Friday, March 23, 2012

TUTUP AJE...MEMANG BAHAYA...KALAU TAK...TAK KAN DARI JAUH DIBAWA...BAIK BUAT DEKAT NEGERI SENDIRI...LAGI JIMAT...DINEGERI MEREKA PUN DIBANTAH...

Muamba mati selama 78 minit

MUAMBA diberi rawatan oleh pasukan perubatan selepas pemain itu rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan peringkat suku akhir Piala FA antara Bolton dan Tottenham di London Sabtu lalu.


LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.
Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.
Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.
Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.
Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.
Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.
Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.
“Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.
“Dia telah mati ketika itu,” tambah Tobin.

Gadis hilang ikut suami orang


DI lokasi berhampiran kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas, Kuantan inilah Nornabila ditemui malam kelmarin.


KUANTAN – Seorang gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Koperasi, Jerantut pada Isnin lalu ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai hilang kerana mengikut kekasihnya yang sudah beristeri sehingga ke Kuantan ditemui oleh keluarganya pada pukul 10 malam.

“Ibu pelajar terbabit sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.
“Keluarga Nornabila dari Jerantut pergi ke Kuantan dan menemui remaja itu berhampiran kedai 7-Eleven di Taman Tas selepas dihantar ke situ oleh teman lelakinya,” kata beliau di sini semalam.
Jarak antara rumah remaja itu dengan lokasi dia ditemui ialah kira-kira 163 kilometer.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan, pelajar terbabit pernah hilang dari rumah sebelum ini bersama lelaki sama yang berusia 20-an.
Akhbar semalam melaporkan Nornabila atau lebih mesra dipanggil Kakak didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Nor Syazwani Mazlan, 15, pada pukul 8.30 malam Isnin lalu.

Tutup Lynas jika mudarat –Najib


NAJIB menjawab soalan daripada DJ stesen radio 988 FM pada program 988 Street VIP di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ia memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
“Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.
“Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi,” katanya pada temu bual dengan stesen radio 988 FM di sini semalam.
Beliau ditemu bual oleh DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui pada program 988 Street VIP selama satu jam.
Najib berkata, dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas itu digunakan untuk tujuan politik.

‘Mahu jumpa Khairul sebelum ajal’


HALIJAH tidak dapat menahan kesedihan apabila teringatkan nasib anaknya, Khairul Azuan di Batu Gajah, Perak semalam.


BATU GAJAH – Seorang ibu merayu campur tangan Wisma Putra bagi membolehkan dia melawat anak lelakinya yang kini meringkuk di penjara Taiwan setelah menjadi mangsa keldai dadah sejak enam tahun lalu.
Halijah Abdul Rashid, 54, berkata, anak keduanya, Khairul Azuan Abu Hasan, 32, (gambar kecil) kini ditahan di Pusat Tahanan Taoyuan, Taiwan setelah didapati bersalah memiliki 1.536 kilogram dadah jenis heroin pada 2008.
Katanya, mereka sekeluarga hanya mengetahui Khairul Azuan dipenjara di Taiwan setelah dihubungi anaknya itu pada Aidilfitri 2007, kira-kira setahun selepas menghilang diri tanpa sebarang berita.
“Sejak itu dia tidak putus mengirim surat setiap tiga bulan selain dibenarkan menghubungi keluarga dua kali setahun iaitu pada sambutan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
“Begitupun, selepas enam tahun berlalu, hati saya sebagai ibu begitu meronta mahu bertemunya untuk melepaskan rindu walaupun tidak dibenarkan pihak berkuasa Taiwan,” rayunya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Sindu, Kampung Kepayang dekat sini semalam.

Dadah: Posmen dihukum gantung


ABD. RAHIM dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas dijatuhi hukuman gantung semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang posmen dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 500 gram ganja tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, M. Gunalan memutuskan hukuman tersebut terhadap Abd. Rahim M. Ali, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
“Pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata dan penjelasan tertuduh ketika ditangkap juga tidak munasabah,” kata Gunalan.
Sebaik hukuman dibacakan, suasana bertukar pilu apabila seorang wanita dipercayai isteri tertuduh pengsan manakala tertuduh yang bekerja sebagai posmen di Pejabat Pos Larkin di sini memeluk dan mencium anak-anaknya.

Pencuri ‘terculik’ cucu mangsa

MELAKA – Seorang warga emas melalui detik yang mencemaskan selama kira-kira tujuh minit apabila cucu kesayangannya dilarikan secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang mencuri keretanya di Jalan Syed Abdul Aziz di sini semalam.
Abu Semah Othman, 62, berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang selepas dia memberhentikan kereta jenis Proton Gen2 miliknya di tepi jalan berkenaan tanpa mengunci pintu untuk menjelaskan insurans nyawa di sebuah syarikat insurans yang terletak di Jalan Melaka Raya 8 di sini.
Pada waktu yang sama, cucunya Nor Abdullah Afiq Abdullah, 8, yang sedang tidur ditinggalkan dalam kereta berkenaan seorang diri.
Jarak antara kereta Abu Semah dan syarikat insurans itu adalah kira-kira 20 meter.
“Saya tidak membawa Afiq bersama kerana dia sedang nyenyak tidur, malah saya memasang pendingin hawa tanpa menghidupkan enjin bagi keselesaannya.
“Bagaimanapun, saya tidak mengunci pintu kerana beranggapan urusan saya di syarikat insurans tersebut hanya sekejap,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini.

Kembali semula dalam 4 jam

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

DEGIL...sebahagian pelacur warga China yang ditahan dalam dua serbuan.
DEGIL...sebahagian pelacur warga China yang ditahan dalam dua serbuan.
KUALA LUMPUR: Tidak sampai empat jam diserbu, sekumpulan pelacur warga China yang sebelum itu melarikan diri, kembali menawarkan khidmat seks di kawasan sama, namun kedegilan mereka mengundang padah apabila dicekup polis dalam serbuan susulan.
Dalam serbuan jam 4 pagi semalam, sembilan pelacur yang menjadikan kawasan tempat letak kereta di Jalan Gelang off Jalan Sungai Besi, di sini, sebagai sarang pelacuran dan lokasi mereka mencari pelanggan ditahan polis.

Terdahulu dalam serbuan jam 12.30 pagi di lokasi sama, Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan 15 pelacur berusia 20 dan 30-an manakala beberapa pelacur lagi sempat lari menyembunyikan diri.
Namun, satu lagi serbuan dijalankan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan menahan sembilan pelacur yang sebelum itu menyembunyikan diri, tetapi keluar semula untuk menyambung ‘perniagaan’ sebaik polis meninggalkan kawasan berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, walaupun diserbu D7 Bukit Aman empat jam sebelum itu, ternyata kumpulan pelacur warga China terbabit berdegil dan seolah-olah mencabar pihak berkuasa dengan meneruskan aktiviti maksiat di kawasan berkenaan.

“Nampaknya mereka masih berdegil dan berani menjalankan kegiatan pelacuran di kawasan ini sekalipun baru saja diserbu.

“Jadi, kami mengadakan serbuan susulan dan akan memantaunya dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak terus dijadikan sarang pelacuran terutamanya membabitkan wanita China.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan wanita berkenaan menggunakan pas lawatan sosial dan sudah beberapa kali memasuki negara ini semata-mata untuk menjadi pelacur,” katanya.
Dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut menahan dua lelaki yang sedang mendapatkan khidmat pelacur serta merampas peralatan seks, krim pelincir dan ratusan kondom.

‘Diculik 10 minit’

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: “Bila terjaga daripada tidur, saya terkejut dan hanya mendiamkan diri kerana takut selepas melihat seorang lelaki tak dikenali memandu kereta datuk,” kata Nor Abdullah Afiq Abdullah, 8, yang ‘diculik’ kira-kira 10 minit oleh penjenayah yang melarikan kereta milik datuknya ketika dia tidur di dalam kenderaan itu.
Kejadian berlaku jam 2.15 petang di Jalan Melaka Raya 8, di sini, selepas Abu Samah Othman, 62, meninggalkan cucunya itu yang tidur di tempat duduk belakang Proton Gen.2 miliknya untuk membuat urusan pembayaran insurans.

Bagaimanapun, kegembiraan penjenayah yang tidak menyedari Nor Abdullah tidur di tempat duduk belakang kereta itu tidak lama kerana dia ditahan polis di Jalan Parameswara, tidak sampai dua kilometer (km) dari lokasi kereta itu dilarikan.
Menurut Nor Abdullah, dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri menangis selepas kereta dipandu penjenayah itu ditahan anggota polis.

“Saya takut dan hanya diam, bila dia tanya tinggal di mana? Saya jawab di Tampin dan saya juga jawab tidak tahu apabila dia bertanya sama ada saya tahu jalan pulang ke rumah.

“Lelaki itu bermuka jahat dan saya menangis sebaik saja kereta datuk ditahan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, semalam.

Sementara itu, Abu Samah berkata, sebelum kejadian dia yang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah ke Johor Bahru, Johor, singgah di bandar raya ini untuk membayar ansuran bulanan insurans nyawa di sebuah syarikat insurans di lokasi kejadian.

Katanya, dia meninggalkan keretanya di tepi jalan bertentangan dengan pejabat syarikat berkenaan dalam keadaan tidak berkunci.
“Ketika itu saya mematikan enjin kereta, tetapi radio dan penghawa dingin dihidupkan dalam keadaan kunci berada di dalam kerana Nor Abdullah sedang tidur.

“Bagaimanapun, tidak sampai lima minit berurusan dan keluar dari pejabat itu, saya lihat kereta sudah tiada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu kerana bimbang keselamatan cucu,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan tidak tentu arah, dia memaklumkan kejadian kepada kerani wanita di syarikat itu yang kemudian menghantarnya ke Balai Polis Bandar Hilir untuk membuat laporan.

Katanya, ketika dalam perjalanan mereka terserempak seorang anggota trafik dan memaklumkan mengenai kejadian.

“Sebaik mendapatkan nombor pendaftaran dan jenis kenderaan, anggota itu mengarahkan saya membuat laporan polis.

“Kira-kira enam minit menunggu di balai selepas membuat laporan, saya dimaklumkan kereta dan cucu saya ditemui. Syukur dia selamat dan tidak dicederakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, hasil tindakan pantas anggota trafik berkenaan melakukan hebahan dan rondaan berjaya mengesan kereta mangsa di Jalan Parameswara.

“Kami menahan seorang lelaki berusia 30-an dan cucu mangsa berada dalam kenderaan berkenaan.

“Turut ditemui, beg pinggang suspek yang mengandungi beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri kenderaan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal, pihaknya menahan dua lagi suspek iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang perempuan warga Thailand berusia 20-an di sebuah hotel, di sini.

Ibu panik dukung bayi lari ke hutan



SEREMBAN: Akibat terlalu panik, seorang ibu nekad mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan dan cuba melarikan diri ke dalam hutan sejurus menyedari rumah kongsi didiaminya di sebuah tapak pembinaan di Sikamat di sini, diserbu pihak berkuasa, tengah malam semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, wanita warga Indonesia berusia 30-an itu bertindak demikian berikutan tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain bayinya turut tidak didaftarkan.

Wanita dipercayai bertarung nyawa melahirkan bayi lelaki di rumah kongsi itu bagaimanapun tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditahan pihak berkuasa.
Dia dikatakan mencari rezeki di negara ini dengan bekerja sebagai buruh binaan untuk menyara anaknya berikutan suaminya yang juga warga Indonesia berada di Johor dipercayai bekerja di situ.

Perkara itu dihidu sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Othman, yang melancarkan Ops 6P di tujuh lokasi berasingan di sekitar daerah ini dan Nilai, bermula jam 9.30 malam kelmarin.

Dalam operasi sembilan jam itu, 31 warga asing termasuk lapan wanita dan bayi berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen. Menurut Faizal, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai warga asing di semua lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, kita menjalankan pemeriksaan secara berperingkat dan menahan 22 lelaki, lapan wanita dan seorang kanak-kanak lelaki (bayi) atas kesalahan tidak memiliki dokumen serta tinggal lebih masa di negara ini.

“Serbuan dijalankan antaranya merangkumi rumah kongsi, pasar, pusat hiburan dan rumah di sekitar Sikamat, Rahang, Senawang dan Nilai.
“Hasil pemeriksaan mendapati warga Indonesia terdiri 15 lelaki, enam wanita dan seorang kanak-kanak. Ia diikuti dua lelaki Pakistan, dua wanita dan seorang lelaki Nepal manakala masing-masing satu warga China, Vietnam, Bangladesh dan Myanmar,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, semua ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.

Kata Faizal, pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan berterusan bagi memastikan warga asing di negeri ini mematuhi peraturan ditetapkan.

TAKDIR MEMANG JELAS ITU TAKDIR...HILANGKAN SIKAP CUAI SERTA GOPOH GAPAH SERTA SERINGLAH BERHATI2...SATU IKHTIAR DISAMPING DOA

Misteri mati badan berasap

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KAJANG: “Saya terkejut sebaik melihat lelaki yang terbakar seluruh badan di depan rumah saya adalah anak saudara sendiri,” kata Badrul Shah Sahak, 45.
Anak saudaranya, Mohd Farid Hassan, 27, maut selepas melecur hampir 90 peratus badannya dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, dekat sini, pada jam 2.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mangsa datang ke rumah bapa saudaranya itu mungkin untuk meminta pertolongan selepas tubuhnya terbakar.


Setakat ini, polis mendapati tiada kesan jenayah di tempat kejadian seperti penemuan petrol atau pemetik api yang boleh mencetuskan kejadian itu.

Biawak punya fasal

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my

REMUK...keadaan kereta dipandu Mohd Firdaus selepas ditimpa kemalangan.
REMUK...keadaan kereta dipandu Mohd Firdaus selepas ditimpa kemalangan.
REMBAU: Empat kenderaan termasuk sebuah lori tangki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang kelmarin.
Difahamkan, selain lori, kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu membabitkan Proton Saga BLM, Perodua Kancil dan Proton Saga jenis lama.

Mangsa, Mohd Firdaus Abu Bakar, 24, yang memandu Proton Saga BLM mendakwa, ketika kejadian, dia bersama tunangnya berusia 21 tahun dalam perjalanan dari Nilai menuju ke kampungnya di Johol.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kancil berhenti secara tiba-tiba kerana mendakwa cuba mengelak daripada melanggar anak biawak yang melintas jalan.

“Pada masa sama, sebuah lori tangki melanggar belakang kereta saya. Berikutan keadaan jalan licin, saya yang berada di belakang Perodua Kancil itu hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Menurutnya, kereta dipandunya berpusing dua kali sebelum berhenti di bahu jalan.

“Tunang saya yang berada di bersebelahan turut menjerit ketakutan, namun saya bersyukur kerana kami tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang Proton Saga BLM berkenaan.
“Proton Saga BLM itu seterusnya melanggar belakang Perodua Kancil di depannya. Pada waktu sama, kepala lori berkenaan memasuki laluan bertentangan dan bergesel pula dengan Proton Saga jenis lama yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Badan terlipat dua

Oleh Mary Victoria Dass, Siti Nadirah Hafidzin, Ahmad Othman dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

DISINI...jiran, Roslilawati Supardi, 42, menunjukkan lokasi budak terperosok di bawah kereta.
DISINI...jiran, Roslilawati Supardi, 42, menunjukkan lokasi budak terperosok di bawah kereta.
RAWAT...Ilman yang parah bahagian
paru-paru kini dirawat di HSA.
RAWAT...Ilman yang parah bahagian paru-paru kini dirawat di HSA.
JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.


Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Wednesday, March 21, 2012

CERMELANG HAKIKI DAPAT MASUK SYURGA DIAKHIRAT KELAK...PUSAT ZAKAT KENA BERI ASNAFNYA..KERANA BELIAU MISKIN...KENAPA SUSAH SANGAT NAK BANTU DAN KELUAR WANG...MENCURI GUNA TANGAN..ITU SEBAB ISLAM SURUH POTONG...KITA TERIMA PADAH...KERANA DEGIL TAK MAU LAKSANA HUKUM ALLAH....

Minta susu dapat sirap

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@nstp.com

BUKTI...Noor Hamidahwati  menunjukkan gambar tiga anaknya yang dijaga rumah kebajikan di Kuantan.
BUKTI...Noor Hamidahwati menunjukkan gambar tiga anaknya yang dijaga rumah kebajikan di Kuantan.
PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis.
PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis.
JOHOR BAHRU: “Memang saya orang susah dan tak mampu jaga anak dengan baik, tapi saya tak sanggup lihat anak diperlakukan begitu. Jadi saya rayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pulangkan semula tiga anak saya.
“Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM.”
Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya.


Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya.

‘Tiga Abdul’ cemerlang

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
am@hmetro.com.my

MANTAP...(dari kanan) Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak.
MANTAP...(dari kanan) Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak.
JITRA: Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), di sini, apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan, semalam.
Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak masing-masing berusia 18 tahun menganggap kejayaan mereka sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.

Abdullah memperoleh keputusan 7A 2B; Abdul Rahim meraih 9A manakala Abdul Razak mendapat 8A 1B. Abdullah berkata, dia dan adik-adiknya tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu kerana ketika peperiksaan percubaan, mereka mendapat keputusan kurang baik.
Menurutnya, rahsia kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang dengan sentiasa memberi tumpuan ketika guru mengajar dan mengulang kaji pelajaran cara mereka.

“Kami bertiga selalu mengadakan perbincangan setiap malam dan akan merujuk kepada rakan lain seterusnya kepada guru jika tidak dapat menyelesaikan masalah.

“Selain itu, kami sering membaca al-Quran dan melakukan solat hajat terutama ketika menghadapi peperiksaan bagi mencari ketenangan.

“Kami juga mengamalkan makan kismis tujuh biji sebelum masuk ke bilik peperiksaan,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama dua lagi adik kembarnya.

Abdul Rahim juga berterima kasih kepada guru SMSAH yang banyak membantu mereka bersaudara, malah tidak jemu memberi tunjuk ajar serta sanggup datang pada waktu malam untuk mengajar terutama ketika menjelang hari peperiksaan.
“Memandangkan tinggal di asrama, kami menganggap guru seperti ibu bapa juga yang sentiasa mengambil berat sama ada pelajaran mahupun kehidupan seharian di asrama,” katanya yang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.

Sementara itu, Abdul Razak pula berkata, walaupun gembira dengan pencapaian mereka, namun terkilan kerana seorang lagi kembar mereka, Abdul Rahman tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama apabila meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang ketika berusia lima tahun.

RM280,000 dalam 10 minit

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim dan Kalidevi Mogan
am@hmetro.com.my

TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.
TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.
KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.
Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.


Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan.

BAB AGAMA INI IBADAH...JANGAN JUAL@MINTA BAYAR....KAYA RAYA JUAL ILMU AGAMA...AGAK2LAH..MANA ZUHUD YANG DISARANKAN...MANA JIWA MISKIN YANG DICADANGKAN...JIKA DAH AMBIK HABUAN DUNIA...MAKA AKHIRAT TINGGAL SIKIT ATAU TAK DE LANGSUNG...

Suami rayu isteri pulang
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
Suami rayu isteri pulang
MUAR - Seorang suami di sini, buntu dalam usaha mencari isterinya yang menghilangkan diri dari rumah mereka di Sungai Balang Besar pada Ahad lalu.
Low Soon Lee, 31, berkata, isterinya, Tay Ruo Shan, 21, dipercayai melarikan diri bersama seorang teman yang baru dikenali sejak tiga bulan lalu, melalui sebuah majalah.
Menurutnya, sejak itu mereka tidak sependapat kerana isterinya mula berubah sikap.
Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Low Yi Ling, 3, dan Low Jia Hui, 10 bulan.
“Anak sulung, Yi Ling sudah pandai bercakap dan sering memanggil nama ibunya. Mujur ibu saya membantu menjaga anak sejak isteri tiada,” katanya kepada Sinar Harian.
Soon Lee berkata, dia menyedari kehilangan isterinya setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya semasa sedang bekerja mengatakan isterinya keluar rumah secara tergesa-gesa.
Menurutnya, setelah kehilangan isterinya, dia ada cuba menghubungi telefon bimbit Ruo Shan namun tidak berjawab selain turut mencarinya di kampungnya di Pontian, tetapi hampa.
Justeru, Soon Lee merayu kepada orang ramai yang pernah terlihat isterinya supaya segera menghubunginya di talian 012-725 1898.
Lelaki warga India ditemui mati
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga India ditemui mati selepas dipercayai bergaduh bersama dua rakannya berhampiran rumahnya di Flat Larkin, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan berlaku perselisihan faham selepas mereka bertiga dipercayai mabuk.

“Anggota forensik dan satu unit K9 dikerah ke tempat kejadian. Dua suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis, namun berjaya diberkas.

“Mangsa mempunyai dua kesan tetak di bahagian kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Hotline polis di talian 07-2212999 atau membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Anjur Kem Hafazan percuma
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
JOHOR BAHRU - Persatuan Ulama Malaysia negeri ini menganjurkan Kem Hafazan Al-Quran tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada anak yatim dan fakir miskin di Asrama Kebajikan Ar Rayyan, Taman Tampoi Utama, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bayaran dikenakan sebanyak RM20 sehari meliputi kos makan, minum dan penginapan kepada pelajar luar yang juga bukan penghuni asrama berkenaan.

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Johor, Mohamad Halimi Kolan berkata, kem berkenaan melatih pelajar menghafaz empat surah iaitu Yasin, As Sajdah, Al Mulk dan Al Insan dan diadakan selama seminggu sempena cuti sekolah.

“Tujuan kem ini adalah mengisi masa cuti persekolahan pelajar terbabit dengan menghafaz surah di dalam al-Quran dan memahami maksudnya sekali gus meningkatkan tahap penguasaan ibadah seperti solat dan kerja fardu kifayah.

“Menerusi penghayatan mendalam pelajar mampu mengambil iktibar mengenai bukti kekuasaan Allah SWT menerusi pelbagai kejadian seperti manusia dan makhluk selain pengajaran daripada kisah nabi terdahulu,” katanya.

Katanya, kem kali ini disertai seramai 24 pelajar lelaki dan dikendalikan lima guru di dua lokasi berbeza dengan menggunakan kaedah pengajaran dikenali al Turba’.

Cuba perdaya pura-pura pitam

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

SOAL...anggota polis menyoal GRO yang ditahan dalam Ops Noda awal pagi semalam.
SOAL...anggota polis menyoal GRO yang ditahan dalam Ops Noda awal pagi semalam.
SUNGAI BESAR: Tiga remaja perempuan yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur membabitkan dua orang berusia 16 dan seorang lagi berusia 15 tahun diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Bunga Orkid, di sini, awal pagi semalam.
Selain itu, 24 lagi wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) turut ditahan dalam serbuan itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman membabitkan 16 anggota itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai ejen wanita berkenaan.
Ketika dibawa ke trak polis untuk siasatan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, seorang daripada GRO berpura-pura pengsan dipercayai untuk meraih simpati, namun dia segera bangun apabila menyedari taktik itu gagal.

Sementara itu, Amir Rasid ketika ditemui selepas serbuan berakhir, berkata pihaknya menjalankan risikan dan pemantauan selama empat hari mendapati premis itu menggajikan remaja bawah umur sebelum menjalankan serbuan.

“Kami sangat serius menangani pemerdagangan orang terutama membabitkan remaja bawah umur yang dipergunakan untuk tujuan tidak bermoral.

“Ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras di satu daripada 16 bilik yang terdapat di premis dua tingkat itu.

“Siasatan awal mendapati dipercayai remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan termasuk dilacurkan. Manakala seramai 23 lagi wanita Vietnam dan seorang Thailand berusia 20-an juga ditahan,” katanya selepas operasi semalam.
Menurutnya, siasatan mendapati rata-rata pelanggan terdiri daripada golongan nelayan dan peladang tempatan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membayar RM40 sejam, GRO terbabit akan mendapat RM3 ekstra bagi setiap jag minuman keras dipesan.

Katanya, secara kasar pendapatan GRO berkenaan dalam anggaran RM2,000 sebulan.

Menurutnya, serbuan bersama D7 IPD Sabak Bernam turut merampas wang tunai berjumlah RM4,718.

“Untuk tiga mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip). Mangsa itu akan dibawa ke Rumah Perlindungan Bukit Ledang di Jalan Travers, Kuala Lumpur.

“Semua GRO yang ditahan itu dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Enam warga tempatan iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 20-an hingga 40-an dipercayai penjaga premis turut ditahan berikutan melindungi dan pekerja asing tanpa permit,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mendapati warga asing tinggal berdekatan premis dan siasatan turut menjurus kepada sindiket pemerdagangan orang untuk tujuan tidak bermoral.

Tak berdaya tahan sakit

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

KUALA PILAH: “Tolong matikan saya.” Itu jeritan seorang kelindan apabila tidak mampu menahan kesakitan selama dua jam selepas lori dinaikinya terbabit kemalangan hingga menyebabkan tangan kirinya ditindih tayar kenderaan itu di Kilometer 18.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, mangsa, Ramburuj Kapar, 31, yang juga warga Myanmar menaiki lori membawa muatan bawang dipandu Abd Sallam Omar, 33, menuju ke Seremban.

Sejurus tiba di tempat kejadian, sebuah Proton Perdana V6 dipandu seorang lelaki berusia 20-an dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori mangsa.

Difahamkan, pelanggaran itu menyebabkan Ramburuj tercampak ke bahu jalan dan tangannya ditindih tayar lori berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba.


Pemandu kereta terbabit turut cedera manakala pemandu lori, Abd Sallam tidak cedera.

Dengar tangisan bayi ketika masuk kawasan masjid

PEKAN: “Saya dengar tangisan ketika memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat subuh kira-kira jam 5.30 pagi dan selepas menyuluh menggunakan lampu motosikal, saya lihat bayi berada di atas hamparan tepi pintu masjid.
“Bayi itu lengkap berpakaian diselimut kain pelikat dan disisinya ada botol susu serta beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan pakaian,” kata Khasli Mohd Razali, 48, jemaah Masjid Baru Kampung Lamir di sini, yang menemui bayi lelaki malang itu, semalam.

Khasli berkata, dia memanggil seorang penduduk yang tinggal bersebelahan masjid untuk melihat bayi berkenaan sebelum imam masjid menghubungi polis. Katanya, terdapat kesan gigitan nyamuk pada muka bayi berkenaan yang mungkin ditinggalkan di situ antara dua hingga tiga jam sebelum ditemui.
“Saya percaya bayi berkenaan menangis kerana sejuk dan lapar.

“Perbuatan meninggalkan bayi yang tidak berdosa ini tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya yang bertugas dengan syarikat membuat kenderaan di Peramu Jaya, di sini. Menurutnya, dia tidak menyangka akan berdepan dengan situasi pilu seperti ini dan sebak melihat bayi tidak berdosa diperlakukan seperti itu.

“Tergamak ada insan bergelar ibu bapa bertindak kejam meninggalkan bayi itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata bayi seberat 2.9 kilogram dan dipercayai berbangsa Melayu itu kini ditempatkan di Hospital Pekan.

Menurutnya, bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan dua minggu lalu sebelum ditinggalkan di tepi pintu masjid dan polis sedang mengesan mereka yang meninggalkan bayi lelaki berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Belasah, bakar telinga mangsa

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan saja dipukul tiga lelaki tidak dikenali di muka menggunakan paip getah, malah telinga kirinya turut dibakar dengan pemetik api sebelum disamun kumpulan terbabit dalam kejadian di hentian bas Jalan Pekeliling, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun menaiki teksi dipandu seorang lelaki berusia 30-an untuk pulang ke rumahnya di Damansara.

Menurut sumber, sebaik masuk ke dalam teksi itu, tiga lelaki tidak dikenali dipercayai bersubahat dengan pemandu teksi berkenaan meluru masuk sebelum pemandu terbabit terus memecut.

“Ketiga-tiga suspek kemudian memukul mangsa di muka, badan dan tangan menggunakan paip getah. Mangsa berulang kali merayu dikasihani, namun tidak diendahkan.


“Seorang suspek terus memukul kepala mangsa menggunakan paip getah sebelum mereka berhenti dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai,” katanya.

BIASALAH..SEBELUM MEMBELI MACAM2 JANJI MANIS...DAH BELI..PANDAI2 BUAT ALASAN...TAK BAGUS MACAM NI...TU SEBAB DALAM ISLAM PERNIAGA ADIL MASUK SYURGA...

Mengaku salah bunuh ‘mak’
RUBIAH OMAR
21 Mac 2012
Mengaku salah bunuh ‘mak’
KUALA TERENGGANU- Seorang bekas komando dijatuhi hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat nenek saudaranya yang dipanggil ‘mak’, kira-kira tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Nassir Abdul Manan, 45, mengaku melakukan perbuatan tidak berperikemanusian itu terhadap mangsa, Muda Mat Zain yang berusia 80 tahun ketika kejadian di sebuah rumah No.225, Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun, pada 12 Oktober 2009 kira-kira antara jam 9 pagi hingga 7.30 petang.
Dengan itu tertuduh yang juga bapa kepada lima anak ini mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun jika disabitkan kesalahan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan menerima pengakuan bersalah tertuduh.
“Tindakan tertuduh yang ketika itu berada dalam pengaruh dadah menyebabkan kehilangan satu nyawa yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan diri tertuduh sendiri,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Abdullah Muhamad.
Berdasarkan fakta kes, mangsa ditemui mati di bilik rumahnya dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai ditetak menggunakan tukul yang disembunyikan berhampiran rak baju dalam bilik tersebut selain kepala mangsa direndam dalam besen dipenuhi air.
Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan ditemui anak keempatnya Lijah Ali atau dikenal Lijah, 56, yang tinggal lebih kurang 10 meter sahaja jarak dari rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang semasa hendak menghantar makanan kepada wanita malang itu.
Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati terdapat sembilan luka hiris pada kulit kepala di bahagian atas dalam kedudukan berbagai-bagai arah yang telah menyebabkan kulit kepala tembus dan terkena tengkorak bahagian bawah menyebabkan ia terserpih.
Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan luka lebam pada leher sebelah kanan dan kiri namun tiada kecederaan pada tulang hyroid serta turut terdapat air dalam saluran pernafasan, paru-paru serta dalam perut mangsa.
Terdapat juga 12 luka torehan pada pinggang kanan, 13 sentimeter dari tulang ilium. Tujuh daripadanya sebelum mangsa mati dan lima berlaku setelah mangsa meninggal dunia.
Berikutan kejadian, mangsa turut kehilangan wang dan barang kemas yang dipakainya iaitu tiga gelang tangan, dua bentuk cincin dan rantai leher yang telah putus disimpan dalam beg hitam di atas katil mangsa.
Tertuduh ditahan pada 13 Oktober 2009 jam 4.45 petang di rumahnya dan barang kemas milik mangsa yang disorokkan di atas syiling rumahnya dan dua bilah pisau yang digunakan dicampak di dalam longkang berhampiran Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun.
Pencuri dicekup, dibelasah
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
Pencuri dicekup, dibelasah
BACHOK –Tindakan seorang lelaki yang cuba mencuri peralatan dan besi di sekitar daerah ini menemui padah apabila dia dicekup dalam keadaan separuh bogel sebelum dibelasah penduduk.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Kampung Gong Nyatuh, Telong, dekat sini, suspek berusia 50-an cedera di kepala akibat dipukul penduduk yang berang dengan kegiatan mencuri yang dilakukan suspek dan anak buahnya.
Seorang penduduk, Rosli Salleh, 44, berkata, dia dan penduduk kampung terpaksa mengejar suspek sejauh 500 meter daripada tempat kejadian sebelum berjaya menangkapnya.
“Suspek yang memakai seluar sukan longgar nekad melarikan diri apabila mengesan kehadiran kami. Dalam kelam kabut itu, suspek terus melarikan diri walaupun seluarnya telah tertanggal. Suspek berjaya ditangkap penduduk yang beramai-ramai mengepungnya. Kegiatannya sebenarnya telah lama diintip penduduk yang semakin bimbang terhadap kes curi yang berleluasa,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang separuh bogel itu kemudian diikat pada sebatang pokok sebelum diserahkan kepada pihak polis manakala rakannya berjaya melarikan diri.
Seorang lagi penduduk, Abdullah Awang, 50, pula mendakwa suspek sudah lama menjalankan kegiatan mencuri di kawasan berkenaan termasuk mencuri barang-barang rumah, besi dan buah kelapa.
“Kami amat lega dan berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas nya,” katanya.
Rakannya, Abdul Rahman Muhamad, 52, pula berharap kejadian itu akan dijadikan pengajaran dan berharap dengan penangkapan mangsa kes kecurian di kawasan itu akan berkurangan.
“Penduduk di sini sering berasa tidak selamat kerana kes kecurian sering berlaku terutamanya melibatkan penagih dadah, jadi penduduk kini bekerjasama untuk membasmi jenayah bersama pihak berkuasa. Ini bukan suspek pertama yang kami tangkap, beberapa bulan lalu juga kami berjaya menangkap pencuri kelapa di kawasan ini,” katanya.
Dua maut, seorang parah
Wartawan Sinar Harian
22 Mac 2012
Dua maut, seorang parah
TRIANG – Dua maut dan seorang cedera parah apabila kereta dinaiki tujuh sekeluarga terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Kilometer 34 Jalan Temerloh – Bahau, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 12.05 pagi semasa keluarga itu menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Bahau ke Paloh Hinai, Pekan.
Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di sebelah kanan jalan menyebabkan dua penumpang mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Mereka dikenali sebagai Sadan Pendek, 36 dan Subia Lidin, 12, yang beralamat di Kampung Runchang, Pekan.
“Sementara itu, pemandu, Kassim Law, 20, kritikal berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian, kaki, muka serta badan dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).
“Penumpang lain pula cedera ringan dan masih menerima rawatan di hospital sama. Keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mereka yang cedera ialah Rosnani Lidin, 15; Adila Adi, 16; Rosnita Lidin, 13 dan Kitie Mail, 13.
Mohd Zahid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Zamri Sidek berkata, tugas menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Menurutnya, seramai tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan orang awam.
Menurutnya, anggota terbabit terpaksa menggunakan peralatan menyelamat kerana penumpang di hadapan tersepit apabila pintu kereta melekat pada pokok itu.
Anggota polis maut dirempuh motosikal
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
KUANTAN - Seorang anggota polis dari Balai Polis Raub maut sementara anak lelakinya cedera selepas dirempuh sebuah motosikal setelah motosikal yang dinaiki mereka terjatuh di Kilometer 356 Jalan Raub - Bentong berhampiran simpang masuk ke Taman RaubJaya 5, Raub, petang kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 7.45 petang itu, mangsa, Zahari Che Min, 45, yang mengalami kecede­raan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Mohd. Syazmi, 11, hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Raub, Supe­rintenden Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama anak­nya itu dalam perjalanan dari arah bandar Raub menuju ke Bentong.
Menurutnya, ketika sampai ke tem­pat kejadian, mangsa dipercayai mem­belok masuk ke simpang sebelah kanan bagaimanapun motosikalnya hilang kawalan lalu terjatuh.
‘’Pada masa yang sama, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lel­aki berusia 28 tahun yang datang dari arah Bentong gagal mengelak mangsa yang berada di atas laluan lalu merempuhnya. ’Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan disahkan meninggal dunia di tem­pat kejadian,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Wan Mohd Samsudin berkata, anak lelaki mangsa hanya mengalami luka kecil di muka dan tangan semen­tara penunggang motosikal yang me­rempuhnya juga cedera ringan.
‘’Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan disahkan meninggal akibat kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa kemudian ditun­tut keluarga dan dibawa pulang ke kampung halaman di Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan,” katanya.
Beliau berkata, kes tersebut ma­sih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan (APJ) 1987.
‘Abang sayang ayang sampai mati’
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
‘Abang sayang ayang sampai mati’
REMBAU – “Abang sayang ayang sampai mati." Itulah kata-kata penuh makna yang sempat ditulis Ariffin Ham­zah, 31, atas sekeping kad sempena ulang tahun kedua per­kahwinannya dengan isteri, Haliza Hashim, 28, malam kelmarin.
Ariffin bagaimanapun maut selepas ken­deraan jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan sebelum ter­junam ke dalam gaung se­dalam enam meter dipercayai selepas mengelak sesuatu kira-kira 7.10 pagi, semalam.
Kakak ipar mangsa, Nor Mini Mad Som, 32, berkata, dia sempat bertemu dengan adik iparnya itu Ahad lalu di rumah ibu mertuanya, Zainon Ismail, 59, di Taboh Naning, Alor Gajah.
“Arwah balik kerja awal hari itu (Ahad) sekitar 5 petang dan saya juga sempat me­negurnya yang kelihatan ber­sungguh-sungguh mem­basuh keretanya. Arwah kata dia ingin membawa pulang isteri dan anaknya, Izqarin Wafi Arifin, 9 bulan, ke kampung (Tabong Naning) Jumaat ini bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka,” katanya ketika ditemui di per­karangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini semalam.
Menurutnya, dia dan suami, Hafizan Hamzah, 32, sudah mula berasa tidak sedap hati kerana kebiasaannya adiknya akan singgah ke rumah mereka di Krubong semasa waktu rehat atau habis kerja di sebuah kilang di Alor Gajah.
“Seminggu terakhir ini, arwah langsung tidak singgah ke rumah saya. Bagaimanapun, Ahad lalu semasa berkumpul di rumah ibu mentua, arwah ada berpesan kepada saya supaya terus menjaga dan membawa ibu mentua tinggal bersama kami. Malah, sebelum bergerak pulang Ahad lalu, arwah sempat menyatakan keinginan dan rasa tidak sabarnya untuk membeli kad ulang tahun perkahwinan buat isterinya di Tampin sebelum terus pulang ke Senawang,” katanya.
Ibu mangsa, Zainon berkata, anak keempatnya itu sering pulang ke rumah dan sememangnya rapat bersama adik-beradik lain. Malah, dalam seminggu pasti ada dua hari anaknya akan tidur di rumah.
“Namun, seminggu terakhir ini, arwah tidak seperti biasa dan terus berulang alik pulang ke Senawang. Hanya hari Ahad sahaja arwah balik ke rumah dan berjanji kepada saya untuk bermalam di rumah seperti biasa pada Selasa (semalam) dan Rabu (hari ini).
Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sesuatu objek di hadapannya sebelum terbabas ke kiri jalan di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam.
Menurutnya, terdapat gaung yang lebih dalam di lokasi kejadian, namun ken­deraan mangsa tersangkut di atas pokok. Mangsa meng­alami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning, Alor Gajah.
Berikutan kemalangan itu, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Ibrahim Salleh.
Katanya, dengan anggota seramai 12 orang, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan tempat duduk pemandu.
Buruh binaan ditemui mati
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Buruh binaan ditemui mati
ALOR GAJAH – Seorang buruh binaan, Andi Sudarno Imron, 52, ditemui mati dalam keadaan mengiring sambil tangan memegang bahagian perut dipercayai mengalami sakit perut sejak beberapa hari lalu di rumahnya di Taman Pisang Emas Jaya, Gadek, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.
Keadaan itu disedari anak angkat mangsa, Mohd Fitri Abd Kadir, 18, yang datang ke rumahnya untuk menjemputnya makan tengah hari.
Mohd Fitri berkata, ketika kejadian, dia datang ke rumah ayah angkatnya seorang diri untuk menjemputnya makan tengah hari selain menjenguk keadaannya yang mendakwa sakit perut sejak dua hari lalu.
“Saya datang hendak hantarkan makanan tengah hari kepada Wak dan menjenguk keadaan Wak kerana sudah dua hari mengadu sakit perut tetapi sebaik saya buka pintu rumah, Wak sudah terbaring di atas lantai rumah dalam keadaan kaku dan seluruh anggota badannya sejuk apabila saya menyentuhnya. Selepas itu, saya terus hubungi rakan yang rapat dengan Wak dan pihak polis,” katanya.
Menurutnya, dia akan datang menjenguk bapa angkatnya itu setiap hari selepas selesai membantu bapanya berniaga di kedai runcit berdekatan taman berkenaan.
“Pada malam sebelum kejadian ini, saya ada datang ke rumah Wak untuk melihat keadaannya selepas selesai membantu ayah berniaga di kedai runcit dan Wak mengadu sakit perut,” katanya.
Katanya, sebelum itu, dia dan rakan-rakannya sempat mengajak ayah angkatnya bersiar-siar di Pantai Tanjung Bidara untuk meraikan ulang tahun hari lahirnya. Namun, ayah angkatnya tidak me­nunjukkan sebarang perubahan cuma mengadu sakit perut dan enggan menjalani pemeriksaan di hospital.
“Setiap kali Wak mengadu sakit perut, saya dan rakan-rakan akan meminta Wak melakukan pemeriksaan di hospital, namun Wak enggan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, berdasarkan maklumat daripada jiran terdekat dan rakan mangsa, dia sudah tinggal di rumah berkenaan sejak setahun lalu.
Menurutnya, mangsa juga mempunyai seorang isteri yang tinggal di Kuala Lumpur bersama anak mereka dan sudah menetap di negara ini sejak lima tahun lalu.
“Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat atau jenayah ditemui berikutan penemuan mayat mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pewaris diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5562222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Dituduh menyamar polis, rogol pelajar
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
21 Mac 2012
Dituduh menyamar polis, rogol pelajar
GEORGETOWN - Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah dengan tiga pertuduhan yang dihadapinya dan minta dibicarakan.
Bagaimanapun, satu pertuduhan dituduh di Mahkamah Sesyen Georgetown manakala dua pertuduhan lagi dituduh di Mahkamah Majistret.
Dalam pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen, M Retnam, 32, dituduh merogol seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau pada 1 Mac lalu kira-kira jam antara 2.30 hingga 3.30 petang.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kawasan hutan berdekatan MRSM berkenaan di Pondok Upeh, Balik Pulau.
Pertuduhan dibacakan juru­bahasa dalam bahasa Tamil di ha­dapan hakim, Sitarun Nisa Abdullah dan tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Berikutan kesalahan yang di­hadapkan terhadap tertuduh dikate­gorikan sebagai kesalahan serius sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa serta masa depan mangsa, Penolong Pendakwa Raya, Sariza Ismail menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000.
Dalam rayuannya, Retnam yang tidak diwakili peguam meminta wang jaminan dikurangkan beriku­tan menanggung dua anaknya serta isterinya yang sedang sakit buah pinggang dan tidak bekerja.
Sitarun kemudiannya mene­tap­kan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 16 Julai depan untuk laporan perubatan dan DNA.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Retnam menghadapi dua pertuduhan iaitu kesalahan menyamar sebagai anggota polis serta memiliki senjata berbahaya.
Untuk pertuduhan pertama, dia dituduh menyamar sebagai anggota polis dengan menunjukkan sekeping kad dan meminta pasport dari seorang warganegara Indonesia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Mac lalu pada jam 10.30 malam di dalam lif di Mutiara Apartment, Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi.
Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh memiliki sebilah pisau yang berukuran 27 sentimeter (cm) tanpa kebenaran yang sah di tempat dan hari yang sama pada jam 10.40 malam.
Untuk pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi dua tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Retnam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar menawarkan wang jaminan seba­nyak RM5,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua per­tuduhan namun tertuduh meminta ia dikurangkan dengan alasan yang sama.
Majistret, Noor Aini Yusof kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menangguhkan kes itu pada 17 April depan bagi tertuduh melantik peguam serta penyerahan dokumen.
Penduduk tak tahan debu, habuk
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Penduduk tak tahan debu, habuk
JENIANG – Akibat tidak tahan terdedah kepada debu dan habuk sejak kerja-kerja naik taraf dibiarkan dua minggu lalu, penduduk Kampung Batu 10, Jalan Jeniang-Bukit Selambau mengutarakan masalah agar ada tindakan diambil.
Penduduk, Omar Saad, 59, berkata, sejak kerja-kerja naik taraf itu, penduduk mula menanggung risiko.
“Kami rimas dengan keadaan habuk dan debu berterbangan. “Keadaan bertambah buruk apabila jalan berkenaan dilalui kenderaan berat yang membawa pelbagai muatan,” katanya.
Sementara itu, Azwan Awang, 27, berkata, masalah debu menyebabkan dia terpaksa menutup gerai makan miliknya beberapa hari.
“Pelanggan juga sering merungut dengan keadaan ini. Debu agak terkawal sekiranya hari hujan tetapi lebih teruk jika tiada hujan,” katanya.
Menurutnya, jalan rosak itu sudah pun dikorek dan dimampatkan dengan batu kasar yang baru tetapi sejak beberapa hari ini dilihat tiada operasi dijalankan.
Sementara itu, Nasarudin Dollah, 46, berkata, anaknya yang berusia 10 tahun menghidap masalah asma dan alah dengan habuk.
Dia yang menetap di sebuah rumah yang lokasinya betul-betul di hadapan jalan berkenaan terpaksa menutup pintu sepanjang masa.
Sementara itu, kakitangan Jabatan Kerja Raya yang enggan dikenali memaklumkan, kerja-kerja pembinaan baru sahaja dimulakan sejak 15 hari lalu.
Menurutnya, kerja-kerja naik taraf yang dilakukan sepanjang 800 meter itu bertujuan memberi kemudahan terbaik kepada penduduk.
“Habuk dan debu makin banyak apabila kenderaan berat yang sepatutnya menggunakan laluan alternatif turut melalui kawasan sama. Kita bagaimanapun telah memasang papan tanda amaran bagi menghalang kenderaan berat namun tidak dipatuhi sepenuhnya. Sehingga kini proses pengorekan sedang dilakukan kerana ia melibatkan jalan yang panjang bukan di sini sahaja malah sepanjang jalan,” katanya.
Bagaimanapun, dia menafikan kerja-kerja dibiarkan begitu sahaja sedangkan masih menunggu proses seterusnya sebelum diturap.
“Kita jangkakan jalan ini boleh diguna semula dalam tempoh dua minggu lagi dan berharap agar pengguna bersabar selain mengenakan had laju rendah atau laluan alternatif bagi mengelak sebarang masalah tidak diingini,” katanya.
Tembelang dua beradik pecah
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : March 21, 2012
Tembelang dua beradik pecah
TAPAH - Tembelang dua beradik pecah apabila ditangkap kerana dipercayai melarikan 920 guni baja bernilai lebih kurang RM70,000 oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, pada 13 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Pemangku Superintendan Son Sak Din Leliauw berkata, kedua-dua suspek yang juga pemandu serta kelindan sebuah lori turut didapati membuat laporan palsu berkenaan kehilangan baja berkenaan.
Menurutnya, polis telah menerima panggilan daripada seorang lelaki pada kira-kira jam 5 petang, 5 Januari lalu yang memaklumkan kecurian baja berkenaan berserta lori yang pandu.
“Pengadu mengatakan yang dia telah menyewa sebuah lori untuk menghantar baja sawit berkenaan daripada sebuah syarikat di Teluk Intan ke Kampung Gajah, Perak Tengah. Pengadu turut memaklumkan telah menerima panggilan daripada pemandu lori terbabit, mengatakan kenderaan serta muatan dibawa telah dicuri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bikam Arah Utara, pada kira-kira jam 9.30 pagi, hari yang sama,” katanya pada sidang media di IPD Tapah, di sini.
Katanya, kerana ketama­kan, kedua-dua suspek berusia antara 27 hingga 35 tahun itu dipercayai ingin mengaut keuntungan lebih banyak dengan menjual sendiri baja sawit berkenaan.
Menurut Son Sak, hasil soal siasat yang dijalankan, kedua-dua suspek mengaku telah menjual baja sawit terbabit kepada seorang lelaki di sekitar kawasan Hutan Melintang, dekat sini.
“Pada hari sama kedua-dua suspek ditangkap, polis juga menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai pembeli baja sawit berkenaan dan turut merampas sebanyak 303 guni baja sawit. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM23,000, manakala sebanyak 617 guni baja dipercayai telah dijual kepada pembeli lain,” katanya.
Beliau memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Sehubungan itu, saya ingin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kejadian jenayah, atau lain-lain maklumat, boleh menyalurkan kepada polis. Mereka boleh menghubungi terus IPD Tapah menggunakan talian tetap, 05-401 5222 atau dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms) melalui Rakan Cop, iaitu 32728 atau membuat laporan di balai polis berdekatan,” katanya.
14 GRO tawar seks ditahan
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : March 21, 2012
14 GRO tawar seks ditahan
IPOH – Sebuah pusat hiburan yang berselindung di sebalik perniagaan kafe ligat mempromosikan perniagaannya dengan mengedar risalah tertera gambar gadis seksi di sekitar kawasan Bercham dan Tasek.
Namun tindakan premis yang baru sebulan memulakan perniagaan itu membawa padah apabila diserbu sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, Khamis lalu.
Serbuan pada jam 10 malam itu berjaya menahan 14 wanita warga Vietnam berusia 20 an selepas mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menawarkan khidmat seks kepada pengunjung premis.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sindiket pelacuran membabitkan warga asing sukar dikesan kerana licik menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaan pusat urut dan pub.
Menurutnya, tangkapan wanita asing itu adalah sebahagian usaha membanteras jenayah pelacuran dan perjudian yang semakin berleluasa di bandar raya itu.
“Masalah pelacuran membabitkan warga asing boleh dikatakan antara kes tertinggi dilaporkan namun, ia masih terkawal selepas aktiviti penguatkuasaan yang kerap dilakukan polis. Siasatan awal mendapati warga asing berkenaan menggunakan dokumen perjalanan sah tetapi menyalahgunakannya,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan IPK Negeri di sini, semalam.
Mohd Shukri berkata, kerjasama dari orang ramai dapat membantu pihaknya membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan kediaman.
Sementara itu, beliau memaklumkan akan menganugerahkan sijil penghargaan kepada veteran dan pesara polis serta dua individu dari setiap daerah sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Pejabat Pasukan
Simpanan Persekutuan (FRU), Sungai Senam pada 25 Mac ini.
Kereta baru bermasalah
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : March 20, 2012
Kereta baru bermasalah
KAMUNTING – Usia kereta baru sahaja mencecah setahun, namun keadaan tayarnya menyebabkan seorang pelajar takut untuk memandu kereta itu terutama ketika hujan.
Menurut Ng Shi Yin, 19, kereta buatan luar negara itu dibeli ibunya untuk memudahkannya berulang alik ke sekolah.
Namun selepas tiga bulan menggunakannya, tayar di bahagian pemandu menipis.
“Saya ke pusat servis setelah mencecah 1,000 kilometer, bagaimanapun, pihak pusat servis ini hanya membuat ‘alignment’ sahaja. Malah saya dipersalahkan akibat cara pemanduan tidak betul dan melanggar jalan berlubang,” katanya.
Shi Yin tidak berpuas hati kerana jarak antara rumah dengan sekolahnya bukan sahaja tidak jauh malah keadaan jalan di sepanjang laluan itu sangat baik dan tidak berlubang,.
Menurutnya, selepas beberapa kali ke pusat servis dan mengadu perkara yang sama, akhirnya pihak berkenaan menukarkan tayar tetapi dengan menggantikan tayar berkenaan ke belakang.
“Ketika itu saya ingat mereka tukarkan tayar yang baru dan tidak menyangka mereka hanya tukarkan tayar depan dan belakang. Saya terkilan kerana kereta saya masih dalam jaminan, apa salahnya mereka menukarkan semua tayar kepada yang baru,” katanya.
Menurutnya, disebabkan keadaan tayar itu, baru-baru ini dia terpaksa meminta rakannya menemaninya pulang ke rumah ketika hujan gara-gara takut kejadian buruk menimpa.
Sementara itu, Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, dia telah mengarahkan Shu Yin menghantar keretanya ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan sewa beli bagi mengetahui punca sebenar masalah.
“Betulkah kerosakan tayar disebabkan cara pengendalian kereta yang salah seperti yang disebutkan oleh pusat servis. Jika tidak, maksudnya tayar itu yang bermasalah. Selepas itu, baru kita akan buat tindakan seterusnya untuk mengembalikan hak pengguna. Sebelum ini, memang pernah berlaku kes sama dan pengguna berjaya mendapatkan keadilannya,” katanya.

BANYAK YANG MISKIN LAGI...MANA PUSAT ZAKAT...KUTIP JUTA2...NI BUKAN DUIT PUSAT ZAKAT..ATAU WANG PERIBADI...ATAU WANG BANK..DAN BUKAN WANG KERAJAAN TAPI WANG PEMBERI ZAKAT...TAKUT NANTI PEKERJA2 PUSAT ZAKAT DIAKHIRAT DISIKSA ALLAH KERANA CULAS MENJAGA WANG PEMBAYAR ZAKAT..

Keluarga punca lari dari rumah


FATIHAH ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan selepas ditemui selamat kelmarin.



KUANTAN - Siti Nur Fatihah Mahadi (gambar kecil), 15, yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa culik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga.
Bagaimanapun, polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T. Narenasagaran berkata, perkara tersebut diakui sendiri oleh Fatihah yang memberitahu dia tidak diculik sebaliknya sengaja lari untuk tinggal di rumah kekasihnya yang berusia 26 tahun.
"Laporan yang dibuat kepada polis mendakwa gadis tersebut telah diculik adalah tidak benar. Gadis itu sendiri mengaku dia tidak diculik tetapi keluar rumah dengan rela hati kerana tekanan perasaan," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Fatihah yang dikatakan hilang pada Ahad lalu semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita

Penjara tiga tahun, penalti RM6.39 juta


KUALA LUMPUR - Individu pertama yang didakwa mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001, Dr. Hamimah Idruss dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan diarah membayar penalti sebanyak RM6.39 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas lapan tuduhan di bawah akta tersebut selain 10 tuduhan bersubahat dengan pekerjanya untuk memalsukan dokumen, sembilan tahun lalu.
Hakim Asmadi Hussin memutuskan demikian terhadap bekas pengarah syarikat farmaseutikal Safire Pharmaceuticals (M) Sdn. Bhd. itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.
Beliau bagaimanapun membenarkan rayuan tertuduh supaya hukuman penjara dan penalti ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi dengan syarat jaminan dinaikkan sehingga RM1 juta berserta dua orang penjamin.
Tertuduh bagaimanapun membayarwang jaminan tersebut.
Hamimah, 64, menghadapi lapan tuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM41.3 juta di antara 3 hingga 10 Jun 2003.
Dakwaan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5 juta atau penjara lima tahun.

Indonesia tarik balik satu amah, satu tugas

KUALA LUMPUR – Semua amah dari Indonesia yang bakal dihantar bekerja di negara ini tidak lagi terikat dengan tuntutan hanya melakukan satu tugas khusus dalam empat bidang iaitu mengemas rumah, memasak, mengasuh bayi dan menjaga orang tua seperti yang dituntut oleh republik tersebut sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam dengan menyatakan, kerajaan Indonesia telah membatalkan tuntutan syarat pembantu rumah dari negara itu hanya melakukan satu tugas khusus serta tuntutan upah tambahan jika bekerja pada hari cuti mingguan.
“Pembantu rumah Indonesia akan menjalankan tugas seperti biasa seperti mengurus rumah, memasak, mengasuh bayi atau menjaga orang tua dan bukan terikat dengan satu tugas khusus seperti yang diusulkan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia sebelum ini.
“Mengenai gaji pula, memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui antara kedua-dua negara berhubung pengambilan amah dari Indonesia pada Mei 2011 tidak menetapkan gaji minimum sebaliknya terpulang kepada budi bicara majikan,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurut Subramaniam, penarikan balik tuntutan bahawa amah dari Indonesia tidak lagi terikat hanya pada satu tugas itu diberitahu oleh rakan sejawatnya dari Indonesia iaitu Dr. Reyna Usman melalui telefon kelmarin yang menyatakan tuntutan itu sebenarnya dibuat oleh kementerian lain.

Lelaki bakal bertunang maut kemalangan



ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kereta milik mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Pendang semalam.



ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 20 tahun yang difahamkan bakal mengikat tali pertunangan maut dalam kemalangan di Kilometer 66.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran hentian sebelah Kobah di Pendang dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Aizat Jamal yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Muhammad Aizat terpelanting keluar dari kereta dan terhumban ke dalam parit berhampiran tempat kejadian.
Sementara dua penumpang, Mohd. Hazwan Hamzah, 19, dan Nor Shuhada Mohd. Daud, 22, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan.

27 GRO termasuk tiga remaja ditahan

SABAK BERNAM – Polis menahan 27 wanita warga asing termasuk dua remaja berusia 16 tahun dan seorang lagi berusia 15 tahun yang bekerja sebagai pegawai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Bunga Orkid, Sungai Besar di sini semalam.
Mereka terdiri daripada 26 wanita Vietnam termasuk tiga remaja terbabit dan seorang rakyat Thailand berusia 20-an.
Selain itu, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun disyaki ejen wanita berkenaan turut ditangkap bersama enam penjaga premis berusia 20-an hingga 40-an.
Semua tangkapan tersebut adalah hasil serbuan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman membabitkan 16 anggota pada pukul 1.30 pagi.
Superintendan Amir Rasid Derani yang mengetuai operasi yang dikenali Ops Noda itu berkata, serbuan dijalankan setelah pihaknya melakukan risikan dan pemantauan selama empat hari selepas mendapati premis itu menggaji remaja bawah umur.
Menurutnya, ketika serbuan, ketiga-tiga remaja bawah umur itu sedang melayan pelanggan di sebuah daripada 16 bilik yang terdapat di premis dua tingkat tersebut.

Tujuh sekawan culik peniaga dijel seumur hidup

JOHOR BAHRU - Tujuh sekawan dihukum penjara seumur hidup dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan tiga tahun lepas.
Hakim Kamardin Hashim memutuskan hukuman tersebut terhadap V. G. Vishal, 26, Soon Yong Hwa, 21, S. Sharvin Raj, 21, V. G. Harvinther, 26, S. Richard Roy, 27, T. Kaviaraasu, 23, dan S. Jayakanthan, 29, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes tersebut.
Kamardin bagaimanapun, memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap pada 12 September 2009.
Kesemua tertuduh dan ahli keluarga masing-masing menangis sejurus selepas mendengar keputusan dibacakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa melarikan dan mengurung Foo Kwai Sang, 54, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta di Jalan Pulai 7, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai di sini.
Kesalahan tersebut dilakukan pada pukul 3.45 petang 9 September 2009.

Berhenti sekolah demi keluarga



NOR AIN (kiri) terpaksa bekerja bagi membantu ibunya, Azrina (dua dari kiri) menyara keluarga di Bukit Mertajam kelmarin.



BUKIT MERTAJAM - Akibat kesempitan hidup dan simpati dengan kesusahan ibu yang terpaksa bekerja menyara keluarga menggantikan ayah yang terlantar sakit, Nor Ain Ahmad Nasir, 17, mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.
Namun, dia tetap berharap dapat menyambung semula persekolahan kerana bercita-cita menjadi doktor.
"Kalau boleh mahu sambung sekolah tapi saya kasihan pada emak dan hidup kami sekeluarga susah, jadi saya buat keputusan berhenti sekolah," katanya ketika ditemui di Taman Seri Pauh di sini kelmarin.
Dalam nada sebak, Nor Ain yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkata, kadangkala dia bekerja di gerai makan tempat ibunya, Azrina Jali, 36, bekerja bagi membantu menampung perbelanjaan harian keluarga.
"Saya kerja angkat pinggan atau ambil pesanan di gerai. Bayarannya tak menentu, kadang-kadang dibayar RM10 atau RM15," katanya.
Selain bekerja di gerai makan, Nor Ain, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pauh di sini juga menjaga adiknya, Nur Syuhadah, 8, yang menghidap sindrom down serta mengambil adik bongsunya, Puteri Zhullaikha, 6, pulang dari tadika.
Dua lagi adiknya, Natasha Nabiha, 13, dan Nur Fatin Adilah, 12, masih belajar di SMK Seri Pauh dan Sekolah Kebangsaan Seri Pauh.
Bapa mereka, Ahmad Nasir Abdul Rahim, 43, disahkan menghidap sakit jantung yang kronik sejak enam tahun lepas.

NAK KATA BODOH MEMANG PANDAI...PANDAI PANDANGAN ORANG DAN DIRI LAH...MURTAD NI...DESAKLAH KERAJAAN PUSAT LAKSANAKAN HUDUD...NI ASYIK SALAH ORANG DAN PIHAK2 TERTENTU....ENTAH SAPE DITAKUTI...ENTAH SAPE NAK DIBODEK...ALLAH TAHU SEMUA..APA TUJUAN YANG TERSIRAT...KITA SAMA2 TUNGGU HUKUMAN ALLAH...

Nur Suhaila selamat jalani pembedahan
NOOR AZURA SAHRIL
21 Mac 2012
suhaila-bedah
SHAH ALAM - Syukur, alhamdulillah! Ini kata-kata yang diluahkan oleh Hanita Mohd Tahir, ibu kepada Nur Suhaila Tukijan, yang selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai, hari ini.
Menurut Hanita, pembedahan bagi merawat anaknya yang menghidap 'Congenital Disorder', yang memakan hampir dua jam, berjaya disempurnakan oleh tiga pakar perubatan.
Nur Suhaila dibawa masuk ke dewan pembedahan sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia).
"Keadaanya kini stabil dan telah dipindahkan ke wad kira-kira 30 minit selepas selesai pembedahan.
"Berkat iringan doa rakyat Malaysia, Nur Suhaila berjaya dibedah dan segalanya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Hanita, doktor mengesahkan keadaan anaknya akan pulih dalam sedikit masa lagi, namun memerlukan dua rawatan susulan iaitu pada 26 Mac dan 3 April ini.
Sehubungan itu, beliau dan anaknya akan terus berada di Dubai, dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 5 April ini.
Katanya, doktor memaklumkan bahawa pembedahan awal menyelamatkan Nur Suhaila daripada risiko jangkitan kuman kerana besar kemungkinan kedua-dua rahimnya akan dibuang sekiranya lambat dibedah.
"Alhamdulillah, pembedahan selamat dan berjalan lancar, tanpa sebarang risiko," katanya.
Dalam pada itu, maklumat diperoleh daripada www.malaysian-uae.com, portal rakyat Malaysia di Dubai, turut memaparkan gambar Nur Suhaila selepas menjalani pembedahan.
Menurut Exco MY-UAE, Zaida Khamis, Nur Suhaila dalam keadaan baik dan ditempatkan di Wad Wanita, Tingkat 1, Hospital Universiti Sharjah.
Sebelum ini, Nur Suhaila dijadualkan menjalani pembedahan esok, namun diawalkan sehari oleh pakar perubatan setelah menjalani ujian MRI dan ultrasound sebaik tiba di Dubai, kelmarin.
Kisah Nur Suhaila, dilaporkan Sinar Harian 22 Februari lalu, memerlukan RM60,000 bagi kos pembedahan.
Nur Suhaila mempunyai dua rahim dan salah satunya tidak berfungsi, dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam itu hanya mempunyai satu buah pinggang.
Selepas liputan tersebut, Tabung Nur Suhaila mendapat perhatian rakyat Malaysia yang sememangnya tersentuh hati dan prihatin akan nasibnya.
Hasil sumbangan orang ramai, pembedahan Nur Suhaila berjaya dilaksanakan.
Antara pihak yang menyumbang ialah Lembaga Zakat Selangor, Persatuan Bekas Tentera Malaysia; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih), Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Malaysia di Dubai.
Gadis hilang di Kuantan mengaku tak diculik

21 Mac 2012
Siti Nur Fatihah Mahadi
KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. 

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama
Murtad: Hasan Ali dakwa MB 'lepas tangan'

21 Mac 2012
Hasan Ali
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata, kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan. 

Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang Dun mengenai isu murtad. 

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Menteri Besar berkata, sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan. 

Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dun berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.
 
Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama. 

Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. 

"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri". - Bernama
Tanya hukuman murtad


Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 12 September 2007
--- In fikrah@yahoogroups.com, Tok Janggut wrote:Assalamualaikum
allah2.jpgPertanyaan mengenai hukuman murtad. Apakah procedure hukuman murtad? Apakah hanya yg menentang akan dibunuh tetapi yg murtad tidak menentang tidak akan dibunuh?

Minta pandangan dari ulama mazhab dan yg lain2nya kalau ada.

Di dahulukan dgn ucapan terima kasih.TJ

Jawapan (oleh Salafi2Sunnah):
wsm
1. Hukum murtad

Ia salah satu hukum jinayah Islam yg jika thabit, dikenakan hukum had.
Dalil:
a. "
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." AQ-2: 217 (terjemahnya)

b. Hadis-hadis.

i) Jalur Ibn Abbas ra, "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia." (HR alJama'ah kecuali* Muslim) 
{Ruj: Nailool Author: 8/2; Majma' azZawaid: 6/261} * alJama'ah = 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari - Muslim - Ahmad - Abu Daud- Ibn Majah - anNasa'iy - atTermidzi

ii) Jalur Ibn Mas'ood r.a., "Tidak halal darah muslim yg bersyahadah kecuali: (yang) membunuh manusia dgn sengaja, janda/duda yg berzina dan yang meninggalkan agamanya dan berpisah dgn jama'ah (ummah)."
(HR alJama'ah)

iii) Jalur Ibn Abbas,Abu Hurayra, Anas r.a., "Tidak halal darah seorang yg mengucap syahadah) kecuali seorang lelaki yg kufur
setelah beriman, zina setelah merasai nikah atau membunuh tanpa alasan."
(Sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, annasa'iy dan Ibn Majah)

2. Jinayah Murtad mandatori Bunuh?

a. Ianya ijma' menurut Ibn Rajab alhanbali (Jami' alUlum wal Hikam, syarah hadis no 14, tahqeeq Syu'aib alArnauth)

b. Jumhur (majoriti) menurut catatan Ibn Hazm (alMuhalla:11/227); arRimli, alNihayah: 7/299), namun Jumhur ini merangkumi empat madzhab Mega.


Prosedur jenayah murtad


3. Takrifan hukum bunuh

Jumhur berpendapat semua wajib dibunuh (tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kecuali Hanafi (alBada'iy :7/135) yang menetapkan wanita tidak dibunuh kerana memadai dengan penjara sehingga dia taubat.

Imam-Imam Salafi (Syaikhul Islam IT, asSyarim alMaslul, Tahqeeq Muhyiddin Abd Hamid, ms 368) menetapkan hukuman bunuh dikenakan kepada jenayah murtad diklasifikasikan kpd dua jenis:
a. murtad yg senyap dan personal
b. murtad yg disertai aktivitas memerangi Islam

Maka hukum bunuh dijatuhkan kepada yang (b), spt kemurtadan Salman Rusydie (tambahan s2s).

Dalil Ibn Taymiyah ialah Fiqh Umar alKhattab r.a. yg melaksanakan hukum murtad di zamannya (lihat Abd Razzaq, alMusyanif: 10/168 Atsar no 18707) ada unsur tolakansur Omar terhadap kaum murtad Iraq dan tidak memerintahkan mereka semuanya dibunuh sebelum dialog dan kaunseling.

4. Bentuk Hukuman mati:

Khalifah Ali bin Abu Talib ra ialah dibakar jika thabit (Nailool Author: Jld 8)

Fiqh Ibn Abbas r.a. tidak boleh dibakar kerana bertentangan dgn perintah nabi s.a.w. yang menegah di azab dengan azab Allah (api neraka)

Komentar Dr Qardhawi: jenis dan cara membunuh pesalah murtad bukan perinsip cuma teknikal (furu'iyah)

5. Prosedur jinayah murtad:

Teknik tarbiyah dan saikologi supaya bertaubat diutamakan oleh jumhur.

a. Jika thabit kesalahan murtad, pesalah akan dikaunseling dan
dipinta bertaubat dalam tmepoh 3 hari. Jika masih enggan, maka akan dibunuh (Maliki, Syafi'iy dan Hanbaliah) [Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 9, ms 4 ke atas]

b. Menyuruh taubat bukan wajib cuma mustahab (baik dilakukan)..sebahagian Syafi'iyah dan sebahagian hanbaliah (asSyirazi, alMuhadzhab: 2/222)

c. Fuqaha' muttakhir
Imam Muhd Abu Zuhrah misalnya (alUqubah/195) mengkategorikan kesalahan murtad dari Muslim yang asli dan muslim convert (yg memeluk Islam dari agama lain). Jika Muslim yg asli tidak perlu diminta taubat dan jika muslim saudara baru, maka perlu diminta taubat dan diberi kaunseling. sekian
Nazatul tumpang van lelaki tak dikenali ke Bangkok

21 Mac 2012
NAZATUL
BANGKOK - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram. 
Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.
Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.
Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.
"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.
Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.
"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.
Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan. 
"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.
 Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.
 Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.
Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.
"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.
Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.
"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.
Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.
Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.
Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.
Bayi berusia dua minggu dijumpai pintu masuk masjid
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
PEKAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini. 

Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi. 

Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu. 

"Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," kata Khasli. 

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis. 

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Bapak ayam dan pelacur dicekup
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
Bapak ayam dan pelacur dicekup
CHUKAI – Kerja licik seorang bapa ayam menawarkan khidmat seks yang disasarkan kepada pekerja kapal terbongkar apabila dia dicekup bersama tiga wanita warga Thailand dipercayai pelacur dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Penghiburan, dekat sini, malam semalam.

Serbuan kira-kira jam 8.15 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang diketuai Ketua Turusnya, Asisten Superintendan Mohamed Kamil Abdul Jalil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, bapa ayam yang ditahan berusia lingkungan 60-an sementara tiga amoi Siam tersebut pula berumur antara 20-an dan 30-an.

Menurutnya, serbuan itu susulan intipan dan risikan yang dilakukan selama sebulan di hotel tersebut manakala hasil siasatan juga mendapati bapa ayam berasal dari daerah ini yang ditangkap itu merupakan abang kepada pemilik hotel terbabit.

“Modus operandi kes ini ialah pelanggan yang berminat akan menghubungi suspek atau bapa ayam ini sebelum pelanggan tadi dijemput ke hotel. Pelacur pula akan dibariskan dalam satu barisan di suatu bilik di tingkat atas hotel ini dan pelanggan akan memilih pelacur mana yang digemarinya,” katanya.

Difahamkan, selepas dipilih pelacur akan membawa pelanggannya ke suatu bilik lain untuk memberi layanan seks.

Bayaran yang dikenakan antara RM100 hingga RM200 untuk layanan di bilik hotel dan jika di luar hotel bayaran yang dikenakan boleh mencecah RM300.

Kata Monoharan, ketika intipan dilakukan sebelum ini didapati terdapat empat wanita yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu, namun sewaktu serbuan hanya tiga daripadanya sahaja yang terdapat dalam hotel itu dan pemeriksaan juga mendapati ketiga-tiga amoi Siam itu mempunyai pasport dan masuk ke negara ini secara sah.

Pelanggan mereka pula kebanyakannya terdiri daripada pekerja kapal atau pekerja di pelantar minyak sama ada yang baru turun dari kapal mahupun sebaliknya.

Kesemua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan akan ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana kerana terbabit dengan pelacuran.