Tuesday, January 3, 2012

FITNAH MENFITNAH ZAMAN KINI DAH JADI BIASA SEBAB DENGKI ATAU NAK JATUH SESEORANG..ADA YANG SEOLAH2 FITNAH TAPI MEMANG BENAR..ALLAH SAJA TAHU..ALLAH JUGA TAHU BAGAIMANA HUKUM ORANG YANG MACAM INI....

‘Nur Amalina mangsa fitnah’

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

KENANGAN...gambar Sabariah dan anaknya ketika menerima keputusan SPM pada 2004.
KENANGAN...gambar Sabariah dan anaknya ketika menerima keputusan SPM pada 2004.
JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.


“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

SEDAP PUN DAPAT...DUIT PUN DAPAT..HUKUM RINGAN APA ADA HERAN..MALU SAD@KEJAP SAJA....

Siang malam jual ‘ayam’

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
noraina@hmetro.com.my


BERKAS...wanita disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di restoran, kelmarin.
BERKAS...wanita disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di restoran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Siang menjalankan perniagaan nasi ayam dan malam pula menyediakan perkhidmatan ‘ayam’ kepada pelanggan mereka.
Itu taktik digunakan sebuah restoran berhampiran Jalan Inai, Bukit Bintang, di sini, yang dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan berselindung di sebalik operasi restoran.
Difahamkan, lokasi restoran terletak di kawasan kurang strategik menyebabkan pemiliknya mengambil jalan mudah menyediakan khidmat pelacur bagi menarik pelanggan.

Kebanyakan pelacur disediakan mengikut permintaan pelanggan, malah mereka boleh membawa wanita terbabit keluar dari premis dengan kadar bayaran tertentu.


Malah, pemilik restoran itu turut menggunakan cermin gelap di seluruh bahagian restorannya bagi mengaburi pihak berkuasa.

TAK TAHU NAK KATA...BANYAK KES BUNUH...ADAKAH UNDANG2 YANG TAK MENAKUTKAN PENJENAYAH...ATAU BALA MENGHINA HUKUM ALLAH SWT...

Tragedi berdarah

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

SEBAK...isteri ahli perniagaan (kiri) ditenteramkan kenalan, semalam.
SEBAK...isteri ahli perniagaan (kiri) ditenteramkan kenalan, semalam.
SIBU: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemui mati bergelimpangan di dapur dan bilik tidur dengan tiga daripada mereka pecah kepala dan ada kesan kelar di leher dalam kejadian pembunuhan kejam di sebuah rumah di Jalan RTM, di sini, semalam.
Tragedi berdarah di rumah teres dua tingkat didiami enam sekeluarga itu dikatakan berlaku ketika penghuninya baru bangun daripada tidur sebelum mereka dipercayai diserang beberapa individu tidak dikenali di dalam rumah itu, kira-kira jam 7.30 pagi.
Mangsa ialah ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, dua anaknya, Amy Ling Zi Ju, 7, David Lung Chei Qi, 10, serta ibunya, Leong Nyuk Lan, 76.

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, 8, turut diserang dan kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, manakala isterinya, Li Xiao Lan, 28, dikatakan sempat menyelamatkan diri.


Wanita warga China itu dikatakan melarikan diri melalui tingkap belakang di tingkat dua rumah itu sebelum meniti bahagian penyambung rumah untuk meminta bantuan jiran.

YANG TAK ADA...BERUSAHA DAPATKAN ANAK WALAUPUN ANAK MISTERI@TIADA NASAB YANG SAH...YANG ADA DIDERA...MAKA HUKUMNYA AKAN DIDERA JUGA DALAM NERAKA ALLAH.....JUAL TUBUH DAH JADI BIASA..SERAH TUBUH DAH JADI BIASA...MENENGGEK TUBUH JADI BIASA...KERANA HUKUM TAK MENYERIKKAN PERLAKU@PENZINA...AGAK2 SAPA SALAH...

Siang jual nasi ayam, malam jadi GRO


Empat wanita warga Vietnam ditahan dalam operasi di sebuah restoran di Jalan Inai, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.
Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.
Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.
“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu semalam.


Dua beradik dijaga bapa saudara


TERSENYUM...Munawar bersama dua anak saudaranya selepas menerima hak penjagaan sementara di Mahkamah Majistret Butterworth semalam.


BUTTERWORTH – Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka semalam.
Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU).
Timbalan Pegawai JKM SPU, Syed Mohd. Abdul Ghani Syed Ali berkata, permohonan dikemukakan selepas bapa saudara kanak-kanak itu, Munawar Tan Abdullah, 48, menyatakan kesediaan menjaga dua beradik itu.
“Mahkamah bersetuju memberikan perintah hak jagaan sementara selama sebulan kepada Munawar bermula hari ini (semalam),” kata beliau ketika ditemui di mahkamah semalam.
Sementara itu, Munawar Tan ketika ditemui berkata, dia bersedia untuk menjaga anak saudaranya sementara menunggu keputusan mahkamah sama ada adiknya yang juga bapa kepada dua beradik itu akan dibebaskan atau didakwa di mahkamah.
Beliau juga percaya adiknya tidak sengaja melakukan perkara itu (merantai kedua-dua anaknya) kerana dia merupakan seorang bapa yang penyayang.


Suspek dera anak botak kepala elak dicekup


SUSPEK yang dipercayai mendera anak dibawa ke Mahkamah Majistret George Town semalam untuk direman.


GEORGE TOWN – Seorang pekerja barang lusuh yang cuba menukar penampilan dengan membotakkan kepala gagal mengaburi mata polis apabila dia yang disyaki terbabit dengan kes penderaan anak perempuannya ditahan semalam.
Jurucakap polis berkata, suspek yang berumur 49 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri di Pasar Jelutong pada pukul 12.30 pagi. Dia ditangkap dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Katanya, semasa ditahan suspek dipercayai cuba mengubah identitinya dengan membotakkan kepalanya untuk mengelak daripada dikenali namun cubaan itu tidak berhasil apabila dia diberkas ketika sedang menungga

Restoran JB makin sepi


RESTORAN ini yang terletak berdekatan tempat seorang lelaki ditembak mati di Skudai kelmarin kosong tanpa pelanggan petang semalam.


JOHOR BAHRU – Kejadian tiga pelanggan restoran di sini mati ditembak dan di tetak dalam tempoh dua bulan lalu mula memberi kesan terhadap perniagaan makanan khususnya di sekitar Skudai apabila banyak premis kelihatan lengang walaupun pada waktu puncak.
Senario itu turut membimbangkan para pemilik restoran yang terpaksa beroperasi tanpa keuntungan sementara menunggu keadaan kembali normal.
Kes serangan terbaru dilaporkan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai membabitkan pekerja kedai keranda, Ong Chin Loo, 48, yang mati terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki memakai topi keledar ketika mangsa bersarapan di sebuah restoran pada pukul 7.13 pagi.
Seorang pengusaha restoran di kawasan itu yang enggan identitinya disiarkan mengakui ada tanda-tanda orang ramai mula menjauhi tempat itu dan menjamu selera di kawasan lain yang lebih selamat.
“Perniagaan saya terjejas terutama pada hari kejadian, dan hari ini (semalam) pun bilangan pelanggan berkurangan sampai 50 peratus.
“Ini kes yang terpencil, saya harap orang ramai tidak takut. Semoga keadaan kembali menjadi seperti biasa dalam masa beberapa hari akan datang,” katanya ketika ditemui semalam.
Seorang lagi peniaga di kawasan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 46, mendakwa dia kehilangan sebahagian besar pelanggan kelmarin apabila orang ramai takut untuk datang ke kawasan tersebut.
ng motosikal.

Empat suspek kes tembak ditahan

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang pekerja kedai keranda yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, keempat-empat suspek berusia antara 29 tahun hingga 52 tahun itu ditahan selepas gerakan menjejaki penjenayah kes itu diperhebatkan menerusi penubuhan pasukan khas polis Johor Bahru.
"Dua suspek ditahan pada pukul 11 pagi semalam (kelmarin) manakala dua lagi selang sejam kemudian di sekitar Skudai.
"Polis percaya penahanan keempat-empat lelaki ini dapat membantu siasatan kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan mangsa, Ong Chin Loo, 48, maut selepas dipercayai terkena enam das tembakan di badannya yang dilepaskan oleh seorang lelaki memakai topi keledar ketika mangsa bersarapan di sebuah restoran di situ pada pukul 7.13 pagi.
Mangsa dipercayai ditembak menggunakan pistol automatik sebelum suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Kejadian itu adalah antara tiga kes tembak mati yang dilaporkan berlaku di restoran sekitar Johor Bahru dalam tempoh dua bulan lalu.


Ubat RM1 juta ditemui


Mohmad (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian ubat-ubatan yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kontroversi kehilangan ubat bernilai RM1.078 juta dari stor Farmasi Neuro Sains Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Disember lalu mula terungkai apabila kesemua ubat-ubatan itu ditemui semula di dalam sebuah tong sampah besar berhampiran bangunan pejabat kerajaan di Jalan Duta di sini pada Ahad lalu.
Ubat-ubatan tersebut ditemui pada pukul 7.30 malam hasil soal siasat terhadap tiga lelaki termasuk seorang tukang cuci warga Indonesia yang ditahan pada 29 Disember dan 1 Januari lalu. Mereka yang ditahan berusia 21 hingga 36 tahun.
Ketika ditemui, kesemua 16 jenis ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit berkaitan penyakit saraf seperti sawan itu dimasukkan ke dalam 27 beg pakaian besar.
Difahamkan, semasa ubat-ubatan itu ditemui tiada sampah atau bahan buangan lain dalam tong sampah tersebut.
Jarak HKL dengan tong sampah tersebut dianggarkan kira-kira 10 kilometer. Tong sampah yang diletakkan di kawasan terpencil itu dipercayai menjadi tempat ubat-ubat itu disembunyikan.

DALAM tong sampah di Jalan Duta inilah ubat-ubatan dari HKL dipercayai ditemui semula pada Ahad lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lelaki yang ditahan itu termasuk dua kakitangan yang bertugas di HKL.
Susulan penahanan dua lelaki itu, polis menahan seorang lagi kakitangan Farmasi Neuro Sains Hospital Temerloh, Pahang pada 1 Januari lalu.
“Tukang cuci dan kakitangan Farmasi Neuro Sains HKL itu ditahan di tempat mereka bekerja manakala staf dari Temerloh itu ditahan di satu lokasi di ibu negara,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Akhbar pada Ahad lalu melaporkan, seorang kakitangan HKL membuat laporan polis pada 27 Disember lalu selepas mendapati sejumlah besar ubat-ubatan di HKL berkurangan ketika dia membuat pemeriksaan stok pada pukul 7.25 pagi hari sama.
Polis kemudian menahan dua lelaki yang bertugas di HKL.

BILA DITELITI BERITA2 DIBAWAH NI..KEHIDUPAN MACAM TAK SELESA LAGI..RASA TIDAK AMAN..DENGAN ROMPAKAN..ZINA..CABUL..BUNUH..DLL..ADAKAH TERFIKIR LAKSANAKAN HUKUM ALLAH..NAFSU DAN SEGALA ALLAH YANG CIPTA@BERI...MAKA ALLAH SAJA TAHU BAGAIMANA CARA NAK MENGATASINYA...SESUAI SIFAT ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA...BETUL TAK

Lelaki Nepal dalam kamar

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KLANG: “Memang selama ini naluri keibuan saya seperti ada sesuatu yang tak kena kepada anak gadis. Akhirnya saya bertindak menyiasat sendiri dan luluh hati apabila menangkap anak saya dengan lelaki Nepal di bilik tidur rumah kami,” kata seorang ibu berusia 30-an.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin di Pelabuhan Klang, di sini, wanita terbabit berpura-pura tidur untuk melihat pergerakan anak gadisnya berusia 17 tahun yang sebelum ini di adu jiran menjalinkan hubungan dengan warga asing.

Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan.
“Biasanya saya tidur di ruang tamu sebab lebih senang menjaga suami yang sakit. Namun, saya runsing memikirkan aduan mengenai anak saya oleh jiran-jiran.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena.

“Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu,” katanya.

Dia dan suami menyerbu ke dalam bilik berkenaan sebelum memberkas warga Nepal berusia 20-an.

Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya.
Bagaimanapun, katanya, dalam kekecohan di rumahnya itu, lelaki Nepal terbabit menyusup keluar dan gagal dikesan.

Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.

“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.


Helah lapuk tak menjadi

TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup  dalam operasi cegah maksiat.
TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.
PUCHONG: Biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.

Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.
Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.


Padah keluar dengan isteri rakan baik



JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.

Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.
Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.

Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.

Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam.

“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Serang hendap kebas RM1j

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Sekumpulan penjenayah nekad menyerang dua penghantar emas dengan menetak tangan dan memukul kepala mereka sebelum melarikan dua beg barang kemas bernilai hampir RM1 juta di Pulau Sebang, dekat sini, tengah hari semalam.
Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan seorang mangsa parah di tangan manakala rakannya cedera ringan.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa berusia 20-an hingga 30-an bersama seorang lagi rakan baru selesai menjalankan urusan jual beli emas di kedai emas berdekatan sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali.
Difahamkan, ketiga-tiga penghantar emas dari Damansara, Kuala Lumpur menuju ke Alor Gajah membawa beg berisi emas dianggarkan bernilai RM900,000 sebelum meneruskan perjalanan ke Johor atas urusan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa bersama seorang lagi rakan baru selesai menghantar bekalan barangan kemas di kedai berkenaan sebelum berjalan menuju ke arah kereta yang diletakkan di hadapan kedai terbabit.

“Belum sempat memasuki kereta, mereka didatangi dua lelaki menghayunkan sebilah parang ke tangan seorang daripada mereka sebelum memukul kepala seorang mangsa menggunakan senjata tumpul.

“Kedua-dua suspek merentap dua kotak berisi lebihan barangan emas dibawa sebelum melarikan diri menggunakan Proton Waja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang mangsa cedera di tangan sementara seorang lagi cedera di kepala selepas dipukul.

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Alor Gajah, Asisten Superintendan Zabidi Kader Mohamed berkata, suspek dipercayai mengekori mangsa sejak dari Kuala Lumpur.
“Kami mengesyaki suspek memerhatikan mangsa dan mengikut mereka dari Kuala Lumpur lagi sebelum mencuri peluang sebaik melihat mangsa keluar dari kedai emas terbabit dengan membawa dua kotak berisi emas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan membantu siasatan,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.


Dijel curi 2 kotak seluar dalam



KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri dua kotak seluar dalam lelaki berharga RM15 setiap satu, seorang bekas pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, M Tharmalingan, 30, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pasar Raya OU, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada jam 2.47 petang, 1 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tharmalingan turut dihukum mengikut Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal menunjukkan kad pengenalan diri dan sebarang dokumen kepada polis bagi tujuan pemeriksaan di tempat dan tarikh sama pada jam 3 petang.


Berlantai tanah

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

BALING: Sebuah keluarga di Kampung Baru/Surau, Mukim Bakai, Kuala Ketil, dekat sini, hidup dalam kedaifan dengan menjadikan sebuah pondok berdindingkan buluh, beratap zink dan berlantaikan tanah dialas tikar getah sebagai tempat berteduh.
Abdullah Hassan, 39, dan isterinya, Hafiza Ridzuan, 41, serta anak tunggal mereka, Mohd Akmal, 15, melalui keperitan itu akibat dihimpit kemiskinan kerana hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang bekerja kilang di Prai, Pulau Pinang.

Hafiza berkata, dengan pendapatan tidak seberapa, mereka tidak mampu mengumpul wang membina rumah baru berikutan ia digunakan bagi keperluan harian termasuk kos rawatannya yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Saya tidak mampu nak bantu suami menambah pendapatan keluarga kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan manakala gaji diperoleh suami digunakan membeli keperluan dapur dan membeli ubat manakala selebihnya untuk persekolahan anak.

“Kami teringin tinggal di rumah baru yang selesa seperti orang lain dengan kemudahan bekalan elektrik dan air, tetapi apakan daya akibat dihimpit kemiskinan maka impian itu tidak tercapai,” katanya.

Hafiza berkata demikian ketika menerima kunjungan Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di rumahnya, semalam.


Turut hadir, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Ketil, Mohd Khairul Azhar Abdullah dan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Baling, Noor Azman Ramli.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia terpaksa menghantar Mohd Akmal tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai (SMKB) kerana rumahnya tiada kemudahan untuk anaknya mentelaah pelajaran.

“Anak saya sering merungut kerana tidak selesa belajar dengan keadaan rumah yang tidak terurus dan tidak mempunyai kemudahan untuk belajar.

“Dialah harapan keluarga walaupun kami dikurniakan seorang anak dan tidak akan mensia-siakan harapannya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh meskipun kami tergolong dalam keluarga yang miskin,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah baru dengan peruntukan sebanyak RM16,000 bagi membolehkan keluarga itu hidup lebih selesa.

Menurutnya, ini berikutan keseluruhan struktur rumah berkenaan sudah reput dan tidak sesuai untuk keluarga terbabit.

“Saya akan menyegerakan membina sebuah rumah baru supaya keluarga itu hidup lebih selesa dengan kemudahan elektrik dan bekalan air bersih,” katanya.


30 samseng serang pelanggan restoran



PETALING JAYA: Niat seorang pemandu teksi menjamu selera di sebuah restoran di PJS6, Desa Mentari, di sini, bersama seorang rakan terbantut apabila dia serta beberapa pelanggan lain diserang sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian jam 10 malam, kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Maniam, 41, berkata ketika itu, dia baru tiba di restoran berkenaan bersama rakannya, pemandu lori.

Menurutnya, ketika menunggu makanannya, tiba-tiba lebih 30 lelaki bermotosikal menyerbu masuk ke dalam restoran itu.

“Semua lelaki bersenjatakan parang, kayu dan topi keledar itu bukan saja memecahkan barangan kedai termasuk kerusi meja, malah kami turut diserang.


“Kami terkedu dengan tindakan agresif mereka yang sanggup membelasah semua pelanggan tidak kira wanita atau warga emas,” katanya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Cabul wanita

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang juga pekerja sebuah stesen minyak di Taman Usahawan Kepong, di sini, tergamak mencabul seorang wanita yang meminta bantuannya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suri rumah berusia 40-an itu mulanya dikatakan meminta bantuan suspek menolongnya membuka penutup tangki minyak kereta miliknya selepas gagal dibuka.

Ketika mangsa leka mengisi minyak, suspek tiba-tiba datang memeluknya dari belakang menyebabkan wanita itu terkejut lalu terus menjerit meminta bantuan sambil memarahi suspek.


Mangsa diperkosa sebelum dibunuh



IPOH: Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemui berbungkus dengan selimut di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, petang kelmarin mendapati mangsa dirogol terlebih dulu sebelum dibunuh dan dicampak di lokasi berkenaan.
Mangsa berusia antara 25 dan 30 tahun itu turut hancur di bahagian mukanya akibat disimbah cecair asid selain mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk kepala akibat dipukul benda tumpul.

Akhbar ini semalam melaporkan sekumpulan penduduk Orang Asli yang memburu dan mengutip hasil hutan terkejut apabila terserempak mayat mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin berhampiran perkampungan Orang Asli Kampung Juang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya belum memperoleh identiti mangsa, malah sedang berusaha mengesannya menerusi maklumat data orang hilang.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesahkan mangsa sudah mati dalam tempoh tiga hari lalu sebelum mayatnya dicampak di laluan berkenaan.

“Kami juga sudah menghantar DNA mangsa ke makmal untuk mengenal pasti identiti mangsa. Selain itu, kami juga akan meneruskan siasatan terperinci untuk mengesan suspek yang terbabit dalam pembunuhan itu.

“Siasatan awal polis mengesyaki mangsa dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, pihaknya juga meminta kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga supaya dapat menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


Jumpa pun tak ingin’

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli dan Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Tengok muka dia pun saya tidak ingin apatah lagi memaafkan perbuatannya,” kata Zakaria Mohd Amin, 42, yang geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang peragut menyebabkan anak dan isterinya cedera dalam kejadian ragut di Jalan Rajawali, Pulau Serai, Dungun, kelmarin.
“Buat masa ini saya masih Dia berkata, hatinya sebak melihat keadaan anak, Mohd Najmi Aiman Zakaria, 5, dan isterinya, Norita Omar, 37, cedera teruk di kepala, tangan dan kaki akibat perbuatan peragut berkenaan yang cuba meragut beg tangan isterinya yang diletak dalam bakul motosikal ditunggang dua beranak itu.

“Buat masa ini saya masih belum sedia berhadapan dengan peragut itu kerana bimbang bertindak di luar kawalan. Apa yang pasti saya tidak akan memaafkannya.

“Bapa dan suami mana tidak berang jika anak dan isteri diperlakukan begitu.

Perbuatan peragut itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Jika kecederaan itu datangnya dari kemalangan, saya boleh terima tetapi kecederaan itu berpunca daripada perbuatan disengajakan oleh individu yang buta hati,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

BUKAN DALAM IBADAH KENA MERENDAH DIRI..TIDAK RIAK DLL...DALAM KEHIDUPAN...JUGA BERADA DIJALAN RAYA JUGA JANGAN SOMBONG..RIAK..MENUNJUK2...LEBIH2 TIDAK SABAR DLL...PADAHNYA KITA YANG TERIMA...BILA DAH BERLAKU..KESAL HANYA TINGGAL KESAL..KESAKITAN..CEDERA...RUGI..MATI TERIMALAH ..SEBAB DAH JADI TAKDIR...KENDERAAN TAK SALAH...KITA YANG MEMANDU...KITA MENJAGA KENDERAAN ITU...

Kurung 10 jam

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

LEBAM...kesan dera di belakang badan mangsa.
LEBAM...kesan dera di belakang badan mangsa.
GEORGETOWN: Hanya kerana bermain dompet bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diperlakukan dengan kejam apabila dipukul dan dikurung bapanya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong, di sini, awal pagi semalam.
Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah itu hampir 10 jam.
Kejadian itu hanya terbongkar apabila tangisan kanak-kanak itu didengari jiran yang kemudiannya menghubungi polis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendengar tangisan kanak-kanak terbabit yang sesekali turut merayu meminta tolong sejak jam 3 petang hingga 1 pagi, semalam.


“Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya dan beberapa lagi jiran menghubungi polis kerana tangisan kanak-kanak itu tidak berhenti walaupun sudah menjangkau ke awal pagi,” katanya.


Sarapan peluru

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com

MALANG...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.
MALANG...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.
JOHOR BAHRU: Seorang pengurus pengebumian tidak sempat menghidupkan api rokok apabila ditembak hingga mati sejurus selesai bersarapan bersama dua rakan di sebuah kedai kopi di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah (Tuta) di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa, Ong Chin Loo, 48, bersarapan di kedai kopi kegemaran sebelum didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar separa berpenutup.
Mangsa yang sedang menghidupkan rokok ditembak lebih dua das di bahagian badan dari jarak dekat menyebabkannya terjatuh ke lantai dan mati di tempat kejadian sambil tangannya masih lagi memegang pemetik api.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, suspek dikatakan datang berseorangan menunggang motosikal sebelum meletakkan kenderaannya di belakang kedai kopi itu.


“Mangsa dan dua rakannya duduk dalam kedai sebelum suspek menghampiri mangsa lalu melepaskan beberapa das tembakan.


Derita patah paha

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan  mangsa sebelum dibawa ke hospital.
BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.
ALOR GAJAH: “Pemboncengnya melambung melepasi kenderaan sementara penunggangnya melekat di pintu kiri sebelah belakang dengan separuh badannya terperosok dalam cermin kereta yang pecah,” kata Rahmad Azlan, 33, seorang saksi kemalangan di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, dekat sini, kelmarin.
Kemalangan jam 6.30 petang itu membabitkan motosikal Honda Ex-5 dengan sebuah kereta Perodua Kembara.

Dalam kemalangan itu mangsa, Mohamad Hafiz Shaari, 23, dari kampung Ayer Paabas, dekat sini, cedera parah di muka dan patah paha kiri manakala rakannya Mohamad Fahmi Abdul Wahab, 20, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah turut patah kaki kiri selepas motosikal dinaiki mereka merempuh Perodua Kembara yang melintang jalan.
Sebelum kejadian Mohamad Hafiz yang juga pelajar Kolej Risda, Ayer Paabas, dekat sini, baru selesai berkelah di Pantai Tanjung Bidara ke Masjid Tanah bersama beberapa rakan yang menunggang tiga motosikal lain.

Rahmad berkata, dia yang berada dalam jarak dua kenderaan di belakang mangsa tergamam melihat perlanggaran itu yang berlaku sekelip mata.

Katanya, dia melihat motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak kenderaan terbabit yang secara tiba-tiba melintang di tengah jalan dipercayai hendak membelok ke kanan tanpa memberi lampu isyarat kanan.

“Saya memandu tidak jauh di belakang motosikal mangsa bersama tiga motosikal lain di hadapan dan mangsa ketika itu cuba mengejar sebuah motosikal ditunggang rakannya sebelum terbabit kemalangan.

“Selepas memberhentikan kereta di bahu jalan, saya berlari dapatkan penunggang motosikal yang masih melekat dengan kepalanya menembusi cermin pintu sebelah kiri manakala kaki sebelah kiri terlipat dua,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Fahmi berkata, ketika tiba di tempat kejadian mereka menyangkakan kereta berkenaan akan terus masuk ke simpang jalan namun meleset apabila pemandunya memperlahankan kenderaannya ketika berada di tengah jalan.

“Rakan saya (Mohamad Hafiz) tidak dapat mengelak ke kanan jalan sebab ada beberapa kenderaan dari arah bertentangan manakala di sebelah kiri pula jalannya tidak rata dan terus merempuh kereta itu,” katanya.

Pemandu kereta, Ghani Abd Wahid, 55, pula berkata dia dalam perjalanan ke rumah seorang rakan berhampiran tempat kejadian sebelum kemalangan.

“Tak tahu nak cakap apa, tengah gemuruh sekarang ini, benda sudah berlaku siapapun tidak dapat menduga cuma saya sangkakan kenderaan dari Tanjung Bidara masih jauh lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Sunday, January 1, 2012

DAH JADI TAKDIR..REDALAH..ALFATIHAH...PERBUATAN MEREKA JADI KENANGAN DAN SEBUTAN BAGI YANG TINGGAL@HIDUP..MATI ITU SATU KEPASTIAN...

Pisau dalam beg kekasih

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

SIASAT...pasangan kekasih yang ditahan. Gambar kecil, senjata berbahaya yang dirampas polis.
SIASAT...pasangan kekasih yang ditahan. Gambar kecil, senjata berbahaya yang dirampas polis.
pix_topright
KUALA LUMPUR: Dua pisau lipat dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang disimpan di dalam beg tangan dan motosikal membawa malang kepada sepasang kekasih yang dicekup ketika sambutan tahun baru 2011 di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan berkenaan sedang leka bergembira di kawasan belakang sebuah stesen minyak di kawasan itu bersama beberapa pasangan kekasih lain.

Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata pasangan terbabit yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan Ops Samseng Jalan Raya di kawasan itu.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan badan ke atas mereka menemui senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berukuran 11 sentimeter di dalam beg tangan milik pasangan wanita.

“Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang pasangan itu pula membawa kepada penemuan sebuah pisau lipat berukuran 20 sentimeter dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah.

“Selepas disoal siasat, pasangan itu mendakwa senjata berbahaya itu bukan milik mereka. Bagaimanapun mereka ditahan dan dibawa ke balai,” katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.


Ajal lepas rai 2012

MANJUNG: Mayat enam remaja belasan tahun bertaburan di sepanjang 30 meter jalan raya apabila kenderaan Honda Stream yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, semua mangsa baru pulang meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan.

Difahamkan ketika kejadian, seramai 10 orang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan sebelum bertembung sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan enam mangsa yang duduk di belakang MPV berkenaan dikenali Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, mati di lokasi kejadian.

Pemandu kenderaan MPV itu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala bagaimanapun meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini, selepas menerima rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah lagi kereta model Honda Civic dipandu seorang lelaki.

Treler berkenaan turut melanggar kedai keropok lekor dan buah-buahan.

Menurutnya, semua penumpang MPV terbabit yang baru menyambut tahun baru dengan keluar minum di bandar Sitiawan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir di sini.


Arwah anak mahu beli alat sekolah

MANJUNG: Hasrat seorang pelajar mahu membeli krim pencuci muka tidak kesampaian apabila mangsa, Ahmad Faizal Ahmad Termizi, 16, turut maut dalam kemalangan ngeri itu.
Ibu mangsa, Siti Khatijah Abd Kader, 47, berkata, anaknya yang menuntut dalam tingkatan tiga ada menyatakan keinginan mahu membeli krim pencuci muka selain peralatan sekolah bagi menyambut sesi baru persekolahan Rabu ini.

Menurutnya, anaknya itu meminta kebenaran untuk ke bandar Manjung bagi membeli perkakas sekolah kira-kira jam 2 petang kelmarin bersama kumpulan rakan karibnya itu.
Dia tidak menyangka sesuatu buruk berlaku hanya sempat memberikan wang sambil meminta anaknya itu pulang awal ke rumah.

“Namun, saya hanya mengetahui kejadian nahas kira-kira jam 11 malam apabila dimaklumkan jiran tetangga ketika ingin tidur.

“Jantung saya hampir gugur apabila dimaklumkan anak saya mati akibat kemalangan ngeri itu,” katanya sambil menitiskan air mata.

Sementara itu, saksi kejadian yang juga pemandu kereta Honda Civic di belakang kenderaan dinaiki semua mangsa mendakwa tergamam apabila melihat mangsa melayang tercampak di depan matanya.

Saksi itu yang mahu dikenali sebagai Osman, 39, berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Lekir selepas menghadiri jamuan di Teluk Senangin, di sini.
“Sebaik kemalangan berlaku membabitkan MPV di depan mata, saya sempat melihat seorang mangsa melayang jatuh di atas kereta saya,” katanya.


‘Arwah tidak mahu pakaian seragam baru’



MANJUNG: “Arwah pernah menolak apabila mahu dibelikan seragam baru. Rupa-rupanya, dia (arwah) sudah tahu dia takkan sempat meneruskan persekolahan tahun ini,” kata Yusuf Said, 46, bapa kepada arwah, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, mangsa kemalangan maut.
Muhammad Shafik Redzuan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh, Lekir, di sini, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream dinaiki bersama sembilan rakan lain merempuh sebuah treler membawa muatan tong gas.

Yusuf yang juga seorang nelayan berkata, beberapa hari lalu, dia pernah menawarkan pakaian sekolah baru kepada arwah, namun anaknya menolak.
Dia berkata, arwah juga dilihat tidak begitu bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun ini selain banyak mendiamkan diri.

“Malah, arwah hanya mahu saya membelikannya pakaian sukan baru. Dia (arwah) turut memaklumkan baju seragam sekolahnya yang lama masih elok dan tidak perlu membazir wang untuk membeli yang baru.

“Saya akur dengan permintaan itu, namun tidak menyangka ia petanda arwah pergi selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik Hospital Seri Manjung (HSM) di sini, semalam.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu kira-kira jam 8 malam kelmarin sebelum dia keluar minum bersama rakan-rakan di Pekan Lekir.

Yusuf berkata, kira-kira jam 12.30 malam, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan yang memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan.
“Saya terkejut dan tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kerana arwah tidak meminta izinnya untuk keluar ke mana-mana malam semalam (kelmarin).

“Kebiasaannya, arwah akan memaklumkan kepada saya setiap kali mahu keluar rumah terutama pada waktu malam,” katanya.


Tak sempat lepas rindu



MANJUNG: “Kami tidak menyangka akan menyambut kepulangan jenazahnya sedangkan baru semalam (kelmarin), dia memberitahu rindukan kami semua,” kata Mat Zaki Abdul Rahman, 58, bapa kepada arwah Mohd Hisam, 22, mangsa kemalangan yang juga pemandu kenderaan MPV Honda Stream.
Sebelum itu, arwah Mohd Hisam yang juga duda anak satu dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Seri Manjung (HSM) selepas tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota tubuh.

Bagaimanapun, selepas hampir tujuh jam bertarung nyawa, penuntut Universiti Al-Iman, Yaman itu gagal diselamatkan apabila menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 7 pagi, semalam.
Mat Zaki yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dia menerima panggilan daripada arwah dan memaklumkan ingin pulang ke kampung selepas hampir dua bulan bekerja di sebuah kilang di Lumut.

Beliau berkata, dia sekeluarga gembira kerana arwah akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan selepas hampir setahun menetap di daerah ini.

“Selepas dia (arwah) berpisah dengan bekas isterinya sejak Februari lalu lalu, arwah menginap sementara bersama ibu angkatnya di Batu 15, Lekir dan bekerja di sebuah kilang.

“Kami pernah mengajaknya supaya pulang ke kampung, namun dia berkeras mahu terus tinggal di Lekir kerana anak lelakinya yang berusia setahun masih tinggal dengan bekas isterinya di kampung itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSM di sini semalam.

Katanya, arwah masih mempunyai baki dua tahun pengajian dalam bidang usuluddin di Uinversiti Al -Iman, dan terpaksa menangguhkan pengajian itu buat sementara waktu selepas mendirikan perkahwinan dengan teman sekuliahnya dua tahun lalu.
Mat Zaki berkata, arwah adalah anak bongsu daripada enam beradik dan dia menjadi harapan keluarga, malah sering menjadi imam solat tarawih setiap kali bulan Ramadan.

“Sejak arwah berusia 12 tahun, saya dan isteri, Che Azizah Mat Noor, 54, menghantarnya untuk belajar agama di sebuah sekolah pondok moden di Pasir Mas sebelum menyambung pengajian di Yaman ketika berusia 16 tahun,” katanya.

Mat Zaki berkata, jenazah arwah disembahyangkan di Masjid Batu 14, Lekir bersama enam mangsa lain sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jeli, Kelantan, untuk dikebumikan.

Sementara itu, Che Azizah berkata, dia turut dimaklumkan ibu angkat Mohd Hisam bahawa arwah menunjukkan perilaku yang pelik sebelum keluar dari rumah pada malam kejadian.

BIASA REMAJA BERDARAH MUDA..GUNALAH BUDI BICARA...DAH TERJADI..DAH JADI TAKDIR..ADA HIKMAH..TUNGGU JER APA KESANNYA....

Mekanik pengsan

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

KOTOR...Zulkifli mengutip semula beberapa komponen kereta yang dihanyutkan banjir.
KOTOR...Zulkifli mengutip semula beberapa komponen kereta yang dihanyutkan banjir.
PASIR PUTEH: Terkejut sejurus mendapati tiga kereta pelanggan tenggelam apabila bengkelnya ditenggelami air, seorang mekanik terus rebah akibat serangan penyakit jantung menyebabkan dia dibawa meredah air dengan diletakkan di atas pelampung tayar untuk dibawa mendapat rawatan.
Menceritakan detik cemas dialaminya, Zulkifli Hamad, 47, berkata, dia dikejutkan jiran kira-kira jam 2.30 pagi semalam dan dimaklumkan rumah dan bengkelnya di Kampung Sungai Seligi Sungai Kelong, Bukit Abal, dekat sini, ditenggelami air sedalam satu meter.
Menurutnya, sebaik membuka pintu, dia terkejut melihat kereta Proton Satria, Mazda Astina dan Nissan pelanggan yang dibaik pulih di bengkel depan rumahnya, ditenggelami air separas pinggang.

“Akibat terkejut, saya terus diserang sakit jantung. Dalam kesakitan, tiga jiran kemudian meletakkan saya di atas dua pelampung tayar bagi mengharungi banjir untuk membawa saya ke jalan utama sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA),” katanya.


Zulkifli yang dibenarkan keluar dari wad kecemasan HTA tengah hari semalam berkata, dia kerugian kira-kira RM6,000 apabila tiga kenderaan milik pelanggannya ditenggelami air menyebabkan enjin serta beberapa komponen elektronik lain rosak.


Meraung lihat jasad dua anak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Husni Mohd Noor dan Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.
HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.
MANJUNG: “Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar,” kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.

Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.
Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.

“Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM),” katanya.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.

Tiga lagi penumpang MPV itu hanya cedera ringan manakala pemandu treler terbabit, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang, cedera di kaki dan kini dirawat di HSM.
Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.

“Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.

“Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi,” katanya.


100 siswa merusuh

Oleh Rosman Shamsudin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

TAHAN..beberapa penuntut IPS diberkas polis selepas enggan bersurai.
TAHAN..beberapa penuntut IPS diberkas polis selepas enggan bersurai.
PECAH...klinik swasta yang dipecah penunjuk perasaan dalam kejadian, awal pagi semalam.
PECAH...klinik swasta yang dipecah penunjuk perasaan dalam kejadian, awal pagi semalam.
TANJUNG MALIM: Sambutan tahun baru 2012 dicemari keganasan apabila sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang menganjurkan demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, awal pagi semalam, bertempur dengan polis selepas ingkar dengan arahan bersurai.
Kumpulan penuntut itu turut bertindak memecah pintu sebuah klinik beramai-ramai dan memaksa doktor bertugas merawat rakan mereka yang cedera.

Kumpulan lebih 100 penuntut dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), mula berkumpul di pintu masuk UPSI, di sini, bermula jam 1 pagi semalam.
Mereka kemudian menggunakan pembesar suara menuntut pihak kerajaan menghapuskan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dan membebaskan penuntut UPSI, Adam Adli, yang ditahan kerana menurunkan bendera bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 17 Disember lalu.

Sementara itu, 30 mahasiswi pula membuat ‘benteng’ di belakang mahasiswa berkenaan dan enggan berganjak sambil memegang kain rentang berwarna putih.

Keadaan ini memaksa anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim mengerahkan kira-kira 80 anggotanya untuk menyuraikan demonstrasi itu.

Namun, keadaan menjadi kian panas apabila peserta demonstrasi mengeluarkan kata-kata kesat dan menuduh pihak Umno menjadi dalang dalam penahanan Adam sebelum bertindak menggoncang pintu pagar UPSI dan cuba memanjatnya.

Mahasiswa mula bertempiaran lari apabila anggota polis cuba menahan mereka selepas gagal dipujuk menyerah diri secara baik.
Kira-kira jam 2.30 pagi suasana menjadi kecoh semula apabila lima mahasiswa dilihat mengangkat rakan mereka, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safuan Anang yang pengsan dan sesak nafas selepas bergasak dengan polis.

Mereka yang mendakwa Safuan dipukul polis membawanya ke sebuah klinik swasta berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Menyedari pintu klinik 20 jam berkenaan berkunci, beberapa ahli demonstrasi bertindak ganas memecahkan pintu kaca klinik sebelum memaksa doktor dalam premis memberi rawatan.

Bagaimanapun, doktor bertugas yang ketakutan meminta mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Keadaan menjadi tenang setengah jam kemudian apabila polis menahan beberapa mahasiswa sebelum dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk tindakan lanjut. Kejadian itu turut diperhatikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi, yang kesal dengan tindakan pelajar berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan yang dihubungi berkata, 17 penuntut diberkas selepas didapati enggan bersurai walaupun amaran diberikan.

“Semua penuntut itu bagaimanapun akan dibebaskan petang ini (semalam) selepas keterangan mereka diambil.

“Saya ingin jelaskan polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan untuk menyuraikan demonstrasi berkenaan walaupun mereka (pelajar) melakukan provokasi,” katanya.

Menurutnya, pelajar ditahan adalah penuntut UPSI, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan beberapa universiti lain.

Antara pemimpin pelajar ditahan, Presiden Aktiviti Mahasiswa Indipenden (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz, Timbalan Presiden Kami, Khalid Ismath, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Mohd Shahid Mohd Zaini orang kanan Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shukri Kamarudin, penuntut UPSI, Adam serta kira-kira 40 lagi mahasiswa dipercayai datang dari luar Tanjung Malim turut diberkas dan dibawa ke balai polis.

 Jangan layan mahasiswa cara 'kebinatangan'
Muhammad Khairul   
KOTA KINABALU, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan kasar terhadap mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat ‘kebinatangan’ dan terkeluar dari norma manusia beragama.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah ‘kebinatangan’ dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini,” katanya.

Menurutnya, polis perlu menghormati peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.

“Jangan jadi budak hingusan kepada Umno BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.

“Berlaku adillah kepada semua pihak,” tegas beliau.

Beliau turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.

“Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.

"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.

Dalam insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera parah ketika perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.


Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan
Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.
Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.
Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.
Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

  • Mazlan Abd Malek · Pengulas Tertinggi · IBKL ( 92 - 94 )
    UPSI......bakal mencipta sejarah....U yg bakal menggegar sejarah politik baru....mrk bakal guru..ingat...guru pencetus kecerdikan masyarakat dalam berpolitik..mahasiswa bakal menjadi barisan hadapan dlm PRU 13.....yakinlah...inilah permulaan...PRU 13 bakal menyaksikan UMN/BN bakal kecundang.......teruskan gerakan kebebasan berpolitik.....wahai Mahasiswa....
    • Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Kelang
      :) assalaamu'alaikum warahmatullah. selamat pagi tahun 2012M, moga dirahmati Allah.
      Perlakuan, percakapan, kerja2 yang mengarut akan ada balasan dari Allah. Yang baik2 akan beroleh pahala. Yang bermanfaat ada kebaikannya. Manakala yang sia2 apatah lagi yang jahat, akan berdosa; sampai masanya terbongkar dan menerima padahnya... .... takkira UMelayu, BHairan, TV3, anggota PDRM dsb atau sesiapa jua.
    • Hantu Maklimah · Univerity of ghost, wembley
      apaaaaaaaaaaa..kami top2 perang...top2 friend......membantah kekawan aljuburi disini...kami tampar ..dan kami ludahhhhhh...puiiiiiiiiiiiiii....puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    • Hantu Maklimah · Univerity of ghost, wembley
      apaaaaaaaaaaa..kami top2 perang...top2 friend......membantah kekawan aljuburi disini...kami tampar ..dan kami ludahhhhhh...puiiiiiiiiiiiiii....puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    sape lah yg nak respek dgn polis mosad malaysia ni... Ingat perisik Yahudi pun duduk dalam Bukit Aman... wakaka... melayu UMNO dah jadi saudara mara Yahudi laknatullah...
    • Elias Siti
      bangsa lain ketawa je tgk polis melayu bantai anak2 melayu.. , dah lah yag kena bantai tu anak2 melayu yang cerdik ..
  • Muhammad Aizat Mohammad Jan · Top Commenter
    Klu budak pengampu Aspirasi yang kena seperti gambar di atas, sah2 kecoh seluruh Malaysia.
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    Polis oooi polis.
    Macam mana rakyat nak percaya kau lagi.
    Edar risalah kena tangkap.
    Mahasiswa nak mennuntut keadilan kena masuk hospital.
    Siasat di balai polis , mayat di usung keluar.
    Cuma pangkat datuk dai puak umno yang selamat keluar masuk balai polis.
    Reman soasasat pun dihidang dengan makanan istimewa... kua kua kua.
    - Malaysia oooi malaysia.
    Apa sudah jadi? malaysia ini police state kah?
    Rakyat diperintah oleh polis kah? aku masih garu kepala.
    Kua kua kua.
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Happy new year ... penyokong kong bu fenzi
      Selamat tahun baru , semoga kerajaan baru
      新年快乐,新年新政府
      नया साल मुबारक हो, नई सरकार आशा
      해피 뉴 이어, 새 정부에게 희망
      Translate from: Indonesian
      سنة جديدة سعيدة ، ونأمل في الحكومة الجديدة
      สวัสดีปีใหม่หวังว่ารัฐบาลใหม่
      あけましておめでとうございます、新政府を願っています
    • Amran Bin Othman · Top Commenter · Kuantan
      mulai sekarang, aku takkan hormat lagi pada polis. kalau katakan ada rumah pegawai polis yg terbakar, aku akn simbah rumah tu dgn petrol byk2..sekarang aku adalah ANTI-POLIS.all cop are Bastard.
    • Aiman Jumahat · Top Commenter · Marketing Executive at Self-employment (Professional)
      Amran Bin Othman > Pilihan Terhad Saudara. Arahan POLITIK' Mengatasi Segala Nya. AYUH... Tukar!!!
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Amran Bin Othman
      orang umno akan kata .. jangan jangan jangan
      nanti anak kau kena rogol jang lapor polis ..
      Orang umno , cybertroper umno yang cakap . bukan aku cakap .. kua kua kua
    • Taukey Budu · Politeknik kota bharu
      nie bukan Polis Diraja Malaysia... tp POLIS RAJA DI MALAYSIA!!!!
    • Hantu Maklimah · Univerity of ghost, wembley
      apaaaaaaaaaaa..kami top2 perang...top2 friend......membantah kekawan aljuburi disini...kami tampar ..dan kami ludahhhhhh...puiiiiiiiiiiiiii....puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    • Razali Muaz · Top Commenter · Works at Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Amran Bin Othman JANGAN SIMBAH RUMAH AJE SIMBAH DENGAN TUAN RUMAH SEKALI
    • Mohd Sufie · Top Commenter
      keadilan ape yg kau org maksudkn..keadilan utk membebas kan anuar yg nk kena penjara ke..biar dia kena penjara akan aman melaysia, rakyat da muak dgn segala penipuan nuar
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Mohd Sufie, betoi keadilan untuk membebaskan Pak Nuar.. tumbangkan BN UMNO rakyat sudah muak dengan penipuan UMNO..
    • AhMad SyaZwan · Top Commenter · UPSI
      Akik Desa Ape kejadah nye mohd sufie bab nie ngan anwar. ni pasal hak mahasiswa. kalo mahasiswa aspirasi demo sokong kerajaan, orng2 mcm ko nie cium kaki diaorng. x salah benda tu. kalo sebaliknya, ko nk marah. hadui.
    • Mohd Tahir
      Adakah bila pakatan memerintah Polis akan di tiadakan lagi kerana sesiapa yg memerintah Polis akan bertindak yang sama juga demi keamanan dan ketenteraman ramai, jangan emosi sangat, berfikirlah untuk kesejahteraan umum, bukan untuk individu
    • AhMad SyaZwan · Top Commenter · UPSI
      ade nampak ke bdk2 aspirasi kene mcm tu bila berdemo suru timb. Peng Tinggi letak jawatan? aku x nampak plak.
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Taukey Budu
      https://www.facebook.com/photo.php?v=296162413752245
    • Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
      AhMad SyaZwan ..ko baca utusan meloya tgk berita tv 3 suku memanglah selama lamanya tak nampak......
    • Piee Move Aero · Intistut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam
      Amran Bin Othman klu rumah ko kna pecah ke kna rompak ke ko cri siapa???polis jga kn??ckp xserupa bikin....
    • Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
      Piee Move Aero ..cari polis polis diraja Malaysia jgn cari polis di raja umno....
    • Mohd Tahir
      Asnal Zahir Asnal - Polis ni untuk keamanan untuk rakyat Malaysia, mereka tidak memehak mana2 parti politik, mereka bertugas mengikut undang2oleh Parleman bukan mereka buat cipta undang2, buka minda anda, siapa juga memerintah mereka tak peduli, yg melanggar undang2 tetap kena tindakan bila cukup bukti, fahamiiii lah mereka dengan berkawan bukan dgn bermusuh
    • Mohd Tahir
      Amran Bin Othman - jangan cepat melatah, perlanggar undang2 je yang anti Polis, adakah juga suka melanggar undang2 ?, carilah tempat yg tidak menggunakan undang2, duduk di hutan Amazon
    • Asnal Zahir Asnal · Top Commenter · Sekolah menengah
      Mohd Tahir ..Polis dah lari drp tanggung jawab utk keamanan negara...disebabkan ketua nya terlibat dgn politik pemerintah...rakyat akan bebaskan tugasan nya sebenar selepas PRU 13...
    • AhMad SyaZwan · Top Commenter · UPSI
      Asnal Zahir Asnal mohd tahir nie yg suka baca benda2 tu... 2 aku tnya dia ade nampak x
    • Amran Bin Othman · Top Commenter · Kuantan
      Mohd Tahir
      takpe..kita tgk bape org yg stuju dgn kamu..buat masa skrg nmpk takde sorang pun lagi.
    • Hen Taq · Top Commenter · University of Alavanka
      AhMad SyaZwan Sebab takde pengaruh dari parti politik, yang berkumpul semalam siap ada puak pembangkang al juburi lagi
    • AhMad SyaZwan · Top Commenter · UPSI
      Hen Taq kalo puak2 aspirasi yg sokong najis razak xpe plak. pelik2.
    • Hen Taq · Top Commenter · University of Alavanka
      AhMad SyaZwan anda faham tak? kerana tiada pengaruh dari parti politik sama ada pembangkang atau pemerintah, sbb tu polis xkacau...pakai otak kalau ada untuk berfikir
    • Zam Shah · Top Commenter · 41 years old
      titik hitam buat UMNO/BN telah bermula, seronoknya sambut tahun baru sbb nak tukar kerajaan baru dah
    • Marcus Lasat · Top Commenter
      Amran Bin Othman saya pun buae begitu
    • Fauzi Othman · Top Commenter · IKMS
      wahai mohd tahir yg dah tua bangka dan banggang,sapa kata bila pakatan ambik alih, malaysia dah tak yah guna khidmat polis????? dahlah tua bodoh plak tu...kecik2 tak nak mampos dah besar bodoh susah nak ajau...kita nak polis yg pegang amanah...polis yg tidak memihak...polis yg ada sifat kasihan belas pada rakyat yg tertindas dan juga polis yg tau buat keja..ade ko paham mohd tahir??? tp aku rasa orang jenieh ko ni payah nak paham dan kalo ko paham pon ko akan buat2 tak paham...daripada ko dok menyibuk komen tak tahu hujung pangkal dalam mk ni lebih baik ko dok kat masjid.ada gak pekdahnya bagi orang2 tua cam ko ni....sedar lah diri tu sikit.rumah dah kata pergi kubur kata mari tp masih terhegeh2 sokong orang yg bertindak zalim....heran...heran...agak2 mati nanti nak telan bendera pokcik??????....
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    BUAT APA SAJA SELAGI BERKUASA, TUHAN MENYAKSIKAN, RAKYAT TAHU SIAPA PUNTA ANGKARA, UUUU
  • Ad-Dinnul Marshall Islam · Top Commenter · "YANG MAHA SEGALANYA" at ALLAH RABBUL 'ALAMIN
    Ini dah lebih ni.... Kami dtg x pakai pakaian perang.. Mu POLIS natang pukul ikut sukahati .. Kalau berani mai la lawan atas pentas yg adil. Nampaknya jatuh lagi ranking polis ni kami dah x respect tugas mu utk jaga keamanan tp sbagi pengacau.
    • Aiman Jumahat · Top Commenter · Marketing Executive at Self-employment (Professional)
      ADMI> Kita Tukar Next PRU.
    • Hantu Maklimah · Univerity of ghost, wembley
      apaaaaaaaaaaa..kami top2 perang...top2 friend......membantah kekawan aljuburi disini...kami tampar ..dan kami ludahhhhhh...puiiiiiiiiiiiiii....puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    • Jamil Bin Ismail · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Jgn risau di malaysia tak akan berlaku pertukaran kerajaan kerana mahasiswa macam di luar negara. no way. sebab kerajaan sendiri sudah tahu dan masak perangai ornag melayu. maaf lah kalau bahasa aku kurang enak. ornag melayu ni penakot. bullshit lah kalaua da melayu yg sanggup menumpahkan darah sendiri kerana org lain. so tak payahlah menyalak ke. memekik ke. berdegar degar. malaysians will not change tru malay people.
    • Dresar Klinik · Top Commenter
      Jamil Bin Ismail < Memey laa benar kata2 saudara...Bangsa melayu memey"....merjadikan UMNO sombong dah terus sombong"...
    • Amran Bin Othman · Top Commenter · Kuantan
      Jamil Bin Ismail
      aku sgt stuju dgn kenyataan ko bhwa melayu sgt penakut..bukan suruh buat dosa, cuma suruh jgn sokong golongan zalim je..pemikiran melayu sgt lemah.tidak fikir jauh..sorry to say.
    • Hen Taq · Top Commenter · University of Alavanka
      anak kene rogol, rumah kene pecah masuk, kalau kau kene sontot kat buntut, tolong selesai sendiri yer, jgn panggil polis, tanay sma pokok
    • Hen Taq · Top Commenter · University of Alavanka
      Amran Bin Othman apa yang kerajaan zalim?? ada dorang rotan kau?semua kerajaan dah bagi, Malaysia yang dulunya aman makmur, semenjak aljuburi keluar semua jadi huru hara, tak hormat pemimpin
    • Zam Shah · Top Commenter · 41 years old
      Hantu Maklimah hang ni malulah sikit ngan kata2 tu mcm anak bangsatttttt
    • Branet Yup · Universiti Teknologi Malaysia
      Jamil Bin Ismail excuse me, u jgn fikir semua melayu begitu...
    • Daniel Ho Eng Leong · Top Commenter · Hubei University of Chinese Medicine
      Jamil Bin Ismail
      tidak! org Melayu bukan tak berani,tapi jangan ditindas sangat,seperti masa Anwar dipenjara kat zaman Mamak Kutty,umno/bn hampir kalah,cuma diselamatkan oleh org2 Cina masa tu yg bodoh lagi penakut,belakang si kutty gelentong tu menang,semua organisasi Cina yg buat permintaan pada si pariah tu,semua dipanggil kumunis,padan muka,baru2 ni si kutty pariah ni lagi memuji org2 Cina pernah selamatkan umno/bn lagi,kali ni Cina dah tak makan umpan depa yg berperangai Syaitan lagi...ubah kena ubah sebab enough is enough.....
    • Iskandar Zulkarnain · Top Commenter · Universiti Putrajaya International
      Ad-Dinnul...Polis tu natang! Mulai saat ini semua polis jahat kita akan sebt natang! Natang ni kalu jumpa siaplah kita belasahkan!
    • Iskandar Zulkarnain · Top Commenter · Universiti Putrajaya International
      Jamil Bin Ismail kamu jangan cabar Melayu berani mati seperti mahasiswa yang sudah bangkit ini dan penyokong Bersih 3.0 yang akan dibangkitkan kelak, masa itu kamu di pihak mana? Adakah kamu Melayu mudah lupa ciptaan Umno durhaka dan Umno yang celaka?
  • Keadilan Dun Lui · · Top Commenter
    Kenapa nak menghalang demo sampai adanya kekerasan macam nih..negara ini dah jadi NEGARA KOMUNIS..ayuh hapuskan UMNO pada PRU13 nanti!
  • Insan Kerdil · Top Commenter · MRSM Beseri
    semoga Allah berikan kekuatan untuk terus berjuang..takbir!!!
    • Tengku Utara · · Top Commenter · Works at Hino pilot
      semuga Allah memberi taufik dan hidayah,bukalah pintuhati rakyat malaysia semuga dapat menilai apa yang dilakukan oleh pemerintah Umno terhadap rakyat....amin.
    • Hantu Maklimah · Univerity of ghost, wembley
      apaaaaaaaaaaa..kami top2 perang...top2 friend......membantah kekawan aljuburi disini...kami tampar ..dan kami ludahhhhhh...puiiiiiiiiiiiiii....puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Hantu Maklimah, orang umno kalo mati jadi hantiu, sebab sayangkan harta dan wang ringgit yang tinggal.. merayau-rayau macam hantu maklimah juga..
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Hantu Maklimah : Hahaha..teruskan lah merepek ko tu...lepas ni keluarga ko pulak kena belasah polis baru ko sedar...
    • Zain Sulaiman · Top Commenter
      Hantu Maklimah sikit2 aljuburi. Ini soal FRU belasa mahasiswa bukan FRU juburi mahasiswa. Kalau nak comment pasal juburi pegi ke column Anuar. Kita nak dengar pedapat rakyat terhadap mahasiswa.
    • Branet Yup · Universiti Teknologi Malaysia
      Hantu Maklimah excuse me, i think MK editor should ban this hantu coz selalu bercakap lucah...by heart i know you are bad person from the bad party.
  • Pak Pedy · · Harvard University
    sezalim2 zionist israel pun x buat mcm ni kat rakyat dia..
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    sayang polis digunakan untuk menutup mulut mahasiswa....sama spt dimesri, tunisia dan libya dahulu....tapi dgn kekuatan rakyat dan mahasiswa akhirnya rejim2 diatas tumbang dan pendera2 rakyat dan perkakas2 mereka sekarang menikus ketakutan atas dosa2 mereka....teruskan perjuangan anda wahai anak2 muda....
  • Azmy Adenan · Northen University of Malaysia
    jangan bermain dengan api...jangan burukkn nama mahasiswa..polis xkan bertindak tanpa sebab....jangan jadi bodoh....tunaikan tangungjawab untuk belajar dahulu...
  • Anthony Dass · SM La Salle Kota Kinabalu
    Kalau setakat I.T. dalam Dunia, kebanyakkannya Remaja, terimalah hakikat bahawa Pemuda akan memutuskan Nasib Omno, bn......
    • Jamil Bin Ismail · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Jgn risau di malaysia tak akan berlaku pertukaran kerajaan kerana mahasiswa macam di luar negara. no way. sebab kerajaan sendiri sudah tahu dan masak perangai ornag melayu. maaf lah kalau bahasa aku kurang enak. ornag melayu ni penakot. bullshit lah kalaua da melayu yg sanggup menumpahkan darah sendiri kerana org lain. so tak payahlah menyalak ke. memekik ke. berdegar degar. malaysians will not change tru malay people.
    • Joe's Jfk · Top Commenter
      Jamil Bin Ismail dasyat lu ni ble tau masa depan haha
    • Abal Moneyadsblog · · Top Commenter
      tunggu anak muda pantang di cabar - jap lagi turunlah semua tu. tunggu.
    

 


7 maut, dua kereta bertembung lori tong gas | Print |
Harakahdaily   
LUMUT, 1 Jan: Tujuh terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan dekat Manjung malam tadi.

Dalam tragedi pukul 11.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan parah dan kritikal, maut pada pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, turut mengesahkan kejadian lapor Berita Harian.

Turut difahamkan beberapa orang lagi yang turut terbabit dalam kemalangan itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi di hospital Seri Manjung.

Pemandu Trailer Abd Rashid Mohd Hisham, 49, juga cedera.

Berikut adalah senarai tujuh mangsa yang terbunuh:

- Mohd Hisham Mat Zaki, 23,
- Badrul Isa Sulaiman, 20,
- Mohd Hadi Sulaiman, 17,
- Mohd Shafiq Riduan Yusuf, 16,
- Ahmad Faizal Ahmad Termizi, 15,
- Mohd Shadan Mohd Arshad, 15, dan
- Mohd Kamil Tamsuri, 15.

Semua mereka adalah dari Kampung Batu 15 Lekir kecuali Mohd Shafiq dari Kampung Batu 14 Lekir.



Dua beradik lemas sering nyanyi lagu 'Pergi Tak Kembali'
Kanak-kanak dua beradik dan seorang lagi sepupu mereka, yang ditemui mati lemas hari ini, didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali' nyanyian Kumpulan Rabadi sejak dua hari lalu.

Mayat Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, dan sepupunya, Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, ditemui terapung kira-kira 10 km dari tempat kejadian pukul 3 pagi tadi oleh orang awam.
  
Manakala mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, ditemui kira-kira 500 meter jarak dari tempat sama jam 9 pagi oleh pasukan penyelamat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik hari ini.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di Gerik dua hari lalu.

Mereka dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada jam 10 pagi Khamis.

Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 2.30 petang hari yang sama.

Adibah Mohd Nor, 42, ibu kepada dua adik beradik itu, ketika ditemui berkata, ketiga-tiga mereka memang rapat dan sebelum kejadian mereka didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Kumpulan Rabani sejak dua hari lalu.
  
Semasa kejadian, Adibah pergi ke pekan Gerik membeli buku tulis dan peralatan sekolah mangsa.

Sebaik tiba di rumah diberitahu tentang kehilangan bersama bot yang mereka naiki.

"Saya dan suami Ruzai Kasim, 43 pasrah dengan kejadian ini," katanya dalam nada yang penuh hiba ketika ditemui di rumah mereka.
  
Katanya, kedua-dua anak mereka itu, Muhammad Amir murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Adika Raja, Gerik dan Muhammad Adham Hamiz, murid Tahun Dua, SK Mahkota Sarik Gerik tidak pandai berenang.

Kedua-dua mereka anak kelima dan keenam daripada lapan adik beradik.

- Bernama