Saturday, October 20, 2012

KUASA ALLAH TAK TERBATAS...ALLAH BOLEH BUAT ORANG TU JATUH

Mati dihempap konkrit 40 tan


ANGGOTA bomba melihat bumbung konkrit yang runtuh hingga mengakibatkan seorang buruh maut manakala tujuh lagi cedera di Shah Alam semalam.



SHAH ALAM – Sekumpulan enam buruh Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.
Kejadian pukul 4.20 petang semalam di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 di sini itu berlaku ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.
Ekoran runtuhan itu, kesemua mangsa terperangkap di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit.
Difahamkan, banglo enam bilik itu dipercayai milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah.

Datuk tidak maafkan pembunuh cucu

BATU PAHAT - "Wak tak akan maafkan dia sampai bila-bila."Demikian luahan datuk kepada bayi malang berusia lapan bulan, Nur Irsyafida Balkis Abdul Azim yang meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya Selasa lalu.
Datuk kepada bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Ashak, 71, berkata, sesiapa pun tidak akan dapat memaafkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
"Wak tidak faham, mengapa ada manusia tergamak berbuat demikian kepada anak comel sekecil itu," luahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Kelambu, Peserai di sini semalam.
Menurut Mohd. Ashak, dia menjaga arwah cucunya itu sejak mangsa berusia dua bulan.
"Dia jantung hati kami sekeluarga yang menceriakan rumah ini," ceritanya sedih.

Isteri rayu suami dibebaskan



MAESAROH dan tiga anaknya menatap potret perkahwinannya dengan Salleh di Kuching semalam.



KUCHING - Seorang isteri merayu Kementerian Luar membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan di sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat sejak hampir empat bulan lalu atas tuduhan memperdagangkan manusia.
Maesaroh Siti, 27, membuat rayuan tersebut memandangkan dakwaan yang dikenakan ke atas suaminya, Salleh Rambli, 44, adalah tidak benar sama sekali.
Dakwanya, sejak ditahan di penjara tersebut selama 114 hari, suaminya yang merupakan pengusaha restoran sentiasa diugut dan dipukul sekumpulan banduan bagi mendapatkan wang.
"Saya merayu kepada Kementerian Luar supaya membantu suami saya supaya dapat pulang ke negara ini kerana dia tidak bersalah. Anak-anak juga merinduinya.
"Saya buntu memikirkan nasibnya kerana sejak tahanan reman dilanjutkan enam kali, dia sering diancam dan dipukul banduan lain.
"Beberapa hari lalu, saya dapat bercakap dengannya dan saya dapat dengar nada suaranya dalam ketakutan," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Kampung Air 20 tahun terbakar



ANGGOTA bomba dan beberapa penduduk kampung bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan 81 buah rumah di Kampung Selamat, Simunul, Semporna, Sabah semalam.



SEMPORNA - Lebih 600 penghuni perkampungan air di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak di Kampung Selamat, Simunul hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran semalam.
Kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan 81 buah rumah papan yang diduduki lebih 600 penghuni sejak lebih 20 tahun lalu itu musnah dijilat api.
Akibat kejadian itu, lima orang penduduk cedera kerana melecur dan mereka menerima rawatan lanjut di Hospital Semporna, Sabah.
Kampung Selamat merupakan sebuah perkampungan padat dengan jumlah penghuni sekitar 3,000 orang yang difahamkan kebanyakannya terdiri daripada pelarian Filipina semasa krisis peperangan di negara terbabit pada tahun 70-an.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd. Razali Ag. Ahmad berkata, sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 11.41 pagi.
Katanya, operasi memadamkan api turut dibantu sebuah jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba Tawau selain dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Kunak.
"Operasi memadamkan kebakaran mengambil masa hampir dua jam berikutan kedudukan rumah terbabit yang begitu rapat antara satu sama lain.
"Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 3.53 petang," katanya di sini semalam.
Tambahnya, siasatan awal mendapati, jumlah kerugian mencecah kira-kira RM938,000 dan punca kejadian masih disiasat.
Semua mangsa kebakaran terbabit akan ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Semporna.

Pelakon A. Aida mohon fasakh


AIDA memfailkan permohonan fasakh untuk menuntut cerai daripada Suffian (gambar kecil) di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Kegagalan untuk bercerai secara baik selepas mendakwa syarat yang diberikan tidak masuk akal menyebabkan penerbit dan pelakon, A. Aida memilih untuk memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, dijangka memfailkan permohonan itu awal minggu depan terhadap suaminya yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman di mahkamah sama.
Hasrat itu dinyatakan selepas penerbit drama kontroversi Halimah Jongang itu menarik semula permohonan cerai secara baik semalam. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 pada 27 September lalu.
Selaku plaintif, Aida yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong memberitahu, permohonan itu dibuat selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan secara baik berhubung syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Terdapat syarat-syarat yang diletakkannya (Suffian) tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
"Jadi, pihak saya menarik balik permohonan cerai secara baik dan akan membuat permohonan fasakh secepat mungkin pada minggu depan," jelas Aida ketika ditemui di luar mahkamah semalam.

Dua beradik terjun takut asap



MUNIRAH yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat selepas terjun dari atas sengkuap rumahnya yang terbakar kelmarin.



MELAKA - Demi adik yang dikasihi, seorang remaja bertindak nekad dengan memeluk adiknya itu sebelum mereka sama-sama terjun dari tingkat atas sebuah rumah teres di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam yang terbakar dekat sini kelmarin.
Sebelum kebakaran pada pukul 9.40 malam itu, Noor Munirah Syazwani Zakir, 16, dan dua adiknya, Mohd. Zarif Nazmi, 8, dan Yasin Amirul Aiman, 3, sedang menonton televisyen di ruang tamu di tingkat atas sebelum bahagian dapur rumah tersebut tiba-tiba terbakar.
Ibu bapa kepada tiga beradik itu, Zakir Abu Hussin, 38, dan Norizan Idris, 39, semasa kejadian sedang berniaga di Pasar Borong, Batu Berendam yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.
Munirah yang panik selepas asap tebal memenuhi ruang tamu di tingkat bawah rumah terus membawa kedua-dua adiknya itu masuk ke sebuah bilik.
Melalui tingkap di bilik itu, Munirah kemudian membawa dua adiknya itu turun ke atas sengkuap rumah

Penduduk Taman City minta pembahagi jalan



SEBUAH van (kanan) keluar dari Taman City untuk memasuki Jalan Kuching yang sibuk.



KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Taman City, Segambut di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina pembahagi jalan di susur keluar Taman City ke Jalan Kuching bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan tersebut.
Menurut seorang penduduk, Ng Chuan Chye, 51, ketiadaan pembahagi jalan di susur keluar taman itu menyebabkan pemandu mengalami kesukaran untuk keluar ke Jalan Kuching.
“Pengguna terpaksa menghabiskan banyak masa untuk keluar ke Jalan Kuching memandangkan jalan tersebut merupakan jalan utama dan sangat sibuk.
“Tambahan pula, sikap pengguna yang suka memandu laju memburukkan lagi keadaan sehingga menjejaskan aliran trafik dan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penyamun kempunan tercicir gelang emas

FATIMAH menunjukkan gelang emasnya yang gagal dilarikan oleh penyamundi kedainya di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Empat penyamun bersenjatakan pistol berputih mata apabila gagal melarikan seutas gelang emas kepunyaan pemilik sebuah kedai runcit dalam kejadian samun di Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku apabila dua daripada empat suspek yang memakai topi itu masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura membeli minuman.
Mereka kemudian tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa, Fatimah Hussin, 50, yang ketika itu berada di kaunter kedai tersebut.
Cerita Fatimah, dia terkejut dengan tindakan lelaki itu manakala seorang lagi lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkannya supaya mendiamkan diri.
"Saya tidak endahkan amaran mereka lalu menjerit dan menyebabkan anak lelaki saya, Che Mohd. Fakaruddin Che Abdul Aziz, 19, yang berada di dalam kedai meluru keluar ke arah kami.
"Menyedari keadaan itu, kesemua lelaki tersebut bergegas keluar dan sempat melepaskan tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi," katanya di sini semalam

Kapal didaftar di Malaysia karam


KAPAL kargo Shinline karam dekat Pulau Jeju, Korea Selatan semalam.



SEOUL - Tiga kelasi warga Filipina dan dua rakyat China terbunuh semalam apabila sebuah bot pengawal pantai Korea Selatan yang dinaiki mereka karam, kata beberapa pegawai.
Ketika kejadian, bot itu menyelamatkan mereka dari sebuah kapal kargo Shinline yang turut karam.
Seorang jurucakap pengawal pantai berkata, bot itu terbalik ketika membawa 15 anak kapal kargo itu.
Kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan seberat 5,436 tan itu karam berhampiran Pulau Jeju, di selatan negara ini.
Menurutnya, sebuah lagi bot pengawal pantai yang terlibat dalam operasi menyelamat kemudian hanya berjaya menyelamatkan 10 kelasi kapal tersebut.
Kapal kargo itu membawa 13 kelasi warga China dan enam rakyat Filipina membuat panggilan kecemasan selepas kapal yang dalam pelayaran ke Singapura itu mula tenggelam.
"Sebuah bot yang digunakan dalam operasi menyelamat itu terbalik kerana ombak kuat," kata jurucakap berkenaan.
Kesemua kelasi dan pengawal pantai yang selamat itu telah dihantar ke sebuah hospital di Jeju. - AFP

Jual lembu korban dengan cara yang unik


SEORANG jurujual wanita yang berpakaian seperti koboi mengiringi pelanggan wanita di bilik pameran jualan lembu di Depok semalam



DEPOK, Indonesia - Seorang ahli perniagaan, Ramdoni mengubah suai bilik pameran kereta miliknya menjadi tempat jualan sejumlah lembu untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di sini.
Dia turut menggaji beberapa wanita yang memakai pakaian koboi untuk menjadi jurujual lembu dan melayan pelanggan-pelanggannya.
Jurujual wanita itu turut membawa komputer tablet yang mengandungi maklumat tentang lembu seperti umur, berat badan dan baka haiwan tersebut.
Para pembeli juga boleh membeli lembu itu dengan menggunakan kad kredit dan debit. - Agensi

PM Australia terjatuh di depan kamera



KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik Gillard terjatuh di Memorial Mahatma Gandhi, New Delhi kelmarin.



SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.
Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.
Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.
Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.
Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.
Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.
Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP

Google dedah pusat data



IMEJ yang tidak bertarikh menunjukkan sebuah pusat data Google di Hamina, Finland.



SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet.
Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang.
Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu www.google.com/about/ datacenters/gallery/.
Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium.
Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile. - Agensi

Misi cipta rekod lebih laju daripada peluru



Imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer menunjukkan kereta roket yang akan dipandu McGlashan.



SYDNEY - Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.
McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.
Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.
Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah AS$4.2 juta (RM12.75 juta).
Kereta itu yang diberi nama Invader 5R sepanjang 16 meter.
Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair oksigen. -
Dia dan anggota-anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada tahun depan. - AFP

BILA ISLAM TIDAK DIAMAL SECARA SEMPURNA

Bukti Syria guna bom berangkai

BENTUK bom berangkai yang digunakan tentera Syria.


MAARET AL-NUMAN - Jet-jet tentera Syria melakukan serangan di bandar ini semalam ketika pihak tentera didakwa menggunakan bom berangkai.
Serangan itu dilakukan di bandar itu yang terletak di barat laut negara ini.
Bandar tersebut dianggap strategik di wilayah Idlib kerana ia telah ditawan para penentang tentera Bashar Al-Assad pada minggu lalu.
Sementara itu, para penentang menunjukkan kepada wartawan agensi berita AFP serpihan bom berangkai yang digunakan tentera Syria.
Menurut para penentang itu, bom tersebut digugurkan di beberapa kawasan penduduk.
Beberapa bom tersebutyang gugur tidak meletup.
Bom itu mempunyai aksara Cyril yang menyebakan ia dipercayai dibuat di Rusia.
Rusia merupakan sekutu utama Syria. Pertubuhan hak asasi Human Rights Watch mendakwa Syria menggunakan bom berangkai.
Bagaimanapun, tentera Syria menafikan ia menggunakan bom tersebut.
Sebuah pertubuhan yang menyokong penentangan terhadap Bashar melaporkan bahawa bom tersebut digugurkan pada minggu lalu di bandar Saraqeb, utara Maaret Al-Numan.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan menyatakan sebanyak 40 peratus bom itu gagal meletup.
Menurut pertubuhan itu, 98 peratus mangsa bom itu ialah orang awam termasuk kanak-kanak yang menyentuhnya kerana mereka menyangka ia merupakan alat permainan.
Pergolakan di Syria berlaku sejak Mac tahun lalu yang menyebabkan lebih 30,000 orang dilaporkan terbunuh.
Para penentang mahu menggulingkan Bashar yang dianggap gagal melaksanakan pembaharuan politik termasuk hak kebebasan bersuara.
- Agensi

Restoran di Gaza dikendalikan pekerja bisu


BEBERAPA pekerja menggunakan bahasa isyarat di dapur restoran Atfaluna di Bandar Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA, Palestin - Sebuah restoran di sini yang dikendalikan beberapa pekerja bisu dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu.
Restoran Atfaluna yang terletak dekat sebuah pelabuhan digerakkan para pekerjanya yang berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa isyarat.
Ia ditubuhkan dengan bantuan Yayasan Drosos, Switzerland bagi mempromosikan golongan bisu yang boleh bekerja.
Seramai 12 orang bekerja di restoran tersebut.
"Golongan bisu mempunyai keazaman dan tiada sebarang kebimbangan kecuali ketika pekerja berkomunikasi," kata seorang penyelia, Ayat Imtair.
Selepas para pekerja bisu itu menghadiri latihan selama enam bulan, Ayat yakin operasi di restoran tersebut akan berjalan dengan lancar.
- Reuters

Ulama dakwa perkahwinan Saif, Kareena anti-Islam


SAIF (kiri) dan Kareena dikerumuni jurugambar di sebuah lapangan terbang di Mumbai semalam.


NEW DELHI - Sebuah sekolah pendidikan Islam, Darul Uloom Deoband menganggap perkahwinan antara pelakon Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor sebagai anti-Islam, lapor portal berita ApunKaChoice semalam.
Mereka membuat kenyataan itu kerana Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum dia berkahwin dengan Saif.
"Mengikut undang-undang Islam, perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar agamanya kepada Islam," kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.
Status akad nikah pasangan artis berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut ajaran Islam atau tidak.
Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan pernikahan mereka di Mumbai pada 16 Oktober lalu.
Majlis resepsi perkahwinan mereka kemudiannya diadakan di sini.
Menurut beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan ikrar perkahwinan.
Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan anak perempuannya itu akan memeluk Islam.
"Tidak ada sesiapa yang menukar agama di sini, seorang insan berkahwin dengan insan yang lain dan mereka tidak kisah mengenai kasta, kepercayaan atau keturunan, " kata Randhir. - Agensi

MBSA bakal dakwa pemilik banglo mewah

MOHD. JAAFAR (kanan) meninjau kawasan runtuhan yang menyebabkan seorang maut manakala lima lagi parah di Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM - Pemilik banglo mewah bernilai hampir RM4 juta yang bumbung konkritnya runtuh hingga mengakibatkan seorang mati manakala lima lagi parah di Seksyen 7 di sini kelmarin akan diheret ke mahkamah kerana melakukan penambahan dan mengubah suai kediaman secara haram.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, semakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapati, pemilik banglo tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan pelan untuk mengubah suai banglonya.
Katanya, pemilik banglo itu akan didakwa mengikut Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana mendirikan struktur binaan tanpa kebenaran pihak majlis dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM250,000.
"MBSA memang tegas dalam perkara ini kerana ia melibatkan kematian dan kecederaan parah hingga mangsa terpaksa dirawat di hospital," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Pemilik terkejut bumbung banglo runtuh


HERMAN (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat salah seorang mangsa runtuhan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


SHAH ALAM - Pemilik banglo mewah yang bumbung konkritnya runtuh di Seksyen 7 di sini kelmarin mendakwa dia terkejut dengan kejadian yang mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi buruh binaan parah.
Ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an yang enggan namanya disiarkan itu mendakwa, dia telah melantik Perunding Pengurusan Projek (PMC) untuk urusan ubah suai itu dan tidak menyangka runtuhan boleh berlaku memandangkan kontraktor tersebut berpengalaman luas dalam bidang pembinaan.
Dakwanya, dia juga tidak mengetahui mengenai urusan permohonan pelan tambahan atau ubah suai kediaman harus dipohon daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana beranggapan ia telah diuruskan oleh PMC.
"Saya beli rumah ini sudah lama dan perbincangan dengan PMC untuk kerja-kerja pengubahsuaian termasuk urusan hiasan dalaman banglo diadakan sejak akhir tahun lalu.
"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dijalankan pada Julai lepas dan dijangka siap penghujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Lelaki itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan MBSA yang hendak mengheretnya ke mahkamah sebaliknya mahu memikirkan cara untuk membantu kesemua mangsa. Dia juga enggan memikirkan tindakan yang ingin diambil ke atas kontraktor terbabit.

Porsche, BMW hilang ditemui semula


BANGLO milik seorang ahli perniagaan yang diceroboh oleh empat lelaki sebelum melarikan dua buah kereta mewah dan barangan berharga di Melaka Rabu lalu.


MELAKA – Dua buah kereta mewah jenis Porsche Panamera 3.6 dan BMW 5 Series serta barangan berharga bernilai RM1.5 juta milik seorang ahli perniagaan yang dilarikan Rabu lalu dari banglonya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini ditemui semula di Taman Bahariah Indah, Muar, Johor kelmarin.
Jarak antara dua tempat itu kira-kira 60 kilometer.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pukul 6.30 pagi itu berlaku apabila rumah mangsa berusia 51 tahun tersebut dimasuki empat daripada enam penjenayah bertopeng.
Katanya, empat suspek dapat masuk selepas pintu belakang banglo dua tingkat itu dibuka oleh pembantu rumah mangsa untuk membasuh baju. Dua lagi rakan mereka menunggu di luar.
“Mangsa dan isterinya yang berada di tingkat atas bergegas turun sebaik terdengar bunyi bising sebelum si suami dipukul dengan benda tumpul dan diacu parang.
“Suspek kemudian melarikan diri bersama barangan kemas, telefon bimbit, jam tangan, beg duit serta kereta mewah jenis Porsche Panamera 3.6 dan BMW 5 Series yang kesemuanya bernilai RM1.5 juta selepas menggeledah selama 20 minit,” katanya pada sidang akhbar.
Tambahnya, polis yang menerima laporan kemudian telah menubuhkan satu pasukan khas selain bekerjasama dengan polis Johor dan Negeri Sembilan.
Menurut Raja Shahrom, kira-kira 28 jam kemudian, pihaknya menemui semula Porsche putih bernilai RM800,000 dan BMW hitam berharga RM500,000 itu di tepi jalan di Taman Bahariah Indah, Muar.

Lapan samseng ditahan serang bengkel baiki motosikal


BEGINILAH keadaan di dalam sebuah bengkel membaiki motosikal yang diserang lebih 10 lelaki di Lorong Sungai Pinang, George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Lebih 10 lelaki bertindak ala samseng apabila menyerang sebuah bengkel membaiki motosikal sebelum melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM150,000 di Lorong Sungai Pinang di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku ketika tujuh pekerja termasuk seorang saudara pemilik bengkel yang sedang mengandung lima bulan didatangi samseng-samseng bersenjatakan parang, tukul, kayu dan besi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek kemudian telah mengarahkan kesemua pekerja diam dan mengikut arahan jika tidak mahu dicederakan.
Katanya, suspek kemudian merosakkan perkakasan bengkel selain melarikan wang dan barangan berharga pekerja yang dianggarkan bernilai RM150,000.
"Polis yang meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis itu kemudian dapat menahan lapan lelaki berusia antara 16 hingga 38 tahun secara berasingan di sekitar Jelutong hari ini (semalam).

Rozita Che Wan nafi bergambar bogel


ROZITA mendakwa beliau tidak ada kena-mengena dengan gambar yang tersebar di internet ini.


KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di internet adalah dirinya.
Gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan sebahagian daripada payu daranya.
Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.
“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu.
“Mungkin itu pelanduk dua serupa sebab ramai yang cakap ada wanita dan pondan memiliki rupa seperti saya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sambil tidak menolak ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang iri hati terhadapnya, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, itu belum bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Tinggalkan suami kerana kekasih FB


MOHD. Salleh menunjukkan salinan laporan polis (kiri) dan gambar isteri serta anaknya di Bandar Seri Jempol semalam.


JEMPOL – Seorang pengusaha gerai makanan bimbang selepas isteri bersama seorang anaknya yang berusia tiga tahun dikatakan menghilangkan diri dari rumah sejak empat hari lalu gara-gara mengikut seorang lelaki yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.
Mohd. Salleh Hussin, 54, mendakwa, isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28, bersama anak bongsu mereka, Nur Alia Nadira, 3, tidak pulang ke rumah di Felda Lui Selatan dekat sini selepas keluar ke pekan Bahau pada Isnin lalu atas alasan untuk membaiki komputer riba.
“Saya jadi bimbang apabila isteri dan anak saya tidak balik ke rumah selepas itu, malah panggilan telefon juga tidak dijawab sampai sekarang,” katanya di sini semalam.
Lebih mengejutkan Mohd. Salleh, dia hanya menyedari dompetnya yang mengandungi kad mesin teler automatik (ATM) lesap pada Selasa lalu sebelum mendapati wang sebanyak RM5,000 dalam akaun bank telah dikeluarkan.
“Saya tidak tahu kenapa dia sanggup meninggalkan saya, kami tidak berselisih faham,” katanya.
Mohd. Salleh bercerai kira-kira 10 tahun lalu sebelum berkahwin dengan Nik Rosmalina pada tujuh tahun lepas.

Pelampung tsunami meletup


CONTOH boya tsunami yang meletup ketika sedang diselenggara di atas kapal MV Pendamar sehingga mengorbankan ketua penyelenggara di Semporna, Sabah semalam.


SEMPORNA - Pelampung tsunami yang sedang diselenggara di atas kapal MV Pendamar dipercayai meletup sehingga menyebabkan kematian ketua penyelenggara, Stig Erik Lyng di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah.
Beliau berkata, letupan berlaku ketika Lyng, 53, cuba membuka salah satu skru pada penutup pelampung dengan menggunakan alat 'grinder' dan akibat letupan itu, objek berwarna hitam dilihat terbang keluar dari pelampung itu dan mengenai kepala Lyng.
"Kejadian berlaku pada pukul 11.45 pagi di atas kapal di kawasan perairan antara Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Kita difahamkan salah satu skru pelampung berkenaan tidak dapat dibuka secara biasa. Jadi, ketika mangsa cuba membuka skru itu menggunakan alat grinder, pelampung itu tiba-tiba meletup," katanya.
Ekoran itu jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memberi tahu, kerja menyelenggara pelampung tsunami di Pulau Sipadan kini dihentikan.
Mohd. Firdaus berkata, siasatan awal mendapati objek berwarna hitam yang belum dikenal pasti itu terhumban keluar daripada pelampung berkenaan akibat letupan itu lalu mengenai kepala mangsa dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, selain kecederaan parah di kepala, tangan kiri mangsa juga patah. - Bernama

Mr. Os dirawat di Hospital Serdang kerana ketumbuhan tekak

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Mohd. Yusof Abdul Hamid atau Mr. Os, 50, dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor selepas disahkan menghidapi ketumbuhan pada tekak.
Selain itu, juara Maharaja Lawak Mega itu turut disahkan mengalami masalah saluran jantung.
"Pagi semalam (kelmarin), saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan tekak sebab sakit dan sukar bercakap.
"Selepas diperiksa, doktor beritahu saya ada masalah jantung tersumbat dan ketumbuhan pada tekak," katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Mr. Os tidak dimaklumkan tempoh dia dirawat di hospital tersebut namun jika tiada sebarang komplikasi, pelakon filem Awang Spanar itu dibenarkan keluar hospital hari ini.

Empat lanun Indonesia ditangkap


SUNGOM menunjukkan senjata yang dirampas daripada tiga lanun (duduk) dalam operasi di 11.8 batu nautika dari Tanjung Po, berhampiran Semantan dekat Kuching.


KUCHING - Tindakan pantas Maritim Malaysia (APMM) melakukan serbuan berjaya menggagalkan usaha empat lanun Indonesia yang cuba merompak sebuah bot tunda dan tongkang membawa muatan 116 kontena di 11.8 batu nautika dari Tanjung Po, berhampiran Sematan dekat sini kelmarin.
Kesemua lanun berusia antara 25 hingga 52 tahun tersebut diberkas pada pukul 3 petang. Difahamkan, salah seorang mereka merupakan bekas kapten yang pakar dalam bidang perkapalan manakala seorang lagi merupakan jurutera kapal.
Bot tunda dan tongkang itu milik syarikat Highline Shipping yang berpangkalan di Miri. Ia dalam pelayaran dari Klang, Selangor ke Bintulu.
Pemangku Tugas Ketua Penguatkuasa Maritim wilayah Sarawak, Kepten Maritim Abim Sungom berkata, dua buah bot yang berpangkalan di sini diketuai Pegawai Waran II (M), Mohd. Amran Hamid dan Bintara Muda (M), Azmi Abd. Wahab dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 1 petang.
Katanya, salah sebuah bot APMM kemudian memintas bot tunda yang ditawan lanun tersebut pada pukul 3.45 petang manakala tongkang itu pula dikesan berada lebih kurang 11 batu nautika dari Tanjung Po.

TM rugi RM71 juta kabel telefon dicuri




KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) mencatat kerugian RM71 juta dalam tempoh 20 bulan lalu ekoran kejadian curi kabel talian telefon yang dilakukan oleh penagih dadah dan penjual besi buruk.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa (gambar) berkata, selain dua golongan itu, pembabitan 'orang dalam' juga menjadi punca utama syarikat itu mengalami kerugian besar ekoran harga kabel yang tinggi.
Katanya, terdapat peningkatan di beberapa tempat berhubung kecurian kabel dengan Kuala Lumpur sahaja mencatatkan sebanyak 58 kes antara Januari hingga Ogos berbanding 30 kes dalam tempoh yang sama sepanjang tahun 2011.
"Dalam tempoh yang sama juga, Selangor mencatatkan sebanyak 1,439 kes berbanding 1,841 kes pada tahun 2011. Di Cyberjaya pula 71 kes dilaporkan berbanding 52 kes pada tahun 2011.
"Jika ada pembabitan 'orang dalam', kami akan melaporkannya kepada polis," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penghargaan Pencegahan Jenayah Kecurian Kabel dekat Menara Telekom Malaysia di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

KEKEJAMAN AKAN BERAKHIR...BILA HUKUM ALLAH TERJADI...KETIKA ITU BARU TAHU LANGIT INI RENDAH ATAU TINGGI

Budak dibunuh kerana ejek 'gila'

BAPA Syed Rasikin, Syed Ismail (kiri) dan isteri, Asimas di pusara Syed Rasikin di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang semalam.


KLANG - Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati sebelum mayatnya dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Udang di sini kelmarin.
Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.
Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.
Difahamkan ibu bapa mangsa juga merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.
Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.

Pelanggan UniFi kempunan tonton bola


PELANGGAN UniFi menerima notis mohon maaf ketiadaan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 malam tadi.


KUALA LUMPUR - Harapan para pelanggan perkhidmatan jalur lebar UniFi untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertukar hampa apabila mereka sekadar melihat skrin kosong di televisyen masing-masing.
Telekom Malaysia (TM) selaku pengendali UniFi, tidak dapat menayangkan perlawanan secara langsung itu di saluran TV1 menerusi HyppTV kerana tidak mempunyai hak penyiaran.
Pelanggan hanya diberi notis berbunyi: 'HyppTV memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012 kerana tidak mempunyai hak penyiaran'.
Usaha untuk mendapatkan reaksi pihak pengurusan TM bagaimanapun tidak berjaya.
UniFi yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lebih 400,000 pelanggan di seluruh negara

Pasangan suami isteri, cucu maut kemalangan


KEADAAN kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga mangsa yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, Pekan semalam.


PEKAN - Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd. Khairul Nizam, setahun.
Menurutnya, dua lagi mangsa yang parah dalam kereta sama ialah penumpang belakang, Norhidayu Abd Malek, 21, dan Ain Najwa Mohd. Khairul Nizam, 2.
Katanya, kesemua mangsa berasal dari Felda Chini 4, dekat sini dipercayai dalam perjalanan dari arah Chini ke Salong.
"Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Penyokong setia Kelantan maut




RAUB - Seorang penyokong pasukan Kelantan maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal yang dinaiki terbabas semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan akhir pasukan itu menentang Angkatan Tentera Malaysia dalam kejadian di di Kilometer 328, Jalan Raub-Kuala Lipis di sini semalam.
Mangsa Muhamad Saiful Daud, 19, (gambar) yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian, manakala sepupunya, Mohd. Zulkarnain Mohd. Yusof, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai dalam perjalanan ke Shah Alam.
"Mangsa dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan di dalam beg mangsa ditemui bendera dan jersi skuad Kelantan.
Sementara itu, di Kuala Krai, ibu Muhamad Saiful, Noraini Abd. Rahman, 43, berkata, mangsa sebelum ini tidak merancang menonton perlawanan akhir bola sepak tersebut di Shah Alam.

100 belia felda sertai Imam Muda


ISA (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta kursus Imam Muda Felda siri pertama 2012 di Bangi semalam.


BANGI – Seramai 100 orang belia dari 11 wilayah Felda di seluruh negara diberikan peluang mengikuti kursus intensif Imam Muda Siri Pertama 2012 anjuran Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menyediakan generasi pelapis imam muda pada masa akan datang.
Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, program tersebut dilaksanakan selepas menyedari penglibatan golongan muda dalam menggalas tugas sebagai pemimpin masyarakat seperti imam semakin berkurangan terutamanya di kawasan perkampungan.
“Kalau dahulu orang di bandar sanggup mencari imam dan kadi hingga ke ceruk kampung, kini sudah ramai tokoh agama tinggal di bandar.
“Imam di kampung pula semakin berkurangan dan Felda beranggapan jika perkara ini berterusan, penduduk di kampung akan kekurangan pelapis yang boleh dijadikan sumber rujukan hal ehwal agama pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup kursus Imam Muda Felda siri pertama 2012 di sini semalam.

Mayat bayi lelaki sempurna sifat ditemui terapung dalam loji kumbahan

KUALA LUMPUR - Mayat bayi lelaki yang sempurna sifatnya ditemui terapung di dalam loji kumbahan di Batu 5, Jalan Ipoh di sini semalam.
Penemuan pada pukul 11 pagi itu disedari oleh seorang pekerja syarikat kumbahan tersebut ketika dia melakukan kerja-kerja rutin di kawasan loji berkenaan.
Satu sumber berkata, pemeriksaan mendapati bayi tersebut baru dilahirkan dan masih mempunyai tali pusat.
Mayat bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.
Dalam pada itu, seorang buruh yang sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah menemui cebisan tulang manusia dipercayai milik penagih dadah di kawasan tapak pembinaan di Batu 4, Jalan Ipoh di sini semalam.

Tentera Israel serbu kapal ke Gaza


GAMBAR yang disiarkan Pasukan Pertahanan Israel menunjukkan kapal MV Estelle berada dekat Genting Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Laut Israel semalam menyerbu sebuah kapal yang membawa para aktivis Palestin termasuk wakil rakyat Eropah untuk memecahkan sekatan ke Gaza.
Menurut satu kenyataan tentera rejim Zionis, anggota-anggota tentera laut itu menaiki kapal MV Estelle yang dalam pelayaran ke Genting Gaza.
Kenyataan itu menyatakan, kapal tersebut yang mengibarkan bendera Finland diarah berlabuh di Pelabuhan Ashdod, Israel.
"Tiada sebarang keganasan (tindakan yang dilakukan anggota tentera laut)," kata seorang jurucakap tentera Israel.
Menurutnya, para penumpang kapal tersebut tidak melawan semasa serbuan itu dilakukan.
Pengumuman itu dibuat selepas pihak penganjur menyatakan kapal berkenaan 'diserang' ketika berada 35 batu nautika dari pantai Gaza.
Apabila tiba di pelabuhan tersebut, para penumpang akan diserahkan kepada polis sebelum dihantar untuk diuruskan pihak imigresen.
Kapal yang dimiliki Sweden itu berlepas dari Naples, Itali pada 7 Oktober lalu dengan membawa 30 orang dari lapan buah negara.
Ia membawa beberapa wakil rakyat dari Norway, Sweden, Greece, Sepanyol dan seorang aktivis Israel berusia 79 tahun dari Kanada.
Kapal itu membawa dua pokok zaitun, 41 tan simen, 300 biji bola sepak, peralatan perubatan dan buku kanak-kanak.
Ia turut membawa peralatan muzik, radio dan wayang gambar. - Agensi

Syria didakwa bunuh ketua perisik Lebanon

BEBERAPA anggota polis semalam memeriksa lokasi kejadian letupan bom kereta yang menyebabkan Wissam terbunuh di Ashrafieh, Beirut.


BEIRUT - Para penunjuk perasaan membakar tayar dan membuat sekatan jalan di Lebanon semalam bagi membantah pembunuhan ketua perisik pasukan keselamatan dalam negeri, Brigedier Jeneral Wissam al-Hassan kelmarin yang didakwa didalangi Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Wissam, 47, terbunuh apabila sebuah kereta yang mengandungi bom seberat 30 kilogram diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh di daerah Ashrafieh yang didiami ramai penduduk beragama Kristian.
Selepas mengetahui kematian Wissam yang merupakan pengikut aliran sunah, para penunjuk perasaan tersebut membakar tayar dan menyekat jalan raya dari bandar Tripoli di utara Lebanon sehingga ke sempadan Syria.
Kejadian itu berlaku ketika para pengikut sunah di Syria menentang kepimpinan Bashar yang merupakan pengikut Syiah Alawi.
Bekas perdana menteri Lebanon yang kini menjadi ketua pembangkang, Saad Hariri mendakwa Bashar terlibat dalam serangan tersebut.
Seorang lagi pemimpin pembangkang, Walid Jumblatt turut menuduh rejim Bashar membunuh Wissam.
Ekoran kejadian itu, para pengikut sunah di Lebanon mendesak Perdana Menteri, Najib Makati meletakkan jawatan.
Mikati kemudian menawarkan peletakan jawatannya tetapi Presiden Michel Suleiman memintanya terus memegang jawatan itu bagi satu tempoh yang belum ditetapkan.
Sebelum letupan bom itu berlaku, Wissam telah menjangkakan beliau akan menjadi sasaran pembunuhan menyebabkannya menghantar isteri dan anak-anaknya ke Paris.
Kebanyakan pemerhati menyatakan serangan itu mempunyai kaitan dengan perang di Syria yang kini sudah berlanjutan selama 19 bulan dan menyebabkan lebih 30,000 orang mati.
Wissam mengetuai siasatan yang menyebabkan bekas menteri penerangan Syria dan penyokong Bashar, Michel Samaha ditangkap.
Samaha kini ditahan di penjara Lebanon atas dakwaan merancang kempen serangan bom dan pembunuhan dengan tujuan untuk menyebabkan perbalahan antara mazhab Islam di negara ini merebak.
Turut ditangkap ialah seorang pegawai tentera Syria, Brigedier Jeneral Ali Mamlouk.
Wissam juga memainkan peranan penting dalam siasatan pembunuhan bekas perdana menteri Lebanon, Rafik Hariri pada 2005 di sini.
Hariri mati apabila sebuah trak meletup.
Siasatan yang diketuai Wissam itu menemui bukti penglibatan kumpulan Hezbollah dan Syria. - Agensi

MANA PUSAT ZAKAT...HINGGA FAKIR MISKIN HIDUP MELARAT...JANGAN DIAKHIRAT NANTI TAK BOLEH JAWAB

Pakatan madu di laman sosial

Oleh HADZLAN HASSAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.
BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.
KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

Lelaki lebih empat isteri persenda agama



KUALA LUMPUR: Lelaki yang berkahwin serentak dengan lebih daripada empat isteri boleh dikategori sebagai mempersendakan agama kerana Islam mengharamkan perbuatan itu.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, berkahwin lebih daripada empat isteri hanya berlaku pada zaman jahiliah dan selepas kedatangan Islam, seorang lelaki hanya dibolehkan mempunyai empat isteri dalam satu-satu masa.

Menurutnya, kes seorang lelaki yang kini dipercayai mempunyai tujuh isteri adalah kali pertama didengar dan ia boleh berlaku jika perkahwinan secara poligami ini tidak didaftarkan kepada pejabat agama.
“Memang perkara ini boleh berlaku dan jika ia berlaku, bermakna lelaki berkenaan sengaja mempersendakan agama dan tindakan boleh diambil terhadapnya.

“Enakmen Jenayah Syariah mempunyai peruntukan terhadap mereka yang mempersendakan agama, jadi individu terbabit boleh dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Khairul Anuar berkata, poligami sememangnya sesuatu yang halal dan diharuskan Islam dan melalui sistem perkahwinan ini seseorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.
“Dalam Islam, poligami hanya dibenarkan ke atas si suami untuk beristeri lebih daripada satu dengan had empat orang seperti firman Allah (surah an-Nisa: 3) yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman,” katanya.

Siasat ke lubang cacing



“SAYA berkahwin dengan suami sejak 2005 dan hanya mengetahui tembelangnya sebagai kaki putar alam pada 2008.
Dia sebenarnya beberapa kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu, tidak amanah dan menyelewengkan wang. Saya turut menjadi mangsanya, kini saya berhutang RM60,000 dengan bank akibat pinjaman kereta dan hutang kad kredit.

Selama duduk sebumbung dengannya, segala pinjaman kereta dan kredit kad dibuat atas nama saya. Ketika ini saya terpaksa menanggung semua hutang itu.
Hidup saya bersamanya pun bukan senang, sering dipukul apabila berkelahi. Lebih-lebih lagi jika saya timbulkan masalah penipuan dilakukannya.

Seperkara lagi yang menjadi masalah dengan saya, perkahwinan kami tidak pernah didaftarkan, malah kami tidak mendaftarkan sijil kelahiran dua anak kami. Saya tidak tahu hendak buat apa lagi.

Di rumah juga saya tidak pernah senang duduk, ada saja orang yang ditipu suami datang ke rumah mencarinya. Saya sungguh bimbangdengan keselamatan saya dan anak.
Baru-baru ini, secara kebetulan saya dapat berhubung dengan seorang isterinya yang dikenali sebagai Achik. Mereka berkahwin hampir dua tahun.

Kami berdua berikhtiar untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai suami dan tidak menyangka pula dalam tempoh lapan bulan tahun ini, suami kami berkahwin dengan tiga lagi wanita.
Saya isterinya yang kedua, manakala empat isterinya yang lain iaitu isteri pertama, ketiga hingga kelima sudah diceraikan. Tujuh lagi masih bergelar sebagai isterinya yang sah.

Kami kenal mengenali antara satu sama lain melalui facebook. Ada yang sedih dan menangis apabila dapat tahu mereka sebenarnya dimadukan.

Bahkan, baru-baru ini kami dikejutkan dengan pengakuan seorang gadis yang pernah hendak dilamar suami untuk berkahwin. Saya syak, mungkin suami kami berkahwin lebih 11 orang, cuma ada mangsa tidak pernah tampil.

Ketika ini, saya bersama sebilangan isteri memang berpakat membawa suami ke muka pengadilan. Jika tidak, dia mungkin menganiaya orang lain pula.

Achik, 22 “SELAMA berkahwin sejak Februari 2011, suami tidak pernah memberikan nafkah dan wang perbelanjaan, malah saya yang bayar duit sewa rumah. Bahkan, wang simpanan saya habis diambilnya.

Kini selepas tembelangnya pecah, hampir empat bulan dia menghilangkan diri. Bayangkan, ketika bersalin dia tidak ada di sisi, sedih bila mengenangkannya.

Memang jika dilihat daripada segi luaran, tingkah lakunya baik dan soleh, pijak semut pun tak mati. Itu juga sebabnya mengapa saya berkahwin dengannya, malah keluarga saya juga tertawan dengan peribadinya. Apatah lagi dia mengaku bekerja sebagai imam di Singapura.

Sebelum berkahwin, kami sebenarnya mula rapat selepas dia menawarkan untuk menerbitkan novel karangan saya. Dia datang ke sekolah tempat saya mengajar dan mengambil salinan novel itu untuk diterbitkan.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya menerima saja tawarannya. Tidak lama berkenalan dengannya selepas itu, dia terus melamar saya.

Saya tidak memberi apa-apa jawapan hinggalah dia datang bertemu keluarga saya di Selayang. Ibu bapa memang menyukainya. Bayangkanlah, solat jemaah keluarga dia yang imamkan, bagaimana keluarga saya tidak tertarik dengannya.

Malah ketika kahwin, dia berjanji akan memberikan ibu saya pakej umrah sebagai hadiah mas kahwin. Dia juga mengaku tidak pernah beristeri dan masih bujang.

Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga saya dapat berhubung dengan seorang isterinya (isteri kedua). Saya terkejut, rupa-rupanya saya bukan saja dimadukan, malah suami saya memiliki ramai isteri.

Selepas saya menyiasat dan berhubung dengan isterinya yang lain, dia sebenarnya ada tujuh isteri, tidak termasuk empat yang sudah diceraikan. Saya isterinya yang kelapan.

Sukar mempercayainya tetapi itulah hakikatnya, suami saya sebenarnya penipu. Dia bukan imam, malah bukan ustaz.

Saya pernah mengikut suami menjalankan ceramah di masjid dan meminta wang bantuan untuk sebuah sekolah tahfiz. Saya tidak sedar rupa-rupanya duit itu sebenarnya tidak diberikan kepada sekolah berkenaan.

Saya pernah ditemui seorang ustaz dan beberapa jemaah masjid di Bangsar, mereka semua bercerita mengenai aktiviti suami saya yang kuat menipu. Orang di kampung juga ramai yang tertipu, sehingga saya tidak tahu di mana hendak letak muka.

Punah hati saya bila mengetahui semua itu. Saya sedar saya ditipu. Janjinya untuk menerbitkan novel dan pakej umrah ibu saya tidak pernah ditunaikan sampai sekarang.

Saya cuba berhubung dengan madu lain, ramai sepakat mahu mengambil tindakan undang-undang (syariah) terhadapnya. Saya Berharap dia insaf dan tidak menganiaya orang lain lagi.”

ALLAH LEBIH KENALNYA...SATU KETIKA HUKUMAN DARI ALLAH SAMPAI JUA


Siapa kenal dengan orang ini ??
Nama : Mohd Razis bin Ismail 

Sape yang pernah ada kes dengan dia,tolong buat report.Minta pihak berkenaan tangkap orang macam ni dari terus menipu orang lain.
_____________

Boleh baca komen-komen bawah gambar yang diupload salah sorang isterinya:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4613807984429&set=a.4238798769433.2176034.1269434289&type=1&ref=nf

Boleh baca di blog ini juga:
1 - http://sozcyili.blogspot.com/2012/10/hati-hati-dengan-ustaz-ini.html

2 - http://nordinjaafar.blogspot.com/2009/10/show-aidulfitri-09-open-house-sana-sini.html?spref=fb

3 - http://www.soutulmujahid.com/2012/10/ustaz-razis-penipu_17.html
_____________

UPDATE :

BUKTI DARIPADA SURAT KHABAR,SURAT & LAPORAN POLIS:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.4740801399185.2189312.1269434289&type=1
______________

by Dato' Siti Nurul Halizah : BIODATA 'USTAZ' RAZIS..
NAMA PENUH MOHD RAZIS BIN ISMAIL. 
I/C NO. 821020-14-5185. 
ALAMAT 90-17-2, APARTMENT PUTRA RIA, JALAN BANGSAR, 59200 KUALA LUMPUR (RUMAH IBU BAPA DIA). 
PENIPUAN DIA : 
(1)KAWIN DENGAN GADIS2 BAIK KEMUDIAN DITINGGALKAN (BERKAHWIN LEBIH DARI 11 ORANG - SUMBER DARI SIASATAN YANG DIBUAT). 
(2)MELARIKAN DUIT ORANG NAK PERGI UMRAH MENGGUNAKAN SYARIKAT AL-FAJR & ZAHAFIZ
(3)MEMUNGUT DERMA UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN MAAHAD TAHFIZ YANG TAK PERNAH WUJUD...PERNAH MASUK PENJARA 2 KALI TAPI DIIKAT JAMIN OLEH KELUARGANYA.....bagaimana saya tahu? dari siasatan dan bukti2 dari balai polis, jabatan penjara, beberapa keratan akhbar tahun 2009...bukan fitnah tapi semua bukti ada pada saya

BAGAIMANA DIA MENIPU UNTUK BERKAHWIN? Berkenalan dgn wanita dlm masa yg singkat dan dilamar utk berkahwin utk mengelakkan maksiat. Seterusnya berjumpa dgn keluarga wanita (merisik & bertunang) dgn membawa adik2 dia (yg turut bersubahat) bersama saudaranya dari perak (sama ada turut bersubahat atau sebenarnya bukan saudaranya tapi diupah utk menipu). Akhirnya bernikah dgn membawa adik2nya dan saudaranya yg lain pula. KENAPA IBU BAPANYA TIADA MASA HARI PERTUNANGAN & PERNIKAHAN? Alasannya ibu bapanya dlm proses penceraian. Katanya bapanya sgt garang dan tak mengizinkan ibunya utk turut hadir atau ibunya akan dipukul (setiap alasan adalah berbeza dgn wanita2 lain). PENDAFTARAN NIKAH DI PEJABAT AGAMA TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM KOMPUTER TAPI SECARA MANUAL. JADI PEMBOHONGAN STATUS BUJANG TIDAK DAPAT DIKESAN. Setiap wanita yg dikahwininya akan ditinggalkan dlm tempoh masa tertentu.

razis pernah tinggal di alamat ini: (1) L8-01-06 PANGSAPURI PENDEKAR, TMN TUN PERAK. (2) L2-01-03 PANGSAPURI PAHLAWAN 2, TMN TUN PERAK. (3) 17-04-01 RUMAH PANGSAPURI PUTRA BARU, JLN KLANG LAMA. kereta yg pernah dia pakai: (1) PROTON WIRA - WJX 1304. (2) PERODUA KELISA - WKS 9535. (3) SUZUKI - WHK1519. sesiapa yg ada maklumat tentang razis sila pm saya sebab kami nak kutip dia utk ke mahkamah kl hujung bulan ni dan bulan depan pun dia kena ke mahkamah alor setar sebab tak datang ke mahkamah alor setar kemarin. dan sesiapa yg ada cara macam mana nak cari dia sila pm saya. kesian kat wife2 dia yg tunggu lama kat mahkamah last2 batang hidung dia pun x nampak. terutama sekali nur atika yg baru lepas pantang terpaksa ke mahkamah meninggalkan anak kembar dirumah dan tunggu dari pagi sampai tengahari tapi sampai sudah si pengecut tu tak hadir

PM BELIAU JIKA ANDA TAHU DIMANA RAZIS SEKARANG ! (https://www.facebook.com/datositinurul.halizah)
____________
ADUAN MANGSA SETAKAT INI SETELAH TERSEBAR DI FB :

1 - Hasmariza Md Hashim :dulu dia ada ambik buku kat syarikat tempat saya kerja...sudahlah buku tak dibayar, dia pula lesap entah ke mana..tanya isterinya, dia pun tak tahu!kemudian dia ada handle kursus kawin..dah bayar..dia pulak lesap dengan duit tu!mana-mana nakkan sijil meloponglah

2 - Fatonah Noordin : sblm ni razis ada guna fb baru untuk berkenalan dgn gadis2, iaitu,,,pengemis kasih ilahi..namun 2minggu selepas itu, akaunnya telah didelete dan tak dapat kesan hingga skrg.

--->>Maaf, terpanggil untuk komen stlh dinasihat.Saya dirisik olehnya pada 22September2012...selepas 3@4 hari pernikahannya terbaru pada 310gos2012,selebihnya saya tak tahu sejarah silamnya. (Bwh post ni :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151075814357312&set=a.10150979125857312.414249.303331692311&type=1&ref=nf)

3 - Hanani Hamid : Saya kenal pemuda ini smasa tinggal di Tmn Cheras Indah, (dkat Tmn Shamelin Perkasa) sekitar thun 2003-2005. Msa tu dia plajar tahfiz di masjid Tmn saya. Dia mgjar anak2 sya mgaji swaktu lapang. Lost contact dlm stahun lebih, pastu dia dtg rmah knalkn isteri pd kmi skeluarga ( no idea isteri no brapa). Slpas kmi pndah ke tempat bru, suami sy terkena dgn dia ( dia berhutang duit). Hp dia xdpt dihubungi, sy cba call ofis dia - PPIM. Staf disana cerita pasal dia yg bermasalah. & msa tu dia dh xkerja diPPIM). Antara masalahnya ialah songlap duit org2 yg nk gi Umrah dan ada rnai isteri msa tu thun 2007. L/ kurang stahun lpas tu, terbca dlm Harian Metro dia di tangkap, di dakwa dan dijatuhi hukuman, kalau xsalah atas tuduhan melarikan yuran peserta umrah. Bila baca kisah dia di sini, xsangka pula masih belum setel permasahalahan dia ni, esp masalah kahwin cerai. Saya berharap Mohd Razis Ismail, jika anda baca tulisan ini, bertaubatlah dan kembali kepada Allah. Jgn gunakan nikmat wajah yg tampan pinjaman Allah itu ke jln maksiat atau dosa. Jangan fitnahkan Islam dan ustaz2 yg ikhlas berdaawah krn Allah dgn apa yg telah anda lakukan. Akhir sekali, saya beristigfatar dan memohon ampun dr Allah jka tulisan ini mdpt murkaNya. Saya menulis atas alasn mengumpat yg dibolehkan dlm Islam iaitu mnceritakn keburukan seseorg pd org lain dgn harapan tiada lg yg jd mangsa dia. Razis, akak minta maaf sekali lg dan kembalilah pd Allah sebelum Razis di jemput DIA utk meninggalkan dunia ini.

4 - Shahril AlFandani : Dia memiliki sijil Darul Quran palsu..pernah berkhidmat sebagai Imam 1 di Masjid Al-Azim Pandan Indah 2004...Orang pandan banyak mengenali dia... Baru2 ni dlm bulan puasa dia kawin dgn org kedah hanya 3 hari je dapat duit terus belah...

5 - Yna Parera : pernah jmpe face to face.muke nmpak baik tp penipu..smga Allah bkk pintu hatinya untk brtaubt..
dy kawen ngn ank sdare a.ipr sy..bln 1 ary to.. dh to tggal gitu je isteri dy. tpn x dpt.senyap trus..bla jdi g2 tpon kt pjbt agma.bru thu si lelaki prnh kwen.mse nk kwen ngn ank sdra a.ipr ngaku bujang..sdgkn isteri brderet2...blh plok ckp.ada sdare mnggal..so mk ayh x blh dtg..tepat lak msenye..agknye yg dtg mse bertunang .pelakon tmbhan..mmg pandai blkon la!!geramnya...to la.mse ary brsnding,sorg dri dtg.mk yah x blh dtg sdre mnggl...sbln je .psto trus ilgkn dri..ckp g situ sini.last2 kol tpon trus x dpt smpai skrg.

6 - Mohamad Fazli Yusof : Semasa saya menyiasat beliau di Masjid pandan indah,KL, org masjid (jaw tinggi kat masjid) bgtau beliau dulu pernah jd Imam kat sini thn 2004. Menurutnya, beliau dah direject oleh banyak masjid sekitar kl-selangor krna menggunakn sijil palsu, juga diberitahu beliau ada menyeleweng wang Tahfiz beratus ribu nilainya, beliau juga dikatakan bernikah dgn gadis kolej dan meninggalkan gadis tersebut.

-->>Mohamad Fazli Yusof : Bulan lepas adik saya siasat beliau kat Kg Baru,KL... beliau pernah tinggal disana dulu, pegi tanya org kg, baru je sebut nama beliau org kg terus maki hamun beliau, katanya beliau dah kahwin 11x... org kg siap nyumpah ke dia mati nanti dlm longkang je xde org layan, bayangkan bro umur baru 30 dah kahwin 11x... Ape citer bro...

-->>Mohamad Fazli Yusof :Tahun ni shj beliau dah 3x nikah, bulan jan dgn gadis trg, bln mei dgn gadis dr sarawak tp tgh study kat cheras, nikah kat golok, ditinggalkan selepas seminggu, dan hujung Ogos nikah kat kedah, ditinggalkan selepas 4 hari apabila rahsia beliau dihidu isterinya. Itu yg kami tahu, kalau ada lg yang lain hanya Allah yg tahu. Yg saya hairan banyk tu duit beliau, bayangkan kalo nak kahwin berapa kos? hantaran siap dgn belanja semua paling kurang RM8k. saya kahwin tahun 2009 tp nak simpan duit dari tahun 2005, lama tuuuu....
(Komen bwh pic ni : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4613807984429&set=a.4238798769433.2176034.1269434289&type=1&theater&notif_t=like)

7 - Ustaz Ridhuan Mohd Noor pun dah terkena :(komen bawah pic ni) "Ustaz Riduan Mohd Nor hihi....aduyaiii...geram rasa...ana setuju yg kena buat report,,jgn diam..nanti kesian yg lain"
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1

8 - Mohd Nazri : Ana penah kena dgn dia jgk..hampir 5 ribu utk kos rawatan sdangkan bru 2x rawatan..hmm..Moga Allah buka pintu hati dia.. (komen bawah pic ni)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1

9 - Ieda Ismail : Kwn aku si 'Mrzroe Kambeng' ni la..kene tipu smpai nk dekat 10k.. tanya dia kalo nk taw citer..aku cuma tolong bg link je..hehe
Mrzroe Kambeng : Ada org bodo kena tipu lagi dgn razis ke? (komen bawah post ni)
https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/452572528120078

10 - Arza Azriq : Dia ni mmg giler!!..1 of my neighbour ustazah kawin ngn dia...masa mak perempuan x setuju beria2 pujuk mintak nk kawin..then bila dh kawin dia tinggalkan mcm tu...skrg ni bini dia tu dlm pantang beranak kembar...x penah balik since mengandung sampai skrg...mintak cerai x penah dtg mahkamah..ni mmg bapak segala penipu!!..Eeee...bodoh!!!..
(Komen bawah post ni : https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/486235528077989)

11 - Noraliza Abdul Latif : Saya juga pernah ditipu oleh insan ini yang mengaku sebagai Ustaz (Ustaz Razis) dan memang benar ramai yang dah kena tipu juga. Berhati-hatilah. Mohon disebarkan seluas yang boleh agar kita dapat menyelamatkan orang lain dari ditipu juga. (komen post ni :https://www.facebook.com/noralizaa/posts/391780390892240)

12 - Norhayati Jamaluddin : baru teringat,dia pernah cuba menipu kami , kata ada rumah anak yatim dsb. Kita semua dah sangat suka nak joint venture ngan dia, tiba-tiba isteri dia call mohon jangan percaya. Dia ini penipu besar, so kita pun tarik diri. Rupanya ramai sangat orang yang sudah kena tipu. Kalau jumpa kat area H.Kelang, kita akan belasah dia cukup2. (komen bawah post ni : https://www.facebook.com/noralizaa/posts/391780390892240)

13 - Fayrus Hamdan : kenal sgt ustaz nie...pernah ceramah kat surau saya..penyampaian tip top..suara klau mengalun zikir sgt merdu..last2 kantoi duit derma jemaah sumbang xsmpi pd pihak sepatutnya..terus reject ustad nie..(komen bawah post ni :https://www.facebook.com/al.muhaimin.35/posts/429440693781660)

14- Cahaya Nur Cahaya : sy knl die ms bljr di @IAQM.. Alhamdulillah xsmpt khwn.. ade hkmh ms tue sbb Allah lindungi sy.. isteri ke 2 die sy knl sgt2.. umh isteri die dkt dgn umh sy skrg.. mmg die dr sjk khwn prtma ade mslh.. die msuk lokap pn sy thu d penh bw isteri ke 2 die d ank2 die mlwt.. d isteri terakhir die pernah cntc sy..(tp sy xthu la i2 isteri trakhir @ ad lg ps2..) isteri die cntc sy mntk pjlsan dr sy nk thu ttg die mcmne.. sy bkn sgja nk bcerita,tp untk mmbantu kaum yg lemah mcm sy di tipu hidup2.. mmg Allah tu maha bkuasa.. wlpn sy xingin nk th pkmbgn die,org cntc sy untk thu crte sbnr ttg die.. Allah msih buka jln utk die btaubat,tp die msih kekal dgn kegiatan die.. sedarlah ,doa org teraniaya tiada hijab.. anak2 die terabai mcmtu jer.. sian sy tgk.. mg allah tnjukn kebenarannye..beliau x boleh lari dr kegiatan 1) pempuan + 2) duit = PENIPU.sy da lama knl die.. dr dulu smpi skrg mmg die akn buat dua bnde tu la..

---> Azwa Nurani : apa la razis ni...dari mula kenal dulu mmg tak berubah.mmg dia gunakan wajah yg kononnya baik tu seadanya dgn memusnahkan harapan dan masa depan orang lain...ingat razis...percayalah pada hukum karma...tuhan maha adil.buat baik dibalas baik..buat jahat...sendiri mau ingat.setiap perbuatan ada balasan...cepat dgn lambat je awak terima.silap2 allah bagi cash...Cahaya Nur Cahaya...sib baik awak tak jadi kawen dgn dia.dulu kemain lagi becinta ye...haaa..
kami 1 tempat belajar.dan razis ni salah seorang pelajar kebanggan ustaz.ermmm.konon nye la.mmg dia dgn Cahaya Nur Cahaya berkawan..mmg nyaris kawen.byk berendam air mata kwn saya yg sorang ni masa becinta dgn razis.

15 - Farisha Narawi : pasal yg dia kebas duit org nak buat umrah tu menggunakan syarikat al-Fajr &Zahafiz ni, memg aku ade kenal jugak org2 yang kumpulkan jemaah haji bawah syarikat nie. office zahafiz ni ade kat shah alam. xingat seksyen bape. adela sorg pmpn tu pun berada bawah syarikat nie jugak. perangai lebih kurg mamat nie je, xsilap aku betina tu pon kenal kot si Razi nie. memang lahabau la depe. kumpul duit org nak gi umrah, pastu kebas. bolot. lastnye mak aku yg kene bayar. ini bukan cite rekaan. sebab tu aku nasihatkan la, jangan mudah percaya la kalu ade org nak ajak pakej gi umrah yg sembarangan nie. sebab ahli jawatankuasa nye ade yg xleh percaya, peginye idak. dah berapa kali tangguh. duit ahli lak habis digunakan tuk belanja sendiri. pengurusan syarikat ni dari ats sampaila ke bawah memang bermasalah, xtau lah aku sebab ape. (komen bwh post ni : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4613807984429&set=a.4238798769433.2176034.1269434289&type=1&comment_id=3169977&ref=notif&notif_t=like&theater)

16 - Qamarul Afiq As-Subanji : Dia pernah bg ceramah kat smk subang pd thn 2006. Masa tu dia kerja kat PPIM. Ceramah bkn main baik lg... dan dia ni dan konco2 dia buat operasi kononnya nak tgkp org berkhalwat. Dah serbu org berkhalwat, dirakam pulak dan dipertonton pd org ramai. Dari sini dia dah buat benda jahat, bukak aib org. Dia juga melesapkan rm20k company kwn sy, yg mana kononnya dia nak jd penasihat agama sykt. Pastu lesap dgn RM20k tu.
(bc blog dia jugak : http://www.soutulmujahid.com/2012/10/ustaz-razis-penipu_17.html)
_____________
FB lelaki ini:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100004375505480

FB yang guna nama dia tu,isteri dia yg buat.

*Nasihat admin,gadis2 atau janda2 yang pernah,sedang atau akan terjatuh hati dengan dia,tolong angkat balik hati anda tu bawa lari jauh2...

*Gara-gara orang macam nilah yang membuat gelaran 'ustaz' tercemar.Menggunakan agama untuk mengenakan orang lain.
— with Che Khuzaila, Susiawaty Sukri, Leya Yusofand 46 others‎.‎

Suami buas bawa bala

Oleh NORIAH IDRIS dan AZLAN HAFEEDZ
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar ‘makan luar’.
Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Dr Raj Karim berkata, bilangan wanita yang dijangkiti HIV sangat menyedihkan berikutan ramai tidak tahu suami mereka menyebar virus berjangkit itu.
“Isteri perlu mengambil sikap berjaga-jaga dengan memakai kondom ketika bersama suami (jika mengesyaki pasangan curang) sebagai perlindungan, selain mendapatkan rawatan segera jika mendapati ada jangkitan penyakit untuk mengelak risiko kepada anak dikandung.

“Kita tidak menafikan segelintir lelaki di pantai timur, utara tanah air atau yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, melanggani pelacur kerana kaji selidik mengenainya pernah dibuat sepasukan penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar.

“Selain itu, golongan nelayan menyebarkan penyakit kepada pasangan selepas melakukan hubungan dengan wanita lain di luar perairan negara dan segelintirnya didapati mengambil dadah jenis suntikan. Hal ini akan menjadi semakin membimbangkan jika tidak dipantau sebaik mungkin,” katanya kepada Metro Ahad.

Si kerdil kena sihir

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

DUGAAN... Azman dan Imah berdepan sakit misteri dan perniagaan rugi.
DUGAAN... Azman dan Imah berdepan sakit misteri dan perniagaan rugi.
KUALA LUMPUR: Rezeki pasangan orang kelainan upaya (OKU) kerdil, Azman Tain, 52, dan Imah Abdul Samad, 42, melimpah ruah sebaik kegigihan dan kemahiran mereka menjalankan perniagaan menjahit pakaian disiarkan Metro Ahad melalui ruangan Wajah Kehidupan pada 6 Mei lalu.
Hasilnya, mereka tak menang tangan melayan pelanggan baru yang menempah pakaian, selain mendapat bantuan beberapa pihak.
Bagaimanapun, kegembiraan pasangan itu tidak berpanjangan apabila ada pihak busuk hati dipercayai tergamak menggunakan ilmu hitam kerana dengki dengan kejayaan perniagaan kedai jahit diusahakan pasangan itu sejak 10 tahun lalu.

Akibatnya, sejak beberapa bulan lalu, Azman dan Imah menghadapi dugaan berat apabila kesihatan mereka makin merudum, menyebabkan perniagaan kedai jahit diusahakan di Taman Samudera, Batu Caves, itu makin merosot.
“Disebabkan masalah kesihatan, saya tidak lagi mampu bekerja di luar. Oleh itu, saya memilih bekerja dari rumah dan berharap ada orang sudi menghantar anak mereka untuk saya jaga. Tambahan pula, bekerja dari rumah akan memudahkan saya menguruskan anak,” kata Imah.

Tujah muka sampai mati

Laporan dan foto NOOR AZIMAH MD YASIN
am@hmetro.com.my

SIASAT... polis memeriksa ladang sawit tempat Mofis mati dipukul  rakannya.
SIASAT... polis memeriksa ladang sawit tempat Mofis mati dipukul rakannya.
JEMPOL: Pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara dua sahabat berakhir dengan tragedi ngeri apabila seorang maut akibat ditujah di muka dan dipukul dengan batang besi pengangkat sawit di sebuah ladang di Bukit Rokan Utara, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 39 tahun dan dua rakan berusia 40 hingga 45 tahun yang juga pekerja ladang pergi ke lokasi itu untuk mengambil hasil sawit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati ketika menuai hasil, suspek berusia 45 tahun dipercayai bergaduh dengan menumbuk muka sehingga mangsa rebah.
“Suspek tidak berpuas hati terus memukul mangsa dengan sebatang besi pengangkat sawit sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang pekerja yang melihat kejadian itu melarikan diri untuk memaklumkan kepada pengurus ladang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang maut ialah Mofis Ali, 39, manakala suspek ditahan sejam selepas kejadian adalah rakan sekampung mangsa di Bangladesh.
“Polis yang menerima laporan kejadian ke lokasi terbabit berjaya menahan suspek di rumah kongsi berdekatan ladang, sejam selepas kejadian.

“Rakan suspek yang terkejut dengan kejadian itu masih dalam keadaan tidak menentu kerana sedih akibat kehilangan rakan sekerja dan tidak menyangka suspek akan bertindak di luar jangkaan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat, manakala rakan yang menyaksikan kejadian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh.

JKM siasat remaja diseksa



BATU PAHAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan kini menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan empat remaja mendakwa diseksa di sebuah rumah perlindungan di Rembau, menyebabkan mereka melarikan diri, Selasa lalu.
Jurucakap JKM Negeri Sembilan berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat kerana siasatan masih dijalankan.
“Kami memerlukan masa mengumpul maklumat sebelum mengambil tindakan susulan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Mohammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap rumah perlindungan remaja terbabit jika dakwaan empat remaja itu benar.
Menurutnya, pihak diamanahkan menjaga remaja itu perlu melakukan tugas dengan ikhlas bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.
“Kejadian seperti itu pernah terjadi sebelum ini di tempat dan lokasi berbeza, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pengurusan serta kakitangan rumah kebajikan terbabit.
“Penderaan ini adalah satu penganiayaan dan pencabulan hak remaja berkenaan. Jika dakwaan ini benar, kami akan mengambil tindakan undang-undang selain berusaha meminta mahkamah memberi kebenaran kepada pihak berkaitan membuat lawatan mengejut di rumah perlindungan terbabit,” katanya, semalam.
Menurut Khairul, lawatan mengejut itu bertujuan menyelami apa sebenarnya berlaku di situ selain berusaha memastikan kejadian dera dapat ditangani.
“Kami beranggapan tiba satu tahap untuk mewujudkan lembaga pelawat yang akan membuat pemeriksaan dan lawatan ke rumah perlindungan seperti ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini terjadi,” katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan, empat remaja mendakwa terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan ditampar dan diterajang penghuni serta kakitangan rumah perlindungan remaja terbabit.

Pam janin di tandas

Oleh ZAITIE SATIBI
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila janin berusia beberapa bulan dan cukup sifat, dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas rumah penduduk, dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, di sini, semalam.
Kejadian disedari jam 11 pagi oleh pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) yang terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin itu pada awalnya disangka sampah sebelum pemeriksaan mendapati ia mempunyai tali pusat lalu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin itu lelaki dan tidak menolak kemungkinan ia digugurkan penduduk tempatan di kawasan berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan,” katanya.

Maut pancing ‘ikan Siam’



BACHOK: Temberang seorang suami kepada isteri kononnya pergi memancing ikan bersama rakan karib akhirnya terbongkar apabila lelaki berusia 52 tahun itu dikesan dijangkiti virus HIV selepas dipercayai kerap melanggan pekerja seks di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, sejak 10 tahun lalu.
Malah, bagi meyakinkan isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Asmah, 45, lelaki terbabit juga sanggup membeli ikan besar seperti kerapu atau jenahak di pasar sebelum pulang ke rumah, kononnya itulah hasil tangkapannya.

Bagaimanapun, rahsia lelaki dikenali sebagai Jaafar itu terbongkar apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV selepas sering demam, selain berat badannya menurun mengejut.
Sebaik didesak Asmah berulang kali, akhirnya Jaafar mengaku dia sebenarnya bukan pergi memancing, sebaliknya ‘melancong’ ke pekan Sungai Golok semata-mata untuk melanggan pekerja seks.

Asmah berkata, lebih mengejutkan, suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah mendakwa melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak 10 tahun lalu dan lebih 50 pekerja seks Thai pelbagai usia ‘ditidurinya’.

Katanya, ketika ditanya, suaminya turut mengaku nafsunya lebih terdorong kepada wanita warga Thailand kerana terliur melihat paras rupa mereka, selain tertarik dengan tubuh yang berkulit putih serta gebu.
“Jaafar meninggal dunia akibat HIV tiga bulan lalu dan sempat meminta maaf di atas perbuatannya, namun saya dan anak lelaki berusia tujuh tahun (hanya mahu dikenali sebagai Aliff) pula yang menderita kerana turut dijangkiti virus itu.

“Walaupun marah serta geram dengan perbuatannya, saya tidak mampu melakukan apa-apa kerana sudah terlambat,” katanya ketika dia dan anaknya ditemui Metro Ahad di Rumah Masyarakat Prihatin (RMP) di sini.
Kehidupan Asmah semakin malang apabila Aliff pula disahkan mengalami masalah pendengaran oleh pihak hospital, menyebabkan ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu makin tertekan.

Asmah berkata, perkahwinannya dengan Jaafar adalah yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama.

Katanya, melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak, namun anak sulung meninggal dunia lima tahun lalu akibat demam panas.

“Ketika meminta izin dengan saya untuk keluar memancing, riak mukanya langsung tidak menunjukkan reaksi berbohong, menyebabkan saya percaya kata-katanya.

“Lagipun, Jaafar turut membawa peralatan memancing, termasuk umpan serta bekalan makanan, kononnya hendak bermalam selama dua hari, menyebabkan saya bertambah yakin,” katanya.

Menurutnya, seminggu sebelum meninggal dunia, Jaafar turut memaklumkan dia boleh jadi ‘sasau’ jika tidak pergi ke negara jiran.

“Dia turut mengaku menghabiskan wang antara RM200 hingga RM300 setiap kali melanggan pelacur.

“Kini, saya dan anak sering hadir ke RMP bagi mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor, Zaimah Hussin,” katanya.

Ibu terpaksa catu makanan

Laporan dan foto NOR ADILA AB KADIR
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Akibat kedaifan hidup, seorang ibu tunggal yang kudung sebahagian tangan kiri dan hilang beberapa jari kanan akibat kemalangan di tempat kerjanya 25 tahun lalu, kini terpaksa membesarkan tiga anak dalam serba kekurangan.
Keadaan menjadi lebih sukar selepas wanita itu, Patimah Bee Athmsa, 40, kematian suaminya dua bulan lalu akibat penyakit kronik.

Sejak suaminya meninggal dunia, Patimah yang kini tinggal di rumah sewa di Taman Dusun Nyior, dekat sini, terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan bergantung sepenuhnya dengan duit bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara tiga anak.

Lebih menyayat hati, Patimah dan anak selalu tidak mempunyai bekalan makanan mencukupi untuk tempoh sebulan dan kebiasaan hanya makan jika ada pihak bermurah hati memberi makanan.

“Selalunya adik ipar yang tinggal berhampiran akan menghantar makanan, jika tiada, kami hanya makan mi segera dan bubur untuk mengalas perut.

Ustaz sah pasangan mangsa ilmu hitam



KUALA LUMPUR: Seorang pengamal perubatan Islam mengesahkan ada unsur gangguan sihir dialami pasangan orang kelainan upaya (OKU) kerdil, Azman Tain, 52, dan Imah Abdul Samad, 42.
Malik Mohamad yang berikhtiar mengubati penyakit misteri pasangan itu berkata, selepas rawatan dijalankan, didapati ada unsur gangguan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu kerana hanya tuan punya badan mengetahui keganjilan yang berlaku kepada mereka.
Menurutnya, beberapa amalan dapat menjadi benteng daripada serangan sihir, memajukan perniagaan, murah rezeki serta memelihara keharmonian rumah tangga.

“Rumah yang diwarnai bacaan ayat suci al-Quran akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah. “Amalkan berzikir dan membaca surah al-Fatihah jika hati tidak tenang. “Selain itu, tunaikan solat taubat, baca surah al-Baqarah dan setiap pagi jangan lupa memanjatkan doa dan pertolongan kepada Allah.

“Amalan membaca surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Kursi, Yasin ayat satu hingga sembilan dan selawat syifa’ dapat menjadi pagar atau pendinding daripada mereka yang berniat jahat,” katanya kepada Metro Ahad.
Katanya, syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al- Baqarah. Menurutnya, amalan berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis mempercepatkan lagi doa dimakbulkan Allah, surah al-Imran ayat 31 ialah doa kasih sayang, manakala surah Quraish untuk selera atau pelaris.