Friday, October 26, 2012

ISLAM BOLEH BATAL...AKIDAH JADI ROSAK..JANGAN CAKAP AJE TAPI MEMBIARKAN ORANG ROSAK AKIDAH

Ugut potong telinga guru



DICARI...Manoharan (tengah) menunjukkan gambar enam suspek termasuk tiga beradik yang dicari untuk membantu siasatan polis.
DICARI...Manoharan (tengah) menunjukkan gambar enam suspek termasuk tiga beradik yang dicari untuk membantu siasatan polis.
KUALA TERENGGANU: Tiga beradik layak digelar samseng kini diburu polis selepas mencederakan seorang guru akibat tidak berpuas hati mangsa menampar anak seorang daripada mereka di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berang mangsa menampar kanak-kanak berkenaan yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali.
sebelum kejadian guru itu menegur anak suspek kerana bising dalam masjid namun tidak diendahkan kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, mangsa kemudian menampar kanak-kanak itu yang memaklumkan bapanya menyebabkan guru berkenaan dipukul tiga beradik itu.

“Akibatnya, mangsa cedera dan dirawat di Hospital Besut sebelum membuat laporan polis. Bagaimanapun perasaan tidak puas hati suspek tidak berakhir di situ apabila mereka melawat mangsa di hospital dan mengugut memotong telinganya jika mangsa enggan menarik semula laporan polis yang dibuat.
“Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa yang ketakutan menarik semula laporan itu, tetapi mengubah fikiran dan membuat semula laporan di Balai Polis Jertih, Besut pada 4 Oktober lalu.

“Usaha memburu tiga beradik itu sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan cedera parah dan Seksyen 506 KK sama kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.
Sementara itu, katanya, polis memburu tiga lelaki lain dipercayai terbabit beberapa kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan di daerah Besut sejak Julai lalu.

Katanya, Che Wan Sharmizie Che Mat, 31, dipercayai menetak seorang guru sekolah rendah dengan parang panjang hingga cedera parah di badan, kaki dan tangan, Selasa lalu.

“Dua suspek lain ialah Mohd Amir Che Ya, 24, yang disiasat mengikut Seksyen 148 KK kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan hingga mencederakan seorang lelaki pada 1 Oktober lalu dan Zamri Husin, 30, atau dikenali sebagai Awie bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 KK.

“Kami memandang serius beberapa siri jenayah kekerasan di Terengganu terutama Besut dan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memburu suspek.

bagi memastikan mereka yang bersalah dikenakan tindakan sewajarnya.

“Keluarga atau rakan diingatkan tidak cuba melindungi suspek dan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan mereka,” katanya.

Mereka mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6956222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, 09-6246222.

Ular sawa disangka kain buruk



ALOR GAJAH: “Mulanya saya sangkakan kain buruk namun selepas diamati ia seekor ular sawa besar menyorok di bawah bot,” kata Sazali Mail, 28, yang terkejut menemui ular sawa sepanjang 4.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram ketika turun menangkap ikan di sebuah perkampungan nelayan di sekitar daerah ini, pagi semalam.
Menurut Sazali, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, dia yang baru masuk ke dalam bot untuk meletakkan jaring ikan terpijak ekor ular sawa berkenaan.

“Ketika hendak masuk ke dalam bot saya lihat objek berkenaan bergumpal di sudut bot dan tidak menyangka sama sekali ia seekor ular sawa.
“Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini, saya terus melompat keluar dari bot kerana melihat ular itu agak agresif cuba menerkam ke arah saya,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah untuk melaporkan perkara itu.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah Alor Gajah, Mohd Ridzuan Rahmat berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi bagi menangkap ular berkenaan.
“Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan ular sawa berkenaan yang panjangnya lebih 4.5 meter dengan berat hampir 50 kilogram. Bagaimanapun selepas 15 minit berusaha menangkapnya, ia dapat dikeluarkan tanpa kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

“Ular sawa ini agak agresif ketika usaha menangkapnya dilakukan namun dengan kemahiran menangkap ular serta pengalaman, ular itu berjaya ditangkap,” katanya.
Menurutnya, JPAM merawat luka badan ular sawa berkenaan sebelum dilepaskan di habitat asalnya di sekitar daerah ini yang jauh dari penempatan penduduk.

Panik lahir luar nikah

Oleh Aininulniza Mohd Yusof
am@hmetro.com.my

KANGAR: Akibat panik dengan kelahiran bayi perempuan hasil hubungan sulit mereka, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama dan pasangannya berusia 19 tahun bertindak kejam dengan membuang bayi berkenaan ke dalam sungai berhampiran Kampung Behor Rotan Pahit, di sini, kelmarin.
Perbuatan itu terbongkar selepas pelajar perempuan berusia 17 tahun itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, selepas mengalami komplikasi akibat kelahiran berkenaan.

Difahamkan, pelajar berkenaan melahirkan bayinya kira-kira jam 5 petang kelmarin sebelum teman lelakinya, abang kandung pelajar berkenaan berusia 20 tahun serta sepupu lelakinya berusia 18 tahun bertindak membuang bayi berkenaan ke dalam sungai.

Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesan tanda kelahiran membabitkan pelajar berkenaan lalu menyoal lanjut sebelum suspek menceritakan perkara sebenar dan mengaku melahirkan seorang bayi perempuan yang sudah dibuang teman lelakinya ke dalam sungai.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron berkata, gerakan mencari bayi perempuan itu dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sungai itu digerakkan selepas menerima maklumat seorang doktor di HTF yang merawat pelajar berkenaan.

Wanita tagih cinta toreh pipi isteri orang

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Akibat cemburu dan cinta tidak berbalas, seorang wanita cedera ditoreh di pipi kiri apabila diserang seorang wanita lain dalam kejadian di Lebuh Nipah, Sungai Nibong, di sini, Selasa lalu.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa berusia 56 tahun bersama suaminya pergi ke sebuah gerai dan ketika sedang makan, mereka didatangi seorang wanita berusia 53 tahun yang tiba-tiba terus memarahi dan memaki-hamun mangsa selain menghambur kata-kata kesat kepada pasangan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan bertindak demikian selepas perasaan cintanya terhadap suami mangsa berusia lingkungan 50-an tidak dilayan, malah enggan membawanya keluar bersiar-siar menyebabkan suspek berang terhadapnya.
“Suspek kemudian dipercayai mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas dari dalam saku seluarnya dan cuba menikam mangsa, namun sempat dielak sebelum terkena pipi kiri,” katanya.

Katanya, akibat torehan itu menyebabkan mangsa cedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dilaporkan terpaksa menerima 10 jahitan pada pipinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.
“Susulan laporan berkenaan, wanita yang didakwa menyerang mangsa berjaya ditahan tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan hasil semakan mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Menurutnya, pihak akan menyiasat mengikut pelbagai aspek terhadap kejadian yang menyebabkan suspek bertindak nekad dan agresif sedemikian.

‘Memang saya kahwin, cerai banyak kali’



KUALA LUMPUR: Berkahwin kali pertama pada usia 20 tahun dan berkahwin lapan kali dalam tempoh 10 tahun. Itu pengakuan Mohd Razis Ismail, 30, kepada Harian Metro ketika ditemu bual sejurus sebelum dia ditahan, jam 1 pagi semalam.
Dia sebelum itu sedia ditemu bual kerana ingin memberi penjelasan mengenai dakwaan dia berkahwin 11 kali yang dibuat sebahagian isterinya, seperti dilaporkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu.

“Ya, memang saya kahwin, cerai banyak kali, tetapi tak sampai 11 dan saya tak pernah ada tujuh isteri sekali gus. Saya berkahwin lapan kali dalam tempoh 10 tahun.

“Daripada jumlah itu, enam daripadanya sudah saya ceraikan dan kini dalam proses perceraian dengan ‘isteri ketujuh’ yang dinikahi pada Februari tahun lalu,” katanya.

‘Syukur...dia kena tahan’



KUALA LUMPUR: “Syukur kerana dia akhirnya ditahan dan terima kasih kepada Harian Metro dan Metro Ahad kerana mengetengahkan masalah kami hingga membawa kepada penahanannya.”
Demikian kata Achik, 22, seorang daripada isteri Mohd Razis Ismail, 30 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, semalam atas tuduhan memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Dia berharap, penahanan lelaki itu akan membolehkan keadilan ditegakkan dan nasib semua isteri serta bekas isterinya terbela.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Jais yang mengambil tindakan dengan segera dan aduan kami nampaknya diambil berat pihak berkuasa itu,” katanya.

Seorang lagi isteri Mohd Razis, Naimah Ismail, 24 yang kini mempunyai kes tuntutan fasakh di mahkamah berharap penahanan lelaki itu menghentikan kegiatannya.

JANGAN CAKAP JE...MUHASABAH AKIDAH MASING2

Muslim wajib pertahan akidah



KUALA LUMPUR: “Menjadi kewajipan setiap mukmin mempertahan kesucian akidah dan memelihara agama dengan mematuhi segala titah perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.”
Demikian perutusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Aidiladha yang disambut umat Islam, hari ini.

Beliau berkata, ia sejajar dengan tuntutan memelihara agama sebagai tujuan utama syariah atau maqasid syariah dalam Islam.
“Bagi kita umat Islam, Aidiladha memberi makna bahawa keimanan kepada Allah tonggak kehidupan paling utama bagi seorang mukmin.

“Tiada lain yang lebih penting dalam kehidupan seorang mukmin selain keimanan dan kecintaan kepada Allah,” katanya.

Sambil mengucapkan selamat menyambut Aidiladha daripadanya sekeluarga, Muhyiddin berkata, ibadat korban yang dilaksanakan pada Aidiladha dan hari-hari tasyrik berikutnya adalah lambang keimanan dan keakraban umat Islam kepada Allah.
Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam di negara ini memperbaharui keazaman dan memperteguhkan tekad bagi membina serta memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.

Kata beliau, Aidiladha memberi erti perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.
“Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran mendatang,” katanya.


HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN SESEORANG
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
 
Pertanyaan:
 
Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?
 
Jawab:
 
Setiap  manusia,  apabila  telah  mengucapkan  dua   kalimat
Syahadat,  maka  dia  menjadi orang Islam. Baginya wajib dan
berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan  keadilan  dan
kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum
Islam  yang  jelas,  yang  ditetapkan  oleh  Al-Qur'an   dan
As-Sunnah.
 
Tidak   ada   pilihan  baginya  menerima  atau  meninggalkan
sebagian.  Dia  harus  menyerah  pada   semua   hukum   yang
dihalalkan  dan  yang  diharamkan, sebagaimana arti (maksud)
dari ayat di bawah ini:
 
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki  yang  Mukmin  dan  tidak
(pula)  bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya
telah menetapkan sesuatu ketetapan,  akan  ada  bagi  mereka
pilihan   (yang  lain)  tentang  urusan  mereka  ..."  (Q.s.
Al-Ahzab: 36) .
 
Perlu diketahui bahwa ada diantara  hukum-hukum  Islam  yang
sudah  jelas  menjadi  kewajiban-kewajiban,  atau yang sudah
jelas diharamkan  (dilarang),  dan  hal  itu  sudah  menjadi
ketetapan  yang  tidak  diragukan lagi, yang telah diketahui
oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian  itu  dinamakan
oleh para ulama:
 
"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."
 
Misalnya,  kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal
itu  termasuk  rukun-rukun  Islam.  Ada   yang   diharamkan,
misalnya,  membunuh,  zina, melakukan riba, minum khamar dan
sebagainya.
 
Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu  juga  hukum-hukum
pernikahan,  talak,  waris  dan  qishash, semua itu termasuk
perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.
 
Barangsiapa  yang  mengingkari  sesuatu   dari   hukum-hukum
tersebut,  menganggap  ringan  atau  mengolok-olok, maka dia
menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut  telah
diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan
hadis-hadis  Nabi  saw.  yang  shahih  atau  mutawatir,  dan
menjadi  ijma'  oleh  ummat  Muhammad  saw. dari generasi ke
generasi.  Maka,  barangsiapa  yang  mendustakan  hal   ini,
berarti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
 
Mendustakan  (mengingkari)  hal-hal tersebut dianggap kufur,
kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan
jauh  dari  sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau
jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.
 
Setelah mengetahui ajaran agama Islam,  maka  berlaku  hukum
baginya.
 
---------------------------------------------------
FATAWA QARDHAWI, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit Risalah Gusti
Cetakan Kedua, 1996
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

Posted by on 20 Oktober 2011
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh  membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.
Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang  yang telah mati, bernazar dan  menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’)  ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian,  ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk  yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
  • atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
·        atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
·        atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ  }
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
 Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah  swt:
{ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ، لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ } (التوبة: 65-66)
 “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)
Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ } (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ  }  (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ  } (آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).
Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ } (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
{ وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ  } (الأحقاف: 3)
 “Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
20 Oktober 2011 – 22 Zulqa’dah 1432H.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/10/10-perkara-yang-membatalkan-islam.html


Perkara-perkara yang membatalkan Islam 

 Sumber : Dr. Yusuf Al Qardawi


Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah.Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan,


sebagaimana arti (maksud) dari ayat di bawah ini:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi merekapilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Surah Al-Ahzab: 36) .


Perlu diketahui bahwa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama: "Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui." Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam.

Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya. Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi S.A.W yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi.

Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya./ Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi

 
Perkara yang boleh membatalkan shahadah

Pertama

Syirik dalam ibadat kepada Allah (SWT). Allah (SWT) berfirman,yang bermaksud:-

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا (٤٨

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya" (4: 48)

لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌ۖ وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (٧٢)

"…bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. "(5:72)

Contoh perbuatan syirik adalah berdoa kepada orang-orang yang telah mati dan memohon pertolongan dari mereka; bersumpah janji kepada mereka dan menyembelih binatang untuk mereka seperti orang-orang yang menyembelih binatang untuk jin atau kuburan.

 Kedua

Barangsiapa yang menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dan Allah (SWT), dan berdoa dan meminta syafa’at dari mereka, serta bertawakkal kepada mereka, telah kufur menurut ijmak ulamak.

Ketiga

Barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang mushrik (seperti Hindu dan Majus), atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau menganggap cara dan agama mereka benar; telah melakukan kufur.


Keempat


Barangsiapa yang percaya bahawa ada petunjuk yang lain yang lebih sempurna dari petunjuk dan ajaran Nabi (SAW), ataupun hukum selain dari hukumnya adalah lebih baik; seperti orang-orang yang memilih hukum taghut ke atas hukumnya, maka orang itu adalah kafir.

 
Kelima

Barangsiapa yang membenci sesuatu daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) , walaupun ia beramal dengannya, telah kufur.

Firman Allah (SWT):-

ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ


"Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka." (Muhammad :9)


Keenam


Barangsiapa yang memperolok-olokan sesuatu daripada agama Islam ataupun daripada ganjaran dan seksaannya telah kufur.

Firman Allah (SWT):


سَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَڪُمۡ إِذَا ٱنقَلَبۡتُمۡ إِلَيۡہِمۡ لِتُعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡ‌ۖ فَأَعۡرِضُواْ عَنۡہُمۡ‌ۖ إِنَّہُمۡ رِجۡسٌ۬‌ۖ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ جَزَآءَۢ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٩٥)
 يَحۡلِفُونَ لَڪُمۡ لِتَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡ‌ۖ فَإِن تَرۡضَوۡاْ عَنۡہُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَرۡضَىٰ عَنِ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٩٦)

"Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur) dan tempat kembali mereka pula ialah Neraka Jahanam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. (95) Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik. "  (At-Taubah:65-66)

 Ketujuh

Sihir. Dan daripadanya adalah membuat orang membenci atau menyayangi sesuatu. Maka barangsiapa yang melakukan sihir atau meredhainya telah kufur.

Firman Allah (SWT):

سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 102)



Kelapan

Menolong dan membantu orang-orang mushrikin ke atas orang-orang Islam.

Firman Allah (SWT):

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَہُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَ‌ۘ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

…sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. (5:51)

 Kesembilan

Barangsiapa yang percaya bahawa sebahagian manusia adalah bebas untuk keluar daripada shariah Nabi Muhammad (SAW), seperti bebasnya Al-Khidir daripada shariah Nabi Musa, maka orang itu adalah kafir.

Firman Allah (SWT):

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-Imran:85)


Kesepuluh


Berpaling dari agama Allah (SWT) dengan tidak mempelajarinya maupun beramal dengannya.

Firman Allah (SWT):

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَآ‌ۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya. Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa. (As-Sajadah:22)

Dan tiada perbezaan dalam semua pembatal-pembatal shahadah ini antara orang yang melakukannya sama ada ia berlawak, atau bersungguh-sungguh, atau takut; kecuali yang dipaksa. Semua pembatal-pembatal shahadah ini adalah daripada yang terbahaya dan paling banyak berlaku dalam masyarakat.

Maka adalah satu kemestian untuk seorang muslim berjaga-jaga darinya, dan takut akan dirinya melakukan perkara-perkara itu. Dan kami memohon lindungan Allah (SWT) daripada kemarahan dan seksaannya. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan sahabatnya.

 

 Bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. 

 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.

H.R.Muslim

Firman Allah (Ali Imran:102) “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud
” Sesungguhnya hati itu lebih cepat berubah daripada makanan yang sedang mendidih dalam periuk”. Sebab itu Nabi mengajarkan kita doa mengukuh pendirian dan ketetapan hati melalui sabdaan Baginda yang diriwayatkan Malik r.a :

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari ALLAH dan DIA membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834.

” Wahai Tuhan Kami! Jangan lah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki kami ke jalan yang benar dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau amat suka memberi..” Surah Ali Imran:8

 Keempat

Barangsiapa yang percaya bahawa ada petunjuk yang lain yang lebih sempurna dari petunjuk dan ajaran Nabi (SAW), ataupun hukum selain dari hukumnya adalah lebih baik; seperti orang-orang yang memilih hukum taghut ke atas hukumnya, maka orang itu adalah kafir.Hukum-hukum dan perbuatan khalifah Umar yang bertentangan dengan nas tetapi dianggap sebagai ijtihad melebihi 107
perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama Ahl al- Sunnah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1. Khalifah Umar melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar, sedangkan Nabi SAWA tidak pernah meninggalkan sembahyang dua rakaat sunat selepas sembahyang 'Asar.'Urwah bin al-Zubair daripada bapanya, daripada 'Aisyah dia berkata:"Rasulullah SAWA tidak pernah meninggalkan dua rakaat sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar.[Muslim, Sahih,I, hlm.50]
2. Khalifah Umar juga melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis" ke atas mayat, sedangkan ia adalah harus dan dilakukan oleh Rasulullah SAWA ke atas Hamzah RA. Oleh itu hadith Umar yang menyatakan "mayat diazab dengan tangisan orang yang hidup" adalah bertentangan dengan hadith Rasulullah SAWA yang melarang Umar dari menegah wanita-wanita menangis ke atas mayat. Rasulullah SAWA bersabda:"Wahai Umar biarkan mereka menangis, kerana jiwa berdukacita, mata mengalirkan air mata..."[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm. 481; al-Hakim, al-Mustadrak, I,hlm. 381; Ibn Hanbal,
al-Musnad, II, hlm. 408] Dan ianya juga bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah an-An'am (6): 164:"Dan seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa orang lain." Lantaran itu kenapa simati disiksa kerana tangisan orang yang hidup?
3. Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang(solat) bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air.[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm. 200; al-Nasai, al-Sunan,I,hlm. 59] Oleh itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Maidah (5):6"…maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah...."
4. Khalifah Umar memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus. Sedangkan talak pada masa Rasulullah SAWA dan khalifah Abu Bakar ialah tiga kali sebagaimana terdapat di dalam al-Qur'an.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 314; Muslim, Sahih,I,hlm. 574] Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA dan firman Tuhan di dalam Surah al-Baqarah (2): 229:"Talak (yang dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang baik atau menceraikan dengan cara yang baik." dan banyak lagi...

 Jabatan Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang
diketuai oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ BIN BAZ dalam risalahnya kepada jemaah haji telah memberi amaran tentang
perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:

Ketahuilah wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan Islam dan yang paling banyak berlaku ialah sepuluh perkara, maka jauhilah daripadanya. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim." (Surah Al Maidah: Ayat 72)

Dan di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta
pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan menyembelih qurban kerana mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya dengan
Allah s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta bertawakkal kepada perantaraan itu. Yang melakukan hal tersebut menurut Ijma' (sepakat) Ulama' adalah kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan kekafiran mereka, atau membenarkan faham (ideologi) mereka, dengan demikian dia telah kafir.

4. Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain daripada
Nabi s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang lain daripada Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan hukum thoghut (orang yang melampaui batas Allah s.w.t.) lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w. maka dia menjadi kafir, contohnya ialah:

i. Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dicipta oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam, atau nidzam Islam itu tidak sesuai dipraktikkan di abad ke 20 ini. Atau menganggap Islam menjadi sebab kemunduran kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di sekitar hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan dalam urusan kehidupan yang lain.

ii. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah s.w.t. dalam memotong tangan pencuri ataupun merejam orang yang berzina (yang telah kahwin) tidak sesuai lagi di zaman kini.

iii. Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum yang
lain daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat, atau hukum hudud atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad bahawa hukum-hukum tersebut lebih baik daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikiah dia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut Ijma' (sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang diketahui umum akan haramnya seperti zina, arak, riba' dan berhukum dengan yang lain daripada syari'at Allah s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma' Muslimin.

5. Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)

6. Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada ajaran Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan siksaNya maka dia menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kamu telah menjadi kafir setelah beriman." (Surah At Taubah: Ayat 65-66)

7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan
seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu pengasih yakni menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau redha dengannya maka dia menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Sedangkan kedua-dua Malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada
seseorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu", sebab itu maka janganlah kamu kafir." (Surah Al Bagarah: Ayat 102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrikin untuk menentang
orang-orang Islam, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka dia termasuk dalam golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: Ayat 51)

9. Sesiapa yang beri'tiqad sebahagian manusia dibolehkan tidak
mengikut akan syariat Nabi Muhammad s.a.w. maka menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Barangsiapa menghendaki selain Islam sebagai agama (ad deen) maka
tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran: Ayat 85)

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah s.w.t. atau
daripada perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada sahnya Islam tanpa mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Tiadakah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling
daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa." (Surah As Sajdah: Ayat 22)

"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan
kepada mereka." (Surah Al Mukminun: Ayat 71)

Tidak ada beza dalam perkara yang membatalkan Islam ini dari segi
hukumnya di antara bermain-main dan bersungguh-sungguh, sengaja
melanggar atau kerana takut kecuali kerana dipaksa:

Kami memohon perlindungan dari Allah dari perkara-perkara mewajibkan kemurkaanNya dan kepedihan azabNya.


sumber: http://agamaku.tripod.com/batalislam.html

 Semoga dijauhkan dari melakukan perkara yang membatalkan Iman..Amin.. Ya-Allah.. Peliharalahku dalam keimanan hingga hujung nyawa..Amin

 

Mendekat diri kepada Allah

Oleh Dr Aminudin Mansor

SETIAP tahun pada 10 Zulhijah umat Islam menyambut Aidiladha atau lebih dikenali di negara ini sebagai Hari Raya Korban. Aidiladha disambut umat Islam di seluruh dunia bagi mengingati dan mengenang semula pengorbanan tiga manusia agung iaitu Nabi Ibrahim, anaknya Nabi Ismail dan ketakwaan ibunya Siti Hajar.
Sempena Aidiladha, umat Islam disunatkan supaya memperbanyakkan amalan bertakbir pada malam hari raya tersebut. Takbir Aidiladha bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sampai kepada waktu Asar hari Tasriq (13 Zulhijah).

Sayidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis mengenai kelebihan hari Arafah, ujarnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekakan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada hari Arafah (hari wukuf) dan sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan malaikat serta dia memperkenankan apa-apa yang dikehendaki oleh mereka.” Daripada Anas r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah (dengannya) aku berharap Allah menukarkan kejahatan yang dilakukan tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dengan kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menurut riwayat Abu Thufail yang didengarnya daripada Ali bin Abu Talib dan Ammar bin Yasir mengatakan mereka mendengar Rasulullah melafaz takbir mengerjakan solat fardu sejak subuh hari Arafah hingga selesai mengerjakan sembahyang Asar pada hari akhir Tasyriq (13 Zulhijah).

Pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah lebih baik untuk tidak makan sehingga selesai mengerjakan solat sunatnya dan makan daging korban jika seseorang itu melakukan ibadat korban. Jika tidak memadailah dengan makanan yang termampu olehnya atau makan di rumah.

Hal ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Abu Saed, katanya, Nabi Muhammad keluar pada Hari Raya Korban dan Aidilfitri ke tempat solat.
Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah solat. Kemudian baginda menghadapi orang ramai dan duduk dalam saf. Baginda memberi nasihat ketika itu dan menyuruh mereka melakukan kebajikan. Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a, katanya: “Nabi mengorbankan dua kambing yang berbulu hitam dan putih, aku melihatnya meletakkan kedua-dua kakinya di atas tengkuk kedua-dua kambing itu, membaca Bismillah dan bertakbir dan kemudian menyembelih haiwan itu dengan tangannya sendiri.” Tujuan baginda meletakkan kakinya di atas tengkuk kambing itu supaya binatang itu tidak meronta dan berasa sakit bagi memudahkan penyembelihan. Rasulullah menyembelih kambing itu dengan tangan sendiri dan ini menunjukkan betapa pentingnya ibadat korban dilakukan sendiri oleh orang yang melakukan korban.

Jika tidak mampu menyembelih binatang korban tersebut, mustahak bagi mereka yang berkorban menyaksikan penyembelihan berkenaan.
Diriwayatkan At-Tirmidzi daripada Sayidatina Aisyah, sesungguhnya Rasulullah bersabda maksudnya: “Tidaklah ada amalan yang dilakukan seorang hamba pada hari nahr (menyembelih) yang lebih disukai Allah daripada amalan penyembelihan binatang ternakan, kerana sesungguhnya ia adalah hak kita pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah itu ditumpahkan pada tempat yang diketahui Allah sebelum ia tumpah di atas bumi, maka dengannya dibersihkan jiwa manusia.” Binatang korban itu akan datang pada hari kiamat dalam keadaan asal sebelum disembelih sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud dengan tanduk, bulu dan kukunya. Oleh itu, wajiblah binatang yang dijadikan korban tidak cacat anggotanya seperti kuku dan sebagainya. Ia akan dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat sebagaimana dijelaskan hadis.

Dibersihkan jiwa manusia dengan ibadat korban itu bermaksud, orang yang melakukan ibadat korban itu dengan rasa ikhlas bergembira menyedekahkan daging itu kepada umat Islam, terutama golongan fakir miskin akan memperoleh pahala besar di sisi Allah pada hari kiamat.

Binatang korban mestilah seperti biri-biri dan kambing berumur lebih dua tahun, unta berumur lebih daripada lima tahun, kerbau atau lembu berumur lebih daripada dua tahun. Tujuannya supaya binatang korban tersebut cukup usianya dan tidak terlalu muda.

Memadai dan harus berkorban dengan seekor unta, lembu atau kerbau dengan dikongsi tujuh orang. Sebaliknya, kambing dan biri-biri hanya untuk seorang dan ini lebih afdal. Bagi korban nazar semua dagingnya hendaklah disedekahkan dan tidak boleh dimakan sendiri.

Apa yang lebih penting adalah daging korban dapat di sedekah kepada golongan fakir miskin dalam kariah masjid tempat ibadah korban atau golongan fakir miskin yang berada di kawasan sekitarnya. Selain dapat membantu mereka daging korban juga akan dapat dinikmati oleh golongan fakir miskin yang tidak mampu melaksanakan ibadah korban disebabkan harga atau bayaran untuk korban semakin meningkat.

Melalui ibadah korban juga akan dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan masyarakat Islam. Daripada kerjasama mengumpul mereka yang ingin menunaikan ibadah korban, menyembelih, melapah, menyiang dan membahagi-bahagikan, memasak dan makan daging korban akan dapat mengeratkan permuafakatan ummah. Melaksanakan ibadah korban termasuk dalam amalan yang baik. Abu Hurairah melaporkan, Nabi pernah bersabda: “Sesiapa yang membebaskan orang Islam daripada kesusahan di dunia ini, Allah membebaskan dia daripada kesusahan pada hari akhirat. Sesiapa yang meringankan kesulitan orang lain, Allah meringankan kesusahan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambanya selama mana hambanya menolong saudara seagama. Sesiapa yang meniti jalan meniti ilmu. Allah memudahkan jalannya ke syurga.” Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu


Hina Rasulullah

Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 20-an bertindak melampaui batas apabila mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad dalam status facebook miliknya sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak.
Walaupun menerima pelbagai komen berbentuk cemuhan dan nasihat supaya bertaubat, namun lelaki dikenali sebagai Amar dan menggunakan nama samaran Ajaxi Gunn Gotto (Tuan Muda Kudus) itu tetap mengulangi perbuatan berkenaan.

Dalam status sama, dia turut mendakwa menerima bisikan suara individu bernama Fuad dan Wan Kedi serta suara kanak-kanak selain pernah melakukan solat Asar dengan hanya tiga rakaat sebelum menerima bisikan memberitahu rakaat sebenar.

Kali terakhir lelaki yang mempunyai 914 rakan facebooknya serta 82 pelanggan (subscribers) mengemas kini laman sosialnya ialah 17 Oktober lalu dengan menukar gambar profil manakala status terakhir dimuat naik sehari selepas itu.

Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan lelaki berkenaan ditahan pihak berkuasa selepas beberapa aduan dibuat orang ramai yang tidak senang dan marah dengan apa ditulisnya.

Thursday, October 25, 2012

KITA TUNGGU ALLAH MENGHUKUM YANG ORANG MENGHINA ISLAM...KITA TUNGGU JUGA ALLAH MENGHUKUM ULAMAK2 BISU..SERTA PEMIMPIN ISLAM YANG TAK BELA ISLAM...ALLAH SANGAT2 BIJAK@TAHU MENGHUKUM ORANG2 MACAM NI





Jutaan Jemaah Haji Wuquf di Arafah

Posted on the October 25th, 2012 under Luar Negara by admin

Arafah – “Haji adalah Arafah”. Demikianlah sabda Rasulullah Saw. Hari ini, Kamis, 9 Zulhijjah 1433 H, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di Arafah melakukan wukuf sebagai puncak dari pelaksanaan ibadah Haji.
Sejak pagi Khamis jutaan umat Islam mula menuju ke Padang Arafah di bahagian barat Arab Saudi. Banyak jemaah yang berkemah sejak malam di dataran luas mengelilingi Gunung Arafah, namun sebahagian besar mula tiba saat fajar.
Lelaki, wanita, dan anak-anak dari 189 negara menuju ke Arafah, mereka turut mendirikan khemah-khemah kecil berwarna-warni sebagai tempat mereka tidur dan berdoa.

Para pengemis dan penjual di kaki lima juga berbaris di jalanan mencari orang orang bermurah hati di antara 2,5 juta orang yang akan berkumpul di dataran tersebut pada siang hari.
“Kami datang dari Mekkah. Kami berjalan dari Masjidil Haram menuju Mina dan kemudian kami naik bas menuju Arafah. Semua untuk kecintaan kepada Nabi,” ujar salah seorang pria Mesir yang duduk di atas sebuah tikar jerami bersama anggota keluarganya.
“Semakin lelah yang kita dapatkan, semakin Allah akan membalas kita,” katanya.
Setelah solat subuh, para jemaah pergi menuju bukit kecil di padang Arafah. Banyak yang berdoa, air mata mengalir di wajah mereka.
Ini adalah kaki bukit tempat Nabi Muhammad Saw menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum beliau wafat.
(SI ONLINE)


Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air

Posted on the October 25th, 2012 under Tempatan by admin

KANGAR – Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.
Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.
Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.
Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. – Bernama

Pelajar buang bayi ke dalam sungai

Posted on the October 26th, 2012 under Tempatan by admin


ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.
KANGAR – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.
Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.
“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.
“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kosmo

Bukti jelas ulama Umno hanyut, Asri jawab Fathul

Posted on the October 25th, 2012 under Politik by admin


SHAH ALAM – “Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?” Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.
“Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut,” kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.
Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.

“Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
“Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
“Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter,” tegas Asri.
Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk ‘Peranan Ulama Menasihati Pemimpin’, Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno “hanyut” antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Malah dakwanya “masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut.”
Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah “tidak adil” untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai “hanyut.”
“Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan,” tegas Fathul Bari.
Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.
“Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama,” selar Asri.
Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.
Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.
Sinar
Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

  • Nigel Aw
  • 6:27PM Okt 22 2012
DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

NONEBangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

NONEJusteru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.
Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'

  • Koh Jun Lin
  • 11:22AM Okt 21 2012
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

NONE"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".
VIDEO l 8.01 mins

BOLEH GITU SAJA ALASANNYA...TUGAS KITA MENDIDIK SELEPAS JADI ISTERI KITA...BUKAN NAK YANG SEDIA SOLEHANYA...LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK...GITU JUGA SEBALIKNYA

Alasan kahwin 11 kali

Oleh Riadz Radzi, Hadzlan Hassan, Shamran Sarahan, Yusmizal Dolah Aling dan Nurasyikin Ramli
am@hmetro.com.my

CERITA...Mohd Razis ketika ditemu bual wartawan.
CERITA...Mohd Razis ketika ditemu bual wartawan.
KAJANG: “Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.
Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.
Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.

‘Tolong selamatkan aku!’

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

JEMPOL: “Tolong selamatkan aku long, guna talian antarabangsa, ini pun curi-curi,” itulah kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS), Nik Rosmalina Nik Mat, 28, yang hilang sejak 15 Oktober lalu bersama anak perempuannya berusia tiga tahun dan kini didakwa berada di Pulau Lombok, Indonesia.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan isteri peneroka Felda Lui Selatan 1 itu hilang dipercayai angkara seorang lelaki yang menyimpan gambar mengaibkan wanita berkenaan dan mengugut menyebarkannya jika dia enggan mengikut arahannya.

Kelmarin, suaminya, Salleh Hussin, 54, membuat laporan di Balai Polis Sungai Lui selepas kakak Nik Rosmalina di Kelantan menerima beberapa pesanan SMS meminta tolong membantunya kerana mendakwa ‘dilarikan tanpa sedar’ di Kampung Batunyala, Lombok Tengah, Indonesia.

“Sebaik diberitahu mengenai SMS itu oleh kakak isteri di Kelantan, saya segera membuat laporan polis pada hari sama sebab terlalu bimbangkan keselamatan isteri serta anak kesayangan, Nur Alia Nadia.

“Isteri turut memberikan alamat kedudukannya iaitu Kampung Batunyala, Praya, Lombok Tengah, Indonesia. Manakala, lelaki yang didakwa membawa mereka ke sana bernama Edy Gunawan dan ibu lelaki itu pula Sakmah Sinom.

2 juta wukuf di Arafah

LAKSANA RUKUN...jemaah haji tiba di Arafah untuk berwukuf.
LAKSANA RUKUN...jemaah haji tiba di Arafah untuk berwukuf.
MAKKAH: Kumpulan 28,000 jemaah haji Malaysia menyertai dua juta jemaah seluruh dunia semalam untuk berwukuf di Padang Arafah iaitu kemuncak penyempurnaan ibadah haji mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan khutbah sebelum masuk waktu Zohor pada 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia) dan mengimamkan solat Zohor di khemah jemaah haji Malaysia.

Semasa di Padang Arafah, jemaah haji akan mengisi waktu dengan berzikir, membaca al-Quran atau melakukan solat sunat.
Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah (25 Oktober) sehingga seketika sebelum terbit fajar (masukwaktu Subuh/waktu Arab Saudi) 10 Zulhijah (26 Oktober).
Sementara itu, kawasan lapang di Arafah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir.

Selepas ini, jemaah bergerak meninggalkan Arafah bagi ke Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei.

Jemaah melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. - Bernama

Pesara miliki ganja dijel lepas ‘dibasuh’ hakim



SHAH ALAM: “Sepatutnya lebih berumur, patut lebih pandai berfikir. Sedih memikirkan penjawat kerajaan yang bukan saja mempunyai anak dan isteri, malah dapat pencen sanggup melakukan kesalahan yang menyusahkan organisasi,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari dalam penghakimannya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang pesara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda selepas Mohd Mukhtar Abdullah, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki 895.2 gram (g) ganja yang ditemui dalam beg dipeluknya di di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, tahun lalu.

Menurutnya, tertuduh sepatutnya tahu dalam akta pencen, iaitu sekiranya penerima pencen melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang negara, mereka akan kehilangan pencen berkenaan.
“Memalukan kerana kehilangan pencen disebabkan melakukan kesalahan. Sepatutnya tertuduh bersyukur dengan apa yang diperoleh (pencen),” katanya.

Tertuduh yang pernah bekerja sebagai mekanik jentera padi itu didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2462 Batu 11, Kg Sg Serai, 9 malam, 22 Ogos tahun lalu.

Dia yang mempunyai isteri dan empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga seumur hidup dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, dia bernasib baik memandangkan sebelum ini dituduh mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan polis selepas turun daripada motosikal yang ditunggangnya.
Polis kemudian membuat serbuan dan menahan tertuduh sebelum berlaku pergelutan dan tertuduh memeluk beg berwarna hitam dan merah.

Hasil pemeriksaan menjumpai bungkusan plastik hitam mengandungi dadah dipercaya ganja.

Terdahulu, peguam P Gunalan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil pengakuan salah anak guamnya.

Beliau berkata, selain itu, mahkamah perlu mengambil kira berkenaan pencen anak guamnya yang digantung sejak menghadapi tuduhan kes ini dengan isterinya terpaksa menyara keluarga mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman memohon hukuman berat atas alasan tertuduh bergelut dan memeluk beg hitam itu ketika ditahan polis.

Dara laku RM2.4 juta, teruna cuma RM9,000



SEORANG lelaki melihat poster dipaparkan laman sesawang Virgins Wanted di Sydney, Australia, semalam, memaparkan Catarina (kiri) dan Stepanov.
SEORANG lelaki melihat poster dipaparkan laman sesawang Virgins Wanted di Sydney, Australia, semalam, memaparkan Catarina (kiri) dan Stepanov.
SYDNEY: Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).
Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.

Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).
Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.

Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.

Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.
Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.

Katanya, dia terkejut melihat reaksi orang ramai.
“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja.

“Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya. - AFP

Jual 60 lembu dalam tiga minggu sempena raya korban



KUALA TERENGGANU: Kedatangan Aidiladha hari ini membawa rezeki lumayan kepada penjual lembu, Zulfadzli Hasan, 46, apabila berjaya menjual 60 ekor lembu dalam tempoh tiga minggu untuk majlis korban yang diadakan sempena perayaan itu.
Menurutnya, dia bermula dengan menjual lembu secara kecil-kecilan kepada surau dan masjid di kampungnya yang ingin menjalankan majlis korban sejak enam tahun lalu sebelum perniagaannya berkembang apabila semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan terutama setiap kali menjelang Aidiladha.

“Tahun lalu, saya berjaya menjual 30 ekor lembu dan tahun ini ia meningkat sekali ganda apabila semua 60 lembu yang dibeli dari Kelantan untuk tujuan korban habis dijual,” katanya ketika ditemui di kandang lembunya di Kampung Losong Dato Amar, di sini, semalam.
Zulfadzli yang turut menternak lembu berkata, ternakan itu dijual dengan harga RM2,300 hingga RM3,100 seekor bergantung kepada saiz ternakan berkenaan.

“Kebiasaannya lembu ditempah sebulan sebelum Aidiladha dan pelanggan akan datang mengambil lembu itu selewat-lewatnya pada hari raya kedua,” katanya yang berhasrat menjual 200 ekor lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun depan.

Tarzan wanita dari Colombia



BRADFORD: Seorang wanita Yorkshire mendakwa dia menghabiskan masa kecilnya di kawasan hutan pedalaman di Colombia dan membesar bersama keluarga monyet.
Menurut Marina Chapman, bukan itu saja persamaan hidupnya dengan cerita legenda terkenal dunia, Tarzan. Menurut Marina, dia terpaksa tinggal di kawasan hutan tebal selepas diculik sekumpulan penjenayah sebelum ditinggalkan di kawasan terpencil.

Katanya, ketika itu dia baru berusia lima tahun.
“Saya bernasib baik kerana diselamatkan dan dibesarkan sekumpulan monyet di kawasan hutan itu,” katanya. Sejak itu, kata Marina, dia diajar menangkap arnab dan burung tanpa sebarang kelengkapan.

Marina hanya diselamatkan selepas seorang pemburu menemuinya secara kebetulan dan menjualnya ke sebuah rumah pelacuran di bandar Cucuta.

Nasib wanita itu baik apabila dia berjaya melarikan diri dan menghabiskan masa bertahun-tahun di jalanan. Ketika itu, kata Marina, tuah sekali lagi menyebelahinya apabila ada satu keluarga mengambilnya sebagai pembantu rumah.
“Di situ, saya dilayan dengan baik dan dianggap sebahagian daripada keluarga mereka,” katanya. Hanya selepas berusia 25 tahun, barulah Marina diajak mengunjungi Bradford bersama jiran majikannya. Di situ, kata Marina, dia menemui lelaki yang kemudian menjadi suaminya, John Chapman, yang ketika itu berusia 29 tahun. Mereka berkahwin pada 1977. Kata Marina, dia tampil mendedahkan kisah hidupnya untuk memberi kesedaran terhadap kegiatan perdagangan manusia.

“Kegiatan ini memang berlaku di Amerika Selatan,” katanya. - DM