APA DE HAIRAN...HALANG MENGHALANG...HUDUD HUKUM ALLAH PUN ADA ORANG
ISLAM HALANG...SERTA KATA2 MACAM MENGHINA@MENGODEM HUKUM ALLAH.....ALLAH
HANYA TERIMA IBADAH KITA....PERJUANGAN KITA....SOLAT KITA...HAJI
KITA...PUASA KITA...DLL...DENGAN SYARAT 'AKIDAH KITA BENAR DAN IBADAH
KITA SAH'...JANGAN TANYA MUFTI2....LAMBAT JAWAB...TANYA DENGAN
ALLAH....DENGAN BUAT SOLAT SUNAT ISTIHARAH
Mahasiswa kecewa UIA batalkan tempat K-Fiqh
|
Harakahdaily,
|
15 Sep 2012
|
KUALA LUMPUR: Terkejut dengan pembatalan tempat program Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa (K-Fiqh) yang bertempat di
Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mahasiswa berasa sangat kecewa dengan pihak pentadbiran universiti.
Program yang berlangsung pada hari ini, Sabtu telah dibatalkan tempatnya dalam tempoh 36 jam oleh UIA.
Setelah kecewa dengan UIA, pihak penganjur, K-Fiqh Sdn Bhd dengan
kerjasama Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) telah menempah tempat
baru dalam masa sehari sebelum program yang bertempat di auditorium
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mampu memuatkan sehingga 1,400
peserta.
"Kami di peringkat mahasiswa membantah sekeras-kerasnya tindakan UIA
yang bertindak secara tidak professional," kata Pengerusi WUFI UIA,
Saiful Mat Amin.
Sebelum ini, katanya WUFI pernah menganjurkan himpunan Tolak 1.0
kerana membantah campur tangan politik daripada luar yang menyebabkan 4
isu besar iaitu tekanan UIA terhadap Prof Aziz Bari, penukaran tempat
ceramah Ustaz Azhar Idrus, pembatalan program bersama Datuk Saifudin
Abdullah dan pembatalan keterlibatan Presiden MPP UIA dalam program di
TV9.
Selain itu, ujarnya masyarakat juga kesal dengan Rektor UIA, yang
telah mengeluarkan arahan pembatalan tersebut yang menggunakan alasan
bercanggah dengan semangat AUKU walhal UIA tidak tertakluk di bawah
AUKU.
"Kami mendapat maklumat dan percaya bahawa isu pembatalan tempat
program K-Fiqh ini mendapat campur tangan politik luar dan ‘tangan
ghaib’ yang cuba mencemari kebudayaan ilmu di Taman Ilmu dan Budi,"
ujarnya.
Tambahnya, pihak mahasiswa juga sangat bimbang bahawa kemungkinan
untuk berlakunya manipulasi sistem E-Undi dalam pilihanraya kampus (PRK)
yang akan berlaku pada 25 September adalah sangan tinggi.
Menurutnya, mengikut kajian terkini, PRK kali ini adalah paling
sengit kerana ia menjadi cerminan kepada PRU-13 dan telah mendapat
campur tangan khusus daripada pihak Perdana Menteri.
"Justeru, kami menegaskan kepada seluruh pihak khususnya pentadbiran
UIA supaya menjaga nama baik dan memelihara kesucian UIA sebagai Taman
Ilmu dan Budi," katanya lagi.
Penerbit filem hina Islam guna 10 nama, pernah tipu bank
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
Rumah Nakoula Basseley Nakoula di Cerritos, California menjadi tumpuan media sejak beberapa hari lalu. - Foto ihsan CNN
LOS ANGELES - Pegawai-pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang
mengkaji semula tempoh pemantauan ke atas seorang penduduk tempatan,
yang dipercayai menghasilkan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam
seluruh dunia.
Jurucakap Pejabat Pentadbiran Mahkamah AS, Karen Redmond berkata,
Nakoula Basseley Nakoula telah disabitkan bersalah pada 2009 berhubung
kesalahan menipu bank.
Hukuman yang dijatuhkan meletakkan dia di bawah pemantauan selama lima tahun.
Pegawai-pegawai persekutuan mengesyaki Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab menerbitkan filem Innocence of Muslims.
Laporan media menyebut lelaki itu menggunakan nama yang berlainan, tetapi Associated Press melaporkan dia orang yang sama.
Dipetik CNN, Redmond berkata, semakan semula hukuman pemantauan masih berjalan.
Bagaimanapun beliau tidak memberi maklumat bila dan sebab semakan ke
atas pemantauan diadakan, selain bila proses itu akan selesai.
Sepanjang pemantauan, Nakoula tidak boleh mengguakan komputer atau
mana-mana peralatan yang membolehkan dia akses kepada Internet tanpa
kebenaran pegawai pemantau.
Dia pernah menjalani hukuman penjara selama setahun di Lompoc, California.
Bagaimanapun pegawai-pegawai mahkamah tidak dapat memberi maklumat sama
ada Nakoula telah memulangkan kembali AS$794,700 (lebih RM2.1 juta)
sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.
Sejak sedutan filem itu disebar luas menerusi YouTube, Nakoula
dilaporkan sudah menghilangkan dirinya daripada publik dan tinggal
bersama keluarganya di rumah mereka di Cerritos, California. Kawasan
rumahnya juga kini menjadi tumpuan wartawan.
Cerritos terletak kira-kira 35 kilometer ke tenggara Los Angeles.
Filem itu, dihasilkan oleh kumpulan anti-Islam di AS, satu projek kos
rendah yang tidak dipandang di AS ketika mula ditayangkan tiga bulan
lalu.
Bagaimanapun ia mencetuskan protes dan keganasan di Mesir, Yaman,
Tunisia, Maghribi, Sudan, Iran, Iraq, Palestin dan wilayah Palestin,
serta di Indonesia dan Malaysia, apabila dimuat naik menerusi YouTube.
Minggu ini, FBI telah menghubungi penerbit filem itu ekoran risiko
ancaman, kata seorang pegawai penguat kuasa undang-undang persekutuan
kepada CNN kelmarin.
Bagaimanapun dia tidak tertakluk kepada siasatan.
Satu laporan awal awam mengenai Nakoula muncul awal minggu ini apabila
dia menghubungi Jabatan Sheriff Los Angeles malam Rabu lalu untuk
membuat laporan mengenai gangguan, kata jurucakap polis Steve Whitmore.
Dia mahu polis tempatan memberi perlindungan ke atasnya.
Apabila berita mengenai filemnya muncul, penerbitnya mengelar dirinya, Sam Bacile.
Bacile memberitahu Wall Street Journal berkata, dia seorang keturunan
Israel-AS berusia 52 tahun, dan merupakan ejen hartanah dari California.
Katanya, penderma Yahudi membiayai filem itu.
Seorang anggota staf penerbitan, yang pernah terlibat dalam peringkat
awal pembikinan filem itu memberitahu CNN bahawa nama yang diisi pada
borang Screen Actors Guild adalah "Abenob Nakoula Bassely". Penyelidikan
rekod awam menunjukkkan Abanob B. Nakoula tinggal di alamat yang sama
dengan Nakoula Basseley Nakoula.
Dia percaya bahawa penerbit filem itu seorang Kristian Koptik dan
ketika mereka bercakap menerusi telefon semasa penggambaran berjalan,
Nakoula pernah berkata dia berada di Iskandariah, Mesir untuk menjana
dana bagi filemnya.
Mesir pernah menyaksikan ketegangan antara masyarakat Islam dan minoriti 'Copts'.
Seorang lagi yang pernah terlibat dalam penghasilan filem ini berkata, dia mengenali penerbit filem dengan nama Sam Bassil.
Dia menandatangani cek menggunakan nama itu.
Apabila CNN membuat penyelidikan mengenai Sam Bassil, pejabat Peguam
Negara menghantar satu salinan tuduhan yang dibawa pada 2009.
Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Nakoula disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank.
Beberapa nama sampingan atau nama lain juga disertakan dalam kertas
tuduhan iaitu Mark Basseley Youssef, Yousseff M. Basseley, Nicola Bacily
dan Malid Ahlawi. Dokumen mahkamah yang lain menggunakan Thomas J.
Tanas, Ahmad Hamdy dan Erwin Salameh sebagai alias.
Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, penerbit itu menyifatkan
filemnya sebagai "satu usaha untuk membawa perhatian kepada hipokrasi
Islam."
"Islam itu kanser," dakwanya.
"Filem ini filem politik, bukan filem agama," katanya mempertahankan
pembikinan filem yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan
nyawa termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens.
Setiausaha Azmin dihalang masuki Sabah
 |
- Nigel Aw
- 10:58AM Sep 15 2012
|
|
Setiausaha
politik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilarang memasuki Sabah
selepas tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu semalam untuk menghadiri
sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat pada Ahad.

Hilman
Idham berkata, larangan beliau memasuki negeri itu dibuat melalui Notis
Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan
Ketua Menteri Sabah yang ditandatangani oleh seorang pegawai kanan
imigresen Sabah.
Beliau pada jam 3.20 petang semalam mendarat di
lapangan terbang negeri di bawah bayu itu bersama delegasi 14 orang yang
diketuai oleh Azmin sebelum dilarang imigresen.
"Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.
"Tujuan
saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak
imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional
sebegini," katanya dalam kenyataan media.
Umno, Pas gabung kecam Innocence of Muslims
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
Datuk Seri Abdul
Hadi Awang berdoa agar mereka yang terbabit dalam pembikinan filem
'Innocence of Muslims' mendapat balasan setimpal di pekarangan Masjid
Rusila, Marang, semalam
SHAH ALAM – Umno menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Pas
selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk
bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat
baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus
memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW
itu menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia sehingga
berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya.
“Insiden tersebut amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat supaya melakukan perhimpunan tanpa melibatkan keganasan.
“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada
peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar
Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isi kandungan filem itu sengaja diputar-belitkan supaya
umat Islam dilabelkan sebagai pengganas dan tidak bermoral di mata
dunia.
Ahmad berkata, umat Islam harus bergabung tanpa mengira fahaman atau bangsa demi menyelamatkan maruah Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul
Bari Mat Jahaya berkata, beliau menyokong cadangan itu dengan
sepenuhnya.
Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan
Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya.
Beliau berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala
tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan
tindakan mempersendakan Islam.
“Saya juga ingin mencadangkan ahli agama bersatu menjawab semua fitnah
itu secara ilmiah dalam beberapa bahasa menjelaskan perkara ini.
“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai mencari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,” katanya.
Fathul Bari berkata, pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka
yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan
benar.
Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
Siri 1: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
Berpegang
dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi
seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai
cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang
terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam
terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam
penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta
ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi
bersih dalam urusan agama.
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:
Saya
mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang
Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan
pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang
penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu
memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil
semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di
bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah
s.w.t:
لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Kalau
ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari
apa yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)
Saya
mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala
kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil
bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta
sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami
maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan
melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri.
Firman Allah s.w.t:
أَفَحَسِبْتُمْ
أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ
الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maka adakah patut kamu menyangka
bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja
dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka
pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian)
Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap
Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang
mulia.
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
Saya mestilah
beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan
diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia
supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui
asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman
bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah
Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim
sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:
وَلَقَدْ
بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ
وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ
حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya
Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan
memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul
itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang
berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian
lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan
Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
Saya mestilah
beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah
'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya,
memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman
Allah s.w.t:
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ
مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ
الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki
pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi
makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki
(kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai
Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
Saya
mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada
Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka
ialah api neraka. Allah menjelaskan:
فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka."
(Surah Al-Syura 42: Ayat 7)
Saya
mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan
kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian
kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik
dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan
paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan
kehendakNya. Firman Allah s.w.t:
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
Demi
diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal)
jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada
bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang
sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia
bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran
maksiat).
(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)
Dan firman Allah s.w.t;
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya.
(Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).
Saya
juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu
adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia
mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan
Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari
nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t:
وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Dan
(katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua
perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya
terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah
Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk
kembali (dalam segala keadaan).
(Surah Al-Syura 42: Ayat 10)
Saya
mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang
layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w
telah bersabda:
لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ
اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا لَا يَحْفَظُهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَ
الْجَنَّةَ وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ
"Allah s.w.t
mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa
yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan
menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Saya
mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan
memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah
Rasulullah s.a.w:
تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فإنكم لن تقدروا قدره
"Berfikirlah
kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan
tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya."
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)
Berhubung
dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran
Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan(UluhiyyahNya). Kita
dapati beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa'
(kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainan dengan segala
makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga
menemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya,
Maha Kaya dari segala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada
kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang menunjukkan
keEsaan Allah pada ZatNya, sifat-sifatNya dan perbuatanNya,
kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita
temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala
iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup yang penuh dengan
kesempurnaan.
Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masih
banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain
bagi Allah s.w.t yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang
terbatas, tentang hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah
dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya
sendiri.
Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para
salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan
perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci
Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam
Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada
Allah s.w.t.
Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk
penta'wilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf
(terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan yang
berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antara
golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini.
Saya juga mesti
mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan
dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan
RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah
semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini
jelas dalam firman Allah s.w.t:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah taghut.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
Saya
juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain.
Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan
Allah dan larangan-laranganNya.
Allah s.w.t menjelaskan:
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Dan
sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar
perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab
Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(Surah Al-nur 24: Ayat 52)
Firman Allah s.w.t seterusnya:
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
Sesungguhnya
orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak
dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka
beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)
Saya
mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk
menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila
bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan
senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini,
pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat
diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang
menyatakan:
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
"zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati
manusia.
(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)
FirmanNya lagi:
وَمَنْ
يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ
قَرِينٌ وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ
أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan
pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah,
Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari
jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang
yang mendapat hidayat petunjuk.
(Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37).
Dr.
Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya
orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi
penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr. Riel Karienji
menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa
keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh
seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit
gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain.
Saya
juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang
menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya.
Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan,
berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup
dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum
kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai
Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:
قُلْ
إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ
وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا
وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ
إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ
فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي
الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika
bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan
isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta
benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu)
menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak
akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).
(Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)
Pengorbanan
demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan
kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:
ثَلَاثٌ
مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ
وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ
لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي
الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:
- Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
- Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka."
Saya
mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan
menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang
membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang
menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini
menepati seruan Allah s.w.t:
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
(Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)
Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:
احْفَظْ
اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ
فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ
أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ
يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ
اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا
بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْالْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ
الصُّحُفُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
"Pelihara
titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang
masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di
hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah
dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan
dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi
sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan
mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka
sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah
mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala
telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah
kering kertas (telah ditentukan kesemuanya)."
Saya mestilah
mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan
dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalah satu
dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan
pengurnia. Allah menyatakan:
وَاللَّهُ
أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا
وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu
kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan
kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran);
supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 78)
Seterusnya Allah berfirman:
وَءَايَةٌ
لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا
حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ(33)وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ
وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ(34)لِيَأْكُلُوا مِنْ
ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ
Dan
dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan
kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan
daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami
pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari
buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka
patutkah mereka tidak bersyukur?.
(Surah Yasin 36: Ayat 33-35)
Sebenarnya
Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang
bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang
ingkar. Firman Allah:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan
(ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14; Ayat 7)
Saya
mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah,
istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui
taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan
keheningan kepada jiwa.
Allah berfirman:
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan
sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri
(dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah,
nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Nisa' 4: Ayat 110)
Firman Allah seterusnya:
وَالَّذِينَ
إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan
juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya
diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan
dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang
mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya
dan akibatnya).
(Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135)
Akhir
sekali saya juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di
bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun
tersembunyi kerana mengingatkan firman Allah:
مَا
يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ
إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا
هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tiada
berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan
tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan
tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai,
melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada.
Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang
mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Mujadalah 58: 7)
Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Siri 2: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
Ibadah
di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan
kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan
Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si
hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di
dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan
ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan
haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat
keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam
pengertian 'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam
menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah
dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah:
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ
مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ
الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali
menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak
menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah
Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan
Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang
Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
Firman Allah seterusnya:
قُلْ
إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ
الْمُسْلِمِينَ
Katakanlah:
Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah Al-An'am 6: Ayat 162)
1-
Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan
yang disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam
'ibadah". Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril)
tentang martabat "ihsan" ini, lalu baginda menjawab:
أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Bahawa
engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau
tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis
Muttafaqun 'Alaih).
2-
Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya
dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan
kepada saya untuk berterusan mengerjakannya.
Aisyah r.a mengatakan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدثنا وتحدثه فإذا حضرت الصلاة كأنه لم يعرفنا ولم نعرفه
"Adalah
Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara
dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak
mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan
oleh Al-Azdi)
Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w:
كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب
"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan lelah. (Hadis Riwayat Al-Nasa'i)
كم من صائم حظه من صومه الجوع والعطش
"Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga.
3-
Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran
Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya.
Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabdanya:
لا ينظر الله إلى الصلاة لا يحضر الرجل فيها قلبه مع بدنه
"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya."
Berkata 'ulama':
"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah keluar dari dunia."
Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:
"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka
ia adalah lebih hampir kepada seksaan."
4-
Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak
merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada
Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di
dalam sebuah hadis qudsi:
مَنْ
عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ
إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ
وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى
أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ
وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا
وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ
وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ
أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ
وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ
"Sesiapa
yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang
terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab)
kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada
kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus
beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat
sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku
(menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar,
penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia
memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon
sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon
perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku
tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak
mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang
Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)
5-
Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang
malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu
kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang
memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sebenarnya
sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan
lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)
Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ(17)وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Mereka
sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka
tidur. 18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka
selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Surah Al-Zariat 51:
Ayat 17-18)
Firman Allah seterusnya:
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa
berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka
selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada
mereka. (Surah Al-Sajdah 32: Ayat 16)
Di
antara amalan-amalan sunat yang dikerjakan antara lain qiamullail,
sembahyang dhuha, sembahyang tarawih, puasa pada hari Isnin dan Khamis,
puasa pada Hari Arafah, puasa pada Hari Asyura, puasa enam hari dalam
bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14 dan 15) dan
beriktikaf di masjid.
6-
Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan
cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana
Allah berfirman:
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Dirikanlah
olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam,
dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu
adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-Isra' 17: Ayat 78).
Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فتحازنوا
"Sesunguhnya
Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu
membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut" (Diriwayatkan
oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim).
Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam firmanNya:
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah
dan (ingatlah). (Surah Al-Hasy-r 59: Ayat 21).
Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا آمَنَ بِالْقُرْآنِ مَنْ اسْتَحَلَّ مَحَارِمَهُ
"Tidaklah
beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang
diharamkan oleh Al-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Sabdanya lagi:
أفضل عبادة أمتى تلاوة القرآن
"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran".
(Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran)
Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda:
إِنَّ
هَذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللَّهِ فَتَعَلَّمُوا مِنْ مَأْدُبَتِهِ
مَا اسْتَطَعْتُمْ إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ حَبْلُ اللَّهِ وَالنُّورُ
الْمُبِينُ وَالشِّفَاءُ النَّافِعُ عِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ
وَنَجَاةٌ لِمَنْ اتَّبَعَهُ لَا يَزِيغُ فَيَسْتَعْتِبُ وَلَا يَعْوَجُّ
فَيُقَوَّمُ وَلَا تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ وَلَا يَخْلَقُ عَنْ كَثْرَةِ
الرَّدِّ فَاتْلُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلَاوَتِهِ
بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ أَمَا إِنِّي لَا أَقُولُ الم وَلَكِنْ
بِأَلِفٍ وَلَامٍ وَمِيمٍ
"Sesungguhnya
Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu
menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya
Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan
penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya,
jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang
menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu
diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi
cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran
kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu
dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim
itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf."
(Riwayat Al-Hakim)
Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata:
عليك بتلاوة القرآن فإنه نور لك فى الأرض وذخر لك في السماء
"Kamu
wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk
kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu
Hibban)
7- Saya mestilah
menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan
hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya
mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:
وقال ربكم أدعوني أستجب لكم
"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".
Doa ketika hendak tidur.
بسمك
رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي
فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ
عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
"Dengan
nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku
mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah
diriku, jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku
sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yang salih.
(Hadis riwayat Jama'ah).
Doa ketika bangun dari tidur.
قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami kembali."
(Hadis riwayat Bukhari)
Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.
ا
لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ
مَا هو لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هو لَهُللَّهُمَّ
"Ya
Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada
padanya. Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan
apa yang ada padanya".
(Hadis Riwayat Ibnus Sunni)
Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah".
(Sunan Tirmizi)
Doa ketika berjalan ke Masjid.
ِ
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا
وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا
وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي
نُورًا
"Ya Allah,
jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada
pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah
tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di mukaku
cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Doa ketika memasuki masjid.
اللهم افتح لى أبواب رحمتك
"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".
Doa ketika keluar dari masjid.
اللهم إني أسألك من فضلك
"Ya Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)
Doa ketika hendak makan.
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار با سم الله
"Ya
Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami
dan jauhkanlah kami dari seksa neraka, dengan nama Allah".
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
Doa setelah selesai makan.
الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين
"Segala
puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi
minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim".
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)
Doa ketika memasuki tandas.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan khaba'ith".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Doa ketika keluar tandas.
الحمد لله الذي أذاقني لذته وصرف عني أذاه
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap kelazatannya dan menjauhkan aku dari kesakitannya".
(Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)
Doa sebelum bersetubuh.
اللهم جنبنا من الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
"Dengan namaMu, ya Allah jauhkanlah dari kami syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa yang Kau kurniakan kepada kami".
(Hadis riwayat Bukhari).
Jika ditakdirkan bagi mereka memperolehi anak, syaitan tidak akan memudaratkannya selama-lamanya.
Doa ketika tidak dapat tidur.
اللهم غارت النجوم وهدأت العيون وأنت حي قيوم لا تأخذك سنة ولا نوم يا حي يا قيوم إهد ليلى وأنم عينى
"Ya
Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata
sedangkan Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang
Hidup dan Yang Jaga, tenteramkanlah mataku".
Wirid selepas sembahyang.
مَنْ
سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ
وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا
وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ
وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Sesiapa
yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah setiap
sembahyang 33 kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
membesarkan Allah (Allahuakbar) 33 kali.
Dan digenapkan menjadi seratus dengan membaca:
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tidak
ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya,
kepunyaanNya segala kekuatan dan kepunyaanNya segala pujian dan Dia
berkuasa atas segala sesuatu".
(Hadis riwayat Muslim)
Doa ketika selesai majlis.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
"Maha
suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak ada Tuhan
kecuali Engkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau bertaubat
kepadaMU".
Doa ketika menaiki kenderaan.
الحمد لله الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
"Segala
puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini, padahal
kami tidak sanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami semuanya kembali
kepada Tuhan kami".
Doa ketika bermusafir.
اللهم
بك أصول وبك أجول وبك أسير اللهم إني أسألك في سفري هذا البر والتقوى ومن
العمل ما ترضى اللهم هون علينا سفرنا هذا واطوعنا بعده اللهم أنت الصاحب
في السفر والخليفة في الأهل اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر وكآبة المنظر
وسوء المنقلب في المال والأهل والولد
"Ya
Allah kerana Engkau aku berusaha dan kerana Engkau aku berjalan dan
kerana Engkau pula aku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu
dalam perjalanan ini kebajikan dan ketakwaan dan berupa amal yang
Engkau redai. Ya Allah, ringankanlah bagi kami perjalanan kami ini dan
dekatkanlah bagi kami yang jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalam
perjalanan dan Wakil di tengah-tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya
aku berlindung kepadaMu dari kepayahan perjalanan, dari kesedihan
penglihatan, dari kejelekan saat kembali pada harta, keluarga dan
anak-anak".
Doa ketika hujan turun.
اللهم صيبا نافعا (مرتين أو ثلاث)
"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga kali)".
(Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah).
Doa ketika mendengar guruh.
اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك
"Ya
Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan Engkau
binasakan kami dengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum itu".
(Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari hadis 'Abdullah bin 'Umar)
Doa ketika melihat anak bulan.
الله أكبر اللهم أهله علينا باليمن ولإيمان والسلامة والإسلام والتوفيق لما تحب وترضى ربي وربك الله
"Allah
Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan penuh
berkat dan iman, keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa yang
Engkau cintai dan Engkau redai, ya Tuhanku dan Tuhanmu, Allah".
Doa kepada pengantin.
بارك الله وبارك عليك وجمع بينكما في خير
"Semoga Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan".
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan Abu Hurairah).
Doa ketika melihat kanak-kanak.
أعيذك بكلمات الله التامة من كل الشيطان وهامة ومن كل عين لآمة
"Aku
bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari
setiap syaitan dan racun, dan dari setiap mata yang membawa kejelikan".
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)
Doa ketika menziarahi orang sakit.
اللهم أذهب البأس رب الناس اشف وأنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما
"Ya
Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia.
Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah yang meyembuhkan. Tidak ada
kesembuhan kecuali kesembuhan yang diberikan olehMu, kesembuhan yang
tidak disertai rasa sakit".
Doa ketika dukacita.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".
Doa takziah kematian.
إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب
"Sesungguhnya
kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan
dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan.
Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran".
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah).
Doa dalam sembahyang jenazah.
اللَّهُمَّ
اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ
الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا
مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ
وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
"Ya
Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia
dan ampunilah dia, muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan
bersihkanlah dia dengan air salju dan air dingin. Sucikanlah dia dari
kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan pakaian yang putih dari kotoran,
gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya,
keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang
dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah dia dari azab
kubur dan azab neraka".
Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq
Siri 3: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
- Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat.
- Memelihara pandangan.
- Memelihara lidah.
- Bersifat pemalu.
- Sersifat lemah-lembut.
- Bersifat benar.
- Bersifat tawaduk.
- Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
- Bermurah hati.
Kemuliaan
akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang
ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".
Hal ini dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran:
الَّذِينَ
إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَءَاتَوُا
الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ
وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Yang bermaksud:
Iaitu
mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah
di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan
mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan.(Surah Al-Hajj, Ayat: 41).
Firman Allah lagi:
لَيْسَ
الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَءَاتَى الْمَالَ عَلَى
حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ
السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ
وَءَاتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا
وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ
أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
Yang bermaksud:
Bukanlah
perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan
barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan
hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi
dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya,
kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan
orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang
meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya
seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan
orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat
perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan
dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan
perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah
orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka
itulah juga orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 177).
Kemuliaan
akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari
keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak
berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan:
Bukanlah
iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang
tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.
(Hadis riwayat Ad-Dailami).
Rasulullah
s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab:
Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu
kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).
Akhlak
mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling
berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak
akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Tidak
ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di
hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan
Tirmizi).
Di
dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai
ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu
sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak memiliki apa-apa nilai dan
tidak membawa apa-apa faedah. Berhubung dengan sembahyang contohnya,
Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran:
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 45).
Rasulullah menjelaskan perkara ini dengan sabdanya:
Yang bermaksud:
Sesiapa
yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat
keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah. (Hadis riwayat
Tabrani).
Rasulullah s.a.w juga menyebut perkara yang sama bagi faedah ibadat puasa:
Yang bermaksud:
Apabila
seseorang yang berpuasa, janganlah dia melakukan rafath (mengeluarkan
kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh)
dan bertengkar. Jika dia dicerca atau diperangi maka katakanlah: Saya
ini sedang berpuasa. (Muttafaqun alaih).
Berhubung dengan ibadat Haji pula Allah berfirman:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ
Yang bermaksud:
(Masa
untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang
termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya
(dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri
isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar,
dalam masa mengerjakan ibadat Haji. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 197).
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Sesiapa
yang telah sempurna menunaikan Haji tanpa melakukan rafath
(mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau
bersetubuh) dan melakukan perkara-perkara yang fasiq, (bererti) dia
kembali (dalam keadaan suci bersih) sebagaimana hari dia dilahirkan
oleh ibunya. (Muttafaqun Alaih).
Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim
Di
antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan
supaya dia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang
berikut:
1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.
Seorang
muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang
oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal
dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis Rasulullah s.a.w
yang berbunyi:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya
yang hala itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di
antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak
diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara
(dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi
agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran,
jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang
menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya)
makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan
larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang
diharamkannya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging,
apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,
rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Adapun
setinggi-tinggi pencapaian darjat wara' adalah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda:
Yang bermaksud:
Seorang
hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam martabat golongan
muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah
menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana
sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan.
2. Memelihara Penglihatan:
Seseorang
muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara
yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang
menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang
membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Berhubung dengan
perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang mukmin supaya
memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.
Allah s.w.t berfirman:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
Yang bermaksud:
Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram). (Surah
An-Nur, Ayat: 30).
Rasulullah s.a.w pula bersabda:
Yang bermaksud:
Pandangan itu ada satu penahanan dari penahanan iblis.
Baginda juga mengingatkan:
Yang bermaksud:
Kamu
hendaklah memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan)
kamu, jika tidak Allah akan memburukkan muka kamu. (Hadis riwayat
Tabrani).
3. Memelihara Lidah:
Seseorang
muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang
tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor,
percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Imam
Nawawi rahimahullah mengatakan:
Ketahuilah, seseorang mukallaf
itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali
percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam
diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih
baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa
kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku
tetapi kebaikan darinya adalah jarang.
Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:
Yang bermaksud:
Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud:
Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji. (Hadis riwayat Tirmizi).
Sabdanya lagi:
Yang bermaksud:
Sesiapa
yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak
kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api
nerakalah paling layak untuk dirinya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi).
4. Bersifat Pemalu:
Seseorang
muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian
sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan
kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur
urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak
meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar
yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.
Diceritakan
daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorang yang sangat
pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Iman
itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang
paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang
sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri
dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.
(Hadis riwayat Baihaqi).
Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan:
Hakikat
malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan
kejahatan dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.
5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:
Di
antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam
diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana
kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang
tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan
kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang
memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas
amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi
lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.
Dari
keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang pendakwah
adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan
dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf
pemikiran dan tabiatnya. Da'ie akan menyampaikan dakwahnya kepada
orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan
orang yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan
orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah
tersinggung. Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada
semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka.
Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya.
Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi,
ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat
Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang
da'ie itu itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan
berhati-hati.
A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:
Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:
1. Firman Allah:
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Yang bermaksud:
Dalam
pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan
orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah
Asy-Syura, Ayat: 43).
2. Firman Allah:
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
Yang bermaksud:
Oleh
itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan kamu itu wahai
Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah Al-Hijr,
Ayat: 85).
3. Firman Allah:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya
orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala
mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10).
4. Firman Allah:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ
Yang bermaksud:
Dan
(sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan
orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa
kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).
5. Firman Allah:
وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
Yang bermaksud:
Dan
apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata
kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari
perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).
B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:
Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya
seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta
bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya".
2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
Mahukah
aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan
memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada
beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah.
Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil,
maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada
orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan
silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.
3. Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud:
Apabila
Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru pada
hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan".
Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka
adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu
disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah
keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami dizalimi kami
bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami
berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam
Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang
beramal".
C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:
1.
Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan
pembahagian rampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya ini
adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat keredaan
Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
Yang bermaksud:
Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar.
2. Anas r.a telah berkata:
Yang bermaksud:
Pada
suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai
kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang
Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut
dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi
tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah
yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan
wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang
berkenaan supaya berikan kepadanya.
3. Abu Hurairah menceritakan:
Yang bermaksud:
Bahawa
seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai
Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau
buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau".
Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan
kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya
membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar.
4. At-Tabrani menceritakan:
Yang bermaksud:
Bahawa
seorang wanita bercakap lucah (iaitu percakapan yang boleh
membangkitkan berahi) kepada sekumpulan lelaki, lalu dia melintas di
hadapan Rasulullah s.a.w ketika Nabi sedang memakan roti berkuah di
atas tanah. Kemudian wanita tersebut berkata: "Kamu lihatlah kepadanya,
dia duduk seperti seorang hamba abdi dan dia makan juga seperti
seorang hamba abdi".
5. Abu Hurairah r.a menceritakan:
Yang bermaksud:
Seorang
lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kaum
kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan
hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka
berbuat jahat kepada saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi
mereka bersikap keras kepada saya". Lalu baginda bersabda: "Jika
sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau
menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari
Allah selama engkau berbuat demikian".
6.
Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada
Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah
bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar
bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher
Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar!
Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik
dan menuntut aku juga membayar dengan baik".
7.
Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya
(Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain
kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap kepada
manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan
kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia Nabi
Isa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang
rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu
mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya".
Semua
peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan
lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut,
sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabaran-cabaran yang
menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai,
orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana
sifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada itu akan menghasilkan
kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta
perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredai
oleh Allah.
6. Bersifat Benar dan Jujur.
Seorang
muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar
sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut
kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan
hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seseorang
yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia memiliki
pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan
lontaran-lontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta
akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang
kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwa
seseorang akan sentiasa besih, mulia dan terhindar dari tipu-daya
syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan
kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan
menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya
sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu
membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah
dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya
sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu
membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah
dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".
(Muttafaqun Alaih).
7. Bersifat Rendah Diri
Seseorang
muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap
saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam
memberikan layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah
s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari
sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda:
Yang bermaksud: Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur".
(Hadis riwayat Muslim).
Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman:
Yang bermaksud:
Kemuliaan
itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang-Ku.
Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan
menyeksanya".
(Hadis Qudsi riwayat Muslim).
8. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat.
Menjauhi
sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh
itu seseorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi
firman Allah:
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا
أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا
فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Yang bermaksud:
Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah
Al-Hujuraat, Ayat: 12).
Allah berfirman lagi:
وَالَّذِينَ
يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا
فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Yang bermaksud:
Dan
orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau
perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta
dan berbuat dosa yang amat nyata. (Surah Al-Ahzaab, Ayat: 58).
Dan Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Wahai
golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum
memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain
dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa
yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar
keburukannya sekalipun dia berada di dalam rumahnya". (Hadis riwayat
Abu Daud).
9. Bersifat Pemurah.
Seorang
Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan
harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap
kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan
wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang
berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari
jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam
Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan
ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.
Di antaranya:
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Yang bermaksud:
Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (Surah Al-Anfaal, Ayat: 3).
وَمَا
تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا
ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ
إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Yang bermaksud:
Dan
apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka
(faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula
tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah
dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan
(balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula)
tidak dikuran. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 272).
Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pengajaran dari pesanan Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Yang bermaksud:
Tidak
ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari)
didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinya berdoa: "Ya Allah!
Berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya". Manakala
Malaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada
si hamba yang bakhil ini".
10. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)
Selain
dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah
menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala
tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam
serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian,
pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh
tingkah laku dan diamnya.
(Kitab-kitab yang membicarakan secara
khusus mengenai tajuk ini yang dapat dijadikan sebagai renungan oleh
para pembaca di antaranya ialah Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam
Nawawi, Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad
Al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat
As-Sahabah karangan Al-Kandahlawi).
Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
Siri 4: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
Sebenarnya
apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang
pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan
seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.
Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim
di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang
sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup
di dalamnya sebagai masyakat muslim.
Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja
sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di
antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa
manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialah ia merasai
tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati
mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka
sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:
من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".
Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas
saya, iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab
menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang
bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya
sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam
kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga
saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum
kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah
di permulaan dakwahnya. Firman Allah:
فَلَا
تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ
الْمُعَذَّبِينَ(213)وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ(214)وَاخْفِضْ
جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya:
Maka
janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain
bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang
dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada
kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Surah
Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).
Dari penjelasan di atas nyatalah
bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas
dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya,
rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:
يَ
اأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا
النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا
يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya:
Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka
itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)
4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.
Untuk
membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik,
Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan
tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di
antaranya ialah:
Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah
kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk
melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan
amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara
berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ
"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat 34)
Saya
mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga
pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف
"Ada
tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang
berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk
menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin
kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".
(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)
Saya
mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya
berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
تخيروا لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا إليهم
"Pilihlah
untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu
menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan
itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut:
"Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah
(anak-anakmu) dengan yang sekupu.
Saya mestilah memilih wanita
yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya
harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
لا
تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى
أموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين
أفضل
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana
kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya,
janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin
kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan
agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya
adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Saya mestilah
berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini,
kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
من
تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله
إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد
بها إلا أن يغض بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها
فيه
"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang
kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah
apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin
kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran,
sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya
kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana
menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram)
atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan
isterinya".
4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.
Sebenarnya
pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti
terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah
tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya
berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti
berikut:
Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan
dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di
antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
"Orang
yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik
perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan
terhadap isteri".
Dan sabda Rasulullah s.a.w:
أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله
"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
Hubungan
saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat
tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara
kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam
pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca,
menunaikan sebahagian dari 'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan
rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan
bermanja.
Dalam urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Maksudnya:
"Dan
perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah
kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)
Dan firman Allah:
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا
Maksudnya:
"Dan
ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya".
(Surah Maryam 19: Ayat 55)
Dalam hal bermesra dengan isteri,
Rasulullah s.a.w pernah berlumba-kejar dengan Aisyah r.a. Manakala
dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja,
di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut.
Selain
dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya
mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan
nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana
sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:
ما من أحد يطيع امرأة في ما تهوي إلا كبه الله في النار
"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka".
Rasulullah juga bersabda:
لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله
"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya".
Sabda baginda lagi:
تعس عبد الزوجة
"Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya".
4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.
Sebenarnya
kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan
membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam
merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan
pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan
tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan
keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.
Apapun pertentangan
yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara
langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini
sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan
diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama
yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas
kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh
Islam.
Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah
rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman
Allah:
وَالَّذِينَ
يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا
قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:
Dan
juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa
dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)
Anak-anak
itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang
yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup
membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga
akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
"Setiap
anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Muttafaqun
'Alaih)
Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan
mendidik anak-anak serta menggesa supaya mencari sebab-sebab,
norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang
baik. Rasulullah bersabda:
لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع
"Seorang
yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah
dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Rasulullah juga bersabda:
ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن
"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia".
Sabda baginda lagi:
أكرموا أولادكم وأحسنوا أدبهم
"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia".
Sabda Rasulullah s.a.w:
إ
ذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
"Apabila
mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali
tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan
dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".
Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri
Siri 5: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
Di
dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya
ia menang dan adakalahnya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan
yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah
ajal maut menjemputnya. Firman Allah:
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
Maksudnya:
Demi
diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya); 8- Serta mengilhamkannya (untuk
mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya
kepada bertakwa; 9- Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), 10- Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat). (Surah Asy-Syams 91: Ayat 7-10)
Maksud inilah yang terkandung dalam sabda yang diisyaratkan oleh baginda s.a.w:
تعرض
الفتن على القلوب كالحصير عودا عودا فأيما قلب أشربها نكت فيها نكتة
السوداء وأيما قلب أنكرها نكت فيها نكتة بيضاء حتى تصير على أحد قلبين:
على أبيض مثل الصفاة فلا تضره فتنة والآخر أسود مربادا لا يعرف معروفا ولا
ينكر منكرا
Fitnah akan melekat di hati manusia
bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.
Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat
padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak
dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah
hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu
licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi
masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan
seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula
melarang kemungkaran.
Dalam pertarungan menghadapi nafsu manusia terbahagi kepada 3 golongan:
Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka.
Mereka
hidup dengan keseronokan di atas muka bumi ini dan ingin hidup
berkekalan di dunia. Mereka adalah orang-orang kafir dan orang yang
mengikuti jejak langkah mereka. Golongan ini melupai (kebesaran dan
nikmat) Allah, lalu Allah juga membiarkan mereka. Di dalam Al-Quran
Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang mempertuhankan hawa nafsu,
firman Allah:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ
وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ
وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Maksudnya:
Dengan yang demikian,
bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa
nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah
kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan
pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas
penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh
itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan
insaf?. (Surah Al-Jathiyah 45: Ayat 23)
Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.
Dalam
menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini mencapai kemenangan
dan ada kalanya mereka kecundang. Apabila terlibat dalam kesalahan
mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka melakukan maksiat
mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunan dari Allah.
Allah berfirman:
وَالَّذِينَ
إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya:
Dan
juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya
diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan
dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang
mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya
dan akibatnya). (Surah Al-'Imran 3: Ayat 135)
Inilah golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
كل بني آدم خطاء وخيرا الخطاءين التوابون
"Setiap
anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang
melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.
(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Sehubungan dengan pengertian inilah diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang mengatakan:
"Sesungguhnya
Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin Zakaria a.s, lalu
Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat
perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblis menjawab:
Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini.
Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).
Golongan
yang kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana
bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka
bulat-bulat kepada kami.
Golongan yang ketiga ialah golongan
yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang
dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami
tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar
itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak
berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami
tercapai.
Sendi-sendi Kekuatan Dalam Memerangi Nafsu.
Hati:
Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya
hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan
Sayidina Ali yang berbunyi:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai
bejana di atas buminya iaitu hati-hati ... maka hati yang paling
disukai oleh Allah s.w.t ialah hati yang lembut, bersih dan cekal.
Kemudian Sayidina Ali mentafsirkan (kalimah-kalimah tersebut dengan)
katanya: Cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan
lembut terhadap saudara-saudara mukmin.
Sayidina Ali juga berkata:
"Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit".
Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mukmin menerusi firman Allah:
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ
وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
Maksudnya:
Orang-orang
yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila
disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan
apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman mereka. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)
Dalam menggambarkan sifat-sifat hati orang kafir pula Allah menjelaskan:
فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
Maksudnya:
Kerana
keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang
buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj 22:
Ayat 46)
Allah juga berfirman:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya:
(Setelah
diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha
memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati
mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran
Al-Quran)? (Surah Muhammad 47: Ayat 24)
Akal:
Akal adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami
sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari
ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri
dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya. Akal
seperti inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah:
إِ
نَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Maksudnya:
Sebenarnya
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Fatir 35: Ayat 28).
Rasulullah s.a.w menyebut betapa tingginya nilai akal ini dalam sabdanya:
ما خلق الله خلقا أكرم عليه من العقل
"Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari akal".
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayidina Ali Karramallahu wajhah:
إذ تقرب الناس إلى الله تعالى بأنواع البر فتقرب أنت بعقلك
"Apabila
manusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan
maka engkau dampingilah Allah dengan akal fikiran engkau".
Baginda juga bersabda:
ما اكتسب رجل مثل فضل عقل يهدي صاحبه إلى هدى ويرده عن ردي
"Tidaklah
beruntung seorang lelaki (dengan satu pemberian) dibandingkan dengan
kelebihan kurniaan akal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk
dan menahannya dari perkara yang buruk". (Hadis riwayat Al-Mujbir)
Oleh
kerana betapa tingginya nilai akal, maka Islam menganjurkan agar akal
diisi dengan ilmu dan makrifat serta mendalami segala urusan agama agar
dengan ilmu-ilmu itu akal menjadikannya sebagai sebab-akibat yang
memandu segala tindakan, membezakan di antara yang buruk dengan yang
baik, di antara yang hak dengan yang batil sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya diberikan kefahaman yang mendalam dalam agama".
Sabda baginda lagi:
فضل العالم على العابد كفضلي على أدنى رجل من أصحابي
"Kelebihan
(keutamaan) seorang 'alim atas seorang 'abid (ahli ibadat) adalah
seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah dari
sahabat-sahabatku".
Semua ini membuktikan betapa tingginya nilai
dan kesan akal dalam proses membina kekuatan insan di dalam diri
manusia. Dengannya manusia dapat mengenali serta dapat menyelami
hakikat alam semesta dan rahsianya.
Oleh yang demikian akal
seorang mukmin itu adalah akal fikiran yang waras, dapat membezakan
buruk dan baik, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia
melihat segala perkara dengan cahaya Allah yang dapat menembusi di
sebalik tutupan yang halus. Firman Allah:
وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ
Maksudnya:
Dan
(ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang
peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan
beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
(Surah Al-Nur 24: Ayat 40).
Cahaya akal seseorang mukmin itu
sentiasa bersinar, tidak dapat dipadamkan kecuali oleh kerja-kerja
maksiat yang berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak
pula diikuti dengan taubat. Rasulullah s.a.w menjelaskan:
من قارف ذنبا فارقة عقل لا يعود إليه أبدا
"Sesiapa yang melakukan dosa maka bercerailah akalnya dari dirinya, ia tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya".
Baginda s.a.w juga bersabda:
لولا أن الشياطين يهمون على قلوب بني آدم لنظروا إلى ملكوت السموات والأرض
"Kalaulah
tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam
nescaya mereka dapat melihat (merenung) kerajaan Allah di langit dan di
bumi".
Anas bin Malik r.a menceritakan:
لما
دخلت على عثمان رضى الله عنه وكنت قد لقيت إمرأة في طريقي فنظرت إليها
شزرا وتأملت محاسنها فقال عثمان لما دخلت: يدخل أحدكم وآثر الزنا على
عينيه أما علمت أن زنا العينين النظر؟ لتتوبن أو لأعزرنك؟ فقلت أوحى بعد
النبي؟ فقال: لا ولكن بصيرة وبرهان وفراسة صادقة
"Semasa
aku masuk menemui Othman bin Affan r.a aku bertemu seorang wanita
dalam perjalanan, lalu aku sempat mengerling memandangnya dan tertarik
kepada kecantikannya. Lalu semasa aku menemuinya Othman berkata
kepadaku: "Seorang dari kamu menemuiku sedangkan kesan zina kelihatan
pada kedua matanya". Adakah engkau mengetahui bahawa zina mata itu
ialah memandang? Hendaklah kamu bertaubat atau aku akan mengenakan
hukuman takzir. Lalu akupun bertanya? Adakah lagi wahyu (kepadamu)
selepas Nabi? Maka Othman menjawab: "Tidak, tetapi (dengan pandangan)
basirah hati burhan dan firasat yang benar".
Tanda-tanda Ketewasan Jiwa
Apabila
hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah
menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas
dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu
masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu
meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran di dalam
tubuhnya.
Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan
manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya
sebagaimana firman Allah:
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ
Maksudnya:
"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa kepada Allah". (Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 19)
Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh Al-Quran Al-Karim yang menyatakan:
قَالَ
فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ
الْمُسْتَقِيمَ(16)ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ
خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ
أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
Maksudnya:
Iblis
berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka
(dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17- Kemudian aku datangi mereka,
dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka
serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka
bersyukur. (Surah Al-A'raf 7: Ayat 16-17)
Sebenarnya selain dari
penyakit di atas terdapat satu penyakit lain yang paling berbahaya
iaitu penyakit was-was, syaitan menyebabkan mereka merasa was-was dalam
setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan
Allah. Dalam hal ini Rasulullah bersabda:
إن
الشيطان قعد لإبن آدم بطريق فقعد له بطريق الإسلام فقال: أتسلم وتركت
دينك ودين آبائك؟ فعصاه وأسلم ثم قعد له بطريق الهجرة فقال: أتهاجر؟ أتدع
أرضك وسماءك؟ فعصاه وهاجر ثم قعد له بطريق الجهاد فقال: أتجاهد وهو تلف
النفس والمال فتقاتل فتقتل فتنكح نساؤك
"Sesungguhnya
syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu
(pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan
berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama
nenek-moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang
dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalau dia
berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung
halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian
syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: "Adakah engkau
ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau,
kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau
dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak
Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad. Kemudian Rasulullah
s.a.w bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati
maka adalah hak Allah s.w.t memasukkannya ke dalam syurga". (Hadis
riwayat Al-Nasa'i)
Alangkah baiknya jikalau anda dapat menatap
kisah antara syaitan dan seorang Rahib Bani Israil dalam tafsir ayat
Surah Al-Hasyr 59: Ayat 16. Yang bermaksud:
كَمَثَلِ
الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ
إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya:
"(Pujukan
orang-orang munafik itu) samalah dengan (pujukan) syaitan ketika dia
berkata kepada manusia: Kufurlah kamu. Maka tatkala manusia itu telah
kafir dia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana
sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam".
Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan.
Bagi
membantu manusia bagi menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan
Iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang
dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan
seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah
dirumuskan oleh seorang dari para salihin dengan katanya:
"Saya
telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan
masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui
sepuluh pintu:
Pertama:
Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
Kedua:
Cintakan
kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan
perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban
waktu.
Ketiga:
Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas
aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang
dan balasan buruk pasti menanti.
Keempat:
Kagum terhadap
diri sendiri ('Ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang
budi kepada Allah dan kepada akibat yaburuk.
Kelima:
Memandang
rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku
menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara
wajar.
Keenam:
Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.
Ketujuh:
Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.
Kelapan:
Bakhil
(kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada
pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.
Kesembilan:
Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk.
Kesepuluh:
Tamak
haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang
disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi
manusia.
Di antara arahan-arahan yang di anjurkan oleh Islam
sebagai jalan untuk mengelak serangan dan tipu daya syaitan ialah agar
sentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan setiap
pekerjaan. Satu riwayat daripada Abu Hurairah berhubung dengan hal ini
menyebutkan: "Syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu syaitan bagi
orang-orang kafir, lalu di dapati syaitan bagi orang-orang kafir dalam
keadaan gemuk-montel sedangkan syaitan bagi orang-orang mukmin dalam
keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. Lalu syaitan bagi
orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang-orang mukmin:
Kenapa kamu kurus kering?. Lalu ia menjawab: "Aku bersama seorang lelaki
yang apabila ia makan ia menyebut nama Allah, lalu aku terus
kelaparan, apabila ia minum ia menyebut nama Allah, lalu aku terus
dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah
menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut
juga ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus kusut masai".
Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata: "Tetapi aku
bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah
aku berkongsi makan, minum dan pakai dengannya".
Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:
1. Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا
Maksudnya:
"Makanlah dan minumlah, tetapi jangan kamu berlebihan". (Surah Al-A'raf 7: Ayat 31)
Rasulullah s.a.w juga bersabda mengingatkan, maksudnya:
"Sesungguhnya
syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah.
Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". (Hadis riwayat
Ahmad)
2. Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya
syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia
mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan
Allah syaitan akan mengunyah hatinya".
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)
3.Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulullah s.a.w:
"Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".
Sebenarnya
ruang ini adalah terbatas untuk menyebut semua sebab, amal-amal dan
pesanan-pesanan yang dianjurkan oleh Islam untuk menjaga diri dari
serangan dan godaan syaitan. Memadailah di sini kita melihat firman
Allah:
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu
imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka
dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah Al-A'raf 7: Ayat
201).
Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam Siri 6: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.
Keimanan
saya dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa
depan kelak ialah milik Islam. Justeru itu Islamlah yang paling ampuh
dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam
adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak
fitrah manusia. Ia dapat mengimbangkan tuntutan lahiriah dan rohaniah
insan.
Allah berfirman:
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Yang bermaksud:
Tidakkah
Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi
Maha Mendalam Pengetahuan-Nya! (Surah Al-Mulk, Ayat: 14).
A. Manhaj Islam Bersifat Rabbani.
Manhaj
Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang
kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk
kekal dan memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan
peringkat.
B. Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat).
Manhaj
Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri
keinsanan dan ciri "infitah" (bersifat terbuka atau kelapangan) serta
daya untuk menanggung kemungkinan-kemungkinannya. Ciri "infitah" ini
mengatasi pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan
sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah cetusan dari "Sibghah
Rabbaniyah" itu sendiri.
C. Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah).
Keanjalan
manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk
menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti
"Sibghah" atau cara ini memberikan Islam kebolehan untuk berijtihad
menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tidak ada nas, sama ada
melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan sebagainya.
D. Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh.
Ciri
manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau
sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas.
Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah
manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan
dan apa pula yang mencelakakan manusia. Sebab itu Islam sahajalah yang
mampu memenuhkan keperluan manusia, baik sebagai individu, mahupun
sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Sama
ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar negeri.
Allah s.w.t berfirman:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
Yang bermaksud:
(Katakanlah
wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati
dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami
dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).
E. Kegagalan Sistem-sistem Ciptaan Manusia.
Kemudian
saya harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta
kegagalan yang dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di
timur mahupun di barat. Sama ada yang berfahaman kapitalisme,
demokrasi, liberal, sosialisme atau komunisme. Tidak syak lagi ini
adalah kerana keterbatasannya, kelemahannya, sifat kesementaraannya dan
hakikat ianya dari ciptaan insan.
1 Kegagalan Sistem Sosial.
Dalam
arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sebagai sistem kanan atau
kirinya ternyata gagal untuk memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan
kestabilan. Malah terlalu banyak mala petaka yang ditanggung oleh
manusia hasil dari sistem-sistem ini. Ternyata ikatan kekeluargaan
semakin terburai. Kasih-sayang semakin pudar, akhlak semakin luntur dan
runtuh. Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran sudah kehilangan harga.
Ketegangan dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan.
Semangat egoistik dan mementingkan diri mengalahkan semangat kerjasama
dan mengutamakan orang lain.
2 Kegagalan Sistem Ekonomi.
Dalam
bidang Ekonomi, kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal dalam
mewujudkan (syura impiannya) atau masyarakat serba adil sebagaimana yang
dilaung-laungkan. Dari sistem ini tercetuslah bermacam-macam krisis
dan permasalahan hidup. Lahir pertarungan kasta, kezaliman sosial,
eksploitasi kepartian, monopoli, kemiskinan, pengangguran dan seribu
satu macam masalah lagi.
3 Kegagalan Sistem Politik.
Dalam
arena politik sistem-sistem ala ketenteraan, Demokrasi, Republik, yang
beraja atau tidak beraja, bertanggungjawab melahirkan, merangsang
serta membiarkan penyelewengan serta kebejatan di setiap peringkat.
Penyalahgunaan kuasa, sikap pilih kasih, rasuah, merasa besar diri
dengan kekuasaan, di samping bencana fitnah, pembunuhan, penggulingan
kuasa silih berganti, pemberontakan, penyingkiran serta bunuh diri
(assasination) hampir-hampir menjadi kelaziman sistem-sistem tersebut.
4 Kegagalan Sistem Ketenteraan.
Dalam
bidang ketenteraan, sistem-sistem ini (banyak menanggung dosa)
mengabaikan nasib masyarakat dan negara Islam yang lemah seperti
persoalan Kashmir, Eriteria, minoriti Islam di Filipina, persoalan
Palestine dan sebagainya. Yang lebih parah dari itu ada pula negeri
Arab yang menjadikan krisis tersebut sebagai daun dalam permainan
politiknya untuk menggadaikan atau mempergunakannya sebagai isu dan
untuk menjamin kekuasaan mereka agar berlarutan. Sistem ini juga
bertanggungjawab terhadap pengabaian membina kekuatan fizikal dan jiwa
ummah yang membolehkan mereka menghadapi penjajahan dan mengusir Israel
dari bumi Palestine.
BAB POLITIK MUNGKIN TAK MENGALAKKAN...INI DIBUAT SESUAI TEMPAT
PENGARANG...KERANA DITEKAN...POLITIK CABANG ILMU ISLAM...POLITIK ADA
DALAM ISLAM DAN TAK BOLEH DIASINGKAN