Thursday, October 6, 2011

MATI SATU KEMESTIAN...JANGAN ERCAYA SAJA...TAPI TAK BERSEDIA UNTUK MATI...IAITU DENGAN TAKWA...DAN TAK MEMBUAT MAKSIAT....DAN MATI ITU TIDAK MENGIRA UMUR DAN PANGKAT.....

Bakar van lepas curi RM2.2 juta

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Serbu, rampas dan bakar. Itu modus operandi sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol yang kini bergelar jutawan selepas melarikan sebuah van syarikat kawalan keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Balai Polis Ijok, Kuala Selangor, dekat sini, semalam.
Difahamkan, van itu ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian dalam keadaan terbakar selepas dilarikan di sebuah kawasan hutan, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tiga petugas van kawalan keselamatan berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi wang dalam mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak RM200,000 sebelum diserang hendap kumpulan penjenayah terbabit.

Menurut sumber polis, sebaik ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu turun daripada kenderaan sambil membawa sebuah beg mengandungi wang untuk dimasukkan ke mesin ATM berkenaan, tiba-tiba sebuah Proton Perdana berhenti dengan empat lelaki bertopeng turun daripada kenderaan itu.


“Dua daripada suspek mengacukan pistol ke arah ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu menyebabkan mangsa panik dan gagal berbuat apa-apa,” katanya.

Genius Apple ditewas barah



TAKZIAH...orang ramai meletakkan jambangan bunga di luar rumah Jobs di Palo Alto, California, semalam.
TAKZIAH...orang ramai meletakkan jambangan bunga di luar rumah Jobs di Palo Alto, California, semalam.
SAN FRANCISCO: Pengasas Apple Computer, Steve Jobs, meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 56 tahun semalam, selepas dia berjaya merevolusikan budaya moden dan mengubah selama-lamanya perhubungan teknologi melalui pelbagai inovasi.
Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah mencipta iPad dan iPhone.

Dalam kenyataan lembaga pengarah Apple semalam, syarikat gergasi itu mengesahkan kematian Jobs dan bersedih atas kehilangan itu.
“Jobs seorang pintar, bersemangat dan bertenaga menjadi sumber pelbagai inovasi yang memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup kita.

“Dunia ini menjadi lebih baik kerana Jobs,” kata kenyataan itu.

Lahir di San Francisco pada 24 Februari 1955, Jobs lahir tanpa bapa dan dijadikan anak angkat kira-kira seminggu selepas itu.

Dibesarkan di kawasan Mountain View - sebuah kawasan pertanian yang kemudian menjadi hab teknologi dunia dikenali sebagai Lembah Silicon.

Jobs juga menjadi pengasas bersama pengeluar filem dihormati, Pixar, pada 1986 selepas dia membeli unit komputer grafik penerbit Star Wars, George Lucas.
Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya.

Kematian Jobs turut dirasakan di seluruh dunia, dengan peminat Apple membanjiri laman sesawang sosial dengan menyatakan ucapan dan penghargaan masing-masing.

Orang biasa - kebanyakannya tahu berita kematian itu melalui iPhone dan iPad mereka - menggunakan Twitter menyatakan penghargaan.

Jobs hanya berusia 21 tahun ketika dia mengasaskan Apple Computer bersama rakannya, Steve Wozniak - ketika itu berusia 26 tahun - pada 1976.

Daripada syarikat sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling bernilai di dunia kini.

Pada Julai lalu, perolehan keuntungan separuh kedua Apple mencapai RM23.2 bilion.

Presiden Barack Obama turut memberi penghormatan ke atas Jobs dengan menggelarnya sebagai “pakar inovasi terhebat” yang mengubah hidup manusia dan memberi makna baru kepada keseluruhan industri.

“Dia mengubah cara setiap kita melihat dunia,” katanya. Jobs meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple enam minggu lalu.

Jobs meninggal dunia sehari selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 4S, tetapi gagal menarik sambutan seperti diharapkan.

Dia meninggalkan isteri, Laurene, bersama tiga anak mereka, selain seorang anak perempuan hasil hubungan Jobs dengan seorang wanita lain sebelum dia berkahwin. - AFP

Jobs ikon teknologi era baru





TANGGAL 5 Oktober menjadi tarikh kepada kelahiran sebuah lagi gajet terbaru kebanggaan Apple apabila telefon pintar iPhone 4S dilancarkan di ibu pejabat firma Apple, Amerika Syarikat (AS).
Namun, ironinya tarikh itu akan diingati bukan sahaja oleh warga Apple bahkan seantereo dunia, apabila ia adalah hari terakhir buat pengasas syarikat gergasi itu Steve Jobs. Lelaki berusia 56 tahun itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, menghembus nafas terakhir ekoran sakit kanser pankreas yang dihadapinya. Jobs yang menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga tercinta mengalami masalah kesihatan yang semakin merosot sejak bulan Februari tahun ini.
Dia bukan saja mengalami keguguran rambut yang melampau kesan daripada rawatan kemoterapi malah, berat badannya dikatakan merosot dari 79.37 kilogram (kg) kepada 59kg. Sebelum ini, Jobs juga pernah menjalani pembedahan hati pada dua tahun lalu selain membuang tumor pada tahun 2003.
“Dunia telah kehilangan insan yang sarat dengan visi dan kreativiti,” luah Presiden AS, Barack Obama dalam kenyataan penghormatan buat mendiang Jobs.
Impian menjadi sami


RANGKAIAN kedai Apple Inc. di seluruh dunia dipenuhi foto dan jambangan bunga daripada orang ramai sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Jobs.



Jobs yang dilahirkan di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Bagaimanapun dia tidak membesar bersama ibu bapa kandungnya, sebaliknya dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS. Ia sebuah kawasan yang dikelilingi ladang aprikot.
Pencinta seluar jean jenama Levi’s itu pernah menuntut di Sekolah Menengah Cupertino di California, AS dan bersekolah di Sekolah Tinggi Homestead H.S di bandar yang sama. Kemudian, Jobs melanjutkan pengajian di Reed College, Portland, Oregon.
Namun, tempoh pengajiannya di kolej seni liberal berkenaan bertahan selama satu semester sahaja kerana Jobs mengambil keputusan mengembara ke India bagi mendalami ilmu agama Zen Buddhism bersama rakannya, Daniel Kottke.
Pada waktu itu, usia Jobs baru saja mencecah 19 tahun. Dalam memastikan proses kerohanian itu berjalan dengan sempurna, Jobs sanggup mengikuti amalan ritual keagamaan tersebut seperti mempraktikkan diet ketat dengan berpuasa dan menikmati makan buah saja.
“Secara tidak langsung, minat mendalam terhadap agama ini telah mendorong saya untuk menjadi sami di biara Jepun berbanding melibatkan diri dalam dunia komputer.
“Tetapi, guru saya, Kobun Chino telah menyedarkan saya bahawa anutan ini masih boleh diteruskan walaupun pada masa yang sama saya mengusahakan bisnes komputer,” jelas Jobs yang kembali ke Silicon Valley pada tahun 1974 dengan membawa agama Buddha.
Penglibatan dunia komputer


JOBS (kiri) dan Wozniak (kanan) sewaktu memperkenalkan salah satu produk ciptaan mereka pada tahun 1984.



Menyusuri penglibatan Jobs dalam dunia komputer dan gajet, segala-galanya berpunca selepas perkenalannya bersama Stephen Wozniak atau Woz yang pintar dalam hal berkaitan komputer dan elektronik.
Persahabatan yang terjalin itu telah membawa Jobs menyertai Kelab Homebrew Computer pada tahun 1975 bersama Woz. Sepanjang melibatkan diri dalam kelab berkenaan, Jobs mendapati industri komputer mempunyai potensi terbaik untuk jangka masa panjang. Hasil perbincangan yang dilakukan maka mereka berdua sepakat melancarkan syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.
“Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” jelas Jobs yang memperoleh modal perniagaan sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada menjual microbus iaitu salah satu komponen komputer, manakala Woz menjual kalkulator.
Walaupun berpejabat di dalam sebuah garaj dan fasa permulaan hanya menjual papan sirkit iaitu papan memegang salah satu komponen dalaman komputer, tetapi bisnes mereka berkembang baik selepas menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$666 (RM2,026).
Kemudian, diikuti pula dengan komputer Apple II dan rangkaian produk yang lain sehingga Apple Inc., mula menjual saham syarikat sekitar Disember tahun 1980. Namun, jodoh Jobs bersama Apple Inc. tidak bertahan lama.


JOBS (kanan) bersama Stephen Wozniak membuka syarikat Apple Inc. pada 1 April 1976.



Gara-gara tidak berpuas hati dengan lembaga pengarah, akhirnya dia mengambil keputusan meninggalkan Apple Inc., lantas membuka syarikat sendiri, NeXT pada tahun 1986.
“Firma NeXT lebih fokus pada pembangunan perisian untuk komputer. Kami turut memainkan peranan utama pada pembentukan e-mel dan jaringan sejagat (WWW),” ulas Jobs yang kemudian dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc., selepas syarikat tersebut membeli NeXT yang hanya beroperasi selama sedekad.
Sebahagian besar pakar IT dan penganalisis ekonomi di serata negara menyifatkan jenama Apple Inc., terus kukuh sehingga kini meskipun hampir bankrap pada tahun 1990, disebabkan kebijaksanaan dan etika kerja yang dipamerkan Jobs.
Perkara itu diakui oleh pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista Sdn. Bhd., Azli Paat, yang menyatakan bapa kepada empat cahaya mata itu seorang yang berdisiplin, kreatif dan berwawasan tinggi.
Jelas Azli, Jobs bijak mencipta telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad, yang ideal dengan perkembangan teknologi serta trend semasa.
Fenomena iPhone

JOBS merupakan tonggak utama kejayaan Apple Inc. dengan menghasilkan telefon pintar dan gajet berteknologi canggih.


Buktinya, kemunculan telefon pintar iPhone pada empat tahun lalu telah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, permintaan dan pembelian terhadap telefon itu amat menggalakkan sehingga mengatasi jualan produk telefon lain.
“Walaupun bukan mudah untuk mencipta telefon pintar ini tetapi, Apple sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Prinsip utama sebelum mencipta produk saya elak bertanyakan kehendak pengguna sebaliknya, lebih cenderung menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk masa depan,” terang Jobs dalam satu temu bual.
Populariti penjualan iPhone dan iPad sekali gus menyenaraikan Apple Inc., sebagai syarikat kedua di dunia yang mencecah nilai melebihi AS$300 bilion (RM912 bilion).
Malah, penganalisis Goldman Sachs, David Bailey, memberitahu setiap tahun penjualan iPhone khususnya memperlihatkan peningkatan yang drastik.
Biarpun telah meletakkan jawatan CEO Apple, pada bulan Ogos lalu tetapi, Jobs masih kekal sebagai pengerusi di syarikat berkenaan.
Ini disebabkan khidmat nasihat dan idea kreatif Jobs tetap diperlukan bagi memastikan keluaran produk terbaharu Apple, berkualiti dan terbaik.
Namun, kelmarin bukan sahaja Apple malah, seluruh dunia merasai kehilangan seorang genius yang juga dianggap ikon teknologi era baru.

Legenda Apple meninggal dunia


SEORANG wanita bertafakur sebagai tanda menghormati pemergian pengasas bersama Apple, Steve Jobs di luar sebuah premis Apple di Tokyo, Jepun semalam.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple Inc., Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser pankreas kelmarin.
Dianggap pencetus revolusi budaya moden menerusi ciptaannya seperti iPod, iPhone dan iPad, kematian Jobs berlaku ketika Apple Inc. berada di kemuncak kegemilangannya sebagai pengeluar gajet telekomunikasi terbesar di dunia.

Steve Jobs


"Kami semua sedih mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia semalam," kata pembuat gajet yang berpangkalan di California dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli lembaga pengarah Apple.
Tambah mereka, Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan.
"Steve meninggalkan sebuah syarikat yang hanya dia boleh membinanya. Semangatnya akan terus wujud sebagai asas kepada Apple," kata pengendali Apple sejak Jobs bercuti sakit sejak Januari lalu, Tim Cook.
Cook dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak Ogos lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Jobs, beliau meninggal dunia dalam keadaan aman sambil dikelilingi ahli keluarganya.
Apple memberi penghormatan kepada legenda Lembah Silikon itu dengan memaparkan gambar hitam putihnya yang berjambang dan memakai cermin mata bulat serta baju berkolar di home pagenya bersama tulisan 'Steve Jobs - 1955-2011'.

MESEJ bermaksud "Terima kasih Steve" ditulis di tingkap kaca kedai Apple Store di Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Kematian Steve Jobs ditangisi oleh peminat gajet di seluruh dunia.


Apabila pengunjung mengklik pada gambar tersebut, mereka akan dibawa kepada mesej yang ditulis Cook sebagai peringatan kepada Jobs.
Peminat Apple juga dijemput berkongsi memori, ingatan dan salam takziah mereka dengan menghantar pesanan kepada remeberingsteve@apple.com.
Legenda gajet itu dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan di Mountain View ketika baru berusia beberapa hari.
Beliau berusia 21 tahun apabila mencipta Apple Computer bersama Steve Wozniak, 26, di garaj keluarganya pada tahun 1976.
Di bawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an.
Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Jobs kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.
Sejak itu, kegemilangan Apple pudar. Namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion).
Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.
Jobs meninggalkan seorang balu, Laurene dan tiga orang anak. - AFP


Produk terbaik keluaran Apple


KOMPUTER tablet iPad mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.


SAN FRANCISCO - Senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs.
1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.
2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.
3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.
4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.
5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.
6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas. - AFP


Cabaran besar buat Tim Cook




SAN FRANCISCO - Kematian pengasas Apple, Steve Jobs menimbulkan kebimbangan sama ada syarikat yang berpangkalan di California itu akan dapat terus bertahan tanpa pemimpin tersebut.
Malah, Tim Cook (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple dilihat bakal berdepan dengan pelbagai tekanan dan cabaran selepas dia memperkenalkan iPhone 4 yang dinaik taraf, bukannya merombak gajet popular tersebut, di samping situasi saham yang tidak menentu, walaupun ia menunjukkan pemulihan.
"Saya mahu kamu semua yakin bahawa Apple tidak akan berubah. Steve telah membina sebuah syarikat dan budaya yang yang berbeza di dunia. Kita akan berpegang kepada prinsip tersebut kerana ia ada dalam DNA kita," kata Cook kepada para kakitangan Apple. Cook dianggap sebagai arkitek kepada strategi jualan produk Apple yang genius.
Menurut penganalisis teknologi, cabaran utama yang perlu dihadapi Cook adalah untuk mengekalkan reputasi Apple dengan memperkenalkan gajet berinovasi.
"Dia telah bersama Apple sejak 1988 dan terkenal kerana membuat pembaharuan terhadap proses pengeluaran syarikat serta membantu mengembalikan keuntungan kepada Apple," kata penganalisis bebas, Carmi levy merujuk kepada Cook.
Meskipun Cook tanpa Steve, beberapa penganalisis berkata, syarikat itu akan terus berkembang berikutan pengemar iPhone semakin meningkat. - AFP


‘Terima kasih, sayang mama’

Oleh Siti Fatimah Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
aml@hmetro.com.my

MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.
MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.
MACHANG: “Terima kasih, sayang mama.” Itu antara kandungan SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini manakala seorang lagi cedera.
Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Mohd Faizuddin Jamil dan Mohd Syazwan Rosli, masing-masing dari Shah Alam, Selangor dan Pekan, Pahang pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala Haziq Zailani hanya cedera ringan.

BILA NYAWA TIDAKBERHARGA LAGI....BILA PENIPU BANYAK....BILA PENCURI BERKELIARAN....MAKA BERWASPADALAH...

Pasangan kekasih mati bersama



TAWAU: Gara-gara memandu kereta ‘sport’ dengan laju, sepasang kekasih maut apabila kenderaan itu terbabas dan merempih tembok batu selepas gagal mengelak seekor anjing melintas jalan di Kilometer 5, Jalan Kuhara, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, pemandu kereta Nissan Fairlady 350Z dikenali sebagai Tam, 35, maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya yang hancur, manakala teman wanitanya dikenali Lo, 27, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan. Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan terbabit dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke kawasan perniagaan di Hot Spring, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan mewah itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke dalam parit besar di kiri jalan.

“Siasatan mendapati kenderaan itu dipandu laju dan pada masa sama gagal mengelak seekor anjing yang melintas jalan,” katanya.

Menurut Ibrahim, polis turut menemui bangkai anjing yang dipercayai dilanggar mangsa. “Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian termasuk pemandunya tersepit dan dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat beberapa jam kemudian,” katanya.

Suami cekup 2 penipu

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

DUNGUN: “Saya tidak sangka mereka berniat menipu saya,” kata peniaga, Rosidah Mamat, 24, selepas wang tunai RM200 miliknya dilarikan dua warga Filipina yang berpura-pura ingin menukar wang di kedai runcitnya di Kampung Landas, di sini, petang kelmarin.
Dia berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, dua warga asing terbabit memberhentikan kereta Datsun Sunny berwarna putih di hadapan kedainya dan berpura-pura mahu membeli barang.

“Mereka memaklumkan mahu membeli sabun dan roti sebelum menghampiri saya di kaunter dan seorang mengeluarkan wang RM100 sebanyak enam keping di depan saya,” katanya.
Menurutnya, suspek memintanya menukar semua wang tunai RM600 itu dengan RM50.

“Bagaimanapun, saya memberitahu wang untuk ditukar tidak mencukupi kerana saya hanya ada RM400 ketika itu. “Suspek kemudian memegang wang saya sebanyak RM400 itu dan sekali lagi membuat helah dengan meminta menukar dengan nilai RM5 dan sebaik saya menjawab tiada, dia menyerahkan kembali wang RM400 itu kepada saya,” katanya.

Katanya, dalam suasana kalut kedua-dua warga asing itu berpura-pura pula bertanya harga rokok di kedainya, dia tanpa mengira semula wang itu memasukkannya ke dalam laci.

“Selepas kedua-dua suspek beredar, saya membuka laci untuk mengira semula wang yang dikembalikan itu dan terkejut apabila mendapati wang itu kurang sebanyak RM200 sebelum memaklumkan kepada suami yang berada di luar kedai,” katanya.

Rosidah berkata, suaminya, Mohd Asmawi Mohd Razak, 31, kemudian memecut kereta mengejar kedua-dua suspek dan selepas beberapa kali berhenti untuk bertanya kepada penduduk sama ada mereka nampak kereta yang dinaiki suspek, suaminya dimaklumkan kereta berkenaan memasuki Felda Jerangau.
“Saya percaya suspek mahu melakukan jenayah sama kepada peniaga di kawasan itu namun tidak berjaya sebelum memandu keluar dari Felda berkenaan,” katanya.

Suami mangsa, Mohd Asmawi Mohd Razak, 31, berkata dia terserempak dengan kenderaan dinaiki suspek yang berhenti di sebuah simpang sebelum menyekat kereta itu.

“Sebaik keluar dari kereta, saya memaklumkan apa yang berlaku kepada beberapa penduduk yang secara kebetulan berada di kawasan itu dan dengan bantuan mereka, saya menyerbu kenderaan suspek dan menahan mereka,” katanya.

Mohd Asmawi berkata, kedua-dua suspek memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan sanggup mengganti kembali wang tunai yang dicuri itu namun dia enggan menerimanya.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Jerangau dan saya bersama isteri membuat laporan pada jam 6.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 39 dan 53 tahun itu kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Tiga dicekup, seorang diburu

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes samun mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Jalan Segambut , di sini, 10 September lalu diberkas polis manakala seorang lagi rakan suspek masih diburu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dua lelaki yang memakai topi keledar, topeng dan bersenjatakan sepucuk pistol memasuki bank berkenaan ketika dua kakitangan bank membaiki mesin itu.

“Suspek merampas beg silang milik pengawal keselamatan bank mengandungi sepucuk pistol dan lima butir peluru sebelum mengarahkan mangsa membuka mesin CDM dan melarikan wang tunai RM61,400 sebelum melarikan diri dengan dua motosikal bersama dua lagi rakan yang menunggu di depan bank.
“Hasil siasatan, polis menahan ketiga-tiga suspek berusia antara 22 dan 25 tahun di sebuah rumah di Batu Caves, 28 September lalu dan menemui dua pucuk pistol, satu digunakan untuk merompak manakala satu lagi milik pengawal keselamatan bank yang dilarikan,” katanya.

Menurutnya, polis kini memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Al-Syahfarin Ahmad, 26, beralamat Batu 23 1/2, Jalan Sahom, Sungai Siput Selatan, Kampar, Perak dan Flat Taman Desa, Batu Caves 1, bagi membantu siasatan.

Keahlian digantung tapi perlu bayar yuran



KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengutip sampah-sarap untuk dikitar semula di sebuah kelab golf terkemuka di Shah Alam, seorang pesara swasta mendakwa digantung sebagai ahli selama enam bulan bermula September lalu hingga Mac tahun depan.
Mangsa, Lee Choon Poke, 51, berkata dia menjadi ahli kelab itu sejak tiga tahun lalu dan kesal apabila pihak pengurusan menggantung keahliannya hanya kerana perkara kecil.

Bagaimanapun, dia tetap perlu membayar yuran keahlian RM270 bagi tempoh tiga bulan sedangkan dia, isteri dan tiga anak tidak boleh memasuki kawasan kelab.
“Akibat tindakan itu, saya sekeluarga dihalang dan tidak boleh memasuki kelab itu untuk melakukan aktiviti riadah.

“Selain itu, kami langsung tidak boleh menjejakkan kaki ke kelab yang dua kilometer dari rumah walaupun untuk membeli makanan di restoran kelab,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam, kelmarin, kerana tidak puas hati dengan tindakan kelab berkenaan.

Polis tahan 7 lelaki bantu siasatan kes bunuh suami isteri



SHAH ALAM: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang bapa dan anaknya bagi membantu siasatan kes pembunuhan sepasang suami isteri di sebuah dusun durian berhampiran kebun getah di Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor pada 28 September lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata kesemua suspek warganegara tempatan itu berusia antara 16 dan 44 tahun ditahan di beberapa lokasi pada 30 Sept dan 3 Oktober lalu.

"Tangkapan pertama membabitkan lima lelaki warga tempatan di mana tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod kesalahan lampau serta dua lagi masih berstatus Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO) di kawasan Ulu Yam.

"Dua lagi suspek ditahan pada Isnin lepas dan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah namun seorang daripadanya positif dadah jenis syabu," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.


Beliau berkata semalam, polis turut menjumpai dua bilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa di dalam Sungai Selangor Rasa, Batang Kali, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Thaiveegan berkata kejadian bunuh itu dipercayai bermotif dendam dan perselisihan faham.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi pada 28 September lalu, mayat L Ramasandram, 57, dan isterinya A.Bakiam, 51, ditemui dalam keadaan terlentang di atas jalan tanah merah berhampiran dusun durian.

Ramasandram cedera teruk di kepala dengan kelima-lima jari tangan kanannya putus manakala Bakiam hampir putus pergelangan tangan selain turut ditetak di kepala.

Pasangan terbabit dikatakan keluar rumah seawal 5 pagi untuk menoreh getah di kebun terbabit yang terletak dua kilometer dari rumah mereka. - Bernama

Berhati-hati individu menyamar penjawat awam mohon derma



JOHOR BAHARU: Orang ramai di bandar raya ini diminta berwaspada apabila dihubungi individu yang mendakwa dari agensi awam meminta derma, susulan beberapa kejadian penipuan menggunakan modus operandi sedemikian.
Ketua Pemuda MCA Johor Kua Song Tuck berkata pihaknya menerima lima aduan ditipu dengan cara itu setakat ini.

Mereka lazimnya menyamar sebagai penjawat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MPJBT), Jabatan Kesihatan dan Majlis Amal Cegah Jenayah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Kua berkata antara alasan mengutip derma ialah untuk mengadakan majlis malam amal dan membantu golongan kurang bernasib baik.


Sementara itu, seorang mangsa Cindy Tan, 35, yang hadir pada sidang media tersebut mendakwa beliau kerugian RM5,350 apabila ditipu dua kali oleh sindiket berkenaan.

Pengusaha kilang plastik itu mendakwa kali pertama beliau dihubungi seorang wanita pada 26 Sept lepas yang mengaku dari MPJBT dan meminta derma berjumlah RM2,250 bagi pembelian lima unit kerusi roda.

"Saya hanya mampu menderma RM1,350 dan kakak saya kemudian menyerahkan wang terbabit kepada seorang wanita di sebuah bank di Taman Universiti," katanya.

Tan berkata empat hari kemudian beliau menerima satu lagi panggilan dari seorang lelaki mendakwa petugas MPJBT meminta derma RM8,000 bagi membeli set meja makan untuk kegunaan Hospital Permai, Tampoi.

Bagaimanapun Tan berkata beliau hanya mampu memberi RM4,000 sahaja dan wang terbabit diserahkan melalui kakaknya kepada seorang lelaki di bank yang sama pada hari yang sama.

"Saya kemudian menyedari telah ditipu pada pukul 8 malam hari yang sama sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Taman Universiti, tiga hari lalu," katanya. - Bernama

Wednesday, October 5, 2011

BILA KEJAHATAN SERTA JENAYAH BERADA DIMANA2....ADAKAH INI MERUPAKAN BALA@MUSIBAH YANG KITA UNDANG DISEBABKAN TIDAK BERAMAL ATAU BERAMAL BENDA YANG SALAH DARI SEGI SYARIAT ISLAM...

Peragut Myanmar mati dibelasah



SEORANG peragut Myanmar dibelasah oleh orang ramai yang meragut dua pelancong China yang baru keluar dari medan selera ini di Jalan Pudu kelmarin.



KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki Myanmar yang meragut beg tangan milik dua pelancong warga China berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada peragut itu mati dibelasah oleh orang awam dalam kejadian berhampiran medan makanan di Pudu di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, orang ramai yang berang dengan tindakan peragut itu bertindak memukul dan menendang suspek namun salah seorang daripada peragut itu berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, sebaik polis tiba di tempat kejadian, suspek yang dipukul telah mati akibat mengalami pendarahan teruk di kepala.
"Sebelum kejadian, kedua-dua suspek itu meragut dua wanita warga China yang ketika itu dalam perjalanan ke hotel selepas makan di medan selera berkenaan.
"Berlaku pergelutan dalam cubaan meragut itu dan dua mangsa wanita tersebut juga cedera akibat ditikam dengan pisau," kata beliau di sini semalam.

Pengguna mengadu rugi RM250 juta


WALAUPUN perkhidmatan jalur lebar kian meluas termasuk meliputi pondok menunggu bas seperti dalam gambar ini, aspek kualiti didakwa belum memuaskan sehingga menyebabkan ramai mengadu kepada NCCC. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada pengguna di seluruh negara berhubung kes-kes pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian berjumlah sehingga RM250 juta sepanjang tahun lalu.
Jumlah kes itu mencatat peningkatan 6.2 peratus berbanding 32,369 aduan pada tahun 2009 dengan nilai kerugian RM150 juta.
Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC, Datuk N. Marimuthu berkata, trend peningkatan jumlah aduan itu bermakna bilangan pengguna semakin ramai dan mereka juga kian sensitif terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.
"Ini menuntut pengusaha mengambil langkah yang serius untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pelancaran Laporan Tahunan 2010 NCCC, di sini semalam.

Kembar Siam tidak jadi bedah



ZULKIFLI ketika ditemui wartawan Kosmo!, Luqman Ridhwan Mohamed Nor di Hospital Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Doktor-doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak akan menjalankan pembedahan bagi memisahkan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie Zulkifli kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi sekali gus membahayakan nyawa kembar tersebut.
Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, ini kerana kembar tersebut berkongsi satu jantung sekali gus sebarang pembedahan boleh meragut nyawa kedua-dua kembar berkenaan
“Keadaan jantung kembar tersebut adalah tidak normal. Mereka berkongsi satu jantung. Itulah faktor utama mengapa pembedahan tersebut tidak dapat diteruskan,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau diminta mengulas perkembangan terkini nasib kembar tersebut yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HKL sejak semalam untuk rawatan susulan dan kemungkinan menjalani pembedahan pemisahan sekiranya keadaan mengizinkan.
Kembar tersebut yang dilahirkan pada 22 September lalu dibawa ke HKL dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu awal pagi kelmarin untuk tujuan tersebut.

Perangkap si wanita seksi



HOTEL-HOTEL bajet di Jalan Tun Ali, Melaka antara lokasi wanita seksi membawa mangsanya untuk disamun.



MELAKA - Taktik sebuah kumpulan samun yang menggunakan wanita cantik dan seksi bagi mengumpan 'lelaki hidung belang' sebagai mangsa samun kecundang ekoran penahanan enam lelaki daripada Geng Sethu dalam serbuan di Taman Cheng di sini pada awal bulan lalu.
Difahamkan, wanita cantik dan berbadan seksi berusia awal 20-an yang juga merupakan anggota Geng Sethu akan dihantar berlegar-legar di beberapa lokasi kunjungan orang ramai di negeri ini bagi memikat mana-mana lelaki yang dilihat berpotensi untuk disamun.
Selepas mangsa tergoda dengan penampilan wanita Geng Sethu itu, mangsa biasanya terdorong membawa suspek wanita itu ke hotel bajet yang berdekatan bagi melakukan hubungan seks.
Antara hotel bajet yang dilaporkan pernah menjadi persinggahan mangsa dan suspek wanita itu adalah hotel bajet di sekitar Jalan Tun Ali di sini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ketika berada di dalam bilik hotel, sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan tukul akan menyerbu bilik hotel tersebut untuk menyamun beg duit atau apa-apa barang berharga milik mangsa.
"Suspek-suspek itu kemudian mengugut akan melakukan perkara lebih buruk terhadap mangsa selepas mendakwa wanita yang ditiduri mangsa merupakan adik atau saudara mereka," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian tersebut tidak berakhir di situ apabila suspek-suspek lelaki itu turut mengambil kunci rumah mangsa dan memaksa mangsa memberitahu alamat lengkap rumahnya.
"Suspek-suspek kemudian akan menceroboh rumah mangsa dan melarikan semua barang berharga dari rumah itu," kata beliau lagi.
Semasa kejadian pecah masuk rumah, mangsa terus 'ditahan' di dalam hotel terbabit. Mangsa hanya dibebaskan selepas suspek-suspek selesai menggelidah rumah mangsa.

Penjahat Amerika Latin diberkas



DUA SUSPEK warga Amerika Latin yang ditahan di Jalan Ipoh, Sentul pada Jumaat lalu kerana disyaki mangsa untuk disamun.



KUALA LUMPUR - Warga kota yang sebelum ini dihantui dengan kes-kes mangsa disamun ketika memeriksa tayar kereta yang pancit mampu menarik nafas lega apabila polis berjaya menahan lima lelaki Amerika Latin yang terlibat dalam jenayah itu.
Jenayah terancang yang dipercayai melibatkan 15 ahli kesemua rakyat Amerika Latin termasuk dua wanita berusia lingkungan 40-an dan 50-an dipercayai mempunyai rangkaian penjenayah menggunakan taktik sama yang beroperasi di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Korea, Jepun dan Vietnam sebagai sasaran.
Modus operandi penjenayah Amerika Latin yang disifatkan profesional itu sama iaitu memancitkan tayar kereta mangsa sebelum suspek mengekori mangsa itu dan berpura-pura menghulurkan bantuan sebelum mangsa disamun.
Kumpulan penjenayah ini bergerak secara berkumpulan ketika mencari sasaran. Mereka dilihat menumpukan kepada pelanggan bank yang mengeluarkan wang.
Bagi melancarkan rancangan jahat itu, dua suspek wanita yang kadangkala turut memakai tudung akan diletakkan di bank-bank untuk menjadi pemerhati pelanggan bank yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak.
Pada masa sama, suspek yang berada di luar bank akan memainkan peranannya iaitu meletakkan satu alat tajam di bawah salah satu tayar kereta mangsa.
Selepas urusan mengeluarkan wang selesai mangsa yang menjadi sasaran diekori oleh suspek lain.
Kereta mangsa kebiasaannya akan pancit selepas ia dipandu beberapa kilometer sebelum beberapa suspek lelaki yang berlagak baik hati turut memberhentikan kereta dan menghulurkan bantuan untuk menukarkan tayar.
Namun kesempatan semasa menukarkan tayar itu digunakan oleh suspek untuk mengambil beg mangsa yang mengandungi wang yang biasanya diletakkan dalam kereta.
Kegiatan licik kumpulan Amerika Latin yang bermaharajalela hampir tiga bulan itu di ibu negara bagaimanapun berjaya dipatahkan apabila lima daripada anggotanya ditahan pada pukul 1 petang Jumaat lalu.

Penjual barang lusuh ditahan edar 10,642 biji pil eramin



THAIVEEGAN (kiri) menunjukkan kotak hadiah berisi sebahagian pil eramin 5 yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dan merampas 10,642 biji dadah pil jenis eramin 5 bernilai RM266,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Muda, Ampang dekat sini Ahad lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu, dadah tersebut ditemui secara berasingan iaitu 1,000 biji pil eramin 5 ditemui disimpan di dalam sebuah kotak yang dibungkus kemas dengan kertas pembalut hadiah manakala sejumlah 9,642 lagi ditemui disembunyikan di dalam kenderaan dan bahagian lain di rumah tersebut.
"Kita percaya pil itu mahu diedarkan untuk pasaran di kelab-kelab malam di sekitar Lembah Klang," kata beliau pada sidang berita di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

BILA HIDUP TIDAK RASA AMAN DAN TENTERAM...KEJAYAAN DAN KEMEWAHAN MENJADIKAN KITA SUSAH...MUNGKIN DAMPINGAN KITA PADA ALLAH TERLALU JAUH....

Lebih rela humban bayi

Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my

TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.
TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.
TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.
Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.


Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.

Geng bocor tayar tumpas

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

RAMPAS...Ku (kanan) melihat barangan yang dirampas.
RAMPAS...Ku (kanan) melihat barangan yang dirampas.
KUALA LUMPUR: Hanya menggunakan paku khas bagi membocorkan tayar kenderaan mangsa yang baru mengeluarkan wang di bank, sekumpulan lima penjenayah warga Amerika Latin dikatakan mampu meraih hasil samun melebihi RM600,000.
Taktik baru kumpulan penyamun itu mula dikesan sekitar ibu negara sejak Ogos lalu yang didalangi beberapa warga Peru dan Guatemala berusia antara 40 hingga 50-an yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Selain di Malaysia, kumpulan itu juga dipercayai aktif di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Vietnam, Jepun dan Korea.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sejak beberapa bulan lalu terima laporan mangsa yang baru keluar dari bank dan membawa wang tunai mendakwa tayar kereta mereka pancit dan ketika membaiki kerosakan itu, disamun yang disyaki dilakukan warga asing. “Dua wanita ahli kumpulan berkenaan dipercayai memainkan peranan sebagai pemerhati dalam kawasan bank bagi mengenal pasti mangsa sebelum menyalurkan maklumat kepada rakan yang menunggu di luar.

“Selepas mangsa dikenal pasti, anggota kumpulan di luar akan meletak paku khas pada tayar kenderaan mangsa dan sebaik mangsa pergi ke arah kenderaannya, suspek terus menghampiri dan berpura-pura menawarkan bantuan,” katanya, semalam.

Menurutnya, setakat ini, polis mengenal pasti lima kes samun menggunakan taktik sama sekitar ibu negara dan menahan lima suspek hasil pemantauan pasukan khas ditubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jumaat lalu dan kelmarin.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan dua suspek yang berlegar-legar sekitar kawasan bank di Batu 3, Jalan Ipoh dan menemui beberapa peralatan termasuk paku khas dipercayai digunakan bagi membocorkan tayar kenderaan

Raja Lawak kena tahan

Oleh Johary Indan
hmkk@hmetro.com.my

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.
Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

Maut dada tertusuk besi

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuching, kelmarin dengan dadanya tertusuk besi hentian bas.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa, Mohd Yusof Mat Isa, 52, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa tercampak ke arah besi penghadang sebuah hentian bas.

“Akibat kemalangan itu, dada mangsa ditembusi besi menyebabkan mayatnya tergantung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan laluan ke arah Selayang sesak sejauh kira-kira tiga kilometer.

Dalam kejadian berasingan, beliau berkata, seorang pekerja penghantar makanan segera maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Pandan berhampiran Bulatan Kampung Pandan.


Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam apabila motosikal ditunggangi mangsa, Wan Mohd Zaini Wan Mohd Zin, 28, hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum tercampak beberapa meter.

“Mangsa dalam perjalanan pulang dari Bukit Bintang sebelum motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan lalu merempuh sebatang tiang lampu,” katanya.

Rakan mangsa yang ditemui, Norzulhelmi Abu, 28 berkata, dia tidak menyangka pertemuan pada majlis pernikahan seorang teman menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Arwah tidak henti-henti bergurau senda dengan rakan-rakan dan lebih ceria berbanding biasa, malah ada memberitahu kami niatnya yang mahu mencari kerja lebih baik,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat dan saksi kejadian itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Neelofa kena ancam

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa, 22, trauma selepas diugut lelaki misteri yang meminta wang menyebabkan dia kini terpaksa ditemani dua pengawal peribadi sebagai langkah berjaga-jaga.
Ditemui di majlis pelancaran mini album sepupunya Qalisha di sini, semalam, Neelofa menjelaskan perkara itu berlaku awal September lalu menyebabkan dia mengupah pengawal peribadi secara serta-merta.

Menurut Neelofa, dia menerima ugutan menerusi telefon dan si pemanggil mengancam mencederakannya jika dia tidak dapat menyediakan wang seperti diminta.

“Saya tidak kenal individu yang melakukan ugutan itu tetapi saya percaya dia lelaki. Laporan polis mengenainya sudah dibuat. Maklum balas yang saya terima setakat ini ialah polis sudah mengesan di mana individu yang mengugut saya itu tinggal dan dia sedang diawasi,” katanya.

Pelakon yang membintangi filem Azura 2011 dan drama Lara & Jiwa itu berkata, sejak dia melaporkan ugutan diterimanya kepada polis, tiada lagi ugutan baru diterima.

“Walaupun tidak lagi menerima ugutan, apa yang berlaku tetap membuatkan saya dalam ketakutan. “Apatah lagi sekarang ini saya tinggal sendirian kerana keluarga menetap di Pasir Mas, Kelantan dan hanya sesekali datang ke Kuala Lumpur.


“Ibu bapa saya juga risau dengan apa yang berlaku menyebabkan mereka mengupah dua pengawal peribadi menemani ke mana saja saya pergi,” katanya. Neelofa menafikan pengawal peribadi diupahnya menimbulkan kesukaran untuk berurusan dengannya.

“Setakat ini perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Pengawal terbabit tidak duduk sebelah jika saya lakukan urusan di tempat awam, sebaliknya mereka berada di kawasan sama tanpa disedari orang ramai. Saya juga bebas ke mana saja tanpa rasa terganggu,” katanya.

Sebelum ini kata, Neelofa, dia biasa berdikari serta bergerak sendiri. Menurutnya, sejak menerima ugutan berkenaan dia berasa perlu ada pengawal peribadi bersamanya bagi memastikan perkara sama tidak berlaku.

Tuesday, October 4, 2011

BILA KEMEWAHN DI IDAMKAN...MAKA TAK KIRA SUMBER...HALAL HARAM...SYIRIK ATAU SEBAGAINYA...JANJI BOLEH JADI WANG....

Amah mati jatuh kondo

Oleh Anas Hassan
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat lapan sebuah kondominium dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya di Kelana Jaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Rini, 30, nekad menyelinap keluar melalui tingkap rumah majikannya menggunakan wayar kabel televisyen sebagai bantuan untuk turun ke tingkat bawah.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Medan dikatakan baru bekerja dengan majikannya sejak 29 September lalu dan mengalami masalah apabila tidak begitu gembira bekerja di tempat baru itu.
“Berikutan itu, mangsa dihantar ke rumah saudara majikannya di sini, awal pagi kelmarin sementara menunggu mereka dihubungi agensi pekerja asing yang akan menjemput mangsa pada keesokan hari.

“Bagaimanapun, mangsa menyelinap keluar melalui tingkap rumah berkenaan semalam (kelmarin) selepas mengetahui wakil agensi pekerja asing itu akan datang menjemputnya,” katanya Mangsa mati di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Dadah kopi segera



RAMPAS...Govinden (kiri) menunjukkan beg suspek dan bungkusan kopi yang berisi dadah.
RAMPAS...Govinden (kiri) menunjukkan beg suspek dan bungkusan kopi yang berisi dadah.
SEPANG: Taktik seorang wanita Iran menyeludup dadah ke negara ini dengan memasukkannya ke dalam 63 bungkusan kopi dan ‘Capuccino’ segera gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila dia ditahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Sabtu lalu.
Wanita yang berusia 24 tahun itu tiba menaiki pesawat Royal Jordanian, Damsyik-Amman ke Kuala Lumpur ditahan jam 1 pagi, selepas pegawai KDRM mengesyaki wujud bahan mencurigakan pada satu daripada dua beg dibawanya. Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata ketika melalui mesin pengimbas beg berkenaan tidak menunjukkan imej mencurigakan sehingga pegawai kastam mengarahkan wanita terbabit membuka kedua-dua begnya. Menurutnya, pemeriksaan pada satu bagasi berkenaan menemui 27 bungkusan kecil serbuk kristal yang dimasukkan dalam setiap peket Cappucino jenama ‘Good Day Cappucino’ dan 36 peket lagi dalam satu pek jenama ‘Supper Coffeemix’. “Selepas diuji dengan kit ujian, serbuk kristal itudisyaki positif Methamphetamine (syabu) dan beratnya 1.9 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM475,000,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA berhampiran Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di sini, semalam.

Hentak kepala remaja ‘buat bising’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

SERDANG: Gara-gara didakwa membuat bising, seorang remaja lelaki retak tempurung kepala manakala sepupunya cedera di tangan, kaki dan badan selepas dibelasah sekumpulan lelaki mabuk ketika mereka minum di sebuah restoran di Apartmen Suria, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun singgah minum bersama sepupunya berusia 16 tahun sebelum dibelasah lima lelaki terbabit.

Akibat kejadian itu, mangsa pengsan dan parah sebelum suspek melarikan wang RM500 dan motosikal milik mangsa.

Mangsa yang parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Menceritakan semula kejadian itu, sepupu mangsa, S Arvind, 16, berkata mulanya hanya dua lelaki pergi ke arah mereka dan memarahi sambil mengarahkan diam.


JKM cari waris bayi



KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya mengesan waris seorang bayi yang ditinggalkan di dalam bakul di Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim di Kampung Tungku, Petaling Jaya, dekat sini, sejak 4 Ogos lalu.
Pegawai Pelindungnya, Noor Afdzan Mohd Sahandri Gani, berkata bayi terbabit, Karina berusia sebulan ditinggalkan ibunya tanpa dokumen dan kini di bawah penjagaan sepasang suami isteri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris Karina diminta menghubungi Noor Afdzan dengan segera di talian 03-78422584.

Suami hilang



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang menghilangkan diri tanpa dikesan sejak sebulan lalu dirayu pulang ke rumahnya di Taman Setapak, dekat sini.
Nazeri Ungku Idris, 46, tidak pulang ke rumahnya sejak 8 September lalu selepas kali terakhir keluar bekerja pada hari kejadian.

Isterinya, Natasha Ng, 44, berkata dia sekeluarga risau mengenai kesihatan dan keselamatan suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak minggu kedua Syawal lalu.
“Saya tidak pasti ke mana dia menghilang, malah sudah menghubungi keluarganya di Seremban, namun mereka tidak pasti di mana suami berada kerana mereka juga gagal menghubunginya,” katanya.

Kedai baiki komputer tauke jual jin



KUALA LUMPUR: Semakan status aktiviti perniagaan penganjur laman web ilmu kebatinan yang turut mempunyai premis pusat rawatan itu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebagai perniagaan membaiki komputer dan video perkahwinan sedangkan perniagaan sebenar mereka berkaitan ilmu kebatinan.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan SSM, Datuk Muhammad Redzuan Abdullah, berkata mereka sudah melanggar aktiviti perniagaan seperti yang dimaklumkan kepada pihaknya dan berpendapat perkara itu satu penipuan.

“Sebelum perniagaan dijalankan, individu atau kumpulan berkenaan perlu mendaftar dengan SSM selepas itu baru mereka boleh mengemukakan permohonan lesen premis kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Jika aktiviti perniagaan mereka tidak selari seperti apa yang diisytiharkan kepada SSM ketika mendaftar, tindakan undang-undang boleh diambi,l namun biar pemantauan secara menyeluruh dapat dilakukan untuk menentukan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan penganjur satu laman web cuba mempromosikan ajaran khurafat dengan menawarkan pelbagai ilmu kebatinan yang boleh dipelajari melalui dalam talian tanpa melakukan latihan atau pertapaan selama bertahun-tahun dan penganjur berkenaan turut mempunyai premis perniagaan di beberapa negeri seluruh negara.

Selain itu, aktiviti perniagaan mereka turut dikatakan tidak selari aktiviti perniagaan yang didaftarkan kepada SSM melalui semakan suruhanjaya itu.

LEBIH SUKA DENGAR CAKAP PENGADU DOMBA SERTA BATU API....YANG BERCERAI KITA...BUKAN SIBATU API...TAPI ALLAH MAHA KAYA...MUNGKIN YANG JAHAT ITU ALLAH BALAS SETIMPAL DENGAN JAHATNYA...

Fitnah kasanova

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

KESAL...sebahagian wanita yang mendakwa mangsa kasanova terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka.
KESAL...sebahagian wanita yang mendakwa mangsa kasanova terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka.
JOHOR BAHRU: “Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.
“Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai ‘permainan’ seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.

Aimi berkata, kasanova yang dikenali sebagai Man, 30-an itu amat licik memerangkap mangsa sehingga mampu memikat 20 teman wanita serentak termasuk bekas isteri dan kekasih orang, biarpun kawannya sendiri.
Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.

Menurut Aimi, Man yang juga seorang kakitangan awam beruniform sering menggunakan jawatannya itu untuk memerangkap wanita dan permainan fitnahnya menyebabkan rumah tangga sebahagian mangsanya porak-peranda. “Saya mengenali Man menerusi suami kerana mereka berkawan, namun lama-kelamaan hubungan kami tegang dan selalu bergaduh kerana termakan hasutannya yang mendakwa kami curang.

“Akibat terpedaya dengan fitnah Man, saya diceraikan talak satu oleh suami pada hujung Julai lalu. Sebelum itu, suami juga memukul dan menendang hingga badan saya lebam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Masai, semalam.

Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.

Menurutnya, Man yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kemudian menyatakan ingin memperisterikannya dengan berkahwin di selatan Thailand.
“Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.

“Kami rujuk semula selepas mendapati Man berniat jahat memfitnah kami suami isteri sehingga bercerai,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang juga bekas teman wanita lelaki itu, Shima, 30-an berkata, dia menjalin hubungan selama 10 tahun sebelum menyedari ditipu dan diperalatkan untuk mendapatkan wang.

“Sepanjang 10 tahun bersama, saya memberinya lebih RM15,000 wang simpanan saya selepas dia memberi pelbagai alasan untuk menggunakan wang. “Sepanjang tempoh kami berkawan, tidak pernah dia mengaku sudah beristeri dan mempunyai dua anak,” katanya.

Shima berkata, Man seorang panas baran dan sering memukulnya hingga terseliuh pergelangan tangan, namun dia tetap bersama lelaki itu atas dasar sayang dan cinta.

“Bagaimanapun, saya mula tidak tahan dengan sikapnya apabila dia sering membawa wanita lain ke kelab malam dan karaoke sedangkan wang simpanan saya habis dikikis,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata sikap romantis Man dengan kata-kata manis, peramah serta prihatin terhadap dirinya pada awal perkenalan menyebabkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu sehingga terlanjur.

“Man berlagak romantik dan prihatin selain selalu menunjuk-nunjuk dia berharta hingga pernah memberikan saya ribuan ringgit secara tunai.

“Bagaimanapun, lama kelamaan tembelangnya pecah kerana dia membawa wanita lain ketika kami masih bercinta. Semua itu masih boleh dimaafkan kerana saya cintakannya.

“Namun, lebih dikesalkan ialah dia cuba memperalatkan saya memikat lelaki lain sebelum berpesan supaya saya mengikis wang lelaki itu,” katanya sambil memberitahu lelaki dimaksudkan ialah suami Aimi.

Aimi membuat laporan polis berhubung sikap kasanova Man di Balai Polis Masai, 3 September lalu, manakala Shima membuat laporan berhubung penipuan dan ugutan lelaki itu di Balai Polis Scinetx Seri Alam, 26 Julai lalu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Kebun pisang berdarah

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota forensik menyiasat lokasi pembunuhan kontraktor, semalam.
PERIKSA...anggota forensik menyiasat lokasi pembunuhan kontraktor, semalam.
SAYU...ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat mayat mangsa.
SAYU...ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat mayat mangsa.
KOTA BHARU: Mayat seorang kontraktor ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tangannya terikat di belakang, mukanya dipenuhi kesan lebam dan kepalanya berlumuran darah dalam sebuah kebun pisang berdekatan Kampung Kubang Palas, Binjai, di sini, semalam.
Mayat itu ditemui pada jam 7.50 pagi oleh penduduk kampung, Zamizi Mohamad, 42, yang dalam perjalanan ke kebunnya untuk memetik sayur sebelum dia memaklumkannya kepada penduduk kampung dan menghubungi polis.

Menurut Zamizi, memang menjadi rutin hariannya ke kebun yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah untuk memetik sayur bersama isteri, Mariam Hamzah, 38 dan tidak menyangka bertemu ‘tetamu tidak diundang’ itu.
“Saya terkejut menemui mayat seorang lelaki dengan tangan terikat di belakang, muka dipenuhi kesan lebam dan kepalanya berlumuran darah di sebuah kebun pisang.

“Saya segera memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu kira-kira jam 8 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Forensik ke tempat kejadian.

Katanya, mayat itu dikenali sebagai Saw Yee Siang, 57, seorang kontraktor berasal dari Tumpat.

“Mayat ditemui dalam keadaan tertiarap dan tangannya terikat di belakang. Siasatan mendapati, mangsa mati selepas dipukul dengan benda keras dalam keadaan kepalanya dibungkus dengan kain.
“Kami percaya mangsa mati kira-kira 10 jam sebelum ditemui dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kelantan, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan keluar rumah malam kelmarin bersama seorang kenalannya.

“Kami percaya mangsa mungkin mempunyai musuh.

“Ketika mayatnya ditemui, mangsa berpakaian lengkap, tetapi ada kecederaan di kepala dan badan selain semua barangan berharga termasuk jam, dompet dan telefon bimbitnya hilang,” katanya.

Jalaluddin berkata, setakat ini polis sudah menemui beberapa petunjuk dan akan melakukan siasatan lanjut termasuk menyemak latar belakang mangsa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya.

Bilah mesin tusuk kepala

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

KOMA...Mohd Abdul Wahab masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HSB.
KOMA...Mohd Abdul Wahab masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HSB.
ALOR SETAR: Akibat tersilap menekan suis mesin pemotong rumput ketika mahu menukar bilahnya, seorang lelaki, Mohd Abdul Wahab Mat, 37, kini koma dan bertarung dengan maut selepas satu daripada bilah mesin berkenaan melantun serta menusuk kepalanya.
Kejadian berlaku pada jam 7.10 malam Ahad lalu di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, Jitra, dekat sini dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata ketika dibawa ke HSB, mata pisau itu dikatakan masih melekat di kepala adiknya dan hanya dibuang doktor selepas menjalani pembedahan tidak lama kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mangsa dikatakan sempat menjerit sebelum pengsan.


“Mereka segera memangkunya sambil memekap kepala dengan kain kerana darah mengalir dengan banyak sebelum menghubungi ambulans,” katanya di sini, semalam.

Malu nikah tak jadi

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.
Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.


Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.
 

MATI MESTI MATI....CUMA CARA ALLAH MENGAMBIL NYAWA BERBEZA....MAKA BERTAQWALAH...JANGAN MELAKUKAN KEROSAKAN DIBUMI SERTA BERLAKU ZALIM...

Dijemput ajal ketika tidur


tingkat atas rumah kedai yang mengorbankan Yit Kwang semalam.


GEORGE TOWN – Malang bagi seorang tukang kimpal besi apabila dia maut ketika sedang nyenyak tidur akibat ditimpa ketulan konkrit runtuh selepas sebuah kren menara pembinaan hotel terbalik lalu menghempap biliknya di rumah kedai Jalan Sri Bahari di sini semalam.
Mangsa Liang Yit Kwang, 65, yang tidur di tingkat atas kediaman dua tingkat itu mati di tempat kejadian akibat cedera di seluruh badannya.
Rumah yang ditimpa kren itu terletak kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan hotel setinggi 20 tingkat. Turut rosak akibat kejadian itu, bangunan Maritim Malaysia (APMM).
Difahamkan, kren setinggi 60 meter itu digunakan untuk mengangkat bahan-bahan pembinaan hotel yang bakal menempatkan 13 aras hotel dan tujuh tingkat tempat letak kereta.
Namun semasa kejadian kren itu tidak digunakan.
Cuaca semasa kejadian baik tiada hujan dan ribut.
Sementara itu, pemilik kedai, Luar Chooi Guan, 78, bersama isteri, Chew Hong Choo, 76, dan anak lelaki mereka, Luar Seong Ean, 54, yang tidur di bilik berasingan cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, insiden berlaku pada pukul 12.15 malam dan pasukkan tiba di lokasi kejadian lima minit selepas menerima panggilan kecemasan.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas rumah yang ranap di tingkat atas itu pada mulanya menemui tiga mangsa yang berada dalam keadaan cedera parah di tingkat atas rumah itu.
“Mangsa keempat ditemui telah meninggal dunia dan pihak kami terpaksa berhati-hati mengalihkan dinding itu kerana struktur rumah itu tidak stabil,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Remaja rindu ibu maut kemalangan




KAJANG - Seorang remaja yang mahu pulang ke kampung kerana merindui ibunya yang sakit di Kuala Besut, Terengganu maut apabila motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama, Kajang semalam.
Mangsa, Mohd. Faiz Abdullah, (gambar) 20, yang membonceng rakannya, Mohd. Raimi Zulfakar Romlan, 21, maut di tempat kejadian manakala Raimi cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kajang.
Kemalangan berlaku ketika kedua-dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Saujana Impian di sini selepas membeli tiket bas untuk pulang ke kampung di Kuala Besut setelah tiga minggu bekerja di sebuah restoran di Kajang.
Menurut abang Raimi, Mohd. Badrul, 25, mereka yang baru tiga bulan bekerja di Kajang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tiket yang hendak dibeli bagi perjalanan waktu pagi sudah habis dijual.
"Raimi menghubungi saya dan memaklumkan tiket habis dan saya suruh dia pulang dahulu dan menyuruhnya pergi semula pada sebelah malam.

ADUN Johol meninggal dunia


MOHAMAD berbual dengan Zawayah ketika menziarahi jenazah Allahyarham Roslan di rumahnya di Johol, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Roslan Md. Yusof (gambar kecil) meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini akibat komplikasi paru-paru awal pagi semalam.
Allahyarham yang berusia 58 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.45 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu pada tengah malam Ahad lalu kerana mengalami kesukaran bernafas.
Anak sulung Allahyarham, Mohd. Hafizi, 28, berkata, keadaan ayahnya semakin uzur tetapi Allahyarham menolak untuk dihantar ke hospital.
"Kami sekeluarga sangat bimbang melihat keadaan ayah dan kami memang memujuknya supaya ke hospital untuk menerima rawatan.
"Apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan datang menziarah dan memujuk, baharulah dia bersetuju," katanya.
Katanya, jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di No. 6, Kampung Berambai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol selepas Zuhur.

Lelaki dibunuh akibat dendam


ANGGOTA polis mengusung mayat Yew Siang yang ditemui mati dengan tangan terikat, manakala kepalanya dibungkus dengan kain di Kampung Kubang Palas, Binjai, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang kontraktor yang keluar bersama seorang rakan sejak kelmarin ditemui mati dalam keadaan menyedihkan apabila kepalanya dibungkus dengan kain manakala kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang di sebuah kebun di Kampung Kubang Palas, Binjai, dekat sini semalam.
Mayat Saw Yew Siang, 56, dari Tumpat, ditemui oleh sepasang suami isteri pada pukul 7.30 pagi ketika mereka hendak mengutip sayur-sayuran di kebun tersebut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu dipercayai telah dibunuh kira-kira 10 jam sebelum ditemui.
Katanya, terdapat kesan kecederaan di kepala dan beberapa bahagian badan akibat dipukul dengan objek keras.
“Selain kontraktor, mangsa juga memiliki kedai alat perkakasan rumah. Kita dimaklumkan mangsa telah keluar dari rumahnya sejak semalam (kelmarin) dengan seorang kenalan.
“Kita percaya dendam merupakan motif pembunuhan. Polis sedang siasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ atau sebaliknya,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.


60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.


40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama....

Oleh: Nur Mujahidah
 
BerhaTi denGan LoVeBite...
Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.