Wednesday, July 27, 2011

ZINA NI DILARANG..JIKA KITA LEPAS HUKUM ALLAH DENGAN REJAM ATAU 100X SEBATAN...TAPI PENYAKIT YANG BOLEH BAWA KEMATIAN DAN MALU SELURUH KELUARGA...OLEH ITU JAUHI ZINA...NIKAHLAH WALAU PUN BERMADU ITU LEBIH BAIK DARI BERZINA...TAK BERI PUN MEREKA DAH BERZINA ATAU DAH KERAP BERZINA...ADAKAH KITA NAK MENANGGUNG DOSA BESAR INI KERANA MELARANGNYA KAWIN....

Lepas tumpang kebas suami

Oleh Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor, Ahmad Isyafiq Mad Desa dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.
TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.
BANTING: “Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas,” rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.
Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.

“Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.
“Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

“Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.

“Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.

“Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu,” kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.

Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.
“Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,” katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Padah berganda pulang lewat

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

AMPANG: Malang berganda apabila bukan sahaja tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah oleh keluarganya, malah seorang lelaki menjadi mangsa samun enam lelaki dalam kejadian di padang Taman Seraya, di sini, menyebabkan kerugian RM5,000 , Ahad lalu.
Lelaki berusia 21 tahun itu pada mulanya keluar berjumpa rakan dan pulang ke rumah agak lewat malam menyebabkan dia tidak dibenarkan masuk.

Berikutan itu, dia yang tidak tahu ke mana hendak pergi mengajak rakan lain melepak di padang taman perumahan berhampiran hingga pagi.
Bagaimanapun, kira-kira jam 4 pagi itu, ketika leka berbual tiba-tiba datang enam lelaki tidak dikenali bertanya tujuan mereka berada di taman itu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memberitahu bersembang bersama rakan kerana ibu bapanya tidak membenarkannya masuk rumah kerana lewat pulang.

“Alasan mangsa itu tidak diterima kumpulan lelaki terbabit dan mendakwa dia berbohong.

“Namun, mangsa menafikan berbohong dan menegaskan alasan itu benar dan bukan mereka-reka cerita,” katanya.

Sumber berkata, seorang daripada lelaki itu sekali lagi memberitahu mereka tidak percaya dan menuduh mangsa dan rakannya ingin menyamun kerana sejak kebelakangan ini banyak kes samun berlaku di kawasan itu.
“Belum sempat menafikan dakwaan itu, mangsa ditampar beberapa kali oleh seorang daripada lelaki terbabit menyebabkan rakannya terkejut dan melarikan diri.

“Malah, mangsa yang duduk kemudian dipegang lelaki terbabit dan memukulnya menggunakan rantai besi sementara rakan lelaki terbabit memukul kepala mangsa dengan objek keras hingga cedera,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, semua lelaki terbabit mengambil rantai emas, wang tunai RM200, telefon bimbit dan membawa lari motosikal mangsa.

“Kumpulan terbabit melarikan diri dan membiarkan mangsa keseorangan yang cedera di kepala dan badan.

“Mangsa pergi ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kes selesai luar mahkamah

KUALA LUMPUR – Saman terhadap kerajaan oleh seorang suri rumah yang gambarnya dipaparkan dalam rakaman video semasa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006 diselesaikan di luar mahkamah semalam.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu di Mahkamah Tinggi di sini dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak.
Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd. Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) dan kerajaan selaku responden.
Mohd. Dzulfatah didakwa membuat rakaman itu ketika Hemy Hamisa sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian.
Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Terdahulu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Hemy Hamisa memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden iaitu kerajaan.
Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya.

Dua juta dijangkiti hepatitis B, C



UJIAN darah adalah cara untuk mengesan hepatitis. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap risiko penyakit hepatitis B dan C yang mempunyai risko kematian yang tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati masih rendah walaupun jumlah penghidap dianggarkan hampir dua juta orang.
Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, hasil kajian Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), seramai 1.4 juta adalah penghidap hepatitis B manakala lebih 560,000 lagi atau dua peratus daripada penduduk Malaysia dijangkiti hepatitis C kronik yang lebih berbahaya.
Jumlah pesakit itu bersamaan dengan tujuh peratus penduduk Malaysia.
Beliau berpendapat, bilangan pesakit yang ramai disebabkan kealpaan orang ramai yang hanya mahu melakukan pemeriksaan kesihatan apabila timbul tanda-tanda dijangkiti penyakit berkenaan.
"Orang ramai lebih takut kepada virus HIV walaupun pada hakikatnya virus hepatitis B dan C lebih mudah dijangkiti, sama ada melalui jarum suntikan, hubungan seks mahupun melalui ibu kepada bayinya yang baru lahir.

Pemandu maut dihimpit treler



ANGGOTA penyelamat mengusung mayat Mohd. Erwadi yang dihimpit trelernya sendiri di Jalan Farlim, George Town kelmarin.



GEORGE TOWN - Seorang pemandu treler maut tersepit selepas kenderaan yang dipandunya itu bergerak dan mengheretnya di Jalan Farlim di sini malam kelmarin gara-gara terlupa menarik brek tangan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohd. Erwadi Othman, 32, dari Ipoh, Perak dipercayai berada bersebelahan treler tersebut sebelum kenderaan itu bergerak dan mengheretnya.
Mangsa yang sempat meraung meminta pertolongan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah kerana tersepit manakala beberapa pemandu yang cuba memberi pertolongan pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana sukar membantu.
Menurut rakan sekerja yang juga kelindan treler itu, Budiman Abdul Kadir, 30, mangsa pada mulanya memisahkan bahagian kepala dan badan treler untuk mengisi minyak.
"Badan treler ditinggalkan di tepi jalan sebelum dia kembali untuk menyambungkan kepala treler tapi ketika turun, treler berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke depan.

Denda RM400 dera kucing

PETALING JAYA - Seorang penjaja wanita, Chow Xiao Wei, 21, didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada 19 Februari lalu.
Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti tiga ekor kucing antara pukul 4.25 hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan dekat sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM400 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Sebelum ini, video yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian dimuat naik di laman sosial Facebook tersebar luas menunjukkan tertuduh menzalimi kucing berkenaan.


Kejutan menaikkan toman gergasi



YONG (kanan) menunjukkan ikan toman gergasi yang berjaya dinaikkan di tasik Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka semalam.


BESAR. Seorang pemancing yang mahu dikenali sebagai Ah Yong tidak menyangka kunjungan ke tasik Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka petang kelmarin berakhir dengan kejutan.
Yong yang kerap memancing di tasik itu, mendapat habuan terbesarnya setakat ini apabila dia berjaya menaikkan ikan toman gergasi seberat hampir 19 kilogram.
Dia berjaya menarik perhatian ikan itu hasil penggunaan teknik pelampung dengan umpan anak ikan keli hidup.



Dipenjara kerana jangkiti wanita dengan HIV





DARLASTON, Britain - Seorang lelaki yang sengaja menjangkiti dua wanita dengan virus HIV dan dipercayai menjangkiti tujuh wanita lain, kini dipenjara selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki warga Zimbabwe itu, Nkosinati Mabanda, 44, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Mahkota Wolverhampton, Britain selepas dia mengaku bersalah kerana memudaratkan orang lain.
Seorang mangsanya mendapat tahu Mabanda menghidap HIV selepas membaca mesej telefon bimbit Mabanda yang dihantar oleh tunang lelaki itu.
Dia kemudian menghubungi tunang Mabanda dan dinasihatkan supaya menjalani ujian HIV oleh wanita berkenaan.
Mangsa yang disahkan menghidap HIV bertindak melaporkan Mabanda kepada polis pada 2009.
Ketika dia ditangkap lelaki tersebut mengaku melakukan hubungan seks tidak selamat bersama tujuh wanita lain.
Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
Seorang wanita lain kemudian tampil membuat aduan terhadap Mabanda selepas melihat wajahnya di akhbar tempatan berhubung kes berkenaan.
Mangsa kedua yang berasmara dengan Mabanda selepas dia diikat jamin memberitahu, lelaki itu tidak memaklumkan kepadanya bahawa dia menghidap HIV. - Agensi

Hot dog paling mahal di dunia



GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu.


BROCKTON, Amerika Syarikat - Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.
Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.
Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.
Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. - Agensi.

Poligami

Poligami ikut syarak, adil jamin bahagia
Oleh Asyraf Ismail

2010/05/25

Tidak patuhi syarat ditetapkan Islam punca pandangan negatif masyarakat

POLIGAMI, adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi.

Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)
Penulis tidak ingin membincangkan lebih lanjut syarat itu secara khusus, namun ingin membawa pembaca melihat kepada realiti semasa atau permasalahan semasa berkaitan poligami.

Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat memandangnya begitu. Masyarakat sering dihidangkan dengan pelbagai adegan dan pemasalahan konflik poligami sama ada secara realiti atau lakonan di kaca televisyen.

Realitinya, masyarakat sering dihidangkan dengan keluarga poligami yang berpecah belah, tidak adil, isteri ditinggalkan, anak-anak terbiar dan sebagainya. Lakonan filem dan drama tidak kurang membuat paparan serupa malah lebih hina lagi apabila ia dijadikan bahan jenaka. Salahkah masyarakat berfikiran begitu? Mungkinkah jika mereka diberi hidangan yang lain mengenai poligami, maka mereka akan berubah fikiran?.

Pengamal poligami kebanyakannya bukanlah mereka yang layak seperti disyaratkan oleh Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 3 itu. Mereka mungkin bersedia dari sudut fizikal tetapi bagaimana pula dengan mentalnya (rohani)? Bersediakah mereka dengan ilmu? Bersediakah mereka dengan kesedaran bahawa Allah akan menyoal setiap amanah yang mereka pikul?

Sunnah Nabi SAW sering dijadikan alasan dan sandaran rapuh bagi golongan ini yang kononnya ingin mengamalkan sunnahnya. Kebanyakan mereka tidak menyedari sunnah ini disandarkan kepada hukum keharusan bersyarat yang Allah SWT nyatakan. Syarat-syarat ini sering dikesampingkan demi mencapai cita-cita berpoligami yang menjadi idaman sejak sekian lama.
Nafsu dan syahwat berlegar menguasai hati dan minda supaya terus menempuhnya tanpa perlu direnung lagi. Akibatnya, terjadilah poligami yang hina dan dihina. Wanita yang mengharapkan poligami dapat menyelamatkan mereka, terus hampa.

Namun, di sana ada begitu ramai kalangan wanita yang perlukan kasih sayang, perlukan suami, perlukan perlindungan daripada seorang lelaki. Bilangan wanita yang terus melebihi lelaki semakin bertambah saban tahun. Nisbah ini semakin ketara apabila dilihat secara lebih dekat di menara gading atau pusat pengajian lain.

Kebanyakan wanita yang berjaya sukar mendapatkan pasangan sesuai bagi mendirikan rumah tangga apatah lagi menginginkan pasangan yang baik. Lebih ketara lagi kepada janda (ibu tunggal) yang bercerai sama ada cerai hidup atau mati. Ramai di kalangan mereka muda serta masih mengimpikan sebuah keluarga.

Namun hakikatnya, mendapat pasangan yang masih bujang ketika mereka sudah bergelar janda dengan sejumlah anak, impian ini semakin sukar. Apakah jawapannya? Tentulah poligami. Dilema ini semakin menjadi rumit apabila memikirkan hakikat poligami semasa serta pandangan serong masyarakat terutama kalangan wanita sendiri terhadap amalan ini.

Kemungkinan besar, derita ibu tunggal ini akan berterusan terpaksa dipendam tanpa sempat menikmati hidup berkeluarga atas halangan terbabit. Wanita ini terus hampa. Ke mana perginya lelaki yang baik? Ke mana perginya ustaz yang begitu lantang menyampaikan dakwah? Mengapa mereka tidak tampil dan mengamalkan poligami sebenar sebagai contoh seumpama sunnah Nabi SAW?

Persoalan ini kerap timbul dan dibahaskan, ditambah ingatan bahawa sesungguhnya dakwah Nabi SAW berjalan serentak antara bil hal dan bil lisan (dengan perbuatan dan dengan perkataan). Nabi SAW tidak hanya mengajak umatnya ke masjid berjemaah tanpa Baginda terlebih dulu menunjukkan contoh. Begitulah dalam hal poligami yang diharuskan Allah SWT, Rasulullah adalah contoh teladan yang patut diikuti sepanjang zaman.

Mungkin kebanyakan lelaki baik ini mempunyai seribu satu alasan yang munasabah mahupun yang direka-reka. Antara alasan munasabah yang paling kerap diutarakan ialah berkaitan dengan undang-undang mengenai poligami. Undang-undang dilihat terlalu sulit lagi menyulitkan bagi mereka yang ingin berpoligami.

Pemohon perlu membuat permohonan melalui Mahkamah Tinggi Syariah yang namanya sudah menimbulkan gerun. Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia pula mempunyai bilangan hakim yang terhad sehinggakan kadangkala menunggu giliran perbicaraan, rumah tangga yang dibina sedia kala menjadi retak menunggu belah mahupun terus berderai.

Mahkamah pula akan memanggil isteri pemohon, di samping bakal isteri serta walinya. Perbicaraan biasanya dibuat dalam mahkamah terbuka yang sedikit sebanyak menyebabkan ramai yang terbantut memikirkan kemungkinan aib yang bakal didengari orang lain. Perbicaraan biasanya akan membabitkan keterangan isteri yang peratus menolaknya sangat tinggi.

Maka keterangan ini kebiasaannya akan membabitkan kelemahan atau kekurangan suami sebagai menguatkan hujah menolak permohonan itu, sama ada ia benar atau mungkin ditambah-tambah. Mana mungkin orang baik lagi terhormat sanggup menghadapi keadaan ini sedangkan mereka dihormati dan disanjung masyarakat.

Akhirnya, mereka hanya memendamkan hasrat poligami demi kerana baiknya mereka dan tidak sanggup menanggung malu. Wanita yang memerlukan pembelaan atau perlindungan lelaki yang layak dan baik, sekali lagi hampa.

Kesimpulannya, poligami adalah jalan penyelesaian yang disediakan Allah untuk hamba-Nya. Hamba-Nya sebagai khalifah, haruslah mengatur jalan ini supaya cantik dan sesuai. Semua syaratnya harus dipenuhi dan dipelihara tanpa dihujani tambahan perkara yang menyulitkan. Kekeluargaan adalah permulaan sebuah ketamadunan. Sistem Islam adalah penyelamat.
 

POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA


Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)

...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....

Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...

Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.

2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....

Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'

Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)......

3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..

4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.

5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.

6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..

7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...

8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....

jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.

Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....

PASAL POLIGAMI LAGI


Lega penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...

Seorang isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat, puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak pada isteri reda isteri2 maka adillah suami

...akhirnya penulis cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan zina.

...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10 kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil Allah swt bersifat bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat batang hidung sendiri.....

Tuesday, July 26, 2011

CERAI ATAU FASAKH..BIAR KENYATAAN BETUL....BUKAN MENIPU...MENOKOK TAMBAH...YANG TIADA JADI ADA....NUYUZ TAK MENGAKU...BILA NUSYUZ MAKA GUGUR HAK NAFKAH ZAHIR DAN BATIN...TAPI NI DINAFIKAN....AKHIRAT JAWAB BAGI ISTERI MENIPU KENYATAAN...NUSYUZ TAPI PERASAN IA TAAT LAGI PADA SUAMI...SAH FASAKH DIDUNIA...AKHIRAT JAWAB....JE LAH

Baik cerai jika tiada persefahaman



KUALA LUMPUR: Walaupun Islam tidak menggalakkan perceraian, namun jika perhubungan sudah tidak dapat diselamatkan selepas pelbagai cara dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam rumah tangga, perceraian itu diharuskan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip berkata, jika berlaku perbalahan antara pasangan suami isteri hingga menyebabkan mereka tidak boleh hidup bersama lagi, satu keputusan perlu dibuat supaya tidak menyeksa mana-mana pihak.

“Dari segi syarak, kedua-duanya mempunyai hak iaitu isteri berhak meminta cerai atas alasan tertentu, manakala suami pula ada hak untuk tidak menceraikan isterinya.
“Namun, jika sudah ada tuntutan fasakh daripada isteri ia akan ditentukan mahkamah dan ketika itu bukan lagi hak suami. Bagaimanapun, selagi mahkamah belum memutuskan apa-apa, suami masih berkuasa terhadap isteri dan mempunyai hak terhadapnya,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai keengganan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31, kembali kepadanya dan tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 33 hari.

Mahu pisah cara baik

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Isteri pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy sudah lama melahirkan hasrat untuk memohon cerai daripada suaminya berikutan pelbagai kemelut yang melanda rumah tangan mereka.
Peguam Syarie, Saadiah Din berkata, Nursuhaila sudah menyatakan perkara itu kepadanya ketika kali pertama melantik beliau untuk mewakili wanita itu pada prosiding permohonan perintah kembali taat dan nusyuz oleh Jimmy.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu ditangguhkan berikutan keadaan fizikal Nursuhaila ketika itu yang sudah mengandung dan beberapa cubaan Jimmy untuk menyelamatkan mahligai perkahwinan yang baru dibina.

Beliau berkata, pada masa sama, Jimmy dan Nursuhaila secara berasingan juga sudah menunaikan umrah, malah beberapa perkembangan terbaru menunjukkan ada usaha antara pasangan itu untuk berbaik.


“Sehingga kini, dia masih tetap dengan pendiriannya untuk berpisah. Nursuhaila mahu bercerai secara baik.


HUJAH PENGGULUNGAN CERAI FASAKH

HUJAH PENGGULUNGAN PLAINTIF


1. Plaintif memohon perceraian secara Fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1984.

2. Pada 03hb Disember 2008 Plaintif melafazkan wakalah melantik Peguam Syarie En. Nahar Alias dari Tetuan Nahar & Associates. Plaintif telah memfailkan permohonan tersebut melalui Peguam Syarie Plaintif pada tarikh yang sama 03hb Disember 2008 dan semasa perbicaraan Defendan tidak pernah hadir sepanjang kes di Mahkamah .

3. Pada 18hb Disember 2008 sebutan pertama dan setelah prosiding penyampaian disempurnakan serta prosiding semuanya telah lengkap. Maka pada 15hb Januari 2009, Plaintif pada hari tersebut telah memberi keterangan dengan tanpa kehadiran Defendan, Kemudian pada hari perbicaraan yang lain iaitu pada 16hb Februari 2009 , kes diteruskan dengan keterangan seorang saksi Plaintif iaitu En. Salbiah Bt Wasidin [SP-1], merupakan kakak ipar Plaintif dan juga dengan keterangan saksi kedua Plaintif iaitu En. Mohd Amin Al-Hussaini Bin Shaari [SP-2] berhubungan sebagai Abang Plaintif

4. Kes ditetapkan untuk keputusan.



ULASAN

1. Beban pembuktian menurut doktrin perundangan Islam adalah berdasarkan suatu kaedah yang dipetik dari Hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi :-

Maksud: “Keterangan (pembuktian) ditanggung di atas pihak yang mendakwa (menuntut) dan sumpah ke atas yang engkar (menafikan).”

2. Plaintif sebagai pihak yang mengemukakan dakwaan hendaklah membuktikan kesemua dakwaannya sehingga ke tahap yakin. Keyakinan pula adalah disabitkan melalui pengakuan, penglihatan atau keterangan dan dalil.

3. Kaedah-kaedah pembuktian (wasa’il al-ithbat) dalam mengemukakan eviden atau bukti samada yang disepakati atau yang tidak disepakati oleh ulama merangkumi kesaksian, iqrar, nukul al-yamin, (yang disepakati) ilmu al-qadhi, kitabah, qarinah, pendapat pakar, khabar, qiyafah, qasamah, li’an dan undian (yang tidak disepakati).

4. Dalam Seksyen 3 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1984 , “keterangan” termasuklah :-
(a) bayyinah dan syahadah,
(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat dihadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara-perkara fakta yang disiasat (keterangan lisan) ;
(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah (keterangan dokumentar).





5. Bayyinah ialah keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah. Manakala syahadah ialah apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz ‘asyhadu’ untuk membuktikan sesuatu hak atau kepentingan.

6. ‘Dokumen’ ialah apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua peranti lain, dengan menggunakan huruf, angka, tanda, rakaman visual, rakaman bunyi, dan sebagainya.

7. Dalam kes ini, keterangan telah diberikan kepada Mahkamah secara bayyinah, syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar.

8. Dalam kes ini, beberapa isu-isu penting yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah tentang :-
(a) Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini.
(b) Samada wujud atau tidak Defendan telah cuai memperuntukkan nafkah zahir dengan sewajarnya.
(c) Defendan lazim menyakiti atau menjadikan hidup Plaintif menderita.
(d) Wujud perbalahan (shiqaq) yang berpanjangan di antara Plaintif dan Defendan.

Isu pertama : Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes.

9. Dari sudut undang-undang, Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini. Permohonan Plaintif telah memenuhi kehendak peruntukan Seksyen 2, 4 dan 50, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1984.


10. Plaintif adalah seorang yang bermastautin dalam daerah bidangkuasa Mahkamah ini. Plaintif tinggal di No .1-3-4 Jalan 5/149B, Taman Sri Endah, Seri Petaling , 5700 Kuala Lumpur . Ini dibuktikan melalui keterangan dokumentar Kad Pengenalan Plaintif yang ditandakan sebagai P-1

Rujuk Ikatan Dokumen Plaintif mukasurat 2 - [P - 1]

11. Seksyen 2 Akta memperuntukkan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

12. Dalam kes Sharifah Laila binti Syed Shamdin -lwn- Abdul Latif bin Arshad, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam sesuatu kawasan atau pada kelazimannya tinggal di sesuatu kawasan. Tidak disyaratkan menjadi rakyat negeri di kawasan ia berada.

13. Plaintif dan Defendan juga telah berkahwin menurut Hukum Syara’. Mereka telah di akad nikahkan pada 22hb Februari 1992 di Parit, Perak dan telah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Parit , Perak Darul Ridzuan dengan berwalikan Ayah Kandung Plaintif serta disaksikan oleh dua (2) orang saksi lelaki. Ini dibuktikan melalui keterangan dokumentar Surat Perakuan Nikah Bil 6/92 dengan No 011763 yang ditandakan sebagai P-2.

Rujuk Ikatan Dokumen Plaintif mukasurat 3 - [P – 2]

14. Walaupun tanpa kehadiran Defendan, kuasa ekslusif telah diberikan oleh undang-undang kepada Mahkamah untuk membicarakan sesuatu kes, dengan syarat penyampaian yang wajar telah dilaksanakan. Seksyen 121 (1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :-
- Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran- (b) Defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya;

15. Sepanjang tempoh perbicaraan kes ini berjalan, kes ini telah berjalan berperingkat untuk keterangan Plaintif dan saksi-saksi. Tangguhan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada Defendan untuk hadir bagi menjawab tuntutan Plaintif. Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh sebutan sehingga perbicaraan, Defendan tidak pernah hadir.

16. Maka dari segi undang-undang, Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini, walaupun tanpa kehadiran Defendan.

Isu Kedua : Samada wujud atau tidak Defenden telah abai memberikan nafkah zahir sewajarnya kepada (Plaintif)

a. Dalam kes ini, Plaintif hanya mengemukakan dakwaan , iaitu ; Defendan tiada memberi nafkah selama tiga (3) bulan atau lebih lamanya.

17. Beberapa elemen penting yang terdapat dalam kes tersebut, iaitu :-

a. Defendan telah abai memberikan nafkah zahir kepada Plaintif selama 3 bulan dengan sewajarnya.

18. Elemen-elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh Plaintif melalui keterangan dan disokong oleh dua orang saksi .




a. Plaintif di dalam keterangannya mendakwa Defendan telah mengabaikan dengan pemberian nafkah zahir sejak Defendan mengalami satu kemalangan jalan raya pada bulan Januari 2008. Selepas Defendan sihat daripada kecederaan pada bulan April 2008 Defendan terus tidak bekerja. Defendan langsung tidak mahu bekerja walaupun Defendan telah sihat sepernuhnya menyebabkan Plaintif terpaksa menyara keluarga.

b. Dengan Pendapatan Plaintif sebagai Perlukis Pelan di Syarikat Juru Ukur Perunding , No 116, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

c. Dengan pendapatan tersebut digunakan sepenuhnya untuk menampung kehidupan Plaintif dan anak-anak.

d. Plaintif juga menanggung semua perbelanjaan dan keperluan rumah. Plaintif juga terpaksa membayar sewa rumah, bil elektrik, air dan keperluan anak tanpa sedikitpun dibantu oleh Defendan.

e. Sepanjang tempoh itu juga, tiada nafkah dari Defendan atau wakil atau keluarga Defendan memberi nafkah kepada Plaintif.

f. Plaintif juga tepaksa meminjam dan meminta bantuan daripada Abang Plaintif iaitu SP-2 apabila mengalami masalah kewangan.

g. Fakta-fakta ini telah disokong oleh saksi-saksi Plaintif SP-1 dan SP-2 iaitu hubungan sebagai Kakak Ipar dan Abang kandung. Plaintif mengakui semua keterangan itu adalah benar. Sejak kemalangan tersebut Defendan tidak bekerja dan Defendan langsung tidak menyediakan nafkah dan wang perbelanjaan kepada Plaintif. Keterangan ini sokong oleh keterangan SP-1 dan SP-2 .

h. SP-1 dan SP-2 pula mengakui kesemua perbelanjaan Plaintif adalah ditanggung oleh hasil duit gaji Plaintif sendiri.

i. SP-2 juga sering membantu Plaintif dalam urusan rumah tangga mereka dan memberikan pertolongan kewangan mahupun bantuan lain apabila Plaintif mengalami masalah kewangan dan sebagainya.

j. Plaintif juga menyatakan bahawa bebanan kewangan serta tanggungjawab keluarga ditanggung oleh Plaintif seorang sahaja.

k. Meletakkan kesemua tanggungjawab di bahu Plaintif, SP-1 dan SP-2 pula mengakui Defendan tidak mahu bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan suami.

19. Beban pembuktian terhadap dakwaan berhubung dengan nafkah menjadi tanggungan ke atas suami (Defendan) untuk membuktikannya tetapi Defendan tidak hadir untuk menafikannya.

20. Mahkamah boleh berbalik kepada qaedah fiqh yang berbunyi:-

Maksud : “Asal sesuatu itu tidak ada”.

21. Maksud kaedah ini, asal sesuatu itu tidak ada, atau tidak wujud jika tidak dibuktikan sebaliknya. Ini adalah satu anggapan yang boleh ditolak dengan cara dibuktikan sebaliknya.

22. Dalam persoalan ini, asalnya nafkah oleh Defendan disifatkan tidak diberi, melainkan Defendan membuktikan dia ada memberi nafkah. Defendan tidak hadir untuk membuktikan bahawa dia ada memberi nafkah kepada Plaintif.




23. Dalam kes ini, kedua-dua saksi konsisten menyatakan bahawa tidak ada wakil Defendan memberi nafkah kepada Plaintif.

Isu Ketiga : Defendan lazim menyakiti atau menjadikan hidup Plaintif menderita

a. Dalam kes ini, Plaintif mengemukakan dakwaan , iaitu ; Defendan lazim menyakiti atau menjadikan hidup Plaintif menderita .

24. Beberapa elemen penting yang terdapat dalam kes tersebut, iaitu :-

a. Defendan lazim menyakiti atau menjadikan hidup Plaintif menderita .

25. Elemen-elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh Plaintif melalui keterangan dan disokong oleh dua orang saksi .

a. Plaintif di dalam keterangannya mendakwa Defendan telah menyakiti dan menjadikan hidup Plaintif menderita. Defendan juga sering memaki hamun serta sering berlaku pergaduhan di antara Plaintif dan Defendan.

b. Pada 03hb September 2008 Defendan telah bertindak menampar muka Plaintif sebanyak empat ke lima kali semasa berada di dalam kereta tanpa rasa kasihan . Ini dibuktikan melalui keterangan dokumentar Laporan polis Plaintif yang ditandakan sebagai P-3 .

Rujuk Ikatan Dokumen Plaintif mukasurat 3 - [P –3]





26. SP-1 dan SP-2 pula mengakui bahawa sering Plaintif menceritakan keadaaan Plaintif yang sering dipukul oleh Defendan. SP-1 dan SP-2 ada melihat kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan SP-2 sering berjumpa dan menasihati Defendan apabila berlaku pergaduhan antara Plaintif dan Defendan.

27. Elemen-elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh Plaintif melalui keterangan dan disokong oleh dua orang saksi .


Isu Keempat : Wujudnya perbalahan (Shiqaq) yang berpanjangan di antara Plaintif dan Defendan .

28. Plaintif di dalam keterangannya mendakwa wujudnya perbalahan (Shiqaq) yang berpanjangan di antara Plaintif dan Defendan


a. Perkahwinan di antara Plaintif dan Defendan sering berlaku pertelingkahan dan pergaduhan. Defendan sering gagal memberikan nafkah zahir serta memenuhi keperluan dalam rumahtangga. Defendan juga sering memukul dan menyakiti Plaintif dan menjadikan hidup Plaintif menderita. Defendan juga sering memaki hamun serta sering berlaku pergaduhan di antara Plaintif dan Defendan sehingga rumah tangga tidak boleh diselamatkan lagi.

29. Elemen-elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh Plaintif melalui keterangan dan disokong oleh dua orang saksi .

30. Plaintif juga tidak pernah disabitkan nusyuz oleh mana-mana Mahkamah yang menghilangkan kelayakannya untuk mendapat nafkah zahir daripada Defendan. Ini disokong oleh keterangan kesemua saksi-saksi Plaintif .


31. Jadi, jelaslah bahawa persoalan sama ada benar Defendan gagal mengadakan peruntukan nafkah zahir selama tempoh tiga (3) bulan dan Isu Kedua : Defendan lazim menyakiti atau menjadikan hidup Plaintif menderita serta wujudnya perbalahan (Shiqaq) yang berpanjangan di antara Plaintif. Dengan demikian jelas terjawab dengan dokumen serta keterangan Plaintif dan saksi-saksinya.


32. Kami menghujahkan bahawa keterangan SP-1 dan SP-2 merupakan syahadah yang mencapai tahap yakin sebagaimana dalam kaedah pembuktian Islam. Saksi-saksi ini melihat dan menyaksikan sendiri keadaan Plaintif.

33. Kedua-dua saksi telah memberikan keterangan terhadap Defendan bagi membuktikan pengsabitan terhadap alasan tersebut .

34. Tidak ada percanggahan fakta antara dakwaan Plaintif dan keterangan kedua-dua saksi ini. Dan sewajarnya Mahkamah menerima keterangan saksi-saksi ini sebagai syahadah dan bayyinah.

35. Keterangan Plaintif serta keterangan saksi-saksi Plaintif membuktikan kepada Mahkamah bahawa Defendan telah gagal memberi nafkah .



36. KESIMPULAN

1. Hukum Syara’ dan Undang-undang memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membubarkan perkahwinan suami isteri berdasarkan kepada alasan-alasan yang munasabah di sisi Hukum Syara’.



2. Antara alasannya ialah apabila suami tidak memberi nafkah yang wajib kepada isteri untuk suatu tempoh tertentu.

3. Rasulullah S.A.W ada bersabda dalam kitab Subul al-Salam juzuk 4, bab talaq, sabdanya:
“ Berkenaan seorang lelaki yang tidak mengadakan peruntukan nafkah kepada isterinya hendaklah dipisahkan di antara keduanya.”

4. Fahaman daripada hadith tersebut bahawa seorang lelaki yang tidak memperuntukkan nafkah sama ada disebabkan kesukaran atau dengan sebab keingkarannya, bolehlah dipisahkan.

5. Manakala di dalam kes Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman Haji Musa, Yang Arif Hakim Abu Bakar ada mengatakan:-
“Tidak memberi nafkah atau tidak mengadakan nafkah kepada isteri boleh menjadi kesukaran dan kesusahan dalam meneruskan hidup kerana nafkah adalah keperluan asas untuk hidup di mana mengikut Qawaid al-Fiqhiyyah bermaksud:

“Kemudaratan diharuskan (dibolehkan) perkara yang ditegah. Ini bermaksud cerai adalah perkara yang sangat dibenci oleh Allah tetapi dihalalkan dengan tujuan menolak perkara yang lebih berat dengan tiada dapat dilaksanakan kewajipan dan tugas suami isteri dalam rumahtangga.”

6. Di dalam kes Hairun bt. Mohd. Sharif lwn Omar bin Mohd. Noor, Jawatankuasa Rayuan menyatakan bahawa:-
“Jika diteliti dengan lebih mendalam, prinsip pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana dianiaya atau darar ini tidaklah disyaratkan penganiayaan atau dirar terhadap tubuh badan sahaja malahan lebih luas dari itu........”.

7. Begitu juga di dalam kes Hasnah binti Omar lwn Zaabar bin Mohd Amin, Yang Arif Hakim Dato’ Ismail menyatakan pembubaran perkahwinan secara fasakh adalah dibolehkan:



“ Bahawa suami menganiaya isteri atau antara lain lazim menyakiti isteri atau menjadikan kehidupan isteri itu menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya suami. Selain dari itu Mahkamah telah diberi kuasa memerintahkan fasakh berdasarkan apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi pembubaran itu.”

8. Dakwaan Plaintif berhubung Defendan tidak memberi nafkah selama tempoh melebihi tiga (3) bulan serta Defendan lazim menyakiti tubuh badan (fizikal dan mental) Plaintif serta wujudnya perbalahan di antara Plaintif dan Defendan dapat dibuktikan. Defendan sepanjang perbicaraan tidak hadir untuk menafikan tuntutan Plaintif tersebut.

9. Defendan telah diberi hak untuk membela diri dan membuat pembelaan tetapi Defendan tidak menggunakan hak yang diberi oleh undang-undang dan Hukum Syara’. Jadi Mahkamah boleh memutuskan walaupun tanpa kehadiran Defendan.

10. Ini bertepatan dengan Seksyen 121 (1) (b) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah persekutuan) 1984 memperuntukkan:-
S.121 (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran – (b) Defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya;


11. Merujuk kepada peruntukan di bawah 121(2) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah persekutuan ) 1984 menjelaskan bahawa”

“Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apap-apa penghakiman mengenai tuntutan Plaintif di bawah perenggan (1) (B) atau tuntutan balas Defendan di bawah perengan (1) (c) mengarahkan Plaintif atau Defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan mengangkat sumpah istizhar”. Dalam kes ini Mahkamah berdasarkan kepada peruntukan di bawah seksyen ini wajar mengarahkan Plaintif untuk melakukan Yamin istizhar.



12. Daripada keterangan-keterangan yang diberikan oleh Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dokumen-dokumen yang dikemukakan, dan prosedur-prosedur yang telah dijalankan dan disempurnakan, jelas membuktikan bahawa berlaku perkara-perkara sebagaimana yang didakwa oleh Plaintif. Dan Mahkamah boleh menfasakhkan pernikahan antara Plaintif dan Defendan.

13. Maka berdasarkan kepada keterangan Plaintif, serta keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen yang dikemukakan, maka sayugialah Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif sebagaimana yang dipohon.


2 comments:

drift said...
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya... sy ingin mohon cerai fasakh kerana suami saya seorg penagih dadah dan telah dibuang dari perkhidmatan. Suami saya juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami hampir satu tahun dan sering meminta wang dari saya.. Apakah dengan ini saya boleh memohon fasakh..
NizM-Aoi said...
-Si Isteri Boleh memohon cerai fasakh Sekiranyer Si Suami MengabaiKan Si isteri.. -Sekiranyer Pulak Si ISteri Mengabaikan Si Suami Yg Sedang Sakit Sarat..Si Suami Tinggal Di Kajang Bersama Sedara Dan Si isteri Tingal Di tanjung malim Bersama Kawan.. -Pertanyaan Saya Jatuh Ker Cerai Fasakh terhadap Si Suami?? Adakah Si Suami Patut Bagi Nafkah Terhadap Si isteri?Atau Sebaliknyer... Sila Email Ker --Aoi_Noname@yahoo.com

Dr.Asri: Isytihar segera kelulusan permohonan fasakh isteri

PETALING JAYA: Mahkamah Syariah hendaklah mengisytiharkan segera kelulusan permohonan fasakh isteri, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut Asri, perkara itu perlu dilakukan kerana wanita itu mungkin berada di dalam keadaan yang amat bahaya.
"Sepatutnya dari awal ketika beliau mengadu, mereka (suami isteri) hendaklah dipisahkan. Bahkan saya mencadangkan agar pihak Mahkamah Syariah mengisytiharkan secara terbuka kelulusan itu.
"Ini kerana imej Mahkamah Syariah yang sering dikaitkan dengan ‘tidak mesra wanita’ dengan isu-isu yang menindas mereka seperti penangguhan kes talak, tidak segera menyelesaikan kes fasakh sehingga masa depan wanita tidak menentu dan berbagai lagi.
"Tindakan mengisytiharkan kelulusan pemisahan rumahtangga mereka itu boleh menjadi tanda adanya kesungguhan membela wanita," kata Asri.
Asri berkata demikian ketika mengulas mengenai kes isteri yang menuntut fasakh selepas cedera parah ditetak suaminya, baru-baru ini.
Dalam kejadian Selasa lalu di Kuantan, Pahang, seorang isteri berusia 24 tahun menuntut fasakh selepas cedera parah ditetak suaminya dengan sebilah parang panjang.
Mangsa yang merupakan seorang kerani dipercayai bertengkar dengan suaminya yang berusia 33 tahun mengenai tuntutan fasakh di hadapan pejabat wanita berkenaan.
Lelaki itu menerkam serta memaksa isterinya masuk ke dalam keretanya sebelum berlaku pergelutan. Dia kemudiannya mengeluarkan sebilah parang panjang dari dalam keretanya lalu bertindak ganas dengan menetak isterinya di bahagian belakang badan.
Ekoran kejadian itu, wanita tersebut mengalami cedera parah di belakang badan dan pinggangnya sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
Wanita tersebut juga pernah membuat laporan polis pada 30 September lepas selepas suaminya mengugut untuk membunuhnya berhubung perkara sama.
Berikutan kes seperti itu, kata Asri, wanita Islam perlu mengetahui bahawa mereka boleh memohon cerai apabila berasa terancam atau tidak lagi bahagia dengan suami mereka.
"Ungkapan sesetengah ustaz atau penceramah “Talak menggegar Arsy Tuhan” adalah ungkapan daripada hadis palsu yang tidak wajar disandarkan kepada Islam yang adil ini. Talak ialah jalan keluar terakhir kepada masalah rumah tangga.
"Perkahwinan bukanlah penjara kejam untuk wanita, sebaliknya ia adalah mahligai kebahagiaan. Jika ia menjadi neraka dunia, maka seseorang wanita hendaklah mengeluarkan diri darinya.
"Wanita muslimah hendaklah tahu, bahawa dalam Islam ada pelbagai peruntukan untuk mereka melepaskan diri daripada perkahwinan, antaranya khuluk atau dipanggil oleh sesetengah orang sebagai ‘tebus talak’," katanya.
"Di dalam hadis, isteri Thabit bin Qais datang mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan berkata: "Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam.
"Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: "Ya". Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia" (Riwayat al-Bukhari). Maksud ‘membenci kekufuran dalam Islam’ dalam hadis ini adalah penderhakaan tersuami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman.
"Ada juga para ulama yang menafsir maksudnya terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Seorang tokoh fekah terkenal Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) berkata: “Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu' (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya," ujar Asri.
Tambahnya lagi, ketidakadilan yang berlaku kepada wanita Islam dalam mana-mana zaman atau masyarakat tiada kaitan dengan ajaran Islam yang asal, tetapi lebih merujuk kepada adat, salah faham agama, kelemahan pengurusan syariah dan penyebaran ajaran Islam secara tidak tepat oleh sesetengah pihak termasuk sesetengah penceramah agama. "Wanita jangan ragui keadilan Islam, rujuklah Islam yang asal lagi tulen yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah," katanya.
Asri juga turut menasihati kaum wanita agar lebih teliti dan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini.
"Mendapat suami yang kurang ‘hensem’, kurang harta, kurang nama tetapi baik, atau menjadi isteri kedua kepada suami yang bertanggungjawab adalah lebih baik dan bahagia daripada mendapat suami yang samseng atau menjadi isteri kepada lelaki samseng yang kejam dan zalim," katanya.

Tebus talak

Difailkan di bawah: Uncategorized — jalanakhirat @ 2:04 am


Tebus Talak (Khulu’)
Definisi
Suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya. Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, Mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu; dan menjadi bain sughra.
Kesan Perceraian Tebus Talak
i. Suami tidak boleh rujuk pada isterinya semasa eddah kerana khulu’ adalah jenis ta’liq bain;
ii. Boleh hidup bersama dengan mengadakan akad semula serta membayar mas kahwin lain;
iii. Bekas isteri mempunyai hak penuh untuk membuat keputusan semada untuk bernikah semula atua tidak.
Tatacara Pendaftaran Kes
i. Tuntutan hendaklah dimulakan dengan memfailkan Saman dan Penyata Tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah
ii. Dokumen pendaftaran kes hendaklah difailkan seperti berikut :
- Surat iringan pendaftaran kes
- Penyata tuntutan
- Salinan kad pengenalan plaintif
- Salinan sijil cerai/sijil kematian
- Wakalah Peguam Syarie (jika guna khidmat peguam)
- Lain-lain dokumen berkaitan tuntutan (jika ada)
Nota Peringatan
Segala maklumat di dalam risalah ini hanyalah sebagai panduan dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah di dalam mana-mana prosiding mahkamah


Bagaimana tebus talak?

Bersama:MOHD.YUSOF ABAS
Soalan: SAYA telah berumah tangga sejak sekian lama dan telah mendapat tiga orang cahaya mata tetapi semuanya telah meninggal dunia. Suami saya banyak menyakiti dan menzalami saya dan ingin berkahwin lagi. Saya bersetuju setelah dia melepaskan saya terlebih dahulu (cerai), tetapi kata suami, kalau kamu ingin bercerai juga kamu kena tebus talak itu dengan membayar kepadaku terlebih dahulu RM50,000. Apa yang dapat saya lakukan?
– Isteri Merana,
Kuala Lumpur.
JAWAPAN:

Anda boleh berpisah daripada suami setelah sabit kesalahannya yang dia benar-benar mencederakan dan menyakiti anda dengan melaporkannya ke Mahkamah Syariah dan membayar satu ringgit sahaja sebagaimana yang telah dicakapnya (suami anda) dalam takliknya semasa hari perkahwinan dulu. Ini kerana apabila takliknya tersebut telah benar-benar berlaku, maka sahlah jatuh talaknya dan anda tidak perlu membayar begitu banyak wang sebagaimana permintaannya (suami) kerana dia (suami) telah mengucapkan taklik tersebut sejak mula perkahwinan lagi. Jadi sekiranya anda sudah nekad mahu berpisah dengan suami kerana sudah tidak ada persefahaman lagi dan dia juga selalu menyakiti anda, maka anda perlu membayar satu ringgit sahaja (bukan RM50,000) setelah terlebih dahulu membuat laporan di pejabat kadi dan membayar bagi pihaknya satu ringgit sahaja anda sudah tertolak dengan satu talaq khal’i. Dengan cara itu anda terlepas dari bayaran yang begitu tinggi yang diminta oleh suami anda malahan suami anda sepatutnya membayar (mutaah) sagu hati kepada anda sebayak itu (RM50,000) atau berapa banyak yang anda suka sesuai dengan kemampuan dan kedudukannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Berikanlah muta’ah kepada mereka (isteri yang diceraikan itu) iaitu suami yang senang itu menurut kemampuannya dan suami yang susah (dan miskin itu) mengikut kemampuannya sebagai pemberian sagu hati sebagai mana sepatutnya sebagai satu kewajipan kepada orang yang baik-baik (surah al- Baqarah ayat 236) Dan pihak mahkamah dapat menentukan kadarnya (sagu hati) yang sesuai dan sepatutnya. Wallahualam.

Isteri nusyuz

Auzubillahiminasyaitanirrajim..

Nusyuk adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Kini, kita mendapai ada beberapa tulisan yang menyatakan nusyuz juga termasuk suami yang tidak menunaikan hak ke atas isteri.

Namun, di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz. Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri. Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul.

Nasihat yang baik
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT.

Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah. Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betul-betul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.

Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orang-orang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal.

Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”

Asingkan tempat tidur
Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan percakapan.

Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya. Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami. Guru ana selalu sebut “isteri kita ini, sebab sayang sangat dengan suami dia, kalau ada seekor lalat yang hinggap pada pipi perempuan lain kemudian hinggap pula selepas itu ke pipi suaminya, maka sifat irihati terus sahaja akan bertandang ke dalam sanubarinya”.

Sebab itulah, apabila seorang suami mengahwini isterinya, perkara kedua selepas mengenalkan dirinya dengan Allah adalah, mempastikan jatidiri isterinya. Berikan isteri itu nilai isteri. Salah satu nilai isteri adalah sentiasa bangga berada di samping suaminya. Biarlah kalau mereka nak cemburu dengan lalat sekalipun. Sifat cemburu (bertempat) itulah yang utama menjadi jatidiri. Orang kata, bila ada sifat cemburu, di saat itulah timbulnya rasa sayang.

Memukulnya dengan pukulan mendidik
Jangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah. Macam kereta mercedes yang pakai petrol jugalah, kalau dibubuh air memang pasti jahanam. Sebab tuan yang buat dia kata macam tu. Kalau tuan yang buat manusia itu Allah, dan di ajar kita tak dengar maka, kita akan ke jahanam juga. Sedangkan jahanam yang Allah sediakan itu teramat lebih darjah kedahsyataan dan siksaannya.

Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya tadi, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan step menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan ter’stop’ sama.

Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Ana minta maaf kerana tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak.

Kalau anda pernah dilatih oleh seorang komander askar, anda tahulah apa itu nafkah batin. Memang semasa latihan, jangan harap tindakan mereka ada hati perut lah. Jangankan kesian, kalau mereka melihat anda dengan pandangan manusia pun sudah besar ertinya. Kerana biasanya mereka akan lihat anda dengan pandangan harimau, singa malah ada sesetengahnya itu dengan pandangan makhluk asing.

Kalau isteri baik
Sukacita diulangi. Kalaun isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. First time mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar al-Quran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri.

Sebaliknya
Sekiranya anda sebagai seorang suami, tidak faham apakah yang sedang ana perkatakan ini, maknanya anda belum layak jadi suami. Anda perlu banyak belajar lagi. Anda perlu insaf terlebih dahulu kenapa anda bergelar suami belum tiba masanya.

Begitu juga, kalau anda seorang suami dan anda memahami apa yang sedang dibincangkan ini, maknanya anda tidak benar-benar melakukan langkah-langkah yang Allah gariskan ini dengan tepat ramuan dan cara-caranya. Anda juga perlu insafi diri terlebih dahulu kerana anda adalah orang yang tergesa-tergesa. Kalau di jalanraya, orang potong Q pun ada marah, inikan pula anda yang sudah bergelar suami kepada seorang isteri.

Dan kalau anda hanya mengetahui resepi Allah ini, tetapi belum pernah mencubanya walaupun dah beberapa kali timbul masalah nusyuz. Jangan harap ianya akan berkesan kalau anda baru nak mula belajar guna resepi tuhan ini. Sebaliknya anda perlu bertaubat kerana selama ini anda hanya banyak gunakan teori dan buah fikiran sendiri. Anda tidak sedar dan kenal diri anda siapa kepada Pencipta anda iaitu Allah.

Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah. Begitulah step-step yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat.

Kesimpulan
Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua.

Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan (maaf ana tidak ada pengalaman dan tidak ingin pengalaman itu insyaAllah) kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu)

Wallahu aklam. Semoga kita semua (sebagai suami atau isteri) dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan diri sendiri, orang lain, syaitan serta sekutu-sekutunya itu. Wassalam.

PENGERTIAN NUSYUZ

Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.

2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ

Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :

1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.

2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.

3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.

3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ

Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :

1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :

Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.

(Surah An-Nisa: ayat 34)

2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.

(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)

Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.

3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).

(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)

Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

Wallahua’lam

Tanda-tanda isteri NUSYUZ (نوشوز)

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

1.Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

2.Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."(Riwayat Ibnu Majah)


3.Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."(Riwayat Bukhari dan Muslim).

4.Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5.Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6.Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

CERAI TA'LIK
.................................................... Ta'lik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Cerai ta'lik ini berlaku dalam beberapa hal :
  1. Ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil pernikahan.
    Perceraian seumpama ini (ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi) hanya boleh disabitkan oleh Hakim di dalam perbicaraan. Perkara ini berlaku jika isteri ingin menuntut perceraian di hadapan Hakim, sementara suami tidak mahu menceraikan isterinya dan belum melafazkan talak kepadanya. Isteri dikehendaki membuktikan bahawa suaminya telah melanggar perjanjian (Ta'lik) yang telah dibuat sewaktu bernikah dahulu.
    Jika Hakim dapati suami telah melanggar ta'lik dengan hujah yang jelas yang dikemukakan oleh isteri di dalam perbicaraan, maka Hakim berhak memisahkan kedua pasangan dan menghukumkan jatuh talak kepada pasangan tersebut.
  2. Ta'lik yang diucapkan oleh suami kepada isterinya sebagai contoh:
    "Jika awak keluar rumah ini, maka jatuhlah talak satu kepada kau"
    Jika isteri tetap keluar dari rumah tersebut setelah memahami ucapan yang dibuat oleh suaminya maka jatuhlah talak ke atasnya. Tetapi jika ada lafaz tambahan umpama kalimah "hari ini", dalam lafaz yang diucapkan oleh suami, maka jika isteri keluar dari rumah pada esok hari , lusa atau sebagainya maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Walau bagaimanapun, pasangan dinasihatkan agar membuat pengaduan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahannya.

    Beda antara Talak dan Cerai

    Senin, 18 Des 06 10:34 WIB
    Assalamu’alaikum wr. wb.
    Saya ingin bertanya sebagai berikut:
    1. Apakah bila suami isteri bertengkar, dan suami mengatakan kata “cerai” sebanyak 3 kali dan perkataan itu diucapkan dalam kedaan emosi atau mungkin tidak sadar maka itu sudah dianggap talak 3 jatuh kepada isteri dan detik itu juga haram bagi suami untuk menggauli isterinya. Dan bila suami isteri tadi hendak baikan lagi maka si isteri harus menikah dulu dengan laki-laki lain.
    2. Mohon sedikit penjelasan mengenai surat al-Baqaroh ayat 230, tentang talak tiga, dikaitkan dengan pertanyaan di atas.
    3. Kenapa wanita harus menunggu masa id’ah atau suci 3 kali?
    Demikian pertanyaan saya, sebelum dan sesudahnya saya ucapkan terima kasih.
    Wassalamu’alaikum wr. wb.
    Rizqid

    Jawaban

    Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Beda cerai dengan talak adalah kalau cerai itu bahasa Indonesia, sedangkan talak itu bahasa arab. Namun dari segi pengertian, hukum dan konsekuensi, antara keduanya tidak ada bedanya. Talak dan cerai memang satu hal yang sama, kecuali hanya masalah bahasa.
    Jatuhnya talak atau cerai cukup dengan sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh suami. Tidak perlu ada yang mendengarkannya, saksi atau pengakuan dari pemerintah, bahkan isteri tidak dengar sekalipun, bila suami sudah mengatakan untuk mencerai isterinya, maka jatuhlah cerai kepada isterinya. Dan kalau syarat sahnya talak itu bukan dalam keadaan emosi, maka nyaris semua talak itu selalu jatuh dalam keadaan emosi.
    Berbeda dengan hasil kompilasi hukum Islam di negeri ini, di mana cerai itu membutuhkan keputusan pengadilan agama. Selama palu pak hakim belum diketukkan dan surat keputusan cerai belum keluar, maka hubungan suami isteri dianggap masih berlangsung oleh hukum buatan manusia ini. Padahal boleh jadi suami sudah mengucapkan lafadz cerai sehari tiga kali, persis orang minum obat.
    Sedangkan di mata Allah SWT, begitu seorang suami mengucapkan lafadz cerai, talaq, firaq dan padanannya dalam semua bahasa, maka saat itu juga terjadilah hukum baru, yaitu suami telah menjatuhkan satu talaq pada isterinya.
    Namun selepas dari mengucapkan lafadz talak ini, bukan berarti pasangan itu langsung terputus hubungannya. Sebab masih ada rujuk yang juga bisa dilakukan saat itu juga. Jadi baik talak atau rujuk, keduanya bisa dilakukan secara singkat, langsung dan berlaku saat itu juga.
    Seperti yang berlaku pada talak, maka di dalam rujuk pun tidak dibutuhkan saksi, pengakuan dari orang lain atau bahkan surat dari pengadilan agama. Ketika seorang suami menyesal telah mengucapkan lafadz talak kepada isterinya, saat itu juga dia bisa melakukan rujuk. Bahkan para ulama mengatakan bahwa rujuk itu tidak membutuhkan lafadz khusus, cukup suami mendatangi isterinya di ‘dalam kamar’, maka rujuk sudah terjadi.
    Namun rujuk yang seperti ini hanya boleh dilakukan di dalam masa ‘iddah. Bila masa ‘iddah itu sudah berlalu, rujuk hanya boleh dilakukan dengan cara menikah ulang dari semula. Tentu dengan ijab qabul, mahar, wali yang sah serta tidak lupa dengan 2 orang saksi yang memenuhi syarat.
    Tinggal pertanyaanya, berapa lama masa ‘iddah seorang isteri yang dicerai suaminya?
    Jawabannya ada di dalam surat Al-Baqarah ayat 228.
    Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri tiga kali quru’. (QS. Al-Baqarah:228)
    Ada dua versi penafsiran para ulama tentang quru’ yang dimaksud. Pertama, dan ini yang lebih kuat, yaitu masa suci dari haidh. Kedua, lama masa haidh itu sendiri.
    Jadi selama tiga kali quru’ atau tiga kali suci dari haidh, seorang isteri yang dicerai suaminya masih boleh dirujuk cukup di ‘dalam kamar’, tidak perlu menggelar akad nikah ulang. Namun bila telah selesai tiga kali suci dari haidh, apa boleh buat, kalau suami mau balik lagi, dia harus menyiapkan akad nikah seolah menikah baru lagi.
    Maksud Talak Tiga
    Setiap pasangan suami isteri punya jumlah talak sebanyaktiga kali. Maksudnya, antara mereka berdua diberikan kesempatan terjadi talak hanya 3 kali saja seumur hidup. Baik dengan jeda atau tanpa jeda. Maksudnya tanpa jeda adalah talak yang langsung rujuk sebelum habis masa ‘iddah. Sedangkan maksud dengan jeda adalah talak yang dibiar hingga habis masa ‘iddah isteri, lalu mereka menikah lagi.
    Bila suami menjatuhkan talak, disebut dengan talak satu.Dengan demikian, satu lapisan talak terkelupas, hubungan mereka segera berakhir kalau tidak segera rujuk selama masa 3 kali quru’. Selama masa ‘iddah itu, suami masih wajib memberi nafkah termasuk masih diharus bagi isteri untuk tinggal di rumah suaminya. Kalau suami tidak merujuknya, maka putuslah hubungan suami isteri di antara mereka.
    Namun mereka masih boleh menikah lagi, hanya yang perlu dicatat, skor talak mereka hanya punya tersisa dua talak lagi.
    Dia harus menjaga baik-baik kedua talak yang masih tersisa itu, agar jangan sampai kehilangan ketiga-tiganya. Sebab kalau sampai kehilangan tiga-tiganya, maka tidak ada lagi kesempatan buat suami isteri itu untuk rujuk lagi. Kecuali dengan adanya muhallil, yaitu isteri yang ditalak tiga (kali) itu menikah dengan laki-laki lain, dengan niat untuk membina rumah tangga selamanya. Namun bila suatu saat atas kehendak Allah SWT, suami barunya itu menceraikannya tanpa merujuknya lagi hingga selesai masa ‘iddahnya, barulah suami yang pertama berhak untuk menikahi dari semula.
    Wallahu ‘alam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    Ahmad Sarwat, Lc.




    FASAKH
    ....................................................

    Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
    1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
    2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
    3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
    4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
    5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
    6. Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
      1. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
      2. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
      3. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
      4. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
      5. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
      6. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.
    7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.


    Fasakh

    Soalan:
    Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
    Jawapan:


    Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
    • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
    • Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
    • Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
    • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
    • Telah mati pucuk.
    • Telah gila selama tempoh 2 tahun.
    • Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
    • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
    • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
    • Memaksa isteri hidup secara lucah.
    • Melupuskan harta isteri.
    • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
    • Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
    • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
    • Apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

      Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz (Derhaka)

      Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz (Derhaka)

      Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.

      Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

      Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.

      Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.

      Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.

      Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.


      Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:

      Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.

      Enggan tinggal serumah dengan suami.

      Keluar rumah tanpa keizinan suami.

      Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.

      Menjauhkan diri daripada suami.

      Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.

      Tidak memelihara kehormatan.

      Tidak menjaga amanah suami.

      Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.

      Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:

      Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.

      Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.

      Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.

      Tidak memberikan nafkah kepada anak.

      Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.

      Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.

      Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.

      Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.

      Tidak memelihara kehormatan isteri.

      Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.

      Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.

      Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.

      Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.

      Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.

      Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.

      Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.

      Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.

      Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

      sumber_http://ustaznaim.blogspot.com/2009/06/tanda-tanda-suami-dan-isteri-yang.html