Saturday, June 16, 2012

BIASALAH BILA TIADA LAGI...BARU KITA DAPAT MENILAI KEBAIKAN2 SESEORANG....DEKAT2 BAU TAHI....JAUH2 BAU WANGI....TAPI ADA JUGA DEKAT KE...JAUHKE TETAP BAU TAHI...MUNGKIN KITA JAHAT SANGAT...KITA AJE PERASAAN BAIK...MAKA PANDAI2LAH MUHASABAH DIRI...JADILAH KITA ORANG SEDAR DIRI....

Kakak tersembam

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

SAKIT...Osman bersama anaknya, Nor Fatihana yang patah tangan.
SAKIT...Osman bersama anaknya, Nor Fatihana yang patah tangan.
KUALA TERENGGANU: “Walaupun badannya kecil namun dia beria-ia hendak mendukung adik bongsunya.
“Tetapi, dia tidak mampu menampung berat adiknya sebelum tersembam dan patah tangan,” kata Osman Mohammad, 39, bapa Nor Fatihana Osman, 6, yang patah tangan kiri selepas terjatuh berikutan gagal menampung berat badan adiknya ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di rumah mereka di Kampung Seberang Marang pada 8 Jun lalu, Nor Fatihana bermain bersama adik bongsunya, Nor Khalisa Damia, 2, sebelum cuba mendukung adiknya yang berat lebih 10 kilogram.
Malangnya, tidak sampai seminit mendukung saudara kandungnya itu, Nor Fatihana yang tidak larat menampung berat adiknya gagal mengawal keseimbangan badan sebelum kedua-duanya tersembam di atas lantai.

Osman berkata, tangan kiri Nor Fatihana patah dalam kejadian itu manakala anak bongsunya tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi bergegas pulang sebaik dimaklumkan isteri mengenai insiden berkenaan.

“Saya membawa Nor Fatihana berjumpa dengan tukang urut tradisional sebelum membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Bapa tiga anak itu berkata, tangan Nor Fatihana yang patah disimen dan mungkin memerlukan masa sebulan untuk pulih.

Darah basahi jalan raya

Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

SAYU...anak dan ahli keluarga  arwah  Abd Kadir menatap jenazah buat kali terakhir, semalam.
SAYU...anak dan ahli keluarga arwah Abd Kadir menatap jenazah buat kali terakhir, semalam.
MACHANG: “Kemalangan itu amat dahsyat, tapi saya terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang daripada mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk.”
Demikian kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.

Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.
Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan dan mayat mereka dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Aliff Farhan yang rumahnya hanya 20 meter dari tempat kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat ketika menonton televisyen pada jam 1 pagi.

“Selepas mendengar bunyi dentuman kuat itu, saya keluar rumah dan melihat kepulan asap serta api kecil menyala. Sebaik mendekati dua kenderaan yang terbabit nahas itu saya tergamam melihat darah membasahi jalan dan seorang mangsa terbaring di atas jalan dalam keadaan mengerikan,” katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian, bapa saudaranya, Hussin Ismail, 45, tiba di tempat kejadian dan memadamkan api menggunakan air yang diisi ke dalam baldi kerana bimbang berlaku letupan.

“Dentuman kuat itu kedengaran sehingga kampung sebelah, Kampung Bunut Mak Teh sehingga ramai yang keluar untuk melihat apa berlaku. Penduduk kemudian menghubungi polis dan bomba untuk kerja menyelamat,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah Machang 1 itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua kenderaan itu disyaki dipandu laju sebelum bertembung.

Menurutnya, jenazah Abdul Wahab dan Abd Kadir sudah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Taman Segambut, Kuala Lumpur dan Ulu Cheka, Jerantut.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kemalangan berkenaan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tiada lagi kelibat ayah



KUALA LUMPUR: “Hari ini (semalam) genap sebulan arwah ayah bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai dan saya reda dia sudah tiada walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian menimpanya,” kata Mohd Ayman Abdul Wahab, 22, anak ketiga Allahyarham Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56.
Menurutnya, ketika kejadian itu dia difahamkan arwah ayahnya dalam perjalanan ke Kota Bharu menghadiri mesyuarat sebelum dia terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

“Saya berdoa semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman tambahan dia meninggal dunia ketika keluar menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian arwah ayahnya di Tanah Perkuburan Sri Sinar, Segambut, di sini semalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Taharah Mohamed, 51, dan empat anak. Selain Mohd Ayman, pasangan itu dikurniakan tiga anak perempuan berusia 21 hingga 28 tahun. Mohd Ayman berkata, sepatutnya arwah ayahnya pulang minggu depan, namun hasrat itu tidak kesampaian.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa ayahnya dua minggu lalu ketika arwah pulang ke rumah.

“Ketika itu ayah berkelakuan seperti biasa. Selalunya jika berada bersama, ayah menunjukkan sikapnya tegas. Cuma ketika berjauhan kami dapat melihat kasih sayangnya apabila dia sering menghubungi bertanya khabar.

“Walaupun tegas, arwah peramah dengan semua orang. Dia juga pandai bergurau. Sejak kecil kami empat adik beradik sering berjauhan dengan ayah kerana tugasannya namun itu semua tidak dirasai kerana dia sering pulang ke rumah beberapa kali dalam sebulan,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham Abdul Wahab sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan baru sebulan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.

Terkilan tak luang masa



MACHANG: “Kali terakhir saya berjumpa ayah di Kota Bharu dua minggu lalu dan ketika itu ayah bersikap biasa saja,” kata Farid Ikhwan Abd Kadir, 21, anak sulung kepada Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta BMW dan Pajero di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, awal semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, turut terkorban. Farid Ikhwan yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, dia mengetahui kejadian menimpa ayahnya yang baru sebulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai selepas menerima panggilan daripada seorang saudara jam 2.30 pagi sebelum ke tempat kejadian.

“Saya terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa secukupnya ketika berjumpa ayah dua minggu lalu,” katanya sambil memberitahu dia berada di Kubang Kerian ketika diberitahu mengenai kemalangan menimpa ayahnya.
Sementara itu, suasana sayu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital apabila ahli keluarga mangsa dan rakan setugas hadir ke hospital berkenaan. Isteri Abd Kadir enggan ditemu bual berikutan masih bersedih dengan kejadian menimpa suaminya.

Di Jerantut, ibu Abul Kadir, Siti Rokiah Mat Alek, 71, berkata sebelum ini terdetik keanehan di hatinya apabila Allahyarham kerap balik ke kampung sepanjang tahun ini kerana kebiasaannya dia jarang berbuat demikian.

“Sebelum ini, kalau dia balik hanya setahun sekali, tapi tahun ini dia tiga kali balik dan pernah menghabiskan tiga hari di kampung.

“Tak sangka pula di sebalik perubahan sikapnya itu, dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berau, Ulu Cheka, semalam.

Siti Rokiah berkata, Abdul Kadir anak keempat dari enam beradik, meninggalkan seorang balu dan lima anak. “Kali terakhir saya bercakap dengan arwah dua minggu lalu iaitu ketika dia menghubungi melalui telefon bertanya khabar. Itulah kali terakhir berbual,” katanya.
Adik Abdul Kadir, Rosmadina Kumin, 44, yang tinggal di Kuantan berkata mereka jarang berbual kerana abangnya itu seorang pendiam.

Jenazah Abdul Kadir dikebumikan di tanah perkuburan Ulu Cheka jam 6.30 petang semalam.

Nenek gelisah, menjauhkan diri

GUA MUSANG: Sikap pelik Membunga Mamat, 61, yang terkorban dalam kemalangan maut di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, semalam bagaikan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
Cucu Membunga, Nabila Napi, 22, berkata, neneknya kelihatan gelisah malah enggan bergambar beramai-ramai ketika hadir pada majlis perkahwinannya Ahad lalu.

“Ketika itu, saya pelik kerana nenek sebelum ini bersikap mesra dengan keluarga, tetapi pada hari perkahwinan saya, dia seperti menjauhkan diri. Kelakuan peliknya itu bagaikan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Dalam kemalangan jam 1 pagi itu, Membunga menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dipandu anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.

Membunga meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah BMW, manakala Mohd Saari dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Nabila berkata, kali terakhir dia bertemu neneknya itu kelmarin dan Allahyarham dilihat lebih gemar mendiamkan diri.

“Sejak hari perkahwinan saya lagi, nenek berubah, sehinggalah kelmarin dia lebih gemar mendiamkan diri,” katanya.

Ibu siram air panas

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.

SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.
MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

Geng samseng gempur sekolah

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
KAJANG: Sekumpulan lebih 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.

Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara kumpulan remaja samseng terdiri daripada bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang sekolah bersama kumpulan rakan dewasa mereka dengan beberapa pelajar sekolah itu.

Saksi kejadian yang juga pekerja sekolah berkenaan berkata, pergaduhan itu berlaku sebaik sesi pagi persekolahan tamat dan pelajar keluar dari perkarangan sekolah sebelum diserang kumpulan remaja samseng yang menunggu mereka di luar pagar.

“Sebaik beberapa pelajar yang dipercayai menjadi sasaran kumpulan terbabit keluar dari pintu pagar, semua remaja yang berkumpul di luar itu menyerang mereka menggunakan senjata.

“Keadaan semakin kecoh dan ganas apabila puluhan pelajar lain yang berada di kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru kanan sekolah yang kemudian cuba meleraikan pergaduhan dengan menarik pelajar masuk semula ke kawasan sekolah.

“Guru itu cuba meleraikan pergaduhan dan menarik beberapa pelajar yang membelasah seorang daripada kumpulan terbabit.
“Ketika dia (guru) ingin membantu seorang remaja samseng yang terbaring atas jalan akibat dibelasah teruk, tiba-tiba seorang daripada kumpulan yang bergaduh itu membaling topi keledar dengan kuat ke arah guru berkenaan hingga terkena kepalanya,” katanya.

Menurutnya, kumpulan remaja yang melakukan serangan itu bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju tempat kejadian dan guru serta beberapa pelajar yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Polis kenal pasti suspek

KAJANG: Susulan pergaduhan di sebuah sekolah menengah di sini, semalam, polis sudah mengenal pasti beberapa suspek yang disyaki terbabit kejadian itu berdasarkan keterangan saksi kejadian selain motosikal milik suspek yang rosak dan ditinggalkan berhampiran kawasan sekolah berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh kes berkenaan dan motif kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara kumpulan samseng terbabit dengan beberapa pelajar sekolah itu.

“Setakat ini, maklumat yang kami terima hanya empat individu termasuk seorang guru cedera dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berhampiran dan kami masih menyiasat kejadian ini secara menyeluruh kerana membabitkan keselamatan pelajar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata berbahaya hingga menyebabkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jumpa tiga pistol

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

PONTIAN: Bukan setakat menemui dadah bernilai RM18 juta, malah polis turut mengesan tiga pistol yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang yang dijadikan makmal memproses dadah di Kawasan Perindustrian Pekan Nenas, di sini, pada jam 1.30 tengah hari, Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, selain itu, polis turut menemui 14 peluru, kelongsong serta kelopak peluru.

“Kami turut menyita dua kenderaan jenis Mercedez Benz dan Honda Odyssey yang menggunakan nombor pendaftaran negara jiran dipercayai milik anggota sindiket dadah terbabit.
“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua kenderaan terbabit menggunakan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dan ia sudah tamat tempoh sah laku,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam.

Menurutnya, semua barangan terbabit dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut dan susulan siasatan yang dilakukan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Kulaijaya pada Rabu lalu.

“Dua rakan suspek sedang diburu bagi membantu siasatan kes terbabit dan suspek juga sudah direman bermula semalam.

“Dua rakan suspek yang juga penduduk tempatan sudah dikenal pasti, mereka menghilangkan diri sejurus kejadian. Polis sudah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan serta menahan kedua-dua suspek terbabit,” katanya.

Mokhtar berkata, pihaknya percaya enam individu terbabit dalam kes berkenaan dan tiga daripada mereka warga asing.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mokhtar berkata, dadah terbabit dipercayai untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kami dapati dadah itu dibungkus menggunakan plastik hitam khas, ia bagi memudahkan barangan berkenaan diseludup keluar.

“Dengan menggunakan taktik itu, dadah terbabit lebih sukar dikesan,” katanya.

Beliau berkata, dadah bernilai RM18 juta yang terselamat daripada rentung dianggarkan mampu menampung bekalan untuk lebih 350,000 penagih dadah jika ia terlepas ke jalanan.

Mokhtar berkata, dadah dirampas membabitkan Ecstacy yang bernilai RM12.5 juta dan syabu seberat 20.230 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5 juta.

Dalam kejadian itu, kilang terbabit meletup sebelum terbakar dan anggota bomba yang memadamkan kebakaran dikejutkan dengan penemuan dadah berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 32, akta sama (Perlucuthakan Harta) 1988 dan Seksyen 7, Akta Senjata 1971.

Raungan isteri kena tembak

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: “Tolong sakit...sakit.” Begitu raungan menyentuh hati seorang jurutol wanita yang mengandung dua bulan apabila parah ditembak penyamun dalam kejadian samun dan tembak berhampiran Plaza Tol Seremban-Labu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.57 malam itu, Nurijah Rosli, 24, dan rakan sekerjanya, Mohd Hafiz Zamri, 26, parah selepas ditembak penjenayah terbabit menggunakan ‘pump gun’ sebaik kedua-dua mangsa selesai syif.

Difahamkan suspek yang lebih daripada seorang terbabit menaiki sebuah kereta ketika melakukan samun itu dan kedua-dua mangsa diiringi seorang pengawal tidak bersenjata.
Suami mangsa, Faizul Abdul Latif, 31, berkata, dia dihubungi rakan sekerja isterinya memberitahu mangsa ditembak penjenayah yang menyamun duit kutipan tol RM2,000.

“Lebih memilukan, saya mendengar jelas isteri meraung kesakitan dalam telefon dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaannya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, saya diberitahu polis, isteri sudah dihantar ke hospital dan melihat motosikal yang ditunggang isteri dipenuhi darah, manakala terdapat beberapa kesan tembakan pada motosikal itu,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.

Katanya, sebaik tiba di hospital, dia terkejut melihat keadaan isteri yang berlumuran darah, malah isterinya meraung kesakitan ketika doktor mahu membuang peluru di belakang badan.

“Saya bimbang kandungan isteri terjejas dan paling menyentuh hati apabila dia (isteri) trauma memberitahu takut melihat penjenayah mengacu senapang ke arahnya dan meraung. “Patutlah saya berasa tidak sedap hati apabila isteri tidak pulang ke rumah sebaik selesai syif sehingga jam 10.30 malam,” katanya. Faizul berkata, anak sulungnya, Mohd Ashraf Azim, lapan bulan, seperti mengetahui kejadian buruk menimpa ibunya apabila tidak lena tidur dan menangis tanpa henti pada malam kejadian. Menurutnya, isterinya sudah bekerja di tol berkenaan hampir dua tahun lalu dan itu kejadian pertama dialami.
“Tidak sangka penjenayah melakukan perkara itu terhadap wanita mengandung hanya kerana mahu menyamun RM2,000. Saya harap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua supaya berhati-hati apabila membawa banyak wang,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Hafiz yang juga anggota polis berpangkat sarjan, berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh rakan sekerjanya mengatakan anak sulungnya itu cedera ditembak penjenayah. “Saya bersama isteri terus bergegas ke hospital untuk melihat anak dan kini dia dilaporkan stabil. “Bagaimanapun, Mohd Hafiz dilaporkan hancur tulang paha kanan terkena peluru penabur dan dihantar ke Hospital Serdang, Selangor untuk rawatan lanjut,” katanya.

Pelajar perempuan bikin gempar

MELAKA: Gempar apabila seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini, duduk di atas pagar beranda di tingkat tiga pangsapuri bersebelahan universiti berkenaan sambil menjuntaikan kakinya serta berkelakuan ganjil, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, semalam.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi, pelajar berusia 23 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat memarahi polisi diamalkan universiti berkenaan selain melemparkan beberapa barangan kaca ke tempat letak kenderaan hingga merosakkan sebuah kereta.

Malah, lebih pelik apabila pelajar tahun akhir jurusan undang-undang itu menyanyi ketika duduk di atas berada berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas pengurusan pangsapuri bagaimanapun mengelak kejadian buruk berlaku apabila kakitangan memasuki rumah itu menggunakan kunci pendua lalu menarik pelajar terbabit dari beranda.

Menurut seorang pelajar universiti itu, dia menyedari kejadian ketika keluar dari rumahnya di tingkat enam selepas terdengar sesuatu.

“Saya dengar seperti ada orang buang sesuatu lalu melihat dari kaki lima dan terkejut mendapati terdapat ramai orang berkumpul di bawah.

“Sebaik turun saya terkejut melihat seorang wanita duduk atas pagar beranda dengan kakinya terjuntai,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, pelajar wanita itu marah dengan polisi diamalkan universiti berkenaan.
Katanya, dia difahamkan, pelajar terbabit tidak tinggal di pangsapuri berkenaan sebaliknya rumah di tingkat tiga itu didiami rakannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pelajar itu dipercayai mengalami gangguan perasaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Rentung gagal bangkit

Oleh Haidhar Hilmi
am@hmetro.com.my

BATU PAHAT: Seorang pekerja pusat menternak dan menyembelih itik di Jalan Minyak Beku, di sini, ditemui rentung selain mayatnya tertimbus dengan makanan haiwan ternakan berkenaan selepas rumah pekerja pusat terbabit terbakar, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yuti, 33, dikatakan gagal menyelamatkan diri ketika api membakar rumah pekerja yang turut menempatkan menempatkan makanan itik di bahagian atas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, rumah pekerja terbabit dihuni tiga individu termasuk mangsa.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah meja papan yang terbakar sebelum api membakar keseluruhan rumah pekerja terbabit.

“Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri, namun seorang daripada mereka melecur hampir 60 peratus pada badan dan kini diberikan rawatan di Hospital Batu Pahat,” katanya.

Menurut Din, ketika kejadian, seorang daripada penghuni rumah itu yang baru bangun memulakan kerja menyedari sebuah meja terbakar di tingkat bawah.

Disebabkan api semakin marak dan gagal dipadamkan, dua penghuni terbabit bergegas turun menyelamatkan diri, namun mangsa yang ketika itu dipercayai masih tidur gagal berbuat demikian.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid dan Jalan Timah Sari tiba di lokasi kejadian pada jam 6 pagi bagi memadamkan kebakaran.
“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada api lilin yang menyambar meja papan. Sehingga kini, kami dapati tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit,” katanya.

Menurut Din, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Sabri Roslan, berkata dua jentera dengan kekuatan 34 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Kami menerima panggilan kebakaran pada jam 5.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian, sebelum api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi.

“Kerugian awal dipercayai RM355,000, namun kami menyelamatkan nilai harta mencecah RM440,000,” katanya.

Sabri menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan lilin bagi mengelak ditimpa kejadian tidak diingini.

Fikir sebelum kahwin

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berkahwin dengan warga asing nampak mudah, namun boleh merosakkan diri dan anak-anak sekiranya ikatan pernikahan itu tidak dirancang dengan baik.
Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, banyak perkara perlu diambil kira oleh seseorang yang mempunyai niat untuk berkahwin dengan warga asing.

Antaranya termasuk soal kewarganegaraan, pendaftaran surat beranak, pendaftaran persekolahan, kesihatan, perbezaan gaya hidup, nilai sosial dan penerimaan keluarga kedua-dua pihak.
“Ada antara kita hari ini khususnya golongan wanita berpendapat perkahwinan campur lebih membahagiakan kerana layanan dan perhatian diberikan warga asing lebih baik berbanding orang tempatan.

“Berikutan itu ramai yang tidak berfikir panjang mengenai kesan dan akibat yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka berdepan kegagalan rumah tangga,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam yang memaparkan penderitaan Hanafi Salleh, 36, selepas dua anaknya dilarikan ibu mereka ke New Zealand tujuh tahun lalu.

Nelayan dari Tanjung Agas, Muar, Johor itu terlalu merindui anak kesayangannya, Muhammad Shayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, hingga sanggup melakukan apa saja untuk membawa mereka pulang termasuk meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, April lalu.

Menurut Dr Mohamed Fadzil, beliau tidak menolak fakta bahawa perkahwinan campur mempunyai banyak kebaikan, terutama dari segi memperkayakan budaya dan bangsa.
“Tetapi, apabila perkahwinan itu hanya berlandaskan pada naluri semata-mata, maka ia boleh mendatangkan banyak masalah, termasuk keruntuhan institusi rumah tangga, penganiayaan kepada anak dan isteri, penderaan, pemerdagangan serta pengabaian,” katanya.

Menjelas berhubung punca mengapa orang tempatan mula memilih warga asing sebagai pasangan hidup mereka, Dr Mohamed Fadzil berkata, ia berkemungkinan wujud atas beberapa sebab.

“Saya percaya banyak perkahwinan sebegini berlaku tanpa perancangan. Maksudnya, mereka tidak tahu apa implikasi dan cabaran yang terpaksa dihadapi apabila berkongsi hidup dengan orang yang berlainan budaya, cara hidup dan nilai sosial.

“Bagaimanapun, ada juga yang mengambil keputusan berkahwin dengan orang asing kerana mahukan perhatian serta perlindungan selepas berdepan dengan pelbagai masalah hidup,” katanya.

Beliau berkata, di negara ini, ada kes perkahwinan campur membabitkan remaja tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan memilih lelaki asing untuk memudahkan mereka menyelesaikan isu kewarganegaraan.

“Bagi lelaki pula, mereka terbahagi kepada dua jenis iaitu jujur berkahwin atas dasar cinta dan hendak mengambil kesempatan.

“Kalau memang sayang, kita percaya mereka boleh bahagia, tapi jika untuk mengambil kesempatan, lelaki jenis inilah yang menyumbang kepada peningkatan anak gelandangan.

“Ibu bapa berpisah, anak ditinggalkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kemudian terdedah pula kepada stigma negatif,” katanya.

Terserempak tiga penjahat

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

NUSAJAYA: Tiga penjenayah menyamar sebagai polis mengikat tangan dua pekerja yang menjaga sebuah bangunan dijadikan pusat pemeliharaan burung walet di Kampung Tiram Duku, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, penjenayah terbabit mengikat tangan kedua-dua pekerja warga Indonesia berusia 30-an berkenaan.

“Penjenayah merampas dompet mangsa serta beberapa barangan berharga dari dalam bangunan berkenaan.
“Tiga anggota polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan penjenayah terbabit sebelum mereka melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam.

Menurut Hashim, seorang daripada tiga penjenayah berusia 30-an dari Kelantan berjaya ditahan, manakala dua lagi masih diburu.

Hashim berkata, suspek yang ditahan positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau selain menjadi antara penjenayah diburu polis kerana terbabit dengan kes dadah.

“Polis turut merampas sebuah kereta Proton Saga yang digunakan penjenayah dan suspek kini direman hingga 20 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan.

“Peralatan lain milik penjenayah dirampas ialah sebatang besi pengumpil, pisau, pemutar skru, kikir besi, kunci kereta, gunting, seunit telefon bimbit dan wang tunai RM156,” katanya.
Hashim menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan helah penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis.

“Jika mereka ragu dengan penampilan individu tertentu, mereka boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi mendapatkan kepastian,” katanya.

Friday, June 15, 2012

MURKA ALLAH...TIADA SEMPAT BERTAUBAT MAKA NERAKALAH TEMPATNYA...TAK KIRA APA KEDUDUKANNYA DIDUNIA.....

Pilu anak terbiar di New Zealand

HANAFI menunjukkan gambar anaknya pada sidang akhbar di pejabat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Titisan air mata seorang bapa, Hanafi Salleh, 30, membuktikan betapa hatinya cukup merindui panggilan ‘daddy’ yang diungkapkan oleh kedua-dua anaknya yang didakwa dilarikan oleh isterinya ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.
Suara gelak ketawa kedua-dua anaknya, Muhammad Syayden Ingham Hanafi, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, yang sentiasa terngiang-ngiang seolah-olah mereka baru berpisah semalam.
Keadaan tersebut mendorong bapa tersebut untuk mencari dan membawa semula kedua-dua anaknya itu yang merupakan warganegara Malaysia pulang ke tanah air.
Menceritakan detik duka itu, Hanafi memberitahu, wanita yang dikahwininya pada tahun 1999, Nurul Junaidah Joanne Abdullah, 27, yang merupakan warganegara New Zealand bertindak melarikan diri bersama dua anak mereka itu pada 2004.
“Kami sekeluarga tinggal di Muar, Johor sebelum dia (Nurul Junaidah Joanne) lari bersama dua anak kami ke New Zealand pada 2004 tanpa apa-apa sebab kerana kami tiada sebarang perselisihan faham.
“Ketika itu pula saya dalam pelayaran di Eropah kerana bekerja sebagai pengurus pentadbiran dengan sebuah syarikat perkapalan,” katanya ketika ditemui di pejabat Kelab Putera 1Malaysia di sini semalam.

Sultan Johor murka terhadap Mohammad Nizar


SULTAN IBRAHIM bertitah merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar, Nusajaya semalam.


NUSAJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter baru-baru ini.
Tanpa menamakan Mohammad Nizar, Sultan Ibrahim bertitah, tindakan itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Perak itu sedar mengenai kesilapannya.
“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?
“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.
“Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda.

GRO warga China ugut terjun bangunan


GRO warga China diselamatkan anggota bomba selepas cuba terjun bagi mengelak ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya, Seremban malam kelmarin.


SEREMBAN - Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China yang takut dicekup anggota Imigresen bertindak nekad berdiri di atas kompresor alat pendingin udara di tingkat dua sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya di sini malam kelmarin.
Wanita berusia 30-an tersebut turut mengancam untuk terjun walaupun dipujuk oleh anggota Imigresen.
Kejadian cemas yang berlarutan selama sejam itu bermula apabila sepasukan anggota Imigresen menyerbu pusat hiburan berkenaan pada pukul 11 malam.
Ketika serbuan, seramai 30 GRO yang lain bertindak menyembunyikan diri di bahagian bumbung premis setinggi dua tingkat itu.
Bagaimanapun, drama tersebut berakhir selepas pihak Imigresen meminta bantuan daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rahang di sini untuk membawa turun wanita itu.

Perompak nekad larikan ATM


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat sebuah ATM mengandungi wang RM47,900 dilarikan empat perompak di Puchong, Selangor semalam.


PUCHONG – Sekumpulan empat lelaki yang terdesak untuk mendapatkan wang segera telah bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengandungi wang RM47,900 di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Subang Jaya dekat sini semalam.
Aksi kesemua perompak yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis itu pada pukul 3.55 pagi.
Difahamkan, kumpulan perompak bertopi itu menggunakan sebuah kenderaan berat untuk melarikan ATM itu dalam tempoh kurang tiga minit.
Suspek-suspek didapati menyarung ATM tersebut sebelum mengikatnya dengan kabel untuk ditarik.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, suspek dianggap profesional kerana berjaya melarikan ATM dalam tempoh singkat tanpa membuatkan alat penggera berbunyi.

Datuk terkilan tidak sempat selamatkan isteri, cucu


MENTERI Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah melihat kesan melecur pada leher Tahir ketika melawatnya di Kampung Rembus,Samarahan, Sarawak semalam.


SAMARAHAN - Hati seorang tauke kedai runcit di sini remuk sebaik menemui mayat isterinya yang rentung bersama dua cucu dalam keadaan memeluk kanak-kanak tersebut seolah-olah ingin melindungi mereka daripada menderita terkena api.
Bukan itu sahaja, Tahir Saban, 57, memberitahu, dia juga terkilan kerana tidak mendengar jeritan tiga beranak itu kerana leka menyelamatkan barangan berharga selain menyangka mereka telah terselamat.
Katanya, dia melihat sendiri keadaan mayat tiga beranak itu yang ditemui di tingkat dua rumahnya selepas dimaklumkan oleh anggota bomba.
"Saya memang tidak dengar langsung jeritan isteri dan cucu saya itu kerana percaya mereka sudah keluar dan selamat daripada kebakaran tersebut.
"Sebaik melihat mayat mereka, hati saya jadi remuk dan kedua-dua belah kaki saya lemah. Saya hampir pengsan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Pengurus HSBC mati ditikam perompak


ANGGOTA polis mengusung mayat Wong yang mati ditikam di rumahnya di Ulu Sungai Merah di Sibu, Sarawak semalam.


SIBU - Pengurus cawangan sebuah bank asing di sini ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu cubaan merompak di rumahnya di Ulu Sungai Merah di sini kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.
Mangsa, Stephen Wong, 31, yang merupakan pengurus Bank HSBC cawangan Sibu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan yang dipercayai ditikam dengan objek tajam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal bersama isteri dan anaknya sedang tidur di bilik tingkat atas.
Menurutnya, tiba-tiba datang seorang suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya memakai baju lengan panjang dan bertopi memecah masuk kediaman terbabit.
"Pengurus bank itu dipercayai bergelut dengan lelaki berkenaan di dalam bilik tidur menyebabkan isteri mangsa tersedar lalu bangun.
"Melihat isteri mangsa bangun, suspek terus melarikan diri ke bahagian belakang rumah dengan memanjat tembok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Askar jadi bomoh dijel rogol gadis


NORAZANNI di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang bomoh muda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah merogol gadis yang dirawat di rumah mangsa pada Mac tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Norazanni Nordin, 31, yang semasa kejadian merupakan seorang askar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Norazanni didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik di sebuah rumah di hadapan sebuah sekolah di Machang pada pukul 9.30 malam, 18 Mac tahun lalu.
Tertuduh dari Sungai Petani, Kedah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Semasa kejadian, Norazanni dijemput keluarga mangsa ke rumah mereka bagi merawat mangsa yang mengalami kemurungan dan meracau-racau.

Kilang kostum perang di India


RAI yang memegang pedang berdiri di depan meja yang mengandungi pelbagai bentuk topi perang di kilangnya
di Sahibabad pada 2 Jun lalu.


SAHIBABAD - Seorang ahli perniagaan tempatan, Ashok Rai di Sahibabad di India memperoleh pendapatan sebanyak AS$3 juta (RM9.5 juta) pada tahun lalu selepas kilangnya menghasilkan kostum dan pelbagai jenis peralatan perang pada zaman pertengahan Eropah dan Perang Dunia Kedua.
Dia menceburi bidang tersebut semasa berusia 17 tahun apabila mendengar sebuah syarikat pembuat champangne dari Perancis memerlukan 1,000 pedang untuk dijadikan cenderamata.
Rai kemudian pergi ke bandar Amritsar untuk mencari pembuat pedang yang boleh membuat replika senjata tersebut.
Dia yang kini berusia 37 tahun itu kemudian menukarkan bengkel bapanya yang membuat barang kraf tangan menjadi pengeluar pelbagai jenis peralatan perang.
"Saya meminati sejarah sejak dari kecil lagi. Saya akan menonton setiap filem perang yang ditayangkan di bandar kelahiran saya. Saya juga membaca semua kisah peperangan utama yang dalam sejarah.
"Justeru, mudah bagi saya untuk menerangkan kepada tukang besi tentang kerja-kerja yang perlu mereka lakukan," katanya yang tidak menamatkan pengajiannya di sebuah kolej untuk menceburi perniagaan tersebut.
Selain pedang, bengkelnya menghasilkan baju besi, pelbagai jenis topi perang, lembing, replika bom tangan Perang Dunia Kedua dan perisai.
Menurutnya, kebanyakan senjata tersebut dibuat di kilang miliknya di sini yang memiliki sekitar 500 pekerja.
Rai pernah membekalkan kostum dan senjata untuk beberapa filem epik Hollywood termasuk The Last Samurai, Robin Hood dan Kingdom of Heaven yang menampilkan bintang Hollywood seperti Tom Cruise, Russel Crowe serta Orlando Bloom. - Agensi

Lagi kematian di Syria

GAMBAR menunjukkan kawah dan sebuah kenderaan hangus dalam letupan bom di pinggir Damsyik semalam.


DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria termasuk 10 orang di wilayah Homs, tengah negara berkenaan semalam.
Mangsa yang lain pula maut dalam beberapa serangan bom kereta di sini dan di bandar Idlib, barat daya Syria.
Beberapa saksi berkata, seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan di pinggir bandar raya ini dengan menyebabkan 14 orang cedera dan sebuah makam suci pengikut Syiah mengalami kerosakan.
Agensi berita rasmi SANA melaporkan, kenderaan itu meletup di dalam sebuah garaj pada jarak 50 meter dari makam Saidatina Zainab.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Syria menyatakan, sebuah bom kereta yang meletup di bandar Idlib disasarkan ke atas sebuah pos kawalan tentera menyebabkan sejumlah askar terbunuh dan cedera.
Menurut pertubuhan berkenaan, seramai lapan orang termasuk tiga pejuang pemberontak maut dalam beberapa pertempuran dengan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad di bandar Homs.
Perkembangan itu berlaku ketika Setiausaha Luar Britain, William Hague menggesa Rusia dan Iran menggunakan pengaruh masing-masing di Syria bagi membantu menamatkan pemberontakan di negara itu.
Pemberontakan itu berlaku sejak 15 bulan lalu bagi menentang kepimpinan Bashar.
Hague membuat gesaan tersebut dalam satu pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Rusia dan Iran di Kabul, Afghanistan semalam.
Russia yang merupakan sekutu kuat Syria, enggan berhenti membekalkan senjata kepada rejim Bashar yang terbabit dalam pertempuran berdarah dengan para pemberontak sejak kebangkitan rakyat Syria bermula pada Mac 2011.
Setakat ini beberapa pemerhati menyatakan, lebih 14,000 orang terbunuh dalam konflik di negara Asia Barat itu. - Agensi

Thursday, June 14, 2012

BILA AGAMA BUKAN CIRI2 YANG KITA PILIH...BAIK ISTERI ATAU SUAMI...MALAH KELUARGA PUN PERLU KUAT AGAMA...JIKA TIDAK ADA KALANGAN AKAN MENJADI BATU API...KERANA MEREKA TAK TAHU MENGADU DOMBA ITU TAK CIUM SYURGA....MENGALAK MINTA CERAI...MEREKA AKAN SAMA TAK CIUM SYURGA...JIKA CERAI ITU TIDAK ADA ALASAN KUKUH...TAKDIR TAK BAIK@BALASAN ALLAH...KITA JUGA AKAN BERCERAI KEMUDIAN HARI...NI BANYAK BERLAKU...LEBIH2 GUNA KHIDMAT BOMOH UNTUK MEMBUAT CERAI BERAI...

Pecah peti besi PIBG

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
Idayu@hmetro.com.my

LICIK...empat penyamun masuk melalui siling sekolah Cina di Puchong, semalam.
LICIK...empat penyamun masuk melalui siling sekolah Cina di Puchong, semalam.
SUBANG JAYA: Empat lelaki bersenjatakan parang dan pistol mainan melarikan wang tunai RM30,000 dari sebuah sekolah Cina di Batu 14, Puchong, dekat sini, selepas memecahkan peti besi dalam bilik guru sekolah berkenaan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian antara jam 2 pagi dan 6 pagi itu, kumpulan penjenayah bertopeng terlebih dulu mengikat tangan 12 individu iaitu tiga pengawal keselamatan, seorang tauke kantin bersama enam pekerjanya serta dua penghantar surat khabar menggunakan kabel elektrik dan mengarahkan mereka baring atas rumput sebelum menggeledah bilik guru berkenaan.
Selain melarikan wang tunai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), penjenayah itu turut melarikan Toyota Camry milik tauke kantin serta lori akhbar.

Difahamkan, kumpulan penyamun terbabit dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik guru itu melalui siling tandas dipecahkan sebelum membuka peti besi mengandungi wang tunai.

Berantakan rebut joran milik bapa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

PADANG BESAR: Hanya kerana mempertahankan sebatang joran milik bapa, seorang pelajar berusia 17 tahun bukan saja parah akibat dilibas dengan joran itu oleh abangnya, malah turut dikejar lelaki itu yang bersenjatakan parang dalam kejadian di rumah mereka di Taman RPA, Chuping, di sini.
Dalam kejadian jam 11 malam Isnin lalu, suspek yang berusia 20-an berang selepas tidak dapat menerima teguran adiknya itu yang menegahnya menggunakan joran itu kerana tidak meminta kebenaran daripada bapa.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, sebelum kejadian suspek datang ke rumah mangsa bersama seorang rakan, berjumpa dengan ibu mereka bagi mengambil joran milik bapanya yang ketika itu tiada di rumah.

“Suspek bertanya sama ada joran berkenaan digunakan atau tidak kerana dia mahu menggunakannya untuk memancing bersama rakan.


“Ketika itu, adiknya menegur lelaki berkenaan kerana tidak meminta kebenaran bapa mereka terlebih dulu selepas suspek dengan selamba membawa joran itu keluar dari rumah,” katanya di sini, semalam.


‘Saya mahu pulang Malaysia’

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

MAHU BAWA PULANG...Hanafi menunjukkan gambar terakhir yang dihantar anaknya.
MAHU BAWA PULANG...Hanafi menunjukkan gambar terakhir yang dihantar anaknya.
KUALA LUMPUR: “Kami sayangkan ayah dan tak sabar nak jumpa ayah. Saya berharap dapat pulang ke Malaysia.” Itu antara kandungan dua surat tulisan tangan yang menambah kerinduan seorang bapa untuk bertemu dua anaknya yang dilarikan ibu mereka ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.
Hidup Hanafi Salleh, 36, nelayan dari Tanjung Agas, Muar, Johor menjadi tidak keruan kerana terlalu merindui anak kesayangannya dan melakukan apa saja untuk membawa mereka pulang termasuk meminta bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Muar, April lalu.

Kini, penantian Hanafi sejak 2004 itu bakal berakhir apabila Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersetuju membantunya membawa Muhammad Shayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, kembali ke pangkuannya.


Perkara itu dinyatakan Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media berhubung kes itu semalam, dengan satu pertemuan akan diadakan antara beliau dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, David Pine, Isnin ini.

Hanafi berkata, dia amat gembira kerana impian untuk kembali bersama dua anaknya itu bakal menjadi kenyataan selepas bertemu Abdul Azeez petang kelmarin.

Menurutnya, dua anaknya itu kini berada di bawah jagaan Nelson Site Child, Youth and Family, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat negara itu.

“Saya terpisah dengan dua anak saya itu selepas mereka dilarikan isteri saya (Nurul Junaidah Joanne Abdullah, 25) ke Christchurch, New Zealand pada 2004 ketika saya bertugas di Eropah bersama sebuah syarikat perkapalan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, menerusi perbualan telefon dengan isterinya, wanita itu memaklumkan akan membawa pulang anak mereka ke Malaysia, namun janji itu tidak dikota.
“Beberapa bulan selepas itu, saya jumpa anak-anak hanya beberapa jam di pelabuhan Nelson City kerana kapal saya berlabuh di sana. Itu kali terakhir saya berjumpa mereka kerana selepas itu, isteri mendiamkan diri dan pelbagai usaha saya menghubunginya gagal.

“Sehingga pada 2010 apabila saya didatangi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan anak saya berada di Nelson City iaitu sebuah bandar di Pelabuhan South Island.

“Saya juga dimaklumkan anak dijaga agensi kebajikan di sana kerana isteri hilang hak penjagaan selepas terbabit penyalahgunaan dadah,” katanya yang kini sudah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak.

Hanafi berkata, perasaannya menjadi sayu dan sebak setiap kali mengenangkan nasib anaknya apatah lagi selepas dimaklumkan mereka akan diserahkan kepada keluarga angkat kerana tempoh untuk dua beradik itu berada di rumah kebajikan bakal berakhir tidak lama lagi.

“Hati saya semakin sebak apabila menerima surat daripada dua anak saya itu berserta gambar mereka pada Oktober tahun lalu. Lebih mengharukan, seorang daripada anak saya melukis gambar kapal, mungkin merujuk kepada pekerjaan saya.

“Sebab itu saya nekad untuk berjumpa Tan Sri Muhyiddin dan mengadu mengenai masalah saya dan dia meminta saya menghubungi Datuk Azeez untuk mendapatkan bantuan.

“Hari ini (semalam) saya bagai tak percaya apabila KP1M bersedia membawa pulang permata hati saya. Apabila mereka pulang ke Malaysia kelak, saya akan menghantar mereka ke sekolah agama atau pusat tahfiz untuk mereka mendalami ilmu agama,” katanya yang ditemani ibunya, Mariam Khairi, 65.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, dalam usaha membawa pulang dua beradik itu, pada peringkat awal, KP1M akan menyediakan pasport untuk Mariam yang ikut serta ke New Zealand bagi membawa pulang cucunya.

“Kelab sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi kita di sana (New Zealand) untuk membantu proses membawa pulang mereka pertengahan minggu depan. Kita jangkakan ia tidak menghadapi masalah kerana mereka warga Malaysia. Jadi kemungkinan tiada kerenah birokrasi,” katanya.

Bayi mati mengejut



SEPANG: Kematian bayi berusia enam bulan yang disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang petang kelmarin selepas dilaporkan lemah ketika dalam jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, didapati tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, hasil bedah siasat dijalankan hospital semalam mendapati mangsa, Aryaan Hafizh Ali Imran meninggal dunia disebabkan mati mengejut atau ‘Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)’.

“Kami menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan semalam (kelmarin) dan susulan laporan itu, bedah siasat dijalankan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah, sebaliknya disebabkan masalah sindrom bayi mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, bapa mangsa, Ali Imran Mohd Noordin, 30, mengesahkan menerima hasil bedah siasat anaknya yang dijalankan Hospital Serdang dan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu.

“Keputusan bedah siasat mendapati organ anak saya berfungsi normal dan tidak terdapat tanda perlakuan jenayah dan pihak hospital mengesahkan kematian Aryaan berpunca daripada SIDS,” katanya menerusi SMS, semalam.

Mati ditikam penceroboh

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

SIBU: Seorang pengurus bank sempat menyuruh isterinya membuka lampu bilik dan menghubungi bapa saudaranya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat cedera parah di badan akibat ditikam penjenayah yang menceroboh kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Wong King Kui, 31, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk disebabkan kesan tikaman menggunakan senjata tajam selepas bergelut dengan penjenayah terbabit.

Difahamkan, mangsa yang baru pulang mengesan kelibat individu di dalam sebuah bilik di rumahnya dan mengejar suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ketika itu isteri dan anak lelaki pengurus bank berkenaan yang berusia tiga tahun dikatakan tidur di bilik tidur utama.

Sumbat mulut nenek

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

CARI BUKTI...anggota polis menyiasat tempat kejadian.
CARI BUKTI...anggota polis menyiasat tempat kejadian.
LUKA...tangan Md Amin cedera terkena parang.
LUKA...tangan Md Amin cedera terkena parang.
ALOR GAJAH: Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan penyapu, berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga emas supaya tidak tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah pasangan itu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh melalui bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail, 74, tidur dalam bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80, berada di bilik air.
“Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh sebelum seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher saya dan menyuruh diam.

“Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap,” kata Md Amin.

Trauma tak habis

Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

CHERAS: “Walaupun sudah hampir lapan bulan kemalangan itu berlaku, namun saya masih trauma dan tidak berani menunggang motosikal, apatah lagi melihat paparan peristiwa kemalangan dipertontonkan tadi (semalam),” kata pelajar, Mohd Fadzlie Izzuan Johari, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, di sini.
Menurutnya, program bicara anjuran syarikat konsesi lebuh raya, Grand Saga Sdn Bhd itu memberi kesedaran kepadanya mengenai keselamatan penunggang motosikal di jalan raya khususnya membabitkan pelajar.

Katanya, paparan itu mengingatkan kembali kemalangan menimpanya dan rakan, Lee Chin Hui pada November tahun lalu hingga menyebabkan rakannya itu meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung motosikal lain dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, kaki kanan saya patah dan perlu dimasukkan besi manakala Lee meninggal dunia di tempat kejadian. Saya terlantar di hospital selama dua minggu dan menangguhkan persekolahan selama dua bulan.

“Saya menyesal dan reda, kini saya masih menjalani rawatan fisioterapi setiap tiga bulan bagi menguatkan otot kaki dan perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Mohd Fadzlie antara 120 pelajar yang mengikuti kempen advokasi jalan raya antara Grand Saga Sdn Bhd bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor dan Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Grand Saga, A Rajasolan; Timbalan JKJR Selangor, Yusoff Hashim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Datin Norliza Shamsudin.

Sementara itu, Rajasolan berkata, program tahunan itu sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan orang awam mengenai keselamatan di jalan raya.
Sempena kempen itu, pemeriksaan motosikal pelajar juga dijalankan polis trafik bagi memastikan kenderaan dinaiki mematuhi peraturan jalan raya dan selamat.

Wednesday, June 13, 2012

AMBIK PEGUAM MAMPU...TAK KAN BELI TUDUNG TANGGUH LAGI...

AirAsia diperintah bayar RM646


ZOOLIHSAN menunjukkan pas daftar masuk penerbangan AirAsia selepas membuat tuntutan di Mahkamah TTPM di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Gara-gara menunda penerbangan sebanyak dua kali, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia semalam diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) agar memulangkan bayaran tiket seorang penumpang sebanyak RM646.
Penumpang itu yang merupakan Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Zoolihsan Ahmad, 37, menempah tiket penerbangan sehala ke Medan, Indonesia pada 20 Mei lalu atas urusan rasmi.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada pukul 12.20 tengah hari, Zoolihsan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada AirAsia berhubung penundaan penerbangan QZ 8055.
"Sepatutnya penerbangan saya ke Medan berlepas pukul 1.40 petang tetapi ditunda sehingga 8.40 malam. Jadi, saya mengambil keputusan untuk patah balik ke rumah kerana waktu yang ditunda terlalu lama.
"Sekitar pukul 7 malam saya kembali ke LCCT tapi sebaik sahaja sampai di kaunter AirAsia, saya dimaklumkan bahawa penerbangan itu sekali lagi ditunda kepada pukul 10.45 malam," katanya ketika ditemui di luar kamar TTPM di sini semalam.
Ekoran penundaan hampir sembilan jam itu, Zoolihsan terpaksa menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepastian sama ada wajar atau tidak beliau berlepas ke Medan.

Neelofa tuntut Anzalna beri penjelasan



NEELOFA menunjukkan keratan akhbar yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA - Pelakon Noor Neelofa Mohd. Noor memberi tempoh seminggu kepada Nur Anzalna Md. Nasir untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Neelofa, 23, menyatakan, Anzalna, 24, dalam laporan akhbar itu telah menuduhnya memburuk-burukkan pelakon drama bersiri Indera Joned itu sewaktu mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 dua tahun lalu.
Dalam laporan itu, Anzalna antara lain mendakwa, Neelofa telah menghina keluarganya dengan perkataan tidak elok melalui laman sosial Facebook.
"Ingin saya tegaskan bahawa segala kenyataan dan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Anzalna dalam akhbar itu 100 peratus tidak benar dan sudah tentu ia boleh menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.
"Jadi saya telah melantik dua orang peguam, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini dan satu notis tuntutan telah dihantar kepadanya," kata Neelofa yang dikenali menerusi filem Azura 2012 pada sidang akhbar di sini semalam.

Tiga beranak rentung berpelukan



TAHIR melihat ruang tamu rumahnya yang hangus akibat kebakaran hingga mengorbankan isteri dan dua cucunya di Samarahan, Sarawak semalam.



SAMARAHAN – Seorang tauke kedai runcit yang leka menyelamatkan harta benda menyesal tak sudah apabila terpaksa menerima hakikat yang dia kini hidup bersendirian selepas isteri dan dua cucunya yang disangka telah terselamat ditemui rentung berpelukan semalam.
Kejadian memilukan di Kampung Rembus di sini itu berlaku pukul 2 petang apabila Uka Jenal, 54, dan dua cucunya, Kristino Ronaldo Reagan, 6, dan Roni Austin, 4, gagal menyelamatkan diri sebelum ditemui rentung di dalam sebuah bilik di aras atas rumah dua tingkat tersebut.
Difahamkan, suami Uka, Tahir Sabar, 57, yang sedang berniaga di tingkat bawah bergegas keluar.
Sebaik tiba, dia terus menyambut seorang lagi cucunya, Bryan Ferdinand Freedick, satu tahun, yang sempat dibawa Uka sebelum wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan Kristino Ronaldo dan Roni.
Bagaimanapun, niat Uka tidak kesampaian apabila dia dan dua cucunya itu dipercayai terperangkap dalam api marak sebelum mati terbakar.
Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa dua beradik yang turut tinggal di rumah itu keluar bekerja.

Pengasuh didakwa bunuh bayi



SIEW BEE yang patah kaki dituduh semalam ketika dia masih dirawat di Hospital Batu Pahat, Johor kerana patah kaki.



BATU PAHAT - Seorang pengasuh didakwa semalam atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan di bawah jagaannya di rumah sewa di Taman Bandar di sini pada hujung bulan lepas.
Prosiding pendakwaan terhadap Tan Siew Bee, 42, yang merupakan ibu tunggal dijalankan di Wad 4, Hospital Batu Pahat kerana dia masih menerima rawatan akibat patah kaki kiri.
Wanita berkenaan didakwa membunuh Lim Xiu Yao, empat bulan, di sebuah rumah di Jalan Panti, Taman Bandar antara 29 hingga 31 Mei lepas.
Siew Bee dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.
Tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Terkandas 19 tahun di Kerala



MUHD. KHAIRUN (duduk, dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada Fatimah yang diketemukan semula dengan lima cucunya selepas 19 tahun terpisah di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Mohd. Yusof (duduk terbaring), Nadeera (berdiri, tiga dari kiri), Abdul Manaf (empat dari kanan), Mohd. Yunus (tiga dari kanan), Nabish Bismeera (dua dari kanan) dan Nabish Rahimeera (duduk di kanan).



KUALA LUMPUR - Gara-gara ditinggal suami sejak 19 tahun lalu, enam beranak terpaksa hidup merempat di sebuah rumah yang diperbuat daripada tanah liat serta tidak mendapat pendidikan sewajarnya di Kerala, India.
Bagaimanapun nasib enam beranak itu mendapat perhatian daripada bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO apabila mereka akhirnya berjaya dibawa pulang ke tanah air semalam.
Mereka ialah Nadeera Mohamedali, 52, Mohd. Yusof Al Safeer Maniam Abdullah, 25, Nabish Bismeera Al Jafree, 23, Mohd. Yunus Al Safeer, 22, Nabish Rahimeera Al Safeer, 21, dan Abdul Manaf, 19.
Nadeera merupakan warga India manakala anak-anaknya, Mohd. Yusof, Nabish Bismeera, Mohd. Yunus dan Nabish Rahimeera lahir di Malaysia kecuali Abdul Manaf yang lahir di Kerala.
Menurut seorang ahli keluarga mereka, Rukkiya I.K. Ibrahim, masalah bermula apabila ketua keluarga, Mohd. Ali Maniam Abdullah, 52, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan menghilangkan diri pada 1993.
Menurut beliau, sebelum itu, mereka sekeluarga datang ke Kerala untuk melancong selain melawat keluarga Nadeera.
Katanya, kira-kira setahun di Kerala, Mohd. Ali Maniam meninggalkan anak-anak dan isteri di sana untuk pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai penebar roti canai.
"Pada mulanya dia ada menghantar wang untuk keperluan keluarga itu di sana tetapi selepas itu tiada khabar berita.
"Saya pula selepas bertahun-tahun tidak mendengar berita daripada mereka sekeluarga, dua tahun lalu saya pergi sendiri ke sana untuk melawat keluarga berkenaan.
"Saya terkejut melihat kehidupan mereka dan saya berasa bertanggungjawab untuk membawa mereka keluar daripada penderitaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bilik judi 'rahsia' kena serbu



PENJAGA premis dan sebahagian pelanggan yang ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat kafe siber di Bandar Baru Klang, Klang kelmarin.



KLANG – Taktik licik pengusaha sebuah pusat kafe siber menjalankan kegiatan perjudian dalam bilik rahsia terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di Bandar Baru Klang di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis merampas 25 mesin slot perjudian dan 11 unit komputer yang digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian dianggarkan bernilai RM100,000.
Taktik tersebut hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Pegawai Risikan dan Operasi NKRA Selangor, Asisten Superintendan Emmi Shah Fadhil yang mengetuai operasi itu berkata, siasatan mendapati hanya ‘kaki judi’ yang merupakan pelanggan tetap dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.
“Pelanggan tetap perlu menggunakan pintu besi yang ditutup dengan langsir sebelum dapat memasuki bilik rahsia ini yang menempatkan mesin slot perjudian dan komputer.
“Pintu besi ini hanya boleh dibuka dari luar dan jika pelanggan mahu keluar, mereka perlu memanggil penjaga premis,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam kelmarin.

Osman Kering masih koma



OSMAN KERING (tengah) tidak ketinggalan menyertai Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! di Kuala Lumpur pada tahun lalu.



KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim ataupun lebih dikenali dengan nama Osman Kering, 59, kini masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini.
Dia yang bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat untuk meneruskan hidup dimasukkan ke hospital itu sejak Isnin lalu akibat batuk kering dan jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut isterinya, Che Norhayati Che Omar, 48, jantung Osman telah terhenti beberapa minit ketika mula-mula dimasukkan ke HUKM.
"Alhamdulillah, doktor telah berusaha sedaya upaya memberi rawatan yang terbaik kepada suami saya dan kesihatan dia mula bertambah baik.
"Walaupun masih belum sedarkan diri, dia kini tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan seperti sebelum ini," katanya kepada Kosmo! di HUKM di sini semalam.

Bayi enam minggu ditemui dalam bot pelarian Rohingya


SEKUMPULAN etnik Rohingya Islam duduk di dalam sebuah bot selepas mereka dipintas tentera pihak berkuasa Bangladesh semasa melintasi Sungai Naf di sempadan Bangladesh semalam.



PULAU SHAHPURI, Bangladesh - Seorang bayi perempuan yang dibawa melintasi sebatang sungai di sempadan pada waktu malam bagi melarikan diri daripada keganasan di Myanmar ditemui bersendirian di dalam sebuah bot semalam.
Bayi berkenaan ditemui oleh beberapa pengawal keselamatan Bangladesh yang mengusir beratus-ratus pelarian Islam etnik Rohingya dari Myanmar.
Anak kecil berusia enam bulan itu kemudian diserahkan kepada sebuah keluarga Bangladesh.
Keluarga berkenaan memberitahu, bayi itu kurang sihat tetapi mereka akan berusaha menjaganya.
"Pasukan peronda sungai kami memintas sebuah bot pada pukul 2 pagi (waktu Bangladesh)," kata Mejar Shafiqur Rahman.
Beliau mengetuai operasi untuk menghantar pulang pelarian Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh melalui bot di Sungai Naf bagi melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.
"Mereka menggeledah bot berkenaan dan menemui seorang bayi perempuan Rohingya berusia dalam lingkungan satu setengah bulan," kata Rahman kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon.
"Bot berkenaan kosong. Ini satu keajaiban tetapi bayi tersebut kelihatan pucat," tambahnya.
Sejak kelmarin, pasukan peronda sungai Bangladesh telah mengusir 16 buah bot yang membawa lebih 660 pelarian Rohingya dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, beberapa pegawai Myanmar memberitahu, keganasan yang melanda negeri Rakhine di barat Myanmar telah meragut nyawa sekitar 25 orang setakat ini.
Kekacauan di Myanmar tercetus selepas sekumpulan penduduk beragama Buddha memukul sehingga mati 10 orang etnik Rohingya yang beragama Islam pada 3 Jun lepas kerana tersilap menyangka mereka membunuh dan merogol seorang gadis tempatan pada bulan lalu.
Tindakan tersebut mencetuskan serangan balas etnik Myanmar dengan banyak kediaman penduduk beragama Buddha dibakar sehingga memaksa campur tangan tentera. - AFP

KAYA PUN BOLEH MENYUSAHKAN DIRI...BAIK HIDUP SEDERHANA SAJA

Rooney masuk rumah terbakar

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

HANGUS...Tahir di dalam rumahnya yang terbakar, semalam.
HANGUS...Tahir di dalam rumahnya yang terbakar, semalam.
SEDIH...ahli keluarga mangsa menunggu jenazah  untuk dikebumikan.
SEDIH...ahli keluarga mangsa menunggu jenazah untuk dikebumikan.
KOTA SAMARAHAN: Seorang nenek dan dua cucu lelakinya ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di ruang tamu tingkat atas rumah mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Rembus, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, Uka anak Jenil, 54, bersama cucu lelakinya, Wayne Rooney anak Austin, 4, dan Christino Norado, 6, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan menyayat hati sebaik api dipadamkan.

Menurut suami Uka, Tahir Saban, 57, ketika kejadian dia berada di kedai runcit di bahagian depan rumahnya, manakala isteri dan tiga cucunya tidur di ruang tamu tingkat bawah rumah separuh konkrit itu.
Katanya, Christino mengejutkan neneknya apabila menyedari bahagian atas rumah mereka terbakar serta diselubungi asap.

Menurutnya, selepas mendengar jeritan Christino, Uka terjaga daripada tidur dan bergegas mengambil seorang lagi cucunya, Ryann Ferdinand anak Fedrick, berusia setahun lapan bulan yang tidur dalam buaian.

“Sebaik menyerahkan Ryann kepada saya, dia masuk semula dalam rumah dan naik ke tingkat atas. Tetapi, Rooney dan Christino yang ketika itu sudah berada di luar rumah mengikut neneknya masuk dalam rumah.

“Sebaik menyedari tindakan mereka, saya beberapa kali menjerit menyuruh mereka keluar menyelamatkan diri, tetapi jeritan saya tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tahir berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan isteri serta dua cucunya kerana ketika itu dia mengendong cucunya yang masih kecil dan api yang marak terlalu cepat.
“Saya tidak tahu apa punca kejadian itu, namun api dipercayai bermula di ruang tamu atas,” katanya.

Seorang saksi, Alvin Jessie, 22, yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, dia terkejut apabila melihat api marak dari bahagian atas rumah dan Tahir menggendong cucunya di luar rumah sambil menjerit meminta tolong.

“Saya terkejut dan memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung sebelum menghubungi Balai Bomba Kota Samarahan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, api dipadamkan sepenuhnya pada jam 3 petang dan kebakaran itu menyebabkan 40 peratus daripada rumah mangsa musnah terutama di bahagian atas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Mati ditolak depan isteri

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

MERAUNG...isteri mangsa ditenangkan jiran selepas suaminya mati ditolak penyamun.
MERAUNG...isteri mangsa ditenangkan jiran selepas suaminya mati ditolak penyamun.
pix_topright
SENAI: Seorang wanita hanya mampu meraung kesedihan apabila melihat suaminya dikasari hingga mati oleh enam penjenayah warga Vietnam yang menyamun mereka di sebuah rumah di Taman Senai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30 tahun berkenaan diikat dan dikawal lima daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi penjenayah mengugut suaminya sambil mengarahkannya menyerahkan wang serta barangan berharga.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkifly Yahya berkata, mangsa, Low Kwang Kean, 41, bertengkar dengan penjenayah sebaik penyamun terbabit meminta dia menyerahkan wang serta barangan berharga.

“Tiba-tiba, penjenayah menolak Low hingga jatuh menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan kejadian itu berlaku di depan isterinya,” katanya, semalam.

Neelofa beri 7 hari

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna Nasir bagi membuat penjelasan dan mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang ditujukan kepadanya melalui media, baru-baru ini.
Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya.
Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.


“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa

Penculik minta RM1.9j

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

CEDERA...mangsa menerima rawatan akibat dibelasah penculik selama 12 jam.
CEDERA...mangsa menerima rawatan akibat dibelasah penculik selama 12 jam.
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mendakwa dibelasah di seluruh badan selain kepala diketuk dengan batu selepas diculik sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau dan parang dalam kejadian di Kampung Baru, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pasangan berusia 40-an itu dikatakan ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari restoran milik mereka sebelum diperlakukan sedemikian kira-kira 12 jam menjadi tawanan kumpulan penjenayah itu.
Difahamkan, kumpulan terbabit sudah mengekori mangsa sejak tiga bulan lalu selepas mendapat maklumat konon mangsa dan isteri mempunyai wang simpanan sebanyak RM1.9 juta.

Bagaimanapun mangsa bertegas mengatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu sebelum akhirnya dibebaskan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini, jam 4 petang selepas kumpulan itu merampas wang tunai RM24,000 dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.

Pengsan lihat isteri digilis



PELABUHAN KLANG: Seorang suami pengsan selepas melihat mayat isterinya dengan kepala hampir hancur digilis jentolak ketika bertugas di kilang kertas kitar semula di Jalan Bakti, di sini, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Hazizeh, 33, yang juga warga Indonesia itu mati selepas separuh badan dan kepalanya digilis jentolak yang dipandu rakan sekerja, lelaki warga Myanmar.

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, pemandu jentolak berusia 28 tahun yang asyik memunggah kertas tidak menyedari kehadiran mangsa yang berada di sebalik tiang dalam gudang kilang terbabit.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu yang memandu jentolak tidak menyedari mangsa berada di belakangnya.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu berada di laluan jentolak mengangkut barang. Kemudian, pemandu jentolak yang asyik mengangkut kertas kitar semula tidak sedar mangsa berada di belakang jentolak.

“Mangsa mati di tempat kejadian dipercayai parah di kepala dan patah tulang pinggul akibat digilis jentolak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 8 malam selepas menerima panggilan daripada penyelia kilang terbabit dan bergegas ke sana.

“Apabila sampai, mayat mangsa sudah dialihkan rakan sekerja, manakala pemandu jentolak itu melarikan diri kerana ketakutan,” katanya.
Mohamad Shukor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan urusan menghantar mayat ke kampung halaman di Indonesia juga sudah dilakukan.

“Kami minta pemandu jentolak itu membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan dan orang ramai yang mengenali suspek juga boleh melakukan demikian.

“Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan tampil sendiri atau hubungi talian 03-32902222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Tali pusat masih berdarah

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Dua bayi perempuan termasuk seorang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam dua kejadian berasingan selang 14 jam di Taman Saujana Puchong dan USJ 12, dekat sini.
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.20 petang kelmarin, seorang lelaki terkejut apabila bungkusan hitam yang disangkakan kucing sebenarnya seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat diletakkan di tepi tong sampah di depan rumah jirannya.

Lelaki terbabit, S Prakash, 29, ketika ditemui berkata, dia diberitahu mengenai bungkusan itu oleh adiknya yang terdengar bunyi seperti bayi menangis di luar rumah.
“Saya kemudian keluar untuk melihat kandungan bungkusan itu sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan yang tali pusatnya masih berdarah dan dihurung semut.

“Lebih menyedihkan, cuaca ketika itu panas terik dan bayi terbabit hanya dibungkus dengan baju-T hitam,” katanya .

Menurutnya, panik melihat tali pusat bayi itu masih berdarah, dia terus membawa bayi itu masuk ke rumahnya untuk dibersihkan sebelum menghubungi polis dan membawanya ke sebuah klinik di Batu 14, Bukit Puchong untuk rawatan lanjut.

Katanya, terdapat banyak kesan gigitan serangga di seluruh badan bayi terbabit.

Dalam kejadian kedua, seorang peniaga kios berdekatan sebuah sekolah menengah di USJ 12 menemui seorang bayi perempuan diletakkan di bahagian bawah tempat memasak gerainya kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
Peniaga terbabit, Rusiah Hamzah, 48, berkata dia sedang membuka kios seorang diri apabila terlihat satu bungkusan diletakkan di bawah para kedainya yang bergerak-gerak.

“Pada mulanya saya menyangkakan ia tikus ataupun kucing, namun sebaik menyelak bungkusan selimut berkenaan, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ia seorang bayi.

“Badan saya menggigil sebelum menghubungi suami dan anak-anak supaya segera datang memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rusiah berkata, sebaik suaminya, Norizan Mahyuddin, 54, tiba, dia terus menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, dalam kejadian pertama, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.20 petang memaklumkan penemuan bayi berkenaan.

Katanya, keadaan bayi itu masih bertali pusat dipercayai cuba dipotong selain terdapat kesan tompokan merah di seluruh badan bayi itu akibat digigit semut.

“Bayi malang itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang oleh kakitangan klinik berkenaan dan kita percaya bayi perempuan cukup sifat itu baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan pemeriksaan doktor,” katanya.

Dalam kes kedua, Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.15 pagi oleh saksi memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dalam kios perniagaannya berhampiran sebuah sekolah menengah di USJ 12, di sini.

Menurutnya, bayi itu ditemui dalam balutan sehelai kain berjalur kelabu dan ungu serta masih bertali pusat sebelum dihantar ke Hospital Serdang.

“Hasil pemeriksaan, kita percaya bayi itu dilahirkan antara dua atau tiga hari lalu, namun tidak dapat mengenal pasti bangsa bayi itu.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Tuesday, June 12, 2012

JIKA KITA DUKA LARA....SEDIH DIZALIMI DLL...CARA TENANGKAN HATI...KATA PADA DIRI KITA...'CUKUPLAH BAGIKU ADA ALLAH DAN RASUL'....INSYAALAH KITA AKAN REDA SERTA TENANG....

‘Haji’ bagi nombor ekor

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

ADU...John (kanan) membuat aduan kepada Dr Izham, semalam.
ADU...John (kanan) membuat aduan kepada Dr Izham, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Haji dan dikatakan mendalami ilmu agama bukan saja memperdaya kenalannya untuk mendapatkan keuntungan mudah, malah dia menggunakan kesempatan itu untuk memberikan nombor ramalan enam angka kepada mangsa sebagai umpan.
Akibatnya, mangsa, bekas tentera yang dikenalinya di sebuah kafe Internet kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan kemampuan Haji terbabit membawa perubahan dalam hidup selain sebagai ‘bantuan kecemasan’ untuk keluar daripada masalah kewangan.
Mangsa, John Salam, 62, (bukan nama sebenar) berkata, pada mulanya dia beranggapan lelaki terbabit berniat baik mahu mengubah tabiatnya yang suka bermain mesin judi, namun lama-kelamaan Haji terbabit meminta wang kononnya sebagai upah untuk mendapatkan nombor ramalan.

“Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada ‘tuah’ menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan.

Kelar leher ibu saudara

Oleh Suraya Roslan dan Jaafar Mulup
am@hmetro.com.my

BERLUMPUR...keadaan kereta mangsa yang dilarikan suspek.
BERLUMPUR...keadaan kereta mangsa yang dilarikan suspek.
TAMPIN: Seorang pembantu am sekolah di Gemencheh, dekat sini, bukan saja disembelih anak saudara perempuannya menggunakan pisau ‘Rambo’, malah ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah berhampiran pasar di Jalan Gemencheh-Felda Bukit Rokan, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Azizah Isa, 50, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) akibat parah di kanan lehernya dipercayai disembelih anak saudara berusia 26 tahun.
Anak bongsu mangsa, Nurul Aishah Johari, 17, berkata dia terkejut sebaik pulang dari rumah rakan apabila diberitahu ibunya parah dan dirawat di hospital.

“Lebih mengejutkan, saya diberitahu ibu disembelih sepupu sendiri menyebabkan saya hampir pitam.


“Tidak sangka, dia (sepupu) sanggup memperlakukan ibu sebegitu, sedangkan kami berdua cukup rapat,” katanya ketika ditemui di HTJS, semalam.

Serah diri sejam selepas kejadian



TAMPIN: “Beberapa jam selepas kejadian, suspek menyerah diri di balai polis,” kata Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengulas kejadian seorang perempuan menyembelih leher ibu saudaranya dipercayai akibat perselisihan faham berhampiran pasar di Jalan Gemencheh-Felda Bukit Rokan, di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, polis turut menemui pisau yang digunakan untuk mengelar leher mangsa yang dibuang dalam kebun kelapa sawit di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini.

“Pemeriksaan awal mendapati, suspek berusia 26 tahun datang ke sekolah itu untuk menemui ibu saudaranya dipercayai untuk menyelesaikan perselisihan faham antara mereka. “Bagaimanapun, bagi mengelak pertengkaran didengar orang ramai, suspek mengajak mangsa menaiki kereta mangsa keluar dari kawasan sekolah,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Wooi berkata, sebaik memberhentikan kereta di bahu jalan 20 meter dari kawasan sekolah berhampiran pasar, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa. “Suspek mengeluarkan pisau sepanjang 60 sentimeter dan menyembelih leher sebelum menarik mangsa keluar dari kereta dan meninggalkannya di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah dan melarikan diri menggunakan kereta mangsa,” katanya.

Dadah ‘meletup’

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

SIASAT...anggota polis memasuki kawasan kilang untuk membuat pemeriksaan.
SIASAT...anggota polis memasuki kawasan kilang untuk membuat pemeriksaan.
MISTERI...sebuah kereta  di luar premis kilang turut disiasat.
MISTERI...sebuah kereta di luar premis kilang turut disiasat.
PONTIAN: Sebuah kilang yang dijadikan makmal dadah di Jalan Perindustrian 12, Kawasan Perindustrian Pekan Nenas, dekat sini, meletup serta terbakar kelmarin sebelum pemeriksaan menemui pil Ecstasy dan syabu dianggarkan bernilai RM10 juta.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, dua letupan kuat menggegarkan bangunan berkenaan dan kilang berhampiran hingga memaksa pekerja di premis bersebelahan bertempiaran menyelamatkan diri.
Akibat letupan kuat itu, bumbung makmal dadah berkenaan rosak, bahagian belakang premis itu hangus terbakar, manakala kepulan asap memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.

Penemuan dadah itu bermula selepas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dan Pontian yang menjalankan kerja memadam api menemui bahan pelik disyaki dadah sebelum melaporkannya kepada polis.


Janda hantar SMS lucah



KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan awam berusia 55 tahun membuat aduan polis selepas mendakwa tidak tahan diganggu seorang janda anak tiga yang sering menghantar SMS lucah kepadanya hampir setiap hari.
Malah, lelaki itu turut mendakwa difitnah janda berusia 40-an terbabit konon merogolnya sehingga hamil.

Lelaki berkenaan mengenali wanita itu pada awal Mei lalu ketika mengajaknya menjadi rakan kongsi perniagaan jualan langsung.
Namun, akibat tidak tahan dengan gangguan yang menjatuhkan reputasinya sebagai kakitangan awam, lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa menjalankan perniagaan produk kesihatan dan mempelawa janda terbabit menjadi rakan kongsi, namun disalahertikan hingga diganggu melalui SMS, panggilan telefon serta laman sembang sosial sejak awal bulan lalu.

Katanya, hampir saban hari mangsa dihujani SMS lucah dan diganggu melalui laman sosial dengan kata-kata berbaur fitnah hingga boleh menjejaskan rumah tangganya.

“Mangsa pada mulanya boleh bersabar, namun tidak tahan selepas janda itu menghantar SMS menuduhnya merogol hingga hamil dan perlu bertanggungjawab bagi mengelak tindakan lebih keras daripada wanita terbabit,” katanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Ditusuk keris

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

TUMPAT: Seorang pekerja kilang sempat menunggang motosikal bersama seorang rakan dalam keadaan dadanya berlumuran darah untuk pulang ke rumah selepas ditikam dengan senjata tajam dipercayai keris ketika cuba menyelesaikan perselisihan faham membabitkan saudaranya di Kampung Palekbang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Mohd Al Serena Di Mat Rahim, 26, dari Kampung Berlian, bagaimanapun rebah bersama motosikal ditunggang di tepi jalan sebelum sempat tiba di rumah dan dibawa dengan sebuah pacuan empat roda ke Hospital Tumpat, tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Bapa mangsa, Mat Rahim Junoh, 58, berkata, anaknya itu bekerja di kilang di Kuala Lumpur dan sedang bercuti di kampung selama dua minggu.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa keluar dari rumah menaiki motosikal bersama adiknya, Mohd Faiz, 22, dan tiga lagi rakan mereka jam 9 malam.

“Sebaik tiba di Kampung Palekbang yang jaraknya hanya dua kilometer dari Kampung Berlian, anak saya dikatakan berjumpa dengan seorang lelaki dikenalinya untuk menyelesaikan perselisihan faham membabitkan saudaranya yang didakwa ditampar lelaki itu sebelum ditikam dengan senjata dipercayai keris oleh lelaki terbabit.

“Ketika itu, Mohd Faiz tidak menyedari abangnya ditikam kerana keadaan gelap. Dalam keadaan berlumuran darah anak saya menunggang motosikal bersama seorang rakannya untuk pulang ke rumah, sebelum rebah,” katanya, semalam.

Menurutnya, Mohd Faiz yang melihat abangnya terjatuh, memangkunya dan menahan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa abangnya ke hospital.

Katanya, dia hanya mengetahui anaknya ditikam sebaik dihubungi Mohd Faiz dan bergegas bersama isteri, Khadijah Mamat, 53, ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa sempat bertanya kepada suspek mengapa dia menampar saudaranya dan suspek menjawab saudaranya itu menunggang motosikal dengan laju.

Katanya, mangsa terus menampar suspek dan berlaku pergelutan sebelum suspek mengeluarkan senjata dipercayai keris serta terus menikam mangsa di bahagian dada kanan.

“Selepas menerima laporan, kami segera membuat serbuan di rumah suspek, namun suspek dipercayai sudah melarikan diri.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti iaitu, Mohamad Zulfiqar Mohd Zaki, 19, dari Jalan Pengkalan Motor, Kampung Laut Satu, Palekbang, Tumpat. Kami menjalankan Ops Tutup untuk memburu suspek,” katanya.

Bayar RM31,000 tapi penyaman udara tak dipasang

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat mendakwa kerugian lebih RM31,000 selepas ditipu kontraktor pemasangan alat penyaman udara untuk rumah barunya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Kenny, 40, berkata, dia bertemu lelaki yang menjalankan perniagaan memasang alat penyaman udara itu hujung tahun lalu ketika minum di sebuah bar di ibu negara.

Menurutnya, lelaki terbabit menawarkan pembelian alat penyaman udara untuk rumah barunya dengan harga RM43,000 dan dia bersetuju dengan tawaran berkenaan.
Katanya, selepas yakin dengan lelaki itu, dia membayar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan di bar sama, Januari lalu, sebelum diminta membuat pembayaran RM10,000 lagi konon bagi mempercepatkan kerja pemasangan.

“Lelaki terbabit berjanji menghantar pekerjanya dalam tempoh seminggu untuk melakukan kerja pemasangan, namun selepas tempoh berkenaan, dia gagal dihubungi,” katanya.

Katanya, selepas yakin dirinya tertipu, dia membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tuntut bil api tak masuk akal

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

BINCANG...Liew  (tengah) bertanyakan sesuatu kepada pengadu, Yee Choi Voon (kiri) mengenai bil elektrik rumahnya.
BINCANG...Liew (tengah) bertanyakan sesuatu kepada pengadu, Yee Choi Voon (kiri) mengenai bil elektrik rumahnya.
SERDANG: Tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan tuntutan terkurang caj antara RM1,000 hingga RM11,521 kepada sembilan penggunanya di Seri Kembangan, di sini, atas alasan meter mereka diusik disifatkan tidak masuk akal.
Seramai tujuh pengadu yang menerima surat notis berhubung perkara itu adalah penghuni Rumah Pangsa Kantan Court manakala dua lagi menetap di kawasan perumahan Seri Kembangan.

Pengadu, Wong Fah Kim, 55, berkata, TNB menuntut RM11,521 bagi tempoh 14 bulan atas alasan terdapat gangguan pada meter pepasangan dan menyebabkan alat itu gagal berfungsi dengan baik sehingga tidak dapat merekodkan bacaan sebenar.
“Setiap bulan saya bayar bil elektrik tepat pada masa dan tiada tunggakan. Bagaimana masalah ini berlaku kerana jumlah dituntut tidak logik,” katanya.

Menurutnya, rumah milik mentuanya itu didiami bersama sembilan ahli keluarga lain dan mengakui rumah terbabit menggunkan tiga penyaman udara dengan anggaran bil RM300 hingga RM400 setiap bulan.

“Kakitangan TNB tidak datang untuk membuat bacaan meter sebaliknya mengenakan caj berdasarkan anggaran. Malah, kami juga tidak meminta TNB untuk membuat penggantian meter,” katanya.

Wong berkata, TNB perlu melakukan pemeriksaan terperinci sebelum mengeluarkan tindakan kerana ia membebankan pengguna yang perlu menjelaskan jumlah dituntut dalam tempoh 14 hari bagi mengelak bekalan elektrik dipotong.

Pengadu lain dari Rumah Pangsa Kantan Court, Khoo Mung Yap, 57, berkata, dia dikehendaki membayar tuntutan terkurang caj RM9,263 sejak 26 Mac tahun lalu selepas TNB mendakwa meter rumahnya diusik.
“Rumah saya ada sebuah penyaman udara namun jarang digunakan dan dikenakan bayaran bil elektrik RM20 setiap bulan. Bagaimanapun, bil meningkat RM50 setiap bulan selepas TNB membuat penukaran meter tahun lalu,” katanya.

Dia yang menetap di rumah pangsa itu sejak 2006 berasa hairan meter elektrik rumahnya boleh diusik kerana alat itu dipasang dalam bilik khas yang dikunci dan hanya boleh diakses pemaju dan pihak TNB.

“Saya pergi ke pejabat TNB bahagian Bangi untuk mendapat penjelasan dan diberitahu meter sudah diganti selain tuntutan itu dikenakan kerana mengesyaki saya mencuri bekalan elektrik,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan TNB untuk melakukan siasatan dalam kes berkenaan selain membuat penjelasan terperinci kepada pengadu.

Menantu samseng

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Hanya kerana tidak puas hati dengan dengan bapa mentua, seorang lelaki tergamak mengugut warga emas berusia 63 tahun dengan mengacukan pisau ke leher lelaki itu sebelum membakar motosikal milik sepupu iparnya berusia 44 tahun selepas lelaki berkenaan cuba meleraikan pertengkaran mereka di Kampung Simpang Sanglang, di sini, Ahad lalu.
Sebelum kejadian, mangsa didatangi menantunya berusia 26 bersama isteri yang juga anak perempuan mangsa berusia 20-an yang mahu membawa adik ipar perempuannya dari rumah mangsa, jam 9 malam.

Difahamkan, suspek berang selepas bapa mentuanya enggan membenarkan dia membawa adik iparnya keluar rumah mangsa sebelum bertindak samseng mengacukan pisau ke arah suspek.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa enggan membenarkan suspek membawa keluar anak perempuannya berusia belasan tahun berkenaan.

Wanita basuh pinggan dalam tandas disamun



KUALA TERENGGANU: “Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya apabila leher dihunus pisau. Ketika itu, saya merayu suspek tidak mencederakan saya,” kata Halimah Awang Chik, 50, yang berdepan detik cemas disamun seorang lelaki ketika membasuh pinggan dalam tandas wanita di sebuah pejabat jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Halimah yang juga pegawai penerangan di Besut bukan saja kerugian hampir RM12,000 apabila gelang tangan emasnya dilarikan suspek, tetapi turut cedera di tangan dan leher akibat terkena pisau digunakan suspek ketika cuba melepaskan diri.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan membasuh pinggan dalam tandas di tingkat tiga bangunan terbabit selepas makan tengah hari sebelum didatangi seorang lelaki yang memeluknya dari belakang dan menghunus pisau di leher serta mengugut meminta wang.
“Suspek menutup mulut saya menggunakan pita pelekat berwarna hitam apabila saya cuba menjerit mendapatkan pertolongan.

“Pergelutan itu menyebabkan saya luka di belakang leher dan tangan akibat terkena pisau yang dipegang suspek,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu Kuala Terengganu, di sini, selepas membuat laporan kejadian terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi, di sini, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Lawan peragut

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

KUCHING: Seorang jurujual cedera di tangan selepas diseret lebih lima meter oleh sebuah motosikal dinaiki tiga lelaki dalam satu kejadian cubaan ragut berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Padungan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, wanita berusia 25 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Petanak di sini, dihampiri tiga lelaki bermotosikal sebelum seorang daripadanya turun dan cuba merampas beg tangan miliknya.

Menurut rakan mangsa yang dikenali sebagai Lily, 35, dia melihat tiga lelaki menaiki sebuah motosikal melalui jalan itu dan menghampiri mangsa dari belakang.
Katanya, motosikal berkenaan lalu di sisi rakannya, sebelum salah seorang daripada pembonceng melompat turun dan merampas beg tangan mangsa.

“Saya tidak sempat menjerit memberi amaran kepada mangsa apabila menyedari niat tidak baik mereka selepas lelaki itu menarik beg tangannya, tambahan pula semuanya berlaku agak pantas.

“Mangsa enggan melepaskan beg tangannya, namun lelaki itu memanggil rakannya sebelum membonceng motosikal itu dengan harapan mangsa melepaskan beg itu,” katanya.

Katanya, walaupun sudah diseret lebih lima meter, mangsa tetap enggan melepaskan beg tangannya dan tindakan itu menyebabkan peragut itu terjatuh bersama motosikal mereka.

“Peragut berkenaan bangun dan cuba melarikan diri dengan membawa beg mangsa, tetapi gagal apabila mangsa dapat merampasnya kembali.
“Mujur mangsa tidak mengalami kecederaan teruk dan berjaya menghalang peragut melarikan beg tangannya, tetapi apa yang membuatkan kami terkilan ialah sikap pelanggan sebuah kedai kopi berhampiran yang hanya menyaksikan kejadian itu tanpa menghulurkan bantuan,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Padungan sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Simpang Tiga untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan.

Teksi ‘sakit’ tengah kota



KUALA LUMPUR: Berbau hapak, kusyen terkoyak, penghawa dingin tidak berfungsi, kemek, cat tercabut dan pemandu kurang mesra adalah fenomena biasa bagi segelintir teksi uzur atau ‘sakit’ yang masih bergerak di atas jalan raya di negara ini terutama di bandar utama termasuk ibu kota walaupun sepatutnya ia sudah tidak dibenarkan operasi lagi.
Ini kerana keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa penumpang kerana tambang yang disediakan adalah sama kerana menggunakan meter.

Bagaimanapun, sikap tidak ambil peduli pemandu selain terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan menyebabkan teksi sama ada disewa atau dipajak berkeadaan uzur hingga mampu mendatangkan bahaya kepada penumpang jika berlaku kemalangan.
Penggunaan tayar tidak berbunga paling lazim pada teksi walaupun sepatutnya ia diganti selepas beberapa ribu kilometer seperti yang disyorkan syarikat pengeluar tayar.

Walaupun setiap teksi perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam bulan sekali bagi memperbarui permit tetapi entah di mana silapnya, masih ada teksi yang uzur dibenarkan beroperasi di jalan raya.

Jika mengikut pemeriksaan yang ketat, sudah pasti ada teksi yang langsung tidak boleh dibenarkan berada di atas jalan raya atau pemiliknya perlu melakukan penyelenggaraan besar-besaran ke atas teksi mereka jika mahu ia beroperasi.

Dianggarkan, terdapat lebih 70,000 teksi beroperasi di seluruh negara dan perkhidmatan awam itu masih menjadi pilihan pengguna kerana kelebihannya yang membolehkan penumpang memilih lokasi turun naik mereka berbanding pengangkutan awam lain seperti bas, komuter atau monorel yang menetapkan lokasi turun naik penumpang.

Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang mendapati masih terdapat pemilik teksi yang tidak menitik beratkan aspek keselamatan dengan membiarkan kenderaan mereka dalam keadaan tidak terurus.
Keadaan dalaman yang berbau hapak, kusyen yang lusuh dan terkoyak sudah pasti membuatkan penumpang kurang selesa dengan perkhidmatan yang disediakan teksi di sekitar kawasan ini, ditambah pula dengan ciri keselamatan seperti tayar yang dibiarkan botak tanpa ditukar.

Pengguna mungkin masih boleh bertolak ansur sekiranya keadaan dalaman teksi tidak diurus dengan betul namun pengguna akan hilang keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan sekiranya aspek keselamatan tayar tidak diberi perhatian.

Hal ini berlaku disebabkan tayar adalah aspek penting pada sesebuah kenderaan yang boleh menjadi punca berlakunya kemalangan sekiranya ia tidak diganti pada waktu sepatutnya dan perkara ini sepatutnya diberikan perhatian oleh setiap pemilik serta pemandu teksi.

Bahagia dalam derita

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

BALING: “Biarpun diri kami dimamah usia, tetapi tetap bahagia meskipun kesihatan tidak mengizinkan keluar bersiar-siar seperti pasangan lain.
“Dalam keadaan ini, memadai menghabiskan usia ini dengan berkasih sayang di dalam rumah,” kata Samsudin Desa, 72.

Samsudin, dari Kampung Jenalik Siput, Mukim Siong, di sini, yang sakit lutut dan darah tinggi, terpaksa menghabiskan usia bersama isterinya, Putih Chendra, 83, kerana kedua-duanya semakin uzur dan hanya mampu mengengsot di dalam rumah.
Malah, Putih hanya terbaring dan duduk di tempat tidur sepanjang masa akibat usia yang semakin lanjut.

Samsudin berkata, dia hanya mengengsot di dalam rumah dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana isterinya tidak boleh lagi melakukan kerja rumah dan duduk di tempat tidur sepanjang waktu.

“Dia (Putih) tidak boleh melihat kerana kedua-dua matanya rabun, malah mata kirinya dibedah empat tahun lalu. Isteri saya juga tidak boleh mendengar dengan jelas selain menghidap sakit jantung.

“Sayalah yang menguruskan semua di dalam rumah walaupun dengan mengengsot termasuk memandikan isteri kerana kasih sayang saya tidak pernah berbelah bagi meskipun usia kami semakin uzur dan menjaganya selagi hayat masih ada,” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, mereka dikurniakan tiga anak dan seorang daripadanya tinggal berhampiran yang membantu menjaga makan minum seharian selain menjaga mereka apabila sakit.
“Saya tahu kehidupan mereka juga susah, tetapi mereka tidak pernah jemu menjenguk apabila musim cuti sekolah kerana saya faham anak mereka membesar dan bersekolah.

Dengar rintihan jiwa lara

Oleh Muhd Izawan Baharin

APA jawapan biasa kita dengar apabila seseorang mengadu betapa hatinya remuk selepas cintanya terputus di tengah jalan. Reaksi spontan selalunya: “Ini masalah kecil, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Lupakan saja dia, teruskan hidup.” Atau kita boleh mengambil mudah dengan memperlekeh bekas teman lelaki atau wanita itu.
Bagi sebahagian orang, mungkin mereka boleh meneruskan hidup tetapi ada segelintir berfikir sebaliknya. Kekecewaan ditambah dengan tiada sesiapa mahu mendengar masalah dan rintihan itu boleh membawa kepada tekanan emosi.

Mereka tidak dapat tidur dan apabila diadu masalah kepada ahli keluarga atau rakan, mereka menjadi mangsa sindiran. Maka tidak mustahil terlintas di fikiran untuk bunuh diri akibat daripada tekanan emosi. Itu jika percintaan menjadi punca tetapi banyak lagi penyebab seseorang tergamak melakukan sesuatu tindakan di luar pemikiran kewarasan manusia.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kadar bunuh diri semakin meningkat di Malaysia apabila mencatatkan lebih 1,000 orang membunuh diri dalam tempoh tiga tahun.


Menurutnya, nisbah semasa bagi bunuh diri dari 2007 sehingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang, tetapi dipercayai kadar itu boleh menjadi lebih tinggi.

“Ia hanya perangkaan yang dikumpulkan kami daripada bedah siasat. Kami fikir kadar bunuh diri tidak banyak yang dilaporkan,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan setiap tahun, hampir sejuta individu mati akibat bunuh diri di seluruh dunia dengan kadar satu kematian setiap 40 saat.

Suami pukul isteri dituduh curi duit



PETALING JAYA: Seorang isteri yang hamil empat bulan mendakwa dibelasah suaminya hingga cedera di muka, kepala, perut dan kaki selepas dituduh mencuri wang lelaki berkenaan di rumah mereka di Taman Medan, di sini, kelmarin.
Lebih memilukan apabila mangsa mendakwa diperlakukan demikian di depan ibu dan kakaknya dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu pemasaran berada di ruang tamu apabila tiba-tiba suaminya yang berusia 25 tahun dikatakan menegurnya berikutan bunyi televisyen yang dipasang kuat.
“Pasangan itu kemudian bertengkar mengenai bunyi televisyen sebelum si suami menuduh mangsa mencuri wangnya,” katanya.

“Mangsa menafikan mencuri wang berkenaan dan menjelaskan tidak tahu mengenai wang yang dikatakan hilang daripada simpanan di rumah mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki berkenaan yang tidak dapat menerima penjelasan isterinya kemudian naik berang dan bertindak ganas dengan menampar dan menendang mangsa di seluruh badan.

“Kejadian itu turut disaksikan ibu dan kakak mangsa sebelum kedua-dua mereka cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Ibu dan kakak mangsa terpaksa merayu supaya lelaki berkenaan menghentikan perbuatannya berikutan mangsa hamil di samping tidak tahan melihat mangsa yang separuh lembik.
Katanya, tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya dan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Malah, mangsa berhasrat menuntut cerai daripada suaminya dan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah tidak lama lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam tempoh 45 tahun, kadar kes bunuh diri meningkat sebanyak 60 peratus di seluruh dunia dan menjadi antara tiga penyebab utama kematian bagi individu berusia 15 hingga 44 tahun di beberapa negara serta penyebab kedua kematian bagi golongan berumur 10 hingga 24 tahun. Angka itu tidak termasuk cubaan membunuh diri yang dianggarkan 20 kali lebih kerap.

Walaupun sebelum ini kes bunuh diri sering dikaitkan dengan warga tua namun kadar di kalangan golongan muda semakin meningkat sehingga meletakkan mereka di dalam kumpulan berisiko tinggi di negara maju dan membangun.

Masalah gangguan emosi kebiasaannya akibat kemurungan dan alkohol menjadi faktor seseorang sanggup membunuh diri di Eropah dan Amerika Utara tetapi di negara Asia, gerak hati memainkan peranan.

Bunuh diri membabitkan banyak faktor yang kompleks berkait dengan psikologi, sosial, biologi, budaya dan alam sekitar.

Di negara kita, daftar statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM) dari Januari hingga Ogos 2010, mencatatkan jumlah kes bunuh diri sebanyak 425 dengan purata 60 orang sebulan.

Ertinya setiap hari, dua orang akan cabut nyawa sendiri dan petunjuk itu hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat. Mengejutkan ialah golongan paling berisiko untuk bunuh diri ialah lingkungan umur 16 hingga 25 tahun.

Bagaimana kita hendak mengetahui seseorang rakan itu melalui saat-saat sukar?
Menurut Befrienders atau Sedia Bersahabat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan bantuan khidmat persahabatan dan sokongan emosi secara percuma terdapat beberapa tanda seseorang berdepan saat sukar iaitu mengelak daripada bertemu rakan, bercakap mahu mati, tidak boleh tidur, menjadi pendiam, pemarah atau sering menangis.

Yang lain adalah tidak mempedulikan penampilan, hilang selera makan atau tenaga, kecewa dan putus asa, cuba mencederakan diri sendiri, mula memberikan barangan peribadi kepada orang lain dan membuat kenyataan seperti “ini semua salah saya” atau “saya tidak akan ada lagi nanti”.

Apabila seseorang mula menunjukkan tanda itu, apa perlu dilakukan ialah mendekatinya supaya dia tahu ada orang sedar masalahnya, bertanya keadaan dan mendengar luahannya, menerima dan tidak membuat penilaian, sabar dan berlembut, tunjukkan anda mengambil berat, bertanya secara terbuka jika dia berniat mahu mencederakan diri sendiri, mengambil serius ancaman dikemukakan, segera mendapatkan bantuan dan menghubungi Befrienders.

Elakkan daripada menawarkan kata-kata jaminan yang kosong, berputus asa dengan individu berisiko, mengambil mudah ancaman membunuh diri dengan alasan mahukan perhatian, berfikir mereka yang gagal membunuh diri kali pertama tidak mampu mengulangi semula dan memandang rendah kesakitan di hati dialami mereka.

Pengarah Publisiti Befrienders Kuala Lumpur, Ardy Ayadali berkata, ada faktor yang mempengaruhi seseorang sehingga mempunyai niat untuk membunuh diri.

“Kebiasaannya apabila ada rakan mengadu masalah, kita hanya lihat faktor lapisan atas saja sedangkan di bawah banyak kesakitan dialaminya. Apabila tidak dipedulikan ia membawa kepada masalah lain umpamanya kemurungan sehingga risiko bunuh diri,” katanya.

Ardy berkata, Befrienders akan mendampingi pengadu apabila tiada sesiapa yang memberi perhatian dan mendengar keluhan.

“Pengadu boleh meluahkan segala perasaan kepada kami termasuk perkara paling sulit dalam hati tanpa takut dikecam atau dituduh dan semua ini tidak akan dibongkar kepada sesiapapun.

“Mereka tidak perlu memberitahu nama sebenar dan kami boleh dihubungi menerusi telefon, e-mel atau datang bersemuka dengan sukarelawan,” katanya yang memberitahu nombor talian 24 jam Befrienders Kuala Lumpur, 03-79568145 atau e-mel di sam@befrienders.org.my dan laman web www.befrienders.org.my untuk mendapat talian di pusat Befrienders yang lain di seluruh negara.

Menurutnya, hampir setiap kesengsaraan manusia boleh dicurahkan kepada Befrienders sama ada kesunyian, kerisauan, kesakitan, ketagihan dadah, keruntuhan rumah tangga, masalah seks, kehamilan tidak diingini, gangguan emosi, masalah psikologi dan kesukaran dalam perhubungan peribadi.

“Masalah pengadu akan didengar dengan teliti. Kami mungkin mencadangkan sesuatu tetapi tidak menasihatkan apa harus dilakukan kerana kami hanya membantu pengadu mengetahui diri sendiri dan menolong menggunakan kekuatan semangat mereka sendiri,” katanya yang memberitahu nombor talian 24 jam Befrienders Kuala Lumpur, 03-79568145 atau e-mel di sam@befrienders.org.my dan laman web www.befrienders.org.my untuk mendapat talian di pusat Befrienders yang lain di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Befrienders Kuala Lumpur, Vincent Pun berkata, sepanjang tahun lalu, Befrienders Kuala Lumpur menerima 21,600 aduan dengan 92 peratus menerusi panggilan telefon, e-mel (enam peratus) dan bersemuka (dua peratus).

“Sebanyak 33 peratus pengadu datang daripada kumpulan berusia 30 tahun ke bawah dengan 60 peratus adalah wanita. Kami juga pernah menerima e-mel daripada kanak-kanak berusia 10 tahun,” katanya.

Peratus penggunaan e-mel sebagai medium meluahkan perasaan kepada Befrienders, kata Vincent juga meningkat sebanyak 34 peratus pada 2011 berbanding 2010.

“Tiga isu utama yang kami terima ialah membabitkan perhubungan sebanyak 24 peratus, masalah kesihatan mental (18 peratus) dan keluarga (12 peratus).

“Niat mahu membunuh diri diluahkan menerusi e-mel sebanyak 33 peratus manakala 20 peratus kami terima melalui panggilan telefon,” katanya.

Vincent berkata, walaupun dikekang masalah kewangan dan kekurangan dana, Befrienders berjaya melegakan ramai pengadu selepas meluahkan perasaan, ketakutan dan kerisauan kepada seseorang yang mereka tidak kenali tetapi boleh menyimpan segala rahsia.


Penulis wartawan Harian Metro

“Biarpun kami hidup berdua di rumah yang sederhana, tetapi bahagia kerana ada jiran yang menjenguk dan bertanya khabar,” katanya.

Samsudin berkata, dia mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.