adalah contoh terbaik bagi suami yang perlu berkahwin lebih daripada seorang isteri dan berkemampuan melakukannya daripada semua sudut yang diputuskan agama.
Penceramah bebas dan perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, pendekatan digunakan suami kepada tiga isteri dan bapa 11 anak itu jelas menunjukkan dia mempunyai ilmu untuk beramal sekali gus memperlihatkan dimensi baru yang lebih positif mengenai poligami.

Bagaimanapun, katanya bukan semua suami boleh mengikut jejak Salih kerana berkahwin lebih daripada seorang isteri adalah untuk mereka yang benar-benar memahami konsepnya, bukan bagi lelaki yang hanya mahukan keseronokan dan lupa tanggungjawab.
“Poligami menjadi bagus dan seronok apabila orang yang mengamalkannya memahami matlamat dengan jelas, tetapi ramai suami berpoligami pada masa ini lebih cenderung memikirkan kehendak seksual mereka dibandingkan yang benar-benar tahu. “Apabila seseorang yang mengamalkan poligami dan mengikut pula sunnahnya, maka poligami dia akan jadi lebih kuat dan nampak sokongan daripada semua isteri, anak, malah mereka hidup dalam keadaan rukun serta aman damai seperti Salih.

“Sebelum ini orang cenderung gambarkan poligami itu suatu yang negatif, tapi sekarang apabila akhbar menghebahkan mengenai kisah Salih, ia seolah-olah memberi satu dimensi baru kepada kita memandangkan poligami akan jadi (isu) sensitif apabila disembunyi-sembunyi, tapi menjadi positif apabila dihebahkan dan diberi penerangan dalam bentuk baik. “Apapun, kita tidak mahu ia sampai mewujudkan satu fenomena dalam masyarakat apabila orang (lelaki) yang tak berkemampuan juga mahu berkahwin (amal poligami) kerana akan timbul masalah kelak,” katanya.

Beliau mengulas kisah pendekatan poligami yang diamalkan Salih bersama tiga isteri dan 11 anak, malah lelaki berusia 50 tahun itu turut bercadang melengkapkan kuota poligami tidak lama lagi dengan mengambil Emi seorang penuntut ijazah sarjana sebuah universiti tempatan sebagai isteri keempat.

Mohd Zawawi berkata, masyarakat perlu melihat berpoligami kadangkala sebagai satu rezeki, malah daripada sudut kemampuan kewangan juga beliau percaya ramai lelaki tempatan mampu, tetapi tidak ramai berani melakukannya. “Mampu saja tak cukup, perlu berani dan Allah juga memberi peluang untuk berpoligami. Saya melihat Salih diberi rezeki itu dan nampaknya dia betul-betul menghadapi (poligami) dengan telus dan ada ikatan sah. Poligami penyelesaian kepada masalah sosial termasuk zina dan kecurangan,” katanya.

Beliau juga bersetuju kisah Salih dan isterinya diberi pendedahan kerana menurutnya ia sedikit sebanyak memberi penawar kepada isteri yang sudah berpoligami, tetapi tertekan dan tidak tahu penghujung serta tiada harapan, malah tidak melihat kegembiraan.
Katanya, dengan melihat kebahagiaan dikecapi isteri Salih akan mengubat duka isteri yang tertekan sekali gus mereka akan berusaha memberi kebahagiaan dalam perkahwinan masing-masing.


SJ-13-0295 : Hukum berlawak ttg agama/umat

Postby Guest » Sep 9th, '07, 08:52
:salam

Bolehkah kita membuat jenaka ttg Islam atau umat Islam berdasarkan situasi zaman skang. contohnya:-

i) Ada sheikh2 yg popular di US apabila di dlm satu2 sermon yg dihadiri oleh org Islam & kafir, ada yg berlawak kepada non-muslim tu, "Do you realize that you're currently being surrounded by terrorists?"; ataupun "Today I'm gonna teach y'all how to make a bomb in 5 easy lessons. Oops, sori... hahaha"

ii) Kawan sy pernah perli ttg byknya 'ulama2' kat mesia ni, so dia kata, "Ko tau x sbb apa nabi x diturunkan kat tanah melayu?? Sbb kat sini dah banyak nabiii.. kuakuakua "

Apakah hukumnya? Kerana dikhuatiri org yg x paham akan misconceive. jkk
Guest
 
Postby thtl » Sep 9th, '07, 22:10
:wassalam

al-Jawab:

Hukum lawak jenaka dalam Islam:

Kata al-Qardhawi (Halal n Haram/272), lawak jenaka ni kita kena perhatikan kehidupan Nabi SAW kerana beliau adalah contoh yang ideal. Kita dapati dalam seerah, ketika beliau sendirian, baginda seorang yg tekun dan khusyu', ketika membela kebenaran, baginda juga tegas dan tidak mempedulikan sesiapapun. Akan tetapi ketika di tengah-tengah manusia, beliau adalah manusia biasa yang juga menyukai apa yang indah dan spontan; beliau tersenyum, tertawa, bermain, dan kekadang berjenaka untuk menghiburkan diri. Tapi apa yang beliau katakan ketika berlawak adalah benar belaka."

Komentar al-Hafidz Ibn Hajar (alFath, X/543), lawak jenaka yang haram cuma bila ia dilakukan secara berlebihan dan konsisten kerana ia melalaikan dari sikrullah dan urusan-urusan agama; hati pula menjadi keras, tertimpa pelbagai penyakit hati dan menghilangkan kewibawaan seseorang."

Itulah konsep dan pandangan Islam terhadap lawak jenaka. Menjawab soalan anda secara ringkas:

i) Tindakan syaikh di USA yang membuat lawak jenaka dalam isu teroris dan pengeboman sejak isu Sept 11.

Jawab: Ini adalah termasuk lawak jenaka yang diharamkan oleh Islam kerana akibat buruknya akan kembali kepada 6 juta umat Islam yg menjadi warga US yang akan terus mengalami trauma dan diskriminasi kerana angkara 9/11.
Dalilnya: "janganlah kamu mencela dirimu sendiri" (AQT 49:13), Kata al-Qurthubi, maksud mencela diri sendiri ialah akibat dari lawak jenaka itu, ia akan menimbulkan kesan negatif kepada umat Islam di US yang hanya satu komuniti minoriti berbanding 300 juta warga non-Muslim.

Dalil hadith: Dari Abd Rahman Abu Layla, bahawa Nabi saw bersabda, " tidak halal seorang muslim menimbulkan rasa takut seorang muslim yang lain." [HR Ahmad dan Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani dalam Ghayat alMaram] Maksudnya natijah dari lawak jenaka teroris dan bom, akan terus menimbulkan rasa ketakutan warga Islam US, sedangkan mereka tiada kaitan langsung dgn 9/11 dan keganasan antarabangsa.

ii) Mengenai lawak jenaka kenapa Nabi tidak diturunkan di tanah melayu kerana kat rantau sebelah sini dah ramai Nabi.
Jawab: Ini juga termasuk lawak jenaka yang tercela. Ini kerana urusan perlantikan Nabi-nabi bukanlah bahan lawak jenaka. Ini kerana Allah menempelak lawak jenaka tersebut:
" di antara Rasul-Rasul itu ada yang Kami perturunkan kisahnya kepada mu dan ada juga yang Kami tidak kisahkan."AQT 40: 78

Lawak jenaka seputar Nabi melayu itu termasuk lawak agama yang tercela..lihat ayat-ayat berikut:
AQT 6. 70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia

AQT 7. 51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka

AQT 9. 65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

sekian
 
 

SU-00198: Hukum menjadi pelawak

Moderators: kamin, albaruhiyy, zain-ys

SU-00198: Hukum menjadi pelawak

Postby mukminin » Nov 1st, '03, 19:45
:salam
Q1. Apakah hukumnya seseorang itu menjadikan pelawak/penghibur itu sebagai kariernya dan sumber rezekinya?
Q2. Apakah hukum berlawak/berjenaka dalam Islam dan lawak bagaimana yang dibenarkan?
TQ
:cool:
User avatar
mukminin
 
Posts: 60
Joined: Apr 18th, '03, 00:12
Location: Selangor, Malaysia

Re: SU-00198: Hukum menjadi pelawak

Postby g@y@t » Nov 4th, '03, 06:58
:salam

Berdasarkan kaedah fiqh, asal sesuatu perkara itu mubah, selagi tidak ada dalil yg mengatakan sebaliknya. Adapun mengenai seni lawak ini, hukum asalnya adalah mubah/harus. Namun ia boleh berubah menjadi makruh maupun haram. Ianya bergantung kpd isi kandungan lawak yg diutarakan. Maka bolehlah disimpulkan bahawa keharusan menjadi pelawak ini adalah keharusan bersyarat.

Sila lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:

SJ-2187: Humor dan jenaka di dalam Islam
Al-Syama'il al-Muhamadiyah ÇáÔãÇÆá ÇáãÍãÏíÉ
SJ-1204: Halalkah pendapatan sebagai penyanyi?
 
 

ARTIS & LAWAK HUKUM

Sejak kebelakangan ni, kita dapati ramai artis Islam dari Nusantara yang sering mempersendakan agama (samada mereka sedar atau tidak).Terdapat artis Islam khusus nya Nusantara (terutama Malaysia dan Indonesia) yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)




Begitu juga, baru2 ini terdapat seorang artis wanita  dari Malaysia yang dulunya tidak bertudung, kemudian secara tiba2 kembali dengan imej bertudung.Selang beberapa bulan...dia kembali pula untuk tidak bertudung.Apabila ditanya kepada nya ..maka dia menjawab ...dia tinggalkan tudung kerana untuk meghayati watak dan bertujuan untuk mencari harta halal untuk anak2.Allah tahu niat kita.yang penting hati.Allah tahu hati kita.Astaghfirullah......inilah kejahilan yang lahir dikalangan artis yang tidak mahu belajar apa lagi diajar.



begitu juga baru ini.seorang artis seberang.dahulunya megah berpakaian seksi.apabila gambar bogelnya tersebar di internet.maaka sebab nak cover...dia kembali dengan imej bertudung.kononnya sebab dia dah insaf..selang beberapa bulan.selepas isu berkaitan keruntuhan moralnya reda,secara tiba2 dia berterus terang bahawa dia telah bersedia untuk kembali membuka semula tudung.

kesemua ini dan banyak lagi...jelas menunjukkan bahawa.. sebenarnya berniat bermain2 dengan urusan agama.mereka hanya memilih agama untuk menutup 'keaiban' yang pernah mereka lakukan.mungkin sekadar untuk menghayati watak.pendek kata...mereka terima watak bertudnug asalkan mereka dibayar!

Fikir-fikirkanlah dengan Iman kalian.


BOLEHKAH BERLAWAK

alam

Bolehkah kita membuat jenaka ttg Islam atau umat Islam berdasarkan situasi zaman skang. contohnya:-

i) Ada sheikh2 yg popular di US apabila di dlm satu2 sermon yg dihadiri oleh org Islam & kafir, ada yg berlawak kepada non-muslim tu, "Do you realize that you're currently being surrounded by terrorists?"; ataupun "Today I'm gonna teach y'all how to make a bomb in 5 easy lessons. Oops, sori... hahaha"

ii) Kawan sy pernah perli ttg byknya 'ulama2' kat mesia ni, so dia kata, "Ko tau x sbb apa nabi x diturunkan kat tanah melayu?? Sbb kat sini dah banyak nabiii.. kuakuakua "

Apakah hukumnya? Kerana dikhuatiri org yg x paham akan misconceive. jkk


assalam

al-Jawab:

Hukum lawak jenaka dalam Islam:

Kata al-Qardhawi (Halal n Haram/272), lawak jenaka ni kita kena perhatikan kehidupan Nabi SAW kerana beliau adalah contoh yang ideal. Kita dapati dalam seerah, ketika beliau sendirian, baginda seorang yg tekun dan khusyu', ketika membela kebenaran, baginda juga tegas dan tidak mempedulikan sesiapapun. Akan tetapi ketika di tengah-tengah manusia, beliau adalah manusia biasa yang juga menyukai apa yang indah dan spontan; beliau tersenyum, tertawa, bermain, dan kekadang berjenaka untuk menghiburkan diri. Tapi apa yang beliau katakan ketika berlawak adalah benar belaka."

Komentar al-Hafidz Ibn Hajar (alFath, X/543), lawak jenaka yang haram cuma bila ia dilakukan secara berlebihan dan konsisten kerana ia melalaikan dari sikrullah dan urusan-urusan agama; hati pula menjadi keras, tertimpa pelbagai penyakit hati dan menghilangkan kewibawaan seseorang."

Itulah konsep dan pandangan Islam terhadap lawak jenaka. Menjawab soalan anda secara ringkas:

i) Tindakan syaikh di USA yang membuat lawak jenaka dalam isu teroris dan pengeboman sejak isu Sept 11.

Jawab: Ini adalah termasuk lawak jenaka yang diharamkan oleh Islam kerana akibat buruknya akan kembali kepada 6 juta umat Islam yg menjadi warga US yang akan terus mengalami trauma dan diskriminasi kerana angkara 9/11.
Dalilnya: "janganlah kamu mencela dirimu sendiri" (AQT 49:13), Kata al-Qurthubi, maksud mencela diri sendiri ialah akibat dari lawak jenaka itu, ia akan menimbulkan kesan negatif kepada umat Islam di US yang hanya satu komuniti minoriti berbanding 300 juta warga non-Muslim.

Dalil hadith: Dari Abd Rahman Abu Layla, bahawa Nabi saw bersabda, " tidak halal seorang muslim menimbulkan rasa takut seorang muslim yang lain."
Maksudnya natijah dari lawak jenaka teroris dan bom, akan terus menimbulkan rasa ketakutan warga Islam US, sedangkan mereka tiada kaitan langsung dgn 9/11 dan keganasan antarabangsa.

ii) Mengenai lawak jenaka kenapa Nabi tidak diturunkan di tanah melayu kerana kat rantau sebelah sini dah ramai Nabi.
Jawab: Ini juga termasuk lawak jenaka yang tercela. Ini kerana urusan perlantikan Nabi-nabi bukanlah bahan lawak jenaka. Ini kerana Allah menempelak lawak jenaka tersebut:
" di antara Rasul-Rasul itu ada yang Kami perturunkan kisahnya kepada mu dan ada juga yang Kami tidak kisahkan."AQT 40: 78

Lawak jenaka seputar Nabi melayu itu termasuk lawak agama yang tercela..lihat ayat-ayat berikut:
AQT 6. 70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia

AQT 7. 51. (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka

AQT 9. 65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

sekian


Nak berlawak boleh ?

As’salamualaikum , sememangnya dalam kehidupan seharian kita memerlukan hiburan . Lucu , kelakar dan ketawa adalah perbuatan dan kata-kata yang dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain yang mendengar dan melihatnya . Membuatkan orang lain senang hati itu adalah termasuk dalam amal kebajikan yang dituntut .



ADAB-ADAB BERJENAKA DALAM ISLAM :


Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah S.A.W , ayat-ayat Al-Quran , ahli keluarga Nabi , sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W dan golongan ulama .


Gurauan tersebut bukan memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangan atau kecacatan diri seseorang itu .


Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendahkan-rendahkan maruah .


Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan dalam kehidupan sehariannya .


Isi dalam jenaka adalah cerita yang benar-benar berlaku dan tidak dibuat-buat bagi membolehkan orang ramai ketawa .


Bersesuaian dengan masa dan tempat kerana tidak manis jika bergurau ketika seseorang itu dalam kesedihan . Usahlah buat lawak ‘kurang pandai’ di tempat yang tidak sepatutnya misalnya di majlis kematian .


Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain atau diri sendiri ketawa secara berlebihan ( ketawa terbahak-bahak)


Rasulullah S.A.W apabila ketawa hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja , bukan ketawa berdekah-dekah , terkekeh-kekeh atau mengilai-ngilai bak Pontianak .

Ramai di antara kita yang gemar menggunakan isu agama dalam lawak-lawak mereka . Walaupun sekadar jenaka , tetapi ia amat sensitif . Ada di antaranya yang suka mengeksploitasikan lawak dengan mempamerkan watak yang tidak sepatutnya . Bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Arab pula , adakalanya suka berlawak dengan menggunakan bahasa tersebut tanpa mengetahui maksud perkataanya . Bagi yang faham Alhamdulillah tapi bagaimana dengan sebaliknya ?

Islam memang tidak melarang kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa . Cuba lihat sejarah bagaimana kisah Rasulullah S.A.W bergurau dengan seorang wanita tua .

Wanita tua itu berkata kepada baginda : “ Doalah kepada ALLAH agar DIA memasukkan aku ke dalam syurga “

Baginda menjawab : “ Wahai ibu , sesungguhnya orang tua tidak akan masuk ke syurga “ Perempuan itu kemudian balik dan menangis .

Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke syurga dalam keadaan masih tua “


ALLAH berfirman : “ Sesungguhnya , KAMI mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru . KAMI jadikan mereka dalam keadaan dara , yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya “ (Hr Tirmizi dan Al-Baihaqi dengan sanad yang hasan )

Abu Hurairah telah meriwayatkan :

Para sahabat berkata : “ Wahai Rasulullah , sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami “

Baginda menjawab yang bermaksud : “ Ya memang aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar belaka “ (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)



ULAMA MELETAKKAN 5 ETIKA YANG PERLU DIPATUHI DALAM KITA MELAWAK


Tidak menggunakan cerita yang bohong sebagai alat untuk membuatkan orang ketawa .
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Celakalah orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa . Celakalah dia , celakalah dia “ (Hr Ahmad dan ad-Darimi)

Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan jika diizinkan oleh orang tersebut .
Firman ALLAH : “ Wahai orang yang beriman . Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain , kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina . Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina “ (Al-Hujarat : 11)

Melawak yang tidak menakutkan orang lain .
Rasulullah S.A.W bersabda : “ Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam “
Rasulullah S.A.W bersabda : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul “ (Hr Ahmad-sahih)

Usah melawak di tempat yang serius dan usah serius di tempat melawak .
Nabi S.A.W bersabda : “ Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius . iaitu nikah , cerai dan membebaskan hamba “ (Hr Abu Daud , At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan .
Nabi S.A.W bersabda : “ Janganlah kamu banyak ketawa . Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati “ (Hr Ahmad dan Ibn Majah)


Said bin Al-‘As berkata : “ Bersederhanalah dalam melawak . Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang yang bodoh akan berani terhapadmu . Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang yang berdamping denganmu akan berasa rimas “


Menurut pandangan Islam , bergelak ketawa yang keterlaluan adalah makruh hukumnya . Oleh itu , seseorang yang sihat akal dilarang bergelak ketawa secara berlebihan kerana mereka yang suka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat . Orang yang banyak menangis di dunia akan banyak ketawa di akhirat .



Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi ada 4 perkara yang menghilangkan ketawa seseorang mukmin :

  1. Kerana memikirkan akhirat
  2. Kesibukan mencari keperluan hidup
  3. Risau memikirkan dosa
  4. Apabila tibanya musibah dan bala


p/s : Oleh itu marilah kita sama-sama muhasabah diri dan kembali bertaubat . Banyakkanlah menangis (kerana ALLAH) daripada ketawa (yang sia-sia) . Ingatlah , hendak berlawak , berlawaklah tapi janganlah sampai merendahkan kesucian Islam ataupun mana-mana agama sekalipun . Walaupun niat kita hendak bergurau tetapi dikhuaitiri akan menjerumuskan kepada haram jika tidak berhati-hati dalam penggunaannya . Walahualam .

Etika berlawak dan bergur

au


Mari kita lihat lawak dalam Islam…
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Bagaimana Rasulullah SAW bergurau?
Seorang wanita tua berkata kepada Nabi, “Tolong berdoa kepada Allah supaya Dia memasukkan saya ke dalam syurga.”
“Ya ibu, orang tua tidak boleh masuk syurga…” Jawab Nabi. Perempuan itu pulang sambil menangis-nangis.
Tetapi kata Nabi lagi, ertinya.. “Sila beritahu kepadanya, dia tidak akan masuk ke syurga dalam keadaannya yang masih tua. Allah berfirman ”Sesungguhnya Kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan masih dara, yang amat menyintai suaminya dan sebaya pula sesamanya.” (Hadith riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi dgn Sanad yang hasan)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, ” Ya Rasulullah, kamupun bergurau dengan kami…”
“Ya aku bergurau, tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar!” Jawab Nabi. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam lawak atau bergurau..

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.


Nabi SAW bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!” (Hr Ahmad dan Ad-Darimi – sanadnya sahih)
Kedua: Gurauan yang tidak menghina orang lain, kecuali diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah, “Wahai orang-orang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, mungkin orang dihina lebih baik dari yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , mungkin wanita dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (11 : Al-Hujarat)
Nabi SAW bersabda, “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hadis riwayat Muslim – sahih). Termasuk juga dalam menghina, ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah RA berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir RA berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Keempat: Jangan ambil barang orang dengan niat melawak.


Nabi SAW bersabda: “Jangan kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslam dengan niat melawak atau pun betul-betul.” (Hadis riwayat Ahmad – sahih)

Kelima: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebas hamba.Jadi, anda kajilah sendiri, bagaimana hukumnya, melawak seperti yang di dalam pertandingan merebut Raja Lawak dalam persembahan di tv, pementsan sekarang dan lain-lain. Wallahu ‘aklam. (IH)
diambil dari http://muhdhazrie.wordpress.com/2010/05/12/lawak-boleh-dihukum-penjara-di-israel/

KEAIBAN ORANG BUKAN MODAL UNTUKBERLAWAK


Rasulullah bersabda maksudnya : “ Celakalah orang yang berbicara lalumengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”
Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketikaberbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikanbahan ketawa. Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau sendamemeng boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan ataumenggelikan hati orang lain. Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullahjuga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda. Bergurau sendamempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam. Antaranya:


Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka sepertimempersendakan sunnah Rasulullah.


Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan sepertimemperlekehkan orang laindengan menyebut kekurangannya.


Guraun itu bukan ghibah (mengumpat) seperti meburukkan seseorangdengan niat untuk merendah-rendahkannya.


Tidak memberi gelaran yang tidak sesuai seperti nama haiwan atausebagainya yang tidak digemari oleh individu tersebut.


Tidak menjadikan jenaka atau gurauan itu sebagai satu kebiasaan.


Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.


Bersesuaian dengan masa ,tempat dan orangnya kerana adalah tidak manisbergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.


Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebih-lebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkancahaya hati.


Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkanbarisan gigi hadapannya, bukan ketawa yangberdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh Seungguhnya, kita perlulah muhasabah diri sendiri adakah kita pernah menjadikanaib sahabat-sahabat kita sebagai bahan jenaka atau menggelarkan sesuatu yang buruk kepada sahabat kita. Jika pernah, kita perlulah meminta kemaafan daripada mereka agarpersahabatan yang terjalin akan kekal selama-lamanya


bahaya gelak ketawa

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh... .

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh... . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. "Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka." Dalam satu riwayat yang lain, dikemukakan bahawa Imam Abu Hanifah pernah tertawa satu kali apabila dia menang berdebat dengan Amr bin Abaid Alqadari (seorang bermazhab Qadariah yang tidak percaya kepada takdir Allah). Selepas tertawa, Imam Abu Hanifah sangat menyesal lalu berkata: "Engkau berbicara tentang ilmu, aku tertawa, maka aku tidak akan berkata-kata kepadamu untuk selama-lamanya, maka aku sangat menyesal, sebab andainya aku tidak tertawa nescaya aku dapat menundukkannya dengan kefahamanku, sehingga menjadi kebaikan bagi ilmu." Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka ia dicintai." (Hadis Sahih).

Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa.Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa. Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata: "Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang yang di sekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di sekitarnya." Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya di akhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail''. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok- olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).

Dalam Hadis itu Rasulullah S.A.W. mengulang kalimah "neraka wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak tertawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat hilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan dia. Maka itu kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahaya :-

(1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.
(2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.
(3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
(4) Melupakan dosa-dosa yang lalu.
(5) Melupakan mati dan akhirat.
(6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.
(7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.
(8) Akan banyak menangis di akhirat.

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

Wednesday, May 11, 2011

BILA DAH SENANG...KAYA..BERPANGKAT....ISTERI CANTIK...ATAU SUAMI HENSEM SAKAN...DITAMBAH JUTAWAN DLL...MAKA LUPA DIRI....IBUBAPA MENGASUH DAN MEMBESARKAN DILUPAKAN...MUNGKIN IA LAHIR PADA TIANG TELEFON...MENCARI MAKAN DAN MEMBESAR SECARA BERDIKARI HINGGA BERJAYA....

Wajibkan nafkah ibu bapa



IBU BAPA memerlukan sokongan daripada anak-anak untuk menjalani kehidupan terutama ketika usia tua. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.
Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.
Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.
"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.
"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5.  Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


BILA MENIPU..CARI UNTUNG SECARA MUDAH....TAK KIRA KEDUDUKAN SERTA KAUM....MELAKUKAN KESALAHAN DEMI KEUNTUNGAN PERIBADI@KRONI2....DAH TAK KIRA HALAL HARAM ATAU MENGORBANKAN ORANG LAIN...DUNIA AKHIR ZAMAN....

KPDNKK bongkar rahsia banglo



ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK memeriksa pelbagai produk minuman dalam serbuan di Kampung Sungai Salak, Gombak malam kelmarin.



GOMBAK – Selama ini tiada siapa yang mengambil peduli kewujudan sebuah banglo terpencil di Batu 10, Jalan Gombak dekat sini.
Bagaimanapun, rahsia banglo yang terletak di Kampung Sungai Slak itu terbongkar semalam apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Gombak yang membuat serbuan mendapati ia dijadikan markas membungkus semula pelbagai produk minuman dan kegunaan harian yang tamat tarikh luput atau rosak.
Dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Cawangan KPDNKK Gombak, Ramli Nayan menemui pelbagai produk minuman dan kegunaan harian yang dalam proses dibungkus semula untuk dijual.
Antara produk minuman yang ditemui dalam serbuan itu termasuk susu pekat, pelbagai minuman perisa coklat, serbuk teh dan produk tenusu.
Selain itu, terdapat juga produk kelengkapan diri seperti syampu, tuala wanita dan losen.
Semua barangan itu yang kebanyakannya tamat tarikh luput atau rosak dipercayai dikutip dari tempat-tempat pembuangan sampah sebelum dibungkus semula dan dijual dengan harga murah.


ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".





H.R. Muslim




Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

KURNIAAN ALLAH...ILMU DAN KEMUDAHAN...BAGI YANG BERUSAHA MENCARINYA....JADIKAN KEMERA BAHAN UNTUK MENGAGONGKAN ALLAH...BUKAN PERKARA2 YANG DILARANG@HARAM....

D5100 tidak perlu lagi Photoshop






PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kebanyakan kita termasuk penulis. Namun, kesempatan yang diberikan untuk menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Baru DSLR Nikon dan Cara Menyelamat Penyu di Impiana Resort Cherating, Pahang baru-baru ini memberi penulis satu persepsi baru mengenai kamera DSLR.
Bersama-sama dengan hampir 60 orang jurugambar dan wartawan, kami berkampung selama tiga hari dua malam untuk sama-sama merasai pengalaman menggunakan kamera keluaran terbaru Nikon, DSLR D5100.
Dalam bengkel itu, kami dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada antara enam hingga tujuh orang peserta untuk bersaing dalam permainan yang disediakan pihak Nikon.
Jika dilihat daripada acaranya mungkin ada sesetengah pihak berpendapat, ia seperti tiada kaitan langsung dengan kamera DSLR. Ini kerana kami perlu melukis batik, membuat wau bahkan, lebih menarik setiap kumpulan diberi seorang model wanita seksi sebagai ahli tambahan.
Tetapi syarat yang dikenakan sepanjang permainan adalah para peserta perlu mengambil foto serta merakam video pendek dengan kamera yang dibekalkan. Ternyata ia memberi pengalaman baru kepada penulis untuk bukan sahaja mengenali D5100 Nikon bahkan, sebuah kamera DSLR itu sendiri.
Tatkala memegang produk terbaru Nikon itu, penulis berpendapat ia sangat ringan berbanding dengan kamera dalam kelasnya.
Reka bentuk pemegangnya sangat ergonomik dan kompak, manakala bahan yang digunakan pula membolehkan pengguna menggenggam kemas dan memudahkan pengawalan ketika rakaman dilakukan.
Butang-butang fungsi pada kamera DSLR itu pada mulanya kelihatan agak rumit kepada penulis kerana hanya menggunakan simbol-simbol yang ringkas.
Walau bagaimanapun, pengguna yang tiada pengetahuan langsung mengenai kamera DSLR dapat menguasainya menerusi buku panduan yang dibekalkan.
Apatah lago dengan paparan arahan pada skrin monitor yang sangat jelas dan mudah, ditambah dengan bantuan pekerja Nikon sesiapa sahaja mampu mengendalikannya.


TANPA mengira tahap kepakaran seseorang dalam bidang fotografi, DSLR D5100 amat mudah digunakan.



Menurut Pengurus Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) Bahagian Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR, DSLR D5100 menyasarkan pengguna kamera amatur dan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan seni fotografi.
Ciri-ciri fizikal yang jelas pada produk baru Nikon itu adalah sendi pada monitor LCD yang bersaiz 7.5 sentimeter boleh digerak pelbagai sudut yang berbeza mengikut kesesuaian dan ketinggian pengguna.
Monitornya boleh dibuka secara horizontal sehingga 180 darjah serta mampu dipusing ke atas dan ke bawah pada sudut maksimum, 270 darjah.
Jadi, sepanjang bengkel dan acara berjalan, penulis tidak perlu membongkok bagi mendapatkan sudut yang diingini sebaliknya hanya perlu memutarkan monitornya sahaja.
Imej-imej yang terhasil pada sudut-sudut yang berbeza ternyata mampu memberikan sekeping foto pada pandangan yang berbeza serta mempunyai perincian.
Efek khas
Walaupun penulis serta ahli kumpulan perlu menyiapkan setiap tugas yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan tetapi semua syarat-syarat untuk merakam video pendek dan beberapa keping gambar dilaksanakan dengan jayanya.
Salah satu sebabnya sudah tentu kamera yang berada dalam kategori amatur itu mudah dibawa ke mana-mana serta efek yang ada di dalamnya boleh dibuat tanpa perlu diimport ke komputer.
Kata Mahfooz, efek-efek khas yang terdapat pada DSLR D5100 adalah kamera pertama keluaran Nikon yang boleh melakukan kesan khas sama seperti yang terdapat dalam perisian Photoshop.


LEBIH 60 orang jurufoto dan wartawan berkumpul di Impiana Resort, Cherating baru-baru ini untuk diperkenalkan dengan kamera DSLR D5100.



“Salah satu kesan khasnya adalah pengguna dapat memilih bahagian tertentu dalam gambar untuk meningkatkan ketumpatan warna sama ada tinggi atau rendah.
“Paparan hasilnya dapat dilihat terus pada monitor sebelum rakaman dilakukan dan pengguna dapat memastikan imej yang diingini terhasil,” katanya dalam bengkel memperkenalkan produk terbaru Nikon itu.
DSLR D5100 juga boleh menghasilkan kesan khas seperti lakaran lukisan dengan hanya perlu mengawal keterangan warna dan ketebalan garisan luar imej berpandukan pada paparan monitor.
Bukan itu sahaja, kamera itu juga mampu menghasilkan kesan khas pada foto yang kelihatan seakan-akan miniatur dengan menggunakan kesan diorama dalam fungsi D5100.
Bagi rakaman video pula, kamera Nikon itu berkemampuan membuat rakaman dalam format video berdefinisi tinggi (HD).
“Walaupun D5100 berada dalam kelas paling rendah iaitu kategori amatur tetapi, ia boleh dipasang mikrofon pada luar badan kamera,” ujarnya.
Penggunaan mikrofon stereo amat penting dalam rakaman supaya bunyi yang dirakam tidak diganggu dengan bunyi getaran kanta auto-fokus ketika pengambaran.
Kamera itu juga dilengkapi dengan fungsi D-Movie.
Ujarnya lagi, apabila fungsi fokus ditetapkan, kamera secara automatik akan sentiasa memfokus pada subjek walaupun sedang berjalan.


 INI JUGA KURNIAAN ALLAH...PATUT KITA SEDAR...IA LAH YANG MEMBERI SEMUA....



Durian raja kunyit masuk China


NOH (kiri) bersama Chai Xi (dua dari kiri) menunjukkan buah durian D197 di Wisma Tani, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengeksport durian jenis D197 yang lebih dikenali sebagai durian raja kunyit ke pasaran China tidak lama lagi selepas beberapa piawaian negara itu dipatuhi.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, idea itu timbul selepas Perdana Menteri Republik Rakyat China, Wen Jiabao tertarik dengan rasa buah berkenaan semasa lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.
Menurutnya, buat permulaan, pihaknya telah menghantar 100 biji buah durian kepada Jiabao dalam bentuk sejuk beku dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sebuah syarikat swasta.
"Buah yang dihantar kepada Jiabao itu tidak mengeluarkan bau dan perlu diletakkan pada suhu bawah 18 darjah Celsius. Ia boleh tahan selama setahun.
"Selain buah durian sejuk beku, pelbagai produk lain berperisa durian seperti kuih bulan dan aiskrim turut dihantar kepada Jiabao," kata Noh pada sidang akhbar di sini semalam.

ISTERI2LAH YANG MEMBUAT RUMAH TANGGA BAHGIA...TOLAK ANSUR...TAK DENGKI MENDENGKI....TIDAK KHIANAT DLL....ADA BAGUS MEREKA BERSAMA2 MENCARI JALAN MEMBUAT AMALAN2 AHLI SYURGA....HARAM KITA MENGGANGGU ISTERI ORANG DAN DOSA BESAR...MAKA ELAKKANLAH....

 

JODOH DITANGAN ALLAH...YANG PENTINGNYA PASANGAN KITA BOLEH MEMBAWA KESYURGA...KEBAHAGIAN TERLETAK DIBAHU ISTERI2 DENGAN IZIN ALLAH...

‘Suka hidung abang Salih’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.


“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

Tubuh kurus, berat melampau

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
DERITA...Rosyatinah memangku anaknya yang lumpuh selepas diserang penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
KUANTAN: Doktor mengesahkan dia tidak menghidap sebarang penyakit, namun timbul pelbagai persoalan apabila susuk tubuhnya jauh berubah hingga kurus melidi sedangkan dia makan dengan banyak berbanding sebelum dia diserang penyakit misteri itu dua tahun lalu.
Lebih aneh, di sebalik tubuhnya yang kurus itu, Saila Alias, 25, yang kini mampu terbaring di atas tilam, cukup berat untuk diangkat, malah tidak cukup dengan kudrat dua orang dewasa.
“Pernah dua ahli keluarga kami cuba mengangkat Saila tapi tak mampu. Biarpun kurus, beratnya tidak masuk akal dan tidak setanding dengan fizikalnya,” kata ibunya, Rosyatinah Yon, 48.

Menurutnya, sebelum sakit dua tahun lalu, berat badan Saila kira-kira 49 kilogram (kg), namun sekarang bila dia diangkat beratnya dirasa bertambah lebih sekali ganda, dianggarkan tidak kurang daripada 100kg.


“Saya tak tahu berat sebenar Saila sekarang kerana sejak dia sakit kami tak pernah timbang memandangkan dia lumpuh,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumah adiknya di Taman Tas.


MANAKALA SIHIR@SAKA....KADANG2 MENGANGGU KITA DENGAN IZIN ALLAH..

‘Saida sakit angau’

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Isteri saya sakit...sakit angau, jika tiada gangguan orang ketiga kami boleh berbaik,” dakwa Mohd Ghazali Yahya Zikri suami kepada kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza di dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Mohd Ghazali, 40, berkata demikian ketika Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi memberi peluang kepadanya untuk memaklumkan kepada mahkamah berhubung perkembangan terbaru hasil penemuan hakam (wakil ahli keluarga) pihaknya dan isteri, penyanyi Saida bagi membincangkan isu yang melanda rumah tangga mereka.
Dengan nada penuh emosi, Mohd Ghazali (defendan) mendakwa keengganan Saida (plaintif) berbaik semula dan meneruskan permohonan cerai adalah disebabkan kewujudan pihak ketiga.

“Sudah bermacam cara saya buat untuk kami berbaik. Keluarga juga tidak percaya daripada seorang wanita lemah-lembut dia (Saida) menjadi tidak bertanggungjawab. Saya sendiri berjumpa Saida bersama lelaki itu dalam sebuah kereta di Balakong. Saya tanya lelaki itu sama ada mengetahui Saida isteri saya.


“Apabila ditanya kepada Saida untuk apa berada di dalam kereta itu, dia memaklumkan mahu memulangkan telefon bimbit. Saya rampas telefon bimbit dan menemui SMS mengandungi perkataan ‘sayang’, ‘rindu’, dan ‘I Love You’ (Saya cinta awak). Dia keluar rumah tanpa izin saya,” katanya.