Monday, November 14, 2011

NGERI TAK NGERI KE...O SUNGGUH NGERI...TAPI BILA BERADA DIJALANRAYA...LUPA SEGALA2NYA...BERHATI2...SABARLAH...BERTAKWALAH DAN SENTIASA BERTAUBAT...

Shah Bunga jual isteri dipenjara 70 bulan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang lebih dikenali dengan panggilan Shah Bunga kerana mampu memiliki lebih 21 isteri dijatuhi hukuman penjara 70 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam atas dakwaan memperdagang dan mengeskploitasi salah seorang isterinya sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di Bahau pada awal bulan ini.
Tertuduh, Suhaimi Saad, 32, dari Alor Setar, Kedah dikenakan hukuman tersebut selepas dia mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Hukuman penjara tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 2 November lalu di hadapan sebuah pusat hiburan di Bahau.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shukri Hussain mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun atau denda jika disabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, Suhaimi didakwa memperdagangkan serta mengeksploitasi isterinya, Mashmidar Mansor, 19, dengan memaksa mangsa bekerja sebagai pelayan kelab malam sebelum merampas gaji wanita itu sebanyak RM20 sehari sebaik mangsa selesai bekerja.
Mangsa dipaksa bekerja di Kelab Happy Mansion Karaoke 7 Lounge di premis No. 34 Taman Sornam, Bahau, Jempol.
Rentetan tangkapan terhadap tertuduh, polis berjaya menyelamatkan Mashmidar yang hampir tujuh bulan dikurung di sebuah rumah sewa di Bahau di sini sejak April lalu.


Tiga sahabat temui ajal serentak


KEADAAN kereta Proton Wira yang mengorbankan tiga sahabat di Kampung Wakaf Lichong di Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Tiga sahabat maut apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki terbabas dan bertembung dengan sebuah treler di Kampung Wakaf Lichong di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, mereka yang terbunuh ialah Mohd. Adli Ariffin, 21, Mohd. Shahrol Syazuan Mohd. Rosli, 23, dan pemandu kereta itu, Mohd. Shahrolazuan Mohd. Hazli, 21.
Kesemua mangsa itu berasal dari Taman Madani dan Taman Indah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu.
Menurut beliau, ketika kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, kereta tersebut yang dalam perjalanan dari Jerteh ke Kota Bharu bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.
"Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dipandu laju di kawasan selekoh sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler," kata beliau.
Pemandu treler berkenaan, Ahmad Yunus, 56, tidak cedera.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, pihaknya mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta dengan memotong bumbung dan pintu kereta yang remuk itu.
Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.



Lelaki maut ditembak di meja sarapan


ANGGOTA polis memeriksa mayat Shoo Toong di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas mati ditembak sebaik dia selesai bersarapan pagi di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi itu, Lee Shoo Toong, 60, yang ditemani isterinya ketika bersarapan di restoran terbabit mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan di bahagian kiri dada.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri Taman Skudai Baru dekat sini baru selesai makan sebelum seorang lelaki menaiki motosikal tiba-tiba berhenti di depan restoran tersebut.
Suspek kemudian dengan pantas melepaskan satu das tembakan dari arah belakang dan tembakan itu mengenai tepat pada bahagian dada kiri mangsa.
Lelaki itu bertindak melarikan diri dengan motosikal.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, isteri mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Ketika kejadian, mangsa yang duduk di meja paling hadapan iaitu di kaki lima restoran baru selesai makan dan sedang membaca akhbar.
"Kejadian berlaku terlalu pantas sehingga isteri mangsa juga tidak sempat mengecam suspek," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Elak lintah masuk kemaluan


HUSSAIN (tiga dari kiri) bersama pegawainya melawat pelajar SMK Penambang, Nor Fazira Ahmad Suhaimi yang menjalani peperiksaan SPM di HPRZ II akibat dijangkiti demam kepialu di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.
“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.


Dua sepupu maut nahas motosikal


ORANG RAMAI melihat mayat Nik Muhamad Azmir selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Merang, Setiu kelmarin.


SETIU - Dua sepupu maut manakala rakan mereka cedera parah apabila motosikal masing-masing bertembung antara satu sama lain ketika hujan lebat di Kampung Merang di sini kelmarin.
Nik Muhamad Azmir Nik Ismail, 15, dari Kampung Gong Tengah, Merang di sini maut di tempat kejadian manakala sepupunya, Mohamad Tarmimi Mahasan, 17, juga dari kampung yang sama meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Rakan mereka, Muhamad Anis Zaireni, 14, dari Kampung Lembah Bidong dekat sini pula cedera parah di kaki dan dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan.
Kejadian berlaku pada pukul 9 malam ketika Nik Muhamad Azmir yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang dari Lembah Bidong ke rumahnya selepas membeli makanan.
Tiba di tempat kejadian, motosikal Nik Muhamad Azmir dikatakan telah bertembung dan melanggar motosikal Mohamad Tarmimi yang dinaiki bersama Muhamad Anis secara melawan arus.
Bapa saudara Muhamad Tarmimi yang hanya mahu dikenali sebagai Mahusin, 47, ketika ditemui berkata, akibat perlanggaran itu, Nik Muhamad Azmir tercampak sejauh enam meter dan cedera parah di kepala.


Pemandu teksi saman polis RM214,000


LEONG KANG menunjukkan kesan tembakan pada betisnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi menuntut ganti rugi sebanyak RM214,000 daripada seorang pegawai polis dan kerajaan Malaysia ekoran kecuaian pegawai polis terbabit yang tertembak kakinya pada 23 September tahun lalu.
Mangsa, Yeow Leong Kang, 42, berkata, ekoran kecederaan yang dialami, dia kini hilang punca pendapatan dan mengalami masalah untuk berjalan kerana sakit.
“Saya memfailkan saman untuk membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM214,000 termasuk ganti rugi khas RM14,000, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan masing-masing sebanyak RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini Rabu lepas.
Cerita Leong Kang, ketika kejadian, dia sedang berehat di dalam teksinya di tepi perhentian bas berdekatan Pejabat Pos, Jalan Pudu di sini.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan ke arah teksi saya dan pada masa sama, kaki saya terasa amat sakit. Rupa-rupanya peluru yang dilepaskan telah menembusi betis kanan dan tapak kaki kiri saya.
“Lima minit kemudian, seorang pegawai polis berpakaian biasa datang dan memberitahu ambulans telah dipanggil dan saya dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapat rawatan selama tiga hari,” jelasnya.

TIGA BERITA INI BERKAIT DENGAN ZINA....MASIH NAK BUTAKAN MATA...NAK PEKAKKAN TELINGA...TENTANG HUKUM ALLAH@HUDUD...MEMANG KITA DEGIL DAN TAK MAKAN SAMAN KALAU MASIH TAK MAHU MELAKSANAKANNYA...MAKA SYAITAN TELAH BERJAYA MENYESATKAN KITA....

Maksiat ‘ayam hutan’

Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.my

OPERASI...tilam dalam pondok yang digunakan pelacur terbabit.
OPERASI...tilam dalam pondok yang digunakan pelacur terbabit.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.
RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.
KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.
Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.
Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.


Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin.


‘Beg bergerak-gerak’

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.
COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.
ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. “Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. “Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini. “Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. “Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222,” katanya



Kurung kekasih anak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Anas Hassan
am@hmetro.com.my

SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.
Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.

Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.
Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.

Katanya, ketika teman lelaki bersama ibunya ke tempat kerja, mangsa dikurung dan dilarang meninggalkan rumah hingga mereka pulang.

“Mangsa dipaksa menggugurkan kandungan bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini sanggup tinggal bersama kerana terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya.

Namun, janji tidak ditunaikan, malah mangsa dipaksa menggugurkan kandungan.
“Perbuatan kejam dua beranak itu membuatkan mangsa tertekan dan cuba melarikan diri dengan keluar dari rumah, namun hampa selepas semua pintu dikunci dari luar.

“Mangsa kemudian menjumpai alat jalur lebar milik teman lelakinya sebelum menghubungi ibunya melalui e-mel,” katanya.

Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, ibu mangsa bersama beberapa anggota polis ke rumah terbabit sebelum memecahkan pintu besi dan membawa pulang gadis berkenaan.

Mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Serdang, di sini, bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Sunday, November 13, 2011

AKHIR ZAMAN MANUSIA SUKA BERHIBUR DAN SEX..MAKA HUKUM ALLAH SAJA MAMPU MEMBENTERASNYA...ALLAH YANG BUAT NAFSU SERTA SYAITAN....DAN SEMUANYA...ALLAH LEBIH@MAHA MENGETAHUI UBATNYA

Polis Indonesia tahan suspek disyaki bunuh Adrian

Suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Adrian ditahan di Balai Polis Kota Malang, Jawa Timur.


KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu Adrian Jay Pereira mati dibunuh dengan kejam di rumah sewanya di Kota Malang pada Isnin lalu, polis Indonesia semalam mendedahkan pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Malaysia itu.
Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di Kabupaten Malang pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, turut dirampas daripada suspek itu ialah sehelai baju hujan dan sebuah topi keledar yang hampir menyerupai baju hujan dan topi keledar yang dipakai dua lelaki yang didakwa terlibat membunuh Adrian.
"Suspek yang ditahan itu dikatakan seorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes mencuri motosikal dan sanggup mencederakan mangsanya," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Teddy berkata, suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya dan baju hujan serta topi keledar tersebut juga ditemui di rumah suspek itu.
Berikutan tangkapan itu, kata beliau, polis sedang mencari bukti bagi menentukan sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dengan kematian Adrian, 23.
"Namun kita menghadapi kesukaran untuk mengecam suspek yang membunuh Adrian kerana saksi utama kes itu iaitu rakan serumah Adrian tidak nampak jelas wajah suspek itu kerana semasa kejadian keadaan gelap dan hujan," katanya.


180 bakal gengster Melayu dicekup


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.


LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.
Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.
“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.
“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.
Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.
Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.
Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.
Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.
“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.


Warga Belanda ketua sindiket dadah


Sebahagian barang yang dirampas dalam dua serbuan menumpaskan sindiket dadah
antarabangsa di George Town dan Alor Setar pada Jumaat lalu.


ALOR SETAR - Polis menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa yang didalangi enam warga asing dengan perancang utama adalah warga Belanda dalam dua operasi di sebuah kilang di sini dan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang dijadikan makmal memproses ekstasi dan syabu terbesar pada Jumaat lepas.
Dalam kedua-dua serbuan di makmal dadah itu, polis merampas sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu yang bernilai lebih RM20 juta.
Serbuan serentak pada pukul 5 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di kawasan perindustrian Mergong di sini dan sebuah rumah di George Town, Pulau Pinang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Mergong di sini, polis menahan lima lelaki warga asing iaitu seorang rakyat Belanda, yang merupakan ketua sindiket, dua warga Singapura dan masing-masing seorang dari Perancis dan Britain.
Menurut beliau, seorang lagi rakyat Britain bersama empat rakyat tempatan ditahan di sekitar bandar raya ini susulan serbuan di Mergong itu.
"Seorang lagi lelaki rakyat tempatan ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang yang turut dijadikan makmal dadah jenis syabu tetapi tidak sebesar makmal di Alor Setar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.
Noor Rashid berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis berjaya merampas 240 liter cecair dipercayai ekstasi di Alor Setar, 34kg dadah dipercayai syabu di Pulau Pinang) dan pelbagai bahan cecair kimia serta peralatan-peralatan memproses dadah.


Maut akibat tidak guna jejantas


ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohan yang maut dirempuh kereta ketika menyeberangi jalan di Jalan Taman Permai-Taman AST, Seremban semalam.


SEREMBAN - Akibat enggan menggunakan jejantas, seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta ketika cuba menyeberang jalan di Jalan Taman Permai-Taman AST dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 1 pagi itu menyebabkan G. Mohan , 23, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, walaupun terdapat jejantas di situ, Mohan mengambil jalan mudah dengan menyeberang jalan itu sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang datang dari arah Taman Permai.
"Pelanggaran berkenaan menyebabkan mangsa melekat di bahagian kiri cermin kereta dan pemandu wanita yang berusia lewat 30-an terus memandu keretanya sebelum berhenti 250 meter dari tempat kejadian.



Dua kampung dijangkiti Hepatitis A


ROZI bertanyakan sesuatu kepada seorang pesakit yang dijangkiti Hepatitis A, Wan Selamah Abu Bakar di Hospital Daerah Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Ain Nabila Rashid, 17, terpaksa memulakan peperiksaan SPM hari ini di wad Hospital Hulu Terengganu selepas dia bersama 26 penduduk dua buah kampung di sini disyaki dijangkiti virus Hepatitis A sejak seminggu lalu.
Turut menerima nasib yang sama dalam kejadian melibatkan penduduk di Kampung Basung dan Pasir Dula dekat sini itu ialah tiga orang adik Nor Ain Nabila berusia tiga hingga 11 tahun.
Mengingati kembali penyakit itu, Nor Ain Nabila menceritakan, dia mengalami demam dan sakit kepala yang teruk sejak beberapa hari lalu dan sudah berjumpa doktor yang memberinya ubat.
“Tetapi saya dan adik-adik makin teruk sampai emak bawa kami ke hospital dan terus ditahan wad,” katanya yang tertekan kerana masalah itu menjejaskan persiapannya menduduki SPM hari ini.
Bagaimanapun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris itu menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan dan dia berharap dapat menjawab soalan peperiksaan SPM di wad hospital dengan baik.


Rakyat bersorak PM Itali berundur


ORANG ramai meraikan peletakan jawatan Perdana Menteri Silvio Berlusconi di Rom semalam.


ROM - Perdana Menteri Silvio Berlusconi meletak jawatan kelmarin disusuli sorakan ribuan orang di sini selepas beliau akur terhadap tekanan pasaran kewangan yang menjejaskan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Itali.
Berlusconi menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Giorgio Napolitano sekali gus mencetuskan suasana gembira di ibu kota Itali di sini dengan orang ramai membunyikan hon kenderaan masing-masing. Malah, ramai penduduk keluar menari di jalan-jalan raya.
"Saya amat marah dan kecewa," kata pemimpin berusia 75 tahun itu yang berkuasa di Itali selama 17 tahun kepada wartawan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat kali terakhir.
Orang ramai yang berkumpul di luar bangunan Parlimen bersorak 'Badut' dan 'Pergilah Balik!' semasa melihat Berlusconi keluar dari bangunan Parlimen di sini kelmarin.
"Kami semua gembira. Kami sudah tak tahan dengan perangai pemimpin ini (Berlusconi) yang bertindak demi kepentingan peribadi. Masa depan Itali kini lebih cerah tanpa beliau," kata seorang penduduk, Tommaso Romito, 50.
Sementara itu, Presiden Napolitano dijadual bermesyuarat dengan para pemimpin politik Itali malam semalam yang mana beliau dijangka mencalonkan Pesuruhjaya EU, Mario Monti sebagai ketua pentadbiran sementara Itali negara itu mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan.
Berlusconi yang sebelum ini terselamat daripada tuduhan rasuah dan skandal seks terpaksa akur terhadap tekanan pelabur supaya meletak jawatan selepas beliau gagal membawa Itali keluar daripada kemelut kegawatan kewangan. - AFP


Penari bogel laris di Singapura


PENARI bogel separuh masa, Bryan Tan menunjukkan kostumnya di sebuah apartmen di Singapura kelmarin.


SINGAPURA – Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.
Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.
Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an.
Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.
Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.
“Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura,” kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.
Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya.
Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.
“Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya,” kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.
Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif. – AFP

BILA SUSAH NAK MENCEGAH MAKSIAT....MAKSIAT BAGAI CENDAWAN TUMBUH...TUNGGU SAJA KEMURKAAN ALLAH...ORANG NAK MENCEGAH MAKSIAT DIHALANG...SEDANGKAN MAKSAIAT MELATA2

Tarian ghairah buka ‘ritual’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.
MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.
Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.


Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin.


Ibu tersentak anak diterkam

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

SYUKUR...Saifuddin dan Rohani memeluk Farihah.
SYUKUR...Saifuddin dan Rohani memeluk Farihah.
KUALA LUMPUR: “Saya kenal ayah Nurin (Jazlin Jazimin, 8), malah turut membantu mencari kanak-kanak itu selepas diculik empat tahun lalu.
“Jadi, saya tak mahu kejadian menimpa Nurin berlaku pula pada anak saya,” kata Saifuddin Abu Samah, 37, yang membantu polis menahan seorang lelaki warga Kemboja yang dipercaya mahu menculik anaknya, Nur Farihah, enam tahun, malam kelmarin.
Saifuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam selepas dia bersama isteri, Rohani Abdul Rauf,37 dan empat anak selesai makan di sebuah restoran di Taman Melati Utama, Wangsa Maju, di sini.

Menurutnya, ketika berjalan kaki menuju ke kereta dia berjalan di depan bersama tiga anak sementara Nur Farihah yang juga anak ketiganya berjalan di antara dia dan isteri.


“Isteri saya berada kira-kira satu meter di belakang Farihah dan tiba-tiba muncul seorang lelaki berjalan di tepinya sebelum cuba menerkam Farihah.



Pengkid bersalin di Lombok

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

SEBAK...Che Beshah sedih menunjukkan gambar Zurain yang hilang sejak Oktober lalu.
SEBAK...Che Beshah sedih menunjukkan gambar Zurain yang hilang sejak Oktober lalu.
HULU LANGAT: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini menambah kerinduan seorang ibu tunggal terhadap anak gadisnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu, namun tidak berbuat demikian kerana kini berada di Lombok, Indonesia selepas diperdaya lelaki dari situ.
Che Beshah Md Said, 50, berkata, anaknya Zurain Mohd Zulkeppeli meninggalkan rumah bersama seorang lelaki Lombok dikenali sebagai Edy, 30-an, sejak Oktober tahun lalu dan kini mereka sudahpun berkahwin serta memiliki seorang anak.
Menurutnya, Edy yang memang rapat dengan keluarganya ibarat pagar makan padi kerana lelaki itu sebelum ini diminta membantu mencari Zurain yang sudah beberapa kali lari dari rumah.

“Edy memang bijak berlakon. Kelakuannya nampak baik dan dia memberitahu ada kepakaran untuk mengubati pelbagai penyakit. Jadi, saya minta tolong dia untuk cari Zurain yang kali terakhir lari dari rumah Oktober lalu.


“Kesudahannya, bukannya dia membawa pulang Zurain kepada saya, tapi dia melarikan anak gadis saya itu ke kampung halamannya di Indonesia,” katanya ketika ketika menerima kunjungan Pemuda Umno Hulu Langat di rumahnya.


'Saya hanya ingat mati'

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya cuma ingat mati dan mengucap panjang ketika dirempuh sebelum bergegas keluar dari kenderaan bersama rakan dan dua anaknya kerana bimbang kereta meletup,” kata Azlina Rahim, 37.
Kakitangan syarikat insurans itu nyaris maut apabila kereta dipandunya remuk akibat dirempuh sebuah lori dua tan dalam kejadian berhampiran lampu isyarat cabang empat Tendong, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian itu, Azlina bersama rakannya, Halida Ismail, 39, dan dua anaknya berusia enam dan empat tahun dalam perjalanan dari Bunut Susu, Pasir Mas sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Menurutnya, dalam tempoh seminit selepas memberhentikan kereta Proton Iswara itu, dia dikejutkan dengan kemunculan lori terbabit dari arah kanan yang merempuh bahagian pintu pemandu.

“Baru sebentar saya berhenti di lampu isyarat di simpang berkenaan, muncul lori itu dan melanggar kereta saya.

“Selepas dilanggar, saya bersama rakan dan dua anaknya bergegas keluar dari kereta,” katanya.


Menurut Azlina, dia bernasib baik kerana terselamat dalam kejadian itu dan hanya cedera ringan termasuk rakannya.

“Sebaik kejadian, orang ramai membantu menghantar saya mendapatkan rawatan di Hospital Lati, Pasir Mas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Pegawai Kanan Bomba II, Ahmad Radi Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.26tengah hari. Katanya, lima anggota dan satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu dan menyelamatkan mangsa.

“Sebaik tiba, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam. Difahamkan, pemandu lori itu patah paha kanan dan kelindannya hanya cedera ringan,” katanya.


Giliran adik kena serang

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

PASIR GUDANG: “Saya bingung dengan motif penjenayah itu kerana genap setahun saya diserang menggunakan parang hingga putus jari kelengkeng kiri dan patah tulang kaki kiri pada 13 November lalu, kini adik pula menjadi sasaran apabila ditembak di kaki kiri.
“Saya percaya, semua ini berpunca akibat perselisihan faham dengan beberapa penduduk ketika kami tinggal di sebuah perkampungan di Masai beberapa tahun lalu,” kata S Visvan, 27, semalam.

Visvan berkata, kejadian berlaku sekelip mata di bawah unit pangsapuri keluarganya di Flat Taman Cendana di sini kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam, ketika adik lelakinya, S Alayarajan, 25, yang juga seorang kontraktor syarikat pembersihan berbual dengan tiga rakannya sementara ibunya menyiapkan hidangan tengah hari.

Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang daripada rakan adik lelakinya, T Tamilarasu, 19, turut cedera di bahagian paha dan lutut kiri, apabila empat penjenayah bersenjatakan pistol dan berparang menaiki dua motosikal melepaskan tembakan secara rambang ketika mangsa cuba melarikan diri.


Katanya, kejadian itu disaksikan beberapa penduduk flat dan disedari ibu bapanya apabila terdengar bunyi kuat dari bawah flat.

KITA MINTA BATASKAN PERCAMPURAN LELAKI PEREMPUAN...NI BETUL LAH....HUKUM MELARANG BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN BUKAN MUHRAM...KERANA MENGHAMPIR PERBUATAN ZINA..BAGAIMANA DISEKOLAH2...DIKOLEJ2...DIUNIVERSITI...TADIKA2...TELAH DIDIK ...SEOLAH2 TAK MALU BERCAMPUR LELAKI DAN WANITA....BEGITU SIARAN DI TV..SIARAN RADIAO...TERLALU BANYAK PROGRAM2 BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN...MALAH DALAM DRAMA@FILEM BERPEGANG2 TANGAN DAN BERPELUK2...APA KOMEN MUFTI2...DAN USTAZ2...DAN JABATAN2 AGAMA NEGERI2....AKHIRAT SAMA2 KITA JAWAB.....SAYANG BINI PUN JANGAN BIAR IA LANGGAR HUKUM ALLAH...SENDIRI MAU INGATLAH

Amuk nenek tutup suis komputer

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.
Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.

“Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.


Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.


‘Sayang Nabila...’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

KENANGAN...Zaidy dan Nabila pada majlis persandingan mereka.
KENANGAN...Zaidy dan Nabila pada majlis persandingan mereka.
KUALA LUMPUR: “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.
Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu.
Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.


Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian.


Tertimbus 20 minit



SLIM RIVER: “Saya hampir mati lemas apabila seluruh tubuh ditimpa pasir sejurus treler yang melanggar bas kami naiki terbalik. Ketika itu saya hanya memikirkan akan mati sambil teringatkan wajah ibu.”
Demikian kata Farhana Nabila Rosidi, 15, yang ibarat mati hidup semula selepas bas dinaikinya terbalik sebelum dirempuh treler membawa pasir di Kilometer Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang, di sini, jam 4.45 pagi semalam, mengakibatkan empat terbunuh.

Farhana berkata, selepas bas dinaikinya terbalik, dia cuba keluar namun tidak sempat kerana ditimbus pasir yang dibawa treler yang merempuh bas.

“Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sambil cuba keluar dari timbunan pasir yang menenggelamkan hampir seluruh tubuh. Namun saya tidak berdaya dan hampir lemas akibat ditimbus pasir.

“Ketika itu keadaan amat kelam-kabut, namun mujur beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba ke lokasi kejadian nampak saya dan terus menggali timbunan pasir.

“Saya ditarik keluar oleh dua anggota JPAM. Walaupun masih dalam keadaan lemah namun saya bersyukur kerana terselamat dan hanya terseliuh tumit kaki dan calar di pipi,” katanya ketika ditemui wartawan di luar wad kecemasan Hospital Slim River (HSR) semalam.


Menurutnya, sebelum rempuhan lori itu berlaku, dia sempat mendengar jeritan amaran supaya semua pelajar melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Bagaimanapun saya tergamam dan tidak sempat mengelak sebelum ditimbus pasir berkenaan. Saya terkambus hampir 20 minit,” katanya.

Sementara itu dua anggota JPAM yang menyelamatkan mangsa, Hisarizul Abdullah dan Nurizam Md Said bersyukur kerana dapat menarik keluar mangsa.


Dikubur pasir

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denim, Mohd Husni Mohd Noor, Ravale Savarinathan dan Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
REMUK...treler dan bas yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam.
REMUK...treler dan bas yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam.
SUGUL...Zaidi (dua dari kanan)   melihat jenazah anaknya di tempat kejadian.
SUGUL...Zaidi (dua dari kanan) melihat jenazah anaknya di tempat kejadian.
SLIM RIVER: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang ‘ghaib’ sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas.
Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.

Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.

“Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. “Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit,” katanya.

Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau terkorban.

Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.

Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.

Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. “Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini,” katanya.

Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. “Ini rombongan kedua arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.

Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah.


Rentung SUV terbakar

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Saya sempat melihat tangan kiri penumpang kereta itu terjulur keluar dan bergerak-gerak sebelum kenderaan terbabit yang melekat pada pokok, hangus terbakar bersama dua individu di dalamnya,” kata Azura Jaafar, 40, saksi terawal kemalangan ngeri di Kilometer 47 Jalan Kuantan — Gambang, dekat Kampung Gelugor, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier dinaiki dua individu, Mohd Saidi Mat Sani, 45; dan Yuzihaliza Ya’cob, 32, terbabas dan terjunam ke dalam semak serta merempuh sebatang pokok sebelum terbalik dan terbakar, menyebabkan kedua-duanya rentung.

Difahamkan, kenderaan berkenaan dipandu seorang wanita manakala seorang lelaki lain berada di tempat duduk penumpang depan, namun sehingga jam 6 petang semalam, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui selepas semua barangan milik mangsa, termasuk dokumen pengenalan diri, hangus terbakar.
Azura berkata, dia tidak mendengar suara meminta tolong daripada individu di dalam kereta kecuali sebelah tangan yang bergerak-gerak, namun mengaku dia buntu untuk membantu memandangkan kereta remuk teruk dan melekat pada sebatang pokok.

Menceritakan semula kejadian itu, Azura berkata, sebelum kejadian, dia bersama suaminya, Ahmad Mat, 50, berada di dalam rumah sebelum dia terdengar bunyi kuat brek kenderaan diikuti bunyi dentuman kuat dan bergegas keluar untuk melihat apa berlaku.

“Ketika itu, saya hanya melihat beberapa pokok bergoyang dan tidak nampak kereta terbabit, namun selepas mendekati kawasan itu baru kami menyedari kereta terbabit terbabas dan melekat pada sebatang pokok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Ahmad berkata, ketika mendekati kereta itu, dia tidak tahu berapa orang di dalam kenderaan namun selepas menyedari dia tidak mampu menolong mangsa bersendirian, dia bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung.

“Ketika itu, kereta terbabit belum terbakar namun selepas kembali ke tempat kejadian dua minit kemudian, saya terkejut melihat api marak dan menjulang tiga meter sehingga kaki saya menggigil kerana bimbang ia meletup,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Zurin Mamat berkata, lapan anggota bersama satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa tiga minit untuk memadam kebakaran.

“Ketika kami tiba, keseluruhan kereta terbakar dan selepas api dipadamkan, kami mengeluarkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan perempuan dari dalam kereta,” katanya.


Hubungan wanita, lelaki perlu ada batasan



KUALA LUMPUR: “Dia harus berfikiran positif dan menganggap segala dugaan ini sebagai balasan dunia daripada Allah atas kesilapan mengadakan hubungan luar nikah bersama isteri orang.
“Islam menegaskan kepentingan ikatan perkahwinan sebelum melakukan hubungan intim. Tidak kira sama ada anak dara mahupun isteri orang yang kononnya mempunyai masalah dengan suami,” kata pendakwah bebas, Zawiyah Hassan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas masalah dialami seorang lelaki yang mendakwa dirinya diperbodohkan teman wanita yang sebenarnya isteri orang, selain menghadapi tuduhan melakukan gangguan seksual, simbahan asid dan berniat melarikan wanita terbabit.
“Perkenalan bermula sebagai kawan perlu mempunyai batasnya. Tambahan pula, lelaki yang dikatakan pemimpin harus berperanan membantu wanita terbabit menyelesaikan masalah, bukan mengadakan hubungan sulit.

“Daripada permasalahan ini, kita sememangnya tidak harus menuding jari ke arah satu pihak. Wanita berkenaan juga bersalah apabila gagal menjaga maruah sebagai isteri,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, sememangnya ada segelintir wanita berstatus isteri orang masih mencari keseronokan di luar menggunakan alasan diabaikan suami atau gagal mendapat kemewahan diingini.

Beliau tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menyedari kesalahan terhadap suami apabila kini mengandungkan anak teman lelakinya, lantas membuat keputusan kembali ke pangkal jalan.

“Memutuskan hubungan adalah langkah paling bijak yang perlu diambil daripada terus hanyut dengan keseronokan duniawi, selain mengelakkan tohmahan masyarakat terhadap hubungan terlarang,” katanya.
Mengenai tindakan keluarga mentua wanita berkenaan yang didakwa membuat laporan polis terhadap lelaki itu, Zawiyah berkata, lelaki berkenaan perlu yakin kepada kebenaran dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak berkuasa.


Selamat anak guru



SLIM RIVER: “Saya mengakui masih trauma dengan kejadian itu, namun syukur kerana terselamat dalam nahas berkenaan,” kata saksi kejadian, Megat Mohd Hasbullah Megat Mohd Tahir, 15, yang juga mangsa nahas tragedi bas terbalik sebelum dirempuh treler, awal pagi kelmarin.
Nahas ngeri itu meragut empat nyawa, termasuk seorang guru dan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah ketika rombongan sekolah disertai 36 pelajar dan tiga guru itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Megat Mohd Hasbullah berkata, dia tidak cedera dalam kejadian itu namun bersyukur kerana sempat masuk semula ke dalam bas ketika melihat sebuah treler menuju tepat ke arah basnya yang terbalik di sisi lebuh raya.
Menurutnya, dia pada mulanya keluar dari bas selepas diarahkan guru sambil memangku keluar kanak-kanak berusia lima tahun, Idzny Haikal Khairul Shah, iaitu anak kepada guru pengiring rombongan, Azriahani Ahmad, 31.

“Kanak-kanak itu tercampak di atas jalan raya dengan berlumuran darah di kepala serta masih bernyawa. Tanpa memikirkan keselamatan diri, saya meluru sebelum mendukung kanak-kanak lelaki terbabit yang meraung kesakitan sambil mencari ibunya.

“Saya mendukungnya dengan melalui longkang di tepi lebuh raya sebelum memujuknya supaya bertenang. Pada masa sama saya melihat darah terus mengalir dari kepalanya,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan Hospital Slim River, di sini.

Megat berkata, dia cuba memujuk kanak-kanak itu memasuki ambulans bagi mendapatkan rawatan, namun mangsa menangis dan meronta.

“Seorang petugas perubatan meminta saya terus bercakap dengan mangsa bagi mengelakkan dia pengsan atau tidak sedarkan diri.
“Saya tidak henti-henti memujuknya supaya berhenti menangis,” katanya.


2 beranak maut dirempuh lori 8 tan

Laporan ERDIE AB WAHID
metahad@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Dua beranak maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh lori seberat lapan tan, menyebabkan mangsa tersepit dalam kemalangan di jalan pintasan Tuaran, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Roshemey Ghani, 34, dan bapanya Ghani Mad, 69, gagal diselamatkan akibat kecederaan teruk dialami selepas tersepit dalam kenderaan.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila lori membawa tangki air dari Tuaran ke Luyang hilang kawalan lalu merempuh kereta mangsa yang keluar dari simpang, menyebabkan ia terseret 30 meter.
Rempuhan itu juga menyebabkan kenderaan mangsa remuk sehingga mangsa yang terperangkap di dalamnya gagal diselamatkan, manakala pemandu lori pula hanya cedera ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, mangsa sempat dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas namun disahkan meninggal dunia selepas 30 minit dirawat.

“Mereka sempat dihantar ke hospital namun gagal diselamatkan akibat kecederaan parah dialami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan terhadap pemandu lori terbabit dan beberapa keterangan turut diambil mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Mayat ditemui tepi jalan, dipercayai dibunuh

11/11/2011 7:08pm

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di badan dan kepala, dipercayai dibunuh, di tepi jalan Batu 3 Jalan Kota Bharu-Gopeng dekat Kampar hari ini.
Mayat P. Someswaran, 38, ditemui pada pukul 7 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki yang berasal dari Rumah Murah, Jelapang di sini, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan itu.
"Mangsa cedera parah di kepala dan badan akibat dipukul dengan objek tajam dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berpunca daripada hutang.
"Bagaimanapun, kami masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di talian 05-4652222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama


Juru x-ray didakwa cabul penuntut kolej

11/11/2011 7:03pm

KUALA LUMPUR - Seorang juru x-ray mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta, tiga bulan lepas.
Amri Hamzah, 30, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan gadis berumur 18 tahun itu di dalam bilik x-ray Hospital Selayang, Gombak di sini 4.45 petang, pada 14 Ogos.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohd Fitri memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000.
Majistret Mohd Isa Md Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Disember depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

BILA MANUSIA DAH TAK PANDAI MENGENANG BUDI....ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK MENGHUKUM DAN MEMMBALAS ORANG YANG BEGINI...TUNGGU SAJA...

Ibu tua dihalau anak tunggal

Oleh Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

TAIPING: Seorang wanita warga emas kini hidup menumpang ehsan rumah kebajikan penjagaan warga emas milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan dihalau keluar dari rumah oleh anak tunggal perempuannya, selepas puas mendera mental serta fizikal warga emas itu.
Nasib malang warga emas berusia 65 tahun itu mencapai kemuncaknya awal Oktober lalu selepas dihalau dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang oleh anaknya itu.

Tangisan air mata dan rayuan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam ini bukan saja tidak dipedulikan, malah dia diseret keluar dari pintu pagar tanpa belas kasihan.
Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa anaknya turut mencelanya bersikap pengotor kerana tidak tahu menguruskan diri dan lebih sesuai tinggal di jalanan.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya dilayan seperti sampah oleh anak kandung yang saya jaga seperti ‘menatang minyak yang penuh’ dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak kecil hingga dewasa.

“Biarpun sudah uzur, saya masih mampu menguruskan diri sendiri untuk ke tandas. Saya hanya tidak larat untuk makan dan memakai pakaian sendiri kerana tidak boleh berdiri tegak serta duduk lama,” katanya berlinangan air mata.

Mariam yang ditemui wartawan Harian Metro di sebuah rumah kebajikan penjagaan warga emas milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam, berkata dia terlalu sedih dengan apa yang berlaku apatah lagi ketika keadaan kian uzur.

“Banyak memori suka duka kami terutama detik menyambut kelahiran anak perempuan tunggal. Kami mencurahkan sepenuh kasih sayang serta memberikan pendidikan terbaik kepadanya sehingga berjaya ke peringkat menara gading,” katanya.
Mariam mendakwa, kasihkan anak dan tidak mahu hidup kesunyian sejak arwah suaminya yang juga bekas pesara kerajaan meninggal dunia lapan tahun lalu, dia mempelawa anaknya tinggal bersama sejak lima tahun lalu.

Katanya, anak perempuannya yang sudah berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak, bersetuju berpindah bersama keluarganya tapi kehidupan bahagia diimpikan bertukar menjadi neraka dunia buat ibu malang ini.

“Pada tahun pertama kehidupan saya bersama anak, menantu dan cucu memang bahagia. Tetapi segalanya berubah memasuki tahun kedua apabila anak saya menjadi panas baran dan pantang saya melakukan kesilapan walau kecil, pasti akan dimaki hamun.

“Ketiga-tiga cucu dengan dua daripadanya masih bersekolah menengah manakala seorang lagi sudah menamatkan persekolahan, turut melayan saya seperti orang gaji dan apa menyedihkan, anak saya langsung tidak kisahkan sikap mereka,” katanya.


Ninja rompak emas di teksi

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

MIRI: Empat perompak, tiga daripadanya bertopeng ala ninja mengambil masa hanya dua minit untuk melarikan tiga beg berisi barang kemas bernilai RM2 juta daripada tiga penumpang teksi dalam rompakan berhampiran lampu isyarat ke Lapangan Terbang Miri, semalam.
Sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa lelaki berusia antara 39 hingga 59 tahun dari Kuala Lumpur, meninggalkan hotel penginapan dan menaiki teksi ke lapangan terbang sambil membawa contoh barang kemas ditempah dan dijual kepada peniaga di sekitar bandar raya ini, jam 3 petang.

Sumber berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dua kilometer dari lapangan terbang berkenaan, teksi dinaiki mangsa dipintas perompak bersenjatakan kayu dan pisau yang memecahkan cermin kenderaan itu.
Menurutnya, seorang daripada penjenayah terbabit nekad merampas kunci teksi itu, membuka but kereta dan mengambil beg berisi barang kemas sebelum melarikan diri menggunakan Proton Wira berwarna perak.

“Difahamkan, ketiga-tiga mangsa sering berulang- alik dari Kuala Lumpur ke bandar raya ini bagi menjalankan urusan menjual barang kemas kepada peniaga di sini,” katanya.

Pemandu teksi yang mahu dikenali Kong Tsung, 40-an, berkata, kejadian berlaku begitu pantas sehingga dia tidak sempat mengecam kenderaan digunakan perompak terbabit.

Menurutnya, dia tidak menyedari perompak terbabit mengekori teksinya ketika mengambil tiga penumpang berkenaan di sebuah hotel di bandar raya ini.

“Saya terkejut apabila teksi saya tiba-tiba dipintas berhampiran lampu isyarat oleh tiga lelaki bersenjata pisau. Seorang daripada mereka kemudian mengugut mencederakan saya jika tidak mahu menyerahkan kunci kenderaan.
“Saya melihat seorang daripada lelaki berada di dalam kenderaan, manakala tiga lagi rakan mereka yang memakai topeng ala ninja nekad memecahkan cermin teksi saya sebelum mengambil beg dipercayai milik tiga penumpang terbabit di dalam but,” katanya.

Kong Tsung berkata, kejadian itu yang pertama dialaminya sepanjang lebih 10 tahun menyara keluarga dengan memandu teksi di sekitar bandar raya itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.


Telefon petunjuk

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

SIASAT...anggota Unit Forensik Polis memeriksa mayat mangsa di tempat kejadian.
SIASAT...anggota Unit Forensik Polis memeriksa mayat mangsa di tempat kejadian.
SUNGAI BULOH: Penemuan satu telefon bimbit milik seorang lelaki yang dibunuh dengan keadaan leher hampir putus manakala perut terburai di jirat Cina Sungai Buloh, dekat sini, malam kelmarin dipercayai boleh menjadi petunjuk bagi mencari suspek perbuatan kejam itu.
Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mayat lelaki berusia 20-an dipercayai warga Indonesia ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim, berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan namun tidak menolak ia bermotifkan dendam.
Menurutnya, tiada dokumen ditemui pada mangsa yang berkemeja-T hitam dan seluar jean pendek.

“Mangsa berkemungkinan pekerja di kawasan berhampiran dan kami percaya ia dibunuh di tempat lain antara jam 8 dan 9 malam sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan kerana tiada kesan pergelutan ditemui.

“Senjata pembunuhan juga belum ditemui dan kemungkinan mangsa dibunuh lebih daripada seorang,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
“Mereka yang kehilangan ahli keluarga turut diminta datang membuat pengecaman mayat itu,” katanya.

Difahamkan, kawasan pembunuhan itu sering menjadi pilihan pasangan kekasih untuk bermadu asmara.



Puting beliung singgah rumah



KANGAR: Seorang warga emas hanya mampu terkedu apabila bumbung rumahnya diterbangkan ketika dia berehat dalam kejadian puting beliung di Taman Datok Wan Ahmad, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, angin puting beliung berkenan turut menerbangkan sebahagian bumbung di dua buah rumah lain berhampiran.

Penduduk Azrul Hisyam Jahaya, 36, berkata, ketika kejadian dia baru tiba di rumah ibunya, Sum Sanapi, 76, selepas mencuci kereta di kedai berhampiran.
Katanya, sebaik tiba di depan rumah, dia ternampak kepulan awan rendah sebelum membentuk puting beliung.

“Ketika itu, cuaca panas dan cerah menyebabkan saya tidak menyangka puting beliung akan berlaku kerana kebiasaannya berlaku dalam ribut dan hujan lebat.

“Sebaik sahaja puting beliung terbentuk, ia terus mengenai bumbung di sebelah rumah ibu saya sebelum bergerak ke rumah kami dan menerbangkan beberapa keping bumbungnya “Ibu (Sum) hanya terkedu ketika melihat bumbung rumah diterbangkan,” katanya.

Katanya, beberapa bumbung berkenaan turut diterbangkan ke bahagian belakang serta depan rumah, malah ada yang terjatuh ke dalam rumah yang didiami ibunya.

Katanya, kejadian puting beliung itu berlaku tiga minit sebelum ia hilang, tetapi penghuni ketiga-tiga buah rumah amat bernasib baik kerana mereka sempat keluar untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.



MPSJ pecah rumah urut



SUBANG JAYA: Bukan saja beroperasi tanpa lesen, pusat urut ini juga mengupah pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.
Ini antara penemuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas memecah masuk sebuah pusat kecantikan di Sungai Besi Indah, di sini, baru-baru ini.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd bersama tujuh anggota penguat kuasa MPSJ itu menemui empat wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut di situ.
Tindakan dilakukan hasil aduan awam yang dijalankan atas arahan Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Ahmad Hasan, apabila pemilik premis ingkar selepas dikenakan notis kompaun pada setiap bulan sejak Januari lalu.

Menurut Ahmad, premis terbabit berada di bawah jagaan seorang lelaki tempatan dan dipercayai memulakan operasi setahun lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua wanita warga Thailand terbabit bekerja sebagai tukang urut, manakala lelaki itu penjaga premis,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya menemui dua tilam, dua bantal, losyen dan minyak urut ketika pemeriksaan di rumah urut itu.

Menurutnya, barangan terbabit yang dijadikan bukti disita mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (UUKPK) MPSJ 2007.


Pengaruh otak bertindak ganas



KUALA LUMPUR: Bermain permainan video sama ada komputer atau konsol terutama berbentuk pembunuhan secara keterlaluan boleh mempengaruhi otak bawah sedar untuk bertindak ganas.
Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, berkata ketika ini hampir kebanyakan permainan video mempromosikan keganasan dengan pemain perlu membunuh untuk meneruskan misi ke tahap selanjutnya.

“Apabila berlaku ketagihan, ia boleh mempengaruhi otak bertindak ganas, malah saya mengendalikan satu kes, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menyerang ibunya dengan pisau kerana wanita itu menghalang dia bermain permainan video di kafe siber.
“Permainan video boleh membuatkan seseorang teruja dan ketagih. Tanpa kawalan ia boleh mempengaruhi tingkah laku sehingga melakukan perbuatan melampau ke atas anggota keluarga,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang remaja berusia 15 tahun yang bukan saja memaki-hamun nenek, malah cuba menetak bapa saudaranya dengan parang kerana warga emas itu secara tidak sengaja menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer.

Dalam kejadian di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an itu mahu menutup alat pendingin hawa, tetapi tidak menyedari suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang leka bermain permainan komputer.

Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum warga emas itu memanggil bapa saudara namun gagal memujuk sebaliknya hampir ditetak dengan parang.

Hanafi berkata, sesetengah permainan video bukan sekadar berbentuk keganasan, malah dipercayai mempunyai agenda tersembunyi.

REZEKI DARI ALLAH...ITU REZEKI UNTUK KITA...REZEKI YANG DAPAT CARA HALAL BUKAN ADA PERBUAT DOSA...IA HALAL...MAKA ITU REZEKI....JIKA MENANG JUDI..RASUAH...CURI ITU BUKAN NAMANYA REZEKI...

Hidup bagai buruan

Oleh HADZLAN HASSAN dan ANIZA ZAINUDDIN
metahad@hmetro.com.my

BUKTI... Hashim menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
BUKTI... Hashim menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita.
Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang.
Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana ‘anak dara’ itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata.

“Saya mengaku melakukan hubungan terlarang tetapi tidak menyangka dia yang mengaku anak dara rupa-rupanya isteri orang.


“Akibatnya, hingga ke hari ini hidup saya tidak keruan kerana sering diugut dan difitnah kononnya cuba menyimbah asid dan melarikan wanita itu, selain kerugian ribuan ringgit.

“Lebih memburukkan keadaan, dia mendakwa mengandung hasil hubungan dengan saya dan pada masa sama suaminya enggan bersemuka, namun mereka membuat laporan konon saya mengancam keselamatan keluarga itu, menyebabkan saya hidup umpama buruan,” kata Hashim.


Maut kereta langgar pokok

Oleh RIADZ RADZI
riadz@hmetro.com.my

HANCUR... dua anggota polis trafik Yan memeriksa kereta Proton Sastria Neo yang terbabit nahas jalan raya di Bukit Besar, semalam.
HANCUR... dua anggota polis trafik Yan memeriksa kereta Proton Sastria Neo yang terbabit nahas jalan raya di Bukit Besar, semalam.
YAN: Usaha seorang bapa, Eiew Gin Geok, 53, mencari anak lelakinya yang tidak tiba ke rumah walaupun sudah memaklumkan dia dalam perjalanan pulang berakhir hiba apabila anaknya ditemui meninggal dunia dan tersepit dalam keretanya yang terbabit kemalangan di Batu 13, Jalan Alor Setar — Sungai Petani, dekat Bukit Besar, di sini, awal pagi semalam.
Eiew Eng Khoon, 28, buruh dari Kampung Sungai Limau Luar, di sini, antara tiga yang terkorban dalam kejadian jam 2.45 pagi itu apabila kereta Proton Satria Neo dipandunya bersama tiga rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

Dua lagi mangsa ialah rakannya, Ooi In Too, 47, dan seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai dirempuh kereta terbabit sebelum terbabas.
Dalam pada itu, dua lagi rakan mangsa iaitu dua wanita warga Myanmar, Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kiy, 31, yang duduk di tempat duduk belakang kereta terbabit, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Gin Geok berkata dia menghubungi Eng Khoon jam 2 pagi semalam selepas mangsa keluar bersama rakannya ke Simpang Empat, Alor Setar, malam kelmarin.

“Dia kerap keluar malam dan pulang lewat. Malam tadi (kelmarin) dia tidak pulang-pulang walaupun sudah jauh malam. Saya menghubunginya dan dia mengatakan dalam perjalanan dan hampir tiba ke rumah kami di Kampung Sungai Limau Luar.

“Namun, selepas hampir sejam dia belum tiba, saya mula rasa tak sedap hati. Saya kemudian meminta dua saudara saya menemani saya mencari Eng Khoon,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Yan, di sini, semalam.

Gin Geok berkata, selepas 10 minit memandu dari rumah, mereka terserempak dengan satu kemalangan dan dia merasakan nahas itu membabitkan anaknya.
“Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila melihat Eng Khoon yang tidak bernyawa tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Dalam pada itu, anak perempuan Ooi, Ketty Ooi, 24, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menghubungi bapanya minggu lalu untuk bertanya khabar.

Dia yang tinggal di Pulau Pinang berkata, bapanya tinggal bersendirian di Sungai Daun, di sini, selepas berpisah dengan ibunya beberapa tahun lalu manakala adik perempuannya, Ooi Zi Ting, 13, tinggal bersama ibu mereka di Alor Setar.

“Zi Ting pernah memberitahu saya, bapa kami merancang membawa kami dan ibu pergi bercuti pada musim cuti sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mangsa dalam perjalanan dari Alor Setar ke rumahnya di Sungai Limau Dalam sebelum terbabas dan merempuh pokok di lokasi kejadian.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan setakat ini, kita percaya kereta terbabit merempuh seorang lelaki dipercayai Melayu sebelum terbabas,” katanya.

Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki terbabit selain mayat mangsa sukar dikenali berikutan cedera teruk di kepala.

Katanya, semua mangsa mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan, di sini untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis juga menyiasat hubungan mangsa dengan dua wanita Myanmar terbabit yang nama mereka tercatat pada cebisan kertas dalam kereta berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian atau yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Inspektor Ahmad Salimi Md Ali di talian 04-4655222


Rezeki kahwin



JULANG...Nur Suryani (didukung) dan Nur Ayuni Farhana (bertopi) dirai rakan sepasukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) dan KP MSN, Datuk Zolkples Embong (kiri) selepas memenangi pingat emas dan gangsa 50 meter Rifle 3 Posisi Akhir, semalam.
JULANG...Nur Suryani (didukung) dan Nur Ayuni Farhana (bertopi) dirai rakan sepasukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) dan KP MSN, Datuk Zolkples Embong (kiri) selepas memenangi pingat emas dan gangsa 50 meter Rifle 3 Posisi Akhir, semalam.
PENEMBAK negara Nur Suryani Taibi melakar sejarah di bumi Palembang apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Sea ke-26 Indonesia, semalam, dalam acara 50m rifle tiga posisi.
Lapang Sasar Jakabaring menyaksikan kecemerlangan penembak negara terus tercipta apabila meraih dua perak dan satu gangsa, menamatkan saingan hari pertama di lapang sasar dengan satu emas, dua perak dan satu gangsa.

Dua perak disumbangkan penembak lelaki negara Khalel Abdullah dalam standard pistol yang terlebih dahulu menceriakan kem negara sebelum disusuli Mohd Hadafi Jaafar dalam acara air rifle.
Suryani merangkul emas selepas mencatatkan 679.8 mata, mengatasi pencabar dari Thailand, Sununta Majchacheep yang mengumpul 676.3 mata dan tempat ketiga dimenangi seorang lagi wakil negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, 675.4 mata.

Bagi Suryani yang merangkul emas dalam acara 10m air rifle di Sukan Asia, New Delhi, kejayaan itu adalah rezeki perkahwinannya selain berjaya mengubati kekecewaan dua tahun lalu di Laos apabila skuad menembak negara dikritik hebat kerana gagal membawa pulang emas.

“Saya langsung tidak mensasarkan apa-apa pingat. Saya cuma turun buat yang terbaik dan strategi awal saya adalah cuba mengumpul sebanyak mata yang boleh untuk menjarakkan diri dengan lawan dan cuba memperbaiki kekurangan. “Strategi itu akhirnya menjadi dan saya sangat berpuas hati dengan kejayaan ini,” katanya yang sekadar menduduki tempat keempat dalam acara sama di Laos.

Suryani selepas ini akan turun bergandingan dengan Shahera Rahim Raja dalam acara air rifle.

Pemburuan emas negara diteruskan hari ini apabila dua penembak negara Bibiana Ng dan Joseline Cheah dalam acara 10m air pistol, Hasli Izwan Amir dan Hafiz Adzhar (25m rapid fire pistol) dan Muhamad Shahril Sahak dan Hisyam Adzhar (50m rifle prone).


ibu bapa terkejut bintang porno jadi tetamu sekolah rendah



LOS ANGELES: Ibu bapa terkejut apabila mengetahui pihak sekolah membenarkan seorang pelakon filem lucah menemui anak mereka untuk membacakan buku cerita.
Laman sesawang TMZ.com melaporkan, Sasha Grey menjadi tetamu jemputan sebuah pertubuhan amal yang mempromosi amalan membaca di kalangan kanak-kanak.

Insiden itu dikatakan berlaku awal bulan ini tetapi hanya terdedah kepada umum semalam.
Sasha berkata, dia gembira dapat membacakan buku cerita kepada pelajar Sekolah Rendah Emerson.

Di sebalik rasa kurang senang itu, Sasha berkata, dia akan terus menawarkan diri membantu pertubuhan amal Read Across America selepas ini.

“Saya komited membantu program ini dan faham ada pihak lain mempunyai pandangan berbeza.

“Walaupun ada pihak mengaitkan saya dengan sejarah silam, tetapi ia tidak menggambarkan diri saya sebenar,” katanya. Di Facebook, Read Across America digambarkan sebagai pertubuhan yang menggalakkan amalan membaca sepanjang hayat “menggunakan individu terkemuka di bidang hiburan, sukan, perniagaan dan politik.” - TMZ


Bapa rayu penceroboh tak rogol anak

Oleh NOR ADILA AB KADIR
metahad@hmetro.com.my

JEMPOL: Seorang bapa yang tidak mampu bergerak kerana sakit buah pinggang hanya mampu merayu kepada penjenayah yang cuba merogol anaknya dalam kejadian di Ladang Gaddes, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi Jumaat minggu lalu, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah keluarga terbabit dan berpura-pura ingin memberitahu perkara penting.

Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian mangsa berusia 15 tahun berada bersama bapanya berusia 60-an manakala ibunya keluar bekerja.
Katanya, lelaki itu memberitahu ingin berjumpa mangsa, namun gadis itu dikatakan enggan membuka pintu kerana tidak mengenali suspek.

“Bagaimanapun, selepas terpedaya dengan tipu daya lelaki terbabit, mangsa akhirnya membuka pintu rumah sebelum suspek meluru ke arah mangsa dengan cuba memegang tangannya.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan dan gadis terbabit menolak suspek yang cuba merogolnya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, bapa remaja itu pula tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak, bagaimanapun mangsa akhirnya dapat melepaskan diri selepas menjerit.

Mohd Sabri berkata, jeritan itu menyebabkan suspek melarikan diri dan mangsa membuat laporan tidak lama selepas kejadian.
“Polis giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.


Penoreh maut

Oleh NORFAISAL JAHURI
am@hmetro.com.my

SEMPAT LARI... Mohd Azri menunjukkan  kesan sengatan lebah di badannya.
SEMPAT LARI... Mohd Azri menunjukkan kesan sengatan lebah di badannya.
TINGGAL KENANGAN... gambar yang dirakamkan di antara Ameen (baring) bersama Amylia sebelum dia meninggal dunia.
TINGGAL KENANGAN... gambar yang dirakamkan di antara Ameen (baring) bersama Amylia sebelum dia meninggal dunia.
JASIN: Seorang penoreh getah maut selepas diserang sekumpulan lebah tualang ketika menoreh di kebunnya di Kampung Tanah Pinggir Meriang dekat Asahan, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 petang, Ameen Md Tahir, 33, dipercayai diserang ketika baru tiba di kebun getah milik keluarganya yang terletak sembilan kilometer dari kediaman mentuanya di Kampung Pondok Batang, di sini.

Ameen diselamatkan anak saudaranya, Mohd Azri Abdullah, 31, yang tiba di tempat kejadian untuk membantunya menoreh dengan membonceng mangsa untuk membawanya keluar daripada kawasan kebun pada jarak 4.5 kilometer sebelum dibawa menaiki kereta penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Simpang Bekoh, di sini.
Difahamkan, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke klinik 15 kilometer dari tempat kejadian.

Menceritakan detik cemas berkenaan, Mohd Azri berkata, sebelum kejadian bapa saudaranya singgah di rumah neneknya di Kampung Abbey, di sini, untuk mengajaknya ke kebun dan dia hanya bertolak lima minit selepas itu.

Katanya, setibanya di kawasan kebun getah yang terletak jauh dari kediaman penduduk itu, dia turut diserang dan dikerumuni serangga berbisa itu lalu memecut ke bahagian atas kebun sebelum ternampak motosikal Ameen.

“Saya nampak di bahagian bawah kebun arwah menyiram badannya dengan air yang diceduk dari tong dram dan saya terus ke arahnya sambil diserang lebah.

“Dalam keadaan panik dan kelam kabut untuk menyelamatkan diri, saya cuba masuk ke dalam tong tetapi airnya sedikit dan masih diserang lebah sebelum mengajak arwah menaiki motosikal untuk meninggalkan tempat itu.
“Saya terus memecut sehingga lebih 500 meter dan ketika itu baru lebah tidak mengejar kami, namun arwah kelihatan lemah.

“Saya meneruskan perjalanan sebelum menahan sebuah kereta dipandu penduduk kampung untuk menghantar bapa saudara saya ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Mohd Azri berkata, ketika tiba di klinik, dia mendapat tahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.

Katanya, ketika kejadian, lebah terlalu banyak dan saiznya besar dipercayai jenis lebah tualang.

“Saya turut cedera kesan sengatan lebah di belakang, tangan dan kepala,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Azizah Muhammad, 31, berkata, dia mendapat panggilan daripada kakak iparnya jam 3.50 petang ketika bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dengan memaklumkan suaminya diserang lebah.

Katanya, dia bergegas pulang dan ketika memandu dan tiba di Kampung Parit Keliling, anak saudaranya menghubungi memberitahu suaminya sudah meninggal dunia dan berada di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh.

“Saya terus ke klinik dan sempat melihat jenazah suami di situ. Kali terakhir saya menemuinya jam 7.30 pagi sebelum bertolak ke tempat kerja dan ketika itu arwah dengan serius bertanya anak sulung kami, Amylia Nuralissa, 5, siapa paling dia sayang sebelum dia (Amylia) menjawab dia sayang semua.

“Arwah juga sebelum ini kelihatan ceria sejak beberapa hari sebelum kejadian dan sempat makan malam bersama (malam kelmarin),” katanya yang bertugas sebagai kerani kakitangan awam.

Allahyarham Ameen yang juga anak ke-10 daripada 11 adik beradik turut meninggalkan anak bongsu lelakinya, Amsyar Rayyan berusia lapan bulan dan pasangan berkenaan sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

Jenazah dikebumikan jam 10.30 pagi di Kampung Abbey, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.