Tuesday, February 14, 2012

PENZINA DALAM HUKUM ALLAH...DIREJAM ATAU DIROTAN 100X ROTAN...LIHAT SAMA ADA DAH KAWIN ATAU BELUM TERMASUK JANDA DAN DUDA...DIBALING DENGAN BATU HINGGA MATI...BERTUJUAN MENGHUKUM DAN MENDIDIK MASYARAKAT...AGAR YANG BELUM BERZINA TAKUT UNTUK BERZINA...

‘Hadiah’ sempena Hari Kekasih
Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2012
‘Hadiah’ sempena Hari Kekasih
SEREMBAN - Sepasang kekasih yang asyik bermadu asmara di sebuah hotel sekitar bandar ini, terkejut diserbu oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan yang mendakwa dari negeri lain, datang ke Seremban untuk meraikan Hari Kekasih, sebelum mengambil keputusan menginap di sebuah hotel bajet, di sini.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, pasangan kekasih berusia awal 20-an itu bertemu pada petang kel­marin.

Katanya, selepas menyambut Hari Kekasih pada tengah malamnya, mereka mengambil keputusan menyewa sebuah bilik di salah satu hotel di bandar ini untuk bermalam.
“Semasa pemeriksaan, mereka yang lengkap berpakaian, memberi kerjasama kepada anggota penguat kuasa. Hasil pemeriksaan mendapati, teman lelaki wanita terbabit adalah warganegara Indonesia tetapi memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Menurutnya, mereka juga menyatakan tujuan sebenar datang ke bandar ini adalah untuk mencari kerja kerana tidak mahu berjauhan.

Dalam pada itu, pada Ahad lalu, dua anggota lelaki dari sebuah unit beruniform ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya di dua lokasi berlainan.

Semua pasangan, berusia 20 dan 30-an itu, berdua-duaan, sekitar jam 3 hingga 5 pagi di Port Dickson dan juga Seremban.

“Semua kes akan disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.

SEMENTARA ITU DI BANDARAYA MELAKA, bagi mencegah pasangan Islam meraikan Hari Kekasih dan melakukan maksiat, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai di negeri ini bermula lewat malam, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pemantauan membabitkan lapan lokasi dalam operasi selama tiga jam, bermula jam 11 pagi itu.

“Bagaimanapun, keba­nyakan pengunjung melarikan diri selepas melihat kami membuat rondaan. Antara lokasi yang dipantau adalah Pantai Crystal Bay, kawasan tambak Padang Temu, Kampung Portugis, Pantai Klebang, Pantai Puteri, Dataran Pahlawan, Pantai Marina Bay dan Pulau Melaka,” katanya, semalam.

Menurutnya, menerusi pemantauan di Pantai Klebang mendapati, banyak kenderaan diparkir, dipercayai untuk melakukan maksiat.

“Namun, sejurus kenderaan kami tiba, semua pemandu terbabit beredar dari kawasan berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

“Ada juga kawasan yang lengang dan hanya terdapat pengunjung yang memancing di tepi pantai,” katanya.
Diperangkap teman lelaki
Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2012
Diperangkap teman lelaki
MELAKA - Gara-gara sayangkan kekasih, seorang gadis terpaksa meringkuk dalam penjara selepas diperangkap teman lelakinya sendiri atas kesalahan mengeluarkan cek palsu.

Joanna (bukan nama sebenar), 25, diperdayakan teman lelaki yang baru dikenalinya di Johor Bahru menerusi seorang teman pada 2009 sehingga tidak menyedari nama dan MyKadnya digunakan untuk mengeluarkan lima keping cek palsu berjumlah RM20,000 setahun kemudian.

Menurut Joanna, wang tersebut dikatakan untuk menjamin tiga rakan kepada teman lelakinya yang ditahan polis akibat satu kesalahan undang-undang.

“Ketika itu di Johor Bahru, dia menggunakan nama dan MyKad saya untuk diletakkan dalam cek bagi membayar jaminan rakannya itu. Pada masa itu, saya tidak mencurigai tindakannya, sebelum dimaklumkan bahawa cek tersebut sebenarnya palsu,” katanya.

Joanna berkata demikian semasa ditemui Sinar Harian pada Majlis Jalinan Kasih di Kompleks Penjara Sungai Udang, dekat sini.

Joanna berkata, akibat tindakan teman lelakinya itu, dia terpaksa menerima hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah.

“Buntu fikiran saya apabila mengenangkan apa yang dilakukan teman lelaki saya itu. Saya tidak ada bukti untuk mendakwa cek itu bukan saya lakukan. Bagaimanapun, teman lelaki saya sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa dilakukan kepada saya selepas saya didakwa di mahkamah,” katanya.

Joanna yang merupakan anak sulung dari empat beradik yang juga mempunyai seorang kembar lelaki juga mengakui langsung tidak mengenali tiga rakan teman lelaki yang dijaminnya itu.

“Sepanjang kira-kira setahun saya mengenalinya, saya tidak pernah kenal mana-mana rakannya. Malah, dia akan kawal setiap pergerakan saya walaupun apabila saya hendak ke tempat kerja di sebuah kilang di Singapura,” katanya.

Menurutnya, pada awal perkenalan, teman lelakinya itu tidak pernah menunjukkan sikap panas baran. Bagaimanapun, keadaan berubah kira-kira tiga bulan selepas itu apabila sering melenting dan berselisih faham.

“Namun, saya buta kerana menyayanginya tanpa merasakan diri saya dalam bahaya,” katanya.

Joanna kini terpaksa menghabiskan dua tahun lagi dalam penjara berkenaan mengakui menyesal dan sedar dengan kesilapan diri serta mahu keluar nanti dengan semangat kehidupan baru.

Dia turut menasihatkan orang ramai terutama anak-anak gadis berhati-hati berkawan supaya tidak terjerumus dengan situasi seperti itu hanya disebabkan terlalu sayangkan teman lelaki sehingga tidak menyedari akhirnya diperangkap.

“Mujur keluarga saya tidak pernah meminggirkan saya kerana mereka percaya saya tidak sejahat itu,” katanya.

Urut sambil bogel
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
15 Februari 2012
PUCHONG – Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut kepada pelanggannya.
Pemilik premis di Bandar Puteri di sini, boleh diibaratkan ‘tidak makan saman’ kera­na pernah diserbu polis, bulan lalu.
 
Bagaimanapun, kedegilan pemilik premis itu memaksa polis melakukan sekali lagi serbuan, awal pagi semalam.
 
Ketika serbuan dilakukan, seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan.
 
Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, dalam serbuan itu, lapan wanita warga Thailand, Filipina dan China diberkas.
 
“Wanita itu menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut. Kita percaya premis ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya,” katanya.
 
Izwan berkata, sebuah spa di kawasan berhampiran turut diserbu kerana dipercayai menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggannya.
 
Menurutnya, premis ini menggunakan konsep susun atur dalaman umpama hotel lima bintang untuk keselesa­an pelanggan.
 
“Empat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan juga diberkas,” katanya.
 
Dalam serbuan berikut­nya, sebuah pusat karaoke turut diserbu kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.
 
Katanya, tiga lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis di ketiga-tiga premis tersebut serta semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan.
Menggigil dicekup Jais di hotel
AHMAD ISMADI ISMAIL
15 Februari 2012
Tangkap khalwat
PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.
 
Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.
 
Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta menunjukkan kad nikah.
 
Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.
 
Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.
 
Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.
 
Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.
 
Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.
 
Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Bayi ditinggal di kedai kopi



GOMBAK: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan ditemui dalam keadaan bogel di tepi sebuah kedai kopi di Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, penduduk kawasan itu yang kebetulan melalui kedai berkenaan terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum dia menjumpai bayi malang itu di tepi kedai dalam keadaan berbogel dan menggigil kesejukan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, penduduk terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada penduduk berhampiran kedai berkenaan.
Menurutnya, bimbang bayi berkenaan mati kesejukan, mereka kemudian membalutnya dengan kain sebelum membuat keputusan untuk membawanya ke hospital.

“Mereka kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya.

“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan bagi mencari bahan bukti yang dapat mengesan ibu bayi malang terbabit,” katanya.

Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi mencari pelakunya dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan

Buang dalam baldi surau

BACHOK: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam baldi di sebuah surau, di sini, semalam.
Bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh dua pekerja pembersihan yang membersihkan bilik air berkenaan pada jam 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Mayat bayi perempuan itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis kini melancarkan gerakan memburu ibu kepada bayi itu untuk membantu siasatan.

Katanya, ibu bayi itu diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya segera ke balai polis berdekatan atau hubungi talian 09-7450999,” katanya.

Pucat lesi kena cekup

PETALING JAYA: Dalam keadaan terketar-ketar dan pucat lesi, seorang lelaki tersilap menghulurkan kad nama miliknya ketika diminta mengemukakan kad nikah sebaik pintu bilik hotel diketuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Lelaki berusia 30-an itu ditemui lengkap berpakaian manakala pasangannya hanya menutup badannya dengan selimut diserbu di sebuah hotel bajet di Kota Damansara pada jam 1.30 pagi semalam.

Sebelum itu, lelaki terbabit berkeras enggan membenarkan anggota penguat kuasa Jais dan pihak polis masuk ke dalam biliknya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Saya sudah berkahwin encik, cuma terlupa bawa kad nikah sebagai bukti,” katanya.

Bagaimanapun, tiga pegawai Jais berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik itu bagi menyoal pasangannya yang disyaki berkhalwat.

Lebih kurang setengah jam selepas itu, pasangan berkenaan dibawa keluar untuk dihantar ke pejabat Jais bagi siasatan lanjut.

Sebanyak enam pasangan dicekup dalam operasi bersepadu Jais bersama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen.

Operasi lebih empat jam itu diadakan bagi membanteras kegiatan maksiat di beberapa lokasi di sekitar Selangor.
Menurut sumber Jais, daripada lebih 10 hotel yang diperiksa sekitar Petaling Jaya termasuk Kota Damansara dan Bandar Sri Damansara, enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan kerana berdua-dua di dalam bilik.

“Semua mereka memberikan kerjasama yang baik sebaik diberitahu kami ingin membuat pemeriksaan. Bagaimanapun terdapat segelintir yang cuba berkeras dan enggan menurut arahan sebaik sahaja kami meminta bukti,” katanya.

Sumber berkata, semua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya.
Mayat bayi perempuan dijumpai di bilik air kolej

14 Februari 2012
KOTA BHARU - Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jalaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.- Bernama

UNDANG2 ISLAM JIKA SABIT MENCURI...POTONG TANGAN...KEMUDIAN BALIK...MAKA MASIH BOLEH MEMBELAI ANAK ISTERI..CARI MAKAN SERTA MENDIDIK ANAK2...MAKA NAFSU ISTERI JUGA TIDAK TERABAI...INI KESAN BILA KITA GUNA UNDANG2 PENJAJAH...YANG TIDAK BERSIFAT MENDIDIK MASYARAKAT DAN MENGHUKUM

Lelaki serah barang kemas RM30,000 selamat isteri



GOMBAK: Bimbang isterinya dibunuh, seorang lelaki menyerahkan barangan kemas bernilai RM30,000 yang disimpan dalam peti simpanan khas selepas rumah mereka di Batu Caves diceroboh lima lelaki dipercayai warga Indonesia, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pasangan berusia 50-an itu yang tidur nyenyak terkejut selepas bilik tidur mereka dipecah masuk suspek bersenjatakan parang.

Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran lelaki bertopeng itu, mangsa berdiam diri sambil menenangkan isterinya yang menggigil ketakutan sebelum suspek menyuruh mereka jangan melawan jika tidak mahu dicederakan.
“Mangsa yang ketakutan merayu dilepaskan dan memberitahu tiada barangan berharga di dalam rumah, namun suspek enggan mempercayainya sebelum mengacukan parang ke arah isteri mangsa dan mengugut membunuhnya jika enggan menyerahkan barangan berharga.

“Bimbang dengan keselamatan isterinya, mangsa menunjukkan peti keselamatan mengandungi barangan kemas yang disembunyikan di dalam almari,” katanya.

Sumber berkata, suspek mengarahkan mangsa mengambil peti itu, malah turut menendangnya supaya cepat menyebabkan mangsa terjatuh dan luka di lutut.

“Sebaik mendapatkan barangan kemas itu, suspek melarikan diri meninggalkan mangsa.

“Yakin diri mereka selamat, mangsa datang ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Sepak junior hingga pengsan



PETALING JAYA: Hanya kerana didakwa tidak menghormati senior, seorang pelajar junior cedera dibelasah sekumpulan pelajar terbabit dengan kayu selain menyepaknya di badan hingga pengsan dalam kejadian di sebuah sekolah asrama di Sungai Buloh, di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 16 tahun berada di bilik asramanya di tingkat tiga sebelum didatangi seorang rakan yang memaklumkan seorang pelajar senior ingin berjumpanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di bilik pelajar senior terbabit, mangsa diherdik kerana didakwa tidak menghormati pelajar senior.
Ketika mangsa hendak menerangkan kepada pelajar terbabit, tiba-tiba dia ditendang di dada.

“Sikap mangsa mendiamkan diri itu menyebabkan pelajar terbabit naik angin sebelum rakan sebiliknya datang menyepak mangsa di tepi badan hingga jatuh.

“Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pelajar senior menyepak mangsa di badan selain mengugut melanggar ibu bapa mangsa jika dia mengadu kejadian terbabit kepada pihak pengurusan asrama atau sekolah,” katanya.

Menurutnya, mangsa pengsan di biliknya dan jam 11 pagi semalam, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk menerima rawatan selepas mangsa sesak nafas berterusan.

Mangsa disahkan cedera pada bahagian tisu di beberapa bahagian badan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Putus nyawa di riba suami



GUA MUSANG: “Saya sempat mengajar isteri mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia di atas riba saya,” kata Baharudin Yusof, 59, suami Siti Mariam Ibrahim, 56, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 4 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Siti Mariam dalam perjalanan dari Kuala Lipis untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Tanah Felda Perasu bersama Baharudin dan anak lelaki mereka, Mohd Lokman, 26.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Mohd Lokman merempuh sebuah kereta yang terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan itu terbalik.
Siti Mariam meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di badan, manakala Baharudin dan Mohamad Lokman cedera ringan. Pemandu sebuah lagi kereta yang berusia 23 tahun, parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Mayat Siti Mariam dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya lewat malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Perasu, di sini.

Kereta dialih jiran terbakar



MELAKA: Seorang pekerja kontrak tergamam apabila kereta milik majikan yang dibawanya pulang untuk membawa anaknya ke hospital hangus terbakar dekat rumahnya di Kampung Bukit Piatu, dekat sini, petang semalam.
Mohd Rapi Nong Hussin, 47, berkata, dia membawa kereta itu pulang membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada sebelah pagi.

Selepas rawatan, dia pulang ke rumah lalu meletak kereta Nissan 120-Y itu di depan jalan masuk rumahnya.
“Ketika berehat dalam rumah, saya tertidur dan apabila terjaga kira-kira jam 3.30 petang, saya dapati kereta tiada di tempatnya dan tambah terkejut melihat ia terbakar di satu kawasan lapang di depan rumah.

“Isteri saya beritahu kereta dialih jiran kerana ada lori menjual besi terpakai hendak melalui jalan di situ sebelum ia terbakar,” katanya.

Anak maut tercampak

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya sejauh lebih 20 meter selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, R Valermarthy mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas melambung keluar dari tempat duduk belakang kereta dalam kejadian berhampiran Jalan Kuala Kangsar-Chemor, di sini.

Ketika kejadian, mangsa bersama ibu bapanya yang menetap di Kampung Banggali, Taman Mutiara, Chemor, di sini, sedang bersiar-siar dan mahu menjamu selera di Sungai Siput. Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa bersama ibu bapanya itu dirempuh dari arah kanan oleh sebuah kereta lain dipercayai dipandu dalam keadaan laju.
Pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas sejauh kira-kira 100 meter dari jalan utama mengakibatkan mangsa tercampak keluar.

Bapa mangsa, R Ramakrishnan, 37, berkata, anak perempuannya itu yang duduk di belakang tercampak keluar walaupun tingkap dan pintu tertutup rapat.

Menurutnya, sebaik kemalangan berlaku, dia segera meninjau di tempat duduk belakang untuk melihat keadaan anaknya. “Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat anak sudah hilang dari tempat duduknya manakala cermin pintu turut pecah. “Hati saya berdebar apabila melihat anak terpelanting keluar dan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, anaknya tidak sedarkan diri dan parah di kepala selain beberapa anggota badan.

“Saya dan isteri, S Mariyammal, 27, bergegas meminta bantuan seorang rakan sebelum membawanya mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sungai Siput.
“Kecederaan serius di kepala menyebabkan anak saya yang juga murid tahun tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, anaknya gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), jam 2.50 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kemalangan itu.

Suami dalam jel, isteri buat maksiat



BUTTERWORTH: Taktik seorang wanita membawa dua anaknya berusia lima dan dua tahun bagi menemaninya melakukan maksiat dengan pasangannya tidak berjaya apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Berapit, semalam.
Wanita dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas menerima maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah di kawasan itu. Lebih mengejutkan melalui soal siasat dijalankan, wanita berkenaan masih isteri orang dan difahamkan suaminya kini ditahan di penjara akibat kesalahan mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan berpakaian lengkap sambil mendukung anak lelakinya berusia dua tahun manakala pasangannya berbaju dan hanya memakai tuala.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pada zahirnya, orang ramai menyangka mereka pasangan suami isteri kerana ditemani dua kanak-kanak, tetapi taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa.

“Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan belum berkahwin, malah wanita itu masih lagi isteri orang,” katanya ditemui selepas operasi berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berkenaan baru dibebaskan selepas dua tahun dipenjarakan kerana kesalahan menyamun sebuah stesen minyak.

Katanya, dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi itu dengan disertai 24 pegawai penguat kuasa.

ANAK2 KENA SEDAR..BERAPA SUSAH IBUBAPA MEMBESARKAN KITA...HINGGA SANGGUP MENGADAI NYAWA UNTUK MEMBESARKAN ANAK2...CUMA KADANG2 ANAK LUPA BILA NAK MENGECAP KESENANGAN HIDUP...

Dicerai bebel ‘gigitan cinta’

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Leteran demi leteran seorang isteri pertama yang inginkan penjelasan mengenai ‘gigitan cinta’ di leher suaminya membawa bencana apabila dia ditinggalkan di tepi jalan, dipukul suami dan madunya sebelum diceraikan dengan talak satu.
Insiden bermula jam 8.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 24 tahun menikmati sarapan bersama suaminya di sebuah restoran di Rawang.
Sumber berkata, ketika bersarapan mangsa ternampak gigitan cinta di leher suaminya, lantas menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta lelaki berusia lewat 20-an itu memberikan penjelasan.

Menurutnya, apabila lelaki itu tidak memberikan penjelasan memuaskan hatinya, mangsa berleter dan mendesak menyebabkan berlaku pertengkaran.


“Malu apabila pertengkaran mereka menjadi perhatian ramai, mangsa diarahkan suaminya masuk ke dalam kereta dan mereka meninggalkan restoran itu.

Air kencing positif

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

HADIR...Saiful Apek kelihatan ceria di mahkamah, semalam.
HADIR...Saiful Apek kelihatan ceria di mahkamah, semalam.
PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.
Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.
Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek dengan memasukkan stik penguji THC berfungsi mengesan kehadiran ganja dalam air kencing.

“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.


“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.

Mesin lentur kepala

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.
KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.
Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.


“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

RASIKO NAK PUTIH DAN CANTIK..CANTIK AKHLAK SERTA SOLEHA TAK MEMBERBAHAYA PADA BADAN...MALAH DITUNTUT OLEH ISLAM...

Umur bersara swasta ke Parlimen

LANJUTAN had umur persaraan untuk sektor swasta dijangka memberi peluang kepada kakitangan untuk membuat persediaan dana kewangan bagi keperluan hidup masa tua. - Gambar hiasan.


PUTRAJAYA - Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta yang akan melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja sektor swasta kepada 64 tahun termasuk had bersara mandatori pada usia 60 tahun akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, proses penggubalan rang undang-undang itu yang membabitkan lebih enam juta pekerja swasta di negara ini kini di peringkat akhir penelitian.
"Kita berharap rang undang-undang ini dapat dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat bulan depan untuk mendapat kelulusan.
"Kini cuma ada satu dua isu yang masih diperhalusi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Persatuan Industri Teknologi Berkomputer (CompTIA), Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) di sini semalam.

Sokongan berbelah bagi pencen lewat

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong hasrat kerajaan menaikkan umur persaraan mandatori pekerja swasta dari 55 tahun kepada 60 tahun.
Timbalan Presiden MTUC, Mohd. Jafar Abd. Majid berkata, langkah itu dapat membantu kira-kira 6.1 juta pekerja swasta menjana pendapatan yang lebih baik sebelum bersara.
"Langkah ini juga wajar kerana jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat kepada 70 tahun berbanding 50 hingga 60 tahun pada era 1960-an," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, dua badan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (MPPUPNM) menyifatkan langkah melanjutkan umur persaraan pekerja itu hanya akan mengurangkan peluang golongan muda memperoleh pekerjaan.
Presiden MPP UIAM, Muhammad Adib Hatim berkata, undang-undang itu akan memberikan cabaran besar kepada lulusan sekolah menengah dan universiti.
"Peluang pekerjaan semakin terhad kerana mereka yang sudah bekerja akan dapat memegang jawatan masing-masing lebih lama," katanya.
Yang Dipertua MPPUPNM, Wan Azizul Faiz pula berkata, peluang yang terhad di dalam negara akan mendorong graduan untuk bekerja di luar negara.

Saiful Apek positif dadah


SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.
Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.
Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.
Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.
Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan.

Mangsa AGE lebih 3,000 orang


PESAKIT AGE, Nurul Izzatul Sofea Mohd. Johari, 4, ditemani oleh ibunya, Nurul Firdaus Osman, 32, semasa dirawat di Hospital Tapah semalam.


IPOH - Sebanyak 251 kes baharu direkodkan semalam oleh Jabatan Kesihatan Perak melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE), menjadikan jumlah keseluruhan mangsa telah meningkat kepada 3,068 orang.
Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin berkata, jumlah tersebut membabitkan 180 kes yang dilaporkan di daerah Hilir Perak manakala 71 lagi di Batang Padang.
"Di Hospital Teluk Intan, seramai enam pesakit terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan manakala Hospital Tapah menerima sembilan kes baharu.
"Bagaimanapun, masing-masing enam dan tiga pesakit yang ditahan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Tapah dibenarkan pulang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Wabak AGE yang menyerang dua daerah di negeri ini sejak dua minggu lalu telah menyebabkan dua kematian di Hilir Perak yang masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.
AGE yang berpunca daripada sejenis virus digelar rotavirus, merebak melalui air sehingga menyebabkan mangsa muntah, demam dan dehidrasi.
Berikutan itu, beberapa sampel air di daerah Batang Padang dan Hilir Perak dan Loji Air Bukit Temoh diuji bagi mengesan punca utama penularan wabak itu.
Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.

230,000 botol dakwat kekal untuk PRU-13


PENGGUNAAN dakwat kekal akan dilaksanakan di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. - Gambar hiasan.


KANGAR - Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat bakal digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata, jumlah dakwat tersebut disediakan untuk memenuhi keperluan para pengundi bagi 10,000 undi awal dan 220,000 pada undi biasa.
Mengikut rekod SPR, katanya, jumlah pengundi yang layak mengundi melepasi umur 21 tahun sehingga September lalu iaitu 16,131,517 orang tetapi hanya 12.4 juta sahaja telah mendaftar.
"SPR telah membuat persiapan awal bagi keperluan botol dakwat kekal tersebut untuk para pengundi dan tempat mengundi.
"Setiap botol dakwat kekal itu hanya boleh digunakan untuk 100 pengundi sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Perlis di sini semalam.

Krim kulit ada logam berbahaya


SALAH satu produk jenis krim penjagaan muka jenama Yoko yang dilarang pengunaannya kerana boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna.


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan Daily Protecting Cream: Jole et Beaute dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk-produk itu.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.
Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.

BILA MALU WANITA DITARIK...BILA SYAITAN BERJAYA MENIPU SERTA MEMUJUK HAWA...SETELAH GAGAL MEMPERDAYA NABI ADAM A.S.

Bekas ketua pendakwa syarie dijel


SHAHRUNNAZRI yang didapati bersalah menerima rasuah digari di luar Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.


IPOH – Sebagai Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), dia dipertanggungjawab untuk mendakwa kes-kes syariah, namun salah guna wang dan kuasa menyebabkan seorang bekas ketua pendakwa syarie di sini semalam menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara dan denda.
Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Tan Hooi Leng menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan denda RM55,000 ke atas Shahrunnazri Abdul Samad, 44, setelah dia didapati bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada seorang anggota polis yang berkhalwat bersama pasangannya pada 2007.

Ditemui mati selepas bergaduh dengan suami

14/02/2012 8:15pm

NIBONG TEBAL - Seorang wanita warga Myanmar mati dipercayai akibat dipukul suaminya di sebuah rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan berhampiran Taman Jawi di sini semalam.
Aye Win, 37, ditemui terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah pada kira-kira pukul 5.40 petang.
"Terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang dipercayai dipukul dengan senjata tumpul. Ketika polis sampai di tempat kejadian, mangsa sudah meninggal dunia," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara pasangan suami-isteri itu akibat salah faham.
Beliau juga berkata, suami mangsa dipercayai telah melarikan diri dan pihak polis sedang mengesan lelaki berusia 43 tahun itu yang dipercayai masih berada di sekitar Nibong Tebal.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui di mana lelaki berkenaan berada supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

Telinga konstabel digigit si penipu


Amran yang cedera di telinga kiri dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam.


KUALA TERENGGANU - Telinga kiri seorang anggota polis berpangkat konstabel hampir putus selepas digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri ketika baru ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Gong Badak di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pukul 9 malam, suspek lelaki berusia 34 tahun dari Batu Rakit di sini berpura-pura mahu muntah sebelum dia menolak Konstabel Amran Yahya, 23, dan terus melarikan diri.
Bagaimanapun, Amran berjaya mengejar suspek yang belum sempat keluar dari kawasan balai menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.

Dedah payudara semasa cuaca sejuk melampau di Moscow



BEBERAPA kakitangan lelaki syarikat Gazprom mengusung seorang wanita daripada kumpulan FEMEN yang mendedhakan payudaranya di depan ibu pejabat syarikat itu di Moscow semalam.



MOSCOW, Rusia - Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.
Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.
Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.
Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.
Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu.
Namun, ketiga-tiga wanita itu diusir keluar dari ibu pejabat tersebut oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom.
- Agensi 

Fitnah Wanita

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.

Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.

Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.
"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman Nya :
"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda
: "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik.

Jentolak rempuh pagar rumah guru



KEADAAN pagar rumah dan kereta milik Rozaidah yang rosak akibat dirempuh jentolak di Taman Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Seorang guru yang bersiap-siap untuk keluar mengajar pada sesi petang terkejut apabila sebahagian tembok dan pagar rumah didiaminya dirempuh jentolak di Taman Desa Alam, Seksyen U12 di sini semalam.
Turut musnah dalam rempuhan itu ialah sebuah kereta jenis Nissan Grand Lavina milik guru tersebut serta pagar rumah dan sebuah kereta Perodua Kancil milik seorang jirannya.
Difahamkan sebelum kejadian itu, jentolak tersebut menjalankan kerja-kerja membaik pulih tangki air yang berada di atas bukit.

Tukang gunting lemas ketika tangkap udang


BAPA mangsa, Sudin Haron, 62, berdoa semasa kerja-kerja mencari anaknya dijalankan di Pantai Puteri semalam.


MELAKA - Sorang tukang gunting rambut yang menggunakan langgai untuk menangkap udang geragau mati lemas selepas dihanyutkan ombak di Pantai Puteri di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, mangsa, Omar Sudin, 37,hilang apabila langgai miliknya ditemui kira-kira 100 meter dari tempat kali terakhir dia dilihat di tebing batu persisiran pantai itu.
Sebelum kejadian, bapa kepada empat orang anak berusia dua hingga 11 tahun itu dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Pantai Rombang pada pukul 8.30 malam untuk menangkap udang di pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Razak Manap berkata, mayat mangsa ditemui di Jeti Tanjung Beruas pada pukul 4.35 petang iaitu kira-kira empat kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang pada Ahad lalu.

Pemilik hamster perlu waspada




HULU TERENGGANU - Tikus peliharaan atau hamster dikhuatiri turut berisiko menyebabkan jangkitan penyakit Leptospirosis atau virus kencing tikus khususnya kepada penggemar haiwan comel itu.
Ia berdasarkan jangkitan penyakit itu yang dialami seorang pemilik hamster di negeri ini sehingga mengakibatkan dia kehilangan kedua-dua belah tangan serta kaki baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, Rozi Mamat (gambar) kerana mangsa tersebut merupakan kenalan rapatnya.

KITA SEMUA PASTI MATI..BIAR KITA MATI DALAM ISLAM..IMAN DAN TAKWA...INGAT KITA ADALAH WARGANEGARA AKHIRAT...KITA DIJADIKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH...BUKAN MEMBUAT MUNGKAR...BERSERONOK HINGGA LUPA AKAN KEMATIAN


Ubat mungkin punca Houston mati


KERETA yang membawa mayat Whitney Houston tiba di rumah mayat Whigham di Newark, New Jersey kelmarin.


LOS ANGELES - Doktor peribadi mendiang legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston akan berdepan dengan soalan sama ada penyanyi itu mendapat beberapa ubat yang ditemui di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton di California itu adalah secara tidak sah, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu ditemui di dalam tab mandi di biliknya pada Sabtu lalu dan beberapa botol pil preskripsi termasuk ubat penahan sakit Ibuprofen, ubat antikeresahan Xanax, ubat senggugut, Midol dan ubat jangkitan bakteria, Amoxicillin serta beberapa ubat lain ditemui dalam bilik tersebut.
Penggunaan ubat tersebut menjadi spekulasi hangat bahawa Houston mungkin mati akibat banyak menggunakan ubat preskripsi dan alkohol, lapor agensi berita AFP.
Kelmarin polis berkata, penerbit dan bekas model itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi yang berair di bilik hotel tempatnya menginap.
Polis Beverly Hills melalui satu kenyataan menyatakan mereka tidak boleh membuat sebarang spekulasi terhadap punca kematian Houston.
Abang ipar Houston, Billy Watson kelmarin turut bersungguh-sungguh menafikan kepada stesen radio ABC, News.com bahawa penyanyi itu berniat membunuh diri.
Houston yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuannya, Bobbi Kristina pernah berjuang akibat ketagihan dadah ganja.
Penyanyi itu ditemui mati hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya membuat persembahan dalam satu parti menjelang Anugerah Grammy.
Sementara itu, Penolong Ketua Koroner, Ed Winter berkata, orang ramai harus menunggu keputusan rasmi yang akan dikeluarkan nanti.
"Anda boleh melihat mayat itu dan tidak akan tahu punca kematiannya. Anda juga mungkin berasa curiga tetapi orang itu (Houston) mungkin mengalami serangan jantung atau arteri tersumbat atau sesuatu," terangnya.
Dalam pada itu, laman berita hiburan TMZ. com berkata, menurut sumber keluarga mendiang yang tidak mahu namanya didedahkan, Houston mati akibat percampuran ubat Xanax dan dadah preskripsi lain bersama alkohol.
Menurut TMZ.com, sumber itu juga mendedahkan kandungan air di dalam paru-paru Houston amat sedikit untuk dijadikan bukti bahawa dia mati lemas.
Mayat penyanyi yang terkenal dengan banyak lagu popular seperti I Will Always Love You itu tiba di rumah mayat Whigham di Newark, New Jersey kelmarin.
Menurut stsen televisyen CNN, sejumlah kenderaan polis mengiringi kereta jenazah Houston manakala sejumlah orang menunggu di rumah mayat berkenaan.
Ibu Houston, Crissy turut berada di dalam rumah berkenaan.
Lagu I Will Always Love You laris dijual di laman iTunes. - Agensi

Paru-paru Whitney Houston ada air


HOTEL Beverly Hilton, California tempat Whitney Houston menginap smeasa dia mati pada Sabtu lalu.


LOS ANGELES - Laporan bedah siasat mendapati paru-paru mayat legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston mengandungi air, menurut stau laporan berita semalam.
Bagaimanapun, sumber-sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan para pemeriksa perubatan perlu mengetahui secara tepat berapa jumlah air dalam paru-parunya sebelum kematian penyanyi berkenaan boleh diputuskan akibat lemas, lapor laman berita hiburan TMZ.com.
Houston ditemui mati di dalam bilik hotelnya di Hotel Beverly Hilton, California, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu dan beberapa laporan mendakwa dia ditemui mati di dalam tab mandi.
Pihak berkuasa masih belum lagi menentukan sama ada Houston mati sebelum dia lemas dalam air atau selepas itu kerana masih ada kemungkinan penyanyi tersebut telah mati sebelum memasuki tab mandi.
Walaupun, keputusan bedah siasat penyanyi itu sudah selesai, punca kematiannya tidak boleh ditentukan sehingga keputusan toksikologi diperoleh yang selalunya mengambil masa di antara empat hingga enam minggu.
Penolong Ketua Koroner, Ed Winter enggan memberi komen lanjut tentang keadaan bilik atau sebarang bukti yang ditemui oleh para penyiasat, lapor agensi berita AP.
Winter berkata, tiada tanda-tanda jelas terdapat trauma pada tubuh Houston malah para penyiasat tidak akan memberikan sebarang punca kematian sehingga mereka memperoleh keputusan daripada makmal yang akan diperoleh beberapa minggu lagi.
Pada masa sama, seorang pegawai polis Beverly Hills, Leftenan Mark Rosen berkata, pihaknya mungkin mendedahkan butiran lanjut yang diperoleh mengenai kematian Houston namun ia bergantung sama ada para penyiasat berasa selesa untuk mendedahkan sebarang maklumat.
Pada Sabtu lalu, seorang anggota rombongan Houston menemui penyanyi tersebut yang tidak sedarkan diri di biliknya di Hotel Beverly Hilton hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya menghadiri parti menjelang Anugerah Grammy.
Menurut Rosen, tiada tanda-tanda perbuatan khianat.
Seorang anggota rombongannya mengubungi talian kecemasan 911 sebelum anggota-anggota paramedik tiba untuk memberikan bantuan bagi menyelamatkan nyawa Houston di bilik hotelnya tetapi mereka gagal berbuat demikian sehingga polis tiba.
Houston memang mempunyai sejarah ketagihan dadah sejak 10 tahun lalu.
Dia yang juga penerbit dan bekas model pernah berkahwin dengan penyanyi blues, Bobby Brown pada tahun 1992 sebelum bercerai pada tahun 2007.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina.
Sementara itu, akhbar dalam talian MailOnline melaporkan Houston yang juga bintang filem ditemui lemas dalam tab mandi akibat pengambilan ubat penenang melebihi dos dan minuman keras selepas dia menghadiri parti menjelang Anugerah Grammy.
Antara ubat yang ditemui di biliknya ialah Lorazepam, Valium, Xanax dan ubat tidur.
Ubat-ubat itu dipercayai digunakan sebagai penenang yang menyebabkan dia tertidur dalam tab mandi sebaik sahaja bercampur dengan arak dalam tubuhnya.
Sebelum kematiannya, Houston kelihatan berpeluh dan tidak kemas ketika dia meninggalkan kelab malam Tru Hollywood pada malam Khamis lalu.
Dia juga berparti dengan sekumpulan besar rakannya sebelum pulang ke hotel tempat dia ditemui mati pada Sabtu lalu. - Agensi

Whitney Houston ditemui mati di hotel


WHITNEY Houston melambaikan tangan semasa dia berdiri di sebelah Clive Davis pada parti sebelum Anugerah Grammy pada 2009 di Beverly Hills, California.


LOS ANGELES - Legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston mati di dalam biliknya di tingkat empat Hotel Beverly Hilton di sini kelmarin.
Seorang pegawai polis, Leftenan Mark Rosen berkata, Houston yang genap berumur 48 tahun kelmarin diumumkan meninggalkan dunia pada pukul 3.55 petang waktu tempatan.
"Tidak ada sebarang petunjuk jelas sebarang kejadian jenayah," kata Rosen merujuk sama ada penyanyi itu mati kerana perbuatan jenayah.
Seorang kakitangan yang bekerja untuk Houston menyatakan punca kematian penyanyi tersebut tidak diketahui.
Menurut Rosen, polis menerima panggilan kecemasan dari hotel itu tentang keadaan Houston yang kelihatan tidak bernyawa pada pukul 3.43 petang.
Seorang anggota rombongannya membuat panggilan kecemasan 911 bagi memberitahu keadaan Houston.
Anggota-anggota paramedik yang ditempatkan di hotel itu sebagai persediaan memberikan perkhidmatan perubatan semasa satu parti Anugerah Grammy berlangsung telah gagal untuk menyedarkan semula Houston, kata Rosen.
Penyanyi itu meninggal dunia di hotel tempat mentornya, Clive Davis menganjurkan parti sebelum majlis Grammy yang dihadiri sejumlah selebriti industri termasuk penyanyi terkenal.
Houston meninggal dunia beberapa jam sebelum dia dijadualkan menghadiri parti itu.
Para tetamu yang merupakan selebriti terkenal pada parti itu terkejut dengan berita kematian Houston.
Sejumlah peminat berkumpul di luar hotel tersebut untuk menyalakan lilin bagi memperingatinya manakala helikopter berlegar-legar di atas hotel tersebut.
Menurut Guinness World Records, Houston merupakan penyanyi yang memenangi 415 anugerah sepanjang hidupnya.
Dia merupakan penyanyi, pelakon, penerbit dan bekas model.
Menurut seorang saksi, Houston kelihatan berpeluh dan bau arak dan rokok serta kelihatan tidak kemas sebelum dia meninggal dunia.
Tiga hari lalu, dia membuat persembahan pada parti sebelum Anugerah Grammy dengan penyanyi Kelly Price.
Houston yang dibesarkan di New Jersey menghadapi masalah ketagihan dadah.
Albumnya dijual lebih 170 juta unit di seluruh dunia. Dia berkahwin pada 1992 dengan bekas penyanyi blues, Bobby Brown sebelum mereka bercerai pada 2007.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Bobbi Kristina.
Brown pernah ditahan di Atlanta pada 1993 kerana perlakuan tidak senonoh dan bergaduh pada 1995.
Dia juga ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melakukan serangan pada lewat 2003. Sementara itu, mayat Houston dibawa keluar menerusi pintu belakang hotel berkenaan bagi mengelak jurugambar merakamkan gambar.
Seorang pegawai koroner, Kapten Brian Elias menyatakan, mayah Houston telah dihantar untuk dibedah siasat.
Menurut Elias, dia tidak boleh mendedahkan maklumat siapa yang terlebih dahulu menemui mayat Houston sebelum anggota paramedik dipanggil untuk memberikan bantuan kepadanya.
Pada Khamis lalu, akhbar Los Angeles Times melaporkan, Hoston berkelakuan ganjil semasa dia menghadiri latihan satu parti Anugerah Grammy.
Dia kelihatan tidak kemas, pakaiannya tidak sesuai, rambutnya basah walaupun penyanyi tersebut memberi senyuman kepada orang ramai.
Menurut laporan itu, tangan penyanyi berkenaan tergapai-gapai semasa dia bercakap. - Agensi
Lagi berita, gambar di muka 40 & 47.

BILA KES MENIPU KIAN MENINGKAT..JANGAN TERPERANGKAP DENGAN TAWARAN HARGA MURAH....

Menang RM17j nyawa terancam

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.
Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.
Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.


“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.


Pesan IPhone 4s dapat berus cat

Oleh Nor Hazwani Hamat
am@hmetro.com.my

IMPIAN MUSNAH...Faizal menunjukkan berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan yang diterimanya.
IMPIAN MUSNAH...Faizal menunjukkan berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan yang diterimanya.
JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.
Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.
Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.


“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.

Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.

Berulang kali disimbah cat

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat
KOTA BHARU: Selepas dipalit kontroversi dan menjadi mangsa fitnah, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), 23, atau Apek, berdepan pula ancaman pihak tertentu apabila bangunan pejabat syarikat miliknya, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), di sini, disimbah cat hitam.
Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, bangunan terletak di Jalan Seri Cemerlang, Dusun Raja itu disimbah cat hitam tiga kali.
Menurutnya, kejadian pertama berlaku antara 3 dan 4 Februari, diikuti kejadian kedua pada 9 Februari lalu dan terbaru Sabtu lalu.

Kejadian itu mendorong Seiyed Ahmad membuat laporan polis bersama Khairul Fahmi di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.33 tengah hari, kelmarin dan berharap mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.


“Ketika kejadian pertama antara 3 hingga 4 Februari lalu, saya menyangka ia (simbahan cat) perbuatan budak nakal, namun selepas kejadian sama berulang, saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan Apek dan kakitangan.

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kami tidak mahu berlembut lagi kerana kejadian ini menjejaskan reputasi syarikat dan mengancam keselamatan orang lain terutama Apek,” katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini, semalam.

Menurut Seiyed Ahmad, satu bungkusan plastik mengandungi cat hitam turut ditemui di hadapan pintu masuk pejabat KFR pada Sabtu lalu dan bungkusan itu sudah diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti.

Katanya, pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain memantau sebarang pergerakan mencurigakan.

Dalam pada itu, Khairul Fahmi ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam, enggan mengulas dan menyerahkan kepada pengurusan KFR untuk membuat kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Mayat pelajar lemas ditemui di pesisir pantai Batu Buruk



KUALA TERENGGANU: Mayat Ahmad Saibi Amir Muslim, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Ladang yang lemas petang semalam ditemui kira-kira jam 7.42 pagi tadi di pesisir pantai Batu Buruk, di sini.
Mayat mangsa yang tinggal di Bukit Besar, di sini ditemui Pasukan Bomba dan Penyelamat yang baru bersiap untuk memulakan gerakan mencari mangsa selepas operasi dihentikan 8 malam tadi.

Nenek mangsa Madihah Othman, 58, ketika ditemui berkata dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan janji untuk membawa mangsa ke Kuala Lumpur minggu depan.

Katanya semasa kejadian dia berada di rumah dan terlewat untuk menjemput mangsa yang selesai menghadiri Kelas Agama Fardhu Ain di sekolah kira-kira jam 4.30 petang.


"Saya tidak tahu dia ke pantai bersama dua kawannya, kerana menyangkakan arwah masih di sekolah namun terkejut setelah dimaklumkan oleh seorang saudara yang tinggal berhampiran tentang kejadian lemas itu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, awal pagi tadi.

Madihah berkata beliau pernah mengingatkan cucunya agar tidak mandi di pantai itu dan berkata jika cucunya berdegil, beliau akan meletaknya di dalam plastik hitam.

"Tak sanga pula dia betul-betul dibalut dengan plastik hitam hari ini," katanya pilu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang semalam Ahmad Saibi dikatakan sedang mandi bersama dua lagi rakannya apabila tiba-tiba pelampung yang digunakan mangsa pecah dilambung ombak besar setinggi dua meter.

Dua rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Mangsa sempat menjerit meminta tolong bagaimanapun tenggelam dan dibawa arus deras. - Bernama

Hilang nyawa kerana dompet

mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my>

DI KAWASAN inilah Lai Wiang diserang oleh dua lelaki hingga mengakibatkan dia mati dalam kejadian di Taman Abad, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang terlibat dalam pertengkaran di sebuah restoran sepatutnya telah selamat pulang tetapi tindakannya kembali ke premis itu untuk mengambil dompetnya yang tertinggal telah menyebabkan dia diserang hingga mati semalam."
Kejadian pukul 4 pagi di sebuah restoran di Jalan Harimau, Taman Abad di sini itu mengakibatkan Song Chai Lai Wiang @ Ah Tiam dari Kedah mati selepas diserang dua lelaki bersenjatakan pisau dan kayu pemukul di restoran berkenaan.
Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila kedua-dua suspek telah bertengkar dengan mangsa selepas berang kerusi mereka dilanggar secara tidak sengaja.
Rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebaik melihat pertengkaran itu semakin serius, dia terus menarik Lai Wiang meninggalkan restoran berkenaan.
"Tujuan saya ialah untuk meredakan keadaan. Tidak lama selepas kami beredar, mangsa mengatakan yang dia ingin kembali ke restoran itu untuk mengambil dompetnya yang tertinggal.
"Saya menahannya untuk pergi tetapi dia tetap berkeras. Semasa Lai Wiang berjalan ke arah restoran, dia telah diserang kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan pisau dan kayu pemukul," ceritanya.