Thursday, May 19, 2011

NAFSU DAN SEGALANYA CIPTAAN DAN MILIK ALLAH....JANGAN KITA MENAFIKAN ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA BIJAKSANA...PATUHLAH HUKUM2 ALLAH....JANGAN KITA NAK LAWAN ALLAH SWT...NERAKA TEMPATNYA...JANGANLAH KITA DEGIL SANGAT....DAN KURANG AJAR DENGAN ALLAH....

Buang masa di talian sejam sehari


KAJIAN menunjukkan Facebook dan Twitter bukan masalah besar kepada pekerja pejabat.


KUALA LUMPUR - Secara puratanya seseorang pekerja menggunakan di antara 30 sehingga 60 minit sehari dalam talian untuk tujuan-tujuan peribadi, menurut satu kajian oleh Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne dan syarikat keselamatan sesawang Australia MailGuard. Namun yang menarik, Facebook dan Twitter bukanlah gangguan utama dalam kebanyakan kes. Kajian itu menganalisis data tanpa nama dengan kebenaran daripada syarikat-syarikat pelanggan Australia dan mengesan tabiat-tabiat perayauan pekerja, sesetengahnya berpangkalan di luar negara dari Januari sehingga Disember 2009. Walaupun 40 peratus daripada pekerja yang dikaji dalam sampel seramai 50,000 orang telah menggunakan Facebook dalam jangka masa enam bulan kajian tersebut, purata masa yang dihabiskan untuk laman sosial itu hanyalah beberapa minit.
Kajian-kajian lain menganalisis data pengguna dan melakukan kajian kualitatif, tetapi kajian ini adalah yang pertama mengkaji tingkah laku individu dalam satu jangka masa tertentu. "Kegunaan-kegunaan ini adalah kegunaan-kegunaan biasa: mereka membaca berita, ramalan kaji cuaca dan jadual-jadual pengangkutan," kata Dr. Rajesh Vasa dari Fakulti Teknologi Komunikasi dan Maklumat universiti tersebut.


Noor Jan waris palsu


RAJA ROZLAN (kiri) dan Raja Omar Ikram (tengah) pada sidang akhbar mengenai jurai keturunan Raja Noor Jan di Ipoh semalam.


IPOH – Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam buat pertama kali meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya berhenti daripada membuat dakwaan bahawa beliau ialah pewaris Kesultanan Melaka dan Perak kerana dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.
Yang Dipertua PWKNP, Raja Rozlan Raja Yaacob berkata, Raja Noor Jan seharusnya menghentikan segera tindakan menjaja cerita kononnya dia mempunyai salasilah Kesultanan Perak dengan mendakwa datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.
Menurutnya, dakwaan Raja Noor Jan itu tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British jelas menunjukkan Sultan Abdullah Mohammad I tidak mempunyai anakanda bernama Raja Alang Abdul Rahman. Sebaliknya menurut Raja Rozlan, Raja Alang Abdul Rahman tidak wujud kerana anakanda Sultan Perak ke-22 ialah Raja Pandak Abdul Rahman. “Mana mungkin seorang bapa (Sultan Abdullah Mohammad I) akan menamakan dua anak lelakinya menggunakan nama yang sama dan Raja Alang. “Apa yang pasti, Raja Alang Abdul Rahman itu tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.


'Segerakan keputusan khalwat'


RAJA AZMI (kiri) dan Roslin yang hadir di pejabat Jawi semalam kecewa selepas hasrat mereka untuk mendengar keputusan kes khalwat ditunda pada 20 Jun depan.


KUALA LUMPUR - Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pemain badminton negara, Mohd. Roslin Hashim kecewa apabila keputusan mengenai dakwaan khalwat terhadap mereka yang sepatutnya didengar semalam ditunda pada 20 Jun depan. Raja Azmi, 51, memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini ketika mereka hadir bagi mengetahui keputusan kes tersebut.
Katanya, ia berikutan pegawai wanita yang mengendalikan kes itu sedang bercuti bagi menguruskan kemasukan anak saudaranya ke universiti dan pihak Jawi ingin memanggil saksi baharu. "Saya datang dengan penuh teruja untuk mengetahui keputusan kes kerana ia penting bagi membersihkan nama, prasangka buruk dan fitnah. Perkara ini menjadi satu bebanan jika dibiar terlalu lama," katanya sambil menahan sebak di sini semalam. Raja Azmi yang ditemani suaminya, bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek, 48, dan Roslin hadir ke pejabat Jawi pada pukul 9 pagi. Jailani menjadi saksi dalam kes berkenaan.


Ketua IMF letak jawatan selepas dituduh merogol


GAMBAR menunjukkan dokumen banduan Dominique Strauss-Kahn yang disiarkan Jabatan Polis New York semalam.


NEW YORK - Ahli politik dari Perancis yang juga genius matematik, Dominique Strauss-Kahn, 62, meletakkan jawatan sebagai Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin.
Dia mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada lembaga eksekutif IMF.
Strauss-Kahn yang ditangkap polis pada Sabtu lalu selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja Hotel Sofitel di New York di dalam biliknya.
Dia ditangkap dalam sebuah pesawat Air France beberapa minit sebelum ia berlepas ke Paris dari Lapangan Terbang John F. Kennedy.
Dalam surat itu, Strauss-Kahn menafikan semua tuduhan tetapi menyatakan dia terpaksa meletakkan jawatan dengan perasaan yang amat sedih kerana memikirkan keluarganya selain melindungi IMF.
Dia sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan oleh pasukan pembelaannya kelmarin, Strauss-Kahn menyatakan dia menyerahkan pasport dan tidak akan melarikan diri dari Amerika Syarikat.
Peguam belanya mencadangkan wang ikat jamin ke atasnya sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) dan dikurung di rumah milik seorang anak perempuannya, Camille, 24 jam sehari dengan kawalan tag elektronik sehingga perbicaraannya berakhir.
Dalam dokumen pemfailan itu, peguam Strauss Kahn tidak pernah mempunyai rekod jenayah dan merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang, dihormati sebagai seorang diplomat, ahli politik, peguam, ahli ekonomi dan profesor.
Menurut agensi berita The Associated Press, para detektif dan pendakwa raya percaya permaidani di dalam Hotel Sofitel mungkin mengandungi air mani Strauss-Kahn, air liur selepas dia menyerang pekerja wanita berumur 32 tahun untuk tujuan seks.
Dia ditahan di sebuah penjara di Rikers Island, New York.
Strauss-Kahn ditahan di sebuah bilik penjara dan diperhatikan pada setiap masa bagi mengelak dia membunuh diri.
Dia juga makan bersendirian dalam bilik penjara berasingan dan dikawal oleh pengawal penjara pada setiap masa. - Agensi


Hotel, spa bogel pertama di Britain


TETAMU yang menginap di Hotel Clover Spa di Erdington, Birmingham dibenarkan berbogel.


ERDINGTON, Birmingham - Sebuah hotel dan spa bogel yang pertama di Britain telah dibuka di sini pada awal Januari lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ia milik Tim Higgs yang sebelum ini berusaha untuk mencari lokasi yang sesuai sehingga dia menemui sebuah rumah lama tahun 1920-an untuk dijadikan hotel dan spa untuk golongan yang suka berbogel.
Kadar bayaran yang ditetapkan untuk satu malam di Hotel Clover Spa itu ialah £120 (RM589) hingga £150 (RM736) satu malam.
Seramai lapan pekerja yang memakai pakaian apabila mereka bekerja di meja penyambut tetamu di hotel tersebut.
Namun, para pekerja itu akan berbogel apabila terdapat masa yang sesuai untuk mereka manakala Higgs mengambil peluang untuk bergaul dengan tetamu tanpa memakai sebarang pakaian.
Tetamu hotel itu akan berbogel di ruang komuniti untuk membaca buku, bermain permainan, berbual atau mandi di kolam renang.
Sejumlah pengunjung dari Belanda dan Jerman yang merupakan golongan yang suka berbogel memberikan komen yang menggalakkan semasa mereka menginap di hotel tersebut. - Agensi


Wajah kekasih Terminator disiar


MILDRED BAENA


LOS ANGELES - Wajah amah Mildred Baena yang melahirkan anak luar nikah pelakon terkenal yang pernah menjadi gabenor California, Arnold Schwarzenegger disiarkan media kelmarin.
Anak luar nikah itu dilahirkan lima hari selepas anak keempat Schwarzenegger dilahirkan oleh isterinya ketika itu Maria Shriver.
Shriver kini sudah berpisah pada Januari lalu ekoran pengakuan Schwarzenegger mengenai skandal tersebut.
Anak luar nikah itu dilahirkan pada 2 Oktober 1997 seperti yang tercatat dalam dokumen sijil kelahiran.
Shriver, 55, pula melahirkan anak Schwarzenegger, Christopher pada 27 September tahun sama.
Laman web TMZ yang menunjukkan bukti sijil kelahiran anak luar nikah Schwarzenegger dan Baena kelmarin tercatat nama Rogelio Baena sebagai bapa kepada anak tersebut.
Dokumen penceraian yang difailkan oleh Baena dan Rogelio pada Februari 2008 bagaimanapun menyatakan pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata.
Identiti anak luar nikah berusia 13 tahun itu kini dilindungi, namun dia dilihat memiliki persamaan dengan Schwarzenegger terutama bahagian mulut dan giginya.
Jiran-jiran menerangkan personaliti remaja tersebut sebagai comel, kelakar dan berwajah tampan, gemar bersukan dan melibatkan diri dalam majlis amal di kawasan rumahnya.
Baena yang bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Schwarzenegger dan Shriver sejak lebih 20 tahun lalu menerima bayaran sebanyak AS$1,200 (RM3,636) setiap minggu.
Dia yang mula menjalin hubungan sulit dengan Schwarzenegger sekitar hujung tahun 1990-an melakukan pelbagai tugas termasuk membersihkan rumah, dobi, memasak dan lain-lain sebelum berhenti kerja pada Januari lalu.
Baena kini tinggal di rumahnya yang dipercayai dihadiahkan oleh Schwarzenegger berharga AS$243,015 (RM736,456) di Bakersfield di utara Los Angeles.
Schwarzenegger mengumumkan perpisahan dengan Shriver minggu lalu selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 25 tahun.
Pasangan itu yang berkahwin pada 26 April 1986 di Hyannis, Massachusetts serta mempunyai empat cahaya mata iaitu Katherine, 21, Christina, 19, and Patrick, 17, dan Christopher, 13.
Baena yang berasal dari Guatamala kini menjadi buruan media ekoran skandal sulit Schwarzenegger yang menggegarkan dunia hiburan dan politik Amerika Syarikat. - Agensi

MACAM2 TANDA...DAN ISYARAT...ALLAH NYATAKAN... MASIH TAK BERTAUBAT DAN BERTAKWA...PENGANJUR MUNGKAR KIAN AKTIF....BEKERJASAMA DENGAN SYAITAN....ULAMAK BISU MEMBISU SERIBU BAHASA....TAKUT JAWATAN TERBANG...NERAKA BAGI MEREKA TAK NAMPAK DAN BELUM TERASA LAGI....

Maahad kelentong

Oleh Yusmizal Dolah Aling, Muhaamad Hafis Nawawi dan Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

BUKTI...antara barangan sumbangan orang ramai kepada maahad tahfiz yang tidak mempunyai pelajar.
BUKTI...antara barangan sumbangan orang ramai kepada maahad tahfiz yang tidak mempunyai pelajar.
KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.
Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.
Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

“Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.


“Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.


Didakwa jual kopi ada DNA babi






KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.

Nafi jual kopi gelatin babi

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my

KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.
Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.


Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

Perangkap andartu Awang Hitam

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang ahli perniagaan wanita yang sanggup 'terbang' sejauh kira-kira 3,237 kilometer dari Taiwan ke negara ini bagi melaporkan satu kes tipu berjumlah RM380,000 nyata berbaloi apabila dua lelaki Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan Isnin lalu.
Bukan itu sahaja, andartu berusia 43 tahun tersebut turut berpuas hati apabila mendapat sebahagian wang ditipu itu iaitu sebanyak RM59,700 hasil kecekapan polis yang menyerbu kediaman ketiga-tiga suspek itu di Cheras dan Serdang Raya, Seri Kembangan dekat sini.
Difahamkan, suspek wanita itu merupakan isteri salah seorang lelaki Nigeria berusia 39 tahun yang masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong. Seorang lagi suspek berusia 26 tahun merupakan pelajar di sebuah kolej di sini.
Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, penipuan bermula sebaik mangsa mula menjalinkan hubungan cinta selepas berkenalan dengan suspek bergelar John Miller melalui laman sosial Facebook pada Februari lalu.
Katanya, selepas tiga bulan bercinta, suspek mula memperdaya mangsa mengatakan yang dia hendak menghantar bungkusan mengandungi barang berharga bernilai hampir RM4.65 juta sebagai bukti cinta.
"Suspek kemudian memberi arahan supaya mangsa memasukkan wang kononnya untuk proses penghantaran.
"Mangsa membuat sebanyak tiga transaksi ke dalam akaun milik isteri suspek berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, mangsa akhirnya sedar dia ditipu selepas barang yang dikatakan itu tidak kunjung tiba sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat untuk membuat laporan di pejabat Kedutaan Taiwan di sini pada Februari lalu.
Menurut Mohd. Rodwan, selepas disiasat, polis telah menyerbu sebuah apartmen di Cheras dan menahan suspek berusia 26 tahun pada Isnin lalu.
"Beberapa jam kemudian, kita menyerbu sebuah rumah teres di Seri Kembangan dan menahan pasangan suami isteri tersebut," katanya.
Selain menahan suspek, polis turut merampas sejumlah barangan kemas bernilai RM100,000, peralatan komputer, dokumen, kad kredit, telefon bimbit, wang RM59,700 dan empat buah kenderaan iaitu Honda Civic, Toyota Rush, Honda CRV dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.


Anak kucing bermata satu

PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan  lidah terkeluar.
PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.
TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.


Sawa 6 meter baham kambing



TUMPAS...lapan penduduk kampung memegang ular yang  ditangkap.
TUMPAS...lapan penduduk kampung memegang ular yang ditangkap.
KUALA SELANGOR: Misteri kehilangan beberapa haiwan ternakan milik penduduk Kampung Asahan, di sini, sejak kebelakangan ini terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang enam meter, semalam.
Ular dianggarkan seberat 80 kilogram itu ditemui penduduk, Zailani Ambia, 37, bersama seorang rakannya ketika berjalan-jalan di kawasan ternakan kambing di kampung berkenaan.

Menurutnya, ketika terserempak ular sawa besar itu kira-kira jam 6 petang, haiwan berkenaan cuba menyerang dia dan rakannya apabila menyedari terancam. “Ketika saya berjalan di kawasan berhampiran sungai itu, saya ternampak benda pelik bergerak di kawasan semak dan terkejut melihat ular sawa yang besar seolah-olah sedang cuba membaham kambing di kandang berdekatan.
“Saya cuba menangkap ular itu, tetapi reptilia terbabit menyerang dengan ganas. Bagaimanapun, mujur saya membawa parang dan mencederakan kepalanya sehingga ular itu menjadi semakin lemah,” katanya.

Zailani kemudian memanggil orang kampung membantu menangkap ular sawa yang lemah itu untuk dikurung.

Katanya, penangkapan ular sawa itu merungkai segala persoalan berhubung kehilangan beberapa kambing di kawasan kampung yang hilang secara misteri.

“Beberapa tahun lalu kami menangkap ular sawa yang hampir sama besarnya berdekatan kawasan sungai.

“Kawasan tepi sungai ini memang menjadi bahaya dan ular mudah menghampiri kandang ternakan,” katanya.
Menurutnya, ular berkenaan kini dikurung sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


TAKWA DAN PERPADUAN
ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN


H.R. ABU DAUD DAN TIRMIZI


Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga dari pada Rasulullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis ini iaitulah : -

1. Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam apa juga keadaan pun dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw dan sunnah-sunnah khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw dan sunnah para khulafa ArRasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali ra) yang mana mereka telah mendapat pertunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalanm ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. InsyaAllah...

4. Menjauhi perkara-perkara atau apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.




ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG
YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK



H.R. THABRANI


Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".




Diantara tanda-tanda kiamat ialah : -

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

4. Orang yang berbuat baik sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.


Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.



AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT



H.R. IBNU MAJAH



Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).



Hadis di atas menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti : -

1. Ilmu tentang Islam akan di angkat.

2. Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan bumi ini.

3. Orang ramai hanyalah mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.

4. Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat “Lailaha illallah”, tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu terhadap mereka.

Walau bagaimanapun Allah SWT dengan belas dan kasihanNya masih menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.

JANGAN BAGI RUANG...JANGAN TERLALU PERCAYA...JANGAN BANYAK TERMAKAN BUDI...KAHWIN ITU LAH YANG SEBAIK2 JALAN....

Pergaulan Bebas Hampiri Zina


DUNIA semakin canggih dengan pelbagai inovasi yang dihasilkan bagi kepentingan manusia. Namun, dalam kecanggihan kehidupan hari ini, kita tidak terlepas daripada masalah akhlak dan hilangnya nilai murni.



Ramai manusia hilang arah dalam membezakan antara perkara yang baik dan jelek serta perkara yang membawa faedah atau padah.


Disebabkan manusia berlumba mengejar kehidupan dunia yang jauh dari landasan ditetapkan Allah.

Kes pembuangan bayi tidak berdosa dilihat semakin meruncing. Namun, segelintir anggota masyarakat belum sedar padah yang bakal diterima jika masalah berkenaan terus berlaku dalam masyarakat.


Ia menunjukkan masyarakat hari ini lebih teruk daripada masyarakat zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka hanya membunuh anak perempuan kerana malu dan menganggap golongan itu lemah serta tidak setanding dengan anak lelaki yang boleh diajar untuk berperang.


Perkara berkenaan dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Namun, hari ini, tidak kira anak lelaki atau perempuan, yang lahir kerana dosa ibu bapanya, maka mereka dibunuh dengan kejam serta dinafikan hak menikmati kehidupan.

Antara sebab utama berlakunya masalah itu ialah masyarakat sendiri tidak mengambil berat hubungan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Persepsi masyarakat hari ini menganggap hubungan bebas itu adalah cara hidup baru moden. Saban hari kita melihat gerak-geri anak muda di tengah-tengah kepesatan bandar, melakukan perkara dilarang Islam.

Berpegangan tangan, berpelukan, malah ada anak muda ini yang tidak segan
silu bercumbuan di depan khalayak ramai.

Semua itu adalah bibit permulaan dosa zina.

Sesungguhnya Allah mengingatkan kita sentiasa menjauhi perkara yang boleh membawa kepada zina.



Firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah fahishah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” (Surah al-Isra’: ayat 32)

Fenomena terbabit sedikit sebanyak boleh diselesaikan jika setiap anggota masyarakat menjalankan tugas masing-masing dalam membanteras gejala keruntuhan moral itu.

Pihak berkuasa pula seharusnya perlu sentiasa mengingatkan golongan muda agar sentiasa menjaga tingkah laku mereka khususnya di khalayak umum.

Sikap ‘tidak mengapa’, ‘bukan keluarga kita’, ‘itu hal dia’ perlu dibuang kerana setiap individu Muslim bertanggungjawab mengajak melakukan amal makruf dan mencegah yang mungkar.

Peranan berkenaan menjadi lebih efektif jika ia mendapat sambutan pihak media. Media cetak atau elektronik seharusnya berganding bahu menyelesaikan masalah itu.

Ibu bapa berperanan besar memberi perhatian kepada anak di bawah jagaan mereka. Mereka perlu lebih bijak daripada anak-anak di mana mereka perlu kenal siapa yang berkawan dengan anaknya.

Sejak awal lagi Islam memberi garis panduan kepada ibu bapa iaitu melakukan pemisahan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.

Didikan awal berkenaan memberi panduan bahawa lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan sebebas-bebasnya, walaupun dalam kalangan adik-beradik.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka”. (Hadis riwayat Ahmad)

Contoh lain, Islam memberi penerangan yang jelas bahawa lelaki dan perempuan itu tidak boleh bercampur secara bebas ialah ketika keadaan saf wanita yang hampir dengan saf lelaki ketika solat berjemaah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (Hadis riwayat Muslim)

Begitulah indahnya Islam yang tetap menitik-beratkan hubungan antara lelaki dan perempuan, meskipun dalam suasana yang baik (dalam masjid).

Bukan setakat menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan saja, malah Islam turut menekankan perlunya menjaga batasan hubungan antara kaum sejenis.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki lain dan tidak boleh seorang wanita memandang aurat wanita yang lain, dan tidak boleh seorang lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu kain (selimut) dan tidak boleh seorang perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu kain (selimut).” (hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya, dosa zina itu adalah besar. Sarjana Islam sepakat bahawa dosa zina adalah antara dosa-dosa besar (al-kaba’ir). Ibnu ‘Abbas pernah berkata bahawa:

“Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina.” (Riwayat Bukhari dalam kitab Fath al-Bari)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari Kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka seksa yang sangat pedih, iaitu; orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong.” (Hadis riwayat Muslim)

Bagi menjaga kelangsungan identiti umat Islam pada masa akan datang, pencegahan peringkat awal dengan cara yang ditetapkan Islam, adalah lebih baik daripada pemulihan pada peringkat yang tidak dapat dibendung lagi.

Walau bagaimanapun, anak yang lahir daripada dosa zina adalah tidak berdosa sama sekali. Sesungguhnya, setiap anak Adam itu tidak sesekali mewarisi dosa kedua orang tuanya.

kredit: Mohd Shahrizal Nasir


Pramugari MAS; Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudung


Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung?

Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.

Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji?

Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan.

Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.

Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar.

Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar

Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari.

Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.



Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.

Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman.

Saya rasa persoalan ini Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu mengapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.

Mengapakah pramugari MAS misti bertudung?

Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam.

Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat.

Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya.

Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama?

Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi.

Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.

Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam.

Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia.

Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Paramaguri MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul!

kredit: Riku Kobashi


Berbohong Dan Menghampiri Zina


Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita).
Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:

1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).

2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)

Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.

Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)

Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.

Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.

kredit: cucutalib


8 Jenis Pergaulan Dalam Kehidupan Kita


Abu Khotib menyatakan, bahwa barangsiapa bergaul dengan 8 golongan, maka Allah akan menambah kepadanya 8 hal baginya:


a. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang kaya, maka Allah akan menambah rasa cintanya kepada dunia.


b. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang fakir, maka ia akan memperoleh rasa syukur dan merasa senang terhadap rezeki dari Allah.


c. Barangsiapa bergaul dengan raja, maka ia akan bertambah keras hatinya dan takabur.


d. Barangsiapa bergaul dengan perempuan, maka Allah akan menambah kebodohan dan berahinya.


e. Barangsiapa bergaul dengan anak-anak, maka ia makin suka main-main.


f. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang fasik, maka bertambahlah kecenderunganya untuk melakukan dosa dan melalaikan taubat.


g. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang soleh, maka bertambahlah rasa cintanya dalam taat kepada Allah.


h. Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka bertambah ilmu dan amalnya.




Salam Ukhuwah..~

KEAMANAN...KETENTERAMAN...ADAKAH BOLEH DIRASA...ATAU KEBIMBANGAN YANG SERING DIRASAKAN....DIMANA KEMUNGKARAN SUDAH JADI KEBANGGAAN....

Maut dirempuh kereta sewa



ORANG ramai mengangkat motosikal Honda EX5 ditunggang Mohd.
Shazwan yang maut dalam kemalangan di Kuala Terengganu kelmarin.



KUALA TERENGGANU - Seorang bapa tidak menyangka akan bertemu dengan anaknya yang telah bertahun tidak bertegur sapa dalam keadaan menyayat hati apabila remaja itu meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan wanita dirempuh sebuah kereta sewa kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 malam itu menyebabkan Mohd. Shazwan Yusrien, 19, mati di tempat kejadian selepas dia tercampak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dirempuh di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai dekat sini.
Rakan wanita Mohd. Shazwan bersama pemandu dan penumpang kereta sewa berkenaan turut cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang Mohd. Shazwan yang dalam perjalanan dari Jalan Tok Adis ke Masjid Tengku Tengah Zaharah telah melanggar lampu merah di persimpangan tersebut lalu dirempuh kereta sewa berkenaan. Kereta itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Chendering.
Yusuf Mohamad, 43, memberitahu, Mohd. Shazwan tidak menegurnya selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan bekas isterinya beberapa tahun lalu.

Maut di pangkuan bapa

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, anak yang selama ini jarang bersua muka akibat perpisahan keluarga, akhirnya menemui ajal di pangkuan bapanya sendiri, akibat cedera parah setelah terbabit dalam satu kemalangan.

Dalam kejadian malam kelmarin, akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang remaja maut setelah motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah teksi di lampu isyarat Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam menyebabkan mangsa, Muhamad Shazwan Yusrien Yusuf, 19, dari Kampung Pantai Kuala Ibai, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Kampung Tok Adis menghala ke Chendering melanggar lampu merah.

“Pada masa sama, sebuah teksi yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Chendering tiba di tempat kejadian dan meneruskan perjalanan memandangkan ketika itu, lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.

“Tiba di pertengahan simpang di lampu isyarat terbabit, kedua-dua kenderaan ini bertembung antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Zamri, akibat pelanggaran itu, mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu teksi pula hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sejauh kira-kira satu kilometer setelah matanya dimasuki serpihan kaca yang pecah.

“Rakan mangsa yang membonceng bersama mangsa dan dua penumpang teksi terbabit pula hanya cedera ringan serta dirawat di hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebagai pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Yusuf Mohamad, 43, berkata, walaupun jarang berjumpa selepas berpisah dengan bekas isteri, namun dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya berada di sisi sebelum anaknya itu menghembuskan nafas terakhir.

“Malah paling memberi makna kerana arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya sendiri,” katanya.

Yusuf berkata, setelah berpisah dengan bekas isterinya beberapa tahun lalu, hubungannya bersama mangsa tidak rapat dan kali terakhir dia melihat mangsa tiga hari lalu, apabila anaknya itu yang menunggang motosikal melewati hadapan rumahnya yang terletak di Rumah Murah Kuala Ibai.
Gadis terkejut dicekup baca Al-Fatihah

PETALING JAYA – Akibat terkejut dicekup penduduk kerana berkhalwat, seorang gadis terus membaca surah Al-Fatihah sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.

Perkara itu berlaku ketika gadis berumur 20 tahun itu dan pasangannya yang berusia 17 tahun ditahan berdua-duaan dalam sebuah rumah di Apartmen Idaman, di sini kira-kira jam 1 pagi semalam.

Pasangan itu berasal dari Kelantan dan mendakwa hendak bertunang tidak lama lagi.
Ketua Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Azmi Ardi berkata, tangkapan itu dilakukan bersama Imam Masjid Al-Muhtadin, ketika pasangan itu baru memasuki rumah tersebut.

“Aduan diterima dari jiran-jiran mereka. Kita periksa dan temui pasangan ini dalam sebuah bilik berkunci,” katanya

Menurutnya petugas menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik itu dibuka.
“Pasangan ini merayu dilepaskan, tetapi untuk memberi kesedaran, kita tahan mereka sebelum memanggil keluarga mereka,” katanya.

Difahamkan remaja lelaki itu bekerja di kedai menjual daging ayam, manakala gadis itu sedang mencari pekerjaan.


Dua lelaki termasuk remaja didakwa bunuh wanita

KEMAMAN - Dua lelaki termasuk seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita dalam satu kejadian di Bukit Kuang pada April lepas.
Che Khairul Muuiz Che Din, 19, dari Kelantan dan Mohd Suhaimi Mohd Arip, 26, berasal dari Johor dituduh membunuh Ka' Yah Said, 52, antara 3.30 hingga 5.35 pagi di rumah mangsa di Lorong Mengkuang I, Taman Desa Darul Iman II, Bukit Kuang, Chukai di sini pada 30 April lalu.
Kedua-dua mereka yang memakai baju lokap mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, namun tiada pengakuan direkodkan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Zulkipli mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Dalam kejadian itu, seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri dengan tangannya diikat manakala mulutnya ditampal pita pelekat di kediamannya, dalam satu kejadian samun, dan mangsa meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian setelah dibawa ke Hospital Kemaman.- bernama

Penyamun diberkas



ZAKARIA menunjukkan pistol dan senjata berbahaya yang dirampas daripada enam individu pada sidang akhbar di Sentul semalam.



KUALA LUMPUR - Rahsia sekumpulan enam penjenayah tegar termasuk dua wanita yang menjadikan sebuah rumah untuk menyimpan barang curi dan pelbagai senjata berbahaya terbongkar apabila diserbu polis di sebuah kondominium dekat Jalan Dutamas Raya di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, polis merampas pelbagai senjata berbahaya seperti pedang samurai, parang, pisau dan alat pemedih mata daripada suspek yang berusia di antara 26 dan 40 tahun terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan mengenai kes menyamar polis untuk menyamun menggunakan senjata pedang samurai dan pistol di sekitar daerah tersebut.
Katanya, ketika serbuan, terdapat seorang lelaki dan dua wanita sedang berehat di dalam rumah itu.

Kes jenayah seksual meningkat

PASIR MAS – Meskipun kadar jenayah indeks seluruh Kelantan menurun sebanyak lapan peratus tahun ini, ini tidak bermakna penduduk boleh melepaskan tanggungjawab membantu pihak berkuasa mengekang kes jenayah di kawasan masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Datuk Mazlan Lazim berkata, terdapat beberapa kes meningkat meskipun angka keseluruhan jenayah menurun pada tahun ini.

“Kes jenayah seksual iaitu kes rogol meningkat di Kelantan terutama yang melibatkan remaja perempuan di bawah umur.

“Teknologi yang ada pada hari ini banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak remaja kita, maka pengawasan ibu bapa penting bagi menangani masalah berkenaan daripada terus berleluasa,” katanya semalam.

Mazlan berkata, peranan ibu bapa, masyarakat dan semua pihak perlu bagi membantu mengurangkan kadar jenayah terbabit terjadi di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, perhatian semua pihak dapat mengurangkan peluang dan risiko kejadian ini jika langkah tersebut dijalankan dengan baik.

Menurutnya, tidak terkecuali kes curi motosikal dan samun berkawan juga dilaporkan meningkat di kawasan pinggir bandar.

“Samun berkawan ini dijalankan oleh beberapa suspek dan menyerang pemilik kedai dan memeras ugut mereka.

“Justeru, kerjasama penduduk dan anggota sukarela diharapkan dapat menjamin keselamatan penduduk malah peniaga di sini,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan polis dan anggota skim rondaan sukarela (SRS), beliau berkata, ia satu kejayaan ketika berganding bahu membanteras kes jenayah indeks dan jalanan di Kelantan.

“Saya berharap pasukan SRS dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang, bersama mencegah jenayah di kawasan kampung dan pinggir bandar dengan kuasa sebagai mata-mata.

“Namun, setiap anggota perlu menyerahkan semua suspek kepada pihak polis dan tidak mengambil tindakan yang boleh menyebabkan mereka terlibat dalam jenayah dengan memberi iktibar kes kematian suspek,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemuda lemas di tali air

PASIR PUTEH – Hasrat seorang pemuda menikmati hasil tangkapan ikannya tidak tercapai apabila, Wan Mohd Azri Wan Sulaiman, 23, didapati lemas di pintu air Kampung Lembah, Semerak di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Pasir Puteh, Kaharudin Yahya berkata, mangsa dipercayai jatuh akibat kakinya tersangkut pada pukat yang dipasang di kawasan pintu air tersebut.

“Mengikut cerita penduduk, mangsa yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu sentiasa melakukan aktiviti menahan pukat di sini seorang di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Menurutnya, Wan Mohd Azri yang berasal dari Kampung Sepulau itu dilaporkan lemas kira-kira jam 5.15 petang berdasarkan panggilan yang diterima daripada bilik gerakan Balai Polis Pasir Puteh.

Kaharudin berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis.

Beliau berkata, operasi selama sejam itu melibatkan tujuh anggota bomba dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang diketuai pegawainya, Mohd Tarmizi Endut.

Tidak sempat ziarah cucu

DUNGUN - Hasrat seorang nenek untuk menziarahi cucunya yang sudah sekian lama tidak bertemu, tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam satu kemalangan maut membabitkan dua buah kereta dekat sini, petang semalam.

Warga emas terbabit, Che Mah Salleh, 68, maut akibat kecederaan parah pada kepala.

Menceritakan detik sebelum tragedi, salah seorang mangsa, Zainab Daud, 53, berkata, ketika kejadian dia bersama ibunya, Che Mah dan anaknya, Tuan Noor Tuan Idris, 37, (pemandu) dalam perjalanan dari rumah anaknya di Marang ke Kuantan, Pahang.

Zainab yang turut cedera berkata, dia tidak mengingati detik akhir sebelum tragedi kerana kejadian berlaku terlalu pantas.


Dipenjara curi motosikal di masjid

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu pemandu lori yang sanggup mencuri motosikal milik salah seorang jemaah di Masjid Kuala Bekah di sini pada 7 Mei lalu, menerima pembalasan setelah dia dijatuhi hukuman penjara setahun di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahmad Shahruddin Hussain, 18, dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan.

Mengikut pertuduhan yang dijalankan pegawai polis, Inspektor Ravi Varatharajoo, tertuduh telah didapati dengan niat curang, mencuri sebuah motosikal jenis Honda bernilai RM2,500 kepunyaan Nur Suhana Mohamad @ Omar, 26, ketika di bawah kawalan Mohamad @ Omar Abu Bakar, 62, tanpa kerelaannya pada 7 Mei baru-baru ini antara jam lebih kurang 5.40 pagi hingga 6.20 pagi di pekarangan Masjid Kuala Bekah, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, dia telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun serta dikenakan denda.

Tertuduh yang masih bujang dan hanya memiliki pendidikan sehingga Tingkatan Dua, ditangkap pada 15 Mei lalu di hadapan rumah di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir kira-kira jam 6.45 petang rentetan daripada serbuan yang dilakukan di kediaman berkenaan pada 10 Mei, kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam serbuan tersebut, polis menangkap dua lelaki Melayu serta merampas chasis motosikal berwarna hitam serta beberapa komponen motosikal.


Anak polis terlibat sama

AYER KEROH - Dua anak anggota polis antara enam lelaki yang ditangkap kerana terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal yang aktif di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Muar, Johor.

Enam penjenayah berusia 16 hingga 19 tahun itu diketuai seorang lelaki bernama Bimbar dikatakan aktif dengan kegiatan berkenaan sejak enam tahun lalu.

Mereka dikatakan bertindak mencuri motosikal sebelum mengasingkan segala komponennya sebelum rangka motosikal berkenaan dicampakkan ke dalam sungai.

Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dua lelaki berjaya ditahan selepas polis menjumpai sebuah rangka motosikal di dalam sungai dekat Sungai Rambai, Jasin, 14 Mei lalu.

“Hasil siasat terhadap dua suspek itu, polis kemudian menangkap empat baki suspek dan merampas dua rangka motosikal dan komponen yang dileraikan di kawasan sawah dan sungai di sekitar Sungai Rambai, Jasin.

“Setakat ini, ketua kumpulan bernama Bimbar yang berasal dari Telok Mas, dekat sini mengaku melakukan kegiatan curi motosikal sejak enam tahun lalu. Mereka sudah mencuri lebih 27 motosikal,” katanya.

Ghee Lye berkata, pihaknya masih menjalankan sisatan lanjut bagi mengesan rakan-rakan mereka serta mendapatkan semula motosikal yang sudah dicuri itu.
Cedera ditetak jiran lama

SUNGAI LUI – Seorang wanita cedera di kepala dan tangan kiri akibat ditetak wanita dipercayai tidak siuman, dekat Pasar Sungai Lui. pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, mangsa, Teng Mei Yoke, 51, ditetak wanita berusia 52 tahun ketika sedang berurusan dengan pelanggan di pasar berkenaan.

“Mangsa yang cedera kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital dan dibenarkan pulang.

“Sejurus menerima laporan yang dibuat suami mangsa, suspek yang dipercayai tidak siuman itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui.

Wan Mohd Samsudin berkata, turut ditemui sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai perlu memantau keadaan ahli keluarga terutama melibatkan pesakit mental yang perlu mendapatkan rawatan berkala termasuk penggunaan ubat seperti preskripsi doktor.

“Penghidap masalah mental yang tidak diberi perhatian sepenuhnya cenderung melakukan tindakan

yang mendatangkan risiko tidak hanya kepada orang lain tetapi turut melibatkan diri sendiri.

“Usaha mencegah perlu dilaksanakan sebelum keadaan menjadi lebih berbahaya kepada umum dan masyarakat daerah ini yang mempunyai sebarang maklumat mengancam keselamatan komuniti di saran menghubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999,” katanya.

Sementara itu, Mei Yoke ketika ditemui berkata, suspek adalah rakan lama dikenali sejak 30 tahun lalu yang juga jiran ketika mereka sama-sama menetap di Cheroh.

Katanya, suspek datang kepadanya dan terus mengambil pisau pemotong daging lalu menetak kepala dan terkena tangan kirinya.

“Saya tidak sempat mengelak kerana kejadian terlalu pantas dan dia mengambil pisau milik saya yang digunakan untuk memotong daging.

“Libasan kali pertama mengenai kepala dan kemudiannya tangan kiri saya turut cedera kerana cuba menepis perbuatannya,” katanya.

Polis bongkar makmal dadah



NOOR RASHID (kanan) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas daripada 14 individu pada sidang akhbar di George Town semalam.



GEORGE TOWN – Penagih dadah sintetik kini ibarat hilang punca untuk mendapatkan bekalan syabu, heroin dan ekstasi ekoran polis melumpuhkan satu sindiket terbesar di negeri ini membabitkan nilai rampasan sebanyak RM10.53 juta.
Serbuan selama enam hari bermula 12 Mei lalu di sembilan buah rumah mewah di Jalan Dato Keramat, Jalan Air Itam, Jalan Perak dan SP Ceria itu dapat menahan seramai 10 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga China berusia di antara 20 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.
Kejayaan itu hasil gabungan dua kontinjen iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, pihaknya dapat membongkar enam makmal memproses pelbagai jenis dadah seperti heroin, syabu dan ekstasi serta tiga stor simpanan bahan khayal itu.
Katanya, selain merampas peralatan dan bahan-bahan kimia memproses dadah, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Auto Ilama bersama 77 butir peluru hidup pelbagai kaliber.
“Kesemua dadah, bahan kimia dan peralatan tersebut dianggarkan bernilai RM10.53 juta dan ini merupakan kejayaan terbesar untuk mengekang pengedaran dadah di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Jerit nama Allah sebelum ajal


DI sinilah Mohamad Jefridin maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Sakan, Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR - Jeritan 'Allahuakbar' (Allah Maha Besar) yang dilaungkan oleh seorang pembaca meter air rupa-rupanya menjadi petanda yang dia akan menemui ajal apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika Mohamad Jefridin Saari (gambar kecil), 33, hendak membuat pemasangan wayar di sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Det, 52.
Difahamkan, selain menjadi pembaca meter, Jefridin turut berkebolehan membuat pendawaian secara sambilan dan memiliki sijil dalam bidang itu.
Menurut Pak Det, sebelum kejadian, mangsa telah memanjat tangga untuk memeriksa wayar berhampiran kotak fius utama di ruang tamu rumah satu tingkat itu.
Katanya, ketika itu dia sedang berehat di beranda rumahnya sebelum terdengar mangsa menjerit
'Allahu akbar.'
"Jeritan itu sangat kuat dan saya bergegas ke tempat dia bekerja lalu terperanjat apabila mendapati mangsa sedang direnjat di atas tangga.
"Saya cuba menarik kakinya tetapi gagal menyebabkan saya turut terasa renjatan elektrik tersebut," ceritanya di sini semalam.

Karan mengalir dalam tubuh

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Arwah ada minta kain untuk mengelap air yang meleleh di kotak suis utama dan tiba-tiba saya dengar dia menyebut Allahuakbar dengan lantang,” kata Mahadir Din, 52, pemilik rumah tempat Jefrydin Saari, 32, maut ketika sedang melakukan kerja pendawaian di Kampung Sakan, Jalan Teluk Kumbar, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pembaca meter air Syarikat Air Darul Aman (Sada) maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pendawaian sejak beberapa hari lalu.

Mahadir berkata, ketika itu arwah sedang berada di atas tangga lipat untuk mengelap air yang meleleh pada kotak suis utama di bahagian ruang tamu rumah.

“Ketika kejadian saya berada di depan pintu masuk rumah dan terdengar arwah meminta kain daripada isteri untuk mengelap air yang meleleh pada kotak suis utama akibat hujan lebat.


“Bagaimanapun, isteri saya tidak sempat memberikannya kain kerana ketika itu saya terdengar dia menyebut Allahuakbar akibat terkena renjatan elektrik.

Geng polis palsu dicekup

MELAKA - Kegiatan jahat lima lelaki bergelar Geng Sham Botak yang menyamar sebagai polis untuk menyamun warga asing tidak ke mana apabila kesemua mereka ditahan dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Hilir, Banda Hilir di sini baru-baru ini.
Suspek-suspek berusia di antara 26 dan 41 tahun tersebut ditahan pada 12 Mei lalu selepas polis melancarkan operasi sebaik menerima laporan dari satu pasangan warga asing yang kerugian RM10,000 disamun di Taman Melaka Raya.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye berkata, kejadian pukul 2.10 pagi pada 11 Mei itu berlaku apabila tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja telah menahan pasangan tersebut di sebuah premis di situ dan memperkenalkan diri sebagai polis.
Katanya, suspek yang bersenjatakan parang dan vest polis telah mengikat dan menyamun mangsa.
"Salah seorang suspek turut mencabul mangsa wanita itu dan mengacukan senjata tajam di kemaluannya sebelum melarikan diri.
"Sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) kemudian telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Hilir pada pukul 1 pagi keesokan harinya dan menahan ketua kumpulan tersebut yang berusia 41 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


BN bakal mansuh RON95?

JITRA - PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92 dimansuhkan untuk digantikan dengan RON95.

Menurutnya, kenaikan harga RON97 yang dibuat secara berperingkat sebelum ini seharusnya dijadikan petanda bahawa Kerajaan Pusat kini sedang merancang mewujudkan jenis minyak petrol baru bagi menggantikan RON97 setelah mendakwa tidak menampung bebanan tanggungan subsidi bahan bakar itu yang semakin tinggi.

“Jika sebelum ini, pengguna minyak petrol didedahkan dengan jenis RON92 dan jenis Superb di mana harga RON92 tidak pernah diselaraskan sebelum pemansuhan dibuat, sebaliknya harga jenis Superb yang mengalami beberapa kali kenaikan harga.

“Berdasarkan tren Kerajaan Pusat sedia ada, saya yakin BN tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON95 buat masa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Bagaimanapun, jangan terkejut apabila RON95 akan dimansuhkan dan digantikan dengan RON97 selepas mereka menang PRU ke-13 nanti,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Markas Pas Kubang Pasu Padang Tok Kesop.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas keputusan Kerajaan Pusat akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Tian Chua berkata, dari segi perbandingan kualiti penggunaan RON92 dan RON97 tidak jauh beza kerana bukan semua jenis kenderaan boleh menggunakan minyak jenis itu, terutamanya kenderaan model baru dan berprestasi tinggi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat seharusnya meneliti semula penyaluran subsidi kepada syarikat-syarikat pengeluar tenaga persendirian (IPP) di negara ini dan memindahkan sebahagian besar peruntukan itu untuk menampung pembiayaan subsidi bahan bakar yang semakin meningkat naik.

“Kerajaan Pusat perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga barang yang semakin meruncing dan sebarang keputusan menaikkan harga bahan bakar tidak relevan buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Tian Chua menggesa semua parti politik tidak menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat kepentingan politik masing-masing.

Menurutnya, PKR sebulat suara bersetuju menerima agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bersedia mempertahankan sebarang usaha untuk menukarkan kepentingan agama itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara.


40 tahun guna air parit

SUNGAI ROTAN - Lima rumah di Kampung Sungai Rotan Dalam terpaksa menggunakan parit sebagai punca air utama.

Penduduk, Abdul Amor Bakar, 54, berkata, dia yang sudah tinggal di situ lebih 40 tahun terpaksa menggunakan air parit bagi menampung keperluan harian mereka.

“Kami terpaksa menggunakan air parit di sekitar kampung walaupun kami tahu bahawa tahap kebersihannya tidak terjamin,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia mengeluarkan modal sendiri untuk membeli paip menyedut air daripada parit berkenaan dan disalurkan terus ke rumahnya.

“Jika tidak berbuat demikian, kami terpaksa mengangkut air daripada parit ke rumah.

“Disebabkan ada kilang kami juga berasa khuatir kerana berkemungkinan air terbabit bercampur dengan racun rumput yang dapat memberi kesan yang negatif pada masa hadapan,” katanya.

Abdul Amor berkata, setakat ini dia dan penduduk sekitar tidak mendapat sebarang masalah dengan menggunakan air itu dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar sehingga bekalan air bersih disalurkan.

Sementara itu, penduduk lain, Sabudin Mustafa, 50, berkata, pihaknya sebelum ini sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bekalan air bersih kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindak balas diterima.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Dr Leong Yong Kong berkata, beliau mengakui pernah melawat penduduk kampung dan beliau dimaklumkan seorang wakil penduduk terbabit bahawa akan memohon bekalan air bersih daripada pihak terlibat.

“Saya menawarkan RM1,000 bagi membantu penduduk kampung berkenaan untuk memasang paip bagi menyalurkan bekalan air bersih sementara menunggu permohonan diterima.

“Sekian lama menunggu susulan daripada mereka, namun tiada maklum balas daripada penduduk dan anggap bahawa mereka dah selesaikan masalah ini,” katanya. 
 
Jangan jadi keldai dadah

KUALA KANGSAR – Pelajar diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tindakan yang bakal dilakukan agar tidak menjadi keldai dadah dan dipergunakan orang luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad berkata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka walaupun berada jauh.

Menurutnya, dengan kemudahan teknologi pada masa kini, golongan anak muda mudah terpengaruh dengan anasir luar dan akhirnya membawa padah.

“Kes-kes seperti ditahan di lapangan terbang akibat membawa dadah banyak berlaku dan ibu bapa perlu menasihati anak supaya tidak terjebak dengan gejala ini.

“Pelajar juga tidak seharusnya melakukan perkara yang tidak bermoral, fikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan,” katanya pada majlis penyampaian dermasiswa kepada lebih 40 pelajar dari kawasan Dewan Undangan negeri Bukit Chandan, di Pejabat UMNO, di sini.

Sumbangan dermasiswa daripada Yayasan Perak itu bertujuan menyokong perkembangan pendidikan dan membantu golongan kurang berkemampuan agar dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, dermasiswa yang diberikan harus digunakan dengan sebaik mungkin dan ia sebahagian daripada sokongan kerajaan kepada rakyat.

“Sumbangan yang diberikan sebagai usaha membantu dalam memastikan tiada rakyat dipinggirkan dalam pendidikan dan pembangunan undang-undang.

“Ibu bapa juga harus menyokong anak-anak dan jangan menghalang minat mereka dalam bidang tertentu,” katanya.


Pulanglah SITI

MERSING - Seorang ibu tunggal merayu anak perempuannya agar kembali ke pangkuan keluarga kerana terlalu bimbang akan keselamatan dirinya.

Ramlah Rashid, 44, berkata, anak perempuan tunggalnya itu, Siti Mariam Bakar menghilangkan diri sejak 14 hari lalu setelah berlaku salah faham dengan abang sulungnya.

“Memang ada berlaku perselisihan faham yang kecil apabila abangnya menegur kerana dia tidak mahu bersekolah, sebaliknya mahu bekerja. Tidak sangka selepas itu, dia telah menghilangkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, pelbagai ikhtiar telah dilakukan mereka sekeluarga termasuk bertanyakan kepada rakan-rakanya sekolah, namun masih belum berhasil.

“Selepas kehilangannya pada malam itu, saya terus bertanyakan kepada kawan-kawan sekolahnya, namun mereka juga tidak mengetahuinya ke mana anak saya pergi,” katanya.

Sejak itu, Ramlah langsung tidak menerima sebarang perkhabaran berita mengenai anaknya itu sehingga kini.

“Sudah dua minggu dia menghilangkan diri tanpa diketahui lokasi dan sebarang berita. Telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

“Saya amat khuatir dengan keselamatannya memandangkan dia jarang keluar dan tidak suka bersosial. Saya buntu untuk mencarinya di mana lagi.

“Pulanglah nak, mak terlalu rindukan Mariam,” katanya.

Katanya, anak lelakinya juga sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 017- 799 7348.

Mangsa serangan seks ketua IMF dibimbangi ada HIV

NEW YORK - Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar), 62, yang dituduh menyerang dan cuba merogol seorang pekerja wanita Hotel Sofitel di sini berdepan kebimbangan baharu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kebimbangan itu adalah kerana pekerja wanita yang berusia 32 tahun itu dikatakan tinggal di sebuah apartmen di Bronx yang dikhaskan untuk penghidap HIV atau AIDS.
Pekerja wanita itu yang merupakan pendatang dari Afrika dilaporkan tinggal di rumah tersebut bersama anak perempuannya yang berusia 15 tahun sejak Januari lalu. Sebelum ini, dia tinggal di sebuah lagi apartmen milik pertubuhan kebajikan Harlem Komuniti AIDS.
Akhbar itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada pekerja hotel itu menghidap AIDS atau sebaliknya. Namun, pihak kebajikan Harlem menegaskan sekurang-kurangnya seorang penyewa apartmen di bawah seliaannya mestilah individu yang disahkan menghidap penyakit berbahaya itu.
"Apartmen itu tidak disewa di bawah namanya," jelas seorang pengurus bangunan tersebut, Chaim Gross.
Wanita itu menuduh Strauss-Kahn yang juga disebut-sebut bakal bertanding pilihan raya Presiden Perancis memaksanya melakukan seks oral sebanyak dua kali selain cuba merogolnya ketika dia membersihkan sebuah bilik Hotel Sofitel di Times Square, New York pada Sabtu lalu.
Pusat Kawalan Penyakit Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menjelaskan wujud kemungkinan seorang pelaku seks dijangkiti HIV menerusi seks oral.
Strauss-Kahn kini ditahan di penjara Rikers Island dan berada di bawah kawalan rapi kerana dibimbangi mungkin akan membunuh diri.
Sebelum ini, hakim sebuah mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin. - Agensi


Bimbang ancaman hakisan tanah

RIMBA TERJUN - Penduduk di kawasan Lorong Yang Mohamad, di sini menggesa supaya jalan penyelesaian dapat dicari bagi mengatasi masalah hakisan tanah di belakang kediaman mereka yang semakin hari semakin membimbangkan.

:Seorang penduduk, Kamarudin Ahmad, 45, berkata, masalah hakisan tanah yang berpunca daripada air sungai yang terletak hanya beberapa meter itu menyebabkan penduduk tidak lena tidur setiap kali hujan

Menurutnya, ia berikutan mereka khuatir rumah yang didiami akan dihanyutkan air sungai.

“Ketika musim hujan atau tengkujuh, hakisan tanah akan berlaku di kawasan kediaman penduduk sehingga pernah berlaku kejadian salah sebuah rumah penduduk hampir dihanyutkan,” katanya ketika ditemui.

:Difahamkan lorong berkenaan mempunyai 20 buah rumah, yang didiami penduduk sejak tiga generasi lagi.

Kamarudin yang menetap di kawasan terbabit sejak kecil lagi memberitahu, sungai berkenaan dahulunya kecil, namun faktor masa dan pembangunan kawasan di sekeliling menjadikannya ia semakin besar.

“Dahulu sungai ini kecil sahaja tetapi kini sudah berubah iaitu sejak kawasan di sekeliling dibangunkan dengan pelbagai projek perumahan dan perkilangan,” katanya.

Katanya, dia terpaksa menambak sendiri kawasan yang dihakis dengan tanah lain bagi mengelakkan hakisan yang lebih teruk berlaku.

Sementara itu, bagi Yusof Arshad, 74, pula, masalah itu juga menyebabkan kawasan tanah di belakang rumahnya semakin terhakis.

“Dahulu di belakang rumah masih boleh menternak ayam, sekarang cuma tinggal lima meter sahaja, dari bahagian dapur ke tebing sungai,” katanya.

Imam Surau Haji Mohd Salleh ini turut memberitahu, kawasan tanah berkenaan sudah terhakis sebanyak dua kali berdasarkan kepada geran asal.



Ancaman haiwan



BAGI mengurangkan hakisan tanah yang berlaku, penduduk mengambil langkah menanam pokok nipah di tebing sungai dan belakang rumah mereka.

Sementara menunggu tindakan diambil pihak bertanggungjawab, seperti Jabatan Saliran dan Pengairan, kata Kamaruddin penduduk menanam pokok nipah memandangkan kosnya lebih murah.

“Hakisan semakin hari semakin teruk, justeru penduduk mengambil pendekatan menanam pokok nipah untuk tujuan tersebut.

“Namun sebaliknya, pokok nipah yang di tanam sejak lima tahun ini mula membesar dan membiak sekali gus menjadi tempat pembiakan haiwan seperti biawak dan ular,” katanya.

Katanya, Biawak dan ular membiak di kawasan pokok nipah yang semakin membesar menyukarkan penduduk untuk menebang pokok terbabit seterusnya mengundang bahaya lain yang mana haiwan berkenaan akan masuk ke bahagian dapur rumah penduduk terutamanya selepas hujan.



Pokok nipah dijadikan alasan



MENURUT Kamarudin lagi, pokok nipah yang ditanam sementara oleh penduduk bagi :mengurangkan hakisan dijadikan alasan untuk tidak membuat sebarang tindakan seperti membina tembok di kawasan berkenaan.

“Pernah sekali, tinjauan dilakukan di sini, tetapi memandangkan sudah ada pokok nipah ini, jawapan yang diberikan amat mendukacitakan penduduk,” katanya.

Penduduk sudah bosan :den��gan pokok nipah yang ditanam di belakang rumah mereka kerana banyak masalah yang timbul seperti haiwan berbisa, selain menjadi tempat pengumpulan sampah sarap.

“Setiap kali selepas air pasang, banyak sampah yang tertinggal pada dahan pokok nipah yang menyebabkan bau busuk dan pembiakan nyamuk di kawasan ini,” katanya.

Justeru penduduk meminta supaya masalah ini dapat diatasi dengan pembinaan banteng atau pengadang yang lebih efektif dan berkesan berikutan permohonan sudah dibuat beberapa kali kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran Daerah, sebelum ini.

Gambar Panas Syahrini Dengan Glen Adalah Koleksi Peribadi
Gambar Syahrini dan Glenn Fredly
JAKARTA:Penyanyi Indonesia, Syahrini mengaku gambar-gambar panas yang tersebar di Internet bersama artis Glen Fredly Daniel Mananta adalah daripada koleksi simpanan peribadinya.
Bagaimanapun, katanya gambar tersebut merupakan gambar biasa yang diambil bersama teman-teman rapat seperti mana yang dimiliki oleh orang lain.
"Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing," katanya seperti dipetik dari Kapan Lagi.com.
Bagi Syahrini, tidak menjadi kesalahan kerana gambar tersebut bukan gambar lucah yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.
Gambar panas yang tersebar di internet
"Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi," katanya.
Tambah Syahrini, pihaknya telah melaporkan pekara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan terhadap telefon bimbit miliknya yang hilang di Malaysia beberapa tahun lalu.


Raja Azmi Menangis Gara-Gara Kes Tangguh

Raja Azmi tidak mampu menahan sebak ketika mendapat tahu keputusan kes khalwatnya ditangguhkan ke 20 Jun ini. - Foto MUHAMMAD AKIF
KUALA LUMPUR: Penerbit filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menitiskan air mata gara-gara keputusan sama ada dia melakukan khalwat atau tidak dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim ditangguhkan pada 20 Jun depan.
Dia agak kecewa apabila dimaklumkan pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Khamis.
Raja Azmi yang hadir bersama suaminya Jailani Sidek yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.
“Saya teruja untuk mengetahui keputusan pada hari ini (Khamis) kerana saya yakin (tidak berkhalwat) dan saya tahu Allah akan berpihak kepada orang yang teraniaya seperti saya. Saya sangat sedih dan betapa seksa dianiaya sebegini.
“Saya harap dapat bebas daripada prasangka buruk masyarakat dan fitnah ini tetapi akhirnya saya masih dirundung dengan bebanan,” ujarnya lagi yang tidak dapat menahan sebaknya.
Raja Azmi juga terlalu berharap untuk menyelesaikan kes berkenaan seberapa segera untuk memudahkan dia mengambil tindakan dengan menyaman beberapa pihak termasuk bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati).
“Saya rasa teraniaya selagi pihak Jawi tidak mengeluarkan surat hitam putih yang mengatakan kami tidak berkhalwat kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai prasangka orang ramai terhadap saya dan Roslin,” kata Raja Azmi.
Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.
Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.
Pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.