Friday, August 17, 2012

ADAKAH HUDUD DAPAT MEMBANTU KES JENAYAH YANG KIAN MENAKUTKAN...ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL

Jurujual dibunuh ketika tunggu kakak pulang beli persiapan Aidilfitri
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & NORAIZURA AHMAD
17 Ogos 2012
Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat.
Kesan darah yang masih terdapat pada pintu utama di rumah sewanya.
Kesan darah yang masih terdapat pada pintu utama di rumah sewanya.
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA – Seorang jurujual wanita di sebuah pusat perkembangan kanak-kanak dibunuh kejam ketika menunggu kakaknya pulang membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, awal pagi tadi.
Mangsa, Yasuhaidah Yeop, 22, berasal dari Pantai Remis, Perak, dibunuh di rumahnya di tingkat enam, Blok A, apartmen Flora Damansara di sini.
Terdapat kesan kelar dalam pada leher Yasuhaidah dan beberapa kecederaan lain di anggota badannya.
Difahamkan, polis turut menemui rambut mangsa yang terputus dipercayai akibat kesan pergelutan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari jiran yang mendengar jeritan mangsa, kira-kira jam 3 pagi.
Katanya, Yasuhaidah yang lengkap berpakaian ditemui terbaring berlumuran darah di belakang pintu utama.
“Tiada kesan umpil pada pintu dan gril. Rumah juga tidak berselerak dan tiada barangan berharga dilarikan. Kita percaya pembunuhan ini dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Arjunaidi berkata, sebilah pisau dipercayai digunakan pembunuh turut ditemui di dalam rumah mangsa.
Beliau berkata, siasatan mendapati rumah tersebut disewa oleh mangsa dan kakaknya. Hanya mereka yang mempunyai kunci rumah.
“Kakak mangsa memaklumkan mengunci pintu dan gril ketika keluar, kira-kira jam 11 malam. Kita sedang menyiasat individu sebenar yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.
Menurutnya, polis sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi balai polis berdekatan untuk bantu siasatan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Biskut raya terakhir
“Ini kali pertama Ucuk (Yasuhaidah) buat biskut raya untuk kami sekeluarga.” Demikian luah kakak Yasuhaidah, Yanoaini Yeop, 35, yang tidak menyangka hasil tangan adik kesayangannya merupakan hadiah terakhir buat mereka sekeluarga.
Yanoaini berkata, adiknya menghantar biskut Chocolate Chip kepadanya ketika mereka berbuka puasa malam semalam.
“Ini pertama kali dia buat biskut raya untuk dihantar ke kampung kerana tidak dapat cuti dan akan pulang pada hari raya kelima.
“Dia sangat teruja kerana dapat siapkan biskut untuk dinikmati bersama pada hari raya nanti walaupun hasil biskut agak keras,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur di sini.
Dia berkata, ibunya yang tinggal di Kampung Pulau Kabong, Beruas, Perak pengsan selepas menerima berita kematian adiknya itu.
Menurutnya, sebelum ini, mereka adik-beradik pernah melarang Yasuhaidah bekerja di ibu negara tetapi adiknya bertegas dengan keputusannya.
Katanya, anak bongsu daripada lapan beradik itu baru enam bulan tinggal di Flora Damansara, Petaling Jaya bersama seorang lagi adiknya, Yazniana, 30.
Dia berkata, arwah pernah tinggal bersamanya setahun selepas tamat tingkatan enam di Taman Medan, Petaling Jaya dan pulang ke kampung sebelum pindah semula pada Disember tahun lalu.
Yanoaini berkata, sambutan raya kali ini tidak bermakna selepas pemergiannya dilihat cukup kejam.
Jenazah Yasuhaidah dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota.

Remaja perempuan dibakar kekasih masih kritikal

17 Ogos 2012
remaja disimbah petrol
Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Seri Shahrizat Jalil (dua,kiri) menenangkan ibu kepada Nurul Firzannah Mat Zin, remaja yang di simbah petrol, Nor Liyati Hamid (kiri) s
KUALA LUMPUR - Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.
Beliau berkata, dengan keadaan Nurul Firzanah, yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.
"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu, di sini hari ini.
Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar, dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.
Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka, dada dan tangan.
Mat Zaki berkata selepas kejadian, keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa, katanya beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu. 
"Sebagai bapa, saya tidak dapat memaafkan perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu," katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara Nurul Firzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya.
Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu.
Terdahulu, Nurul Firzanah menerima sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Bernama
Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya
NIk Amirulmu’Min Nik Min
17 Ogos 2012
Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya
Tertuduh terpaksa beraya dalam penjara selepas didapati bersalah mencuri oleh Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.
KUANTAN - “Saya terpaksa melakukannya kerana amat memerlukan wang." Demikian pengakuan seorang lelaki kepada mahkamah sebagai alasannya mencuri enam helai jubah milik seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Negeri di sini 7 Ogos lalu.

Alasan tertuduh, Jairi Mohd Anuar, 34 dari Taman Desa Mayang, Jeram, Selangor itu bagaimanapun tidak dapat diterima mahkamah sebaliknya Majistret Rini Triany Mohamd Ali menegur perbuatannya yang dianggap kurang bijak.

“Perbuatan mencuri bukan satu tindakan bijak walaupun kamu benar-benar terdesak sebaliknya banyak pekerjaan lain yang boleh kamu lakukan untuk mencari wang bagi menyambut Aidilfitri,” katanya.

Mengambil kira rayuan dan kesalahan tertuduh, Rini dalam keputusannya mengarahkan lelaki itu dipenjara sebulan dari tarikh tangkap dan denda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskannya.

Tertuduh yang pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan didakwa memasuki ruang menyimpan stok jubah milik peniaga bazar Ramadan itu lalu mengambil satu ikatan pakaian tersebut.
Kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu bagaimanapun disedari pemilik gerai  berusia 32 itu lalu dia bertindak mengejar tertuduh yang cuba melarikan diri bersama barang yang dicuri.

Nasib tertuduh tidak baik apabila berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis pada hari yang sama.

Tertuduh yang mengalami masalah pendengaran kelihatan terpinga-pinga ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam mahkamah itu semalam.

Disebabkan masalah yang dihadapi, juru bahasa terpaksa berada berhampiran kandang tertuduh bagi mengulanginya bacaan  pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah komputer riba, wang tunai RM1,500 dan empat telefon bimbit milik seorang penduduk di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, kelmarin.

Tertuduh, Wan Amir Azuwa Wan Azman, 20 dari perkampungan sama didakwa bersama seorang rakan yang masih bebas melakukan perbuatan tersebut antara jam 8.20 hingga 10.15 malam, 13 Ogos lalu.

Akibat perbuatan mereka, pemilik rumah berusia 54 tahun kerugian kira-kira RM3,000.

Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh yang minta dibicarakan ditawarkan ikat jamin RM4,000 bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM3,300 selepas dia membuat rayuan berhubung jumlah jaminan itu dengan alasan pendapatan rendah sekitar RM600 sebulan sebagai pencuci kereta.

Mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh pra bicara kes tersebut dalam mahkamah sama.
Pelukis pelan tak sempat bertunang
ROSDALILAH ZAHARI
17 Ogos 2012
Pelukis pelan tak sempat bertunang
Keadaan kereta Perodua Kancil yang remuk teruk akibat kemalangan petang kelmarin.
IPOH - Kemalangan yang meragut nyawa seorang pelukis pelan, Mohd Hazlailee Mahmad, 23 di Kilometer 374.5 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Slim River, menghala arah selatan, petang kelmarin, sekali gus menguburkan impian mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya pada hujung tahun ini.

Bakal tunangan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shila, 20-an, masih terkejut dengan kejadian itu dan memaklumkan kali terakhir dia menghubungi mangsa, sekitar jam 6 petang, kelmarin.

Menurut Shima, dia telah menghubungi mangsa ketika itu dan meminta mangsa menunggunya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor pada jam 7 malam untuk menghantarnya pulang ke rumah.

“Saya menghubunginya berulang kali sebaik tiba di R&R Sungai Buluh, namun gagal sehinggalah panggilan saya dijawab seorang kakitangan ambulans yang memaklumkan kejadian berkenaan.

“Saya berkejar ke Hospital Slim River. Luluh dan terkilan hati saya kerana setibanya saya di hospital berkenaan, Mohd Hazlailee telah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Menurutnya, dia terkilan kerana kekasihnya itu pernah berjanji untuk membawanya membeli belah di Kuala Lumpur sebelum pulang beraya ke rumah ibu bapanya di Pasir Mas, Kelantan.

“Kami sudah mengatur rancangan untuk mengikat tali pertunangan hujung tahun ini. Malangnya hasrat itu terkubur,” katanya.

Sementara itu, Ketua PolisOthman Nayan memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang dan mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor selepas menyiapkan tugasan di Pulau Pinang.

Menurutnya, mangsa memandu kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki bersama seorang rakan, Mohd Jamadil Awal Mat Isa, 23 (duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan).

“Kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta mewah di hadapannya, sebelum melanggar pembahagi jalan, menyebabkan kereta berkenaan terbalik.

“Kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat dan mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, manakala Mohd Jamadil Awal turut dirawat di hospital sama kerana mengalami kecederaan kecil.
Ibu, teman lelaki direman
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Ibu, teman lelaki direman
Teman lelaki ibu mangsa
Ibu, teman lelaki direman
Keratan akhbar 16 Ogos 2012
IPOH - Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula semalam ke atas dua individu bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang maut dipercayai di dera, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dua individu yang di reman adalah ibu mangsa, 33, dan teman lelakinya, berusia 27 tahun.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu.

“Kami masih menyiasat motif dan punca sebenar kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, J Pavitra, maut akibat pendarahan di kepala dipercayai didera teman lelaki ibunya di bilik sebuah bilik sewa di Kampung Tawas.

Kanak-kanak perempuan tersebut didapati meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Didera ketika bapa tiada
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Didera ketika bapa tiada
Kesan lebam di tangan mangsa dipercayai didera ibu tirinya.
KOTA TINGGI, Johor - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dia didera ibu tiri ketika bapanya tiada di rumah pada malam 14 Ogos lalu.

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan yang dikatakan sering dimarahi dan menjadi mangsa dera ibu tirinya, telah menceritakan kejadian itu kepada rakan sekolah sehingga diketahui gurunya.

“Pada malam kejadian, bapa mangsa keluar ke kedai di taman perumahan mereka. Selepas didera ibu tirinya, mangsa diancam supaya tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa.

“Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik dan dipercayai abangnya yang berusia 11 tahun, turut menerima nasib sama dengannya,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Katanya, abang mangsa sudah tiga kali lari dari rumah kerana tidak tahan didera.

Difahamkan, abang mangsa kini ditempatkan di rumah datuknya sejak minggu lalu, manakala ibu kandung mangsa adalah seorang mualaf dan telah bercerai dengan bapa mereka.

Berikutan kejadian itu, pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis dan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pegawai JKM Kota Tinggi, Sabariah Salim berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut berhubung kecederaan pada tubuhnya.

Menurutnya, terlalu awal untuk menyatakan tindakan selanjutnya terhadap mangsa, namun langkah pertama JKM adalah menyelamatkan mangsa daripada terus didera dengan menempatkannya di lokasi selamat.

“Mangsa kini di bawah pengawasan JKM hingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik turut mengesahkan laporan tersebut.

Menurutnya, mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian tubuh terutamanya di punggung.

“Siasatan akan dijalankan dengan mengambil keterangan daripada pihak terbabit termasuk laporan perubatan, keluarga mangsa, guru dan kanak-kanak itu sendiri,” katanya.

Wednesday, August 15, 2012

JAHAT2 PUN AKHIRNYA MATI JUGA...BERKUASA SAKAN PUN AKHIR MATI JUGA ...LEBIH2 DAH TUA2...LAGI DAH DEKAT NAK MATI....JADI JANGANLAH BERLAGAK SANGAT

Gadis Tawau dirogol, dibunuh


SAMSIAH (bertudung kuning) menangis apabila mengetahui kematian adiknya yang dipercayai dibunuh. Gambar kecil SABTURIAH



KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.
“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.
“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.
Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.
Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.
“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.

Mendiang isteri pesan melalui mimpi buru konco Bujang Sebelak


EMBOL membakar bangkai seekor buaya yang ditangkapnya di Sungai Sebelak, Saratok semalam.



SARATOK - Selepas mewarisi ilmu 'selembur buaya' daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga meter di Sungai Sebelak dekat sini semalam.
Suami kepada mangsa Bujang Sebelak itu memberitahu, dia kembali memburu buaya di sungai berkenaan selepas mendapat pesanan mendiang isterinya, Siah Munsong, 42, menerusi mimpi supaya memburu dan menghapuskan generasi Bujang Sebelak.
Menurut Embol, meskipun hanya tiga minggu menuntut ilmu daripada gurunya iaitu pawang terkenal dari Betong, Indet Sanabong, 49, dia sudah mampu menjinak, menangkap serta membunuh enam ekor buaya dipercayai konco-konco Bujang Sebelak sejak dua minggu lalu.
"Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.
"Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya," katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.
Kosmo! difahamkan kesemua buaya tembaga yang ditangkap itu puratanya sepanjang kira-kira dua hingga empat meter.

'Ladang' di atas bumbung



SEORANG wanita berjalan di 'ladang sayur-sayuran' di Hong Kong pada 31 Julai lalu.



HONG KONG - Bumbung sebuah bangunan 14 tingkat di sini menjadi 'ladang' untuk menanam pelbagai jenis sayur-sayuran, lapor agensi berita AFP semalam.
Ladang itu dimiliki oleh Osbert Lam yang menyewakan tempat untuk menanam sayur-sayuran di kawasan seluas 930 meter persegi.
Antara sayur-sayuran yang ditanam itu ialah timun dan ubi kentang.
Lam yang merupakan seorang usahawan tempatan menyewa kepada orang ramai untuk menanam sayur-sayuran pada harga antara AS$20 (RM62.33) hingga AS$25 (RM77.92) sebulan.
"Saya berpendapat ladang di bandar raya menjadi semakin popular.
"Orang ramai yang datang ke ladang ini berasa amat gembira. Ia umpama ketenangan dan satu jalan keluar," kata Lam.
Seorang jururawat, Melanie Lam yang menanam sayur-sayuran di atas bumbung itu berkata: "Saya berasa gembira memakan sayur-sayuran yang saya tanam berbanding makanan yang saya beli di pasar raya." - Agensi

Pembunuh bersiri ditembak mati di China



MAYAT Kehua dikawal oleh beberapa anggota polis di Chongqing semalam.



BEIJING - Polis di bandar Chongqing semalam menembak mati seorang pembunuh bersiri dan perompak bersenjata selepas operasi memburunya dilancarkan.
Pembunuh bersiri itu, Zhou Kehua, 42, bertanggungjawab dalam sembilan kematian di beberapa wilayah.
Menurut agensi berita Xinhua, dia mati ditembak di sebuah kilang kasut di Chongqing menjelang subuh.
Kehua terlibat dalam rompakan dan pembunuhan yang berlaku pada tahun 2004.
Menurut Xinhua, dia muncul semula pada minggu lalu untuk menembak mati seorang wanita di luar sebuah bank di Chongqing.
Pihak berkuasa menganggap Kehua menjadikan orang yang mengeluarkan wang dari bank sebagai sasaran serangan. - Reuters

Rama-rama cacat di Fukushima






TOKYO - Beberapa mutasi genetik ditemui pada tiga generasi rama-rama dekat loji nuklear Fukushima yang tidak lagi beroperasi, kata beberapa saintis semalam.
Penemuan tersebut meningkatkan kebimbangan penduduk setempat bahawa radiasi akibat kebocoran loji nuklear akan memberi kesan ke atas spesies lain.
Beberapa saintis berkata, kira-kira 12 peratus larva rama-rama pale grass blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak.
Seorang saintis berkenaan, Joji Otaki yang merupakan profesor madya di Universiti Ryukyu, Okinawa memberitahu, semua serangga tersebut dibiakkan di dalam sebuah makmal di luar zon radioaktif dengan 18 peratus anak rama-rama berkenaan memiliki masalah yang sama.
Bagaimanapun, angka tersebut meningkat kepada 34 peratus apabila melibatkan generasi ketiga spesies berkenaan.
Kumpulan penyelidik tersebut turut mengumpulkan sebanyak 240 ekor rama-rama di Fukushima pada September tahun lalu iaitu enam bulan selepas bencana tsunami tersebut berlaku.
Otaki berkata, sebanyak 52 peratus serangga itu mempunyai sifat abnormal sekali gus merupakan satu nisbah yang tinggi. - AFP

Senator Thailand tembak mati isteri

BANGKOK - Seorang senator Thailand yang menembak bekas isterinya di meja makan malam dengan menggunakan sepucuk pistol Uzi 9 milimeter menyifatkan kematian wanita tersebut sebagai insiden tragis.
Senator berkenaan yang berusia 56 tahun, Boonsong Kowawisarat berkata, dia tertembak dengan menggunakan pistol itu ketika cuba membuang sebutir peluru yang tersekat.
Tembakan tersebut menyebabkan kematian wanita berusia 46 tahun, Chanakarn Detkard yang juga setiausahanya.
"Pistol ini pistol saya. Saya menunjukkan senjata api ini yang saya baru belikan untuknya. Dia tinggal bersama ibunya dan dua anak perempuan kami.
"Hanya terdapat wanita di kediamannya, justeru, saya mahu memberikan pistol ini kepadanya kerana saya bimbangkan keselamatan mereka," kata Boonsong.
"Tangan saya tidak berada dalam keadaan baik. Saya tidak sihat. Saya pernah mengalami strok. Kejadian ini satu kemalangan yang tidak disengajakan," tambahnya.
Insiden itu berlaku Ahad lalu di sebuah ruang makan malam persendirian di wilayah Phrae, utara Thailand dengan disaksikan sekitar 10 anggota keluarga mereka.
Boonsong merupakan anggota perwakilan Dewan Senat Thai untuk wilayah Mae Hong Son, utara Thailand.
Bagaimanapun, beliau kini mendapat imuniti daripada dikenakan sebarang dakwaan kerana jawatannya sebagai ahli Parlimen.
Jika didapati bersalah, ahli Parlimen berkenaan boleh dipenjara selama 10 tahun dan didenda sebanyak AS$670 (RM2,134). - AFP

Rakyat Libya bantu pemberontak Syria bertempur askar rejim Bashar


EMPAT anggota pemberontak menunjukkan seorang juruterbang (duduk) yang ditangkap selepas jet tentera Syria yang dikendalikan jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria kelmarin.



DAMSYIK - Sejumlah pejuang veteran dalam perang saudara di Libya pada tahun lalu kini tampil di barisan hadapan untuk membantu melatih dan menyusun pemberontak dalam situasi yang lebih meruncing berbanding ketika perang menentang Muammar Gaddafi, kata seorang pejuang berdarah Libya-Ireland kepada agensi berita Reuters.
Gaddafi mati dibelasah para pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu selepas berbulan-bulan menghadapi tentangan daripada penduduknya. Pejuang veteran Libya yang bertempur bersama kumpulan pemberontak di Syria itu, Hussam Najjar berasal dari Dublin dan memiliki bapa berdarah Libya manakala ibunya berbangsa Ireland.
Dia yang menggelarkan dirinya Sam, merupakan seorang penembak tepat terlatih.
Sam dahulunya merupakan anggota unit pemberontak yang menggempur kompleks Gaddafi di Tripoli setahun lalu. Unit tersebut diketuai oleh ketua militia dari pergunungan barat Libya, Mahdi Al-Harati.
Mahdi kini mengetuai sebuah unit pemberontak di Syria yang kebanyakannya disertai oleh warga tempatan selain beberapa pejuang asing termasuk 20 anggota kanan yang pernah menganggotai unit pemberontak di Libya pada tahun lalu.
Menurut Hussam, dia diminta oleh Mahdi untuk menyertai unit tersebut dari Dublin beberapa bulan lalu.
Pasukan pejuang Libya itu membantu pemberontak Syria itu termasuk beberapa pakar komunikasi, logistik, isu kemanusiaan dan senjata berat.
Menurut Hussam, mereka mengendalikan kem latihan dan mengajar kecergasan serta taktik di medan perang.
Sementara itu, satu klip video di YouTube menunjukkan seorang juruterbang tentera Syria ditahan beberapa anggota pemberontak.
Juruterbang itu menaiki sebuah jet tentera Syria yang jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria kelmarin.
Konflik di Syria bermula pada Mac tahun lalu apabila para pemberontak menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Lebih 20,000 orang dianggarkan terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.
Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran gagal membawa pembaharuan demokrasi dalam pentadbirannya. - Agensi

Taktik menyamar JPJ berjaya



ISMAIL (dua dari kanan) memeriksa sebahagian motosikal yang ditahan pada Ops Khas JPJ sempena Ops Selamat di Seremban semalam.



SEREMBAN - Taktik menyamar sebagai penumpang yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas ekspres.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, dalam tempoh dua hari operasi khas sempena musim perayaan bermula Ahad lalu, JPJ telah merekodkan 38 kes pemandu bas ekspres yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi penyamaran di dalam bas ekspres.
Katanya, antara kesalahan yang dikesan melibatkan kesalahan teknikal dan kesalahan pemandu seperti tayar botak serta memandu laju.
"Kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna bas ekspres dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu yang degil," katanya selepas menyertai Ops Khas JPJ sempena Ops Selamat di Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini kelmarin.

Rebat tol PLUS 30 peratus



PENGGUNA Lebuh Raya Utara-Selatan akan menikmati rebat tol sehingga 30 peratus pada musim perayaan ini. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar kecil) berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
"Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak.
Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.




"Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari," katanya.
Noorizah berkata, rebat tol tersebut bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.
Sementara itu, pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) juga akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiga lebuh raya terbabit ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Menurut kenyataan Prolintas semalam, diskaun sempena perayaan Aidilfitri akan diberi bermula pada pukul 6 pagi pada 19 Ogos sehingga 6 pagi 20 Ogos, manakala bagi sambutan kemerdekaan, kadar pengurangan tol bermula 6 pagi pada 31 Ogos sehingga 6 pagi hari berikutnya. - Bernama

Mati ngeri digilis, diseret treler


PASUKAN keselamatan mengusung mayat Muhammad Nazhif yang maut selepas diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler dalam kemalangan di Melaka kelmarin.



MELAKA – Seorang pelajar menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis dan diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler membawa muatan jubin dalam kemalangan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Hospital Pantai di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan Muhammad Nazhif Sharif, 17, (gambar) mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke pusat bandar untuk membeli baju raya di Ayer Keroh.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Wira sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakang menyambar tubuh mangsa lalu diseret sejauh 50 meter sebelum kenderaan berat itu berhenti,” katanya.
Sementara itu, mengimbau semula tragedi itu, rakan mangsa, Ng Kok Leng, 16, berkata, sebelum kejadian dia dan dua rakan termasuk mangsa baru pulang dari sebuah pasar raya.
Katanya, mangsa kemudian mengajak mereka ke Bazar di Taman Cempaka, Peringgit untuk mencari baju raya selepas pakaian di pasar raya itu tidak berkenan di hatinya. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.

KITA TETAP MATI..JADI...JANGAN BUAT JAHAT DALAM DUNIA

Legenda badminton negara meninggal dunia

PUNCH GUNALAN bersama Boon Bee ketika mereka menjuarai acara beregu lelaki pada Kejohanan Seluruh England tahun 1971.


KUALA LUMPUR – Bekas jaguh badminton negara, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya dekat sini pagi semalam akibat barah.
Gunalan, 68, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 6.20 pagi di pusat perubatan yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya itu selepas terlantar sakit tenat sejak dua minggu lalu.
Mendiang meninggalkan balu, P. Vijeyakumari, 64, dan seorang anak lelaki, Roshan Gunalan, 36, yang kini merupakan seorang doktor ortopedik.
Gunalan merupakan antara pemain badminton yang paling berbakat dalam acara perseorangan dan beregu yang pernah dilahirkan di negara ini apabila menyumbang beberapa butir pingat untuk negara pada beberapa kejohanan badminton antarabangsa.
Penglibatan cemerlang Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran (1961-1963).
Sumbangan terbesar beliau ialah pernah muncul juara pada kejohanan badminton berprestij All England dalam acara beregu lelaki bersama pasangannya, Ng Boon Bee pada tahun 1971.

Perogol bersiri tikam gadis dijel

KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman penjara 28 tahun atas kesalahan rogol dan cabul di negeri ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah menikam paha seorang gadis yang gagal dirogolnya.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Amran Che Jaafar, 30, seorang duda yang pernah dikaitkan dengan 20 kes rogol serta cabul.
Beliau menetapkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai semalam dan diarah berjalan serentak dengan tempoh hukuman penjara 28 tahun yang disabitkan sebelum ini.
Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 28 tahun.
Sebaik hukuman dijatuhkan semalam, Amran sempat mengucapkan selamat hari raya kepada Muhamad Hafiz.
“Selamat Hari Raya Yang Arif,” ujarnya sambil tersenyum.
Amran dibawa ke hadapan mahkamah dengan kawalan ketat apabila dua pegawai penjara yang mengawalnya turut masuk ke dalam kandang tertuduh.
Tertuduh mengaku mencederakan promoter sebuah pusat membeli-belah berusia 25 tahun itu di bilik asrama tingkat atas sebuah kedai perkakasan di Jalan Hamzah di sini dengan menggunakan sebilah pisau pada pukul 8.30 pagi 15 Mei tahun lalu.

Penjahat bulan Ramadan dicekup


DUA suspek yang terlibat kes pecah rumah di Seksyen 1, Wangsa Maju ditahan di Balai Polis Wangsa Maju kelmarin.


KUALA LUMPUR – Ketika umat Islam sibuk membuat amal ibadat pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, lain pula perangai dua lelaki yang mengambil kesempatan memecah masuk beberapa buah rumah di Wangsa Maju di sini dipercayai bagi mengumpul duit raya.
Dua suspek warga tempatan itu bijak memilih masa apabila menyasarkan apartmen yang tiada penghuni sama ada pemiliknya keluar ke surau, masjid atau berbuka puasa.
Kegiatan dua sahabat itu terbongkar apabila mereka dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di sekitar sebuah flat di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini kelmarin.
Kedua-dua suspek berusia 30-an itu kemudian cuba memecah masuk dua buah rumah di Blok A1 dan Blok A10 tetapi tidak berjaya kerana ramai penghuni lalu lalang di flat itu.
Selepas kegagalan itu, kedua-dua suspek berpisah untuk melakukan pecah rumah secara berseorangan.

Geng Simpang curi kereta tumpas


EMPAT buah kereta yang dirampas daripada tiga anggota Geng Simpang yang diberkas di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan baru-baru ini.


SRI KEMBANGAN – Kegiatan sebuah kumpulan penjenayah dikenali Geng Simpang yang aktif mencuri kenderaan dan melakukan samun tiga bulan lalu tumpas, ekoran tertangkapnya tiga lelaki di tempat letak kenderaan di Taman Puncak Jalil di sini baru-baru ini.
Kumpulan penjenayah itu digelar Geng Simpang kerana ketiga-tiga suspek yang berusia 25 hingga 28 tahun itu pernah ditahan di Simpang, Renggam, Johor dua tahun lalu.
Modus operandi anggota Geng Simpang ialah menggunakan pisau dan melarikan kenderaan mangsa yang enjinnya baru dihidupkan. Kawasan sasaran kegiatan jenayah kumpulan itu pula di sekitar kawasan perumahan.
Dalam kejadian di Taman Lestari Perdana di sini pada 3 Ogos lalu, sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang wanita berusia 20-an dilarikan oleh tiga lelaki Geng Simpang.

Muka cedera selepas guna pakej percuma


PEE LAY (kanan) dan Book (tengah) menunjukkan laporan polis dan gambar kerosakan pada kulit mukanya di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Gara-gara mahukan kulit yang cantik dan menawan, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan akibat kecederaan di bahagian muka berikutan alahan selepas menerima tawaran mencuci muka secara percuma di sebuah pusat kecantikan pada 30 Mei lalu.
Wanita tersebut, Choo Pee Lay, 34, berkata, sesi mencuci muka secara percuma tersebut diberi berdasarkan pakej kecantikan yang diambilnya pada 29 April lalu dengan bayaran deposit sebanyak RM3,800.
“Saya merupakan ahli kepada pusat kecantikan tersebut selama dua tahun dan sebelum ini saya tidak mengalami sebarang masalah selepas menggunakan produk mereka.
“Namun saya tidak tahu kenapa muka saya menjadi merah dan gatal selepas dicuci menggunakan produk pakej percuma sehinggakan saya tidak dapat bekerja selama seminggu,” katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA Selangor di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book.

Bayi ditinggal pengasuh melecur


Meysshvin yang melecur hampir seluruh badannya selepas rumah pengasuhnya di Flat Mak Mandin, Butterworth terbakar semalam.


SEBERANG JAYA – Seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth dekat sini terbakar semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 10.30 pagi, Y. Meysshvin berusia enam bulan yang sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah ditinggalkan berseorangan oleh pengasuhnya, G. Sarojh, 48, yang keluar untuk ke kedai runcit di tingkat bawah flat berkenaan.
Mangsa yang sempat diselamatkan pengasuhnya itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh jiran sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Sarojh ketika ditemui di HSJ berkata, dia hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas diberitahu seorang jirannya.
“Semasa kejadian saya baru meninggalkan Meysshvin. Saya berada di tingkat bawah untuk beli barang dan saya tinggalkan Meysshvin kerana dia sedang tidur.
“Bila dapat tahu rumah saya terbakar, saya terus berlari masuk ke dalam rumah dan selamatkan Meysshvin yang masih berada dalam buai dan sedang menangis,” katanya yang memberitahu, ketika itu api mula membakar ruang tamu.

Dua sepupu maut dipanah petir


TUAN AHMAD SALIHIN (kiri) dan Tuan Mohammad. Azhar mati dipanah petir di Kampung Pengkalan Berangan, Marang semalam.


MARANG – Dua sepupu akrab mati dipanah petir dalam kejadian di Kampung Pengkalan Berangan di sini petang semalam.
Mangsa, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohammad Azhar Tuan Sulaiman, 9, dipercayai sedang membantu bapa Tuan Ahmad Salihin menangkap lembu serta kerbau di Kampung Felda Cadur di sini sebelum dipanah petir pada pukul 2.30 petang.
Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan di sini.
Sementara itu, ibu Tuan Ahmad Salihin, Norhayati Mohd. Nor, 37, berkata, kedua-dua mereka akrab dan kerap kali mengikuti suaminya menambat lembu atau kerbau orang kampung.
“Dia tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian, hanya memberitahu cikgu ada memberi duit raya RM2 sebelum mengikuti bapanya.
“Bahkan, hanya dia seorang sahaja yang sudah mempunyai baju raya sempena Aidilfitri ini,” katanya mengenai anak keenam dari tujuh beradik itu.

Bank Standard didenda RM1.08 bilion

IBU pejabat bank Standard Chartered di London, Britain kelmarin.- Agensi


NEW YORK – Standard Chartered didenda AS$340 juta (RM1.08 bilion) kerana berurus niaga dengan beberapa pelanggannya dari Iran.
Denda itu dikenakan oleh pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan New York selepas bank berkenaan dituduh menyembunyikan 60,000 transaksi berjumlah AS$250 bilion (RM796.62 bilion) dengan beberapa klien Iran selama lebih 10 tahun.
Standard Chartered beribu pejabat di London.
Penyelesaian tersebut jauh lebih ringan berbanding hukuman berat yang menjadi kebimbangan para pelabur sebelum ini.
Mereka khuatir pihak berkuasa perbankan Amerika Syarikat (AS) iaitu Jabatan Perkhidmatan Kewangan akan membatalkan lesen Standard Chartered di New York.
Antara klien Iran yang didakwa terlibat dalam skandal itu termasuk Bank Pusat Iran dan Bank Nasional Iran.
Kedua-duanya dituduh Washington sebagai membantu Iran membina senjata nuklear dan membiayai keganasan.
Berdasarkan terma penyelesaian dengan pihak berkuasa berkenaan, Standard Chartered bersetuju menempatkan seorang pegawai antipenggubahan wang haram selama dua tahun di cawangan bank berkenaan di sini.
Standard Chartered juga akan melantik beberapa juruaudit dalaman bagi memeriksa sama ada bank berkenaan mematuhi sekatan-sekatan AS berhubung operasinya dengan Iran.
“Standard Chartered sebelum ini menawarkan AS$5 juta (RM15.63 juta) untuk menyelesaikan isu tersebut, jelas sekali, penyelesaian ini jauh lebih tinggi,” kata penganalisis firma Morningstar, Erin Davis.
Menurutnya, denda AS$340 juta itu tidak akan mendatangkan impak yang besar ke atas kedudukan kewangan bank berkenaan.
Pada separuh pertama tahun ini, Standard Chartered melaporkan keuntungan berjumlah AS$3.95 bilion (RM12.58 bilion).
Sementara itu, sebuah kumpulan pelobi AS menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas bank berkenaan terlalu ringan.
“Mana-mana institusi kewangan yang didapati melanggar sekatan Iran sepatutnya dibatalkan lesennya di AS,” kata kumpulan itu dikenali sebagai Barisan Penentang Nuklear.
Sejak sedekad lalu, AS dan sekutu-sekutunya telah melaksanakan sekatan ke atas beberapa bank Iran, institusi dan individu dalam usaha menghentikan program senjata Iran.
Persoalan tentang senjata nuklear Iran menjadi isu panas menjelang pilihan raya Presiden AS pada November depan dengan beberapa kumpulan berpengaruh memberikan tekanan kepada Presiden Barack Obama supaya bertindak lebih tegas terhadap Iran. - AFP

Bayi terjatuh ke dalam lubang


SEORANG anggota bomba menyelamatkan bayi berusia 14 bulan dari lubang itu.


HARBIN, China - Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.
Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang.
Lubang tersebut sedalam 10 meter.
Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Punca kejadian masih disiasat. - Agensi

Bayar RM37 untuk lihat kapal terbalik


GAMBAR fail pada 13 Julai lalu menunjukkan kapal Costa Concordia terbalik dekat Pulau Giglio, Itali.


PULAU GIGLIO, Itali - Para pelancong yang berkunjung ke bekas pelabuhan nelayan di Santo Stefano di sini ditawarkan pengalaman baharu walaupun ia sedikit menggerunkan.
Dengan bayaran serendah AS$12 (RM37), para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat bangkai kapal persiaran mewah Costa Concordia seberat 114,500 tan yang terbalik di kawasan cetek di Pulau Giglio pada 13 Januari lalu.
Dalam kejadian itu, 32 orang penumpang terbunuh.
"Pulau itu kini menjadi tumpuan bukan kerana keindahan tempatnya tetapi kerana tragedi menjadi lebih menarik berbanding tempat-tempat yang indah," kata seorang pelajar, yang dikenali sebagai Daniela, 23.
Para pelancong akan dibawa berdekatan dengan kapal Costa Concordia yang membawa seramai 4,000 penumpang ketika ia terbalik.
"Amat mengecewakan apabila melihat kapal itu terdampar, tetapi kehidupan di pulau ini perlu diteruskan dan ia menjadi sebab kenapa kami mahu menghabiskan percutian di sini," kata seorang penumpang lain, Lucia.
Datuk Bandar Giglio, Sergio Ortelli, menyatakan terdapat peningkatan pelancong ke pulau ini kerana mereka mahu merakamkan gambar kapal tersebut.
Kapal itu terbalik selepas ia terlanggar batu karang dan belayar terlalu dekat dengan pulau tersebut pada kelajuan yang tinggi. - Agensi

Perompak rumah Jobs dipenjara


GAMBAR fail menunjukkan rumah Jobs di Palo Alto, California. Gambar kecil: McFarlin


PALO ALTO, California - Beberapa buah komputer dan barang peribadi bernilai lebih AS$60,000 (RM187,590) dilarikan seorang perompak, Kariem McFarlin daripada rumah milik pengasas bersama syarikat Apple Inc., mendiang Steve Jobs, di sini yang terletak di utara California.
"Saya tidak pernah mendapat panggilan sebanyak ini daripada orang ramai," kata Timbalan Peguam Daerah Santa Clara, Scott Tsui tentang kejadian rompakan yang berlaku pada 17 Julai lalu itu.
"Selain daripada fakta ia melibatkan Jobs, ia merupakan satu kes rompakan biasa," tambahnya.
McFarlin, 35, telah ditangkap pada 2 Ogos lalu dan telah didakwa kerana melakukan pecah rumah dan menjual barang curi.
Dia dipenjara sehingga kesnya didengar pada 20 Ogos depan,
Namun, ikat jaminnya ialah AS$500,000 (RM1.56 juta).
Pihak berkuasa percaya McFarlin tidak menyedari bahawa beliau telah memecah masuk rumah Jobs.
Rumah tujuh bilik kepunyaan Jobs itu menjadi sasaran kerana ia sedang diubah suai dan dilihat kurang kawalan keselamatan, kata pihak berkuasa.
Pihak berkuasa percaya rumah tersebut tidak berpenghuni ketika rompakan tersebut berlaku.
Jobs, meninggal dunia pada Oktober lalu ketika berusia 56 tahun. - AFP

Lelaki mati dalam flat dipenuhi sampah


SAMPAH sarap memenuhi kawasan flat milik seorang lelaki tua yang ditemui mati di Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Seorang lelaki Singapura berusia 76 tahun ditemui mati di dalam flatnya yang penuh dengan timbunan sampah sarap sehingga ke siling, menurut satu laporan semalam.
Akhbar Straits Times melaporkan, lelaki berkenaan yang tinggal bersendirian gemar menyelongkar tong-tong sampah sejak sedekad lalu.
Pasukan kecemasan dilaporkan mengambil masa hampir sejam untuk membuka pintu flat berkenaan yang berkunci pada Isnin lalu selepas beberapa jirannya mengadu mereka terhidu bau busuk dari kediaman tersebut.
Menurut laporan tersebut, petugas-petugas kecemasan mengambil masa hampir sejam lagi untuk mencari mayat warga emas yang berada di celah timbunan sampah sarap di flat empat bilik itu.
Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan semalam mereka menemui mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-an di dalam sebuah flat perumahan awam.
Menurut polis, pihaknya menyiasat kes tersebut sebagai kematian luar biasa.
Seorang jiran mangsa pula memberitahu Straits Times bahawa tabiat lelaki itu menyelongkar tong sampah bermula selepas isteri dan anak perempuannya berpindah keluar dari flat berkenaan sekitar 10 tahun lalu.
Lelaki berkenaan akan menyelongkar tong-tong sampah sekitar kawasan kediamannya dan memasukkan barangan yang dikutip ke dalam beberapa beg plastik di flatnya.
"Apabila saya tanya apa yang terdapat di dalam beg-beg itu, dia menyatakan, harta karun," ujar jiran tersebut.
Menurut jirannya, flat lelaki itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik manakala pintu depannya dipasang dengan beberapa mangga kunci.
Singapura memiliki populasi warga emas yang tinggi dengan semakin ramai orang tua tinggal bersendirian.
Menurut beberapa pegawai, sekitar 20 peratus rakyat Singapura akan berusia 65 tahun atau lebih tua menjelang 2030. - AFP

Letupan dekat hotel di Damsyik


BEBERAPA buah kenderaan yang terbakar dapat dilihat dekat sebuah hotel di Damsyik semalam.


DAMSYIK - Satu letupan besar menggegarkan pusat bandar raya ini semalam dan membentuk sebuah bebola api berdekatan sebuah hotel yang digunakan oleh pasukan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Syria.
Serangan tersebut didakwa dilakukan oleh pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Seorang pegawai tentera di lokasi kejadian berkata, letupan itu menyebabkan sebuah lubang besar terbentuk pada sebuah lori tangki dekat hotel Dama Rose di sini dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang.
Menurutnya, Timbalan Menteri Luar Syria dan staf PBB yang berada di hotel berkenaan tidak cedera dalam serangan tersebut.
"Operasi kali ini disasarkan ke atas sebuah pejabat pentadbiran tentera dengan bom dipasang untuk meletup pada mesyuarat pegawai-pegawai tentera dan anggota militia Shabiha berlangsung di sini," kata koordinasi FSA di Syria, Maher Nuwaimi.
Shabiha merupakan militia propemerintah Syria.
Komander FSA berkenaan memberitahu, bangunan tentera yang menjadi sasaran mereka menempatkan sebuah depot minyak selain simpanan peluru dan senjata api yang dibekalkan kepada pasukan tentera di sini.
"Operasi ini bertujuan untuk meningkatkan moral FSA dan memaklumkan kepada Bashar bahawa kami mampu melakukan operasi terancang kerana kami tahu perkembangan para pegawainya," ujar Maher di Beirut.
Ibu kota Syria itu kerap menjadi sasaran beberapa letupan bom termasuk serangan ke atas ibu pejabat keselamatan negara pada bulan lalu yang membunuh empat ketua keselamatan Presiden Bashar Al-Assad.
FSA mengaku melakukan serangan maut itu.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB dijadualkan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan masa depan misi pemerhati badan dunia itu di Syria.
Mandat PBB di bawah bekas utusan antarabangsa PBB/ Liga Arab di negara berkenaan tamat pada Ahad ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia memberitahu, lebih 23,000 orang terbunuh sejak rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan Bashar kerana menuntut kebebasan demokrasi sejak 18 bulan lalu.
Sementara itu, beberapa lelaki bersenjata di Lebanon mengaku telah menangkap lebih 20 warga Syria.
Warga Syria itu akan dibebaskan jika seorang saudara kumpulan bersenjata itu yang ditawan pemberontak di Syria dibebaskan.
Ketegangan tersebut membayangkan betapa mudahnya perang saudara yang kini berlaku di Syria boleh merebak ke negara-negara jirannya.
Lebanon kini berpecah antara penyokong dan penentang rejim Bashar.
Pemberontak Syria kebanyakannya merupakan pengikut Sunah manakala Bashar dan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya merupakan menganuti mazhab Syiah.
Tahanan Lebanon di Syria berkenaan, Hassane Salim Al-Mikdad muncul dalam satu klip video yang disiarkan oleh pemberontak beberapa hari lalu.
Lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah anggota pergerakan Hezbollah.
Pergerakan militan Syiah Lebanon itu bersekutu dengan penganut Syiah Iran dan Syria. - Agensi

PERKARA2 MAKSIAT BERLAKU...ZINA...MENCURI....BUNUH DLL DISEBABKAN PENGUATKUASAAN AGAMA TAK ADA...UNDANG2 HUDUD DINAFIKAN...MAKSIAT SERTA JENAYAH BERLAKU DENGAN BANYAK SENDIRI TANGGUNGLAH

Maut berasmara

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.
Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.

Dua beradik disuap pasir

Oleh Ahmad Othman
metrojb@yahoo.com

KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.
Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.

Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung

Posted on the August 15th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. REUTERS / Jason Redmond.
LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja.
Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney’s Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan.


Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja.
Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.
Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan ‘penampilan’ pekerja mereka semasa bertugas.
Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.
Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya.
Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.
Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil “pengganas” dan “unta” oleh rakan sekerja dan penyelia.
Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.
“Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak gangguan sejak saya mula bekerja di sana,” Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika.
“Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab.”

Maksiat tak kira masa

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Kamarulbaid
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Ketika umat Islam digalak memperbanyak amal ibadat di 10 malam terakhir Ramadan, masih ada yang bukan saja tidak menghiraukan kelebihan disediakan Allah, malah melakukan maksiat dengan bebas.
Tinjauan Harian Metro bersama Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) diketuai Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya di sekitar kawasan Bukit Bintang, malam kelmarin mendapati masih ada umat Islam menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah termasuk melakukan maksiat.

Berdasarkan tinjauan selama dua jam termasuk di Lorong Haji Taib masih ada umat Islam berseronok di kelab malam, mengunjungi rumah urut dan melepak.
Fathul Bari berkata, apa yang berlaku sangat menyedihkan kerana umat Islam bukan saja tidak memanfaatkan malam terakhir Ramadan, malah melakukan maksiat.

“Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT, maka diampuni dosanya yang lalu.” “Jadi kita dituntut menghidupkan malam Ramadan terutama 10 malam terakhir, tetapi amat malang kerana melalui tinjauan, kami dapati masih ada umat Islam terbabit aktiviti tidak sihat seperti minum arak, lepak dan mengunjungi tempat pelacuran serta rumah urutnya,” katanya. Beliau berkata, tujuan tinjauan itu dilakukannya bersama rakan di Ilmu ialah bagi melihat sendiri situasi yang berlaku.

“Apa yang saya lihat terdapat dua perkara perlu dilaksanakan iaitu pihak penguat kuasa undang-undang wajib melaksanakan tanggungjawab mereka, jangan tunggu aduan saja sebaliknya pemantauan perlu dilakukan bagi menjaga kesucian Ramadan.
“Tindakan sewajarnya perlu diambil termasuk tempat yang mengiklankan majlis berbuka puasa, tetapi pada masa sama kita lihat ada arak dipamerkan, bagaimana perkara ini boleh berlaku di bulan mulia umat Islam,” katanya.

Menurutnya, masyarakat turut sama memikul tanggungjawab dan tidak bergantung kepada pihak penguat kuasa semata-mata.
“Anggota masyarakat perlu ada kesedaran sivik, apabila melihat perkara mungkar berlaku, tolong buat laporan dan jangan salahkan pihak berkuasa semata-mata kononnya tidak membuat kerja,” katanya.

Tekong kaut RM100,000

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Tekong yang menguruskan perjalanan pulang pendatang asing tanpa izin ke negara asal mampu meraih sehingga RM100,000 setiap kali melakukan penghantaran menggunakan laluan tikus di sekitar perairan negeri ini selepas ditolak kos pengurusan, termasuk penginapan, makan, tempat tinggal serta perbelanjaan minyak kenderaan untuk mengangkut pendatang terbabit.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Amzari A Jalil berkata kebiasaannya tekong darat mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM3,000 kepada setiap pendatang yang mahu mendapatkan khidmat mereka.

Menurut beliau, walaupun bayaran itu mahal untuk perjalanan pulang berisiko dan menggadai nyawa berikutan menggunakan bot pancung, namun ia mendapat sambutan.
“Buktinya, lima pendatang warga Indonesia ditahan dalam Ops Serkap Ahad lalu, mereka mengaku membayar RM1,300 setiap seorang untuk urusan dihantar pulang melalui lorong tikus. Antara yang ditahan ialah seorang wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan.

“Mereka mengaku dalam perjalanan pulang ke Batam, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri, hasrat itu terbantut selepas bot dinaiki gagal meloloskan diri akibat tersangkut pada beting pasir sebelum mereka ditahan ketika bersembunyi di dalam semak berhampiran,” katanya. Menurut Amzari, pihaknya menjalankan kempen kesedaran kepada penduduk tempatan bagi memastikan perbuatan menyalahi undang-undang itu dapat dibanteras.

Selain itu, pihaknya turut meronda lorong tikus dikenal pasti kerap dijadikan laluan oleh tekong untuk menyeludup keluar warga asing.
“Kami juga sedang mengenal pasti tekong darat yang terdiri daripada warga tempatan, mereka adalah perancang utama untuk mengurus dan menghantar pulang pendatang terbabit.

“Walaupun banyak nyawa melayang akibat bot pancung dinaiki karam, ia masih tidak dijadikan pengajaran kepada penadatang sekali gus terus membuka jalan dan peluang kepada tekong untuk mengaut untung mudah,” katanya.
Pendatang dinasihatkan supaya menggunakan peluang diberikan kerajaan negara ini dengan mengikut saluran yang betul untuk pulang ke negara asal kerana ia lebih selamat serta selesa.

Geram tak pandai baca

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang ibu tunggal menangis apabila ditahan polis di luar bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kerana disyaki terbabit dalam kes mendera hingga mati anak perempuannya berusia empat tahun dengan memukul mangsa menggunakan batu giling.
Suspek berusia 33 tahun yang ditahan dua anggota polis didakwa turut membelasah anaknya dengan botol cili sos di rumah mereka di Kampung Tawas, di sini, hanya kerana mangsa masih tidak pandai membaca.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang kelmarin, wanita terbabit yang tidak bekerja dikatakan membawa anaknya, J Pavitra, 4, ke Klinik 1Malaysia di Tasek, di sini, selepas mendapati anaknya itu pengsan. Pada mulanya, suspek mendakwa mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika bermain hingga menyebabkan luka serta lebam di seluruh tubuhnya.
Sumber polis berkata, doktor di klinik itu yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak perempuan itu sudah mati kira-kira jam 5.20 petang kelmarin sebelum dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk tindakan lanjut. Menurutnya, hasil bedah siasat awal dilakukan mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan lebam teruk di kepala dan beberapa anggota tubuh dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa mungkin dipukul oleh teman lelaki ibu mangsa yang ditahan. Tindakan kejam itu mungkin satu bentuk hukuman kerana mangsa dikatakan gagal membaca ketika diajar.

“Ada kesan luka lama dan baru pada tubuhnya dengan kecederaan paling teruk dikesan pada kepalanya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat abang mangsa, adiknya itu pernah didera seorang kenalan lelaki ibunya menggunakan batu penggiling.

Sementara itu, nenek mangsa, L Vijaya, 50, yang ditemui berkata, suspek wanita yang juga menantunya mempunyai empat anak dan menjadi ibu tunggal selepas kematian suaminya lebih setahun lalu.
“Dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang simpanan persaraan suaminya. Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana Pavitra amat manja dan comel.

“Saya dimaklumkan, cucu saya itu mati akibat dipukul teman lelaki menantu saya sendiri. Saya amat terkilan dan sedih,” katanya ketika menuntut mayat cucunya di hospital tengah hari semalam.

Menurutnya, sebelum ini ada dikalangan ahli keluarganya pernah melihat tindakan kasar lelaki terbabit yang memukul cucunya itu, namun tiada siapa yang berani campur tangan.

Sementara itu, suspek wanita yang ditahan dan diiringi polis di perkarangan bilik mayat HRPB hanya menangis teresak-esak serta mempersoalkan tindakan pihak polis menahannya.

Dia berulang kali meminta urusan pengebumian anaknya itu diserahkan kepadanya dan tidak diberikan kepada individu lain. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan.

‘Salman Khan’ kasanova

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa melalui pengalaman pahit bersuamikan warga Pakistan yang juga penganggur selepas lelaki berkenaan hidup bersenang-lenang malah memperdaya saudara-mara dan kenalan terdekat dengan mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk membuang sial.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan yang menggelarkan dirinya seperti pelakon popular Hindi, Salman Khan turut bersubahat dengan abangnya menipu beberapa ahli perniagaan dengan menyamar sebagai ejen mendapatkan pekerja asing mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.

Mangsa, peguam yang mahu dikenali sebagai Shanty, 40, berkata, dia mula menyedari belang suaminya sejak mereka mendirikan rumah tangga dua tahun lalu dan sejak itu, hidupnya berendam air mata kerana lelaki itu langsung tidak memberikan nafkah zahir dan batin dan hanya tahu meminta wang hampir setiap hari.

“Kami berkenalan lima tahun dan dia mengajak saya ke kampungnya di Lahore, Pakistan untuk berjumpa keluarganya. Selepas tiga hari berada di sana, saya dimaklumkan bahawa kami akan bernikah dan saya terus memeluk Islam, ” katanya.

Tidak lama selepas itu, katanya, mereka pulang ke Malaysia dan dia terus menamakan suami serta abang iparnya itu sebagai pengarah syarikat yang beroperasi di ibu negara kerana ingin menumpukan tugasnya di firma guaman.

Dicabul penyamun

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

MANTIN: Kunjungan dua wanita ke sebuah rumah di Taman Mulia, di sini, untuk urusan jual beli rumah dengan pemiliknya, bertukar tragedi apabila dicabul sekumpulan penyamun yang menyerbu ke rumah berkenaan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, pemilik rumah berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rosli, 53, berkata, dia bersama isterinya berusia 42 tahun sedang berurusan dengan dua wanita berusia 20-an itu di ruang tamu rumahnya.

“Kami baru berbincang beberapa minit, tiba-tiba muncul tiga lelaki bersenjatakan parang masuk melalui pintu hadapan dan terus mengarahkan kami supaya diam.

“Tidak lama selepas itu muncul pula tiga lagi lelaki yang turut bersenjatakan parang dan mengarahkan kami menyerahkan barangan berharga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, semua suspek lelaki terbabit menaiki tiga motosikal yang diletakkan di dalam kawasan rumah, manakala tiga lagi motosikal yang dinaiki beberapa lelaki lain dilihat berkawal di luar rumah.
Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.
Harakah

Koma dibakar angkara kekasih panas baran

Posted on the August 15th, 2012 under Jenayah by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.


Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.
Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.
Harian Metro

‘Super’ penyelamat

Oleh Azma Razana Johari dan Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

BUTTERWORTH: “Saya terkejut selepas mendengar tangisan bayi dalam rumah berkenaan. Nasib baik pintu tidak berkunci dan saya segera membawa bayi berkenaan keluar,” kata J P Supermaniam, 60.
Dia menjadi hero apabila menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan daripada menjadi mangsa dalam kejadian kebakaran di Taman Mak Mandin, di sini semalam.

Menurutnya, dia terdengar jeritan jiran memberitahu sebuah rumah jirannya terbakar dan bergegas cuba memadam kebakaran itu dengan menggunakan alat pemadam api.

Katanya, dia kemudian terdengar suara bayi menangis dari dalam rumah berkenaan sebaik menyembur alat pemadam api berkenaan.

“Saya terus menerpa masuk ke rumah itu dan mendapati sebuah katil kecil menempatkan bayi itu sudah terbakar

ABAI TAK ABAI PUSAT ZAKAT ALLAH TAHU...IKUT ISLAM ATAU TAK.... ALLAH TAHU....AMANAH ATAU TAK.... PUSAT ZAKAT ALLAH TAHU...

‘Tolong kak ngah kena bakar’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Tergamak noda mayat

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah.
SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah.
MATI...anggota  polis membawa  mayat Sabturiah  yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun.
MATI...anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun.
KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.

“Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.

Anak sakit bapa diculik

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my

DITAWAN LANUN...Bibi bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suami yang diculik di perairan Nigeria 
pada 4 Ogos lalu.
DITAWAN LANUN...Bibi bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suami yang diculik di perairan Nigeria pada 4 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: “Anak kedua kami mengalami demam panas yang sangat kuat disebabkan terkejut dengan berita penculikan ayah mereka dan kami sekeluarga amat bimbangkan keselamatannya yang kini berada di bawah tahanan kumpulan lanun.
“Saya sangat berharap agar dia tidak diapa-apakan dan pulang dengan selamatnya selepas hampir 10 hari ditahan oleh kumpulan lanun terbabit,” kata isteri kepada seorang rakyat Malaysia yang diculik lanun, Bibi Suntek, 42.
Bibi adalah isteri kepada juruelektrik berasal dari Sarawak, George Lipih Anak Ambo, 42, yang diculik lanun di Teluk Guinea, Perairan Nigeria pada 4 Ogos lalu selepas kapal Jascon 33 kelolaan syarikat industri hiliran dan sokongan petroleum, Sea Trucks Group diserang kumpulan terbabit.

Dalam serangan ganas terbabit, dua kelasi keselamatan warga Nigeria maut selepas dibunuh kumpulan lanun itu dan empat anak kapal termasuk George diculik.

Menurut Bibi, seluruh ahli keluarganya begitu sedih dengan berita penculikan George, namun berkeyakinan serta menaruh harapan agar dia dapat dibebaskan dengan segera.

Minta nyawa isteri

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hassan
am@hmetro.com.my

IPOH: “Saya berhutang hanya RM3,000 untuk modal berniaga pasar malam, namun sindiket Along (ceti haram) meminta nyawa isteri saya sebagai cagaran jika gagal melunaskan hutang itu,” kata mangsa sindiket Along, Mohd Hanif Hairuddin, 35.
Lebih menakutkan apabila kumpulan samseng ceti haram itu sewenang-wenang menaikkan kadar ‘bunga’ hutang hingga dia dibebani hutang lebih RM10,000.

Menurutnya, dia mula terjerat dengan kegiatan Along selepas mula memohon hutang pada Mei 2011 untuk membeli barangan fabrik perniagaan.
“Saya terjerat selepas ‘jatuh hati’ dengan risalah pinjaman dihantar Along ke peti surat rumah. Along yang menyamar sebagai syarikat pemberi pinjaman berlesen baru dibuka di bandar raya ini menawarkan pinjaman jangka pendek tanpa perlu melalui kerenah birokrasi termasuk mengisi borang.

“Malah, salah seorang ahli sindiket Along yang dihubungi memberitahu wang pinjaman yang dipohon itu boleh diluluskan dalam tempoh dua jam asalkan saya menyerahkan salinan fotokopi MyKad, buku bank dan bil elektrik rumah,” katanya, semalam. Menurutnya, dia kemudian mengatur temu janji di sebuah restoran mamak di Simpang Pulai sebelum menyerahkan dokumen dikehendaki Along berkenaan.

“Saya disyaratkan membayar RM110 seminggu bagi tempoh jangka masa 10 bulan. Tanpa banyak soal, saya bersetuju dengan syarat itu tanpa menyedari muslihat tersembunyi.
“Dalam tempoh ditetapkan itu, saya pernah beberapa kali gagal membayar wang pinjaman mengikut tempoh ditetapkan. Along bagaimanapun berpura-pura memahami masalah saya tanpa memberi sebarang tekanan,” katanya.

Namun dia mula berasa sesuatu tidak kena apabila hutang yang dibayar sehingga April lalu didapati masih belum selesai sepenuhnya.
“Saya terkejut apabila Along memberitahu saya masih berhutang RM6,000 dengan mereka. Hutang itu didakwa membabitkan kadar bunga, kos denda lewat membayar hutang mingguan dan upah pengurusan.

“Saya terkejut dengan dakwaan itu dan bertengkar enggan membayar baki hutang itu yang jelas tidak munasabah,” katanya.

Dia yang tidak membayar baki hutang ditetapkan itu selama tiga minggu bagaimanapun gusar apabila Along mula menghujani SMS ugutan dan mendesaknya supaya bersetuju dengan syarat ditetapkan.

“Lebih membimbangkan apabila Along mengugut mahu memukul saya hingga terlantar di hospital serta melarikan isteri saya,” katanya yang turut membuat aduan di Biro Aduan MCA.

Menurutnya, kemelut dihadapi berakhir dengan campur tangan pihak biro aduan yang memujuk Along terbabit supaya menerima baki bayaran hutang sebanyak RM1,500 bagi ‘membebaskan’ dia daripada kitaran Along.

Tak pulang lepas ke ‘sekolah’



KUALA LUMPUR: “Pulanglah beraya di rumah sayang,” rayu seorang ibu selepas anak perempuan keduanya tidak pulang ke rumah mereka di Jinjang Utara, di sini, sejak 7 Ogos lalu.
Remaja terbabit, Norshakila Mohd Nordin, 17, dikatakan tidak pulang selepas pergi ke sekolah pada pagi hari kejadian sebelum ibu bapanya mendapati dia langsung tidak menjejakkan kakinya di sekolah itu.

Ibunya, Ruziah Abd Rauf, 35, ketika datang ke Balai Berita, di sini, semalam bersama suami dan empat anaknya yang lain berkata, dia tidak lena tidur setiap malam mengenangkan nasib anak perempuannya itu.
“Tiada sebarang perselisihan faham mahupun pergaduhan berlaku antara kami, malah Shakila bersikap seperti biasa pada hari kehilangannya dengan menjawab panggilan kira-kira jam 1.30 tengah hari memberitahu dia menghadiri kelas tambahan.

“Dia yang kebiasaannya pulang jam 3 petang tidak muncul walaupun waktu berbuka sudah hampir, oleh itu saya, bapa dan abang sulungnya mencarinya di merata tempat,” katanya. Ruziah turut berkata, semua rakan sekolahnya sudah dihubungi, malah tunangnya juga mengatakan tidak tahu di mana gadis terbabit berada.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Ruziah kemudian membuat di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
“Hari raya semakin dekat, segala persiapan untuk dirinya juga telah kami sediakan, malah adik-adiknya juga sentiasa bertanya di mana dia berada sekarang.

“Pulanglah sayang, ibu, ayah dan adik beradik semua rindukan kakak (Norshakila),” rayunya lagi.
Katanya, sesiapa pernah melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Norshakila boleh menghubunginya di 017-2756215 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Belasahan 25 senior

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Hanya kerana dikatakan suka menunjuk ‘belang’ terhadap senior, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan dibelasah 25 pelajar senior sehingga pecah tulang buku lali dan menghadapi kemungkinan cacat seumur hidup.
Lebih menyedihkan pelajar terbabit, Muhammad Faris Annuar, 13, diperlakukan seperti haiwan apabila dibelasah, ditumbuk, dilempang dan dipukul secara bergilir-gilir tanpa belas oleh semua senior terbabit selama satu setengah jam sehingga lembik dan tidak bermaya.

Dalam kejadian pada 29 Julai lalu itu, dia turut disondol seperti ‘serangan ragbi’ oleh seorang pelajar tingkatan empat sehingga membuatkannya jatuh telentang, sebelum kaki kanannya cedera teruk dan mula membengkak. Selepas itu, barulah pelajar senior terbabit berhenti memukul dan menghantarnya kembali ke bilik.

Muhammad Faris berkata, kejadian berlaku di sebuah bilik asrama sekolah yang didiami seorang daripada pelajar senior terbabit, pada jam 2.30 pagi pada hari berkenaan iaitu sejurus selepas warden asrama meninggalkan bangunan berkenaan.

“Ketika bersiap hendak tidur, saya didatangi dua pelajar senior yang meminta saya ke sebuah bilik dan terpaksa menurut arahan kerana bimbang keselamatan diri. Sebaik tiba di bilik, saya mula ditumbuk dan dipukul secara bergilir-gilir.

‘Nak dendam pun tak guna’



KOTA BHARU: “Nak dendam pun tak guna, benda dah jadi,” kata seorang ibu tunggal beranak enam, Sarifah@Sarimah Ismail, 49, yang patah tangan kiri dan cedera di muka selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba menyelamatkan beg tangannya dalam kejadian ragut di Kampung Baru, Pasir Pekan, Tumpat, semalam.
Sebelum kejadian, Sarifah yang bekerja sebagai tukang masak di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda ke tempat kerja sebelum dihampiri seorang lelaki bermotosikal, kira-kira jam 11 pagi.

Lelaki itu kemudian meragut beg tangan diletakkan dalam bakul motosikal, tetapi dihalang Sarifah yang menggenggam erat beg tangannya, sebelum direntap kuat lelaki itu menyebabkan terjatuh.
Sarifah berkata, peragut itu gagal melarikan beg tangannya dan melarikan diri sebaik melihat dia jatuh dari motosikal.

“Saya bersyukur ketika kejadian ada jiran melalui kawasan itu dan memberikan bantuan sebelum menghantar saya ke tempat kerja,” katanya.

“Majikan kemudian membawa saya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dirawat,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia hanya membawa kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan RM90.

Katanya, dia sudah membuat laporan dan berharap polis menangkap peragut itu bagi mengelak kejadian sama berulang kepada orang lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

‘Sanggup dipanah petir’

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

TAHAN...anggota polis marin menahan suspek.
TAHAN...anggota polis marin menahan suspek.
PELABUHAN KLANG: “Sumpah saya tak bawa dadah, saya sanggup dipanah petir!,” itu antara helah seorang daripada tiga lelaki bagi melepaskan diri sewaktu ditahan pasukan polis marin Pelabuhan Klang kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu dianggarmencecah RM1 juta ke Indonesia, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bot berkenaan, polis menemui empat peket syabu dianggarkan seberat lapan kilogram yang disorok di bawah tangki minyak di bahagian enjin. Ketiga-tiga lelaki warga Indonesia berusia 40-an terbabit ditahan pihak berkuasa selepas mendapati sebuah bot tukar barang yang sedang menyusuri Kuala Sungai Klang, di sini, dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 6.30 pagi.

Penahanan dilakukan selepas polis menerima maklumat sebuah kereta menghantar barangan dipercayai dadah kepada individu tertentu di sebuah jeti sebelum dipindahkan ke dalam bot itu.

Dadah dirampas dipercayai ingin diseludup ke negara jiran dan polis tidak menolak kemungkinan penyeludupan itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, sewaktu ditahan, bot berkenaan dipenuhi muatan tilam terpakai dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, polis menahan seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia yang tidak sempat melarikan diri kerana bot berkenaan tidak dapat bergerak laju.
“Sewaktu disoal siasat, semua suspek tidak membawa sebarang barangan dari Tanjung Balai Asahan ke Pelabuhan Klang selain mengaku sudah berada empat hari di sini dan ingin pulang ke negara asal untuk membawa muatan tilam terpakai untuk dijual.

“Curiga dengan keterangan yang diberikan semua suspek, polis kemudian menjalankan pemeriksaan ke atas bot berkenaan sebelum menjumpai empat peket plastik lutsinar mengandungi dadah syabu yang disorokkan di bawah tangki minyak bahagian enjin bot,” katanya pada sidang media di Markas Polis Marin Pelabuhan Klang, semalam.
Norzaid berkata, keseluruhan rampasan mencecah RM1 juta berdasarkan harga dadah itu RM120,000 sekilogram mengikut harga pasaran.

Menurutnya, polis turut mendapatkan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut mengenal pasti sama ada masih terdapat dadah yang disorok di dalam bot berkenaan.

Tambahnya, semua suspek ditahan akan mendapatkan perintah tahanan reman mulai semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan polis bagi mengenal pasti sindiket yang terbabit dengan kegiatan penyeludupan ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 Pindaan (1998) yang sabit kesalahan akan dikenakan hukuman gantung mandatori.

LZS tidak abai



KUALA LUMPUR: Pasangan mualaf yang hidup dalam kedaifan bersama 16 anak mereka sudah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2005 dengan nilai keseluruhan hampir mencecah RM60,000.
Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor, Akhtar Sahari, sehingga kini bantuan terbabit masih diteruskan kerana keluarga itu tergolong dalam kumpulan asnaf miskin seperti mana mereka yang seangkatan dengannya.

“Antara bantuan yang diterima ialah sewa bulanan rumah sebanyak RM21,450 (sejak 2010), bantuan pendidikan anak-anak diberi secara tahunan berjumlah RM12,850 dalam bentuk pakaian, yuran persekolahan dan pengangkutan selain bantuan runcit (RM7,822).
“LZS tidak lupa memberi bantuan hari raya yang sudah dimasukkan sebelum Ramadan lalu sebanyak RM1,050 setiap tahun dan kita juga beri RM500 sebagai bantuan bulanan, malah ada juga untuk belanja makan.

“Untuk pengetahuan, Junatal Asah, 43, juga pernah menerima bantuan ekonomi berupa pendahuluan RM10,000 untuk sewa beli teksi limosin pada 2006,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Bagaimanapun, Akhtar berkata, beliau difahamkan Junatal menghadapi masalah mengendali perkhidmatan teksi limosin berkenaan dan kini kenderaan itu tersadai.

Jelasnya lagi, LZS tidak mengabaikan kumpulan asnaf yang layak menerima zakat dan atas sebab itu Junatal dan keluarganya masih diberi semua bantuan berkenaan hingga kini, malah tiada hasrat untuk disekat atau dikurangkan.

Hamba along baki gaji RM1

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

ENGKILILI: Malang bagi seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di sini, ‘mengemis’ dengan rakan apabila terpaksa membayar hutang berjumlah setengah juta ringgit gara-gara terpedaya dengan sindiket penipuan melalui Internet.
Mangsa dikatakan mendapatkan bantuan kewangan daripada rakan selepas mendapati gaji bulan lalu diterimanya hanya berbaki RM1 selepas ditolak bayaran pinjaman ceti haram.

Difahamkan, guru berusia 46 tahun itu dikatakan menyedari tertipu selepas curiga mengenai bayaran yang dibuat sedangkan wang dijanjikan tidak diterima.
Sumber berkata, episod malang wanita berkenaan bermula selepas dia menerima e-mel daripada seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan konon dia memenangi wang tunai dua juta pound sterling atau RM9.7 juta.

“Mangsa menerima e-mel berkenaan pada Mei lalu dan tindakannya membalas semula e-mel berkenaan mengundang padah apabila mula diperdaya sindiket berkenaan.

“E-mel balas dihantar mangsa dibalas sindiket selang beberapa minit dengan e-mel seterusnya lebih meyakinkannya memenangi wang berkenaan.
“Sebelum wang itu boleh diserahkan kepada mangsa, suspek mengarahkan mangsa melunaskan beberapa perkara penting termasuk proses memasukkan wang ke dalam akaun banknya dan memandangkan terlalu banyak kos perlu dibiayai, mangsa yang ghairah sanggup meminjam ceti haram,” katanya.

Katanya, selepas menyelesaikan pembayaran wang kos proses dimaksudkan, mangsa diberitahu akan menerima hadiah berkenaan dalam tempoh seminggu kemudian yang akan dikreditkan terus ke dalam akuan simpanan banknya.
Namun, seminggu berlalu, mangsa masih tidak mendapat wang dijanjikan menyebabkannya curiga dan membuat keputusan bersemuka dengan individu berkenaan di ibu negara.

“Malangnya, individu terbabit memberi pelbagai alasan dan hingga kini mangsa gagal menghubunginya menyebabkannya terpaksa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Bertindak atas laporan diterima, sepasukan anggota polis melancarkan siasatan dan menahan 11 warga Afrika di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dipercayai dalang kegiatan penipuan menerusi Internet,” katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejayaan itu dua hari selepas laporan polis dibuat mangsa minggu lalu di Kuala Lumpur.

“Ketika serbuan dilakukan, 10 lagi suspek sibuk menghantar e-mel kepada mangsa dan polis percaya mereka bertanggungjawab memerangkap ramai mangsa melalui e-mel,” katanya.

Bagai ‘orang api’

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: “Api marak begitu cepat hingga menyebabkan kulit kaki saya terasa seperti mencair. Saya bertukar menjadi ‘orang api’ sejurus seluar dan baju terbakar. Mujur ada yang membantu memadamkan kebakaran itu,” kata mangsa, Mohd Hishamudin Ali, 13, yang terbakar separuh tubuhnya akibat disimbah petrol oleh sekumpulan remaja.
Mangsa yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah, Shah Alam, mendakwa dibaling bungkusan berisi petrol oleh sekumpulan remaja nakal ketika pulang dari menunaikan solat Tarawih di kampungnya di Lumut, kira-kira jam 9 malam, Ahad lalu.

Dia yang ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam, berkata, kebakaran itu menyebabkan bahagian bawah tubuhnya dari kaki hingga perutnya terbakar hingga melepuh teruk.
“Ketika kejadian, saya pulang dengan berjalan kaki dari masjid selepas selesai melakukan solat Tarawih. Saya melihat beberapa remaja sedang bermain api tanpa mengesyaki ia adalah minyak yang mudah terbakar. “Bagaimanapun, saya terkejut apabila salah seorang remaja itu melemparkan bungkusan petrol itu ke arah saya sebelum api tiba-tiba menyambar seluar dan baju,” katanya.

Menurutnya, dia yang panik cuba memadamkan kebakaran itu sambil dibantu beberapa individu yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Nasib baik api itu dapat dipadamkan segera, namun bahagian kaki kiri saya melecur teruk dan saya hanya mampu merintih sakit. Rasa pedih dan panas akibat kebakaran itu menyebabkan saya terpaksa dikejarkan ke HRPB untuk menerima rawatan,” katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menjalani pembedahan bagi mengambil daging pahanya untuk ditampal pada bahagian betis kaki kiri yang rosak teruk.

“Sebelum ini, saya dapat tahu mereka (remaja) sering bermain petrol secara suka-suka mungkin untuk meraikan bulan Syawal,” katanya.
Dia berkata, layanan baik pihak hospital menyebabkan dia lega dan yakin akan sembuh serta dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sementara itu, datuk mangsa, Azmi Din, 60-an berkata, dia menganggap tragedi itu berlaku tanpa disengajakan, malah remaja yang melakukan perkara itu sudah memohon maaf.

“Perkara sudah berlaku. Kalau boleh kami tidak mahu memperbesarkan isu ini.

“Remaja yang melakukan perkara itu juga sudah memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab. Malah, kami menganggap ia sebagai takdir.

“Bagaimanapun, kami mahu remaja yang melakukan musibah ini memandang serius kes ini supaya tidak berulang pada masa akan datang,” katanya yang turut membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, sejurus kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan meminta semua pihak memandang serius kemalangan yang berlaku.

“Semua pihak dinasihatkan supaya tidak bermain dengan bahan api kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan sentiasa memantau anak-anak mereka khususnya menjelang Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.