Thursday, November 15, 2012

JANGAN KITA HAMPIR KEPADA PERKARA YANG MEMBAHAYAKAN DIRI...JANGAN BERI RUANG HINGGA KITA DIPERKOSA

Dua korban treler 'terbang'

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

pix_middle
pix_topright
BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.
Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.

Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.
“Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.
Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.

Kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur terpaksa ditutup kira-kira dua jam untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula kira-kira 11.30 malam.


VIDEO:


Angkara mercun

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

PARAH...seorang daripada mangsa yang cedera ditetak.
PARAH...seorang daripada mangsa yang cedera ditetak.
ALOR GAJAH: Kegembiraan satu keluarga menyambut Deepavali berakhir tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka ditetak jiran dalam kejadian serangan di sebuah taman perumahan di pekan ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, C Rajendran, 48, dan anak lelakinya, V Yoganadan, 20-an, serta ahli keluarga lain berkumpul di rumah berkenaan.
Mereka didatangi lebih 10 lelaki yang meluru masuk dalam rumah berkenaan lalu menyerang membabi buta sebelum menetak kedua-dua mangsa dengan senjata tumpul dan tajam sebelum melarikan diri.

Sumber berkata, kumpulan itu turut memusnahkan beberapa peralatan dalam rumah mangsa dan menggunakan serpihan pasu bunga menyerang ahli keluarga berkenaan menyebabkan tiga mangsa termasuk seorang wanita cedera di kepala dan badan.

“Kumpulan itu menyerang keluarga berkenaan berikutan tidak berpuas hati melihat ramai saudara-mara mangsa datang dari jauh dan berkumpul bagi meraikan Deepavali.

Pam bayi dalam tandas

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
RAKAM...wanita dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.
SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.
GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Melalui rakaman CCTV itu, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Menurut sumber, pekerja itu yang takut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.

‘Belilah bang...’

Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

JUAL MURAH...seorang lelaki tempatan menawarkan telefon kepada pelancong.
JUAL MURAH...seorang lelaki tempatan menawarkan telefon kepada pelancong.
PUJUK...anggota kumpulan terbabit (kanan) meyakinkan pengunjung Taman KLCC untuk membeli gajet.
PUJUK...anggota kumpulan terbabit (kanan) meyakinkan pengunjung Taman KLCC untuk membeli gajet.
KUALA LUMPUR: ‘Abang, belilah (sambil menunjukkan iPhone 4s). Saya bagi abang harga RM800, siap kotak dan pengecas telefon sekali.’
Demikian tawaran seorang lelaki tempatan kepada wartawan Harian Metro ketika membuat tinjauan penjualan gajet secara haram di Taman KLCC, di sini, semalam.

Hasil perbualan bersama lelaki terbabit, gajet yang dijualnya tulen, tetapi tiada jaminan ganti rugi atau pertukaran sekiranya rosak seperti dijual di kedai telefon bimbit.
“Biasanya saya jual kepada pelancong asing sehingga RM1,800 sebuah telefon bimbit jenis ini dan mereka membelinya disebabkan harga murah.

“Kalau orang kita (tempatan) saya jual RM800. Tetapi, hari ini, saya boleh kurangkan harga, jika abang mahu,” katanya.

Tinjauan di sini, semalam, mendapati lelaki terbabit bergerak secara berkumpulan dan berlagak seperti pengunjung di taman berkenaan.
Mereka akan mengenal pasti pengunjung sebelum menghampiri dan menawarkan gajet berkenaan yang disimpan dalam sebuah beg kecil.

Pelancong dari Iran yang mahu dikenali sebagai Ahmed, 39, mengakui didatangi dua lelaki tempatan dan menawarkan iPhone 4s dengan harga RM1,500.
“Ketika itu, saya duduk berehat di kawasan taman ini. Tiba-tiba dua lelaki menghampiri saya sebelum seorang daripadanya mengeluarkan telefon terbabit dan mahu menjualnya.

“Malah, mereka juga meyakinkan saya telefon itu tulen dengan menunjukkan perisian didalamnya. Bagaimanapun, saya menolak untuk membelinya kerana saya sudah memiliki telefon itu,” katanya.

Selain Ahmed, warga tempatan Liza Osman, 35, turut mengakui didatangi kumpulan lelaki terbabit sebelum menawarkan telefon bimbit yang murah.

“Ketika itu, saya membawa rakan dari Indonesia untuk datang bersiar-siar di sini. Kemudian beberapa lelaki menghampiri kami dan menawarkan iPhone 4s dengan harga RM500.

“Harganya terlalu murah menyebabkan kami bimbang sekiranya ia tiruan ataupun dicuri,” katanya.

Menurut Liza, kehadiran kumpulan lelaki terbabit yang menjual gajet secara haram di situ boleh mencemarkan Taman KLCC sebagai antara pusat pelancongan utama Malaysia.

Pendapat itu dipersetujui Zuraidi Razak, 28. Beliau yang berasal dari Marang, Terengganu dan bercuti di sini menyifatkan orang ramai boleh ditipu memandangkan urusan dilakukan tanpa resit dan jaminan kerosakan barang.

“Jika ia terus berleluasa dan ramai pelancong yang tertipu, sudah tentu ia menyebabkan tempat ini tercemar. Sudah tentu mereka berasa tidak selamat untuk berkunjung ke sini kerana bimbang dikenakan dengan sindiket penjualan gajet seperti ini.

“Saya berharap pihak berkuasa memantau kawasan ini bagi memastikan kegiatan ini tidak berleluasa kerana sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan imej KLCC,” katanya.

Padah gadis tidur rumah lelaki



PUCHONG: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa lelaki dikenalinya serta beberapa lagi lelaki selepas dia dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota, Ahad lalu.
Difahamkan, budak perempuan itu ke rumah rakan perempuannya di Puchong Perdana, tetapi berlaku perselisihan faham menyebabkan dia keluar dan menghubungi seorang rakan lelakinya berusia 20-an yang tinggal berhampiran.

Malangnya, tindakannya itu membawa padah apabila dia bukan saja diperkosa lelaki itu, malah beberapa lagi rakan lelaki berkenaan.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dibawa ke rumah lelaki berkenaan terlebih dulu, sebelum dibawa berjumpa beberapa lagi lelaki, juga berusia awal 20-an.

“Dia dibawa menunggang motosikal ke ibu kota dan beberapa jam kemudian, mereka pulang ke rumah lelaki terbabit kerana kepenatan. “Lelaki itu menyuruh mangsa tidur di rumah berkenaan dan berjanji menghantarnya pulang esok dan budak perempuan itu tidur dalam sebuah bilik berasingan,” katanya.

Menurut sumber, seorang lelaki menyuruhnya membuka pintu bilik dengan alasan mahu mengambil bantal.
“Sebaik membuka pintu, mereka masuk ke dalam bilik lalu memegang mangsa, meraba tubuhnya sebelum memperkosanya bergilir-gilir,” katanya.

Katanya, mangsa berjaya menyusup keluar selepas suspek kepenatan sebelum meminta bantuan seorang rakan dan membuat laporan polis, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan kejadian.

Biarlah sendiri’

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: Seorang guru wanita sanggup berstatus andartu dan melupakan hajatnya mendirikan rumah tangga demi menjaga dua kakak dan seorang adik perempuannya yang terlantar sakit akibat penyakit misteri.
Nor Azian Yop Kamaruddin, 55, guru bahasa Perancis di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini, berkorban demi dua kakaknya, Aishah, 71, dan Nor Aziah, 60, serta adiknya, Azimah Yun, 49, yang bergelar orang kelainan upaya (OKU) sejak kecil.

Tugas berat itu dipikul Nor Azian selepas kematian ibunya, Yun Mohd Daud, 70, pada 1994 dan bapanya, Yop Kamaruddin Abdul Rahman, 80, dua tahun lalu.
Lulusan ijazah bahasa Perancis dari University of Franche-Comte, Besancon, Perancis, itu terus menerima nasib malang apabila lima adik-beradiknya yang lain meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu menyebabkan tugas menjaga adik dan kakaknya ditanggungnya sendirian.

Ketiga-tiga mereka bukan saja terlantar di atas katil sepanjang masa, malah mengalami kesukaran bercakap dan berjalan, sebaliknya hanya mampu mengensot.

Lebih malang, doktor yang merawat ketiga-tiga beradik itu sukar mengesan penyakit sebenar mereka, namun ia mungkin ada kaitan dengan penyakit misteri dikenali sebagai sindrom ‘Addison’ apabila tubuh mereka tidak dapat mengeluarkan hormon mencukupi.
Nor Azian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Stesen, di sini, semalam berkata, perkahwinan bukan menjadi keutamaan selepas pulang ke Malaysia sejurus menamatkan pengajian pada 1988 sebaliknya menjaga saudara kandung sehingga akhir hayat lebih penting.

Beliau berkata, dia mengambil alih menjaga kakak dan adiknya itu selepas bapa dan ibunya meninggal dunia dengan dibantu seorang abangnya yang kini berada di Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, saya dipertanggungjawabkan sepenuhnya menjaga mereka. Saya tidak kisah dicemuh asalkan dapat memberi jagaan sempurna buat mereka.

“Saya juga bersyukur kerana tugas berkenaan dibantu seorang pembantu rumah warga Indonesia yang setia bersama keluarga kami sejak 13 tahun lalu,” katanya.

Katanya, dia sering berdoa agar diberi kesihatan baik untuk memikul tugas berat itu dan bimbang nasib adik dan kakaknya itu terutama selepas dia meninggal dunia kelak.

“Saya hanya bimbang keadaan mereka jika sesuatu yang buruk berlaku kepada saya kelak. Bagaimana nasib mereka jika saya tiada.

“Buat masa ini, hanya saya menanggung keperluan mereka termasuk gaji pembantu rumah dan segala keperluan harian lain termasuk makanan,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, ketiga-tiga saudaranya itu tidak mempunyai MyKad, sekali gus menyukarkan mereka mendapat bantuan terutama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Nasib malang dihadapi Nor Azian mendapat perhatian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak apabila Pengarahnya, Alias Mamat berkunjung ke rumahnya pagi semalam bagi menyerahkan MyKad kepada tiga beradik OKU itu.

Alias berkata, sebelum, ini, ketiga-tiga mereka hanya mempunyai sijil kelahiran namun, dokumen itu tidak cukup untuk memohon sebarang bantuan kewangan daripada agensi berkaitan.

“Kami berharap ketiga-tiga mereka dapat menggunakan MyKad berkenaan untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung kos sara hidup yang ditawarkan beberapa agensi kerajaan,“ katanya.

Elak pasang jeriji ‘mati’

KUALA LUMPUR: “Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah lama diedarkan secara percuma kepada orang ramai sejak tahun 1990-an lagi.
“Cuma kami tidak tahu berapa ramai yang ikut panduan itu walaupun pemasangan openable grille (jeriji boleh buka) sangat mudah dan tidak memerlukan kepakaran khusus,” kata Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, Datuk Rusmani Muhamad.

Menurut beliau, pemasangan jeriji ‘mati’ atau tidak boleh buka pada kebanyakan kediaman sebenarnya lebih bertujuan untuk mencegah pencerobohan dan bukannya memudahkan usaha menyelamat dari aspek kebombaan.
Rusmani berkata, sejak buku garis panduan itu diedarkan lebih 20 tahun yang lalu, JPAM sentiasa mengingatkan orang ramai supaya memasang jeriji menggunakan mekanisma yang betul. “Memang tiada sebarang larangan memasang jeriji pada kediaman, tetapi pemasangan jeriji mengikut spesifikasi disyorkan itu mungkin dapat menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kebakaran.

“Nasihat ini banyak kali diingatkan pada program JBPM bersama pengguna, malah turut diiklankan di dalam media cetak dan elektronik, tetapi pengguna mungkin mahukan jeriji yang lebih murah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambahnya, kos pemasangan openable grille mungkin mahal sedikit menyebabkannya jeriji ‘mati’ menjadi pilihan kebanyakkan pengguna tanpa menyedari keburukannya yang boleh menjadi sebuah perangkap maut.
Dalam kejadian di Taiping, Perak kelmarin, tiga sekeluarga dan orang gaji mereka rentung dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan bumbung banglo rumah dua tingkat yang didiami.

Telan 220 butir berlian



BERLIAN yang cuba diseludup dikeluarkan selepas lelaki itu diberi makan julap.
BERLIAN yang cuba diseludup dikeluarkan selepas lelaki itu diberi makan julap.
JOHANNESBURG: Seorang penyeludup menelan 220 butir berlian bernilai RM7 juta sebelum cuba menaiki sebuah pesawat, semalam.
Penyeludup warga Lubnan yang namanya tidak didedahkan dan berusia 25 tahun, ditahan ketika menaiki sebuah pesawat yang hendak berlepas dari Johannesburg ke Dubai.

Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo memberinya makan julap untuk memaksa berlian berkenaan keluar dari sistem penghadamannya.
Polis mengesahkan menahan suspek di pintu masuk selepas menerima maklumat.

“Lelaki itu sudah bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang dengan berlian di dalam perutnya.

“Pegawai kami menerima maklumat mengenai kegiatannya dan menahannya di lapangan terbang. “Dia kemudian dibawa untuk pemeriksaan dan kami menemui 220 berlian di dalam perutnya yang bernilai 20 juta rand (RM7 juta),” kata jurucakap polis, Paul Ramaloko.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan menelan berlian itu sebelum tiba di lapangan terbang atau menelannya kerana cemas selepas nampak polis di pintu masuk ke pesawat.

“Tidak wajar bagi kami untuk meramalkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Lelaki itu diperiksa secara menyeluruh sebelum berlian itu ditemui.

“Kami tidak pasti sama ada dia menelannya sebelum tiba di lapangan terbang atau ,ketika ditahan,” kata Ramaloko.

Suspek ditahan oleh pasukan unit elit polis Afrika Selatan, ‘Hawks,’ dan dijadual dihadapkan ke mahkamah esok.

Menurut Ramaloko, penahanan semalam adalah yang kedua selepas seorang lagi lelaki Lubnan berusia 27 tahun ditangkap di lapangan terbang sama Mac lalu. - DM

China pamer helikopter penyerang baru



SHANGHAI: China semalam mempamerkan sebuah helikopter penyerang baru yang dikatakan setanding dengan pesawat seumpanya yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat dan Russia.
Sebuah unit Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC) menunjukkan buat kali pertama kepada awam helikopter WZ-10 atau ‘Thunder Fire’ di pameran udara di Zhuhai, Guangdong.

Akhbar China Daily melaporkan, Beijing mempamerkan pelbagai kelengkapan tentera, termasuk dron baru dan sebuah model jet pejuang generasi akan datang di pameran berkenaan. Ia selaras dengan usaha negara itu untuk membangunkan sendiri keupayaan ketenteraannya dan pada masa sama, mencari pelanggan untuk produknya.
Lebih 30 perwakilan tentera asing menghadiri pameran berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.

Helikopter penyerang itu yang direka untuk misi antikereta kebal, bertujuan menyaingi AH-64 Apache Amerika Syarikat dan Mil Mi-28 Russia, lapor China Daily yang memetik kenyataan beberapa pakar China.

AVIC turut mempamerkan sebuah lagi helikopter pada pertunjukan itu - WZ-19, atau ‘Black Tornado,’ yang direka untuk misi sokongan kepada tentera darat, lapor akhbar itu. - AFP

Wednesday, November 14, 2012

AGAK2 LAH....GUNAKANLAH FIKIRAN YANG WARAS

Empat dikhuatiri lemas

ANGGOTA bomba mencari sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Padang Kerbau di Pendang, Kedah semalam.


PENDANG – Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini semalam.
Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semalam.
Kosmo! difahamkan kesemua mangsa mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.
Seorang penduduk, Siti Fatimah Husin, 34, memberitahu, ketika kejadian dia berada di bahagian bawah rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter dari lokasi.
“Ketika saya bersama keluarga makan tengah hari, tiba-tiba terdengar satu bunyi ‘boom’ seperti ada benda besar jatuh ke dalam sungai.
“Saya jenguk ke arah sungai, saya mendapati ada kereta terjatuh ke dalamnya dan kemudian saya beritahu jiran.
“Tidak lama kemudian kereta itu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Agensi mungkin gulung tikar


Isu pembantu rumah asing perlu ditangani secara bijaksana demi kebaikan semua pihak. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Agensi-agensi pembekal pembantu rumah Indonesia di negara ini bakal berdepan risiko gulung tikar jika kos pengambilan tenaga kerja itu dikekalkan pada harga RM4,511 seperti dipersetujui Malaysia dan Indonesia.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap), Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan harga itu memandangkan kos sebenar bagi membawa masuk seorang pembantu rumah adalah jauh lebih tinggi.
"Berdasarkan kos RM4,511 yang dipersetujui, majikan membayar RM2,711 manakala RM1,800 dibayar pembantu rumah yang akan dipotong majikan daripada gaji sebanyak RM300 selama enam bulan.
"Jumlah itu tidak mengambil kira kos ditanggung agensi sebagai perantaraan yang perlu membayar Pihak Tempatan Indonesia (PTI) untuk mencari wanita negara itu yang mahu menjadi pembantu rumah di mana agensi tidak mempunyai kuasa untuk tawar-menawar harga ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini.
Raja Zulkepley mengulas dakwaan Persatuan Majikan Amah Malaysia yang mempersoalkan permintaan Pikap kepada kerajaan supaya harga itu dikaji semula atas alasan ia terlalu rendah.

Polis ambil keterangan 10 saksi kes rogol

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengambil keterangan 10 orang saksi bagi membantu siasatan kes tiga anggotanya yang didakwa memperkosa seorang wanita Indonesia ketika ditahan di Balai Polis Perai, Bukit Mertajam dekat sini 9 November lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan berhubung dakwaan yang dibuat wanita berusia 25 tahun itu hampir selesai 95 peratus selepas penahanan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah terbabit.
Menurut beliau, sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut dan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya (DPP) bagi membuat pertuduhan ke atas anggota terlibat.
“Kita telah menahan kerja ketiga-tiga anggota untuk siasatan lanjut sehingga pertuduhan dibuat di mahkamah nanti dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 10 November.
“Polis akan menjalankan siasatan secara telus dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk mengambil tindakan tegas terhadap anggota tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini

Kosmetik tiruan pembunuh senyap

KUALA LUMPUR – Ramai wanita yang menggunakan produk kosmetik tiruan tidak menyedari bahawa barangan tersebut sebenarnya merupakan pembunuh senyap termasuk boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada otak.
Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Beng berkata, kosmetik tiruan mengandungi campuran bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia.
“Penggunaan kosmetik tiruan dalam tempoh panjang menyebabkan bahan kimia berbahaya itu meresap ke dalam liang kulit seterusnya berkumpul dan meningkatkan jumlah toksik dalam badan.
”Pengguna boleh terdedah kepada risiko kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka menjadi cacat akal atau menghidap penyakit Alzheimer pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Antara risiko penyakit yang mengancam pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis (penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata, masalah jantung, buah pinggang dan gangguan sistem saraf.

Empat maut banglo terbakar


ANGGOTA bomba menjalankan siasatan selepas api dapat dipadamkan sepenuhnya.


TAIPING - Jeritan seorang kanak-kanak sebaik ternampak api berjaya menyelamatkan nyawa lima ahli keluarganya namun pada masa sama terpaksa menerima hakikat bahawa empat yang lain terkorban dalam kebakaran sebuah banglo di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang dekat sini semalam.
Kejadian pukul 12.24 tengah malam itu mengakibatkan akauntan Royal Bank of Scotland di Kuala Lumpur, Mohd. Hakimi Zubair, 40; isterinya, seorang pakar IT, Leila Sahak, 40; anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Rizki, warga Indonesia, lemas akibat terhidu banyak asap.
Mayat Mohd. Hakimi ditemui di pintu keluar ke balkoni manakala tiga mangsa lain ditemui di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan. Kesemua mangsa tidur di tingkat atas banglo berkenaan.
Mohd. Hakimi dan Leila yang masing-masing merupakan graduan dari University of Liverpool dan University of Manchester, United Kingdom sepatutnya pulang ke ibu negara petang kelmarin. Mereka berada di Taiping kerana bercuti.
Leila berasal dari Jambatan Duyong, Melaka.

Tarik, seret, pijak warga emas


ANGGOTA polis memeriksa dua tong gas Oxy Acetelyne yang ditinggalkan penjenayah.


PUCHONG - Seorang pekerja sebuah stesen minyak tidak menyangka tindakannya pergi kerja seawal pukul 6 pagi dapat menyelamatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam premis itu daripada disamun empat lelaki walaupun dia sendiri cedera ringan akibat dipijak semalam.
Kejadian di Batu 13, Jalan Klang-Puchong di sini itu berlaku apabila mangsa yang berusia 60 tahun terdengar orang berbual dari dalam premis sebaik dia sampai di stesen minyak itu.
Dia kemudian menjengah melalui cermin pintu sebelum ternampak percikan api berdekatan ATM.
Namun, tidak sempat dia hendak membuat pemeriksaan lanjut, dua lelaki bersenjatakan batang besi yang sedang berkawal di luar premis telah menarik dan mengheret mangsa ke belakang kedai sebelum memijak badannya. Suspek ketika itu memakai topi keledar.
Ketika dipijak, mangsa ternampak dua lagi lelaki yang juga memakai topi keledar bergegas keluar melalui pintu belakang premis sebelum keempat-empat penjenayah melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal. Dia kemudian menghubungi polis.

Lelaki miliki diesel subsidi ditahan

SEORANG anggota penguat kuasa PPDNKK Sarawak
memeriksa tangki berisi minyak diesel bersubsidi di Kuching semalam.


KUCHING – Tembelang seorang pemilik premis kedai yang menjalankan kegiatan menjual minyak diesel bersubsidi tanpa lesen terbongkar apabila dia ditahan di Jalan Penrissen, Batu 9 di sini semalam.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, lelaki berusia 30-an tersebut ditahan oleh empat pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak.
Terdahulu, lelaki tersebut cuba menyogok empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta dua pegawai Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NRED) yang memeriksa premis itu kira-kira pukul 11 pagi.
Pengarah PPDNKK Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, susulan maklumat daripada pegawai NRED, pegawainya menyerbu premis tersebut dan menemui satu tangki besar mengandungi 10,000 liter minyak diesel bersubsidi.
“Kita juga menemui lapan buah tong berisi 8,000 liter minyak diesel di dalam sebuah lori di luar premis tersebut.
“Jumlah anggaran rampasan termasuk harga lori melebihi RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ejen ah long ketuk pintu rumah

KUALA LUMPUR – Pelbagai taktik licik digunakan oleh sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long untuk menjerat orang awam supaya meminjam daripada mereka.
Kali ini, modus operandi lintah darat itu menyasarkan penduduk kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang.
Mereka menjadikan warga PPR sebagai mangsa berikutan ramai penghuninya menghadapi masalah kewangan dan ia ibarat umpan kepada mereka mendekati penduduk dan menawarkan pinjaman mudah kepada mangsanya.
Malah, ada sebahagian daripada ahli sindiket mengetuk pintu dari rumah ke rumah di kawasan PPR bagi mempromosikan perkhidmatan mereka.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah PPR mendapati, kehadiran ah long mengedar risalah dan iklan ke dalam peti surat berlaku hampir setiap hari.
Pelbagai jenis iklan untuk menarik perhatian penghuni PPR seperti perkataan Pinjam RM1,000 Dapat RM1,000 diedarkan di kesemua peti surat kediaman PPR terbabit.

Syarikat fesyen minta maaf isu perhiasan kepala


KLOSS memakai perhiasaan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada pertunjukan fesyen Victoria's Secret di New York pada 7 November lalu.


FLAGSTAFF - Syarikat fesyen Victoria's Secret meminta maaf ekoran seorang modelnya, Karlie Kloss memakai satu perhiasan kepala seperti yang dipakai ketua perang penduduk pribumi Amerika Syarikat.
Permohonan maaf itu dibuat selepas perhiasan tersebut dikritik kerana ia dianggap tidak menghormati kebudayaan dan sejarah penduduk pribumi.
"Kami dengan ikhlas meminta maaf kerana kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan sesiapa," kata syarikat berkenaan.
Perhiasan kepala yang mempunyai sejumlah pelepah bulu haiwan itu merupakan simbol penghormatan untuk ketua-ketua perang dan pahlawan penduduk pribumi.
Pada 7 November lalu, Kloss memakai perhiasan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada satu pertunjukan fesyen syarikat berkenaan di New York.
Model itu memakai perhiasan tersebut ketika dia hanya memakai coli dan seluar dalam.
Bagaimanapun, Kloss meminta maaf menerusi laman Twitter jika pemakaian perhiasan kepala itu telah mengaibkan pihak-pihak tertentu. - Agensi

Kerja-kerja gali kubur Arafat bermula


GAMBAR fail menunjukkan kubur Arafat di Ramallah, Palestin pada 29 Januari 2009.


RAMALLAH - Kerja-kerja untuk menggali kubur bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) bermula di sini semalam yang akan berakhir selama lebih dua minggu.
Kubur Arafat digali bagi tujuan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kematian sebenar bekas pemimpin tersebut.
Arafat meninggal dunia pada 11 November 2004 di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis.
Rekod-rekod perubatan menunjukkan beliau meninggal dunia akibat pendarahan otak.
Bagaimanapun, pihak pendakwa raya Perancis membuka siasatan kematian Arafat pada Ogos lalu selepas stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan kenyataan pakar-pakar Switzerland bahawa bahan radioaktif polonium ditemui pada barang milik bekas pemimpin tersebut.
"Mereka (para pekerja) mula memindahkan konkrit dan batu dari bangunan kubur Arafat dan kerja-kerja akan berakhir selama hampir 15 hari," kata satu sumber Palestin.
Menurutnya, kerja-kerja penggalian akan dihentikan apabila bahagian yang hampir dengan tempat mayat Arafat ditanam ditemui.
Mayat Arafat itu tidak akan dialihkan sehingga ketibaan anggota pendakwa raya Perancis, pakar-pakar Switzerland dan para penyiasat Rusia.
Perancis telah menamakan satu panel hakim untuk melancarkan siasatan terhadap kematian Arafat.
Hakim-hakim tersebut akan melawat bangunan kubur bekas pemimpin Palestin itu. - Agensi

Doa depan iPad, komputer riba, telefon bimbit


BEBERAPA peniaga berdoa di depan iPad, komputer riba dan telefon bimbit di pejabat mereka di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Satu majlis berdoa di depan komputer tablet iPad, komputer riba dan telefon bimbit diadakan oleh para usahawan sempena sambutan Hari Deepavali di sini semalam.
Majlis itu diadakan dengan harapan perniagaan mereka akan bertambah maju.
Akhbar dalam talian Indian Today melaporkan Setiausaha Agung Konfederasi Pedagang-Pedagang India, Praveen Khandelwal menyatakan para peniaga memuja beberapa peralatan moden perniagaan sempena perayaan itu. - Agensi

Pertandingan janggut di Las Vegas




LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang peserta Austria, Fritz Sendlhofer memenangi pingat emas pada pertandingan janggut kategori Gerabaldi di sini pada Ahad lalu.
Dia turut memenangi Anugerah Pilihan Orang Ramai dan bonus sebanyak AS$1,000 (RM3,066).
Seorang peserta Jerman, Hans-Peter Weis memenangi pingat emas bagi kategori janggut gaya bebas. - Reuters

Majlis Kebangsaan Syria minta diiktiraf Barat

BEBERAPA orang berlari apabila sebuah jet tentera Syria melancarkan serangan di bandar Ras al-Ain di sempadan Turki semalam.


KAHERAH - Ketua sebuah perikatan yang menentang Presiden Bashar Al-Assad mendesak supaya negara-negara Eropah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria sebagai pemerintah yang sah.
Ketua perikatan itu, Mouaz Al-Khatib juga meminta dana untuk membeli senjata bagi membolehkan rejim Bashar ditumbangkan.
"Apabila kami memperoleh pengiktirafan, ia akan menyebabkan perikatan tersebut bertindak sebagai pemerintah dan memperoleh senjata sekali gus akan menyelesaikan masalah kami," katanya.
Majlis Kerjasama Teluk yang mempunyai enam anggota telah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria bagi mewakili penduduk negara itu.
Liga Arab turut memberi sokongan terhadap majlis tersebut.
Keluarga Bashar telah memerintah Syria selama 42 tahun.
Seramai 38,000 orang dilaporkan terbunuh selepas kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Para penentang Bashar mewujudkan sejumlah kumpulan di bandar-bandar bagi menentang tentera presiden.
Kumpulan tersebut mahu Bashar digulingkan selepas beliau gagal membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara.
Jet-jet tentera Syria turut melancarkan serangan di bandar sempadan dengan Turki, Ceylanpinar semalam.
Beberapa buah jet pejuang tentera juga membedil rumah-rumah di Ras al-Ain dekat sempadan Turki. - Agensi

JANGAN RASA HEBAT AJE...DIWACANA AJE...HUKUMNYA TAK MAU LAKSANA...HIDUP TAK BERPANDU QURAN....SEMBANG AJE HEBAT...TAPI TAK DIGUNA PAKAI...AKHIRAT KORANG JAWAB JE LE

Gerhana matahari penuh di utara Australia

BENTUK cincin berikutan gerhana matahari yang dapat dilihat di Palm Cove.


PALM COVE, Australia - Puluhan ribu orang berhimpun di utara Australia untuk memerhatikan fenomena gerhana matahari penuh semalam.
Mereka menyaksikan bulan melintasi matahari sekali gus menyebabkan suasana gelap berlaku di sekitar wilayah Queensland.
Bulan perlahan-lahan bergerak melindungi matahari yang menyebabkan terbentuknya fenomena lingkaran cincin.
Perjalanan gerhana matahari itu berlaku pada waktu yang singkat selepas waktu subuh.
Gerhana itu juga boleh disaksikan di Taman Negara Garig Gunak Barlu, Wilayah Utara yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur Darwin.
Secara keseluruhan gerhana itu berlaku selama dua minit bermula pukul 6.38 pagi waktu tempatan semalam.
Kebanyakan mereka yang menyaksikan gerhana itu memakai cermin mata khas bagi melindungi mata mereka.
"Wow, serangga dan burung tidak berbunyi," kata seorang pelancong yang menyaksikan gerhana itu, Geoff Scott di laman Twitter.
Seorang lagi pelancong, Stuart Clark turut membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan gerhana itu amat cantik.
Para saintis kini mengkaji kesan gerhana itu terhadap kehidupan marin di Terumbu Karang Besar dan burung-burung di hutan Queensland.
Sejumlah pelancong dan saintis menyaksikan fenomena tersebut yang berlaku buat kali pertama dalam tempoh 1,300 tahun di utara negara ini.
Seramai 50,000 hingga 60,000 orang sanggup datang ke utara negara ini untuk menyaksikan fenomena itu.
Sebanyak tiga penerbangan ditempah khas bagi membawa 1,200 saintis dari Jepun ke wilayah tersebut.
Kali terakhir gerhana penuh itu berlaku ialah 11 Julai 2010 di kawasan Pasifik Selatan.
Gerhana penuh akan berlaku pada 20 Mac 2015 di Iceland, Kepulauan Faroe dan Kepulauan Svalbard di Norway.
Bagi kalangan penduduk asli Australia, bulan itu kerap dianggap sebagai lelaki manakala matahari mewakili perempuan.
"Sebahagian (penduduk asli Australia) percaya, matahari bercinta dengan lelaki tetapi ia (matahari) tidak dapat membalas perasaan cinta menyebabkan matahari mengejar bulan di langit," kata seorang pakar astronomi penduduk asli Australia, Duane Hamacher. - Agensi

Pekerja-pekerja di selatan Eropah lancar mogok


SEJUMLAH penunjuk perasaan berhimpun pada tunjuk perasaan bagi membantah dasar penjimatan pemerintah di Rom, Itali semalam.


MADRID - Pekerja-pekerja di seluruh selatan Eropah melancarkan mogok bagi membantah terhadap pengumuman dasar langkah penjimatan dan kenaikan cukai yang diumumkan di empat buah negara semalam.
Mogok itu menyebabkan operasi kilang-kilang dan lebih 700 penerbangan dibatalkan.
Beberapa pemimpin dunia dan pakar ekonomi berkata, langkah itu dianggap perlu bagi membetulkan dasar kewangan awam selepas bertahun-tahun pemerintah terlebih belanja.
Bagaimanapun, pihak kesatuan sekerja melancarkan mogok umum di Sepanyol, Portugal, Greece dan Itali bagi membantah langkah penjimatan perbelanjaan yang dilaksanakan pemerintah.
Menurut Gabungan Kesatuan Sekerja Perdagangan Eropah, mogok melibatkan empat buah negara itu dilakukan secara serentak buat kali pertama.
"Di sesetengah negara kemarahan rakyatnya sudah sampai ke peringkat kemuncak," kata setiausaha agung gabungan kesatuan, Bernadette Segol.
"Kami memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan ekonomi kembali ke landasan yang betul, bukan dengan mengadakan langkah-langkah penjimatan.

BEBERAPA pekerja melancarkan mogok di sebuah landasan kereta api di Brussels.


"Para pemimpin Eropah melakukan kesilapan besar jika tidak mendengar suara rakyat yang membuat bantahan di jalan-jalan raya," tambahnya.
Mogok itu telah menjejaskan operasi beberapa buah kilang termasuk kilang kereta Volkswagen di utara Navarra dan Ford di timur Valencia, lapor media Sepanyol.
Di Portugal, mogok telah menjejaskan perkhidmatan komuter, feri, kereta api, kutipan sampah dan kesihatan apabila 90 peratus kakitangan hospital turut menyertai bantahan yang diadakan itu.
Lebih 40 buah bandar sekitar Portugal menjadi pusat bantahan terhadap dasar langkah penjimatan yang diumumkan pemerintah.
Mogok turut menyebabkan industri penerbangan terjejas teruk apabila syarikat penerbangan Iberia, Iberia Express, Air Nostrum, Vueling, Air Europa dan easyJet membatalkan lebih 600 penerbangan termasuk 250 penerbangan antarabangsa. - Agensi

Lelaki berwajah harimau ditemui mati


AVNER ditemui mati di rumahnya di Tonopah, Amerika Syarikat pada 5 November lalu.


TONOPAH, Nevada - Seorang lelaki yang melakukan beberapa pembedahan muka selama beberapa tahun supaya wajahnya kelihatan mirip harimau betina ditemui mati di rumahnya di sini, lapor beberapa buah akhbar kelmarin.
Lelaki itu, Dennis Avner yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Amerika Syarikat ditemui mati pada 5 November lalu.
Menurut portal berita The Huffington Post, Pejabat Syerif Daerah Nye mengesahkan kematiannya tetapi enggan memberikan maklumat lebih lanjut.
Punca kematiannya masih belum didedahkan tetapi terdapat spekulasi bahawa dia mungkin membunuh dirinya.
Seorang rakan Avner, Shannon Larratt menyatakan dalam laman blognya, Avner menghadapi pergolakan dalam kehidupan dan cuba membunuh dirinya ketika berusia 54 tahun baru-baru ini.
Lelaki itu melakukan pembedahan termasuk di bibir atas, telinga, menanam silikon pada pipi dan dahi, menajamkan gigi, mencacah tatu serta bertindik.
Dia merupakan penduduk suku kaum Red Indian.
"Saya merupakan seorang Huron (suku kaum Red Indian) dan mengikut tradisi lama yang mengubah diri untuk menjadi seekor harimau," kata Avner di laman webnya. - Agensi

KP Kesihatan mengaku khalwat


HASAN dan pasangannya yang ditangkap berkhalwat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.
Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh.
Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.
Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.
“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.

Salah guna duit umrah RM291,250


JAMLEE dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas menghadapi 34 tuduhan pecah amanah bayaran pakej umrah.


MELAKA – Seorang pemilik sebuah agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 34 tuduhan pecah amanah melibatkan bayaran pakej umrah bernilai RM291,250.
Jamlee Mohd. Zid, 41, dari Lorong 21, Bukit Piatu di sini didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di J & J Travel & Tours Sdn. Bhd., No 16-D, Jalan Permata 14, Taman Harta Permata, Bukit Baru di sini antara 23 Ogos tahun lalu hingga 5 Februari lepas.
Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang bayaran pakej umrah membabitkan 34 pelanggannya untuk tujuan peribadi.
Kesemua 34 pertuduhan tersebut melibatkan pembayaran yang setiap satunya berjumlah antara RM4,370 hingga RM45,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Pasang jeriji automatik elak jadi korban

KUALA LUMPUR - Setiap pemilik rumah disaran supaya menggunakan jeriji automatik berkuasa bateri yang mudah dibuka pada tingkap dan pintu rumah supaya penghuni dapat meloloskan diri jika berlaku kebakaran.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, jeriji automatik dapat mengurangkan risiko kematian dalam kebakaran kerana penghuni rumah hanya perlu menekan butang untuk membuka jeriji tersebut.
"Kita menasihatkan pemilik rumah supaya memasang jeriji seumpama itu kerana ia bukan sahaja mudah untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran tetapi juga dapat mencegah jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau mengulas tragedi kebakaran sebuah rumah banglo dua tingkat yang meragut empat nyawa iaitu sepasang suami isteri, seorang anak lelaki serta seorang pembantu rumah warga Indonesia apabila kesemua mangsa lemas terhidu asap tebal di Taiping, Perak kelmarin.
Dalam kejadian itu, Mohd. Hakimi Zubair, 40, Pengarah Korporat Royal Bank of Scotland Kuala Lumpur, isterinya, Leiha Sahak, 40, pakar teknologi maklumat sebuah syarikat swasta di ibu negara, anak mereka Ahmad Faris, 3, dan pembantu rumah yang dikenali sebagai Rizki ketika itu berada di tingkat dua rumah tersebut.

Warga Amerika Latin disyaki pecah mesin ATM


DUA lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes pecah mesin ATM di pasar raya besar Carrefour, Wangsa Maju pada Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti tiga lelaki Amerika Latin disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan samun dan pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar ibu negara baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati tiga lelaki warga asing yang berusia 20 hingga 40 tahun itu terlibat lebih daripada enam kes pecah mesin ATM.
Suspek-suspek sama juga dipercayai melakukan jenayah yang sama di Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut beliau, selain melakukan jenayah pecah mesin ATM, suspek-suspek terbabit juga disyaki melakukan jenayah menyamun orang awam yang baru keluar dari bank-bank.
"Anggota kumpulan ini akan mengekori mangsa yang mengeluarkan wang di bank atau mesin ATM sebelum menyamun mereka," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Chin Wah berkata, kumpulan suspek tersebut juga disyaki terlibat dengan kes-kes pecah rumah di kawasan Taman Tun Dr. Ismail dan Taman Midah, Cheras.
Dalam pada itu, kata beliau, polis mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun dan pecah mesin ATM di pasar raya besar Carrefour Wangsa Maju pada 1 Julai lalu yang mengakibatkan kerugian RM1.17 juta.

5 penjenayah Geng Latin tumpas


ZAHEDI (kanan) bertanyakan sesuatu mengenai barangan yang dirampas daripada kumpulan Geng Latin pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Kegiatan jahat lima lelaki Colombia bergelar Geng Latin yang terlibat dalam aktiviti pecah rumah mewah di daerah ini sejak beberapa minggu lalu tumpas selepas kesemuanya diberkas di Puchong pada Isnin lalu.
Dalam serbuan pada pukul 9.30 malam di sebuah rumah sewa di Taman Kinrara itu, polis menahan kelima-lima suspek yang berusia 22 hingga 51 tahun bersama seorang wanita Thailand berusia 22 tahun.
Wanita itu dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki.
Modus operandi jenayah Geng Latin ialah menyewa kenderaan mewah seperti Toyota Estima dan BMW untuk membuat rondaan di kawasan kediaman mewah seperti di sekitar Bukit Jelutong, Seksyen 7, 8, 11, 12 dan 13 di sini.
Suspek-suspek kemudian akan menekan loceng rumah yang menjadi sasaran mereka berulang kali bagi mengetahui sama ada rumah tersebut mempunyai penghuni atau tidak sebelum diceroboh.
Geng Latin akan memilih antara waktu petang hingga tengah malam dan ketika hujan lebat untuk melakukan jenayah mereka.

Suami tinggalkan keluarga ikut cinta wanita Indonesia


ROSNAH menunjukkan gambar dan laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Gara-gara termakan pujuk rayu wanita Indonesia, seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya yang berusia antara lapan hingga 11 tahun sejak hampir dua tahun lalu.
Isteri malang tersebut, Rosnah Mohamad Nor, 42, memberitahu, suaminya sebelum ini merupakan seorang yang bertanggungjawab namun berubah sikap sejak mengenali wanita berkenaan pada tahun 2006.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya yang berasal dari Tawau, Sabah pulang ke kampung halamannya atas urusan keluarga sebelum bertemu dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai 'Ani'.
"Sebelum ini kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor tetapi saya membuat keputusan membawa anak-anak pulang ke kampung saya di Kampung Jejuluk, Pasir Mas manakala suami menetap di Klang kerana bekerja sebagai jurukimpal paip gas di Pelabuhan Klang.
"Selepas menjalin hubungan dengan wanita berkenaan pada awal tahun 2006, suami saya tidak menghiraukan tanggungjawabnya kepada keluarga dan tidak menghubungi kami. Saya cuba mencari dan menghubunginya tetapi gagal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wacana bongkar kehebatan al-Quran


KITAB al-Quran perlu dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian umat Islam. - Gambar hiasan


SHAH ALAM - Program wacana al-Quran anjuran Anugerah International Sdn. Bhd. (AI) dengan kerjasama akhbar Kosmo! di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 17 November ini akan membongkar kehebatan sebenar al-Quran.
Jurucakap AI, Khairul Azhar Ghazali berkata, rata-rata umat Islam di negara ini hanya mengetahui al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W tetapi ia tidak dijadikan satu panduan dalam kehidupan seharian.
"Pada wacana itu nanti, kita akan kupas adakah kehidupan seharian kita mengikut ketetapan yang ditentukan al-Quran sebagai panduan hidup yang syumul.
"Justeru, orang ramai digalakkan untuk hadir kerana kita akan dedahkan rahsia yang terkandung dalam al-Quran secara jelas dan mudah untuk difahami," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Khairul Azhar yang juga tokoh Imam Muda merangkap moderator wacana berkenaan memberitahu, orang ramai yang hadir kelak akan mendapat banyak ilmu baharu mengenai al-Quran.
Wacana yang bermula 7.30 malam itu yang mengupas kehebatan al-Quran itu juga akan menyediakan jalan penyelesaian kepada masalah sosial masyarakat hari ini secara hikmah melalui dua ahli panel terkenal iaitu pendakwah bebas, Kazim Elias dan pakar perubatan Islam, Sharhan Shafie.
Selain itu, orang ramai yang hadir turut berpeluang mendapatkan secara terus lebih 10 jenis produk keluaran AI seperti Kismis Emas Anugerah, Minyak Sejuta Rahsia, Minyak Kasturi Anugerah dan Air Anugerah.

Jambatan P. Pinang ditutup Ahad ini untuk maraton


MERIAH. Ribuan peserta yang menyertai Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2011.


GEORGE TOWN - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup kepada lalu lintas mulai pukul 1 pagi hingga 10 pagi Ahad ini bagi memberi laluan kepada Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Allianz 2012.
Ketua Pegawai Perhubungan Awam Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) Suhailawatie Ramli berkata, penutupan itu melibatkan semua jalan masuk ke Jambatan Pulau Pinang di bahagian pulau dan Seberang Perai.
Menurut beliau, sebagai alternatif, perkhidmatan feri akan beroperasi selama 24 jam pada hari yang sama.
"Berdasarkan penganjuran yang sama tahun lalu, PPSB menjangkakan laluan ke feri akan sesak dua jam sebelum dan dua jam selepas acara itu disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.
"Justeru, PPSB berharap orang ramai merancang perjalanan mereka serta memberikan kerjasama kepada petugas PPSB," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Suhailawatie berkata, PPSB juga akan memastikan aliran lalu lintas di bahagian Butterworth dan pulau berjalan lancar dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi 04-210 2227.

Lakaran asal watak Joker dilelong


GAMBAR menunjukkan lakaran awal watak Joker di akhbar New York Post pada 1980.


PHILADELPHIA - Lakaran gambaran asal wajah Joker dalam file2m Batman yang dibuat oleh penerbit filem, Michael Uslan dilelong sejak Isnin lalu sehingga 3 Disember depan di laman ComicConnect.com.
Lakaran itu disiarkan akhbar New York Post pada 1980.
Uslan menggunakan pen berwarna merah dan penanda hitam serta pemadam pen berwarna putih untuk melakar watak Joker pada muka aktor Jack Nicholson.
Dia mengubah suai wajah Nicholson yang disiarkan akhbar tersebut daripada satu adegan filem The Shining.
Sebelum membuat lakaran itu, dia telah berjaya memperoleh hak untuk menghasilkan filem Batman pada 1979.
Bagaimanapun, ketika itu, dia belum memperoleh idea untuk menghasilkan wajah Joker.
Joker merupakan watak jahat dalam filem tersebut.
Apabila melihat gambar Nicholson di akhbar tersebut, dia kemudian mendapat idea untuk membuat lakaran pada wajah pelakon itu sekali gus menghasilkan watak Joker.
Nicholson pernah melakonkan watak itu.
Pelakon mendiang Heath Ledger juga pernah memegang watak Joker dalam siri Batman berjudul The Dark Knight. - Agensi

5,000 menari tarian kuda di Rom


AFP
AKSI salah seorang peserta yang menari tarian kuda.


ROM - Seramai 5,000 orang menari tarian kuda yang pernah dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy di sini kelmarin.
Mereka menari di Dataran Piazza Del Popolo dan melakukan pergerakan tarian kuda ketika lagu Gangnam Style nyanyian Psy diperdengarkan.
Penganjur perhimpunan itu menggunakan rangkaian laman sosial dan pemberitahuan secara lisan untuk menghimpunkan peserta tersebut.

AFP
SERAMAI 5,000 orang menari tarian kuda di Dataran Piazza Del Popolo, Rom kelmarin.


Kebanyakan peserta itu ialah golongan remaja.
Perhimpunan itu bermula pada pukul 4.45 petang waktu tempatan.
Para peserta memakai pakaian baju-T berwarna putih yang mempunyai imej wajah Psy.
Klip muzik video Gangnam Style nyanyian Psy itu telah ditonton lebih 670 juta kali di laman YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. - Agensi

Israel ancam serangan besar-besaran di Gaza

BEBERAPA anggota polis memeriksa sebuah rumah yang mengalami kerosakan akibat serangan roket para pejuang Palestin di bandar Netivot, Israel semalam.


BAITULMUQADDIS - Beberapa pegawai Israel semalam mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran di Gaza semalam.
Ancaman itu dibuat selepas 24 jam para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan tersebut menyebabkan beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa negaranya bersedia untuk meningkatkan serangan balas.
Menteri Pertahanan, Ehud Barak menyatakan para pemimpin pergerakan Hamas akan menerima padah ekoran serangan roket itu.
Seorang pegawai kanan Israel mengesahkan bahawa Netanyahu mengadakan mesyuarat bagi melakukan persediaan untuk kemungkinan satu tindakan yang keras akan dilakukan untuk melindungi penduduk Israel.
Para pejuang Gaza melancarkan 110 roket ke selatan Israel sejak Sabtu lalu.
Salah satu serangan itu mengenai pekarangan sebuah rumah di bandar Netivot.
Tiada sebarang laporan tentang kecederaan dilaporkan ekoran serangan tersebut.
Sehari sebelum itu, jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan di tiga buah lokasi di Gaza.
Beberapa pegawai Israel turut menyatakan serangan balas yang lebih hebat perlu dilancarkan.
Bekas ketua tentera negara itu, Dan Halutz mencadangkan beberapa aset milik pergerakan Hamas perlu diserang sebelum operasi ketenteraan dilancarkan tentera Israel.
Menurut seorang bekas penasihat keselamatan Israel, Giora Eiland, import barangan dan bekalan elektrik ke Gaza perlu dipotong. - Agensi

Artifak emas abad ketiga Sebelum Masihi ditemui


REUTERS
MAHKOTA emas yang ditemui di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari, Bulgaria pada Khamis lalu.


SOFIA - Sejumlah artifak emas pada abad ketiga Sebelum Masihi dipamerkan oleh pihak Muzium Arkeologi Bulgaria di sini kelmarin.
Antara artifak yang ditemui itu ialah patung emas berbentuk muka kuda, cincin, mahkota dan gelang emas.
Sekumpulan ahli arkeologi menemui artifak itu semasa melakukan kerja-kerja penggalian di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari di utara negara ini pada Khamis lalu.
Artifak tersebut milik suku kaum Thrace, Getae pada akhir abad keempat atau permulaan abad ketiga Sebelum Masihi.
Menurut ketua pasukan arkeologi itu, Diana Gergova, makam tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pemerintah Getae, Cothelas.
Dia berkata, ia kemungkinan ditanam pada satu majlis pengebumian. - Agensi

Bekas PM Libya mula dibicarakan

AL-BAGHDADI duduk di dalam kurungan di sebuah penjara di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Bekas perdana menteri terakhir rejim pemerintah Libya, Muammar Gaddafi, Al-Baghdadi al-Mahmudi dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah semalam.
Sebaliknya jurucakap Peguam Negara Libya, Taha Baara menyatakan Al-Baghdadi dituduh terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan jenayah kewangan.
Perbicaraan itu hanya berlangsung selama sepuluh minit, sebelum perbicaraan disambung semula pada 10 Disember depan.
Al-Baghdadi melarikan diri ke Tunisia pada September tahun lalu selepas kumpulan pemberontak menguasai Tripoli sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besi Gaddafi yang terbunuh pada 20 Oktober 2011.
Selain perdana menteri, beliau pernah memegang jawatan menteri kesihatan, menteri sumber manusia dan menteri infrastruktur. - Agensi

Pelancong berenang di Venice akibat banjir


AP
DUA orang berenang di Dataran St. Mark, Venice kelmarin.


VENICE, Itali - Sekumpulan pelancong dilihat berenang di sekitar Dataran St. Mark yang ditenggelami air akibat banjir, kelmarin.
Cuaca buruk melanda bahagian utara dan tengah Itali dengan menyebabkan 200 penduduk meninggalkan kediaman mereka di Tuscany.
Menurut pihak berkuasa Venice, deretan kedai, kawasan kediaman dan tempat bersejarah telah dipenuhi dengan air.
Kira-kira 70 peratus kawasan tepi pantai turut terjejas.
Paras air dilaporkan mencecah sehingga 149 sentimeter yang merupakan tahap keenam tertinggi yang pernah direkodkan sejak tahun 1872.
Sehingga semalam, hampir tiga suku Venice dipenuhi dengan air.
Setakat ini tiada sebarang anggaran kemusnahan didedahkan kepada media.
Di Tuscany, hujan yang turun tanpa henti selama empat jam telah mengakibatkan Sungai Ricortola dan Parmignola melimpah.
"Ia merupakan banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan itu," ujar Datuk Bandar Massa Carrara, Roberto Pucci.
"Saya melihat sekurang-kurangnya enam jambatan musnah di kawasan bukit, banjir di kebanyakan kawasan, tanah runtuh dan ladang anggur serta kebun zaitun turut musnah. Jika tiada nyawa yang terkorban, ia ibarat suatu keajaiban," katanya. - Reuters

Pesawat mendarat selepas satu enjin rosak


SEBUAH pesawat A380 milik syarikat Emirates Airlines yang mengalami masalah enjin diletakkan di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Sydney semalam.


SYDNEY, Australia - Sebuah pesawat syarikat Emirates Airlines A380 mendarat semula selepas dua jam berlepas ekoran salah satu enjinnya rosak, menurut laporan semalam.
Menurut beberapa penumpang, mereka mendengar bunyi yang kuat dan api berwarna oren semasa berada di dalam pesawat.
Mereka berkata, kapten pesawat tersebut menyatakan enjin nombor tiga telah ditutup.
Seorang koresponden akhbar Sydney Morning Herald, Matt Campbell berkata, kejadian itu berlaku semasa pesawat bergerak dalam keadaan menaik.
Ketika kejadian, pesawat gergasi itu dalam penerbangan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini pada malam kelmarin.
Seorang penumpang, John Fothergill memberitahu akhbar The Australian, dia melihat api dari sebuah enjin.
Menurutnya, pesawat tersebut turut bergegar.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Lebih 70 buah pesawat A380 telah dihantar kepada beberapa syarikat penerbangan di dunia.
Pesawat itu dibuat oleh syarikat Airbus.
Ia boleh membawa 525 penumpang. - Agensi

Landasan terbang bawa kokain haram ditemui


AP
SALAH sebuah pesawat yang digunakan untuk menyeludup kokain ditemui di sebuah landasan terbang haram di sebuah ladang di Salto del Guairo, Paraguay pada Sabtu lalu.


ASUNCION, Paraguay - Beberapa pegawai pihak berkuasa negara ini menyatakan seorang ketua sindiket dadah Bolivia, Marco Antonio Rocca Ali telah ditangkap dan lebih satu tan kokain ditemui di sebuah bandar di sempadan Brazil.
Menurut beberapa ejen unit khas kelmarin, mereka menemui 1,689 kilogram kokain di sebuah ladang di Salto del Guairo, 400 kilometer dari bandar raya ini.
Sebuah landasan terbang haram yang digunakan pesawat ringan untuk membawa kokain turut ditemui.
Pihak Sekretariat AntiDadah Kebangsaan Paraguay memberitahu, dadah itu akan diterbangkan dengan menggunakan lima buah pesawat ringan ke Rio de Janeiro, Brazil.
Dalam serbuan yang dilakukan pada Sabtu lalu, seramai 18 orang lagi turut ditangkap yang melibatkan warga Paraguay, Brazil dan Bolivia. - AP



Zionis sahkan serangan balas ke atas Syria


DUA buah kereta kebal tentera Israel mengawal Bukit Golan dekat Kampung Bariqa, Syria semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel semalam melancarkan serangan balas ke atas Syria sebagai respons terhadap serangan mortar di Bukit Golan, kata satu sumber tentera.
"Sebelum ini, serangan mortar mengenai sebuah kawasan di pekarangan pos tentera Israel di Bukit Golan yang disebabkan oleh konflik dalaman Syria," kata sumber tentera tersebut.
Menurutnya, askar-askar tentera Israel melancarkan bedilan meriam kereta kebal.
Sumber tersebut menyatakan bedilan tersebut dihalakan ke arah lokasi bedilan mortar tersebut dilancarkan.
Tentera Israel turut memberi amaran bahawa jika tentera Syria terus melancarkan serangan, pihaknya akan melancarkan serangan yang lebih besar.
"Bedilan dari Syria ke Israel tidak akan dikompromi," kata satu kenyataan daripada tentera Israel. - AFP

BERHATI2 DIJALAN RAYA....BERSABARLAH BILA MEMANDU DAN BUANGKAN SIFAT SOMBONG SERTA DEGIL PADA UNDANG2

Jasad berpelukan

Oleh Mohd Husni Mohd Noor, Wan Asrudi Wan Hasan dan Yahya Awang
am@hmetro.com.my

USUNG...anggota polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke Hospital Taiping.
USUNG...anggota polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke Hospital Taiping.
PILU...anak mangsa yang terselamat, Ain Najwa (kanan) dan Azad Fahmi.
PILU...anak mangsa yang terselamat, Ain Najwa (kanan) dan Azad Fahmi.
TAIPING: Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.
Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.

Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.

Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

Perangkap asap tebal

Oleh Mohd Husni Mohd Noor, Wan Asrudi Wan Hasan dan Yahya Awang
am@hmetro.com.my

TAIPING: Siasatan awal pasukan bomba dan penyelamat mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tangga rumah sebelum merebak ke seluruh tingkat atas dan memusnahkan keseluruhan bumbung banglo dua tingkat berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada litar pintas.

Menurutnya, tiga mangsa ditemui maut di dalam bilik utama di tingkat atas banglo berkenaan manakala mayat pembantu rumah pula ditemui maut berhampiran balkoni.

“Kami percaya keempat-empat mangsa gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam asap tebal selain gagal untuk keluar berikutan tingkap jeriji balkoni yang berkunci,” katanya.

Katanya, semua mangsa berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

Sesak 10 kilometer 2 bas kemalangan



TERBABAS...keadaan bas ekpress yang terbabit kemalangan.
TERBABAS...keadaan bas ekpress yang terbabit kemalangan.
NILAI: Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang semalam.
Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Tinjauan mendapati kesesakan turut berlaku di kedua-dua arah apabila sebahagian pengguna lebuh raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.
Begitupun, kecekapan pihak berkuasa termasuk anggota polis trafik dan peronda lebuh raya berjaya mengawal lalu lintas, sekali gus kesesakan hanya berlaku kira-kira 12 minit sebelum bas ekspres yang melintang dialihkan dan trafik beransur lancar.

Sementara itu, seramai 25 penumpang menempuh detik mencemaskan apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan dan melintang di tengah jalan di tempat kejadian.

Menurut seorang pemandu bas yang enggan dikenali berusia 20-an, ketika kejadian dia yang mengekori bas ekspres berkenaan terkejut melihat ia melintang di tengah jalan dipercayai gagal dikawal. “Saya terus menekan brek bagi mengelak merempuh bas itu, sebelum bas dipandu terbabas ke dalam longkang dan terbalik.
“Syukur tiada yang cedera, bagaimanapun, jika saya merempuh bas pertama itu, berkemungkinan ada nyawa penumpang akan melayang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bas yang melintang di tengah jalan itu dipercayai dari arah Pontian, Johor untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS), di ibu negara sebelum hilang kawalan. “Bas yang dinaiki 25 penumpang itu kemudian melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum melintang di tengah jalan menyebabkan bas kedua terpaksa membrek kecemasan. “Akibatnya, bas kedua terbalik memasuki longkang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada penumpang dalam bas dari Singapura ke Pantai Remis, Perak itu,” katanya. Katanya, bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah lebuh raya apabila semua pengguna mengambil kesempatan untuk melihat kejadian itu.

“Kita sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.
“Saksi kejadian diminta tampil di balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 bagi membantu siasatan,” katanya.

‘Nampak bumbung kereta tenggelam’

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

CARI...anggota JPAM menjalankan operasi mengesan kereta yang terjunam.
CARI...anggota JPAM menjalankan operasi mengesan kereta yang terjunam.
PENDANG: “Saya terkejut sebaik mendengar dentuman seperti sesuatu objek besar jatuh ke dalam sungai, lantas berlari keluar rumah dan sempat melihat bahagian bumbung sebuah kereta yang semakin tenggelam,” kata Siti Fatimah Husin, 34.
Dia saksi kejadian kereta Proton Saga Aeroback dinaiki beberapa lelaki terbabas lalu menjunam ke Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, di sini, sebelum tenggelam dalam kejadian jam 1.30 tengah semalam.
Sungai Padang Kerbau dianggar selebar 10 meter dengan kedalaman lebih lima meter. Ketika kejadian arus sungai deras.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Mohd Faizul Ab Aziz berkata, pihaknya bergegas ke lokasi berkenaan dengan 20 anggota lain bagi gerakan mencari sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu. Katanya, operasi mencari itu turut dibantu 19 anggota daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, termasuk sembilan daripadanya daripada Bomba, Unit Menyelam.

Beliau berkata, maklumat awal daripada saksi serta orang ramai memaklumkan terdapat empat mangsa berada di dalam kereta berkenaan, namun operasi menyelam yang dilakukan pasukan JPAM gagal menjumpai sebarang kesan atau tanda berikutan arus deras sungai.

Teksi terlipat

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

BERTUNGKUS-LUMUS...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
BERTUNGKUS-LUMUS...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
KAJANG: “Kami terpaksa menggunakan semua peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang terhimpit dalam kenderaannya yang remuk teruk sehingga dadanya rapat dengan stereng,” kata Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Awang Omar.
Beliau menceritakan kerja menyelamat seorang pemandu teksi yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 5.3, Lebuhraya Silk-Kajang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kasmir Mohammed, 53, berasal dari Cheras, parah di tangan, badan dan tulang rusuknya serta dirawat di Hospital Serdang (HS).
Penolong Pengarah bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.36 pagi sebelum satu jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah teksi remuk dalam keadaan seperti dilipat selepas ditindih bahagian depan treler, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk penumpang.

“Walaupun mangsa masih bernyawa, tetapi dadanya seperti melekat dengan stereng selepas teksi dipandunya dihimpit antara treler dan pembahagi jalan,” katanya.
Menurutnya, kerja menyelamat dimulakan dengan ketua operasi pasukan bomba berinteraksi dengan mangsa untuk menenangkan emosinya sebelum bumbung teksi dipotong.

“Ruangan sempit kerana kedudukan teksi yang terhimpit antara treler dan pembahagi jalan menyukarkan kerja menyelamat dan pasukan bomba perlu berhati-hati menggunakan alat peregang hidraulik untuk melepaskan mangsa.
“Namun, kerja pasukan bomba turut terganggu apabila orang ramai memenuhi kawasan kemalangan untuk melihat kejadian lebih dekat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam teksi berjalan lancar walaupun menghadapi kesukaran kerana keadaan kenderaan yang remuk teruk sebelum diserahkan kepada petugas ambulans.

Difahamkan, treler terbabit yang dipandu di lorong paling kiri lebuh raya tidak sempat mengelak apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti di hadapannya.

Ini menyebabkan treler itu merempuh dan mengheret teksi berkenaan lebih 20 meter. Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan pemandunya, tetapi tidak berjaya kerana mangsa tersepit dari bahagian pinggang.

Suspek kes bunuh diberkas selepas bergelut

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

BENTONG: Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, 4 November lalu diberkas selepas bergelut dan mencederakan seorang anggota polis di Taman Hussein Bentong, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, terserempak dengan lelaki terbabit yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, ketika ingin ditahan dan diperiksa, lelaki terbabit bertindak mengacukan pisau hingga mencederakan leher seorang daripada anggota polis berkenaan.

Ugut kelar leher ibu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an layak digelar ‘anak setan’ apabila sanggup mengugut untuk membunuh ibunya dengan cara mengelar leher warga emas itu, hanya kerana tidak menyediakan sarapan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Maluri Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, warga emas berusia 62 tahun itu gagal menyediakan sarapan kepada anak lelakinya berusia 30-an kerana uzur.

Menurut sumber, suspek yang baru bangun tidur mencari makanan di dapur, namun hampa selepas mendapati ibunya berusia 62 tahun tidak menyediakan sarapan.

“Mangsa berang dan kelaparan menjerit memanggil nama ibunya beberapa kali. Si ibu (warga emas) yang sedang terbaring di katil kerana uzur dengan perlahan-lahan berjalan ke dapur.

“Si ibu memarahi anak lelakinya itu kerana membuat bising selain memberitahu dia tidak sihat untuk menyediakan sarapan,” katanya.

Dua bertembung ajal

Oleh Siti Nur Sarah Mohd Khir
am@hmetro.com.my

PASIR MAS: Dua orang termasuk usahawan kosmetik terbunuh manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di depan stesen minyak di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan dekat Tendong, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu berlaku apabila sebuah Proton Gen2 dipandu peniaga pasar malam, Roslinah Hassan, 45, bertembung dengan Proton Persona dipandu usahawan kosmetik, Wan Muhd Faizal Wan Ab Rahman, 32.

Kedua-dua pemandu kereta itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM).
Difahamkan ketika kejadian, Roslinah dalam perjalanan pulang dari Tapak Ekspo Lubok Jong di sini, menuju ke rumahnya di Kampung Bechah, Tendong bersama suami, Shamsul Bhari M Yunus, 47, dan anak angkat mereka, Wan Mohd Azizi Abdullah, 11.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Wan Muhd Faizal dari arah Pasir Pekan menuju Pasir Mas memasuki lorong bertentangan menyebabkan Roslinah gagal mengelak lalu bertembung.

Menurutnya, pada masa sama, motosikal yang mengekori kenderaan Roslinah juga gagal mengelak dan turut bertembung bahagian belakang kereta mangsa.
“Pasangan suami isteri, Mohd Adli Hidayah Ayub dan Norfadlina Mohd Rasyid, berusia 30-an yang menumpang kereta dipandu Wan Muhd Faizal cedera parah bersama penunggang serta pembonceng motosikal yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, abang kepada Roslinah, Ruslan, 51, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah adiknya minggu lalu ketika melawat mereka di rumah pusaka keluarga.

“Rumah didiami arwah dan keluarga adalah rumah pusaka dan kami mengharapkannya menjaga rumah berkenaan, namun dia pergi lebih awal,” katanya.

Adik kepada Wan Muhd Faizal, Wan Muhd Faiz, 28, pula berkata, dia sedih dengan kehilangan abangnya.

“Arwah menetap di Alor Setar, Kedah dan pulang ke kampung di Kampung Kutan di sini kerana urusan perniagaan,” katanya.

Berang isteri kerja

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berang isterinya bekerja pada hari minggu, seorang lelaki berusia lewat 30-an bukan saja menumbuk, malah turut menyepak terajang wanita terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Pandan Ria, di Ampang Jaya, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta disambut suaminya di rumah dengan maki hamun sebelum memukul wanita terbabit hampir 10 minit.

Menurut sumber, mangsa terpaksa keluar bekerja pada hari berkenaan disebabkan ada masalah di pejabatnya.
“Si suami (suspek) yang pulang ke rumah kira-kira jam 8 pagi (Ahad) berang selepas mendapati isterinya tiada di rumah.

“Lelaki terbabit menghubungi wanita berkenaan sebelum dimaklumkan mangsa bahawa dia berada di pejabat bagi menyelesaikan beberapa masalah,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11 malam menambahkan kemarahan suaminya itu.
“Sebaik tiba di rumahnya, mangsa dimaki hamun suaminya itu. Biarpun cuba ditenangkan wanita berkenaan, suspek yang hilang pertimbangan terus menumbuk dan menyepak terajang wanita terbabit.

“Mangsa dipukul suaminya itu hampir 10 minit. Suspek hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat isterinya itu pitam,” katanya.
Katanya, selepas isterinya tersedar kira-kira lima minit kemudian, suspek keluar meninggalkan rumah berkenaan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan kemudian bergegas membuat laporan di Balai Polis Ampang,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang dirujukkan ke hospital berhampiran bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Alasan ‘ziarah’ ibu tenat mahu perkosa teman wanita



KUALA LUMPUR: Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa pemuas nafsu teman lelakinya apabila sempat melarikan diri, dalam kejadian di rumah lelaki itu di Cheras, di sini.
Difahamkan, teman lelaki mangsa membawanya pulang ke rumah selepas memberi alasan ibunya sakit.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 7 malam Jumaat lalu, teman lelaki mangsa yang berusia 30-an menghubunginya memberitahu ibunya sakit dan mahu membawa mangsa menziarah.
“Mangsa bersetuju dan teman lelakinya menjemput mangsa di pejabat. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak terus ke rumah ibunya, sebaliknya membawa mangsa pulang ke rumahnya kerana mahu mandi terlebih dulu.

“Mangsa kemudian diajak masuk ke dalam rumah berkenaan namun mangsa menolak ajakan itu. Lelaki itu kemudian mula bertindak ganas apabila menarik tangan mangsa masuk, sebelum mengurung wanita itu dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang diperkosa dan dicederakan teman lelakinya itu bertindak melarikan diri tanpa disedari lelaki itu.

Tak boleh henti ketawa



KANAK-KANAK itu bermain bersama abangnya Alex.
KANAK-KANAK itu bermain bersama abangnya Alex.
GALE bersama Elliot.
GALE bersama Elliot.
PRESTON: Seorang kanak-kanak menghidap masalah neurologi yang jarang berlaku, yang membuatnya tidak berhenti ketawa.
Elliot Eland dari Preston, Lancashire, dilahirkan dengan menghidap sindrom Angelman, kecelaruan kromosom yang menyebabkan kesukaran belajar dan sentiasa tersenyum.
Penghidap sindrom itu menunjukkan perilaku riang, selalu tersenyum atau ketawa dan kelihatan begitu mudah gembira.

Sindrom itu begitu jarang dihidapi hinggakan kurang daripada 1,000 kes dilapor di Britain.

Ibu Elliot, Gale berkata: “Apabila kami bersedih, ketawa Elliot akan membantu kami melupakan masalah yang dihadapi. Anda hanya perlu melihatnya dan ketawanya akan membuat kami gembira semula.

“Sekiranya anda mempunyai anak, anda pasti mahu mereka gembira. Elliot sentiasa gembira.”

Menurutnya, satu-satunya masalah ialah apabila Elliot bermain dengan abangnya, Alex.

“Apabila Alex secara tidak sengaja disakiti Elliot, dia akan menangis. Tetapi Elliot akan terus ketawa. Ia merisaukan kerana kami tidak mahu Alex menyangka Elliot gembira apabila dapat menyakitinya,” kata Gale.

Gale, 41, dan suami, Craig, 34, hanya menyedari keadaan sebenar Elliot apabila dia berdepan dengan masalah makan ketika bayi.

“Saya tidak menyangka Elliot berdepan dengan masalah lebih besar. Saya mulanya menyangka dia menghadapi masalah makan,” kata Gale.

Pada minggu keenam pemeriksaan kesihatan, doktor berkata, Elliot kelihatan terlalu kurus dan merujuknya ke Hospital Royal Preston serta diperiksa oleh pakar pediatrik yang serta-merta mengarah kanak-kanak itu dimasukkan ke wad.

Ketika di hospital, kanak-kanak itu menjalani pelbagai ujian darah, imbasan MRI dan sinar-X. Mujur pakar pediatrik itu pernah berdepan dengan pesakit Sindrom Angelman dan menjalankan ujian darah ke atas Elliot.

“Saya mula bimbang apabila diberitahu dia perlu menjalankan ujian genetik itu.

“Kami benar-benar terkejut apabila keputusan ujian menunjukkan positif dan dimaklumkan dia menghidap Angelman. Saya tidak pernah mendengar mengenai penyakit itu sebelum ini,” kata Gale.

Pakar perubatan menggalakkan pasangan suami isteri untuk menjalankan penyelidikan mengenai penyakit itu di Internet.

“Ketika dalam perjalanan pulang, suami saya mencari maklumat mengenai sindrom Angelman menerusi telefon bimbitnya.

“Dia mula membaca mengenainya dan akhirnya saya menangis hingga terpaksa memberihentikan kereta di tepi jalan.

“Sukar untuk kami menerimanya kerana tidak banyak yang kami tahu mengenai sindrom itu.

Ibu bapa Elliot juga berkata, mereka melihat senyumannya dari sudut yang menggembirakan.

“Kami sentiasa menganggap dia sentiasa gembira. Kami tidak pernah memikirkan ia adalah kesan daripada simptom yang lebih serius,” kata Gale. - DM

Bakar teman wanita sebab cemburu



BANGKOK: Seorang lelaki yang cemburu, membakar teman wanitanya selepas mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, semalam.
Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang diserang dan dibakar di kompleks apartmen di daerah Lat Krabang.

Thayarat (nama keluarga tidak didedahkan) 20, dihantar ke hospital oleh saudaranya. Doktor berkata, mangsa parah di mana 60 peratus tubuhnya melecur.

Menurut rakan mangsa, penyerangnya adalah bekas teman lelakinya, Eakpol Udom-mala, 19 yang mengancamnya selepas mendapat tahu mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

2 remaja dalam ‘Pembunuhan Facebook’ ditahan di pusat juvana



AMSTERDAM: Mahkamah mengarahkan dua remaja ditahan dua tahun di pusat tahanan juvana dan perlu menjalani terapi selama tiga tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang remaja perempuan selepas mereka bergaduh di Facebook.
Kes itu dikenali sebagai “Pembunuhan Facebook” di Belanda dan kini menyebabkan debat mengenai peranan media sosial dalam jenayah ganas.

Mangsa hanya dikenali sebagai Winsie, 15, ditikam hingga mati Januari lalu atas permintaan seorang remaja lelaki dan perempuan berusia 17 dan 16 tahun, waktu itu.

Winsie dan remaja perempuan itu bertengkar dan saling menghina satu sama lain di laman sosial itu selama berminggu-minggu - Reuters

Langgar suami tak mengundi



PHOENIX : Seorang wanita dari Arizona yang sedih dengan peilihan semula calon Parti Demokratik, Presiden Barack Obama, mengejar kemudian melanggar suaminya dengan kereta keluarga mereka di pinggir bandar Arizona Sabtu lalu kerana suaminya itu tidak mengundi dalam pilihan raya itu, kata polis, semalam.
Holly Solomon, 28 ditahan kerana melanggar suaminya, Daniel Solomon dan polis mengejarnya ketika suaminya itu masih tersepit di bawah kenderaan berkenaan.

Jurucakap Polis Gilbert, Sarjan Jesse Sanger berkata, Daniel, 36, berada di dalam kedaan kritikal dan kini dirawat di hospital tempatan dan dijangka selamat.

Daniel berkata, isterinya berang kerana “dia tidak berminat untuk mengundi” dalam pilihan raya presiden Selasa lalu. Holly percaya keluarganya akan susah sekiranya Obama menang untuk penggal ini.

Saksi berkata, pasangan itu bergaduh di tempat letak kereta dan pertengkaran terus memuncak.

Holly kemudian mengejar suaminya di tempat letak kereta itu dengan kereta sambil menjerit sementara Daniel cuba berlindung di belakang tiang lampu, kata polis.

Daniel dilanggar ketika cuba berlari ke jalan berdekatan. - Reuters