Rugi RM27,000
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Percutian seorang guru bersama keluarga di ibu negara
awal bulan lalu bertukar menjadi detik hitam selepas ditipu sindiket
peraduan gores dan menang hingga terpaksa menanggung kerugian RM27,000.
Guru wanita berusia 30-an yang berasal dari Sarawak itu ditawarkan
hadiah cabutan pertama sebuah tilam manakala sebuah kereta mewah pula
dijanjikan sebagai hadiah utama.
Difahamkan, dia yang tidak
mengesyaki akan ditipu, membuat bayaran tunai kepada individu yang
membuat cabutan itu berjumlah RM19,000 sebelum bakinya diselesaikan
melalui bayaran kad kredit.
Bagaimanapun, guru itu menyedari ditipu selepas hadiah yang
dijanjikan tidak diterima malah talian telefon yang diberikan gagal
dihubungi sebelum membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK).
Perkara itu didedahkan Pengarah KPDNKK Wilayah,
Abu Samah Shabudin dalam sidang media di pejabatnya semalam selepas
berjaya menahan dua wanita berusia 19 dan 27 tahun dalam operasi gores
dan menang di Terminal Bersepadu Tasik Selatan, kelmarin.
Dalam operasi yang disertai enam pegawai jam 2 petang itu, pihaknya
turut merampas 40 keping kad gores dan menang termasuk 27 keping yang
sudah digores.
“Kedua-dua suspek ini pernah ditahan April lalu, bagaimanapun
mereka dibebaskan selepas keterangan diambil dan diberi amaran, namun
kali ini tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.
“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti
rakan mereka dalam kumpulan berkenaan yang sering bertukar lokasi kerana
kegiatan itu dijalankan secara bergerak,” katanya.
Menurut Abu Samah, pihaknya sudah mengenal pasti 10 lokasi panas
termasuk stesen komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorail yang
dijadikan tumpuan kumpulan berkenaan.
Katanya, pihaknya
sudah menerima 62 aduan berhubung penipuan peraduan gores dan menang
bagi tahun ini membabitkan kerugian mencecah RM400,000.
“Mangsa terbaru seorang warga Singapura berusia 47 tahun yang ditipu
sebanyak RM8,200 dan tampil membuat aduan kelmarin,” katanya.
Lagi khianat kaki bakar
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
RUGI...Nawer melihat motosikalnya yang hangus dibakar awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Perbuatan khianat membakar kenderaan berlaku lagi
apabila 17 kenderaan termasuk 16 motosikal dan sebuah kereta jenis
Nissan Grand Livina hangus dalam kejadian di flat Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kebanyakan penghuni
sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan panggilan
daripada jiran tetangga. Mangsa, Nawer Abdul Razak, 56, berkata
ketika kejadian dia sedang tidur sebelum terkejut sebaik mendengar
jeritan penduduk dari tingkat bawah.
Katanya, dia kemudian
keluar melihat apa yang berlaku sebelum mendapati api sedang marak
membakar kenderaan yang diletakkan di kawasan flat itu sebelum berlari
turun.
“Saya cuba mengalihkan beberapa motosikal berhampiran tempat
kebakaran namun tidak berjaya selepas api marak dengan cepat membakar
kenderaan yang diletakkan dalam jarak dekat.
“Bagi
mengelakkan api merebak ke kenderaan lain, penduduk berusaha memadamkan
api namun tidak berjaya kerana api begitu marak,” katanya ketika ditemui
di tempat kejadian, semalam.
Nawer yang bekerja sebagai
tukang sapu di sebuah syarikat swasta berkata, motosikalnya turut
terbakar dalam kejadian itu. Ini menyebabkan dia kini buntu selepas
tidak mempunyai kenderaan untuk berulang-alik ke tempat kerja.
Dia berharap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan
khianat itu ditangkap kerana ia telah menyusahkan banyak orang.
Seorang lagi mangsa, Shaik Khusairi Shaik Daud, 29, berkata, dia
kehilangan dua motosikal iaitu jenis Yamaha Lagenda dan Honda Wave.
Katanya, ketika kejadian, dia baru pulang dari Downtown Danau Kota.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat motosikal saya hangus,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur,
Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan
kebakaran motosikal itu pada jam 3.43 pagi.
Katanya, jentera pertama tiba pada jam 3.51 pagi dan mendapati sebanyak 16 motosikal terbabit dalam kebakaran itu.
“Kita dapat mengawal api sepenuhnya pada jam 5.21 pagi dan seramai
enam anggota daripada balai Setapak bergegas ke tempat kejadian,”
katanya perbuatan itu berpunca daripada khianat.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur,
Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kebakaran itu berpunca
daripada perbuatan khianat.
Katanya, sebanyak 17 kenderaan
terbabit dalam kebakaran termasuk 16 motosikal dan satu kereta jenis
Nissan Grand Livina. Sebanyak 13 kenderaan hangus sama sekali manakala
empat kenderaan lagi termasuk sebuah kereta terbakar 30 peratus.
“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan polis akan menubuhkan pasukan
khas untuk menyiasat kejadian itu sama ada mempunyai kaitan dengan kes
sebelum ini atau tidak.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro 7 Jun lalu melaporkan enam motosikal milik penduduk
Pangsapuri Seri Puteri di Seri Petaling, hangus terbakar, dalam kejadian
jam 3.30 pagi ketika penghuni pangsapuri berkenaan sedang tidur.
Panik lori keranda mewah lesap
PETALING JAYA: Seorang pemandu lori panik apabila kenderaan berat
memuatkan 18 keranda mewah bernilai hampir RM200,000 yang baru tiga jam
diletakkan di kawasan parkir berhampiran rumah kakaknya di Pangsapuri
Damai, Jalan PJS 8/9, Bandar Sunway, di sini, lesap dipercayai dilarikan
pencuri, awal pagi kelmarin.
Pemandu berusia 35 tahun itu mendakwa meninggalkan lori seberat
tiga tan itu dalam keadaan berkunci di tempat letak kenderaan
berhampiran pangsapuri berkenaan untuk menumpang berehat di rumah
kakaknya sebelum meneruskan perjalanan menghantar keranda itu ke
Taiping, Perak.
Menurut sumber, mangsa meninggalkan lori
berkenaan kira-kira jam 10.30 malam, Selasa lalu, dan mengawasi
kenderaan berat itu menerusi tingkap rumah kakaknya.
“Kali terakhir mangsa melihat lorinya di tempat letak kenderaan
kira-kira jam 12.30 tengah malam, namun setengah jam kemudian apabila
menoleh sekali lagi dia terkejut apabila kenderaan berat itu sudah
tiada.
“Mangsa kemudian bergegas ke tempat letak kenderaan
pangsapuri itu bagi memastikan lorinya benar-benar hilang sebelum
menghubungi talian 999,” katanya.
Sumber berkata, mangsa turut membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Sungai Way.
Selain hilang lori, mangsa turut kehilangan dompet berisi lesen memandu dan kad bank yang ditinggalkan dalam lori berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes sedang
disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.
‘Suamiku, wiraku’
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
SEREMBAN: “Saya nampak seorang lelaki tak dikenali mengejar isteri
saya, ingatkan dia nak raba. Bengang melihat kejadian itu saya kejar
sampai dapat sebelum tahu sebenarnya lelaki itu nak meragut beg tangan
isteri,” kata Mohamad Khairul Ismail, 24.
Dalam kejadian di Terminal 2 kira-kira 4.30 petang Selasa lalu,
Mohamad Khairul menyelamatkan isterinya, Siti Norlaila Aswar, 17,
daripada menjadi mangsa ragut.
Menceritakan kejadian, Mohamad Khairul berkata, ketika itu dia
berjalan keluar melalui pintu belakang Terminal 2, sementara menunggu
isteri yang pergi ke tandas. Tak lama kemudian tiba-tiba saya nampak ada
lelaki sedang mengejar isteri.
“Saya kejar dan dapat tangkap dia, menahannya di bahagian tiang
bucu terminal dan meminta pengawal keselamatan tolong jaga sementara
menunggu polis tiba. Tetapi lelaki itu bingkas lari ke arah pasar raya
pula,” katanya.
Pengsan 40 minit
Oleh Rosliza Mohamed
amhmetro.com.my
KOTA BHARU: Dua anggota polis pengsan 40 minit dan cedera di badan
apabila motosikal yang mereka tunggang dilanggar Perodua Kenari ketika
melakukan rondaan cegah jenayah di Kampung Sungai Gali, Beris Lalang,
Bachok, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Koperal Roslizan Mad Nor,
45, dan Konstabel Mohd Isa Zubir, 24, yang bertugas di Balai Polis
Bachok, pada mulanya terserempak dengan kereta berkenaan dalam keadaan
mencurigakan.
Belum sempat dua anggota polis itu melakukan
pemeriksaan lanjut, mereka dilanggar kenderaan itu yang dipandu laju
seorang lelaki.
Roslizan disahkan patah tulang selangka dan rusuk kiri selain
cedera di muka, manakala Mohd Isa calar di bahagian kaki kiri dan
bengkak di pinggang.
Kedua-dua anggota polis itu dibantu dua
lagi rakan setugas yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum
meminta bantuan penduduk kampung menghantar mereka ke Klinik Kesihatan
Bachok.
Mereka dirujuk ke hospital Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.
Roslizan ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, dia menunggang
motosikal bersama Mohd Isa dan terserempak dengan kereta berhenti di
tepi jalan dalam keadaan lampu menyala.
“Ketika itu, saya
ingatkan dia penduduk kampung menjalankan tugas meronda kampung, tetapi
sebelum sempat berbuat apa-apa saya dan rakan dilanggar,” katanya ketika
ditemui di HRPZ II, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan usaha mengesan suspek
dilakukan.
Selongkar cara masuk
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa
pihak berkuasa mengenal pasti dan menyiasat bagaimana pistol renjatan
elektrik yang digunakan untuk kegiatan jenayah boleh diperoleh dan
dibawa masuk ke negara ini.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penggunaan alat
berkenaan sebagai senjata tidak boleh dipandang remeh apatah lagi hingga
mengancam keselamatan dan nyawa orang awam.
“Nampaknya
penjenayah semakin berani menggunakan pelbagai jenis alat untuk
melakukan jenayah dan jika dulu mereka hanya menggunakan pisau, parang
atau pistol tapi kini mereka beralih kepada pistol renjatan elektrik. Ia
sesuatu yang harus dipandang serius.
“Jika alat seperti ini begitu mudah didapati maka makin mudahlah
penjenayah melakukan kegiatan mereka, justeru, pihak berkuasa perlu
siasat di mana alat ini diperoleh. “Kita juga tidak menolak
kemungkinan barangan ini diseludup masuk ke negara ini dan digunakan
orang tertentu untuk tujuan yang tidak baik,” katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai
seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan
apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang
kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian
berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini. Ketika kejadian kira-kira
jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana
alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu
sambil menunggu suaminya bekerja. Hanee berkata, ketika itu suaminya,
Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat
kejadian.
Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios
berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan
dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan
pikap berkenaan sebelum mencucuh alat itu di kakinya.
Lee berkata, pihak berkuasa perlu menentukan sama ada alat berkenaan
dibenarkan dijual di negara ini sekiranya didapati ia terdapat di
pasaran.
Pesakit kanser leher terjun tingkat 3 wad
GEORGETOWN: Tidak tahan menanggung penderitaan kerana barah leher
dialaminya, seorang lelaki warga emas nekad terjun dari tingkat tiga Wad
C 15, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, awal pagi semalam.
Tan Jit Wan, 68, sudah seminggu berada di HPP untuk menjalani
rawatan penyakit dialaminya itu dan dia dikatakan pernah mengadu kepada
doktor serta jururawat kerana tidak tahan menanggung sakit.
Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mangsa yang dilihat
murung dan termenung di tepi tingkap berhampiran katilnya, terjun
melalui tingkap itu.
Pengawal keselamatan, Sarina Maidin, 50-an berkata, dia terdengar bunyi objek terhempas sebelum meninjau di lokasi kejadian.
“Saya terkejut mendapati tubuh seorang lelaki dengan kesan darah di kepalanya sebelum menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komsioner Gan
Kong Meng ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa
terjun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat penyakit
dialaminya itu.
“Mangsa sebelum ini pernah menceritakan kepada doktor serta
jururawat yang dia tidak dapat menahan penderitaan akibat kanser leher
dialaminya itu.
“Selain itu, mangsa juga dilihat kerap
termenung di tepi tingkap dan semalam, dia akhirnya nekad terjun dari
tingkat tiga dan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah
di kepala,” katanya.
Difahamkan, ketika itu ada beberapa pesakit ternampak mangsa yang
cuba terjun namun mereka tidak sempat menghalangnya kerana kejadian
berlaku dengan pantas.
Kes itu adalah kejadian kali kedua
membabitkan pesakit terjun di tingkat tiga wad C15 kerana tidak tahan
menanggung azab penyakit dialami.
Mei lalu, seorang
penghidap penyakit batuk kering yang juga seorang lelaki warga emas, R
Tanchavarnam, 68, turut mengambil jalan mudah menamatkan riwayatnya
dengan terjun dari tingkap.
Dosa syirik tak diampun
Oleh Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji
ALAM ghaib seperti jin, syaitan dan roh adalah ‘public interest’
tidak kira dalam umat Melayu mahupun masyarakat barat. Di barat,
kepercayaan khurafat dan tahyul diberi jenama baru dengan paranormal dan
mistik. Di dalam akidah dan keyakinan umat Islam, tiada yang mengetahui
alam ghaib, mistik mahupun paranormal melainkan hanya Allah SWT. Ini
berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat
bagi diriku dan tidak pula kuasa menolak mudarat kecuali yang
dikehendaki Allah. Dan andai kata aku mengetahui yang ghaib, tentulah
aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa
mudarat. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita
gembira bagi orang-orang yang beriman.” (surah al-A’raf, ayat 188)
Satu daripada dosa paling besar ialah meminta pertolongan daripada
jin dan syaitan. Kebanyakan masyarakat hari ini gemar meminta
pertolongan selain Allah. Mereka meminta daripada jin dan syaitan.
Contoh mudah ialah mengajar anak supaya meminta izin kepada penunggu
sesuatu kawasan ataupun hutan apabila melalui di tempat tersebut. Lafaz
yang biasa diajarkan seperti, “Datuk nenek, cucu minta tumpang lalu.”
Na’udzubillah. Ini syirik kepada Allah. Diajarkan anak takutkan
hantu syaitan sejak kecil. Bukan takut kepada Allah. Disebabkan takut
perkara itu berlakulah perkara yang boleh menyebabkan syirik dan
mengeluarkan seseorang daripada ajaran Islam.
Nabi mengajar andai pergi ke satu tempat dan berasa takut, maka
bacalah doa yang bermaksud: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah
yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakan.” (riwayat Imam
Muslim, no. 2708)
Kata Nabi kalau dibacakan ayat ini pada suatu tempat, seseorang
tidak akan diganggu sehingga keluar dari tempat itu. (lihat; Syarah
Hisnul Muslim oleh Dr Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani).
Nabi mengajarkan doa yang ringkas, doa yang boleh dihafal dan boleh
diamalkan bahkan wajib beriman mempercayainya dengan sebenar-benar
kepercayaan bahawa apabila membacanya maka tidak perlu kepada yang lain,
tidak perlu takut dan tidak perlu meminta kepada selain-Nya.
Meminta pertolongan daripada orang mati
Kemudiannya pula meminta pertolongan daripada orang yang mati. Ini
barangkali sensitif pada sebahagian orang tetapi demi Islam wajar
diperkatakan yakni perbuatan berdoa kepada selain daripada Allah meminta
pertolongan daripada orang yang mati. Siapa orang mati yang mereka
mohon dan berdoa ini ialah orang alim atau wali.
Mereka berdoa dengan doa seperti “Ya Ghauts..Aghitsni – Wahai
Ghauts, bantulah aku..” Mereka meminta pada kuburan, akhirnya menyembah
kubur itu dan memohon keberkatan daripada kubur itu, tidak kepada Allah.
Perkara ini dapat dilihat dalam sesuatu ajaran melalui Internet.
Lihatlah bagaimana mereka pergi ke kuburan tokoh-tokoh mereka, menyembah
dan meminta segala-galanya terus kepada kubur bahkan berpaling daripada
kiblat.
Begitu juga dengan kelompok tarikat yang melampau dan sesat yang
berdoa meminta daripada Allah dan akhirnya mereka tidak sedar apa yang
dilakukan itu sudah mensyirikkan Allah.
“Tawassul yang ditegah” ialah memohon kepada roh orang mati supaya
roh itu menolong menunaikan hajat keperluannya atau memohon supaya roh
itu melepas atau menolak sesuatu bala bencana yang menimpanya atau
memohon secara bernazar dengan katanya “wahai syeikh si anu...” dengan
disebut namanya dan lain-lain lagi. (lihat: Penjelasan Istilah Yang
Boleh Membawa Penyelewengan Akidah terbitan Jakim)
Bahaya syirik
Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada
(syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (surah An-Nisaa, 4: 48)
Inilah perbuatan syirik dan bahayanya dosa syirik yang perlu diketahui supaya ditinggalkan.
Sesungguhnya di antara ancaman Allah mengenai bahayanya syirik ini
menerusi firmannya memberikan peringatan kepada Nabi kita di dalam surah
Az-Zumar, maksudnya: “Dan sesungguhnya diwahyukan kepadamu dan kepada
(nabi-nabi) yang sebelummu. ‘Jika kamu syirik kepada-Ku (Allah), nescaya
akan Kami hapuskan amalmu dan termasuklah kamu daripada kalangan
orang-orang yang rugi.” (surah Az-Zumar, ayat 65)
Kerugian yang sebenar apabila berjumpa dengan Allah di akhirat
kelak dan dicampakkan ke dalam neraka. Seperti mana ayat yang disebutkan
tadi bahawa, dosa syirik tidak akan Allah ampunkan. Dan jika kita
syirik sehingga tidak sempat bertaubat kepada Allah, maka akan rugi
selama-lamanya, kerana dosa syirik satu-satunya dosa yang api neraka
tidak akan dapat menghapuskannya.
Kalau ada antara kita melakukan perkara tersebut hendaklah segera
bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka dan Nabi
berkata kepada kita, maksudnya: “Semua anak Adam melakukan kesalahan,
dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang
bertaubat.” (riwayat Imam al-Tirmizi)
Bagaimana menghindari syirik
Untuk mengetahui perkara syirik dan apakah yang bahaya, tidak
dapat tidak perlu mempelajari ilmu agama, mempelajari ilmu tauhid,
mengetahui amalan syirik supaya terhindar daripada melakukannya.
Menuntut ilmu akidah yang benar. Yakni ilmu akidah yang didasari
daripada dalil al-Quran dan hadis sahih. Tidak perlu bersusah-payah
menyelak lembaran al-Quran dan kitab hadis kerana ulama terdahulu sudah
pun melakukannya untuk kita.
Antara kitab akidah yang terbaik, termasuk Akidah Wasitiyah oleh
Syaikul Islam Ibnu Taimiyah, Lum’atul I’tiqod oleh Ibnu Qudamah
al-Maqdisi, Aqidah Tahawiyah oleh Imam Abu Jaafar Tahawi.
Selepas itu, beramal dengan doa yang sahih daripada Nabi untuk
menghindari gangguan jin dan syaitan. Antara doa yang Nabi ajarkan untuk
menyingkir gangguan daripada jin dan sebagainya seperti doa bermaksud:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari
keburukan syaitan dan binatang berbisa, dan daripada segala keburukan
mata (’ain) yang jahat.” (riwayat Imam al-Bukhari, no. 3191)
Penulis lulusan Syariah Fiqh dan Usul (UM) adalah Ketua Biro Sekretariat ILMU
MEMPERCAYAI
KUBUR SEBAGAI KERAMAT
(Bilangan
103 Siri Akhir)
Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
DEMIKIAN juga halnya dalam urusan
memberi rezeki. Tidak ada satu kuasa pun yang dapat memberikan rezeki
kecuali kuasa Allah. Firman Allah Subhanahu Wataala.
Tafsirnya: "Dan tiadalah
sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah
yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia
disimpan. Semuanya itu tersebut dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata
(kepada Malaikat yang berkenaan)." (Surah Huud: 6).
Berdasarkan ayat dan hadis di
atas, memelihara atau memuja kubur, pungsu dan seumpamanya dengan
kepercayaan ia mempunyai keramat atau kuasa yang boleh membawa tuah dan
memberi rezeki, maka adalah ia suatu perbuatan syirik dan hukum syirik itu
adalah dosa yang paling besar.
Kita hanya dituntut supaya
bermohon kepada Allah bukan kepada yang lain-lain sepertimana yang disebut
oleh hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Maksudnya: "Apabila
engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon
pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah." (Hadis
riwayat At-Tirmizi).
Meminta atau memohon kepada Allah
merupakan doa, dan doa itu pula suatu ibadat. Ibadat tidak boleh dilakukan
melainkan kepada Allah semata-mata, bukan kepada yang lain yang terdiri
daripada makhluk-makhluk Allah, lebih-lebih lagi jika benda-benda itu
tidak bernyawa seperti batu, kayu, kubur, pungsu dan lain-lain yang tidak
dapat memberi manfaat atau mudarat, sebagaimana patung-patung tidak dapat
memberi manfaat atau mudarat. Kepercayaan kepada benda-benda seperti ini
adalah karut dan wajib ditolak.
Wajib pula diketahui bahawa
meminta atau memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada Allah itu
mestilah dengan cara langsung bukan melalui sesiapa seperti melalui
manusia, melalui pungsu, kubur, batu atau kayu. Maka sesiapa yang berbuat
demikian adalah dia berbuat bida'ah dalam agama dan tidak mengikut jalan
orang-orang yang beriman, bahkan ditakuti mati dalam keadaan syirik jika
tidak bertaubat.
Oleh yang demikian memuja kubur,
pungsu dan seumpamanya dengan meletakkan barang di atasnya seperti wang,
lilin dan kain kuning, dengan kepercayaan bahawa benda-benda tersebut
mempunyai kuasa yang boleh membawa tuah atau menambah rezeki atau
mempercayainya mempunyai keramat adalah perbuatan sesat yang boleh membawa
syirik, kerana dia menafikan kuasa Allah yang Maha Pengurnia, sebaliknya
mempercayai kepada benda-benda tersebut sebagai mempunyai kuasa.
Satu perkara penting yang wajib
dijaga serta dipelihara dalam mencari kesenangan hidup di dunia ialah
segala usaha kita ke arah itu mestilah tidak bertentangan dengan ajaran
agama Islam. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan
perbuatan-perbuatan syirik atau melafazkan perkataan yang boleh membawa
kepada syirik. Perlumbaan mencari kesenangan kadang-kadang menjadi fitnah
jika ianya tidak disertai dengan iman yang kuat, kerana iman yang lemah
akan mudah dipengaruhi walaupun dengan hanya sedikit kesenangan yang
diperolehi itu. Hal ini dijelaskan oleh Rasululah Sallallahu Alaihi
Wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya: "Bersegeralah
kamu mengerjakan amal-amal (yang berkebajikan) sebelum muncul pelbagai
fitnah yang bagaikan bahagian-bahagian malam yang gelap- gelita, di mana
pada waktu pagi seseorang itu beriman tetapi pada waktu petangnya dia
menjadi kafir, atau pada waktu petang dia beriman tetapi pada waktu
paginya dia menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan harta benda
dunia." (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam juga mengingatkan kepada umatnya supaya sentiasa berlindung
daripada perbuatan atau perkataan yang boleh membawa kepada syirik
(menyekutukan Allah). Hal ini disebutkan dalam sabda Baginda yang
bermaksud : "Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
menyampaikan khutbah kepada kami: "Wahai manusia takutlah kamu
mengenai syirik, kerana syirik itu lebih tersembunyi daripada rayapan
perjalanan semut." (Abu Musa) berkata kepada Baginda: "Sesiapa
dengan kehendak Allah, dengan berkata bagaimana kita menjauhi syirik dalam
keadaan ia lebih tersembunyi daripada rayapan perjalanan semut? Baginda
bersabda: "Kamu ucapkan :"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung
dengan engkau daripada sesuatu yang boleh menyekutukan- Mu sedangkan ianya
kami tidak mengetahui." (Hadis riwayat Ahmad).
Maka adalah menjadi kewajipan
kepada setiap individu Muslim supaya berhati-hati terhadap perkara yang
boleh membawa syirik, dengan apa jua sebabnya lebih-lebih lagi untuk
mengaut keuntungan harta atau dunia jika dibandingkan dengan akibat yang
ditanggung kemudian hari.
Pembedahan Batin Boleh Membawa Syirik
(Biro IT)
Pendirian Liqa' Asatizah berkenaan pembedahan batin
Selepas
meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang
diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan
kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan
fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan
seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :
1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains.
2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.
3)
Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum
diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara tersebut
adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.
4)
Pembedahan batin telah diamalkan dalam agama lain dengan begitu
berleluasa seperti Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery
@ operation, jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah. Ini
menunjukkan, Islam, iman dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan
batin boleh dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.
5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina,
al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan
perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja
al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang
mencarik adat.
6)
Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang
dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an
dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.
7)
Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari
dan boleh dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan ia bukan karamah
atau ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir dan
sya'wazah.
8)
Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti
pembedahan batin dan kembali kepada al-tibb al-nabawi spt menggunakan
ayat-ayat syifa', doa ma'thur dll atau kembali kepada perubatan alopati
(moden) yang tidak bercanggah dengan hukum syara'.
21 Julai 2011
Ahli liqa':
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/ Moderator)
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, (Tidak Hadir)
Ustaz Ramadhan Fitri Elias, (Tidak hadir)
Ustaz Dr. Maszlee Malik,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Disahkan dalam liqa' pada 18 Ramadhan 1432
Kurafat Adalah Syirik dan Sesat
Islam
adalah agama tauhid iaitu agama yang berasakan iman kepada keesaan
Allah yang Maha Kuasa, maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam
seseorang adalah bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.
Namun
demikian, masih terdapat di kalangan sesetengah umat Islam yang belum
benar-benar sempurna tauhid mereka. Ini adalah kerana mereka mencampur
adukkan fahaman khurafat dalam akidah mereka yang bertentangan dengan
dasar tauhid. Perlu difahami bahawa syirik ialah mempersekutukan sesuatu
dengan Allah SWT pada sifat Uluhiyyiah atau sifat Rububyyiah Allah.
Sifat Uluhiyyiah Allah ialah sifat yang berhak disembah, dipatuhi
perintah-Nya, dicintai, diberi tumpuan dan dipohonkan untuk mendapat
segala kebaikan dan menolak segala keburukan.
Manakala Sifat
Rububiyah Allah pula ialah sifat Allah dalam mentadbir, mengurus,
mendidik dan mengasuh makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Oleh kerana itu,
amatlah sesat dan syirik jika kita mendewa-dewakan sebarang makhluk
dengan mengasihi, mencintai dan mentaati perintah-Nya sebagaimana
layaknya mencintai dan mentaati Allah atau meminta dan mengharapkan
sesuatu hajat dari sebarang makhluk.
Firman Allah SWT di dalam
surah An-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah melakukan dosa
yang besar. “
Berdasarkan kajian oleh pihak-pihak tertentu,
dilaporkan bahawa kepercayaan dan amalan-amalan khurafat masih subur
dalam masyarakat kita. Antara amalan dan kepercayaan tersebut ialah
pertama, mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat.
Sesetengah
masyarakat kita di dapati ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai
tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Hajat-hajat tersebut
antaranya ialah seperti ingin mendapat pangkat, kedudukan dan pengaruh
atau untuk mendapatkan calon isteri atau suami dan tidak kurang juga
untuk menghilangkan penyakit.
Demi cita-cita tersebut
sesetengahnya telah meletakkan kepercayaan dan harapan kepada dukun dan
bomoh. Keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian
menyekutukan Allah dari sudut sifat rububiyah dan sifat uluhiyah Allah
SWT kerana memohon keperluan kepada makhluk. Lebih malang lagi ada
segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol, mencabul kehormatan
dan melakukan jenayah kekerasan. Dalam hal ini Nabi SAW telah
mengingatkan kita dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abdullah yang
bermaksud : “ Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau ahli sihir atau
bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya akan
apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka sesungguhnya dia telah
menggerunkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW “.
(Musnad Abi Ya’la)
Amalan kedua ialah memakai tangkal azimat
dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan,
penolak bahaya, penyembuh penyakit, penggerun, penunduk musuh dan
sebagainya. Keyakinan kepada azimat yang sedemikian boleh membawa kepada
syirik terhadap Allah. Rasulullah SAW melarang keras amalan memakai
tangkal azimat. Di dalam sebuah hadith baginda yang bermaksud :“
Sesungguhnya jampi mantera, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah
syirik “. (Sunan Abu Daud)
Kepercayaan khurafat yang lain ialah
mempercayai hari-hari tertentu contohnya hari Rabu boleh mendatangkan
keburukan kepada sesuatu pekerjaan seperti majlis kahwin, majlis
pelancaran atau perasmian sesuatu program. Disebabkan yakin kepada
kesialan hari-hari tersebut, maka terdapat di kalangan sesetengah
masyarakat kita terpaksa menangguh atau melewatkan sesuatu pekerjaan.
Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga
pekerjaan. Adapun kegagalan, kemalangan dan keburukan yang berlaku
adalah berpunca daripada kecuaian dan kelalaian kita sendiri.
Mutakhir
ini kita dapati segelintir masyarakat mula mempercayai bintang dan
angka-angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan.
Justeru, ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli
nombor-nombor tertentu seperti nombor pendaftaran kenderaan yang
diyakini boleh membawa tuah. Demikian juga kepercayaan kepada
bintang-bintang yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran seseorang
sehingga dijadikan ukuran untuk memilih pasangan hidup. Kesemua ini
adalah kepercayaan karut marut yang jelas bertentangan dengan akidah
tauhid uluhiyah dan rububiyah iaitu ketetapan buruk dan baik kehidupan
dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan
pengaruh sebarang makhluk.
Firman Allah SWT dalam surah Yunus
ayat 106: “ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja
yang lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan
juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Oleh itu, sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau
dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu).“
Ingin saya ingatkan bahawa,
perkara-perkara khurafat akan mendatangkan kesan yang buruk kepada
kehidupan di dunia dan di akhirat antaranya :
Merosakkan akidah dan membatalkan amal ibadah.
Pembaziran masa kerana menunggu hari yang membawa berkat atau tuah.
Pembaziran wang ringgit kerana membayar pengeras atau upah dukun dan bomoh.
Permusuhan atau pembunuhan kerana terlalu mempercayai ramalan yang tidak benar.
Wujud kegelisahan dan ketidaktenteraman jiwa kerana bergantung kepada kuasa selain dari Allah.
Menjadi mangsa jenayah seks golongan yang tidak bertanggungjawab.
Marilah
kita memurnikan akidah dengan membudayakan hidup sebagai muslim yang
berilmu. Berilmu dalam akidah, berilmu dalam syariat dan berilmu dalam
tasauf. Semoga dengan ilmu kita terselamat daripada segala tipu-daya dan
pengaruh khurafat dan ajaran sesat.
Kayu Kokka & Mengenali Perkara Yang Membawa Kepada Syirik
Oleh: Dr Abdul Basit
Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini?
Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara
semua kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu
seperti Turki dan Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi
lagi. Bahan asas bahtera nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa
dan nabi Syuaib juga di ambil daripada kayu Kokka!!
Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati
di kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama
dalam pelbagai bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan,
untaian tasbih ataupun butiran tasbih bahkan krim dan minyak.
Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh
menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu
terdapat kisah-kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita
yang direka-reka bagi melariskan barangan ataupun mainan serta tipu
daya syaitan yang berbentuk khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak
bukan hanyalah untuk menyesatkan orang beriman serta melalaikan mereka
dari bergantung serta bermohon kepada Allah.
Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat)
daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali
yang telah dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata,
“Mataku sakit, sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika
aku tinggalkannya sakitku menyeksa.” Ibnu Mas’ud menjawab, “Yang
sebenarnya ini adalah kerja syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia
menyakitkanmu dan jika engkau taatinya ia membiarkanmu”. [lihat Sunan
Ibn Majah (no.3530].
Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal
agama. Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk
diamalkan. Dalil dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang
sahih dan hasan, serta ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi
sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja.
Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina
bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah
asas yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa
bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui
bahawa ianya daripada Kokka?
Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan
bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung
daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam
kisah ajaib kayu Kokka.
Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh,
siapakah yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya?
Ataupun sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan
sebagai sumber arkeologi.
Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine.
Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat
juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood.
Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss. Lihat
(www.keyway.com)]
Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib
alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam
tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata,
“Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj” [sejenis pokok berduri
dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq.
Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam
at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir
at- Thabari (20/17)]
Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab)
sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita
kokka?!
Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah
kerana tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak
mungkin tidak dapat mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang
kayu Kokka? Mustahil!!
Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar
dalam mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut
(dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu
telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal…) Ujarnya: “Kalaulah
Kokka ni macam yang disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai
kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!”
Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun
ramai yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya
keajaiban Kokka.
Mensyukuri nikmat Iman
Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya
yang Dia kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting
memandangkan nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia
mudah terhakis dari hati mukmin sekiranya dia melakukan dosa samada
besar maupun kecil. Ia adalah satu-satunya barang dagangan sang insan
apabila dia dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat.
Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia
lagi dengan melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan
menghapuskannya. Serta ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala
amatlah halus dan sukar dilihat mata kasar sehingga disebut bahawa ia
lebih sukar dilihat daripada kaki semut hitam yang merayap di atas batu
yang legam pada malam yang amat kelam.
Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan
adalah penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik.
Jesteru, kita hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT
yang telah mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang
mampu menjadi benteng pemelihara iman.
Syirik dalam ‘Kokka’
Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang
merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada
hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan
Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah.
Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki.
Oleh yang demikian orang yang berkata, “Rezeki saya di tangan fulan,”
telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu
memberi rezeki pada selain dari Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
”(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu
dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan)
pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup
dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah
yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab ‘Allah’, maka
katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.)” [Yunus: 31]
Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta
nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan
dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan
seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk
ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah
kufur dan syirik yang mesti di jauhi.
Firman Allah yang bermaksud:
”(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]
Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti
tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat
adalah hak Allah yang khas baginya.
Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, “Saya tak sembah
selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat
dan menunaikan haji…semuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya
memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan
yang berat!”
Seorang Muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak
hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat
merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti
rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong
menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan
hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu’, takut, berharap dan
tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak
dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.
Di manakah syiriknya?
Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau
apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara
tersebut mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan
syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan
melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya
yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau
tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara’ dan sunnah
Rasulullah SAW.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi
Rasullullah SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu
[dengan tujuan berlindung daripada bencana atau memohon manfaat] maka
pergantungannya adalah pada benda itu). [lihat Sunan Tarmizi (no 2072)]
Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya:
(Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan
syirik.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/154)]
Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya
ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan
pemakai terhadap benda-benda ini.
Peringkat pertama.
Sekiranya dia beri’tiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang
mampu memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia
telah terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan
syahadah. Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang
telah dilakukan. Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain
daripada Allah. Lebih teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang
langsung tidak mampu memberi manfaat padanya mahupun menolak sebarang
bencana baik secara logik akal apatah lagi di sisi syarak yang telah
menafikannya dari awal lagi.
Peringkat kedua.
Sekiranya dia beri’tiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi
manfaat dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini
sebagai sebab atau alat untuk mendatangkan manfaat daripada Allah dan
menolak bala -sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab
untuk sembuh atau pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-,
sesungguhnya dia telah tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang
demikian kerana dia telah mereka-reka perkara dalam agama yang tidak
diizinkan oleh Allah di samping mendakwa bahawa Allah menyukai perkara
yang ia lakukan. [lihat: Fath al-Majid (m.s 104)]
Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan
senapang. Ubat dan senapang, sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara
Kokka sebab dan akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata,
“Bawalah senapang ini. Musuh akan takut.” Kata-katanya diterima akal.
Inilah maksud zahir. Lantas ianya dibenarkan. Namun kalau disebut, “Jika
anda membawa tasbih ini musuh akan takut,” orang yang berkata tadi
mestilah membawa dalil yang lain bagi menyokong dakwaannya kerana
sebabnya tidak zahir.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin
bahawasanya Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan
kalung dari besi kuning di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah
ini?) Lelaki itu menjawab, “Penangkal Wahinah” [sejenis penyakit pada
lengan] Baginda lantas bersabda, (Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan
menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya
sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan
selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan
sanad yang hasan. [lihat Musnad Imam Ahmad (4/445)]
Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar
dosa selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh
membawa kepada syirik yang besar.
Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan
bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan
dosa syirik. Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil
tidak akan kekal di dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan
azab dan seksa yang maha pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan
dimasukkan ke syurga.
Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan
saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti
ditinggalkan. Ini kerana ia merupakan perbuatan ahli bid’ah dan kita
dilarang dari menyerupai mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan
keredhaan dan kesukaan kita pada perkara tersebut. Apatah lagi para
pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan Hajah) yang menjadi teladan di
tanah air.
Dalam sebuah hadith daripada Ruwaife’ bahawasanya Rasulullah SAW
telah bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaife’, engkau mungkin
akan hidup lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya
barangsiapa yang mengikat janggutnya atau menggantungkan tali panah pada
haiwannya [untuk mengelak 'ain] atau beristinja’ dengan tahi binatang
sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri daripadanya.). [lihat Musnad
Imam Ahmad (4/108-109)]
Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli
majusi. Ianya merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia
dipopularkan oleh trend muzik global seperti hiphop dan alternatif.
Rasulullah SAW melarang dari meniru mereka dan berlepas diri daripada
orang yang meniru mereka walaupun ia tidak memasuki agama majusi .[lihat
Fath Majid (m.s 152)]
Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus
bahkan ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti
lilitan penganut agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai
perkara yang menjadi simbol mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya
kumpulan sufi penyembah kubur yang banyak di India. Ia adalah simbol
ahli bid’ah yang tidak harus ditiru walaupun dengan tujuan saja-saja.
Menurut ulama, tiada suatu bid’ahpun yang dilakukan melainkan suatu
sunnah (yang bertujuan seumpama bid’ah tadi) telah dimatikan.
Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan
petang seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari?
Adakah dia tahu doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW
Hasan dan Husin dari terkena ‘ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan
butir kokka pada dahi anaknya sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum
tidur yang boleh menjauhkannya dari sihir ataupun dia hanya meletakkan
butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah Nabi SAW yang ditinggalkan
akibat bid’ah Kokka!
Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan
khasiat perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal)
untuk mengubati sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut
seperti penangkal, pelemah musuh, anak menangis, penghalau hantu dan
sihir amatlah tidak dapat diterima.
Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua, moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya.
Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat
hebat dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya
yang benar dalam tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu
dihisab apatah lagi diazab. Wa Allahu a`lam.
About the Author
Fathullah Al-Haq
Muhammad Fathullah Al-Haq Bin Muhamad Asni, sekarang sedang mengikuti
pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau
aktif menulis bahan ilmiyah dan dakwah di laman web fikrahhalaqah.com,
memberi penyampaian mingguan di Radio Halaqah fm. Beliau juga banyak
memenuhi jemputan ceramah agama dan motivasi di seluruh Malaysia.
1. MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
§ percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
§ Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia
3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
· SYIRIK
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
· JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
- Maksud :
§ perlakuan syirik secara terang-terangan
- Contoh :
§ menyembah patung dan berhala
§ menyembah bulan atau matahari
§ mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
- Akibat :
§ rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
2. Syirik Khafi
- Maksud :
§ tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
- Contoh :
§ riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§ ujub (mengagumi diri sendiri),
§ takbur (membangga diri)
- Akibat :
§ dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§ sukar menerima pandangan orang lain
3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
· Ia membatalkan iman seseorang
· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
· Mencemarkan kesucian agama Islam
4. Cara mengelak perbuatan syirik
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
5. Kesan syirik
· Membatalkan iman
· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
· Dimurkai Allah
· KUFUR
· MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
· JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
- Maksud :
§ ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
- Contoh :
§ tidak mengakui balasan diakhirat
§ menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§ menyatakan solat fardhu merugikan masa
§ menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat :
- Maksud :
§ mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
- Contoh :
§ menggunakan nikmat kejalan maksiat
§ enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§ boros membelanjakan harta
· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
§ pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
§ terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
§ kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
· KESAN PERBUATAN KUFUR ….
· RIDDAH
· MAKSUD :
- berpaling atau keluar daripada agama islam
· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam
· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan
· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya
· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum
· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh
· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara
· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama
· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad
· KESAN PERBUATAN MURTAD …
· KHURAFAT
· MAKSUD
-
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai
hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan
dengan konsep tauhid dan syariat
· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat
· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
· SIHIR
· MAKSUD
-
ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui
pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin
bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
· CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
AKIDAH
1. PERKARA YANG MEMBATALKAN
IMAN
1.
MAKSUD IMAN
-
DARI SEGI BAHASA :
§
percaya
-
DARI SEGI ISTILAH :
§
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
beramal dengan anggota
2.
KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
-
membentuk insan muslim sejati
-
supaya istiqamah dalam ibadat
-
melahirkan generasi berakhlak mulia
|
3.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
·
SYIRIK
·
MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada
zat, sifat dan af'alnya
·
JENIS-JENIS SYIRIK :
1.
Syirik Jali
-
Maksud :
§
perlakuan syirik secara terang-terangan
-
Contoh :
§
menyembah patung dan berhala
§
menyembah bulan atau matahari
§
mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-
Akibat :
§
rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di
akhirat
2.
Syirik Khafi
-
Maksud :
§
tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam
niat terutama dalam ibadat
-
Contoh :
§
riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§
ujub (mengagumi diri sendiri),
§
takbur (membangga diri)
-
Akibat :
§
dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§
sukar menerima pandangan orang lain
3.
Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
·
Ia membatalkan iman seseorang
·
Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan
sendirinya menafikan kekuasaan Allah
·
Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya
terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan
syirik
·
Mencemarkan kesucian agama Islam
4.
Cara mengelak perbuatan syirik
·
Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan
ajaran Islam secara meluas
·
Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan
Allah bermula dari kanak-kanak lagi
·
Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan
pengetahuan bahaya syirik
5.
Kesan syirik
·
Membatalkan iman
·
Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
·
Dimurkai Allah
|
·
KUFUR
·
MAKSUD :
-
tidak percaya kepada Allah serta mengingkari
ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
·
JENIS-JENIS KUFUR :
1.
Kufur Hakikat :
-
Maksud :
§
ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak
syariat yang dibawa oleh Rasulullah
-
Contoh :
§
tidak mengakui balasan diakhirat
§
menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§
menyatakan solat fardhu merugikan masa
§
menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2.
Kufur Nikmat :
-
Maksud :
§
mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada
manusia dan makhluk ciptaan
-
Contoh :
§
menggunakan nikmat kejalan maksiat
§
enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§
boros membelanjakan harta
·
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH
MENJADI KUFUR :
§
pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang
tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa
atau pahala
§
terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan
keseronokan dan kebebasan
§
kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup
melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
·
KESAN PERBUATAN KUFUR ….
|
·
RIDDAH
·
MAKSUD :
-
berpaling atau keluar daripada agama islam
·
SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
-
Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama
islam
-
Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar
daripada agama islam
-
Perbuatan, menganut agama selain daripada agama
islam
·
SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
-
lemah pegangan agama
-
jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
-
terpengaruh dengan tawaran kebendaan
·
AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
-
hubungan suami isteri terfasakh
-
haram menerima harta pusaka daripada waris
beragama islam
-
haram dikebumikan diperkuburan Islam
-
menjadi penghuni neraka selama-selamanya
·
CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
-
memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali
kepada agama Islam
-
memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia
golongan muallaf
-
pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum
·
TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG
MURTAD
-
menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3
kali ) supaya kembali kepada Islam
-
sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh
·
HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP
ORANG MURTAD
-
memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh
dipermain-mainkan
-
mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar
kesucian agama islam
-
menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah
belah dan huru-hara
·
LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
-
berpegang teguh dengan ajaran islam
-
menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman
dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
-
mendalami ilmu-ilmu agama
·
LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
-
memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada
setiap orang Islam
-
memberi kefahaman kepada orang Islam tentang
akibat buruk perbuatan murtad
-
mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang
murtad
·
KESAN PERBUATAN MURTAD …
|
·
KHURAFAT
·
MAKSUD
-
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap
mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada
hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
·
CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH
DIAMALKAN
-
mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu
bahaya kepada seseorang
-
mempercayai binatang seperti burung boleh membawa
tuah atau sial
-
membuang ancak bagi menghalau hantu
-
mengunjungi kubur yang dianggap keramat
·
FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD
DIKALANGAN UMAT ISLAM
-
iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan
sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-
terpengaruh dengan masyarakat yang bebas
mengamalkan perkara khurafat
-
ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan
terkenal
·
CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI
KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-
menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis
ilmu di semua lapisan masyarakat
-
mengenakan hukuman berat kepada mereka yang
terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-
mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh
masyarakat
·
AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN
PERBUATAN KHURAFAT
-
menyebabkan syirik dan batal iman
-
membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara
sia-sia
-
menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
|
·
SIHIR
·
MAKSUD
-
ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui
pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau
jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
·
CONTOH
-
menggunakan jin atau syaitan melalui santau /
guna-guna
-
mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri
kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-
pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa
makhluk-makhluk halus
·
PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-
perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-
iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-
ada perasaan benci terhadap seseorang
·
CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-
mengambil tindakan tegas terhadap orang yang
melakukan perbuatan sihir
-
menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan
mendalam kepada masyarakat
-
tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang
yang melakukan perbuatan tersebut
·
AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-
merosakkan akidah dan membatalkan iman
-
memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-
hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat
bantuan syaitan
·
HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-
supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-
supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang
aman dan sejahtera
-
supaya persengketaan dan permusuhan dapat
terhindar
·
CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-
membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-
membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-
banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
|
·
NIFAK
·
MAKSUD
-
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati
tetap kufur kepada Allah
·
CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
-
berdusta apabila bercakap
-
khianat apabila diberi amanah
-
bersikap melampaui batas apabila bertengkar
-
selalu mungkir janji
·
CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
-
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
-
bercakap benar apabila berbicara
-
bersifat jujur dan amanah
-
menunaikan janji
·
AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
-
menghilangkan sikap percaya-mempercayai
-
melemahkan perpaduan masyarakat
-
menghancurkan kekuatan umat islam
|
4.
CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
·
Berpegang teguh pada ajaran Allah
·
Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala
larangan Allah
·
Menghindarkan semua perbuatan yang boleh
membatalkan keinanan kepada Allah
5.
KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
·
Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
·
Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak
mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
·
Dilaknat dan dibenci oleh Allah
·
Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
6.
PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG
SEMPURNA
ORANG FASIK
|
·
Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
·
Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
|
ORANG MUNAFIK
|
·
Keimanan mereka berpura-pura sahaja
·
Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah,
tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
|
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
|
·
Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan
ayat-yat Allah
·
Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh
harapan
·
Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan
|