Saturday, November 10, 2012

TAK KAN TAK TAHU DOSA DAN PAHALA...BILA KITA BERTINDAK BERPILIH2...BILA KITA KATA MEMBELA ISLAM...BETUL KE

Direktori lucah RM30

Oleh Mohd Fauzi Abdullah, Yusmizal Dolah Aling dan Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my

LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit.
LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit.
ISI DULU...borang yang perlu diisi  untuk melanggan laman web lucah.
ISI DULU...borang yang perlu diisi untuk melanggan laman web lucah.
KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.
Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.
Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006.



Bunohan gah

Oleh Ridzuan Abdul Rahman dan Norhayati Nordin
am@hmetro.com.my

TERBAIK...Maya Karin dan Shaheizy.
TERBAIK...Maya Karin dan Shaheizy.
KUALA LUMPUR: Drama Di Telapak Kaki Bonda terbitan Filmscape Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Diterajui barisan pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azminda karya arahan Kabir Bhatia itu menewaskan drama lain, Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kejayaan berganda diraih drama ini apabila Kabir Bahtia turut dipilih sebagai Pengarah Terbaik Drama, diikuti beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dimenangi Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik. Pelakon berpengalaman, Namron yang membintangi drama Parit Jawa diumumkan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik manakala drama Aku Ingin Terbang memenangi Videografi Terbaik.
Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pula, kemenangan berpihak kepada pelakon berpengalaman, Ruminah Sidek atau Mak Mah menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa. Ia sekali gus menjadi kejutan apabila artis veteran itu berjaya menewaskan pelakon popular seperti Erra Fazira (Parut Ashikin) dan Fasha Sandha (Ku Petik Dosa). Sementara itu, kategori Pelakon Lelaki Drama dimenangi pelakon senior berbakat, Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah, mengenepikan cabaran hebat Eman Manan (Parit Jawa) dan Zaidi Omar (Ku Petik Dosa).

Bagi Filem arahan Dain Said unggul dalam ASK2012em diraih Shaheizy Sam menerusi Songlap.

Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su dan model jelita, Tengku Azura. Filem itu terlebih dulu menang Lakon Layar Terbaik.
Bagaimanapun, Bunohan tewas di tangan pengarah bersama, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak yang muncul sebagai Pengarah Terbaik Filem melalui Songlap. Majlis berprestij yang dianjurkan sejak 1995 itu dan kini memasuki edisi ke-14, mengetengahkan tema Selami Dunia Fantasi Kami. Sebanyak 23 kategori dipertandingkan meliputi 11 daripadanya kategori drama, tujuh pencalonan filem dan enam kategori penerbitan dalaman.

Ini termasuk dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad yang diberikan kepada Pierre Andre dan Anugerah Artis Harapan Pantene yang berpihak kepada Puteri Balqis (Pelarian).
Turut mencipta kejayaan dalam kategori filem malam tadi adalah Lisa Surihani yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Ombak Rindu.



Gitaris rock penyamun

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

GOMBAK: Dua beradik pemain gitar kumpulan rock terkenal tahun 90-an bersama seorang lagi adik lelaki mereka dan seorang wanita, ditahan polis di sebuah flat di Taman Selayang, di sini, awal pagi semalam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah.
Tiga beradik lelaki dan wanita berusia antara 35 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi untuk siasatan lanjut berhubung pembabitan mereka dalam jenayah samun, curi kenderaan dan dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dihuni empat individu terbabit, polis menemui tiga parang, satu cota besi, lima jam tangan pelbagai jenama, kamera, dua telefon bimbit dan 40 kad Touch n Go.

“Polis turut menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang diletakkan di tempat letak kenderaan dan semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di ibu kota tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantauan berterusan terhadap mereka yang pernah ditahan polis beberapa tahun lalu atas kesalahan dadah.

Peralatan sekolah Kafa rosak



BASAH...Aniz  (kanan) dan  Rosmah Menon menyusun buku yang ditenggelami air.
BASAH...Aniz (kanan) dan Rosmah Menon menyusun buku yang ditenggelami air.
KUALA LANGAT: Kejadian banjir di beberapa kawasan di sini turut menjejaskan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang yang menyebabkan murid terpaksa diberi cuti lebih awal manakala banyak peralatan sekolah rosak.
Ketua Guru Kafa berkenaan, Aniz Yushaily Abrar berkata, banjir kali ini disifatkan paling buruk kerana mencapai paras pinggang, sedangkan dalam kejadian empat tahun lalu air hanya naik setakat paras buku lali dan tidak memberikan masalah.

“Banyak juga yang rosak antaranya buku, rak, meja dan pintu kelas. Semua yang rosak tidak boleh digunakan kerana sudah kembang akibat ditenggelami air, malah kami terpaksa mencabut pintu kelas dan ditukarkan dengan pintu baru.

“Pihak sekolah juga terpaksa memberi cuti lebih awal kepada murid sejak Isnin lalu berikutan faktor keselamatan,” katanya.

Aniz Yushaily berkata, pihaknya bernasib baik kerana kejadian itu tidak membabitkan pejabat guru yang menyimpan barangan penting pembelajaran dan pengajaran murid.

“Kami bersyukur kerana pejabat guru tidak terbabit. Ia hanya membabitkan surau, bahagian bawah tiga bangunan kelas, kantin serta bangunan baru yang masih belum digunakan.

“Malah, hari ini (semalam) air mulai surut, pihak kami mengambil kesempatan membersihkan bilik darjah dan kawasan sekolah,” katanya.

28 lagi dikenal pasti untuk disita

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Segelintir penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) dikesan menyewakan rumah dihuni kepada warga asing untuk tujuan mengaut untung.
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, tindakan penyewa itu menyalahi perjanjian di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penyewa yang sepatutnya mendiaminya sendiri.

“Perbuatan ini adalah lebih serius apabila menyewakan kediaman milik DBKL kepada warga asing berbanding disewakan pada warga tempatan. Beberapa unit sudah disita sebelum ini dan proses menyita ini diteruskan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, sebanyak 30 unit disita dalam operasi DBKL yang dijalankan selama tiga bulan sejak Ogos lalu. Proses menyita dibuat serta-merta dan dilakukan pada waktu malam.

“Biasanya warga asing berada di rumah pada waktu malam. Jadi, operasi dilakukan jam 11 malam ke atas untuk mengesan rumah DBKL yang disewakan pada mereka,” katanya.

Sukiman berkata, DBKL sudah mengenal pasti 28 unit lagi yang disewakan kepada warga asing dan operasi penyitaan akan dijalankan dalam masa terdekat. Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai tindakan DBKL membatalkan perjanjian dengan 50 penyewa kerana menyewakan rumah pada orang lain.
Dalam laporan itu, seramai 450 penyewa akan dikenakan tindakan undang-undang menerusi notis 30 hari yang dihantar sebelum kediaman terbabit disita dalam tempoh 14 hari.

“Mengikut perjanjian, mereka (penyewa) perlu kosongkan rumah dalam tempoh 30 hari sebelum ia disita. DBKL turut mengenal pasti banyak rumah kosong selepas tindakan ini dilakukan,” katanya.
“Penyewa yang diambil tindakan boleh mengemukakan rayuan bergantung pada alasan yang diberikan. Sepatutnya, penyewa mengisi borang di pejabat kecil DBKL untuk memaklumkan kekosongan itu jika ia ditinggalkan lebih seminggu sehingga menjangkau tiga bulan,” katanya.

Mengikut perjanjian, DBKL boleh mengambil tindakan undang-undang merampas rumah jika penyewa tidak membayar sewa manakala jika menyewakan pada orang lain, denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama enam bulan boleh disabitkan.

Pemuzik bebas mati ditemui sudah reput

GOMBAK: Misteri bau busuk seperti bangkai yang menyelubungi penduduk Flat Sri Langkawai Satu, di sini, sejak dua minggu lalu terjawab selepas polis menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah rumah di flat itu, malam kelmarin.
Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan meniarap dan sudah reput dipercayai sudah meninggal dunia lebih dua minggu lalu, kira-kira jam 10 malam.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemuzik bebas tinggal seorang diri di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.
Jiran mangsa, Rozlina Mat Zain,32, berkata, dia sekeluarga pada mulanya menyangka ia adalah bau bangkai tikus walaupun ia datang dari rumah jirannya itu.

“Dua minggu lalu ibu bapa saya ada datang ke rumah dan bertanya mengenai bau berkenaan yang dikatakan seperti bau mayat, namun saya mengatakan kemungkinan bangkai tikus.

“Setiap hari bau itu wujud dan jiran lain juga pelik dengan bau berkenaan, tetapi kami mendiamkan diri kerana menyangka ia bangkai haiwan,” katanya yang tidak menyangka jirannya itu ditemui mati selepas dua minggu.
Menurutnya, walaupun tidak mengenali jirannya itu namun pernah bersua muka ketika mahu ke tempat kerja dan dia adalah seorang yang baik serta suka menegur. Manakala ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa adalah anak keempat daripada enam beradik dan selalu bekerja di luar kawasan.

“Kami tidak menyangka mangsa sudah mati kerana tidak berhubung sejak dua minggu lalu dan menyangka dia sibuk dengan kerja,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Pendatang ubah suai katil elak dicekup



MELAKA: Bagi mengelak dicekup pihak berkuasa, pendatang asing tanpa izin dikesan sanggup menggunakan pelbagai taktik termasuk mengubah suai katil dan membina ‘lubang tikus’ di bawah lantai rumah kongsi didiami mereka.
Dalam kejadian terbaru di sebuah kongsi di Pengkalan Balak, Alor Gajah, seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun dikatakan membuat lubang rahsia itu di lantai biliknya semata-mata mahu menyembunyikan diri. Perkara itu dikesan apabila Jabatan Imigresen negeri menemui isteri lelaki itu berasal dari Jawa Timur, Indonesia berusia 20-an bersembunyi dalam lubang itu ketika serbuan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Taktik dikesan selepas pemeriksaan lanjut mendapati struktur lantai kayu diperbuat daripada papan lapis yang mencurigakan.
Wanita itu antara 15 warga asing ditahan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, Salmah Omar dan Mohd Yusof Hashim dalam Ops 6P bermula jam 10.30 malam kelmarin. Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohammad Azlan Jawawi berkata, operasi lima jam di lima lokasi sekitar Sungai Udang, Alor Gajah dan Taman Merdeka itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan selama dua minggu.

“Pemeriksaan membabitkan 60 orang dan 15 daripada mereka berusia 15 hingga 43 tahun ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan,” katanya.

Ramuan maut!

Oleh Mohd Husni Md Nor dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

IPOH: Tidak cukup dengan bahaya sedia ada, terdapat kaki todi atau samsu haram dikesan melakukan satu lagi kerja gila apabila menjadikan bateri sel kering sebagai ‘ramuan tambahan’ kepada minuman maut itu.
Mereka berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan kesan khayal lebih hebat tanpa menyedari tindakan itu sebenarnya meningkatkan lagi risiko kematian.

Seorang kaki todi tegar yang mahu dikenali sebagai Rajan, 38, berkata dia mencuba teknik memeram bateri sel kering di dalam samsu haram dibelinya dengan harga cuma RM1.50 sebotol selepas diberikan petua itu oleh rakan.

Menurutnya, tindak balas kimia antara bateri dan alkohol dalam minuman keras itu menyebabkan rasa samsu murah dibelinya di kedai runcit menjadi lebih pekat dan rasanya lebih ‘tajam’.

“Jika diminum sedikit, ia jadi seperti ‘ubat’ tambah tenaga, tetapi kalau diminum banyak, saya akan khayal hingga terbaring lebih enam jam. Jika sehari tidak minum samsu murah ini badan saya menggigil dan meragam.

Bayi redah banjir

Oleh Jaafar Mulup
am@hmetro.com.my

TAMPIN: Seorang wanita terpaksa meredah banjir sejauh 100 meter sambil mendukung bayinya berusia enam bulan menuju ke jalan besar untuk menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Keru Hilir, dekat sini, dilanda banjir kilat, malam kelmarin.
Difahamkan, banjir melanda kampung itu sekitar jam 9.30 malam selepas hujan lebat lebih tiga jam mengakibatkan lapan keluarga seramai 34 orang terpaksa dipindahkan sementara ke surau kampung itu selepas paras air meningkat sehingga 1.30 meter.

Halijah Samsudin, 40, ketika ditemui di pusat pemindahan berkata, dia dan suami, Mohamad Farid Mohamad, 46, bersyukur selamat dipindahkan dan berharap dapat segera pulang ke rumah.
“Kira-kira jam 8 malam tadi (kelmarin), orang kampung beritahu air naik di bahagian depan kampung lalu saya berkemas dan sempat mengalihkan haiwan ternakan ke tempat selamat.

“Biasanya banjir mengambil masa dua jam untuk sampai ke kawasan rumah dan selepas selamat ke jalan besar, suami tiba dengan kereta dan kami terus menuju ke pusat pemindahan kira-kira jam 10.30 malam.

“Saya bernasib baik kerana seminggu lalu semua barang keperluan termasuk kain pakaian dimuatkan dalam dua beg kerana sudah menjangka banjir berlaku dan tidak mahu kelam-kabut,” katanya.
Sementara itu, semua agensi termasuk polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kakitangan Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Tampin turun padang bagi membantu mangsa terbabit.

Tinjauan Harian Metro sehingga jam 3 petang semalam mendapati banjir sudah surut, namun mangsa belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana dikhuatiri hujan pada petang atau malam menyebabkan paras air kembali naik dan boleh mengancam keselamatan.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir turut melawat pusat pemindahan sementara dan meninjau kawasan terjejas.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dan yakin dengan persiapan dilakukan semua agensi terbabit bagi menangani banjir termasuk JKM yang menubuhkan 125 pusat pemindahan sementara berkapasiti 36,000 mangsa di semua daerah di negeri.

“Bagi Seremban sebanyak 28 pusat pemindahan dibuka, diikuti Kuala Pilah (20), Rembau (18), Jelebu (14), Port Dickson (14), Jempol (19) dan daerah ini (Tampin) sebanyak 12 pusat.

“JKM juga menyediakan barang keperluan terutama makanan, selimut, tikar, bantal untuk diagih ke semua pusat,” katanya.

Sempena lawatan itu, beliau menghulurkan bantuan permulaan RM200 kepada setiap keluarga mangsa selain berterima kasih kepada pihak yang membantu dalam operasi pemindahan.

Lembaga hitam itu...

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

MELAKA: “Ketika memancing, satu lembaga hitam bertubuh besar datang dari belakang dan cuba menolak saya yang sempat mengelak lalu terjatuh ke tepi.
“Tidak lama kemudian, dalam keadaan separuh sedar, saya dihampiri lelaki bermotosikal yang membawa pulang ke rumahnya sebelum saya pengsan hingga keesokan pagi,” kata Abd Ghani Abdullah, 52.

Misteri kehilangannya yang ghaib dan dikhuatiri lemas ketika memancing di tali air Sungai Malim di sini, Selasa lalu, terungkai apabila pekerja kontrak itu pulang ke rumahnya di Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak, di sini, kelmarin.

Persoalan timbul sebelum ini berikutan Proton Iswara miliknya ditemui dalam keadaan mencurigakan di tebing sungai itu manakala usaha mencari dan menyelamat dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan Unit Skuba gagal menemuinya.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia yang kali pertama memancing bersetuju menangkap ikan selepas diajak rakan jam 6.40 petang hari kejadian.

Kereta sains fiksyen



PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh.
PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh.
IA dijual pada harga RM375,000.
IA dijual pada harga RM375,000.
LONDON: Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi peminat sains fiksyen.
Kenderaan futuristik ini yang berharga �75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa.

Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya.
Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan.

Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh.

Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah.
Michael Vetter yang berasal dari Itali dan menguruskan The Car Factory di Florida, Amerika Syarikat, mereka dan menghasilkan kenderaan canggih ini.

Dia yang dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex.
“ETV ini dihasilkan untuk orang yang sudah memiliki semua jenis kereta tetapi masih mencari sesuatu yang berbeza,” katanya. - TS

Bunuh diri sebab tak dapat skuter



NEW DELHI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menggantung diri di rumahnya kerana bapanya enggan membelikannya sebuah skuter.
Mayat Happy ditemui kelmarin di Narela, di utara Delhi, kata polis, semalam.

Polis berkata, pelajar Kelas 10 di Sekolah Maharaja Agrasen meninggalkan satu nota yang berulis: “Kini simpanlah wang anda.”

Happy berseorangan di rumah dan mengunci biliknya sebelum menggantung diri di kipas siling.

Pegawai polis berkata, bapanya, Praven Kumar, memecahkan pintu bilik dan menemui mayat anaknya.

Kumar, seorang pekerja syarikat swasta berkata, dia tidak dapat membelikan skuter untuk anaknya kerana masalah kewangan.

Budak 2 tahun parah dicekau helang



LONDON: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera dengan mukanya berlumuran darah selepas diterkam seekor burung helang peliharaan di sebuah taman permainan, dekat sini, semalam.
Burung berkenaan menerkam Alfie Hall ketika dia bersiar-siar di taman itu dengan ibunya, Elysia dan beberapa anggota keluarga lain.

Kanak-kanak itu bagaimanapun bernasib baik kerana matanya terselamat.

Helang berkenaan yang sayapnya selebar 1.4 meter, turut mencekau telinga kiri kanak-kanak itu, menyebabkannya hampir putus.

Doktor terpaksa mencantumkan semula telinga itu di hospital.

Elysia, 23 berkata malam tadi: “Ia sungguh menakutkan. Burung itu kelihatan begitu besar dan kuat ketika menerkam kepala anak saya.

“Burung berkenaan mengoyakkan beberapa daging kepala Alfie, termasuk menyebabkan turisan besar berhampiran sebelah matanya yang memerlukan ia dijahit.

“Doktor memberitahu kami, dia bernasib baik kerana tidak hilang penglihatan.
“Adik saya meluru sambil menjerit dan memekik untuk mengusir burung berkenaan. Saya pula berkejar untuk mendapatkan Alfie.

“Dia begitu terkejut. Matanya bengkak dan saya dapat melihat telinganya terkoyak.”

Kejadian berlaku di taman permainan di Farnborough, Hants.

Burung itu tidak mempedulikan panggilan pemiliknya yang berusia belasan tahun yang berada di situ.

“Kami pernah melihat tuan burung itu berjalan di sekitar taman bersama haiwan itu. Kali ini, dia membiarkannya terbang dan kemudian cuba memanggilnya.

“Tetapi burung itu hinggap pada pokok. Dia cuba memujuk helang peliharaannya itu tetapi burung berkenaan tiba-tiba terbang dan menerkam kepala Alfie,” katanya.

Polis berkata, seorang remaja berusia 18 tahun dari Farnborough ditahan dan kemudian dibebaskan selepas disoalsiasat. - DM

BILA KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN...

Pusat jagaan wanita disita

PENGHUNI Kewaja diberi penerangan selepas tempat mereka berlindung diserbu dan disita pihak berkuasa di Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu dan menyita sebuah rumah yang dijadikan pusat perlindungan wanita dan remaja di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 24 tahun lalu.
Pengarahnya, Noormah Abdul Rauf berkata, dalam serbuan selama tiga jam bermula pada pukul 10 pagi itu, pusat tersebut didapati menempatkan 69 wanita berumur antara 14 dan 30 tahun termasuk seorang bayi berusia lima bulan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan Akta Pusat Jagaan 1993.
Pusat yang diberi nama Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) itu didapati gagal mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan di bawah akta tersebut.
“Dengan keluasan rumah tersebut, maksimum penghuni yang dibenarkan hanya seramai 28 orang tetapi penjaga pusat itu meletakkan seramai 69 orang di ruang yang sempit. Mana selesa?
“Sedangkan pihak keluarga juga membayar yuran kepada pusat itu sebanyak RM10,000 setahun untuk seorang bagi menjaga ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah sosial atau sedang mengandung,” katanya kepada pemberita selepas serbuan ke pusat itu di sini semalam.
Menurut beliau, antara piawaian yang perlu dipatuhi oleh penjaga pusat tersebut ialah had bilangan penghuni tidak melebihi keluasan ruang lantai yang dibenarkan bagi memastikan keselesaan penghuninya.
Piawaian lain yang perlu dipatuhi ialah nisbah penjaga dengan penghuni perlulah mencukupi, menyediakan modul latihan dan jadual aktiviti harian yang sesuai.
“Hasil siasatan JKM mendapati Kewaja gagal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan walaupun telah diberi nasihat dan panduan sejak tahun 2003,” jelas beliau.
Ketika serbuan itu dibuat, pihak berkuasa mendapati 69 penghuni pusat jagaan tersebut terdiri daripada 42 wanita yang sedang mengandung, 19 orang berada dalam pantang selepas baru melahirkan anak manakala tujuh lagi menghadapi pelbagai masalah sosial yang lain.

NOORMAH bersama beberapa pegawai JKM menyita pejabat Kewaja ekoran beroperasi tanpa lesen sejak 24 tahun lalu.


Mereka kemudiannya, termasuk seorang bayi yang berusia lima bulan, ditempatkan untuk sementara waktu di Asrama Bahagia, Kampung Pandan di sini untuk tujuan saringan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.
Menurut Noormah, pihak pengurusan Kewaja perlu mengemukakan perakuan pendaftaran bagi pusat jagaan tersebut kepada JKM untuk mengoperasikan semula tempat tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis ia dikeluarkan.
“Sekiranya Kewaja gagal berbuat demikian, suatu perintah mahkamah akan diperoleh bagi menghalang premis tersebut daripada dijadikan pusat jagaan,” katanya.
Tambah Noormah, sekiranya didapati bersalah, Kewaja boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993.
Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di pusat tersebut mendapati semua penghuninya terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa di rumah itu yang menyediakan sebuah ruang tamu dan dua bilik untuk mereka.
Selain itu, mereka juga terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu yang sempit selain persekitaran yang kurang bersih dan tidak selamat kepada penghuni.
Seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 16, berkata, kehidupan yang beliau impikan untuk berubah apabila memasuki pusat jagaan tersebut selepas terjebak dengan masalah sosial disifatkan ‘tidak seindah yang disangka’.
“Pada mulanya saya ingat saya ingin mendalami ilmu agama tetapi tempat ini tidak menyediakan guru yang mampu untuk mengajar agama, sebaliknya kami hanya belajar sesama sendiri sahaja,” katanya.
Bagi Effa, 19, pula, tindakannya yang pernah melarikan diri akibat tidak tahan dengan kehidupan di pusat itu yang disifatkannya sebagai tempat yang teruk menjadi mimpi ngeri apabila dia ditangkap dan dipukul warden pusat berkenaan.
“Saya memang tidak sangka kehidupan di sini amat teruk, mereka mengenakan yuran tetapi tidak menyediakan keselesaan kepada kami. Bayangkan ibu mengandung, ibu yang baru bersalin disuruh membuat kerja-kerja berat, jadi perkara inilah membuatkan kami ingin memberontak,” katanya.

Sekolah Cina akan dikekalkan


MUHYIDDIN (tengah) bertanyakan sesuatu ketika melawat pameran Pesta Buku Cina Sedunia di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.


SERI KEMBANGAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengulangi jaminannya bahawa sekolah-sekolah Cina akan kekal dan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membantu pembangunan sekolah itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan BN akan terus membantu sekolah jenis kebangsaan Cina berdasarkan kepada keperluan sebenar masyarakat itu.
"Ia merupakan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang bahawa bukan sahaja pendidikan Cina dipelihara tetapi ia juga menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan," katanya ketika merasmikan Pesta Buku Cina Sedunia ke-14 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines di sini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong dan Pengasas Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew.
Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited bagi meningkatkan kualiti pendidikan di semua sekolah tanpa mengira jenis sekolah.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Cina tidak akan mudah terpedaya dengan agenda sesetengah pihak yang suka mempolitikkan pendidikan untuk kepentingan politik mereka yang sempit.
"Jangan kita biarkan masa depan anak-anak kita dan masa depan negara kita yang hebat terjejas hanya semata-mata kerana kepentingan politik mereka yang sempit.
"Pada masa sama, kita jangan lupa peranan pendidikan sebagai satu cara untuk menyatupadukan semua kaum. Marilah kita jadikan semua sekolah di negara ini sebagai sekolah-sekolah perpaduan, di mana kanak-kanak daripada semua kaum bergaul mesra, belajar untuk menerima perbezaan dan menghormati antara satu sama lain," katanya. - Bernama

Produk Ayamas bebas antibiotik

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian pada 41 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) sehingga semalam mendapati tiada residu antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman memberitahu, 10 sampel produk yang dikilangkan pada 10 Jun lalu itu diuji untuk memastikan tahap keselamatan produk keluaran syarikat yang terdapat di pasaran termasuk di Sarawak dan mendapati tiada residu antibiotik berkenaan.
"Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan terhadap produk ini dan produk-produk lain dengan menjalankan pensampelan berterusan di kilang dan di pasaran.
"Keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini.
Pada 1 November lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam Ayamas berkuat kuasa serta-merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.
Lokman berkata, Kementerian Kesihatan juga menjalankan siasatan di kilang Ayamas Corporation Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang, Selangor yang mengedar semua produk Ayamas di seluruh negara dan juga pasaran antarabangsa.
Menurut beliau, kilang itu juga mendapat pengiktirafan sistem jaminan keselamatan makanan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan bagi beberapa produk.
"Sehingga hari ini (semalam), Kementerian Kesihatan telah mengambil sebanyak 18 sampel yang merangkumi pelbagai jenis produk berasaskan daging ayam dari kilang pemprosesan bagi tujuan analisis residu antibiotik Chloramphenicol," katanya.
Chloramphenicol bersifat genotoksis dan boleh menyebabkan kanser. Pendedahan kepada residu Cchloramphenicol melalui makanan yang tercemar juga berpotensi menyebabkan rintangan kepada mikro organisma (antimicrobial resistence). - Bernama

Garis panduan hak tebus rugi pengguna diterbitkan

ISMAIL SABRI menunjukkan buku Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Pengguna berhak untuk mendapatkan tebus rugi terhadap barangan atau perkhidmatan termasuk di premis perniagaan yang mempamerkan notis 'Pertukaran Tidak Dibenarkan' atau 'Tiada Pemulangan' jika barang yang diperoleh tidak memenuhi jaminan sepatutnya.
Antara jaminan yang perlu ada ialah mematuhi aspek kualiti, menepati ciri-ciri yang digambarkan dan mampu berfungsi dengan baik.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermakna peniaga yang meletakkan notis adalah tidak terkecuali daripada tanggungjawab kepada pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap barangan atau perkhidmatan diberikan.
"Peniaga yang meletakkan notis itu juga adalah tidak beretika kerana ia seolah-olah menafikan hak tebus rugi pengguna dan peniaga tidak sepatutnya meletakkan notis sedemikian," katanya pada sidang akhbar mengenai buku Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna di sini semalam.
Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah memperuntukkan kepada pengguna mengenai hak tebus rugi.
Katanya, kementerian mengeluarkan garis panduan itu bagi memperjelas hak dan tanggungjawab pembekal, pengilang dan pengguna dalam pelaksanaan tebus rugi.
"Hak mendapat tebus rugi bermaksud hak mendapatkan penyelesaian tuntutan atau menerima pampasan bagi barang atau perkhidmatan yang tidak memenuhi jaminan yang dinamakan Gerenti Tersirat dan Gerenti Nyata," katanya.
Bagaimanapun, hak untuk mendapatkan tebus rugi tertakluk kepada syarat seperti melaporkan kerosakan barang atau kegagalan perkhidmatan kepada pembekal atau pengilang dalam tempoh masa munasabah.
Pengguna juga perlu menyimpan resit atau bukti pembelian, surat atau kad jaminan dan berhenti menggunakan barang yang rosak itu sehingga ia dapat dikembalikan kepada pembekal atau pengilang.
Sekiranya peniaga atau penjual masih enggan mematuhi permintaan pengguna yang mempunyai alasan munasabah, pengguna boleh mengambil tindakan menerusi Tribunal Pengguna, katanya. - Bernama

Bekas atlet pecut kalah saman PPUM

Zainab Hashim menunjukkan kaki anaknya Nor Azleen yang masih sakit dan tidak kuat untuk berjalan di rumahnya di Paya
Terubong, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Bekas atlet pecut, Nor Azleen Mohammad Mustafa gagal dalam permohonan saman terhadap Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Omar Md. Isa dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang didakwa cuai ketika melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 3 September 2005.
Hakim Mahkamah Tinggi Nurmala Salim menolak tuntutan saman berjumlah RM3 juta itu dengan kos RM5,000.
Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, plaintif gagal membuktikan Omar sebagai defendan pertama telah melakukan kecuaian ketika menjalankan pembedahan itu.
"Walaupun dalam surat keizinan yang ditandatangani oleh waris plaintif tidak dinyatakan risiko akibat pembedahan, tetapi secara munasabah perbincangan telah dilakukan sebelum waris menandatangani surat keizinan," kata beliau.
Nor Azleen, 21, yang diwakili peguam bela N. Ahilan menghadapi komplikasi saraf tunjang akibat luka terkena alat yang digunakan untuk pembedahan itu, menyebabkan atlet itu lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa menjalani fisioterapi dalam tempoh yang lama.
Nor Azleen sehingga kini masih belum dapat berjalan dengan baik kerana kedua-dua kakinya tidak kuat.
Dia juga menghadapi masalah untuk mengawal sistem pembuangan air kecil dan besar akibat daripada luka yang dialami pada saraf tunjangnya.
Berikutan insiden itu, Nor Azleen juga terpaksa memakai alat menyokong sehingga tulang belakangnya menjadi keras dan tidak boleh terlibat dengan sebarang acara sukan.
Nor Azleen dalam tuntutan samannya memohon defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM3 juta, faedah, kos dan relif-relif selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, di luar mahkamah, Ahilan memberitahu bahawa pihaknya akan memfail rayuan kes itu di Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.
Omar dan PPUM sebagai defendan kedua diwakili oleh peguam bela Sharmini Navaratnam daripada tetuan Siva Dharma & Associates.
Nor Azleen merupakan bekas atlet pecut Pulau Pinang dan pernah menyertai acara 100m, 200m dan 4x100m dalam Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2004 dan 2006.
Dia juga merupakan atlet pelapis remaja kebangsaan dan menyertai banyak kejohanan olahraga terbuka sebelum menjalani pembedahan.
Bapanya, Mohammad Mustafa Nagoor Gani, 53, merupakan bekas jurulatih bola sepak Pulau Pinang.
Dua lagi anak lelakinya juga aktif dalam sukan dan merupakan bekas pemain hoki dan bola sepak Pulau Pinang.

Pegawai bank diculik kekasih

KAJANG - Gara-gara cemburu, seorang lelaki tergamak melarikan dan menjerut leher kekasihnya sehingga wanita itu mengalami keretakan pada tulang lehernya manakala kedua-dua belah pergelangan tangannya pula cedera.
Episod malang wanita yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu bermula pada pukul 5.30 petang Rabu lalu apabila mangsa dibawa kekasihnya tidak jauh dari rumahnya di Taman Cheras Awana, Batu 9 di sini.
Ketika berada di dalam kereta suspek, mangsa yang berusia 27 tahun mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh teman lelakinya yang dikatakan cemburu buta.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila dia dapat melarikan diri ketika cuba dibawa ke sebuah hotel di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 7 malam.
Jarak antara lokasi mangsa diculik dengan hotel tersebut kira-kira 40 kilometer.
Menurut beliau, selepas terlepas daripada kekasihnya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam semalam.
Ab. Rashid memberitahu, akibat dipukul mangsa mengalami keretakan tulang leher manakala kedua-dua pergelangan tangannya pula mempunyai kesan dijerut dengan tali.
Mangsa dirujuk ke Hospital Kajang untuk rawatan dan dibenarkan keluar dari wad semalam.
Kata beliau, bertindak atas maklumat, polis menemui kereta yang digunakan untuk melarikan mangsa ditinggalkan di kawasan Shah Alam sehari selepas mangsa dilarikan.
Menurut beliau, lelaki yang berusia 28 tahun itu kemudian ditangkap di sini pada pukul 7 malam tadi.
Bagaimanapun, polis belum mendapat maklumat penuh mengenai suspek itu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Lapan sungai catat paras bahaya


HUJAN lebat selama dua jam mengakibatkan banjir di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur tidak lama dahulu. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Paras air di lapan sungai di negara ini dikesan melebihi paras bahaya dan berkemungkinan mengakibatkan banjir sekiranya hujan berterusan di kawasan berkenaan.
Sungai tersebut adalah Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Damansara di Selangor, Sungai Linggi dan Sungai Muar di Negeri Sembilan, Sungai Simpang Kiri di Johor dan Sungai Selangau di Sarawak.
Pengarah Bahagian Hidrologi dan Sumber Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Hanapi Mohamad Noor berkata, kuantiti hujan yang turun antara 30 hingga 50 milimeter (mm) di kawasan berkenaan menjadi punca kejadian itu.
“Sekiranya hujan melebihi 100mm hari ini (semalam), limpahan air sungai pasti akan berlaku dan seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan tersebut.
“Tidak mustahil banjir akan berlaku dalam tempoh enam hingga 24 jam daripada waktu paras air dikesan iaitu sekitar pukul 6 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, impak lebih buruk daripada banjir kilat dijangka akan berlaku sekiranya limpahan air sungai berlaku.
Ini kerana, menurut Hanapi, kuantiti air yang banyak akan mengakibatkan tempoh banjir berlarutan sehingga lebih daripada sehari malah impaknya akan dirasai lebih ramai penduduk.
“Situasi ini berbeza dengan banjir kilat yang hanya berlaku untuk tempoh beberapa jam.
“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan nyawa dalam apa juga situasi,” katanya.
Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku banjir besar jika hujan turun melebihi 200 hingga 300mm sehari sebagaimana yang berlaku di Kota Tinggi, Johor tahun lalu.
“Kita dapati negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak dan Sarawak menerima kuantiti hujan yang agak tinggi dalam sehari.
“Bagi menangani berlakunya bencana banjir, pihak kami sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain agar dapat memberikan bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan,” katanya.
Keadaan pergerakan angin di enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang dan Sarawak mencacat kelajuan di sekitar 20 hingga 50 kilometer sejam di beberapa kawasan perairan.
Antaranya kawasan perairan Reef North, Reef South, Tioman dan Kuching.
Sementara itu, purata taburan hujan bagi kesemua negeri yang terbabit pula menunjukkan sekitar 0 hingga 35 milimeter sehari dan meliputi beberapa kawasan misalnya Ipoh, Petaling Jaya, Subang, Kluang, Temerloh dan Mulu.

SPAD lancar saluran aduan baharu


SYED HAMID (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal menampal pelekat yang memaparkan nombor talian aduan baharu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam melancarkan saluran aduan pengguna serta pelekat kenderaan pengangkutan awam baharu sebagai proses menambah baik mutu pengangkutan tersebut.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, saluran aduan baharu yang berkuat kuasa 1 November lepas divariasikan penggunaannya mengikut trend terkini bagi memudahkan orang awam membuat aduan terhadap mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam.
"Selain talian hotline, orang ramai boleh membuat aduan menerusi e-mel, laman Twitter atau laman web SPAD dan pengadu boleh menyemak status aduan mereka selepas berjaya menghantar secara online," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Talian Baharu dan Pelekat Kenderaan Awam SPAD di sini.
Sebarang maklumat berhubung pengangkutan awam darat boleh disalurkan menerusi talian hotline 1-800-88-SPAD (7723), secara e-mel (aduan@spad.gov.my), laman Twitter (@aduanTwitter) atau laman web (www.spad.gov.my).
Beliau berkata, nombor talian aduan baharu yang menggantikan nombor talian aduan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) itu akan terpamer pada setiap pelekat baharu kenderaan pengangkutan awam tersebut yang wajib dipamer sebelum mula dikuat kuasa 1 Jun tahun depan.
Mengulas mengenai laporan yang meletakkan pemandu teksi di ibu kota sebagai antara yang biadab di dunia, Syed Hamid berkata, hal itu telah mencalarkan imej negara, namun ia seharusnya dijadikan satu perangsang kepada semua pemandu teksi. - Bernama

Pemuda mengaku bakar kapal selam nuklear AS

AP
API marak dan asap tebal pada kapal selam nuklear HMS Miami yang terbakar di Limbungan Tentera Laut Portsmouth di Maine pada 23 Mei lalu.


PORTLAND, Maine - Seorang bekas pekerja sebuah pelabuhan, Casey James Fury kelmarin mengaku bersalah membakar sebuah kapal selam nuklear milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta (RM1.3 bilion).
Fury, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS kerana melakukan kebakaran dengan sengaja sebanyak dua kali.
Dia mengaku melakukan perbuatan itu di dalam kapal selam nuklear HMS Miami pada 23 Mei lalu di Limbungan Tentera Laut Portsmouth di Maine.
Fury sekali lagi melakukan perbuatan yang sama tetapi di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lepas.
Pemuda itu melakukan perbuatan tersebut dengan alasan untuk segera pulang ke rumahnya.
Fury memberitahu para penyiasat bahawa dia mengambil pelbagai jenis ubat bagi menangani kemurungan, alahan dan masalah sukar untuk tidur semasa kali pertama membakar kapal selam tersebut.
Dia juga menjelaskan mahu pulang ke rumah selepas berasa bimbang apabila membaca mesej daripada bekas kekasihnya menyebabkannya melakukan perbuatan itu buat kali kedua.
Bagaimanapun, kebakaran itu tidak merebak ke bahagian belakang kapal yang menempatkan pelbagai komponen nuklear.
Ekoran pengakuan itu, dia mungkin akan dipenjarakan hampir 20 tahun.
Kapal selam itu dibaiki sebelum ia kembali beroperasi pada 2015.
Kos membina kapal selam itu pada 1990 dianggarkan AS$900 juta (RM2.7 bilion).
Jika kapal selam itu dibina pada tahun ini, kosnya dianggarkan AS$1.5 bilion (RM4.6 bilion). - Agensi

Obama menangis di depan penyokong


AP
OBAMA menangis semasa beliau berucap di depan sejumlah petugas sukarelawannya di Chicago pada Rabu lalu.


WASHINGTON - Satu rakaman video menunjukkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengesat air matanya di depan para pekerja sukarelawan kempen pilihan rayanya di Chicago.
Video yang menunjukkan Obama mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan muda ekoran kemenangannya sebagai presiden AS itu didedahkan oleh pasukan petugas kempennya kelmarin.
Obama memenangi pilihan raya presiden AS pada Selasa lalu dengan menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.
"Saya benar-benar yakin bahawa kamu akan melakukan perkara-perkara hebat dalam kehidupan masing-masing," kata Obama di ibu pejabatnya di Chicago pada Rabu lalu.
Dengan nada yang penuh beremosi, Obama berkata, beliau kini kembali menduduki jawatan presiden.
"Disebabkan apa yang anda semua telah lakukan, ia bermakna bahawa kerja yang saya lakukan kini menjadi penting.
"Saya berasa amat berbangga dengan anda semua," kata Obama yang mewakili parti Demokrat sambil mengesat air matanya.
Semua petugas kempennya kemudian bertepuk tangan.
Sementara itu, parti Demokrat mengumumkan bahawa Obama memenangi 29 undi pemilih di Florida.
"Bagi pihak Demokrat Florida, saya mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pemilihannya semula dan memenangi 29 undi pemilih di Florida," kata pengerusi parti itu di Florida, Rod Smith menerusi satu kenyataan kelmarin.
Beliau membuat kenyataan itu sebelum keputusan rasmi undi yang dimenangi Obama di negeri tersebut diumumkan.
Jika undi itu diambil kira, Obama memenangi sebanyak 332 undi pemilih berbanding Romney sebanyak 206 undi.
Sebanyak 270 undi pemilih diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden AS. - Agensi

13 orang terbunuh akibat banjir kilat


AP
BEBERAPA orang mencari mangsa-mangsa runtuhan sebuah rumah akibat banjir kilat di Batanguru, Sulawesi Barat semalam.


JAKARTA - Bilangan mangsa yang terkorban akibat hujan lebat selama beberapa hari yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat meningkat kepada 13 orang, kata beberapa pegawai polis semalam.
Ketua sebuah agensi pengurusan bencana Sulawesi Barat, Kain Lotong Sembe, berkata, bilangan mangsa yang masih hilang berkurangan menjadi empat orang.
Menurutnya, bilangan itu berkurangan selepas 20 orang yang dilaporkan hilang didapati masih hidup.
Seorang ketua polis tempatan, Kapten Yuslim Yunus berkata, anggota-anggota penyelamat dan penduduk di Batanguru di daerah Mamasa turut menggali lumpur dengan menggunakan tangan bagi mencari mangsa yang masih hilang.
Menurutnya, tanah runtuh yang berlaku kelmarin telah menyebabkan arus sungai mengalir dengan laju sehingga memusnahkan tujuh buah rumah.
Musim tengkujuh sering mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku di Indonesia. - AP

Bas lama dijadikan restoran di China


REUTERS
SEORANG pelayan menghantar makanan kepada beberapa pelanggan di dalam sebuah bas di Shenyang kelmarin.


SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang di sini sejak sebulan lalu.
Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran.
Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut.
Hidangan makanan akan dihantar oleh pelayan untuk para pelanggan restoran unik itu.
Restoran bas itu terletak di sebuah pekarangan kediaman lama. - Agensi

Friday, November 9, 2012

IMAN TIDAK BOLEH BERPURA2...KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI...JANGAN MAKSIAT DAH DIANGGAP TAK BERDOSA PULAK

Ana Dahlia tidak mahu fikir pengganti Chef Riz



KERATAN Kosmo! semalam.



KUALA LUMPUR – Pelakon Ana Dahlia, 29, yang sah bercerai dengan chef selebriti, Chef Riz setelah hubungan mereka dikatakan sudah tiada sefahaman lagi, menyatakan dirinya masih belum terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat ini.
Menurut Ana Dahlia, buat masa ini, dia tidak akan berfikir untuk berkahwin lain dan tidak mahu memikirkan apa-apa berhubung perkara itu.
“Penceraian itu berlaku atas ketentuan Tuhan, maaf saya tidak mahu komen apa-apa lagi,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, Chef Riz, 30, atau nama sebenarnya, Mohd. Nadzri Datuk Redzuawan mengesahkan bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya, Ana Dahlia, 29 yang dinikahinya pada 1 Disember 2011.
Chef Riz dalam laporan tersebut mengakui perceraian tersebut adalah disebabkan hubungannya dengan Ana Dahlia sudah tiada sefahaman selain mengambil keputusan untuk berkahwin dalam masa singkat perkenalan mereka.
Bapa kepada Chef Riz iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyatakan dirinya sedih atas perceraian itu kerana dia sudah menganggap Ana Dahlia seperti anaknya sendiri dan berharap pasangan itu boleh rujuk semula dalam tempoh edah yang berakhir Disember depan.
Dalam pada itu, Ana Dahlia yang merupakan pelakon filem Mantra memberitahu, fokusnya kini hanya dalam bidang lakonan kerana kerjaya itu adalah sumber pendapatan kepada dirinya.
“Saya enggan komen benda lain, bilakah saya bercerai biarlah kami sahaja yang tahu,” ujarnya ringkas.

22,054 saman lampu isyarat

KUALA LUMPUR - Warga kota di Lembah Klang sanggup membazirkan wang mereka berjumlah RM6.6 juta hanya kerana sikap tidak sabar menunggu di lampu isyarat.
Sikap mereka itu menyebabkan polis Kuala Lumpur mengeluarkan 22,054 saman untuk tempoh Januari hingga September tahun ini kerana kesalahan melanggar lampu isyarat.
Bagi setiap kesalahan lampu isyarat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap pesalah trafik dikenakan denda RM300.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, untuk tempoh sama tahun lepas, sebanyak 35,185 saman dikeluarkan bagi kesalahan melanggar lampu isyarat menjadikan jumlah saman RM10.55 juta.
"Ramai pemandu menganggap remeh terhadap menghormati lampu isyarat namun hakikatnya ia menjamin keselamatan pemandu dan melancarkan laluan trafik di ibu negara agar jalan raya tidak sesak sepanjang masa," katanya kepada Bernama.
Rusly berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu bukan saja mengundang bahaya kepada pemandu yang melanggar lampu isyarat tetapi juga kepada pemandu lain.
"Ramai orang tak faham, lampu isyarat kuning bukan bermaksud anda perlu meningkatkan kelajuan, tetapi ia bermaksud anda perlu bersedia untuk berhenti, perlahankan kenderaan atau lebih elok, terus berhenti," katanya.
Beliau berkata, saman-saman yang dikeluarkan itu berdasarkan rakaman kamera yang diletakkan di persimpangan lampu isyarat dan oleh anggota trafik yang ditempatkan mengawal lalu lintas di sekitar ibu kota.

Institusi pondok benteng pertahan Melayu-Islam



NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis pelancaran Yayasan
Pembangunan Pondok 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, institusi pondok masih relevan pada masa kini kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini.
"Ia berfungsi untuk mempertahankan sistem nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPPM) di sini semalam.
Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.
Katanya, ia mesti dipertahankan kerana sebagai ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pascamodenisme yang sedang berlaku.
Najib berkata, dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap.
Menurut beliau, banyak buku karya besar diambil daripada teks pondok dan dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam.
Justeru, beliau berkata, para ulama dan intelek Islam perlu berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan penghujahan mantap serta meyakinkan bagi menghadapi musuh.
Pada majlis itu, Najib, yang juga penaung YPPM mengumumkan geran RM100,000 bagi penubuhan sebuah pusat sumber di ibu pejabat yayasan itu.
Beliau berkata, geran itu harus digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka. - Bernama

Menangis lihat rumah kena roboh



STRUKTUR hadapan rumah Mariam sedang dirobohkan oleh MPPP di Lengkok Sungai Gelugor, George Town semalam.



GEORGE TOWN - Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor di sini dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.
Bahagian hadapan rumah Mariam Tahir, 72, yang berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguat kuasa MPPP semasa dia keluar ke pasar kira-kira pukul 9.30 pagi atas alasan dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan.
Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh.
"Jika saya salah sekalipun, pihak MPPP sepatutnya hantar notis dahulu tetapi saya terima sekali sahaja notis (berhubung kesalahan itu) kira-kira dua tahun yang lalu dan bukannya surat untuk meroboh.
"Selepas itu saya tidak terima sebarang notis lagi, malah pagi tadi (semalam) pegawai MPPP datang dengan tangan kosong dan terus meroboh," ujarnya dengan nada sedih kepada pemberita.
Rumah papan itu merupakan harta peninggalan keluarga Mariam yang kini menjadi tempat dia dan anaknya, Haslina Hashim yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berteduh.
Apa yang menghairankan, bahagian hadapan rumah warga emas itu sahaja yang dirobohkan manakala rumah-rumah lain di kawasan sama yang dibina struktur tambahan langsung tidak diusik penguat kuasa MPPP.
Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.
"Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Fauzar kesal dengan tindakan MPPP yang dikatakan bersikap pilih kasih kerana meroboh rumah penduduk miskin.
"Banyak lagi rumah yang bina struktur baharu di bahagian hadapan atau belakang tetapi mengapa rumah ini sahaja dirobohkan. Kita mahu MPPP baiki semula kerosakan rumah warga emas itu," tegasnya.

Penunda kereta dijel 6 tahun



MOHD. AZRIL (depan) dan Mohd. Haswan diiring keluar daripada Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.



AMPANG JAYA – Perbuatan kejam seorang penunda kereta yang menyerang dan menetak Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali (gambar kecil) sehingga parah dua bulan lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Manira Mohd. Nor memerintahkan Mohd. Azril Ab. Shukur, 28, menjalani hukuman tersebut selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh.
Mohd. Azril didakwa bersama seorang lagi rakannya, Mohd. Haswan Hashim, 22, cuba membunuh Norizan, 41, dengan menyerang mangsa menggunakan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan parah di perut, badan dan tangan di tepi Jalan Cahaya 2, Ampang, Selangor kira-kira pukul 2.30 pagi, 24 September lalu.
Bagaimanapun, Mohd. Haswan, seorang pengawal kelab malam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Mohd. Haswan.
Dakwaan ke atas mereka dibaca mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya ke atas Mohd. Azril, Manira menjelaskan hukuman itu diputuskan demi menjaga kepentingan awam memandangkan ia kesalahan serius.
“Hukuman ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada kamu dan juga masyarakat di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas orang lain,” jelas Manira.
Manira menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan semula kes ke atas Mohd. Haswan.
Pada 25 September lalu, Kosmo! melaporkan Norizan yang juga seorang kontraktor binaan, cedera parah selepas diserang dengan senjata tajam oleh dua lelaki di hadapan rumahnya di Jalan 2/4, Taman Dagang di sini.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika dia baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana England bersama rakan-rakan di sebuah restoran, kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.
Sementara itu, Norizan ketika dihubungi berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut namun berpendapat hukuman itu perlu dipanjangkan memandangkan ia melibatkan nyawanya.
“Kejadian itu telah menyebabkan reputasi serta maruah saya terjejas dan ia mengambil masa untuk dipulihkan. Kecederaan yang saya alami dijangka pulih dalam tempoh tiga bulan lagi dan kini saya tidak boleh melakukan kerja berat,” katanya.

Malang berganda dua penyamun



UMAR ALI menunjukkan kereta dan parang panjang yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Alor Gajah semalam.



ALOR GAJAH – Malang bagi dua penyamun apabila bukan sahaja gagal dalam dua cubaan samun malah mereka diberkas selepas kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dinaiki terlibat dalam kemalangan satu jam kemudian di Kelemak di sini kelmarin.
Bersama suspek berusia 19 dan 25 tahun itu, polis menemui sebilah parang panjang yang disyaki digunakan dalam cubaan samun tersebut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kejadian pertama berlaku pukul 11.30 malam apabila suspek cuba menyamun seorang pemilik kafe siber di Kelemak di sini yang hendak menutup premisnya.
Katanya, mangsa bagaimanapun terselamat apabila berjaya melarikan diri sebelum suspek cuba pula menyamun sekumpulan lelaki yang berada berdekatan tempat tersebut.
“Cubaan kedua itu pun gagal apabila kesemua mangsa dapat melarikan diri. Salah seorang mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mendapati telefon bimbitnya tercicir ketika hendak melarikan diri.
“Polis yang menjalankan siasatan kemudian menerima maklumat mengatakan terdapat satu kemalangan tidak jauh dari tempat kejadian pada pukul 12.30 tengah malam dan apabila disiasat, kami dapati mereka merupakan penjenayah yang terlibat dalam kedua-dua cubaan samun tersebut,” katanya pada sidang akhbar.
Tambahnya, siasatan awal mendapati mereka terbabas selepas gagal mengawal kenderaan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Pemeriksaan kemudian menemui sebilah parang panjang yang digunakan untuk menyamun.
Menurut Umar Ali, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun dengan penangkapan suspek.
Kedua-dua suspek yang cedera ringan itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Perompak doktor terima padah


Kiri - Amirudin, kanan, Amjad Khan



KOTA BHARU – Seorang lelaki menerima balasan setimpal apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan dia dipenjara 16 tahun dan lima sebatan atas dua kesalahan merompak yang mana salah satunya melibatkan kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Grandis milik seorang doktor pakar.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Amirudin Deraman, 23, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Bagi tuduhan merompak Mitsubishi Grandis hingga mencederakan doktor pakar itu, Mohd. Amirudin dari Kampung Pintu Geng dihadapkan secara berseorangan manakala bagi satu lagi kesalahan rompak dia dihadapkan bersama rakannya dari Kampung Tanjung Mas, Mohamed Amjad Khan Kamarulzaman, 28.
Azman menjatuhkan hukuman lapan tahun dan lima sebatan ke atas Mohd. Amirudin bagi kesalahan merompak Mitsubishi Grandis milik Dr. Ida Zarina Zaini, 38, dan hukuman penjara lapan tahun ke atas Mohd. Amirudin dan Mohamed Amjad Khan bagi satu lagi kesalahan lain.
Azman memerintahkan hukuman ke atas Mohd. Amirudin dijalankan secara berasingan.
Mohd. Amirudin didakwa merompak kenderaan milik doktor pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian itu di Kubang Kerian, di sini pada pukul 7 pagi, 18 September lalu hingga mencederakan mangsa.
Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.
Kejadian yang menimpa Ida Zarina pernah disiarkan Kosmo! pada 20 September lalu. Laporan itu mengatakan mangsa cedera di kepala, tangan dan kaki akibat disamun tertuduh sebelum melarikan kenderaan itu.
Mitsubishi Grandis itu kemudian ditemui seminggu selepas kejadian setelah ditinggalkan di kawasan sebuah rumah di Kampung Padang Enggang, di sini.
Menurut fakta kes pula, kejadian itu disedari Ida Zarina selepas anaknya menjerit mengatakan kenderaan itu hendak dilarikan tertuduh.
Mangsa yang cuba menghalang kemudian terjatuh ke atas jalan tar menyebabkan dia cedera.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Amirudin dan Mohamed Amjad didakwa merompak beg tangan Noraida Zainuddin, 42, yang mengandungi barang kemas bernilai RM1,500, sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Ace dan wang RM300 di Pasir Hor, di sini pada pukul 8 pagi 11 Oktober lalu.
Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

20,000 guru mohon bertukar sekolah



MUHYIDDIN mencuba kebolehannya mencanting batik sambil
diperhatikan Norainee (empat dari kanan) dan Mustapa
(belakang, kanan) di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Kementerian Pelajaran menerima kira-kira 20,000 permohonan daripada guru-guru yang mahu berpindah ke sekolah di negeri asal masing-masing dan tempat lain pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian berkenaan sentiasa memberi perhatian terhadap permohonan tersebut namun ia tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana jumlahnya terlalu banyak.
"Masalah yang kita hadapi adalah pemahaman mengenai pertukaran guru. Tahun ini sahaja kita dapat hampir 20,000 permohonan. Yang mahu balik ke Kelantan sahaja sebanyak 2,898 orang sedangkan yang memohon untuk keluar dari Kelantan hanya 130 orang.
"Tolong nasihat saya macam mana hendak selesaikan masalah ini. Setiap tahun 10,000 sehingga 20,000 permohonan untuk berpindah bukan sahaja hendak balik ke Kelantan, orang Johor juga hendak balik ke Johor, orang Sabah dan Sarawak bertanya kenapa mereka dihantar ke Semenanjung," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian semasa berucap pada Himpunan Guru Muda 1Malaysia di sini semalam.
Turut hadir isteri beliau, Puan Seri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bashar sanggup mati


REUTERS
BEBERAPA anggota Tentera Pembebasan Syria bergambar dengan sebuah kereta kebal milik tentera Syria yang berjaya dirampas mereka di pangkalan tentera al-Dewala dekat Idlib pada Ahad lalu.



DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berikrar sanggup mati di Syria dan tidak akan melarikan diri ketika konflik di negaranya memasuki bulan ke-19.
Beliau membuat kenyataan itu pada satu wawancara dengan stesen televisyen Russia Today TV yang disiarkan semalam.
Wawancara itu disiarkan dua hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron mencadangkan supaya Bashar diberi laluan selamat untuk keluar dari negara ini jika cara itu boleh menamatkan perang saudara yang sudah meragut hampir 36,000 nyawa.
"Saya bukan boneka, saya bukan diarah oleh Barat untuk ke negara Barat atau mana-mana negara lain," kata Bashar.
Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan tentera asing.
"Saya tidak fikir Barat sedang menuju ke arah ini, namun, jika ia berlaku tiada siapa boleh meramalkan apakah akibatnya," kata Bashar.
Lokasi wawancara itu masih tidak diketahui.
Pertempuran antara tentera Bashar dengan para penentang di Syria bermula sejak Mac tahun lalu.
Para penentang menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Obama kembali ke White House

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kembali ke White House kelmarin selepas beliau memenangi pilihan raya presiden dengan mengalahkan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.
Obama kini berdepan dengan cabaran yang sukar ekoran Dewan Perwakilan dikuasai oleh parti Republikan. Parti Demokrat yang dianggotai Obama pula menguasai Dewan Senat.
Sebelum pulang ke White House, Washington dari Chicago, Obama sempat menghubungi para pemimpin parti Republikan bagi membincangkan isu ekonomi bagi mengelak AS terjebak ke dalam kancah kemelesetan.
Beliau menghubungi Speaker Dewan Perwakilan, John Boehner dan pemimpin parti tersebut di Dewan Senat, Mitch McConnell.
Menurut seorang pegawai White House, Obama mengulangi komitmennya untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan defisit dan cukai untuk keluarga kelas pertengahan.
Pegawai itu menyatakan, kejayaannya menjadi presiden untuk penggal kedua itu merupakan isyarat daripada para pengundi yang mahu kedua-dua parti mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan penyelesaian ekonomi.
Pada pilihan raya yang diadakan pada Selasa lalu, Obama memperoleh 303 undi pemilih berbanding Romney yang mendapat 206 undi.
Sebanyak 270 undi pemilih diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden.
Obama yang berkulit hitam mempertahankan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut. - Agensi

Penyelamat cari pelarian Rohingya yang karam di Bangladesh



AP
BEBERAPA anggota pengawal pantai memeriksa mangsa-mangsa sebuah bot
pelarian yang karam di luar pantai Cox's Bazaar kelmarin.



DHAKA - Sekumpulan anggota penyelamat Bangladesh semalam mencari 50 orang yang masih hilang selepas sebuah bot membawa sejumlah pelarian Rohingya dari Myanmar karam, kata beberapa pegawai.
Ketika karam, bot yang dinaiki 110 orang itu menuju ke Malaysia.
Sejumlah nelayan, anggota tentera laut dan pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan 60 pelarian itu selepas bot berkenaan karam pada pagi kelmarin.
Bot itu karam 15 kilometer di luar pantai Cox's Bazaar.
"Setakat ini, seramai 60 orang telah berjaya diselamatkan," kata Ketua Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel Zahid Hasan.
Menurutnya, pihak pasukan pengawal pantai menahan 25 orang yang terdiri daripada penduduk Bangladesh dan Rohingya untuk disoal-siasat.
Ratusan ribu etnik Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak beberapa dekad lalu ekoran penindasan yang berlaku terhadap mereka. - Agensi

26 maut serangan berani mati di Karachi



REUTERS
BEBERAPA anggota pasukan keselamatan memerika lokasi serangan
berani mati di sebuah pejabat renjer di Karachi semalam.



KARACHI, Pakistan - Seorang pengebom berani mati yang memandu sebuah trak yang dipenuhi 150 kilogram bahan letupan telah merempuh pintu pagar sebuah pejabat renjer di sini semalam.
Kejadian itu menyebabkan satu letupan besar berlaku dan mencederakan sekurang-kurangnya 26 mangsa.
Serangan ke atas sebuah pejabat Renjer di pinggir kota di utara Karachi itu berlaku pada awal pagi ketika kebanyakan penduduk sekitar kawasan tersebut tidur dan kebanyakan pejabat masih belum dibuka.
Setakat ini tiada kematian dilaporkan berlaku.
"Sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan itu merempuh pintu masuk kawasan penempatan pejabat tersebut.
"Sejumlah 21 anggota renjer telah cedera dalam serangan itu," kata seorang jurucakap renjer.
Seorang pegawai kanan Polis, Khurram Waris memberitahu, seramai empat orang awam dan seorang pegawai polis turut cedera dalam kejadian tersebut. - AFP

'Sekolah' percuma di bawah jambatan



AP
BEBERAPA kanak-kanak belajar di bawah jejambat di New Delhi kelmarin.



NEW DELHI - Kira-kira 30 kanak-kanak belajar di sebuah 'sekolah' di bawah sebuah jejambat di sini.
Kanak-kanak itu tinggal di sebuah kawasan setinggan berdekatan jejambat tersebut.
'Sekolah' itu wujud sejak tiga tahun lalu.
Ia diasaskan oleh seorang sukarelawan, Rajesh Kumar Sharma.
Seorang lagi rakannya, Laxmi Chandra turut mengajar kanak-kanak itu. - Agensi

Dua pegawai tentera wanita dipaksa hantar gambar bogel

FORT BRAGG, Carolina Utara - Dua pegawai tentera wanita Amerika Syarikat yang memberi keterangan kelmarin menyatakan mereka menghantar beberapa gambar bogel kepada seorang pegawai tinggi tentera, Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair.
Menurut akhbar Fayetteville Observer, salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa Sinclair berulang kali meminta dia menghantar gambar bogelnya.
Bagaimanapun, dia yang berpangkat kapten memuat naik beberapa gambar bogel wanita lain tanpa kepala untuk dihantar kepada pegawai tinggi itu.
Keterangan itu diberikan pada hari ketiga pendengaran tentera yang diadakan di sini bagi menentukan sama ada Sinclair akan dibicarakan berhubung beberapa dakwaan termasuk liwat dan perzinaan serta perlakuan seks yang dilarang.
Semua perbuatan itu tidak dibenarkan dalam perkhidmatan ketenteraan.
Pada Selasa lalu, seorang lagi pegawai tentera wanita berpangkat kapten memberi keterangan dengan menyatakan dia dipaksa melakukan seks oral dengan Sinclair.
Menurutnya, Sinclair yang sudah berkahwin mengancam untuk membunuhnya dan keluarganya jika dia enggan melakukan perbuatan itu.
Seorang lagi pegawai tentera berpangkat mejar memberitahu kelmarin, dia menghantar gambar payudaranya dan video kepada Sinclair.
Sinclair berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah di mahkamah tentera. - AP

Seorang maut di lokasi konsert Linkin Park



AP
SEORANG wanita yang cedera (dua dari kiri) dibantu seorang anggota perubatan (dua dari kanan) di luar Stadium Cape Town, Afrika Selatan kelmarin.



JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Seorang wanita terbunuh apabila sebuah struktur perancah iklan runtuh akibat angin kencang di lokasi konsert band rock Linkin Park di Cape Town pada Rabu lalu.
Menurut seorang jurucakap Dewan Bandar Raya Cape Town, Kylie Hatton semalam, seramai 19 orang lagi cedera dalam kejadian itu.
Dia berkata, 12 daripada 19 orang itu dirawat di hospital.
Menurutnya, ia runtuh di luar Stadium Cape Town manakala polis masih menyiasat tentang punca kejadian tersebut.
Band rock dari Amerika Syarikat itu kemudian menyatakan perasaan sedih ekoran terdapat mangsa yang cedera.
Anggota-anggota band tersebut juga mengucapkan takziah kepada keluarga wanita yang terbunuh itu.
Wanita itu merupakan peminat band berkenaan.
Band itu akan mengadakan konsert di sini esok.
Anggota kumpulan itu terdiri daripada Chester Bennington, Rob Bourdon, Brad Delson, Dave Farrell, Joe Hahn dan Mike Shinoda. - Agensi

Pengundi Los Angeles sokong aktor filem lucah pakai kondom

LOS ANGELES - Para pengundi daerah Los Angeles telah menyokong langkah yang mewajibkan pelakon filem lucah memakai kondom semasa melakukan adegan seks.
Pelakon-pelakon itu akan disaman dan perlu berpindah ke tempat lain jika mereka melanggar langkah tersebut.
Menurut pejabat Pendaftar Daerah Los Angeles, langkah tersebut yang ditaja Yayasan Penjagaan Kesihatan AIDS mendapat kelulusan pada Selasa lalu daripada para pengundi.
Keputusan pengundian ialah 55.85 peratus menyokong manakala 44.15 lagi menolak.
Para penerbit filem lucah juga dikehendaki mendapatkan permit kesihatan untuk menerbitkan filem dan penggunaan kondom di set penggambaran merupakan syarat wajib bagi mendapatkan permit itu. Kebanyakan produksi filem lucah di Amerika Syarikat dibuat di San Fernando Valley di sini.
Bagaimanapun, para penerbit filem lucah kelmarin berikrar mereka akan mencabar langkah itu di mahkamah. - Agensi

AWAS BILA ALLAH MENGHUKUM...JADI JANGAN BUAT JAHATLAH

Keluarga wang palsu

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

DIBURU...Nor Hashim (kiri) memegang gambar suspek dirakam CCTV.
DIBURU...Nor Hashim (kiri) memegang gambar suspek dirakam CCTV.
LICIK...suspek berurusan di kaunter pembayaran di sebuah restoran.
LICIK...suspek berurusan di kaunter pembayaran di sebuah restoran.
NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi.
Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.

Derita 5 jam dalam lori remuk



TERSEPIT...anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
TERSEPIT...anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
NASIB...Ibrahim menahan kesakitan sebelum dikeluarkan dari lori.
NASIB...Ibrahim menahan kesakitan sebelum dikeluarkan dari lori.
BEHRANG: Seorang pemandu lori menderita kesakitan selama lima jam apabila kedua-dua kakinya tersepit selepas lori dipandu terbabas dan terbalik di kawasan kebun sayur berhampiran kilometer 382, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Behrang, semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ibrahim Yusof, 54, dikatakan gagal mengawal lori dipandu membawa sarat plastik penutup dawai elektrik selepas tayar kenderaan itu meletup.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa merempuh besi pembahagi jalan di tepi lebuh raya sebelum menjunam ke tebing lalu terbalik dan menghempap kaki mangsa.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Slim River dan Tanjung Malim yang bergegas ke lokasi sukar mengeluarkan mangsa apabila jentera berat digunakan gagal mengangkat kepala lori itu.

“Tugas menyelamat terpaksa dilakukan penuh berhati-hati berikutan mangsa kerap menjerit kesakitan dan masih dalam keadaan sedar.

“Mangsa mampu berkomunikasi terpaksa membongkok dan meniarap di bawah lori itu. Hujan lebat tambah menyukarkan operasi menyelamat mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa akhirnya dapat dibawa keluar dari bawah lori jam 6.15 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River menerima rawatan.


Nenek penipu tumpas

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang nenek berusia 61 tahun yang sering berpindah randah bagi menyembunyikan diri selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dana korporat bernilai RM10 juta ditahan di sebuah kondominium di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang Jaya, di sini kelmarin.
Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 1 tengah hari hasil risikan yang dibuat sejak Ogos lalu.
Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, hanya wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala ahli keluarganya yang lain tidak ditahan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah wanita itu yang masih bebas,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita warga emas itu tinggal menyewa di kondominium berkenaan sejak tiga bulan lalu dan dia direman sehingga esok.

Along ubah taktik

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

MINTA TOLONG...Hazman (kanan) mengadu kepada Saharudin selepas diperdaya along.
MINTA TOLONG...Hazman (kanan) mengadu kepada Saharudin selepas diperdaya along.
KUALA LUMPUR: Selepas taktik mereka memperdaya peminjam dihidu pihak berkuasa, sindiket ceti haram atau along kini dikesan ‘memudahkan’ prosedur pinjaman termasuk menandatangani borang perjanjian kosong.
Dengan urus niaga dijalankan di dalam kereta, along terbabit seolah-olah cuba menyembunyikan operasi mereka dengan tidak lagi berurusan secara terbuka seperti sebelum ini.

Terbaru, seorang penyelia sebuah syarikat di Kepong terjerat dengan ceti haram dan menjadi mangsa pinjaman mudah dengan hanya menandatangani perjanjian di dalam kereta.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Hazman, 38, berkata, dia mula meminjam daripada ceti haram beberapa bulan lalu apabila mengalami masalah kewangan selepas mendirikan rumah tangga.

“Menerusi seorang kawan, saya berjumpa dengan along ini di Subang Jaya dan menandatangani kertas kosong untuk membuat pinjaman RM4,000.

“Tidak berapa lama selepas itu, saya ditawarkan untuk menambah pinjaman menjadi RM12,000 dengan ansuran hampir RM2,000 sebulan menyebabkan saya tertekan. Saya tidak bersetuju dan rasa teraniaya,” katanya selepas membuat aduan kepada Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Saharudin Bakar, di sini semalam.
Hazman berkata, tidak lama selepas itu dia menyedari dipermainkan kerana kadar bunga yang dikenakan meningkat dalam tempoh sebulan menyebabkan dia meminta penjelasan daripada along terbabit.

“Saya sungguh terkejut apabila dimaklumkan saya perlu membayar keseluruhan RM15,000 untuk tutup akaun. Selepas itu, hampir setiap hari saya dipaksa membayar pinjaman berkenaan, menyebabkan saya menghubungi PPIM untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Tambah dinding hadapi banjir

KLANG: Kejadian banjir kilat yang melanda beberapa tempat di daerah ini minggu lalu mengganggu persiapan sambutan Deepavali bagi penduduk keturunan India yang bakal disambut Selasa depan.
Penduduk Taman Sentosa, di sini, M Selva, 43, berkata, akibat banjir kilat itu, dia sekeluarga terpaksa menumpang di rumah rakannya hingga banjir surut.

Katanya, dia yang sudah empat tahun menetap di situ bimbang jika masalah banjir kilat terus berlaku pada masa akan datang terutama menjelang Deepavali.
“Saya terpaksa mengubah suai rumah dengan membina dinding tambahan di bahagian hadapan dan belakang rumah dengan kos hampir RM4,000 bagi mengelak air banjir memasuki rumah.

“Kejadian banjir tempoh hari mengakibatkan saya kerugian kira-kira RM5,000 termasuk perabot dan beberapa barangan elektronik rosak serta barangan persiapan Deepavali,” katanya sewaktu ditemui.

Katanya, banjir kilat yang sering berlaku sejak lima tahun lalu dipercayai berpunca daripada pembangunan kawasan Bandar Botanic yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan berkenaan.
Beliau berkata, kapasiti air yang banyak dari kawasan berkenaan tidak mampu lagi ditampung longkang sedia ada hingga menyebabkan air melimpah.

Katanya, sebelum ini kira-kira 200 penduduk sudah menghantar notis kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung masalah ini, tetapi sehingga kini ia masih tidak menemui penyelesaian konkrit.
Seorang lagi penduduk, A Anjellamah, 72, yang sudah 17 tahun menetap di kawasan berkenaan turut buntu dengan masalah banjir yang sering berlaku apabila tiba musim hujan.

Katanya, dalam kejadian terbaru, air naik hampir satu meter mengakibatkan dia kerugian RM5,000 kerana kerosakan peralatan rumah.

Beliau berkata, persiapan Deepavali juga sedikit terjejas kerana alatan membuat kuih juga rosak disebabkan air memasuki rumah.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin bagi mengelak kejadian sama berulang dan mengembalikan keceriaan kami sekeluarga menyambut Deepavali,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap MPK berkata, pihaknya kini sedang giat melakukan pemantauan di beberapa kawasan di daerah ini yang sering dilaporkan banjir.

Gempar ‘tidur’ tanpa baju



JITRA: Tanda tanya kehadiran sebuah Perodua Kancil yang diparkir di tepi jalan berhampiran Kampung Pulau Ketam, Jalan Tunjang, dekat sini, hampir tujuh jam membawa penemuan seorang lelaki dalam keadaan sudah tidak bernyawa, kelmarin.
Mayat lelaki berusia 30-an dari Kampung Meleleh, Kodiang itu ditemui di tempat duduk pemandu yang dijatuhkan tanpa memakai baju, kira-kira jam 6.30 petang oleh penduduk yang mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati mangsa ‘tidur’ sejak tengah hari.

Saksi, Nordin Ahmad, 51, berkata dia ternampak seorang lelaki tidur dalam kereta itu ketika menunggang motosikal menjemput anaknya pulang dari sekolah kira-kira jam 12 tengah hari, namun mulanya menyangka lelaki itu mungkin berhenti rehat.
Menurutnya, kereta itu masih berada di kawasan sama walaupun sudah berulang-alik dari rumah ke kawasan berhampiran menyebabkannya mengesyaki sesuatu mencurigakan.

“Saya tidak sedap hati apabila pemandu itu masih ‘tidur’ dalam kereta, malah ketika jam 6.30 petang (kelmarin) ketika ke pasar malam di Taman Suria, saya dapati kereta itu masih berada di tempat kejadian.

“Berikutan itu, saya mengajak seorang rakan yang bekerja di sebuah bengkel berhampiran melihat keadaan lelaki berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.
Nordin berkata, dia cuba menggoyang kereta itu dan mengetuk cermin tingkap beberapa kali dengan harapan lelaki itu tersedar, namun tiada tindak balas.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian kerana bimbang sesuatu buruk berlaku selain menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Jitra (HJ) mendapatkan rawatan.
“Sebaik peronda tiba di tempat kejadian, mereka mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia menyebabkan saya terkejut dan tidak menyangka lelaki yang dipercayai tidur dalam kereta itu sudah mati,” katanya.

“Ketika itu, saya nampak ada seekor kucing turut berada dalam kereta itu yang berkunci dari dalam tetapi tidak kenal lelaki itu dan mungkin bukan orang kampung ini.

“Saya mengesyaki mungkin mangsa mati akibat lemas kerana enjin kereta itu terpasang atau saya syak mungkin dia ada mengambil ubat berlebihan atau sebaliknya,” katanya.

Pasukan forensik kemudian memeriksa tempat kejadian dan membawa mayat mangsa ke HJ untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof berkata, setakat ini kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut kerana pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa.

Remaja ‘mekanik’ kebas motosikal



KUALA LUMPUR: Mekanik penyamun. Itu ungkapan sesuai menggambarkan tindakan empat remaja termasuk seorang perempuan yang gemar melarikan motosikal di Lebuhraya Akleh selepas berpura-pura menghulur bantuan dan mendakwa kononnya pakar baik pulih motosikal kepada penunggang yang mengalami kerosakan kenderaan itu sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan, tiga remaja lelaki berusia 17 tahun bersama remaja perempuan berusia 15 tahun itu memancing mangsa dengan menyatakan mereka mekanik dan mangsa terakhir mereka seorang pengawal keselamatan yang kehilangan motosikalnya pada 3 Ogos lalu. Bagaimanapun, taktik kumpulan remaja itu terbongkar selepas motosikal milik mangsa jenis Mofaz Ritz RU110 dapat dijejaki anggota Unit Kuat kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), semalam.

Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, sepasukan anggotanya menjalankan tugas ‘snap check’ di Dataran Merdeka menemui sekumpulan remaja dalam keadaan mencurigakan melepak di kawasan itu.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas kumpulan remaja itu mendapati mereka tidak memiliki lesen memandu sah manakala nombor enjin motosikal jenis Mofaz Ritz dinaiki dua remaja lelaki dalam kumpulan itu masih dilaporkan hilang.

“Untuk pemeriksaan lanjut, dua remaja lelaki berusia 17 tahun itu termasuk penunggangnya rakyat Myanmar dan memiliki kad UNHCR dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bersama motosikal mereka.

“Pemeriksaan mendapati motosikal itu milik seorang pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang 3 Ogos lalu di Lebuhraya Akleh selepas tertipu dengan sekumpulan remaja yang menyamar mekanik,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, selepas kedua-dua remaja itu disoal siasat mereka mengakui adalah kumpulan remaja yang melarikan motosikal itu selepas mengaku sebagai mekanik.

Pembonceng motosikal turut mengaku pernah ditahan atas kesalahan sama Mac tahun lalu dan kes masih dibicara di mahkamah.
Katanya, dua lagi rakan jenayah mereka termasuk remaja perempuan itu kini berada di luar negara.

Kawan sendiri melayang

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: “Saya perasan ada percikan api disusuli objek melayang melintasi tengah tiang lampu isyarat. Selepas rakan memberhentikan kereta yang kami naiki dan memeriksa di kawasan kejadian, saya tersentak apabila melihat rakan saya terbaring kaku di atas jalan.”
Demikian kata Islami Hisham, 18, saksi kemalangan ngeri mengorbankan nyawa Mohd Izuan Johari, 24, di simpang lampu isyarat Sungai Petai, Lebuh Ayer Keroh-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, jam 6 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah bandar raya Melaka dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Melaka Pindah, di sini.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa motosikalnya melambung.

Motosikal mangsa rosak teruk akibat merempuh tiang lampu isyarat sebelum tercampak di seberang jalan manakala kepala mangsa dikatakan terhentak pada lampu isyarat berkenaan.

Islami berkata, ketika kejadian berlaku dia dan dua rakan lain menaiki kereta menuju ke Paya Datuk. “Saya duduk di sebelah pemandu. Selepas melihat percikan api dan lintasan objek terbang itu, saya meminta rakan memberhentikan kereta kerana mahu melihat apa sebenarnya berlaku.
“Sejurus mendapati rakan saya terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan parah, saya tidak berani menyentuh badannya tapi cuma mengalihkan motosikalnya yang tercampak di tengah jalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Islami berkata, dia menghubungi keluarga mangsa tetapi gagal, menyebabkan dia nekad ke rumahnya untuk memaklumkan kejadian.
Ibu mangsa, Zaiton Mohamad, 51, ketika ditemui di Hospital Melaka berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik sebelum itu keluar dari rumah jam 12 tengah malam.

“Sewaktu rakannya datang ke rumah memaklumkan kejadian, saya bersiap ke tempat kerja,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kantin sebuah sekolah di sini.

Menurutnya, petang kelmarin, arwah sempat memotong rambut dan menjamah hidangan sebelum keluar.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma kerap mengurung diri dalam bilik. Dia memang manja selepas saya berpisah dengan suami,” katanya yang ditemani anak bongsu, Mohd Saiful Johari, 21.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahk

Kaki putar RM2.4 juta

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang hanya bersekolah setakat darjah enam mampu bergelar jutawan dalam tempoh singkat selepas memperdaya seorang peniaga berusia 30-an sebanyak RM2.4 juta.
Taktik digunakannya ialah menyamar sebagai ‘bomoh ekor’ dengan menyediakan nombor ramalan bagi memenangi hadiah utama, selain bijak memanipulasi urusan perbankan melalui Internet.

Menurut sumber, lelaki berusia 40 tahun itu mempromosi perkhidmatannya menerusi iklan yang diedar atau ditampal di tempat tumpuan awam di kawasan tempat tinggal mangsa, beberapa bulan lalu.
Mangsa yang tertarik dengan iklan berkenaan kemudian menghubungi suspek sebelum diminta memberi butiran peribadi berserta nombor telefon.

“Suspek kemudian menghubungi semula mangsa dan mengarahkannya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun, dengan janji nombor ramalan yang akan diberinya mampu menjadikan mangsa kaya raya.

“Selepas mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan, dia masih tidak diberikan nombor ramalan dijanjikan. “Namun, lelaki itu licik memujuk dan meyakinkan mangsa sehingga membuat sembilan lagi transaksi membabitkan jumlah keseluruhan RM2.4 juta ke dalam beberapa akaun berbeza,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, mangsa hanya menyedari tertipu bulan lalu sebelum membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, berjaya menahan suspek di Alor Setar, Kedah Sabtu lalu.

Sumber itu berkata, ketika disoal siasat suspek memberitahu dia hanya bersekolah setakat darjah enam namun mengaku mempunyai kemahiran dalam sistem perbankan Internet.
“Bagi mengelakkan penipuannya dikesan polis, suspek yang mempunyai enam akaun bank akan segera memindahkan wang yang diterima daripada mangsa ke dalam akaun lain bertujuan menghapuskan bukti,” katanya.

Menurutnya, polis juga berjaya menemui semula wang RM2.4 juta yang disimpan secara berasingan dalam akaun milik suspek.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek terbabit dalam enam kes penipuan menggunakan modus operandi sama sejak awal tahun lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, semua mangsa mendakwa mereka seolah-olah dipukau sehingga tidak sedar ditipu biarpun hanya berurusan melalui telefon.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Dua JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sindiket pelacur terancang

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

TERDAPAT satu gerakan jenayah secara terancang dilakukan sindiket pelacuran yang diaturkan pendatang asing tanpa izin untuk merencanakan aktiviti persundalan mereka di Malaysia.
Perkara itu didedahkan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

“Sistem kawalan Pusat Pertukaran Pekerja Binaan dapat menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin yang diketahui mereka secara nyata masuk dalam radar kita.
“Adakah kerajaan akan menambah pusat kawalan ini kerana apa yang saya melihat ada gerakan seperti jenayah terancang yang mengaturkan pergerakan pendatang asing tanpa izin ini? “Pada peringkat awalnya mereka akan bertindak sebagai pelancong dan kemudiannya sengaja merencana supaya menstrukturkan kegiatan persundalan ini,” katanya.

Menjawab soalan berkenaan, Abu Seman berkata, sehubungan kawalan berkaitan kes membabitkan pelancongan ini, biasanya penguatkuasaan akan dilakukan di pintu masuk negara yang dikenal pasti kerap kali digunakan untuk masuk ke negara ini.

“Mereka yang disyaki kerap melakukan aktiviti seperti ini akan diekori dan jika benar berlaku kegiatan dimaksudkan, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.
Abu Seman berkata, memang benar tidak semua yang terbabit dalam aktiviti pelacuran melakukannya secara sukarela, sebaliknya ada yang menjadi mangsa sindiket dengan menawarkan gaji lumayan untuk bekerja di negara ini.

“Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan ia dijalankan Unit Antipemerdagangan Orang bertujuan menyelamatkan mangsa pelacuran diperdagangkan mana-mana orang.
“Dalam tempoh Ogos 2008 hingga 31 Oktober ini, KDN sudah mengambil tindakan terhadap 1,647 warga asing dan menyelamatkan mereka kerana disyaki menjadi mangsa pelacuran. Daripada jumlah itu, 569 disah mangsa kegiatan persundalan,” katanya.

Katanya, mereka yang menjadi mangsa ditempatkan di rumah perlindungan di bawah Perintah Perlindungan.

“Selain itu, 460 tangkapan dibuat terhadap mereka yang terbabit dengan aktiviti pemerdagangan manusia,” katanya.

88 tahun nanti gambar kahwin



IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi.
IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi.
NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan.
Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu.
Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka.

Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.

Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini.

Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu.

Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka.

Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan.

Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka.

Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM

Budak hampir ‘dibaham’ singa ketika bergambar di zoo



PARIS: Bukan setiap hari anda boleh berdepan dengan singa.
Tetapi itu yang sebenarnya berlaku pada seorang kanak-kanak yang bergaya untuk bergambar di sebuah zoo.

Kanak-kanak comel itu berdiri di depan kandang singa dan menanti ibu bapanya merakamkan gambar apabila seekor haiwan berkenaan menghampirinya. Video singkat kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah zoo Perancis menunjukkan kanak-kanak itu pusing ke belakang selepas diarah oleh seorang dewasa.
Sebaik memandang ke belakang, kanak-kanak itu mendapati seekor singa betina merenung tajam ke mukanya. Dia jelas terkejut dan takut sebelum berlari dari kandang berkenaan dengan singa itu masih merenungnya di sebalik dinding kaca yang mengelilingi kandang itu. Kanak-kanak yang berusia antara tujuh atau lapan tahun itu kemudian meninggalkan tempat berkenaan dengan tersenyum. Singa itu pula kelihatan kecewa.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan memuatnaikkan video itu ke Internet dengan menggunakan lagu filem Jaws sebagai muzik latar.

Mereka juga menulis: “Harimau lapar? Ia kelihatan begitu berminat dengan anak saya. Mujur ada tembok kaca.” Ada yang mengulas, singa itu kelihatan lebih ‘berminat untuk berkawan’ daripada untuk membaham kanak-kanak berkenaan. - DM

Gempa ragut 48 nyawa



SAN MARCOS (Guatemala): Satu gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda barat daya negara ini semalam, membunuh 48 orang dan mencederakan 150 yang lain, sementara ramai lagi yang masih hilang di dalam runtuhan puluhan kediaman.
Gempa bumi itu turut menggegarkan negara jiran Mexico dan El Salvador, mencetuskan amaran tsunami di pantai Salvador dan perpindahan keluar dari pejabat, kediaman dan sekolah hingga sejauh ke utara di bandar raya Mexico. “Kami meratapi kematian 48 penduduk, angka yang mungkin akan bertambah kerana masih ada 23 orang lagi yang masih hilang,” kata Presiden Otto Perez di ibu negara Guatemala selepas melawat kawasan bencana. Sebelum itu dia melaporkan angka kematian pada 39 orang.

Di Kampung San Cristobal Cucho, sebuah keluarga seramai 10 orang mati apabila kediaman mereka tertimbus dalam timbunan batu dan tanah yang runtuh dari sebuah bukit selepas gempa, kata datuk bandar Pedro Cardona.
“Keseluruhan kampung masih berkabung kerana seluruh keluarga terkorban akibat bencana daripada Tuhan,” katanya dalam televisyen tempatan. Mayat sepasang suami isteri dan enam anak mereka berusia empat hingga 15 tahun bergelimpangan di jalan raya hingga ke waktu malam menunggu untuk diuruskan petugas. Seramai 16,000 orang terjejas akibat gempa itu. Beberapa bandar kekurangan air minum atau bekalan elektrik ekoran kejadian gempa paling kuat di negara itu sejak 1976 apabila hampir 23,000 maut. - AFP