Monday, July 18, 2011

YANG NIKAH SUSAH MENDAPAT ZURIAT...YANG BERZINA MUDAH PULA ADA ZURIAT...SYAITAN BERUSAHA MENGAGALKAN LAHIRNYA ANAK YG BERKETURUNAN...MENOLONG LAHIRNYA ANAK TIADA KETURUNAN@ANAK LUAR NIKAH....DAN MEMBISIK ULAMAK FASIK..PEMIMPIN2 JAHIL LAGI FASIK JANGAN LAKSANA HUKUM ISLAM...MEREKA MENCARI NAHAS DIAKHIRAT...MASA ITU AKAN PASTI TIBA...ORANG YG TAKWA SAJA YANG TAKUT KEPADA ALLAH....

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik. (Al-Anbiya'89)”

Dipukul tegur suami tidur bilik adik



KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.

Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.
Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.

“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.

“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.
“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bongkar rahsia suami durjana



AMPANG: Bapa setan. Itulah yang layak digelar kepada seorang lelaki berusia 42 tahun apabila sanggup merogol anak kandungnya berusia lapan tahun.
Difahamkan, lelaki durjana itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuknya sejak setahun lalu sebelum dia melarikan diri selepas perbuatannya diketahui isterinya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, ibu mangsa berusia 29 tahun turut dipukul di kepala oleh suaminya akibat bertanyakan mengenai perbuatan terkutuk dilakukan kepada anak perempuan mereka.
Wanita terbabit yang kesal dengan tindakan suaminya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

Menurut sumber, kejadian itu terbongkar apabila si isteri terjaga dari tidur dan mendengar tangisan anak perempuannya yang ditidurkan di ruang tamu rumah mereka di Kampung Pasir, di sini.

“Pada mulanya dia menyangka kanak-kanak itu menangis kerana mahukan susu. Dia yang keluar dari bilik melihat suaminya di sebelah anaknya sebelum ke dapur menyediakan susu.

“Sebaik selesai memberikan susu, wanita itu terkejut dan hairan melihat ada kesan seolah-olah minyak pada kemaluan anaknya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa sebelum dia melihat kesan sama di kemaluan anaknya beberapa hari kemudian.
“Suatu hari, si ibu yang tidak sedap hati bertanyakan kepada kanak-kanak itu berhubung perbuatan bapanya dan kanak-kanak terbabit menceritakan apa berlaku.

Terkejut mendengar pengakuan anaknya, wanita terbabit bertanya pula kepada suaminya menyebabkan lelaki itu naik berang.

“Suspek memukul kepala isterinya selain memaki hamun wanita itu disebabkan perbuatan keji dilakukan selama ini terbongkar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, suspek masih diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

65 bayi lahir melalui IVF



PETALING JAYA: Seramai 65 bayi dilahirkan menerusi proses rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) oleh pasangan suami isteri yang mendapat tajaan melalui Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Taff) sejak yayasan itu diperkenalkan tujuh tahun lalu.
Pengasasnya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkata, jumlah itu tidak mengambil kira beberapa lagi pasangan lain yang mengalami keguguran atau kematian selepas kelahiran.

“Biasanya setiap tahun, tajaan terhad kepada 50 pasangan saja, namun tahun ini seramai 130 pasangan sudah kami taja supaya kebaikan ini dapat dinikmati lebih ramai lagi pasangan yang menantikan kehadiran zuriat.
“Berita baik sudah diperoleh apabila enam daripada sebahagian pasangan yang sedang menjalani rawatan, disahkan sudah mengandung,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Logo Ulang Tahun ke-25, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL), semalam.

Tunku Azizah berkata, setakat ini, hampir 300 hingga 400 pasangan sudah ditaja pihaknya dan kebanyakannya menjalani rawatan di klinik dan hospital seluruh negara.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Tunku Azizah mewakili Taff, menerima sumbangan RM25,000 daripada UFL disampaikan Pengerusi Eksekutif UFL, Datuk Dr Yusof Yacob.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah; Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan dan Presiden Malaysian Lawn Bowls Association (Malba), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Pada masa sama, Tunku Azizah turut berpesan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah mendapatkan zuriat agar mendaftarkan di Taff supaya mereka dapat dibantu.

REDAAN ATAS UJIAN MEMANG WAJIB...TENTU ADA HIKMAH YG DILUAR PENGETAHUAN KITA...SEKURANG2NYA IA MERUPAKAN KIFARAH@PENGHAPUS DOSA ATAU MENAIKKAN DARJAT SESEORANG DISISI ALLAH SWT...

Ajal di peluru rakan

Oleh Zaitie Satibi dan Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

PILU...Norehan  bersama  anak tidak dapat menahan sebak. Gambar kecil, Ismail Md Ali.
PILU...Norehan bersama anak tidak dapat menahan sebak. Gambar kecil, Ismail Md Ali.
PEKAN: Program membasmi musuh tanaman disertai anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Bentan di sini, kelmarin, bertukar tragedi berdarah apabila seorang pesertanya maut terkena tembakan peluru penabur.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang juga Ketua Platun Rela Kuala Pahang, Ismail Md Ali, 50, dari Taman Teratai, Kampung Marhum di sini, terkena peluru penabur di dada kiri dilepaskan secara tidak sengaja oleh peserta lain ketika menembak babi di kampung berkenaan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pekan (HP) di sini, sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia kira-kira jam 6 petang selepas beberapa jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah.
Difahamkan, mangsa menyertai program itu yang bermula seawal jam 8 pagi bersama tujuh lagi anggota Rela dan empat anggota Perhilitan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Marhum bagi memburu babi yang merosakkan tanaman penduduk sejak beberapa bulan lalu.

Menurut anak sulung mangsa, Fareehadina, 22, arwah bapanya itu bersikap pelik apabila enggan mencium dia dan dua adiknya sebelum keluar rumah kira-kira jam 7.30 pagi, malah merenung tajam seolah-olah mempunyai petanda tidak baik.

“Itulah kali terakhir kami menemui ayah sebelum dia terus bertolak tanpa berkata apa-apa. Saya hairan dengan perubahan sikap ayah yang enggan bertegur sapa sebelum keluar rumah menyebabkan fikiran saya mula runsing dan menjangkakan sesuatu tidak diingini berlaku.

“Sedangkan sebelum ini ayah selalu mencium dahi dan pipi kami tiga beradik sebelum keluar rumah selain mengejutkan dari tidur seperti yang dilakukan setiap hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, arwah ayahnya seorang anggota Rela aktif dan menyertai semua program kemasyarakatan, namun tidak menyangka ia akan berakhir dengan tragedi tidak diingini.
“Masih dalam ingatan ayah sempat membawa kami tiga beradik menunggang motosikal dan meronda di sekitar taman perumahan pada petang Sabtu lalu,” katanya yang juga bekas pelajar Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.

Fareehadina berkata, arwah sempat berpesan kepadanya supaya menjaga ibu, Norehan Jaafar, 45, serta dua lagi adik iaitu Faizal Ashraf, 20, dan Farina Aqilah, 10 apabila tamat belajar.

“Kami sekeluarga juga mengenali anggota yang tertembak arwah ketika memburu namun tetap memaafkannya kerana insiden terbabit berlaku secara tidak sengaja.

“Kami juga memaafkan lelaki itu kerana jika menangis keluar air mata darah sekali pun belum tentu tidak dapat mengembalikan nyawa bapa tercinta,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, lelaki yang berusia 53 tahun dari Jalan Rompin Lama, dekat sini, dan bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah menengah sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki yang juga seorang daripada peserta program berkenaan dipercayai tertembak mangsa ketika cuba menembak babi yang tiba-tiba melintas.

“Polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat,” katanya.

Jantina ditentu ketika lahir

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Zatul Iffah Zolkiply
am@hmetro.com.my

MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina
MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina
KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”
Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.
Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.


Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf kempunan jadi Aleesha




KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.
Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.
“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.
Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya.

Buru buaya ganas

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

SARATOK: Lebih 2,000 penghuni empat rumah panjang dan dua perkampungan di sepanjang Sungai Seblak, Kabong di sini, diarah menjalani perintah berkurung selama lima hari selepas pihak berkuasa membabitkan polis dan tentera menggerakkan operasi besar-besaran bermula semalam bagi memburu buaya ganas di sungai itu.
Arahan pihak berkuasa itu membabitkan penduduk Iban dan Melayu di kawasan berkenaan yang diminta menghentikan semua aktiviti di sungai bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam sehingga Jumaat ini.

Arahan itu bagi melicinkan operasi menangkap kira-kira 60 buaya ganas setiap satu berukuran 2.5 meter dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu.
Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang berkata, larangan turun ke sungai itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin ketika operasi dijalankan.

Menurutnya, arahan perintah berkurung itu dibuat kerana pihaknya bimbang kemungkinan penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi berkenaan akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya dikenal pasti mampu mengancam nyawa.

“Memang kita akui sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk di kawasan itu, tetapi kami berharap sepanjang tempoh operasi, mereka mematuhi arahan supaya menghentikan sementara aktiviti di sungai.

“Jika penduduk mahu keluar ke pekan, mereka boleh menggunakan jalan darat dari Kampung Emplam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan 30 anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Berdasarkan rekod SFC, dianggarkan 300 buaya menghuni sungai berkenaan dan 60 daripadanya berukuran 2.5 meter panjang dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, operasi dilancarkan selepas beberapa kes serangan buaya terhadap penduduk berlaku di sungai berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, susulan itu, penduduk di tebing sungai merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangkap buaya ganas di sungai itu bagi mengelak lebih ramai penduduk menjadi mangsa.

“Operasi dijalankan SFC bermula dari Roban hingga muara Sungai Seblak dan polis serta beberapa agensi lain turut membantu memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang gerakan dijalankan,” katanya.

Wook Kundur dapat tajaan ke Mekah


MESKIPUN jurang usia begitu jauh, pasangan Mohd. Nor dan isterinya, Wook Kundur tetap bahagia.


KUALA TERENGGANU - Tuah ayam nampak di kaki namun tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Bagi Mohd. Nor Che Musa, 40, dan isterinya, seorang warga emas berusia 109 tahun, Wook Kundur tidak menyangka apabila ada pihak yang menaja mereka untuk beribadah di Mekah selama empat bulan tahun ini.
Enggan mendedahkan pihak yang menaja, Mohd. Nor berkata, mereka bersama 14 lagi anggota rombongan dijadual berangkat ke Mekah pada 22 Julai ini.
Mereka akan berada di sana selama empat bulan untuk menyambut Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan mengerjakan haji.
Ketika dihubungi, Mohd. Nor berkata, dia mahu berdoa di hadapan Kaabah supaya ketagihannya terhadap dadah yang membelenggunya hingga kini dapat dihapuskan.


Parut pada wajah Lin makin teruk


PARUT pada wajah Fazlinda kini semakin teruk ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Keengganan kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, untuk memakai topeng tekanan pada wajah telah menyebabkan parut pada mukanya kini menjadi semakin serius.
Pada awal tahun ini, Nurul Dahyatul telah menjalani pembedahan pertama untuk mengurangkan kesan parut pada wajahnya namun, kesan parut yang timbul pada wajahnya kian teruk.
Malah, perubahan itu turut menjejaskan peluang kanak-kanak itu untuk kembali memperoleh wajah seperti sedia kala.
Ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang turut bimbang dengan keadaan itu menjelaskan, dia sendiri seperti hilang ikhtiar untuk mendisiplinkan anak kedua dari empat beradik itu untuk memakai topeng tekanan.
"Lin (panggilan Nurul Dahyatul Fazlinda) cakap topeng itu menyebabkan muka dia rasa perit dan tidak selesa, sebab itu dia jarang pakai alat itu," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu dekat sini semalam.
Kanak-kanak tersebut cedera teruk pada wajah dan badan akibat terkena simbahan asid pada 15 Ogos tahun lalu di rumahnya yang turut mencederakan Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta nenek Lin, Minah Omar, 57.

Risau anak jadi mangsa culik


SITI KHAULAH


KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu membuat laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anak-anaknya, bekas pengikut Al-Arqam, Zawawi Aman semalam sekali lagi membuat laporan polis dan kali ini mendakwa salah seorang anak perempuannya telah menjadi mangsa culik.
Zawawi membuat laporan tersebut selepas dia gagal menemui Siti Khaulah Al Azwar, 17, pada Jumaat lalu di Bandar Country Homes, Rawang.
Dua daripada enam anaknya iaitu Muhammad Najie Najwan, 11, dan Muhammad Mufleh, 10, yang sebelum ini berada di asrama pengikut ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes berjaya dibawa pulang.
Bagaimanapun, isteri Zawawi, Samsiah Yusof, 44, dan tiga lagi anaknya iaitu Nur Samahah, 15, Mariam Al Adzra, 13, dan Muhammad Abdul Bar, 2, masih tidak diketahui nasib mereka, Namun empat beranak itu dipercayai berada di Mekah.

Sunday, July 17, 2011

JANGAN DIBUAT BENDA DILARANG ISLAM...BERANI BETUL LAWAN ALLAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMBERI SEGALANYA PADANYA...

Pasangan Sarah juara Mari Menari

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

BUKIT JALIL: Selepas lima minggu bersiaran, program realiti Mari Menari musim kedua mencapai kemuncaknya apabila pasangan Sarah dinobatkan sebagai juara pada program yang berlangsung di Studio 1, Astro di sini, malam tadi.
Kejayaan pasangan dari kumpulan Ray itu sememangnya sudah dijangka berdasarkan persembahan konsisten setiap minggu serta kedudukan undian tertinggi yang diperoleh sebaik tamat persembahan pada malam sebelumnya. Sistem undian berpandukan pada 100 peratus hasil undian penonton menerusi SMS meletakkan pasangan Sarah Diana Michele Durai dan Shazrul Hudson Ashley Durai sebagai pemenang dengan undian sebanyak 56 peratus.

Pada acara kemuncak yang berlangsung malam tadi setiap peserta dikehendaki menarikan tarian Bollywood, Latin dan Battle (Fusion Dance). Pasangan dari Sabah itu yang menampilkan jurureka tari Alif membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000, pakej penerbangan MUSTWIN Sdn Bhd beserta pakej percutian 4 hari 3 malam di Hard Rock Bali dan Trofi Mari Menari. Sementara pasangan Nita yang mendapat 44 peratus menyusul di tempat kedua dan mendapat hadiah pakej penerbangan MUSTWIN Sdn Bhd serta pakej percutian 4 hari 3 malam di Hard Rock Bali selain Trofi Mari Menari.
Barisan juri profesional yang terbabit dalam Mari Menari musim kedua ialah Joseph Gonzalez, Harith Iskander dan Vanidah Imran. Manakala juri undangan pada malam sebelumnya (16 Julai) ialah Hans Isaac dan malam kemuncak ialah Sofea Jane.

Selain mereka, program Mari Menari musim kedua turut menampilkan lapan lagi peserta iaitu pasangan Faiz, Mizi, Azlin, Bibi, Ummi, Nora, Razman dan Wan. Kemuncak MM terbitan Mohd Noor Firdaus Mahadi dan Norzeha Mohd Salleh bersiaran secara langsung serentak di Astro Ria (Saluran 104) dan saluran khas definisi tinggi (Saluran 188) pada jam 9 malam. Norazian Mohd Zahir bertindak sebagai penerbit eksekutif, manakala Awal Ashaari dan Lisa Surihani tampil sebagai pengacara.

Pasangan Sarah juara Mari Menari 2



PASANGAN Sarah iaitu Sarah Diana dan Shazrul Hudson bersama trofi kemenangan di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Setelah lima minggu berhempas pulas, pasangan Sarah dari kumpulan Ray akhirnya dinobatkan sebagai juara Mari Menari 2 di sini malam tadi.
Pasangan juara yang dianggotai Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, dan Sarah Diana Michele Durai, 32, itu menyingkirkan pasangan Nita iaitu Umar Ali Jening, 20, dan Norny Yusnita Jening, 22.
Dalam saingan itu, kedua-dua pasangan memikul tugasan mempersembahkan tiga tarian menerusi tema Bollywood, Latin dan Fusion Dance.
Bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada pasangan Sarah berdasarkan undian sebanyak 56 peratus berbanding pasangan Nita yang memperoleh 44 peratus undian.
"Kemenangan yang diraih ini cukup bermakna buat kami walaupun berdepan cabaran sengit kerana pasangan Nita juga tampil dengan persembahan yang mantap," ujar Shazrul.

Pasangan khalwat beri alasan siapkan tugasan kolej


PASANGAN pelajar kolej yang ditangkap kerana berkhalwat di sebuah hotel di Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR - Helah sepasang kekasih yang mendakwa terpaksa menyewa hotel untuk menyiapkan tugasan kolej bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) gagal apabila mereka ditahan awal pagi kelmarin untuk siasatan lanjut.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Lencong Barat di sini, pasangan terbabit turut mendakwa mereka baharu sahaja mendaftar masuk hotel berkenaan.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati mereka berdua telah dua malam menginap di hotel tersebut.
Ketua Operasi JHEAIK, Md. Nasir Md. Dali berkata, pasangan dari Alor Setar berusia awal 20-an itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan pejabat agama untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM1,000.
"Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali," katanya di sini semalam.

Guru tidak gentar disaman GISB

KUALA LUMPUR - Bekas pengikut Al-Arqam, Zawawi Aman, 44, menegaskan dia tidak takut disaman oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) berikutan dakwaannya mengatakan mereka bertanggungjawab melarikan isteri dan enam anaknya pada 25 Jun lalu.
Sebaliknya, Zawawi memberitahu, dia akan membuat lebih banyak lagi pendedahan mengenai penyelewengan dalam kumpulan itu demi akidah anak-anak dan isterinya.
"Saya tidak takut disaman kerana saya ada hak ke atas semua anak-anak dan isteri," tegasnya ketika dihubungi semalam.
Tambah Zawawi lagi, dia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membawa ahli keluarganya kembali ke pangkal jalan.
Zawawi berkata demikian sebagai mengulas tindakan GISB yang menafikan dakwaan guru itu.
Ahli Lembaga Pengarah GISB, Zulkifli Awang Kecik, dalam satu kenyataan yang difakskan kepada media semalam berkata, pihaknya meminta Zawawi menarik semula dakwaan atau menghadapi tindakan undang-undang.
"Apa yang didakwa Zawawi tidak benar. Isteri dan tiga anaknya pergi ke Mesir untuk menyambung pengajian manakala tiga lagi anaknya masih ada di negara ini," katanya.



Budak sekolah jadi penyamun



ABDUL RASYID menunjukkan pedang samurai dan beberapa barang berharga lain yang dirampas daripada empat remaja pada sidang akhbar di Kajang semalam.



KAJANG - Keriangan seorang orang kenamaan (VIP) ketika menonton perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan kelab gergasi England, Liverpool terbantut sebaik dimaklumkan rumahnya dimasuki empat pencuri bersenjatakan pedang samurai yang melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM50,000 kelmarin.
Kejadian pukul 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa sedang menonton perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Difahamkan, suspek yang merupakan pelajar kolej, penganggur dan dua pelajar sekolah telah memecah masuk rumah VIP tersebut di Bandar Tun Hussein Onn di sini sebelum mengikat tangan pembantu rumah mangsa dengan tuala.
Polis percaya suspek mengenali mangsa berdasarkan cara mereka memecah masuk ke rumah teres dua tingkat tersebut yang seolah-olah mengetahui selok-belok di dalam premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten komisioner Abdul Rasyid Abdul Wahab berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, empat suspek itu dapat masuk ke rumah mangsa selepas melonggarkan skru pada tombol pintu tepi rumah dengan menggunakan sepana dan pemutar skru.
Katanya, sebaik masuk, suspek telah mengacukan sebilah pedang samurai ke arah pembantu rumah mangsa yang merupakan warga Indonesia sebelum mengikat tangannya dengan tuala.
"Suspek yang seolah-olah telah mengetahui keadaan rumah mangsa, kemudian telah menggeledah bilik dan melarikan jam tangan, dua buah komputer riba, wang RM150, telefon bimbit dan barangan kemas milik VIP tersebut dengan jumlah keseluruhan RM50,000.
"Mereka hanya mengambil masa setengah jam sahaja sebelum melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal yang diletakkan di luar kawasan rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam

BILA KES BUANG ANAK TETAP BERLAKU...ZINA DAN PERKOSA JUGA BEGITU...INI DISEBABKAN TAK IKUT PERATURAN ISLAM..MUSIBAHNYA TANGGUNG SENDIRILAH...

‘Dr kerabat’ kaki temberang

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

TERTIPU ...Kim Soong (kanan) dan remaja yang pernah berurusan dengan Dr terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat.
TERTIPU ...Kim Soong (kanan) dan remaja yang pernah berurusan dengan Dr terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KUALA LUMPUR: Bermodalkan gelaran sebagai kerabat diraja, seorang lelaki menggunakan status itu untuk menipu pemilik sebuah syarikat pembinaan kononnya boleh menyediakan modal permulaan bagi projek terbaru mereka.
Seorang mangsa yang juga bekas pekerjanya, Hew Kim Soong, 49, berkata lelaki yang dipanggil Dr itu meminta dia menjadi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikatnya dengan menjanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, selepas lapan bulan bekerja, dia tidak menerima sebarang bayaran dan lebih malang lagi apabila lelaki itu sering meminjam wang daripadanya untuk menampung perbelanjaan harian.
“Melihat kepada status dan latar belakangnya, saya yakin akan mendapat pekerjaan lebih baik tambahan pula kami hidup berjiran. Ini memudahkan saya berulang-alik ke pejabat yang terletak di rumahnya.

“Malangnya, sudahlah tidak dibayar gaji, duit saya pula yang dihabiskan dengan alasan projek dilaburkan tidak menjadi dan terbatal,” katanya ketika ditemui di Taman Pudu Ulu, di sini, semalam.

Menurut Kim Soong, selepas menyedari ditipu, dia mula menyelidik latar belakang lelaki itu melalui jiran tetangga dan pelanggan pernah berurusan dengannya.

“Hasil daripada siasatan sendiri, saya menemui dua mangsa Dr berkenaan yang mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana terpedaya dengan janji lelaki itu.

“Namun, apa menyedihkan, mereka enggan membuat laporan polis demi menjaga status kerana ada segelintir daripada mangsanya adalah individu berpengaruh memiliki syarikat hartanah dan pembinaan terkenal di negara ini,” katanya.
Katanya, selepas menyiasat latar belakang lelaki itu, beberapa penduduk setempat turut mendakwa lelaki itu gemar memancing kanak-kanak dan remaja ke rumahnya sebelum mencabul mangsa.

“Dia akan memilih kanak-kanak atau remaja lelaki yang ‘ada wajah’ saja sebelum meminta mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu meminta bantuan untuk mencuci kipas angin.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa berada di rumahnya dia bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa dan kebanyakan mangsa sempat melarikan diri,” katanya.

Katanya, bimbang kejadian itu berlarutan, dia akhirnya membuat laporan polis selepas berjumpa dengan jirannya yang turut mengakui taktik digunakan lelaki itu.

Lelaki terkejut jumpa plastik berisi mayat bayi di belakang rumah



KAJANG: Seorang lelaki yang ingin meracun rumput di belakang rumahnya tergamam apabila menjumpai bungkusan plastik mengandungi mayat bayi berulat dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Baru, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.52 pagi itu, lelaki berkenaan melalui kawasan belakang rumahnya dan pelik apabila terhidu bau busuk yang datang dari bungkusan plastik yang terletak berhampiran pintu belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, sejurus menemui bungkusan mengandungi mayat bayi itu, lelaki terbabit terus menghubungi polis.
“Beberapa minit kemudian sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mengesahkan bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi.

“Mayat bayi lengkap bertali pusat itu dipercayai ditinggalkan di belakang rumah berkenaan kira-kira lima hari lalu sebelum dijumpai,” katanya.

Rashid berkata, mayat bayi malang terbabit kini dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan jika sabit kesalahan, hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Isteri tukar kunci rumah diugut tetak



AMPANG: Hanya kerana isteri bertindak menukar kunci mangga jeriji rumah kondominium mereka di Bukit Indah, di sini, tanpa pengetahuannya, seorang suami sanggup memaki hamun dan mengugut mahu menetak isterinya itu dengan parang.
Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu menukar kunci pintu berkenaan selepas suaminya dipercayai tidak pulang ke rumah mereka sejak lebih enam bulan lalu.

Difahamkan, suaminya itu meninggalkan isterinya sendirian di rumah selepas dia bermain cinta dengan seorang wanita lain dan tinggal bersama wanita itu.
Malah, mangsa dikatakan mengalami tekanan perasaan berikutan tindakan suaminya yang sering memukulnya dan berlaku curang di depan mangsa tanpa segan silu sejak mereka berkahwin setahun lalu.

“Marah dengan kecurangan dan sikap tidak bertanggungjawab suaminya itu, mangsa dikatakan bertindak menukar kunci rumah mereka itu selain bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, sebaik suami mangsa pulang ke rumah mereka kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, lelaki itu gagal membuka kunci berkenaan dan tidak boleh masuk ke rumah,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian menghubungi isterinya itu yang sedang bekerja dan bertindak memarahi dan memaki hamun selain menyuruh mangsa pulang ke rumah membuka pintu.

“Mangsa yang sarat mengandung bimbang di apa-apakan suaminya itu enggan pulang ke rumah menyebabkan mereka bertengkar melalui telefon.
“Suami mangsa yang berang dengan tindakan itu mengugut mahu memukul dan menetak mangsa menggunakan parang,” katanya.

Menurutnya, berikutan ugutan suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

‘Tindakan anak bukan derhaka’



KUALA LUMPUR: “Tindakan anak-anak tidak menjamin bapa mereka yang ditangkap khalwat tidak salah dan tidak dianggap derhaka kerana perbuatan bapa mereka itu jelas berdosa di sisi agama” kata pendakwah bebas, Datuk Hasan Mahmud al-Hafiz.
Malah katanya, tindakan itu satu langkah baik untuk memberi pengajaran kepada bapa mereka bahawa pada usia lanjut, menjadi kewajipan kepadanya untuk mengingati mati serta mempertingkatkan amal ibadat.

Beliau berkata demikian mengulas muka depan Harian Metro Sabtu lalu mengenai seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya. Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Balik Pulau baru-baru ini, lelaki 70-an yang bercucu itu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu. Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan dikatakan bersedia menjamin bapa mereka namun keadaan bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya. Anaknya enggan berbuat demikian kerana tidak sanggup menerima wanita itu dan keadaan semakin kecoh apabila lelaki itu membuat keputusan supaya mereka tidak menjaminnya. Hasan berkata, lebih elok bapa mereka dibiarkan meringkuk dalam lokap supaya memberi keinsafan kepadanya malah tiada gunanya mereka membela lelaki itu yang sepatutnya sudah matang dan boleh menilai sendiri baik buruk perbuatannya.
“Tindakan anak itu bertepatan tambahan pula tangkapan bapa mereka bukan disebabkan dianiayai sesiapa. Amat dikesali kerana pada usia sebegitu sepatutnya lelaki itu membuat persediaan untuk berdepan kematian dan bertemu Allah bukan sebaliknya.

“Saya berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua dan jika pada usia lanjut tapi masih lagi bergelumang dosa, dia adalah golongan yang paling rugi,” katanya.

Beliau berkata, dalam hadis nabi juga turut menyebut orang yang paling cerdik dan pintar adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan mengingati Allah.

“Orang yang mengingati mati itulah orang yang sebenarnya hidup manakala orang yang takut kepada kematian diibaratkan sudah mati sebelum mati. Justeru, kita perlu sentiasa takut dengan azab Allah yang bakal diterima kelak akibat perbuatan kita di dunia,” katanya.

Wanita nekad terjun kereta

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

DUNGUN: Seorang wanita nekad terjun dari kereta selepas mendapati dua lelaki yang mendakwa mahu membantunya berniat jahat untuk menyamun beg tangannya dalam kejadian Jumaat lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu terpaksa bertindak demikian selepas mendapati kereta ditumpangkan kedua-dua lelaki berusia 20-an itu membawanya ke sebuah kawasan sunyi di Kampung Pinang Baru, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya berusia 58 tahun menaiki Proton Saga BLM dipandu suaminya juga berusia 27 tahun dari Kuantan, Pahang untuk pulang ke Pulai Chondong, Machang, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 68, Jalan Jerangau-Jabur, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebaik kemalangan itu, dua lelaki yang menaiki sebuah Perodua Kancil dikatakan berhenti di tempat kejadian sebelum mempelawa membantu menghantar ibu mangsa yang cedera ke Klinik kesihatan Bukit Besi.


Mangsa bersama ibunya menaiki kereta itu untuk ke klinik manakala suaminya yang tidak cedera menunggu di tempat kejadian.

Pengusaha butik diperkosa remaja



KAJANG: Seorang pengusaha butik perkahwinan berusia 29 tahun dirogol seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan ketika berurusan di butiknya di Bandar Rinching, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa yang berseorangan di butiknya didatangi lelaki berusia 19 tahun yang kononnya mahu membuat tempahan pakaian pengantin.

“Sebaik masuk ke dalam butik, lelaki itu mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa melucutkan pakaian.
“Mangsa yang tergamam dengan tindakan suspek hanya menurut arahan kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Rashid berkata, sewaktu suspek sedang merogol mangsa, suami mangsa tiba-tiba datang ke butik itu sebelum terkejut dengan perbuatan suspek.

“Suspek cuba melarikan diri sebelum dihalang.

“Suspek yang gagal meloloskan diri diberkas suami mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Dipukul madu

Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

NIBONG TEBAL: “Sebelum ini, hubungan saya dengan madu tiada masalah, malah dia turut menjaga anak sulung ketika dalam pantang.
“Bagaimanapun, selepas mengandung anak kedua, madu saya berubah sikap hingga kami kerap bertengkar dan kemuncaknya pada 9 Julai lalu kami bergaduh di syarikat milik suami,” kata Tina, 38, menceritakan masalah yang dihadapi bersama madunya selain sikap suami sehingga mendorongnya untuk bercerai.

Beliau mendakwa, dalam kejadian yang berpunca daripada masalah anak itu, dia cedera di kepala akibat dipukul madunya.

“Ketika kejadian saya ada di pejabat sebelum suami datang bersama madu. Disebabkan masalah anak, kami bertengkar sebelum berlaku tolak-menolak.


“Ketika suami memegang saya untuk menyuraikan keadaan, madu mengambil kesempatan memukul kepala saya dengan sebatang besi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

ALFATIHAH....PAKAILAH TUDUNG.....WAJIB TUTUP AURAT...BUKAN MASA BERLAKON...PATUH PENGARAH SERTA SKRIP TIDAK PADA ALLAH...INGAT! KITA AKAN MATI...SEBELUM MATI...IALAH TUA...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA....PANDULAH DENGAN CERMAT SERTA JANGAN MEMANDU JIKA KITA MENGANTUK...

Dr Lo’Lo’ meninggal



Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa dari Pas, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang, malam tadi akibat barah dialami dua tahun lalu.
Lo’ Lo’ yang juga anak bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah dilahirkan di Kuala Kangsar, 2 Ogos 1957.

Beliau aktif dalam Dewan Muslimat Pas tetapi sejak 8 Mac 2008, menumpukan perhatian kepada parlimen Titiwangsa selepas menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir.

Solat jenazah Dr Lo' Lo' jam 10.30 pagi
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini.
Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz.
Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

‘Usah buat andaian’

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

ROZITA...dua kali masuk hospital dalam tempoh sebulan.
ROZITA...dua kali masuk hospital dalam tempoh sebulan.
KUALA TERENGGANU: “Saya tak pernah terfikir sampai ke situ,” kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu.
Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih. Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.

Rozita berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dia baru saja pulang daripada penggambaran episod terakhir drama bersiri Anissa yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.
“Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital.

“Ketika hendak mendapatkan rawatan, kaki saya terlalu sakit dan tidak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung abang untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui pada Pertunjukan Peragaan Fesyen Garden Of Bliss oleh butik Klasique dan My Couture di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas pemeriksaan x-ray dilakukan, doktor mendapati ligamen kakinya terkoyak dan dia diberi rehat seminggu serta terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran.

“Doktor kata ia tidak teruk, tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh,” katanya.

Rozita berkata, selepas kecederaan kakinya pulih, pada pertengahan Jun lalu dia sekali lagi terpaksa dirawat ke hospital. “Saya berasa sakit kepala dan sekali lagi mendapatkan rawatan di hospital sama. Selepas pemeriksaan, doktor memberitahu saya menghidap demam kuning dan terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari,” katanya. Ketika ditanya mengapa dia tidak mahu menerima pelawat sepanjang dirawat di hospital, Rozita berkata, dia hanya mengikut nasihat doktor yang mahukannya berehat sepenuhnya. “Bukan semua orang tak boleh melawat saya di hospital kerana ahli keluarga terdekat dibenarkan berbuat demikian. Hakikatnya, saya sakit biasa saja dan menerima rawatan seperti orang lain di hospital, selain mengikut nasihat doktor supaya tidak melakukan sebarang kerja.
“Jika doktor tidak tahu punca penyakit saya memang saya takut juga kerana mungkin ada sebab lain, namun apabila doktor beritahu saya menghidap demam kuning, saya yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, kini saya sudah sihat dan boleh kembali bekerja,” katanya.

Rozita yang menerajui butik My Couture bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom kini meluaskan empayar perniagaannya apabila membekalkan busana untuk wanita sopan rekaan mereka kepada butik Klasique di bandar raya ini.

Pelakon jelita itu turut menafikan andaian sesetengah pihak kononnya dia menceburi bidang perniagaan sebagai persediaan untuk bersara daripada arena seni.

“Saya memang minat berniaga sejak dulu lagi, malah saya juga merancang membuka sebuah butik tahun depan. Pada masa sama, saya masih aktif berlakon,” katanya.

Rozita berkata, rezekinya dalam lakonan tidak putus-putus apabila baru saja selesai membintangi telefilem, Kiah Raya Solo di Perlis dan kini memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod, Biarlah Rahsia.

‘Kakak panggil anak, suami sebelum ajal’

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

REMUK...keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.
REMUK...keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.
MAUT...seorang mangsa nahas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan.
MAUT...seorang mangsa nahas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan.
SERDANG: “Sayu hati saya ketika mendengar kakak memanggil nama suami dan anaknya sebelum suara itu senyap,” kata Nur Effindi Sungip, 17, menceritakan kejadian kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) susur keluar Serdang dari arah Sungai Besi menuju Seremban di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, tiga beranak terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila kereta yang dinaiki 10 bersaudara terbabas sebelum melanggar tiang lampu di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah kakak Nur Effindi, Nur Nazirah Sungip, 20, suaminya yang memandu kereta, Zulkifle Zainul, 29, serta anak tunggal mereka, Muhammed Danish Adam Zulkifle, 2.
Tujuh yang cedera pula ialah Nur Effindi, dua kakaknya, Nur Jumaatul Shuhaida, 24; Nur Atiqah, 19, dua adiknya, Nur Khairuddin, 12, Nurul Ashura, 7, serta dua anak saudaranya, Nur Shahiratul Syafiqa, 4, dan Muhammad Amirul Aiman Muhammad Nuralif, berusia setahun.

Nur Effindi berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga baru pulang daripada menziarahi bapa saudaranya, Ahmad Razli, 40-an, yang sakit tenat di Hospital Pusrawi di ibu negara dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sri Intan, Kajang.

Dia yang berada di tempat duduk sebelah pemandu berkata, sebelum kejadian dia tertidur seketika namun dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Selepas itu, katanya, Proton Wira yang mereka naiki berpusing beberapa kali sebelum semua penumpang dan pemandu kereta berkenaan tercampak keluar.

“Kami bergelimpangan di atas jalan dalam jarak satu meter dari kereta dan saya sempat melihat Muhammed Danish Adam berada di tepi kenderaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
“Walaupun cedera, saya gagahkan diri untuk bangun melihat mangsa lain termasuk abang ipar (Zulkifle yang bekerja sebagai penghantar akhbar) juga sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang di sini, semalam.

Nur Effindi berkata, dia cuba memberi bantuan kepada mangsa lain tetapi tidak berdaya sebelum orang ramai datang membantu dan menghantar mereka ke Hospital Serdang.

Menurutnya, jenazah kakak, abang ipar dan anak saudaranya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Jengka 4, Pahang, selepas selesai bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar sebatang tiang lampu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


MACAM2 STRATEGI....PASAL KES ROGOL..ZINA...CURI ...DLL...HUKUM ALLAH TETAP DINAFI DAN TAK MAHU DIGUNA PAKAI...DUDUK DIBUMI ALLAH NAK...REZEKI ALLAH AMBIK DLL...HUKUM ALLAH TAK NAK...TAU...TAKUT KENA BATANG HIDUNG...TU PASAL LAH....DUTA BAGI USTAZ2 LAH... NI ARTIS.PULAK...TAK TAHULAH... NI AKHIR ZAMAN...

Wujudkan strategi bersepadu atasi rogol

17/07/2011 6:41pm

KUALA LUMPUR 17 Julai — Satu strategi bersepadu bagi menangani kes jenayah rogol terhadap kanak-kanak perlu dibentuk dan ia harus bermula dari rumah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani kes jenayah itu, yang kini membimbangkan, kerana statistik polis menunjukkan tujuh daripada 10 mangsa rogol melibatkan kanak-kanak.
"Masanya sudah tiba untuk seluruh komuniti Malaysia bangun menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek ‘Khidmat Cegah Jenayah dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat’ anjuran syarikat Lions Group di sini hari ini.
Lam Thye berkata, walaupun indeks jenayah menunjukkan penurunan, jumlah kes melibatkan remaja berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun meningkat.
Beliau berkata, perkara ini membimbangkan MCPF dan ia menunjukkan lebih banyak usaha harus dilaksanakan bagi membantu golongan belia dan remaja menangani jenayah. — Bernama

Isteri, anak tercampak



SEREMBAN: “Apabila tersedar daripada kemalangan itu, saya menangis dan terus keluar dari kenderaan untuk mencari isteri dan anak,” kata Che Rusdi Ahamad, 37, suami dan juga bapa kepada dua beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 252.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara berdekatan susur masuk Plaza Tol Senawang, di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, sebaik lorinya berhenti berpusing, isterinya, Dalila Hashim, 40, dan anak, Che Najwan Haniff, 12 bulan, ditemui terbaring tidak bergerak beberapa meter dari kenderaan dipandunya.

“Ketika kejadian, saya berbual bersama isteri yang memangku Najwan di riba sebelum sebuah kereta yang cuba memotong terbabas dan merempuh bahagian depan sebelah kanan lori yang saya pandu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, semalam.
Berikutan itu, lori membawa makanan sejuk beku itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik dan berpusing beberapa kali hingga menyebabkan Dalila dan bayinya tercampak keluar.

“Sebaik lori berhenti berpusing, saya dapati mereka berdua tiada di sisi, ketika itu saya menangis kerana tahu perkara buruk pasti menimpa mereka, terutama mengingatkan anak yang baru berusia 12 bulan.

“Jantung saya seakan-akan terhenti apabila melihat mayat anak dan isteri terbaring dalam keadaan menyayat hati dengan kepala isteri berlumuran darah dan anak saya penuh luka.

“Kini saya kehilangan tiga orang tersayang sekali gus, termasuk bayi yang isteri kandung, namun saya reda menerima ujian Tuhan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Serdang, Selangor selepas menghantar barang sejuk beku ke Melaka.
Sementara itu, anak kedua Dalila bersama suami pertama, Nur Nabila Huda Mohd Amir, 19, berkata dia tidak mengetahui kejadian itu hinggalah ayah tirinya (Che Rusdi) menghubungi menanyakan mahu mengebumikan jenazah ibu mereka.

“Saya pada mulanya tidak memahami apa maksud ayah menanyakan soalan itu, hinggalah diberitahu ibu dan adik meninggal dunia dalam kemalangan.

“Saya yang ketika itu menjalani latihan praktikal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kemudian bergegas ke HTJS,” katanya.

Menurutnya, dia dan tiga beradik yang lain sudah empat tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama ibunya kerana kerap beraya di kampung sebelah bapa.

“Ibu beria-ria mengajak saya serta abang dan dua lagi adik beraya di kampungnya di Segamat tahun ini, namun saya tidak sempat memberitahunya kami bersetuju selepas bapa memberi kebenaran.

“Kebelakangan ini, saya kerap berfikir dan merancang untuk keluar membeli persiapan Aidilfitri bersama-sama, terutama pakaian baru untuk adik (Najwan) kerana kami sangat rapat dengannya,” katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan di kampung Dalila, di Tanah Perkuburan Kampung Kenangan GSA Gemeh, Jementah, Segamat, Johor semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, seorang wanita mengandung lima bulan terbunuh bersama bayi lelakinya berusia setahun selepas tercampak keluar dari lori dinaiki mereka dalam kemalangan.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, Dalila bersama Che Rusdi dan Che Najwan dalam perjalanan menuju ke Serdang selepas selesai menghantar bekalan makanan sejuk beku di Melaka.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati lori dipandu Che Rusdi dipercayai hilang kawalan apabila dilanggar kereta Proton Perdana di laluan sama.

“Keadaan itu menyebabkan lori terbabas ke bahu jalan sebelum kedua-dua penumpang tercampak keluar,” katanya.

Jerit sebelum ajal



SUNGAI PETANI: “Saya dan isteri terkejut apabila Che Su tiba-tiba menjerit memberitahu perut, dada dan tulang belakangnya sakit kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam), tetapi 30 minit kemudian dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.”
Begitu kata Md Isa Tahir, 54, bapa kepada seorang ibu tunggal yang meninggal dunia dipercayai selepas menelan pil untuk kelihatan lebih berisi yang dibeli dari sebuah kedai menjual ubat tradisional dan kosmetik di bandar ini, Khamis lalu.

Mangsa, Che Su Md Isa, 29, mati selepas seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi panas dan lumpuh ketika di rumahnya di Taman Arked, di sini, sebelum paramedik dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dipanggil bagi mendapatkan bantuan, namun gagal.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu yang bekerja di sebuah kilang plastik di Kawasan Industri Bakar Arang, di sini, dipercayai menelan dua jenis pil mengandungi steroid pada Khamis lalu selepas membelinya dari kedai berkenaan.

Md Isa berkata, dia tidak menyedari anak perempuannya mengambil pil berkenaan, malah juga tidak dimaklumkan bahawa Che Su memakannya, tetapi terkejut apabila arwah mengadu sakit perut dan badan menjadi panas dan lumpuh seluruh tubuh pada malam kelmarin.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kesengsaraan anaknya apabila pulang dari tempat kerja jam 7.30 malam selepas melihat isterinya menyapu tubuh anaknya dengan air.

Katanya, ketika itu isterinya mendapati badan Che Su semakin panas dan walaupun pelbagai cara diusahakan, keadaan panas masih tidak kurang, malah semakin teruk.

“Seluruh kaki dan tangannya juga lumpuh, dia tidak boleh bergerak. Namun jam 2 pagi (semalam) Che Su mengejutkan seluruh ahli keluarga apabila dia menjerit sambil mengadu sakit perut, dada serta tulang belakang.
“Keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila setengah jam selepas itu dia terus senyap, malah ketika ambulans tiba untuk membawanya ke HSAH, Che Su disahkan meninggal dunia.

“Saya dan isteri juga terkejut apabila darah mula keluar dari lubang dubur Che Su dengan banyak, menyebabkan mereka terpaksa memakaikan lampin pakai buang bagi menahan darah keluar tanpa henti sebelum membawanya ke Jabatan Forensik HSAH,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, dia percaya anaknya mungkin memakan pil berkenaan di kilangnya pada malam Khamis lalu kerana ia hari terakhir bekerja syif malam, disebabkan Che Su tidak membawa pulang pil itu di rumah, menyebabkannya tidak menemuinya.

Sementara itu, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Umi berkata, sebelum ini arwah kakaknya pernah menunjuk serta mengajaknya mencuba pil gemuk itu, namun dia enggan kerana pil itu pelik selain bimbang memudaratkan kesihatan.

Katanya, selepas itu dia tidak tahu sama ada kakaknya mengambil pil itu atau tidak, malah dia juga tidak tahu di mana kakaknya membeli pil terbabit hinggalah pagi semalam selepas rakan arwah memberitahu ia dibeli di sebuah kedai menjual ubat tradisional dan kosmetik di Sungai Petani.

“Menurut rakan kakak, tiga jenis pil berkenaan dibeli pada harga RM5 untuk satu set, tetapi saya tidak tahu berapa lama arwah mengambilnya kerana dia (Che Su) tidak pernah memberitahu kami sekeluarga.

“Saya tidak tahu kenapa kakak perlu mengambil pil berkenaan sedangkan badannya tidaklah terlalu kurus. Saya dan keluarga juga terkejut ketika dibedah siasat, darah di dalam tubuh kakaknya tiada dan hanya tinggal sedikit di dalam ususnya.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan melakukan siasatan dengan mengambil contoh pil berkenaan bagi dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisis.

Tinjauan Metro Ahad juga mendapati kedai berkenaan yang menjual pelbagai ubat dan jamu tradisional serta kosmetik dari negara jiran, beroperasi sejak setahun lalu dan menjadi tumpuan golongan wanita tempatan dan warga asing.


Kren hempap stesen KTMB



KREN serta besi tiang papan iklan gergasi jatuh merentangi landasan di stesen KTMB Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melalui Stesen Kuala Lumpur di Jalan Sultan Hishamuddin semalam mengalami gangguan berikutan insiden kren terbalik di platform stesen itu.
Kejadian pukul 12.44 malam kelmarin itu melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang berhampiran platform empat stesen itu.
"Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh melintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform empat, tiga dan dua menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui dan hanya platform satu yang boleh digunakan," kata KTMB dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tiada sebarang kemalangan jiwa termasuk pengendali kren dilaporkan tetapi kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel rosak akan dilakukan sehingga Isnin ini.
KTMB turut menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.


Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan

17/07/2011 3:21pm


ZULKIFLE ZAINOL


KUALA LUMPUR — Tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.
Tujuh orang lagi yang turut menaiki kenderaan tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban, cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd Razak Elias kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, Zulkifle Zainol, 29 dan anaknya Mohd. Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan. — Bernama

Lelaki cedera parah jatuh pokok

17/07/2011 6:38pm

MARANG — Seorang pemungut madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari pokok yang dipanjatnya untuk mengambil madu di Kampung Kelubi, Tok Fakir, Merchang di sini petang semalam.
Mangsa, Khairul Mat Tahir, 24, dari Kampung Pasir Puteh, Merchang, cedera parah di bahagian pinggang setelah terjatuh pada ketinggian 35 kaki dari pokok yang dipanjatnya kira-kira pukul 1 petang semalam.
"Mangsa dikatakan ingin mengambil madu lebah yang bersarang di atas pokok akasia magium setinggi 40 kaki.
"Bagaimanapun, difahamkan beliau kehabisan tenaga ketika sampai di ketinggian 35 kaki, lalu jatuh mengelongsor mengikut batang pokok berkenaan,” kata Pengerusi Koperasi Madu Lebah Terengganu Bhd (Kopemat), Ibrahim Ismail kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat yang dihuhungi mengambil masa yang agak lama untuk sampai di tempat kejadian kerana tidak dapat mengesan lokasi mangsa jatuh.
Manakala rakannya tidak berani keluar meminta pertolongan kerana bimbangkan mangsa bersendirian di kawasan itu.
Beliau berkata, mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4 petang serta dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan. — Bernama

Awie dilantik duta remaja PSIP



AWIE (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada pelatih Pusat Latihan
Khidmat Negara selepas dilantik sebagai Duta Remaja di kompleks PSIP, Ipoh semalam.



IKON. Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau Awie dilantik sebagai Duta Remaja sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).Yang Dipertua PSIP, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor berkata, melalui pelantikan Awie, pertubuhan itu berharap penyanyi rock terbabit akan terus menghiburkan masyarakat sambil menyampaikan nilai murni sekali gus meningkatkan kesedaran di kalangan remaja.Dalam pada itu, Awie berkata, dia akan membantu PSIP dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang bagi menarik golongan remaja Melayu menjadikan Islam sebagai pegangan hidup yang sempurna.




LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

REZEKI DARI KERJA HALAL ITU BOLEH DIKATAKAN REZEKI....DARI KERJA HARAM BUKAN REZEKI...ITU DIPANGGIL ISTIDRAJ

Cris terkejut

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

CRIS... diberi peluang. — gambar dari Facebook
CRIS... diberi peluang. — gambar dari Facebook
KUALA LUMPUR: “Saya tidak cantas sesiapa. Mungkin ia ditakdirkan sebagai rezeki saya,” kata pelakon baru, Cristina Suzanne Stockstill, 26.
Sebelum ini, beberapa laman web sosial mengaitkan namanya yang lebih dikenali sebagai Qistina Cempaka, memintas pelakon jelita, Diana Danielle untuk mendapatkan watak utama, Mia Sarah dalam telefilem berjudul Sentuhan Isabella.

Menurutnya yang lebih selesa disapa Cris, dia tidak pernah berniat mahu memintas sesiapa, tambahan pula statusnya sebagai pendatang baru, dia lebih gemar bersaing dengan pelakon yang lebih popular daripadanya.

“Saya benar-benar terkejut apabila ada cerita mengatakan saya cantas Diana untuk watak itu. Sebenarnya, watak berkenaan diberi kepada saya oleh pengarah telefilem berkenaan berikutan Diana harus menjayakan produksi lain dan tiada masa untuk memberi komitmen dengan watak itu.


“Pada mulanya, saya tidak menyangka diberi watak itu kerana ia watak berat. Lebih-lebih lagi, watak berkenaan dikhaskan untuk Diana. Saya juga tidak yakin dapat membawa watak itu.

“Namun, kerana Diana tidak dapat memberi tumpuan, saya diberi peluang membawanya. Malah, ketika membawa watak itu, saya menerima tunjuk ajar daripada pengarah supaya dapat melakukannya dengan baik.

“Bagaimanapun, Diana masih berlakon dalam cerita itu. Cuma, watak diberi lebih mengikut kesesuaian jadualnya yang padat. Jadi, tidak timbul isu saya pintas sesiapa.

“Diana turut memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk memberi lakonan yang baik,” katanya.

Bagi pengarah filem berkenaan, Osman Ali, dalam perkara itu tidak wujud siapa mencantas siapa untuk mendapatkan watak utama.

Menurutnya, dua watak utama yang dipegang oleh Julia Ziegler dan Cristina diberi mengikut kesesuaian watak dan masa.

“Cristina turut mengikuti ‘casting’ yang diadakan. Sejak itu, saya melihat dia mampu membawa watak itu. Bagaimanapun, ketika itu saya melihat ia lebih sesuai diberi kepada Diana.

“Namun, Diana ada sedikit masalah apabila terbabit dengan beberapa projek lain. Jadi, saya beri peluang itu kepada pendatang baru dalam dunia seni ini.

“Lagipun, saya melihat Cristina mempunyai pakej untuk menjadi pelakon bagus. Dia juga ada bakat besar dalam bidang lakonan dan jika diberi peluang, saya pasti dia mampu berdiri sebaris pelakon popular lain,” katanya.

Terpaksa lari malam



KAHERAH: Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.
Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.
Menurutnya, sepanjang tempoh ‘berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.

“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan.

“Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.

“Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar,” katanya.
Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.

“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.

“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab... saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri... maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu. Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.

Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.

“Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman.

“Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya untuk tujuan kebatinan,” katanya.

Ibu rayu anak pulang segera

CHUKAI: Seorang ibu, Che Engku Esah Che Engku Abas, 60, merayu anak lelakinya Che Engku Nasuha Che Engku Yahya, 32, yang meninggalkan rumah sejak tiga tahun lalu supaya pulang segera ke pangkuan keluarga.
Che Engku Esah berkata, sebelum ini anaknya dikatakan bekerja di kilang papan di Taiping, Perak dan kali terakhir pulang ke rumahnya di Felda Cerul Dua, di sini, pada Disember 2008 untuk menghadiri perbicaraan satu kes di Mahkamah Majistret Kemaman.

Katanya, selepas kembali ke rumah beberapa hari, anaknya pulang semula ke tempat kerjanya di Taiping dengan membawa semua dokumen penting dirinya, termasuk sijil sekolah dan album, tanpa memberitahu tujuan sebenar berbuat demikian.
“Saya hairan melihat anak membawa semua gambar dan dokumen diri bersamanya dan apabila ditanya untuk tujuan apa, dia hanya berdiam,” katanya ketika ditemui Metro Ahad semalam.

Menurutnya, kini hampir tiga tahun anaknya tidak menjenguk dia sekeluarga di kampung dan sepanjang tempoh itu juga Che Engku Nasuha tidak dapat dihubungi.

“Setelah gagal menghubunginya, kami sekeluarga ke tempat kerjanya di Taiping untuk bertemunya berdasarkan alamat diberikan dulu, namun kami terkejut apabila dimaklumkan penyelia di situ yang anak saya berhenti kerja lebih sebulan lalu dan berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, sepanjang pengetahuannya dia dan anaknya tidak menghadapi masalah keluarga atau perselisihan faham setelah suaminya meninggal dunia lebih tiga tahun lalu dan sudah dua tahun mereka beraya tanpa kehadiran anak kelima daripada 10 beradik yang masih bujang itu.

“Saya merayu dan memohon Che Engku Nasuha pulang segera kerana terlalu merinduinya, ditambah lagi saya sekarang uzur, selain menyelesaikan satu kes mahkamah mengenai pembahagian harta pusaka di kampung.
“Saya dimaklumkan oleh pegawai yang menguruskan kes harta pusaka itu, jika anak saya tidak pulang atau tidak mendapat maklum balas daripadanya dalam masa tiga bulan, perbicaraan kes berkenaan akan tetap diteruskan tanpa kehadirannya.

“Saya mulai bimbang mengenai keselamatan anak saya lalu membuat laporan di Balai Polis Kuantan, Pahang dan merujuknya di Balai Polis Chukai pada 8 Oktober tahun lalu setelah gagal menghubungi serta berusaha mencarinya di Kuala Lumpur,” katanya sambil berharap orang ramai yang ada maklumat berkaitan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman di talian 09-8592222.

Perkahwinan anak hambar


KamariYA menunjukkan kad jemputan dan laporan polis terhadap penganjur perhimpunan Bersih yang telah menjejaskan majlis perkahwinan anak perempuannya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Walaupun perhimpunan haram di ibu kota telah berlalu seminggu lalu, namun peristiwa itu masih menghantui seorang ibu yang dirundung perasaan sedih dan pilu.
Impian Kamariya Rejab, 58, untuk melihat majlis perkahwinan anak tunggalnya disambut meriah tidak kesampaian apabila kurang separuh daripada 3,000 tetamu jemputan tidak dapat hadir.
Ini berikutan kesukaran tetamu untuk sampai ke rumah pengantin di Kampung Pandan di sini apabila pihak polis telah menutup beberapa batang jalan di ibu negara bagi menangani perhimpunan haram itu.
Kamariya mendakwa mengalami kerugian hampir RM45,000 apabila sajian makanan dan cenderahati untuk tetamu terbiar gara-gara perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.
"Makcik jangkakan paling kurang 2,000 tetamu akan hadir, namun hanya kira-kira 1,000 tetamu sahaja yang datang dan mereka terdiri daripada jiran sekeliling," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, bukan hanya tetamu dari Kuala Lumpur dijemput malah dari Singapura dan seluruh negara turut diundang bagi memeriahkan perkahwinan anak perempuannya, Nor Rehan Jaharudin, 29.
Kamariya yang bekerja di Singapura sejak 20 tahun lalu, mengecam tindakan penganjur perhimpunan itu kerana baginya keadaan di Malaysia sudah aman dan damai.
Kejadian itu juga membuatkannya tidak sihat sehingga kini kerana perhimpunan haram itu telah menjejaskan hari bahagia buat anaknya dan keluarga. - Bernama

decrease font sizeincrease font size


"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia, " kata Kamariya Rejab, 59, yang kecewa majlis perkahwinan anak tunggalnya kurang menerima kehadiran jemputan kononnya kerana Himpunan Aman Bersih 2.0, Sabtu lepas.

Sambil menyalahkan Anwar kerana Himpunan itu, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian untuk menyaman penganjur himpunan kerana kerugian RM45,000 ekoran kurang tetamu hadir.
Daripada 3,000 tetamu jemputan, hanya 1,000 orang hadir, maka rugi lah..., katanya yang mengadakan kenduri anaknya Rehan Jaharudin, 29, dengan Dzulfikar Mahtar, 29, di Desa Pandan, Kampung Pandan.
"Ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan," katanya.
"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, sedih kerana hanya jiran di Desa Pandan yang datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu," katanya yang jelas tidak redha  dengan apa yang berlaku.

BERSIH pada hakikatnya telah rencanakan lebih enam bulan lepas.



 

Salam Semua Fikir-fikirkanlah apakah matlamat sebenar. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan jagalah diri, isteri dan anak-anak perempuan kita semoga kita semua sentiasa dilindungi, redhai and dirahmati oleh Allah S.W.T. Amin. InsyAllah. As Salam Para Muslimah dan Pemegang Amanah Para Muslimah (Ayah, Suami, Adik-Beradik Lelaki, Anak-anak Lelaki) ** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar. Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang ! Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..! Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ?? DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!! 
Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat (gambar hiasan) KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA 1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik.. 2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ? 3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela.
Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya.. 4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..? 5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: 

Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu... Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Muslimah Kah Itu ? Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa kering itu bukan sahaja datang dari wanita –wanita kafir, tetapi disebabkan oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. Istighfar ! MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik Saya ingin mengajukan anda satu persoalan. Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia menutup aurat mereka dengan sempurna ? Bayangkan ini: Semua tahu solat itu tiang agama. 

Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh...? Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan kebenaran itu. 
Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat lima waktu tanpa melengah-lengahkan masa ? Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat ? Aplikasi teori di atas: Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...? Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ? Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ? Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan. Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari. 
Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala ? Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan. Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..." Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. 
Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat. Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan. Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. 

Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar. Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat. * maaf, perkataan sedikit kesat.........................​..............................​ .. Stupidity #1 Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudungApa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik. Stupidity #2 Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . 

Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok. Stupidity #3 Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. 
Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas ! Stupidity #4 Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Stupidity #5 Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. 

Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah ! Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti. Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri. Renung-renungkan. Selamat beramal. Trend Bermegah-Megah Dengan Kecantikan Di Kalangan Muslimah Tudung baru ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju kurung corak istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek dengan 'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' yang comel dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah imej Muslimah yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. Tidak puas untuk sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu dimuat-naik ke laman sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh rakan-rakan dan pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat lantas membuatkan diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya. (Gambar Hiasan) Semakin ghairah golongan Muslimah mempertontonkan kecantikan mereka, maka semakin hilanglah hikmah dan pesona kebaikan di sebalik tujuan sebenar menutup aurat ( Hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh Islam. 

Situasi bermegah-megah dengan kecantikan ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang berasaskan elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah yang dijalankan secara full-time ataupart-time, seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer) Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan. Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya. Perlu wanita-wanita Islam sedari bahawa Hijab itu adalah lambang kemuliaan. 

Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat. Inilah yang membezakan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita JAHILiah kerana wanita JAHILiah, tatkala mereka keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih cantik dari wanita yang lain. Mengejar pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka. Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. 

Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka. Tujuan memakai busana Muslimah (tudung, baju kurung, jubah) sudah lari dari tujuan asalnya. Tidak percaya ? Lihat sendiri di tempat kerja, majlis keraian dan kenduri kahwin. Hari ini, kita dapat menyaksikan pelambakan fesyen baru tudung dan pakaian Muslimah serta kewujudan butik-butik Muslimah moden tumbuh pesat bagaikan cendawan. Adakah fenomena ini benar-benar berasaskan matlamat memelihara aurat dan melahirkan seorang Muslimah yang memiliki sifat malu, rendah diri dan penuh kesederhanaan ? ATAUPUN fenomena fesyen Muslimah sekarang ini lebih bersifat trend untuk kelihatan mempersona dan bergaya di hadapan masyarakat yang lebih berpaksikan amalan ingin menunjuk-nunjuk kecantikan ? ..............................​.... Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part 2) Nasihat: Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun mampu dibeli. Ingatlah bahawa, lengan wanita itu aurat. So, ia wajib ditutup dengan baju lengan panjang yang 'lapang' BUKANNYA dibalut dengan 'legging tangan' yang ketat. T-shirt lengan pendek pakai di rumah sahaja... Nasihat: Wahai wanita Islam di luar sana, tidak kira betapa cantik dan jelitanya kamu, jangan kamu sesekali bersolek melampau dan berfesyen melebihi kesederhanaan seorang Islam. Pakaian Muslimah BUKAN untuk dipertanding dan dipuja-pujakan...sebaliknya untuk mencari kemuliaan dan kesederhanaan.. Kesilapan besar: Memakai tudung untuk menutup rambut itu satu pahala. 

Masalahnya pada masa yang sama mereka memakai seluar jeans yang SENDAT menampakkan alur bentuk dari betis ke punggung ke sana ke mari, menggoda nafsu lelaki. Fesyen Islamik dan fesyen SEKSI MENGIURKAN haram digabungkan. Nasihat: Kalau kemaruk nak pakai jeans jugak, belilah jeans design lelaki. Jeans lelaki selalunya lebih lapang...takkan tiada langsung seluar yang loose di pasaran...? Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1) Kesilapan besar: Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ? Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam. Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...? Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang. Nasihat: Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung... Tak payah menggatal nak pakai skirt...! ..............................​..............................​..............................​ ....... Kesilapan besar: Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family, pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang telanjang... Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai makcik-makcik di luar sana ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya.. ..............................​..............................​ ......................... Kesilapan besar: Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama seluar jeans ketat. Nasihat: Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1..... Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2... ..............................​..............................​..............................​ ........... Kesilapan besar: Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tidak cover punggung sepenuhnya. Kesannya, bagi sang lelaki peluang tengok bentuk punggung mereka dengan percuma.. Nasihat: Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!! ..............................​..............................​..............................​ ..................... Kesilapan besar: Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam... Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr seluar mandi yang lebih tebal...? Ini bukan suatu yang membanggakan.....Istighfar ! Istighfar ! ..............................​..............................​..............................​ ............... Kesilapan besar: Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING ketat..??? Istighfar...... ..............................​..............................​..............................​ ........................... Kesilapan besar: Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar. Nasihat: Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah labuh menutup ke paras bawah punggung. ..............................​..............................​..............................​..............................​ .. Kesilapan besar: Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak punggung demi menarik perhatian lelaki. PELIK. Nasihat: Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas duduk atau membongkok di mana sahaja. Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !) 

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.Sabda Rasulullah s.a.w. : "akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ?? Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman. ..............................​..............................​..............................​ ....................... Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang PELIK untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal: 

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..? 

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik... 

3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!

4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif.. 

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.. 6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar.. 7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain... 8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan.. 9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman.. 

10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene.. 

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu.. Apa macam ? PELIK tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ? ..............................​..............................​..............................​ ........................... Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini. 

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ? 

2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ? 

3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ? 5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ? 6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ? 

7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ? Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. 

Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks. 

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi ..............................​..............................​..............................​..............................​ ..... TUDUNG TETAPI KAIN BELAH Golongan sebegini, kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung tetapi seksi ? Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka. TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT Golongan sebegini gemar memakai T-shirt yang sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas dari luar. Apa gunanya bertudung jika begitu ? Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh lelaki bukan muhrim. TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak tembus dari luar. 

Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ? Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam. TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT Golongan sebegini gemar menempah dan memakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul 'just nice' mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. 

Apa gunanya bertudung ? Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah. TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung jika berpakaian merangsang nafsu pada masa yang sama ? Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki. TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING Kontras paling PELIK zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ? Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar. TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT, SINGKAT DAN KETAT. APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ? Setelah Membaca Blog Ini, Insyaallah Saya Akan Menegur Dan Memastikan Ahli Keluarga, Isteri Dan Anak Perempuan Saya Tidak Akan Memakai Jeans Sendat, Baju Singkat, T-Shirt Sendat dan Leggings Di Khalayak Ramai Demi Maruah Mereka Bantu Kempen Ini ! http://wanitamelayuseksa.blogs​pot.com/ ........................... ....................... ............................. ..............................​........ ..............................​ ........
Jom Berdakwah Kami Antara Penyokong Mesej Yang Disampaikan Blog Ini Psikologi Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, tetapi mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 'terus-terang'.Namun, motifnya satu iaitu untuk MENDESAK wanita-wanita Islam menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan. Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet. Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca jelas dan faham akan mesej yang cuba diperjuangkan blog ini dan untuk membuktikan bahawa penyakit aurat ini adalah benar-benar berlaku di dalam masyarakat Islam. 
Dari segi kebekersanan penyampaian mesej pula kita tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah lebih mudah difahami dan diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran. (بَلِّغُوْا عَنِّي وَِلَوْ آيَة) - رواه البخاري Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku walaupun hanya sepotong ayat”. (H.R. Bukhari) AsSalam, Jom bykkan baca doa ini Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda: 
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih. 
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya. 
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. 
7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. 
8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. 
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan 
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : 
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki. 
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. 
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya. 
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas. 
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang. 
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya. 
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta. 
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya. 
By: Mohamad Nasir


Apa itu ISTIDRAJ?

Murah rezeki: Lambang KeredhaanNya atau KemurkaanNya?
Assalamualaikum....
ADAKAH ORANG YANG ALLAH BERI KUASA, DIA GUNA UNTUK ANIAYA ORANG YANG BEKERJA DENGANNYA JUGA DIKIRA SEBAGAI ISTIDRAJ?


Utk dikongsi bersama.....
ISTIDRAJ


Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud
, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Apa itu ISTIDRAJ?

Murah rezeki: Lambang KeredhaanNya atau KemurkaanNya?
Assalamualaikum....
ADAKAH ORANG YANG ALLAH BERI KUASA, DIA GUNA UNTUK ANIAYA ORANG YANG BEKERJA DENGANNYA JUGA DIKIRA SEBAGAI ISTIDRAJ?


Utk dikongsi bersama.....
ISTIDRAJ


Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud
, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.