Bob Kuman meninggal
Oleh Ahmad Elrafaei Mohamed Sapi
elrafaei@hmetro.com,my
SEDIH...isteri Allahyarham Bob Kuman (gambar kecil) , Norma Othman
(kanan) bersama sahabat, Izni Ismail tidak dapat menahan sebak ketika
menziarahi jenazah arwah, semalam.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak popular, Husni Mohd Rawi atau Bob
Kuman meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara di
sini, semalam.
Pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia jam 4.38 petang akibat
masalah sesak nafas. Arwah tidak sedarkan diri jam 3 petang dan dibawa
ke Hospital Sungai Buloh.
Menurut Timbalan Presiden
Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, arwah kelihatan sihat ketika
kunjungan wakil persatuan itu bersama Pemuda Umno memberi sumbangan di
rumahnya, baru-baru ini.
“Saya dapat tahu dia terjatuh di bilik air semalam dan tidak sangka dia meninggal dunia.
“Ketika lawatan saya bersama rombongan Seniman dan Pemuda Umno, dia
nampak sihat sedikit dan sempat membuat kelakar. Namun saya dapat tahu
kesihatannya bertambah teruk selepas khabar angin mengatakan dia
meninggal dunia baru-baru ini,” katanya.
Arwah dipercayai
menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair dan obesiti.
Masalah sesak nafasnya bertambah teruk serta berlarutan sejak
penghujung tahun lalu.
Dia yang terbabit dengan penggambaran drama Jangan Pandang Belakang
Congkak ketika itu berdepan masalah penafasan teruk apabila miang buluh
masuk menerusi hidung dan mengakibatkan pendarahan banyak.
Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan dibawa ke Seremban untuk dikebumikan.
‘Adik tidur’
Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my
SURAM...keadaan rumah keluarga bayi yang maut akibat terkena renjatan elektrik.
SHAMINA...genggam wayar elektrik
POKOK SENA: “Mak cik, mak cik...adik dah tidur,” jerit Sofina
Zulaikha Mohd Azim, 3, tanpa mengetahui adiknya, Shamina Zulaikha, enam
bulan, sebenarnya tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas
terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Lanchut Tok Leed,
di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Shamina dikatakan merangkak sambil
bermain-main di sekitar ruang tamu sebelum mencapai wayar penyambung di
belakang almari lalu terkena renjatan elektrik yang menyebabkan
kematiannya.
Selepas mendengar jeritan Sofina Zulaikha, ibu saudaranya, Nor
Aina Rosli, 14, yang ketika itu sibuk menyediakan sarapan di dapur,
bergegas ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan
tidak sedarkan diri sambil tangan kirinya menggenggam wayar.
Seorang lagi ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, hanya
tiga orang di rumah itu iaitu mangsa bersama kakaknya dan mereka dijaga
Nor Aina. Menurutnya, datuk dan nenek mangsa tiada di rumah kerana
keluar menoreh getah, manakala bapanya, Mohd Azim Akmal, 23, keluar
bekerja sebagai pendawai elektrik.
‘Saya tak dipukul’
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
CERITA...Norzaini menceritakan detik dia menemui Nayati, semalam.
KUALA LUMPUR: “Dia tak banyak bercakap kerana masih lemah dan trauma,
tapi dia beritahu saya yang dia tak dipukul dan diberi makan minum yang
cukup sepanjang tempoh dia diculik.”
Itu kata Norzaini Zainol Abidin, 31, individu yang menemui
kanak-kanak lelaki warga Belanda yang diculik, Nayati Shamelin Moodliar,
12, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lebuhraya
Utara-Selatan, dekat sini, jam 7.55 pagi semalam.
Nayati
dilarikan dua lelaki menaiki Proton Gen.2 di hadapan sekolahnya di Bukit
Kiara sejurus keluar dari kawasan perumahannya kira-kira 50 meter dari
sekolahnya pada 27 April lalu.
Norzaini yang juga pengurus sebuah kedai serbaneka berkata, dia
menemui kanak-kanak itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di
Subang Jaya bersama suaminya, Muhammad Asif Abdullah, 31, selepas
meluangkan masa bersama keluarga di Butterworth, Pulau Pinang selama
seminggu.
Menurutnya, selepas lebih tiga jam perjalanan mereka berhenti di R&R Rawang kerana suaminya meminta dia memandu kereta.
“Sebaik saya turun dari kereta, Nayati berlari ke arah saya dalam
keadaan menangis sebelum menyoal sama ada saya tahu berbahasa Inggeris
dan dia memberitahu dia baru 20 minit dibebaskan.
“Sebaik melihatnya saya tahu dia kanak-kanak yang diculik kerana
pernah melekat risalah mengenai penculikannya di kedai serbaneka tempat
saya bekerja.
“Ketika itu keadaannya lemah dan saya memeluk
Nayati masuk ke dalam kereta kerana risau kalau-kalau penculiknya masih
berada di kawasan sama,” kata Norzaini ketika ditemui Harian Metro,
semalam.
Norzaini berkata, ketika ditanya sama ada dia tahu punca dia
diculik, Nayati menyatakan kerana wang dan dia menyatakan diculik dua
lelaki tempatan dengan menggunakan kereta.
“Biarpun lemah dan masih trauma, Nayati masih mengingati nombor telefon ibu bapanya dan saya menghubungi ibunya,” katanya.
Menurutnya, dia diminta membawa Nayati ke kawasan Restoran Jejantas
di R&R Sungai Buloh dan 30 minit kemudian, kanak-kanak itu
diserahkan kepada ibu bapanya yang ditemani pegawai polis.
Norzaini berkata, dia lega kerana kanak-kanak itu sudah selamat pulang
ke pangkuan keluarganya dan dia terharu melihat kedua ibu bapa Nayati
memeluk kanak-kanak itu lebih dari lima minit sebaik menemuinya selepas
enam hari.
“Saya turut bangga kerana dapat membantu Nayati
dan keluarganya. Rasanya, seperti saya dapat menyelamatkan anak
sendiri,” katanya.
Laung takbir ketika ditembak
Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Rosliza Mohamad
am@hmetro.com.my
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
MOHD NASRUL...menerima rawatan di HRPZ II.
KOTA BHARU: Seorang pembekal peralatan rawatan mata sebuah hospital
sempat melaungkan ‘Allahuakbar’ ketika diserang ala mafia oleh dua
lelaki menembak dan menetaknya di depan sebuah kedai runcit di Taman
Perumahan Sentosa Jaya, Kampung Binjai Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Nasrul Alimi Mohamad,
35, cedera parah di kedua-dua kaki akibat terkena tembakan selain
cedera di kepala dan pergelangan tangan kiri akibat ditetak berulang
kali menggunakan senjata tajam dipercayai kelewang.
Kejadian berlaku di depan kedai runcit hanya kira-kira 300 meter
dari rumah mangsa ketika dia baru selesai membeli kad tambah nilai
prabayar telefon bimbitnya dan gula-gula.
Pemilik kedai runcit
itu, Azizah Yusof, 49, berkata sebaik saja Mohd Nasrul Alimi atau mesra
dengan panggilan Yo keluar dari kedainya, dia terdengar bunyi letupan
seperti mercun.
“Selepas itu saya dengar Yo menjerit, Allahuakhbar. Saya
kemudian keluar dan melihat Yo terbaring atas jalan sambil mengerang
kesakitan. Ketika itu, dua lelaki bertopi keledar dan berjaket hitam
mengacukan pistol dan parang ke arah saya.
“Walaupun nyawa saya ibarat di hujung tanduk, saya nekad
menjerit meminta tolong. Namun seorang daripada penyerang bertindak
menetak Yo dengan parang.
“Pada masa sama seorang lagi
melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum kedua-dua mereka melarikan
diri dengan kereta jenis Perodua Kelisa,” katanya.
Keluarga bayar ratusan ribu
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar
dibebaskan penculiknya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang pagi
semalam selepas keluarganya membayar wang tebusan secara tunai kepada
penculik terbabit di Cheras, kelmarin.
Difahamkan, keluarga mangsa mendapat panggilan telefon daripada
penculik terbabit yang meminta mereka membayar RM1 juta jika mahu
kanak-kanak itu selamat, namun selepas perundingan mereka bersetuju
menerima bayaran ratusan ribu ringgit.
Ketua Polis Kuala
Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan keluarga mangsa membuat
bayaran kepada penculik di lokasi yang dirahsiakan di Cheras jam 12.30
tengah hari kelmarin.
“Memang benar keluarga membayar sejumlah wang tebusan di Cheras
sebelum kanak-kanak itu dibebaskan jam 7.55 pagi tadi (semalam) di
R&R Sungai Buloh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis
Kuala Lumpur di sini, semalam.
Mohmad berkata, kanak-kanak itu ditemui selamat dan tidak mengalami kecederaan serta sudah berada di pangkuan keluarga.
Menurutnya, polis masih memburu penculik berkenaan dan menjalankan
siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian mengikut Seksyen 3
Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur
hidup serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Gadis lawan dua lelaki dicampak
KUALA LUMPUR: Tindakan berani seorang pelajar perempuan berusia 16
tahun yang bergelut dengan dua lelaki di dalam kereta menyelamatkannya
selepas dia dicampak keluar daripada kenderaan itu dalam kejadian Isnin
lalu.
Mangsa mendakwa ‘diculik’ dua suspek ketika berjalan di hadapan
sebuah surau di Taman Cheras Perdana, Kajang, untuk ke sekolahnya
berhampiran kawasan berkenaan jam 7.30 pagi.
Pelajar
perempuan itu bagaimanapun dicampak dari kenderaan berkenaan di hadapan
sebuah pusat hiburan di ibu kota selepas bergelut lebih 30 minit dalam
kenderaan itu dengan dua suspek terbabit. Menurut sumber, mangsa yang
cedera di kepala dan badan dibantu seorang wanita sebelum dia dihantar
pulang ke rumahnya. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras,
di sini, kelmarin.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang
berjalan sendirian melihat dua lelaki turun daripada Proton Wira
sebelum mereka mengheretnya masuk ke dalam kereta itu.
“Mangsa yang menjerit meminta pertolongan mendakwa ditampar berulang
kali selain rambutnya ditarik dengan kuat. “Keengganan mangsa
mendiamkan diri menyebabkannya dipukul kedua-dua suspek. Malah, sikap
beraninya yang melawan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan dengan
suspek dalam kereta itu berbaloi apabila dia dicampak di hadapan sebuah
pusat hiburan di ibu kota.
“Selepas merayau di kawasan
berkenaan lebih 10 minit, mangsa bernasib baik apabila seorang wanita
berusia 20-an menghulurkan bantuan selepas dirayu mangsa,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan
Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika
dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut
dilakukan.
Ugut culik pelajar sebelum perkosa
KUALA LIPIS: “Kalau kau tak mahu keluar jumpa aku malam ini, esok masa kau balik sekolah, aku culik kau bawa lari”.
Begitu ugutan dilakukan seorang remaja samseng terhadap seorang
pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun yang akhirnya menjadi mangsa
rogol beramai-ramai dalam sebuah rumah di Jerkoh, dekat sini, Selasa
lalu.
Ugutan menerusi SMS itu menakutkan mangsa sebelum
tanpa memberitahu keluarga, remaja itu mengambil keputusan keluar
menemui suspek dipercayai kenalannya kira-kira jam 11 malam sebelum
suspek bersama tiga lagi rakan yang siap menunggu terus melarikan mangsa
dengan sebuah kereta ke rumah seorang daripada mereka.
Beberapa penduduk Kampung Sungai Koyan, Lipis yang melihat mangsa
sedang bergelut sebelum ditarik ke dalam kereta cuba menyelamatkannya
dengan membuat sekatan tetapi pemandu kereta itu enggan berhenti,
sebaliknya hampir melanggar penduduk kampung.
Setiba di
rumah seorang daripada suspek, mangsa diberi makan sebuku roti dan
sekotak air sebelum diarah ke dalam sebuah bilik di rumah itu sebelum
dirogol bergilir-gilir tiga daripada suspek terbabit manakala seorang
lagi enggan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Lipis,
Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa menerima SMS daripada
remaja samseng juga kenalannya ketika berada di rumah dan akibat
bimbang ugutan itu, mangsa mengambil keputusan keluar menemui suspek
terbabit di lokasi dinyatakan dalam SMS itu.
“Ketika tiba di tempat dijanjikan, mangsa ditarik ke dalam kereta
sebelum dibawa lari. Bagaimanapun, perbuatan mereka sempat dilihat
beberapa penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran tempat
kejadian. Mereka (penduduk kampung) cuba menghalang kereta itu daripada
bergerak tetapi pemandunya merempuh sekatan berkenaan.
“Mangsa dibawa ke rumah seorang daripada suspek di Jerkoh sebelum
dirogol bergilir-gilir oleh tiga daripada suspek manakala seorang lagi
tidak berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata, selepas dirogol, suspek meninggalkan mangsa di
tepi Jalan Raub sebelum mangsa menghubungi rakannya meminta bantuan.
“Mangsa dibawa ke Balai Polis Raub sementara menunggu ketibaan
keluarganya sebelum dibawa ke Balai Polis Lipis untuk membuat laporan
berhubung kejadian itu.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala
Lipis (HKL) untuk pemeriksaan selepas membuat laporan dan susulan aduan
itu, polis menahan empat remaja berusia antara 17 hingga 18 tahun di
rumah masing-masing di Lipis.
“Walaupun seorang daripada
mereka tidak mengambil kesempatan merogol mangsa tetapi turut ditahan
kerana boleh menjadi saksi selain bersubahat dalam kejadian itu,”
katanya.
Katanya, empat remaja terbabit kini direman tujuh
hari di lokap Balai Polis Lipis bagi membantu siasatan berhubung
kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana
merogol.
Gaji pekerja RM200,000 kena samun
SUBANG JAYA: Seorang pengarah syarikat terpaksa menanggung kerugian
lebih RM200,000 selepas kereta mewah miliknya dipecahkan sebelum wang
hasil perniagaannya disamun sekumpulan perompak di stesen minyak di
Hentian Hicom arah Timur, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa memberhentikan
kenderaan BMW miliknya di stesen minyak berkenaan selepas mendapati
tayar keretanya pancit.
Bagaimanapun, sebaik saja mangsa
berusia 50-an itu memberhentikan keretanya, dua kereta jenis BMW dan
Toyota Harrier menghalang kenderaannya di bahagian depan dan belakang
sebelum dua hingga tiga lelaki meluru keluar ke arahnya bersenjatakan
parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli
ketika dihubungi semalam berkata, sebelum kejadian, mangsa mengeluarkan
RM200,000 dari bank di Sri Muda bertujuan membayar gaji pekerjanya.
Rodok isteri
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
KINABATANGAN: Bosan mendengar isteri kerap berleter kerana dia malas
bekerja, seorang suami nekad merodok perut wanita itu dengan sebilah
pisau sehingga mati sebelum cuba membunuh diri dalam kejadian di rumah
pekerja di Kampung Arau, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa, Intan Bago, 41, cedera parah
di perut selepas ditikam suaminya, Musdar Rusli, 30, dan mati serta
merta di tempat kejadian.
Menurut sumber, sebaik melihat isterinya tidak bergerak lagi,
suspek nekad menikam dirinya sendiri dipercayai cuba membunuh diri.
Sumber berkata, jiran suspek yang menyedari kejadian itu berjaya
menghalang perbuatan lelaki terbabit sebelum membawanya ke Hospital
Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan.
“Jiran mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan,” katanya.
Taubat Wak Langsi
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: “Jalan untuk bertaubat tidak mudah kerana walaupun
hampir dihukum gantung atas tuduhan membunuh dan menghabiskan kira-kira
17 tahun dalam penjara, ia belum cukup mengajar saya untuk insaf.
“Bagaimanapun peristiwa dihempap motosikal akibat terjatuh ke dalam
parit selama lima jam menyebabkan saya hampir mati lemas apabila air
pasang hingga paras hidung, tiga tahun lalu, membuka hati saya untuk
bertaubat.
“Syukur diberi kesempatan mengenal Islam walaupun pada penghujung
usia,” kata bekas ketua kongsi gelap dikenali sebagai Wak Langsi.
Dia yang kini berusia 62 tahun, pernah mengetuai kumpulan Naga Merah terkenal di Singapura.
Menurutnya, ketika kejadian terbaring dalam parit itu, dia hanya
mampu berdoa serta berjanji bertaubat jika nyawa dipanjangkan dan doanya
dimakbulkan apabila ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan
itu.
Katanya, dia aktif dalam kegiatan kongsi gelap lebih 40 tahun sejak
berusia tujuh tahun hingga dilantik ketua menjaga ahli lebih tua
daripadanya ketika berusia 13 tahun.
‘Kahwini dia dugaan besar’
JOHOR BAHRU: Berkahwin dengan bekas ketua kongsi gelap menjadi dugaan
paling besar seorang wanita apabila terpaksa menahan maki hamun, panas
baran suami yang juga kaki botol dan perempuan.
Bagaimanapun bagi isteri Wak Langsi, Ulyadulyani Cahyani, 39, dari
Indonesia semua itu ditempuh penuh sabar dan berkat doa sejak bernikah
pada 2008, suaminya berubah meninggalkan maksiat yang menjadi mainan
hidupnya selama ini.
Ulyadulyani berkata, dia tercengang
apabila melihat peti sejuk dipenuhi tin arak ketika berpindah ke rumah
suaminya selepas berkahwin, empat tahun lalu.
“Ketika itu, saya anggap ada tanggungjawab besar untuk mengubah suami
menjadi manusia berguna kerana sayangkannya. Syukurlah, berkat doa dan
sabar, dia kini berubah dan bertaubat.
“Jika dulu saya dimaki
kerana membaca al-Quran dan solat, disebabkan takut saya mendiamkan diri
tanpa solat walaupun sudah memakai telekung dan mengambil wuduk kerana
jika anginnya tidak elok, dia akan memecahkan barang hingga menakutkan
saya.
“Kini, saya dimarahnya jika melengahkan solat dan kami kerap solat berjemaah,” katanya.
Sebagai isteri, katanya. dia kerap memberi semangat kepada suami
untuk terus di jalan benar berikutan sikap Wak Langsi yang panas baran
terutama apabila disindir jemaah lain.
Menurutnya, suaminya
masih terpengaruh dengan cara hidup lama dan sanggup berhenti menunaikan
solat serta hampir memukul jemaah yang menegurnya dengan niat bergurau.
“Mabuk, kaki perempuan dan pukul orang berjaya dibuang suami, tetapi panas barannya sukar dibendung,” katanya.
Lebih
menyedihkan, katanya, pada awal perkahwinan dia hanya mampu mendengar
takbir raya di televisyen kerana risau dimarah suami jika ke masjid
untuk solat sunat Aidilfitri. Katanya, mereka tidak mengunjungi saudara
seperti orang lain kerana semuanya takut berhadapan Wak Langsi.
Berbekalkan
buku panduan membaca al-Quran, katanya, dia kini menjadi guru untuk
membantu suaminya mengenal semula huruf kerana suaminya itu tidak
mempunyai asas membaca Muqaddam.
Ulyadulyani berkata, suaminya
pernah menyatakan hasrat menunaikan haji dan setiap kali azan, suaminya
hiba serta menitiskan air mata apabila melihat rakan seusianya pulang
daripada mengerjakan umrah atau haji.
RUKUN TAUBAT :
1.Menyesal
2.Meninggalkan
3.Tekad untuk tidak mengulangi
4.Istiqfar
5.Mengetahui waktu2 d terimanya taubat
6.Tunaikan hak
TINGKATAN NIAT (Imam Ghazali)
1.Terdetik
2.Ragu
3.Ingin
4.Tekat
Isi dunia hanya 4 orang:
1.Orang berilmu dan berharta
2.Orang berilmu tapi tak berharta
3.Orang tak berilmu tapi berharta
4.Orang tak berilmu,tak berharta
kata ustaz rukun taubat ada 3:
1. Menyesal - akan segala maksiat yg telah dilakukan sebelum ini.
2. Berhenti - telah berhenti drp melakukan segala maksiat.
3.
Tiada niat utk kembali - iaitu nekad utk tidak akan melakukan lg
maksiat wpun ada peluang utk melakukannya lg di masa hadapan.
TAUBAT NASHUHA
By FAIHUNG
Allah SWT berfirman yang artinya:
135. Dan
(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon
ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni
dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan
kejinya itu, sedang mereka Mengetahui.
136. Mereka
itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di
dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan
Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
Allah
dengan tegas menyatakan dalam ayat diatas bahwa salah satu cirri orang
yang bertaqwa kepada Allah bukanlah orang yang tidak pernah berbuat dosa
dan tidak punya salah, akan tetapi, orang yang bertaqwa yaitu mereka
yang apabila melakukan kesalahan, mereka kemudian mengingat Allah serta
bertaubat atas segala kesalahan yang dilakukannya. Mengingat manusia
adalah tempat salah dan lupa maka Allah dengan sifat Rahman dan RahimNya
senantiasa membuka pintu taubat dan ampunanNya sampai kelak matahari
terbit dari arah barat saat dimana kiamat kubra akan segera terjadi.
Nabi Muhammad SAW menjelaskan akan hal itu dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim yang artinya: “
Sesungguhnya Allah taala membentangkan tanganNya pada waktu malam untuk
menerima taubat orang yang berdosa pada waktu siang, dan Ia
membentangkan tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat orang
yang berdosa pada waktu malam, sehingga matahari terbit dari arah barat (
sampai kiamat ).” ( H.R. Muslim )
Secara
etimologi Taubat berasal dari kata –taaba-yatuubu-tauban- yang artinya
menyesal, atau taubatan yang artinya kembali.Taubat menurut terminologi
syariat Islam adalah menyesali perbuatan dosa atau kesalahan yang telah
diperbuat dengan menghentikan perbuatan dosa dan kembali kepada
kebenaran seperti yang sudah digariskan oleh Allah SWT. Dengan demikian
taubat itu berarti melepaskan diri dari keadaan yang dibenci dan dikutuk
Allah untuk menuju pada kebenaran yang dicintai dan diridhoi Allah SWT.
Taubat hukumnya wajib ain atas orang-orang yang melakukan dosa. Hal ini dapat dilihat dalam surat An Nur ayat 31, surat Hud ayat 3, At Tahrim ayat 8.
Taubat
selalu berkaitan dengan perbuatan dosa, dan dosa terjadi karena dua
hal, yaitu mengerjakan larangan Allah dan meninggalkan laranganNya.
Ditinjau dari keterkaitanya, dosa dibagi atas:
- dosa manusia dengan Allah ( haqqulloh), seperti meninggalkan sholat lima waktu, tidak mengerjakan puasa Ramadhan, berlaku syirik dan melekukan pelanggaran-pelanggaran yang bersifat individu.
- Dosa
manusia terhadap sesamanya ( haqqul adamiy), seperti menghilangkan
nyawa seseorang, ghibah, mencuri dan pelanggaran-pelanggaran yang
bersifat umum.
Ditinjau
dari bobot pelanggarannya, dosa dibagi atas dosa kecil dan dosa besar.
Imam Dzahabi dalam kitabnya Al Kabair menjelaskan ada 70 macam dosa
besar yang berpotensi mendatangkan murka Allah apabila sipelaku tidak
segera bertaubat kepadaNya. Dan dari 70 macam dosa besar itu ada dosa
yang disebut dengan dosa yang paling besar yaitu sebagaimana yang
disabdakan Nabi Muhammad SAW:” Maukah engkau saya
beritahukan dosa yang paling besar?” Para sahabat menjawab:” Ya,
Rasulullah”Nabi bersabda: “ Menyekutukan Allah, Durhaka kepada orang
tua, Nabi bertelekan lalu duduk dan berkata:” dan perkataan bohong dan
saksi palsu.” ( HR. Bukhori dan Muslim )
Oleh sebab itu agar Allah mengampuni segala dosa yang telah dilakukannya
maka Allah memerintahkan kepada hambanya yang berdosa agar segera
bertaubat kepada Allah dan tidak pernah berputus asa mengharap
rahmatNya. Namun taubat seorang hamba hanya akan diterima apabila
memenuhi rukun-rukun taubat yang meliputi:
1. Menyesali segala perbuatan dosa yang pernah dilakukannya.
2. Berhenti secara total dari segala bentuk maksiat yang akan ditaubati.
3. Tidak berniat mengulangi kembali perbuatan dosa tersebut.
Rukun
diatas adalah rukun taubat yang berkaitan dengan haqqulloh, sedangkan
apabila taubat yang hendak dilakukan itu berkaitan dengan haqqul adamiy
maka ditambah satu rukun lagi yaitu meminta ridho/ maaf kepada orang
yang bersangkutan. Demikian imam Nawawi menjelaskan dalam kitab
Riyadhussholihinnya.
Oleh
karena kita sebagai manusia tidak pernah lepas dari kesalahan dan dosa
maka sudah seharusnyalah apabila kita setiap saat dan waktu bertaubat
kepada Allah, dengan memperbanyak membaca istighfar kepadaNya.
Mudah-mudahan Allah berkenan menrima taubat kita serta mencurahkan
ampunanNya kepada kita semua beserta kaum muslimin dimanapun mereka berada. Amiin. Wallahu A'lam bishshowwaab.