Thursday, April 26, 2012

ADAKAH SEMUA IKUT UNDANG2...ATAU ADA YANG LARI DARI UNDANG2 KERANA BERKUASA...KRONI2...AKHIRAT MEREKA INI TAK LEPAS....

Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak

26 April 2012

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.
"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.
Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.
Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.
Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.
Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.
Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama
Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma
NURUL ZAILA MOHD TAHIR
26 April 2012
Rohani (tengah) kelihatan sedih ketika mengiringi upacara pengebumian anaknya.
Rohani (tengah) kelihatan sedih ketika mengiringi upacara pengebumian anaknya.
KENANGAN...Mastura di samping ibunya selepas mendapatkan rawatan di hospital.
KENANGAN...Mastura di samping ibunya selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Pak belang yang ditembak mati selepas mengekori arwah dan ibunya 3 bulan lalu.
Pak belang yang ditembak mati selepas mengekori arwah dan ibunya 3 bulan lalu.
KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.
 
Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.
 
Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.
 
“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.
 
“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.
 
Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

 
Sentiasa ketakutan
 
ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.
 
Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.
 
“Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan,” jelas Rohani.
 
Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.
 
Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.

 
Hilang mata pencarian
 
DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
 
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.
 
“Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.
 
“Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah,” katanya.
 
Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.
 
*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300.
Rogol gadis bawah umur, pemuda dipenjara 25 tahun
SITI AZIELAH WAHI
26 April 2012
AMPANG - Seorang pemuda dihukum penjara  25 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen  di sini atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.

Hakim Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23,  selepas meneliti dan mempertimbang keterangan saksi pendakwa, tertuduh dan mangsa, yang berjaya membuktikan kes itu di luar keraguan munasabah.

Pada 11 Mei lalu, dia telah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun dalam sebuah van di  tepi Jalan Kosas 3/9 sekitar jam 11 pagi.

Kesalahan yang dilakukan itu didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun atau sebatan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dataran Merdeka: Hormati undang-undang, kata Najib

26 April 2012
Najib Tun Razak
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kependekaran seseorang itu bukan diukur dengan bilangan seteru yang ditumbangkan, sebaliknya ia dihitung dengan kedaulatan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat negaranya.
Beliau berkata, pendekar sejati tentunya memahami falsafah persilatan secara cukup mendalam dengan menggunakan akal fikir yang jernih lagi bening yang
pastinya akan mendahulukan watannya apabila dikehendaki.
"Semangat kependekaran bukan terjadi dengan sendirinya...oleh itu saya amat sukacita apabila Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju memulakan gelombang kependekaran di beberapa negeri di mana kemuncaknya adalah pada malam tadi.
"Saya percaya pendekar semua menyokong padu gelombang ini dan saya yakin dan percaya saudara, saudari, pendekar dan perwira amatlah layak digelar
sebagai barisan ketiga pertahanan negara," katanya ketika merasmikan 'Malam Pendekar: Perhimpunan Pesilat Kebangsaan' sempena Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, yang juga Presiden
Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).
Najib berkata, kerajaan juga berbangga dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pesilat kerana akur dan menghormati peraturan dan undang-undang negara.
Beliau berkata, satu daripada tiang seri negara ialah bahawa tertegaknya negara adalah kerana rakyat Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang,
bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa pesilat adalah sebaliknya.
Beliau berkata, perhimpunan yang berjaya menghimpunkan kira-kira 15,000 pesilat kali ini telah membuktikan bahawa pesilat adalah antara yang
mempertahankan kedaulatan dan undang-udang negara.
Malah, Najib juga sependapat dengan kenyataan Presiden Pesaka bahawa sekiranya pesilat boleh menghormati undang-undang yang mana akur apabila
diminta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menukar lokasi perhimpunan yang awalnya dijadualkan akan berlangsung di Dataran Merdeka,
mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan oleh badan-badan atau persatuan tertentu.
Tegasnya, menghormati undang-undang merupakan intipati kewujudan negara dan sekiranya sayang dan cintakan negara, maka tentunya mereka tidak ingin melihat
huru-hara berlaku pada negara.
Perdana Menteri berkata, jika negara berada dalam keadaan terumbang-ambing tentunya akan menggugat kepentingan negara.
Katanya, kerajaan tidak mampu membiarkan perkara sedemikian daripada berlaku, malah untuk mencegahnya kerajaan telah membentangkan rang undang-undang di Parlimen untuk mengimbangi di antara hak asasi manusia, kebebasan individu atau sivil dan juga kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Najib berkata, itu merupakan prinsip yang sangat mulia bahawa kebebasan tidak boleh dianjurkan secara mutlak, dalam erti kata boleh berbuat sesuka hati tanpa memikir kepentingan masyarakat dan negara pada keseluruhannya.
 Beliau berkata, kebebasan sebegitu merupakan kebebasan yang akan membawa kepada keadaan yang mudarat kepada negara.
Najib menegaskan, bahawa apa jua yang hendak dilakukan mestilah ada perseimbangan antara hak individu dan juga kepentingan masyarakat pada
keseluruhannya.
"Oleh itu para pesilat telah menujukkan pada malam ini bahawa anda menyanjung tinggi prinsip yang mulia ini, tahniah saya ucapkan," katanya.
Beliau berkata masyarakat juga perlu faham bahawa negara mengamalkan demokrasi berparlimen, yang mana kuasa mutlak bukanlah menerusi laras senapang
atau dihujung keris sebaliknya kuasa mutlak adalah di tangan rakyat.
"Penetuannya adalah sekali dalam masa lima tahun dalam sistem demokrasi berparlimen.
Oleh itu, segala kebaikan yang ada pada kesudahannya mestilah dipindahkan dalam bentuk sokongan melalui peti undi.
"Kerana itulah yang akhirnya akan mentukan siapa yang akan memegang kuasa mutlak dalam negara yakni pentadbiran negara dan kerajaan pada masa akan
datang," katanya.
Untuk itu beliau menyeru supaya semangat kependekaran yang ada pada seorang pendekar perlu diterjemahkan di peti-peti undi untuk menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut dianugerahkan dengan anugerah pertama yang dilaksanakan Pesaka dengan gelaran Laksamana Negara atas jasa dan bakti
dalam memartabatkan persilatan negara. - Bernama
Suami isteri disyaki dera tiga anak guna kayu hoki

26 April 2012

JOHOR BAHRU - Polis menahan sepasang suami isteri rakyat Singapura dua hari lepas kerana dipercayai mendera tiga anak mereka di Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini. Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata bapa kandung dan ibu tiri berumur 40 dan 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 petang di rumah mereka di kampung tersebut selepas polis menerima laporan mengenai jenayah berkenaan pada pukul 11 pagi, hari yang sama.

"Laporan polis dibuat oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan ditemani guru sekolahnya. Turut dipercayai menjadi mangsa dera itu adalah seorang adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan adik lelaki berumur lapan tahun," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini hari ini.
 
Noor Hashim berkata mengikut keterangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah itu, ketiga-tiga mereka menetap di rumah berkenaan bersama ayah kandung dan ibu tiri yang merupakan guru muzik, sejak tahun 2007. Beliau berkata mereka tidak pernah berhubung dengan ibu kandung sejak berlakunya penceraian ibu bapa mereka, malah mereka sering dipukul dengan kayu hoki dan ditampar sehingga kejadian yang sama berulang pada Ahad dan Selasa lepas.
 
Katanya kedua-dua beradik perempuan itu turut dibotakkan kepala dan mengalami kesan lebam di beberapa bahagian badan, bagaimanapun, adik lelaki mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Polis berjaya merampas sebatang kayu hoki di rumah berkenaan dan pasangan terbabit kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Ketiga-tiga mangsa pula dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Dalam kes lain, Noor Hashim berkata pihaknya berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah di sekitar bandar raya ini selepas menahan lima lelaki di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini, di sini semalam.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 35 hingga 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari selepas bilik gerakan IPD Nusajaya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya kejadian pecah rumah di Jalan Bakti 56, perumahan terbabit.

Katanya polis tiba di rumah tersebut lima minit kemudian dan merampas pelbagai barangan serta peralatan pecah rumah daripada suspek termasuk dua kereta curi, 14 telefon bimbit, televisyen plasma, beg tangan, minuman keras dan kuku kambing.
 
Katanya kesemua lelaki yang dipercayai terlibat dengan sembilan kes pecah rumah sejak tujuh bulan lepas itu kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -- Bernama
Penganggur pecah masuk rumah, dua beradik cedera ditetak

26 April 2012
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk ke sebuah rumah menerima padah setelah perbuatannya disedari tuan rumah dalam kejadian awal pagi semalam di Kampung Serdang, Dungun.

Dalam kejadian itu, penganggur berumur 30-an itu disedari merayau-rayau di perkarangan kira-kira pukul 4.15 pagi oleh anak pemilik rumah yang masing-masing berumur 16 dan 21 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dua beradik itu bertindak keluar rumah untuk memeriksa keadaan dan ternampak kelibat suspek yang juga jiran mereka.

"Menyedari perbuatannya disedari tuan rumah, suspek cuba melarikan diri namun dalam masa yang sama mengacukan sepatah senapang angin ke arah kedua-dua beradik itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menyedari suspek bersenjata, seorang daripada dua beradik itu berlari mendapatkan sebilah golok dari dapur rumahnya dan melibas ke arah suspek.

"Bagaimanapun suspek cuba melawan dan berlaku pergelutan, semasa bergelut suspek terkena libasan golok dan cedera di kepala, bahu dan belakang badan sebelum dua beradik itu berjaya mengikatnya dan menyerahkan suspek kepada polis," katanya.
Rogol dalam kelas kosong
Wartawan Sinar Harian
20 April 2012
REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Manoharan berkata keadaan suspek dilaporkan stabil dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.- Bernama

Janda dicekup khalwat dengan kekasih muda


2012/04/23

JITRA: Seorang ibu tunggal berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 30 tahun di sebuah motel murah di kawasan perumahan di sini, petang kelmarin.

Janda yang kematian suami sejak lima tahun lalu dikatakan mengenali pasangannya ketika berniaga di sebuah pasar di sini dan dikatakan berhasrat mengahwini lelaki yang 21 tahun lebih muda daripadanya itu tetapi dihalang anak kerana perbezaan umur.
Bagaimanapun, mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik disewa wanita itu pada jam 3.30 petang oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu.
Sumber berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang wanita berpakaian kemeja T serta berkain batik membukanya dan terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk pemeriksaan.

“Kami menemui seorang lelaki berseluar pendek tanpa baju. Mereka memberi alasan hubungan sebagai saudara tetapi akhirnya mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram.

“Wanita itu dipercayai menyewa bilik berkenaan sejak dua bulan lalu berdasarkan penemuan pakaian dan barangan dalam bilik berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan sanggup datang dari Pengkalan Hulu, Perak, untuk menemui pasangannya di motel terbabit bagi melepaskan rindu.
Dalam serbuan sama, dua pasangan lain berusia 20-an ditahan di motel itu kerana berkhalwat.

Sumber berkata, semua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan.

Sementara itu, penguat kuasa pejabat agama daerah turut menahan sepasang remaja berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana disyaki berkurung dalam bilik di rumah remaja perempuan di Taman Tunku Sarina, Bandar Darulaman, di sini.

Bekas imam dipenjara 15 tahun, 12 sebatan
Oleh Badrul Kamal Zakaria

2012/04/25

JOHOR BAHRU: Seorang bekas imam dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol pelajar berusia 13 tahun pada tahun lalu.

Tertuduh, Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, yang juga Imam 2 di sebuah masjid pinggir bandar raya ini, didapati bersalah merogol gadis bawah umur itu di rumahnya di Jalan Camar 3, Taman Perling dekat sini, kira-kira jam 3 petang 21 Februari tahun lalu.
Beliau yang sudah dipecat daripada jawatan itu selepas kes terbabit, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Hakim Nur’aman Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat serta menjaga nama baik institusi diwakilinya.

Beliau berkata, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali, berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh.

Katanya, pembelaan dilakukan tertuduh yang diwakili peguam Sukaimi Mashud, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keterangan dikemukakan sepanjang perbicaraan.

“Selepas meneliti fakta kes dan keterangan beberapa saksi termasuk mangsa, mahkamah mendapati keterangan dibuat mereka mempunyai kredibiliti dalam kes ini.
“Selain itu, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan dan walaupun tertuduh membuat keterangan secara bersumpah di kamar saksi, namun ia lebih bersifat penafian semata-mata.

“Saya turut melakukan rujukan terhadap kes mala fide sebelum ini, selain menilai laporan doktor yang mengesahkan ada tusukan objek tumpul pada kemaluan mangsa yang dilakukan secara paksa,” hujahnya.

Nur Akmal yang mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan, mula menitiskan air mata selepas prosiding berakhir dan dipeluk ahli keluarga yang hadir sebelum dibawa ke penjara.

BILA KEADAAN NEGARA TAK TENTERAM DISEBAB BANYAKNYA JENAYAH..PENIPUAN DLL

Siang comot, malam kemas

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pada siang hari berpakaian koyak rabak dan berjalan seperti orang kelainan upaya (OKU) untuk meraih simpati orang ramai menghulurkan sedekah, namun pada sebelah malam berpakaian cantik serta boleh berjalan dengan baik tanpa sebarang kecacatan.
Itulah lagak beberapa lelaki warga China dipercayai sindiket pengemis warga asing yang bergiat aktif mengemis di sekitar ibu negara.

Bagaimanapun, kegiatan penipuan itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan hasil aduan orang ramai yang berasa curiga dengan gelagat warga asing berkenaan, tiga daripada 'pengemis tipu' itu berjaya dicekup ketika sedang leka mengira 'hasil' mereka di sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini, Isnin lalu.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) kira-kira jam 11.30 malam selepas intipan dan pemantauan selama seminggu terhadap pergerakan kumpulan pengemis warga asing terbabit.

Penolong Pengarah JIMWPKL, James Musa Singa, berkata maklumat mengenai kegiatan kumpulan pengemis warga asing itu diperoleh daripada orang awam yang mendapati kumpulan terbabit hanya berlakon menjadi orang gelandangan dan OKU ketika keluar mengemis, sedangkan ketika berada di kediaman mereka berpakaian elok serta tidak cacat.

“Ketika serbuan dijalankan di premis kediaman mereka, penjaga premis enggan membenarkan penguat kuasa Imigresen masuk dan kami terpaksa memohon bantuan polis barulah penjaga premis yang juga seorang wanita tempatan membuka pintu.

“Ketika pemeriksaan di premis terbabit dilakukan, terdapat tiga lelaki warga China berpakaian comot dan separuh bogel didapati sedang leka mengira wang syiling hasil mengemis sekitar kawasan Brickfields, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di situ, namun dia tidak ditahan tetapi diberi notis untuk hadir ke pejabat JIMWPKL untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki warga China termasuk seorang kudung tangan kiri yang berusia 31 hingga 71 tahun itu, didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun sudah tamat tempoh dan tinggal lebih masa.
Katanya, kumpulan pengemis berkenaan dipercayai didalangi individu tertentu atau sindiket yang bertanggungjawab membawa masuk 'pengemis tipu' itu bagi tujuan mengemis dan mendapatkan wang mudah hingga mencecah puluhan ribu sebulan.

“Jika benar warga asing berkenaan adalah pengemis, tidak mungkin mereka mampu datang ke Malaysia. Pihak Imigresen percaya kumpulan pengemis warga asing terbabit dibawa masuk ke negara ini oleh sindiket tertentu yang mungkin terdiri dari warga tempatan dan kumpulan ini beroperasi di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya.

Malang ‘Pak Tua’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dari perkenalan untuk tujuan perniagaan, seorang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang rakan barunya apabila dia bukan saja dipaksa untuk mengurut kemaluan lelaki berkenaan malah dia turut diliwat dalam kejadian di Taman Maluri, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa berusia 65 tahun sedang minum di sebuah restoran berdekatan Jalan Peel, di sini, sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang mengajaknya untuk menyertai perniagaan yang dijalankannya.

Mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, selepas berbincang lama mengenai perniagaan jualan langsung yang dijalankannya itu, lelaki berkenaan mengajaknya untuk ke rumahnya di Taman Maluri untuk menunjukkan pelan perniagaan.
Katanya, tanpa syak dia menuruti lelaki berkenaan ke rumahnya, namun selepas berbincang seketika di ruang tamu, dia berasa pelik apabila lelaki itu mengajaknya masuk ke dalam bilik.

“Apabila saya enggan menuruti kehendaknya, dia menarik saya masuk ke dalam bilik sebelum menolak saya ke arah katil dan saya yang sudah ketakutan ketika itu, merayu kepadanya agar melepaskan saya, namun tidak diendahkan.

“Dia kemudian membuka seluarnya sebelum meminta saya melayan nafsunya, apabila saya berdegil untuk mengikut kehendaknya, saya ditampar sebelum dipaksa untuk mengurut kemaluannya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selepas itu dia menyangka akan dilepaskan, namun sangkaannya meleset apabila dia diminta untuk menonton video seks yang dirakam suspek bersama seorang lagi rakan hubungan songsang sebelum dia dipaksa untuk meniru aksi yang sama.

Katanya, berang dengan tindakannya yang tidak mahu melayan nafsu songsangnya, lelaki itu kemudian menolaknya ke katil semula sebelum meliwatnya dan sebagai balasan, dia diberikan RM50.

Ustazah hilang ketika sidai pakaian



BACHOK: “Kalau Ti pergi, jangan cari,” kata bekas guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) kepada ibunya sebelum dia gagal dikesan selepas ketika menyidai pakaian di hadapan rumahnya di Kampung Cherang Hangus, Bachok, 18 April lalu.
Romlah Mohd Noor, 61, berkata, kata-kata itu diucapkan anaknya, Norhayati Mat Rifin, 39, berulang kali tiga hari sebelum dia hilang.

“Kali terakhir saya lihat dia sedang menyidai pakaian di hadapan rumah pada 18 April lalu. Kira-kira jam 10 pagi, apabila saya pulang selepas selesai menyiapkan kerja di belakang rumah, saya lihat dia sudah tiada.
“Saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok keesokan harinya,” katanya.

Menurutnya, Norhayati menghidap penyakit skizofrenia sejak berusia 17 tahun dan semakin serius selepas bercerai dengan suaminya sembilan tahun lalu.

“Saya merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak saya itu supaya menghubungi kami di talian 019-9946080 dan 013-6403038,” katanya.

10 anak kebulur, ibu pula bersolek



JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang kerap bertukar kerja termasuk menjadi pelayan di pusat karaoke di daerah ini tergamak membiarkan 10 anak kebuluran sedangkan dia menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli alat solek.
Wanita yang kematian suami pada Februari 2011 akibat batuk kering itu galak bekerja dan sering pulang lewat pagi menyebabkan anaknya terabai.

Mendedahkan perkara itu, ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 49, berkata, selepas kematian suami, adik perempuannya menggalas tanggungjawab menyara keluarga.
“Adik perempuan saya, Ain, 37, berasal dari Indonesia, melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk pembantu kedai makan.

“Selepas bekerja, sikap Ain berubah termasuk gemar bersosial sebelum menerima tawaran bekerja di sebuah pusat karaoke sebagai pelayan tetamu.

“Dia hanya pulang sesekali dan akibat boros membeli alat solek dan pakaian berjenama, Ain gagal melunaskan sewa rumah mahu pun membeli makanan untuk anak hingga mereka kebuluran.

“Pada masa sama, Ain turut menggunakan wang RM450 diberi JKM untuk belanja anak bagi membeli barangan keperluan peribadinya,” katanya.

Menurut Aminah, Ain turut mengarahkan anak sulungnya melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh serta menjaga sembilan adik.
Aminah berkata, perkara itu menimbulkan gangguan mental kepada anak sulung Ain yang dikenali sebagai Diah, 16.

“Keadaan Diah semakin teruk apabila ibunya kerap membawa lelaki berlainan pulang ke rumah. Akibatnya, Diah melarikan diri ke rumah saya.

“Bimbang banyak perkara negatif membabitkan keluarga Ain, saya dan beberapa jiran mengadukan perkara itu kepada JKM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Johor, Khatijah Abdullah berkata, anak wanita terbabit berusia antara empat hingga 16 tahun diselamatkan pihaknya pada pertengahan November lalu.

“Pada perbicaraan dijalankan, Ain memaklumkan dia tidak mampu memelihara anaknya lagi dan mahkamah memutuskan lapan beradik daripada 10 anaknya dihantar ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Pahang pada Disember lalu,” katanya.

Pelajar korban kereta api

Oleh Mahaizura Abd Malik dan Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

SEGAMAT: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paduka Tuan meninggal dunia digilis kereta api penumpang ketika menyeberangi landasan kereta api di Kilometer 592, Landasan Segamat dan Genuang di sini, semalam.
Tragedi menyayat hati itu berlaku pada jam 1.20 tengah hari ketika Ahmad Iltizam Khalid, 15, yang juga anak sulung daripada empat beradik melintas landasan melalui pintasan haram.

Lokasi kejadian hanya 200 meter dari sekolah mangsa.
Ahmad Iltizam dipercayai berjalan sendirian menggunakan jalan pintas dengan menyeberangi Jalan Genuang untuk pulang ke rumahnya di Jalan West, Bukit Siput selepas tamat sesi persekolahan.

Ketika melintas landasan itu, kereta api Ekspres Sinaran yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Woodland, Singapura melalui laluan sama.

Iltizam diseret sejauh 50 meter dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala buku sekolah pelajar itu bertaburan di sekitar landasan. Kereta api itu turut berhenti berhampiran lokasi kejadian, tetapi perlu mengambil jarak 800 meter sebelum berhenti sepenuhnya sejurus kemalangan. Ia meneruskan perjalanan selepas polis menyelesaikan siasatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanafi Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Mangsa menggunakan pintasan di landasan kereta api itu untuk pergi dan pulang dari sekolah setiap hari. “Laluan sama turut digunakan penduduk untuk melintas setiap hari. Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Fazil Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 1.30 tengah hari.

“Kejadian seumpama ini boleh dielak jika orang ramai tidak menggunakan pintasan haram untuk melintas landasan kereta api. “KTMB sudah banyak mengeluarkan peringatan berkaitan bahaya menyeberangi landasan kereta api serta mengadakan pelbagai kempen kesedaran.

“Ini kerana, sebaik dilanggar kereta api, kesannya boleh membawa maut. Walaupun mangsa hidup, kecederaan dialami pula teruk. KTMB menasihati orang ramai supaya menggunakan jejantas di sepanjang landasan kereta api,” katanya.

Menurut Fazil, KTMB berkuasa mendenda mereka yang ingkar sehingga RM500 mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2011.

Cemas lepas keluar wang RM47,000



SEREMBAN: Perjalanan seorang ahli perniagaan selepas mengeluarkan wang RM47,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit dipercayai baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Rasah dalam perjalanan ke Senawang memandu kereta Nissan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dilanggar dua kereta masing-masing Toyota dan Mercedes dinaiki tiga lelaki.
“Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum suspek menghalang keretanya di hadapan dan belakang di tempat kejadian.

“Berikutan itu, mangsa yang tidak dapat melarikan diri terkejut sejurus melihat tiga suspek bertopeng meluru ke arahnya dipercayai membawa pisau dan memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, suspek mengambil wang RM47,000 yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan menoreh tayar kereta mangsa menggunakan pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima kejadian itu.

Anak lari ikut jejaka Lombok



TAIPING: Seorang ibu tidak menyangka sikap peramah seorang ‘jejaka Lombok’ yang sering membantunya di gerai makan miliknya di sebuah tapak pasar malam, di sini, sejak enam bulan lalu mempunyai niat jahat apabila lelaki itu bertindak melarikan anak gadisnya pada 18 April lalu.
Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, (gambar) dilarikan lelaki berkenaan dengan sebuah motosikal. Bimbang sesuatu yang buruk menimpa anaknya, ibu remaja berkenaan, Hasliza Ismail, 45, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, sehari selepas kejadian itu apabila mendapati anaknya tidak pulang pada malam kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, berdasarkan laporan polis, ibu mangsa mendakwa anaknya dilihat keluar dari rumah mereka di Taman Panglima di sini, dengan memakai baju kemeja putih berbunga coklat dan seluar trek berwarna biru sebelum menaiki motosikal ditunggang seorang lelaki.
Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima pengadu, mangsa dilarikan seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali Mohamad Yani, 30.

“Lelaki itu didakwa sering membantu keluarga berkenaan mengendalikan gerai makanan di tapak pasar malam di Taman Panglima, di sini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Afifah boleh menghubungi IPD Taiping di talian 05-8082222 atau Inspektor Suhaimi Mohamad di 05-8080222.

Pencabul kena RM6,000

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu van ‘prebet sapu’ didenda RM6,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencabul penumpangnya yang juga pelajar tingkatan empat pada 2 April tahun lalu.
Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Mohd Sahabuddin Razali, 27, dari Kampung Baru, Pusu 3, di sini, mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan pelajar perempuan berusia 16 tahun itu dengan meraba buah dada dan paha mangsa di tempat letak kereta berhampiran Stadium Gong Badak di sini, antara jam 1.30 hingga 1.45 tengah hari pada 2 April 2011.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.
Mengikut fakta kes, mangsa yang mahu pulang ke asrama sekolahnya di daerah ini, menaiki van sapu dipandu tertuduh di hadapan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini.

Bagaimanapun, tertuduh tidak menghantar mangsa ke sekolah sebaliknya membawa pelajar itu ke arah jalan Stadium Sultan Mizan Gong Badak dan memberhentikan kenderaannya di depan Stadium Tertutup Gong Badak kira-kira jam 1.30 petang.

Ketika itu, mangsa dipaksa memegang kemaluannya dan pada masa sama tertuduh meraba mangsa.

Mati trauma harimau

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Mohamad Hairi Azmi Tham
am@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.

Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.
Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.

Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.

Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.

Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.

Rohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau terkena ‘badi’ harimau selepas kejadian itu.
Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda pemergiannya.

Beliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih ‘dibayangi’ wajah pak belang yang cuba membahamnya itu.

“Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib sepertinya.

“Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin terkena ‘badi’ pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat,” katanya.

Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.

Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak ke bahagian otaknya.

“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke bawah lumpuh,” katanya.

Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semalam.

Rampas patung seks



KLANG: Sebuah patung getah yang menyerupai tubuh perempuan yang dijual pada harga RM50 dan menjadi kegemaran lelaki untuk melepaskan nafsu antara pelbagai produk berahi yang dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tujuh siri serbuan di sini, 18 April lalu.
Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan dan ubat seks yang dianggarkan bernilai RM10,000 kerana dijual secara terbuka.

“Antara kawasan yang terbabit dalam operasi ini ialah Taman Klang Jaya, Taman Bayu Perdana, Persiaran Raja Muda Muda, Jalan Kapar, Lorong Cungah, Taman Klang Utama dan Taman Sentosa.
“Serbuan dijalankan pada jam 4 petang di tujuh kawasan secara serentak selepas kami melakukan risikan dan hasil aduan awam,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Andry Arman berkata, peniaga terbabit menjadikan pelanggan di premis nombor ekor berhampiran sebagai sasaran utama berikutan premis berkenaan tumpuan orang ramai.

Katanya, rungutan orang awam yang melalui kawasan itu terutama ibu bapa disalurkan kepada MPK yang kemudian membuat serbuan dan merampas hampir 300 produk berahi termasuk barang perhiasan wanita selain menyita peralatan berniaga.

Mayat tempat sampah

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dengan tangannya diikat dipercayai mangsa bunuh di kawasan pembuangan sampah berhampiran Masjid Lapangan Terbang Subang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu jam 8 pagi sebelum sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, mayat itu yang dipercayai warga asing ditemui terbaring di tepi timbunan sampah dengan kesan kecederaan pada leher, perut dan badan.
“Ketika ditemui, mayat itu berpakaian lengkap seluar panjang dan baju-T, namun tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan pembuangan sampah berkenaan,” katanya.

Rakan kongsi ‘makan kawan’



KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu percayakan rakan baik untuk menjadi rakan kongsi perniagaan komputer, seorang peniaga mengalami kerugian RM150,000 selepas ditipu rakannya itu dalam kejadian di Taman Cheras, di sini.
Mangsa membuat laporan laporan di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin selepas untung yang dijanjikan rakannya tidak diterima sejak lima bulan lalu, malah modalnya turut dilarikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30, berkata, dia memberi modal kepada rakannya pada Oktober 2010 dan dijanjikan untung RM20,000 setiap bulan.
Katanya, dia menerima untung lima kali sehingga Oktober tahun lalu dan hingga sekarang tidak menerima keuntungan tunggakan yang dijanjikan sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiga kali banjir sebulan

Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

HALANG...saliran longkang yang dihalang beberapa paip menyebabkan banjir.
HALANG...saliran longkang yang dihalang beberapa paip menyebabkan banjir.
KUALA LUMPUR: Nama saja Kampung Segambut Bahagia, namun ia tidak menggambarkan kehidupan bahagia penduduknya apabila kerap berdepan masalah banjir.
Timbalan Pengerusi Masjid Tarbuyyatul Islamiah, Hassan Kassim berkata, dalam tempoh tidak sampai tiga minggu, tiga kejadian banjir kilat berlaku di kampung berkenaan sepanjang bulan ini.

“Ia bukan satu perkara baru kerana ia berlaku sejak beberapa tahun lalu. Setiap kali hujan lebat, rumah kami dinaiki air.
“Sudah banyak kerugian harta benda sehingga kami tidak sanggup membeli perabot dan membiarkan rumah kosong kerana tahu ia rosak jika banjir,” katanya di sini, semalam.

Dianggarkan lebih 200 rumah di kampung berkenaan dinaiki banjir, namun sehingga kini belum ada penyelesaian kekal dilakukan pihak berwajib khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Malah, bantuan daripada DBKL juga jarang diterima. Hanya sekali DBKL memberikan RM300 setiap rumah yang terjejas, itupun beberapa tahun lalu,” katanya.

Difahamkan, antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan Kelapa Hijau, Kelapa Muda, Kelapa Gading dan Lenggok Kelapa.

Selain itu, Kampung Segambut Tengah mengalami masalah sama. Pengerusi persatuan penduduknya, Razali Mohammad berkata, lebih 12 rumah di situ ditenggelami air setiap kali banjir.
“Semuanya berpunca daripada keadaan longkang yang kecil berhampiran Sungai Keroh berbanding saiz longkang yang besar di bahagian atas.

“Disebabkan aliran air yang banyak, longkang kecil itu tidak mampu mengalirkan air seterusnya menyebabkan air melimpah ke atas Jalan 1/38, berhampiran Wisma Suhati dan di jalan utama Lang Emas.

“Malah, tindakan kontraktor membuat longkang menutupnya dengan tar menyebabkan longkang berkenaan tidak boleh diselenggara dan tersumbat,” katanya.

Namun, hasil pemeriksaan kontraktor pembinaan jejambat dari arah Segambut ke Mont Kiara mendapati beberapa saluran longkang dalam tanah di situ dihalang beberapa utiliti seperti paip air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan saluran gas.

HANYA ALLAH YANG TAHU...APA YANG BERLAKU...NAFI DAN TERUS NAFI

Nor Ain dibunuh dua minggu lalu

Nor Ain suka memakai pakaian seperti lelaki.


KOTA BHARU – Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi, 16, yang rangka mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang dekat sini pada Isnin lalu dipercayai telah dibunuh dan dibakar dalam tempoh dua minggu sebelum rangka mangsa ditemui.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada gadis tomboi itu dibakar hidup-hidup atau mangsa dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.
“Setakat ini, kita mendapati Nor Ain dan motosikal miliknya dibakar. Polis menemui rangka motosikal mangsa yang hangus dan tulang-tulang manusia termasuk beberapa barangan peribadi mangsa di lokasi kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dadah dan orang yang dikenalinya.
Kosmo! semalam melaporkan misteri kehilangan seorang remaja tomboi sejak 21 hari lalu terungkai apabila rangka Nor Ain ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh oleh seorang pemandu lori yang melalui kawasan itu.
Nor Ain yang sudah tidak bersekolah, sebelum ini dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya sejak 3 April lalu.
Jarak rangka Nor Ain ditemui dengan rumahnya kira-kira 500 meter.
Ekoran penemuan itu, enam lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Saiful Bahri berkata, polis dalam proses menahan beberapa suspek lain bagi membantu siasatan pembunuhan Nor Ain.

Saya bukan isteri menteri – Zahida




KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.
Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

Wanita terlepas hukuman mati


ROSMAWATI semasa dijatuhi hukuman gantung atas tuduhan mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2009.


PUTRAJAYA – Seorang wanita Thailand terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman mati kerana mengedar 865.8 gram kanabis, sembilan tahun lepas.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai panel lima anggota bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Rosmawati Che Ngah selepas memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya kerana memiliki dadah itu.
Wanita berusia 34 tahun dari Sungai Golok, selatan Thailand, hanya perlu menghabiskan hukuman penjara lapan bulan lagi berikutan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 31 Januari 2003.
Dalam penghakimannya, Hakim Malanjum berkata, mahkamah mendapati sabitan mengedar dadah terhadap wanita itu tidak selamat ekoran wujud keraguan berhubung pengetahuan tertuduh mengenai dadah itu yang semata-mata berdasarkan kelakuannya.
Beliau juga berkata, malang bagi kes pendakwaan apabila pihak pendakwaan gagal menawarkan Dak Sak Che Moh, seorang warga Thailand kepada pihak pembelaan sebagai saksi.

Keluarga yakin Mohd. Nazaruddin masih hidup


SITI HAMIDAH bersama suaminya, Saidin Aziz, 65, merebus kerang untuk persiapan berniaga nasi lemak di Sungai Buloh semalam.


KUALA LUMPUR – Keluarga kepada rakyat Malaysia, yang diculik di kepulauan Jolo, Filipina oleh kumpulan penjenayah Abu Sayyaf sejak Mei tahun lalu yakin Mohd. Nazaruddin Saidin, 39, masih hidup.
Ibu mangsa, Siti Hamdah Ahmad, 61, berkata, beliau percaya anak lelakinya itu masih selamat kerana berpeluang berkomunikasi dengan Mohd. Nazaruddin melalui panggilan telefon kira-kira dua bulan lalu.
“Mohd. Nazaruddin sempat menghubungi kami dan beritahu dia selamat,” katanya ketika ditemui di Sungai Buloh semalam.
Nazarudin, bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina pada 8 Mei tahun lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut.

Pendawai elektrik dituduh bunuh guru


SEORANG anggota polis membawa Sritharan yang dituduh membunuh seorang guru ke Mahkamah Majistret Selayang semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pendawai elektrik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang guru wanita yang menunggu bas dengan menyimbah asid ke tubuh mangsa selepas meragut rantai emasnya pada bulan lalu.
Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, N. Sritharan, 19, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.
Sritharan didakwa bersama seorang lagi rakan yang masih bebas membunuh S. Usharani, 47, di perhentian bas PKNS, Batu 17, Jalan Ipoh, Rawang di sini pada pukul 7 pagi, 27 Mac 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Abd. Raheem Aliyas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Guru rugi RM3,550 ditipu kenalan Internet


WONG menunjukkan gambar Adrian yang dirakam melalui web perbualan secara dalam talian kepada Chong di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM3,550 ekoran terpedaya dengan seorang lelaki yang baru dikenali selama dua minggu yang turut mengaku meminatinya.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 36, berkata, dia mengenali lelaki tersebut, Adrian Steve yang mendakwa dirinya sebagai peniaga berbangsa British melalui laman web www.badoo.com pada awal April lalu.
“Adrian pernah meluahkan perasaannya serta melamar saya seminggu selepas kami saling berkenalan.
“Namun saya tidak menerima lamarannya dan hanya mahu berkawan memandangkan saya tidak pernah bersemuka dengannya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong.
Jelasnya, selama ini, mereka hanya berhubung melalui kamera web dan telefon namun lelaki terbabit masih tidak berputus asa memujuknya untuk menerima lamaran itu.
“Pada 19 April lalu, Adrian memberitahu, dia akan menghantar satu bungkusan yang mengandungi wang sebanyak AS$3,000 (RM9,186) dan beberapa barang kemas sebagai tanda cinta dia terhadap saya.

Ikan paus kelabu ditemui mati


GAMBAR menunjukkan mulut ikan paus itu.


PULAU CAMANO, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus kelabu ditemui mati terdampar di sini kelmarin.
Pemeriksaan awal mendapati haiwan itu mati bukan disebabkan trauma.
Beberapa serpihan ditemui dalam perut ikan tersebut termasuk sebiji bola golf namun ia bukan penyebab kematian haiwan berkenaan.
Ikan paus jantan itu sepanjang 11.27 meter. - Agens

LOGIKKE...CUBA FIKIR2KAN...NAK NAFI PUN AGAK2LAH...ALLAH SAJA YANG TAHU...

Dilayan bagai haiwan

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.
Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.
Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.


“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.

“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya

‘Semua itu fitnah’

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.
ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.
KUALA LUMPUR: “Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie.
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.


Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.
“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.

“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri

Harakahdaily, 25 Apr 2012


(Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang)

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.

Remaja maut jatuh terusan

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my
LEMAS...anggota Jabatan Pertahanan Awam  mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Mohd Suhaimi.
LEMAS...anggota Jabatan Pertahanan Awam mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Mohd Suhaimi.
PENDANG: Seorang remaja dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya maut apabila ditemui orang ramai tertiarap dalam terusan di Kampung Alor Besar, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, motosikal ditunggang Mohd Suhaimi Mohd Daud, 18, dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam terusan berkenaan dan mangsa dipercayai lemas.

Majikan mangsa, Bukhari Lebai Chik, 56, berkata, mangsa selalunya sampai di rumahnya sekitar jam 10 pagi sebelum keluar bekerja di sebuah sawah miliknya bersama seorang anaknya dengan menaiki kereta.
“Saya difahamkan, anak saya sempat menghubungi arwah kira-kira jam 10 pagi bertanyakan lokasinya dan arwah sempat menyatakan dia baru sampai di terusan Kampung Alor Besar, namun tidak muncul walaupun selepas beberapa jam.

“Jarak antara terusan kampung itu dengan rumah saya tidak jauh, sekitar 10 minit perjalanan saja. Namun, anak saya berasa tidak sedap hati kerana arwah tidak pernah lewat,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Bukhari berkata, dia amat terkejut selepas mendapat tahu Mohd Suhaimi terjatuh ke dalam terusan itu sehingga meragut nyawanya.

Katanya, dia tidak menyangka pertemuan mereka baru-baru ini yang terakhir sebelum kejadian meragut nyawa mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu selain memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.

Wednesday, April 25, 2012

JANGAN JAWATAN SEHINGGA KITA TAK BERANI MENEGUR...JADI SYAITAN BISU...ATAU ULAMAK DUNIA...ATAU ULAMAK ROSAK@SUK...SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN

Ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin diwarta sesat


SEBAHAGIAN daripada pengikut ajaran Ayah Pin mengadakan salah satu upacara
di markas Kerajaan Langit di Besut sebelum diambil tindakan oleh pihak berkuasa pada tahun 2008.


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyenaraikan empat ajaran sesat termasuk ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, tiga ajaran lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa' Corporation dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.
"Sehingga kini, Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin termasuk pengasasnya, Ariffin Mohammed.
"Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat," kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Jawatan mufti dinaik taraf

BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri dan akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, Exco agama dan Majlis Agama Islam negeri-negeri seluruh negara.
"Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh Exco.
"Kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Wanita kudung jual bayi didakwa

Hwee Bin dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang semalam atas tuduhan memperdagangkan bayi.


KLANG – Seorang wanita warga Singapura yang kudung kaki kirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi berusia 22 hari bagi tujuan eksploitasi pada awal bulan ini.
Lee Hwee Bin, 36, didakwa memperdagangkan bayi bagi maksud eksploitasi iaitu menjual bayi lelaki itu di luar Starbucks Coffee, Jusco Bukit Tinggi, Klang pukul 11.30 pagi, 6 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh, Hwee Bin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Dia yang kudung kaki kirinya terpaksa disorong dengan kerusi roda untuk memasuki mahkamah.
Semasa ditahan, tertuduh dalam proses menjual seorang bayi yang berketurunan Cina dan India itu kepada sepasang suami isteri.
Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, K. Muthiah berkata, Hwee Bin mempunyai masalah kehilangan pasport miliknya dan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis.

Cari ayam jumpa rangka


beberapa penduduk kampung melihat lokasi rangka Nor Ain (gambar kecil) ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang kelmarin.


GUA MUSANG – Misteri kehilangan seorang remaja tomboi sejak 21 hari lalu terungkai apabila rangka gadis itu ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh di sini kelmarin bersama motosikal miliknya yang hangus.
Rangka Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi, 16, yang hilang sejak 3 April lalu ditemui seorang pemandu lori membawa kelapa sawit pada pukul 6 petang beserta dompet, kad pengenalan dan sebuah motosikal.
Polis mengesyaki Nor Ain turut dibakar bersama motosikal miliknya.
Ekoran penemuan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, enam lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan.
“Enam yang ditahan merupakan individu yang mengenali mangsa dan bersama mangsa sebelum mangsa hilang. Lima daripada mereka termasuk seorang suspek wanita positif dadah,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, Nor Ain dilaporkan tidak pulang ke rumah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini selepas keluar pada pukul 9 pagi, 3 April lalu dengan menunggang motosikal Kriss bernombor pendaftaran AEK 4943.
Ekoran itu, keluarganya membuat laporan polis mengenai kehilangan Nor Ain yang merupakan anak bongsu daripada sepuluh adik-beradik.

Tina dirayu pulang ke pangkuan keluarga


AZIZAH menunjukkan gambar Norzaidatina yang hilang sejak 15 April lalu di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang ibu merayu anaknya, Norzaidatina Yunus, 18, pulang semula ke pangkuan keluarga selepas dipercayai meninggalkan rumah mereka di Kampung Sungai Keladi, Chetok, Pasir Mas dekat sini sejak 16 April lalu.
Azizah Abdul Samad, 42, yang bekerja mengambil upah menoreh getah berkata, dia menyedari kehilangan anaknya yang dipanggil Tina kira-kira pukul 6.30 pagi apabila hendak mengejutkan anaknya itu menunaikan solat Subuh.
Menurut Azizah, dia mengesyaki anaknya itu meninggalkan rumahnya pada awal pagi dan dia tidak pulang sehingga ke hari ini.
"Saya dan saudara-mara lain sudah puas mencari Tina di sekitar kampung berdekatan tetapi gagal ditemui.
"Saya membuat laporan kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas kira-kira pukul 4 petang dan berharap Tina segera pulang," katanya di sini semalam.

CINTA ADA YANG BAHGIA DAN ADA YANG DERITA...CINTAILAH ALLAH AGAR BAHGIA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT










BERMADU DIIZIN DALAM ISLAM DENGAN SYARAT2 TERTENTU..BERMADU LAH...AMALAN ISLAM KENA BUAT...JANGAN AMBIL BERMADU SAJA..SYARIAT LAIN TAK AMBIK PENDULI...MACAM NI TAK KENA LAH...

Isteri muda pilihan hati

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Malang nasib si isteri tua kerana suami yang membuat kejutan dengan membawa pulang isteri muda, mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas dia bergaduh dengan madunya itu.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desaria, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, isteri pertama yang berusia 52 tahun sebelum itu marah apabila suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah muncul bersama isteri muda yang juga warga Indonesia berusia 20-an.
Menurut sumber, isteri pertama yang juga tukang cuci itu marah dengan tindakan suaminya dan berlaku perang mulut dengan lelaki berusia 53 tahun terbabit.

“Dalam perang mulut itu, isteri tua mempersoalkan tindakan suaminya membawa pulang isteri muda dan memarahi suaminya supaya jangan balik ke rumah mereka.

“Tindakan isteri tua itu menyebabkan madunya berang dan menerkamnya sebelum kedua-duanya bergomol di ruang tamu rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila melihat kedua-dua isterinya bergaduh persis ahli gusti, si suami menjerit supaya kedua-dua isterinya menghentikan pergaduhan itu.

Gadai nyawa demi abang

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

DI SINI...tempat  mangsa diserang sekumpulan lelaki di Desa Melawati.
DI SINI...tempat mangsa diserang sekumpulan lelaki di Desa Melawati.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nekad merempuh kepungan kira-kira 30 lelaki bagi menyelamatkan abangnya yang parah akibat dibelasah dan ditetak dengan parang oleh kumpulan lelaki itu dan terpaksa memapah abangnya sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian.
Kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati, di sini, pada jam 1 pagi Ahad lalu selepas abang lelaki itu parah diserang kumpulan lelaki terbabit.
Sumber berkata, sebelum itu mangsa berusia 40-an melihat berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan kira-kira 30 lelaki dan dia berniat ingin menyuraikan pertelingkahan terbabit kerana mengenali seorang daripada mereka yang terbabit dalam insiden itu.

“Bagaimanapun niat baiknya mengundang padah apabila mereka yang tidak berpuas hati menyerangnya, malah mengepung sebelum membelasah mangsa bertubi-tubi dengan parang.


“Mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan diri, namun gagal malah dia ditetak di tangan dan kepala bertubi-tubi,” katanya.

Rezeki dapat kembar tiga

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

GEMBIRA...Lee (kiri) dan Chang memangku dua bayi mereka manakala seorang lagi diletakkan di dalam inkubator.
GEMBIRA...Lee (kiri) dan Chang memangku dua bayi mereka manakala seorang lagi diletakkan di dalam inkubator.
IPOH: Percubaan kali kedua sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata menerusi kaedah rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) membuahkan hasil ‘luar biasa’ apabila mereka dikurniakan anak kembar tiga yang lahir menerusi pembedahan pada 18 April lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Lebih manis, kelahiran bayi kembar iaitu dua lelaki dan seorang perempuan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi pasangan kembar tiga IVF pertama dilahirkan di hospital berkenaan menerusi proses pembekuan embrio yang dikendalikan doktor pakar di hospital berkenaan.

Pasangan suami isteri, Chang Keng Leong, 33, dan Lee Foong Theng, 30, yang juga pengusaha restoran tidak pernah menyangka impian mereka selama tujuh tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir dengan kelahiran kembar tiga itu. Bayi kembar tiga masing-masing seberat 2.1, 1.8 dan 1.7 kilogram dilahirkan selang seminit bermula jam 8.46 pagi dan mereka masih diletakkan di bawah pengawasan doktor di Wad 6C hospital itu kerana dilahirkan tidak cukup bulan.
Kembar itu dijangka pulang ke rumah selewat-lewatnya minggu depan.

Lee yang kini menetap di Bandar Seri Botani berkata, dia disahkan doktor tidak boleh mengandung kerana mengalami masalah di bahagian tiub fallopio sebelum membuat keputusan untuk menemui Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi HRPB, Dr Tham Seong Wai.

Menurutnya, dia mula menjalani rawatan itu pada Mei tahun lalu, namun percubaan pertama gagal sebelum menggunakan proses pembekuan embrio pada September tahun sama.

“Saya hanya menjangkakan seorang saja anak, namun tidak menyangka dapat tiga anak sekali gus. Bagaimanapun, saya gembira kerana selepas sekian lama akhirnya saya dan suami mampu mempunyai zuriat sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai kesukaran dihadapinya sepanjang tempoh mengandung, Lee berkata, dia mengakui mengalami alahan teruk selain sukar tidur dan berjalan kerana kandungan yang semakin membesar.
Sementara itu, Dr Tham berkata, dia tidak menyangka kaedah pembekuan embrio dilakukan terhadap Lee berjaya memandangkan kaedah itu hanya mempunyai peluang kira-kira 15 peratus untuk matang berbanding kaedah IVF biasa menggunakan embrio segar apabila peluangnya boleh mencecah sekitar 30 peratus.

“Bagi kes Lee, saya memindahkan tiga embrio dalam saluran peranakannya. Ketika menjalani proses imbasan pada bulan pertama, hanya dua janin dapat dikesan, namun proses imbasan kedua pada bulan berikutnya berjaya mengesan tiga janin,” katanya.

Menurutnya, selepas dilancarkan di HRPB sejak empat tahun lalu, kaedah rawatan IVF menerima sambutan menggalakkan.

Lelaki cari adik maut dirempuh komuter



SHAH ALAM: Hasrat seorang lelaki yang mahu mencari adik kandungnya tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh komuter dalam kejadian di Seksyen 15, di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa mencari adiknya sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari seorang pemandu teksi sekitar Shah Alam yang memaklumkan kepada polis sejurus selepas mayat mangsa ditemui.

Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an dipercayai berasal dari Ladang Raja Musa, Kuala Selangor.
Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui polis di tempat kejadian.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kejadian berlaku di Kilometer 22.5 membabitkan komuter dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pelabuhan Klang.

Katanya, pemandu menghentikan komuter secara mengejut selepas menyedari seorang lelaki melintasi landasan berkenaan walaupun hon kecemasan sudah dibunyikan beberapa kali, namun tidak diendahkan. “Sejurus selepas kejadian, pemandu komuter berkenaan memaklumkan kejadian kepada pihak KTMB sebelum kami menghubungi polis dan bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saksi kejadian, Mohd Zul Hazlin Sameon, 19, berkata ketika kejadian dia mengawal di pintu belakang kilang apabila dia nampak komuter berhenti secara tiba-tiba.

Katanya, apabila komuter perlahan, pemandu terbabit menunjukkan sesuatu ke arah belakang komuter.
“Saya pergi dekat pagar untuk periksa apa yang ditunjukkan pemandu berkenaan, tapi saya tidak nampak apa-apa.

“Saya hanya sedar ada orang dilanggar komuter sebaik nampak kereta peronda polis datang dan beberapa anggota polis memasuki kawasan landasan,” katanya yang juga pengawal keselamatan di kilang berhampiran. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian kerana parah di kepala, pinggang dan kaki. Kes kemalangan berkenaan disiasat sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.

Zahedi berkata, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk memberi maklumat.