Thursday, September 6, 2012

PATUT SEMUA...MEREKA JUGA RAKYAT...SUKU SAKAT MEREKA PUN PEMBAYAR CUKAI...

Harga barangan tidak dikawal sepanjang masa


PENGUNJUNG sebuah pasar raya besar memilih ayam bersih yang merupakan antara barangan di bawah skim kawalan harga musim perayaan di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, selain produk yang terdapat dalam senarai subsidi, kerajaan tidak mengawal harga barangan keperluan pengguna sepanjang masa.
Beliau berkata, sebagai negara yang mengamalkan pasaran bebas, harga barangan pengguna adalah berdasarkan permintaan dan penawaran yang berlaku dalam sesebuah pasaran.
"Ini yang rakyat perlu faham, kerajaan hanya kawal harga produk subsidi dan barangan keperluan sewaktu musim tertentu serta untuk tempoh yang telah ditetapkan sahaja.
"Itu pun terhad kepada beberapa barangan sahaja. Contohnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas terdapat 20 barangan dimasukkan di bawah skim kawalan harga musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini semalam.
Beliau yang diminta mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan harga barangan keperluan naik selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini berkata, sehingga hari ini kementeriannya tidak menerima laporan mengenai perbezaan harga barang yang tinggi daripada pengguna.
Bagaimanapun, Ismail Sabri mengingatkan bahawa pihak kementerian sentiasa mengadakan pemantauan bagi mengelakkan kenaikan mendadak harga sesuatu barangan tanpa alasan yang munasabah sehingga boleh membebankan rakyat sebagai pengguna. - Bernama

Felda tampung kos pinjaman PTPTN


NAJIB mengandar cenderahati yang disampaikan oleh wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai, Besut semalam.


BESUT – Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluaskan peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
Beliau berkata, Felda dijangka memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.
“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Najib, keputusan Felda itu juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain mencerminkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.
Katanya, seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) yang menawarkan kursus kejuruteraan penyenggaraan pesawat serta institusi-institusi lain.

Buang mayat bayi di tandas hospital


BANGUNAN Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang menjadi tempat remaja membuang bayi yang baru dilahirkan di dalam tandas Wad Teratai 2C semalam.


KUANTAN – Seorang remaja yang telah terlanjur bertindak kejam apabila cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.
Namun, perbuatan jahat itu terbongkar akhirnya apabila mayat bayi berkenaan tersekat di dalam mangkuk tandas sebelum ia ditemui oleh seorang kakitangan hospital pada pukul 4.45 pagi.
Difahamkan, sebelum kejadian, remaja berusia 16 tahun tersebut pergi ke hospital berkenaan untuk menemui ibunya yang sedang dirawat.
Dia kemudian telah pergi ke wad tersebut untuk melahirkan bayi di dalam tandas kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ibu bersalin dan tangisan bayi yang disangka dapat menutup kelakuan tidak berhati perutnya itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kakitangan hospital berkenaan yang terkejut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada ketuanya sebelum menghubungi polis.
“Siasatan mendapati kepala dan badan bayi malang itu tersumbat di dalam lubang mangkuk tandas sebelum kita mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.
“Selepas menjalankan siasatan, kita kemudian dapat menahan remaja berkenaan di dalam kawasan hospital. Soal siasat kemudian mendapati remaja itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui kesan yang dia baharu sahaja melahirkan anak. Suspek juga bertindak meninggalkan bayinya selepas mendapati ia tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Rugi besar ditipu penjual mesin


MOHAMAD NASIR (kiri) menunjukkan sebahagian komponen motosikal curi yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Muar semalam.


MUAR - Seorang pekerja kilang kerugian hampir RM110,000 selepas diperdaya satu sindiket yang kononnya mampu membuat mangsa kaya dengan hanya membeli mesin penapis air dan mesin terapi kaki berharga RM1,500 pada September tahun lalu.
Wanita berusia 58 tahun dari Tanjung Agas di sini menyedari dia ditipu pada awal bulan ini apabila mendapati hadiah wang sebanyak RM155,000 yang dijanjikan penjual lelaki dan wanita tersebut tidak diterima hingga kini.
Modus operandi suspek ialah menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya mangsa membuat banyak pelaburan dalam tempoh yang ditetapkan.
Suspek akan memberikan pelbagai alasan sekiranya mangsa bertanya mengenai hadiah tersebut hingga mangsa sendiri akhirnya tersedar yang dia telah diperdaya.
Sepanjang tempoh itu, mangsa telah melakukan 13 transaksi untuk memasukkan wang ke dalam sebuah akaun sebelum merasa curiga lalu memberitahu hal berkenaan kepada anak saudaranya.
Anak saudara mangsa yang curiga telah membuat pemeriksaan di syarikat yang didakwa tempat suspek bekerja sebelum mendapati identiti lelaki dan wanita itu tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek kemudian berhenti menghubungi mangsa selepas menyedari tembelangnya pecah.
"Suspek berusia lingkungan 30-an. Mangsa kerugian RM109,570. Sindiket bijak memperdaya dengan menggunakan beberapa taktik tertentu termasuk memakai nama Bank Negara," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamad Nasir memberitahu, pihaknya menahan dua lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Parit Punggor dan Parit Unas di sini pada pukul 1.30 pagi, 28 Ogos lalu kerana terlibat dalam kes mencuri motosikal.
Katanya, salah seorang suspek menjadikan belakang rumahnya sebagai bengkel untuk meleraikan motosikal curi untuk menjual komponennya seperti enjin, ekzos dan brek cakera.

Bayi 17 hari mati tersedak susu

SEORANG lelaki membawa mayat Kian Weng yang mati akibat tersedak susu di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki yang baru 17 hari dilahirkan maut selepas tersedak susu yang dipercayai diberi ibunya sendiri di kediaman mereka di Desa Indah Relau, Sungai Nibong di sini semalam.
Bayi berkenaan, Ng Kian Weng disahkan mati di rumah itu selepas anak bongsu daripada dua beradik tersebut dikatakan tidak lagi bergerak dengan mukanya pucat selepas diberi minum susu pada pukul 6 pagi.
Ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian bergegas mengejarkan bayi mereka ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya. Namun mangsa disahkan telah mati sebelum dibawa ke situ.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mayat bayi lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar forensik, Dr. Ariza Kamaruddin mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan tersedak susu di saluran pernafasan.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ahli keluarga bayi itu bagaimanapun enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kematian Kian Weng yang dilahirkan pada 20 Ogos lalu.

Elak banjir kilat berulang

SERDANG - Kira-kira 1,000 penduduk Taman Sri Serdang (TSS) di sini yang terjejas teruk akibat kejadian banjir kilat baru-baru ini meminta kerajaan mencari jalan penyelesaian segera bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang.
Pengerusi Rukun Tetangga TSS, Khalid Lambak berkata, kerajaan seharusnya tampil membantu menyediakan sistem perparitan yang lebih sempurna, di samping mendalamkan longkang sedia ada.
"Penduduk telah kerugian ratusan ribu ringgit disebabkan kejadian baru-baru ini yang disifatkan terburuk pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun sejak kawasan ini dibuka.
"Salah satu punca berlaku banjir kilat ialah kesan daripada pembangunan pesat yang tidak terancang di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang penduduk, Nahariah Yusof, 59, berkata, pihak berkuasa seolah-olah tidak mengambil iktibar dengan kejadian banjir yang pernah melanda kawasan tersebut pada tahun 2006.
"Saya telah mengalami kerugian mencecah hampir RM100,000 melibatkan barangan elektronik dan perabot rumah," katanya yang mengakui tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana berseorangan di rumah ketika kejadian.
Seorang guru, Zurita Yeh, 29, berkata, kejadian banjir kilat itu disebabkan oleh kemudahan infrastruktur yang tidak seimbang dengan pembangunan yang dijalankan berdekatan kawasan itu.
"Pembangunan tidak menjadi masalah sekiranya ia dapat diselaraskan dengan infrastruktur yang baik seperti menyediakan sistem perparitan yang dapat menampung aliran air ketika hujan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Sementara itu, seramai 200 orang pelajar dan kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu membersihkan rumah penduduk setempat dan bangunan sekolah yang terjejas akibat banjir kilat.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan turut hadir bagi menyampaikan sumbangan wang tunai RM400 kepada pelajar UPM yang terjejas akibat banjir tersebut.

Penduduk hilang pendapatan

PASIR PUTEH – Lebih 50 pemilik kebun buah-buahan di Kampung Cheker dan Kampung Kandis, dekat sini dilanda kebimbangan ekoran kehadiran seekor gajah liar di kawasan itu hingga menyebabkan mereka hilang punca pendapatan sejak dua bulan lalu.
Penduduk mendakwa, gajah berkenaan yang berketinggian kira-kira empat meter dan dianggar mempunyai berat lima tan itu turut rakus mencari makanan sehingga memusnahkan hampir keseluruhan tanaman pisang dan pokok getah.
Haiwan tersebut turut dilihat berlegar di atas jalan ladang kira-kira 500 meter dari rumah penduduk pada waktu malam.
Seorang pemilik kebun di Kampung Cheker, Mat Taib Mat Harun, 49, berkata, sepanjang bulan Ramadan lalu, kebanyakan pemilik kebun terpaksa membiarkan durian milik mereka gugur begitu sahaja dan tidak dipungut kerana takutkan gajah liar itu yang sering berehat pada awal pagi di kawasan kebun durian.
“Durian yang gugur sering menjadi habuan gajah sekiranya lewat dipungut.
“Saya sering menemui gajah yang berada kira-kira 20 meter dari kawasan kebun durian. Saya memberanikan diri masuk ke kebun untuk memungut hasil kerana itu antara punca pendapatan saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mat Taib memberitahu, beberapa hari lalu, kebun pisang miliknya menjadi mangsa kerakusan gajah liar tersebut.
Dia mendakwa, mengalami kerugian sebanyak lebih RM1,000 dan sebahagian pokok pisang kebatu dan jelar berangan yang baru mengeluarkan putik musnah dimakan gajah.
Seorang lagi penduduk, Abdul Hadi Sulaiman, 48, dari Kampung Kandis pula mendakwa, lebih 20 hektar tanaman pisang dan getah yang diusahakannya turut musnah.
“Pemilik kebun terbabit sudah melaporkan kemunculan gajah liar ini pada pertengahan bulan puasa lalu kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun hingga kini, haiwan tersebut masih bebas,” katanya.
Justeru, dia berharap agar pihak terbabit seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera untuk menangkap gajah berkenaan yang menakutkan penduduk untuk ke kebun mereka.

Penduduk Pangsapuri Aman menderita


WARGA emas dan wanita ini terpaksa
mengunakan tangga untuk naik ke
tingkat lima berikutan semua lif
di Pangsapuri Aman, Puchong rosak.


PUCHONG - Kira-kira 4,000 penduduk di Pangsapuri Aman, Taman Puchong Prima di sini merayu pihak bertanggungjawab agar segera menyelesaikan masalah mereka yang sentiasa berhadapan dengan kerosakan lif, bekalan air yang dipotong dan sampah yang tidak dikutip.
Menurut penghuni, mereka kini hidup dalam keadaan tertekan apabila pemaju, pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) hanya saling menuding jari tanpa sebarang jalan penyelesaian.
Wakil penduduk E. Suresh mendakwa, sejak tinggal di situ pada 2008 sehingga kini, lebih enam kali empat buah lif yang ada di pangsapuri sembilan tingkat itu rosak.
Katanya, kes terbaharu berlaku sejak Mei lalu apabila semua lif di situ rosak tanpa sebarang tindakan daripada mana-mana pihak.
"Kami tidak pernah gagal membayar wang penyelenggaraan RM80 sebulan tetapi JMB yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak menyelesaikan masalah ini.
"Masalah paling besar ialah kepada wanita mengandung dan orang tua yang sakit kerana mereka terpaksa turun naik tangga setiap hari untuk urusan harian," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Suresh berkata, dalam kejadian baru-baru ini, seorang penduduk yang diserang sakit jantung meninggal dunia sebelum sempat dibawa hospital kerana sukar untuk turun dari rumahnya di tingkat sembilan.
M. Paanjalee, 45, pula mendakwa dia turut berdepan masalah mendapatkan rawatan susulan untuk suaminya yang lumpuh ekoran kerosakan lif.
Selain itu, katanya, bekalan air yang kerap dipotong oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) juga telah menyukarkan mereka untuk menguruskan aktiviti harian.
"Pada 31 Ogos lalu, bekalan air dipotong selama empat hari ekoran hutang JMB kepada Syabas berjumlah RM196,000," keluhnya.
Sementara itu, E. Vikneswary, 28, bimbang dengan longgokan sampah yang melimpah dan bersepah kerana kegagalan pengurusan membersihkan sampah di kawasan itu.

Kereta elektrik sudah ada pada tahun 1906


LLOYD menunjukkan bateri kereta elektrik miliknya.


SYDNEY, Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS).
Lloyd, 61, menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah dimilikinya.
Menurutnya, terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Elektrik Anderson di Detroit, AS dari tahun 1906 hingga 1940.
Bagaimanapun, hanya terdapat empat buah kereta tersebut yang masih boleh digunakan di Australia.
Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 40 kilometer sejam.
Bateri kenderaan tersebut perlu dicas selepas bergerak sejauh 80 kilometer. - AFP

Wanita berbogel bersama Putera Harry ditangkap

NEW YORK - Seorang wanita yang mendakwa telah berbogel bersama pewaris ketiga takhta Britain, Putera Harry telah ditangkap pada 24 Ogos lalu, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Wanita itu, Carrie Lynn Reichert yang berusia 40 tahun ditangkap di San Diego, Amerika Syarikat ketika dia cuba untuk menaiki sebuah pesawat ke Mexico.
Menurut sumber penguat kuasa undang-undang, Reichert dikehendaki di daerah Harrison, Mississippi kerana menulis cek tendang bernilai AS$21,672 (RM67,474.0) bermula pada Ogos 2003.
"Pegawai-pegawai kastam mengesannya di lapangan terbang. Dia bercadang mahu keluar negara tetapi kami dapat menangkapnya," kata sumber tersebut.
Sumber itu memberitahu, dia boleh dikenakan hukuman penjara lebih setahun jika disabitkan kesalahan melakukan penipuan.
"Kenapa anda boleh menjadi terlalu bodoh?Anda mengetahui kami mempunyai waran berhubung cek tendang yang ada tulis.
"Selepas 9/11 (serangan pengganas di New York pada 11 September 2001), anda tahu kami memeriksa setiap orang di dalam pesawat," kata sumber berkenaan.
Reichert kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Santee, California.
Pada bulan lalu, Reichert memberitahu majalah People bahawa dia bercium dan berbogel dengan Putera Harry semasa parti diadakan di sebuah hotel di Las Vegas pada bulan lalu.
Gambar bogel putera itu turut disiarkan di muka depan akhbar The Sun di Britain pada 24 Ogos lalu.
Putera Harry merupakan cucu pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Beliau merupakan anak Putera Charles dengan mendiang Lady Diana.
Putera Charles merupakan pewaris pertama takhta Britain diikuti Putera William yang juga abang Putera Harry. - Agensi

Cucu pengasas Red Bull didakwa mabuk ketika memandu


GAMBAR yang dirakamkan pada 3 September lalu menunjukkan kereta Ferrari yang dipandu Vorayuth dan motosikal yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Bangkok.


BANGKOK – Polis Thailand semalam menyatakan, pihaknya telah mendakwa pewaris empayar minuman tenaga Red Bull kerana memandu dalam keadaan mabuk selepas dia dituduh membunuh seorang anggota polis semasa memecut kereta Ferrarinya dari lokasi kejadian.
Seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Wiradon Tubtimdee berkata, ujian yang dilakukan beberapa jam selepas kemalangan pada Isnin lalu menunjukkan kandungan alkohol dalam darah pewaris berusia 27 tahun itu, Vorayuth Yoovidhya berjumlah 0.063 peratus.
Menurutnya, kandungan alkohol tersebut melebihi had yang dibenarkan iaitu 0.05 peratus.
Vorayuth diperintahkan hadir untuk mendengar dakwaan baharu itu dengan dia boleh dikenakan hukuman lebih berat jika didapati bersalah.
Pemuda itu telah didakwa kerana memandu dalam keadaan berbahaya dan mengelakkan diri daripada ditangkap.
Menurut Wiradon, lelaki itu belum melaporkan diri kepada polis untuk mendengar tuduhan baharu tersebut.
Peguam Vorayuth bagaimanapun mendakwa, anak guamnya tidak minum arak sebelum kemalangan itu berlaku.
Polis menyatakan, Vorayuth mengaku dia memandu kereta Ferrari yang melanggar motosikal anggota polis berkenaan tetapi memberitahu bahawa anggota polis terbabit membelok di hadapan keretanya.
Beberapa saksi memberitahu, anggota polis itu diseret kereta Ferrari itu sebelum kenderaan tersebut meninggalkan lokasi kejadian dengan dipandu laju.
Namun, polis mengekori tumpahan minyak di lokasi kemalangan menuju ke rumah yang menjadi tempat tinggal Vorayuth.
Rumah itu milik pengasas Red Bull, mendiang Chaleo Yoovidhya.
Chaleo yang merupakan antara orang terkaya di Thailand, meninggal dunia pada tahun ini. – AP

Kanak-kanak ditemui di bawah mayat

BEBERAPA anggota polis mengawal lokasi kanak-kanak perempuan bersembunyi dalam sebuah kereta BMW di kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline, Perancis semalam.


PARIS – Seorang kanak-kanak perempuan warga Britain berusia empat tahun bersembunyi selama lapan jam di bawah dua mayat ahli keluarganya yang mati ditembak di tempat duduk belakang sebuah kereta BMW di kawasan pergunungan Alps di Perancis kelmarin.
Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline.
Pendakwa raya bandar Annecy, Eric Maillaud berkata, kanak-kanak itu ditemui oleh beberapa anggota polis.
Mayat seorang lelaki yang merupakan bapa kanak-kanak berkenaan ditemui di tempat duduk depan kereta tersebut.
Seorang penunggang basikal warga tempatan turut ditemui mati berhampiran tempat kejadian.
Turut ditemui berhampiran lokasi kejadian adalah seorang lagi budak perempuan berusia sekitar tujuh tahun yang merupakan kakak budak kanak-kanak tersebut.
Budak itu kini dirawat di sebuah hospital tempatan kerana cedera ditembak manakala tengkoraknya retak.
Menurut Maillaud, kereta BMW berkenaan milik sebuah keluarga Britain yang bercuti di kem perkhemahan di tepi Tasik Annecy.
Tasik itu yang terletak di banjaran Alps merupakan kawasan percutian popular di Perancis.
Pemilik kem perkhemahan tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka yang maut terdiri daripada ibu, bapa dan nenek kanak-kanak itu.
Seorang individu yang lalu di lokasi kejadian menghubungi polis sekitar pukul 4 petang waktu tempatan kelmarin selepas dia menemui penunggang basikal dan kakak kanak-kanak tersebut.
Kereta itu dikawal hingga tengah malam apabila beberapa penyiasat khas dari sini tiba di lokasi kejadian.
Stesen televisyen tempatan, BFM-TV memetik seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Benoit Vinnemann sebagai berkata, kanak-kanak perempuan yang selamat itu bersembunyi di bawah kaki ibunya.
Maillaud pula memberitahu, sebaik sahaja pasukan penyiasat membuka pintu kenderaan, budak perempuan itu muncul sambil tersenyum dan mendepakan tangannya.
Dia bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi tidak dapat menceritakan apa yang berlaku.
Kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah penjagaan polis.
Penunggang basikal tempatan yang ditemui berhampiran kereta berkenaan pula didapati tidak mempunyai hubungan dengan keluarga Britain itu.
Identiti lelaki tersebut hanya dikenal pasti selepas kehilangannya dilaporkan oleh isterinya.
Kata Maillaud, sekitar 15 kelongsong peluru turut ditemui berdekatan kereta tersebut.
Polis masih belum mengetahui punca kejadian itu. – Agensi

AGAK2 HEBATKAH KITA MENOLAK HUKUM ALLAH SWT...LIHATLAH PANASNYA MATAHARI....BAGAIMANA NERAKA ALLAH SWT...BERTAUBATLAH...BERTAQWALAH SEBELUM ALLAH MENJEMPUT KITA

Nurul Syuhada letak jawatan di TV3

Posted on the September 7th, 2012 under Artis by admin

PETALING JAYA – Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.
“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
Social

“Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,” ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.
Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.
Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.
“Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini,” jelasnya.
Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.
Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak.
Kosmo

Nurul Syuhada mahu berehat


Nurul Syuhada mula dikenali selepas menjuarai program Malaysian Top Host pada tahun 2005.


PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.
"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.
Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.
Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.
"Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini," jelasnya.
Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.
Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak.

Imej percikan api di matahari

Posted on the September 7th, 2012 under Luar Negara by admin


IMEJ yang didedahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan percikan api di matahari pada 31 Ogos lalu.
MIAMI – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.
Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari.



Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.
Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu.
Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi.
- Agensi

Kanak-kanak ditemui di bawah mayat

Posted on the September 7th, 2012 under Luar Negara by admin


BEBERAPA anggota polis mengawal lokasi kanak-kanak perempuan bersembunyi dalam sebuah kereta BMW di kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline, Perancis semalam.
PARIS – Seorang kanak-kanak perempuan warga Britain berusia empat tahun bersembunyi selama lapan jam di bawah dua mayat ahli keluarganya yang mati ditembak di tempat duduk belakang sebuah kereta BMW di kawasan pergunungan Alps di Perancis kelmarin.
Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline.



Pendakwa raya bandar Annecy, Eric Maillaud berkata, kanak-kanak itu ditemui oleh beberapa anggota polis.
Mayat seorang lelaki yang merupakan bapa kanak-kanak berkenaan ditemui di tempat duduk depan kereta tersebut.
Seorang penunggang basikal warga tempatan turut ditemui mati berhampiran tempat kejadian.
Turut ditemui berhampiran lokasi kejadian adalah seorang lagi budak perempuan berusia sekitar tujuh tahun yang merupakan kakak budak kanak-kanak tersebut.
Budak itu kini dirawat di sebuah hospital tempatan kerana cedera ditembak manakala tengkoraknya retak.
Menurut Maillaud, kereta BMW berkenaan milik sebuah keluarga Britain yang bercuti di kem perkhemahan di tepi Tasik Annecy.
Tasik itu yang terletak di banjaran Alps merupakan kawasan percutian popular di Perancis.
Pemilik kem perkhemahan tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka yang maut terdiri daripada ibu, bapa dan nenek kanak-kanak itu.
Seorang individu yang lalu di lokasi kejadian menghubungi polis sekitar pukul 4 petang waktu tempatan kelmarin selepas dia menemui penunggang basikal dan kakak kanak-kanak tersebut.
Kereta itu dikawal hingga tengah malam apabila beberapa penyiasat khas dari sini tiba di lokasi kejadian.
Stesen televisyen tempatan, BFM-TV memetik seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Benoit Vinnemann sebagai berkata, kanak-kanak perempuan yang selamat itu bersembunyi di bawah kaki ibunya.
Maillaud pula memberitahu, sebaik sahaja pasukan penyiasat membuka pintu kenderaan, budak perempuan itu muncul sambil tersenyum dan mendepakan tangannya.
Dia bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi tidak dapat menceritakan apa yang berlaku.
Kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah penjagaan polis.
Penunggang basikal tempatan yang ditemui berhampiran kereta berkenaan pula didapati tidak mempunyai hubungan dengan keluarga Britain itu.
Identiti lelaki tersebut hanya dikenal pasti selepas kehilangannya dilaporkan oleh isterinya.
Kata Maillaud, sekitar 15 kelongsong peluru turut ditemui berdekatan kereta tersebut.
Polis masih belum mengetahui punca kejadian itu. – Agensi

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

Posted on the September 7th, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

KUANTAN — Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof berkata, berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.
“Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.



“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.— BERNAMA

Abang angkat durjana rogol remaja bawah umur

Posted on the June 6th, 2012 under Jenayah by admin

KUANTAN – Seorang remaja perempuan bawah umur menjadi mangsa serakah seorang abang angkat dan rakannya apabila dirogol serta dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pantai rekreasi di sini pada 28 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.
Pelajar Tingkatan Tiga itu menjadi mangsa abang angkatnya yang hanya berusia 16 tahun 8 bulan, dari Jalan Gambang di sini manakala rakannya seorang penganggur, Akmal Hakim Abdul Rashid, 22, dari Permatang Badak Jaya telah dihadapkan di Mahkamah Trafik di sini, hari ini.


Akmal dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatannya di kawasan pantai berhampiran pantai Zoo Teruntuum, Jalan Tembeling Resort di sini kira-kira jam 9 hingga 10 malam.
Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripda seksaan tersebut jika sabit kesalahan.
Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah mengenakan ikat jamin RM2,500 dan menetapkan 3 Julai ini untuk melantik peguam.
Sinar

Penghuni Sekolah Harapan lahir 82 bayi

Posted on the December 8th, 2011 under Tempatan by admin


PIHAK pengurusan Sekolah Harapan dalam proses mendapatkan peruntukan untuk program pembesaran dan seterusnya dapat menerima lebih ramai penghuni. - Gambar hiasan
JASIN – Seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan oleh para penghuni Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja perempuan yang terlanjur sejak ia beroperasi di sini pada September tahun lalu.
Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan ialah 53 orang manakala bakinya perempuan.


Katanya, seramai 64 bayi kini dipelihara oleh keluarga penghuni terbabit, 11 orang telah diserahkan kepada keluarga angkat, lima bayi masih bersama ibu masing-masing di sekolah berkenaan manakala seorang lagi dipelihara oleh ibu kandungnya yang telah berkahwin.
“Kami bersyukur kerana berjaya membantu menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala buang bayi.
“Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di luar ikatan perkahwinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, sekolah itu setakat ini telah menerima 95 remaja dari seluruh negara dan pelbagai kaum sebagai penghuni.
“Walaupun kami menerima banyak permohonan daripada keluarga remaja perempuan yang terlanjur untuk mendapatkan perlindungan di sekolah ini, kami tidak dapat menerima semua kerana kemudahan yang ada hanya cukup untuk menampung 30 penghuni pada satu-satu masa.
Kosmo

JUDI..ZINA..ROGOL..DADAH DLL TAK KAN SELESAI JIKA MASIH MENAFIKAN HUKUM ALLAH SWT...PERCAYA SESUATU BOLEH MENGHINDAR PENYAKIT BOLEH BAWA SYIRIK

VIDEO: Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi

Posted on the September 6th, 2012 under Luar Negara by admin
Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.
Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.
Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!


Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh.
Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.
Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.
Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta.
Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.
Saksikan video ini untuk pengajaran kita semua.



HMO: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah: 195)
Mynewshub


Bayi 17 hari maut tersedak susu botol

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin

GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.
Mangsa lalu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.


Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan perkara tersebut dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya. – Bernama

Haramkan loket bertenaga skalar

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin
Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.
GEORGETOWN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.
Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.


Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket
berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.
“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.
Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.
Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.
Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.

17 jam mayat bersujud

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by admin
Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri.
PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.
Mangsa terkejut


Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.
Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.
“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.
“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.
Tidak diketahui
Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.
Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.
“Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ,” katanya.
Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tanam sikap perikemanusiaan
Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.
“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.
“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.
Usaha cari anak
Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.
Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.
“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.
“Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,” katanya.
Hilang anak lelaki tunggal
Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.
“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.
“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.
Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
“Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang,” katanya.
Sinar


Isu Bintulu Daif, Nurul Syuhada Nuru Ain Letak Jawatan Di TV3?


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan
krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.
— with Sara Intan, Pak Mael, Pembantah Kezaliman
Ayam goreng umpan judi
ERMA YUSNIDA JUSOH
6 September 2012
Nasi lemak ayam goreng
Nasi lemak ayam goreng sebagai umpan judi.
Ayam goreng umpan judi
Siber kafe perlu menggunakan cermin lutsinar bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa
KUANTAN  -  Hidangan ayam goreng, nasi lemak dan minuman percuma antara taktik terkini pengusaha kafe siber haram untuk menarik lebih ramai kaki judi ke premis mereka.

Justeru, ada kaki judi yang sanggup menghabiskan wang di premis terbabit dan tidak tidur selama dua hari dua malam kerana begitu taksub dengan aktiviti perjudian tanpa mempedulikan keperluan diri.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob berkata, pihaknya juga berjaya mengesan ‘keistimewaan’ itu berdasarkan risikan yang dilakukan bersama agensi penguatkuasaan lain.

“Hasil siasatan polis dan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga mendapati, ada pelanggan yang sanggup tidak balik ke rumah dalam tempoh dua hari akibat penangan judi Internet itu.

“Risikan ini bertujuan  memerangi kegiatan haram yang dilakukan pemilik atau penyewa premis terbabit,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK, di sini, semalam.

Menurutnya, selain faktor itu, layanan pemilik kafe siber yang mesra juga antara tarikan ke arah aktiviti tidak sihat itu.

Beliau berkata, bagi membanteras kegiatan berkenaan,  tugas itu bukan saja menjadi tanggungjawab MPK, tetapi pihak berkuasa lain seperti polis,  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Telekom Malaysia Berhad (Telekom) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Zulkifli berkata, bagi mengelakkan sebarang penipuan ‘berselindung’, sebanyak 68 kafe siber yang berlesen akan diwajibkan memasang cermin lut sinar di premis masing-masing berkuat kuasa serta merta.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memudahkan penguat kuasa memantau dan melihat aktiviti kafe siber yang sebahagiannya memasang cermin gelap pada masa kini.

“Oleh kerana kafe siber sering dikunjungi orang ramai terutama remaja, syarat baru ini diharap menghalang aktiviti perjudian di daerah ini.

“Kita bimbang jika kegiatan ini tidak dikawal ia akan berpanjangan dan boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa khas beberapa bulan lalu yang membabitkan MPK, polis, SKMM, SPRM, Telekom dan TNB memberi petanda positif kegiatan itu dapat ditangani dengan baik.

 

Penduduk mahu pusat judi ditutup
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Ayam goreng umpan judi
Siber kafe perlu menggunakan cermin lutsinar bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa
KUANTAN – Penduduk perumahan Balok Perdana dekat sini, mahu premis judi yang berselindung di sebalik kafe siber di kawasan perumahan tersebut diambil tindakan pihak berkuasa sekali gus ditutup secepat mungkin berikutan boleh mencetuskan kemudaratan kepada penduduk setempat terutama golongan muda.

Aktiviti perjudian itu didedahkan kepada Sinar Harian oleh seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ghazali,48, yang mendakwa premis judi 24 jam tersebut telah beroperasi sejak dua bulan lalu.

“Saya mahu pihak berkuasa bertindak segera kerana jika dibiarkan pusat judi ini terus beroperasi di kawasan perumahan, kita bimbang aktiviti haram ini akan mempengaruhi golongan muda untuk mencubanya.

“Apatah lagi pusat judi ini turut tidak mengehadkan umur pelanggan, jadi sesiapa sahaja juga boleh masuk dan berjudi,” katanya kepada Sinar Harian yang ditemui berhampiran premis berkenaan, semalam.

Menurutnya, sehingga kini laporan polis secara lisan sudah dilakukan sebanyak dua kali dan surat rasmi penduduk juga telah dihantar kepada Ketua Polis Pahang serta Majlis Perbandaran Kuantan untuk diambil tindakan namun hingga kini masih samar.
“Selepas laporan polis dibuat, kami dapat tahun polis ada meronda di kawasan ini namun pemilik pusat judi ini juga turut menutup operasinya. Namun ia bersifat sementara kerana ia kembali beroperasi sehari selepas itu. l

“Penduduk sudah naik muak dan berang dengan pusat judi berkenaan yang tidak teragak-agak menjalankan aktiviti haram malah ia semakin menjadi-jadi tersebut kerana ada yang menyatakan dalamnya seperti sebuah kasino,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk hanya ingin dikenali sebagai Johari, 37, penduduk memang tidak selesa dengan kewujudan pusat judi berkenaan dan kecewa memandangkan tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa walaupun sudah beberapa kali membuat pengaduan.

“Bagi penduduk mahupun Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dilantik, kami tidak mempunyai kuasa sama ada untuk meroboh, menyita, menyerbu, mengarahkan penutupan dan sebagainya, hanya bergantung kepada tindakan pihak berkuasa untuk membantu.

“Dengan itu diharap ada pihak yang lebih bertanggungjawab dapat memastikan kegiatan menyalahi undang-undang ini dibanteras habis-habisan bimbang ia semakin merebak," katanya.
Suami didenda cederakan isteri
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
KUANTAN - “Sebagai seorang suami kamu sepatutnya melindungi isteri dan bukan menjadikan dia sebagai mangsa keganasan,” tegur Majistret Rini Triany Muhamad Ali  ke atas seorang peniaga setelah lelaki itu mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencederakan isterinya sendiri.

Dalam tegurannya itu, Rini turut meminta tertuduh, Iskandar Lailoimee, 25 dari Lorong Peramu Maju Baru 2 dekat sini  insaf dan menjadikan hukuman yang dihadapi sebagai pengajaran supaya tidak terus mengulangi perbuatan tersebut.

Teguran itu turut didengar mangsa  berusia 25 tahun setelah dia dipanggil  untuk tampil ke hadapan dan berada di sini suaminya sebelum mahkamah membuat keputusan.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta turut memberitahu mahkamah bahawa hubungan mereka kembali pulih selepas kedua-duanya menjalani sesi kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari, mangsa dan suaminya berada di rumah mereka sebelum  berlaku pertengkaran berikutan satu perselisihan faham.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, 24 Mac lalu, tertuduh yang naik angin bertindak menampar dan menumbuk muka isterinya hingga lebam dan bengkak.

Tidak cukup dengan tindakan itu, tertuduh turut terajang belakang isterinya dan memukul wanita itu menggunakan tali pinggang yang dipakai.

Bimbang suaminya terus bertindak sedemikian, mangsa membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan tertuduh untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 323Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia mempunyai dua anak yang masih kecil.

Pada masa yang sama dia memaklumkan, hubungan mereka suami isteri sudah pulih seperti biasa malah isterinya turut hadir ke mahkamah menemaninya.

Mengambil kira beberapa pertimbangan sewajarnya, Rini Triany mengarahkan tertuduh menjelaskan denda RM1,000 atau empat minggu penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Lima lelaki ditahan terlibat sindiket curi kereta
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Azham
Azham turut memeriksa bahagian komponen kereta yang dileraikan suspek di dalam lori yang digunakan untuk membawa komponen terbabit ke kawasan yang dikenal pasti untuk dijual.
KOTA BHARU- Lima lelaki berusia lewat 30-an ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket curi kereta di sebuah bengkel di Pintu Geng di sini dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis petang semalam.

Dalam operasi jam 4.30 petang itu, polis menjumpai beberapa komponen kereta yang dileraikan di kawasan terbabit termasuk enjin, kerangka badan kereta, tayar, lampu hadapan, tangki minyak dan pelbagai lagi  barangan kelengkapan kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dengan tangkapan kelima-lima suspek itu, polis juga turut berjaya merampas kesemua komponen kereta yang dileraikan selain dua kereta termasuk Proton Iswara yang belum sempat dileraikan.

“Kita turut  merampas sebuah lori jenis Toyota Hiace yang dipercayai digunakan untuk membawa komponen yang dileraikan.

“Dengan kejayaan ini, polis dapat mengenal pasti dalang di sebalik kes curi kereta yang sering berlaku di bandar ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam.

Azham berkata, selain kenderaan dan komponen yang dileraikan, pihaknya turut merampas barangan yang digunakan untuk pecah rumah termasuk kapak, alat pemotong, kotak jenama 'Bosh' berwarna kelabu yang di alamnya bertandatangan pemilik lori.

“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah seksyen 379A dan 411 Kanun Keseksaan (KK) kerana memiliki kenderaan curi serta melupuskan barangan curi,” katanya.
Bekas banduan tidak serik
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Bekas banduan
Bekas banduan yang baru sebulan keluar penjara ditahan semula kerana dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal.
DUNGUN – Menjalani hukuman di sebalik tirai besi bertahun lamanya atas kesalahan lampau tidak mampu mengubah kehidupan seorang anak nelayan, apabila dia kembali terjerumus dalam kancah jenayah.

Biarpun sudah dua tahun menjalani proses pemulihan ketika menjadi tahanan, bekas banduan berusia 30an ini tetap memilih jalan salah sebaik keluar penjara.

Segala aktivitinya itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Dungun di hadapan rumahnya dekat sini, tengah hari kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan, suspek yang difahamkan baru sebulan keluar dari Penjara Pokok Sena Kedah itu sedang meleraikan sebuah motosikal di hadapan rumahnya.

Hasil semakan, motosikal Honda EX 5 berwarna gelap itu dilaporkan hilang di Marang.

Suspek yang sedang khayal akibat pengambilan dadah kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum disahkan positif dadah jenis heroin selepas ujian saringan air kencing dilakukan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

Bekas banduan ini berkemungkinan bakal kembali ke penjara kerana hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali bakal menanti jika mahkamah berjaya mensabitkan kesalahan ke atasnya.
Wanita sorok 70 pil kuda dalam coli
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
KUALA TERENGGANU- Cubaan seorang ibu kepada empat anak yang menyorokkan pil kuda di dalam coli dipakainya, tidak menjadi apabila taktiknya itu dapat dihidu pihak berkuasa yang membuat serbuan di kediamannya di Kampung Kubor Timah, Jalan Merang, di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, polis menemui 70 biji pil kuda yang disembunyikan di dalam coli di sebelah kiri berwarna biru yang dipakai suspek, 28.

Sebelum itu, adik lelaki suspek yang juga merupakan penuntut semester tiga, Ijazah Elektrikal di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Melaka, ditahan selepas cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis ke rumah mereka.

Suspek, 20, ketika itu difahamkan akan melaporkan diri pada minggu depan iaitu 9 September ini bagi meneruskan sesi pembelajaran semester tiga sedang berada di atas sebuah motosikal di hadapan rumah mereka.

Suspek terus memecut motosikalnya setelah menyedari kehadiran polis, bagaimanapun gagal setelah dia terbabas ke bahu jalan sebelum pemeriksaan ke atas tubuhnya, berjaya menjumpai 20 biji pil kuda.

Susulan kemalangan kecil itu, suspek mengalami cedera ringan di telapak tangan kanan dan kaki kanan.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad, kelmarin mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap kedua-dua beradik itu untuk disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya bagi ‘si kakak’ dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kepada ‘si adik’.
Tumpang teduh bawah flat
SYAIRI SHAARI
6 September 2012
Normashila mengemas pakaian keluarganya di Blok 168, Flat Sri Pangkor, kelmarin.
Normashila mengemas pakaian keluarganya di Blok 168, Flat Sri Pangkor, kelmarin.
SENTUL - Sebuah keluarga terpaksa merempat di bawah blok 168, Flat Sri Pangkor, di sini akibat gagal membayar sewa rumah.

Normashila Ayob, 52, berkata, dia bersama suami dan empat anaknya kini mengharapkan bantuan apabila terpaksa keluar dari rumah yang disewa di tingkat 13 setelah tuan rumah tersebut menamatkan tempoh sewa.

Menurutnya, keluarganya tiada pilihan dan telah cuba mencari rumah lain namun tidak mampu untuk membayar sewa yang tinggi dan memerlukan deposit.

“Buat sementara ini, dengan ihsan daripada pengurusan flat, mereka membenarkan keluarga saya tinggal di bawah flat ini sementara mendapatkan ihsan dan bantuan orang ramai,” katanya.

Normashila yang berasal dari Temerloh berkata, dia hanya bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan sebanyak RM500 manakala suaminya bekerja sebagai pembasuh pinggan yang tidak mempunyai gaji tetap.

Katanya, dengan pendapatan yang tidak seberapa, keluarganya sangat berharap mendapatkan bantuan kerana seorang anaknya adalah orang kurang upaya (OKU).

“Kami sekeluarga tidak tahu selama mana boleh bertahan dengan kehidupan seperti ini dan mengharapkan simpati daripada pihak berkuasa dan orang ramai menghulurkan bantuan.

“Selama ini juga anak-anak saya tidur dalam kesejukan dan apabila hujan terpaksa menerima tempias hujan dan nyamuk,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kesemua peralatan rumah keluarga ini seperti tila,, dapur memasak dan pakaian dihimpunkan di bawah flat tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Blok 166 dan 168, Flat Sri Pangkor, Amilludin Latip berkata, pihaknya akan berusaha membantu keluarga ini.

“Saya telah berbincang dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar keluarga ini ditawarkan sebuah rumah panjang milik DBKL.

"Perkara ini masih dalam perbincangan oleh pihak berkuasa berkenaan dan berharap keluarga ini dapat dibantu di atas dasar perikemanusiaan,” katanya.
Nyaris maut rempuh tembok
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Kereta dipandu mangsa remuk selepas merempuh tembok jambatan di Jalan Lendu - Alor Gajah.
Kereta dipandu mangsa remuk selepas merempuh tembok jambatan di Jalan Lendu - Alor Gajah.
ALOR GAJAH - Hanya disebabkan sakit kepala kerana migrain, seorang pensyarah Kolej Risda Ayer Paabas, di sini, nyaris maut selepas kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas merempuh tembok batu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa, Mahfuzah Jamaluddin, 28, dari arah pekan Masjid Tanah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kelemak.

Mahfuzah berkata, dia baru selesai makan malam bersama dua rakannya, Mohd Rafie Abd Razak, 20, dan Laili Idayu Abdullah, 29, di Kampung Rantau Panjang.

“Sebelum kejadian saya  sakit kepala berikutan migrain yang dihidapi sejak kebelakangan ini namun tidak menyangka penyakit it ini menyerang ketika memandu.

“Saya pening dan kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh tembok jambatan di Jalan Lendu - Alor Gajah, petang kelmarin,” katanya.

Menurutnya, dia hanya tersedar selepas berlaku dentuman kuat dan berusaha keluar sendiri dari kereta.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan parah,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Amir Hamzah Rozali, 32, berkata, dia terdengar bunyi dentuman ketika membelok keluar dari universiti tempatnya bekerja untuk pulang.

 “Sebaik terdengar bunyi dentuman saya mendapati sebuah kereta terbabas,” katanya.

Rakan mangsa, Laili Idayu Abdullah, 29, pula berkata, ketika keluar makan bersama di kedai milik ibunya di Kampung Rantau Panjang, mangsa mengadu tidak sihat dan seperti mahu pitam sebelum terus bertolak pulang.

“Ketika itu, saya juga mahu menghala ke pekan Alor Gajah melalui jalan Ayer Paabas namun menyedari kereta mangsa tidak mengekori di belakang sebelum saya menerima panggilan telefon daripada seseorang menggunakan telefon bimbit mangsa,” katanya.

 Sementara itu jurucakap paramedik berkata, disebabkan rempuhan kuat, kaki kiri mangsa retak, selain koyak di betis kiri.
“Mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Melaka,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu.
Budak minta sedekah di bank
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Kanak-kanak (dalam bulatan) ini meminta sedekah sehingga ke parkir kereta.
Kanak-kanak (dalam bulatan) ini meminta sedekah sehingga ke parkir kereta.
BAHAU - Tindakan empat kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun yang berkeliaran sekitar kawasan sebuah perbankan di daerah ini sambil mengutip sedekah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat.

Malah, difahamkan, kanak-kanak ini dipercayai turut memaksa mana-mana pelanggan bank berkenaan agar memberi wang sehingga mengekori mereka ke tempat parkir kereta.

Orang awam, Fauzi, 30-an berkata, dia sering melihat kanak-kanak itu pada waktu pagi dan petang.

“Mereka ini datang dalam waktu pejabat sekitar jam 9 pagi hingga 5 petang. Selagi mereka tidak dapat wang, mereka akan tunggu walaupun sekadar RM1.

“Keadaan ini sudah berlarutan hampir dua minggu dan tindakan mereka berkeliaran sekitar bank itu memang mengundang rasa tidak selesa,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, kanak-kanak yang dimaksudkan itu ada datang ke bank itu kelmarin sebelum beredar  beberapa minit kemudian.

Namun hal itu tidak berlarutan begitu lama susulan ia dapat dihidu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah yang mendapat maklumat mengenai keluarga kanak-kanak berkenaan.

Pegawai JKM daerah, Mustafal Bakri Muhammad Yusof berkata, dia sudah menemui ibu dan nenek kanak-kanak itu kelmarin dekat kediamannya di sini.

Menurutnya, dua daripada empat kanak-kanak yang terlibat adalah anak mereka dan selebihnya anak rakan mereka.

"Namun, ibu kanak-kanak ini menjelaskan mereka tidak mengetahui anaknya meminta sedekah dan beranggapan anaknya itu ke sekolah.
"Bagaimanapun, isu itu dianggap selesai selepas kita meminta mereka memantau dan mengambil perhatian lebih mengenai kegiatan anak mereka," katanya ketika ditemui, semalam.

Mustafal berkata, sekiranya ingkar, tindakan lebih tegas akan diambil agar isu itu tidak berlarutan.

"Saya mengingatkan agar semua ibu bapa dan penjaga dapat memantau kegiatan anak masing-masing bagi mengelakkan kes sama berlaku.

"Orang awam juga  diminta memaklumkan segera kepada kami sekiranya berlaku kes seperti itu," katanya.
Pencuri tersilap rumah
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Kanamah menunjukkan tingkap di mana tempat dia melihat lelaki yang mengumpil pintu gril rumahnya.
Kanamah menunjukkan tingkap di mana tempat dia melihat lelaki yang mengumpil pintu gril rumahnya.
LUKUT – Niat jahat dua lelaki yang dipercayai ingin memecah masuk sebuah rumah di Taman Negeri, di sini terbantut apabila mereka tersilap rumah selepas kediaman yang menjadi sasaran sebenarnya berpenghuni.

Penghuni rumah berkenaan, P Kanamah, 47, berkata, dia menyedari pintu hadapan rumahnya sedang cuba diumpil dari luar menggunakan parang oleh seorang lelaki yang lengkap memakai penutup muka.

Menurutnya,  ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 10.45 pagi itu, dia berada di dalam bilik untuk mengambil tuala kerana mahu ke bilik air.

“Saya terdengar bunyi yang mencurigakan dari pintu utama rumah dan saya kemudian menyelak kain langsir tingkap berhampiran dengan pintu sebelum terlihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu geril rumah saya.

“Secara spontan, saya terus menjerit sekuat hati dan lelaki itu lari sementara ada seorang lagi rakannya sedang menunggu di atas motosikal jenis EX5 yang enjinnya belum dimatikan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kanamah berkata, semasa kejadian saya hanya tinggal berdua  dengan ibu.

"Ketika itu, saya sangat terperanjat dan hanya duduk ketakutan di dalam rumah. Namun kira-kira dua jam kemudian, saya memberanikan diri untuk keluar dari rumah dan terlihat dua lelaki tadi menunggu di persimpangan jalan.

“Saya terus memberitahu seorang jiran berkenaan hal itu dan dia cuba mendekati dua lelaki berkenaan, namun mereka melarikan diri,” katanya.

Katanya, mujur dia menyedari kegiatan lelaki itu yang cuba memecah masuk rumahnya, jika tidak pasti sesuatu kejadian buruk akan berlaku.
Mati terminum racun serangga
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Macha (kiri) ditemani Josephin di pekarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka
Macha (kiri) ditemani Josephin di pekarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka. Gambar kecil: Raman
ALOR GAJAH - Selepas kurang 48 jam bertahan, seorang lelaki maut selepas dipercayai terminum racun serangga ketika berada dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol di rumahnya di Rembia, dekat sini kira-kira jam 5 pagi semalam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu itu, mangsa, C K Raman, 42, baru pulang ke rumah dalam keadaan separuh sedar dan terhuyung-hayang sebelum meneguk racun serangga dalam sebuah bekas.

Isteri mangsa, N Macha, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang memasak dan menyedari kepulangan mangsa.

"Saya sedar kepulangan suami yang berada di bawah pengaruh alkohol dan membiarkan sahaja sehingga dia sedar semula.

"Namun saya tidak menyangka suami mencapai bekas berisi racun serangga yang memang disimpan di rumah," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyedari mangsa sudah  keluar semula dari rumah dan terkejut apabila jiran, Josephin, 30, menjerit memanggilnya serta memaklumkan mangsa akan dihantar ke hospital selepas mengadu loya dan hendak muntah.

“Melihat keadaan suami yang lemah, jiran menghantarnya ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka namun sehari kemudian saya dimaklumkan suami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan kondisinya yang kritikal," katanya.

Macha berkata, sejak dua minggu lepas suaminya itu yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian ada menunjukkan perubahan sikap apabila sering memintanya membuatkan air susu sahaja selepas mengadu perutnya rasa tidak selesa.

Sementara Josephin, 30, berkata, dia yang berada di luar rumah menyedari keadaan mangsa yang terhuyung-hayang dan kelihatan lemah sambil berjalan di luar rumah sebelum mangsa mengadu tekaknya berasa loya.

"Saya kemudiannya bergegas memanggil suami di dalam rumah dan membantu memapah mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan berhubung laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Remaja dirogol bergilir-gilir
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
BUTTERWORTH - Tindakan seorang remaja perempuan yang sanggup berbohong kepada ibu bapa kononnya mahu keluar untuk menyertai sambutan malam kemerdekaan anjuran rakannya, mengundang padah apabila dirogol bergilir-gilir empat remaja.

Lebih malang, kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu didalangi teman lelakinya sendiri.

Kejadian berlaku pada malam sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di rumah teman lelakinya di sini, bagaimanapun, hanya didedahkan ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan murung selepas pulang ke rumah.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, remaja perempuan yang berasal dari Tanjung Tokong itu bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun dikatakan menyambut malam merdeka di kawasan Rawat & Rehat, Lingkaran Luar Butterworth (Borr) di sini, sekitar jam 8 malam.

“Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api, mangsa dibawa ke rumah teman lelakinya untuk bermalam.Ketika kejadian, ibu bapa teman lelakinya berada di luar daerah dan mereka disertai tiga remaja yang merupakan rakan teman lelakinya itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya setelah dipujuk, sebelum diikuti tiga remaja terbabit dan mangsa dihantar pulang pada keesokan harinya.

“Mangsa dikesan dalam keadaan murung oleh ibunya. Selepas ditanya, mangsa memaklumkan dia dirogol dan ibu mangsa membuat laporan polis sejurus selepas itu.

“Kita hanya berjaya menahan dua remaja, termasuk teman lelaki mangsa pada malam 3 September lalu, manakala dua remaja lain menghilangkan diri,” katanya.
Mayat tersangkut celah pokok
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Jenazah Amran diusung ahli keluarga
Jenazah Amran diusung ahli keluarga untuk dibawa pulang sebaik selesai bedah siasat di Hospital Kepala Batas selepas ditemui lemas ketika mencari kepah di Kuala Muda, Penaga.
PENAGA - Seorang pekerja kilang yang hilang ketika mencari kepah di pantai Kuala Muda, di sini tengah hari kelmarin ditemui mati lemas, pagi semalam.

Amran Mohd Yusuf, 28, anak kedua pasangan Mohd Yusuf Ahmad, 54, kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim dan suri rumah, Rojiha Sabar, 52, ditemui jam 7.50 pagi.

Mangsa yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim dikhuatiri lemas pada jam 11 pagi kelmarin ketika bersama kembarnya, Amir, rakannya Shahrulnizam A Rani, 39, dan Azly Firdaus, 13, mencari kepah.

Pegawai Operasi Bomba yang juga Komandan Gerakan Mencari dan Menyelamat Kuala Muda, Pegawai Kanan Bomba Zahinur Hamzah berkata, Amran ditemui tersangkut di celah pokok kayu oleh nelayan yang meneruskan gerakan mencari selepas ia dihentikan petang kelmarin.

“Mangsa ditemui terapung lebih kurang 200 meter dari tempat dia dipercayai hilang, di muara sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Pulau Mertajam di sini.
“Semasa ditemui, bahagian mukanya dipenuhi lumpur. Mayatnya dihantar untuk bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Kepala Batas sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, suasana di Unit Forensik hospital berkenaan sepi dan sayu biarpun dipenuhi waris terdekat, sanak saudara dan rakan mangsa yang datang menantikan jenazahnya.

Malah ibunya, Rojiha beberapa kali pengsan dan terpaksa ditenteramkan oleh ahli keluarga terdekat semasa diberi peluang melihat anak keduanya itu sebelum dikapankan dan dibawa keluar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek, Padang Serai, Kulim sejurus selepas
Air busuk didakwa ganggu aktiviti penternakan dan pertanian
ISMANIZA AHMAD
6 September 2012
V Sivakumar
Sivakumar ketika menjelaskan perkembangan terkini mengenai isu bau busuk di Papan selepas berbincang dengan Datuk Bandar.
Air busuk didakwa ganggu aktiviti penternakan dan pertanian
Keratan akhbar 1 September lalu.
IPOH – Pihak berkenaan diharapkan dapat menyediakan tempat baru buat penternak dan petani yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah di Papan dekat sini, agar kerja-kerja merawat kawasan itu dapat dilakukan sebagai langkah mengurangkan bau busuk.

Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, selain bau yang meloyakan, penternak dan petani itu menghadapi masalah dengan air busuk yang mengalir dari kawasan itu ke tempat penternakan ikan serta kebun mereka.

Menurutnya, keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan lebih 30 petani dan penternak  yang bergantung kepada hasil  penjualan ikan dan sayur untuk menampung kehidupan terpaksa akur kerana hasil itu mati gara-gara air kotor itu.

“Sebelum ini, kami pernah berjumpa dengan Datuk Bandar untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal ini, bagaimanapun mendapat maklum balas positif apabila masalah itu mendapat perhatian dan pihaknya akan cuba menyelesaikannya,” katanya selepas bertemu dengan Datuk Bandar di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan, MBI memerlukan kawasan lebih luas untuk menyediakan tempat penapisan air di kawasan tapak pelupusan sampah agar ia segera dirawat bagi mengelakkan daripada mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengelembu, Lim Pek Har.

Beliau berkata, selagi petani dan penternak masih berada di kawasan itu, kerja-kerja penambahbaikan bagi tapak itu tidak dapat dilakukan yang akhirnya akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan penternak, petani dan penduduk setempat.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat turun padang seterusnya memberikan kawasan baru untuk petani dan penternak di sini meneruskan aktiviti harian mereka memandangkan kawasan itu tidak lagi sesuai untuk kegiatan harian mereka,”katanya.
Laksana ibadah dalam hujan
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Mustaffa
Mustaffa menunjukkan surau di Parit 8/6L, Labu Kubong yang mengalami kebocoran atap sehingga memberikan masalah kepada Jemaah.
SUNGAI MANIK - Kebocoran atap yang berlarutan sejak dua tahun lalu menyebabkan hampir 60 jemaah Surau Al Huda, di Parit  8/6L, Labu Kubong, di sini, terpaksa menunaikan solat berjemaah dalam keadaan tidak selesa.

Ketua Kampung, Mustaffa Abdullah memaklumkan, keadaan itu menimbulkan masalah buat jemaah setiap kali hujan melanda serta menyebabkan beberapa bahagian dalam surau menerima kesan buruk.
Menurut beliau, kebocoran berlaku di beberapa kawasan bahagian dalam surau dan beliau serta ahli jawatankuasa surau menadah air menggunakan baldi setiap kali waktu hujan.

"Antara kawasan bocor yang dikenal pasti adalah di ruang tengah atau ruang solat dan ia menyukarkan jemaah untuk beribadah," katanya.
Katanya, keadaan akan bertambah teruk jika hujan turun pada waktu malam yang mana ahli jawatankuasa, termasuk beliau tidak berada di lokasi surau untuk menadah baldi di kawasan yang mengalami kebocoran.

Beliau menjelaskan, keadaan ini menyebabkan karpet di ruang solat basah dan menimbulkan bau busuk yang turut mengganggu keselesaan jemaah.

"Sebagai langkah alternatif kami menyembur pewangi pada karpet berkenaan demi menjaga keselesaan jemaah ketika menunaikan solat.

"Kita juga telah membuat permohonan kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan bagi membolehkan kami membaiki kerosakan di surau ini.

"Kami berharap kelulusan peruntukan berkenaan dapat disegerakan demi kepentingan jemaah selain dapat memastikan surau ini dapat terus diimarahkan," katanya.
Peragut kantoi menyorok dalam semak
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
MANJUNG – Usaha dua lelaki cuba menyembunyikan diri dalam sebuah belukar gagal, apabila ‘sarang’ persembunyian mereka dibakar sebelum disodok menggunakan jentolak di Taman Sitiawan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Isnin lalu, dua lelaki berkenaan melarikan diri selepas menyerang dan merampas wang tunai bernilai hampir RM20,000 daripada seorang mangsa di kawasan berhampiran.

Sumber polis memaklumkan, kumpulan berkenaan yang menunggang motosikal dipercayai menyerang setelah mengekori mangsa yang memandu kereta dari sebuah bank di bandar berkenaan.

“Mangsa baru sahaja mengeluarkan wang berjumlah RM20,000 sebelum diserang dua lelaki itu yang bersenjatakan pisau.

“Suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun dirempuh sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan melarikan diri di kawasan semak berhampiran,” katanya.

Sinar Harian dimaklumkan, beberapa orang ramai yang melihat insiden itu membantu dengan menghubungi polis dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menjejaki suspek.

“Anggota polis dan Rela digerakkan bagi memberkas dua lelaki itu yang dipercayai bersembunyi dalam belukar berkenaan, hasilnya salah seorang daripada mereka tampil menyerah diri,” katanya.

Bagaimanapun, keengganan seorang lagi suspek menyerah diri membuatkan orang ramai bertindak membakar belukar berkenaan selain menggunakan jentolak untuk menakut-nakutkan lelaki berkenaan.

“Lelaki itu akhirnya keluar menyerah diri sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba memuji kerjasama yang ditunjukkan orang ramai membantu pihak berkuasa membanteras jenayah di daerah itu.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan berusaha mengesan barang bukti kes yang dipercayai disembunyikan suspek di kawasan belukar itu.
Taktik 'abang saudara' gagal perdaya penguat kuasa
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Pasangan kekasih itu disoal siasat oleh anggota penguat kuasa JAJ daerah Kluang.
Pasangan kekasih itu disoal siasat oleh anggota penguat kuasa JAJ daerah Kluang.
KLUANG - Seorang lelaki bertindak nekad melarikan diri dari dicekup anggota bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang di sebuah hotel bajet di sekitar bandar Kluang, Sabtu lalu.

Pemuda yang berusia 23 tahun itu dipercayai mahu melarikan diri apabila mengetahui JAJ Kluang mengadakan operasi di situ yang secara kebetulannya dia menyewa bilik hotel bersama kekasihnya berusia 18 tahun.

Berikutan kejadian itu, berlaku adegan kejarmengejar kira-kira 10 minit dan akhirnya lelaki berkenaan berjaya ditangkap untuk disoal siasat.

Difahamkan, lelaki berkenaan melarikan diri kerana takut ditangkap berkhalwat bersama pasangannya yang pada mulanya dikatakan ‘abang saudara’.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, setelah didesak oleh pegawai bertugas, pasangan itu mengakui singgah di hotel itu untuk bermalam dan kebetulan keluarga perempuan tiada di rumah, kerana ke Negeri Sembilan.

“Malah, remaja perempuan yang tinggal Taman Sri Kluang itu memberi alasan tiada kunci rumah untuk memasuki rumahnya menyebabkan dia dan pasangannya menyewa di bilik hotel bajet.

“Namun JAJ tidak terperangkap dengan alasan-alasan sedemikian,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan itu ditahan oleh penguatkuasa JAJ lebih kurang jam 4.20 pagi dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan.

Hasil soal siasat mendapati perempuan itu masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Melaka, manakala lelaki berkenaan bekerja di sebuah kilang di Kluang.

“Bagaimanapun, pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang mana boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Operasi yang dijalankan itu diketuai Ketua Unit Penguat kuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin dan melibatkan lapan anggota Penguatkuasa JAJ daerah Kluang serta empat  anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Rogol anak saudara OKU
NORSHIKIN MOHD SALLEH
6 September 2012
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 21 sebatan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan rogol dan liwat ke atas seorang remaja perempuan, awal tahun ini.

Tertuduh berusia 50 tahun, yang juga bapa saudara kepada mangsa yang berusia 19 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan terbabit secara berulang dari 11 Januari hingga Mac 2012, di sebuah rumah di Pontian.

Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan orang kurang upaya (akal) hanya memaklumkan kejadian terbabit kepada rakan sekolahnya sebelum tindakan susulan diambil oleh pihak sekolah dan kedua ibu bapanya.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada 11 Januari 2012 dan mengulangi perbuatan itu pada 12 Mac 2012 dan 14 Mac tahun ini yang disiasat di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Manakala bagi tuduhan lain, lelaki berkenaan didakwa merogol mangsa pada 13 Mac 2012 di lokasi yang sama dan didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Hakim, Hassan Abdul Ghani menetapkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan bagi tiga pertuduhan meliwat dan 18 tahun penjara dan 15 sebatan bagi kesalahan merogol.

Beliau bagaimanapun membenarkan kesemua hukuman penjara dijalankan secara serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu 5 April 2012.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Chuah Shyue Chien manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Taktik 'abang saudara' gagal perdaya penguat kuasa
Wartawan Sinar Harian
5 September 2012
Pasangan kekasih itu disoal siasat oleh anggota penguat kuasa JAJ daerah Kluang.
Pasangan kekasih itu disoal siasat oleh anggota penguat kuasa JAJ daerah Kluang.
KLUANG - Seorang lelaki bertindak nekad melarikan diri dari dicekup anggota bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang di sebuah hotel bajet di sekitar bandar Kluang, Sabtu lalu.

Pemuda yang berusia 23 tahun itu dipercayai mahu melarikan diri apabila mengetahui JAJ Kluang mengadakan operasi di situ yang secara kebetulannya dia menyewa bilik hotel bersama kekasihnya berusia 18 tahun.

Berikutan kejadian itu, berlaku adegan kejarmengejar kira-kira 10 minit dan akhirnya lelaki berkenaan berjaya ditangkap untuk disoal siasat.

Difahamkan, lelaki berkenaan melarikan diri kerana takut ditangkap berkhalwat bersama pasangannya yang pada mulanya dikatakan ‘abang saudara’.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, setelah didesak oleh pegawai bertugas, pasangan itu mengakui singgah di hotel itu untuk bermalam dan kebetulan keluarga perempuan tiada di rumah, kerana ke Negeri Sembilan.

“Malah, remaja perempuan yang tinggal Taman Sri Kluang itu memberi alasan tiada kunci rumah untuk memasuki rumahnya menyebabkan dia dan pasangannya menyewa di bilik hotel bajet.

“Namun JAJ tidak terperangkap dengan alasan-alasan sedemikian,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan itu ditahan oleh penguatkuasa JAJ lebih kurang jam 4.20 pagi dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan.

Hasil soal siasat mendapati perempuan itu masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Melaka, manakala lelaki berkenaan bekerja di sebuah kilang di Kluang.

“Bagaimanapun, pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang mana boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Operasi yang dijalankan itu diketuai Ketua Unit Penguat kuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin dan melibatkan lapan anggota Penguatkuasa JAJ daerah Kluang serta empat  anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bayar kompaun untuk elak ke mahkamah
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Bayar untuk elak ke mahkamah
Tunggakan kompaun tidak mempamerkan kupon letak kenderaan antara tunggakan tertinggi di MDS.
SEGAMAT - Majlis Daerah Segamat menyarankan pemegang kompaun untuk menjelaskan tunggakan mereka sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Yang Dipertuanya, Ismail Abu berkata, sebelum ini, pihaknya ada membuka tawaran diskaun secara keseluruhan mengikut semua jenis kesalahan yang dilakukan dengan tawaran harga berbeza.

Menurutnya, ia adalah salah satu usaha dalam menggalakkan mereka membayar tunggakan untuk tempoh tertentu, selain memberi ruang dengan memanjangkan tarikh diskaun itu sehingga tiga bulan pertama tahun ini.

“Namun begitu, masih banyak tunggakan yang kita perolehi. Dalam usaha untuk terus menggalakkan pemegang kompaun menjelaskan tunggakan itu, kita telah membawa 10 kes terawal ke mahkamah untuk dibicarakan.

“Walaupun terdapat perubahan dari segi kesedaran pemegang kompaun ini, kita masih meneruskan untuk membawa kes tunggakan ini ke mahkamah terutamanya yang melibatkan tunggakan lebih RM1,000,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ismail berkata, antara tunggakan tertinggi adalah kompaun yang melibatkan kesalahan tidak mempamerkan kupon letak kenderaan.

Menurutnya, pihak MDS telah memberi banyak peluang kepada pemegang kompaun ini dan pelbagai usaha juga dijalankan, selain melatih pengguna menggunakan kupon letak kenderaan.

“Mulai 3 September yang lalu, kita telah melantik tujuh wakil MDS untuk bergerak secara dari rumah ke rumah untuk memaklumkan jumlah tunggakan serta digalakkan membayar terus kepada wakil MDS ini.

“Selain itu, kita sekali lagi membuka diskaun bagi semua jenis kompaun dengan penyelarasan 70 peratus potongan daripada jumlah asal kompaun untuk menarik lebih ramai pemegang kompaun tertunggak menjelaskannya sebelum 31 Disember 2012,” katanya.

Ismail juga turut memberitahu, dengan kesedaran itu, jumlah kutipan kompaun meningkat iaitu dari RM700,000 pada tahun lalu berbanding lebih RM1 juta untuk tahun ini.