Thursday, July 12, 2012

JANGAN KITA LAGA2 KAN MANUSIA...MENGADU DOMBA DILARANG....TAK CIUM SYURGA...

Che Hasnah nekad enggan rujuk

CHE HASNAH membaca berita perceraiannya di muka depan Kosmo! semalam.


PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.
Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.
“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.
“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.
“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.
“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun usia perkahwinannya, dia dan suami tidak pernah bergaduh kecuali berselisih pendapat mengenai fahaman politik.


Tuntutan Jamal, Amy Search

KUALA LUMPUR – Dua penyanyi terkenal tanah air yang berasa terhina dengan dakwaan kononnya mereka menerima sogokan berjumlah RM10,000 setiap kali mengisytiharkan menyokong UMNO kini tampil dengan tuntutan supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagi Amy Search dan Jamal Abdillah, mereka bukan sahaja berasa terhina bahkan sangat sedih dengan tuduhan bersifat fitnah itu.
Menurut mereka, tuduhan tersebut secara tidak langsung menjatuhkan maruah serta kredibiliti mereka sebagai artis yang sudah bertapak lama dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman, dia tidak pernah menerima wang sogokan daripada mana-mana pihak untuk menjadi ahli UMNO.
“Keputusan saya untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya kerana disogok dengan wang ringgit.
“Mana-mana pihak yang dakwa saya masuk UMNO kerana dibeli, tunjukkan bukti terlebih dulu sebelum buat kenyataan sedemikian.
“Saya mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan penulis blog, Mariam Mokhtar membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mati dibunuh selepas terima SMS


Keadaan mayat Nay San yang ditemui mati dibunuh di bilik sewanya di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR – Ketakutan seorang pekerja kilang perabot warga Myanmar yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seseorang menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman bertubi-tubi di belakang badan di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa di sini semalam.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Nay San, 35, ditemui tanpa memakai baju tertiarap dan berlumuran darah atas lantai di sebuah bilik di tingkat satu kilang perabot yang disewa mangsa. Mayat itu ditemui oleh rakan sekerja pada pukul 10 pagi.
Ketua polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sembilan kesan tikaman di belakang badan, tiga kesan luka di kepala dan dua kesan luka di dahi.
“Pada pukul 11.50 malam tadi (kelmarin), mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada majikannya berbunyi: ‘Khi kilang orang aye tun naung kacau saya bos’,” kata Norel ketika dihubungi.
Menurut beliau, pemeriksaan di bilik tempat mayat mangsa ditemui mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek.

Tentera curi Steyr didakwa

MOHD. SYAZWAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan mencuri senapang jenis Steyr semalam.


KOTA BHARU – Seorang anggota tentera berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri senjata di pos pengawal pintu hadapan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini pada Mac lalu.
Tertuduh, Mohd. Syazwan Ibrahim, 27, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.
Tertuduh yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur itu dituduh mencuri senapang jenis Steyr AUG di pintu hadapan kem berkenaan pada pukul 11.20 malam, 28 Mac lalu.
Dia turut didakwa melarikan satu kelopak peluru mengandungi 20 butir peluru hidup jenis 5.56mm bernombor SME 8-98 di situ.
Mohd. Syazwan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Uncle Seekers ditahan semula


UNCLE SEEKERS (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas perintah reman dikeluarkan terhadapnya di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas, 46, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya kelmarin.
Uncle Seekers ditahan kira-kira pukul 7 malam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai lepas.
Semalam, polis berjaya mendapat perintah reman selama tiga hari terhadap lelaki itu daripada Mahkamah Majistret di sini.
Uncle Seekers yang ditemani peguam V. Thiru Kumar tersenyum apabila dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 4 petang selepas perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat.
Sebelum ini, dia ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan di dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kertas siasatan terhadap lelaki itu berkaitan kes di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya kelmarin untuk tindakan lanjut.


Suami isteri bawa anak curi kereta

SEREMBAN – Modus operandi pasangan suami isteri mencuri kereta bagai menaiki kereta sendiri kerana membawa seorang anak kecil semasa melakukan jenayah itu terbongkar apabila si suami ditahan bersama seorang lagi rakannya pada hujung bulan lalu.
Tangkapan ke atas kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan 11 buah kereta jenis Perodua Kancil dan sebuah kereta Honda Stream yang dicuri di sekitar negeri ini, Selangor dan Melaka.
Turut ditemui bersama kedua-dua suspek itu ialah lima buah komputer riba, satu rangka motosikal Yamaha RX-Z berserta rim tayar.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 31 tahun dan 20-an ditahan di Kajang, Selangor dan Melaka.
“Suspek berusia 31 tahun iaitu suami kepada wanita terbabit ditahan di Selangor pada 26 Jun lalu manakala rakannya dipercayai pekerja sebuah bengkel ditahan pada 27 Jun di Melaka,” kata beliau pada sidang sidang akhbar di sini.
Menurut beliau, kedua-dua suspek itu mempunyai rekod jenayah terlibat mencuri enam buah kereta di negeri ini, Selangor (4) dan Melaka (2).
“Modus operandi suspek pertama ialah membawa isteri dan anak kecilnya menaiki mana-mana kereta yang baru dicuri seolah-olah mereka sekeluarga menaiki kereta sendiri,” kata beliau.

Duta Syria ke Iraq belot

GAMBAR yang disiarkan Agensi Berita Syria Arab kelmarin menunjukkan tentera Syria melancarkan dua peluru berpandu dalam satu latihan ketenteraan di sebuah lokasi rahsia.


DAMSYIK - Duta Syria ke Iraq, Nawaf Fares merupakan pegawai berprofil tinggi kedua yang belot kepada pihak pemberontak semalam.
Ia sekali gus memberikan sokongan moral kepada pemberontak yang kini berjuang untuk menjatuhkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Nawaf yang merupakan seorang pengikut Sunah dan anggota Parti Baath yang memerintah pernah memegang beberapa jawatan utama di bawah pemerintahan bapa Bashar, Hafez Al-Assad sebelum dilantik sebagai Duta ke Iraq pada tahun 2008.
Beliau berasal dari Deir Al-Zour, sebuah wilayah yang bersempadan dengan Iraq di timur Syria.
Wilayah berkenaan menjadi lokasi pertempuran sengit antara tentera pemerintah dan para pemberontak sejak rakyat Syria bangkit menjatuhkan rejim Bashar 16 bulan lalu.
Sebelum ini, seorang pegawai tinggi Pengawal Republikan, Brigedier Jeneral Manaf Tlass yang merupakan rakan peribadi Bashar belot dan melarikan diri melalui Turki pada minggu lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera rejim Bashar membedil kampung Treimsa di wilayah Hama, tengah Syria semalam, kata beberapa pemerhati dan aktivis manakala lapan orang terbunuh di seluruh negara berkenaan.
"Tentera rejim membedil kampung Treimsa di Hama dengan menggunakan sejumlah kereta kebal dan helikopter," kata badan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia.
Menurutnya, sekurang-kurangnya seorang maut dan sejumlah lagi cedera dalam serangan tersebut dengan sebahagian daripada mereka parah.
"Sebuah sekolah di kampung itu musnah sama sekali akibat bedilan meriam," kata seorang aktivis di Hama yang menamakan dirinya sebagai Abu Ghazi kepada agensi berita AFP menerusi panggilan internet, Skype.
"Bedilan bermula pada pukul 6 pagi waktu Syria dengan kekuatan besar-besaran dihantar ke sekitar kampung ini. Kini, keseluruhan Treimsa dikepung," tambah aktivis berkenaan.
Badan pemerhati itu mengesahkan lapan kematian dengan lima orang awam dan tiga pemberontak berlaku di seluruh Syria termasuk seorang penduduk awam yang maut di Treimsa.
Kelmarin, seramai 85 orang terkorban termasuk 37 orang awam, 34 askar dan 14 pemberontak bersenjata.
"Antara anggota tentera yang maut termasuk enam askar yang dibunuh di wilayah Damsyik apabila mereka cuba belot," kata badan itu.
Menurut perangkaan badan pemerhati tersebut, lebih 17,000 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat Syria menentang Bashar bermula pada pertengahan Mac lalu.
Perkembangan itu berlaku selepas tentera pemerintah di Syria didakwa menjadikan wanita sebagai sasaran rogol dan serangan ketika pertempuran di negara itu terus memuncak.
Pertubuhan hak asasi manusia, Women Under Siege menyatakan pihaknya merekodkan 81 insiden serangan seks di Syria sejak demonstrasi antipemerintah bermula pada Mac 2011 dengan kebanyakan kes berlaku di bandar Homs.
Bandar berkenaan merupakan kubu kuat pemberontak dan berulang kali menjadi sasaran serangan tentera pemerintah.
Pengarah pertubuhan itu, Lauren Wolfe berkata, jelas berdasarkan sebilangan laporan oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia, kenyataan saksi dan media bahawa perbuatan menyerang dan memperkosa wanita secara bergilir-gilir dilakukan sebagai taktik perang.
Dalam pada itu di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, wakil Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat sepakat menyerahkan satu teks draf yang memberikan masa 10 hari kepada Bashar untuk melaksanakan pelan gencatan senjata anjuran PBB/Liga Arab atau berdepan ancaman sekatan ketat yang baharu. - Agensi

Anak saudara dakwa Israel racun Arafat


GAMBAR fail menunjukkan Arafat dan isterinya, Suha.


RAMALLAH - Israel meracun bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dengan bahan radioaktif polonium, kata anak saudaranya, Nasser al-Qidwa semalam.
"Kami menuduh Israel membunuh Arafat dengan meracunnya dengan bahan pembawa maut," katanya kepada agensi berita AFP.
Beliau merujuk bahan pembawa maut itu sebagai polonium.
Bahan itu ditemui pada pakaian yang dipakai Arafat semasa beliau sakit.
"Mereka yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu sepatutnya dihukum," katanya.
Beliau merupakan Presiden Yayasan Yaser Arafat.
Dakwaan Arafat diracun muncul pada minggu lalu selepas stesen penyiaran Al-Jazeera melaporkan pakar-pakar menyatakan terdapat kadar kandungan polonium yang tinggi pada barang peribadi milik pemimpin terkenal Palestin itu.
Bahan itu pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko yang mati pada tahun 2006 selepas beliau meminum teh yang mengandungi racun tersebut.
Namun, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan Nasser.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004. - AFP

Kereta Al Capone dilelong


KERETA Cadillac V-8 yang pernah menjadi milik Al Capone.


PLYMOUTH - Sebuah kereta Cadillac V-8 buatan tahun 1928 yang pernah menjadi milik ketua gengster terkenal di Amerika Syarikat, Al Capone akan dilelong di sini.
Agensi lelongan RM Auctions akan melelong kereta tersebut pada 28 Julai depan.
Kereta itu dijangka dilelong antara harga AS$300,000 (RM952,866) hingga AS$500,000 (RM1.58 juta).
Ia merupakan antara kereta kalis peluru yang terawal pernah dihasilkan.
Cermin kereta itu setebal hampir 25.4 milimeter. - Reuters

McDonald's Kanada dedah resipi sos Big Mac's

GAMBAR fail menunjukkan burger Big Mac's.


TORONTO - Cef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan kelmarin.
Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's.
Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya.
Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika.
Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. - Agensi


MANA SATU BETUL...JANGAN KITA JADI BATU API ATAU MENGADU DOMBA...NI AMALAN2 SYAITAN...DUNIA TAK UNTUNG AKHIRAT LAGI LA TERUK...KES CERAI SEBAB CURANG...JAHIL AGAMA...TAK BERTANGGUNG JAWAB...DLL LAGI BANYAK....KITA HEBAH TAJUK BEGINI TENTU ADA MAKSUD TERSIRAT YANG TAK BAIK@TAK BERAKHLAK...ALLAH TAHU BAGAIMAN NAK MENGHUKUM ORANG YANG MACAM INI....TUNGGU.......

Yahya dan Hasnah sedia rujuk kembali
NOOR AZLIDA ALIMIN
13 Julai 2012
Yahya dan isterinya Che Hasnah.
Yahya dan isterinya Che Hasnah.
PASIR MAS – Sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama.

Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.

Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.

“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).

“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing.

Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

“Saya harap kedua-dua pihak berbaik semula terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi,” katanya.
Isu cerai politik: Pas Umno sedia jadi orang tengah
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Che Johan (kiri) memujuk Che Hasnah (tiga, kanan), agar memaafkan bekas suaminya, semalam.
Che Johan (kiri) memujuk Che Hasnah (tiga, kanan), agar memaafkan bekas suaminya, semalam.
PASIR MAS – Umno Pasir Mas, kecewa apabila berlakunya kes perceraian membabitkan perbezaan politik dalam masyarakat Kelantan.

Ketuanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, perkara itu tidak seharusnya terjadi.

Menurutnya, institusi kekeluargaan adalah suci dan tidak seharusnya dicemari isu politik sehingga mendorong kepada perceraian.

“Ini jelas berpunca daripada sikap pembangkang yang mengotori minda masyarakat, dengan mencampuradukkan isu politik dan Islam.

“Kami berharap, mereka dapat berbaik semula dan menjalin kembali kasih sayang sepertimana hari pertama berkahwin,” katanya.

Beliau berkata, kita akan berusaha menyatukan mereka semula dan tidak menjadi ikutan sebaliknya menjadi iktibar.

Sementara itu, Pas Kawasan Chetok akan membuat penyiasatan kes perceraian itu sama ada melibatkan isu politik atau sebaliknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sekiranya perceraian ini membabitkan perbezaan politik, pihaknya berusaha mendamaikan kedua-dua pihak.
Nik Aziz kecewa jika cerai kerana politik
ZUMURNI HAMZAH
12 Julai 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
MACHANG - “Perkara inimendukacitakan.” Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas tindakan sepasang suami isteri di Pasir Mas yang bercerai kerana berbeza fahaman politik.

Nik Aziz  yang juga Mursyidul Am Pas berkata, politik sepatutnya dijadikan asas untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

Malah katanya, perkara itu bukan baru di Kelantan memandangkan ada sesetengah pihak sanggup menyalahgunakan politik dalam kerajaan.

“Kenapa politik dijadikan batas atau penghalang. Ia mendukacitakan,” katanya selepas perasmian Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Kelantan di Kampung Selimbar Ulu Sat, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar yakin masih ada beberapa alasan lain termasuk mereka tidak serasi hidup bersama.

“Kerajaan Negeri mengambil berat hal ini terutama atas alasan kecil," katanya.
Mufti Kelantan: Perceraian akibat perbezaan fahaman politik terpencil

12 Julai 2012
KOTA BAHARU - Kes perceraian suami isteri melibatkan perbezaan fahaman politik di Kelantan adalah terpencil, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Mohamad Shukri berkata setiap manusia tidak lari daripada mempunyai fahaman dan pandangan berbeza mengenai sesuatu perkara dan tidak mustahil perselisihan faham akan berlaku jika masing-masing tidak boleh bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

"Soal perceraian ini pada anggapan saya bukan soal parti sangat, barang kali ada hal-hal lain dan soal parti itu hanya dijadikan sebab serta alasan.

"Jika betul dakwaan perceraian itu disebabkan perbezaan fahaman parti, saya rasa masyarakat perlu menilai kembali fahaman mereka dan perlu menguruskan perbezaan pandangan itu dengan sebaik-baiknya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Qaseh Ramadan anjuran Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Yahaya Ibrahim, 78, dari Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam, terhadap isterinya, Che Hasnah Che Ahmad, 61, selepas lelaki itu menganggap isterinya sesat kerana tidak menyokong PAS.

Che Hasnah mendakwa sejak berkahwin dengan suaminya kira-kira 14 tahun lalu, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai PAS namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional (BN). - Bernama

Che Hasnah nekad enggan rujuk


CHE HASNAH membaca berita perceraiannya di muka depan Kosmo! semalam.



PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.
Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.
“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.
“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.
“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.
“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun usia perkahwinannya, dia dan suami tidak pernah bergaduh kecuali berselisih pendapat mengenai fahaman politik.

Bercerai angkara fahaman politik



CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.



PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

MARAH ADA CAMPUR TANGAN SYAITAN...GOPOH-GAPAH JUGA PERBUATAN SYAITAN...

Amah amuk sepak bayi

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.
Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.


“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Serik pakai cincin

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

INI DIA...Baidillah menunjukkan cincin yang menyebabkan jari telunjuk tangan kirinya hampir putus.
INI DIA...Baidillah menunjukkan cincin yang menyebabkan jari telunjuk tangan kirinya hampir putus.
KUALA TERENGGANU: “Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari,” kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.
Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi.
Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

“Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.

“Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ,” katanya.

Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

“Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.
“Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.

“Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan,” katanya.

Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.

Tiba-tiba berhutang RM1.2 juta

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

BUKTI...Hoh menunjukkan laporan polis dibuatnya.
BUKTI...Hoh menunjukkan laporan polis dibuatnya.
TEMERLOH: Impian seorang wanita berusia 21 tahun untuk membeli sebuah Perodua Viva menerusi pinjaman bank, terbantut apabila permohonannya ditolak selepas dikatakan mempunyai rekod buruk kerana mempunyai hutang berjumlah RM1.2 juta.
Berikutan tidak puas hati dengan alasan diberikan pihak bank berkenaan, mangsa, Hoh Chew Yue, yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat kurier di Taman Bahagia, di sini, membuat siasatan dan akhirnya menyedari bahawa dirinya diperdayakan bekas majikannya yang menggunakan maklumat peribadinya untuk membuat pinjaman itu.
Mangsa yang menetap di Taman Temerloh Jaya, di sini, bingung apabila mendapat tahu dengan hanya menggunakan salinan kad pengenalan miliknya, bekas majikannya itu berjaya membuat pinjaman dalam jumlah besar pada Februari 2011 sedangkan dia tidak tahu menahu mengenai pinjaman berkenaan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu mendakwa, apa yang lebih memeningkan kepalanya ialah semakan dibuat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati pinjaman berjumlah RM1.2 juta daripada sebuah bank itu dibuat menggunakan akaun bersama (joint account) dengan tiga penama lain dan dia menjadi penama pertama.


“Saya tidak kenal dengan dua lagi individu yang ‘berkongsi’ akaun dengan saya itu. Saya memang tidak kenal dengan kedua-duanya. Saya hairan bagaimana nama saya boleh digunakan oleh mereka.

Adik penyanyi masuk jel

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam.
BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam.
JOHOR BAHRU: Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.
Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.
Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak.


Bagaimanapun, kakak Faizal yang juga penyanyi terkenal tidak hadir di mahkamah.

Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu



KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.
Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.
Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

“Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.

“Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.
Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.


 


Belasah isteri 6 jam

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my

REMBAU: Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini.
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya.

Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka.


“Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri,” katanya.


‘Emak’ tergesa-gesa tinggal bayi



GEORGETOWN: Tindakan mencurigakan seorang wanita di sebuah rumah kosong di Rumah Panjang, Lorong Kulit, di sini sebelum lari dalam keadaan tergesa-gesa membawa kepada penemuan bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, seorang lelaki ternampak wanita terbabit membongkok dalam rumah kosong itu dan menyedari dirinya diperhatikan, wanita berkenaan tergesa-gesa keluar dari rumah dan melarikan diri ke stesen bas berhampiran.

Lelaki yang melihat perbuatannya itu mengekorinya, tetapi tidak sempat menahannya kerana bas dinaiki wanita itu sudah bergerak lalu dia berpatah balik ke rumah kosong terbabit.
Dia terkejut melihat bayi lelaki yang masih hidup dan berpakaian lengkap, ditinggalkan dengan beralaskan guni bersama botol susu di sisinya.

Saksi terbabit, Jeffri Sabarudin, 27, seorang pekerja kontrak berkata, dia terkejut melihat bayi itu lalu memberitahu penduduk bagi mendapatkan bantuan.

“Saya terkejut melihat bayi yang masih bertali pusat dan berselimut dengan kain batik tidur dalam rumah terbabit sebelum memanggil jiran.

“Tidak lama selepas itu, bayi berkenaan menangis dan kami sekali lagi cuba menjejaki wanita terbabit, tetapi gagal dan dia dipercayai menaiki bas menuju ke Komtar atau terminal feri,” katanya.

Menurutnya, dia rakan-rakannya berbincang dan mencapai kata sepakat menghubungi polis kerana mengesyaki wanita itu membuang bayinya.
“Saya hanya sempat melihat wanita itu berbaju biru serta berseluar denim biru. Atas nasihat penduduk saya membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, setakat ini siasatan menunjukkan bayi terbabit baru berusia seminggu.

“Kami menghantar bayi berkenaan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dia disahkan sihat.

“Setakat ini, polis masih mengesan seorang wanita dipercayai warga Indonesia berusia 30-an bagi membantu siasatan,” katanya.

Penyamun kelar 2 pelanggan pusat Internet



KUALA LUMPUR: Keseronokan bermain permainan video di pusat Internet bertukar malang buat dua lelaki apabila cedera di perut dan dada selepas premis berkenaan di Jalan Paoh Loke Yew, di sini disamun tiga lelaki bersenjata pedang samurai dan alat renjatan elektrik, kelmarin.
Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, penjaga premis bersama empat pelanggan lelaki berada dalam premis berkenaan.

Sumber polis berkata, tiba-tiba muncul tiga lelaki memasuki premis berkenaan dengan membawa pedang samurai dan alat renjatan elektrik sebelum mendekati penjaga premis berusia 20-an itu.
Menurutnya, seorang lelaki meletakkan pedang di leher penjaga premis berkenaan sebelum mengambil wang lebih RM2,000 dalam mesin daftar juruwang.

“Mereka turut menyamun dua pelanggan berusia 20-an yang sedang bermain komputer dengan merampas wang tunai serta telefon bimbit milik mereka.

“Dua pelanggan yang mendakwa tidak memiliki wang pula dikelar suspek dengan pedang di perut dan dada,” katanya.

Sebaik merampas semua barangan mangsa, ketiga-tiga lelaki berkenaan melarikan diri manakala kedua-dua pelanggan yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bawa anak buat jenayah

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Sepasang suami isteri tergamak membawa anak lelaki mereka yang masih kecil semata-mata bagi mengaburi orang ramai ketika melakukan jenayah mencuri kereta Perodua Kancil sebelum dileraikan dan aksesori kenderaan itu kemudian dijual sebagai alat ganti terpakai.
Difahamkan, pasangan itu menggunakan taktik berkenaan supaya orang ramai tidak menyangka mereka adalah pencuri kereta, sekali gus mengelak diberkas.

Bagaimanapun, kegiatan itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket mencuri kereta dalam dua serbuan berasingan di Kajang, Selangor dan Melaka bulan lalu manakala suspek wanita masih diburu.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 12 kenderaan dipercayai dicuri pasangan suami isteri berkenaan yang kemudian diserahkan kepada seorang pemilik bengkel di Kajang, Selangor.


“Berikutan penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 31 tahun itu, polis yakin dapat menyelesaikan 12 kes kecurian kenderaan membabitkan lima kes di negeri ini serta masing-masing dua kes di Selangor dan Melaka dan tiga di Wilayah Persekutuan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Lelaki dakwa tersasul cerai isteri



KUALA LUMPUR: Niat asal pasangan ini ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai kali kedua namun lain pula jadinya apabila si suami yang mendakwa dirinya ‘tersasul’ melafazkan talak dua sekali gus.
Tindakan Dzulkepli Ahmad, 52, itu mengejutkan Hakim Syarie, Rohaizad Redzuan dan mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding beberapa minit sebelum ia disambung semula. Rohaizad kemudian menegur tindakan Dzulkepli selaku defendan kerana boleh dikatakan menghina mahkamah kerana melafazkan talak dua tanpa kebenaran.

“Saya tersasul Yang Arif, kerana dalam fikiran saya ini adalah cerai kali kedua,” katanya dalam nada perlahan selepas ditegur hakim. Isterinya, Rosma Hamid, 46, hanya tenang dengan kejadian itu dan berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya sudah berlaku. Terdahulu, pada prosiding semalam mahkamah mengarahkan Dzulkepli melafazkan talak satu kepada isterinya dengan membaca satu salinan nota yang diberikan mahkamah. Bagaimanapun, tanpa diduga Dzulkepli melafazkan cerai talak dua terhadap Rosma yang membawa maksud telah jatuh talak tiga selepas diambil kira talak satu yang terdahulu.
Tindakan ini membawa maksud perkahwinan pasangan itu tidak boleh dirujuk melainkan Rosma berkahwin lain dan kemudian bercerai dengan suaminya itu.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada tahun lalu namun rujuk semula dalam tempoh edah.

Mahkamah kemudian mengesahkan lafaz talak dua itu sebagai sah dan telah gugur talak tiga iaitu talak Ba’in Qubra selain plaintif diperintah bersuci edah tiga kali dengan perceraian itu didaftarkan.

Tak sengaja talak tiga

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya tak sengaja lafaz cerai talak tiga. Masa itu demam teruk,” kata seorang lelaki di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Mohd Nur Afiq Sarang Abdullah, 26, berkata, dia mengucapkan lafaz ‘Saya ceraikan awak dengan talak tiga’ terhadap isterinya Widia-Nofrita Wirma, 28, selepas dipaksa wanita itu yang berada dalam keadaan marah. Menurutnya, ia kali pertama dia melafazkan cerai terhadap isteri dan mengakui masih menyayanginya. Mohd Nur Afiq berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Rohaizad Redzuan pada prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Widia-Nofrita dengan menamakannya sebagai defendan. Kata defendan, dia mengucapkan lafaz cerai itu dalam kejadian jam 3.30 petang pada 14 Jun lalu. Bagaimanapun, pasangan itu ketika disoal mahkamah mengakui pernah mengadakan hubungan kelamin selepas talak diucapkan dan yang terakhir sekitar bulan ini.

“Saya masih sayangkan dia,” kata Widia-Nofrita ketika disoal Rohaizad mengapa masih mengadakan hubungan kelamin sedangkan mereka tahu talak sudah dilafazkan defendan.
Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mensabitkan jatuh talak satu raj’ie. Rohaizad juga menasihati pasangan itu supaya tidak mempermainkan talak.

“Jangan main-main dengan talak tiga. Berhati-hati melafazkan talak, bahaya. Ia beri kesan pada kehidupan dan anak-anak,” katanya.

PERKARA YANG TAK DIDUGA...TENTU DE HIKMAH...SEKURANG2NYA PATUTLAH BELAJAR AGAMA DI SURAU2 ATAU MASJID2...BUKAN HARAPKAN PEMBACAAN SAJA....

Polis: Khalil Afandi tindak tiada kaitan agama

Posted on the July 12th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Dua individu yang mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, bertindak sendiri tanpa ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.
“Siasatan setakat ini mendapati tidak ada penglibatan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.





Beliau berkata susulan kes itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Difahamkan lelaki terbabit ialah rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan.
Isnin lepas, Khalil Afandi, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanita yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama. – Bernama


Jakim: Khalil ‘Imam Mahadi’ celaru akidah

Posted on the July 12th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih belum dapat mengesahkan sama ada Khalil Afandi Hamid dan seorang wanita yang mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya dengan bersenjatakan pedang samurai kelmarin terbabit dalam ajaran sesat.
Dipetik Bernama, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka mempunyai masalah mental dan cenderung kepada pengaruh ganas dan ekstrem ‘dari apa yang diminati’.
“Secara keseluruhannya kita mendapati beliau memang mengalami kecelaruan akidah dan salah faham dalam mentafsir ajaran Islam,” katanya kepada Bernama hari ini.





Othman berkata, siasatan akan diteruskan di peringkat Jakim dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Berita berkaitan:
Isnin lepas, Khalil Afandi 47, yang mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ dan pasangannya, Muhdalina Ahmad, yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di pekarangan Kompleks B, JPM.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama.
Sinar


Individu hantar ‘Imam Mahadi’ ke JPM sudah dikesan

Posted on the July 11th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.





“Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya “Imam Mahadi” dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. – Bernama

Jakim ‘buru’ kumpulan suspek amuk

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mengesan kumpulan yang dianggotai seorang lelaki dan seorang wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim juga diminta meneliti sama ada kumpulan itu berkaitan dengan agama atau ajaran lain.
“Saya akan periksa dengan Jakim. Adakah kumpulan itu bersifat keagamaan?,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan 20 Tahun Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kompleks IKIM di sini, hari ini.





Beliau mengulas kejadian amuk oleh Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan seorang wanita berusia 28 tahun.
“Jakim akan mengambil perhatian perkara ini. Ini bukan hanya soal Imam Mahadi sahaja, tapi ini soal keselamatan JPM,” katanya.
Berita berkaitan:
Jamil Khir juga berkata semua jabatan kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan masing-masing supaya keselamatan pekerja dan pelawat terjamin.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis akan menyiasat sama ada dua suspek itu menganggotai kumpulan ajaran sesat.
Khalil Afandi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita itu terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. – Bernama


Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya ‘gila Internet’

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin

PUTRAJAYA – “Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini.”
Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.
Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.
“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.





“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.
Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, “kami tidak mengesyaki apa-apa.”
“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya.
Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.
Berita berkaitan:
Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.
Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.
“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa
“Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.
“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar,” katanya lagi.
Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.
Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.
Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.
Sinar

Polis: Suspek amuk dipercayai sakit mental

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin

Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.
Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.





Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat,” katanya.
Berita berkaitan:
Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.
Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.
Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.- Bernama

Kononnya, Amuk di JPM Kerana Dengar Ceramah Abby!

Posted on the July 10th, 2012 under Tempatan by admin

Macam-macam cerita dikarang. Kali ini Abby Abadi lagi dijadikan sasaran. Kononnya kejadian amuk yang berlaku berhampiran Jabatan Perdana Menteri disebabkan kerana mendengar ceramah Abby Abadi.
Mungkin itulah kehebatan Abby Abadi setelah tidak sehaluan dengan Umno.
Semalam kita digemparkan dengan lelaki yang mengamuk bersama seorang wanita di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekitar 2.30 petang Isnin dan cedera ditembak oleh polis telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk rawatan di Hospital Putrajaya. Dalam kejadian itu suspek dan wanita berkenaan yang turut ditembak menyerang mengunakan pedang samurai menghentam kenderaan milik kakitangan JPM di situ dan mendakwa dirinya IMAM MAHADI.





Berita berkaitan:
Komplek B, JPM ialah bangunan yang terletak seberang jalan berdekatan dengan kompleks utama JPM iaitu Perdana Putra yang mengandongi pejabat Perdana Menteri.
Apakah sebabnya IMAM MAHADI dihurufbesarkan oleh mereka?
Sumber: ekeleh


Pasangan mengamuk di perkarangan JPM, seorang mati

Posted on the July 9th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
PUTRAJAYA – Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.





Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.

Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. – Foto ihsan Cari Malay Forum
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Berita berkaitan:
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Sinar

 

BILA BANYAK PERKARA GANJIL@PELIK ...TU TANDA2 KECIL ...MENUNJUKKAN DUNIA HAMPIR KIAMAT......TINGGAL TUNGGU TANDA2 BESAR PULA...MAKA BERTAUBATLAH SERTA BERTAQWALAH...

Tak Pernah Tinggal Solat Jemaah Walau Lumpuh

Posted on the July 11th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Alhamdulillah dan syukur. Itu dua perkataan yang penulis mampu ungkapkan selepas menonton satu video berjudul ‘My prayes to the mosque is my life’ di laman You Tube.
Seorang lelaki tua, Abdullah Al Asiri, 77, adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak dia dilahirkan.
Walaupun mengalami kecacatan yang kekal itu, satu sahaja perkara yang Abdullah tidak pernah lupa untuk lakukan.






Setiap hari, Abdullah akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid.
Bayangkan kalau Abdullah yang sudah tidak mempunyai kaki untuk bergerak dan hanya mengesot untuk ‘berjalan’ seperti manusia normal dalam kehidupan seharian untuk pergi menunaikan solat, kita yang lengkap mempunyai dua kaki macam mana pula?
Semoga, paparan video ini memberikan kesedaran kepada kita untuk sentiasa mengingati akan pentingnya tujuan kita hidup di muka bumi Allah S.W.T ini adalah untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.
Dan haruslah kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan rezeki dan limpahan rahmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita.
InshaAllah.

Gesa tukar ‘Pakcik’ warden suka menghendap

Posted on the July 11th, 2012 under Tempatan by admin

LIYA
KUALA NERANG – Susulan laporan mengenai dakwaan penghuni sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin dicabul oleh warden, timbul desakan agar pihak pengurusan asrama segera menggantikan kakitangan itu dengan orang lain.
Salah seorang penghuni asrama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar, ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi
penghuni di asrama berkenaan.
Menurutnya, warden berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar ‘pakcik’ itu sudah mula menimbulkan rasa kurang
selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.






“Mana tidaknya, pakcik dan keluarganya tinggal berhampiran asrama kami namun tugas pakcik lebih kepada menjaga penghuni puteri manakala tugas isterinya, makcik pula menjaga penghuni lelaki.
“Saya sendiri pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah tentu kami lebih berasa selesa.
Namun tiada tempat untuk kami mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan dilihat asyik menyokong pakcik,” katanya.
Liya berkata, berikutan keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.
“Sebelum timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.
“Sebab itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang membuatkan kami berasa tidak selesa,” katanya.
Sementara itu, Liya turut mendakwa menyaksikan kelakuan pakcik yang bertindak memeluk dan mencium salah seorang penghuni puteri di asrama itu.
Selain pengakuan daripada Liya, seorang lagi penghuni rumah berkenaan, berusia lingkungan 16 tahun, turut tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang mengenai satu lagi kes cabul.
Mengikut laporan polis yang dibuat kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Julai lalu, penghuni terbabit mengaku pernah dicabul ketika berusia 11 tahun.
“Saya dipeluk tanpa kerelaan. Kawan-kawan saya juga ada yang kena. Malah kami pernah dimarahinya (warden) dengan kata-kata lucah apabila mengadu kepada orang kampung bahawa dia suka menghendap dan mencabul penghuni puteri.
“Laporan ini saya buat agar polis dapat mengambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya.
Sinar

Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib

Posted on the July 11th, 2012 under Tempatan by admin

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar
MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.
Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.






Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.
Sinar

Mayat bayi disangka anak patung

Posted on the July 11th, 2012 under Tempatan by admin

Mayat bayi yang diikat dengan plastik ditemui peniaga di dalam longkang.
SELAYANG – Seorang peniaga pisang goreng terkejut kerana plastik yang disangkakan mengandungi patung kanak-kanak rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang ditemui di longkang berhampiran tempat niaganya sekitar Selayang Baru di sini jam 1.30 petang, semalam.
Menceritakan kejadian, saksi yang dikenali Norlisa Abdullah berkata, dia ketika itu sedang menyapu lantai kedainya untuk memulakan operasi perniagaan dan secara kebetulan menjenguk longkang yang berada di sebelah gerainya.






“Ketika ingin bersihkan lantai berhampiran longkang itu, saya terlihat suatu bungkusan yang mengandungi kepala bayi yang pada mulanya saya ingat hanyalah patung.
“Saya kemudiannya mengambil sebatang kayu untuk meneliti lebih dalam kepala mangsa sebelum pasti rambutnya adalah menyerupai bayi yang baru lahir dan lengkap bertali pusat,” katanya.
Menurutnya, plastik itu hanya diikat di bahagian leher bayi menyebabkan kepalanya terkeluar.
“Sejurus kemudian, saya meminta bantuan daripada jiran berhampiran sebelum seorang daripadanya membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis menerima laporan sekitar jam 2 petang dan menemui mayat bayi dalam longkang di Jalan 62, Selayang Baru di sini.
“Mayat bayi yang dijumpai dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat serta ditutup dengan satu kotak, dibungkus kertas surat khabar dan beg plastik.
“Jantina bayi tersebut adalah lelaki dan bangsa belum diketahui serta tiada kesan kecederaan dilaporkan,” katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawahSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran serta membuang bayi, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Sinar

Subhanallah! Budak Berusia Setahun Sudah Mengandung

Posted on the July 11th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.
Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.








P/S: Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT.


Suami isteri ditipu tiket judi palsu

Posted on the July 12th, 2012 under Tempatan by admin

Resit nombor ekor yang diterima pasangan suami isteri terbabit dan buku bank menunjukkan pengeluaran wang dibuat.
ALOR GAJAH – Ghairah memiliki wang bernilai lebih RM100,000, sepasang suami isteri rugi RM14,000 selepas terpengaruh dengan tiket nombor ekor palsu.
Kejadian berlaku 4 Julai lalu, apabila pasangan dari Masjid Tanah, di sini, dihampiri seorang wanita dari negara jiran yang mendakwa dirinya dalam kesusahan.






Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pasangan dikenali sebagai Sudin, 74, dan Azimah, 66, didatangi wanita berusia pertengahan 30-an ketika selepas membeli barang di sebuah pasar raya di pekan ini.
Sudin berkata, wanita terbabit tiba-tiba datang dan menyapanya serta mendakwa sedang buntu memikirkan cara mendapatkan wang kerana tidak memiliki pengenalan diri.
“Wanita berkenaan mendakwa kakak iparnya yang mengandung tumpah darah selepas tergelincir di bilik air dan memerlukan rawatan segera di hospital swasta. Dia tak berani bawa ke hospital kerajaan kerana bukan warganegara.
“Selepas berbual seketika, dia menunjukkan sekeping tiket nombor ekor yang dimenanginya dengan hadiah RM130,000 tetapi tidak menuntutnya kerana mendakwa tiada MyKad,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit mahu meminjam wang berjumlah RM30,000 dengan mencagarkan tiket nombor ekor itu.
“Tanpa berfikir panjang, kami segera pulang ke rumah untuk mengambil buku bank dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Wish dipandu rakan wanita terbabit.
“Kami keluarkan wang RM9,000 dan RM5,000 dari dua bank berbeza sebelum serahkan kepada wanita berkenaan,” katanya.
Sudin berkata, wanita itu berjanji seseorang akan menghubunginya keesokan hari untuk memulangkan semula wang dipinjam.
“Namun, tiada seorang pun menghubungi saya menyebabkan saya menyedari menjadi mangsa tipu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Sinar

Rita lebih tenang setelah pulang dari Makkah

Posted on the July 12th, 2012 under Artis by admin
Keretakan rumah tangga aktres, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 25, bukan lagi satu rahsia.
Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, kini makin goyah.
Namun, di sebalik pergolakan demi pergolakan yang berlaku, Rita tidak sedikit pun mengeluh, apatah lagi mempersoalkan ujian ALLAH SWT buatnya.






Akui tidak sedikit pun tertekan mahu pun bersedih dengan masalah yang dihadapinya, Rita berkata, dia sangat bahagia di samping lelaki terpenting dalam hidupnya – Airit Rayyan  Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna setahun.
“Pernah ketika saya sedang mengandungkan Qaqa, saya masuk ke dalam bilik air untuk menangis kerana tidak mahu dilihat Rayyan, tapi Rayyan masuk ke dalam bilik air, duduk di riba saya dan menemani saya sehingga berhenti menangis.
“Setelah empat tahun berumah tangga dan pernah melalui dugaan sebegini sebelum ini, hati saya sudah kebal. Saya dah puas menangis dan kini saya tak rasa sedih lagi. Yang penting, saya bahagia bersama anak-anak dan mereka adalah kekuatan saya,” ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran filem Balistik, kelmarin.
Demi memastikan anak-anak tidak terabai, Rita telah meletakkan syarat kepada pihak produksi bahawa waktu bekerjanya harus berakhir pada jam 10.30 malam.
“Bukan mahu berlagak diva, tapi demi memberi masa yang adil buat anak-anak, saya sudah menetapkan waktu penggambaran untuk saya harus berakhir jam 10.30 malam.
“Buat masa ini, kesemua produksi yang bekerja dengan saya tidak ada masalah dengan syarat saya itu. Jika saya bekerja, anak-anak akan ditinggalkan dengan pengasuh di rumah.
“Tapi kalau ada penggambaran di luar Kuala Lumpur, saya akan membawa anak-anak sekali dan kami akan menginap di hotel,” katanya.
Ikut rentak Aidil
Menyentuh tentang kes penceraiannya yang kini masih berjalan di mahkamah, Rita berkata, dia kini mengikut sahaja rentak permainan Aidil dan menyerahkan nasib rumah tangganya kepada takdir.
Menurut Rita, selepas pulang dari menunaikan umrah pertengahan Jun lepas, dia menjadi lebih kuat dan tenang.
“Walaupun Allah menduga saya dengan masalah rumah tangga, tapi Dia bagi ketenangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.
“Malah, walaupun Ramadan belum menjelma, saya dah siapkan kelengkapan raya buat saya dan anak-anak,” katanya yang tidak sabar menyambut lebaran bersama Rayyan dan Qaqa.
Katanya, anak-anak juga tidak pernah bertanya di mana Aidil memandangkan mereka lebih rapat dengannya.
“Saya dan anak-anak tidak pernah berpisah, malah jika ibu bapa saya datang pun, mereka tidak berpeluang tidur dengan anak-anak saya kerana anak-anak mahu tidur dengan saya.
“Begitu juga dengan daddy mereka, walaupun dalam tempoh tujuh bulan selepas Aidil meninggalkan rumah, hanya tiga hingga empat kali Aidil pulang ke rumah, mereka tidak pernah tanya ke mana Aidil pergi,” jelasnya.
Dilamar Rosyam Nor
Berkongsi perkembangan seninya, Rita yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Balistik mengakui berasa teruja apabila dilamar Rosyam Nor untuk membintangi filem terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd dan Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).
Katanya, sejak dulu lagi, dia tidak pernah menolak lamaran Rosyam, biarpun watak kecil sekali pun.
“Kalau terima tawaran, saya akan lihat dahulu bagaimana jalan cerita, pengarah dan pelakon. Saya akui sangat selektif memilih tawaran lakonan.
“Pertama kali Rosyam tawar saya berlakon drama Rozana, dia buat saya jadi lebih bagus. Kemudian, bila dia tawar berlakon drama terbitannya, tawaran itu tidak pernah mengecewakan. Jadi, bila dia tawar saya berlakon Balistik, saya tidak teragak-agak untuk terima,” katanya.
Biarpun pernah meletakkan karier lakonan di tempat kedua sebelum ini, Rita kini terpaksa aktif kembali dalam lakonan demi mencari nafkah buat anak-anak.
“Saya meletakkan karier dan keluarga, 50-50. Tapi, saya bersyukur kerana masih diterima peminat dan ada peminat yang kata saya seperti wajah eksklusif. Susah nak lihat saya muncul di kaca televisyen, tapi bila saya muncul, mereka pasti akan menonton lakonan saya,” katanya yang merancang untuk menceburi bidang perniagaan dalam masa terdekat ini.
Sinar

Lautan Buih Serang Bandar Cape Town

Posted on the July 12th, 2012 under Luar Negara by admin

Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’.
Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah.










Info Ringkas:
  • Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
  • Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
  • Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
  • Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.
Subhanallah fenomena yang sangat unik dan menarik sekali. Mungkin kita di Malaysia tidak berpeluang untuk merasai fenomena sedemikian rupa. Walaupun ia jarang dilihat, fenomena yang pernah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan menunjukkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Sumber: Melayukini.net


Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal

Posted on the July 12th, 2012 under Luar Negara by admin
Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.
Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.






Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.
“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.
Sumber: Melayukini.net


Warga emas maut diragut

Posted on the July 12th, 2012 under Tempatan by admin

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa terbaring di atas jalan raya selepas diragut dua lelaki bermotosikal.
GEORGETOWN – Seorang pembantu kedai kopi maut selepas diragut dua lelaki dalam satu kejadian di tempat letak motosikal flat Padang Tembak di sini awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Tan Kim Chuan, 60, dikatakan baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.






Akibat kejadian itu, mangsa terseret beberapa meter dan ditemui terbaring di atas jalan raya oleh orang ramai.
Difahamkan, ketika kejadian sekitar kawasan berkenaan masih lagi sunyi dan ia berlaku tanpa disedari penduduk lain.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan berjaya direkodkan kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan perumahan berkenaan.
Hasil penelitian CCTV mendapati mangsa yang terbaring tidak dihiraukan penduduk yang lalu lalang di sekitar kawasan kejadian selepas beberapa minit.
Hanya lapan minit kemudian dua lelaki menghampiri dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.
Sinar Harian difahamkan mangsa meninggal dunia sembilan jam kemudian selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di bahagian otak.
Sementara itu,Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Assiten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika ditemui berkata polis sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek.
“Kita akan menhantar rakaman CCTV ini ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk mendapatkan imej yang lebih jelas suspek terbabir.
“Polis melancarkan satu operasi bagi mengenal pasti bekas penjenayah kes ragut untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Menurutnya, kes akan disasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Sinar


Kepala hampir terbelah dua

Posted on the July 12th, 2012 under Tempatan by admin

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Kapar. Gambar kecil: Kok Kian.
SUNGAI KAPAR INDAH – Seorang penggali kubur maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang sedang menunggu pagar sebuah kilang dibuka di Batu 7, Jalan Kapar, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini awal pagi semalam.
Treler berkenaan yang juga datang dari arah Klang berada di hadapan kilang itu sementara menunggu pengawal membuka pagar. Bagaimanapun bahagian belakang treler itu masih berada di jalan raya manakala bahagian hadapan pula sedang bersiap sedia untuk masuk ke kawasan kilang.






Mangsa, Tew Kok Kian, 29, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak ke jalan raya.
Ketua Trafik IPD Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kapar.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa merempuh bahagian belakang sebuah treler dan rempuhan kuat menyebabkan kepala mangsa terhantuk pada besi di bahagian belakang treler itu sebelum mangsa tercampak ke jalan raya.
“Hantukan kuat itu menyebabkan bahagian muka dan kepala mangsa hampir terbelah dua,” katanya.
Sejurus kejadian itu, menurutnya, mangsa yang mengalami pendarahan serius di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Zawary berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Sinar

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

Posted on the July 12th, 2012 under Agama by admin
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan






Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com