Wednesday, July 6, 2011

SENTIASA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH...PERKARA INI SANGAT PENTING....SELAIN USAHA BERHATI2 PERLU DIBUAT.....

 

“walau apa pun yg belaku hidup kena d teruskn jua.....baik atau buruk sesuatu kejadian adalah dgn izin Allah...ada hikmah d sbalik stiap kejadian.”

 

Mati ditembak penganalisis jenayah


ANGGOTA polis mengusung mayat seorang lelaki yang mati ditembak di Seksyen 25, Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM – Pertelingkahan dua rakan serumah berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim kelmarin.
Kejadian pukul 9.53 malam di Blok E Flat Valencia, Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini itu berlaku apabila dua lelaki berusia 21 dan 42 tahun yang tinggal serumah di tingkat tiga bangunan bertengkar.
Difahamkan, pertelingkahan tercetus apabila lelaki berusia 21 tahun yang ingin berpindah berang selepas mendapati pintu biliknya telah dirosakkan rakannya.

Kamal


Lelaki berusia 42 tahun itu bekerja sebagai operator kilang manakala rakannya merupakan buruh binaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, si mati yang gagal mengawal emosinya bertindak mengambil parang sebelum mengamuk menyebabkan rakannya melarikan diri.
Katanya, pengadu kemudian pergi semula ke rumahnya sambil ditemani tiga anggota polis untuk mengambil barang-barangnya.


Tembak mati penyerang

Oleh Amir Abd Hamid, Mohamad Naufal Mohamad Idris dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

SIASAT...anggota polis menyiasat di tempat kejadian. Gambar kecil, Kamal Affendi Hashim.
SIASAT...anggota polis menyiasat di tempat kejadian. Gambar kecil, Kamal Affendi Hashim.
CEDERA...Rosita cedera terkena peluru sesat.
CEDERA...Rosita cedera terkena peluru sesat.
SHAH ALAM: Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh.
Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.
Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.

“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.

Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.
Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.

Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.

“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.

Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.

Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.

“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.

Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

TERTUDUH...Pathmanabhan (dua dari kiri) bersama tiga lagi suspek dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Ahmad Kamil Abdul Karim.
TERTUDUH...Pathmanabhan (dua dari kiri) bersama tiga lagi suspek dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Ahmad Kamil Abdul Karim.
SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam.
SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam.
SHAH ALAM: Isteri peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, suaminya pernah memaklumkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menangis kerana pemandunya bernama Kamal mengugut mahu menyebarkan ‘gambar tidak senonoh.’
Sabrina Adnan, 32, yang bertugas di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi berkata, maklumat itu diberitahu Ahmad Kamil dalam perbualan terakhir mereka menerusi panggilan telefon pada kira-kira jam 7.50 malam, 30 Ogos tahun lalu.

“Dia cakap secara tergesa-gesa dan berkata dia tak balik selama tiga hari. Saya tanya kenapa, dia kata ada masalah... Kak Wati (Sosilawati) menangis. Saya tanya kenapa, dia kata Kamal ugut (Sosilawati) untuk sebarkan gambar tidak senonoh.
“Jadi, dia nak tolong Sosilawati. Dia mahu selesaikan dalam tempoh tiga hari. Saya tanya dia nak ke mana, tetapi dia tidak jawab,” kata Sabrina.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Ahmad Kamil, 32, pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44 atau nama panggilannya Kamal serta pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Sabrina yang juga saksi pendakwaan ke-14 itu berkata, suaminya bercakap dengan nada tersekat-sekat, cepat dan tergesa-gesa serta tidak menjawab soalannya dalam perbualan telefon selama antara dua dan tiga minit itu.

Menurutnya, dia juga ada mendengar suara latar lelaki yang kedengaran garau ketika bercakap dengan Ahmad Kamil, tetapi tidak dapat memastikan bahasa yang dituturkan individu itu sebelum suaminya memutuskan panggilan itu.

Sabrina berkata, selepas panggilan terakhir itu, dia cuba menghubungi suaminya antara lima hingga enam kali, tetapi tidak berjaya dan panggilannya masuk ke dalam peti pesanan suara.
Katanya, dia juga menghubungi suaminya setiap hari sehingga membuat laporan di Balai Polis Brickfields di Kuala Lumpur, berhubung kehilangan Ahmad Kamil pada 3 September tahun lalu.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam Manjeet Singh, Sabrina berkata dia tidak mendedahkan identiti Sosilawati dan hanya menyatakan ‘anak guam’ suaminya dalam laporan polis kerana tidak mahu dikatakan sebagai ‘pembawa mulut’.

Selain itu, katanya, dalam perbualan terakhir suaminya juga menyatakan akan menyelesaikan isu gambar itu dan oleh itu, dia beranggapan memaklumkan identiti Sosilawati sebagai anak guam suaminya sudah memadai.

Ketika disoal balas peguam, Amer Hamzah Arshad, saksi sama berkata, Ahmad Kamil ada menyebut ‘mereka’ akan memberi duit bagi mengelakkan gambar yang dikatakan tidak senonoh itu daripada tersebar.

Dia berkata, berdasarkan pemahaman daripada percakapan suaminya, dia beranggapan perkara itu membabitkan peras ugut.

Menurutnya, dia juga tidak mencuba untuk mencari Ahmad Kamil selepas perbualan telefon itu kerana berpegang kepada kata suaminya akan pulang tiga hari lagi selepas menyelesaikan masalah dihadapi Sosilawati itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.

Budak maut jatuh tangga bergerak



MUHAMMAD SHEVANA...maut
MUHAMMAD SHEVANA...maut
KUALA LUMPUR: “Saya hanya sempat menyentuh tangannya sebelum dia terjatuh dari tingkat dua,” kata Nathira Begam Abdul Kadir, 34, ibu kepada Muhammad Shevana Zhakir Husin, budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam akibat terjatuh daripada tangga bergerak sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya sehari sebelum itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa mengikut ibu dan bapanya, Zhakir Husin Abdullah, 33, ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk urusan memperbaharui visa bapanya sebelum mereka sekeluarga melawat tempat kelahiran bapanya di Thiruvarur, India.

Sebelum kejadian malang itu, mangsa leka bermain bersama adik bongsunya berhampiran tangga bergerak di tingkat dua bangunan berkenaan lalu terjatuh ke tingkat bawah melalui lubang yang terletak antara penghadang dan tangga bergerak itu.
Mangsa yang cedera parah di kepala mulanya dihantar untuk rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan keadaannya yang kritikal, lewat malam kelmarin.

Selepas tidak sedarkan diri selama beberapa jam akibat pendarahan beku di kepala, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Nathira Begam berkata, sebelum kejadian itu, anak bongsunya menangis lalu menghampiri mangsa dan adiknya sebelum tiba-tiba mangsa terjatuh melalui lubang yang tidak diletakkan sebarang penghadang itu.

“Saya tidak sempat menariknya dan hingga kini, kejadian itu masih tidak mampu dilupakan,” katanya ketika ditemui di HKL, di sini, semalam.

Zhakir Husin pula berkata, niat mereka sekeluarga pulang ke kampung halamannya di India tidak kesampaian selepas kejadian yang mengorbankan anak kedua daripada tiga beradik itu.
Menurutnya, sudah lapan tahun dia tinggal di negara ini selepas mendapat pekerjaan sebagai pembantu kedai kopi dan bercadang pulang ke kampungnya bagi memberi peluang kepada ibu bapanya melihat cucu mereka.

“Saya cukup kecewa dengan pengurusan Jabatan Imigresen yang tidak menutup lubang yang boleh ditembusi dengan mudah dan akibat kecuaian mereka, kami kehilangan anak kedua,” katanya.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi semalam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

Tuesday, July 5, 2011

KETENTUAN ALLAH....MAKA REHDALAH...WALAUPUN ADA YANG TAK SEDAR....IA DATANG DARI DIRI SENDIRI PADA SATU2 KEJADIAN...BIASALAH MANUSIA FIKIR DIA BAIK...ORANG LAIN JAHAT DAN TAK BETUL...

Mati bersama

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

SEDIH...Hamid menenangkan Suriani, semalam.
SEDIH...Hamid menenangkan Suriani, semalam.
LOKASI KEJADIAN...seorang anggota bomba menunjukkan tempat mayat  Nur Fatin Farzana  dan Nur Fatin Farzanah ditemui.
LOKASI KEJADIAN...seorang anggota bomba menunjukkan tempat mayat Nur Fatin Farzana dan Nur Fatin Farzanah ditemui.
KUALA TERENGGANU: “Cium adik, mak... cium adik, mak...” Itu permintaan terakhir sepasang kembar perempuan berusia tiga tahun kepada ibu mereka, Suriani Sulong, 40, sebelum kedua-dua kanak-kanak itu maut dalam kebakaran rumah keluarga mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Durian Mas, Manir di sini, semalam.
Tragedi menyayat hati menimpa Nur Fatin Farzana Hamid dan Nur Fatin Farzanah itu membuatkan orang ramai menyaksikan kejadian berkenaan tidak dapat menahan kesedihan sebaik anggota bomba dan penyelamat membawa keluar mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan.

Mayat dua beradik itu ditemui di atas timbunan pakaian yang hangus di bilik tidur rumah diduduki keluarga mereka sejak sembilan tahun lalu.
Suriani berkata, dia tidak menyangka sikap dua anaknya yang berkali-kali meminta dia mencium mereka ketika hendak keluar ke tempat kerja pada jam 8 pagi semalam membawa petanda kedua-duanya akan pergi buat selama-lamanya.

“Sudah menjadi kebiasaan mereka meminta untuk dicium sebelum saya keluar rumah, tetapi pagi tadi mereka meminta (ciuman) berkali-kali dan saya tidak menyangka ia petanda kejadian tidak diingini bakal menimpa kami sekeluarga,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Suriani yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Agama Khairiah di sini, terpaksa dipapah saudara-mara dan jiran apabila hampir pengsan sebaik mendapat tahu anak kembarnya terbunuh dalam kebakaran kira-kira jam 9.18 pagi itu.

Suaminya, Hamid Mustafar, 44, berkata ketika kejadian hanya dia dan dua anak kembarnya berada di rumah manakala dua lagi anak lelaki masing-masing berusia 18 dan 10 tahun keluar bekerja dan bermain.

Hamid berkata, ketika kejadian dia yang mengalami masalah sawan kritikal dan tidak bekerja sedang tidur di hadapan televisyen di ruang tamu dan hanya menyedari kebakaran itu selepas diberitahu sepupu dikenali sebagai Wan Norizan sebaik melihat api menjulang dari bilik kembar terbabit tidur.
“Sebaik terjaga, saya panik apabila mendapati api sudah membakar hampir keseluruhan rumah dan segera memanggil dua anak yang tidur di bilik berkenaan sebelum mengesyaki sesuatu kejadian buruk berlaku apabila panggilan tidak berjawab. “Keadaan api ketika itu terlalu marak menyebabkan saya terpaksa bergegas keluar bagi menyelamatkan diri,” katanya.

Menurut Hamid, pada malam kejadian, dua anaknya itu didapati bermain dan berjaga dalam bilik berkenaan sehingga awal pagi.

“Saya tidak pasti mengenai punca kebakaran, tetapi besar kemungkinan ia berpunca daripada pemetik api. “Kedua-dua mereka memang aktif dan tidak pernah berpisah sama ada ketika bermain atau berada di rumah dan tidak mustahil sebelum kejadian mereka bermain pemetik api di dalam bilik itu,” katanya yang sebelum ini berniaga buah di Pasar Manir, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Hamid berkata, selain kehilangan dua anak, kebakaran itu menyebabkan mereka kerugian lebih RM50,000 selain tinggal sehelai sepinggang apabila semua harta benda termasuk dokumen penting dan pakaian milik keluarga hangus terbakar.

“Tragedi ini sejarah hitam bagi keluarga kami dan tidak menyangka hubungan erat Farzana dan Farzanah yang tidak pernah berenggang sejak lahir membawa hingga ke akhir hayat apabila mereka ditemui mati bersama dalam keadaan amat menyedihkan,” katanya.

Kembar rentung berpelukan


nur fatin farhana (kiri) dan Nur Fatin Farhanah.


KUALA TERENGGANU – Pilu hati seorang bapa apabila melihat anak kembar perempuannya rentung dalam keadaan berpelukan selepas gagal menyelamatkan diri dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Durian Mas, Manir dekat sini semalam.
Kejadian pukul 9.15 pagi di rumah kos murah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) itu menyebabkan dua kanak-kanak malang masing-masing berusia tiga tahun, Nur Fatin Farhana dan Nur Fatin Farhanah mati di lokasi kejadian selepas rentung lebih 50 peratus.
Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa sedang bermain di dalam bilik manakala bapa mereka, Hamid Mustafa, 40, sedang tidur di ruang tamu manakala ibu mereka, Suriyani Sulong, 40, sedang bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Menengah Agama Khairiah di sini.
Difahamkan, Hamid yang menganggur dan menghidap penyakit sawan tidak berupaya untuk berjalan jauh.
Mengimbau semula kejadian itu, Hamid memberitahu, dia menyedari berlaku kebakaran selepas terdengar jeritan sepupunya, Wan Norizan Ismail, 40, yang tinggal di kawasan sama mengatakan kepulan asap keluar dari tingkap bilik.
Katanya, dia cuba bangun untuk mendapatkan pasangan anak bongsu daripada tujuh beradik itu tetapi gagal kerana api yang semakin marak.
“Saya sedih kerana tidak mampu menyelamatkan mereka kerana kesihatan saya tidak mengizinkan. Saya cuba membawa mereka keluar dari bilik itu tetapi tidak mampu,” ceritanya di sini semalam.
Tambahnya, pasangan kembar itu jarang bermain di dalam bilik kerana mereka lebih gemar bermain di ruang tamu dan luar rumah.
“Malam sebelum kejadian, mereka langsung tidak mahu tidur walaupun sudah pukul 4 pagi hinggakan isteri saya terpaksa melayan mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, Wan Norizan berkata, dia terus menjerit nama pasangan kembar itu untuk menyuruh mereka keluar sebaik ternampak asap.
“Selepas tidak nampak kelibat kanak-kanak itu, saya mencari bapanya yang berada di ruang tamu. Selepas api padam, anggota bomba menemui mereka yang sudah rentung itu sedang berpelukan,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Ridzuan Hassan berkata, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana lemas akibat kepulan asap selain melecur.

Mohon maaf berulang kali

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

KETERANGAN...Suzana memberi keterangan ketika ditanya Ishak.
KETERANGAN...Suzana memberi keterangan ketika ditanya Ishak.
HADIR...Erni Dekritawati bersama bapanya, Buhari Mohamed hadir di mahkamah.
HADIR...Erni Dekritawati bersama bapanya, Buhari Mohamed hadir di mahkamah.
SHAH ALAM: Panggilan telefon secara tergesa-gesa oleh pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad untuk memohon maaf berulang kali kerana tidak dapat pulang ke rumah selama tiga hari atas alasan mahu menolong jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menimbulkan kemarahan isterinya.
Ia menyebabkan Suzana Radin Pangat, 39, menghantar SMS kepada Noorhisham yang dianggapnya sanggup meninggalkan mereka sekeluarga pada Ramadan semata-mata mahu membantu orang lain dan panggilan telefon daripada suaminya itu sejurus pesanan teks itu dihantar, turut diabaikannya.
Apa yang Suzana tidak tahu itulah panggilan telefon terakhir daripada Noorhisham, pasangan hidupnya selama 16 tahun sebelum suaminya disahkan meninggal dunia.

Dengan nada yang sebak dan air mata yang bergenang, Suzana yang bertugas sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, memberi keterangan pada prosiding perbicaraan kes pembunuhan ngeri membabitkan Noorhisham, 38; Sosilawati, 47; pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44; dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.


Menurut Suzana, sebelum itu pada 30 Ogos 2010, jam 8 pagi, ketika Noorhisham menghantarnya ke tempat kerja, suaminya memberitahu mahu ke Banting pada sebelah petang bersama Ahmad Kamil atas urusan perniagaan membabitkan Sosilawati.

Katanya, itulah kali terakhir dia bertemu suaminya.

“Ia menjadi kebiasaan kepada Noorhisham maklumkan kepada saya jika dia balik lewat atau berjumpa pelanggan. Pada sebelah petang jam 4, ketika berada di pejabat, saya menerima panggilan telefon daripada Noorhisham memberitahu dia dalam perjalanan ke Banting bersama Ahmad Kamil dengan menaiki kenderaan milik rakannya itu.

“Kira-kira jam 8 malam selepas berbuka puasa, Noorhisham sekali lagi menghubungi saya. Dia (Noorhisham) maklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari sebab ‘ada hal’.

“Apabila saya tanya kenapa, dia kata nak selamatkan Sosilawati. Kamal ada ambil gambar ‘tak elok’ dan mahu sebarkan. Dia dan Ahmad Kamil terpaksa bantu Sosilawati,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yussuf.

ISHAK: Boleh beritahu mahkamah apa lagi yang berlaku?

SUZANA: Dia (Noorhisham) minta saya faham keadaan itu. Dia minta maaf pada saya banyak-banyak. (Ketika itu Suzana terus menangis. Apabila ditanya Hakim Datuk Akhtar Tahir sama ada dia mahu meneruskan atau diberi ruang bertenang, sambil mengangguk dia minta diteruskan).

Noorhisham kata dalam masa tiga hari dia balik dan ceritakan semuanya. Saya tanya dia di mana, dia tidak jawab, tanya dia berbuka (puasa) di mana pun dia tidak jawab dan terus matikan telefon. Dia nak cepat.

Saya tidak sempat bertanya apa-apa. Pada kebiasaannya kami akan bertanya satu sama lain di mana dan makan apa, tapi pada hari itu dia tidak jawab soalan saya.
ISHAK: Berapa lama perbualan itu berlaku?

SUZANA: Saya tidak ingat tetapi sekejap sangat.

ISHAK: Ketika itu ada kamu dengar apa-apa dalam telefon?

SUZANA: Tidak ada, suasana di sebelah sana sunyi.

ISHAK: Puan pasti yang menelefon puan itu adalah suami puan?

SUZANA: Ya, saya pasti sebab ada menyimpan nombor suami di telefon bimbit dan apabila dia membuat panggilan akan tertera namanya lagi pun saya pasti itu memang suara dia.

ISHAK: Selepas dia putuskan talian, apa tindakan puan?

SUZANA: Sebaik meletakkan telefon, saya menghantar SMS kepada Noorhisham. Masa itu saya cakap kenapa sanggup hendak bantu orang dan sanggup tinggalkan saya serta anak-anak.

ISHAK: Apa perasaan kamu ketika itu?

SUZANA: Pada masa itu saya marah, sebab itu saya SMS. Ketika marah saya tidak bercakap, hanya SMS. Selepas SMS itu dihantar Noorhisham ada menelefon saya kembali, tetapi dalam keadaan marah saya tidak mengangkat panggilannya.

ISHAK: Pada 30 Ogos 2010, semasa Noorhisham hantar kamu ke pejabat, dia memakai baju apa?

SUZANA: Memakai kemeja CIMB Islamic berwarna hijau.

ISHAK: Bagaimana dengan jam?

SUZANA: Ada, dia memakai jam jenama Longines.

ISHAK: Bagaimana kamu tahu?

SUZANA: Ia ganjaran CIMB kepada kakitangan berdasarkan pencapaiannya pada 2008.

ISHAK: Jam itu mempunyai kotak?

SUZANA: Ada termasuk kad jaminan tetapi diserahkan kepada pegawai penyiasat.

ISHAK: Apa jenis telefon bimbit yang digunakan Noorhisham dan bagaimana ia diperoleh?

SUZANA: Telefon pintar BlackBerry Bold, ia dibeli suami saya setahun lalu.

ISHAK: Masih ada kotak?

SUZANA: Ada dan ia diserahkan kepada polis.

Suzana yang juga saksi kelapan pihak pendakwaan memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Akhtar di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bagi kes pembunuhan membabitkan Sosilawati serta tiga individu lain yang didakwa dibunuh empat tertuduh iaitu bekas peguam, N Pathmanabhan, 42; T Thilaiyalagan, 20; R Matan, 21 dan R Khatavarayan, 31.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang di Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, Selangor, antara jam 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Suzana berkata, laporan polis dibuatnya tidak mengandungi maklumat berhubung masalah ‘gambar’ dihadapi Sosilawati kerana fikirannya yang ketika itu bercelaru.

Tinggal keluarga demi Sosilawati


PATHMANABHAN (tengah) bersama tiga pekerjanya yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga rakan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM - Isteri Noorhisham Mohamad, seorang daripada empat mangsa pembunuhan termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia marah apabila suaminya sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari kerana ingin membantu orang lain.
Suzana Radin Pangat, 39, berkata, kemarahannya diluahkan melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: "Kenapa sanggup nak bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari."
Wanita itu menghantar SMS itu kepada telefon bimbit milik Noorhisham, lima minit selepas panggilan terakhir suaminya yang memberitahu bahawa dia tidak boleh pulang selama tiga hari kerana cuba menyelamatkan Sosilawati.
Sebelum itu, Suzana memberitahu, Noorhisham menghubunginya pada pukul 8 malam 30 Ogos 2010 dan memberitahu dia sedang cuba menyelamatkan Sosilawati.
"Noorhisham kata Kamal, pemandu Sosilawati (Kamaruddin Shamsuddin) ugut Sosilawati sebab ada satu gambar tidak elok nak disebarkan, jadi dia (Noorhisham) dan Kamil (Ahmad Kamil Abdul Karim) terpaksa bantu Sosilawati dalam hal ini.
"Lepas itu dia minta saya faham situasi dan minta maaf pada saya banyak-banyak dan dia kata dalam masa tiga hari dia balik dan akan cerita apa berlaku pada dia," jelas Suzana.
Selepas itu, dia bertanya di mana suaminya berbuka puasa pada hari itu namun suaminya tidak menjawab pertanyaan itu malah terus mematikan talian.
Ketika ini, saksi kelapan pendakwaan itu tidak dapat menahan perasaan sebak sehingga terpaksa berhenti seketika untuk menenangkan dirinya.
Suzana memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, yang merupakan seorang pegawai bank, Ahmad Kamil, 32, seorang peguam, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.40 malam 30 Ogos tahun lepas.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, mengapa dia tidak menghubungi Noorhisham sebaliknya hanya menghantar SMS?.
Suzana yang bekerja sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat Bank CIMB, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur berkata, dia hanya menghantar SMS kerana berada dalam keadaan marah ketika itu.
Ishak: "Ada Noorhisham hubungi awak semula selepas itu?"
Suzana: "Dia ada call tetapi saya tidak jawab."
Ishak: "Ada cuba hubungi suami selepas hantar SMS?"
Suzana: "Ada, masa sahur kira-kira pukul 3 pagi 31 Ogos 2010, tetapi saya tidak berjaya hubungi dia."
Terdahulu, saksi itu berkata, kali terakhir dia berjumpa suaminya yang dikahwini pada 1995 ialah semasa Noorhisham menghantarnya ke pejabat pada pukul 8 pagi 30 Ogos 2010.
Ishak: "Semasa hantar awak ke tempat kerja, ada (Noorhisham) beritahu apa-apa tentang tugasan dia hari itu?"
Suzana: "Dia ada beritahu petang dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil atas urusan Sosilawati. Kira-kira pukul 4 petang hari yang sama suami ada hubungi saya di pejabat memberitahu dia akan bersama Ahmad Kamil pergi ke Banting dan akan naik kereta Ahmad Kamil."
Ditanya mengenai pakaian yang dipakai Noorhisham ketika menghantar dia ke tempat kerja, ibu kepada tiga orang anak itu berkata, suaminya memakai baju korporat CIMB Islamic berwarna hijau dan jam tangan jenama Longines yang diperoleh daripada majikannya sebagai ganjaran kerana perkhidmatan cemerlang pada 2008.
Ketika Ishak menunjukkan jam tangan itu kepada Suzana untuk dicamkan, saksi tersebut dilihat membelek-belek jam tangan itu sebelum tunduk dan menangis.

Suami cuba sembelih isteri

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada ‘disembelih’ bapanya.
Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa menegur suaminya supaya berhenti meminum minuman keras kerana membazir selain berdosa.


“Teguran mangsa menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Suspek bukan saja menampar, malah turut menumbuk dan menendang wanita itu hingga terjatuh.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir apabila suaminya bertindak lebih ganas dengan mengambil parang,” katanya.

Monday, July 4, 2011

BILA KEJAM TAK KIRA UMUR....DARI BABY HINGGA WARGA EMAS....NI SEBAB KITA ABAI HUKUM ALLAH...MUNGKIN KITA RASA HUKUM ALLAH KEJAM...LAGI KEJAM MEMBIAR ORANG KEJAM HIDUP....ALLAH MAHA BIJAKASANA...MAHA SEMPURNA...ALLAH TAK KAN BUATSILAP DAN BUAT HUKUM MAIN2...KERANA MAIN2 BUKAN SIFAT ALLAH SWT....

‘Ada kamera tersorok?’

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

BINCANG...Erni Dekritawati  (tengah) bersama adiknya Erni Erinawati  (kanan) berbincang dengan peguam mereka, semalam.
BINCANG...Erni Dekritawati (tengah) bersama adiknya Erni Erinawati (kanan) berbincang dengan peguam mereka, semalam.
SHAH ALAM: “Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku...,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?” itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.
Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.

Ketika itu, Habishah berbuka puasa.
Ini antara keterangan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan ketika membacakan ucapan pembukaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang bermula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, berkata pihaknya juga mengemukakan keterangan Habishah bahawa Sosilawati ke Banting antara 9 September dan 30 Ogos tahun lalu untuk menukar dua cek berhubung urusan jual beli tanah di Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan peguam bernama Pathma. Kandungan penuh SMS dan butiran panggilan yang terjadi sebelum semua mangsa dilaporkan hilang sehingga mereka didakwa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu akan terungkai sepanjang prosiding yang ditetapkan selama tiga bulan ini.

Terdahulu katanya, pihak pendakwaan akan menampilkan 76 saksi yang akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan tertuduh melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan termasuk anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Menurutnya, Sosilawati ada menghubungi Erni Dekritawati Yuliana pada malam kejadian, tetapi panggilan itu tidak dijawab anaknya kerana tidak perasan.

“Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej ‘Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang...hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.’
“Erni Dekritawati Yuliana juga akan memberi keterangan berhubung urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan menukar tarikh cek bagi mempercepatkan tarikh,” katanya.

Selain itu katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suami menyatakan tidak akan pulang selama tiga hari kerana mahu menolong masalah Sosilawati yang diugut Kamaruddin berhubung ‘gambar’.

Beliau berkata, Suzana menerima panggilan itu pada jam 8.15 malam, 30 Ogos tahun lalu selepas Noorhisham mengikut Sosilawati ke Banting bersama dengan Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

Ishak berkata, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan juga akan memberi keterangan suaminya memaklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam pada hari sama.

“Apabila ditanya mengapa tak balik, suaminya memberitahu orang kanan Sosilawati bernama Kamal mengugut hendak sebarkan gambar Sosilawati iaitu gambar tak elok. Suaminya juga memberitahu Sosilawati menangis dan dia beritahu hendak tolong Sosilawati,” katanya.


Bukti peguam rancang bunuh Sosilawati


PATHMANABHAN (kanan), Matan (depan), Khatavarayan (kanan) dan Thilaiyagan (belakang) dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM - Pihak pendakwaan semalam mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya berdasarkan penemuan DNA milik mangsa-mangsa pada barang-barang kes.
Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank, Noorhisham Mohammad pada kayu kriket dan DNA peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.
Dua pekerja ladang Pathmanabhan, U. Suresh dan T. Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R. Khatavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa.
Kemuncak keterangan itu, Suresh dan Sarawanan akan memberi keterangan mengenai peranan setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T. Thilaiyagan membunuh setiap mangsa. Suresh dan Sarawanan sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir. Ishak dalam ucapannya memberitahu, antara saksi yang akan memberi keterangan termasuk Erni Dekritawati Buhari, anak Sosilawati. Erni akan memberi keterangan berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada Sosilawati bertulis: "Jangan bagi Kamal masuk rumah, jika datang hubungi Bisah dia ambil gambar mak."


‘Saya yakin mayat Ayu’

Oleh Mohd Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

UJI...bapa Ayu, Qomarodin Bajuri (berkopiah) hadir di HSA untuk ujian DNA.
UJI...bapa Ayu, Qomarodin Bajuri (berkopiah) hadir di HSA untuk ujian DNA.
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.
Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu. Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.

“Ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk membuat pengecaman mayat selepas dihubungi polis, kami bukan saja bimbang, malah sebak mengenangkan nasib Ayu.
“Saya yakin mayat yang ditemui itu milik Ayu berdasarkan keadaan fizikalnya selain penyepit rambut bercorak bunga yang gemar dipakainya dijumpai di tempat kejadian,” katanya.

Juliana berkata, dia tidak sangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya adalah Ayu di mana pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis bertubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

“Sebelum kejadian, Ayu yang tinggal bersama saya di Taman Universiti di Skudai, berkelakuan pelik apabila menggosok baju sekolah dan mencuci kasut seolah-olah beria-ia hendak ke sekolah.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertindak kejam membunuh Ayu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram.

“Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin.

“Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa.

“Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.

Pada 2 Julai lalu, akhbar ini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hilang di satu tapak pembinaan di pekan Seri Alam, 14 Jun lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya. Nurrahayu pada mulanya menjerit meminta teman lelakinya mengambilnya semula tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit.

Ketika mendedahkan perkara itu, kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, berkata teman lelaki adiknya itu tidak mengendahkan rayuan Ayu supaya mengambilnya semula selepas meninggalkannya berhampiran tapak pembinaan.

“Teman lelaki adik menurunkannya di depan pondok pengawal keselamatan tapak pembinaan terbabit,” katanya.


Mayat Nurrahayu ditemui dalam keadaan menyayat hati


SEORANG penduduk menunjukkan tempat cebisan mayat Nurrahayu ditemui di tanah perkuburan Hindu, Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin (gambar kecil) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.
"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.
"Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.

Peragut jatuh dalam najis

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

TAHAN...suspek diberkas polis selepas meragut beg tangan mangsa, kelmarin.
TAHAN...suspek diberkas polis selepas meragut beg tangan mangsa, kelmarin.
ALOR GAJAH: Seorang peragut bernasib malang apabila diberkas dalam keadaan seluruh badannya bersalut najis kerbau di kawasan berpaya selepas meragut beg tangan seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki berusia 20-an itu diberkas sepasukan polis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), tidak lama selepas mangsa yang diragut membuat laporan.
Malah, tindakan lelaki terbabit bersama dua rakannya masih bebas seolah-olah mengundang padah apabila melakukan kegiatan itu berhampiran balai polis.

Mangsa, Nor Azma Sarif, 19, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya Nor Laila Mohd Nor, 22, dalam perjalanan untuk menaiki bas dari Masjid Tanah ke asrama mereka di Kuala Sungai Baru.


“Saya duduk di kerusi berhampiran tangga, manakala rakan duduk berasingan dan apabila sampai berhampiran Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, ada penumpang menekan loceng untuk turun.

Sunday, July 3, 2011

REHDALAH WALAUPUN MENYEDIHKAN...KETENTUAN ALLAH....TAK MAMPU KITA MENOLAKNYA....LAIN KALI BERHATI2..


 “islam itu indah...kembali kepangkuan nyer..aq mendapat ketenangan”

Berganti laki kikis wang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Shahrul Ridzuan Zulkifli dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa ‘suaminya’ dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta.
Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini.
“Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja.


“Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya.

“Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya,” katanya.

Jerut diri selepas disaman

PILU...Chinnammah (kiri) menceritakan kejadian. Gambar kecil, Rajathurai.
PILU...Chinnammah (kiri) menceritakan kejadian. Gambar kecil, Rajathurai.
JASIN: Akibat tertekan selepas disaman polis, seorang remaja nekad menggantung diri dalam bilik di rumahnya di Taman Bemban Utama, di sini, kelmarin.
Mayat, M Rajathurai, 15, ditemui ibunya, S Chinnammah, 49, dalam keadaan leher diikat dengan kain kira-kira jam 5 petang selepas membuka pintu bagi melihat anaknya tidur.

Empat jam sebelum ditemui mati, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban itu disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Bemban.
Chinnammah berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya bertindak demikian selepas tertekan akibat disaman.

Katanya, kejadian bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas dia meminta anaknya ke kedai berhampiran membeli makanan.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mengetahui anaknya itu menaiki motosikal dan menyangkakan keluar menaiki basikal seperti kebiasaannya.

“Saya mula gelisah kerana kelibatnya belum dilihat berikutan sudah terlalu lama keluar.

“Tiba-tiba muncul kereta polis di depan rumah dan anak saya masuk ke rumah sebelum mengambil MyKadnya.
“Saya yang terkejut terus bertanya kepada polis terbabit dan mereka menjelaskan anak saya ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen berhampiran pekan Bemban,” katanya selepas ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia terus ke Balai Polis Bemban yang terletak dua kilometer dari rumahnya bagi mengetahui kejadian sebenar.

Katanya, dia mengakui memarahi anaknya dengan tujuan menasihatinya sebelum membawanya pulang.

“Ketika menarik tangannya, dia menggigil dan saya terus membawanya pulang. “Selepas makan, dia terus masuk bilik yang dijadikan tempat kami sekeluarga sembahyang dan tidur.

“Dua kali saya menjenguknya dan ketika mahu menyuruhnya ke kedai, saya terkejut apabila mendapati dia tergantung dengan leher dicerut kain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

ibu kepada empat anak itu.

Dia cuba mengejutkan anaknya itu tetapi tiada tindak balas dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Jasin.

“Ketika tiba di Jabatan Kecemasan, dia disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibedah siasat,” katanya.

Dia berkata, anaknya akan tidur jika mempunyai masalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Maut tergantung lepas disaman


ANGGOTA keluarga Rajathurai berkumpul di rumahnya yang menjadi lokasi dia ditemui mati tergantung di Taman Bemban Utama, Jasin semalam.


JASIN - Seorang ibu trauma apabila menyaksikan anaknya mati dalam keadaan tergantung di siling rumah selepas disyaki tertekan sebaik menerima dua saman polis dalam kejadian di Taman Bemban Utama di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang itu mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Seri Bemban, M. Rajathurai, 15, mati di lokasi kejadian iaitu selepas hampir empat jam disaman ekoran menunggang motosikal tanpa lesen dan topi keledar.
Lebih menyedihkan, mayat anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui sendiri oleh ibunya, S. Chinammah, 49, yang masuk ke bilik remaja berkenaan untuk memintanya pergi ke kedai membeli kelapa.
Mengimbau semula kejadian tersebut, Chinammah memberitahu, sebelum kejadian dia menyuruh Rajathurai pergi ke kedai berdekatan untuk membeli beberapa barang dengan berjalan kaki atau berbasikal sahaja pada pukul 1.35 petang.
"Bagaimanapun, tanpa pengetahuan saya, dia telah meminjam sebuah motosikal milik rakan abangnya untuk pergi ke kedai sambil dibonceng seorang rakannya.
"Sebaik tiba di satu simpang kira-kira tiga kilometer dari rumah saya, anak saya telah ditahan oleh polis," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Kembar dalam perut maut

Oleh Michelle Gun
am@hmetro.com.my

PERIKSA...pegawai perubatan memeriksa wanita sarat mengandung  selepas  ambulans yang menghantarnya terbabit kemalangan.
PERIKSA...pegawai perubatan memeriksa wanita sarat mengandung selepas ambulans yang menghantarnya terbabit kemalangan.
KUCHING: Seorang ibu yang mengandung anak kembar terbunuh selepas ambulans yang membawanya untuk melahirkan anak di hospital terbabas dan merempuh pokok di Batu 9, Jalan Penrissen, di sini, awal pagi semalam.
Sebelum kejadian pada jam 1 pagi, ambulans dipandu Sapuan Ain, 37, dikatakan dalam perjalanan kira-kira lima jam membawa mangsa, Mura Rungor, 33, yang sarat mengandung 40 minggu dari Hospital Sri Aman ke Hospital Umum Sarawak (HUS) Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, ambulans dipandu Sapuan yang turut dinaiki jururawat Sunny Ngadei, 40, dan pembantu perubatan hilang kawalan ketika mengelak seekor anjing melintas jalan.

Kenderaan itu kemudian terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan menyebabkan ia remuk di bahagian depan.

tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan, manakala Sapuan patah tulang rusuk kiri.

Sunny yang mengiringi mangsa ke HUS turut parah di beberapa bahagian badan termasuk patah kaki kanan dan pembantu perubatan lingkungan 40-an bernasib baik kerana hanya cedera ringan. Kemalangan itu menyebabkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.

Ambulans membawa Mura dikatakan bertolak pada jam 9 malam, kelmarin dari Hospital Sri Aman untuk menghantar mangsa dari Kemantin, Sri Aman ke HUS sebelum tiba di bandar raya ini, lima jam kemudian.

Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.54 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Kami mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan mangsa termasuk pemandu dan jururawat yang menaiki ambulans itu sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, keluarga mangsa sudah dihubungi untuk memaklumkan kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

AMBIK DUNIA ..AKHIRAT TAK DAPAT...ATAU KURANG...NIAT DAH BERCABANG....WANG@DUNIA ATAU SEMATA2 KERANA ALLAH....SYAITAN ITU BIJAK MENIPU....AWAS....


“Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya,tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.”

[WAJIB BACA!!] FACEBOOK : Pengumpul Gambar Awek Bertudung

tolong sebarkan berita ini kepada semua adik,kakak,emak,emak saudara, makwe dan isteri maing-masing..tidak lupa juga pada nenek-nenek cucu sekalian..
bahawa..sekarang ini, wujud segelintir manusia yang amat tidak bertanggungjawab mencuri gambar gadis-gadis bertudung untuk dimuat naik di page “Pengumpul Gambar Awek Bertudung” dalam laman sosial Facebook..
image
URL KE PAGE TERSEBUT : Pengumpul Gambar Awek Bertudung | Facebook
setakat ini..sudah 201 orang “likes” page tersebut..apa maklumat tentang page ini?
Lu orang perempuan..jangan salah kan kami..sebab lu orang tayang gambar merata-rata..kami kumpul je..
Cari gambar awek bertudung
malah..disertakan juga blog yang memuatkan gambar perempuan bertudung yang telah dicuri..
Galleri Awek Tudung Comel
apa yang dibincangkan dalam page tersebut?
image
image
atok nak nasihatkan kepada cucu perempuan, tolong PRIVATE kan gambar cucu kepada umum bagi mengelakkan orang yang x bertanggung jawab seperti ini mencuri gambar cucu dan disebar kepada umum..kalau boleh, hanya benarkan orang yang dipercayai sahaja untuk melihat gambar cucu tersebut..
adakah selepas gambar cucu tersebar baru nak bising-bising?
kepada lelaki..nasihati mana-mana perempuan yang cucu kenali..
akhir kata…bodoh betul pengumpul gambar tu..xde keje lain ke?? yang dikumpulnya bukan perempuan bertudung litup menutup aurat..tetapi perempuan bertudung seksi..atok x pasti la kalau perempuan tu rela gambarnya diambil orang..
BUKTI BAHAWA SUDAH ADA YANG TERKENA DENGAN PERBUATAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB
sumber : ruangan komen entry ini..
image
sumber : ruangan komen dari entry Pengumpul Gambar Awek Bertudung Part2 | peTUA KITA semua
image
adakah cucu(perempuan) mangsa seterusnya??
sooo, just watch out..berjaga-jaga ye…

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/

PETUA MENGENALI “DARA” part 1

hmmmm…entry ni atok buat selepas dari entry : ADAKAH ANDA NAK TERIMA GADIS YANG TERLANJUR UNTUK DIJADIKAN ISTERI? lagi pun atok dah berjanji dengan beberapa cucu-cucu untuk menjustifikasikan undian yang telah dibuat…
DARAundian ape tok? hahaha..alamak..undian pasal penerimaan pasangan terlanjur la…huhuhu…sedih jugak bunyi tajuknya…tapi,xpe lah..undian tu dah tidak dikira lagi..
secara kasarnya ramai bersetuju sanggup untuk menerima pasangan yang pernah terlanjur tetapi dengan syarat hendaklah betul-betul berubah dan bertaubat nasuha terlebih dahulu..betul jugakkan? benda dah jadi bubur..nikmati lah bubur tu dengan sebaiknya..
jangan terlalu menghukum kesilapan pasangan kita keranamanusia boleh berubah..tapi, ada sesetengah lelaki yang masih berkeras nak perempuan yang ber”dara”…tapi macam mana nak taw ada dara x? hahaha..alamak…xkan nak kene check dulu “ehem-ehem” tu…hahaha..kat mana dara tu ye??

tapi atok ada caranya…jom baca kat bawah ni…tapi atok copy n paste dari sebijik forum..hehehe..juz nak share ngan cucu…jeng…jeng…jeng…
Rekahan Bibir Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.
Dahi Yang Berkedut Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.
Bentuk Punggung Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel2 punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari2 dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang2. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.
Telinga Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.
Tumit Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah2 untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara2 yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

BAHAGIAN KE-2 AKAN MENYUSUL DENGAN LEBIH BANYAK BAHAGIAN TUBUH YANG DAPAT CUCU “CHECK”…
kepada perempuan..kalau mahukan dirimu tidak di”reject”…jagalah daramu untuk suamimu…

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/

PETUA MENGENALI “TERUNA” part 1

hahaha…abis la cucu atok yang lelaki ni…padan muka..kali ni si dara boleh meng”check” cucu lelaki sebelum diorang nak kapel..hahaha
atok jumpa cara nak periksa keterunaan lelaki ini daripada sebijik berita…sesiapa yang belum baca entry : PETUA MENGENALI “DARA” part 1..boleh klik pada tajuk entry tu..entry tu..antara entry paling hot yang pernah atok tulis..hahaha
jom kita tengok macam mana nak periksa keterunaan pakwe cucu perempuan..jeng…jeng…jeng…cucu lelaki jangan marah atok ye..korang tanggung la sendiri…hahahaha
image
Pham Thi Hong sedang membuat pemeriksaan akupuntur
jom la intip2 cara-cara nak mengenali teruna..baca sampai habis ye..hahaha…berjaga-jaga la cucu lelaki..cucu perempuan atok dah berpengetahuan ni…
Rupa-rupanya bukan sahaja wanita yang boleh diperiksa dara ataupun tidak, lelaki pun boleh diperiksa keterunaan mereka. Begitulah kehebatan seorang wanita Hanoi, Vietnam yang merupakan seorang pakar akupuntur, Pham Thi Hong menjadi selebriti apabila dia berjaya membantu membebaskan tiga lelaki yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan merogol setelah mereka didapati masih teruna.
Menurut agensi berita AP, pada mulanya, seorang pesalah itu, Nguyen Dinh Kien dirawat oleh wanita tersebut empat tahun lalu. Wanita itu kemudian mendapati terdapat beberapa bintik merah di belakang telinga lelaki itu yang menunjukkannya masih teruna sekali gus tidak bersalah merogol seorang gadis berusia 20 tahun pada 2000.
Dia kemudian mendapati dua lagi rakan lelaki itu mempunyai bintik sama yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak pernah melakukan hubungan seks. Wanita itu kemudian melancarkan kempen untuk membebaskan mereka dan usahanya berjaya apabila Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet mengarahkan kes tersebut dibuka semula.
Hasilnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan dibebaskan pada Januari lalu selepas para penyiasat mendapati terdapat kekurangan bukti dalam kes tersebut.
kesimpulannya…keterunaan boleh diperiksa melalui :
Bintik di belakang telinga itu hanya akan hilang selepas lelaki bersetubuh dengan wanita tetapi ia tidak terjejas jika hubungan seks sesama jantina.
“Ada titik merah kecil di belakang telinga ketiga-tiga kerana bintik itu akan hilang dengan sendiri jika mereka melakukan persetubuhan,” kata Hong.
hahaha…tapi kalau dah lakukan hubungan sejenis?? hohohoho…nanti atok rujuk kitab seksual atok..yang tu lain kali atok akan ceritakan…hahahaha

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com

JENIS-JENIS SIHIR MELAYU

image
orang melayu ni agak femes la dengan sihir..walau dah tahu sihir ni benda yang haram namun masih ada yang mengamalkannya..
ada ke? hihihi..agak-agak je..
nak bercerita pasal sihir ni memang panjang la..atok cuma senaraikan jenis-jenis sihir je..itu pun atok petik dari notes kawan di facebook..jum tengok jenis-jenis sihir yang ada
Sihir Menyetubuhi Perempuan - mendatangkan ruh kepada perempuan yang sedang tidur bertujuan menjimakkannya.
Sihir Berahi - sihir yang membangkitkan keinginan syahwat seseorang mangsa meluap-luap ketahap yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Sihir Salwah -perasaan cinta dan sayang seseorang yang terlalu tinggi kepada seseorang.
Sihir Bunga dan Bau-bauan - sihir menggunakan bunga-bunga asli yang dipetik dari pokok-pokok tertentu pada waktu-waktu tertentu.
Sihir Seri - dilakukan kepada mangsa bertujuan untuk menghilangkan seri wajahnya, sebahagian sihir ini termasuk dalam sihir mengambang. Sihir seri juga digunakan oleh pengamal bertujuan untuk menarik orang ramai kepada wajahnya.
Sihir Pengantin - sihir yang dilakukan ke atas pengantin pada hari perkahwinannya bertujuan untuk memalukannya atau keluarganya.
Sihir Kunci Selera - sihir ini akan menjadikan mangsanya mengalami masalah dalam melakukan hubungan kelamin suami isteri dan menimbulkan pelbagai masalah-masalah rumah tangga yang berpanjangan.
Sihir Santau Makanan - makanan yang dihantar kepadanya bahan-bahan yang berbisa dan beracun melalui perantaraan sihir bertujuan membinasakan orang yang memakannya.
Pukau - mengikat fikiran dan sedar seseorang supaya mangsa tersebut mematuhi arahan penyihir tanpa membantah apa-apa  pun. Sihir ini bertujuan mendapat sesuatu barang yang dimiliki mangsa tanpa kekerasan tetapi bukan juga dengan keredhaan mangsa tersebut.
Sihir Menyempit Kemaluan - sihir yang diamalkan untuk menaikkan kenikmatan bersetubuh
Sihir Pengikat Sanggul - sihir yang digunakan bertujuan kecantikan dan pemikat
Sihir Gambar - sihir ini menggunakan gambar orang yang ingin disihir
Sihir Seluar Dalam - sihir ini menggunakan selaur dalam orang yang ingin disihir
Sihir sisa badan - sihir ini menggunakan sisa badan orang tersebut seperti kuku, rambut, najis dan sebagainya lagi. Sisa ini dipuja beberapa lama lalu diletakkan ke dalam makanan si mangsa. Tujuan sihir ini dibuat ialah supaya mangsa tersebut akan mengasihinya secara yang amat melampaui.
taken from a book 'Sihir Pengasih Dalam Masyarakat Melayu Dan Rwatan Islam Terhadapnya'
pergh! macam-macam jenis sihir rupanya..bahaya betul..
ada x cucu-cucu yang pernah kena sihir?
ada x sapa-sapa taw cara nak ubati dan elak terkena sihir ni?
jom kongsi-kongsi

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/06/jenis-jenis-sihir-melayu.html#ixzz1R2sNR6R3

10 PETUA KENALI LELAKI YANG KURANG BERGUNA

buat cucu-cucu lelaki jangan marah ye..bukan semua orang lelaki camni..sedelintir aje..buat cucu-cucu perempuan..atok dah sediakan sedikit guidelines lelaki kurang berguna..kih3..
sekadar berkongsi gelak ketawa dan nasihat di tengah hari..kepada cucu lelaki yang mana terasa tu, boleh jadikan panduan ni sebagai nasihat dan jadi yang terbaik..
ada 10 cara nak kenali lelaki yang kurang berguna ni..jeng..jeng..jeng…
image1. dah ada awek, kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

image5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.
hahaha…
selamat memilih pasangan buat cucu perempuan

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com


20 PERKARA YANG BUAT WANITA BENCI LELAKI part 2

atok terpaksa buat 2 bahagian..sebab panjang sangat...maaf ye cucu2 ku sayang...
buat cucu yang belum baca part1…
kali ni atok nak cite perkara yang ke 11 hingga akhir yang membuatkan wanita benci lelaki..agak2…apa eh? jom kita sama2 tengok..hurmmm…
11. MATA DUITAN
image
>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
image
>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
image
>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
image
>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
image
>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
image
>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
image
>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
image
>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
image
>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
image
>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
NASIHAT ATOK…dengar cucu
dah abis pasal benda ni…hihihi…buat cucu lelaki..AWAS…berjaga-jaga..check balik..ada x perangai camtu? buat cucu perempuan..atok harap kalau perkara sebegini ada pada teman lelaki atau suami…tegur la sebaiknya..
sebab kadang2…kami ni yang bergenetik XY x sedar bahawa sikap kami you all x suka..jadi, tegur si XY anda sebaik mungkin..supaya kita sama-sama mengecapi bahagia dalam kehidupan
tapi…kalau dah tengok perangai orang lelaki macam INI…angkatlah kaki awal-awal ye..mungkin cucu perempuan ni adalah mainan sahaja..

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta


1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.
7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.
14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.
15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.
17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.
18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.
20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan.

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com


Strategi Memikat Wanita


Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama.
Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang? Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah. Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja! Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.
1. Cari masa yang sesuai.
Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.
2. Jangan buang masa.
Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.
3. Lebih berkeyakinan.
Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.
4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.
5. Teruskan persahabatan.
Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/

SEBAB ATOK CERAIKAN NUFFNANG TANPA TALIAN HAYAT

hah..atok nak berkongsi sikit pasal satu benda nih..atok baru tahu bahawa iklan tidak boleh diletakkan ikut suka suki hati cucu je..hik3..
ini bukan mainan..ini adalah teguran yang serius..meh nak citer..sebelum ni atok pakai nuffnang..rasa gembira terloncat-loncat sampai terbang ketayap bila dapat earning nuffnang..apa x gembiranya..dulu atok pernah dapat RM90++ dengan hanya satu BE dalam tempoh sebulan..memang mantap la…dah la dapat banyak BE..kalau x dapat BE pun..sekurang-kurangnya satu minggu pasti dapat RM7.00++
itu dulu….long-long time ago…
sekarang?? dah berbulan-bulan x dapat BE..kempen biasa pun dapat sekitar RM3.00-RM4.00 seminggu..nak beli topup pun x lepas cucu oiiii…
sekarang..atok dah berubah angin, menongkah arus untuk bersama advertlets,walaupun atok telah diwarning berjuta-juta kali dengan nuffnang jika atok memadukan syarikat iklan diblog..dialognya sebegini :
atok : hai nuffnang..apa khabar (muka cuak)
nuffnang : apa hal ni sayang?(masa ni tengah baik lagi) nampak takut je…
atok : macam ni, atok dah fikir masak-masak..
nuffnang : owh, bagus la kalau nak masak hari ni..x perlu la sayang nak makan luar..
atok : grrrrrr…gini lah..ATOK NAK MADUKAN SAYANG!!! boleh?
nuffnang : pangggggg(tampor)..pantang tok nenek aku orang madukan keturunan aku!!.haih..engko dah lupa ke segala earning yang aku bagi dekat ko dulu? ko dah lupa, aku bagi BE dekat ko?? ko lupa ke dengan graf hijau tu la ko duk berlagak dengan trafik ko dekat bloggers lain..
atok : puihhhh(meludah) alah…x heran pun..setakat  bagi total earning RM200+ dah nak kecoh..en.BEN dapat berjuta-juta rilek je ceraikan ko..ko jelez ke hah??
nuffnang : (menangis teresak-esak kerana x dapat menahan sebak) ok..xpe2..kalau ko nak madukan aku..aku akan buang status geli-geli dengan ko..aku xnk main geli-geli dengan ko dah!! habis madu, sepah dibuang
atok : alah..bukan pangkat dato’ pun(sambil jelir lidah)..k.lah..ko nangias la puas-puas dulu..aku nak cari geli-geli yang baru…hahaha
pusing-pusing kampung……
advertlets : hai..hensem abang hari ni..
atok : hik3..dah selalu macam ni..(berdebor, first time dipinang)
advertlets : dengar khabar..abang gaduh dengan nuff semalam..ye ke?
atok : a’ah..abg gaduh giler-giler..nuffnang xnk lagi dah main geli-geli dengan abg..
advertlets : hah!! macam ni..apa kata abg main geli-geli dengan saya..saya bayar dengan harga mahal untuk abg..
atok : (diam seribu bahasa)
advertlets : mesti abg x caya kan?? xpe..abang cuba la dulu..ok?
atok : ada syarat x? kalau advertlets duduk serumah dengan nuff boleh x? sebab, atok belum ceraikan nuff sepenuh hati abag lagi..abang masih ada hati pada nuff kerana graf hijaunya je..lagipun,atok x banyak duit nak buat rumah baru
advertlets : ok je..saya x kisah..asalkan abang bahagia bersama saya..
atok : ok..jum2…
atok pun..dengan rasminya bergeli-geli dengan advertlets pada 25.4.2011 sekitar jam 3.00 petang..setelah hampir 10 hari bergeli-geli..akhirnya
image
macam mana?? agak-agaknya nak ceraikan x nuffnang tu?? kih3..fikir-fikirkan..

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/