8 Etika Pemakaian Wanita Muslimah
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui
Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu
telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini
dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah
saya lihat adalah: Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan
untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan
cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk
syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga
dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”. (Riwayat Muslim).
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit,
tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk
tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari
insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin
Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang
dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan
dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “Ya Amirul
Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan
badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata,
“Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.
4. Warna pakaian itu suram atau gelap,
seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu
lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya).
Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman
Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam).
5. Pakaian itu tidak sekali-kali
disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan
wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin
lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah
sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai
zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian ,
kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini
iaitu pelacur. ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
..
9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah
Petikan TIPS MENUTUP AURAT: Solusi Isu 26.
Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…
1. TAHU
Langkah pertama ialah
ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian
yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan
aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu
dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa
dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria;
sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya
masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan
suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan
aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan
sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH
boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin
berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak
manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun
kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik
eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat
dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk
memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya
akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu
merisaukan mata liar yang memandang.
Yang Wajib Ialah Menutup Aurat, Bukan Bertudung
Bila
wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan
sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat
menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan
warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke
kaki.
Kalau dilihat pada nilaian dunia,
barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan
disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita.
Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan
yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang
dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah
ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya
mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat,
nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita,
alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya,
sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat
saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat
sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat
pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.
Namun begitu, pelbagai gaya tudung
dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi
masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang
sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan
pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan
songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya
lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan
fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang
wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus
menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang
tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang
manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan
pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki
yang tidak bertanggungjawab.
Bila wanita bertudung tetapi masih
berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang
paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung
tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai
tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih
banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa
bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang
kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan
berbangga bila boleh pakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau
tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy
friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan
muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh
orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak
orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang
mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama
sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa
lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati
untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan
hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan
orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam
dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung
untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen
bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti
pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak
terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah
punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum
boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi
baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam
(hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga,
ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Kalau sudah mula menutup aurat
elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak
ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada
Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada pengaturan Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita
tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama
bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang
sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap
suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib
sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya
akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk amalkan
Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really
beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah
sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Ketika Allah Mencipta Wanita…
Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”
Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian
yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai
jenis makanan…

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…
Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”
“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”
“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan
kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal
luar biasa”
“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”
“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia
boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian,
penderitaan, dan rasa bangga”
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”
“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
Dia boleh melawan ketidakadilan…
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…
“CINTANYA TANPA SYARAT”
Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”
Tuhan menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”.

Kredit:
http://madahpenggerakiman.blogspot.com/
13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita Muslim
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari
Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah
kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja –
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan
besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang
tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu
terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka
mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber :
http://bjue.blogspot.com/2012/05/13-aurat-wanita.html
Apa Yang Seorang Muslimah Solehah Itu Tidak Lakukan?
Kain Yang Nipis
Muslimah tidak menggunakan kain yang
nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia
tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai
oleh muslimah..
Rantai Kaki
Muslimah tidak menggunakan rantai kaki
yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai
walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang
lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya
juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
Minyak Wangi
Muslimah tidak menggunakan minyak wangi
yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau
yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan
bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg
digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian
yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan
bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti
pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm
pemakaian wangian tersebut.
Kata-kata
Muslimah tidak menggunakan kata-kata
yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang
keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang
bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti
sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26
surah Ibrahim.
Apabila Berbicara
Muslimah tidak menggunakan masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah
memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging
saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya
ayat 12. surah al-Hujurat.
Pemakaian
Muslimah tidak menggunakan tudung tiga
segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk
perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki
yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia
mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak
menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh
oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki
yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan
anak-anaknya.
Muslimah tidak menggunakan kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat
haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak
juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.
Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak
‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika
mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah
pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan
rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya
dengan cara yang terbaik.
Bahasa Percakapan
Muslimah tidak menggunakan lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki
yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara
lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak
akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam
percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan
gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini
“?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik”
‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh
menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit
dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik
kpd seorang wanita melalui suaranya.
Make-up
Muslimah tidak menggunakan make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab
bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah)
kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti
dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai
make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada
wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga
kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika
bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.
Wanita Pertama Masuk Syurga Adalah Wanita Yang Mentaati Suaminya
Suatu
hari puteri Nabi SAW. Fatimah Az Zahra ra. bertanya kepada Rasulullah
SAW. Siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah para
“Ummahatul mukminin” setelah para isteri – isteri Nabi SAW…. Rasulullah
bersabda: Dialah MUTIAH.
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang
mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran
Islam, dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad
S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang
kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda,
“Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang kebanyakan
(orang biasa) yang pertama akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya
itu, maka berubahlah air mukanya lantas ia menangis dan berkata,
“Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana
pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga
daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia
adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3
batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi
mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu
daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia
mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu
membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke rumahnya
tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya
datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”.
Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat
membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya
minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti
Fatimah pulang kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan
perempuan tersebut. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu
dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu
rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba
perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia
berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya,
Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum
meminta izin untuk anak ini masuk daripada suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia
pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah
perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan
dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak
lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah.
Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya
berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga
perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia
membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku
ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan
orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu
pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang
dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata,
“Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu
puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih
daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua
kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah s.a.w. Jangan awak buat
seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan
baik dan hormatilah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi
maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri
saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak
berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati
awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah
datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk
dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan.
Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya
sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan
seseorang dengan tidak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu
Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat
dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat
hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh
dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan
perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya,
“Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya
kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan
bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu,
“Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera
menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat
nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi,
“Buat apa pula dengan tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami
saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah
bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan
aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia
berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan
syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab
segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia
berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak
dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada
aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan
seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan
keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis
air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera
mengadap ayahandanya Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Anakanda berasa
sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tidak dapat meniru dan
melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda
maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar
rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda,
janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan
yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda
tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”.
Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
Dari kisah yang diceritakan di atas,
dapat kita lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah
sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua
wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini, taatlah serta
berbuat baiklah kepada suami masing-masing, nescaya akan diredhai oleh
suami anda. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi
Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami anda.
Selangkah anak perempuan keluar dari
rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke
neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka
selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
Orang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita
Dosa
seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak
ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan
orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita
ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana
dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang
yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa.
Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
Suaminya.
- Ayahnya.
- Saudara lelakinya.
- Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu
bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita.
Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu baru sebahagian. Mereka yang
disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’,
belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya
senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang
wanita:
Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan
yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu
menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu
menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah
dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
- Tegur dengan tangan jika terdaya.
- Tegur dengan mulut jika terdaya.
- Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan
syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati.
Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan
si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita
bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan
bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan
seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana sahaja media yang memaparkan
aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah,
surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar
wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa
disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah,
gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang
tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya
turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram
untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut
menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk
kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham
dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang
tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
Inilah antara orang yang akan menanggung
dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah
senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu
akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat
dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol,
mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita
itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap
sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah…
Setelah membaca, mari kita
renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan?
Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

Kesalahan Pakaian Lelaki Dalam Islam
Biasanya
kita membicarakan soal pakaian dan aurat wanita, kali ini kita ingin
menyentuh tentang kesalahan pakaian lelaki pula. Orang-orang lelaki
sekarang ramai yang tidak endahkan dosa pahala mereka dalam berpakaian.
Mungkin kerana kurangnya penekanan sejak dibangku sekolah. Malah seluar
pendek yang tidak menutup aurat itu diiktiraf sebagai pakaian sukan yang
sah di negara ini.
Ikuti keterangan lanjut tentang kesalahan pakaian lelaki di bawah:
Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan
pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua
jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian
lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat
Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang
melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan
umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut
dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan
maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah
mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak
menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas memberi kata putus
terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah
mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil
dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi
sunnah.
Hadis di atas dengan tegas memasukkan
perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat
untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta
menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk
bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya
kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan
saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki,
padahal itulah yang diperintahkan syariat.
Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.
Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya.
Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.
Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan
Mengenakan pakaian nipis dan ketat.
Dalam kaca mata syariat, jika
bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat,
lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh
dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak
menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa.
Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang
kafir maka ia tidak dibolehkan.
Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.
Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.
Di antara fitrah yang disyariatkan Allah
kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan
wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah.
Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di
masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud
menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan,
sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana
itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut,
memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki,
sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .
Mengenakan pakaian mengikut trend.
Sebahagian umat Islam, terutama remaja
sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau
pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti
pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan
arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang
kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga
slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya
ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa
asing.
Pada umumnya para pemakai
pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan
maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.
Padahal Nabi bersabda:
“Barangsiapa mengenakan pakaian
(untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan
kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).
Imam Asy-Syaukani berkata, ‘Hadis di
atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih
populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk
populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian
masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika
pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara
pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada
umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat)
populariti.’
Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Seperti memakai seluar pendek atau
pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari
pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim
diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau
hamba sahayanya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad).
“Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.
Sebagian orang yang akan menunaikan
solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya
masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada
point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu
kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang
diperintahkan.
Allah berfirman:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai
wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang
tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi
SAW dan para sahabatnya yang mulia.
Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa.
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik
penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya.
Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar
manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya
(dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka
menyiksanya di Neraka Jahannam.” (HR. Muslim).
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka
memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan
mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.
lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera.
Sekarang banyak kita jumpai
barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam
tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya.
Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya
Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta
baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda:
“Salah seorang dari kamu sengaja
(pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!’ Setelah
Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, ‘Ambillah cincinmu
itu dan manfaatkanlah!’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, selamanya aku tidak
akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya.” (HR. Muslim, 3/1655).
Dan Rasulullah SAW bersabda:
“Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih).
Perbezaan Kubur Antara Lelaki Dengan Wanita
Isteri : “Abang… Boleh sayang tanya?
Suami: Yer sayang nak tanya apa?
Isteri : “Sayang pelik la abang.. Kenapa
syarat dalam Islam.. Bila lelaki meninggal dunia.. Kuburnya digali
sedalam 5 kaki… Tapi kubur wanita.. Berlainan digali sedalam 7 kaki?”
Suami : oOoo.. InsyaAllah senang ja
jawapannya tue.. (sambil tersenyum).. Kalau nak tau Islam nie agama yang
sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali
lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir.. Jenazah wanita
tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat
jenazah.. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita.. Sampaikan hingga
nyawa dah melayang dari jasad pun, Islam masih melindungi aurat kaum
wanita.
Isteri : “SubhanaAllah.. Besarnya kuasa Allah ya abang.”
Suami : (hanya tersenyum)
Wahai kaum wanita.. Tutuplah aurat mu
dengan sempurna ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan
membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak. SubhanaAllah… Allahuakhbar!
10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Kadang-kadang
kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan
kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada
agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki
beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan
seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar. Ramai dikalangan
ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai
melayan isteri dan sebagainya. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang
lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki
yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah
disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki
yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah
seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
1. Kuat
amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada
awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang
sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2.
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti
sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Semoga 10
sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari
redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh,
cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap
lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah
untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya
mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah
memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain
akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Wassalam…
Artikel 10 Sifat Calon Suami Yang Baik
ini banyak disebarkan dalam internet. Saya cuma mengambil dan
memasukkannya di sini. Kerana tidak tahu sumber asal artikel ini, saya
tidak nyatakan dari mana ia diperolehi. Jika tuan asal artikel ini
membaca artikel ini di sini dan mahukan saya memberikan kredit, sila
maklumkan kepada saya, ya. Terima kasih.
Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?
Ramai
di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa
wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang
bermaksud:
“Wanita-wanita yang
keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji
adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita
menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh.
Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini
kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak
selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan
perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami
begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu
memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai
habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan
bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah
r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah
melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama
Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian
Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat,
beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari
ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya
sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan
orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami
isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat.
Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan
dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara
yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang
paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh
mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh
berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal
kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika
tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka
atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh
lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi
kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama
dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa
orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita
semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup
kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak
seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti
kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah
pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap
manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama
tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak
berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan
tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika
orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret
kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka
ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu
diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang
merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka
mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang
menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina.
Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat
3 golongan
yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri
akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu
hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah
kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja
yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan
tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun
elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita
diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah
sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini
sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui
bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba
yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan
yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak
pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik,
Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita
hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.