Thursday, October 11, 2012

UMUR NI KETENTUAN ALLAH...KESELURUHAN ALLAH LAH PENENTUNYA...SESUAI DENGAN SIFAT ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI MAHA PERKASA

Jalan kaki rahsia panjang umur
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
11 Oktober 2012
Jalan kaki rahsia panjang umur
Bedah tersenyum gembira di samping anak bongsunya, Roziah.
KOTA BHARU - Berjalan kaki dari usia anak dara sehingga berumur ratusan tahun merupakan rahsia umur panjang seorang warga emas, Bedah Mamat, 110, yang berasal dari Kursial, Tanah Merah.

Bedah yang bergelar ibu tunggal pada usia 30 tahun berkata, semasa mudanya berbagai kerja yang dilakukan bagi menyara tiga orang anaknya yang sedang membesar pada waktu itu.

“Makcik tidak pandai kayuh basikal atau tunggang motosikal, jadi setiap kali hendak ke mana-mana atau bekerja makcik hanya berjalan kaki.

“Antara kerja yang makcik lakukan ialah mengambil upah menoreh getah dan memikul karung beras untuk dibawa ke jeti di sungai dengan bayaran 30 sen bagi satu karung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Warga Emas yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Rumah Seri Kenangan, di sini.

Bedah yang ditemani anak bongsunya, Roziah Jaafar, 53, hadir ke majlis tersebut untuk menerima anugerah warga emas dengan membawa pulang wang tunai dan sijil.

Menurutnya, dia perlu bekerja keras kerana tidak mempunyai pilihan demi mencari sesuap nasi dan mengimbau kembali kehidupannya, setiap hari hanya nasi bercampur pisang yang dimakan sekali sehari sebagai penggalas perut.

Dia yang masih boleh berjalan serta mempunyai penglihatan dan pendengaran yang masih baik berkata, dengan kudrat yang ada dia bekerja sehingga umurnya 92 tahun dan berhenti apabila sudah tidak larat lagi untuk berjalan kaki keluar mengambil upah menoreh getah.

“Bukan makcik tidak mahu menumpang anak-anak tetapi makcik sudah biasa bekerja kuat jadi selagi boleh berjalan makcik keluar menoreh,” katanya.

Bedah kini dijaga oleh Roziah dan menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan itu juga hidup sihat tanpa sebarang penyakit yang biasa dihidapi oleh warga emas sepertinya.

Dia yang bersyukur dengan anugerah tersebut berkata, tiada amalan atau pantang larang yang diamalkan olehnya untuk sihat sehingga sekarang kerana setiap hari dia mengambil nasi seperti biasa dan makan apa sahaja.

Bedah  yang mempunyai 12 cucu dan 16 cicit itu berharap umur panjang yang diberikan kepadanya itu dapat digunakan untuk memperbanyakkan lagi amalan agama.
Isteri, anak pohon maaf sebelum berlepas ke Kuala Terengganu

10 Oktober 2012
KEMAMAN - Apabila Norizan Othman, 49, pulang ke rumah di Kampung Gong Pauh pukul 10 malam tadi selepas berniaga kuih di Kerteh, kira-kira 20 kilometer dari sini, isteri dan lima anak perempuannya tiada di rumah kerana telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk mengunjungi anak perempuan sulung mereka.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 6 pagi tadi, Norizan menerima perkhabaran sedih bahawa isterinya, Noran Ali, 39, bersama tiga anak mereka -- Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, 9, Nurkhairatul, 4, dan dua saudara angkat terkorban dalam nahas jalan raya apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 129 Jalan Kuantan-Terengganu dekat Meraga Beris pada 4.30 pagi.
Dua saudara angkat yang turut terkorban ialah Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, pemandu kereta.
Dua lagi anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas terbabit tidak cedera.
"Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.
"Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.
Norizan juga berkata beliau tidak menyangka itulah ungkapan maaf terakhir daripada isteri dan anak-anaknya.
Beliau berkata isterinya memaklumkan bahawa mereka mahu ke rumah Nur Syamira, 21, di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu untuk berjumpa dua cucu yang berusia empat dan satu tahun.
Sementara itu, Nur Syamira berkata ibunya ada menghubungi beliau petang semalam, namun tidak pula memaklumkan akan ke rumahnya.
"Ibu memang biasa buat kejutan untuk kami sekeluarga. Kadang-kadang dia datang tanpa bagitahu, tapi sebelum kejadian, memang dia tidak maklumkan akan datang ke rumah," katanya.
   - Bernama
Dua maut kereta terbakar
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
Dua maut kereta terbakar
Kereta yang rentung dalam kemalangan meragut dua nyawa itu. Gambar kecil: Cebisan mayat mangsa rentung.
ROMPIN - Dua maut terbakar apabila kereta jenis Daihatsu Charade dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah treler di Kilometer 150.8 Jalan Kuantan-Seremban dekat Melati, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, identiti mereka masih belum dikenal pasti kerana seorang daripada mangsa dipercayai rentung, manakala seorang lagi mengalami kesan terbakar di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mereka dipercayai lelaki, namun pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa sehingga jam 4 petang semalam.

“Sehingga kini, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti. Kita harap waris terdekat dapat tampil membantu polis berhubung kes ini,” katanya.

Johari berkata, polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu sebelum Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Inspektor Mohd Asura Ahamad dibantu anggotanya tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Seremban, bagaimanapun secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, kereta itu kemudiannya merempuh sebelum diseret sebuah treler yang membawa barangan logistik.

“Pemandu treler itu tidak sempat berhenti lalu merempuh kereta tersebut sebelum kedua-dua kenderaan terbabit masuk ke laluan sebelah kanan jalan,” katanya.

Bagaimanapun Johari berkata, treler terbabit dipercayai terbabas kira-kira lapan meter daripada tempat kejadian, manakala kereta itu berada di bahu jalan menghala arah Seremban.

“Tidak sampai dua minit, kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan seorang daripada mangsa rentung, manakala seorang lagi hanya tinggal anggota badan” katanya.

Menurutnya, mayat serta cebisan tulang kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat dan polis kini sedang menunggu waris kedua-duanya membuat tuntutan mayat.

Tidak sempat minta bantuan

Sementara itu, pemandu treler, Mohd Rosli Abu Bakar, 46, bersyukur kerana dia tidak maut dalam kejadian tersebut, meskipun jarak antara treler dan kereta terbabit agak dekat.

Mohd Rosli berkata, dia sempat keluar daripada kenderaan dan terkejut apabila melihat sekujur mayat terbaring di atas jalan lalu meminta pertolongan orang awam yang melalui jalan itu.

Menurutnya, tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan kuat dan mendapati kereta terbabit hangus terbakar.

“Saya berada tidak jauh daripada tempat kejadian dan terkejut apabila kereta itu terbakar. Saya cuba menjauhkan diri kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Mohd Rosli berkata, dia masih trauma kerana bukan saja melihat sekujur mayat berlumuran darah, malah dikejutkan dengan kebakaran tersebut.

“Jika bahagian depan treler dan kereta itu tidak terpisah, mungkin saya juga temui ajal. Namun nasib saya baik apabila kenderaan terbabas ke hadapan,” katanya.

Hanya alami cedera ringan

Mohd Rosli yang memandu lori sejak 11 tahun lalu berkata, dia tidak pernah terbabit dengan kemalangan dan kejadian pagi itu menyebabkan dia trauma.

“Apa boleh buat kerana ini sumber rezeki saya. Mahu atau tidak, saya terpaksa kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Dia berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju ke Kemaman untuk menghantar barangan logistik.

Menurutnya, dia mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah selepas mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kanan dan sakit dada.

“Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup walaupun mengalami kecederaan ringan di bahagian buku lali,” katanya.
Judi: 19 ditahan di 4 kafe siber di Kuantan

11 Oktober 2012
KUANTAN - Sebanyak 19 orang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian di empat buah kafe siber di sini, malam tadi.
 
Polis turut merampas 71 set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian itu.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata nilai rampasan dianggar RM71,831 termasuk wang tunai berjumlah RM831.
 
"Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30an. Operasi membanteras aktiviti perjudian di kafe siber itu melibatkan 13 anggota serta empat pegawai polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga semalam, polis Pahang telah melakukan 421 serbuan di premis kafe siber di seluruh negeri.

"Hasil serbuan itu pihak polis berjaya merampas 4,859 set komputer serta menahan 1,881 individu termasuk pelanggan dan pemilik," katanya.
 
Katanya operasi itu akan dilakukan secara berterusan sehingga aktiviti berkenaan berjaya dihapuskan.
 
Beliau berkata, pemilik premis juga boleh disiasat di bawah Seksyen 41C Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membolehkan pelaku didenda tidak kurang RM5,000 untuk setiap mesin judi yang dirampas atau penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama
3 lelaki bersenjata parang samun 2 rumah 1 jam

11 Oktober 2012
ROMPIN - Tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun dua buah rumah di Kampung Bakong dekat sini awal pagi tadi, namun seorang daripada berjaya ditangkap.
 
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata pada mulanya mereka yang dipercayai warga Indonesia  memecah masuk sebuah rumah kira-kira pukul 3.35 pagi.
 
"Pemilik rumah yang nyenyak tidur hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas kejadian, kira-kira 6 pagi selepas mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak akibat digeledah.
 
"Mangsa seorang wanita berusia 40-an melaporkan kerugian kira-kira RM6,000 selepas barangan kemasnya hilang," katanya.
 
Beliau berkata suspek kemudiannya memecah masuk pula sebuah lagi rumah tidak jauh dari situ kira-kira pada 4.30 pagi.

Mangsanya Rokiah Harun, 50, turut diikat dengan tali kasut dan mulutnya ditampal dengan pita pelekat, katanya.
 
"Ketiga-tiga suspek yang tidak memakai baju, berseluar pendek serta menutup muka dengan kain itu kemudiannya mengeledah rumah mangsa, sebelum melarikan diri bersama barangan kemas berupa rantai leher, gelang tangan, empat utas jam tangan, kamera digital dan telefon bimbit ke kawasan ladang sawit berhampiran.
 
"Jumlah kerugian dianggarkan RM8,000," tambahnya. .
 
Johari berkata mangsa kemudian mengejutkan suaminya yang tidur di bilik bersebelahan sebelum mereka bertindak menghubungi polis.
 
“Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah itu dengan mengumpil tingkap cermin di bahagian tengah rumah sebelum menyelinap masuk ke dalam rumah," katanya.

Beliau berkata pihak polis yang tiba di rumah mangsa, kemudiannya bersama beberapa penduduk kampung memasuki kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
 
"Ketiga-tiga suspek ditemui sedang berehat di dalam sebuah kelambu yang di pasang di ladang itu. Suspek yang menyedari kehadiran polis, bertindak melarikan diri, namun seorang daripada mereka berjaya diberkas," katanya.
 
Beliau berkata pihak polis percaya ketiga-tiga suspek juga terbabit dalam kes pecah masuk di rumah pertama berdasarkan modus operandi mereka mengumpil tingkap cermin.
 
"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, pihak polis masih memburu dua lagi suspek yang melarikan diri itu," katanya. - Bernama
Lelaki tidak siuman huni surau
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
Lelaki tidak siuman huni surau
Fatimah menunjukkan keadaan dalam surau yang berselerak akibat didiami lelaki tidak siuman.
JENGKA - Jemaah sebuah surau, di sini, meluahkan rasa tidak selesa dengan tindakan seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman menjadikan surau berkenaan sebagai tempat tinggalnya.

Seorang peniaga, Fatimah Jantan, 70, berkata, lelaki terbabit dipercayai sudah lama mendiami surau berkenaan, seolah-olah itu adalah rumahnya.

Menurutnya, sebelum ini dia rajin ke surau itu untuk mengemas, termasuk memasang langsir sebagai pemisah tempat jemaah wanita bersolat.

“Bagaimanapun sejak orang kurang siuman itu ada, saya sudah tidak berani lagi ke surau,” katanya kepada Sinar Harian.

Fatimah berkata, lelaki terbabit kadang kala akan mengganggu jemaah yang sedang bersolat.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ada peniaga sudah tidak mahu lagi menggunakan surau di situ kerana bimbang diapa-apakan lelaki tersebut.

“Tengah solat, secara tiba-tiba lelaki itu datang dan memegang badan jemaah. Ada ketika jika tidak diberikan ubat, dia akan berkelakuan tidak senonoh seperti berbogel dan mengganggu masyarakat sekitar.

“Sekali-sekala datang jururawat mungkin dari klinik kesihatan berdekatan memberikannya ubat. Sekarang ini saya lihat mereka beri ubat melalui suntikan, mungkin kerana lelaki itu sudah tidak mahu makan ubat,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di dalam surau berkenaan mendapati terdapat beberapa tilam dan bantal buruk, selain pakaian tersidai di langsir.

Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai basikal yang turut diletakkan di dalam surau.

Ada juga yang mendakwa, surau berkenaan bukan sahaja menjadi tempat tinggal lelaki tersebut, malah menjadi sarang penagih dadah dan kaki botol.

Sementara itu, Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh berkata, lelaki berkenaan masih mempunyai saudara mara tetapi tidak dipedulikan kerana tidak siuman.

“Anggota penguat kuasa sudah beberapa kali menegur lelaki itu supaya tidak tinggal di surau  berkenaan, namun tidak diendahkannya, malah akan datang semula apabila orang tiada.

“Pihak kami  merasakan lelaki ini perlu dibantu, justeru akan merujuk perkara ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Tolak rayuan perogol kanak-kanak
RUBIAH OMAR
10 Oktober 2012
Tolak rayuan perogol kanak-kanak
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak rayuan dan mengekalkan hukuman 15 tahun penjara serta enam sebatan terhadap Senni, semalam.
Mahkamah Tinggi kekalkan hukuman 15 tahun penjara, enam sebatan

KUALA TERENGGANU- Perbuatan kejam seorang warga Indonesia yang tergamak merogol kanak-kanak berusia sembilan tahun sehingga mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluan amat dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menolak rayuan dan mengekalkan hukuman 15 tahun penjara serta enam sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, dua tahun lalu terhadap tertuduh, Senni, dari Jawa Timur, Indonesia.

Terdahulu, Senni yang bekerja sebagai tukang elektrik didapati bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 9 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih Jalan Padang Luas, Kampung Padang Luas, Besut, pada 4 Mei 2009 antara jam 7 malam hingga 8 malam.

Dengan itu, Senni yang semasa kejadian berusia 23 tahun didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli lampin pakai buang untuk adiknya di kedai berhampiran telah ditarik oleh tertuduh masuk ke dalam rumahnya sebelum dibawa ke dapur dan dirogol.

Selepas kejadian, mangsa pulang ke rumah dan menangis apabila hendak membuang air kecil kerana mendakwa sakit pada bahagian kemaluan sebelum ibu mangsa ternampak darah meleleh keluar dari kemaluan mangsa dan turut mendapati terdapat kesan luka seperti ‘hati ayam yang hancur’.

Terdahulu dalam rayuannya, Senni yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mempertimbangkan rayuan meringankan hukuman yang dijatuhkan kepadanya sebelum ini dengan mendakwa sudah insaf.

Selain itu, Senni turut mendakwa semasa kejadian usianya masih muda, jadi dia terlalu jahil sehingga sanggup melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak yang masih mentah selain mendakwa hendak pulang ke tanah airnya secepat mungkin disebabkan kedua orang tuanya di kampung sudah uzur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin  Ahmad Nawawi.
Dapat pengalaman baru
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
Dapat pengalaman baru
Kumpulan pelawat diketuai fasilitatornya, Ibrahim Mohamad (kiri) ketika mengadakan lawatan dan bertemu penghuni rumah perlindungan itu, Mariam Abdullah, 76.
MARANG – Orang tua-tua ada menyebut, seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak. Namun, sepuluh anak, belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Usah kata berebut, malah masing-masing membuat helah apabila tiba kepada persoalan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab.

Justeru, kehadiran seramai 60 pelajar sekolah agama daripada seluruh negara ke Rumah Sejahtera Taman Bahagia Wakaf Dua itu memberi peluang kepada remaja berkenaan melihat sendiri keadaan warga emas yang tinggal di sini.

Bendahari jawatankuasa rumah perlindungan itu, Nordin Abu Hasan, 71, berkata, dengan cara mendedahkan pelajar melalui program lawatan seperti itu ia mampu memupuk sikap prihatin dan menimbulkan rasa belas kasih terhadap ibu bapa.

“Walaupun pelajar dan warga emas ini tidak saling mengenali, secara tidak langsung pelajar dapat mengetahui bahawa golongan ini perlu sentiasa diingati dan dihargai.

“Justeru, mereka akan melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri,” katanya.

Nordin berkata demikian kepada Sinar Harian selepas berakhirnya Program Rehlah Berfokus Peserta Nadirah Kepimpinan Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Peringkat Kebangsaan yang mengadakan lawatan ke Rumah Sejahtera Taman Bahagia Wakaf Dua, di sini.

Menurutnya, program itu juga mampu membuat peserta terbabit lebih mengasihi dan menghormati ibu bapa mereka sekali gus fenomena warga emas terbiar atau disisihkan yang tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan pada masa depan.

“Bagaimanapun, perilaku ibu bapa  contoh terbaik untuk anak erana biasanya ibu bapa sudah tentu mahu mereka dihormati dan tidak diabaikan tetapi perkara yang sama perlu dilakukan terhadap nenek dan datuk mereka,” katanya.

INI LAH PENANGAN@AKIBAT JUDI....ITU SEBAB ALLAH HARAMKAN SEGALA BENTUK JUDI

Enam maut nahas Viva-bas

BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut enam nyawa di Meraga, Beris dekat Kemaman semalam.


KEMAMAN – Enam termasuk empat beranak terbunuh dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bas ekspres di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga, Beris dekat sini semalam.
Tragedi pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila kereta dinaiki lapan mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Kuala Terengganu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas terbabit.
Difahamkan pemandu bas, Mohd. Khalid Mamat, 47, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuantan, Pahang membawa 23 penumpang cuba memberhentikan kenderaannya apabila melihat kereta tersebut memasuki laluannya.
Bagaimanapun, bas tersebut tidak sempat berbuat demikian menyebabkan kedua-dua buah kenderaan tersebut bertembung.

Jimmy reda dengan perpisahan


Gambar majlis persandingan Jimmy Shanley dan Nur suhaila Eliani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 hanya tinggal kenangan.


PETALING JAYA – Selepas dua tahun berdepan kontroversi rumah tangga, pengacara, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara tebus talak RM1.
Serentak itu, bekas pengacara Trek Selebriti di saluran berbayar Astro itu, disahkan bercerai talak satu dengan Nursuhaila oleh Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah selepas masing-masing melafazkan tebus talak tersebut.
Nursuhaila menyerahkan wang tebus talak RM1 itu kepada Jimmy sebelum prosiding bermula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat sini semalam.
Sehubungan itu, Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, nafkah mutaah, nafkah tertunggak serta hutang piutang begitu juga dengan Jimmy yang tidak akan menuntut hutang sesama mereka.
Perceraian secara tebus talak merupakan suatu perceraian yang diminta oleh isteri dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya.
Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu.
Sejurus selesai prosiding, Jimmy, 32, yang bergegas keluar dari dewan mahkamah sempat memberitahu media yang dia terpaksa memungkiri janji ibu mertuanya yang juga pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan Nursuhaila.
“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan saya di Jannah (syurga),” katanya sambil menguntum senyuman pahit.

Tahi judi mahu jual buah pinggang


PHUAH sedih kerana terpaksa menanggung hutang dan ditinggalkan oleh isteri ekoran tabiatnya suka berjudi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang ditinggalkan isteri dan anaknya kerana gemar berjudi, bercadang menjual salah satu buah pinggangnya bagi melangsaikan hutang judi berjumlah RM20,000.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah, 45, berkata, dia rela menjual organnya sendiri kerana menemui jalan buntu untuk melangsaikan hutangnya akibat ketagih bermain judi internet.
Katanya, dia telah meminjam sebanyak RM15,000 daripada ahli keluarganya manakala RM5,000 lagi daripada ah long, namun menanggung kerugian apabila kalah berjudi.
“Saya hanya terfikir untuk menjual buah pinggang bagi mendapatkan wang. Saya kehilangan segala-galanya malah isteri saya telah meninggalkan rumah bersama dua anak perempuan kami minggu lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Mayat bayi disangka sampah


ANGGOTA polis memeriksa beg kertas yang mengandungi mayat seorang bayi lelaki di Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR - Seorang jemaah Masjid Al-Rahman, Alor Merah di sini terkejut apabila beg kertas yang disangka berisi sampah rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki dibuang di depan pintu tandas masjid itu kelmarin.
Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik, 54, hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.
"Sebaik memandang ke arah tandas, saya dapati satu beg kertas diletakkan di depan pintunya. Saya ingatkan sampah tetapi apabila diangkat ia agak berat.
"Apabila ditinjau, berderau darah saya apabila mendapati ada sesuatu yang dibalut dengan kain putih seperti mayat. Sebaik diselak, saya bertambah terkejut apabila nampak muka bayi yang telah pucat," ceritanya.
Tambahnya, tanpa membuang masa, dia terus memaklumkan kepada imam dan jemaah lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Merah.
Menurut Ishak, bayi lelaki itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Curi di Kajang, tangkap di Melaka


MUHD. NUR HISAMUDDIN (kiri) dan pegawainya menunjukkan salah sebuah kereta curi yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Jasin semalam.


MELAKA – Kelicikan lima penjenayah yang melarikan lima buah kereta jenis Honda daripada bilik pameran kenderaan itu di Bandar Sungai Long, Kajang Selangor 25 September lalu tidak ke mana apabila kesemuanya diberkas selepas pulang dari Pulau Besar di sini kelmarin.
Suspek-suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu diberkas pada pukul 5.20 petang kelmarin sebaik menghabiskan masa selama enam jam untuk bersembahyang di pulau tersebut.
Kesemua penyangak tersebut datang dengan menaiki dua buah kereta jenis Honda Accord pada pukul 10 pagi sebelum menaiki bot untuk ke pulau berkenaan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hisamuddin Hashim berkata, pihaknya terus membuat intipan di Jeti Anjung Batu pada pukul 4.20 petang selepas mendapat maklumat mengatakan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, sebaik sampai, pihaknya yang membuat pemeriksaan mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Kita kemudian telah menunggu selama satu jam sebelum mendapati lima lelaki berkenaan terus menuju ke kereta tersebut sebaik turun dari jeti.

Kebas motosikal jemaah masjid


AZHAM (tiga dari kiri) menunjukkan pelbagai komponen motosikal yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tiga remaja nakal terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan kerana disyaki terlibat mencuri antara 10 hingga 20 buah motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM80,000 milik jemaah yang sedang bersembahyang di surau dan masjid sekitar daerah ini sejak tiga bulan lalu.
Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun tersebut ditahan secara berasingan bermula pukul 8.30 malam Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberitahu, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Peringat dekat ini.
Katanya, di situ, seorang remaja berusia 16 tahun yang tidak bersekolah ditahan bersama pelbagai komponen dan sebuah casis motosikal di dapur rumahnya.
"Sejam kemudian, polis menahan pula seorang remaja berusia 19 tahun di Chuchuh Puteri, Kuala Krai, dan merampas sebuah motosikal yang dicuri di Nilam Puri.
"Polis menyelesaikan kes pada malam itu juga apabila suspek terakhir berusia 19 tahun ditahan di Kampung Padang Mengkali di sini bersama pelbagai komponen motosikal termasuk empat kulit enjin di dalam bilik tidurnya. Ketiga-tiga suspek merupakan rakan sejenayah," katanya.
Tambahnya, penjenayah hanya mencuri motosikal EX5 kerana mendapat permintaan tinggi. Kawasan yang sering disasarkan di surau dan masjid ketika jemaah sedang bersolat.
Menurut Azham, rangka motosikal dan komponen yang tidak diperlukan dibuang ke dalam tali air Kampung Padang Kala.
Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan.

Selat Melaka jadi mangsa


WARTAWAN Kosmo! melihat sendiri air sisa najis babi yang disalurkan terus ke Selat Melaka di Tanjung Sepat baru-baru ini.


SEPANG - Kira-kira 20,000 orang penduduk Tanjung Sepat di sini semakin hari semakin tidak selesa dengan sikap sesetengah penternak babi yang membuang najis ternakan mereka ke perairan Selat Melaka.
Rata-rata mereka bimbang terdedah kepada risiko penyakit seperti Japanese Encephalitis atau Virus Nipah dan bau busuk pada bekalan ikan.
Seorang wakil penduduk yang enggan dikenali berkata, pihak berkuasa terutama kerajaan negeri seolah-olah tidak mengendahkan apa yang berlaku.
"Saya sudah tinggal di sini sejak 40 tahun. Masalah itu sering berlaku dan berjaya ditangani beberapa tahun sahaja tetapi selepas itu ia kembali berulang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, penduduk sudah tidak sanggup lagi menghidu bau busuk terutama dari ladang ternakan babi di ladang kelapa sawit Kampung Tumbuk," katanya.

Ada pelabur cuba bunuh diri


MUHD. KHAIRUN (kiri) bersama sekumpulan pelabur emas syarikat Genneva Malaysia yang menyerahkan bantahan kepadanya untuk disampaikan kepada BNM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Cubaan membunuh diri, tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang antara sebahagian kisah sedih yang dihadapi 60,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).
Masalah itu timbul selepas operasi syarikat tersebut digantung sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober lalu kerana Genneva disyaki mengambil deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Wakil perunding dan pembeli emas Genneva Malaysia, Al Jaz- zura Khan berkata, pelabur menghadapi masalah itu kerana mereka hilang pendapatan.

Tentera Syria bedil Homs, penduduk terkepung

GAMBAR yang diperoleh menerusi video menunjukkan kepulan asap di bandar Homs akibat bedilan tentera Syria kelmarin.


BEIRUT - Tentera Syria semalam membedil bandar Homs pada awal pagi dan di bandar Qusayr dekat sempadan Lebanon, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain.
Pihak tentera telah meningkatkan operasi ketenteraan di Homs dan Qusayr yang telah dikepung sejak beberapa bulan lalu.
Seorang aktivis di Bandar Lama Homs menyatakan, semua kawasan di daerah tersebut telah dikepung.
"Tiada jalan keluar. Situasi kini amat buruk dan membuat setiap penduduk menangis," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bilal.
"Hospital-hospital dipenuhi dengan ramai penduduk yang cedera dan memerlukan pembedahan. Tiada sebarang jalan keluar," tambahnya.
Bandar tersebut telah dikepung lebih empat bulan oleh tentera Syria yang berdepan dengan tentangan kumpulan pemberontak.
Kumpulan pemberontak itu menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad.
"Kami menghubungi Jawatankuasa Antarabangsa Palang merah dan Bulan Sabit untuk datang bagi menghulurkan bantuan," kata aktivis itu.
Sementara itu, Turki memberi amaran akan menyerang balas dengan lebih hebat jika bedilan mortar dan meriam mengenai wilayahnya.
"Kami akan bertindak balas dengan serangan lebih hebat," kata Ketua Turus Angkatan Tentera Turki, Necdat Ozel.
Pada minggu lalu, Turki dan Syria saling berbalas bedilan di kawasan sempadan sekali gus mencetuskan kebimbangan konflik di Syria akan merebak di rantau tersebut.
Penentangan ke atas rejim Bashar bermula pada Mac tahun lalu sebelum merebak menjadi perang saudara yang meragut lebih 32,000 nyawa setakat ini. - Agensi

7.43 juta kenderaan Toyota bermasalah


GAMBAR fail menunjukkan kereta keluaran syarikat Toyota, Auris di sebuah bilik pameran di Tokyo pada 23 Oktober 2006.


TOKYO - Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corporation memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia ekoran masalah suis tingkap kuasa.
Syarikat itu membuat pengumuman semalam dan ia melibatkan banyak model keluaran tahun 2005 hingga 2010.
Menurut Toyota, suis tingkap kuasa di tempat pemandu dikatakan tidak diletakkan dengan minyak gris sewaktu proses pengeluaran sekali gus boleh mengakibatkan geseran dan kadangkala menghasilkan asap.
Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini ekoran masalah itu.
Bagaimanapun, jurucakap Toyota, Joichi Tachikawa berkata, terdapat 200 laporan di AS dan 39 di Jepun berhubung masalah itu.
Model-model lain yang dipanggil balik dari pasaran Amerika Utara ialah Yaris, Corolla, Matrix, Camry, RAV4, Highlander, Tundra dan Sequoia.
Model-model Scion seperti xB and xD yang melibatkan 2.47 juta unit kenderaan turut terlibat dengan masalah tersebut.
Sebanyak 460,000 kenderaan Toyota menjalani proses yang sama di Jepun melibatkan model Vitz, Belta, Ractis, Ist, Auris dan Corolla Lumion.
Sementara itu di Eropah, sebanyak 1.39 juta unit model seperti Yaris, Corolla, Auris, Camry dan Rav-4 turut menghadapi masalah yang sama.
Proses pemanggilan semula juga berlaku di Australia, China, Asia dan Asia Barat. - Agensi

Pemandu teksi diberi AS$2,000 kerana bersikap jujur


WOLDEMARIM berdiri di depan teksinya di Las Vegas pada 5 Oktober lalu.


LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927), lapor agensi berita AP semalam.
Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang pemenang permainan judi memberikan ganjaran itu kerana berasa gembira dengan sikap Woldemarim.
Woldemarim, 42, yang berasal dari Habsyah menemui wang tersebut semasa dia membersihkan teksinya pada 2 September lalu.
Wang tunai itu tersimpan di dalam sebuah beg komputer riba.
Dia kemudian menghubungi seorang rakannya yang pernah memandu teksi itu.
Bagaimanapun, rakannya itu yang juga berasal dari Habsyah menafikan wang tersebut miliknya.
Rakannya itu meminta dia memberitahu pejabat keselamatan syarikat yang memiliki teksi berkenaan.
Woldemarim kemudian membuat laporan di pejabat keselamatan itu yang kemudian menghubungi polis.
Seorang pengawal keselamatan merakamkan gambar wang itu.
Sejam kemudian, Woldemarim dihubungi seorang pengawal keselamatan supaya datang semula ke pejabat tersebut.
Dia menemui pemilik wang tersebut yang berada di pejabat berkenaan.
Pemilik wang itu sebelum ini telah menghubungi syarikat teksi berkenaan bagi memberitahu dia tertinggal wang itu semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang. - Agensi

Amra dipilih sebagai datuk bandar wanita pertama Bosnia


amra


VISOKO, Bosnia-Herzegovina - Seorang ibu kepada tiga orang anak, Amra Babic merupakan datuk bandar wanita yang pertama memakai tudung di negara ini.
Menurut Amra, rakan-rakannya menunjukkan semangat yang jitu kerana memilih beliau sebagai datuk bandar.
Amra, 43, memenangi 30 peratus undi pada pilihan raya datuk bandar di sini yang didiami 40,000 penduduk.
Beliau merupakan ahli ekonomi dan pernah menjadi menteri kewangan untuk wilayah Zenica mewakili Parti Tindakan Demokratik.
"Saya percaya tudung kepala saya tidak akan menjadi penghalang (untuknya melaksanakan tugas)," katanya kelmarin.
"Saya tidak akan menyalahgunakan politik untuk kepentingan agama," tambahnya yang dipilih para pengundi pada Ahad lalu.
Suaminya terbunuh dalam Perang Bosnia yang berlaku pada 1992 hingga 1995. - AFP

Ketua PBB puji Psy


PSY (tengah) menari tarian kuda dalam program bual bicara Today di New York pada 14 September lalu.


PARIS - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji penyanyi rap Korea Selatan kerana lagu Gangnam Style menjadi penggerak ke arah keamanan dunia.
"Saya telah menonton video tersebut (Gangnam Style)," katanya kepada agensi berita AFP kelmarin.
Ki-moon yang berusia 68 tahun merupakan rakyat Korea Selatan.
Muzik video Gangnam Style yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih 400 juta kali di laman perkongsian YouTube sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Psy kemudian menjadi terkenal di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat (AS) ekoran tariannya itu.
Dia turut diundang ke AS untuk menghadiri program bual bicara dan menjadi artis yang diurus oleh pengurus penyanyi terkenal, Justin Bieber, Scooter Braun.
Tarian kudanya itu juga menjadi ikutan penduduk pelbagai bangsa, walaupun lagu tersebut dinyanyikan dalam bahasa Korea.
Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic menari tarian itu selepas perlawanan akhir Terbuka China di Beijing pada 7 Oktober lalu.
Pada perlawanan itu, dia menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis dengan keputusan 7-6, 6-2.
Menurut Ki-moon, beliau bangga dengan persembahan Psy.
"Tidak ada bahasa yang diperlukan dalam dunia muzik. Ia merupakan kuasa muzik.
"Menerusi persembahan seni itu, kita akan lebih memahami kebudayaan dan tamadun bangsa lain," katanya. - Agensi

BILA ALLAH BERI UJIAN...MAKA REHDA LAH....CUKUPLAH KITA ADA ALLAH DAN RASUL

Kejutan, dugaan terbesar



KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
CHUKAI: “Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi.”
Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.


Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan.

Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.

Hajat baiki bumbung punah



CHUKAI: Hajat Khairudi Omar, 31, untuk membaiki bumbung rumah ibunya yang dipukul ribut tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan yang meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, semalam.
Adik bongsunya, Nor Amylieya 20, berkata abangnya itu berjanji dengan ibunya, Atikah Ali, 60, kelmarin untuk membaiki bumbung rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, yang dipukul ribut dalam kejadian pada Jumaat lalu.

“Ketika itu kira-kira jam 3 petang, arwah sedang menggosok bajunya dan ibu ada bertanya hendak ke mana, tetapi abang hanya menjawab ‘adalah’ kerana sudah menjadi kebiasaan dia tidak memaklumkan kepada kami jika hendak ke mana-mana pun.
“Lagipun arwah memang rapat dengan ahli keluarga Noran Ali yang lebih mesra dipanggil Kak Nor di kalangan kami.

“Cuma arwah abang ada janji dengan ibu yang dia hendak tolong baiki bumbung rumah petang ini (semalam). Malah, ibu pun ada beri wang RM10 kepada arwah untuk beli paku.

“Tetapi apakan daya, hajat arwah untuk membantu kami tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, semalam.
Menurut Nor Amylieya, dia dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7 pagi semalam oleh bapa saudaranya sebelum bergegas ke Hospital Kemaman untuk melihat keadaan arwah.

Jenazah Khairudi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, di sini, selepas solat Zuhur, semalam.

Berat hati ambil cucu pulang



CHUKAI: “Hati saya terasa berat untuk mengambilnya pulang ke rumah seperti ada sesuatu yang menghalang saya,” kata Khatombi Yusuf, 51, nenek angkat Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, seorang daripada enam mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, semalam.
Khatombi yang tinggal di Kampung Tengah, di sini, berkata, dia menjaga Nurkhairatul Najiha sejak kecil selepas hak jagaan kanak-kanak terbabit diberikan ibunya, Noran Ali, 39, kerana kehidupan wanita terbabit yang mempunyai lapan anak itu agak susah.

“Sejak dia lahir, saya dan anak (Nur Khazimah Ramli) menjaganya manakala Noran jarang berjumpa dengannya, namun Isnin lalu dia datang menjemput anak bongsunya itu untuk dibawa bersiar-siar.
“Semalam (kelmarin), saya pergi ke rumah ibunya di Kampung Gong Pauh untuk menjemputnya semula, tetapi tidak sampai hati apabila melihat kemesraan Nurkhairatul Najiha dengan ibu kandungnya itu,” katanya yang ditemui Bilik Forensik Hospital Kemaman, di sini, semalam.

Khatombi berkata, dia tambah tidak tergamak mengambil cucu angkatnya itu apabila kanak-kanak terbabit dilihatnya gembira bermain air bersama adik-beradiknya.

Budak meraung takut



CHUKAI: “Saya tengok budak perempuan yang duduk di tempat duduk belakang kereta itu meraung ketakutan selepas mendapati semua penumpang lain tidak sedarkan diri,” kata saksi kemalangan ngeri, Khalid Mamat, 62.
Khalid yang juga pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal, dekat sini, adalah saksi pertama yang tiba di lokasi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, jam 4.30 pagi semalam.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah tempat dia bertugas dan ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Zulkarnain Mohamad, 23, melakukan rondaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
“Saya terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat lalu menjenguk ke luar pagar sekolah dan mendapati sebuah kereta Perodua Viva putih melekat di bahagian depan bas ekspres,” katanya.

Khalid berkata, dia dan Mohd Zulkarnain berlari ke tempat kejadian kira-kira 10 meter di hadapan sekolah berkenaan dan ketika itu terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan penumpang depan kenderaan itu mengadu sakit dalam keadaan suara yang lemah.

“Kami berjaya mengeluarkan wanita yang meraung itu dan meletakkannya di tepi jalan sebelum saya bergegas ke sekolah untuk mengambil lampu suluh kerana tidak tahu jumlah sebenar mangsa. Kawasan itu gelap kerana lampu jalan agak jauh,” katanya.

Dadah kertas karbon

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

RAMPAS...Abd Aziz (dua dari kanan) bersama pegawainya memeriksa  syabu yang dirampas.
RAMPAS...Abd Aziz (dua dari kanan) bersama pegawainya memeriksa syabu yang dirampas.
ALOR SETAR: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan ‘kertas karbon’ bagi mengelak dikesan mesin pengimbas berjaya dikesan pihak berkuasa selepas seorang wanita warga Thailand ditahan kerana didapati membawa dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram (kg) bernilai RM400,000 disimpan dalam beg pakaiannya, Isnin lalu.
Suspek berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Perhentian Bas Ekspres, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam oleh sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Unit Narkotik Alor Setar sebaik wanita itu melepasi kompleks berkenaan.

Difahamkan, wanita itu turut menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Danok, Thailand bagi mengurangkan risiko diberkas pihak berkuasa walaupun dadah berkenaan sudah dibungkus dengan kertas karbon, namun usaha suspek tetap gagal.
Pengarah KDRM Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, siasatan terhadap beg wanita itu menemui dua bungkusan dadah jenis syabu dibalut menggunakan kertas karbon biru yang disimpan di bahagian bawah beg berkenaan.

“Pemeriksaan awal Unit Narkotik KDRM terhadap beg pakaian wanita itu menemui dua bungkusan kertas karbon mengandungi hablur putih dipercayai dadah jenis syabu.

“Kami percaya kertas karbon digunakan memang bertujuan mengelak dikesan mesin pengimbas kerana jika menggunakan kertas itu, paparan pada skrin imbasan akan menjadi gelap tetapi taktik berkenaan sudah diketahui pihak berkuasa,” katanya di sini, semalam.
Abd Aziz berkata, bungkusan hablur itu ditemui tersorok di bahagian bawah beg wanita itu selain dilindungi dengan lapisan atas beg dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata, suspek ketika itu menaiki bas dari Hatyai, Thailand dikatakan mahu menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama beg pakaiannya dipercayai untuk pasaran Lembah Klang.
“Berdasarkan soal siasat dijalankan, wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur mempunyai seorang anak di Thailand dan mengikut rekod pasportnya, suspek sudah empat kali masuk ke negara ini sejak 2006,” katanya.

Katanya, wanita itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, kejayaan itu yang ketujuh tahun ini membabitkan cubaan penyeludupan dadah jenis syabu bernilai lebih RM3 juta dari Januari hingga Oktober.

Jasad dalam beg

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

KULAIJAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan lehernya dikelar sebelum mayat disumbat ke dalam sebuah beg yang kemudian dicampak ke dalam Sungai Skudai, Tampoi Indah, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu.
Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg berikutan zipnya terbuka lalu memeriksanya sebelum terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.

“Mayat mangsa dibalut dengan tuala sebelum disumbat ke dalam beg berkenaan. Pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kelaran pada lehernya dan mayat itu juga sudah kembung apabila ditemui.

“Bedah siasat dijalankan pakar patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan mangsa mati akibat dibunuh dengan kesan kelaran pada leher selain penemuan kesan parut lama pada tapak tangan kanannya,” katanya, di sini, semalam.

Pemaju kebas air RM99,627

Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
am@hmetro.com.my

POTONG...kontraktor Syabas melakukan pemotongan terhadap sambungan bekalan air haram di kawasan rumah contoh di Jalan Duta.
POTONG...kontraktor Syabas melakukan pemotongan terhadap sambungan bekalan air haram di kawasan rumah contoh di Jalan Duta.
KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan dan komersial membuat sambungan paip haram di kawasan rumah contoh di Jalan Duta, di sini, sejak 2007 menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berdepan kerugian bernilai RM99,627.30.
Sambungan haram itu dikesan menerusi serbuan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) semalam selepas menerima aduan orang awam yang tinggal berdekatan kawasan terbabit.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, sambungan sepanjang 50 meter itu dipercayai dilakukan selepas akaun pemaju perumahan di situ ditutup sebaik kerja pembinaan rumah selesai.
Bagaimanapun, disebabkan pemaju memulakan satu lagi projek berhampirannya, sambungan paip dilakukan secara haram dipercayai bagi menyalurkan bekalan air ke empat rumah contoh banglo tiga tingkat serta landskap di sekitarnya.

“Sambungan paip bersaiz 50 milimeter (mm) itu diletakkan mengikut saluran longkang sedalam 1.2 meter di bawah tanah menyebabkan anggaran kerugian yang ditanggung berjumlah RM99,627.30.

“Pada hari ini (semalam), kami memotong sambungan berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak kerugian, malah ia sudah menjejaskan tekanan air kepada penduduk sekitar yang mendakwa air semakin perlahan pada 3 Oktober lalu,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan, semalam.
Sehubungan itu, kata Priscilla, pihaknya mengeluarkan notis untuk menuntut semua jumlah ini supaya dibayar balik kepada Syabas manakala pihak Span mengeluarkan notis bagi mendakwa pemaju dan tindakan denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun diambil mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 di bawah Seksyen 123 (1) dan (3). Menurutnya, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Oktober lalu, sebanyak 2,841 aduan berhubung kes kecurian air diterima dan disiasat Syabas dengan 578 daripadanya didapati sahih berbanding 3,775 aduan pada 2011 dengan kesahihan kes sebanyak 534.

“Anggaran keseluruhan kerugian yang ditanggung pada tahun ini bernilai RM5,852,070.87 dan sebanyak 154 kes juga sudah dirujuk kepada pihak Span untuk tujuan pendakwaan. Jumlah ini meningkat daripada tuntutan tahun lalu iaitu sebanyak RM2,824, 039.20,” katanya.
Katanya, pihaknya berharap orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan sebegini, mereka boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian 1-800-88-5252 beroperasi selama 24 jam atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke talian 39222.

5 suspek samun pusat pameran Honda terkejut



JASIN: Lima lelaki dipercayai baru selesai melakukan upacara sembahyang di Pulau Besar dengan menaiki bot penambang tersentak dan gagal meloloskan diri apabila dicekup polis di Jeti Anjung Batu, Umbai di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun di sebuah pusat pameran Honda di Kajang, Selangor, bulan lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun yang datang dari sekitar Lembah Klang itu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di kawasan itu, kira-kira jam 10 pagi.

Sejurus pulang bersembahyang di pulau itu, beberapa suspek terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa cuba meloloskan diri namun mereka ditahan bagi membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut mendapati dua kereta Honda Accord dikatakan dinaiki mereka mempunyai kaitan dengan kes samun berkenaan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Jasmani Othman pergi ke jeti itu dan menemui dua kereta mencurigakan, kira-kira jam 4.20 petang kelmarin “Sejurus tiba, polis menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta Honda Accord berwarna putih dan hitam di tempat letak kereta itu yang didapati tidak mempunyai cukai jalan.
“Hasil semakan kemudian mendapati dua kereta berkenaan turut dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Bungkusan disangka sampah rupanya mayat bayi



ALOR SETAR: “Saya ingatkan bungkusan sampah, mujur saya tidak membuangnya kerana beg kertas itu agak berat. Saya tergerak hati melihat kandungannya sebelum terkejut mendapati ada mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” kata Ishak Chik, 54, siak Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, yang menemui mayat bayi berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik air wanita dan kolam mengambil wuduk.

Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri.
Mayat bayi itu yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen.

Ishak berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini.

“Saya terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya,” katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin.
“Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih. Saya kemudian menyelak kain dan terkejut apabila ternampak muka bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini, kelmarin.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini.
“Mayat bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang dipercayai beragama Islam kerana kemungkinan pihak yang membuangnya mahu ia diuruskan dengan baik,” katanya.

“Anggota badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah,” katanya sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada 1960.

“Hati saya tersentuh sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa dirogol 10 lelaki bukan warga tempatan



SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.

Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita ‘diculik’ dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.

Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.

Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.
“Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video,” katanya.

Selagi ajal belum tiba

Oleh Shalfarina Shahriman
am@hmetro.com.my

MARAN: Seorang warga emas dan cucunya berusia 11 tahun parah selepas Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh sebelum diseret lebih 20 meter oleh lori tangki yang dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, semalam.
Kejadian di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Jengka Batu 13, di sini, menyebabkan warga emas terbabit, Arsad Sidek, 73, patah kedua-dua kaki manakala cucunya, Danial Hakim Zainudin, 11, cedera di muka serta beberapa bahagian badan selepas dirempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-duanya dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh dan dilaporkan stabil.

Pemandu lori berusia 20-an itu tidak cedera dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran selepas polis menemui peralatan menghisap syabu di dalam kenderaan berat berkenaan manakala ujian air kencing ke atas pemandu itu juga mendapati dia positif dadah.

Difahamkan, ketika kejadian jam 7.05 pagi itu, Arsad dalam perjalanan menghantar Danial Hakim ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jengka Batu 13 kerana cucunya dijadualkan menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula semalam.

Khayal berasmara

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

SIBU: Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar ini, dicekup dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah ketika asyik melakukan aksi ranjang sesama mereka di sebuah rumah di Jalan Nangka, di sini, semalam.
Serbuan jam 12 tengah hari itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan, Deputi Superintendan David Ajek yang menemui pasangan kekasih sedang berasmara, manakala seorang lagi lelaki berbogel dikesan bersembunyi di bawah katil dalam bilik sama.

David berkata, serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengekori kumpulan terbabit sejak Isnin lalu, sebelum mengenal pasti kedudukan mereka berdasarkan Toyota Wish digunakan ketika melakukan jenayah.

Menurutnya, kumpulan dianggotai dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah di sekitar bandar ini.

“Dalam sekatan jalan raya Isnin lalu, suspek berjaya meloloskan diri, namun hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelibat suspek berjaya dikesan.

Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang



MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.
MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.
SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.
Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.
Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne. - DM

Tuesday, October 9, 2012

DISEBABKAN SESEORANG ITU TERUS HENDAK BERKUASA....RAKYAT MENJADI KORBAN@MANUSIA JADI KORBAN

Eksekutif muda ditipu pencari bakat


SEBAHAGIAN daripada peserta yang ditipu penganjur membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang semalam.



GEORGE TOWN – Hasrat 100 peserta uji bakat untuk bergelar penyanyi dan model bagi sebuah majalah baharu terkubur apabila mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur pencarian bakat di sini.
Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej swasta, peragawati sambilan dan eksekutif muda itu merupakan pemenang program Idol Search dan Cover Guy n Gurls bagi majalah tersebut.
Program pencarian bakat baharu itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jun hingga Julai lalu oleh penganjurnya, seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur.
Kesemua peserta berusia lapan hingga 28 tahun itu dikenakan bayaran pendaftaran RM50 hingga RM500 dan dijanjikan hadiah lumayan wang tunai RM2,000 dan telefon bimbit.
Pemenang turut ditawarkan sebagai penghias muka kulit majalah terbabit serta berpeluang merakamkan album di luar negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan China.

Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan



KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (gambar).
Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.
Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.
“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam.

Bakal doktor ditahan miliki dadah

JAKARTA – Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan di Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta ditahan polis Indonesia pada Jumaat lalu kerana didakwa memiliki ganja seberat 6.8 gram.
Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap pada pukul 5.15 petang oleh sepasukan polis cawangan narkotik di Jalan Kaliurang, Daerah Sleman sejurus didakwa selesai melakukan transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).
Difahamkan pelajar itu memesan bahan terlarang itu melalui laman sembang internet.
Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut pada pelajar itu.
Semasa ditemui dadah tersebut berada dalam bungkusan kertas surat khabar lama dan dipegang oleh pelajar terbabit.

Pemandu teksi geng perompak



TUN HISAN (tengah) mempamerkan sebahagian barang curi yang dirampas daripada Geng Botak pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.



SHAH ALAM – Sikap peramah seorang pemandu teksi yang sering berbual-bual dengan penumpang rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat apabila dia sebenarnya cuba mengumpul maklumat sebelum menghantar enam perompak bergelar Geng Botak untuk memecah masuk rumah mangsa.
Mangsa yang sering terpedaya pula selalunya mereka yang ingin bercuti selama beberapa hari ke destinasi yang jauh dari rumah.
Bagaimanapun, kegiatan sejak tiga tahun itu berakhir juga apabila pemandu teksi dan anggota Geng Botak termasuk ketuanya diberkas selepas polis menjalankan siasatan terperinci selama tiga bulan.
Gelaran Botak diambil sempena nama ketuanya yang berusia 37 tahun.
Lebih mengejutkan lagi, semakan mendapati, pemandu teksi bergelar Bro berusia 54 tahun tersebut mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.
Tujuh suspek berusia antara 28 hingga 54 tahun tersebut ditahan secara berperingkat selama lima hari bermula 29 September lalu di sekitar Petaling Jaya dan di sini.

Bomoh didakwa amal nikah batin



MUHAMMAD SOMBHAS dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban semalam atas pertuduhan mengamalkan nikah batin.



SEREMBAN – Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tiga tuduhan termasuk menjalankan upacara nikah batin dengan seorang wanita di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini pada bulan lalu.
Muhammad Sombhas Abdullah, 48, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad.
Bagi tuduhan pertama, Muhammad Sombhas didakwa mempermain, mengajuk, mengejek amalan dan upacara berkaitan agama Islam serta perjalanan mazhab muktabar apabila menjalankan upacara nikah batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ pada 17 September lalu.
Dia juga didakwa mempermain, mencela, mengejek dan menghina ayat-ayat al-Quran menggunakan senaskhah al-Quran di dalam pernikahan bertentangan dengan syarak selain meletakkan kitab suci tersebut di atas lantai semasa pernikahan.

Masalah banjir Sungai Batu selesai



YAHAYA (dua dari kanan) bersama Chandrakumanan (kanan) semasa melawat tapak pembinaan tembok penghalang Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Masalah banjir yang sering melanda Kampung Kasipillay berdekatan Jalan Ipoh bakal berakhir selepas pembinaan tembok penghalang air yang baharu di Sungai Batu di sini tidak lama lagi.
Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, pembinaan tembok kira-kira satu kilometer itu akan dimulakan pada 15 Oktober ini di bawah pengawasan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Jelasnya, struktur tersebut melibatkan enam pakej atau binaan tembok, akan dibina bermula dari Sungai Batu berdekatan kampung berkenaan dan berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Enam tembok yang akan dibina itu berupaya untuk menghalang banjir yang sering berlaku di kawasan berkenaan serta beberapa lagi tempat lain seperti Taman Golden dan Taman Kolam Air Sentul.
“Jika berjalan lancar, tembok baharu yang memakan kos kira-kira RM3 juta untuk dibina itu akan disiapkan dalam masa dua hingga tiga bulan atau pada Disember ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Keresahan penduduk berakhir



MOHAMAD MOKHTAR (kiri) menunjukkan senapang patah buatan sendiri yang dirampas di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Keresahan penduduk di daerah Seri Alam di sini yang sentiasa dibelenggu dengan kejadian pecah rumah berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki dan dua wanita yang dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak beberapa tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohamad Mokhtar Mohamad Shariff berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 42 tahun itu ditahan di kawasan pentadbiran daerah Seri Alam pada pukul 7.20 malam Ahad lalu.
“Hasil pemeriksaan polis menemui 11 buah telefon bimbit pelbagai jenama, tiga buah komputer riba, dua buah pemain cakera padat digital, dua monitor paparan digital LCD dan satu unit pemprosesan komputer,” katanya pada sidang akhbar di di sini semalam.

Cubaan seludup keretek gagal



ABU BAKAR (kanan) memeriksa rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Linggi semalam.



ALOR GAJAH – Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok keretek bernilai RM300,000 selepas menahan sebuah bot di perairan Tanjung Sepat, Selangor dekat sini kelmarin.
Ketua Penguat Kuasa APMM Kuala Linggi, Kepten Maritim Abu Bakar Idris berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan di perairan itu pada pukul 9.45 malam.
“Sebaik menyedari kedatangan kami, pemandu bot itu bertindak melarikan diri ke arah pesisiran pantai.
“Setelah dikejar selama kira-kira 15 minit, dia berjaya dipintas namun tekong dan awak-awak dapat meloloskan diri dengan terjun ke laut dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Linggi di sini semalam.

Tengku Fakhry tidak hirau rayuan



INILAH kereta mewah jenis Bentley Brooklands yang menjadi pertikaian.



KUALA LUMPUR – Setiausaha Sulit Sultan Kelantan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau telah merayu kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra agar meminta kebenaran daripada Pemangku Sultan ketika itu untuk membawa keluar kereta Bentley Brooklands dari Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Julai 2009.
Datuk Nik Shafriman Nik Hassan, 35, dalam penyataan saksi berkata, Tengku Muhammad Fakhry bagaimanapun tidak mengendahkan rayuan itu sebaliknya menyatakan beliau akan menghubungi Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra, selepas membawa kereta tersebut keluar dari istana.
“Plaintif (Tengku Muhammad Fakhry) telah bersetuju sekiranya saya membuka kunci stereng (kereta Bentley), beliau akan meminta kebenaran daripada Pemangku Sultan,” kata beliau pada perbicaraan kes saman RM150 juta Tengku Muhammad Fakhry terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi yang didakwa menahannya secara salah pada tarikh itu.

Staf kastam dihukum gantung



NAZNI (kiri) dan Ismail menutup muka masing-masing ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Perbuatan haram dua kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dituduh mengedar ganja lebih enam kilogram tahun lalu berbalas apabila kedua-duanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mansor, 43, dan Nazni Seman, 48, setelah mendapati keterangan membela diri tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Mahkamah mendapati keterangan yang dibuat kedua-dua tertuduh ketika di peringkat membela diri sengaja diada-adakan walaupun watak Ravi terdapat dalam kes ini namun peranannya sengaja diwujudkan.
“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pemilikan dan pengedaran dadah oleh kedua-dua tertuduh serta melampaui keraguan munasabah,” kata Mohd. Zaki dalam penghakimannya.

Jualan kereta Jepun merudum di China


GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk menterbalikkan sebuah kereta buatan Jepun di Suzhou, China pada 15 September lalu. - Agensi



TOKYO - Jualan kenderaan Toyota dan Honda merudum di China pada bulan lalu selepas sentimen anti-Jepun berlaku ekoran pertikaian wilayah yang mengancam hubungan kedua-dua buah negara.
China merupakan pasaran kenderaan terbesar Jepun.
Syarikat Toyota Motor Corporation menyatakan semalam bahawa jualan kenderaan baharu di China jatuh 48.9 peratus pada September lalu berbanding setahun lalu kepada hanya 44,100 buah kenderaan.
Firma Honda Motor pula memberitahu bahawa jualan kenderaannya untuk September merosot 40.5 peratus kepada 33,931 buah kenderaan.
Jualan kenderaan buatan Nissan Motor di China pula merudum 35.3 peratus pada bulan lalu kepada 76,100 buah kenderaan.
Perkembangan tersebut berlaku selepas Jepun pada bulan lalu mewartakan beberapa pulau kecil di Laut China Timur sebagai sebahagian wilayahnya.
Gugusan pulau itu yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China telah dikuasai Tokyo tetapi turut dituntut oleh Beijing.
Langkah tersebut mencetuskan bantahan ganas di China dengan rakyat negara itu digesa memboikot barangan buatan Jepun.
Beberapa kedai pengedar kereta Toyota dan Honda dibakar di sebuah bandar di China manakala orang ramai yang melaungkan slogan anti-Jepun berhimpun dan memecahkan beberapa buah kereta Jepun.
Walaupun protes tersebut semakin reda sejak beberapa minggu lalu, hanya pemandu yang berani sahaja sanggup memandu kereta buatan Jepun di beberapa buah bandar di China. - Agensi

Ikan paus mati selepas diserang jerung



SEBUAH jentolak digunakan untuk menolak ikan paus ke arah pantai dekat Cape Town kelmarin.- Agensi



CAPE TOWN - Bangkai seekor ikan paus gergasi sepanjang 30 meter ditemui terdampar di tepi pantai dekat sini, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Haiwan tersebut dipercayai mati akibat diserang oleh beberapa ekor ikan jerung putih pada Ahad lalu.
Ikan paus yang mati itu akan dihantar ke pusat pembuangan bangkai haiwan di Vissershok di sini.
Bangkai ikan itu dihanyutkan ombak ke pantai Muizenberg.
Jurucakap Pusat Pengurusan Risiko Bencana Cape Town, Wilfred Solomons-Johannes berkata, dia belum mengetahui sama ada haiwan itu masih hidup semasa diserang ikan jerung putih.
Pantai itu terkenal dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung tersebut. - Agensi

Serangan di pangkalan tentera



GAMBAR menunjukkan bangkai sebuah bas yang hangus terbakar selepas letupan berlaku di kawasan al-Zablatani di Damsyik semalam. - REUTERS



DAMSYIK - Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan berkembar oleh dua pengebom berani mati di pekarangan pangkalan tentera udara Syria dekat sini, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain.
Kumpulan itu menyatakan, pihaknya bimbang berhubung nasib beratus-ratus tahanan yang masih berada di pangkalan tersebut.
Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra mengaku melakukan serangan itu.
Serangan pertama dilakukan oleh seorang penyerang yang memandu sebuah kereta berisi bahan letupan manakala satu lagi serangan melibatkan sebuah ambulans berisi bom.
Pengarah kumpulan pemerhati tersebut, Rami Abdul Rahman memberitahu agensi berita AFP bahawa berpuluh-uluh orang maut dalam pengeboman berkembar itu.
"Nasib beratus-ratus tahanan yang ditahan di bilik bawah tanah bangunan tersebut pula masih tidak diketahui," tambahnya.
Menurut kumpulan pemerhati tersebut, serangan itu mencetuskan pertempuran sengit di bandar Hasrata melibatkan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria dan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.
Menurutnya, tentera rejim Bashar turut membedil bandar Aleppo semalam yang menyaksikan pertempuran sengit berlaku sejak pertengahan Julai lalu, selain di bandar Idlib berdekatan sempadan Turki.
Satu letupan turut berlaku di kawasan al-Zablatani di sini semalam. Angka kematian belum diketahui. Perkembangan itu berlaku ketika Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)/ Liga Arab, Lakhdar Brahimi dijadualkan berkunjung ke Syria pada minggu ini untuk cuba memujuk pentadbiran Bashar supaya segera mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan perang saudara di negara itu.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam.
"Brahimi akan melawat rantau berkenaan sekali lagi dan beliau akan berkunjung ke beberapa buah negara. Beliau juga akan berada di Syria," kata Kin-moon pada satu sidang media bersama Presiden Perancis, Francois Hollande selepas pertemuan mereka di Paris.
Penentangan ke atas rejim Bashar bermula pada Mac tahun lalu sebelum merebak menjadi perang saudara yang meragut lebih 32,000 nyawa setakat ini. - Agensi

Petani menang pertandingan buah labu



AP
DANIKA STARR bergambar di tepi buah labu bapanya.



TELUK HALF MOON, California - Seorang petani dari Oregon, Thad Starr memenangi pertandingan buah labu paling berat di sini kelmarin.
Buah labu milik Starr, 45, itu seberat 805 kilogram.
Ekoran kemenangan itu, dia memperoleh wang tunai berjumlah AS$10,650 (RM32,700).
Menurutnya, dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya melancong ke Disneyland. - AP

Roh si mati dihiburkan penari wanita



SEORANG penari wanita menari di sebuah kuil di daerah Taoyuan, utara Taiwan pada 31 Ogos lalu.- AFP



TAOYUAN, Taiwan - Beberapa wanita Taiwan yang bekerja sebagai penari separuh bogel, membuat persembahan di atas pentas untuk menenangkan roh si mati yang disaksikan penonton lelaki, wanita dan kanak-kanak pada satu festival keagamaan.
"Saya perlu melakukannya untuk meneruskan hidup," kata salah seorang wanita itu En En seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam.
En En, 18, hanya memperoleh pendapatan sebanyak AS $100 (RM307) untuk setiap aksinya.
Beberapa penonton lelaki akan memberikannya wang jika mereka menyentuh tubuh penari itu.
Seorang lagi wanita, Chiang Pei-ying mengembara ke serata Taiwan bersama bapa dan dua beradiknya untuk menghiburkan penonton serta roh si mati.
Seorang pegawai di Kuil Wu Fu, Chen Chung-hsien berkata, kumpulan penari itu menjadi daya penarik untuk orang ramai pada festival tersebut.
Kuil itu mengamalkan ajaran Taoisme.
Ia merupakan ajaran agama dan falsafah yang berdasarkan doktrin Lao Tze pada abad keenam Sebelum Masihi.
Ajaran itu menganjurkan agar manusia menjalani kehidupan yang sederhana dan jujur sesuai dengan kehendak alam. - Agensi

KEGIATAN MENIPU TERUS BERLAKU...MUNGKIN MEREKA JUGA MENGUNAKAN ILMU PUKAU@SIHIR

Senior melampau

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.

“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.


Mahu tebus kegagalan 35 tahun lalu

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.
Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.
“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.
Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya.

Juara makan lipas maut



DEERFIELD BEACH: Pemenang pertandingan makan lipas mati selepas memuntahkan berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup.
Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan.

Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama sebelum dia meninggal dunia.

Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan.

Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida.

Bagaimanapun, tidak seorangpun sakit selepas itu.

Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.”

Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tandasakit sebelum pertandingan.

Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas.

“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan.

“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams.

Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold. - DM

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan, tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk saya dengan menggunakan nama saya.
“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.
Menurutnya, lelaki itu yang mendakwa dia kerabat diraja dan berpangkat Datuk kerap ‘menjual’ nama seorang ‘Tengku Mahkota’ serta seorang ‘Yang Dipertua Negeri’ dengan berkata seorang daripada mereka bakal menjadi ketua rombongan peminangannya.

“Bukan itu saja, dia juga menggunakan nama saya bagi menempah pelbagai barang kemas bernilai ratusan ribu sebelum menghantar gambar barang kemas dan kenderaan mewah itu melalui telefon bimbit kepada bapa saya.

“Dia turut menghantar pelbagai peralatan hantaran untuk majlis pertunangan kami ke rumah keluarga saya di Kota Bharu bagi meyakinkan pertunangan itu bakal menjadi realiti,” katanya.
Menurut Fauzana, lelaki terbabit juga mendakwa pertaliannya dengan keluarga diraja membolehkan dia menggunakan pesawat peribadi kerabat diraja itu bagi tujuan majlis pertunangan mereka.

Berikutan itu, bapa Fauzana berusia 60-an yang terpedaya status elit bakal menantunya mengadakan persediaan bagi majlis pertunangan Sabtu lalu, tetapi kecewa bakal menantunya itu menghilangkan diri serta gagal dihubunginya.
Berasakan dianiaya dan ditipu kekasihnya itu, Fauzana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, keesokannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Fauzana berkata biarpun pertama kali berjumpa pada 10 Mac lalu, dia percaya lelaki itu kerabat diraja dan berpangkat Datuk.
“Malah, dia juga berjanji akan memasukkan wang lebih RM15 juta ke dalam akaun saya sebelum memberi alasan gagal berbuat demikian kerana ada masalah dengan Bank Negara,” katanya.

Fauzana berkata, walaupun wujud perasaan curiga terhadap lelaki itu, dia seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa, sebaliknya akur semua arahan selepas diberi alasan apa yang dilakukan semata-mata bagi memastikan majlis pertunangan berjalan lancar.

“Ketika itu dia meminta saya menyerahkan kad kredit, barang kemas, wang tunai dan semuanya mencecah RM50,000 dan mendakwa akan membayarkan semula,” katanya.

Fauzana mendakwa selama beberapa hari bersama lelaki itu di Kuala Lumpur, dia seolah-olah berada di alam lain dan tidak menyedari apa yang dilakukan selain patuh arahannya.

“Malah, pada 13 Mac lalu, dia membawa saya ke sebuah kedai barang kemas bagi menempah cincin pertunangan bernilai lebih RM400,000. Dia meyakinkan saya biarpun barangan kemas ditempah itu menggunakan nama saya, pembayaran akan dibuat keluarganya.

“Saya langsung tak sangka tindakannya membawa saya menempah sebuah kereta Ferrari hanya lakonan dan helahnya untuk menipu saya. Mujur juga saya tidak mengikutnya ke luar negara, jika tidak mungkin saya dijualnya di sana,” katanya.

Sebelum lelaki itu gagal dikesan pada hari pertunangan Sabtu lalu, penipuan terakhir dilakukannya ialah pada 17 Mac lalu dengan janji untuk membawa Fauzana bersama ahli keluarga di Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan menaiki pesawat peribadi keluarga diraja.

“Namun, beberapa jam sebelum waktu berlepas, dia memberitahu penerbangan itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat. Sudahnya, saya terpaksa pulang ke kampung dengan penerbangan biasa.

“Bagi meyakinkan saya, dia menyerahkan kad ATM (mesin juruwang automatik) miliknya yang kononnya mempunyai baki RM6 juta, namun sebaik tiba di kampung kad itu tidak boleh digunakan dan dia pula gagal dihubunginya sehingga kini,” katanya.

Fauzana berkata, dia membuat laporan polis atas penipuan dilakukan lelaki itu bagi memastikan tiada wanita lain menerima nasib sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Air mata suami

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kami diperlakukan seperti binatang oleh mereka, kepala saya ditetak dengan parang dan bayangkan, isteri saya dirogol depan mata saya,” kata seorang lelaki yang juga mangsa samun sekumpulan lelaki, empat tahun lalu.
Lelaki berusia 27 tahun itu dalam nada sebak berkata demikian ketika Mahkamah Sesyen di sini, semalam memanggilnya dan isteri memberi keterangan impak menceritakan kesan dialaminya selepas insiden samun itu.

Hakim SM Komathy Suppiah mendengar keterangan pasangan suami isteri itu sebelum menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan terhadap B Puvaneswaran, 23, yang mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Tambah mangsa yang bekerja sendiri itu, selepas kejadian terbabit, dia dan isteri mengalami trauma yang amat mendalam sehingga malu berdepan dengan masyarakat.

“Saya hilang pendapatan, isteri pula yang ketika kejadian baru hari pertama memulakan latihan untuk bekerja di Kuala Lumpur, terus tidak dapat bekerja sehingga ke hari ini.

Nyawa 30 hari

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.

Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Filem satira singgung orang India diharam di Singapura



SINGAPURA: Kerajaan Singapura mengharamkam penayangan filem satira tempatan, tiga hari sebelum pelancarannya kerana ia didapati menyinggung penduduk minoriti India, kata pemerhati media, semalam.
Kenyataan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) berkata, “Seks.
Keganasan. Nilai Kekeluargaan.” pada mulanya dinilai sesuai untuk penonton berusia 18 tahun ke atas tetapi panel rujukan membuat kesimpulan satu daripada tiga cerita dalam filem bebas sepanjang 47 minit itu tidak sesuai untuk tontonon umum.

“Majoriti anggota panel merasakan filem itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum kerana melibatkan rujukan perkauman yang dianggap memperkecilkan dan menyinggung perasaan orang India.”

Kenyataan itu turut menyebut, pemilik filem itu boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Rayuan Filem.

Laman promosi filem itu di Facebook memuat naik kenyataan pengharaman filem berkenaan semalam dan menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap MDA dan meminta warga Singapura diberi kebenaran untuk menilai sendiri filem itu.

Walaupun diharamkan, treler filem tempatan yang memaparkan aktor Adrian Pang mengejek aktor dari keturunan India dalam cerita yang bertajuk “Porn Masala”, masih boleh ditonton dalam laman web rasmi filem itu, semalam. - Straits Times

Amir Khan, adik belasah 6 samseng



LONDON: Sekumpulan samseng bersenjata dibelasah apabila mereka cuba kereta Range Rover berharga RM500,000 milik peninju, Amir Khan.
Bekas juara dunia itu dan adiknya, Haroon, 20, juga peninju, diserang hendap semalam, ketika berjalan awal pagi ke kereta mereka.

Enam lelaki menggunakan kereta pacuan empat roda untuk menghalang laluan bekas juara welterweight dunia berusia 25 tahun itu.
Meskipun hanya berdua, Amir dan Haroon tidak mengalah, sebaliknya membelasah kumpulan berkenaan.

Seorang saksi berkata: “Mereka cuba memukul pasangan adik beradik itu. Mereka tersilap pilih mangsa.

“Mereka menghalang kereta Amir. Sekurang-kurangnya seorang bersenjata. Seorang daripada mereka menampar peninju itu. Tetapi Amir melawan dan menumbuknya hingga jatuh.
“Kemudian, lima yang lain menyerang kedua-dua peninju itu. Amir dan Haroon melawan dan menumbuk seorang demi seorang hingga jatuh.

“Peninju terbabit kemudian meninggalkan penyerang mereka yang luka dan calar-balar. Mereka hanya mempertahankan hak mereka.” Polis mengesahkan menerima panggilan mengenai satu pergaduhan. “Tetapi tidak ada yang membuat laporan,” kata jurucakap polis. - TS

Lelaki tanpa muka



LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
KASHMIR: Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.
Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan.
Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.

Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.

Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.

“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya,” katanya.

Latif yang tinggal bersama isteri, Salima, 25, di kawasan pergunungan di Tuli Bana di Jammu dan Kashmir, pergi ke Srinagar selama empat bulan dalam setahun untuk meminta sedekah.

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.

“Ibu saya masih menangis setiap kali melihat saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib itu.”

Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan.

Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.

“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si mata satu.’”

Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan.

“Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”

Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25) sehari dengan mengemis.

“Pernah tiga gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya.

“Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya.

Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar mengenai Salima.

“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.

“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,” katanya.

Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu.

Sejak itu, pasangan berkenaan hidup bahagia. - TS

Suspek perkosa lari ke ibu negara



TAPAH: Seorang lelaki dipercayai penagih diburu polis apabila melarikan diri ke ibu negara selepas memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pertengahan September lalu.
Suspek dikenali sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, atau Adi dikesan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah selain turut diletakkan di bawah pengawasan polis sebelum ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, 12 September lalu, suspek dikatakan memecah masuk rumah jirannya di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini sebelum menceroboh bilik mangsa yang ketika itu tidur bersendirian.
“Suspek kemudian merogol mangsa sebelum melarikan diri dari rumah berkenaan. Difahamkan, mangsa berasal dari Slim River tinggal sementara di rumah berkenaan milik keluarga angkatnya.

“Pada keesokan hari, mangsa yang juga anak sulung daripada lima beradik pulang semula ke rumahnya di Slim Village dan menceritakan kejadian menimpanya kepada ibunya,” katanya.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan hospital mengesahkan mangsa dirogol.
“Polis kesal apabila keluarga angkat mangsa mendakwa suspek bebas keluar masuk rumah berkenaan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dipercayai masih bersembunyi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan gerakan mengesannya giat dijalankan.
Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya kepada polis atau menghubungi talian 05-4015222.

2 rakan jenayah tumpas

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

RAMPAS...Mohan  menunjukkan peralatan pecah rumah dan curi kereta yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS...Mohan menunjukkan peralatan pecah rumah dan curi kereta yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...sebahagian daripada sembilan kereta curi yang ditemui semula.
BUKTI...sebahagian daripada sembilan kereta curi yang ditemui semula.
CHERAS: Kegiatan Geng Sek Taw dianggotai dua sahabat baik yang aktif menjalankan aktiviti jenayah curi kereta dan pecah rumah sekitar Lembah Klang berakhir selepas mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Pandan Perdana dan Cheras, di sini, 2 Oktober lalu.
Dua lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai terbabit dalam 21 kes curi kenderaan dan 13 kes pecah rumah sejak tiga bulan lalu serta berjaya dikesan selepas menerima maklumat awam.

Mereka dikatakan tidak memilih jenis kereta yang disasarkan asalkan boleh dicuri sebelum dijual semula pada harga murah. Begitu juga dengan pecah rumah, mereka melakukannya jika ada kesempatan tanpa mengira tempat dan masa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dua lelaki itu yang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu melakukan kegiatan jenayah mereka secara rambang tanpa menyasarkan mangsa tertentu.

Katanya, hasil tangkapan berkenaan, polis merampas sembilan kenderaan pelbagai jenis yang dilaporkan dicuri dan lapan daripadanya dilaporkan hilang di Lembah Klang manakala satu di Pahang.

“Polis turut menemui kelengkapan mencuri kenderaan serta pecah rumah dan beberapa kunci kereta.
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM400,000,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 411 KK dan Seksyen 414 KK.

Lelaki diburu

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki lain selepas disyaki melarikan seorang gadis bawah umur dari Kuala Lumpur dalam kejadian di Jalan Air Itam di sini, awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun yang juga saudara remaja perempuan berusia 17 tahun itu diminta keluarga gadis itu mencari anaknya yang dikatakan dibawa ke Pulau Pinang oleh seorang lelaki. Jurucakap polis berkata, selepas usaha mencari dilakukan sejak beberapa hari lalu, mangsa berjaya menemui anak saudaranya di kawasan Bukit Jambul sebelum membawanya pulang ke rumah di Air Itam.

Menurutnya, suspek berusia 23 tahun kemudian bertemu mangsa di sebuah medan selera dan berlaku pertengkaran serta tolak-menolak sebelum suspek mengugut mahu mencederakan mangsa sebelum beredar.
Katanya, mangsa yang bimbangkan keselamatan diri dan anak saudaranya itu kemudian membuat laporan polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.