Thursday, December 13, 2012

MAHA SUCI ALLAH 'SUBHANNALLAH'..SEGALA PUJI BAGI ALLAH 'ALHAMDULLILLAH...SEMUANYA KETENTUAN ALLAH 'MASYAALLAH'...ALLAH ITU MAHA BESAR 'ALLAHHUAKBAR'...JANGAN PULA KITA BERBANGGA BERBUAT DOSA

Pengantin kejang

Oleh Maria Uffa Zulkafeli
am@hmetro.com.my

MESRA...Farid dan isteri, Diana melambai hadirin majlis resepsi perkahwinan mereka.
MESRA...Farid dan isteri, Diana melambai hadirin majlis resepsi perkahwinan mereka.
JITRA: Majlis resepsi pasangan pelakon, Farid Kamil Zahari, 31, dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, di Taman Tema Tasik Darulaman, di sini, semalam, menjadi kelam-kabut apabila pengantin perempuan mengalami kekejangan pada kaki kanannya selepas beramah-mesra dengan tetamu dan peminat.
Diana Danielle yang kini berbadan dua mengalami kekejangan pada kaki kanannya selama hampir 15 minit menyebabkan pasangan itu bergegas keluar meninggalkan majlis jam 3 petang.
Malah, usaha media menunggu hampir empat jam untuk menemu bual Farid termasuk isu pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi pengantin perempuan di Putrajaya, 1 Disember lalu, gagal selepas pelakon terbabit beredar menaiki kereta.

Adik Farid, Fadzil Zahari, 29, berkata perkara itu amat dikesali dan tidak dapat dielakkan kerana Diana Danielle keletihan selepas berarak menemui peminat.

“Kami meminta maaf kerana terpaksa membatalkan sidang media seperti dijanjikan kerana kesuntukan masa dan Diana tidak sihat akibat mengalami kekejangan kaki,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.


Van rempuh bas ekspres di Tol Jitra



JITRA: Tujuh termasuk pemandu parah apabila van yang dinaiki warga kerja Universiti Utara Malaysia (UUM) merempuh sebuah bas ekspres di Plaza Tol Jitra, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, van yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke UUM di Sintok tersebut merempuh bahagian belakang bas ekspres dari Kota Bharu, Kelantan yang sedang menunggu giliran membayar tol.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamed Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata van tersebut dipercayai dipandu laju.

Akibat rempuhan itu, bahagian depan van remuk teruk mengakibatkan pemandu yang dikenali sebagai Mohd Esman Osman, 54 serta penumpang hadapan tersepit, katanya.

Semua yang parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sementara tiada penumpang bas ekspres itu cedera, katanya.

Bernama difahamkan tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HSB, sementara empat lagi ditempatkan di zon kuning kerana mengalami patah kaki dan kecederaan anggota badan.

Tiga yang kritikal ialah Mohd Esman; Alina Mohd Mahdzir, 46; dan Wan Merina Wan Saad, 51, sementara yang parah pula ialah Zurina Yahya, 41; Norhaneza Nordin, 33; Nelwati Abidin, 35; dan Haslina Mohamed Shah, 39.

Dua lagi penumpang Hasliza Shafe, 50, yang juga isteri Mohd Esman; dan Noor Azura Othman, 40 hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hosplital Jitra.

Sementara itu Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohammad Darus berkata pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa yang cedera melalui pintu belakang van tersebut.

Katanya bahagian depan van yang remuk menyukarkan anggotanya untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan.

Bernama difahamkan van itu diguna untuk membawa warga kerja UUM yang berulang-alik dari Alor Setar ke tempat kerja. - Bernama

Bapa kejam gila

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”
Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.
Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.

Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.

Dua beradik dibawa arus

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

GELAP...anggota bomba berusaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas.
GELAP...anggota bomba berusaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas.
HULU LANGAT: Niat abang untuk menolong adiknya yang hampir lemas membawa padah apabila kedua-dua mereka hilang dihanyutkan arus dalam kejadian di Sungai Langat, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang itu, mangsa, Mohammad Tarmizi Azhari, 13, sedang mandi di sungai itu manakala abangnya, Mohammad Syawal Azhari, 17, sedang memancing bersama tujuh rakan lain.
Abang ipar mangsa, Mohd Arif Abu Tamar, 27, berkata, dua beradik itu memang gemar memancing di sungai berkenaan dan ia adalah aktiviti cuti sekolah mereka.

Menurutnya, ketika Tarmizi yang tidak tahu berenang itu sedang mandi, tiba-tiba dia menjerit meminta tolong akibat dihanyutkan arus.

“Syawal yang berada berhampiran dan pandai berenang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya itu, namun dia turut dihanyutkan.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah dan terkejut selepas rakan mereka menjerit di depan rumah dan menyatakan kedua-dua anak saudara saya itu lemas,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendapat maklumat itu, dia memaklumkan kejadian berkenaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.

Sementara itu, Pegawai Bomba Operasi, Mohd Hazuan Mohamad Mansor berkata, jentera pertama dari Balai Bomba Kajang tiba di lokasi kejadian pada jam 4.54 petang.

Katanya, 11 anggota dari Unit Skuba dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Shah Alam memulakan operasi mencari kira-kira jam 6.30 petang sebelum tamat sementara pada jam 8.30 malam.

“Kedua-dua mangsa masih gagal ditemui dan operasi akan diteruskan jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya.




Penjenayah ‘nomad’

Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my

TEMPAT PERSEMBUNYIAN...antara kawasan hutan didiami Rambo Bentong.
TEMPAT PERSEMBUNYIAN...antara kawasan hutan didiami Rambo Bentong.
BENTONG: Selain amat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes rogol dan empat kes bunuh sejak Mac 2009 sehingga dicekup polis 14 November lalu, seorang penjenayah berbahaya dikesan berperwatakan aneh kerana hidup secara nomad dalam hutan sekitar daerah ini sejak tiga tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 42 tahun itu juga mahir memburu selain memiliki kelengkapan ikhtiar hidup lengkap serta senjata menjadikannya tidak ubah seperti watak filem aksi lasak, Rambo.
Menurutnya, ‘Rambo Bentong’ itu yang bakal dihadapkan ke mahkamah di sini, hari ini (Khamis), dipercayai hidup dengan makan haiwan dan tumbuhan liar di hutan ketika bersembunyi untuk mengelak dikesan polis.

“Ketika melakukan jenayah, suspek membawa pisau Rambo, senapang buatan sendiri dan pemutar skru sebagai senjata untuk mencederakan mangsanya,” katanya.

Beliau berkata, sejak berlakunya siri jenayah yang disyaki dilakukan lelaki itu, seluruh anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong diberikan taklimat pagi setiap hari dalam usaha memburunya.

‘Wajah cantik macam bidadari’



BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.
Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.

Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.
Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka. “Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui. Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,” katanya. Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya.
Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Lelaki seterika muka sangka telefon



EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.
Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.

Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.
Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.
Dia juga memberitahu matanya lebam akibat terhantuk di pintu.

“Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini,” katanya. - TS

Trauma lepas koma

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Kemalangan itu membuatkan saya lebih berhati-hati dan tidak lagi memandu dalam keadaan mengantuk,” kata Sharil Amril Muhammad Suhaimi, 25, yang dirawat di hospital sejak tujuh hari lalu dan menerima lebih 50 jahitan di kepala serta muka selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Gong Balai, Marang.
Ketika ditemui di Wad Pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Sharil Amril berkata, dalam kejadian 5 Disember lalu, dia bersama tiga rakannya, Wan Syamil Asyraf Wan Ramli, 17, Nurul Syafiqa Mohd Mustaffa, 15, dan Nurul Shaira Shaari, 15, dalam perjalanan ke bandar raya ini apabila dia yang mengantuk terlelap menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai.

“Dalam kejadian jam 3.10 petang, saya terlalu mengantuk kerana keletihan memandu dari Kuantan dan tidak menduga boleh terlelap ketika melalui jambatan Kampung Gong Balai, Marang.

“Akibat kemalangan itu, saya cedera di kepala kerana terhantuk pada stereng manakala tiga rakan berjaya keluar dari kereta dan berenang ke tebing.

“Wan Syamil yang cedera pada tulang rusuk kemudian bergegas meminta bantuan penduduk kampung menyelamatkan saya dalam Perodua Viva hampir ketika itu sudah hampir tenggelam,” katanya yang baru sedar daripada koma empat hari lalu.

2 suspek dicekup

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki berusia 20-an yang dipercayai terbabit dalam sindiket jual beli kereta mewah dan bertanggungjawab menculik serta memukul seorang lelaki kerana enggan menyerahkan kereta yang sudah dibelinya daripada sindiket terbabit.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah berkata, suspek ditahan beberapa hari lalu sejurus selepas pihaknya mendapat laporan daripada mangsa, namun pihaknya masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan lanjut.

“Kami baru saja menerima laporan kecederaan mangsa hari ini (semalam) dan saya difahamkan kes itu sudah pun dirujuk kepada pejabat DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan undang-undang.
“Mangsa membuat laporan polis pada Ahad lalu kerana mendakwa diculik dan dipukul oleh kumpulan lelaki terbabit selain tidak berpuas hati kerana tindakan lambat diambil walaupun dia sudah mengemukakan laporan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, setakat ini pihaknya sudah menahan dua lelaki dipercayai bertanggungjawab mengakibatkan kecederaan selepas mangsa membuat laporan, tetapi perlu menunggu pihak DPP meneliti kertas siasatan berkenaan dalam masa terdekat.

Semalam Harian Metro melaporkan pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Langkawi, Mukmin Reach Out Management (MROM) yang menerima 45 aduan sejak 2005 berhubung satu sindiket dianggotai kumpulan penarik kereta yang menganiaya orang ramai dengan menjual kereta mewah pada harga yang rendah.
Pengerusi MROM, Zamzuri Halib dipetik berkata, anggota sindiket terbabit menarik kereta mewah daripada orang lain sebelum menjual semua kereta berkenaan kepada pelanggan lain bagi mengaut keuntungan dengan mudah.

Namun, Harith Kam berkata, pihaknya menafikan bahawa sindiket itu wujud di sekitar pulau peranginan itu memandangkan pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kecurian membabitkan kereta mewah.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 324 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

Katanya, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 423 kanun sama kerana pemalsuan dokumen.

Kerumun cendawan gergasi

Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Rohaiza Ab Rahman
am@hmetro.com.my

TUMPAT: “Cendawan ini bukan untuk dijual walau berapa harga ditawarkan kerana saya anggap penemuan cendawan ini anugerah Tuhan untuk saya sekeluarga,” kata penjual kuih, Azizah Hamid, 57, yang menemui ‘cendawan gergasi’ berhampiran rumahnya di Kampung Kok Pasir, 15 November lalu.
Berikutan penemuan cendawan seberat 8.6 kilogram (kg) itu, Azizah terpaksa menghentikan seketika perniagaannya kerana rumahnya dikunjungi ratusan orang setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 10 malam yang mahu mendapatkan air rendaman cendawan berkenaan yang kononnya mujarab untuk pelbagai penyakit.

Azizah mendakwa ibunya, Rubiah Idris, 85, yang lumpuh kerana angin ahmar boleh berjalan semula selepas meminum air rendaman cendawan itu.
Katanya, dia menemui cendawan itu dalam kolam di belakang rumahnya yang dihuni sejak 40 tahun lalu.

“Selepas solat Asar saya berehat di tepi rumah sambil mengenangkan nasib keluarga yang dihimpit kesusahan. Tiba-tiba saya melihat buih timbul dari dasar kolam itu. “Apabila menjolok ke dalam air menggunakan kayu, cendawan itu timbul. Lebih aneh, ia timbul dalam keadaan menghadap ke arah kiblat seperti menadah tangan,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia meminta bantuan suaminya, Nawi Mahmod, 63, untuk mengangkat cendawan seberat 8.6 kilogram itu untuk dibersih dan dibawa masuk ke dalam rumah.
Katanya, dia memberi ibunya minum air rendaman cendawan itu dan selepas dua hari, ibunya boleh berjalan.

“Apabila berita mengenai ibu saya boleh berjalan semula selepas minum air rendaman cendawan itu, orang ramai tidak putus- putus datang untuk melihat dan mendapatkan air berkenaan.
“Kira-kira 200 orang datang setiap hari seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan air itu. Saya terpaksa membuat catuan dengan hanya memberi segelas air,“ katanya.

Azizah yang mempunyai sembilan anak berkata, walaupun mendapat sambutan hangat, dia tidak meletakkan bayaran, tetapi menerima sumbangan ikhlas pengunjung.

“Pengunjung dari Pasir Mas, Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang turut datang untuk melihat cendawan berkenaan dan mendapatkan air itu,” katanya.

Bom jangka pesakit mental

Oleh Asmizan Mohd Samiran

SEORANG bilal warga emas, Abdullah Nawang, 77, maut dipukul dengan objek keras ketika menunaikan solat sunat Subuh di sebuah surau di Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan pada 7 November lalu.
Pada 18 November pula, seorang lelaki dikenali sebagai Berahim berusia 20-an ‘menyembelih’ leher sendiri dengan pisau pemotong sayur sepanjang tujuh sentimeter dan sempat melaungkan perkataan Allah berulang kali sebelum berjaya ditangkap dan dibawa ke hospital oleh penduduk kampung untuk dirawat dalam kejadian di Kampung Padang Mandol, Cabang Empat, Tumpat, Kelantan.

Selang sehari kemudian, di Wakaf Che Yeh, Kelantan, seorang lelaki berusia 40-an mengamuk dan menetak pekerja bengkel kimpalan, Liu Kien Hor, 25, dan peniaga kedai emas, Chew Foi Sung, 51, dengan parang sehingga masing-masing cedera di tangan kiri dan belakang kepala.
Tiga kejadian itu - membunuh, cuba membunuh diri dan cuba membunuh mempunyai persamaan apabila pelakunya dipercayai kurang siuman. Suspek yang memukul Abdullah, pernah mendapatkan rawatan di wad psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, manakala Berahim dirujuk kepada pakar psikiatri HRPZ II.

Suspek yang menetak Liu dan Chew pula pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri kerana mengalami masalah mental.

Apabila memperkatakan mengenai pesakit mental, tiga kes berkenaan hanyalah sebahagian ‘kegilaan’ dilakukan oleh individu yang sering kita sebut sebagai ‘orang gila’ kerana di negeri lain, situasinya juga hampir sama apabila banyak kes bunuh, cuba bunuh diri dan cuba membunuh dilakukan golongan berkenaan.
Sama ada sedar atau tidak, selain diancam penjenayah, kita sebenarnya turut diancam pesakit mental yang pada bila-bila masa boleh bertindak di luar kawalan, sama ada bertindak kejam terhadap diri sendiri atau orang lain.

Paling membimbangkan adalah jika individu itu mempunyai masalah mental, tetapi tidak mendapatkan rawatan dan bebas berada di kalangan masyarakat yang tidak mengetahui sejarah individu berkenaan.
Bukan mustahil, jika tersalah bergurau impaknya mungkin mengerikan, sama ada individu itu terasa hati sehingga membunuh, cuba membunuh diri dan cuba membunuh. Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Osman Che Bakar berkata, walaupun pada hakikatnya pesakit mental tidak memberi sebarang risiko kepada masyarakat, namun mereka akan bertindak ganas jika tidak mendapat rawatan secara berkala atau pengawasan sepatutnya.

Katanya, walaupun kes berkenaan dianggap sebagai kes terpencil, namun ia adalah kesan yang dapat dilihat berikutan sikap ambil mudah keluarga pesakit mental itu dan masyarakat.

“Lebih membimbangkan ialah apabila individu yang mempunyai keturunan penyakit mental, mengambil dadah menyebabkan kesan lebih buruk akan dialami mereka hingga boleh berhalusinasi dan dirasuk.

“Sebenarnya, pesakit mental hanya akan hilang pertimbangan jika mereka tidak menerima rawatan betul dan tidak mengambil ubat seperti ditetapkan. Jika di bawah kawalan dadah, ia amat bahaya kerana mereka boleh berhalusinasi. Dalam bahasa mudahnya, mereka seolah-olah berada di bawah pengaruh syaitan kerana dadah akan memburukkan keadaan mereka yang sudah mempunyai sejarah penyakit berkenaan dan lebih mudah menjadi kurang siuman. Nasihatnya, sesiapa mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit mental supaya tidak mengambil risiko dengan menangguhkan rawatan.

Katanya, ia menyebabkan proses pemulihan sukar dilakukan apabila mereka hanya melepaskan tanggungjawab kepada pihak hospital.

“Kadangkala keluarga terbabit malu jika ada di kalangan mereka disahkan pesakit mental. Ini yang melambatkan pemulihan, malah jika ada yang mula mengambil dadah sekalipun, rawatan segera perlu dilakukan supaya orang ramai tidak menerima risiko,” katanya.

Dalam pada itu, hakikat yang perlu diakui, malah dibimbangi, pesakit mental di kalangan remaja berusia 25 tahun ke bawah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 19.4 peratus pada 2006 dan meningkat 20 peratus tahun lalu.

Pengarah Pusat Kajian Pengurusan dan Pembangunan Islam (Isdev) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Muhammad Shukri Salleh berkata, statistik itu diulas melalui kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada 9 Oktober lalu.

Beliau yang ketika itu membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pembangunan dan Kebahagiaan’ di Dewan Besar Ikim, Kuala Lumpur pada 16 Oktober lalu berkata, peningkatan itu berlaku disebabkan beberapa faktor.

“Persoalannya mengapa ia terjadi? Pertamanya, disebabkan pembangunan dipisahkan daripada agama atau acuan tidak Islam, pembangunan manusia dan modal insan yang juga merujuk kepada hanya elemen pemaksimaan produktiviti.

“Selain itu, pembangunan rohani tanpa penghuraian terperinci mengenai roh, kalbu dan nafsu (mahmudah dan mazmumah) serta pembangunan dan kebahagiaan palsu menjadi sebab berlakunya masalah mental di kalangan masyarakat,” katanya.

Mengambil contoh di Jepun katanya, realitinya, negara itu berdepan kes kematian membabitkan bunuh diri seramai 90 orang setiap hari.

“Ia angka terbesar dalam kalangan negara membangun. Pada 2009 saja, 32,845 orang hilang nyawa kerana membunuh diri. Sebab bunuh diri pula akibat kadar pengangguran tinggi, sakit mental serius dan perlindungan hidup tidak mencukupi,” katanya.

Dalam keadaan kejadian membunuh, cuba membunuh diri dan cuba membunuh yang dilakukan pesakit mental masih berlaku dan pesakit mental di kalangan remaja berusia 25 tahun ke bawah pula semakin meningkat, seharusnya sesuatu perlu dilakukan.

Kita sering melihat gelandangan yang ada antaranya pesakit mental berpeleseran di tepi jalan, namun mereka bagaikan tidak diendahkan. Begitu juga di kalangan keluarga sendiri, jika ada ahli keluarga yang menunjukkan ciri-ciri pesakit mental, ada yang dibiarkan.

Pelbagai maklumat dan pesanan sudah diberikan. Pesakit mental perlu diberi perhatian bukannya dibiarkan. Ada di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit mental mengurung anak mereka, lalu persepsi masyarakat pastinya negatif kerana beranggapan tindakan itu kejam.

Bagaimanapun, apabila dibiarkan bebas dan bertindak di luar jangkaan seperti membunuh orang lain, masyarakat akan menimbulkan persoalan mengapa dibiarkan. Justeru, apakah yang sepatutnya perlu dilakukan? Tiada apa yang lebih baik untuk dilakukan melainkan merujuk kepada pakar psikiatri di hospital. Jangan terlalu taksub kepada bomoh kerana pastinya pesakit mental itu tidak akan sembuh, malah penyakitnya akan bertambah kronik akibat salah mendapat rawatan.

Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan

Termakan ‘puisi’ cinta

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 hingga 20 kes dilaporkan seminggu dengan kerugian mencecah RM200,000 membabitkan kes penipuan cinta Internet didalangi sindiket warga Afrika.
Lebih membimbangkan, hampir 90 peratus wanita atau lelaki yang menjadi mangsa terdiri daripada golongan profesional dan mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang seperti pensyarah, pegawai tinggi kerajaan, jurutera, usahawan serta doktor.

Difahamkan, golongan itu mudah terjerat dengan ayat cinta anggota sindiket kerana terdesak mencari pasangan hidup dan tidak sanggup hidup kesunyian.

Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md Din berkata, segelintir mangsa juga mengakui mereka berdepan masalah rumah tangga di samping tiada bersosial dan mencari pasangan di luar.

“Individu berusia antara 30 hingga 45 tahun antara golongan paling ramai ditipu meskipun ada mangsa bukan dalam lingkungan umur berkenaan namun jumlahnya sedikit.

Wanita selamat anak nyaris dinoda



KAJANG: Seorang wanita kini dalam ketakutan selepas seorang lelaki yang menculiknya selama dua jam dan cuba merogolnya, kini mengugut mahu membunuh berikutan laporan polis dibuatnya.
Dalam kejadian jam 8 hingga 10 pagi kelmarin di sebuah rumah kosong di Sungai Jelok, di sini mangsa berusia 20 tahun hampir dirogol lelaki itu, namun diselamatkan ibunya.

Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berada di depan sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya disapa seorang lelaki berusia 28 tahun yang berpura-pura bertanya arah jalan, tetapi mangsa memaklumkan tidak tahu lokasi dimaksudkan, kira-kira jam 8 pagi.
Katanya, selepas beberapa minit, mangsa dan ibunya ke kedai makan untuk membeli sarapan sementara dia menunggu di luar kedai.

“Ketika menunggu ibunya, lelaki sama sekali lagi datang dan memberhentikan kereta di depan mangsa.

“Lelaki itu keluar dari kereta membawa spanar sebelum meletakkannya ke leher mangsa sambil mengugut mencederakannya sekiranya melawan,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila lelaki itu terus menariknya masuk ke kereta dan membawanya ke sebuah rumah kosong berdekatan hutan.

Katanya, mangsa cuba meminta tolong, namun lelaki itu mengugut merogolnya sebelum menarik mangsa masuk ke rumah itu.
“Di dalam rumah itu, lelaki terbabit memaksa mangsa membuka seluar kerana mahu merogolnya, tetapi ditolak sebelum lelaki itu meletakkan spanar ke lehernya dengan tujuan menikamnya.

“Mangsa bergelut dengan lelaki itu selama beberapa minit sebelum ibunya yang mengekori anaknya masuk ke rumah berkenaan menyelamatkan anaknya,” katanya.

Menurutnya, mangsa sempat keluar dan membuat laporan di Balai Polis Kajang sejurus kejadian.

Katanya, mangsa kini dalam ketakutan kerana lelaki itu terus mengganggu hidupnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Jennifer dinobat wanita paling diidam lelaki



LOS ANGELES: Aktres Amerika Syarikat, Jennifer Lawrence, diumumkan wanita paling diidamkan lelaki dalam senarai dikeluarkan laman sesawang AskMen.com, semalam.
Menurut undian dilakukan 2.4 juta orang itu itu, bintang filem The Hunger Games itu mengetepikan penyandang 2012, Sofia Vergara.

Pada 2011, bintang Gossip Girl, Blake Lively, dinobatkan sebagai Wanita Paling Diidam Di Dunia, selepas Emmanuelle Chriqui (2010) dan Eva Mendes (2009).
Jennifer 22, mula mencipta nama selepas muncul dalam filem Winter’s Bone pada 2010.

Filem itu membolehkan Jennifer dicalonkan untuk anugerah Oscar. Tempat kedua adalah Mila Kunis, diikuti Kate Upton, Rihanna dan Emma Stone. - Agensi

Palmer letak jawatan elak aib



SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti.
Michael Palmer, 44, mempunyai seorang isteri dan anak, baru saja mengangkat sumpah jawatan pada Oktober tahun lalu.

Peletakan jawatan Palmer turut membabitkan kerusi parlimen diwakilinya.
Palmer turut melepaskan keahliannya dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang membentuk kerajaan Singapura.

Dalam sidang medianya, Palmer berkata, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan menjalin hubungan sulit itu. “Perbuatan saya tidak wajar dan ia salah pertimbangan yang besar.

“Peletakan jawatan ini dibuat bagi mengelakkan lebih banyak aib ditanggung PAP dan parlimen,” katanya. Mengenai hubungan sulitnya dengan kakitangan pertubuhan Persatuan Rakyat itu, Palmer berkata, dia sangat kesal kerana mengecewakan penyokong dan keluarganya.
Persatuan Rakyat dipimpin Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP.

Sementara itu, Lee mengumumkan penerimaannya terhadap peletakan jawatan Palmer.
“Ahli parlimen perlu sentiasa mengekalkan standard tingkah laku yang tinggi,” katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, meminta maaf kepada penduduk yang diwakili Palmer.

Katanya, keadaan akan diperbetulkan dan PAP tetap menjaga kepentingan pengundi di kawasan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada pilihan raya kecil akan diadakan bagi mencari pengganti Palmer.

Di Singapura, keputusan mengadakan pilihan raya kecil adalah kuasa mutlak perdana menteri. - AFP

Minta cerai 12-12-12



PURWOKERTO: Ketika ramai pasangan mahu dikahwinkan pada tarikh unik 12 Disember tahun ini (12-12-12), sebahagian yang lain mahu mengingati tarikh itu dengan mendapat pengesahan cerai.
Di mahkamah syariah Purwokerto misalnya, 32 pasangan diadili sebelum status perkahwinan mereka ditentukan sama ada terus bertahan atau sebaliknya.

Beberapa pasangan mengakui mereka berharap hakim membenarkan mereka semalam, sempena tarikh unik itu. Antara mereka ialah penduduk Baturraden, Ani Yuliani.

Wednesday, December 12, 2012

BILA DAH BIASA MENIPU....MENIPU DAH JADI BIASA...MAKA TAK TERASA DOSA LAGI

Farid Kamil Akan Jelaskan Isu Salah Guna Uniform

Posted on the December 12th, 2012 under General by admin

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil akan memberi penjelasan dalam waktu terdekat mengenai isu menyalahgunakan pakaian istiadat pasukan keselamatan semasa majlis resepsi persandingannya dengan aktres Diana Danielle.
Jurucakap syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) berkata, kenyataan yang bakal dibuat Farid itu bagi menghuraikan segala kekeliruan dan salah faham sesetengah pihak mengenai tindakan tersebut.
“Kami menyedari mengenai pertikaian berhubung uniform yang dipakai Farid tempoh hari dan ia sebenarnya adalah satu masalah kecil,” jelas wakil syarikat itu ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Farid tidak dapat memberi komen kerana dia sedang sibuk menguruskan majlis resepsi persandingan sebelah pihak lelaki di Jitra, Kedah yang berlangsung pada Rabu (hari ini).
Kata jurucakap itu, kenyataan rasmi tersebut akan dibuat oleh Farid selepas dia kembali ke Kuala Lumpur apabila semua urusan majlis persandingannya selesai.
Pada Ahad lalu sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Farid mungkin dikenakan tindakan saman kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan berpangkat Majer Jeneral pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, dekat sini.
Terdahulu, dalam satu kenyataan kepada mStar Online Selasa lalu, Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi, Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian dipakai Farid itu bersifat cacamarba kerana mempunyai lencana pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kata Rahimah, ia adalah pandangan peribadinya sebagai pegawai ATM.
mStar

Solat Membuat Hatiku Tenang – Zinedine Zidane

Posted on the December 12th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.
Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga). “Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan ‘made in heaven’. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan,” ujar Andy di satu kesempatan.
Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.

Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.
Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).
Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan. Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.
Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. “Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, ”
Prestasi Zidane:
Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus
Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis
Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis
Liga Champions 2002 bersama Real Madrid
Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)
La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid
Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis
Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.
Pemain Terbaik Eropah pada 1998
sumber dari republika.co.id

Guru ‘dirompak’ melalui telefon

Posted on the December 12th, 2012 under Tempatan by admin


ALOR GAJAH – Pelik, tetapi benar. Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap sekelip mata.
Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank Negara, Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat (bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.
“Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya kepada pihak polis,” kata Ita sambil memberitahu dia menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.

Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor siri tersebut.
“Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia saya tidak ada buka akaun di bank tersebut,” katanya.
Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai polis itu memberitahu dia perlu ‘memindahkan’ semua wang yang dia ada di bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan dibekukan.
Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya Pegawai Kewangan Bank Negara.
“Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi,” katanya.
Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun.
“Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain.
Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi. Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan,” kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun berbeza.
Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan.
“Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45 pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang.
“Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan menghubungi saya,” katanya.
Ita yang berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku kemudian bertindak menghubungi talian Bukit Aman sebelum panggilannya disambut seorang wanita memaklumkan bahawa dia telah ditipu dan diminta supaya berhati-hati.
“Saya beritahu masalah saya kepada wanita berkenaan namun wanita itu meminta saya berwaspada memandangkan banyak kes penipuan melalui talian,” katanya yang terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.
Ita yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah Cawangan Jenayah Komersil mendakwa sangat terkilan dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon,” katanya.
Sinar

Laporan AES oleh Mazidul dan Majalah 3 kantoi

Posted on the December 12th, 2012 under Tempatan by admin

Oleh: Ameno World

Lakonan di katakan aksi sebenar. Cuba la buat citer beretika. Sesuai dengan standard kewartawanan lue kan. Jangan buat citer cincai boncai macam blogger.
Kami tak belajar bab journalism. Memang takde ijazah khusus dalam journalism. Tapi kalau wartawan pro pun melaporkan sesuatu yang tak sahih mengalahkan blogger maka apa sebab lue belajar tinggi2? Buat lawak je ke apa?
Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3.

Contoh ko le kan. Kalau tetiba orang panggil ko berlakon dalam sesuatu filem. Contohnya ko berlakon jadi pencuri. Then tv siarkan dalam berita eh ko la pencuri yang terkantoi sebab mencuri. Apa perasan lue?
Macam tue la perasan riders tue. Benda tak buat orang tuduh lue buat dorang mesti sakit ahti punya der.
Tujuan MAS [Mazidul Akmal Sidek] tue sebenarnya nak promote kepentingan AES. Tak salah. Usaha untuk menjelaskan kepada masyarakat kepentingan AES tue memang tak salah. Yang salah bila korang menipu dan memanipulasikan peranan sesetengah pihak.
Masyarakat tak tolak AES. Yang kita tolak cara ia dilaksanakan. Masyarakat akur dengan undang2. Yang kita tak akur bila ia disalahguna. Apatah lagi bila kita mohon agar gantikan saman dengan hukuman lebih tegas seperti khidmat masyarakat ke apa.. itu bukti yang kita orang juga bersungguh2 mahu menguatkuasakan undang2 hingga ke tahap yang terbaik.
Supaya sesama kita dapat ikut peraturan. Zaman sekarang dengan duit orang tak lut. Tapi kalau lue denda dia cuti tandas sebulan mao dia menangis. Mao dia serik nak mampos untuk ulangi kesalahan lampau.
Ini lue denda soh bayar. Lue jual undang2. Lue nak paksa rakyat akur. Jangan la harap. Benda yang melibatkan duit adik beradik pun bergadoh. Ini dengan kerajaan? Berpatah tulang berkerat leher la masyarakat dengan bn.
Apatah lagi bila AES itu dikendalikan oleh swasta. Sampai ke mampos kita tak percaya ia untuk kebajikan rakyat. Mesti sebab nak cari duit ekspress. Taknak mengaku takpe. Bukti terarah ke situ juga. Spin2 pun tak guna pasal masyarakat tak bodoh. Dorang reti menilai dan berfikir oke.
Berbalik kepada satu siaran yang disiarkan di tv3 menerusi majalah 3 yang dikendalikan oleh Mazidul Akmal Sidek baru2 ini. Tujuan mereka of course nak promote AES.
Tapi cara aksi rakam semula dilaporkan dan disiarkan itu seolah2 ia rakaman sebenar. Apa salahnya inform bahawa itu rakaman semula?
Aku tak fikir orang akan marah kalau majalah 3 bagitau bahawa benda tue rakaman semula? Itu lebih baik daripada mereka dapat tahu sendiri.. ehh tue rakaman semula ka? Aku punya la ingat ia benda betul. Demm. Kena tipu. Takde kredibliti arh cara dorang melaporkan sesuatu.
Nampak? Yang rugi akhirnya lue. Tapi gua tak kisah. Asal orang akan undi PR apa nak heran dengan kredibliti tv3 dan bn? Sekadar nak bagitau apa yang sedang hangat di media sosial je la. Sumber berita dari sini. Amenoworld hanya menjelaskan ia secara terperinci je.




Mukjizat Al-Quran tentang cap jari Sebagai Identiti

Posted on the December 12th, 2012 under Agama by admin


Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.
Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.
Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.

Itulah sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.
Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.
Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.
Semaklah surah Al-Qiyamah ayat 3-4:
“Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna.” (Al-Quran, 75:3-4).
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
Detik Islam

Dana politik RM40 juta: Lajim buat akuan sumpah

Posted on the December 12th, 2012 under Tempatan by admin


SHAH ALAM – Bekas timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa badan itu ataupun Badan Perhubungan Umno Sabah tidak pernah membincangkan soal dana politik RM40 juta yang menjadi kontroversi sejak empat bulan lalu.
“Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai(nya),” kata beliau dalam akuan bersumpah yang diedarkan kepada media hari ini.
Beliau yang meletakkan jawatan Julai lalu berkata, tidak ada sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar RM40 juta, seperti yang didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.

Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort pada Julai lalu.
Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, tiada sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen.
“(Tiada) sebarang bukti urus niaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu.
“Dan, (tiada) ebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu,” katanya dalam akuan bersumpah itu, yang bertarikh 10 Disember (semalam).
Oleh yang demikian, kata Lajim, beliau menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal.
Isu itu kini dibawa oleh pembangkang dengan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut.
Pada 9 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.
Nazri dipetik berkata pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Menurut Nazri, dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Sinar

Farid Kamil Berhadapan Risiko Ke Mahkamah?

Posted on the December 11th, 2012 under Artis by admin


Sebelum ini kisah perkahwinan antara pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle mencetus kontroversi kerana Diana dikatakan hamil 16 hari selepas baru dua minggu berumah tangga.
Selepas itu timbul pula isu di mana Farid telah melangsungkan perkahwinan dengan memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia yang mana sebenarnya ia tidak boleh dipakai oleh ‘orang biasa’.

Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Ia seolah-olah menunjukkan Farid tidak sensitif mengenai undang-undang.
Terbaru, menerusi Kosmo Ahad, semalam, ada menulis Farid berkemungkinan dipenjarakan dua tahun di atas kesalahan itu.
Berikut merupakan petikan daripada akhbar berkenaan..
“Dengarnya orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid Kamil ke mahkamah atas kesalahan jenayah kerana memakai pakaian tentera. Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama 2 tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Sumber Diva bagi tau, abang askar naik angin sebab Farid pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil”.
BACA: Apa Yang Buat Diana Danielle Kesal?
Jika sampai ke tahap itu, adalah lebih baik Farid tampil membuat pengakuan dan menjelaskan keadaan sebenar.
Mungkin ramai pihak salah faham atau Farid tidak sengaja berbuat demikian.
Kalau tidak masakan ada pasukan pedang yang mengiringi kemasukan Farid dan Diana ketika majlis perkahwinannya.
Apa kata anda?
Oleh: KASIH ISA
Photo by BlissCandid

Berniat menentang Islam tetapi akhirnya memeluk Islam

Posted on the December 11th, 2012 under Agama by admin


Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam!
Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan “bahkan” berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, ini kisahnya:
My name is Ibrahim Killington.
Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-senang semata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.
Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,-Salah satu video terbaik-memberikan bukti, “Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan” orang dalam “sendiri).
Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa “Pelancong” (salah pengucapan = orang yang melancong / Berliburan ke suatu tempat) telah menyatakan perang terhadap Amerika .. kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.
Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang “yang diperangi ini” adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di “bombardment” (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.
Mencari Islam
Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).
Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu “percaya” dan “mengikuti” Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal “evil things” (hal-hal jahat) yang “mereka katakan” tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan ‘ketika itu pun’ saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan ..
Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.
Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam “Islam channel” Inggeris).
Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang “mereka” tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar.
Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah “Buku Pegangan pengganas,” dalam gemgaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.
Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), “.. it hit me immediately”, itu menghentam saya, .. dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya.; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.
Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan “Saya sedang berada di masjid! …”
Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, “Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid.”
Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.
Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam “war on terror”). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.
Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.
Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.
Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam.


Sumber globalmuslim.web.id


Majalah wanita separuh bogel berleluasa

Posted on the December 11th, 2012 under Tempatan by admin


MAJALAH yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Siapakah yang melepaskannya dijual secara bebas?
KUALA LUMPUR – Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.
Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.
Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.
Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.
Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan.
Kosmo

Kisah seorang kanak-kanak Amerika masuk Islam

Posted on the December 10th, 2012 under Agama by admin


Rasulullah saw bersabda: ”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari)
Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.
Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.

Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.
Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.
Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.
Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.
Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.
Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.
Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad ’Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil.
Detik Islam

Syahid 16 tahun lalu, jenazah seperti baru dikebumikan

Posted on the December 10th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin


Khalil al-Syarif Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.
Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.
Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.
Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.
Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.
Detik Islam

Gadis diraba rakan sekerja

Posted on the December 10th, 2012 under Tempatan by admin

GOMBAK: Seorang remaja perempuan yang baru dua minggu bekerja di sebuah pasar raya di Selayang bagi menghabiskan cuti persekolahannya dicabul rakan sekerja.
Kejadian itu menyebabkan remaja terbabit trauma sebelum menceritakan kepada ibunya.
Sumber berkata, ibu mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan rakan sekerja anak perempuannya itu yang juga dipercayai warga asing, membuat laporan polis kelmarin. Menurut sumber itu, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa bekerja dengan lelaki terbabit jam 11 pagi dan ditegur lelaki itu dengan perkataan lucah.

“Suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks, namun mangsa menolak ajakan suspek. “Suspek yang tidak berpuas hati meraba badan mangsa. Tindakan suspek menyebabkan mangsa takut lalu melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sekali lagi diganggu suspek dengan menghubunginya meminta mangsa mengirimkan SMS dan gambar bogel mangsa.
Kata sumber, mangsa yang bimbang diganggu suspek memaklumkan insiden itu kepada ibunya.
“Mangsa dibawa membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan polis lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Harian Metro

KATA DAH SAMPAI BULAN...BUAT APA PUSING2...BOLEH BUAT ROKET PENUMPANG....SAPE MAMPU BOLEHLAH PI BULAN

Mekanik kejam dera anak tiri

RENTETAN gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.


KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya.
Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

Pelacur promosi Krismas dicekup


SEBAHAGIAN daripada 11 pelacur yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara kelmarin.


PETALING JAYA – Tembelang pemilik sebuah pusat hiburan mempromosikan khidmat hubungan seks tanpa had selama 24 jam bersama pelacur dengan bayaran RM600 sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini terbongkar apabila premis itu diserbu di Kota Damansara di sini kelmarin.
Pelanggan boleh membawa pelacur yang disediakan oleh pusat itu ke tempat yang disukai tanpa sekatan oleh ‘majikannya’ dan boleh memilih sama ada mahu tidur dengan salah seorang daripada 20 wanita dari Thailand, Vietnam, Filipina atau wanita dari mana-mana negara yang ditawarkan.
Bagaimanapun, kegiatan persundalan sejak lima bulan lalu itu terbongkar apabila polis daripada Bahagian Cegah Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu premis tersebut dan menahan 11 pelacur asing berusia antara 20 hingga 37 tahun.
Difahamkan, sembilan lagi wanita telah pulang ke negara masing-masing untuk memperbaharui pas lawatan sebelum kembali ke negara ini.
Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, ketika serbuan, terdapat 15 pelanggan sedang asyik berhibur bersama pelacur di situ.
“Siasatan mendapati pelanggan boleh membawa pulang pelacur terbabit untuk melakukan seks tanpa sekatan dengan bayaran antara RM300 hingga RM600 semalam selain menjadi teman sosial,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Lemas di Johor, jumpa di Indonesia


JENAZAH Anuar yang ditemui di Bengkalis, Sumatera selamat tiba di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Banda Hilir, Melaka semalam.


MELAKA – Misteri kehilangan seorang peniaga minuman sejak dua minggu lalu terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui terdampar di Pantai Indah Desa Selat Baru, Bengkalis, Sumatera, Indonesia pada Sabtu lalu oleh nelayan republik itu.
Anuar Abdullah, 44, dipercayai terjatuh ke dalam sebatang sungai berhampiran rumah rakannya di Kampung Pinang Balan, Batu Pahat, Johor dan dipercayai lemas sebelum mayatnya dihanyutkan hingga ke pantai di Bengkalis.
Lokasi mayat itu ditemui dengan tempat mangsa terjatuh adalah kira-kira 70 kilometer.
Mayat Anuar yang dibawa pulang dari Indonesia selamat tiba di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Banda Hilir di sini pada pukul 9 pagi semalam.
Isteri mangsa, Marliana Sirat, 36, dari Taman Nira, Batu Pahat ketika dihubungi berkata, suaminya itu keluar dari rumah pada pukul 9.30 pagi 28 November lalu untuk menghantar seorang anaknya ke rumah ibunya di Parit Guntung, Batu Pahat.
Bagaimanapun, suri rumah itu memberitahu, sejak itu, suaminya tidak pulang dan dia juga telah mencari arwah di merata-rata tempat sebelum menemui motosikal arwah di rumah rakannya di Kampung Pinang Balan.
“Rakan arwah memberitahu pada hari sebelum hilang, arwah dilihat berjalan menghala ke arah sungai,” katanya.
Marliana yang sedang hamil tujuh bulan berkata, apabila suaminya masih tidak pulang beberapa hari kemudian, dia melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Batu Bahat pada 2 Disember lalu.
“Saya kemudian diberitahu oleh anggota polis pada Sabtu lalu bahawa mayat arwah ditemui di Bengkalis, Sumatera.
“Tidak sangka mayat suami saya akan hanyut sejauh ini,” katanya sambil memberitahu jenazah suaminya akan dibawa ke kampung halaman di Machang, Kelantan sebelum dikebumikan.

Empat kamera AES di Perak dirosakkan


SEBUAH kamera AES yang tumbang akibat perbuatan khianat di Kilometer 376 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River, Perak baru-baru ini.


IPOH - Empat kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri ini menjadi sasaran perbuatan khianat termasuk dua daripadanya ditumbangkan pada Oktober dan November lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ramli Awang Seberang, dua daripada kamera AES itu terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di Kilometer 376 Slim River dan Kilometer 205.6 Taiping.
Dua lagi kamera yang dirosakkan terletak di Jalan Pasir Putih di sini dan Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai.
"Kesemua kejadian dikesan berlaku pada awal Oktober lalu kecuali di Taiping pada awal bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan berhadapan hukuman penjara maksimum dua tahun serta denda jika sabit kesalahan

Zakiah Anas pilih kawan lama jadi suami

ZAKIAH dan Raja Shahrul pada majlis pernikahan mereka di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Personaliti TV3, Zakiah Anas sah bergelar isteri kepada ahli peniagaan berstatus duda, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kota Damansara di sini semalam.
Berpakaian serba putih, Zakiah, 46, dan Raja Shahrul, 42, dinikahkan oleh kadi Mohd. Arip Johdi pada pukul 11.35 pagi dengan berwalikan abangnya, Mohd. Adnan Anas.
Pada majlis yang hanya dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan taulan terdekat itu, Zakiah menerima mas kahwin sebanyak RM13,500.
Zakiah ketika dihubungi semalam bersyukur kerana majlis pernikahannya itu berjalan lancar.
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan dia (Raja Shahrul)," ujarnya.
Walaupun mereka berkenalan sejak 21 tahun lalu ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara, pasangan itu hanya mula bercinta pada tahun lepas.

Pengarah didenda RM10,000


BEE CHOO didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Sebuah syarikat pembinaan, Sara Design Studio yang bertanggungjawab mengubah suai banglo di Seksyen 7 di sini sehingga berlaku insiden seorang buruh maut dihempap bumbung runtuh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hukuman diputuskan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar selepas pengarah syarikat, Ng Bee Choo, 42, mengaku bersalah atas tuduhan tidak memiliki lesen pendaftaran sah yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Jika gagal membayar denda, wanita itu bakal berhadapan hukuman penjara selama sebulan. Bee Choo yang juga pemilik syarikat berkenaan membayar denda tersebut selepas prosiding.
Tetuan Sara Design yang beralamat di D-Bayu 8-G, Jalan Serambi U8/24, Taman Bukit Jelutong di sini didakwa menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian banglo dua tingkat di No.15, Jalan Jed 7/5, Seksyen 7 milik Ab. Razak Ab. Rahman, 53, tanpa memegang sesuatu perakuan pendaftaran yang sah dikeluarkan oleh CIDB.
Syarikat pembinaan yang dikatakan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian banglo dengan nilai kira-kira RM1.5 juta itu dituduh di bawah Seksyen 25 Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000.

Tiga dituduh bunuh peniaga gerai R&R

TIGA tertuduh kes bunuh Abdul Talib dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh semalam.


TEMERLOH - Seorang tukang masak bersama dua rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh selepas merompak seorang peniaga gerai dalam kejadian di Kampung Baru Simpang Sanggang di sini pada September lalu.
Mohd. Hairie Abdul Jalil, 28, Mohammad Ridzuan Khaidir, 22, dan seorang remaja berusia 16 tahun dituduh bersama-sama membunuh Abdul Talib Yadin, 56, di Jalan Melati, Kampung Baru Simpang Sanggang, Temerloh di sini pada pukul 1.30 pagi 14 September lalu.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di hadapan Majistret Dazuki Ali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Hairie yang berasal dari Kampung Tebing Tinggi Sanggang, Mohammad Ridzuan dari Felda Jengka 19, Maran dan remaja berkenaan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Januari 2013 dan kesemua tertuduh tidak dibenar ikat jamin.
Sementara itu, Mohd. Hairie atau dikenali sebagai KK mengaku tidak bersalah atas dua lagi tuduhan melakukan rompakan di Lot Kampung Belangka, Jejawi dan No. 78, Taman Bahagia Intan di sini masing-masing pada pukul 9.40 pagi 26 Julai 2012 dan pada pukul 2.30 pagi 20 Julai lalu membabitkan kerugian yang kesemuanya berjumlah RM20,000.

SPAD beri lampu hijau bina trem di Melaka

SEBUAH trem yang beroperasi di Nottingham, England. - Gambar hiasan


MELAKA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi lampu hijau bagi projek trem di Melaka walaupun undang-undang berkaitan penggunaannya masih belum wujud.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kerja-kerja teknikal seperti pembinaan landasan dan depoh boleh dimulakan sementara menunggu undang-undang pengangkutan trem digubal.
"Undang-undang jalan raya sedia ada tidak merangkumi penggunaan trem dan belum ada peraturan yang mentadbir pergerakannya. Namun, kita benarkan projek ini diteruskan kerana kita masih ada masa untuk mewujudkan undang-undang tersebut selagi operasi trem belum dimulakan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini semalam.

Speaker Parlimen letak jawatan


PALMER (kiri) duduk bersama Chee Hean pada sidang akhbar yang diadakan di Singapura semalam.


SINGAPURA - Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti.
Palmer, 44, yang sudah berkahwin dan merupakan bapa kepada seorang anak mula mengangkat sumpah sebagai speaker parlimen pada bulan Oktober 2011.
Beliau turut meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).
"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan besar yang saya telah dilakukan.
"Kelakuan saya tidak sopan dan ia merupakan kesilapan pertimbangan yang sangat serius. Saya telah meletakkan jawatan sebagai langkah untuk mengelakkan PAP dan Parlimen daripada mendapat malu," kata Palmer pada sidang akhbar.
Palmer mendedahkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang kakitangan sebuah organisasi komuniti, Persatuan Rakyat.
Beliau yang merupakan seorang peguam menyatakan kekesalan yang mendalam berhubung perbuatannya itu kepada para penyokong, PAP dan keluarganya.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP kemudian mengumumkan bahawa beliau menerima peletakan jawatan Palmer.
Hsien Loong berkata, anggota-anggota parlimen perlu mendukung keperibadian yang tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean yang berada di sisi Palmer pada sidang akhbar itu meminta maaf kepada penduduk di kawasan parlimen bekas speaker itu.
"Saya memastikan bahawa kami akan terus menjaga anda," katanya.
Sebelum ini, PAP mempunyai imej tentang moral yang tinggi dalam kalangan anggota-anggotanya.
Bagaimanapun, skandal tersebut mencetuskan kritikan di internet.
Menurut seorang penduduk, Andrian Lim yang menulis di akaun Hsien Loong mengkritik tentang maklumat peribadi yang diketahui PAP tentang Palmer.
Peletakan jawatan Palmer itu merupakan skandal terbaharu melibatkan pegawai peringkat tinggi di Singapura.
Sebelum ini, ketua bahagian narkotik polis dibicarakan kerana dituduh meminta habuan seks daripada seorang kontraktor.
Seorang lagi ketua pertahanan awam dijangka dibicarakan pada Januari depan berhubung tuduhan yang sama. - AFP

Sidang Parlimen Ukraine kecoh


SESI sidang Parlimen berlangsung selepas kekecohan berlaku.


KIEV - Beberapa aktivis pertubuhan Femen yang memperjuangkan hak-hak wanita mendedahkan payudara mereka dalam satu protes antirasuah di luar bangunan Parlimen di sini semalam.
Bantahan itu diadakan ketika satu pergaduhan melibatkan beberapa wakil rakyat tercetus di Parlimen Ukraine.
Sesi Parlimen yang dikenali sebagai Verkhkovna Rada bermula agak kelam-kabut semalam selepas pilihan raya Parlimen diadakan pada 28 Oktober lalu.
Seramai empat wanita muda melompat pagar Parlimen dan menanggalkan pakaian untuk mengadakan protes di pekarangan bangunan itu.
Seorang jurugambar agensi berita AFP menyatakan, mereka cuma memakai seluar dalam berwarna hitam dalam protes tersebut.
Keempat-empat aktivis berkenaan kemudian ditahan oleh beberapa anggota pengawal keselamatan.
Sebelum itu, mereka menyatakan di laman akaun Facebook Femen bahawa tunjuk perasaan itu diadakan untuk membantah amalan rasuah dalam kalangan wakil rakyat.
Parlimen kali ini bersidang selepas parti politik pimpinan Presiden Viktor Yanukovych menang tipis pada pilihan raya dua bulan lalu.
Para pemerhati mengkritik proses pengundian pilihan raya itu termasuk tindakan pemerintah memenjarakan ketua pembangkang yang juga bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko.
Proses pengiraan undi yang berlangsung lebih seminggu turut dicemari pelbagai insiden seperti pergaduhan di pusat-pusat mengundi, penggunaan gas pemedih mata di sebuah kawasan pilihan raya dan tindakan polis pencegah rusuhan menyerbu pejabat suruhanjaya pilihan raya.
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, sebanyak lima daripada 450 kerusi Parlimen masih kosong ekoran dakwaan penipuan yang mendorong pegawai-pegawai pilihan raya mengadakan proses pengundian baharu di lima buah daerah yang dipertikai.
Semalam, para wakil rakyat daripada parti pimpinan Tymoshenko hadir di Parlimen dengan memakai pakaian berwarna hitam.
Bahagian hadapan baju itu tertera potret Tymoshenko.
Pergaduhan bermula apabila anggota-anggota Parlimen daripada pihak pembangkang menjerit kata-kata membenci rakan-rakan mereka yang membelot dengan menyertai parti pemerintah.
Mereka menyerang dua wakil rakyat yang menang atas tiket pembangkang tetapi dipercayai mahu menyertai parti pimpinan Yanukovych.
Insiden itu menyaksikan wakil rakyat iaitu Oleksandr Tabalov dan anak lelakinya, Andrei Tabalov ditolak keluar dari Dewan Parlimen dan dihalang daripada mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.
Pihak pembangkang kemudian mendakwa tanpa majlis angkat sumpah tersebut, kedua-dua wakil rakyat itu tidak boleh melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.
Setakat ini, status mereka masih tidak jelas.
Sidang Parlimen dijadualkan disambung semula lewat semalam bagi memilih seorang Speaker dan mengundi calon pilihan Presiden untuk jawatan Perdana Menteri Ukraine.
Yanukovych mencalonkan Perdana Menteri sedia ada yang juga sekutu rapatnya, Mykola Azarov untuk jawatan tersebut. - Agensi

Ragam berkahwin pada 12.12.12


SERAMAI 12 pasangan berkahwin dalam sebuah majlis perkahwinan besar-besaran di Peak, Hong Kong semalam.


HONG KONG - Ribuan pasangan di Hong Kong, tanah besar China, India dan Asia Tenggara melangsungkan perkahwinan pada tarikh 12.12.12.
Pihak berkuasa di Hong Kong menyatakan seramai 696 pasangan melangsungkan perkahwinan semalam manakala di Singapura melibatkan 540 pasangan.
Sejumlah pasangan di tanah besar China turut berbaris untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat pendaftaran perkahwinan.
Menurut laporan media, lebih 4,700 orang membuat permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Hal Ehwal Awam di Beijing.
Di beberapa buah bandar Indonesia, terdapat ibu-ibu yang sanggup menjalani pembedahan bagi membolehkan anak mereka lahir pada tarikh 12.12.12.
Seramai 12 wanita, sebahagiannya berketurunan Cina menempah untuk dibedah awal di Hospital Bunda, Jakarta untuk melahirkan anak pada tarikh tersebut.
"Mereka (ibu-ibu) menyatakan mereka mahu melahirkan anak pada hari ini (semalam) kerana menganggap tarikh itu unik dan istimewa," kata jurucakap hospital tersebut, Samuel Robert.
Ratusan orang kelihatan berbaris di sebuah pejabat pendaftaran perkahwinan di Hong Kong dengan ramai pasangan sibuk bergambar dengan pakaian pengantin.
"Hari ini (semalam) merupakan amat istimewa dan kami boleh berkahwin sebelum 'hari kiamat' berlaku," gurau seorang pengantin lelaki, Raymond Ip.
Dia merujuk tentang hari kiamat yang diramalkan berlaku pada 21 Disember depan berdasarkan kalendar Maya.
Menurut Ip, tiada tarikh 13.13.13 menyebabkan dia menempah tarikh 12.12.12 untuk melangsungkan perkahwinan.
Menurut pengantin wanita, Terrance Fung, 29, tarikh 12.12.12 mempunyai keistimewaan kerana ia tarikh akhir untuk abad ke-21 yang mempunyai nombor yang sama.
Di Yogyakarta, Indonesia, seramai 12 pekerja berkahwin dengan pasangan masing-masing di sebuah kilang tebu.
Sementara itu, sistem komputer di pejabat daerah Bang Rak, Bangkok tidak dapat memproses permohonan perkahwinan yang terlalu banyak pada tarikh 12.12.12.
Menurut akhbar Bangkok Post, pengarah daerah itu, Ziachana Soodcharoen berkata, ramai pasangan yang menunggu sejak awal pagi di pejabat tersebut.
Pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, pihak pejabat tersebut mengumumkan bahawa sistem komputer mengalami masalah kepada kumpulan bakal pengantin yang mahu mendaftarkan perkahiwnan.
Justeru, ramai pengantin terpaksa pergi ke daerah berdekatan untuk memperoleh sijil perkahwinan mereka.
Ramai pasangan yang mahu mendaftarkan perkahwinan di daerah Bang Rak itu kerana rak bermaksud cinta dalam bahasa Thailand.
Seorang pakar komputer di sebuah pejabat pentadbiran wilayah, Wichian Chidchanoknart berkata, komputer tersebut lambat memproses permohonan kerana jumlah pasangan yang mahu berkahwin pada tarikh tersebut terlalu ramai.
Di India, pasangan Brandon Pereira dan Emilia D'Silva dianggap paling bertuah kerana bertunang pada 10.10.10 dan mendaftarkan untuk perkahwinan secara sah pada 11.11.11 tetapi mengadakan majlis perkahwinan pada 12.12.12.
Di selatan Filipina, Ronnel Piligrino dan Anna Marie Poblacion meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah khemah perlindungan untuk mangsa-mangsa taufan Bopha di bandar Osmena.
Majlis perkahwinan itu diadakan walaupun penduduk masih belum pulih daripada kesan taufan tersebut yang melanda pada 4 Disember lalu.
Taufan itu membunuh 647 orang dan menyebabkan sektor pertanian mengalami kerugian sebanyak AS$210 juta (RM640.84 juta). - Agensi

AS lancar pesawat tanpa juruterbang ke angkasa lepas

ROKET Atlas V yang membawa kapal angkasa lepas X-37B berlepas dari Stesen Tentera Udara di Cape Canaveral, Florida kelmarin.


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan kapal angkasa kecil futuristik tanpa juruterbang, X-37B untuk kali ketiga ke angkasa lepas.
Kapal angkasa sepanjang 8.9 meter dan berat 5,000 kilogram itu berlepas dari pusat pelancaran Stesen Tentera Udara AS di Cape Canaveral, Florida.
Ia dibawa oleh sebuah roket Atlas V pada pukul 1.03 tengah hari waktu tempatan.
Kapal angkasa itu kemudian akan berpisah dengan roket tersebut.
Misi kapal angkasa itu tidak didedahkan secara terperinci oleh Tentera Udara AS.
Firma United Launch Alliance yang wujud menerusi kerjasama antara Boeing dan Lockheed Martin menyiarkan imej penerbangan itu secara langsung di laman webnya.
Menurut firma tersebut, penerbangan itu adalah bagi menyokong eksperimen angkasa lepas.
Tentera AS pula memberitahu, program kapal angkasa itu adalah untuk memperkenalkan teknologi penerbangan angkasa lepas tanpa angkasawan.
Ia diperkenalkan ekoran penamatan misi kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Bagaimanapun, ramai pakar angkasa lepas percaya kapal angkasa itu yang berupaya kembali semula ke Bumi merupakan sebahagian daripada program perisikan canggih AS atau berpotensi digunakan untuk mengganggu satelit negara-negara seterunya.
Projek X-37B itu dilancarkan NASA pada 1999.
Ujian pertama pesawat itu diadakan pada tahun 2010 dan mengelilingi Bumi selama tujuh bulan.
Dalam ujian kedua, pesawat tersebut mendarat pada Jun lalu selepas berada selama 469 hari dengan mengelilingi Bumi. - Agensi

Kubur atas bukit di lokasi pembinaan akhirnya akan dipindah


BEBERAPA pekerja berjalan menuju ke sebuah kubur di atas sebuah bukit di lokasi pembinaan bangunan kediaman di Taiyuan semalam.


TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pembinaan di sini akan dipindahkan.
Kubur yang terletak di atas bukit setinggi 10 meter itu sebelum ini masih belum dipindahkan walaupun kerja-kerja untuk membina sebuah bangunan kediaman sudah berjalan sejak tujuh bulan lalu.
Menurut laporan, beberapa pegawai kampung di sini telah mencapai persetujuan dengan waris si mati untuk memindahkan kubur tersebut.
Persetujuan tersebut dicapai tanpa menaikkan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh pihak pemaju.
Media tempatan membuat spekulasi jumlah pampasan itu ialah AS$160,400 (RM489,485).
Kubur itu telah berada di atas bukit tersebut sejak 2004.
Keluarga si mati akan menemui pakar feng shui untuk mencari tarikh yang bertuah untuk memindahkan kubur tersebut menjelang Sabtu ini. - Agensi