Saturday, May 28, 2011

BILA ARTIS2 DISANJUNG....MENDAPAT TEMPAT DIDADA2 AKHBAR...SEDANGKAN CARA PAKAIAN...BANYAK MENGENEPIKAN HUKUM ALLAH SWT....

Mata murid buta dicucuk pensel



Mohd. Saiful menunjukkan mata kanannya yang buta akibat dibuli.



TELUK INTAN - Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.
Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan.
"Mereka minta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu dan terus masuk ke dalam kelas.
"Semasa berada dalam kelas, mereka pegang tangan dan kaki saya sementara salah seorang daripada mereka ambil pensel mekanikal dan cucuk mata saya," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
Mohd. Saiful mendakwa, selepas kejadian itu dia mengerang kesakitan sebelum dibawa ke hospital oleh guru sekolah tersebut.
Dakwa kanak-kanak itu, dia pernah dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya sebelum ini tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dibelasah.
Difahamkan, sebelum ini, kumpulan pelajar tersebut pernah mengajak Mohd. Saiful menyertai geng mereka tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian.


'Ada ekor, tentu ada kepalanya'

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memandang serius laporan mengenai dakwaan kes rasuah membabitkan pegawai dan pemain skuad bola sepak kempen Piala Presiden Negeri Sembilan dengan menuntut siasatan dilakukan sehingga dalang komplot itu ditangkap.
"Kita mesti lihat punca kejadian ini, pada saya jika ada ekornya mesti ada kepalanya, jadi tidak guna hanya mengejar ekor sahaja sebaliknya kepala atau dalang kegiatan ini terlepas,'' tegas beliau pada pemberita selepas perasmian Program Y Avenue sempena Hari Belia Negara 2011 di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis selepas memperoleh bukti mengenai komplot pegawai dan pemain khususnya skuad Piala Presiden negeri itu mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.


58 kawasan berisiko alami bencana tanah runtuh


SEBANYAK 58 kawasan kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Selangor terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kira-kira 58 kawasan perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berada di kawasan berbukit berdepan risiko kejadian tanah runtuh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohd. Noor Yaacob.
Beliau berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat oleh JKR tahun lepas mengenai taman-taman perumahan yang berada di kawasan berbukit.
"Kesemua 58 kawasan perumahan itu terletak dalam kawasan empat pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya di sini semalam.
Mohd. Noor berkata, kawasan paling banyak berisiko ialah di bawah MPAJ iaitu sebanyak 39 kawasan.
"Paling sedikit ialah di kawasan MPS sebanyak tiga lokasi iaitu di Cemerlang Height, Gombak Setia dan Plaza Tol Lebuh Raya Karak," katanya.


Guru dipanggil bantu siasatan pukul pelajar

SEREMBAN - Beberapa orang guru di sebuah sekolah di Jelebu dekat sini akan dipanggil bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan seorang pelajar dibelasah oleh sekumpulan guru lelaki Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan kes terbabit dan siasatan kini dilakukan terhadap dakwaan pelajar itu.
"Setakat ini polis belum menahan mana-mana suspek," katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan seorang pelajar dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki sekolah itu.
Mangsa, Muhamad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa ketika kejadian dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia sebelum seorang guru memintanya ke bengkel sekolah lalu dibelasah enam guru lelaki lain.


Pelatih PLKN lahir bayi ditahan

PASIR MAS – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cancun Park dekat sini ditahan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya yang baru dilahirkan di belakang sebuah asrama kem latihan itu semalam.
Remaja berusia 18 tahun itu difahamkan mendaftar untuk menyertai program latihan tersebut pada 15 Mei lalu bagi menjalani latihan siri kedua.
Dia ditahan sepasukan anggota polis sebaik mayat bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dan masih bertali pusat itu ditemui terbiar di belakang sebuah asrama di kem latihan itu pukul 4 petang.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, pelatih PLKN itu kemudiannya dihantar menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil.


Khabar angin lelaki asid di Johor




JOHOR BAHRU – Selepas Lembah Klang, mungkinkah lelaki yang terlibat dengan siri kes menyimbah asid kini beralih sasaran ke Johor Bahru pula?
Itu persoalan yang heboh diperkatakan sejak kelmarin selepas maklumat kejadian itu tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Facebook dan Twitter.
Mengikut mesej tersebut, lelaki bermotosikal terbabit terlibat dalam kejadian simbah asid terhadap tiga mangsa yang kesemuanya wanita di daerah ini kelmarin.
Satu kes didakwa berlaku di hadapan pusat beli-belah Jusco di Tebrau pada pukul 4 petang, diikuti seorang wanita disimbah asid di Setia Indah pada pukul 8.15 malam dan mangsa terakhir di Taman Daya pada pukul 9.30 malam.


Lelaki Indonesia dijumpai dibunuh
28/05/2011 4:15pm

SEREMBAN — Seorang lelaki rakyat Indonesia ditemui mati dibunuh di belakang rumah kedai setingkat di Taman Paroi Jaya di sini hari ini.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arip, 30-an, ditemui dalam keadaan cedera parah dengan perutnya terburai oleh rakannya pada pukul 5 pagi.
"Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini. Motif kejadian sedang disiasat,” kataTimbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt. Mohd. Yusoff Awang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit itu diserang seorang lelaki dengan senjata tajam ketika dia keluar dari rumahnya.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban melalui talian 06-6033222 atau hotline 06-6014999 bagi membantu siasatan. — Bernama

Hukum bertudung serta menutup aurat

SOALAN menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN dalam kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.
Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).
Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.
Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.
Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?
Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.



Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

 

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.
Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.
Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:
1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Noryn Aziz Mahu Dedahkan Status Sudah Berkahwin

Noryn Aziz sudah bertudung
KUALA LUMPUR: Penyanyi Noryn Aziz bersedia untuk mendedahkan status perkahwinannya dalam satu sidang media yang akan ditetapkan nanti.
Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya tentang statusnya apabila timbul dakwaan dia sudah berkahwin dengan seorang VIP.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat pengumuman tentang perkara ini memandangkan ramai yang tertanya-tanya tentang status saya."
Jadi, saya akan menceritakan mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini. Lagipun saya rasa pasti ada yang sudah tahu mengenainya," katanya ketika ditemui di Suria KLCC, di sini, Jumaat.
Noryn turut membuat persembahan pada majlis sepetang bersama Bulgari dan Bella ntv7 itu. Beralih kepada karier seni, Noryn sedang mencari material untuk single terbarunya dengan lirik kerohanian tetapi masih mengekalkan genre jazz dan pop.
Katanya, elemen kerohanian dipilih bersesuaian dengan penghijrahan dirinya yang sudah bertudung.
"Saya rasa hidup lebih tenang sekarang. Malah peminat saya semakin ramai di laman Facebook dan menyenangi imej seperti ini.
"Selepas saya mengerjakan haji, saya berniat untuk berhijrah. Tetapi saya tidak memakai tudung litup terus sebaliknya melakukannya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya masih belajar dan banyak ilmu agama yang perlu dituntut," ujarnya yang sedang mengikuti kelas agama di sebuah masjid setiap dua kali sebulan.
Dalam perkembangan lain, Noryn akan mengajar vokal di sebuah akademi untuk kanak-kanak bermula hujung tahun ini.


DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA


H.R. MUSLIM


Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".




Kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini dapat kita lihat dari realiti mayarakat yng ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, hendak kata bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
Iqbal Mazlan Ambil Masa 'Bercinta' Dengan Ana Raffali

Iqbal (dua dari kanan) di samping Ana Raffali (tengah) ketika pementasan Kenangan Mengusik Jiwa...60-an di Istana Budaya, Rabu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kisah percintaan penyanyi Dafi dan Ana Raffali sebagai Rey dan Rose dalam teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60-an (KMJ) mungkin membuatkan ada yang terlepas pandang dengan pelakon Iqbal (Azizan) yang diam-diam turut mencintai wanita itu.
Dalam pementasan teater yang bermula 27 Mei hingga 5 Jun itu, turut diselitkan babak melibatkan bibit-bibit cinta Azizan dan Rose setelah Rey gagal mempertahankan cintanya terhadap wanita berkenaan.
Menurut Iqbal, juara Pilih Kasih musim pertama, bukan mudah untuk dia dan Ana mendapatkan ‘mood’ melakonkan babak tersebut setelah menjalani latihan sepanjang dua bulan lalu.
“Sepanjang dua bulan berlatih, saya dan Ana sering bertengkar untuk ‘menghidupkan’ babak ke-17 itu.
“Bagaimanapun, saya rasa sedikit lega apabila kami baru mendapat ‘mood’ pada dua hingga tiga hari lalu sebelum ia dipentaskan pada malam Rabu lalu,” kata Iqbal kepada mStar Online.
Mereka yang melakonkan watak tersebut sewaktu era 60-an juga berduet menyanyikan lagu Kemesraan.
Iqbal menganggap, babak tersebut memberikan cabaran yang paling hebat kepadanya walaupun pernah berlakon teater di bawah arahan pelakon Fauziah Nawi dan menyertai program realiti Pilih Kasih.
Dalam perkembangan lain, drama lakonannya berjudul Songkok sedang disiarkan di TV1 pada setiap Jumaat, pukul 3.30 petang.
Drama 13 episod itu turut dilakonkan oleh Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Z.Zamrie, Memey Suhaiza, Ng Hung Shen, Irfan Roslan, Chomat Samad dan Taha Wahid.
Sebuah lagi drama berjudul Beret Hijau akan disiarkan pada Julai ini di TV2. Selain itu, dia juga bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul Abuya.

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU


H.R.HAKIM



Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!
Maharaja Lawak: Kumpulan Balas Tersingkir

Kumpulan Balas
KUALA LUMPUR: Selepas sembilan minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Balas kecundang selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kesembilan program tersebut, Jumaat.
Kumpulan yang terdiri daripada Fandi Muhammad,25, dan Mohd Shukri Mohd Sahar, 24, terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana mengakui persembahan pada malam itu tidak sehebat peserta-peserta lain.
"Kami agak kesal apabila disingkir dengan meninggalkan persembahan akhir yang teruk dan bukannya persembahan yang terbaik.
"Ini semua kerana kekurangan latihan yang secukupnya memandangkan kami kini sibuk dengan beberapa lakonan dan kami tahu di peringkat sebegini, jika persembahan tidak bagus, secara automatik pasti kita ajan disingkir terus," kata Fandi yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.
Tambah Shukri pula, dia bersama Fandi kini menjadi artis residen Metrowealth (MIG) dan berharap agar kumpulan balas dapat kekal hingga akhir hayat.
Balas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 35 peratus (%). Kumpulan jambu pula meraih tempat pertama dengan mengumpul markah sebanyak 56% diikuti dengan Jozan (53%), Nabil (50%) Sepah (49%) dan R2 (40%).
Pada malam pertandingan tersebut, peserta dikehendaki membuat persembahan bersama pelawak profesional undangan seperti Sathia yang bergandingan dengan R2, Bell Ngasri (Balas), AR Badul (Sepah), Sharifah Shahira (Nabil), Kenchana Devi (Jozan) dan Acong (Jambu).
Selepas tamatnya acara penyingkiran, pengacaranya, AC Mizal membuat pengumuman khas di mana persembahan peringkat akhir tidak akan berlangsung pada minggu hadapan dan akan ditangguhkan selama tiga minggu.
Justeru itu, pada minggu hadapan, persembahan Maharaja Lawak akan berlangsung di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang diikuti dengan minggu seterusnya (10 Jun 2011) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan pada 17 Jun depan pula akan berlangsung di Dewan Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor.
Menurut pengurus Astro Prima, Nizam Sani, penangguhan selama tiga minggu itu diputuskan kerana ingin membuat acara siaran langsung di luar Kuala Lumpur.
"Sebenarnya ia telah dirancang lebih awal dan hal ini disebabkan untuk memberi peluang kepada pelanggan Astro Warna di luar bandar turut merasai kehangatan ketika berada di tempat rakaman secara langsung.
"Sebab itu kami pilih tiga lokasi ini dimana ia dapat memuatkan lebih daripada 2500 orang penonton.
"Pada hari pertandingan tersebut, beberapa acara karnival turut diadakan di sebelah petang," katanya.




ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG
YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK



H.R. THABRANI


Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".




Diantara tanda-tanda kiamat ialah : -

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

4. Orang yang berbuat baik sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.


Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.


14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

BILA ZINA...BUANG ANAK TIDAK ADA TANDA AKAN SELESAI....HUKUM ALLAH TIDAK DIPANDANG BERNILAI....MEREKA LEBIH SUKA MENERUS HUKUM YANG ADA...MALAH ADA YANG MEMPERTAHANKAN....DUNAI AKHIR ZAMAN TAK PENDULI HALAL HARAM LAGI...DOSA DAN PAHALA SERTA SYURGA NERAKA LAGI....

Ustaz ‘songlap’

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

DIKEHENDAKI...(dari kiri), M Bakri, Dahlan David, Ramunatul Aida, Abd Halim dan Zainal diburu BNM berhubung penipuan skim cepat kaya.
DIKEHENDAKI...(dari kiri), M Bakri, Dahlan David, Ramunatul Aida, Abd Halim dan Zainal diburu BNM berhubung penipuan skim cepat kaya.
KUALA LUMPUR: Seorang ustaz yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.
Suspek, Harun Mat Saat, 45, yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan.

“Bagaimanapun, Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu iaitu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.


“Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Ibu Pejabat BNM.


ZAMAN DI MANA ORANG TIDAK PEDULIKAN
DARI MANA MENDAPATKAN HARTA



H.R. NASAK (nun..sim..alif.hamzah)



Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram."




Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan. mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR


H.R. IBNU MAJAH



Daripada Abu Malik Al-Asy'ari ra, bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannye dengan nama yang lain. (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah SWT akan merobah mereka menjadi kera atau maaf".



Maksudnya akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syarak.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah SAW, menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau maaf.


Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi SAW ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai seksaan daripada Allah SWT dan jikalau golongan ini belum sampai ke peringkat di ubah bentuk badan mereka menjadi kera dan maaf tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan maaf.

‘Bir halal’ jadi haram

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

‘Saya serah kepada Shahir buat penjelasan’

ROZITA ...mengiakan khabar angin bercinta untuk menyedapkan hati orang ramai.
ROZITA ...mengiakan khabar angin bercinta untuk menyedapkan hati orang ramai.
KUALA LUMPUR: “Saya serahkan kepada Shahir untuk membuat penjelasan kerana dia tahu hal sebenarnya. Saya juga berharap hal peribadi seperti ini tidak diperbesarkan lagi atau dijadikan kontroversi.”
Itu kata dramatis jelita Rozita Che Wan mengenai penafian dibuat juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawani mengenai hubungan cinta mereka.
Berdasarkan SMS dihantar kepada Harian Metro semalam, Rozita mengakui penjelasan diberi Shahir bahawa dia hanya berjenaka adalah benar.

“Saya harap penjelasan Shahir dapat menjernihkan sebarang kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya yang difahamkan sedang menjalani penggambaran drama di utara tanah air.


Semalam, Shahir tampil menjawab gosip panas yang mengaitkan dirinya dengan pelakon utama filem Empat Madu itu dengan menjelaskan Rozita mengiakan khabar angin mengenai percintaan mereka untuk menyedapkan hati orang yang tak henti-henti bertanya kisah peribadi mereka.


Penjaja haram kebal

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

DEGIL...peniaga terus mempamerkan barangan jualan di dalam kenderaan selepas penguat kuasa DBKL membuat serbuan.
DEGIL...peniaga terus mempamerkan barangan jualan di dalam kenderaan selepas penguat kuasa DBKL membuat serbuan.
KUALA LUMPUR: Penjaja kebal. Itulah gelaran sesuai diberikan kepada kumpulan penjaja haram di ruang siar kaki di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu, di sini.
Biarpun setiap hari digempur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mereka tetap menjalankan perniagaan di situ. Apabila penguat kuasa datang, peniaga mengemaskan barang jualan dan duduk di sisi kenderaan masing-masing menunggu sehingga penguat kuasa beredar. Sebaik penguat kuasa beredar kira-kira 10 minit kemudian, peniaga kembali memulakan aktiviti jualan mereka seperti biasa, malah semakin rancak menjelang tengah hari.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati suasana riuh dengan suara penjaja yang sibuk mempromosikan barang jualan masing-masing dengan tawaran menarik.
Pelbagai barangan boleh didapati di sini termasuk perkakas elektrik buatan China, ubat tradisional, ubat ‘kuat’ lelaki yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, jam tangan, beg, telefon bimbit dan aksesorinya yang dijual jauh lebih murah berbanding di pasaran. Turut dijual pelbagai jenis senjata seperti pisau lipat, pemetik api, lampu suluh, teropong dan peralatan bengkel.

Lebih 40 peniaga dipercayai tidak berlesen menjaja barangan mereka di sepanjang siar kaki premis perniagaan di jalan itu. Mereka menjaja secara bergerak dalam kenderaan masing-masing selain menjalankan perniagaan secara statik iaitu membentangkan kain di atas meja di tepi jalan bagi memudahkan mereka melarikan diri ketika diserbu pihak berkuasa.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul, 35, berkata, dia kerap mengunjungi kawasan itu untuk melihat pelbagai barang yang jarang ditemui di pasaran, tetapi dijual dengan harga murah di situ.

Katanya, kawasan itu sememangnya dikenali dan menjadi pusat tumpuan orang ramai. Malah, mereka sanggup datang dari jauh untuk membeli barang yang dijual di situ. “Barangan yang dijual seperti aksesori telefon bimbit, barangan elektrik dan ubat adalah buatan China, manakala telefon bimbit dan jam tangan berjenama berkemungkinan barangan curi yang dijual semula kepada orang awam.

“Tidak salah membeli barang di sini asalkan tidak memberi kesan atau berbahaya kepada pengguna ketika menggunakannya seperti barangan elektrik yang tidak mendapat kelulusan. “Selain itu, pihak berkuasa diharap dapat memantau barangan yang dijual di situ terutamanya senjata tajam yang dipamerkan secara terbuka,” katanya.


Hukuman penjara, sebat drebas bas ditambah



MELAKA: Seorang pemandu bas sekolah terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menambah hukuman terhadapnya kepada 14 tahun dan 14 sebatan atas kesalahan merogol seorang murid tingkatan satu, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian ketika membenarkan rayuan pihak Timbalan Pendakwa Raya (responden) yang merayu terhadap keputusan hukuman diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Elesabeth Paya Wan bertarikh 21 Julai 2010 terhadap Ibrahim Sali, 26, iaitu penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.

Beliau menegaskan mahkamah bersetuju hujahan Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin bahawa kesalahan dilakukan perayu amat serius, merogol murid perempuan berusia 13 tahun sembilan bulan ketika kejadian di dalam bas sekolah.
“Selepas mendengar rayuan perayu dan hujah pendakwa raya, saya berpendapat hukuman yang sepatutnya adalah penjara 14 tahun dan 14 sebatan.

“Kamu sebagai pemandu sepatutnya diamanahkan mengambil anak murid dan menghantar ke sekolah dengan selamat, namun sebaliknya terjadi apabila mengambil kesempatan merogol mangsa dalam bas sekolah,” katanya yang turut menolak rayuan terhadap sabitan pada prosiding rayuan silang itu.

Terdahulu, perayu melalui peguam Yaackub Mat yang menyebut bagi peguam Shaari Nor memohon mahkamah mengenepikan keputusan sabitan itu dengan menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terkilaf untuk menimbangkan beberapa fakta antara lain berkaitan pertuduhan cacat atau defektif.



MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA



H.R. TERMIZI



Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".




Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.


‘Mustahil anjing cuba selamat budak’

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: “Mustahil haiwan (anjing) itu mahu menyelamatkan kanak-kanak ditemui dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ di dalam longkang.
“Berdasarkan kesan gigitan pada tubuh mangsa dan hasil bedah siasat jelas menunjukkan mangsa diserang anjing itu dan budak berkenaan terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air.”

Demikian tegas Pegawai Perubatan Hospital Ranau, Dr Mohd Fahmie Abdul Razak mengenai kejadian serangan anjing di Kampung Matan, Ranau, Khamis lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Mohd Raqib Mohd Rasli.

Dr Mohd Fahmie berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kanak-kanak malang itu tidak diserang, sebaliknya cuba diselamatkan anjing peliharaan bapa saudaranya selepas terjatuh ke dalam longkang.


Menurut pegawai perubatan berkenaan, laporan akhbar itu cukup berbeza dengan hasil bedah siasat yang dilakukan pihaknya terhadap mangsa.


Gadis mati dalam parit

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Saya dimaklumkan rakan anak lemas apabila mukanya terbenam dalam parit di tepi lebuh raya selama kira-kira setengah jam sebelum ditemui orang awam bersama motosikal di atas badannya,” kata nelayan, Samsudin Hussin, 43, semalam.
Samsudin dari Taman Pelangi, Kuala Perlis, berkata, pada mulanya, dia dimaklumkan anaknya, Rasayu, 16, hanya kemalangan biasa sebelum mengetahui arwah menemui ajal daripada isteri, Rafeah Yaakob, 41, setengah jam kemudian.

“Rasayu memaklumkan dia bersama rakan hendak pergi ke rumah seorang kawan di pekan Tunjang, Kedah, kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan saya dimaklumkan kemalangan jam 5.30 petang ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal ditunggangi rakannya, Nor Hapishah Ahmad, 34, meninggal dunia di dalam parit di tepi Lebuhraya Kuala Perlis-Changlon berhampiran Kampung Banat.

Motosikal Nor Hapishah dipercayai terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum kedua-duanya tercampak ke dalam parit.

Nor Hapishah mengalami kecederaan parah di kepala, peha dan lengan serta menerima rawatan di HTF.

Samsudin berkata, Rasayu anak ketiga daripada enam beradik dan kini membantu keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kuala Perlis.

“Arwah banyak membantu keluarga membeli keperluan dapur dan kehilangannya amat dirasai, tambahan pula saya hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak menentu.
“Kedua-dua mereka bekerja di kedai makan yang sama dan dipercayai bergegas pulang untuk memulakan tugas kira-kira jam 5 petang (semalam),” katanya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Wai, Kuala Perlis, pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Arau ke Kuala Perlis sebelum motosikal dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit berhampiran Kampung Banat, Arau.

“Rasayu dipercayai lemas dalam parit di tepi lebuh raya dengan ditimpa motosikal. Mayat mangsa dihantar ke HTF untuk bedah siasat,” katanya yang meminta saksi tampil membantu siasatan.

Katanya, penunggang motosikal berasal dari Kampung Bukit Kemboja, Langkawi, cedera parah dan menerima rawatan di HTF, bagaimanapun keadaannya dilapor stabil.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Pelajar bertempur

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Hanya kerana terpijak kaki, kira-kira 200 pelajar lelaki dan perempuan sebuah sekolah menengah di Labu, di sini, ‘bertempur’ menyebabkan 10 daripada mereka cedera termasuk seorang parah, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kira-kira 200 pelajar bergaduh dipercayai berpunca daripada salah seorang daripada pelajar tingkatan satu terpijak kaki pelajar tingkatan lima.

Harian Metro difahamkan, kumpulan pelajar itu dipercayai turut menggunakan kerusi dan pasu bunga dalam pergaduhan itu menyebabkan beberapa orang antara mereka cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, ketika kejadian semua pelajar berkumpul di dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan pelajar sempena Hari Guru.


“Namun, seorang daripada pelajar junior secara tidak sengaja terpijak kaki senior menyebabkan dua kumpulan berkenaan bergaduh besar,” katanya di sini, semalam.


Sorok bayi dekat asrama

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

PASIR MAS: Tidak sampai dua minggu sejak mendaftarkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), seorang pelatih perempuan menggemparkan pengurusan kem Cancun Park, dekat sini, apabila melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu, petang kelmarin.
Difahamkan, rahsia pelajar terbabit terbongkar apabila dia dirujuk pihak pengurusan kem itu ke Hospital Pasir Mas kerana mengadu sakit di bahagian perut sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan remaja berusia 18 tahun itu baru melahirkan bayi.

Berikutan maklumat itu, usaha menjejaki bayi dilakukan sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan bogel dan bertali pusat di belakang kawasan asrama pelatih perempuan kem itu.

Laporan polis kemudian dibuat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 petang, sebelum sepasukan anggota polis melakukan siasatan ke atas mayat bayi terbabit dan menghantarnya ke bilik mayat hospital sama untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mayat bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui kakitangan kem berkenaan di belakang asrama pelatih perempuan sebelum kes itu dilaporkan di balai polis berdekatan.


Rahsia elak malu

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bimbang dimarahi keluarga serta mahu mengelak malu jika rahsia diketahui ramai menyebabkan segelintir gadis terlanjur sanggup merahsiakan kehamilan serta kelahiran anak luar nikah mereka dalam usaha untuk menyelamatkan diri.
Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim berkata, perasaan bimbang rahsia diketahui ramai akibat terlanjur membuatkan seseorang gadis yang hamil anak luar nikah sanggup melakukan apa saja asalkan rahsianya tersimpan rapi.

Beliau berkata, kesanggupan mereka mendiamkan perkara itu sehingga tahap merahsiakan kelahiran anak yang meninggal dunia kerana mereka buntu dan tidak tahu langkah perlu diambil menyelesaikan masalah berkenaan.

“Namun akhirnya mereka mereka perlu sedar bahawa mereka kena menerima kenyataan itu kerana jika berani melakukannya, harus juga berani menghadapinya,” katanya.


Suradi berkata, apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang melanggar tatasusila misalnya terlanjur dengan kekasih sehingga hamil, mereka takut dimarahi keluarga dan malu sekiranya orang lain tahu sehingga sanggup merahsiakannya selama mana yang mungkin.


Pengsan lepas pukul isteri

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia awal 30-an bertindak nekad mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh suaminya selepas dikatakan tidak tahan sering dipukul.
Perbuatan itu dilakukan wanita terbabit di rumahnya di Wangsa Maju, menyebabkan suaminya yang berusia 38 tahun pengsan sebaik terkena alat berkenaan hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Suaminya yang bersifat panas baran dan berkerja sendiri itu dikatakan sering memukul isterinya itu sejak lebih setahun lalu walaupun wanita terbabit hanya melakukan kesalahan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Rabu lalu, pasangan terbabit bertengkar mengenai masalah kewangan.


Difahamkan, lelaki berkenaan berang selepas isterinya meminta wang belanja dengan mengatakan sudah tiga bulan suaminya tidak memberi wang.

Friday, May 27, 2011

HARAM TETAP HARAM...JANGAN BUAT TAK FAHAM...ATAU DAH TAK NAMPAK PERKARA ITU HARAM LAGI....

Haram walau apa juga alasan



KUALA TERENGGANU: “Walau apa alasan sekalipun, perbuatan menukar jantina tetap haram di sisi Islam dan berdosa besar,” kata Timbalan Mufti Negeri Terengganu, M Rodzi Bidin.
Beliau diminta mengulas mengenai hasrat Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, yang memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

M Rodzi berkata, lelaki yang menyerupai wanita hukumnya haram, apatah lagi lelaki yang menukar jantina untuk menjadi wanita.
“Ia mengubah kejadian Allah, alasan digunakan kononnya mempunyai naluri perempuan tidak boleh diterima kerana asal kejadian adalah lelaki dan perasaan serta sangkaan itu tidak lebih daripada hasutan dan mainan syaitan.

“Lelaki tetap lelaki dan perempuan tetap perempuan, keinginan untuk menjadi perempuan daripada lelaki atau sebaliknya tidak dibenarkan dalam Islam.

“Melainkan jika si pemohon mempunyai kes tertentu seperti khunsa, dia boleh memilih jantina sama ada lelaki atau perempuan mengikut kecenderungannya walaupun begitu ia perlu diperiksa dan ditentukan pakar,” katanya.

Mohd Ashraf Hafiz yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama pada November tahun lalu.


Pelakon Razak Ahmad Ditangkap Di Tempat Terselindung

Razak Ahmad dalam satu persembahan dengan Siti Nurhaliza tidak lama dulu.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Razak Ahmad yang menghadapi pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang dikatakan telah ditangkap di tempat yang terselindung di sebuah rumah.
Pelakuan tersebut yang membawa watak sebagai Tok Imam dalam drama bersiri Geng Surau itu dan wanita terbabit, Selamah Sahudin adalah dihujahkan boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Itu adalah sebahagian daripada intipati hujahan bertulis oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
Selain itu, Shafezan juga menghujahkan bahawa pihaknya telah membuktikan eleman yang diperlukan seperti pertuduhan khalwat, iaitu tertuduh adalah seorang lelaki yang bukan suami atau mahram kepada Selamah.
Hujah beliau lagi, semasa pasukan penguat kuasa Jais membuat serbuan, hanya Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, yang berada di rumah terbabit bersama Selamah, 45 tahun.
Razak dan Selamah didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Razak yang dihadapkan ke mahkamah untuk kali pertama pada 27 Julai 2006 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut manakala Selamah dijatuhkan hukuman denda RM2,850 selepas mengaku bersalah.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 itu akan mengetahui nasibnya, sama ada akan dipanggil untuk membela diri ataupun dilepaskan daripada pertuduhan itu pada 30 Jun ini.
Tarikh keputusan telah ditetapkan oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding sebelum ini.
Sepanjang perbicaraan yang melibatkan tiga saksi pendakwaan, Razak diwakili oleh peguam syarie Mohamad Azman Karim.
Fakta kes yang diakui oleh Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan menyatakan bahawa pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut berada dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap.
Pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.
Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.


Pernikahan Nurul (AF2) Di Narathiwat Sah

Nurul
KAJANG: Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.
Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.
Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.
"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.
Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.
Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.
Nurul sewaktu majlis pertunangannya.
Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.
"Saya ada cuba berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.
Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.
"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.
"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.
Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.
Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.
"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.
Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.
Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.
Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.


Dunia Kita Ala Drama Korea

Barisan pelakon drama Dunia Kita (dari kiri) Nur Amalina, Scha Al Yahya dan Saiful Nizen.
KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit drama Dunia Kita, Michael Ang sengaja mengetengahkan elemen-elemen drama Korea dalam drama tersebut kerana bersesuaian dengan konsepnya dan selera semasa.
Kata Michael, penonjolan elemen-elemen seperti syot, pencahayaan, mood dan dialog seperti drama atau filem cinta Korea diserapkan untuk memberikan visual lebih segar dan berlainan daripada kebanyakan drama tempatan yang sedia ada.
"Pemilihan elemen-elemen seperti sebuah drama dan filem Korea cuba saya serapkan kerana ia bersesuaian dengan konsep drama Dunia Kita yang ceria, segar dan berwarna-warni.
"Keputusan itu juga bertepatan dengan kehendak pihak penaja iaitu Carefree yang juga menonjolkan konsep tersebut menerusi produk mereka," katanya yang ditemui, baru-baru ini.
Penerbit dan pengarah, Michael Ang
Dalam pada itu, Michael turut menolak perkaitan antara drama ini dengan drama K.I.T.A yang pernah diterbitkannya pada tahun lalu kerana masih mengekalkan pelakon Scha Al Yahya dan Marsha Milan Londoh.
"Dunia Kita bukan kesinambungan drama K.I.T.A dan tidak ada kena-mengena langsung pun.
"Ia adalah cerita baru dan kebetulan saja dua pelakonnya iaitu Scha dan Marsha masih dikekalkan kali ini," terangnya.
Drama sebanyak lapan episod itu berkisar tentang seorang pelajar jurusan fesyen bernama Rania lakonan Scha Al Yahya dalam melayari kehidupan dan pelbagai dilema untuk mengejar impian, perhubungan persahabatan dan cinta.
Selain Scha dan Marsha, ia turut dibintangi oleh Awal Ashaari, Saiful Nizen, Datuk Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora dan pemenang peraduan gadis Carefree, Nur Amalina.
Dunia Kita akan mula bersiaran pada hari ini pada pukul 7.30 malam setiap Jumaat di Astro Ria (saluran 104).


Datuk K Tidak Benarkan Siti Nurhaliza Masuk Askar Jika Hamil

PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Kata Datuk K, selepas melihat syarat-syarat penyertaan, dia tidak mempunyai halangan sebaliknya memberi dorongan kepada Siti untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.
“Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.
"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.
Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa.
“Saya tahu aktiviti yang dijalankan agak lasak seperti latihan menembak dan kawad kaki.
"Bagaimanapun, saya akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.
“Dengan menyertai pasukan itu, sedikit-sebanyak ia boleh menghilangkan stres. Selain itu, dia boleh memberikan galakan kepada orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita pada masa akan datang,” katanya lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.
Sesiapa yang menyertai RAW perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menyertai pasukan tersebut
 
 
 

BILA KEBURUKAN YANG KITA BERI...MAKA KEBURUKAN JUGA YANG KITA DAPAT.....

Lepas geram pada jiran

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

INI DIA...Amin menunjukkan kesan darah Azlina yang ditoreh budak lelaki berusia 12 tahun.
INI DIA...Amin menunjukkan kesan darah Azlina yang ditoreh budak lelaki berusia 12 tahun.
SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.
Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.

“Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.


“Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya,” katanya.

Sorok mayat dalam almari
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Takut rahsia terbongkar, seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Difahamkan, penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian Selasa lalu dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan.
Bagaimanapun, mungkin tidak tahan diselubungi rasa bersalah, penuntut itu akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sambil membawa mayat bayinya yang dibalut tuala.

Sumber berkata, selepas polis merakamkan percakapan gadis itu, kes berkenaan diserahkan ke IPD Cheras di sini untuk meneruskan siasatan kerana kelahiran bayi itu berlaku di daerah itu.


“Ketika gadis itu datang ke balai polis, dia membalut mayat bayinya menggunakan tuala. Pada mulanya anggota polis bertugas menyangka dia menjadi mangsa kes jenayah dan mahu membuat laporan.

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru


LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.


HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.


Tomok pilih pramugari

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my


JODOH ...Tomok dan Siti Rahayu berkenalan secara kebetulan.
JODOH ...Tomok dan Siti Rahayu berkenalan secara kebetulan.
KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .
Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.
“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.

“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.

Tomok berkata, kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Menurut Tomok, selepas majlis akad nikah, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.
“Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.

Siti setuju sertai Wataniah

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.
"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.
Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.


Pelajar cedera dibelasah dalam kelas sendiri


TELINGA Abdul Rahman yang terkoyak akibat dibelasah di sebuah sekolah di Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa menerima tujuh jahitan di telinga selepas dia mendakwa dibelasah seorang pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa, Abdul Rahman Abdul Ghani, 14, berada di dalam kelasnya bagi memulakan pembelajaran sesi petang.
Difahamkan, mangsa kemudian didatangi 20 pelajar lain dari kelas lain dengan seorang daripadanya bertindak menyepak pipi mangsa sambil disaksikan oleh rakan-rakan pelajar yang bertindak ganas itu.
Semasa kejadian, guru belum masuk ke kelas dan selain mangsa dipercayai terdapat beberapa rakan sekelas mangsa yang menyaksikan kejadian itu.
Akibat tindakan itu, mangsa yang berasal dari Kampung Kandis dekat Bukit Tunggal di sini rebah ke tepi tingkap dengan telinga kirinya terkena cermin kaca tingkap menyebabkan ia luka dan berdarah.



Pelaku video seks disiasat

KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.
"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.
Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.


Hilang telinga ganggu isteri orang

NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.