Friday, September 28, 2012

SYABAS SERTA BAGUS MEWAJIBKAN BELAJAR AGAMA SEJAK TADIKA...AGAR RAKYAT JADI TAQWA...PENGANUT ISLAM YANG BERILMU DAN BERAMAL...PATUT MALAYSIA CONTOHINYA

Punggung lebam ‘diketuk-ketuk’

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurasyikin Ramli
am@hmetro.com.my

CERITA...Linda ketika ditemu ramah wartawan Harian Metro.
CERITA...Linda ketika ditemu ramah wartawan Harian Metro.
LEBAM...Linda menunjukkan kesan lebam di bawah telinganya.
LEBAM...Linda menunjukkan kesan lebam di bawah telinganya.
GOMBAK: “Selepas berbaring, perawat itu meletakkan ranting kayu di celah kaki dan mengepit menyebabkan saya menjerit kesakitan. Tapi, dia tak peduli dan terus mengetuk seluruh tubuh saya termasuk muka dan kepala dengan ranting kayu selama dua jam.
“Tidak tahan diperlakukan sedemikian, saya minta dia berhenti, namun tak dilayan kerana dia mendakwa ada syaitan dalam tubuh saya yang perlu dihalau dengan menggunakan kaedah itu.”
Itu kata wanita dikenali sebagai Linda, 42, yang lebam teruk di beberapa anggota tubuh terutama punggung selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan alternatif, dekat sini, yang menggunakan kaedah ‘ketuk-ketuk.’

Tidak puas hati dengan layanan diterimanya, Linda yang terpaksa menerima rawatan di hospital turut membuat laporan polis.

Linda mendakwa dia musykil dengan kaedah digunakan pusat rawatan terbabit kerana lelaki yang memberi rawatan turut menghalangnya membaca ayat suci al-Quran.

A Aida mohon cerai

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

TENANG...A Aida dan Zulkifli di mahkamah, semalam.
TENANG...A Aida dan Zulkifli di mahkamah, semalam.
KUALA LUMPUR: “No komen, sudah tiada jodoh,” kata penerbit dan dramatis, A Aida yang enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangga sehingga menyebabkan dia memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 41, selaku plaintif diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong memfailkan permohonan cerai itu pada jam 3.30 petang di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini. Penerbit drama bersiri kontroversi, Halimah Jongang itu memfailkan permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Ketika ditemui media, Zulkifli berkata, anak guamnya memohon Suffian, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman boleh mempertimbangkan untuk bercerai secara baik tanpa perlu mengungkit atau mendatangkan sebarang provokasi.

Menurutnya, mahkamah menetapkan 8 Oktober ini untuk anak guamnya dan suami hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonan itu.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada suaminya mengetahui kedatangannya ke mahkamah untuk memfailkan permohonan cerai, Aida dengan tenang berkata suaminya tahu mengenai perkara itu.

“Dia tahu saya datang sini. Sebagai isteri kalau nak keluar rumah mesti beritahu suami. Keputusan yang saya buat ini juga dilakukan selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua pihak.

“Sekarang saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda, dan telefilem. Perkara ini memang mengganggu dan membebankan saya. Saya tak boleh fokus sebab itu kalau boleh saya nak selesaikan perkara ini cepat-cepat,” katanya.
Pemilik syarikat produksi A Aida Production itu hadir ke mahkamah memakai kaftan coklat dan bertudung kelabu ditemani kakak angkatnya. Aida dan Suffian masing-masing berstatus janda dan duda bernikah pada 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia empat tahun, Muhammad Rahul.

Tak hirau ditembak

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Walaupun terkena tembakan, saya masih sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki penjenayah terbabit sebelum pengsan,” kata anggota polis Unit Peronda (MPV), Koperal R Subramaniam, 52, yang cedera di perut selepas ditembak empat lelaki dalam kejadian di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.
Beliau yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam, berkata, sebaik dua daripada empat lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arahnya dan rakan setugas, Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, mereka membalas tembakan itu sehingga dia akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

“Kejadian berkenaan langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam.

Beliau yang sudah 31 menjadi anggota polis, akan terus berbakti dengan pasukan dan negara.

Sementara itu, Ismail berkata, polis bangga dengan keberanian dua anggota terbabit yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugas membanteras jenayah di negara ini.

Serbu dua stor DVD serentak



SUSUN...anggota penguat kuasa menyusun DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.
SUSUN...anggota penguat kuasa menyusun DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.
SITA...kotak DVD yang dirampas.
SITA...kotak DVD yang dirampas.
KUALA LUMPUR: Dua stor menyimpan cakera video digital (DVD) dan cakera padat (CD) filem serta lagu cetak rompak dari luar negara di Jalan Tun HS Lee dan Jalan Silang, di sini, diserbu petang semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu, sebanyak 83,000 DVD dan CD dirampas dengan anggaran nilai RM100,000.

Serbuan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas, Abd Halim Anen dengan kekuatan 50 pegawai dan anggota menyerbu dua premis terbabit serentak pada jam 6 petang.
Abd Halim berkata, ketika serbuan kedua-dua premis itu tidak berpenghuni dan siasatan mendapati DVD dan CD di situ disasarkan untuk pasaran warga asing di Malaysia.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan ke atas kedua-dua premis itu disyaki dijadikan stor,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, kedua-dua premis terbabit tidak memiliki lesen dan jika sabit kesalahan mereka yang terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Pasukan khas buru tiga perompak kedai emas

SHAH ALAM: Polis akan mewujudkan satu pasukan khas bagi memburu tiga lelaki yang melakukan rompakan nekad kedai emas di Jalan Othman, Petaling Jaya serta menembak mati seorang pengawal keselamatan, kelmarin.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Adnan Abdullah berkata, pihaknya masih meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit bagi mencari petunjuk.

Katanya, setakat ini polis belum membuat tangkapan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kami sudah teliti CCTV, namun tidak mendapat petunjuk atau lakaran sebenar suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan dalam kejadian jam 3.50 petang kelmarin, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kedai itu ketika kejadian meninggal dunia selepas dirawat selama dua jam akibat ditembak penjenayah terbabit sebelum melarikan pelbagai barangan kemas.

Suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh menyerbu kedai terbabit dan melepaskan dua das tembakan dan mengenai dada pengawal keselamatan terbabit yang duduk di depan kedai itu.
Suspek melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang diletakkan di depan kedai emas itu.

Helah peragut bertanya



LEDANG: “Lelaki itu bertanya sama ada saya mengenali Aziz. Tiba-tiba, rakannya turun dari motosikal dan merentap rantai emas berharga RM3,000 yang saya beli bagi menggantikan rantai pusaka yang dilarikan pencuri dua bulan lalu,” kata Saminam Md Alias, 71, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Saminam membasuh lantai beranda rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, sebelum didatangi dua lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal Honda EX5.

Seorang daripada lelaki terbabit menghampiri Saminam dan bertanyakan perihal Aziz. Menurutnya, ketika kejadian, suaminya, Musian Abu, 78, berada di bilik air dan baru pulang dari menziarah jiran yang kematian bapa.
“Lelaki itu turut meminta saya menunjukkan lokasi rumah Aziz. Saya memaklumkan tidak kenal dengan nama individu dicarinya.

“Tiba-tiba rakan lelaki terbabit turun daripada motosikal lalu menarik tangan kanan yang sedang memegang penyapu sambil merentap rantai leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya. Saminam berkata, kedua-dua penjenayah terbabit gagal dikejar dan dia melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Gambir.

Isteri hilang kali kedua



JOHOR BAHRU: “Pulanglah sayang, saya rindukan awak dan anak. Jika ada masalah kita boleh runding dan selesaikan bersama,” rayu seorang suami, Linggam Anak Jalong, 44, kepada isterinya, Yap Ah Hua, 24, yang tidak pulang ke rumah mereka di Jalan Taman Mawar, Pasir Gudang di sini, sejak 1 September lalu.
Linggam yang juga pekerja kontrak perkapalan di Pasir Gudang berkata, isterinya tidak kembali selepas keluar menaiki teksi pada 1 September lalu dengan membawa tiga anak mereka, Mazlan, 8; Zefron Diman, 2, dan Tyiara Tesha Loo Nicka Liya, empat bulan.

Menurut Linggam, ini kali kedua isterinya menghilangkan diri dan kejadian pertama berlaku pada 2011 apabila Ah Hua kembali ke kampung halamannya di Sarawak tanpa pengetahuannya selama dua minggu.
“Pada hari kejadian, tuan rumah menghubungi saya dan memaklumkan isteri keluar membawa anak kami.

“Saya menghubungi telefon bimbit isteri namun talian dimatikan. Sejak itu kami terputus hubungan dan saya tidak tahu bagaimana keadaan mereka berempat,” katanya, semalam.

Menurut Linggam, beberapa hari sebelum hilang, Ah Hua berubah dingin secara drastik apabila kurang bercakap dengannya di rumah.
Katanya, mereka tidak bertengkar ketika berada di rumah namun Ah Hua marah kepadanya jika Linggam mahu melihat telefon bimbit wanita berkenaan.

“Saya tidak tahu apa yang silap, mungkin dia melarikan diri sebab terguris dengan teguran saya kerana asyik keluar rumah sebelum ini,” katanya.
“Sejak kehilangan Ah Hua, saya berusaha mengesannya di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru namun ia tidak berhasil,” katanya.

Menurut Linggam, dia ada menghubungi keluarga Ah Hua di Sarawak namun mereka memaklumkan isterinya itu tiada di situ.

Linggam berkata, kehilangan isteri serta anaknya itu menyebabkan fikirannya terganggu kerana bimbang memikirkan keselamatan mereka. “Saya juga bimbang dengan pelajaran Mazlan kerana dia pasti tidak ke sekolah kerana mengikut ibunya,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Johor Jaya, 20 September lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Ah Hua dan tiga anaknya itu diminta menghubungi Linggam di talian 019-7675631.

Curi di Dungun, buang di Johor


DUNGUN: “Saya pantas menghubungi seorang rakan sebaik menyedari kereta dilarikan,” kata Khairul Hafis Ameir, 26, menceritakan kejadian kereta Honda Ferio miliknya dilarikan seorang pencuri di rumahnya di Kampung Kuala Abang, di sini, pagi kelmarin.
Khairul Hafis berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum terdengar enjin keretanya dihidupkan dan sebaik membuka tingkap dia mendapati seorang lelaki melarikan kenderaannya itu, kira-kira jam 4.30 pagi “Rakan saya ditemani seorang lagi kawan dimaklumkan kejadian itu kemudian menunggu di sebuah stesen minyak di Kampung Batu 5 dan terserempak dengan pencuri terbabit yang secara kebetulan berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak.

“Suspek ditemani rakan menaiki sebuah Proton Waja dan pada masa sama kereta rakan mangsa menghalang pergerakan kereta itu sebelum suspek memecut melarikan diri,” katanya.
“Rakan saya mengejarnya sejauh 30 kilometer bagaimanapun, gagal selepas kereta dipandunya kehabisan minyak di bandar Paka dan suspek bersama sebuah lagi kereta yang dipandu rakannya itu memecut ke arah Jalan Santong,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi beberapa rakan yang tinggal jalan itu dan memaklumkan mereka terserempak dengan suspek sebelum mereka bertindak membaling batu ke atas cermin kereta yang dilarikan namun suspek terus memecut ke arah Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

“Sepanjang mengejar kenderaan itu saya langsung tidak teringat menghubungi polis kerana panik dengan situasi itu sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun membuat laporan, kira-kira jam 9 pagi,” katanya.
Khairul Hafis berkata, keesokan harinya (semalam) dia menerima panggilan daripada polis memaklumkan keretanya itu yang sudah ditukar nombor pendaftaran ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Pasir Gudang, Johor.

“Saya dimaklumkan semua tayar dan kusyen kenderaan termasuk komputer riba milik saya dalam kereta hilang dilarikan pencuri itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan kejadian.

Operasi cari mayat pencari emas dihenti



BAU: Operasi mencari dan menyelamat seorang pemburu emas yang tertimbus batu ketika memasukan tanah ke dalam guni, terpaksa dihentikan serta-merta berikutan berlaku runtuhan sehingga membahayakan nyawa anggota bertugas dalam terowong di Gunung Tabai, Jalan Taiton, semalam.
Arahan dikeluarkan polis dalam operasi yang memasuki hari kedua berikutan beberapa bongkah batu mula runtuh ketika pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mengalihkan batu yang menimpa Lee Sze Chun, 33.

Sebelum itu, pasukan penyelamat dibantu penduduk kampung menggunakan pahat serta tukul untuk memecahkan batu seberat dua tan bagi mengeluarkan mayat seorang peniaga yang masih terbenam sedalam 12 meter dalam terowong berkenaan.
Penggunaan kaedah manual itu terpaksa dilakukan berikutan struktur tanah tidak stabil selain mengambil kira faktor keselamatan kepada pasukan penyelamat sekiranya menggunakan jentera atau peralatan lain yang mungkin mengundang bahaya.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol, berkata sehingga petang semalam, kerja mengeluarkan mayat Lee membabitkan Bomba dan Penyelamat Bau serta penduduk kampung terpaksa dihentikan akibat runtuhan baru berlaku.

Beliau berkata, faktor keselamatan anggota penyelamat perlu diambil kira kerana keadaan lokasi kejadian cukup berbahaya menyebabkan operasi itu dihentikan pada jam 4 petang.
“Ia mungkin mengambil masa agak lama kerana keadaan tidak mengizinkan. Kalau boleh kami mahu mayat Lee dikeluarkan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam kejadian antara jam 2 hingga 3 pagi, menyebabkan Lee yang juga peniaga dari Kampung Buso, terbenam sedalam 12 meter berikutan dihempap satu lagi batu bersaiz sederhana.
Mangsa bersama beberapa rakan masuk ke kawasan Gunung Tabai kira-kira jam 12 tengah malam, bagi mengutip tanah untuk dijual pada harga antara RM90 hingga RM100 seguni.

Sebelum kejadian, mangsa bersama bapa saudara serta tiga lagi rakan sibuk mengisi tanah dipercayai mengandungi emas ke dalam guni sebelum dikejutkan bunyi seperti rekahan.

Ajal lepas makan malam

Oleh Iman Firdaus
am@hmetro.com.my

BINTULU: Makan malam seorang pemandu traktor yang mengangkut sawit bersama isteri serta rakan berakhir dengan tragedi berdarah apabila dia maut dibelasah 10 lelaki dalam satu pergaduhan di depan pasar raya di bandar ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Nual anak Mata, 38, mati di tempat kejadian akibat parah di muka dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama isteri serta rakannya menikmati makan malam di sebuah kedai sebelum diserang sekumpulan lelaki.
“Berlaku pergaduhan antara mangsa dan beberapa suspek. Namun, beberapa minit kemudian, orang ramai yang sampai ke tempat kejadian mendapati seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah.

“Orang ramai cuba menghulurkan bantuan namun gagal kerana mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat berkata, siasatan awal polis menemui batang penyapu dan pisau tidak jauh dari tempat kejadian. Beliau berkata, susulan kejadian terbabit, polis menahan enam suspek yang berusia antara 25 hingga 30-an di perkampungan berdekatan pusat bandar Bintulu.
“Suspek pertama ditahan pada jam 2.30 pagi (semalam) disusuli lima lagi suspek pada jam 2 petang,” katanya.

Tubuh sepupu ‘terlipat dua’

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Seorang lelaki hampir pitam sebaik melihat tubuh sepupunya ‘terlipat dua’ selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Jalan Lintas, Kepayan di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Azuan Harun, 20, mati di tempat kejadian dalam keadaan kepala pecah dan cedera di sebahagian besar tubuh.

Sepupu mangsa, Risan Jehan, 21, berkata ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Kampung Hulu, Putatan, sebelum seorang rakan menghubungi telefon bimbitnya memaklumkan kejadian menimpa sepupunya itu.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan sebaik tiba, tergamam melihat tubuh Azuan terlipat dua dan berlumuran darah.

“Ketika itu dia sudah tidak bergerak dan saya yakin Azuan sudah meninggal dunia kerana tubuhnya ditutupi kertas surat khabar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Berahi janda

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat takut dicabul bapa saudara, seorang janda berusia 32 tahun menjadikan anak lelakinya yang berusia lapan tahun sebagai ‘pengawal peribadinya’ sejak Isnin lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 68 tahun itu buat pertama kali mencabul mangsa ketika wanita itu sedang mencuci pinggan di rumahnya di Sentul, di sini, sebelum mengulangi perbuatan sama ketika mangsa bersendirian di rumah.

Sumber polis berkata, lelaki terbabit yang juga seorang penganggur tinggal bersama mangsa, anak lelakinya dan ibu mangsa sejak setahun lalu. Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa hanya tinggal bersama anak lelakinya manakala ibunya keluar bekerja. “Lelaki terbabit yang memerhatikan mangsa sedang mencuci pinggan dengan tiba-tiba menyelak pakaiannya dari belakang sebelum memeluk dan meramas buah dada mangsa.

Cinta hingga ke mati



TIMMS dan isteri, Valerie.
TIMMS dan isteri, Valerie.
PASANGAN itu ketika muda.
PASANGAN itu ketika muda.
GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung.
Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu.

Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley.
Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa.

Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah.

Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu.
Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun.

“Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain,” katanya.
Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya.

Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci.

Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai.

Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan.

Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri.

“Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati,” kata Emma.

Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri. - DM

Wajib ke tadika, sekolah agama



BANDAR SERI BEGAWAN: Setiap kanak-kanak Islam, berusia antara tujuh dan 15 tahun dan tinggal di Brunei Darussalam, diwajibkan dihantar ke sekolah tadika dan sekolah rendah agama.
Ia sebahagian daripada Peraturan wajib Pendidikan Islam 2012 yang ditekankan oleh Sultan Brunei dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru, baru-baru ini. Peraturan itu akan dilaksanakan bermula 1 Januari, tahun depan.

Ia turut menekankan kewajipan pendidikan agama untuk kanak-kanak yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2006, dan sekurang-kurangnya seorang dari ibu atau bapa adalah rakyat atau penduduk tetap negara ini.

Perkara ini didedahkan semalam oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.

Perintah itu turut membawa maksud semua kanak-kanak perlu memenuhi syarat untuk masuk ke tadika atau sekolah rendah agama. Pendidikan agama bermaksud, menurut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Peraturan itu juga menggariskan tanggungjawab wajib ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah agama pada 1 Januari untuk penggal sekolah dan memastikan kanak-kanak itu boleh terus bersekolah sepanjang tempoh pendidikan agama itu.

Ibu bapa yang gagal berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi BND$5,000 (RM12,514) atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Kanak-kanak perlu menghadiri sekolah agama untuk tujuh atau lapan tahun.

Mohamad berkata, kementerian bersedia melaksanakan perintah itu dan memerlukan kerjasama dan komitmen penuh daripada semua pihak untuk program itu berjaya.

Katanya, ia juga selaras dengan falsafah negara iaitu Kesultanan Melayu Islam. - Brunei Times

Bekas Timbalan Kanan Gabenor Bank Indonesia dipenjara 3 tahun

JAKARTA: Hakim di Mahkamah Rasuah Jakarta menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas Miranda Goeltom kerana memberi rasuah kepada ahli Parlimen untuk memilihnya memegang jawatan Timbalan Kanan Gabenor Bank Indonesia pada 2004.
Menurut Pengerusi Hakim, Gusrizal, perbuatan Miranda melanggar Undang-Undang Rasuah 1999.

“Defendan didapati bersalah kerana memberi rasuah dan dihukum tiga tahun penjara,” kata Gusrizal dalam perbicaraan, semalam.

Miranda juga diarah membayar Rp 100 juta (RM32,000) denda atau dipenjara tiga bulan lagi.

Hukuman yang dikenakan itu lebih rendah daripada yang diminta oleh pendakwa raya iaitu empat tahun penjara dan denda Rp150 juta (RM48,000). - JP

Thursday, September 27, 2012

MACAM2

Korban tragedi Gunung Tabai

PASUKAN penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Sze Chun yang maut dihempap bongkah batu di kaki Gunung Tabai, Bau, Sarawak semalam.


KUCHING – Keghairahan seorang peniaga yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan melombong emas secara haram di kaki Gunung Tabai, Bau dekat sini, bertukar tragedi apabila mangsa maut dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil awal pagi semalam.
Mangsa Lee Sze Chun, 37, dikatakan pergi melombong emas di kawasan tersebut kerana mahu memperoleh wang segera bagi memenuhi impiannya memiliki sebuah premis perniagaan sendiri.
Bagaimanapun, Sze Chun yang menjalankan perniagaan mi kolok meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai akibat hentaman kuat ketulan batu yang tiba-tiba menggelongsor lalu menghempapnya di dalam terowong sedalam kira-kira 12 meter dalam kejadian pada pukul 3 pagi.
Pak cik mangsa, Chin Jun Chong, 47, berkata, mangsa pernah menyuarakan impiannya untuk memiliki kedai mi kolok sendiri bagi mengembangkan perniagaan bersama isterinya, namun mereka kekurangan modal.

SWP nafi terlibat sewa jet eksekutif

KUCHING - Parti Pekerja Sarawak (SWP) menafikan spekulasi yang mendakwa parti itu terlibat dalam urusan tempahan jet eksekutif yang dinaiki Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah tidak berasas.
Presidennya, Larry Sng Wei Shien (gambar) memberitahu, SWP tidak mempunyai sebarang hubungan 'istimewa' seperti yang didakwa pelbagai pihak meskipun bapanya yang juga Ketua Umum SWP, Datuk Sng Chee Hua dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.
"Ini berita baharu yang mengejutkan saya dan saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara membabitkan ayah saya kerana saya tiada hak untuk campur tangan dalam urusannya.
"Justeru, saya tidak sesuai untuk memberi sebarang komen mengenai bapa saya," katanya ketika dihubungi semalam.25 September 2012

Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!

ASK, 25 Sep 2012


Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?



Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia “transparent”.

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..



Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.


Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.


Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu..

E-mail yang disebar itu..
————————————————————————————-
By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian.


——————————————————————————–

Semak  e-mail tersebut di (SINI)

Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. Jamil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah.

------------------------------

Source: http://mediaperak.com/2012/09/25/jet-peribadi-zahid-hamidi-kantoi-hahaha/

Suspek kes tembak rakan ditahan


GAMBAR fail menunjukkan polis mempamerkan sebahagian wang rompakan berjumlah RM1.23 juta yang ditemui semula baru-baru ini.


TAIPING – Persembunyian seorang lelaki yang disyaki menembak mati rakan setugasnya sebelum merompak wang sebanyak RM1.23 juta tidak ke mana apabila dia akhirnya diberkas selepas lebih tujuh hari hidup bagaikan pelarian di Thailand.
Pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang sebelum ini diburu bagi membantu siasatan kes itu diberkas pada pukul 11 pagi kelmarin di kawasan bukit di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis dalam keadaan letih dan tidak bermaya kerana kebuluran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum ditangkap, suspek dipercayai merancang untuk melarikan diri ke Thailand buat kali kedua melalui Perlis.
Katanya, dengan tertangkapnya suspek utama itu, pihaknya menganggap kes seorang pemandu van keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, yang ditemui mati dengan empat kesan tembakan di dada di Jalan Tekah-Aulong di sini pada 18 September lalu sebagai selesai.

Penemu duga rogol, samun dicekup

LELAKI yang menyamar sebagai penemu duga dicekup kerana disyaki merogol seorang mangsa di sebuah hotel di Cheras baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Lelaki yang menyamar sebagai penemu duga jurujual wanita dengan tawaran gaji RM400 sehari sebelum menyamun dan merogol mangsa ditangkap polis semalam selepas menjadi buruan sejak 20 September lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual jam tangan berusia 29 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Seksyen 27 Shah Alam pada pukul 2.30 pagi.
Menurut beliau, siasatan awal polis percaya suspek sudah terlibat lebih tiga kes rogol dan samun di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun lalu.
"Suspek yang menyamar sebagai penemu duga sebelum merogol dan menyamun gadis yang dipanggil temu duga di hotel ditahan awal pagi semalam," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Hukum gantung kerana bunuh bos

NARAYANAN dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga India selepas dia didapati bersalah membunuh majikannya, peguam Datuk R. Anpalagan (gambar kecil) di sebuah kuil di Kampung Perepat, Klang pada Jun 2011.
Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap R. Narayanan, 25, melampaui keraguan munasabah.
Dalam penghakimannya, beliau menolak alasan pihak pembelaan bahawa provokasi merupakan punca berlakunya kejadian bunuh itu.
Sebaliknya, Mohd. Sofian berkata, tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan dan kematian mangsa.

'Tolong bawa pulang Hamidah'


MOHD. NOOR dan isterinya, Aishah menunjukkan gambar Hamidah di Taman Wira, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang pesakit saraf merayu bantuan mana-mana pihak untuk membawa pulang anak perempuannya yang terpisah sejak 11 tahun lalu selepas dipercayai mengikut teman lelakinya ke Lampung, Indonesia.
Mohd. Noor Shaari, 75, berkata, anak perempuannya, Hamidah, 46, telah berkahwin dengan lelaki dari Lampung tersebut dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia sembilan tahun.
“Dia (Hamidah) ada beberapa kali menghubungi kami dan kali terakhir dua minggu lalu dia beritahu mahu pulang ke Malaysia kerana terlalu rindukan keluarga.
“Tetapi Hamidah beritahu suaminya, Taufik tidak benarkannya pulang menyebabkan dia tertekan dan kerap menangis setiap kali bercakap dengan saya dan ibunya,” ceritanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Wira, Mergong di sini semalam.

Bayar RM5 ceroboh tasik larangan


SEORANG pengawal keselamatan bersama beberapa orang kaki pancing
di tepi Tasik The Mines Resort City, Seri Kembangan baru-baru ini.


SERI KEMBANGAN - "Tempat ini kawasan larangan tetapi kalau hendak masuk juga bayar RM5."
Itu permintaan seorang pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tasik The Mines Resort City di sini kepada orang ramai yang mahu memancing di tempat tersebut.
Meskipun pengawal terbabit menyedari tugasnya menjaga kawasan sekitar tasik daripada diceroboh tetapi disebabkan mahu mendapatkan sedikit keuntungan, mereka sanggup berbuat apa sahaja.
Situasi itu dapat dilihat sekiranya anda melalui Lebuh raya Besraya berdekatan Plaza Tol Mines apabila terdapat beberapa buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan manakala pemiliknya pergi memancing di tasik bersebelahan.
Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati pengguna lebuh raya berkenaan yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan terutamanya, pada waktu puncak.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila kenderaan pemancing yang diletakkan di tepi jalan mengganggu kelancaran lalu lintas.

Obama kutuk keganasan




NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk filem anti-Islam dan keganasan di Asia Barat yang tercetus akibat filem itu, sambil menegaskan 'tiada ucapan yang boleh menjustifikasikan keganasan kejam ini.'
Beliau berkata demikian di hadapan perwakilan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin (PBB) dengan menyatakan bahawa tiada perkataan yang boleh dijadikan alasan untuk membunuh orang tidak bersalah dan tiada filem yang boleh menjustifikasikan serangan ke atas pejabat kedutaan.
Obama berkata, filem itu bukan sahaja penghinaan kepada orang Islam, malah menghina AS.
Komen itu dinyatakan oleh Obama selepas protes ganas tercetus di Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penyebaran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Keganasan itu telah membunuh empat orang warga AS termasuk dutanya di Benghazi, Libya, Chris Stevens dan lebih 50 orang lain. - AP

Madonna panggil Obama Muslim berkulit hitam

Madonna


LOS ANGELES - Bintang pop, Madonna mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminatnya apabila menggesa mereka mengundi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tetapi pada masa yang sama memanggil pemimpin itu sebagai seorang Muslim berkulit hitam.
Rakaman ucapan Madonna, 54, disiarkan di internet kelmarin. Klip itu dilaporkan dirakam semasa satu konsert Madonna di Washington DC pada Isnin lalu.
"Memang menakjubkan dan luar biasa untuk mengetahui kita memiliki seorang pemimpin berketurunan Amerika-Afrika di White House.
"Jadi, lebih baik anda semua mengundi Obama. Untuk lebih baik atau lebih buruk, kita mempunyai seorang lelaki Muslim berkulit hitam di White House. Ini bermakna masih ada harapan dalam negara ini," kata Madonna dalam ucapannya.
Menurut satu kajian awal tahun ini, lebih satu daripada tiga pengundi parti Republikan yang berfahaman konservatif masih berpendapat Obama seorang Muslim, hampir empat tahun selepas kemenangannya.
Obama menjadi Presiden kulit hitam pertama AS selepas memenangi pilihan raya pada tahun 2008.
Pilihan raya Presiden pada 6 November depan bakal menyaksikan Obama dicabar calon parti Republikan, Mitt Romney. - AFP

Abe menang pemilihan parti pembangkang Jepun


PRESIDEN baharu LDP, Abe (tengah) bersama bekas Presiden, Sadakazu Tanigaki (kiri) dan calon Presiden, Ishiba (kanan) mengangkat tangan selepas selesai undian di ibu pejabat parti itu di Tokyo semalam.


TOKYO - Bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe memenangi pilihan raya parti semalam, sekali gus melayakkan beliau menjadi pemimpin kumpulan pembangkang di Jepun.
Kedudukan itu bakal meletakkan Abe dalam kelompok calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.
Abe menewaskan Shigeru Ishiba dalam pemilihan pemimpin teratas Parti Liberal Demokratik (LDP) yang dijangka memainkan peranan penting bagi membentuk kerajaan baharu menjelang pilihan raya berkemungkinan diadakan pada musim luruh nanti.
Dalam ucapan selepas kemenangannya, Abe berikrar untuk bekerjasama dengan wakil rakyat, selain menerajui LDP bagi membentuk semula kerajaan, tiga tahun selepas dia disingkirkan daripada jawatan tertinggi Jepun itu.
"Bukan untuk diri kita dan LDP sahaja, namun demi membina negara yang kuat dan makmur, serta negara yang membuatkan rakyatnya berasa gembira kerana menjadi orang Jepun," kata beliau.
Abe menjadi Perdana Menteri Jepun dari 26 September 2006 hingga 26 September 2007 sebelum digantikan oleh Yasuo Fukuda yang mentadbir Jepun bermula 26 September 2007 hingga 24 September 2008. - Agensi

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Sepanyol


SEJUMLAH penunjuk perasaan berhimpun dekat bangunan Parlimen Sepanyol ketika mengadakan protes di Madrid kelmarin.


MADRID - Beribu-ribu orang berarak menuju ke bangunan Parlimen di sini kelmarin bagi membantah pelan penjimatan dan kenaikan cukai oleh kerajaan Sepanyol semalam. Namun, kemaraan mereka dihalang oleh lebih 1,000 anggota polis pencegah rusuhan dengan menyebabkan mereka terpaksa berhimpun di beberapa jalan berhampiran.
Kekacauan tercetus apabila polis mula memukul sebahagian penunjuk perasaan dengan menggunakan baton selepas mereka merosakkan sekatan pihak berkuasa dan membaling batu serta botol.
"Pemimpin-pemimpin politik cuma mementingkan syarikat-syarikat besar dan telunjuk pasaran kewangan," kata seorang pengatur cara komputer berusia 27 tahun, Aitor Llorens yang menyertai demonstrasi tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Polis Nasional Sepanyol menyatakan, seramai 38 orang ditangkap dan 64 lagi cedera dalam pertempuran tersebut.
Seorang jurucakapnya berkata, sejumlah 27 orang yang cedera itu merupakan anggota polis.
Sepanyol kini berada di ambang kemelesetan ekonomi dengan Kesatuan Eropah menawarkan pinjaman mencecah euro100 bilion (RM396.3 bilion) untuk menyelamatkan institusi perbankan di negara berkenaan. - AP

Empat maut, 14 cedera letupan di Damsyik


KEPULAN asap tebal dilihat keluar dari ibu pejabat tentera Syria di Damsyik semalam.


DAMSYIK, Syria - Seramai empat orang maut dan 14 lagi cedera dalam dua letupan kuat selang 10 minit yang menggegarkan pusat bandar ini berhampiran ibu pejabat tentera darat dan udara semalam, lapor agensi berita rasmi negara ini, SANA.
Menteri Penerangan, Omran Zoubi memberitahu, letupan itu disebabkan oleh dua butir bom dengan salah satu daripadanya mungkin diletakkan di dalam ibu pejabat tentera.
Kedua-dua letupan yang berlaku selang seminit di antara satu sama lain sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan berhampiran dataran Omayyad itu memecahkan tingkap bangunan berdekatan dan boleh didengari sejauh beberapa kilometer.
Kepulan asap tebal berwarna hitam menyelubungi pusat bandar ini dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian ketika polis menutup kawasan itu kepada lalu lintas.
Damsyik telah digegarkan oleh satu siri bom kereta dan pengeboman tepi jalan sejak beberapa bulan lalu ketika pemberontakan terhadap rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad bermula pada Mac tahun lepas bagi menuntut perubahan politik.
Sejak itu, kumpulan pemberontak mula mengangkat senjata apabila konflik bertukar menjadi perang saudara yang didakwa aktivis sudah meragut kira-kira 30,000 nyawa. - AP

Trend bengkak dahi



JOHN, Marin dan Scorpion menanti dua jam untuk dahi mereka diisikan air bergaram.
JOHN, Marin dan Scorpion menanti dua jam untuk dahi mereka diisikan air bergaram.
ASAMI memasukkan jarum untuk mengalirkan air bergaram pada dahi Marin.
ASAMI memasukkan jarum untuk mengalirkan air bergaram pada dahi Marin.
LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.

Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.

Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.

Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”

Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”

Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’

Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”

Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.

“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.

Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.

Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.

“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. - DM

Wanita tertelan tikus dalam sandwic



LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.

“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.

Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.

“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.

“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.

“Mereka akhirnya memberi saya baucar �10 (RM50).

“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.

Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak �10. - DM

Gaya hidup lebih utama dari anak



SINGAPURA: Wanita lebih mudah menyerah kepada takdir berbanding lelaki dalam perancangan keluarga, tetapi keberatan menukar gaya hidup mereka untuk mendapat anak, lapor satu kajian.
Kajian dibuat ke atas lelaki dan wanita dewasa berusia antara 23 dan 38 tahun oleh laman JobStreet.com, untuk memahami apa yang mendorong dan menghalang warga Singapura daripada mempunyai keluarga.

Berdasarkan senarai cadangan, waktu bekerja lebih pendek, 9 pagi hingga 5 petang dipilih sebagai insentif terbaik untuk ibu bapa mempunyai lebih anak.

Tujuh puluh peratus responden berkata, mereka meninggalkan pejabat purata pada jam 7 malam setiap hari.

Responden juga menerima baik satu lagi insentif iaitu kemudahan yang disubsidi di setiap bangunan pejabat.

Seorang ibu yang ditemubual oleh laman itu berkata, “Disebabkan kami tidak mempunyai kereta, ia mengambil masa 1.5 jam setiap hari untuk meninggalkan anak perempuan saya di beberapa pusat jagaan dan terpaksa menaiki MRT beberapa kali sebelum pergi dan balik, setiap hari.”

“Saya kemudian perlu meninggalkan pejabat pada jam 6 petang untuk menjemputnya pulang sebelum 7 malam dan mengelakkan daripada kesesakan.

“Sekiranya setiap bangunan pejabat mempunyai kemudahan ini, saya dengan mudah boleh meninggalkan anak saya di pusat di aras bawah dan kemudian terus ke pejabat, dan sekiranya saya perlu menjenguknya, saya boleh berbuat demikian pada masa rehat dan mudah bagi saya menjemput dia untuk pulang,” katanya.

Kajian itu menunjukkan sistem sokongan biasa untuk ibu bapa bekerja adalah meninggalkan anak mereka di tempat jagaan bayi atau pusat jagaan kanak-kanak.

Ibu bapa bekerja juga menunjukkan lebih suka meninggalkan anak mereka kepada keluarga seperti ibu di rumah, saudara berbanding mengupah pengasuh atau pembantu rumah.

Kira-kira 400 lelaki dan 600 wanita mengambil bahagian dalam kajian itu, 50 peratus berkata mereka tidak mempunyai anak.

Hanya 10 peratus responden berkata mereka mempunyai tiga anak atau lebih. - Straits Times

Wanita tertelan tikus dalam sandwic

Posted on the September 27th, 2012 under Luar Negara by admin
Gambar Hiasan
LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.
Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.
“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.
Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.
“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.
“Mereka akhirnya memberi saya baucar £10 (RM50).
“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.
Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak  £10. – DM

119 pelarian ditahan cuba naiki bot ke Australia



JAKARTA: Polis Indonesia menahan 119 warga Afghanistan dan dua Iran yang melarikan diri dari pusat tahanan, tidak lama sebelum mereka menaiki bot kayu ke Australia untuk mencari suaka, kata pegawai semalam.
Ketua Imigresen Daerah, Tito Andriyanto berkata, pelarian itu menggunakan pengangkutan bas kelmarin untuk pergi ke pantai di wilayah di Jawa Barat apabila mereka ditahan.

“Polis menahan mereka ketika mereka hampir tiba di pantai di mana sebuah bot besar sudah menunggu untuk membawa mereka ke Pulau Krismas (Australia),” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengetahui mengenai bot itu dua hari sebelum ini.

Ada enam wanita dan seorang budak lelaki tiga tahun dalam kumpulan itu. - JP

BILA JENAYAH MENINGKAT...DAN BERLAKU BEGITU KERAP...SERTA PERLBAGAI BENTUK JENAYAH....ADAKAH INI SATU PERINGATAN ALLAH YANG KITA MASIH MENANGGUH2 MELAKSANAKAN UNDANG2 ALLAH SWT

Jual rakan hamil

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

LAPOR...Asmah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Asmah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400,” kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.
Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.
Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.

“Perkahwinan kami hanya bahagia setahun. Dua tahun berikutnya, saya sering dipukul suami yang panas baran.

Tak sempat urut

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

CEKUP...wanita asing yang ditahan dalam operasi itu, kelmarin.
CEKUP...wanita asing yang ditahan dalam operasi itu, kelmarin.
MELAKA: Lima wanita asing disyaki tukang urut yang sedang menanti kehadiran pelanggan di sebuah premis di sekitar bandaraya ini tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila ‘dikunjungi’ pihak berkuasa, kelmarin.
Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30-an itu menjalankan kegiatan berkenaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

Serbuan khas itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Salim Ahmad, kira-kira jam 3.45 petang.
Ketika serbuan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan keenam-enam mereka tidak meloloskan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut. Pegawai Turus D7 Melaka, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti menyalahi undang-undang premis itu.

“Ia berikutan semua wanita asing itu dipercayai bekerja tanpa permit sah sebagai tukang urut.
“Dalam serbuan sama, kami turut menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral berkenaan dapat dibanteras sepenuhnya di negeri ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK negeri iaitu 06-2851999 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Tunggu ‘ejen’ ke Thailand

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

BERDEKATAN...pondok  terletak tidak jauh daripada pondok yang didiami suspek.
BERDEKATAN...pondok terletak tidak jauh daripada pondok yang didiami suspek.
DI SINI...keadaan dalam pondok  didiami suspek.
DI SINI...keadaan dalam pondok didiami suspek.
KANGAR: Suspek utama kes bunuh dan rompakan van pengawal keselamatan membabitkan wang RM1.2 juta di Taiping yang ditahan polis di negeri ini kelmarin dicekup ketika dia menunggu kedatangan ‘ejen’ untuk membawanya ke Thailand.
Seorang penduduk kampung mahu dikenali sebagai Pak Ya, 53, yang membantu polis ketika operasi menahan lelaki berusia 25 tahun itu, berkata ketika diberkas suspek tidur dalam sebuah pondok di atas bukit di Bukit Wang Angin, Banjaran Nakawan, dekat Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 11 pagi.
Menurutnya, pondok usang itu milik warga negara jiran dan lokasi suspek ditahan adalah kawasan sempadan Malaysia-Thailand terletak kira-kira 10 kilometer dari Kampung Syed Omar, di sini.

“Saya dan beberapa rakannya bersama anggota polis mula mendaki bukit itu kira-kira jam 9 pagi sebelum tiba di kawasan pondok itu kira-kira dua jam kemudian.

“Ada dua pondok di situ terletak 100 meter di antara satu sama lain dan selepas pemeriksaan kami mendapati suspek tidur dalam satu daripadanya,” katanya.

Ubah penampilan cukur misai, botak

IPOH: “Polis menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand bernilai 550 Baht daripada suspek dan tidak menemui baki wang dilarikan dalam kejadian rompakan tempoh hari.”
Demikian kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dalam sidang media mengenai kejayaan polis menahan suspek utama kes bunuh dan rompakan syarikat kawalan keselamatan berjumlah lebih RM1.2 juta.

Suspek berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan kejadian rompakan dan menembak mati rakan setugasnya, Hasnul Hafiz Saad, 28, di Taiping, pada 18 September lalu sebelum dia akhirnya ditahan di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, kelmarin.
Suspek yang juga petugas syarikat kawalan keselamatan terkemuka dijejaki polis selepas melakukan rompakan ketika menaiki van syarikat keselamatan berhampiran pusat beli-belah Giant, Taiping.

Dalam sidang media semalam, Mohd Dzuraidi berkata, suspek didapati cuba mengubah penampilannya dengan membuang misai selain membotakkan kepalanya. Selain susuk tubuhnya agak kurus selepas lebih seminggu menjadi orang buruan.

Menurutnya, pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak dibantu jabatan sama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya.
“Suspek ditahan reman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan. Kes itu kini dianggap selesai selepas tertangkapnya suspek utama kes bunuh dan rompakan berkenaan,” katanya.

Difahamkan suspek utama itu masih memiliki baki kira-kira RM600,000 daripada jumlah keseluruhan wang rompakan itu yang dipercayai dibahagikan dengan rakan jenayah lain yang terbabit dalam rompakan itu.
Sebelum ini, pasukan sama turut menahan enam suspek termasuk tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 24 hingga 47 tahun di Pulau Pinang dan Kedah pada 21 September lalu selain menemui semula kira-kira RM570,000 wang dilarikan dari sebuah van keselamatan itu.

Polis turut merampas dua buah kereta jenis Honda City dan Proton Waja dipercayai turut digunakan dalam rompakan nekad itu.

Aksi nekad 2 minit

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
CARI BUKTI...anggota forensik memeriksa tempat kejadian, semalam.
CARI BUKTI...anggota forensik memeriksa tempat kejadian, semalam.
PETALING JAYA: “Kami terdengar letupan dan jeritan dari kedai emas di sebelah sebelum keluar untuk memeriksa apa berlaku dan mendapati pengawal keselamatan premis itu terbaring sambil memegang dada yang berlumuran darah,” kata juruwang farmasi, Siti, 28, menceritakan kejadian rompakan nekad kedai emas di Jalan Othman, di sini, mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut ditembak, semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, kedai emas itu dirompak tiga lelaki bersenjatakan pistol dan kapak serta melarikan pelbagai barangan kemas sebelum beredar dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal.
Menurut Siti, dia bersama tiga rakan sekerja sedang melayan pelanggan ketika kejadian berlaku dan mereka sempat bersembunyi seketika dalam pejabat selepas seorang rakan yang keluar menjengah memberitahu ternampak seorang lelaki memegang pistol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pengawal keselamatan itu, Krishnan Periasamy, 44, meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan parah di dada, manakala tiga pekerja wanita kedai emas itu tidak cedera.

Menurutnya, tiga suspek terbabit memakai topi keledar berpenutup penuh tiba-tiba menyerbu kedai emas itu dan melepaskan dua tembakan ke arah pengawal keselamatan yang duduk di depan premis itu.

Dua polis ditembak

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dari Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields cedera parah ditembak dalam kejadian di Kuchai Lama, di sini, petang semalam.
Kedua-dua anggota berkenaan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, dan Koperal R Subramaniam, 52, yang masing-masing terkena tembakan di leher dan perut kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dilaporkan stabil.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dua anggota terbabit yang menaiki MPV mengekori sebuah kereta Proton Saga yang disyaki berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kenderaan itu yang dinaiki empat lelaki untuk pemeriksaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuchai Lama, kira-kira jam 6.45 petang.
“Sebaik keluar anggota terbabit keluar bagi menjalankan pemeriksaan, dua suspek yang berada di dalam kereta itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Berikutan itu, anggota terbabit turut melepaskan beberapa das tembakan bagi menyelamatkan diri dan sempat meminta bantuan unit peronda lain sebelum suspek memecut kereta melarikan diri.

Bakri berkata, kedua-dua anggota terbabit dikejarkan ke PPUM untuk rawatan segera oleh anggota MPV lain dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.
Berikutan itu, kereta dinaiki suspek ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian di Lebuhraya Maju (MEX) menghala ke Putrajaya, bagaimanapun keempat-empat suspek dipercayai sudah meloloskan diri.

“Kita (polis) kini menjalankan siasatan ke atas kereta milik suspek bagi mengesan mereka. Dua anggota yang menerima rawatan di Unit Kecemasan PPUM itu kini dilaporkan stabil.
“Kes terbabit disiasat mengikut seksyen Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Difahamkan, pihaknya belum dapat mengenal pasti sama ada suspek berkenaan adalah individu yang sama melakukan rompakan menyebabkan pengawal keselamatan maut ditembak di sebuah kedai emas di Jalan Othman, di sini, beberapa jam sebelum kejadian itu.

Suspek perogol bersiri ditahan



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri yang diburu polis sejak 2010 selepas merogol dan menyamun beberapa wanita ditahan di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mangsa supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis mengesan suspek di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam dan menahannya jam 2 pagi semalam.

Menurutnya, hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai hasil samun iaitu iPad dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa.
“Hasil siasatan awal, terdapat tiga kes dilaporkan dilakukan suspek di Kuala Lumpur dengan menggunakan modus operandi menawar iklan dengan gaji lumayan di laman web sebelum mengadakan temu duga di hotel.

“Kes pertama dilaporkan pada 2010 dengan mengajak mangsa datang ke hotel untuk menjalani proses temu duga. Siasatan lanjut mendapati suspek yang berkerja sebagai jurujual itu turut menjalankan kegiatannya di Selangor dengan ada beberapa kes lagi dilaporkan,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Ku berkata, kebanyakan mangsa yang terpedaya akan dihubungi suspek kononnya disenarai pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel sekitar ibu kota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri dan berjanji akan membayarnya kemudian. “Suspek kini direman bagi membantu kes membabitkan samun dan rogol mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan,” katanya. Sehubungan itu, orang ramai atau mangsa yang terpedaya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167 atau Bilik Gerakan JSJ D11 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 120 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
Harian Metro pada 20 September lalu melaporkan mengenai seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.

Ugut simbah asid bekas isteri enggan rujuk

KUALA LUMPUR: Gila talak. Itu gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang mengupah samseng untuk mengugut bekas isterinya dengan perkataan lucah selain mengugut untuk menyimbah asid hanya kerana niatnya untuk rujuk semula ditolak bekas isterinya itu.
Mangsa berumur 36 tahun yang bekerja di pejabat guaman kini trauma untuk bersendirian selepas orang upahan suaminya itu mengekorinya hingga ke kawasan pejabatnya di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarinah berkata, dia menerima panggilan misteri daripada seorang lelaki yang mengugut untuk membunuhnya sejak seminggu lalu dan apabila rakan sekerjanya menjawab panggilan, lelaki itu memaki mereka dengan perkataan lucah.
“Pada jam 4 petang kelmarin ketika berada di pejabat, saya menerima panggilan dan lelaki itu mengaku dia diupah bekas suami.

“Bekas suami tidak puas hati kerana saya enggan rujuk semula,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini, dia membuat laporan polis ke atas bekas suaminya itu dan lelaki itu ditahan, namun selepas dibebaskan, dia mengulangi perbuatannya itu.
“Dalam kejadian terbaru jam 7 malam kelmarin, seorang lelaki menunggu di hadapan pejabat dengan motosikal dan apabila saya hendak berjalan ke kereta, lelaki itu memecut ke arah saya dan saya bernasib baik kerana sempat melarikan diri semula ke dalam bangunan pejabat.

“Dengan bantuan rakan sepejabat, saya turun semula ke kereta dan selepas keluar ke jalan besar, lelaki terbabit mengekori saya menyebabkan saya memandu ke Balai Polis Dang Wangi untuk keselamatan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

2 amuk depan pondok polis dicekup



PETALING JAYA: Dua lelaki yang tidak berpuas hati apabila mangsa dibelasah mereka lari bersembunyi dalam Pondok Polis Desa Mentari, Sungai Way, di sini, bagi mendapatkan perlindungan bertindak mengamuk di depan premis itu menggunakan rantai besi, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit bertindak samseng apabila menjerit memanggil nama mangsa berusia 25 tahun dan cuba menceroboh masuk ke pondok polis itu untuk mendapatkan mangsa.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua lelaki terbabit mengundang padah apabila mereka segera diberkas anggota polis yang berkawal di pondok itu, manakala senjata dirampas.
Menurut sumber, pergaduhan antara dua lelaki terbabit dan mangsa bermula setengah jam sebelum kejadian apabila mangsa yang menetap di Shah Alam dibawa ke Desa Mentari, Jalan Klang Lama, di sini.

“Mangsa yang berada di rumahnya didatangi dua lelaki itu sebelum dibawa ke sebuah flat di Desa Mentari kononnya untuk berbincang.

“Seorang daripada lelaki terbabit menuduh mangsa cuba mengganggu teman wanitanya dan dia mahu berbincang bagi mendapatkan penjelasan mangsa,” katanya.
Sumber berkata, sebaik tiba di flat berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba memarahi mangsa dan memukul kepalanya dengan rantai besi sehingga berdarah menyebabkan mangsa yang ketakutan melarikan diri kerana bimbang dibelasah dengan lebih teruk.

“Mangsa berlari ke arah Pondok Polis Desa Mentari bagi mendapatkan perlindungan. Ketika dia cuba dibantu anggota polis pondok itu tiba-tiba dua lelaki yang menyerangnya datang sambil menjerit.
“Kedua-dua lelaki terbabit kemudian membuat kecoh di depan pondok polis itu dan cuba masuk ke dalam untuk menyerang semula mangsanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menahan dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun kerana melakukan serangan terhadap mangsa di depan pondok polis berkenaan.

Rumah berlubang dirempuh kereta



AMPANG JAYA: Seorang peniaga nasi lemak terkejut selepas mendengar dentuman kuat sebelum sebuah kereta Proton Saga merempuh rumah tingkat bawah Flat AC di Pandan Indah, di sini, semalam.
Kejadian jam 10.30 pagi itu menyebabkan rumah itu rosak dan kereta yang dipandu seorang lelaki serta anak gadisnya itu pula remuk di bahagian depan dan belakang.

Sebelum kejadian, sebuah kereta Toyota Vios yang keluar dari satu simpang berhampiran tempat kejadian sebelum melanggar kereta mangsa menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh rumah berkenaan.
Kejadian itu menyebabkan ruang tamu rumah berkenaan berlubang. Bagaimanapun, pemandu dan anak gadisnya tidak cedera.

Saksi kejadian, Monalisa Selamat, 43, yang sedang berniaga berkata, dia mendengar dentuman kuat disusuli sebuah kereta merempuh dinding sebuah rumah.

Katanya, dia melihat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 50-an bersama anak gadisnya hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta sebelum merempuh sebuah rumah.
“Saya menjerit minta bantuan jiran kerana melihat keadaan kereta yang remuk dan bimbang terjadi apa-apa terhadap pemandunya.

“Saya menyuruh jiran menghubungi pemilik rumah yang ketika itu berada di tempat kerja,” katanya.
Pemilik rumah itu, Roslan Othman, 52, berkata, ketika kejadian, dia dan isterinya tiada di rumah kerana bekerja.

“Akibat kejadian itu, ruang tamu rosak apabila satu lubang terbentuk,” katanya yang bersyukur kerana ketika kejadian tiada ahli keluarga di rumah dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Terbenam 12 meter

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

BAU: “Selepas dengar dentuman kuat, saya menjerit ke arah anak saudara supaya menyelamatkan diri, namun suaranya tidak kedengaran selepas itu,” kata Chin Chong Chung, 47.
Chin adalah bapa saudara Lee Sze Chun, 37, yang maut dihempap bongkah batu seberat dua tan dalam terowong di Gunung Tabai, Jalan Taiton, di sini, pagi semalam.

Kejadian antara jam 2 hingga 3 pagi itu menyebabkan mangsa yang juga peniaga dari Kampung Buso, di sini, terbenam sedalam 12 meter selepas dihempap satu lagi batu bersaiz sederhana.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan memasuki kawasan Gunung Tabai bagi mengutip tanah yang kemudian dijual dengan harga antara RM90 hingga RM100 seguni, pada jam 12 tengah malam.

Chin berkata, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan beberapa rakan sibuk mengisi tanah mengandungi emas ke dalam guni sebelum dikejutkan bunyi rekahan.

Bapa disaman anak meninggal



SEREMBAN: Bekas jutawan Felda LBJ, Labu, yang disaman anak perempuannya Februari lalu berhubung harta sepencarian bernilai RM160,000 meninggal dunia kerana sakit tua, di sini, petang kelmarin.
Rashid Jani, 75, meninggal dunia di rumahnya di Kampung LBJ pada jam 5 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan pada jam 10.30 malam.

Isterinya, Wae Aesoh Jehteh, 33, berkata, lima daripada tujuh anak arwah dengan isteri pertama dari sekitar negeri ini hadir dan sempat mengucup wajah arwah buat kali terakhir. “Saya akan meninggalkan rumah ini selepas tamat edah dan menyerahkan kepada peguam berhubung isu tuntutan saman anak keenam arwah suami untuk diselesaikan,” katanya.
Sebelum ini, anak keenam jutawan Felda itu, Nozay, 44, menyamannya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini dan memohon mahkamah mengisytiharkan setengah daripada kepentingan tanah milik bapanya sebagai harta sepencarian arwah ibunya, Kering Aman. Dia juga memohon bahagian ibunya dibahagikan mengikut faraid kepada waris lain. Selain itu, anaknya memohon supaya nama ibunya didaftarkan sebagai pemilik bersama dalam surat hak milik hartanah itu.

Rashid yang kecewa dengan tindakan anaknya, memfailkan pembelaan dan membuat enam tuntutan balas. Perbicaraan kes itu yang bermula sejak Mac lalu sepatutnya bersambung pada 12 Oktober ini.

Wae Aesoh yang berasal dari Narathiwat, Thailand berkata, dia berharap isu tuntutan itu diselesaikan secara baik dan menyerahkan kepada peguam arwah suaminya untuk tindakan selanjutnya.

‘Percutian berdarah’

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

JITRA: “Saya nampak kereta Toyota Vios berwarna hitam itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar belakang sebuah lori penyelenggaraan lebuh raya yang diletakkan di tepi jalan.
“Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pemandu serta penumpang kereta berlumuran darah dipercayai sudah mati. Namun, saya terkejut apabila mendapati salah seorang mangsa adalah anak rakan saya,” kata Kee Kim Ngaung, 60, saksi kejadian kemalangan yang berlaku kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kilometer 21.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan dari Jitra menghala ke Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa, Khaw Chun Seong, 21, dan Lye Guang Syong, 25, kedua-duanya disahkan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah lori penyelenggaraan di lebuh raya berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang juga kakitangan bahagian jualan sebuah bank di Kuala Lumpur dalam perjalanan menuju sempadan dipercayai untuk bercuti ke Hatyai, Thailand.

Berdasarkan maklumat, kereta dipandu Seong, yang berasal dari Simpang Empat, dekat sini, dilihat berpusing beberapa kali dipercayai akibat keadaan jalan yang licin selepas hujan, sebelum terus menghentam belakang lori berkenaan yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di pinggir lebuh raya.

Pitam anak tukang urut

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang ibu diserang sakit jantung sebaik mengetahui anak gadisnya dilarikan seorang lelaki untuk dijadikan tukang urut di sebuah rumah urut di Singapura, Ahad lalu.
Bagaimanapun, anak gadisnya itu berjaya diselamatkan adik lelakinya selepas mendapat maklumat daripada rakan yang mengetahui perbuatan lelaki terbabit, kelmarin.

Menceritakan kejadian, bapa saudara mangsa, Ng Ah San, 35, berkata anak saudaranya, Yap Yi Hong, 18, mengenali lelaki terbabit menerusi laman sosial facebook sejak beberapa minggu lalu.
“Yi Hong disedari meninggalkan rumah jam 7 pagi Sabtu lalu dengan meninggalkan nota mengatakan mahu mencari pekerjaan untuk menyara keluarga.

“Namun, kami dihubungi rakannya memaklumkan lelaki terbabit sudah membawanya ke Singapura untuk dijadikan tukang urut sebelum kakak saya terkejut dan pitam akibat diserang sakit jantung. Namun, kakak sudah stabil,” katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Ng berkata, dia pergi ke rumah urut dimaksudkan sebelum menemui anak saudaranya itu yang sedang bekerja dan membawanya pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, ketika mahu pulang, lelaki terbabit muncul sebelum menghalang dia membawa anak saudaranya pulang.

“Saya mengatakan ibu Yi Hong sakit dan mahu bertemu dengannya menyebabkan lelaki itu membenarkan saya membawanya pulang selama sehari dan mengarahkan supaya menyerahkannya semula hari ini (semalam) selewat-lewatnya jam 3 petang, jika mahu selamat.
“Kami yang buntu menghubungi Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong, di sini, untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata, MCA akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kes berkenaan.

“Berdasarkan laporan ibu mangsa pada Ahad lalu di Balai Polis Rawang, Gombak, saya yakin pihak PDRM akan membantu menyelamatkan gadis terbabit yang kini bersembunyi di Johor Bahru.

Wednesday, September 26, 2012

KAN ADA BAIK JANGAN GANGGU AGAMA LAIN...KITA NAK KOMEN PUN BUKAN BIDANG KITA SERTA TAK ARIF PUN AGAMA YANG KITA HINA ITU...BAGAIMANA KALAU AGAMA KITA DIHINA...TENTU KITA TAK SENANG JUGA...JIKA KITA COMEL SAKAN WAJIB PAKAI PURDAH UNTUK MENGELAKKAN FITNAH


Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Hina Islam Dalam Facebook

Posted on the September 26th, 2012 under Tempatan by admin
KLANG – Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

“Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.
- Bernama

Pengguna facebook hina Nabi Muhammad SAW

Posted on the September 26th, 2012 under Tempatan by admin

SHAH ALAM – Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam.
Pengguna Facebook itu telah membangkitkan kemarahan apabila statusnya menghina Nabi mula disebarkan oleh blog-blog.
Antara statusnya ditulis, “Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH…”.

Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan nombor plat kereta juga telah disebarkan.
Namun individu dengan akaun nama yang sama juga telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak beberapa jam lalu.
Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telah digodam.
“Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama.
“Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri,” katanya.
Sinar

RM2 untuk seekor tikus hidup atau mati

Posted on the September 26th, 2012 under General by admin

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.
Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.

“Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.
“Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut.
“Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di sini.
“Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita,” katanya.
Bagaimanapun Ahmad mengigatkan penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa menangkap haiwan tersebut. – Bernama

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Lawatan, Bermalam Bersama Anak

Posted on the September 26th, 2012 under Artis by admin

SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada Selasa gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Mohd Aidil, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita, 36.
Mohamed Fouzi juga mengarahkan Mohd Aidil membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkamah.

Pemain bola sepak itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Mohd Aidil selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai “locus standi” atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
Ini kerana, Mohd Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.
Mohd Zaidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir menjelaskan isu dibangkitkan anak guamnya dalam bantahan itu membabitkan alamat tempat tinggal Mohd Aidil.
Beliau berkata ketika memfailkan permohonan hak penjagaan anak, Mohd Aidil menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah itu, sejak Januari lepas.
“Beliau (Mohd Aidil) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa memberikan alamat rumahnya di USJ1 dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding mahkamah,” katanya.
Sementara itu, Rita ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.
“Jika beliau maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah,” katanya. – BERNAMA

Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang

Posted on the September 26th, 2012 under Tempatan by admin
KUANTAN – Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.
Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).
Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.
“MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.
Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.
“Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.
“Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang,” katanya.
Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. – Bernama