Monday, December 19, 2011

KEMALANGAN YANG SENTIASA BERLAKU DISEBABKAN BANYAK KENDERAAN SERTA KELALAIAN MANUSIA SELAIN ITU TAKDIR ALLAH...MANUSIA SANGGUP AJAK BERZINA KERANA HUKUM REJAM TAK DILAKSANAKAN....

Hobi pelik bekas madu

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro.
ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.
Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya.
Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50.

Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.


“Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya,” katanya.


Maut hantar jenazah

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com .my

NAHAS...van jenazah yang dalam perjalanan pulang dari Kelantan terbabas di Jalan Raub-Lipis, semalam.
NAHAS...van jenazah yang dalam perjalanan pulang dari Kelantan terbabas di Jalan Raub-Lipis, semalam.
RAUB: Dua lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Subang, Selangor, selepas menghantar jenazah ke Kuala Krai, Kelantan, terbunuh selepas van jenazah milik Masjid An-Nur Kampung Melayu, Subang, Selangor yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di kilometer 333, Jalan Raub-Lipis di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu van, Zaini Tamsir, 42, dan penumpang belakang, Saffii Sajat, 61, masing-masing dari Kampung Melayu, Subang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Dua lagi penumpang iaitu anak Zaini, Zulhilmie, 15, yang duduk di kerusi penumpang depan, cedera ringan di telinga manakala penumpang belakang, Amran Sewa, 38, dari Jalan Merbau, kampung sama, patah tangan kanan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian Zaini dipercayai hilang kawalan menyebabkan van berkenaan terbabas ke kiri dan terbalik apabila termasuk ke dalam longkang.

Menurutnya, akibat kejadian itu, Zaini dan Saffii meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zulhilmie dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raub (HR).

Namun, Amran terpaksa ditahan di wad hospital berkenaan kerana patah tangan.

Katanya, seorang daripada mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub yang mengambil masa beberapa minit.

“Kami tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai akibat pemandu mengantuk kerana ketika kejadian keadaan cuaca baik manakala permukaan jalan kering.
“Jenazah mangsa sudah dituntut keluarga selepas bedah siasat selesai dijalankan di HR, petang semalam,” katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Hanya mata terbuka

Oleh Malik Muhamad
am@hmetro.com.my

KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua.
KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua.
KUALA TERENGGANU: “Polis kata dia langgar anak saya seperti anak ayam kerana langsung tiada kesan brek di atas jalan,” kata Nik Ainy Mohd, ibu kepada Iman Adam Raman, 8, yang terlantar sejak tujuh bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari.
Kejadian dirempuh motosikal laju pada jam 8 pagi, 2 Mei lalu itu menyebabkan Iman kini hanya boleh membuka mata dan menggerakkan sedikit kepala manakala anggota tubuhnya yang lain tidak mampu digerakkan.

Nik Ainy, 51, berkata sejak kejadian itu hanya mata Iman terbuka, tetapi menurut doktor pakar merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kanak-kanak itu sebenarnya tidak boleh melihat kerana otaknya tidak berfungsi berikutan dia koma tahap dua.
“Kecuali kepalanya yang boleh digerakkan sedikit, Iman tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya yang lain dan terpaksa bergantung kepada minuman susu diberikan menggunakan tiub sebagai sumber makanan.

“Suaranya juga tidak kedengaran kerana dia tidak lagi boleh bercakap,” kata Nik Ainy yang ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.

Menurutnya, Iman hanya memberikan rangsangan menggerakkan kepala apabila disentuh dan dia sekeluarga diberitahu doktor keadaan anaknya itu mungkin kekal sampai bila-bila.

Menceritakan detik malang menimpa anaknya itu, Nik Ainy berkata Iman dirempuh seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai model Yamaha LC135 ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir, Kampung Kubang Jela, di sini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu Iman terpelanting dan parah di kepala selain patah tulang betis manakala penunggang terbabit terus memecut motosikalnya meninggalkan tempat kejadian.
“Iman khatam al-Quran ketika berusia tujuh tahun bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif sukan badminton dan silat, tetapi tindakan penunggang itu memusnahkan masa depannya,” katanya.

Menurutnya, ketika dirawat di HSNZ, doktor menjangka anaknya itu hanya boleh hidup tiga hari selepas kemalangan berikutan kecederaan serius menyebabkan otaknya tidak berfungsi dengan sempurna dan dua cip dimasukkan dalam kepalanya bagi mengawal darah beku.

ALLAH BERKUASA KEPADA SESUATU..POTONGLAH TANGAN BAGI YANG MENCURI...NI HUKUM ALLAH...TAK MAHU JUGA PATUH...BIJAK SANGAT KE KITA NI DARI ALLAH...

Hanya sehelai baju berjaya diselamatkan

TINGGAL ABU...Rubiah menunjukkan tempat kelengkapan sekolah anaknya yang diletakkan  sebelum musnah terbakar.
TINGGAL ABU...Rubiah menunjukkan tempat kelengkapan sekolah anaknya yang diletakkan sebelum musnah terbakar.
KLANG: “Memang terlalu sedih, hanya sehelai baju saja dapat diselamatkan. Barangan lain termasuk kelengkapan persekolahan anak untuk sesi tahun depan rentung,” kata Rubiah Jantan, 44, mangsa kebakaran di Lorong Ahmad, Kampung Rantau Panjang, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, lapan rumah binaan separuh kayu dan batu sederet turut musnah membabitkan 27 mangsa.

Rubiah yang juga seorang ibu tunggal, ketika ditemui sebak lebih-lebih lagi mengenangkan peralatan sekolah yang dibeli untuk dua anaknya, Muhammad Iswan Alias, 15, dan Mohd Hafis Alias, 13, musnah sekelip mata.
“Pada 24 November lalu, saya mendapat baucar RM360 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak untuk membeli kelengkapan sekolah.

“Baju sekolah, kasut, beg dan peralatan tulis anak-anak disediakan dan diletakkan di atas meja di ruang tamu.

“Api marak sangat cepat iaitu kira-kira 15 minit dan kami hanya mampu menyelamatkan nyawa dan kad pengenalan saja,” katanya.

Menurut Rubiah dia melihat api sedang marak di sebuah rumah berhampiran sebelum memaklumkan hal itu kepada jiran lain.

Rubiah yang menetap di Kampung Rantau Panjang selama 14 tahun tidak menyangka ditimpa kejadian malang itu.
Ketika ini, Rubiah dan mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Rumah Komuniti Anti Dadah Daerah Klang di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Ishak Bakar, ketika dihubungi berkata, punca kebakaran masih disiasat dan anggaran kerugian adalah RM500,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil turut turun padang menziarahi mangsa kebakaran itu untuk menyampaikan bantuan.

Dua beradik digulung ombak

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

BANDAR PENAWAR: “Ini kali pertama keluarga kami berkelah di sini dan dalam tempoh setengah jam, saya kehilangan dua anak sekali gus,” kata Zuraini Adnan, 47, ketika ditemui di Pantai Desaru di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua anak Zuraini, Mohd Fazli Fauzi, 23, yang juga pekerja kilang dan adiknya, Zulkhairi, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Seni Johor Bahru, lemas dihanyutkan ombak ketika mandi laut.

Bapa dua beradik itu, Mohd Fauzi Aliuddin, 49, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor, cuba membantu, tetapi dia sendiri hampir lemas sebelum diselamatkan pengunjung lain.
Zurani berkata, keluarganya berasal dari Tiram sampai di pantai itu pada jam 12 tengah hari untuk berkelah sempena hujung minggu.

“Ini kali pertama kami sekeluarga berpeluang berkelah di sini dan ketika kejadian saya berada di tepi pantai bersama anak yang lain manakala Fazli dan Zulkhairi pula mandi.

“Entah bagaimana, kedua-duanya tiba-tiba dihanyutkan ombak. Suami cuba membantu, tetapi tidak berdaya, saya cukup sedih kehilangan dua anak sekali gus,” katanya yang reda dengan kejadian itu dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi.

Saksi kejadian, Mohd Nabil Shafie, 26, berkata, sebelum kejadian, dia menemani adiknya di gigi air dan melihat dengan jelas dua beradik itu berenang kira-kira 30 meter dari pantai.

“Tiba-tiba ombak besar memukul kawasan mereka mandi. Saya nampak ombak menggulung dua beradik itu ke laut.
“Mereka tenggelam kerana gagal berenang, bapa mereka cuba membantu, tetapi dia juga nyaris lemas sebelum dibantu pengunjung lain. Jenazah Fazli ditemui tidak lama kemudian apabila dihanyutkan ombak ke pantai, tetapi adiknya masih hilang,” katanya.

Menurut Nabil, keadaan laut yang bergelora dengan ombak besar menyebabkan orang ramai yang bersimpati terhadap keluarga berkenaan tidak mahu mengambil risiko turun ke laut kerana bimbang turut menjadi mangsa.

Suasana di pantai berkenaan pula seolah-olah sepi dengan sebahagian besar pengunjung bertumpu di gigi pantai dengan harapan dapat menemui Zulkhairi, tetapi sehingga malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Keluarga dua beradik itu pula ditenangkan orang ramai yang turut bersimpati dengan tragedi terbabit.

Jenazah Fazli kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT).


Tiga beranak diikat penyamun

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

HULU SELANGOR: Tiga beranak berdepan detik cemas apabila rumah mereka di Bandar Sungai Buaya, di sini, dimasuki tiga penyamun bersenjatakan parang dan pemutar skru sebelum mengikat tangan dan kaki mereka.
Difahamkan, mangsa yang sedang tidur terkejut sebaik menyedari kehadiran penyamun terbabit sebelum barang berharga milik keluarga mangsa dilarikan dengan nilai kerugian lebih RM10,000.

Menurut sumber, mangsa hanya berjaya membebaskan diri daripada ikatan kira-kira tiga jam selepas kejadian sebelum ke Balai Polis Bukit Sentosa membuat laporan, kelmarin.
“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, pasangan suami isteri dan anak perempuannya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan sebelum si suami mendengar bunyi bising.

“Mangsa cuba keluar untuk melihat apa yang berlaku, namun terkejut sebaik menyedari kehadiran penyamun terbabit sebelum mereka mengacukan parang dan pemutar skru kepada mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diarah masuk semula ke dalam bilik sebelum kedua-dua tangan dan kaki mangsa dan isteri diikat dengan dawai.

“Suspek yang dipercayai warga asing itu mendesak mangsa menyerahkan barang berharga. Mereka menarik isteri mangsa menunjukkan tempat simpanan barang kemas.

“Sebaik mengambil semua barang kemas milik mangsa, mereka menolak wanita terbabit masuk ke dalam bilik anak perempuannya dan turut mengikat tangan dan kaki anaknya itu,” katanya.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan dipercayai dipandu seorang lagi suspek yang menunggu di luar rumah.

Menyedari suspek melarikan diri, mangsa berusaha melepaskan diri dan berjaya meleraikan ikatan tiga jam kemudian.

Sumber berkata, mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati barang kemas, barangan elektrik dan wang tunai bernilai lebih RM10,000 dilarikan suspek.


Amaran bahaya bagi kegiatan rekreasi pantai



JOHOR BAHRU: Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dan Ribut Tropika 'Washi' terbentuk kira-kira 420 km ke Barat Laut Palawan, Filipina pada 5.45 pagi ini (19 Dis 2011) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter dan disertakan dengan ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Mersing, Tanjung Sedili, Desaru, Sungai Rengit dan sepanjang pantai Timur Johor dijangka berterusan sehingga 29 Disember 2011 (Khamis). Kawasan pantai Timur Johor juga dijangka terdedah kepada kenaikan paras air laut.

Beliau berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini merbahaya kepada semua aktiviti pantai, nelayan-nelayan kecil dan laut dalam dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak sepanjang pantai Johor Timur.

“Dimaklumkan juga ribut petir akan berlaku di perairan Johor Timur dan keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan merbahaya kepada bot-bot kecil.


Katanya lagi, dalam masa seminggu sahaja berlaku dua kejadian mati lemas melibatkan seorang remaja berumur 19 tahun di pantai peranginan Tanjung Balau pada 14 Disember 2011 lalu dan semalam (18 Disember 2011) melibatkan dua remaja lagi berumur 14 tahun dan 21 tahun di pantai Desaru ketika mandi di pantai berkenaan.

“Ketika ini mangsa bertama pertama yang berumur 14 tahun telah ditemui semalam (18 Disember 2011) pada jam 1 petang oleh pasukan carilamat, sementara usaha mengesan remaja berusia 21 tahun masih dilakukan yang melibat pelbagai agensi keselamatan. Kejadian dimaklumkan berpunca daripada pengunjung yang melanggar amaran bahaya mandi laut melalui bendera merah yang dikibarkan.”

“Kita mengingatkan ibu bapa atau penjaga tidak membawa anak-anak mereka berkelah dan mandi manda atau apa-apa kegiatan rekreasi di pantai memandang ketika ini musim tengkujuh sedang melanda perairan pantai Timur Johor.

“Meskipun ketika ini adalah musim cuti sekolah, banyak kegiatan-kegiatan lain bersama keluarga dapat dilakukan yang mana tidak melibatkan aktiviti dipantai yang mengundang bahaya melibatkan kehilangan nyawa.

“Kita berharap pengguna jalan laut dan orang ramai boleh melayari laman web Maritim Malaysia iaitu mmea.gov.my untuk mendapatkan maklumat keadaan cuaca terkini sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut atau membawa ahli keluarga pergi berkelah dikawasan yang keadaan laut bergelora terutama di kawasan pantai.

“Keadaan ini amat merbahaya meskipun pengunjung tahu berenang memandangkan wujud arus laut tidak sepertimana berenang di kolam renang,” katanya.

Menurutnya lagi, pengusaha-pengusaha resort dan hotel di persisiran pantai adalah dinasihatkan untuk mengambil tindakan tegas bagi melarang pengunjung dari aktiviti mandi manda dan rekreasi di tepian pantai sepanjang musim tengkujuh bagi mengelak kejadian yang sama berulang.




“Maritim Malaysia berharap sebarang kejadian kemalangan dilaut dapat disalurkan dengan segera agar tindakan pantas dapat diambil oleh pasukan Penyelamat,” katanya lagi.

Sebarang maklumat boleh menghubungi terus Maritime Rescua Sub Centre (MRSC) Johor Bahru ditalian 07-2219231 atau Bilik Operasi Maritim Malaysia Wilayah Selatan 07-2199401 hingga 2199410 yang beroperasi 24 jam. - Bernama


SUMBER : AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA :
Mohd Sahrunizam Mohamed Husin
(Staf Perhubungan Awam APMM Wilayah Selatan)
TEL : 07-2199402
FAKS : :07-2279285
TELEFON BIMBIT : 017-7880551


Gempa bumi sederhana gegar Sulawesi



KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Sulawesi pada pukul 9.23 pagi ini.
Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu berlaku di 311km timur laut Balikpapan, Indonesia dan 585km tenggara Sarikei, Sarawak.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. -- BERNAMA



Ditembak sebelum sempat lihat kelahiran anak sulung



MANJUNG: Menyayat hati apabila seorang bakal bapa tidak sempat melihat kelahiran anak sulungnya selepas ditembak bertalu-talu lelaki tidak dikenali di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan, dekat sini.
Ketika kejadian, mangsa, Teoh Cail Winn, 31, baru pulang dari tempat kerjanya dan tidak sempat masuk ke dalam rumah apabila ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa yang terus rebah berlumuran darah, sempat meminta tolong dan dibawa ke hospital oleh jiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Motif pembunuhan kejam mangsa dalam kejadian jam 9.45 malam, 27 Oktober lalu yang juga hari kedua Deepavali masih menjadi misteri hingga kini apabila dua lelaki utama disyaki pembunuh upahan profesional kes itu masih bebas.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, polis memandang serius kes ini dan mengumpul maklumat hasil siasatan bagi memberkas dua suspek terbabit.

Beliau meminta orang ramai terutama penduduk sekitar kawasan kejadian dan berhampirannya supaya bekerjasama dengan tampil memberikan sebarang maklumat mengenainya.

“Siasatan kes masih berjalan, tetapi berdepan halangan disebabkan tindakan segelintir masyarakat yang tidak memberi kerjasama walaupun ada maklumat mengenainya disebabkan sikap enggan mencampuri urusan orang lain,” katanya.

“Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa polis akan melipatgandakan usaha bagi menyelesaikan kes sekali gus mengheret suspek ke muka pengadilan,” katanya.


Ugut lari gadis



MARANG: Seorang gadis berusia 19 tahun berdepan saat mencemaskan apabila dia diugut untuk dilarikan empat perompak yang memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Kelulut, di sini, kelmarin.
Anina Alias berkata, perompak terbabit membuat ugutan itu bagi mendapatkan barangan berharga daripada keluarganya dalam kejadian jam 3 pagi.

Katanya, sebelum itu dia yang tidur dikejutkan seorang daripada empat perompak terbabit yang masuk ke biliknya.
“Bilik saya tidak berkunci menyebabkan dia mudah masuk sebelum mengarahkan saya bangun dan mengikutnya ke bilik ibu. Setiba di situ, saya terkejut melihat semua ahli keluarga berada di dalam bilik itu,” katanya.

Menurutnya, kecuali adik perempuannya berusia 10 tahun, perompak terbabit mengikat kaki dan tangan ibu bapanya, Hawa Bakar, 52, dan Alias Ahmad, 61, serta abang, Mohd Azmeer, 22, dan seorang adik lelakinya berumur 14 tahun.

“Saya mendengar seorang perompak bertubuh gempal mengugut melarikan saya jika tidak mendapat barangan berharga dan mengarahkan ibu menyerahkan semua barangan berharga yang ada dalam rumah.

“Kata-kata perompak itu menyebabkan saya menangis kerana bimbangkan keselamatan diri. Dalam hati, saya berdoa agar tidak diapa-apakan,” katanya.

Bagaimanapun, dia lega apabila perompak berkenaan beredar jam 3.45 pagi selepas memperoleh hasil diinginkan.
Kejadian itu menyebabkan keluarga Nor Anina kerugian RM80,000 apabila wang tunai RM7,000, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit milik mereka dilarikan perompak terbabit.


Seorang peragut dicekup, rakan lolos dalam belukar



BATU PAHAT: Bagaikan aksi dalam filem apabila sebuah kereta jenis Proton Perdana dinaiki dua penjenayah buruan polis, terbabas ketika cuba melarikan diri daripada ditahan di Sungai Lurus, Senggarang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, seorang daripada penjenayah terbabit meloncat keluar daripada Perdana sejurus ia terbabas lantas melarikan diri ke arah belukar berhampiran.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad bagaimanapun berkata, usaha penjenayah berusia 30 tahun itu sia-sia kerana dia ditahan kurang seminit kemudian.
“Kedua-dua suspek lelaki dikehendaki polis itu pada mulanya meragut beg tangan seorang wanita berdiri di sisi keretanya di sebuah hospital swasta di sekitar bandar ini, jam 11 pagi kelmarin.

“Mangsa cedera ringan melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat,” katanya, semalam.

Menurut beliau, sejurus menerima maklumat, unit MPV IPD memulakan operasi memburu suspek sebelum mengesan Perdana terbabit.

Din berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan anggota Balai Polis Senggarang.

“Penjenayah melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, Perdana dipandu gagal dikawal sebelum terbabas.
“Suspek utama ditahan tidak lama kemudian manakala rakan jenayahnya yang berusia 35 tahun dapat meloloskan diri ke belukar berhampiran,” katanya.

Siasatan mendapati, suspek berusia 30 tahun itu memiliki sembilan rekod jenayah dan tersenarai paling dikehendaki polis selain mengaku meragut beg tangan wanita berkenaan.


Mayat reput dimakan haiwan



GOMBAK: Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila seluruh bahagian badan sudah dimakan haiwan dan reput selain berbau busuk berhampiran loji kumbahan di Fasa 4 Bandar Country Homes, Rawang, di sini semalam.
Difahamkan, mayat lelaki berusia 40-an itu dipercayai dicampak ke dalam loji kumbahan berkenaan berdasarkan keadaan mayat itu dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai yang terkejut sebaik menemui satu tengkorak manusia dan sebahagian badan reput jam 12 tengah hari.
Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan polis dan unit forensik dihantar ke tempat penemuan untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan kita percaya mayat lelaki itu rakyat tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG. Mayat terbabit dipercayai di dalam air lebih kurang lima hari,” katanya.


Gigil disamun RM5,000



ALOR GAJAH: Seorang kerani sebuah agensi kerajaan melalui detik cemas selepas beg tangannya diragut dua lelaki ketika membayar bil elektrik di bandar ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, Norulliza Janal, 24, kerugian hampir RM5,000 apabila dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Waja gelap meragutnya. Norulliza berkata, ketika kejadian dia yang sedang berjalan kaki berhampiran sebuah restoran makanan segera ternampak sebuah kereta Waja bergerak perlahan dan menyangka pemandunya hendak mencari ruang petak kereta.

“Tiba-tiba Proton Waja itu berhenti berhampiran saya sambil penumpang sebelah kiri pemandu menurunkan tingkap cermin dan rentap beg saya sebelum melarikan diri.
“Ketika itu saya terlalu panik serta badan menggigil dan tidak mampu menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam lelaki yang meragutnya kerana kejadian berlaku pantas.

Katanya, beg dilarikan penjenayah itu mengandungi wang tunai RM800 untuk membayar elektrik, kad bank, dua MyKid anak, telefon bimbit Samsung dan kunci keretanya.

“Akibat kejadian itu, saya terpaksa pecahkan cermin kereta sebelum menundanya ke bengkel kereta di Tampin dan menukar satu set kunci dengan kos RM1,400 kerana bimbang kereta pula dicuri,” katanya.

Norulliza kemudian menghubungi suaminya, Hasnol Md Sharif, 35, memaklumkan kejadian yang berlaku membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, dekat sini, sejurus kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.


Pelajar mati tergantung

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KUALA SELANGOR: Tanda tanya seorang pelajar tercium bau busuk yang disangkakan tandas asrama rosak akhirnya membongkar kepada penemuan mayat lelaki tergantung di kipas siling dipercayai bunuh diri di Universiti Industri Selangor (Unisel) Bestari Jaya, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.20 malam di asrama lelaki universiti itu, pelajar lelaki berusia 19 tahun, V Rammath Naidu, ditemui tergantung di kipas siling menggunakan selimut dengan hanya memakai tuala mandi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, sebelum itu seorang pelajar yang baru melapor diri dan tinggal di bilik bersebelahan mayat berkenaan ditemui, curiga dengan bau busuk.
“Pelajar itu baru saja melapor diri pada Jumaat lalu. Pada mulanya dia tidak menghiraukan bau busuk kerana menyangka tandas asrama rosak.

“Bagaimanapun, kelmarin dia yang sudah tak tahan lagi dengan bau itu meminta bantuan rakan lain untuk menolak pintu bilik sebelahnya yang tertutup sebelum terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang sudah berbau dalam keadaan tergantung di kipas siling.

“Ketika ditemui mayat berkenaan tergantung menggunakan selimut dan hanya memakai tuala. Pelajar yang menemui mayat itu kemudian melaporkan kejadian kepada universiti itu sebelum kes dilapor kepada polis,” katanya.

Mohd Asri berkata, motif kejadian masih disiasat tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan putus cinta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelajar yang ditemui tergantung itu dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu kerana baru saja melapor diri pada Rabu lalu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya yang bergegas dari Sungai Petani, Kedah pagi tadi (semalam) sejurus menerima berita itu.
“Setakat ini polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222 untuk membantu siasatan

KES ZINA..ROGOL..ADAKAH CUKUP DENGAN UNDANG2 YANG ADA...SEKOLAH HARAPAN...MAKA INIKAH JAWAPAN KITA DIAKHIRAT...DEMI SEMATA2 MENOLAK HUKUM ALLAH...SEOLAH2 KITA LEBIH BIJAK DARI ALLAH UNTUK MENCIPTA HUKUM2@UNDANG2...MEMANG KITA MENCARI NAHAS DIAKHIRAT NANTI...ALLAH DAH HIDUPKAN...DAH PATUT BERSYUKUR BANYAK2...JANGAN KITA JADI MAKHLUK2 YANG TAK SEDAR DIRI...

Paksa anak saudara layan nafsu rakan



KUALA LUMPUR: Pak cik setan. Itu gelaran yang layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang bukan sahaja sanggup memaksa anak saudaranya untuk melayan nafsu buas rakannya malah lelaki itu sanggup mencabul wanita berusia 26 tahun itu dalam kejadian di Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa baru pulang dari kerja dan ketika itu, bapa saudaranya yang menganggur keseorangan di rumahnya.

Beliau berkata, seperti biasa, mangsa melakukan rutin hariannya iaitu membersihkan rumah dan dengan tiba-tiba lelaki itu membawa sebatang batang besi lalu menerkam mangsa.
“Lelaki itu memaksa mangsa untuk melayan nafsu rakannya untuk melunaskan hutangnya namun mangsa enggan menurut kehendak bapa saudaranya itu.

“Akibat berang dengan tindakan mangsa, dia dibelasah dengan batang besi sehingga dia mengalami kecederaan di kepala, bibir, tangan dan kaki.

“Mangsa turut diugut bunuh jika berani melarikan diri,” katanya.


Suami SMS ugut bunuh, culik anak



KUALA LUMPUR: Akibat ugutan bunuh dan culik oleh suami yang sudah lama menghilang, seorang kakitangan swasta dan anaknya berusia lima tahun hidup dalam ketakutan dan trauma dalam kejadian di Jalan Seri Sentosa, di sini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Marie, 36, berkata, dia mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya yang berusia 38 tahun kerana tidak mempunyai pekerjaan sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas berlaku perselisihan faham, lelaki berkenaan meninggalkan isteri dan anak perempuan berusia lima tahun itu.
Malangnya, dua hari lalu, lelaki itu menghantar e-mel kepada wanita berkenaan dan mendakwa akan kembali tinggal bersama selepas menghilangkan diri selama ini.

Katanya, bukan itu saja, lelaki itu sudah mengumpul segala maklumat mengenai anaknya itu dan mengugut akan menculik anak tunggalnya jika dia tidak menuruti kemahuannya untuk tinggal bersama.

“Saya bertambah bimbang dengan keselamatan kami berdua selepas keluarga suami turut memberikan peringatan mengenai lelaki itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, selain mencari tempat perlindungan daripada dijejaki along,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, suaminya turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan serta secara terang-terangan mengancam keselamatan mereka berdua.

Akibat risau dengan keselamatan diri dan anaknya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.


Tangisan mangsa noda

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.

Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.


Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.


Belasah di kolam renang

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

KUCHING: Seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak bukan saja melalui saat memalukan, tetapi turut menanggung kesakitan apabila dibelasah suaminya di khalayak ramai di sebuah kolam renang awam di Taman BDC, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 6 petang ketika mangsa berusia 24 tahun itu berenang bersama seorang sepupu perempuannya sebelum suaminya yang juga seorang anggota tentera muncul.

Menurut sepupu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, suami wanita berkenaan yang berusia sebaya dengannya terus menghampiri mereka sebelum menggenggam rambut serta menarik isterinya keluar dari kolam renang.
“Sebaik keluar dari kolam renang, sepupu saya dibelasah dan ditumbuk di bahagian perut oleh suaminya. “Walaupun terdapat beberapa pengunjung di tempat berkenaan, lelaki terbabit tidak menghiraukannya dan terus membelasah tanpa belas kasihan.

“Selepas puas, dia beredar dari tempat kejadian turut mengambil dua telefon bimbit milik isterinya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera di pipi kanan, kepala dan beberapa anggota badan kemudian membuat laporan polis kerana mendakwa kejadian seumpama itu bukan yang pertama sejak mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

“Sepupu saya sering dijadikan tempat suaminya melepaskan kemarahan, dia pernah dipukul tanpa belas kasihan ketika sedang sarat mengandung anak kedua awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga dan tidak lagi tinggal sebumbung berikutan wanita berkenaan tidak sanggup lagi menjadi mangsa belasahan suaminya yang naik angin tanpa sebab.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menambah sedang menjalankan siasatan.


Dagang jiran

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Masa depan seorang remaja perempuan punah angkara seorang wanita yang juga bekas rakan sekampungnya apabila dia bukan saja diperdaya, malah turut disuntik dadah dipercayai syabu sebelum dipaksa memuaskan nafsu lima lelaki di dua hotel berasingan di bandar raya ini sejak Rabu lalu.
Episod hitam gadis berusia 16 tahun dari Batu Kawa itu bermula Rabu lalu apabila dia ditawar wanita berusia 29 tahun itu bekerja sebagai penjual buah bagi mendapatkan pendapatan sampingan sempena cuti sekolah.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tanpa sebarang syak wasangka terus bersetuju mengikut wanita berkenaan, namun sebaik tiba di sebuah hotel di bandar raya ini, dia disuntik dengan dadah. Menurut sumber, mangsa disuntik sebanyak tiga kali sepanjang berada di dua hotel berasingan sebelum dilacurkan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek membawanya membeli barang di sebuah pasar raya di Bandar Baru Batu Kawa, jam 11 pagi, Jumaat lalu.

“Mangsa mengambil kesempatan ketika suspek sibuk membeli barang melarikan diri dan pulang ke rumahnya. Pada masa sama, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis pada hari sama.

“Pada petang keesokan hari, mangsa ditemani ibunya sekali lagi membuat laporan polis selepas didatangi suspek yang mengugut mengasarinya jika enggan mengikut arahan,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, polis melancarkan gerakan sebelum menahan suspek di rumahnya di Stutong kelmarin untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, siasatan awal mendapati suspek menyuntik mangsa dengan sejenis dadah sebelum dipaksa melayan lelaki. Katanya, mangsa turut mendedahkan bahawa dia seterusnya diarahkan berpindah ke sebuah lagi hotel sebelum disuntik dengan dadah jenis sama menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar .
“Susulan kejadian itu, suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa kepada hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan,” katanya


Dua beradik derita sering dicabul abang



KULIM: Dua beradik perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) yang tidak tahan menanggung derita apabila kerap dicabul abangnya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum suspek ditahan, Jumaat lalu.
Sumber berkata, dua gadis berusia 17 dan 20 tahun berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kulim selepas tidak tahan dengan perbuatan terkutuk abang mereka yang berusia 21 tahun yang didakwa sering mencabul mereka ketika berada di rumah.

Menurutnya, abang mangsa didakwa sering mengambil kesempatan terhadap adik-adiknya itu, tetapi perkara berkenaan hanya didiamkan sahaja kerana mereka bergantung harapan kepada lelaki terbabit termasuk menanggung keperluan hidup seperti makan dan tempat tinggal.
“Bagaimanapun, akibat sudah tidak tertahan dengan kekerapan perbuatan sumbang abang mereka, kedua-dua mangsa nekad membuat laporan polis kejadian itu sebelum suspek berjaya ditahan bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.


Meraung jumpa mayat bayi



MACHANG: “Sudah enam tahun bekerja sebagai pencari sampah tetapi barangan yang saya jumpa kali ini lain daripada sebelumnya hingga tidak mampu mengawal emosi dan meraung,” kata pencari sampah, Rusmi Shafei, 30.
Bapa kepada dua anak itu berdepan situasi mendebarkan apabila menemui mayat bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat serta mempunyai kesan darah dalam kotak dibuang di pusat pelupusan sampah di Labok, dekat sini, semalam.

Katanya, kejadian itu disedari jam 1.30 tengah hari, ketika dia bersama rakannya mahu mengambil sampah dari sebuah lori yang baru tiba di kawasan terbabit.
“Ketika itu saya bersama sembilan rakan yang lain mahu menyerbu sampah yang dibawa sebuah lori, selain mahu mengambil barangan yang masih boleh digunakan.

“Mata saya kemudian terarah kepada kotak yang siap berbungkus plastik sebelum mengambil dan membukanya. Ketika itu saya nampak sesuatu yang pelik pada bungkusan itu dan selepas diamati ia adalah muka bayi lelaki,” katanya.

Katanya, dia kemudian meminta rakannya, Rohani Salleh, 50, menghubungi polis. Menurut Rohani, dia terlalu sedih melihat keadaan bayi berkenaan yang diletakkan dalam kotak.

“Saya tergamam kerana sepanjang mencari barangan di tapak terbabit, inilah kali pertama terjumpa mayat bayi yang dibuang tanpa belas kasihan.

“Saya tidak dapat bayangkan perasaan dan hati ibu kepada bayi berkenaan kerana sanggup bertindak demikian terhadap bayi itu. Yang pasti ibu berkenaan perlu dihukum walau dengan apa cara sekali pun,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas bersama beberapa anggotanya ke lokasi pusat pelupusan sampah di Labok.

“Ketika tiba di lokasi terbabit, pemeriksaan kemudian dilakukan dan mendapati mayat bayi lelaki berusia kira-kira dua hari, atau pun kurang daripada itu di situ.

“Mayat itu masih bertali pusat dan darah melekat pada kain membalutnya,” katanya.

Che Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.


PERINGATAN....WAHAI MUFTI2 DAN PEMIMPIN2 AKAN SELAMAT KE DIAKHIRAT NANTI...TERMASUK ULAMAK2 ROSAK...DAN ULAMAK2 BISU....

Sunday, December 18, 2011

ADAKAH SANGGUP BASAH KUYUP UNTUK DENGAR CERAMAH@PENGAJIAN AGAMA ATAU BERJUANG UNTUK ALLAH...MENGHABISKAN MASA UNTUK ALLAH...NI MENDENGAR KONSERT...MAKA HUKUMNYA TANYA MUFTI2...

Bayi dalam kotak sampah

MACHANG: “Sudah enam tahun bekerja sebagai pencari sampah tetapi barangan yang saya jumpa kali ini lain daripada sebelumnya hingga tidak mampu mengawal emosi dan meraung,” kata pencari sampah, Rusmi Shafei, 30.
Bapa kepada dua anak itu berdepan situasi mendebarkan apabila menemui mayat bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat serta mempunyai kesan darah dalam kotak dibuang di pusat pelupusan sampah di Labok, dekat sini, semalam.

Katanya, kejadian itu disedari jam 1.30 tengah hari, ketika dia bersama rakannya mahu mengambil sampah dari sebuah lori yang baru tiba di kawasan terbabit.

“Ketika itu saya bersama sembilan rakan yang lain mahu menyerbu sampah yang dibawa sebuah lori, selain mahu mengambil barangan yang masih boleh digunakan.

“Mata saya kemudian terarah kepada kotak yang siap berbungkus plastik sebelum mengambil dan membukanya. Ketika itu saya nampak sesuatu yang pelik pada bungkusan itu dan selepas diamati ia adalah muka bayi lelaki,” katanya.

Katanya, dia kemudian meminta rakannya, Rohani Salleh, 50, menghubungi polis. Menurut Rohani, dia terlalu sedih melihat keadaan bayi berkenaan yang diletakkan dalam kotak.


“Saya tergamam kerana sepanjang mencari barangan di tapak terbabit, inilah kali pertama terjumpa mayat bayi yang dibuang tanpa belas kasihan.

“Saya tidak dapat bayangkan perasaan dan hati ibu kepada bayi berkenaan kerana sanggup bertindak demikian terhadap bayi itu. Yang pasti ibu berkenaan perlu dihukum walau dengan apa cara sekali pun,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas bersama beberapa anggotanya ke lokasi pusat pelupusan sampah di Labok.

“Ketika tiba di lokasi terbabit, pemeriksaan kemudian dilakukan dan mendapati mayat bayi lelaki berusia kira-kira dua hari, atau pun kurang daripada itu di situ.

“Mayat itu masih bertali pusat dan darah melekat pada kain membalutnya,” katanya.

Che Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.


Empat nyawa melayang

Oleh Ahmad Othman
metrojb@yahoo.com

pix_middle
KOTA TINGGI: Mereka baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bersama-sama meninjau peluang melanjutkan pengajian di pameran pendidikan dan kerjaya di Johor Bahru.
Bagaimanapun, semua harapan itu terkubur apabila empat daripada enam remaja yang menaiki Toyota Innova terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna itu melanggar bucu penghadang jalan serta papan tanda lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 90 meter.

Lebih mengerikan, bumbung kenderaan itu terkopak menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, dekat sini, kelmarin.


Empat yang maut ialah Ng Sin Yun, 17, dari Jalan Kelu Ramu, Kota Kecil; Winnie Ng, 18, dari Jalan Moi Hiang, Kota Kecil; Tey Jia Xin, 17, dari Kampung Lukut Cina serta Ching Hui Sean, 18.

Ng yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan itu dan mati di tempat kejadian.

Pemandu, Victor Ng Wee Tai, 17, cedera dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke hospital swasta di Johor Bahru atas permintaan keluarga.

Rakan mangsa, Tee Heng Chong, 17, berkata keenam-enam rakannya itu baru selesai menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini.

“Kami mengunjungi pameran pendidikan dan kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor Bahru dan ketika kejadian, dalam perjalanan pulang.
“Kami pergi dengan menaiki Innova berkenaan manakala yang lain menaiki bas,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT.

Menurut Tee, dia baru tiba di rumah apabila dimaklumkan kejadian itu dan amat sedih kerana apabila kehilangan empat rakan baik sekali gus.

“Keempat-empatnya bercita-cita tinggi dan semuanya mahu berjaya dalam pelajaran serta kerjaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Cik Mahazan Cik Aik, berkata seorang daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi mati ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Semua mangsa mati akibat kecederaan pada badan dan kepala. Dua lagi mangsa masih dirawat dan keadaan mereka stabil.

“Kejadian berlaku ketika cuaca baik dan setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga masih menunggu untuk merekodkan kenyataan daripada mangsa terselamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.


Bapa perturun ilmu mencuri

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

pix_middle
KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, berikutan kes kecurian kenderaan meningkat kebelakangan ini, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas menjejak dalang kejadian itu.
Menurutnya, hasil maklumat, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu terhadap sebuah rumah di Kampung Dusun Berliku, Besut, pada 4 Disember lalu.

“Dalam serbuan jam 7 malam itu, dua beradik berusia 17 dan 21 tahun ditahan. Soal siasat membawa kepada penemuan dua Proton Wira, satu Proton Waja dan sebuah lori di rumah berkenaan dipercayai dicuri.


“Polis juga menjumpai geran Proton Wira daripada suspek,” katanya pada sidang media di IPK, semalam.


Sanggup basah kuyup

Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MERIAH...seorang peserta mencuba nasib dalam acara minum air dalam botol susu.
MERIAH...seorang peserta mencuba nasib dalam acara minum air dalam botol susu.
MELAKA: Hujan sepanjang berlangsungnya Konsert Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Dataran 1Malaysia, Klebang, dekat sini, kelmarin, tidak menghalang lebih 30,000 penonton membanjiri dataran berkenaan menyaksikan persembahan artis bermula jam 9 malam.
Malah, pengunjung tidak berganjak biarpun dibasahi hujan sepanjang konsert hampir empat jam yang dimeriahkan dengan celoteh pengacara Along Cham dan Didie Alias.

Persembahan dimulakan pendatang baru industri seni negara, Awie Rafael yang menghiburkan penonton dengan tiga lagu iaitu Bila Aku Jatuh Cinta, Pulanglah dan Fell nyanyian Robbie Williams.
Suasana bertambah meriah dengan jerit pekik penonton apabila Najwa Latif mendendangkan lagu popularnya Cinta Muka Buku. Biarpun masih baru, Nawja bijak menarik perhatian peminatnya apabila turun dari pentas dan bersalaman dengan peminat dalam gerimis.

Penampilan Anuar Zain mendendangkan lagu Ku Berjanji Kerna Cinta dan Cinta Harus Memiliki memukau penonton dengan suara lunaknya.

Disusuli gabungan Black bersama kumpulan Moderate menghiburkan penonton dengan beberapa lagu antaranya Sofea Jane, Kopi Dangdut dan Di Alam Fana Cinta.

Suasana dataran bertukar hangat apabila kumpulan XPDC tampil menutup tirai konsert mempersembahkan lagi popular mereka, termasuk Ntahapapantah, Semangat Yang Hilang, Di Tepi Pantai, Apa Nak Dikata, dan C.I.N.T.A.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 yang juga Pengarang Eksekutif (Pengeluaran), Ahmad @ Salim Bachok dan Pengarang Eksekutif (Berita), Othman Mamat.
Sementara itu, pengunjung nyata berpuas hati dengan barisan artis yang ditampilkan pada konsert berkenaan.

Isa Muda, 56, berkata, penganjuran konsert sempena KGHM itu dinantikan mereka sekeluarga yang sanggup datang dari Alor Gajah bagi menyaksikan persembahan Anuar Zain.

“Kami tiba petang tadi (kelmarin) kerana mahu menyaksikan konsert secara lebih dekat, persembahan hebat artis yang ditampilkan terutama Anuar Zain membuatkan kami tidak berganjak biarpun hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Suria Ariffin, 38, dari Taman Sri Bertam berkata, lokasi konsert kelmarin memudahkan pengunjung.

“Pilihan lokasi tepat kerana di sini mudah meletakkan kenderaan berikutan kawasannya luas.

“Sejak tersiar laporan penganjuran konsert ini kami merancang untuk ke sini. Biar pun hujan namun ia berbaloi,” katanya.

BAGITU MAHAL UNTUK MUSNAHKAN IRAQ..AS$800 JUTA (RM 2.5 TRILION)..TUK BELUM DIKIRA NYAWA YANG TERKORBAN..KES2 ROGOL..ZINA..MAKA BALASAN ALLAH MENUNGGU DIAKHIRAT PULA....

Pelajar mati dalam asrama Unisel



Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor tempat seorang pelajar ditemui mati dalam asramanya kelmarin.



KUALA SELANGOR - Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.
Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.
Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.
Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.


4 gadis maut MPV jatuh gaung






KOTA TINGGI - Empat sahabat yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan Toyota Innova yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mereka yang terkorban ialah Ng Sin Yun, 17; Tey Jia Xin, 17; Winnie Ng, 18, dan Ching Hui Sean, 18.
Sin Yun mati di tempat kejadian manakala Winnie, Jia Xin dan Hui Sean meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi di sini.
Pemandu kenderaan, Victor Ng Wee Tai, 17, iaitu adik Winnie dan seorang lagi rakan mereka, Chin Shi Xuan, 17, cedera parah. Victor dirawat di sebuah hospital swasta di sini manakala Shi Xuan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.


4 sekeluarga anggota penyamun



MANOHARAN (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Dua beradik dengan salah seorang merupakan bapa kepada dua pemuda yang diberkas pada awal bulan ini kerana terlibat dengan sindiket curi kereta turut menjadi buruan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket sama.
Kedua-dua beradik itu merupakan antara empat lagi suspek yang dicari kerana disyaki menganggotai sindiket curi kereta Geng Pok Su Wa.
Tembelang dua beradik itu terbongkar ekoran penahanan seorang pelajar dan abangnya di Kampung Dusun Berliku, La, Jerteh, Besut pada 4 Disember lalu.
Dua beradik yang ditahan di Kampung Dusun Berliku itu merupakan anak kepada salah seorang daripada empat suspek yang kini dicari polis.


Wanita Siam cuba seludup diesel ditahan



SEORANG anggota polis, Siti Atikah Mohd. Rashid menunjukkan tong-tong yang berisi minyak diesel dalam sebuah kereta di Kuala Nerang semalam.



KUALA NERANG - Cubaan licik seorang wanita warga Thailand yang menggunakan kereta persendirian untuk menyeludup minyak diesel ke negara jiran itu berjaya dihidu pihak berkuasa semalam.
Kegiatan penyeludupan itu berjaya dikesan oleh sepasukan tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Gubir dekat sini yang menahan sebuah kereta Toyota Vios di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Durian Burung di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Supritendan Chang Kut Choy memberitahu, kereta tersebut dipandu oleh seorang wanita warga Thailand berusia 27 tahun dan sedang dalam perjalanan menuju ke Thailand.
"Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui sebanyak 13 tong berisi diesel yang dianggarkan sebanyak 580 liter," katanya di sini semalam.


Tangani segera isu banjir kilat



KEJADIAN banjir kilat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur perlu diselesaikan bagi mengelakkan kesulitan kepada warga kota.



KUALA LUMPUR - Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir kilat di Jalan Tun Razak di sini, Selasa lalu akibat hujan lebat di sekitar ibu negara.
Mereka berpendapat, isu banjir kilat di kawasan utama di ibu kota itu sudah berlarutan sejak sekian lama dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah kepada lalu lintas yang lumpuh dan ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat.
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, langkah penyelesaian holistik perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.
"Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk menyelesaikan masalah ini. Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak," katanya.


Askar terakhir AS tinggalkan Iraq


ASKAR-ASKAR AS beratur menaiki sebuah pesawat untuk pulang ke tanah air di pangkalan udara Al-Asad, barat Baghdad pada 1 November lalu.



SEMPADAN IRAQ-KUWAIT, Kuwait - Pasukan terakhir tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Iraq dan memasuki Kuwait semalam, hampir sembilan tahun selepas AS melancarkan perang bagi menyingkirkan Presiden Iraq, Saddam Hussein.
Pasukan terdiri daripada 110 buah kenderaan membawa 500 askar AS yang kebanyakannya anggota Briged Ke-3, Divisyen Pertama Kavalri itu melintasi sempadan Iraq pada pukul 7.38 pagi waktu tempatan.
Pengunduran tersebut menutup sejarah penaklukan Iraq oleh AS. Sebelum ini terdapat 170,000 askar negara polis dunia itu yang ditempatkan di 505 buah pangkalan tentera di seluruh Iraq.
Penaklukan hampir sembilan tahun AS ke atas Iraq menyebabkan puluhan ribu penduduk tempatan dan hampir 4,500 askar AS terbunuh dengan ramai lagi yang cedera manakala 1.75 juta penduduk Iraq terpaksa menjadi pelarian.
Washington turut membelanjakan AS$800 bilion (RM2.5 trilion) untuk membiayai kempen ketenteraannya di Iraq.
"Saya berasa seronok, sungguh seronok kerana dapat keluar dari Iraq," kata Sarjan Duane Austin selepas keluar dari kenderaan tentera yang membawanya ke Kuwait
"Tahun ini terasa amat panjang buat saya, kini tiba masanya untuk pulang," tambahnya.
Kumpulan kenderaan terakhir yang membawa tentera AS meninggalkan Pangkalan Imam Ali di pinggir bandar Nasiriyah pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan untuk memulakan perjalanan sejauh 350 kilometer ke sempadan Kuwait yang memakan masa lima jam.
Kumpulan tersebut bergerak melalui beberapa laluan terpencil bagi memastikan mereka tidak menjadi sasaran serangan hendap.
"Saya berasa bangga seluruh rakyat Iraq perlu berasa bangga kerana negara kami sudah bebas," kata seorang pembuat roti berusia 26 tahun, Safa.
"Askar-askar AS menggulingkan Saddam tetapi hidup kami sengsara sejak dari itu," ujarnya.
Penaklukan Iraq bermula dengan kempen ketenteraan bagi menumbangkan rejim Saddam pada 2003. Ketika itu, Washington percaya mereka dapat menamatkan misi ketenteraan mereka di Iraq dalam tempoh cuma beberapa bulan.
AS yang diperintah Presiden George W. Bush menggunakan alasan Iraq menyimpan senjata pemusnah dan senjata kimia untuk menggulingkan Saddam.
Menjelang subuh pada 20 Mac, 2003 satu serangan udara besar-besaran disasarkan ke atas selatan Baghdad yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Saddam.
Serangan itu disusuli pencerobohan tentera darat AS yang memasuki selatan Iraq melalui Kuwait. Ketumbukan tentera AS bergerak menuju ke ibu kota Iraq, Baghdad. Saddam dan rejimnya tumpas dalam masa beberapa minggu. Pemimpin Iraq itu ditangkap pada hujung tahun yang sama sebelum digantung pada 2006 oleh pentadbiran baharu Iraq.
Namun, kematian Saddam gagal mengamankan Iraq. Malah, ia membuka pintu kepada konflik berdarah yang berlanjutan selama beberapa tahun antara komuniti Sunnah dan Syiah.
Menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan Britain, Iraq Body Count, konflik berdarah antara dua komuniti itu menyebabkan lebih 100,000 penduduk Iraq terbunuh.
Pertumpahan darah tersebut cuma reda apabila Presiden Bush mengarahkan penambahan askar AS ke Iraq di samping persetujuan militia-militia Sunnah untuk memihak kepada AS dalam memerangi rangkaian pengganas Al-Qaeda.
Pada 2008, Baghdad dan Washington menandatangani satu perjanjian untuk mengundurkan semua askar AS dari bumi Iraq menjelang akhir tahun ini.
Pada masa sekarang, cuma 157 askar AS masih kekal di Iraq bagi membantu melatih pasukan keselamatan negara itu.
Iraq kini memiliki pasukan keselamatan dengan kekuatan 900,000 anggota. Ramai penganalisis percaya bilangan tersebut mencukupi untuk pemerintah mengekalkan ketenteraman awam dan mempertahankan perbatasan negara daripada pencerobohan asing. - Agensi


Lebih 200 hilang dalam tragedi kapal karam di Indonesia


BEBERAPA pencari suaka politik diiringi anggota-anggota polis berpakaian awam selepas mereka keluar dari sebuah hospital di pusat penempatan sementara di Trenggalek semalam.


JAKARTA, Indonesia - Beberapa pasukan penyelamat terpaksa mengharungi ombak besar semalam dalam operasi mengesan 200 pencari suaka politik yang hilang dan dikhuatiri mati selepas kapal kayu yang mereka naiki tenggelam di perairan Pulau Jawa.
Setakat ini, cuma 33 orang termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita berjaya dinaikkan dari laut dalam keadaan masih hidup.
Pegawai maritim yang mengetuai operasi menyelamat, Leftenan Alwi Mudzakir berkata, beberapa mangsa terselamat memberitahu pihak berkuasa mereka dalam perjalanan ke Australia semasa nahas berlaku.
Menurut Alwi, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada muatan berlebihan. Katanya, kapal berkenaan membawa lebih dua kali ganda muatan sepatutnya. Semasa kejadian ia membawa 250 lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Afghanistan, Iraq, Iran dan Turki.
Para penumpang mula panik apabila kapal berkenaan terumbang-ambing sekitar 32 kilometer dari kawasan pantai Jawa sebelum terbalik dipukul ombak setinggi lebih tiga meter kelmarin.
Tiga hari sebelum itu, kumpulan imigran terbabit melalui ibu negara Indonesia, di sini tanpa memiliki dokumen yang sah.
Menurut polis, satu kumpulan tidak dikenali membawa mereka menaiki empat buah bas menuju ke sebuah pelabuhan sebelum berjanji akan menghantar mereka ke Pulau Krismas, wilayah Australia di Lautan Hindi.
Seorang mangsa terselamat, Esmat Adine, 24, memberitahu agensi berita rasmi Antara bahawa kapal berkenaan sarat dengan penumpang.
"Muatan berlebihan menyebabkan kapal ini menjadi tidak stabil dan akhirnya tenggelam," katanya.
Menurutnya, dia dan beberapa mangsa lain terselamat dengan berpaut pada serpihan-serpihan kapal tersebut sehingga mereka ditemui oleh nelayan tempatan.

BILA ALLAH ALLAH MENURUNKAN BENCANA...TUNGGU BILA ALLAH KIAMATKAN DUNIA...PERKARA INI PASTI DATANG...BERAMALLAH UNTUK AKHIRAT...

Amaran ribut di pantai Sabah


PASUKAN penyelamat menggunakan bot getah untuk melakukan kerja menyelamat di Cagayan de Oro di selatan Filipina semalam.



KUALA LUMPUR - Selepas melanda selatan Filipina sejak kelmarin sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 440 nyawa, ribut tropika Washi kini dilaporkan bergerak melalui Laut Sulu menuju ke pantai barat Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam amaran ribut tropika yang dikeluarkan pukul 9 malam tadi menjelaskan, keadaan itu boleh menyebabkan ribut petir, laut bergelora dan angin kencang di perairan pantai barat Sabah, Kudat dan Sandakan.
Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Kosmo! Ahad malam tadi bagaimanapun memberitahu, Malaysia dijangka tidak menghadapi ancaman langsung bencana itu.
Katanya, ini kerana wujud laluan angin kira-kira 528 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, petang semalam yang mengalihkan pergerakan Washi.
"Walaupun tidak akan kesan langsung, kami tetap mengeluarkan amaran laut bergelora dan angin kencang dengan kelajuan 26 kilometer sejam," katanya.
Menurutnya, keadaan itu sebenarnya tetap berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Agensi berita melaporkan, ribut Washi turut mengakibatkan kira-kira 500 mangsa hilang apabila bandar pesisir pantai Cagayan de Oro dan Iligan di wilayah Mindanao, selatan Filipina dilanda banjir kilat.
Bencana itu melanda tanpa amaran ketika penduduk sedang nyenyak tidur awal pagi semalam dan mengakibatkan ramai mangsa dihanyutkan ke laut.
Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan, Alvin Bacal berkata, angka kematian tinggi itu disebabkan oleh penduduk di dua kawasan terbabit jarang menghadapi ribut tropika.
"Ramai panik kerana dalam masa tidak sampai 30 minit, air di beberapa kawasan rendah naik mendadak sehingga setinggi 3.3 meter," katanya.


Jangan sampai pengguna dibuli

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta bertindak tegas dengan memboikot peniaga yang didapati sengaja menaikkan harga ikan bagi meraih keuntungan lebih.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul Razak berkata, ini kerana ada segelintir peniaga yang sengaja menggunakan alasan musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur sekarang untuk menjual ikan pada harga yang tinggi.
“Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita terus dibuli peniaga-peniaga berkenaan kerana pada hakikatnya mereka memerlukan pengguna untuk terus hidup.
“Pengguna perlu bijak menunjukkan kuasa yang ada pada mereka dengan memboikot peniaga yang menjual ikan pada harga terlalu mahal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau mengulas kenaikan harga ikan di pasaran yang dijangka berterusan sehingga Februari tahun hadapan akibat musim tengkujuh.
Dalam laporan Kosmo! semalam, ada peniaga di Alor Setar, Kedah menjual ikan kembung pada harga RM10 hingga RM12 sekilogram berbanding RM3 sahaja sebulan lalu.
Menurut Tengku Azwil, jika kesemua 28 juta pengguna di negara ini bersatu, masalah kenaikan harga ikan itu tidak akan timbul kerana peniaga dan peraih akan berfikir dua kali sebelum meneruskan niat untuk menjual mahal.
“Kita perlu boikot mereka (peniaga) yang menaikkan harga tetapi apa yang menjadi masalah walaupun harga ikan mahal, ia tetap dibeli,” katanya.


29 Awang Hitam diberkas



SEBAHAGIAN daripada warga Afrika yang ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur
di Desa Aman Puri, Kepong kelmarin.



KUALA LUMPUR - Aduan penduduk mengenai kebanjiran warga Afrika di kawasan Desa Aman Puri, Kepong di sini menarik perhatian pihak berkuasa apabila seramai 29 lelaki warganegara itu ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen malam kelmarin.
Operasi pada pukul 10 malam dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu menyerbu 50 buah rumah melibatkan lapan blok bangunan di kawasan tersebut.
Tindakan warga asing terbabit yang suka berkumpul dan membuat bising sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penghuni pangsapuri tersebut.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam operasi selama empat jam itu, seramai 29 daripada 87 orang yang diperiksa telah ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.
"Rata-rata mereka yang ditahan mendakwa masuk ke negara ini sebagai pelajar di pusat pengajian bahasa di beberapa buah kolej swasta di sini.
"Mereka mendakwa dokumen mereka disimpan oleh pihak pengurusan kolej bagi proses membuat kad pelajar," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut James, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu bagi memastikan status sebenar warga asing terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut.
Dalam operasi sama, pihak Imigresen turut menyerbu sebuah pusat hiburan yang menjadi tarikan kumpulan warga Afrika terbabit.
Dalam serbuan itu, pasukan Imigresen telah menahan 13 warga asing yang terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita warga Thai yang bekerja sebagai pelayan di kelab tersebut kerana tidak memiliki dokumen dan menyalah guna pas lawatan sosial.
"Kesemua warga asing terbabit ditahan sementara di lokap Imigresen di Jalan Duta," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Pendapatan pekerja terjejas teruk



SEBAHAGIAN daripada pemandu bas Cityliner mengadakan demonstrasi secara aman di Stesen Bas Pendang, Pendang semalam.



PENDANG - Pendapatan lebih 100 pekerja termasuk pemandu bas henti-henti Cityliner terjejas berikutan pemberhentian operasi di 18 daripada 20 laluan di Sungai Petani, Pendang dan Kulim sejak awal bulan ini.
Langkah itu terpaksa dibuat ekoran syarikat Kenderaan Langkasuka Sdn. Bhd. yang mengendalikan bas tersebut menanggung kerugian mencecah RM400,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Kesatuan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia (TWU) Sesi Alor Setar, Mohd. Shukri Mahmood berkata, kakitangan syarikat berkenaan kini hanya memperoleh pendapatan asas tanpa bayaran elaun dan kerja lebih masa.
"Pemandu bas hanya menunggu di depoh dan memperoleh pendapatan sekitar RM400 sebulan berbanding lebih RM800 (termasuk elaun) sebelum ini.
"Selain pendapatan pekerja, ia turut menjejaskan ribuan penduduk yang menggunakan khidmat bas henti-henti setiap hari," katanya kepada pemberita di Stesen Bas Pendang di sini semalam.
Mohd. Shukri berkata, pemberhentian operasi itu melibatkan laluan dari 13 buah taman perumahan di sekitar Sungai Petani, Pendang ke Alor Setar, Sungai Petani-Kulim, Baling dan Jeniang selain Alor Setar ke Kangar.
Bagaimanapun, syarikat itu masih meneruskan operasi di laluan Butterworth ke Sungai Petani dan ke Alor Setar.
Sementara itu, seorang pemandu, Ahmad Dahlil, 59, berkata, ini adalah kali pertama masalah seumpama itu berlaku sejak dia berkhidmat dengan syarikat itu kira-kira 30 tahun lalu.
"Sebelum ini majikan dapat menyerap kos tetapi sekarang syarikat mungkin tiada pilihan dan terpaksa hentikan operasi," katanya.
Seorang penduduk di Kobah di sini, Zaiton Shafie, 46, memberitahu, ketiadaan bas henti-henti menyukarkannya untuk pergi ke pekan memandangkan kos tambang teksi yang mahal.
"Saya terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM6 untuk pulang ke rumah berbanding tambang bas hanya RM1.30," katanya yang bekerja di kilang.
Dalam pada itu, jurucakap syarikat memberitahu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju berjumpa dengan pihaknya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Menurutnya, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan akhir bulan ini bagi membolehkan operasi bas henti-henti disambung semula awal tahun depan iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.
"Kita harap satu dana disuntik sama ada menerusi bantuan kerajaan Pusat atau negeri bagi menampung kerugian yang ditanggung syarikat," katanya.


440 maut, 500 hilang dalam ribut di Filipina


ANGGOTA polis dan penyelamat mengumpul mayat dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas ribut Washi melanda bandar Cagayan de Oro, Filipina semalam.



MANILA, Filipina - Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

SEORANG wanita mendakap mayat anaknya yang mati dalam bencana banjir yang melanda sebuah kampung di bandar Iligan, selatan Mindanao semalam.


Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.
Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.
Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.
Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.
Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam.
- AFP


Obama larang anak guna Facebook

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor akhbar MailOnline semalam.
Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.
Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi.
"Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah," kata Obama
"Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi," tambahnya.
Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.
Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook.
- Agensi


Daif selepas suami ditahan

Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib seorang wanita dan lima anaknya sejak hilang tempat bergantung apabila suaminya ditahan polis akibat terjebak dengan najis dadah.
Lebih menyedihkan, wanita terbabit tinggal dalam kedaifan sejak tiga tahun lalu selepas bekalan elektrik dan air dipotong, malah terpaksa berlapar kerana tidak mampu bekerja untuk menyara kehidupan.

S Valarmathi, 28, mengharapkan sinar daripada ahli Parlimen dan Adun kawasan tempat tinggalnya di rumah pangsa Taman Dahlia, Puchong, di sini, selepas berjanji mahu membantunya, namun tiada bantuan dihulurkan.
Valarmathi yang tinggal bersama anaknya berusia tiga hingga lapan tahun menanggung hutang hampir RM20,000 membabitkan tunggakan sewa rumah, bil elektrik dan air lebih tiga tahun.

Bagaimanapun, nasib keluarga wanita itu terbela selepas Alternatif Action Team bersama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bersimpati dengan nasib mereka.

Pengerusi (AAT), B Kalaivanar berkata, pihaknya simpati dan menyuarakan ketidakpuasan hati dengan sikap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dan Adun Kinrara, Teresa Kok yang berpura-pura menghulurkan bantuan untuk mengaburi mata masyarakat.

“Kami akan menghantar faks mengenai perkara itu dan tidak teragak-agak membuat laporan polis kerana pihak itu seolah-olah menyeleweng wang peruntukan kerajaan kerana bantuan tidak disalurkan kepada yang memerlukan.

“Malah, kami akan menghantar memorandum kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) mengenai perkara terbabit,” katanya.


Wang tunai RM14,000 hangus

Laporan dan foto JOHARI INDAN
hmkk@hmetro.com.my

TAMPARULI: Sembilan beranak tergamam melihat rumah papan separuh konkrit yang dihuni 23 tahun hangus sekelip mata dalam kebakaran di Kampung Bundu Tohuri, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 pagi, penghuni rumah berkenaan bukan saja tinggal sehelai sepinggang, malah hilang tempat berteduh selepas api memusnahkan keseluruhan ruang rumah mereka.

Bindaron Soriou, 78 dan isterinya Kondisim Kadog, 76, gagal menyelamatkan harta benda di dalam rumah berkenaan kerana bahang terlalu panas akibat api marak.
“Kami hanya mampu melihat rumah yang dihuni selama ini musnah begitu saja dan tiada harta sempat diselamatkan.

“Daripada nyawa melayang, lebih baik kami menyelamatkan diri kerana api merebak ke seluruh rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun, Bindaron mendakwa turut kehilangan wang tunai sebanyak RM14,000 yang disimpan di dalam rumah.

“Selain wang tunai, beberapa dokumen penting, termasuk dokumen pengenalan diri gagal diselamatkan. Namun, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat daripada tragedi ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Tuaran berkata, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota untuk memadam kebakaran.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.20 pagi, api berjaya dikawal 30 minit kemudian, namun rumah gagal diselamatkan,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim turut bersimpati dengan musibah menimpa keluarga Bindaron dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.


‘Port’ warga Afrika digempur



TAHAN... antara warga Afrika yang diberkas dalam operasi jabatan imigresen.
TAHAN... antara warga Afrika yang diberkas dalam operasi jabatan imigresen.
KEPONG: Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan menggempur ‘port’ warga Afrika di Desa Aman Puri, semalam, berikutan aduan penduduk yang mendakwa sesetengah daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Singa berkata, operasi yang dijalankan berjaya menahan 13 lelaki Nigeria yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.

Katanya, hasil soal siasat, kebanyakan mereka mendakwa sebagai pelajar di pusat Bahasa Inggeris di ibu kota dan memberi pasport mereka dipegang oleh pihak kolej untuk tujuan permohonan pas pelajar.
“Dalam operasi ini, Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan mengejut ke atas 50 rumah dan memeriksa 87 warga Nigeria.

“Bagaimanapun, 13 warga Nigeria berusia 20-an hingga 30-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan. Semua mereka akan ditahan di depoh Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan pihak imigresen berdasarkan aduan diterima daripada penduduk dan hasil risikan selama seminggu.

GAWAT TAK...JENAYAH SEKARANG...BILA NAK LAKSANA HUKUM ALLAH SEBAGAI PENAWAR YANG MUJARAB

Tangan nyaris putus ditetak


MANGSA tetak masih tidak sedarkan diri ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Nyawa seorang lelaki ternyata masih panjang apabila dia dapat diselamatkan walaupun kehilangan banyak darah akibat tangan kanannya terkulai manakala betisnya cedera selepas ditetak dalam pergaduhan di sebuah kuarters di Tongkang Yard di sini kelmarin.
Lelaki tersebut ditemui pada pukul 9.30 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas didakwa bergaduh dengan kenalannya kira-kira satu jam sebelum itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan mencari seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Awang hitam mengamuk


KAMALLUDIN (kanan) memeriksa Awang Hitam yang ditahan pada sidang akhbar di Melaka semalam.


MELAKA - Tindakan seorang Awang Hitam yang cuba melarikan diri sebaik terlepas daripada pergelutan dengan beberapa pegawai Imigresen mengundang padah apabila tulang kepalanya retak selepas terhantuk pada tiang dan tembok bangunan kelmarin.
Lelaki Nigeria berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun dapat ditahan dalam Ops Gagak Hitam selepas ditemui dalam keadaan terlentang sambil mengerang kesakitan dengan kepalanya berlumuran darah di situ. Dia kini dirawat di Hospital Melaka.
Suspek yang mendakwa pelajar sebuah kolej terbabit merupakan antara tujuh Awang Hitam yang ditahan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 1 petang di dua buah kedai makan di Kota Laksamana dan sebuah pasar raya di Jalan Tun Ali di sini.
Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tiga rakannya itu ditahan di Kota Laksamana manakala bakinya ditahan di pasar raya tersebut. Kesemua serbuan dilakukan ketika Awang Hitam berusia di antara 21 dan 51 tahun terbabit sedang makan.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, operasi yang diketuai timbalannya, Yusof Hashim mendapati enam daripada suspek merupakan warga Nigeria manakala seorang rakyat Afrika Selatan.
Katanya, ketika ditahan, kesemua Awang Hitam berkenaan bertindak ganas apabila menyiku dan membaling kerusi ke arah pegawainya.


Pelajar, teman lelaki berdepan hukuman gantung


ZULKEFLY (tengah) dan Inspektor Azman Marwaji (kanan) menunjukkan paket cili sos dan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditahan bersama teman lelakinya berusia 32 tahun berdepan hukuman gantung kerana dipercayai memiliki dadah jenis heroin seberat kira-kira 19 gram dan syabu 1.4 gram bernilai RM1,000 di Kulai Besar di sini kelmarin.
Ketika serbuan pada pukul 8.30 malam di rumah sewa lelaki itu, pasangan berkenaan dipercayai sedang membungkus dadah dengan melekatnya di belakang paket sos cili.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, polis turut menjumpai sepaket plastik lutsinar berisi heroin seberat 19 gram dan enam paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 1.4 gram di atas meja dalam sebuah bilik.
"Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau manakala teman lelakinya tidak bekerja," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kes tersebut, katanya, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan mereka direman sehingga Khamis depan.


Doktor ditikam pesakit berang


PESAKIT yang menikam seorang doktor di sebuah klinik di Jalan Magazine, George Town diberkas polis kelmarin.


GEORGE TOWN - Berang kerana lambat mendapatkan rawatan, seorang pesakit bertindak menyerang lalu menikam seorang doktor di sebuah klinik swasta di Jalan Magazine di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 9 malam itu dipercayai berlaku rentetan daripada suspek yang berusia 67 tahun itu terpaksa menunggu lama ketika pergi ke klinik itu untuk berjumpa doktor pada Rabu lalu.
Suspek yang tidak sabar menunggu gilirannya untuk masuk berjumpa doktor meninggalkan klinik tersebut yang ketika itu mempunyai ramai pesakit.
Kelmarin suspek muncul semula ke klinik itu namun dia enggan membuat pendaftaran dengan alasan dia sudah mendaftar pada hari Rabu lalu.
Semasa itu, klinik tersebut mempunyai 10 pesakit yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Suspek ketika itu kelihatan gelisah dan mundar-mandir di ruang pendaftaran.
Selepas kira-kira 10 minit bersikap tidak menentu di ruang menunggu, lelaki itu tiba-tiba meninggikan suara kepada seorang petugas wanita di klinik terbabit untuk bertemu dengan doktor.
Petugas di klinik itu gagal meredakan keadaan menyebabkan doktor, Lee Kok Seng, 50, membenarkan lelaki itu masuk ke bilik rawatan.
Namun belum sempat doktor memeriksa lelaki itu, suspek terus mengeluarkan sebilah pisau pemotong buah dan mencederakan bahagian rusuk kiri doktor itu.
Semasa kejadian hanya doktor berkenaan berada di bilik rawatan manakala pembantunya berada di luar bilik rawatan.


Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata

17/12/2011 7:06pm

MARANG – Enam sekeluarga mengalami detik-detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Kelulut di sini dipecah masuk oleh empat penyamun bersenjatakan alat pemotong serta besi dalam kejadian awal pagi tadi menyebabkan kerugian hampir RM80,00.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, keluarga malang berkenaan sedang nyenyak tidur sebelum salah seorang daripada empat penyamun itu mengejutkan mangsa Hawa Bakar, 53 yang tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan bersama suaminya Alias Ahmad 60.
Hawa, yang juga merupakan seorang peniaga kedai runcit lebih 20 tahun berkata, beliau dan suaminya diugut dan diikat dengan wayar elektrik sebelum empat anaknya berusia antara 11 hingga 21 tahun yang tidur di bilik berasingan dibawa berkumpul di biliknya.
Ketika ditemui, peniaga runcit itu berkata, kumpulan perompak menghabiskan masa selama 45 minit untuk menggeledah rumah itu sebelum melarikan pelbagai barangan kemas, lima buah telefon bimbit, sebuah komputer bimbit dan wang tunai lebih RM7,000 yang dianggarkan kesemuanya bernilai RM80,000.
Katanya, wang tunai RM7,000 itu adalah hasil perniagaan runcitnya selama dua hari yang disimpan dalam beg tangannya di sebelah katinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA


Wanita warga emas rentung dalam kebakaran

17/12/2011 2:32pm

SUNGAI SIPUT – Seorang wanita warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Simpang Jalung, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, Wong Siew Moy, 76, ditemui rentung di dalam bilik rumahnya pada 11.35 malam selepas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai memadamkan kebakaran.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Azman berkata, ketika kejadian, Siew Moy, yang belum berkahwin, tinggal seorang diri dan menjalankan perniagaan barangan runcit kecil-kecilan di rumahnya.
Kejadian disedari jirannya yang kemudian menghubungi bomba.
Katanya, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berkejar ke tempat kejadian, mengambil masa satu jam untuk memadamkan kebakaran rumah yang diperbuat daripada papan itu.
Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan. – BERNAMA


Penoreh maut kepala dihentak ke dinding

17/12/2011 2:47am

SEORANG penoreh getah maut selepas kepalanya dihentak ke dinding ketika mabuk bersama rakannya.
Mangsa, Kassim Bah Litap, 34, disahkan meninggal dunia 5 petang semalam di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.
Menurut Ketua Polis daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
"Dalam kejadian dua hari lepas, mangsa minum minuman keras bersama suspek di rumah suspek di Kampung Kenit, dekat Pos Betau kira-kira 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di Kuala Lipis, semalam.
Kedua-dua mereka mabuk, mangsa mendesak suspek minum minuman keras lagi tetapi ditolak suspek yang berusia 24 tahun.
"Suspek menolak kerana sudah mabuk tetapi mangsa mendesak juga menyebabkan suspek menghentakkan kepala mangsa ke dinding,” katanya.
Selepas kejadian berkenaan, mangsa pulang ke rumahnya dan tidur sehingga jam 10 pagi semalam.
"Isteri mangsa, 20, yang terkejut melihat keadaan mangsa segera memaklumkan ibunya dan mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Betau.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebelum dipindahkan ke HoSHAS berikutan kecederaan parah yang dialaminya,” katanya.
Abdul Razak berkata suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
— BERNAMA


Wanita India paling kerdil di dunia


SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.


NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. - Agensi


Geng Cicak' edar dadah tumpas


ABDUL RAZAK (kanan) menunjukkan dadah dan wang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang semalam.


SUBANG JAYA - Dua pengedar dadah bergelar 'Geng Cicak' yang baru sebulan mencuba nasib mencari rezeki dengan melakukan kerja haram tidak bertahan lama apabila mereka dicekup dalam serbuan di sebuah kondominium di Bandar Kinrara dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, polis melakukan serbuan di kondominium itu pada pukul 10 pagi dan mulanya menahan seorang suspek di tempat letak kereta kondominium tersebut.
"Ketika ditahan suspek berusia 27 tahun sedang menghidupkan kereta Toyota Camry untuk keluar.
"Ketika ditahan berlaku pergelutan, namun suspek itu kemudian menyerah diri," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, susulan tangkapan itu, polis kemudian menahan suspek kedua berusia 39 tahun di sebuah unit kondominium yang disewa oleh kedua-dua sahabat tersebut.
Kedua-dua sahabat itu bergelar 'Geng Cicak' kerana masing-masing mempunyai tatu berupa seekor cicak pada bahagian dada kiri mereka.
Abdul Razak memberitahu, polis yang memeriksa rumah itu menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, ekstasi, syabu, dan pil kuda yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM80,000.