DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Jimmy dan Nursuhaila ketika keluar dari Makhamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor semalam.
SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Tinggi
Syariah di sini semalam bahawa dia diharamkan oleh bekas bapa mertua,
Datuk Suhaimy Othman untuk menjejakkan kakinya ke rumah mereka di Sunway
Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini sejak Januari 2011.
Disebabkan masalah tersebut, Jimmy mengaku dia tidak pernah berjumpa
dengan anak tunggalnya, Zahra Rania Shanley, kini berusia setahun tujuh
bulan yang tinggal di rumah tersebut sehingga kini.
“Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun
apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim)
membawa anak saya ke rumah saya sendiri,” kata Jimmy yang diwakili
peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.
Jimmy menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Bos agensi pekerja asing direman
suspek kes pemerdagangan orang direman di Klang, Selangor semalam.
KLANG - Jabatan Imigresen Selangor menahan reman seorang pengurus
besar sebuah agensi pekerja asing selama dua hari mulai semalam bagi
membantu siasatan kes pemerdagangan orang yang dibongkar pihak berkuasa
itu di Bandar Baru Klang di sini Sabtu lalu.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu
dikeluarkan oleh Majistret Suhaimah Mohd. Nor di Mahkamah Majistret di
sini pukul 2 petang.
Lelaki terbabit merupakan suspek ke-13 ditahan berhubung kes
pemerdagangan 105 wanita warga asing melibatkan 95 rakyat Indonesia,
enam warga Filipina dan empat warga Kemboja.
Pembunuh ustaz terima balasan
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
NANDA KUMAR (kiri) dan Yugaraja
keluar daripada Mahkamah Tinggi Ipoh semalam selepas dijatuhi hukuman
gantung sampai mati kerana membunuh.
IPOH - Kekejaman dua lelaki yang menetak kepala seorang pekerja
sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini sehingga
mati pada 11 November 2008 berbalas apabila mereka dihukum gantung
mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Dalam penghakiman ringkas yang dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Choong
Siew Khim, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman
tersebut ke atas K. Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, dari Kampung
Baru, Jelapang di sini.
"Pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah
terhadap kes ini dan kedua-dua kamu disabitkan kesalahan. Kamu berdua
diperintahkan menjalani hukuman gantung sampai mati," katanya.
Kedua-dua mereka disabitkan membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa,
42, yang juga seorang Penolong Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Perak
dalam kejadian samun di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul
6.58 pagi.
Maut ditembak ala mafia
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
BEBERAPA lelaki menunjukkan tempat
rakan mereka, Siva ditembak seorang lelaki bertopeng ketika sedang minum
di sebuah warung di Batu Caves semalam.
GOMBAK - Seorang peniaga besi buruk maut selepas terkena tembakan
yang dilepaskan oleh seorang lelaki dalam serangan ala mafia di sebuah
warung di hadapan kilang simen YTL Batu Caves di sini semalam.
Kejadian pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika M. Siva, 22,
sedang minum di gerai tersebut bersama seorang rakan sebelum didatangi
suspek yang bertubuh tegap dari arah belakang premis.
Difahamkan, mangsa mempunyai rekod jenayah berhubung kes samun.
Suspek yang memakai topeng ski kemudian melepaskan tembakan lalu
mengenai dada, perut dan kedua-dua lengan mangsa. Rakan mangsa
bagaimanapun tidak cedera.
Mangsa disahkan mati 20 minit kemudian ketika dirawat di Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan
berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan percaya ia dilakukan
oleh seorang suspek.
Katanya, penyerang yang dipercayai berketurunan India memakai seluar jean biru dan batu T belang putih biru ketika kejadian.
"Kita tidak menemui sebarang kelongsong peluru di tempat kejadian
walaupun rakan mangsa mengatakan dia terdengar tiga das tembakan,"
katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali
memberitahu, selepas kejadian, seorang pemuda yang memakai baju putih
berlari ke arahnya memaklumkan rakannya telah ditembak.
"Saya kemudian menghubungi talian 999 sebelum pergi ke lokasi
kejadian dan melihat seorang lelaki terbaring di atas papan di hadapan
warung yang ditutup.
Tiga sahabat ke tali gantung
SOON LEE (kiri), Hun Wah (tengah) dan Chin Hee berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN - Kegiatan haram tiga sahabat yang mengedar dadah jenis
heroin dan morfin berbalas apabila kesemuanya dihukum gantung sampai
mati selepas didapati bersalah atas tuduhan tersebut oleh Mahkamah
Tinggi Pulau Pinang semalam.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Amir Firdaus Abdullah memerintahkan
pemilik kedai kopi, Khor Soon Lee, 38; penganggur, Tiow Chin Hee, 49,
dan pekerja kedai komputer, Tan Hun Wah, 64, menjalani hukuman tersebut
selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Dalam penghakimannya, Mohd. Amir Firdaus berkata, pembelaan
ketiga-tiga tertuduh lebih bersifat penafian semata-mata dan gagal untuk
menimbulkan keraguan yang munasabah.
Katanya, adalah tidak logik ketiga-tiga tertuduh secara tidak sengaja
berjumpa di sebuah pasar raya dengan salah seorang daripada mereka
memberikan kasut kepada seorang tertuduh lain.
"Malah, individu yang bernama Atan yang disebut salah seorang
tertuduh juga didapati tidak wujud dan tiada sebab untuk pihak polis
melakukan penipuan dalam kes ini," katanya.
Duda Bachok tak serik-serik
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
GAMBAR fail menunjukkan Amran dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas tuduhan merogol seorang wanita pada 16 Julai 2011.
KOTA BHARU - Jenayah berat yang dilakukan berkali-kali oleh seorang perogol bersiri nampaknya seperti tiada kesudahan.
Terbaharu, duda berusia 30 tahun yang sedang menjalani hukuman
penjara selama 28 tahun dan 13 sebatan atas pelbagai jenayah berat
sekali lagi dihadapkan di dua buah mahkamah di sini semalam atas tuduhan
merogol seorang pelajar kolej dan memecah masuk rumah milik seorang
jururawat.
Bagaimanapun, Amran Che Jaafar, 30, yang dikaitkan dengan 20 kes
rogol dan cabul di negeri ini mengaku tidak bersalah atas kedua-dua
tuduhan terbaharu itu ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret
di sini.
Di Mahkamah Sesyen, Amran didakwa merogol gadis berusia 20 tahun di
Pengkalan Chepa, di sini pada pukul 8.45 pagi, 23 Februari tahun lalu.
Lelaki dari Bachok itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun
Keseksaan dan Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara antara lima tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit
kesalahan.
Hakim Azman Mustapa menetapkan 3 Januari depan untuk sebutan kes
dengan pendakwaan semalam dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor
Hilwani Mat Rifin.
Api misteri punca rumah terbakar
Oleh FIRDAUS HASSAN firdaus.hassan@kosmo.com.my
BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan rumah milik sebuah keluarga di Jalan Bunga Ros, Kuching semalam.
KUCHING – Sebuah keluarga mendakwa kemunculan api misteri sejak
Isnin lalu menjadi punca rumah mereka hangus dalam kebakaran di Jalan
Bunga Ros, Kampung Gita di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, tujuh ahli keluarga
terbabit tiada di rumah ketika api memusnahkan kediaman yang mereka
diami sejak 50 tahun lalu.
Mangsa, Haslina Drahman, 40, mendakwa, sejak Isnin lalu keluarganya
berdepan pengalaman pelik apabila diserang api misteri sebanyak tiga
kali dengan kejadian pertama menyebabkan langsir tiba-tiba terbakar
pada pukul 6.30 pagi.
Katanya, selang sehari kemudian sebuah rak pakaian pula disambar
api disusuli kejadian ketiga pukul 7.15 pagi kelmarin apabila api marak
dari dalam almari pakaian.
“Kami telah membuat laporan polis semalam (kelmarin) kerana khuatir
kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat,” katanya di sini
semalam.
Haslina yang bekerja sebagai pegawai keselamatan berkata, dia
bercadang menggunakan khidmat pengamal perubatan alternatif bagi
mengatasi misteri itu namun tidak sempat berbuat demikian kerana
rumahnya dijilat api semalam.
Katanya, dia tidak menolak kemungkinan api misteri menjadi punca rumah tersebut terbakar.
Selain Haslina rumah itu didiami ibunya, Mordiah Mohd. Taha, 62; adik
perempuannya, Norasmara, 27; dan suami, Mohamad Firdoze Maliki, 32;
serta dua anak perempuan mereka berusia 8 dan 9 tahun. Seorang lagi
ialah anak angkat keluarga tersebut.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Mohd. Raffy Saibi
berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian mangsa.
Setiap hari gadai nyawa melintas kerangka besi
Oleh IKHWAN IDERIS ikhwan.ideris@kosmo.com.my
BAHAYA... Beberapa kanak-kanak bermain di kerangka besi di kawasan bekas jambatan pejalan kaki dan motosikal di Gombak semalam.
GOMBAK - Ribuan penduduk di sekitar Kampung Nakhoda dan Kampung Wira
Damai di sini terpaksa menanggung risiko menyeberangi Sungai Gombak
menggunakan kerangka besi setiap hari untuk menjalankan urusan seharian.
Kerangka besi itu pada asalnya jambatan kecil untuk laluan motosikal
dan pejalan kaki tetapi hanya tinggal rangkanya sahaja selepas
dihanyutkan oleh air sungai semasa banjir kilat yang berlaku akibat
hujan lebat pada minggu lepas.
Bagaimanapun, ia masih digunakan oleh penduduk untuk menyeberang
kerana ia menjadi laluan utama penduduk kedua-dua kampung selain jalan
pintas penduduk ke perhentian bas ke berhampiran.
Wakil peniaga Gerai Majlis Perbandaran Selayang di Wira Damai, Tuan
Jawawi Tuan Sulaiman, 48, berkata, ribuan penduduk menggunakan laluan
tersebut setiap hari untuk pelbagai tujuan tetapi kini berdepan dengan
bahaya.
"Orang ramai masih mengambil risiko guna bekas jambatan ini kerana ia
jalan alternatif terletak lebih satu kilometer dan ia menyukarkan orang
ramai terutama pejalan kaki," katanya di sini semalam.
Stesen minyak konsep baharu
STESEN Petronas Solaris Putra dan
Petronas Solaris Serdang merupakan stesen minyak berkembar yang
menerapkan ciri-ciri mesra alam pertama PDB di Malaysia.
KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Berhad (PDB) merancang untuk membuka
beberapa buah lagi stesen minyak berkembar yang menerapkan ciri-ciri
mesra alam pada tahun hadapan dengan dengan kos RM20 juta sebuah.
Ia merupakan susulan pelancaran sulung stesen berkonsep baru
berkenaan iaitu Petronas Solaris Putra dan Petronas Solaris Serdang
kelmarin.
Kedua-dua stesen berkenaan masing-masing terletak di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Besraya di sini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Aminul Rashid Mohd.
Zamzam berkata, projek itu menawarkan pengalaman holistik untuk
pelanggan menerusi konsep pusat sehenti iaitu mengisi minyak,
membeli-belah barangan keperluan dan menikmati hidangan.
"Matlamat kami ialah menukar stesen sebagai tempat untuk dikunjungi
dan titik pertemuan orang ramai bersama rakan dan keluarga mereka,"
katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran stesen berkonsep
baharu itu di sini.
Istana Presiden Mesir dikawal
KAWAT berduri diletakkan dekat istana presiden di Kaherah, Mesir semalam.
KAHERAH - Pasukan Pengawal Republikan Mesir mengarahkan penunjuk
perasaan yang menyokong dan menentang Presiden Mohammed Morsi
meninggalkan kawasan di sekitar istana presiden disini yang menjadi
medan beberapa pertempuran ganas.
Pasukan tersebut yang merupakan unit elit tentera Mesir memberi masa
sehingga pukul 3 petang waktu tempatan kepada penunjuk perasaan
kedua-dua belah pihak untuk beredar dari kawasan itu.
Kata dua semalam itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi yang turut
mengharamkan sebarang bantahan di luar mana-mana istana presiden di
negara itu.
Beberapa buah kereta kebal dan kawat berduri juga diletakkan di sekitar kawasan istana presiden di sini.
Setakat ini, seramai tujuh orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Morsi.
Beberapa pegawai berkata, seramai 350 lagi cedera dalam pertempuran antara para penyokong dan penentang Morsi setakat ini.
Penentang presiden itu meminta beliau mengugurkan dekri yang
memberikannya kuasa hampir mutlak dan membatalkan satu draf perlembagaan
kontroversi yang akan diundi menerusi pungutan suara pada 15 Disember
ini.
Draf perlembagaan tersebut menyatakan semua undang-undang dan dekri
yang dikeluarkan oleh Morsi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di
mahkamah.
Morsi dipilih pengundi sebagai presiden pada pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu. - Agensi
477 maut akibat taufan Bopha
SEORANG penduduk menggunakan tali
untuk menyeberangi sebatang sungai di pekan Ne Bataan semalam selepas
taufan Bopha melanda selatan Filipina pada Selasa lalu.
BATAAN BAHARU - Sejumlah 250,000 orang hilang tempat tinggal manakala
477 mangsa disahkan terkorban dalam bencana taufan terburuk di selatan
Filipina pada tahun ini, kata beberapa pegawai semalam ketika pemerintah
merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa.
Taufan Bopha melanda Pulau Mindanao pada Selasa lalu dengan
meranapkan beberapa buah bandar dalam laluannya dan membawa angin
kencang selain hujan lebat yang mencetuskan banjir serta tanah runtuh.
Seorang mangsa bencana tersebut, Erinea Cantilla dan keluarganya
berjalan kaki selama dua hari untuk mencari makanan dan tempat
perlindungan dalam keadaan berselut di bandar ini selepas bencana itu
memusnahkan rumah dan kebun pisang serta koko milik mereka.
"Semua milik kami telah tiada. Apa yang tinggal kini ialah mangsa yang sudah mati," kata Cantilla kepada agensi berita AFP
selepas dia dan suaminya bersama tiga anak dan seorang cucu mereka tiba
di pinggir bandar ini yang turut terjejas akibat taufan itu.
Pasukan penyelamat menyatakan, mereka masih mencari 380 mangsa yang
masih hilang ketika lebih 250,000 orang lagi berlindung di sejumlah
sekolah, gimnasium dan bangunan lain selepas mereka tinggal sehelai
sepinggang. - AFP
Kate keluar hospital
WILLIAM dan Kate meninggalkan Hospital King Edward VII di London semalam.
LONDON - Isteri Putera William yang kini mengandung, Catherine
meninggalkan Hospital King Edward VII di sini semalam, empat hari
selepas beliau dirawat kerana mengalami loya yang teruk.
Catherine yang lebih mesra dengan panggilan Kate tersenyum ke arah
kumpulan wartawan dan jurugambar yang menanti di lokasi tersebut ketika
dia keluar dari hospital itu bersama suaminya.
Mereka meninggalkan hospital berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.
Ditanya sama ada beliau kini berasa sihat, Kate, 30, menganggukkan kepalanya.
Pihak Istana St. James dalam satu kenyataan memberitahu, Kate
dibenarkan keluar dari Hospital King Edward VII dan kini menuju ke
Istana Kensington untuk berehat.
"Pasangan diraja ini mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan
hospital berkenaan kerana rawatan dan penjagaan yang diberikan (kepada
Kate)," tambahnya.
William dan Kate yang dianugerahkan gelaran Duke dan Duchess of
Cambridge selepas mereka berkahwin pada April 2011, memiliki sebuah
apartmen di Istana Palace yang pernah menjadi kediaman bonda William,
Puteri Diana.
Kate dimasukkan ke hospital tersebut pada tengah hari Isnin lalu selepas beliau mengalami rasa loya yang teruk.
Sindrom itu menyerang purata seorang dalam setiap 200 ibu yang mengandung dan kadangkala dikaitkan dengan kehamilan bayi kembar.
Kandungan Kate dipercayai belum mencapai usia 12 minggu.
William merupakan pewaris kedua takhta Britain selepas ayandanya, Putera Charles.
Nenda William ialah Ratu Elizabeth II yang kini memerintah Britain. - AFP
Kubur unik dikelilingi projek kediaman
DUA buruh bekerja di lokasi
pembinaan bangunan kediaman di tepi bukit yang mengandungi sebuah kubur
(dalam bulatan) di Taiyuan semalam.
TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang
dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih
tidak dipindahkan.
Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.
Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit
setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur
tersebut.
Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454
(RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi
kubur itu.
Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.
Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.
Pada Ahad lalu, media melaporkan pihak berkuasa China telah
merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah
lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa
rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik,
Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615)
daripada pihak pemerintah.- Agensi
Gambar Bumi pada waktu malam
PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah
dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera
Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam
secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk
mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis
NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan
Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan
paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur
biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat
itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda,
terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta
menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai
melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan
sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai
Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun
pada jam 12 tengah malam.
Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah
berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ,
Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra
sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.
Tidak raih simpati
GAZA: Kesempitan hidup dan terdesak mengisi perut menyebabkan ramai
kanak-kanak Gaza terpaksa mencari rezeki dengan bekerja mengutip sisa
batu di tapak runtuhan, mengumpul barangan kitar semula serta menjual
rokok di persimpangan jalan di bandar ini.
Mereka ini yang kebanyakannya anak-anak yatim bertungkus-lumus
saban hari untuk mendapatkan upah $2 Sheqa (mata wang Israel) bersamaan
RM3 sehari.
Situasi menyedihkan itu dirakam wartawan ketika
melihat sekumpulan empat kanak-kanak memindahkan ketulan batu dari tapak
runtuhan sebuah kilang memproses makanan di bandar ini.
Seorang daripada kanak-kanak itu, Huzaima Gus, 11, berkata, dia
berkerja membersihkan tapak runtuhan kilang itu bersama tiga rakan.
Menurutnya, kilang makanan itu runtuh dibedil roket tentera Israel
baru-baru ini hingga hancur menyebabkan bongkahan batu berselerakan dan
menutupi jalan.
Macam Hiroshima
GAZA: Tidak salah jika dikatakan, Perdana Menteri Israel, Benyamin
Netanyahu mahu menjadikan nasib Semenanjung Gaza sama seperti Hiroshima
di Jepun.
Sepanjang serangan lapan hari bermula 14 November lalu, ratusan tan
bahan letupan dan roket dijatuhkan ke bumi Gaza oleh jet pejuang
tentera Israel.
Kemusnahan yang berlaku ditaksirkan melebihi
AS$1 bilion (RM3.1 bilion) membabitkan kediaman, kemudahan awam
termasuk bangunan serta pejabat kerajaan di Gaza yang menjadi sasaran
utama Yahudi.
Daripada 1,399 mangsa yang disahkan parah akibat serangan itu, 719 adalah kanak-kanak dan wanita.
Seorang petugas media warga Gaza yang ditemui wartawan, Ashraf Qud
berkata, serangan Israel kali ini amat sistematik dan bukan membabi
buta.
Menurutnya, tentera Israel seolah-olah sudah mengenal
pasti sasaran dan mahu memastikan Tebing Gaza menjadi ‘padang jarak
padang tekukur’ seperti nasib bandar Hiroshima yang dimusnahkan dengan
bom atom.
Ini terbukti apabila Gilad Sharon iaitu anak bekas Perdana Menteri
Israel, Ariel Sharon dalam kenyataannya di dalam akhbar Jerusalem Post
pada 20 November lalu meminta kerajaan Tel Aviv supaya memusnahkan Gaza
sama seperti Amerika Syarikat menghancurkan kota Hiroshima pada 1945.
Warak dan Zuhud
Warak dan zuhud adalah dua sifat terpuji yang sering menjadi sebutan. Apakah hakikat sebenarnya sifat tersebut.
Ulamak cuba mengemukakan pelbagai takrif untuk menjelaskan maksud keduanya.
Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh Ibn Rusyd (wafat pada tahun 420 hijriah). Katanya:
“Warak ialah menjauhi perkara-perkara yang haram dan yang syubhah”
Menjauhi perkara yang haram adalah wajib. Manakala menjauhi perkara syubhah adalah sunat.
Berdasarkan takrif warak yang diberikan oleh Ibn Rusyd di atas,
seseorang itu tidak boleh dikatakan warak kalau tidak meninggalkan
perkara yang syubhah di samping meninggalkan perkara yang haram.
Beliau juga mentakrifkan zuhud dengan katanya:
“Zuhud ialah sifat yang menggerakkan seseorang meninggalkan perkara yang
haram dan yang syubhah, mengelakkan diri dari bersedap-sedap dengan
syahwah yang harus (contoh: makanan, perhiasan, seks dll secara
berlebihan). Maka setiap orang yang zuhud itu warak, dan bukan setiap
orang yang warak itu zuhud. Warak lebih umum daripada zuhud.”
Zuhud adalah sunat dan sangat digalakkan. Ia dinilai berdasarkan niat
seseorang. Tiada siapapun yang mengetahui kadar zuhud yang berada di
dalam hati seseorang melainkan Allah Yang Mengetahui segala-galanya.
Boleh jadi orang yang memiliki harta yang banyak lebih zuhud daripada
orang yang memiliki harta yang sedikit atau yang tidak memiliki harta
langsung.
Di kalangan salaf as-soleh, antara yang terkenal dengan sifat warak dan
zuhud ialah Basyar al-Hafi (wafat pada tahun 227 hijriah bersamaan 841
masihi).
Pada suatu hari, seorang perempuan datang meminta fatwa daripada Imam
Ahmad bin Hanbal. Perempuan itu berkata: “Wahai Imam, jiran saya terdiri
daripada orang-orang yang rosak akhlak mereka. Kelakuan mereka, makanan
mereka, kehidupan mereka penuh dengan kerosakan. Waktu malam, mereka
memasang lampu yang terang sehingga cahayanya melimpah ke halaman rumah
kami. Saya selalu duduk di halaman rumah, menenun baju daripada bulu
diterangi cahaya lampu dari rumah mereka. Adakah itu halal bagi saya
atau haram?”
Imam Ahmad begitu kagum dengan soalan perempuan itu. Beliau bertanya: “Dari rumah manakah kamu wahai perempuan?”
Perempuan itu menjawab: “Saya adalah adik kepada Basyar al-Hafi”
“Benarkah kamu adik kepada Basyar al-Hafi?” Soal Imam Ahmad untuk mendapatkan kepastian.
“Benar. Saya adalah adik kepada Basyar al-Hafi” Tegas perempuan itu.
Lantas Imam Ahmad berkata: “Daripada rumahmu keluarnya warak. Janganlah
kamu menjahit di situ supaya cahaya terus kekal keluar daripada rumahmu,
keluarga Basyar”.
Itu kisah adik Basyar. Bagaimana pula kisah Basyar?
Pada suatu hari Basyar membeli sepasang kasut baru. Dia memakainya ke
masjid. Tiba di masjid, dia membuka kasutnya dan diletakkan di pintu
masuk masjid. Dia masuk ke dalam masjid dan bersolat sebagai imam.
Ketika keluar dari masjid, didapati kasutnya telah hilang. Lalu dia
menangis. Para makmumnya berkata: “Wahai Imam. Tak sepatutnya orang
seperti tuan menangis kerana kehilangan sepasang kasut. Kami akan
belikan untuk tuan sepasang kasut lain sebagai ganti”.
Basyar menjawab: “Demi Allah! Aku menangis bukan kerana kasutku hilang.
Tetapi aku menangis kerana aku menjadi sebab seorang umat Islam
melakukan maksiat. Kalaulah tidak kerana kasut baruku itu, tentulah dia
tidak mencuri, tentulah dia tidak melakukan maksiat dan dosa!”
Mulai saat itu dia bersumpah tidak akan memakai kasut selama-lamanya.
Dan benar-benar dia tidak lagi memakai kasut sepanjang hayatnya selepas
itu sehingga dia mendapat gelaran Basyar al-Hafi. Al-Hafi bermakna orang
yang tidak berkasut atau orang yang berkaki ayam.
Bersikap penuh hati-hati, dan menjauhi sifat meremehkan dalam setiap
tindakan disebut “warak”. Dengan singkat Imam Qusyairi mendefinisikan
warak dengan “meninggalkan hal-hal yang masih syubhat”, apalagi yang
jelas haramnya. Dalam budaya kiai, warak adalah sifat yang paling
menonjol yang harus dimilikinya. Apalagi kiai yang sedang memegang
jabatan-jabatan legislatif maupun eksekutif dan yudikatif. Kakak sepupu
saya yang dikenal sebagai kiai dan sekarang menjabat ketua DPRD suatu
hari datang bersilaturrahim pada pamannya dengan mengendarai mobil dinas
DPRD. Begitu duduk sang paman langsung menyapanya dengan sebuah
pertanyaan, “Sejak kapan kamu membuang sifat warakmu? ldimana kamu taruk
kekiaianmu? apakah memang halal mobil dinas dipakai untuk keperluan
pribadi ?” Sejak itu kakak saya tak suka lagi menggunakannya kecuali
untuk keperluan dinas.
Menurut Imam Ghazali sifat warak itu bertingkat empat. Tingkatan paling
rendah adalah meninggalkan barang, niat dan tindakan yang jelas haram.
Warak semacam ini dimiliki oleh “ahlul ‘adli” (orang adil). Tingkatan
kedua, meninggalkan barang yang belum jelas halal dan haramnya alias
syubhat. Warak semacam ini dimiliki oleh orang-orang shaleh. Tingkatan
ketiga, meninggalkan sesuatu yang boleh hanya karena takut ada sesuatu
yang tak boleh pada sesuatu yang boleh itu. Warak semacam ini dimiliki
oleh orang-orang yang taqwa. Tentang tingkatan yang ketiga ini Umar bin
khathab berkata, “Kami meninggalkan 90 % dari barang-barang halal
hanya karena kami takut terjebak ke dalam sesuatu yang haram”. Berarti
hanya 10 % dari barang halal yang diambilnya. Dan tingkatan tertinggi
adalah meninggalkan semua yang bebas dari kealpaan. Tingkatan terakhir
dan paling tinggi ini dimiliki oleh “ashiddiqien”, yaitu orang-orang
yang membenarkan agama tanpa reserve, seperti ke-Islaman Abu Bakar
Ashidieq yang selalu berkata, “Oh kalau itu dari Rasulullah, sudah pasti
benar”.
Sekedar ilustrasi, barangkali bisa menyentuh nurani kita untuk segera
berlatih memiliki sifat warak, ada sebuah kisah sejarah yang sangat
menarik. Suatu hari saudara perempuan Basyar al-Khafie berkunjung ke
Imam Ahmad, seorang Imam madzhab yang madzhabnya tidak saja diakui oleh
NU dalam AD/ARTnya, tetapi diakui pula oleh sebagian kaum muslimin
lainnya di dunia. Ia bertanya, “Kami sedang menenun di halaman.
Tiba-tiba obor-obor Ath-Thahiriyah lewat di depan halaman kami. Sinar
obor itu sampai di halaman kami. Apakah boleh kami tetap menenun di
bawah sinar obor itu ?” Imam Ahmad menjawab, “ Siapa kamu ? Semuga Allah
mengampunimu.” Ia menjawab, “Saya saudara perempuan Basyar al-Khafie.”
Imam Ahmad lalu menangis tersedu-sedu dan berkata, “ Kalau di antara
kamu masih memiliki sifat warak yang benar, maka tak akan menenun di
bawah sinar obor-obor itu.”
Tentang keutamaan warak, Allah berfirman kepada Nabi Musa as.,
“Orang-orang yang selalu berusaha untuk mendekati-Ku tak akan pernah
bisa mendekati-Ku sebaik yang dilakukan oleh orang warak dan zuhud.”Abu
Hurairah, perawi hadits yang sangat populer dan alim berkata, “ Besok
di akhirat tamu-tamu Allah adalah orang-orang warak dan zuhud.” Seorang
putra dari Ali bin Abu Thalib sedang bernasehat di depan Ka’bah. Hasan
Al-Bashrie menanyainya, “Apa dasar agama?”Ia menjawab,”Warak.” Lalu
bertanya lagi,”Apa bencana agama ?”Ia menjawab, “Tamak.” Hasan al-Bashri
sebagai seorang yang dikenal sebagai tokoh Ahlus Sunnah wal Jamaah,
kaget mendengar jawaban itu dan berkata, “Seberat satu biji atom dari
warak yang benar lebih baik dari seribu puasa dan shalat”
Warak memang bukan monopoli kiai, tetapi sangat riskan sekali bila tak
dimiliki oleh kiai. Lebih riskan bila tak dimiliki oleh kaiai yang
menjabat jabatan-jabatan politik.. Dan lebih sangat riskan lagi bila
sifat itu tak mewarnai keputusan-keputusan politik mereka. Sekedar
sebagai renungan, sebaiknya kita melakukan instrospeksi, “Kita sendiri
sekarang berada di tingkat warak yang ke berapa ? Dan bagaimana dengan
pemimpin-pemimpin kita sendiri? Lalu apa yang harus kita lakukan bila
ternyata berada di tingkat nol alias jauh dari warak ?”
Keanehan Orang Warak - Menyingkap Sifat Warak, Subahat Dan Kisah-Kisah Lucu Mengenainya
Buku
ini menyingkap kisah orang warak yang boleh mencuit hati dan mengukir
sedikit senyum pembaca atau pendengarnya kerana dirasa aneh atau
melucukan. Ini disebabkan orang warak itu terutama yang berada di
peringkat wara'ul muttaqin dan wara'us siddiqin
sangat ketat dalam membentengi diri mereka daripada perkara subahat
yang halus-halus. Kisah-kisah orang warak yang kelihatan aneh atau lucu
tetapi dapat dijadikan teladan untuk generasi sepanjang zaman. Malah ia
tetap segar untuk dijadikan selingan oleh para penulis, guru, penceramah
dan pendakwah.
- Penulis
KANDUNGAN
BAB SATU WARAK DAN SUBAHAT
Pengertian Warak
Tingkat-Tingkat Warak
Pengertian Subahat
Jenis-Jenis Subahat
Peringatan Tentang Warak
Kata-Kata Hikmah Tentang Warak
BAB DUA KISAH ANEH ORANG WARAK
Guru Tidak Pandai Meludah, Calon Murid Lari
Tidak Mahu Berguru Kepada Yang Menipu Binatang
Akibat "Mahu Makan" Pemberian Syaitan, Kena Pulau
Sanggup Berlapar Kerana Pinggan "Tak Bersih"
Penjaga Kebun Delima Tidak Mahu Rasa Delima
Menunjuk-Nunjuk Cubaan Allah?
Ibu Tidak Tahu Padang Ragut Kambing, Anak Tak Jadi Minum Susu
Yang Disewa Rumahnya, Bukan Debu-Debunya
Terjual Barang Cacat, Seluruh Hasil Jualan Disedekahkan
Takut Pada Bau Wangi 1
Takut Pada Bau Wangi 2
Rahsia Lengan Baju Besar Sebelah
Mengembalikan Hadiah Setelah Mati
Sepanjang Jalan Yang Nampak Hanya Ibu Jari Saja
Kuda Bekerja Lebih Masa, Dapat Ganti Rugi
Minta Subang Berlian, Dapat Bara Api
Kerana Sudah Tidak Berduit, Saku Dibuang
Anak Raja Menjadi Buruh Kasar
Salah Guna Selawat, Kedai Ditutup
Berpantang Makan Kambing Seumur Kambing
Berpantang Makan Ikan Seumur Ikan
Tak Mahu Tumpang Walau Hanya Bayang-Bayang
Tidak Mahu Marah Peribadi Di Premis Awam
Penjual Hendak Murah, Pembeli Pula Hendak Mahal
Bagi Nabi Hadiah, Bagiku Jadi Rasuah
Radar Makan Subahat
Cara Agar Tidak Rakus Dalam Kenduri
Kisah Jubah Seorang Ketua Negara Bertubuh Besar
Ketua Negara Takut Mengambil Gaji
Padah Makan Siang Hari Di Kawasan Puasa
Melepaskan Batuk Di Tangga
Ketua Negara Mengejar Anak Unta
Tolak Sedekah Kerana Menyangka Akan Mati
Takut Salah Guna Cahaya Lampu
Tuan Rumah Mati, Lampu Terus Dipadamkan Serta Merta
Menyumbat Telinga Ketika Mendengar Bunyi Kompang
Minta Mati Apabila Persediaan Makanannya Habis
Menangis Sebelum Makan
Orang Soleh Yang Tidak Boleh Jadi Saksi
Menjolok Tekak Si Bayi
Padah Memberi Hadiah Kepada Penguasa Warak
Tidak Mahu Tumpang Cahaya Lampu
Penguasa Jangan Pentingkan Perut Sendiri
Habuk Timbangan Ganggu Sakaratulmaut
Tidak Mahu Terima Sagu Hati Ceramah
Hidangan Haram Untuk Tuan Rumah
Mengeluarkan Susu Dari Dalam Perut
Kembalikan Saja Wangmu Ke Tempat Asal
Tidak Sempat Makan Hadiah, Sudah Kena Marah
Haidmu Bukan Di Tangan
Aku Tidak Menyusu Kepada Orang Lelaki
Malu Kepada Ahli Kubur
Tidak Mahu Menolong Kerana Takut Berdosa
Harga = RM6.00
Mukasurat = 69
Penyusun = Ahmad Muhammad (Ibnu Shafa)
Penerbit = Pustaka Syuhada
Senang menjadi alim, namun susah menjadi warak dan tawaduk
DICERITAKAN kepada saya daripada seorang ustaz yang
bekerja di DBP pada suatu malam di restoren makanan Arab di Setiawangsa,
bersama kami juga seorang ustaz muda merangkap tokoh sasterawan yang
sedang melanjutkan PhD beliau di UPM.
Saya melantunkan buah fikir, “Sekarang ini ramai orang yang alim,
mahu masuk universiti pun senang. Ada duit sahaja, semua boleh masuk.”
Kedua mereka mengangguk.
Ustaz yang bekerja di DBP kemudian berkata, “Benar, ramai yang dapat
berceramah namun sangat sedikit yang mereka sendiri dapat amalkan
daripada isi ceramahnya itu.”
“Itulah cabaran buat diri kita juga,” saya mencelah.
Ustaz yang sedang menyambung PhD banyak diam, sekadar memerhati.
Hanya kemudian dia memberikan komentarnya, “Sebab itulah saya
menulis, kerana saya bukan jenis yang pandai bercakap. Dengan menulis
idea yang mahu disampaikan akan menjadi lebih halus dan indah.”
Saya dan Ustaz DBP pula mengangguk.
Saya kemudian teringat kepada seseorang, “Kanda berdua, dalam
ramai-ramai ilmuwan, tokoh akademik, ulama, pendakwah dan penceramah
yang saya kagumi kerana sifat warak dan tawaduknya sehingga hari ini
antaranya adalah Dr Zulkifli Al-Bakri.”
“Benar, beliau juga banyak menulis. Dengar khabar beliau berhenti
menjadi pensyarah dengan alasan mahu membaca dan menulis semata-mata.
Bayangkan, dia sanggup tinggalkan jawatan pensyarah dengan gaji
beribu-ribu kerana sebab tersebut,” celah Ustaz PhD.
“Subhana-Allah….”
Saya kemudian berkongsi kepada mereka, “Dulu, masa saya masih
bertugas di Masjid Usamah bin Zaid. Imam muda masjid pernah berkongsi
cerita saat beliau hadir ke rumah Dr Zul. Kata beliau, masuk sahaja ke
ruang tamu rumah Dr Zul, dinding sekeliling dilindungi rak yang berisi
kitab-kitab tanpa ada sedikit ruang kosong pun. Kemudian kami diajak
makan di bahagian meja makan, pun keadaan yang sama terlihat. Oleh
kerana sudah malam, kami dipelawa tidur di rumah beliau dan kami dibawa
ke bilik tamu rumah tersebut, sekali lagi kami terkejut kerana ternyata
ia dipenuhi dengan buku-buku yang sekali pandang semacam batu-bata
tersusun kemas. Selain daripada itu, beliau juga menggaji anak-anak
murid beliau bagi menjadi penulis beliau secara tetap di rumah.”
“Subhana-Allah….”
Ustaz DBP pula berkongsi cerita beliau kemudiannya, “Pernah kami
jemput beliau memberikan ceramah di DBP, sedang beliau berceramah
kelihatan semacam beliau dahaga dan sememangnya ada segelas air
disediakan di atas podium tersebut. Dia dilihat mencapai air dalam gelas
tersebut yang menyuanya ke mulut, hampir sahaja sampai ke mulut dia
berhenti secara tiba-tiba. Kami kepelikan dan dia perasan perubahan air
wajah kami. Dia kemudian berkata, “Bukan tidak boleh kalau saya mahu
minum sambil berdiri, tidak menjadi dosa besar melainkan tidak beradab
sahaja. Namun kalau saya minum juga sambil berdiri, saya akan menjadi
sangat malu menjadi penceramah kepada tuan puan pada hari ini, izinkan
saya minum air ini dahulu ya, terima kasih.” Beliau kemudian membawa
gelas air dan duduk atas kerusi yang disediakan kemudian kembali ke
podium bagi menyambung ceramah beliau. Subhana-Allah….”
Kami terus berwacana sambil menyantap makanan Arab. Nasi mandi, syawarma
dan jus pisang yang menjadi pilihan. Dalam keadaan sedar kami tahu diri
sendiri harus mengoreksi dan sentiasa beristighfar kepada Allah atas
ujian yang Allah kurniakan. Koleksi rakaman Dauratu Ta’lim di radio Ikim.Fm bersama Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
1. Syurga 14-05-2010
2. Wehdah 23-07-2010
3. Takwa 30-07-2010
4. Puasa 6-08-2010
5. Qodo’ & Qadar 27-08-2010
6. Rahsia Haji 1-10-2010
7. Aqiqah 29-10-2010
8. Jin 5-11-2010
9. Azab & Seksa Kubur 12-11-2010
10.Penceraian & Penyelesaiannya 19-11-2010
11.Pemerdagangan Manusia 26-11-2010
12.Pembinaan Daulah Islamiyyah 3-12-2010
13.Masjid & Peranannya 17-12-2010
14.Ummah Wasatiyyah 24-12-2010
15.Muhasabah 31-12-2010
16.Hakikat Ilmu&Kehidupan 7-1-2011
17.Salah Faham Terhadap Tasawwuf 14-01-2011
Nota: Mohon rujuk di laman Daratu Ta’lim di sini http://www.ikimfm.my/.
Ditembak ketika minum
Oleh Asmah Rusman dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.
SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam.
GOMBAK: Seorang lelaki yang sedang menjamu selera bersama rakannya di
sebuah warung di kawasan perindustrian Batu Caves di sini, maut selepas
ditembak seorang lelaki bertopeng, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang
dikenali sebagai M Siva, 32, dikatakan terkena tiga das tembakan di
dada, perut dan tangan.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika berada di
kilang berdekatan, dia terdengar bunyi tiga das tembakan, namun tidak
berani keluar kerana bimbang keselamatan diri.
“Selepas 10
minit, seorang rakan mangsa datang meminta bantuan saya dan memberitahu
rakannya itu parah dan terbaring berlumuran darah akibat ditembak.
“Sebaik tiba di lokasi, saya lihat beberapa lelaki dipercayai
rakan mangsa sedang mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kereta untuk
menghantarnya ke hospital,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sekatan mentua
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
BERASINGAN...Jimmy dan Nursuhaila hadir pada perbicaraan kes penjagaan anak, semalam.
SHAH ALAM: “Bekas bapa mentua haramkan saya ke rumahnya sejak Januari
2011,” kata pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley dalam perbicaraan hak
penjagaan anak (hadanah) di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32,
berkata, bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 26, selaku plaintif
juga meletakkan syarat jika dia ingin berjumpa dengan anak.
Menurutnya, bekas ibu mentua pula hanya membawa anak berjumpanya apabila bekas bapa mentua tiada di rumah.
Disebabkan itu, Jimmy yang juga defendan berkata, kali terakhir dia
ke rumah keluarga mentuanya di Sungai Buloh, dekat sini, pada Julai 2011
iaitu selepas kelahiran anak perempuan tunggalnya, Zahra Rania Shanley
yang kini berusia setahun tujuh bulan.
Jimmy berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie
Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila Eliani mengenai sebab dia tidak
melawat Zahra Rania yang tinggal bersama keluarga bekas mentuanya itu.
Tiada peniaga bahu jalan
Oleh Maiamalina Mohamed
maiamalina@hmetro.com.my
MESRA...Raja Nong Chik (tengah) bersalaman dengan peserta Seminar Misi
Bandar dan Kehidupan Pintar anjuran kerajaan United Kingdom, semalam.
KUALA LUMPUR: Tidak akan ada lagi peniaga mahupun penjaja yang
beroperasi di bahu jalan atau sekitarnya, apabila pembangunan semula
Pasar Raja Bot, di sini, yang lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit siap
pada 2015.
Ia berikutan peruntukan tambahan diminta Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) baru-baru ini, bagi membolehkan 400 lagi lot niaga dibina,
menjadikan jumlah keseluruhannya melebihi 2,000 tapak.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong
Chik Zainal Abidin berkata, DBKL kini berurusan dengan Unit Perancang
Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, memohon peruntukan tambahan yang
belum diputuskan lagi.
“DBKL masih memohon, belum dapat apa-apa kelulusan. Kami pun tak
pasti berapa jumlahnya. Namun peruntukan tambahan ini kalau kita tak
dapat pun, masih akan tetap teruskan pembangunan Pasar Chow Kit mengikut
fasa yang dipersetujui sebelum ini.
“Tambahan adalah
untuk menampung permintaan peniaga yang mahu 400 lot tambahan supaya
peniaga yang kini bertaburan di tepi jalan pun masuk sekali (dipindahkan
ke bangunan baru).
“Ini kerana mengikut perancangan asal,
kementerian hanya sediakan untuk mereka yang berniaga dalam pasar sedia
ada,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Seminar Misi
Bandar dan Kehidupan Pintar anjuran kerajaan United Kingdom di sini,
semalam. Hadir sama Menteri Negara (Pembangunan Antarabangsa) bagi
Kerajaan Britain, Alan Duncan dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke
Malaysia, Simon Featherstone.
Pembangunan semula Pasar Raja Bot dimulakan pertengahan tahun ini
dijalankan mengikut tiga fasa yang menelan belanja RM200 juta bertujuan
mewujudkan kemudahan pasar moden yang lebih selesa kepada peniaga dan
pengunjung.
Mengikut perancangan, pasar baru berkenaan
dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada 2015, namun tempat letak
kereta yang disediakan meliputi 410 lot dijadualkan siap pada 2017.
Nong Chik berkata, beliau yakin projek siap mengikut apa yang
sudah dirancang, malah turut mendapat persetujuan peniaga berkenaan.
“Ketika ini, projek masih dalam proses pengambilalihan beberapa lot
kedai untuk pembesaran dan dari segi umumnya berdasarkan kaji selidik
dibuat dengan pekedai dan peniaga pasar, majoritinya bersetuju dengan
reka bentuk pembangunan semula.
“Kami pun sudah adakan dua
pertemuan dan sudah ada kata putus mengenai reka bentuk. Sekarang hanya
nak buka tender untuk lantik kontraktor sebelum boleh teruskan dengan
kerja pembinaan,” katanya.
‘Kami tak kisah niaga 5 hari’
KUALA LUMPUR: “Majoriti peniaga bazar malam di sini tiada masalah
untuk berniaga lima hari seminggu demi menghormati permintaan penduduk,”
kata peniaga mainan di Uptown Danau Kota, Setapak, Zaidah Lot, 38.
Menurutnya, kebanyakan peniaga di bazar larut malam itu akur dengan
arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya membenarkan mereka
beroperasi lima hari seminggu kecuali pada Isnin dan Selasa.
“Namun, sikap penting diri 20 hingga 30 peniaga lagi yang masih mahu
berniaga pada Isnin dan Selasa menjejaskan imej peniaga lain.
“Jangan disebabkan sikap tamak mereka nanti menyebabkan semua
peniaga di sini menerima akibatnya apabila uptown ini terpaksa ditutup
dan dipindahkan,” katanya di sini, semalam.
Seorang lagi
peniaga aksesori beg, Siti Zaliawati Ghazali, 34, berkata, peniaga di
situ tidak memerlukan campur tangan pihak luar yang cuba berlagak hero
kononnya membela nasib segelintir peniaga lain.
“Jangan jadi
anasir jahat yang cuba memecahbelahkan peniaga yang sudah lebih enam
tahun mencari rezeki bersama di sini,” katanya.
Penduduk yang juga peniaga, Mohd Abtar Abdul Halim, 53, berkata,
peniaga juga perlu menghormati permintaan penduduk sekitar supaya
mengurangkan bilangan hari operasi bagi mengelakkan jalan raya mengalami
kesesakan teruk.
Sementara itu, Penganjur Uptown Danau Kota,
Ahmad Selamat berkata, dia kesal dengan pembabitan Pertubuhan Ikatan
Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang hanya memburukkan
keadaan.
“Ini hanya masalah kecil dan boleh diatasi sekiranya semua peniaga
patuh arahan pihak berkuasa demi kelangsungan uptown ini yang sudah
hampir tujuh tahun beroperasi di sini.
“Pembabitan Ikhlas hanya memburukkan lagi keadaan dan akan memecahbelahkan perpaduan antara peniaga,” katanya.
‘Kecewa operasi lambat cari anak jatuh laut’
LANGKAWI: “Saya reda dengan takdir yang menimpa anak saya. Jika ini
ketentuan-Nya, kami terima dengan hati terbuka. Namun, saya rasa kecewa
dengan anggota jabatan berkenaan kerana lambat bertindak dan tidak
melaksanakan operasi mencari arwah sejurus kejadian itu.”
Begitu kata Othman Abdullah, 62, bapa kepada Allahyarham Aidi
Azhar, 29, yang mayatnya ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan
kira-kira jam 3.40 petang semalam ketika melakukan operasi mencari dan
menyelamat sejak kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15
pagi kelmarin, bot dinaiki Aidi Azhar bersama tiga lagi dilanggar
sebuah bot peronda Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), mengakibatkan
seorang cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.
Gerakan mencari yang dilaksanakan sejurus selepas kejadian oleh
penduduk kampung dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) serta
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), berjaya menemui mayat mangsa
selepas operasi itu dilaksanakan lebih 30 jam sejak tragedi itu.
Othman berkata, pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ada berjumpa
dengannya dan meluahkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi, namun dia
tetap berasa terkilan berikutan tindakan anggota jabatan itu tidak
mengambil tindakan cepat.
Jual motosikal curi di Internet
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
KLANG: Kegiatan sindiket mencuri dan menjual motosikal yang dikenali
sebagai Geng Honda lumpuh apabila polis menahan tiga lelaki dipercayai
ahli sindiket berkenaan, Selasa lalu.
Semua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam tiga serbuan
berasingan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan,
Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam serbuan pertama pada
jam 9.15 malam, sepasukan anggota peronda pencegahan jenayah yang
melakukan rondaan ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebuah kedai
serbaneka di Jalan Kampung Jawa, di sini.
Katanya, apabila didekati, lelaki yang bekerja sebagai mekanik sambilan itu melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.
“Suspek dapat ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui dua batang
kunci ‘allen’ yang ditajamkan di dalam poket seluarnya. Polis turut
merampas motosika Honda EX5 digunakan suspek.
“Suspek
mengaku kunci ‘allen’ miliknya digunakan untuk mencuri sebuah motosikal
di kawasan Klang, namun motosikal berkenaan sudah diserahkan kepada
seorang lagi anggota sindiket untuk dileraikan,” katanya pada sidang
media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.
Mohamad berkata, sejurus soal siasat, polis melakukan serbuan kedua
di sebuah rumah di Lot 6278 Jalan Kota Raja, di sini, pada jam 10.15
malam dan menahan seorang lelaki serta menemui dua enjin motosikal di
bahagian belakang rumah berkenaan.
“Hasil maklumat suspek
kedua, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Sungai Jati, di sini,
jam 1.15 pagi dan menahan seorang lagi lelaki. “Bersama suspek,
polis merampas lima motosikal iaitu Yamaha 135 LC, Honda EX5 dan
Kawasaki, empat enjin serta dua rangka motosikal selain pelbagai
komponen motosikal dileraikan,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis
menjumpai tiga set peralatan yang digunakan untuk menukar nombor enjin
dan chasis motosikal yang dicuri.
“Kumpulan ini dipercayai mencuri lebih 20 motosikal sebelum menjual terus kepada pembeli atau diiklankan dalam Internet.
“Setiap satu enjin motosikal pula dijual pada harga RM200 hingga RM300
bergantung kepada jenis dan kuasa kuda enjin motosikal berkenaan,”
katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek
pertama sebelum ini pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) kerana
mencuri motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif
Methapethamine.
Katanya, dengan tertangkapnya tiga suspek,
pihaknya menyelesaikan 10 kes curi motosikal yang pernah dilaporkan
sepanjang tahun ini di Klang.
Semua suspek ditahan direman
seminggu sehingga 11 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A
Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal.
Bapa reda takdir anak
Oleh Mary Victoria Dass, Siti Nadirah Hafidzin dan Ahmad Othman
am@hmetro.com.my
KOTA TINGGI: “Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan
sebaik dimaklumkan pegawai Kedutaan Malaysia di London, United Kingdom
(UK) yang Fazli meninggal dunia.
“Saya hanya reda dan berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan
Allah,” kata Fadzilah Samsudin, 49, bapa Mohd Fazli, 24, pelajar
Universiti LimKokWing Cawangan London yang mengikuti pengajian
Pengimejan Kreatif dan Fotografi Digital selama lima bulan.
Ketika kejadian, arwah mengikuti program ‘Kepimpinan Belia Felda’ di Chingford, UK bermula Selasa lalu.
Berdasarkan maklumat diberikan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia
di London, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang hadir sepanjang program, arwah
dikatakan keluar berjoging dan kembali semula pada jam 8 pagi waktu
tempatan (4 petang waktu Malaysia) sebelum rebah di dewan makan,
kelmarin.
Bagaimanapun, menurut Dr Mohd Anizu, Fazli bagaimanapun pulih
sebelum meminum secawan kopi dan keluar kembali dan ketika itu arwah
dikatakan rebah kali kedua.
Polis ambil keterangan saksi
KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan beberapa saksi berhubung
kes pembunuhan jurumekap artis yang ditemui mati dalam keadaan
tertiarap di atas katil dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya
turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh, di sini,
malam Selasa lalu.
Menurut sumber, antara yang dirakam percakapan adalah saksi awal
iaitu keluarga terdekat mangsa, rakan dan beberapa individu lain bagi
membantu siasatan.
“Siasatan terperinci masih dijalankan dan
setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan. Motif sebenar
kejadian juga masih disiasat,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan seorang jurumekap artis ditemui
mati dalam keadaan tertiarap di atas katil. dengan tangan dan kaki
terikat selain lehernya turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat
Jalan Ipoh, di sini. Mayat Othman Hassan, 52, ditemui dengan
mukanya tersembam pada tilam dalam sebuah bilik.
KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan beberapa saksi berhubung
kes pembunuhan jurumekap artis yang ditemui mati dalam keadaan
tertiarap di atas katil dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya
turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh, di sini,
malam Selasa lalu.
Menurut sumber, antara yang dirakam percakapan adalah saksi awal
iaitu keluarga terdekat mangsa, rakan dan beberapa individu lain bagi
membantu siasatan.
“Siasatan terperinci masih dijalankan dan
setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan. Motif sebenar
kejadian juga masih disiasat,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan seorang jurumekap artis ditemui
mati dalam keadaan tertiarap di atas katil. dengan tangan dan kaki
terikat selain lehernya turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat
Jalan Ipoh, di sini. Mayat Othman Hassan, 52, ditemui dengan
mukanya tersembam pada tilam dalam sebuah bilik.
Kali kedua jumpa bayi
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
AMPANG JAYA: “Ini bukan kejadian pertama sebaliknya berlaku kali
kedua seingat saya dalam tempoh empat ke lima tahun,” kata Siti Hatijah
Samah, 44, ketika diminta mengulas mengenai penemuan bayi perempuan yang
ditemui baru dilahirkan di halaman rumahnya di Kampung Pandan Dalam, di
sini, kira-kira jam 5 pagi, semalam.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi
ibunya, Fatimah Bee Ahmad Khan, 70, yang menemui bayi perempuan
terbabit.
“Sebaik dimaklumkan, saya segera pulang ke rumah
sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan,”
katanya yang memberitahu ketika malam kejadian, dia bermalam di sebuah
lagi rumahnya di Sungai Besi.
Fatimah Bee berkata, dia yang bangun untuk bersiap-siap sementara
menunggu masuk waktu solat Subuh tiba-tiba terdengar tangisan bayi yang
kuat.
“Saya kemudian memanggil Tohi Taib, 50, yang menyewa
di rumahnya itu untuk keluar bagi melakukan pemeriksaan,” katanya ketika
ditemui wartawan di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya,
selepas dimaklumkan Tohi bahawa dia menemui seorang bayi perempuan
masih bertali pusat, dia mengarahkan supaya bayi malang itu dibawa masuk
ke dalam rumah.
“Saya bimbang jika dibiarkan di halaman rumah, bayi terbabit akan mati kesejukan,” katanya.
Katanya, ketika bayi itu ditemui, dia dibalut dengan kain batik yang dipenuhi darah.
“Malah, laman rumah saya juga dipenuhi darah menyebabkan yakin wanita terbabit melahirkan bayi di kawasan berkenaan,” katanya.
Fatimah Bee berkata, dia kemudian menghubungi anak perempuannya, Siti Hatijah dan memintanya supaya pulang segera.
“Kira-kira 20 minit kemudian, Siti Hatijah tiba di rumah sebelum dia
menelefon pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya.
Katanya, sepasukan polis bersama ambulans tiba di rumahnya kurang 10
minit kemudian sebelum membawa bayi berkenaan ke hospital berhampiran.
Ditanya mengenai keadaan bayi terbabit, Fatimah Bee dan Siti Hatijah berkata, bayi itu berada dalam keadaan sihat.
“Kulitnya (bayi) cerah dan comel...jika boleh diambil sebagai anak angkat, kami sekeluarga sanggup berbuat demikian,” katanya.
Wartawan yang bertanya mengenai tindakan pihak berkuasa yang tiba di
rumahnya itu, Fatimah Bee berkata, polis memeriksa halaman rumah dan
mengambil kain batik yang digunakan untuk membalut bayi itu.
“Malah, ada polis juga mengambil keterangan saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner
Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan
kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
Tahlil majlis nikah anak
Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
JERTIH: Kenduri kahwin sepasang pengantin baru di Kampung Gong Bayor,
dekat sini, semalam, bertukar menjadi kenduri arwah apabila bapa
pengantin perempuan meninggal dunia sejurus selepas menyerahkan lembu
peliharaannya untuk disembelih untuk hidangan majlis berkenaan.
Dalam kejadian jam 7 pagi, Zakaria Mohd Nor, 50, tiba-tiba rebah di
dalam rumah beberapa minit selepas menyerahkan lembu berkenaan kepada
rakannya untuk disembelih.
Dia dikejarkan ke Hospital Besut bagaimanapun, disahkan sudah meninggal dunia dipercayai akibat tekanan darah rendah.
Kejadian itu menyebabkan majlis menyambut menantu yang dijadualkan berlangsung semalam bertukar menjadi kenduri arwah.
Jenazah arwah yang bekerja sebagai pemandu Jabatan Kerja Raya (JKR)
Besut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Bayor
selepas solat Zuhur semalam.
Keluarganya bagaimanapun, enggan ditemu bual wartawan berikutan masih bersedih dengan pemergian arwah.
Sementara itu, di majlis kenduri sama kecoh seketika apabila
seorang kanak-kanak, Muhamad Danis Iskandar Rusli, 8, menemui seketul
daging lembu tertera kalimah Allah ketika makan jam 12 tengah hari.
“Saya menemui daging lembu itu selepas semua daging lain habis dimakan dan ia daging terakhir yang berbaki dalam pinggan.
“Saya segera memaklumkan kepada ayah yang kemudian mengambilnya
dan menunjukkan kepada tetamu lain untuk mendapatkan kepastian,”
katanya.
Bapanya, Rusli Abdul Karim, 35, berkata, tetamu lain turut mengesahkan daging berkenaan mempunyai kalimah Allah.
“Daging itu kemudian disimpan dalam bekas khas oleh seorang saudara kepada tuan rumah,” katanya.
Difahamkan daging terbabit ialah daging lembu yang Zakaria serah untuk disembelih sebagai lauk majlis perkahwinan anaknya itu.
Motor terbang atasi kesesakan
SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya.
AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi
halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia
menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.
Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.
Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.
Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.
Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.
Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.
Kenderaan berharga �46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.
Pengendalinya
pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya.
Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten
kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara
besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan,
sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. “Projek ini
bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika
apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan
kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya. Namun, Neal
- berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu
dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.
Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan
itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. “Pasukan
peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah
besar bagi kenderaan ini,” katanya. - DM
Pakar antivirus AS ditahan di Guatemala
GUATEMALA CITY: Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika
Syarikat (AS), John McAfee, semalam kerana memasuki negara itu secara
haram.
Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla, berkata Guatemala akan
mengusir McAfee ke negara jiran, Belize, kerana dia dikehendaki untuk
disoal siasat dalam kes pembunuhan jirannya. McAfee, 67, bersembunyi
selama tiga minggu sebelum memasuki Guatemala bersama teman wanitanya
berusia 20 tahun bagi mengelak ditahan polis Belize.
Dia dianggap “individu berkepentingan” dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull.
Menurut Bonilla, McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City.
Menjadi
seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee
mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan
namanya sendiri. - Reuters
Kumpulan Tablighi Jamaat dilarang bina masjid terbesar Britain
LONDON: Sebuah pertubuhan dakwah Islam dinafikan hak mereka untuk
membina masjid dengan saiz empat kali ganda lebih besar berbanding
Gereja St Paul.
Keputusan itu dibuat Majlis Perbandaran Newham, semalam.
Jika
pembinaan itu dibenarkan, Masjid Abbey Mills juga dikenali sebagai
Pusat Riverine akan menjadi pusat Islam terbesar di Britain dan Eropah
Barat.
Kumpulan Tablighi Jamaat berkata, mereka bercadang membina masjid
dengan kapasiti 9,000 orang di West Ham tetapi tidak mendapat kebenaran
daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketika ini, kumpulan berkenaan
menggunakan sebahagian daripada tapak seluas enam hektar di Abbey Mills
sebagai pusat ibadah, dikenali Masjid Ilyas yang dapat menampung
sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa. Pada awalnya, majlis
perbandaran mempertimbangkan cadangan perluasan masjid di tapak industri
itu.
Selepas bermesyuarat, PBT berkenaan menolak permohonan
itu dengan memberi alasan, ia terlalu besar dan memberi kesan kepada
bangunan bersejarah berhampiran. - TS
PSY jutawan YouTube
SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.
Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.
Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.
Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil
iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih
lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.
Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.
Hanya
melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya
AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan
muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).
PSY memperoleh laba apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian
unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton dalam sejarah
YouTube.
Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton lebih
880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin Bieber (808 juta kali)
sejak Februari 2010.
Saluran rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion kali.
Agensi
penyedia perkhidmatan teknologi untuk agensi pemasaran, TubeMogul,
menganggarkan PSY dan ejennya, YG Entertainment, memperoleh AS$870,000
(RM 2.6 juta) sebagai sebahagian daripada pulangan daripada iklan yang
muncul di video YouTube.
PSY dan YG Entertainment juga
mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu setiap kali ia ditonton
pengguna Internet. Google mengesan sebarang video yang mengandungi
bahan dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang - jika mendapat
permintaan daripada pemilik hak cipta terbabit - atau mengekalkannya di
laman sesawang itu dan perolehan bayaran iklan daripada video berkenaan
dikongsi secara bersama. Pada minggu terakhir September, lebih 33,000
video dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan unsur Gangnam Style
dimuat naik di YouTube. - AP
Enjin jet F-16 Israel kena curi
BAITULMAQDIS: Sekumpulan pencuri melarikan beberapa enjin jet pejuang
F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai berpuluh juta ringgit dari
sebuah pangkalan udara di tengah Israel.
Radio tentera melaporkan, siasatan awal mendapati pencuri mendapat
bantuan dalaman, sama ada di kalangan anggota keselamatan atau
kakitangan awam. “Polis tentera percaya enjin berkenaan dicuri untuk
dijual sebagai besi buruk,” lapor radio berkenaan.
Tidak
diketahui bila kecurian itu berlaku. Menurut radio tentera, jurucakap
pasukan itu enggan memberi komen, kecuali mengatakan laporan rasmi
mengenai insiden itu akan dihantar kepada pendakwa. Tahun lalu, polis
tentera Israel melancarkan siasatan selepas komponen jet perang F-15 dan
F-16 ditemui di sebuah gudang besi buruk. - AFP
1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana maslahah dan diikuti dengan membayar kafarah.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia
melihat perkara lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka
hendaklah dia membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu
seterusnya dia melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu.” – (HR Muslim dan al-Tirmizi)
2. Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai.
al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:
Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu
nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari
musibah yang dinantikan tersingkap.” Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad
al-Ma’ad 1/360:
Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA,
melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan
atau terhindar dari musibah. 3. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi.
Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka`ab ibnu Malik RA katanya:
Mafhumnya: “Talhah bin ‘Ubaidillah berdiri lalu datang dengan
tergesa-gesa kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku.”
Ibn al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma`ad: “Dan di dalamnya dalil
menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat
kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya. Ini
adalah sunnah yang digalakkan.” 4.Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.
Daripada Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa,
kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat – di dalam satu
riwayat mengatakan solat dua rakaat – kemudian dia memohon keampunan
daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya.”
5.Bersedekah ketika bertaubat
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka`ab RA yang berkata:
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari taubatku,
aku akan memberi sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan rasulNya.
Rasulullah bersabda: Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia
adalah lebih baik bagimu.”
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 3/585-586: Perkataan
Ka`ab, Wahai Rasulullah sesungguhnya termasuk dari taubatku, bahawa aku
akan memberi sedekah dengan hartaku, merupakan dalil sunatnya bersedekah
ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta.”
6. Bertakbir dan Bertasbih Ketika Kehairanan dan Keingkaran
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Beliau pernah berjumpa dengan Nabi SAW di
jalan-jalan di Madinah, sedangkan beliau berada dalam keadaan berjunub,
lalu beliau berpaling dan pergi untuk mandi janabah, kemudian beliau
mendapatkan Nabi SAW, ketika beliau sampai, baginda bertanya: Kemana
engkau wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, Engkau
bertemu dengan ku, sedangkan aku dalam keadaan berjunub, lalu aku tidak
suka untuk bersama denganmu dalam keadaan demikian sehingga aku mandi
(janabah) terlebih dahulu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Maha Suci
Allah, sesungguhnya seorang muslim itu tudak najis.” - (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Dan sesungguhnya aku, benar-benar mengharapkan kamu
semua (umat baginda SAW) menjadi satu perempat dari ahli syurga” lalu
kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “satu pertiga dari Ahli
Syurga.” Lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “Satu perdua
ahli syurga.” Lalu kami bertakbir.” – (HR al-Bukhari dan Muslim)
7. Sunat menulis wasiat.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda
“Tidak patut bagi seorang muslim yang mempunyai
sesuatu yang hendak diwasiatkan – di dalam riwayat yang lain – baginya
ada sesuatu yang hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam
– dalam riwayat yang lain – selama tiga malam, melainkan wasiatnya
tertulis di sisinya.”
8. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi
SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta
dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda:
Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut,
akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar
usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki
itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah
memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya
orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik
dalam menunaikan hutang.” – (HR al-Bukhari)
Termasuk dari petunjuk Nabi S.A.W, baginda tidak menarik tangan
ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.
Daripada Anas bin Malik RA katanya:
“Adalah baginda (SAW) apabila bersalaman dengan
seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki
itu yang terlebih dahulu menarik tangannya.” – (HR Imam
Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam syarah sunnah dan Ibnu Hibban
serta selain mereka. Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam
kitab al-Silsilah as-Sahihah)
9. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahulukan kaki kiri ketika menanggalkannya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang dari kamu memakai kasut, maka
mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya mulakan dengan
sebelah kiri. Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan
yang akhir ketika menanggalkannya.” – (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: “Ini
merupakan kaedah yang berterusan dalam syara`, setiap perkara yang
termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju,
seluar dan juga khuf, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong
kuku, memendekkan misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak,
mencukur rambut, memberi salam dari solat, membasuh anggota ketika
bersuci, keluar dari tandas, makan dan minum, bersalaman dan melakukan
Istilam kepada Hajar al-Aswad, dan selainnya yang termasuk dalam
maknanya (menghormati dan memuliakan), disunatkan memulakan dengan
kanan. Adapun apa yang berlawanan denganya seperti memasuki tandas,
keluar dari masjid, mengeluarkan lender (dari hidung), istinja’, membuka
baju, seluar dan khuf, dan seumpamanya, disunatkan memulakan dengan
kiri. Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allahlah yang
lebih mengetahui.” 10. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut
“Daripada Abdullah bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari
kalangan sahabat Nabi SAW, pergi menemui Fadholah bin `Ubaid di Mesir.
Ketika bertemu dengannya, lelaki itu berkata: Saya bukan datang untuk
menziarahimu, akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah
mendengar satu hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki
maklumat tentangnya. Fadholah berkata: apakah perkara itu? Lelaki itu
berkata: demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi: mengapa saya
melihat keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di
tanah ini? Fadholah menjawab: sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami
daripada banyak berhias. Lelaki itu bertanya lagi: aku melihat kamu
tidak memakai kasut. Fadholah menjawab: Nabi SAW pernah menyuruh kami
agar tidak memakai kasut sekali-sekala.” 11. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam.
Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah
anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan
bertebaran pada ketika itu.”
12. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun
Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata:
“Kami pernah dituruni hujan ketika bersama dengan
Rasulullah SAW, beliau (Anas) berkata: Maka Rasulullah SAW membuka
sebahagian dari bajunya agar terkena air hujan. Lalu kami bertanya
kepada baginda: Wahai Rasulullah, kenapa Rasulullah berbuat demikian?
Baginda menjawab: Kerana ia baru diciptakan oleh Allah taala.” – (HR Muslim)
Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464: “Pada hadith ini
adanya petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat
ketika hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya
disentuh air hujan tersebut, dan mereka berdalilkan dengan hadith ini,
padanya juga menunjukkan seseorang yang mafdhul (yang dilebihkan), jika
melihat dari seseorang al-Fadhil (yang mememiliki kelebihan) sesuatu
yang tidak diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara
tersebut, agar orang itu mengajarkan kepadanya, sehingga dia boleh
mengamalkannya dan mengajarkan pula kepada orang lain. 13. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu
Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:
“Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan
menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain:
Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangan
dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat
didalamnya.”
Dalam riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa
pergi ke Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:
“Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”
Wallahu a’lam.
Sumber: http://www.al-qayyim.net/
Apabila Segalanya Di Pertontonkan Di Facebook
by admin on September 21, 2012
Keadaan di kedai makan itu seperti malam-malam sebelumnya. Orang
ramai berpusu-pusu keluar masuk. Menu char koey teow menjadi pilihan
utama bagi sesiapa yang mengunjunginya. Azmi tidak terkecuali. Cuma kali
ini lebih tenang, apabila dia bersama dengan sahabatnya yang belajar di
Mesir. Ehsan namanya. Sudah lama mereka tidak ketemu.
“Ko perasan tak, yang Facebook dah banyak berubah?”. Ehsan memulakan perbualan. Char koey teow special telah habis dijamahnya.
“Aah, aku perasan juga. Dah ada ticker sekarang ni, yang mana segala
perbuatan kita di Facebook, akan diketahui umum. Malah, kalau upload
gambar pun, punyalah besar apabila ada dekat wall tu. Dahsyat Facebook
sekarang ni.” Rungut Azmi. Dia meneguk teh ais, sambil mengetap bibir
kerana kesejukan.
“Hmm, itu yang aku risaukan. Bukannya apa, aku selalu terfikir.
Bagaimana ketika di akhirat kelak, yang mana segala perbuatan kita akan
dipertontonkan semula, samada perbuatan baik atau buruk. Tengok sajalah,
kat Facebook pun, segala apa yang kita lakukan, akan keluar dekat
ticker tu, dari ‘like’, ‘comment’ dan macam-macam lagi. Tidaklah aku
katakan salah untuk bersosial, cuma perlulah berpada-pada. Kita tidak
akan berasa segan sekiranya kita melakukan perkara yang bermanfaat di
Facebook. Tetapi, malu sebenarnya, jika kita melakukan perkara yang
melalaikan, yang mampu menimbulkan fitnah, kemudian dipertontonkan pula
di khalayak ramai.” Ehsan meleter panjang.
“Aku pula cuma kurang suka sekiranya kawan-kawan perempuan aku,
begitu seronok upload gambar kat Facebook. Bukannya apa, tidak ada
salahnya untuk upload, tetapi tidak perlulah sehingga mendedahkan aurat,
malah membuat gaya yang menggoda. Mata-mata yang liar begitu banyak
memerhatikan mereka. Saham dosa semakin bertambah tanpa sedar. Tidak
terkecuali bagi kawan-kawan lelaki juga yang suka mendedahkan aurat.
Seolah-olah di akhirat, segalanya dipertontonkan di Facebook. Segala
dosa-dosa akan dituntut di akhirat kelak.” Azmi menambah.
“Hmm, maka disebabkan itulah, kita kena pandai ambil peluang.” Ehsan menimbulkan tanda tanya dalam diri Azmi.
“Maksud ko?” Azmi menggelengkan kepala, tanda tidak mengerti.
“Orang selalu fikir bahawa laman web sosial ni, hanyalah tempat untuk
kita bersosial sahaja, yang mana ikhtilat lelaki dan perempuan sudah
tidak ada batasan. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan langsung
dengan berlainan jantina di Facebook, namun, perlu menjaga batas
pergaulan, sungguhpun hanya di alam maya. Janganlah sehingga menimbulkan
fitnah dan syak wasangka, atas segala perbuatan kita yang
dipertontonkan di Facebook tu.” Hujah Ehsan.
“Gunakan medium ini untuk berdakwah. Nak jadi da`ie mesti kreatif.
Takkan nak tunggu kita belajar kat Mesir, amek jurusan Syariah, nak kena
jadi ustaz, baru boleh berdakwah, kan? Dengan hanya menggunakan medium
seperti Facebook sahaja, kita dapat menyebarkan Islam, memberi manfaat
kepada orang lain. Contohnya, boleh sahaja kita post link-link agama
yang bermanfaat, contohnya dari ILuvIslam. Kongsikan tafsir Al-quran dan
juga Hadis. Kemudian boleh sahaja kita post link-link dari Youtube,
video yang memberi pengajaran. Maka apabila dipertontonkan di Facebook,
di khalayak ramai, sekurang-kurangnya kita melakukan perkara yang
bermanfaat. Mungkin sahaja menjadi saham pahala bagi kita, bukannya
menjadikan Facebook sebagai medium menambah dosa dan tempat meluahkan
perasaan, kan?” Tambah Ehsan, panjang lebar.
“Hmm, aku setuju dengan pendapat ko. Tapi, bagaimana kalau sesetengah
daripada kawan-kawan kita kurang bersetuju? Mungkin sahaja akan ada
umpatan-umpatan liar mengatakan bahawa kita pun perangai tak seberapa,
nak berdakwah kat orang lain pula.” Azmi cuba menguji Ehsan.
“Iya, tidak dinafikan memang ada sahaja yang tidak bersetuju dengan
kita. Namun sedarlah, redha Allah lebih penting dari redha manusia, kan?
Perlu menjadi sempurna dulu ke, untuk membuatkan kita berhak menasihati
dan berdakwah kepada orang lain? Tanpa sedar, sebenarnya kita dapat
memperbaiki diri kita, sedikit demi sedikit.” Hujah Ehsan, padat.
“Betul juga apa yang ko cakap tu. Hmm, haa ko perasan sesuatu tak?”
“Tak pun. Perasan apa?”
“Aku rasa, tokeh kedai ni asyik pandang kita ja, rasanya dia macam dah nak tutup kedai.”
“Haha, agak arh, dah lewat ni kan, ok la, jumpa lagi nanti. Semoga
segala apa yang kita bincangkan, memberi manfaat. Semoga Allah
mempertemukan kita lagi. Assalamualaikum.”
“Haa, waalaikumussalam.” Mereka berpisah, mengikut haluan masing-masing.
Sumber: http://resolusiaddin.blogspot.com/
Suami Jambatan Ke Syurga
by admin on November 7, 2012
http://www.flickr.com/ardymarwan
by: muhdarifaiman
Ayam sudah mula berkokok, mengerakkan hening pagi yang lama membisu. Si suami bangun lalu mengerakkan isterinya.
“Sayang, bangun sayang…dah subuh..kita solat sama-sama jom…”
Si suami berjalan meninggalkan isterinya yg masih terpingga-pinga,
masih dibuai mimpi nan indah. Berjalan si suami menuju ke bilik para
malaikatnya.
Tombol dipusingkan. Melihat malaikat dan bidadarinya sedang enak
tidur, hatinya berat untuk menganggu tidur anaknya itu, tapi
mengingatkan pada perintah Tuhannya, dia berjalan pergi pada
anak-anaknya. Di usap kepala mereka yg kecil itu. Lalu hatinya berdesis,
“nak…besar nanti jadi anak soleh ya… abi dan umi sayang kamu.”
Perlahan-lahan tangan yang kasar itu mengerakkan anak-anak kecil itu.
“dah subuh nak….bangun nak…pergi ambil wuduk, kita solat sama-sama. abi
tunggu kat luar.”
Bangun anak-anak yang kecil itu meninggalkan selimut mereka. Berjalan
separuh sedar menuju ke tandas dan membasuh muka. Mengambil wuduk.
persiapkan diri untuk mengikut perbuatan abinya nanti. solat.
Suara yang garau itu dilaungkan ‘Allahuakhbar..’ tangan diangkat,
dibawa keduanya ke atas perutnya. Seperti orang yang telah mati
diletakkan tangannya.
‘Assalamualaikum wbt….Assalamualaikum wbt….’ tapak tangan mengusapi muka hamba yang berdosa.
Anak kecil lantas terus mengikutinya tanpa sebarang soal. Akalnya
masih belum benar mengerti apa yang dilakukan oleh abinya. Cuma
diberitahu kita sedang solat. menyembah Tuhan kita, Allah taala.
Tangan diangkat dan dirapatkan, anak kecil cuma mengikut gerakgeri
abinya. Si isteri tersenyum manja melihat kedua anak kecilnya itu.
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan
keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada
isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg
solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan
jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga
anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah
dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga
bersamaku. “
Si isteri merasa sayu..hatinya sayu mendengar luahan doa dari seorang
hamba yang cintakan Tuhannya, yang merintih kepada-Nya. Hatinya seperti
disirami kasturi dari syurga. Setiap patah yang dilafazkan menusuk ke
jiwa sanubarinya. Air matanya tertahan untuk tidak gugur lagi.
“Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang isteri yg solehah
buat diriku ini.. Aku syukur Ya Tuhan, Engkau berikan seorang ibu yang
baik buat anak-anakku ini…
Aku syukur Ya Tuhan, dialah yang akan bersamaku, susah dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu.
Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri, ibubapa
dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami saling berkasihsayang
keranaMu.
Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi meninggalkan
dunia yang fana ini. meninggalkan isteri dan anak-anakku. Engkau
peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau lindungilah mereka dari menjadi
bahan bakar api nerakaMu. Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan…
Ampunkanlah kelalaian diriku selama ini.”
Air mata dari seorg hamba jatuh berderai membasahi bumi.
Titisan-titisan taubat dan kecintaan mula luruh. Isterinya sudah tidak
tertanggung…pipinya sudah disirami dengan air mata keinsafan. Munajat
seorang hamba.
Doa diaminkan…
Suami memandang ke belakang. Entah apa yang dicari. Dia bangun
mengorek langkah mendapatkan isterinya, merangkul anak-anak kecilnya.
Tangan isteri dipgg erat. “Sayang…bantu abg untuk bawa keluarga kita ke syurga.”
Tiada kata diucapkan lagi dari bibir si isteri. Air matanya masih
belum mahu behenti mengalir. Cuma anggukkan kecil dibuat. Sambil melihat
wajah seorang suami dan ayah pada anak-anak mereka.
~tamat…~
p/s: akan bersambung jika sy rajin mencoretkannya lagi. jika ‘mood’ ini datang lagi.
Aurat Antara Wanita Islam Dengan Wanita Bukan Islam
by admin on February 1, 2012
Soalan
Saya pelajar sebuah IPT yang menetap di asrama yang bercampur dengan
wanita bukan Islam. Menjadi satu bebanan bagi saya dan kawan2 saya untuk
memelihara aurat dalam keadaan orang kafir tinggal sebilik dangan kami.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari ustazah tentang hokumnya
jika kami mendedahkan aurat zahir kami kerana keadaan terpaksa. Jawapan
Saya sering ditanyakan masalah ini,terutamanya melibatkan mahasiswa
dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam. Kerana ini
sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.
Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan
oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan
dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu
dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan
tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran
Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini.
Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia
menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka. Lafaz
“nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam
ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah
terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama’.
Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat
hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie
yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu
juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn
Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya : “Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang
wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada
wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu
zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar
wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah
kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua
wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu
zimmah. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak
memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita
lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh
dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan
aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang
melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.
Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil
dengan kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat
oleh perempuan Yahudi atau Kristian kerana takut perempuan kafir akan
menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka
tentang apa yang mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam
al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata
sahabat) daripada Umar RA yang bermaksud:
Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah:
“Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki
tempat mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan
halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.
Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka
mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah
(alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’.
Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu
hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah.
Apabila illah/alasan tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut.
Namun apabila illah/alasan itu kembali, maka hukum asal digunapakai
semula.
Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan
menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi
wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.
Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak
memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan
membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya
kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka
aurat dihadapan wanita bukan Islam diatas keperluan dan syarat-syarat
tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam
(khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak
menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu
mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh
dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.
Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan
dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab
beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi
wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya
dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam
boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin
hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita
itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam
tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam
Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari dari Saudi iaitu Syeikh Ali
Al-Shabuni.
Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak
bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan
akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan
aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya
walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri
Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211
mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan
wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di
pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan
lain-lain.
Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama,
bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral
seperti golongan lesbian? Maka sudah semestinya wajib menutup aurat di
hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya
dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.
Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu
menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat
mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan
rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung
disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.
Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang
mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan
wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak.
Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya
sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut
mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki
lain. Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka
spt lengan,kaki, rambut,leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang
sulit-sulit kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita
muslimah.
Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.
WALLAHU ‘A’LAM
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.
Sumber: http://johor.ikram.org.my/
Nabi Sedih Umat Cuai Solat
by admin on November 7, 2012
http://www.flickr.com/anickue
Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan
aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap
mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan
solat sunat yang lainnya.
Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan
darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah
cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.
Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana
pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau
berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad) Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan
dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar
musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi
orang yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin
Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan.
Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara
rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan
meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang
diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali umatku.”
Rasulullah menangis
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian
mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami
meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami
lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata
dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku,
maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan
perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan
solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah
Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata,
bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud:
“Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang
mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan
menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok
manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat
(hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka
satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan
oleh Ibnu Umar).
Abu Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang
memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah,
yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama
kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat,
maka semua amalnya akan ditolak.
Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah,
perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu
rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah
kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi
bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka
Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
Sumber: http://epondok.wordpress.com/
Hukum Isteri Meminta Cerai
by admin on September 10, 2012
Soalan:
Saya sedang membaca berkenaan hukum seorang isteri meminta cerai
daripada suami. Saya dapati terdapat hadis-hadis yang melarang daripada
meminta cerai. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis di mana
seorang isteri dengan mudah telah meminta cerai daripada suaminya di
hadapan Rasulullah, dan baginda mengizinkannya. Jadi bagaimanakah cara
yang betul untuk memahami hadis-hadis ini? Jawapan:
Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua
usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu.
Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta
cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis
berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang
munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih
terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh
Islam:
Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan
yang munasabah, maka haram baginya bau syurga. [Shahih Sunan Abu Daud,
no: 2226]
Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi,
merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa
pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah
apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai
qawwamun ke atas isterinya.
Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta
cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah
seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi
dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam
akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam
Islam.”
Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya
kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri
Tsabit menjawab: “Ya.”
Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]
Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta
cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan
agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit
adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit
kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku
antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:
Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul
isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti
Abdullah bin Ubay.
Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu
berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus
seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]
Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui
syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai
daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan
Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit
setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak
meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau
munasabah.
Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya
jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah.
Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir,
bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan
cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di
antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang
dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan
belajar dari kesilapan masing-masing.
Semalam tak dapat ngadap FB. Ada kursus
di Ipoh. Balik dah malam,penat terus tidur. Pagi ni ke pasar dulu
kemudian baru boleh on lappy sekejap. Terus mata aku menangkap sosok
tubuh ni di wall FB yang ditag oleh sorang kawan. Betul la! Gambar Raja
Permaisuri Agong kita tuuuu….
Hati kecik ni dah lama sangat berharap.
Dah lama sangat berdoa. Moga-moga Baginda Tuanku akan mengikut jejak
mantan Permaisuri kita sebelum ni, Tuanku Nur Zahirah. Alhamdulillah!
Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Ni baru cantik. Baru menepati
sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Raja payung negara.Raja
ketua agama. Islam agama rasmi persekutuan. Jadi tersangatlah moleknya
bila mana seorang Permaisuri Agong @ 1st lady dalam negara kita ni
berimej muslimah macam tu. Aku rasa mesti ramai yang sangat suka
melihatnya. Sangat bersyukur dengan perubahan yang telah diambilnya
sempena Maal Hijrah 1434.
Kita tahu,perintah bertudung yakni
“menutup aurat” telah lama disebut,diseru-seru dalam Al Quran. Kalau ada
yang berkata, “Nantilah…belum sampai seru lagi…esok-esok aku pakai
laa,” itu tak betul.Mana betulnya kan? Dah lebih 1,400 tahun Al Quran
diutus kepada Baginda Rasul. Di dalamnya termaktub segala undang-undang
dan tata cara bagaimana mahu mengendali dunia mengikut kehendak Tuhan
bukan mengikut kehendak hawa nafsu manusia!
Meh kita hayati perintah Allah dalam ayatnya Surah Al Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam
di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang
dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan
Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu)
hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan
dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah WAJIB sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Perempuan yang menutup aurat akan mudah
dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya,
maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk
mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga
akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri
mereka.
Seterusnya dalam surah yang sama ayat 59 bermaksud :
“Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.”
Mana-mana perempuan yang masih belum mau
menutup aurat, ayuhlah segera melakukannya. Permaisuri kita dah pun
berhijrah kepada satu jalan kebaikan yang sangat dituntut dalam agama.
Perbetulkan nawaitu dulu. Menutup aurat bukan kerana mengikut-ngikut,
bukan kerana trend zaman ni orang bertudung,kita pun nak bertudung tapi
semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah.
Ada bezanya bertudung dan menutup aurat.
Kalau setakat nak tutup kepala, dengan baldi pun boleh! Itu kata UAI
aka Ustaz Azhar Idrus. Jika tidak memahami maksud sebenar , tu yang
kita nampak betapa ramainya perempuan yang bertudung tapi telanjang!
Kepala ditutup tapi lengan, dada, punggung malah kadang-kadang betis pun
boleh dipertontonkan kepada laki-laki ajnabi.
Ada banyak ceramah @ kuliah UAI yang menyentuh bab aurat. Meh layan yang ini.
Dan sebelum terlupa,sama-samalah kita doakan jugak supaya 2nd Lady kita, Hajah Rosmah Mansor
pun akan mengikut jejak langkah Permaisuri Agong yang kita kasihi ini.
Sayang rasanya kan, penat-penat pergi ke Mekah,balik ke tanah air macam
tu jugak. Penat-penat pegi melontar Jumrah tapi balik tetap melawan
perintah Allah! Wallahua’lam!