Padan muka
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak
kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut
bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon
bimbit.
Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di
sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas
tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di
Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30
tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma
Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol
mangsa.
Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol
kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada
pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada
Mac 2010.
Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen
376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30
tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bab Jinayat
Hukum Jenayah Islam
- Pengertian Jenayah
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
- Falsafah Jenayah
Peraturan
yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam
sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
Hukum-Hukum Jenayah Islam
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada
HukumHudud
HukumQisas
Hukum Ta’zir
Hukum Hudud
Pengertian Hudud
Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh
Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan
sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan
AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar
hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau
ditambah.Maksudnya;
“Itulah
hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu
mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim”
Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman
:Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali.
Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Qazaf(menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman :sebat 80 kali
Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman :sebat 40 kali
Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya
hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara
bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan
tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
Riddah(murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman :
Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua
jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman
hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt
penjara @ wang.
Hukum Qisas
Pengertian qisas;
Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
Dan
segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui
nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan
yang melibatkan hak individu.
Jenis jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
Hukuman terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum qisas seseorang
penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia
lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum
bunuh.
Maksudnya;
“Dan
Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa
dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas
dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas
dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa
yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
(Surah al-Maidah ayat 45)
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100
ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh
mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa
tersebut. Di antaranya ialah;
wang emas = 1000 dinar
wang perak = 10,000 -12,000 dirham
lembu = 200 ekor
kambing = 2000ekor
Persalinan = 200 persalinan lengkap
Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
40 ekor Hulqah
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
Pembunuhan Separuh Sengaja ialah
spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu
kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat
membunuhnya)
Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
100
ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan
bersetubuh.
50
ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat
maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan,
mata dan telinga.
ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekorunta.
5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
Hukum Ta'zir
Pengertian ta’zir.
(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti
menolak atau menghalang. (b) Dan segi istilah ialah hukuman yang
dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang
yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di
dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang
yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak
cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
Perbuatan-perbuatan
yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu,
berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
Nasihat;
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
Teguran;
Teguran
rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau
melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan
kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
Pemulauan;
Hukuman
pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya
ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat
bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
Perisytiharan umum;
Membuat
pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya
penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat..
Denda dan merampas harta;
Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.
Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti
Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
Buang daerah;
Hukuman
ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan
dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
untuk
memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat
dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas
penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang
seseorang daripada melakukan jenayah.
untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
Undang-undang
jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya
orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya
berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
Hukuman
jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang
ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan
masyarakat aman dan sejahtera..
Hukuman
jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah
dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah
bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah
akan berkurangan dalam masyarakat.
Terbitan: http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm
Kaffarah bunuh كفرة القتل
Saya
tulis artikal ini, kerana ramai di kalangan masyarakat kita tidak
mengetahui apabila berlaku kemalangan dan ada kematian dengan sebab
kemalangan itu, bahawa wajib atas pemandu membayar kaffarah, selain
daripada wajib membayar diat.
Apabila
sesaorang itu ada membunuh orang yang terpelihara darah, samaada
sengaja, tersalah (tidak sengaja) atau menyerupai sengaja maka wajib
atas yang membunuh membayar kaffarah.
Orang yang terpelihara darah ialah sekelian orang islam dan kafir yang diberi aman.
Orang yang yang tidak wajib kaffarah ialah:
Oarang yang adil membunuh penderhaka didalam peperangan, begitu juga penderhaka tidak wajib kaffarah.
Orang yang membunuh orang yang hendak membinasakanya.
Orang islam yang membunuh orang yang murtad
Orang yang membunuh kafir harbi.
Kaffarah yang wajib di lakukan
1. memerdeka seorang hamba yang mukmin yang ketiadan cacat yang mencederakan pada berkerja.
2.
sekiranya tiada hamba atau ada tetapi harganya lebih daripada harga
semasa maka hendaklah orang yang membunuh yang masih hidup berpuasa dua
bulan berturut-turut dengan diniatkan kafarah.
*
Wajib ditentukan didalam niat bahawa puasa itu untuk kaffarah, tidak
mengapa jika didatangkan di dalam niat itu kaffarah sahaja dengan tidak
mendatangkan kaffarah bunuh.
*
Putus berturut-turut dengan berbuka sehari (tidak puasa sehari)
sekalipun tidak berpuasa itu kerana uzur seperti sakit, kecuali uzur
yang yang menafikan puasa (tak boleh puasa kerana tidak sah) seperti
gila, haidh. dan nifas maka tidak putus berturut-turut apabila kedatangn
uzur itu ditengah puasa.
3.
sekiranya yang membunuh atau menyababkan kematian telah mati maka
hendaklah ahli waris memerdekakan hamba maka harganya diambil daripada
harta peningalan mayat, sekiranya ketiadan hamba atu ada tetapi harganya
lebih daripada harga semasa maka wajib ahli waris mengeluarkan enam
puluh cupak bagi setiap seorang yang dibunuh, dan hendaklah diberikan
kepada fakir miskin.
Peringatan: enam puluh cupak yang dikeluarkan itu bukan kaffarah tetapi ganti bagi puasa yang tidak dapat dilakukan.
Jenis-jenis bunuh yang mewajibkan kaffarah
1.
bunuh dengan sengaja iaitu melakukan satu perkara yang menyebabkan
kematian dengan sesustu yang boleh membunuh pada kebiasannya. Termasuk
membunuh diri, menjadi saksi pendusta yang menyebabkan orang yang
disaksikan itu dihukum bunuh, hakim yang menghukum bunuh kepada orang
yang tidak dihukum bunuh di sisi syarak seperti pengedar dadah, orang
yang mengantung pengedar dadah dan sebagainya.
2. bunuh dengan tersalah melakukan suatu perkara yang menyebabkan kematian dengan tersalah/tersilap, seperti:
* menembak perburuan terkena orang.
*
pemandu kenderan yang menyababkan kematian, samaada yang mati dirinya
sendiri, penumpang atau orang lain yang terlibat dengan kemlangan itu, إن شاء الله perkara ini saya akan terang secara terperinci.
* tersalah memberi ubat yang menyebabkan kematian.
3.
bunuh menyerupai sengaja iaitu melakukan satu perkara yang tidak
menyebabkan kematian pada kebiasannya seperti memukul dengan rotan,
memukul denga tongkat yang ringan pada tempat yang tidak memyebabkan
kematian seperti pukul pada kaki dan lainnya.
Bertempur/kemalangan الإصطدام
Bertempur
ada beberapa jenis kerana terkadang bertempur antra dua orang yang
berjalan kaki, terkadang berkenderan keduanya, terkadang yang satu
berjalan kaki dan yang satu lagi berkenderan.
Jenis kemalangan yang wajib kaffah
1.
Apabila bertempur dua orang yang berjalan kaki dan mati keduanya maka
wajib atas keduanya, dua kaffarah. Satu kaffarah dirinya dan satu lagi
kaffarah orang yang ditempuh.
2. Apabila bertempur dua orang dan mati salah seorang maka wajib kaffarh atas yang hidup satu kaffarah.
3.
Apabila bertempur dua orang perempuan yang berjalan kaki dan dalam
perut keduanya ada kandungan dan mati sekeliannya maka wajib setiap
seorang perempuan itu empat kaffarh. Iaitu kaffarah diri masing masing,
kaffarah orang yang ditempur, kaffarah anak yang ada didalam perut
masing masing dan kaffarah anak yang ada didalam perut orang yang
ditempuh.
4.
Apabila bertempur dua kenderaan dan di dalamnya ada beberapa orang,
seperti empat orang di dalam setiap kenderan maka pemandu setiap
kenderan wajib atasnya lapan kaffarah. Iaitu satu kaffarah terbunuh diri
masing masing, tiga kafarah terbunuh tiga penumpang yang ada didalam
kenderann masing masing, satu kaffarah terbunuh pemandu yang kena
tempur, tiga kaffarah terbunuh tiga penumpang yang berada didalam
kenderaan orang yang ditempuh.
Selain dari itu dikiaskan dengan apa yang telah tercatat.
Selain daripada kaffarah wajib membayar diat, kerosakkan kenderaan dan kerosakkan barang yang dibawa. إن شاء الله saya akan tulis satu artikal khusus untuknya.
BAB JINAYATBab 1:Pengertian Jinayat
Jinayah
menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan
jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
Penta`rifan
tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan
perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan
seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di
kenakan hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang
melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk
dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang
wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-
1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan
Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah
Mengikut
peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan
Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah
syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah
syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan
hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud
Hukuman
hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di
dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang
bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau
dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka
yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah
dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b)
Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas
orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya
tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d)
Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau
milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk
menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad,
iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan
atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak
(hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk
mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g)
Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan
hukum-hukum Islam.
2. Hukuman Qisas
Hukuman qisas adalah
sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan
oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah
kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan
bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan,
mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c)
Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain
dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan
dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau
mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib
dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan
tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah
tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan
gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa
yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa
baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Ma'idah: 45)
3. Hukuman Diyat
Hukuman diyat
ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali
atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang
dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah
hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan
ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan
kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka
sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya
(pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu)
mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh
pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan
kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui
batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak
terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
4. Hukuman Ta`zir
Hukuman
ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu
penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk
hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir
adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya
dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas
kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang
membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar
dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim
untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas
penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan
untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang
mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
Hukuman
hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah
syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang
tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu
menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang
sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh
bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka
hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)
2.
Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah
menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan.
Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan
mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat
sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum
qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal
fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3.
Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari
kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan.
Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari
lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh
Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah
s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali
sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat
juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4.
Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan
supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir
hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan
perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin
As-Somit r.a. yang bermaksud:
"Ambillah peraturan daripada aku,
ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi
jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya
disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun.
Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak
seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5.
Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri
dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri,
dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya
sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk
kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang
mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu
hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya
balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan
bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan
membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka
membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka
membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan
berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau
mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu
adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka
beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)
Bab 4: Pembunuhan
1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa
yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah
neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan
disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."
2. Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :
1) Sengaja semata-semata
i)
Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang bertujuan
untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh atau
mematikan seseorang.
Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas
dengan bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan
dengan membayar diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan
tanpa membayar diyat(denda) -
Syarat wajib qisas :-
1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris
3) Tersalah semata-mata
-
Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang itu
menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan
orang itu terbunuh.
Hukuman :-
Dikenakan islah tidak
dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi dia kena diyat mukhafafah (denda
yang ringan). Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan
bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga tahun. -
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa
yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan maka
hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar
diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh."
(Surah An-Nisa'a - Ayat 92)
3) Menyerupai semata-mata
-
Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat yang
biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti ranting kayu dan
mati dengan pukulan itu
.
- Hukumannya:-
Islah tiada wajib
qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga pembunuh
membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara
beransur-ansur selama tiga tahun.
Bab 5 : Zina
Ialah
persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan
tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami
isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak
termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika
seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan
lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah
isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi
menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu
sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu
tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa
dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana
persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu
persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak
yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan
dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan
perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib
dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan
hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An- Nur ayat 2)
ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)
ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan
yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah
lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah
pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara
halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan
bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan
zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah
kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh
hukum syarak.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang
yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib
dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu
yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di
dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki
atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas
mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya
sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada
lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100
kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di
dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki
atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas
mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan
yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan
telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak
menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu
dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh
dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan
sebab perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau memperkosa
perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti
– bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang
keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud
keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan
dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan
yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan
diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah
membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan
disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan
secara paksa itu.
Bab 6: Liwat
Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan
persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh
difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya
dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman
hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu
muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri
selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)
MUSAHAQAH (LESBIAN)
Melakukan
sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan
perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga
mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj
diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu
perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana
kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang
dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan
hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu
dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk
membuktikan zina.
MENDATANGI BINATANG
Seseorang yang
mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina.
Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan
keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.
BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI
Lelaki
yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak
boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib
dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar
lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh
juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan
hukuman takzir.
Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki
dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak
boleh dikenakan hukuman hudud.
BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk
mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan
hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara
berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan
sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara
perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu
menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)
ii)
Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini
hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
iii)
Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan,
misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak
diketahui perempuan itu ada suami.
KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA
Saksi-saksi
yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh
diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat
berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6.
Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya
sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu
seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu
mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu
ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan
secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan
itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang
sama (tidak berlainan tempat dan masa).
( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )
Bab 7: Qazaf
PENGERTIAN QAZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.
PEMBAHAGIAN QAZAF
1.)
Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti
seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa
mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.
2.) Qazaf yang
pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang
menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan
sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh
menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang
yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki
yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib
dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak
boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang
fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan
orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan
yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat
orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu
terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah
orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)
PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika
orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak
boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana
berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari yang bermaksud:
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan
manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur
sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh
dari gilanya”.(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF
Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i)
Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan
yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak
boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan
penafian nasab (keturunan)
ii) Tuduhan yang dibuat secara
kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak
jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.
iii)
Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang
menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh
memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam
perkataan kinayah.
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)
Bab 8 : Minum Arak (Khamar)
PENGERTIAN ARAK
Arak
ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar,
berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak
atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan
kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak
hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau
pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.
Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman
bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis /
keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya”.(Surah Al- Maidah ayat 90)
HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam
Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum
arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai
tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan
tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan
hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib
r.a yang bermaksud:
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang
minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat
sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali
sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang
paling akau suka”.
KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:
i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang
yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa
dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan
hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan
sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.
PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang
yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan
hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak
– kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak
(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana
perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah
syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan
hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan
menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,
orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila
sehingga ia sembuh dari gila’. (Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti
– bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar)
yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan
minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang
diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat
oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa
paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau
penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai
syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari
orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang
perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak
boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian
mereka itu boleh mendatangkan keraguan.
Bab 9 : Mencuri (Sariqah)
PENCURI
Pencuri
ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil
daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta
itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan
mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri
lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai
balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi
maha bijaksana”(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI
1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.
HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1)
Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun
jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes
sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2)
Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya
(tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu
mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan
tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga
golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya,
kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal
(siuman)”(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3) Orang yang
dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan
diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
4)
Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran)
atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga
dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut
adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan
perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah
yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam
perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi
hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut
kea’rifan dan kebijaksanaannya.
PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1)
Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil
harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan
kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan
tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah
didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman
takzir.
2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.
3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.
4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.
5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
SABIT KESALAHAN MENCURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii)
Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang
yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana
mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu
memang sebenarnya adalah mencuri.
2. Pencuri yang mengaku melakukan
kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan
sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.
3.
Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan
kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat
saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian,
tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.
PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.
2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.
3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.
4)
Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan
menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.
5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.
6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.
7)
Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan
tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman
yang memabukkan.
8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.
9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.
10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).
11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.
12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.
Wallahua’lam
RUJUKAN:
1. http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/mencuri.htm
UST MUHAMAD NAIM HASHIM
11 FEB 2008/3SAFAR 1429
1. PENGERTIAN HUDUD
Hudud adalah bentuk jama’ dari kata
had yang asal artinya sesuatu yang membatasi di antara dua benda. Menurut bahasa, kata had berarti
al-man’u (cegahan) (Fiqhus Sunnah II: 302).
Adapun menurut syar’i,
hudud
adalah hukuman-hukuman kejahatan yang telah ditetapkan oleh syara’
untuk mencegah dari terjerumusnya seseorang kepada kejahatan yang sama
(Manarus Sabil II: 360).
2. DELIK HUKUMAN KEJAHATAN
Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya sudah menetapkan hukuman-hukuman
tertentu bagi sejumlah tindak kejahatan tertentu yang disebut
jaraimul hudud
(delik hukuman kejahatan). Yaitu meliputi kasus; perzinahan, tuduhan
berzina tanpa bukti yang akurat, pencurian, mabuk-mabukan,
muharabah
(pemberontakan dalam negara Islam dan pengacau keamanan), murtad, dan
perbuatan melampui batas lainnya (Fiqhus Sunnah II: 302).
3. KEUTMANAAN MELAKSANAKAN HUKUM HAD
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Satu hukuman kejahatan yang ditegakkan di muka bumi lebih penduduknya daripada mereka diguyurhujan selama empat puluh hari.” (Hasan ; Shahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah II ; 848 no : 2538, Nasa’I VIII ; 76).
4. KEWAJIBAN MENEGAKKAN HUKUMAN ATAS KELUARGA DEKAT ATAPUN SELAIN MEREKA DAN ATAS ORANG TERPANDANG MAUPUN RAKYAT JELATA
Dari ubadah bin Shamit bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Tegakkanlah
hukuman-hukuman (dari) Allah pada kerabat dan lainnya, dan janganlah
kecamanan orang yang suka mencela mempengaruhi kamu dalam (menegakkan
hukum-hukum) Allah.” (Hasan: Shahih Ibnu Majah No. 2058 dan Ibnu Majah 849 No. 2540)
Dari Aisyah bahwa Usamah pernah berbincang-bincang dengan Nabi Muhammad saw perihal seorang perempuan, lalu Beliau bersabda,
“Sesungguhnya
orang-orang sebelum kamu telah binasa hanyalah disebabkan mereka biasa
menegakkan hukuman kejahatan atas nama orang yang dipandang hina dan
mereka tidak menegakkannya atas orang yang terpandang. Demi Dzat yang
jiwaku berada di tangan-Nya, kalaulah sekiranya Fatimah (binti
Mumahammad) melakukan (pencurian) itu, niscaya aku potong tangannya.” (Shahih ; Irwa-ul Ghalil no. 2319 dan Fathul Bari XII 86 no. 6887).
5. TIDAK DIBENARKAN MINTA PEMBEBASAN HUKUMAN, BILA SUDAH DIMEJAHIJAUKAN
Dari Aisyah r.a bahwa kaum Quraisy sangat memusingkan mereka ihwal
seorang perempuan suku Makhzum yang telah melakukan kasus pencurian.
Mereka mengatakan, “Siapa yang bisa berbicara dengan Rasulullah saw
(yaitu mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)?” Tidak
ada yang berbicara hal itu, kecuali Usamah kesayangan Rasulullah saw
dan Beliau menjawab,
“Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian Nabi saw berdiri lalu berkhutbah,
“Hai
sekalian manusia, orang-orang sebelum kamu menjadi sesat hanyalah
disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan (tidak
melaksanakan hukuman kepadanya. Demi Allah, kalaulah seandainya Fathimah
binti Muhammad mencuri, niscaya Muhammad memotong tangannya.”
(Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 87 No. 6788, Muslim II: 1315 no
1688, ‘Aunul Ma’bud XII: 31 No: 4351, Nasa’i VII: 74, Tirmidzi II: 442
no: 1455 dan Ibnu Majah II: 851 no: 2547)
6. DIANJURKAN MENUTUP AIB SESAMA MUKMIN
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa menutup aib orang muslim, niscaya Allah menutup aibnya (juga) di dunia dan di akhirat.”
(Shahih: Mukhtashar Muslim no. 1888, Muslim IV: 2074 no 2699, Tirmidzi
II: 539 no 1449, Ibnu Majah I: 82 No. 225, ‘Aunul Ma’bud XIII: 289 no.
4925).
Dianjurkan juga bagi seorang hamba untuk menutup aibnya sendiri, sebagaimana yang ditegaskan dalam sabda Nabi saw,
“Seluruh
ummatku akan dima’afkan (kesalahannya), kecuali orang-orang yang
membeberkan aibnya sendiri; dan termasuk membeberkan aib sendiri
seseorang di malam hari melakukan kesalahan, kemudian esok harinya
Allah menutupinya, lantas ia berkata (kepada orang lain): Hai fulan,
tadi malam saya sudah berbuat begini dan begini. Padahal semalam aibnya
ditutupi oleh Rabbnya, maka pada pagi harinya dia membuka tabir Allah
itu atasnya.” (Muttafaqun ’alaih: X: 486 no: 6069, dan Muslim IV: 2291 no: 2990)
7. HUDUD SEBAGAI KAFARAH
Dari Ubadah bin Shamit r.a, ia bertutur: Kami pernah berada di dekat Nabi saw dalam salah satu majelis, Beliau bersabda,
“Berjanji
setialah kamu kepadaku, bahwa kamu tidak akan mempersekutukan Allah
dengan sesuatu apa pun, tidak akan mencuri dan tidak (pula) akan
berzina.” Kemudian Beliau membaca seluruh ayat ini. Lanjut Beliau,
“Maka
barangsiapa di antara kamu yang menepati janjinya, niscaya Allah akan
memberikannya pahala. Tetapi siapa saja yang melanggar sesuatu darinya,
lalu diberi hukuman maka hukuman itu adalah sebagai kafarah (penghapus
dosanya), dan barangsiapa yang melanggar sesuatu darinya lalu ditutupi
olah Allah kesalahannya (tidak dihukum), maka terserah kepada Allah;
Kalau Dia menghendaki diampuni-Nya kesalahan orang itu dan kalau Dia
menghendaki disiksa-Nya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari I: 64 no: 18, Muslim III: 1333 no: 1709 dan Nasa’i VII: 148).
8. PIHAK YANG BERWENANG MELAKSANAKAN HUDUD
Tak ada yang berwenang menegakkan hudud, kecuali imam, kepala negara,
atau wakilnya (aparat pemerintah yang mendapat tugas darinya). Sebab,
di masa nabi saw, Beliaulah yang melaksanakannya, demikian pula para
Khalifahnya sepeninggal Beliau. Rasulullah saw pernah juga mengutus
Unais r.a untuk melaksanakan hukum rajam, sebagaimana dalam sabdanya
saw:
“Wahai Unais, berangkatlah menemui isteri orang itu, jika ia mengaku (berzina), maka rajamlah!” (Hadis ini akan dimuat kembali dalam kisah yang akan segera dikemukakan)
Seorang tuan boleh melaksanakan hukuman atas hamba sahayanya. Hal ini mengacu pada sabda Nabi saw:
“Apabila
seorang budak perempuan berzina, lalu terbukti ia berzina, maka
hendaklah dia (tuannya) mencambuknya dengan sunguh-sungguh dan janganlah
mencelanya. Kemudian jika ia berzina untuk kedua kalinya, maka juallah
ia meki sekedar dengan harga sehelai rambut.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 165 No. 6839 dan Muslim III: 1328 No. 1703).
Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi,
Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau
Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm 815 - 820.
Bukan 4 tapi 6 isteri
Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki
berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk
bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah
keseluruhan isterinya enam.
Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada
Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang
wanita berstatus janda di tempat sama.
Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat
lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang
dengan dosa.
Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40,
berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam
apabila memiliki enam isteri serentak.
“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini
kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum
agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya
tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Lelaki Vietnam mati ditetak
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
SIASAT... pihak polis memeriksa mayat yang disyaki warga Vietnam dengan
kesan tetakan di seluruh badannya dalam kejadian di Jalan Seroja Kampung
Sungai Kayu Ara.
PETALING JAYA: Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam
ditemui mati dengan perut terburai serta kesan tetakan di seluruh badan
berdekatan sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Damansara Utama di sini,
malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia dalam
lingkungan 20-an ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dan
berlumuran darah berdekatan rumah sewa yang dihuni mangsa bersama isteri
serta beberapa rakan senegaranya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed, berkata sebaik pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai,
sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan.
Menurutnya, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kimpalan
dipercayai ditetak mati dalam pergaduhan dengan beberapa orang yang
mungkin dikenalinya.
"Mangsa ditetak di seluruh badannya termasuk perut dan kepala dan
kami sedang menjejaki rakan mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya yang
menolak kemungkinan samun sebagai motif pembunuhan.
Beliau yang ditemui di lokasi kejadian malam tadi berkata,
siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan
membunuh.
Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Thien yang mengaku
teman sekampung mangsa di Vietnam, menjelaskan bahawa mangsa dikenali
sebagai seorang yang gemar berjudi.
Menurutnya, kira-kira dua hari lalu, mangsa yang sudah lapan tahun
bekerja di Malaysia, dikatakan mengalami masalah dengan beberapa lelaki
warga Indonesia berikutan kegiatan judinya.
Katanya, dia percaya kejadian berkenaan berpunca daripada perselisihan faham dengan kumpulan lelaki Indonesia terbabit.
Menurut Thien lagi, mangsa baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu dan tinggal bersama isterinya di rumah sewa terbabit.