Thursday, January 24, 2013

BILA AJAL MENJEMPUT....BILA KELAB PERGAULAN BEBAS TENTU TAK DIBENAR OLEH SYARAK

pix_topright

3 korban tiang konkrit

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
Muar: “Ya Allah, anak aku Azem, Balqis. Ya Allah.. Esah,” raung Md Ghazali Salamon, 46, sebaik jenazah isteri serta dua anaknya diletakkan di beranda rumahnya di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, semalam.
Sebelum itu, Md Ghazali terpaksa menunggu hampir sejam ketika anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat tiga beranak berkenaan yang terbunuh selepas Proton Persona dinaiki mereka dihempap lori 10 tan membawa tiang konkrit.
Kemalangan ngeri itu berlaku betul-betul di depan rumah mereka di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, pada jam 1.20 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Ngaisah Redzuan, 46, yang juga guru matematik di Sekolah Kebangsaan Bukit Naning dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anak, Puteri Balqis Sofea Md Ghazali, 10, dan Faatirrohullah al Azzem, 12.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, Ngaisah dikatakan membelok ke kiri jalan untuk memasuki pekarangan rumahnya, namun lori terbabit yang mengekori di belakang tiba-tiba terbabas sebelum terbalik dan muatannya menimpa kereta dinaiki mangsa.

‘Cikgu baik sangat’

“Kenapa cikgu dan Azzem mati, kenapa bukan orang lain. Cikgu dan Azzem sangat baik, kenapa kena mati awal,” kata Nor Natasha Kamaruzain, 12, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Naning.
Nor Natasha adalah murid Ngaisah Redzuan, 46, yang juga guru matematik di sekolah itu dan berkawan rapat dengan Faatirrohullah al Azzem Md Ghazali, 12 yang belajar sekelas dengannya.

“Cikgu Ngaisah mengajar saya subjek matematik. Dia cikgu yang penyayang dan lemah lembut, Azzem pula ringan tulang serta suka membantu rakan,” katanya.

Rakan Ngaisah yang hanya dikenali sebagai Shidah, 47, pula berkata arwah beria-ia meminta dia dan kakitangan sekolah memasang langsir baru pada hari ini sempena kedatangan Nazir Sekolah ke sekolah kami.

“Arwah seolah-olah lupa bahawa esok (hari ini) adalah cuti umum sempena Maulidur Rasul,” katanya yang juga pembantu kantin di SK Bukit Naning.

Apa salah buka kelab?

Oleh Norhadiani Baharom
Kuala Lumpur: “Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. ‘Stop all this questions’,” kata rocker terkenal Awie sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.
Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh.

Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.
Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.

“Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?” katanya.

Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.
Foto 

AWIE pada majlis prebiu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam

Posted on the January 24th, 2013 under Artis by admin
Awie
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.
“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut.
mStar


 pix_topright

‘Kasino mini’ diserbu

Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Sekumpulan kaki judi bertempiaran melarikan diri ke dalam hutan selepas ‘kasino mini’ yang menganjurkan judi belangkas di dalam hutan di Kuala Ina, Pulau Sebang, dekat sini, diserbu sepasukan polis malam kelmarin.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam, seramai 18 lelaki berusia antara 20 hingga 55 tahun diberkas bersama wang tunai lebih RM40,000 dipercayai digunakan dalam pertaruhan itu.
Harian Metro difahamkan, mini kasino itu beroperasi sejak kira-kira tiga minggu lalu dan bermula jam 5 petang hingga tengah malam serta didalangi seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Pegawai Turus Unit Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan itu melakukan intipan sebelum menyerbu lokasi berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan mereka yang sedang leka bertaruh cuba melarikan diri ke dalam hutan dengan meninggalkan wang pertaruhan bertaburan di atas meja namun gagal kerana kawasan terbabit sudah dikepung pasukan polis yang melakukan operasi.

Lunas dendam

Oleh Iman Firdaus
Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.
Semalam, reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Buaya jantan yang turut diberi nama jolokan S Jibeng oleh penduduk setempat itu dikatakan digeruni kerana dipercayai pernah mengganas dan meragut nyawa manusia berdasarkan beberapa kesan luka tembakan pada kepala dan ekor termasuk mata kiri yang buta.

Pemburuan menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang Isnin lalu menggunakan pancing lebih 10 mata kail bertali rotan dan berumpan daging babi itu berhasil membunuh buaya berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
FotoANGSA duduk di atas buaya yang membaham anaknya selepas ditangkap. KESAN tembakan di bahagian perut buaya (gambar kecil).

Sebaik bangkai reptilia itu ditarik ke darat, Angsa dilihat menghampirinya sambil melepaskan kemarahan dengan beberapa kali menghamburkan kata-kata “aku bayar dendam aku”, “kenapa kacau aku” dan “kau bunuh anak aku”.

Papan tanda jual dadah

Oleh Mohamad Hussin
Yan: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah.

Iklan itu memaparkan tulisan “Bukit Neraka FC - Yan 013-......., ubat - 1g RM25, ais - 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram - RM1,000“.
Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.

“Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini.
Foto
“Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu,” katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini.
“mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini.

“Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit.

“Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka,” katanya.

Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana ‘tauke’ besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah.

“Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah.
pix_topright

Kami nak kerja apa?

Pelabuhan Klang: “Sudah lebih 10 tahun bekerja di sini, mana lagi tempat saya mahu kerja? Restoran ini satu-satunya punca pendapatan. Kalau mahu rampas dan robohkan kedai ini saya nak kerja apa?
Demikian keluhan Mohamad Fazli Ibrahim, 25, mewakili 20 pekerja di Restolan D’Selat yang bakal kehilangan punca pendapatan selepas restoran berkenaan menerima notis mengosongkan premis yang beroperasi sejak 1999 itu.

Pemilik restoran itu, Nor Ilhami Abu Bakar, 28, berkata, sejak pentadbiran kerajaan negeri berubah, pengurusannya berhadapan kos sewa tinggi bernilai RM10,000 hingga RM12,000 bermula 2008 dan kini sewa mencecah hingga RM15,000.
Katanya, ia bukti penindasan kerajaan negeri terhadap golongan belia di Selangor dan ia tidak menepati manifesto mereka sebagai sebuah negara berkebajikan serta membantu peniaga muda untuk memulakan perniagaan.

“Saya kecewa dengan tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana mengeluarkan notis mengosongkan premis tanpa sebab dan alasan munasabah.

“Setiap arahan majlis (MDK) saya turutkan termasuk membayar peningkatan sewa mendadak secara bulanan. Saya berusaha dengan menunjukkan kesungguhan untuk meneruskan perniagaan namun mereka bertegas serta menolak untuk melakukan rundingan,” katanya.
Nor Ilhami berkata, selepas membayar sewa tinggi segala masalah ultiliti seperti pengurusan sampah, pembaikan bangunan serta pembersihan kawasan sekitar premis dilakukan sendiri oleh pihaknya dan bukan diselenggara MPK.

Katanya, jika restoran berkenaan ditutup dia khuatir nasib menimpa pekerjanya, malah berdasarkan surat yang diterima, tapak restoran berkenaan akan disewakan kepada peniaga lain.
“Saya tidak kisah untuk melepaskan tapak ini sekiranya mereka membina kemudahan orang awam di sini. Tetapi, berdasarkan maklumat ia akan disewakan kepada peniaga lain. Saya pelik mengapa perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Atuk cabul cucu perempuan

Georgetown: Seorang datuk berusia 50-an kini menjadi buruan polis selepas dipercayai terbabit mencabul kehormatan cucunya iaitu bayi perempuan berusia 11 bulan di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini.
Ibu bayi itu berusia 21 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa anak perempuannya dicabul bapa mentuanya sendiri dalam kejadian yang berlaku sepanjang bulan ini.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan bayi berkenaan dan bayi itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), untuk pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, suspek masih bebas dan dikehendaki hadir untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu melakukan serangan dan kekerasan jenayah dengan niat menjatuhkan dan mencabul kehormatan.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman yang dikenakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki warga Thailand berusia 27 tahun dicekup pengusaha restoran makanan laut dengan bantuan orang ramai selepas menceroboh masuk ke premis itu di Jalan Rumbia, Sungai Nibong di sini kelmarin.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi ketika premis berkenaan berkunci dan siasatan mendapati suspek mengumpil kunci untuk masuk ke dalam kedai sebelum tindakannya berjaya dikesan pemilik restoran berkenaan.

Jurucakap polis berkata, dengan bantuan orang ramai suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan pencerobohan rumah dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian.

Tangan bionik pertama Britain

London: Apabila Chris Taylor kehilangan tangan akibat kemalangan jet ski empat tahun lalu, dia membayangkan kerjayanya sebagai jurutera bakal berakhir.
Namun, kini dia mampu memanjat tangga, memegang tali, malah menyiapkan pemasangan wayar yang kompleks selepas dia diberikan tangan bionik generasi baru.

Taylor juga boleh berbangga kerana dia menjadi manusia pertama di Britain memiliki tangan palsu unik digelar Tangan Michaelangelo yang dilengkapi jari elektronik. Dengan tangan baru itu, Taylor mampu menggerakkan semua lima jarinya menggunakan otot di tangan kanannya.
Alat berharga £47,000 (RM226,800) itu mempunyai elektrod yang mengesan pergerakan pada otot dan mencetuskan isyarat yang dihantar ke tangan.

Kini, Taylor boleh memegang objek pelbagai saiz dengan kukuh, selain melakukan tugasan mudah domestik yang selama ini dipandang remeh sesetengah individu seperti memasang butang atau mengambil set kunci.

Dia kehilangan tangan kanannya selepas terjatuh dari jet ski dalam kemalangan ngeri di Torquay, Devon, pada 2009.
FotoTANGAN bionik dibeli Taylor membolehkannya melakukan kerja harian seperti menseterika pakaian.
Tayloy sedang memegang seutas tali panjang yang menarik anak lelakinya ketika ombak besar melanda jet ski berkenaan.

Ketika Taylor tercampak ke air, tali itu terbelit dan mencengkam tangannya sehingga putus. Sejak itu, dia mencuba beberapa tangan palsu disediakan hospital sebelum menemui Tangan Michaelangelo yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan Jerman.
Taylor dirujuk kepada klinik swasta, Dorset Orthopaedic, yang kemudian menguruskan pemerolehan tangan berkenaan.

Ia dikenali sebagai Tangan Michaelangelo kerana mengambil nama pelukis terkenal Itali yang digelar sebagai “Tangan Tuhan.” Bapa kepada empat anak berasal dari Ivybridge itu berkata, dia menemui Tangan Michaelangelo selepas melayari Internet bagi mencari alternatif kepada tangan palsu disediakan hospital. - Daily Mail

Monday, January 21, 2013

BENTUK TUBUH BADAN KENA TUTUP JUGA...TUTUP DENGAN BUNGKUS ADA BEZA

Hanya tembaga

Oleh Nazdy Harun
Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.
Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.
Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.
FotoEmas bermutu rendah’ dilelong langsung tiada nilai.

“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.


pix_topright

‘Dia ugut, saya tendang

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Melaka: Seorang wanita nekad melawan empat penjenayah yang merompak kedai serbaneka milik suaminya dengan menumbuk dan menendang seorang daripada mereka dalam kejadian di Jalan Kampung Pantai, Kampung Hulu, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian 8.45 malam, tindakan pantas mangsa, Sally Lee, 31, yang menutup laci di kaunter ketika seorang lagi penjenayah cuba mengambil duit dan dua kamera miliknya turut mengakibatkan tangan lelaki itu cedera akibat tersepit.
Kejadian itu mengakibatkan mangsa kerugian RM4,000 apabila komputer riba, cakera keras luaran (external hard disk), beg mengandungi RM600 dan dua kamera miliknya dilarikan penjenayah berkenaan.

Sally berkata, ketika kejadian dia berseorangan di selepas suaminya, Ben Kong, 30, menghantar barangan tidak jauh dari situ.

“Datang lelaki memakai topi keledar dan jaket hitam membeli air mineral, selepas saya memberi baki RM1, tiba-tiba datang tiga lelaki berpakaian sama.

Cikgu goncang seluruh badan

Oleh Mahaizura Abd Malik
Johor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telentang dalam kejadian di kelasnya di sebuah sekolah rendah, di sini, Isnin minggu lalu (14 Januari 2013).
Dalam kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang kebetulan masih berada di sekolah melihat sendiri kejadian berkenaan sebelum menarik anaknya pulang ke rumah.
Bapa kanak-kanak itu Noriswan Samad, 30, berkata, pada hari kejadian dia dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, menghantar anak sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, ke sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.
FotoNORISWAN dan Nurul Akma menunjukan laporan polis dan doktor mengenai anak mereka, Muhammad Nur Haikal yang didakwa dikasari seorang gurunya, Isnin lalu.

“Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu ‘masukan baju kau dalam seluar bodoh!’.


Dibelasah ulat tiket

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.
Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.
Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.

Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.
FotoGambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.


‘Kami tak bercinta’

Oleh Rudy Imran Shamsudin
Kuala Lumpur: Penyanyi popular yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yunalis Zarai atau Yuna, menafikan bercinta dengan kenalan barunya juga jurugambar profesional, Julian Schratter.
Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa, Verve Music Group milik komposer terkenal, David Foster, menemui pengganti Qi apabila dia sering memuat naik gambar Julian menerusi laman sosial miliknya.

Ditemui di majlis kesyukuran sempena kemenangan lagu ciptaannya, Terukir Di Bintang di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) di sini, kelmarin, Yuna turut menegaskan dirinya masih solo.
Katanya, setakat ini hubungannya dengan Julian hanya sebagai rakan dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan.

“Sebelum ini memang Julian pernah mengikut saya pulang ke Malaysia kerana dia mahu mengetahui mengenai negara ini dan melihat perkembangan kerjaya muzik saya dengan lebih dekat,” katanya.

Begitupun Yuna tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya dengan Julian dan menegaskan dia mahupun ahli keluarganya tidak pernah melihat seseorang itu daripada latar keturunan, malah menegaskan Islam agama indah dan mudah dipelajari.
FotoYUNA masih solo.
Menyentuh mengenai isu penyanyi Uji Rashid yang dipilih peringkat awal mendendangkan lagu Terukir Di Bintang di AJL27, jelas Yuna semua pihak terbabit sudah memberikan kenyataan.

“Saya mengharapkan ia tidak lagi dipanjangkan dan menganggap ia sudah selesai. Saya sendiri menghubungi Uji Rashid bagi bertanya khabar dan memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya.
Yuna akui dia memilih Uji kerana meminati suara lunak dimiliki penyanyi dan pelakon popular era 70-an itu.

Cincin tersekat jari OKU

Kuala Lumpur: Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) menahan sakit hampir dua jam selepas cincin yang baru dibeli dan dipakainya tidak dapat dikeluarkan dari jarinya dalam kejadian di Kuala Kubu Baru, di sini, kelmarin.
Cincin yang dipakai di jari tengah tangan kanan mangsa yang berusia 17 tahun itu menyebabkan jarinya bengkak hingga terpaksa dibawa ke hospital, jam 8.30 malam.

Bagaimanapun, cincin itu berjaya dibuka sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru.
Ketua Operasinya Omar Mohd Yatim berkata, sepasukan bomba bertungkus-lumus selama setengah jam untuk membuka cincin berkenaan menggunakan gergasi besi selepas mangsa dibius pihak hospital.

Katanya, cincin dipakai mangsa gagal dibuka keluarganya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru.

“Kami dimaklumkan kejadian itu jam 8 malam dan empat anggota bomba bergegas ke hospital untuk membantu membuka cincin itu.
FotoANGGOTA bomba memotong cincin yang tersekat di jari mangsa.
“Kami menggunakan gergaji besi untuk memotong cincin itu yang memakan masa setengah jam


Ugut bakar diri, kedai

Oleh Asmah Rusman
Kajang: Cara baru menyamun. Seorang lelaki yang ingin menyamun sebuah kedai emas menyiram dirinya dengan petrol sebelum mengugut jurujual supaya menyerahkan barangan kemas dipamerkan jika tidak, dia akan membakar diri.
Taktik itu berkesan apabila lelaki terbabit melarikan pelbagai barangan kemas bernilai lebih RM10,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di Bandar Baru Bangi, di sini, jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wabab berkata, suspek datang ke kedai itu sebagai pelanggan kononnya mahu membeli barang kemas untuk dijadikan hadiah.
“Ketika itu, seorang jurujual menyapa suspek dan membantu membuat pilihan sambil mengeluarkan beberapa bekas barangan kemas dari ruang pameran.

“Mangsa tidak menyedari lelaki itu perompak kerana lagaknya seperti pelanggan yang berlakon seolah-olah sedang membuat pilihan dengan membelek beberapa rantai dan gelang,” katanya.

Beliau berkata, 10 minit kemudian, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebotol minyak petrol daripada beg sandang dibawanya sebelum menyiram dirinya dan sebahagian kaunter bayaran kedai berkenaan.
“Lelaki itu juga memegang pemetik api dan mengugut untuk membakar diri dan kedai itu sekiranya jurujual berkenaan tidak menyerahkan barangan kemas dipamerkan.

“Panik dengan tindakan suspek, jurujual berkenaan menurut arahan lelaki itu dengan memberi bekas barangan kemas yang dikeluarkan untuk ditunjukkan kepada suspek,” katanya.
Katanya, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai itu yang baru beroperasi sebulan lalu bagi mengesan suspek.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis belum mengenal pasti identiti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

‘Polis’ periksa air kencing cabul pelajar

Serdang: Seorang lelaki yang kemaruk seks menyamar sebagai polis untuk mencabul seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas membawa mangsa ke kawasan sunyi di Seri Kembangan, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40-an yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum menuduh mangsa menghidu gam.

Lelaki terbabit kemudian mengarahkan mangsa mengikutnya ke balai polis berhampiran dengan menunggang motosikal. Mangsa hanya akur arahan lelaki terbabit.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan melepak di tepi sebuah restoran sebelum didatangi lelaki terbabit yang menuduh mangsa menghisap gam dan mengarahkan rakan mangsa pulang ke rumah.

Katanya, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarah mangsa mengikutnya.

“Mangsa dibawa ke satu kawasan sunyi sebelum dipaksa membuka baju dan seluar untuk tujuan pemeriksaan air kencing.
“Mangsa menolak permintaan itu, tetapi diugut dibawa ke lokap,” katanya.

Sumber berkata, sebaik membuka baju dan seluar, lelaki terbabit mencabul dan meninggalkannya di tepi jalan. “Mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bapa kaku bawah kereta

Kuala Terengganu: Seorang anak yang mahu menyerahkan telefon kepada bapanya bagaikan tidak percaya apabila mendapati bapanya sudah tidak bernyawa di bawah sebuah kereta yang sedang dibaikinya di hadapan rumah mereka di Kampung Pantai, Batu Rakit, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Suaami Mamat, 52, sedang membaiki sebuah Proton Iswara di bengkelnya apabila kenderaan itu dipercayai tergelincir daripada tapak penahan, lalu menghempapnya menyebabkan dia parah di kepala.

Menurut sumber, kejadian disedari anak mangsa berusia 18 tahun ketika dia mahu menyerahkan telefon kepada bapanya untuk menjawab panggilan.
“Anak mangsa terkejut melihat bapanya ditindih kenderaan lalu memberitahu ibunya yang berusia 48 tahun yang ketika itu berada di rumah,” katanya.

Mereka memberitahu penduduk kampung yang kemudian datang membantu mengangkat kereta dan mengeluarkan mayat mangsa dari bawah kenderaan itu. Mangsa yang juga pesara tentera dan memiliki tujuh anak, membuka bengkel membaiki kenderaan di depan rumahnya sejak lebih 10 tahun lalu selepas bersara pada 1994. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber itu, Suaami biasanya mementingkan keselamatan ketika bekerja termasuk menahan tayar serta menarik brek tangan ketika membaiki bahagian bawah kenderaan.
“Bagaimanapun ketika kejadian, dia dipercayai tidak berbuat demikian dan hanya meletak pelapik besi sahaja, tetapi tidak menarik brek tangan kenderaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Mohd Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kesal gambar dimuat naik kumpulan murtad di Facebook

Subang Jaya: Seorang wanita kesal selepas gambarnya dimuat naik satu kumpulan murtad dalam Facebook hingga memburukkan namanya.
Haliza Abdul Halim, 50, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, semalam untuk memberi keterangan selepas membuat laporan polis Sabtu lalu.

Katanya, dia berharap kumpulan berkenaan mengeluarkan gambarnya daripada laman sosial terbabit kerana boleh menimbulkan fitnah terhadap dirinya yang beragama Islam.
“Saya tidak menyangka kumpulan itu sengaja menggunakan gambar peribadi saya untuk kepentingan mereka sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Sebelum ini Metro Ahad melaporkan, mangsa membuat laporan di Balai Polis SS17 Subang Jaya, Sabtu lalu selepas gambarnya digunakan sebuah kumpulan murtad di Facebook.

Mangsa membuat laporan berikutan bimbang disalah anggap sebagai ahli kumpulan itu selain khuatir keselamatan dirinya.
Sementara itu, Pendakwah Bebas Hanafi Abdul Malek meminta semua masyarakat menghormati penganut agama lain.

“Kita tidak mahu perkara ini menjadi alat kepada mereka untuk memecahkan umat Islam di negara ini,” katanya.

JANJI DULU PUN MUNGKIR

Algeria kesan warga asing

SATU rakaman video yang disiarkan semalam menunjukkan sekumpulan tebusan mengangkat tangan di sebuah lokasi yang tidak diketahui di gurun Sahara, Algeria.


IN AMENAS, Algeria - Pemerintah Algeria semalam bertindak mengesan beberapa warga asing yang masing hilang selepas tragedi tebusan di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas di gurun Sahara berakhir kelmarin.
Seramai 25 orang tebusan terdiri daripada warga asing dan Algeria disahkan maut.
Angka kematian kini dikhuatiri akan terus meningkat.
"Saya takut angka kematian mungkin meningkat," kata Menteri Komunikasi, Mohamed Said dalam satu temu ramah di stesen radio tempatan, Channel 3.
Perdana Menteri Britain, David Cameron dalam satu kenyataan semalam berkata, tiga rakyat negara itu disahkan terbunuh.
Menurutnya, empat penduduk dari negara tersebut dipercayai mati.
Menurut pihak firma kejuruteraan Jepun JGC Corp., seramai 10 pekerja Jepun dan tujuh pekerja warga asing yang bekerja dengan syarikat itu masih hilang.
Syarikat itu mengesahkan 61 daripada 78 pekerjanya selamat.
Menurut syarikat itu, seorang rakyat Malaysia masih hilang manakala nasib seorang lagi masih belum diketahui.
Pada Rabu lalu, seramai 650 orang pekerja menjadi tebusan selepas sebuah kumpulan militan Islam menawan kompleks gas itu.
Kemudahan itu dikendalikan syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach.
Tragedi itu berakhir apabila tentera Algeria menyerang kemudahan tersebut.
Sejumlah anggota militan itu turut maut.
Kemudahan itu ditawan militan Islam bagi menuntut tentera Perancis tidak campur tangan di Mali.
Tentera Perancis kini bekerjasama dengan pemerintah Mali untuk mengusir para pemberontak Islam daripada menguasai utara negara itu. - Agensi

Penuntut Malaysia dibenarkan pulang


BEBERAPA orang menaiki sebuah sampan yang disewa di sebuah kawasan yang digenangi air di Jakarta.


JAKARTA - Seramai 24 daripada 62 penuntut Malaysia yang ditempatkan sementara di Dewan Malaysia di Jakarta Pusat berikutan kejadian banjir di Jakarta, dibenar pulang ke rumah masing-masing di kawasan Tomang dan Roxy di Jakarta Barat apabila keadaan di kawasan penempatan mereka pulih seperti biasa.
Pengarah Pendidikan Malaysia (EM) Indonesia, Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh berkata, pihaknya telah memeriksa kawasan penempatan penuntut itu di Tomang dan Roxy pagi semalam dan bersetuju dengan pemintaan mereka untuk pulang.
"Jika tempat para penuntut itu banjir kembali, mereka masih boleh kembali ke Dewan Malaysia untuk menginap sementara," katanya ketika dihubungi di sini.
Juzhar berkata, rumah-rumah penuntut dari Universiti Trisakti itu sebenarnya tidak terjejas dengan banjir.
Namun, katanya, jalan-jalan akses ke rumah mereka yang dinaiki air menyebabkan mereka dipindahkan ke Dewan Malaysia.
Mengenai 38 penuntut Malaysia yang masih menginap di Dewan Malaysia Jakarta, mereka hanya akan dibenar pulang jika keadaan banjir di kawasan penempatan masing-masing dipastikan telah pulih.
Juzhar berkata Universiti Trisakti, di Jakarta Barat, yang turut dilanda banjir, mengisytihar cuti selama seminggu dan kuliah akan hanya disambung pada 28 Januari ini.
Kejadian banjir di Jakarta, sejak Selasa lalu, sehingga kini meragut 19 nyawa dan sebahagian daripada mereka meninggal dunia disebabkan kejutan elektrik apabila kediaman mereka dinaiki air. - Bernama

Detik-detik cemas ahli politik diacu pistol


KEPALA Dogan diacu dengan pistol yang dipegang Enimehmedov.


SOFIA - Seorang lelaki, Oktay Enimehmedov mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang ahli politik, Ahmet Dogan di Istana Budaya Kebangsaan di sini kelmarin.
Bagaimanapun, Enimehmedov hanya mengacukan sepucuk pistol gas di kepala Dogan.
Kejadian itu berlaku ketika ahli politik tersebut menyampaikan ucapan kepada anggota-anggota partinya, Pergerakan Untuk Hak dan Kebebasan.
Dogan kelihatan takut semasa lelaki berusia 25 tahun itu mengacukan pistol tersebut.
Tembakan pistol gas tersebut tidak boleh menyebabkan seseorang itu mati.
Ahli politik itu sempat menepis tangan Enimehmedov.
Pemuda tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa perwakilan parti itu dan anggota keselamatan.
Bahagian bibir pemuda berkenaan kelihatan berdarah akibat pergelutannya semasa beberapa anggota parti itu dan anggota keselamatan mahu menangkapnya.
Dogan, 58, tidak cedera dalam kejadian tersebut.
Seorang ahli psikologi di Kementerian Dalam Negeri, Nedelko Stoychev berkata, pemuda tersebut meninggalkan sepucuk surat untuk ibunya.
Pemuda berkenaan menyatakan dalam surat tersebut bahawa dia tidak berniat untuk membunuh ahli politik itu.
Menurutnya, Enimehmedov hanya mahu menunjukkan bahawa ahli politik berkenaan bukannya tidak boleh disentuh.
Pemuda berkenaan juga mempunyai rekod kesalahan dadah, rompakan dan melakukan kegiatan samseng.
Dia mungkin dihukum penjara enam tahun jika didapati bersalah melakukan perbuatan itu.
Pemuda itu menyatakan kepada polis, dia bertindak bersendirian. - Agensi

Kapal tentera AS terdampar di Laut Sulu


GAMBAR yang disiarkan Angkatan Tentera Filipina kelmarin menunjukkan kapal USS Guardian yang terdampar dibadai ombak dekat Terumbu Tubbataha di Laut Sulu.


MANILA - Sebuah kapal milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Guardian terdampar dekat Terumbu Tubbataha, di Laut Sulu sejak Khamis lalu.
Gambar yang disiarkan Angkatan Tentera Filipina kelmarin menunjukkan kapal tersebut dibadai ombak di kawasan tersebut.
Kapal AS tersebut terdampar kira-kira 640 kilometer dari barat daya Manila.
Ia terdampar selepas kapal tersebut belayar dengan mengikut laluan yang silap. - Agensi

Fox larang Swift dekati anaknya


FOX (kiri) bersama isteri, Tracy Pollan dan anaknya, Sam ketika menghadiri majlis Anugerah Golden Globes di Beverly Hills, California pada 13 Januari lalu.


LOS ANGELES - Bintang filem Back To The Future, Michael J. Fox melarang penyanyi remaja terkenal, Taylor Swift (gambar kecil) daripada mendekati anak lelakinya, Sam Michael, 23, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
"Jangan tarik perhatian (Sam). Bagaimanapun, Swift menghasilkan lagu tentang lelaki yang keluar dengannya," kata Fox baru-baru ini.
Menurutnya, Swift menggunakan pendekatan itu untuk membina kerjayanya.
Sebelum ini, seorang pengacara Anugerah Golden Globes, Tina Fey turut berjenaka tentang Swift yang sering gagal bercinta.
Fey berkata pada majlis itu, Swift perlu menjauhi anak pelakon tersebut.
Swift yang popular menerusi lagu Red itu dikatakan menghasilkan lagu tentang perpisahannya dengan seorang anggota kumpulan nyanyian One Direction dari Britain, Harry Styles, 18.
Dia juga pernah menjalin hubungan dengan selebriti seperti John Mayer dan Joe Jonas.
Baru-baru ini, Swift, 22, dilaporkan cuba menjalin hubungan dengan aktor Bradley Cooper.
Bagaimanapun, Copper yang berusia 38 tahun itu menolak untuk menjalin hubungan tersebut. - Agensi

Rakyat Malaysia dikhuatiri mati


PARA tebusan berlutut dengan tangan diangkat ke atas semasa mereka ditawan di kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang gagal dikesan selepas kumpulan militan menawan sebuah loji gas di In Amenas, Algeria pada Rabu lalu dikhuatiri terkorban berikutan kejadian serangan tersebut.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil majikan rakyat Malaysia terbabit, JGC Construction Pte. Ltd. kepada Kedutaan Besar Malaysia di Algeria.
"Wakil syarikat memaklumkan kepada kedutaan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang masih hilang dikhuatiri terkorban manakala nasib seorang lagi rakyat Malaysia belum diketahui.
"Kedutaan Besar Malaysia di Algeria bagaimanapun akan berusaha dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria serta JGC Construction Pte. Ltd. bagi mengesahkan maklumat terkini mengenai nasib dua rakyat Malaysia terbabit," katanya.


7 projek besar untuk rakyat Kelantan


NAJIB (kanan) beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium negeri baharu, masjid terbesar bernilai RM50 juta, perumahan rakyat melibatkan 3,000 unit buat permulaan, menyelesaikan masalah air, pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara dan mewujudkan sistem bas Rapid Kota Bharu.
Menurut Najib, tujuh projek itu juga akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) nanti.
“Saya sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita. Belum lengkap lagi. Saya hendak simpan modal ini sebab saya hendak turun ke Kelantan dan umum lagi,” katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjung di sini.

Budak maut dengan otak bersepai


KEADAAN treler yang terbalik dan mengorbankan Mohd. Afiq di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar dekat Pagoh kelmarin.


PAGOH - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya bersepai digilis tayar treler yang dipandu bapanya yang terbabas di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar dari treler dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbalik ketika melalui satu selekoh di situ.
Mangsa yang berada di luar treler itu terus digilis tayar kenderaan itu menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
Treler membawa muatan papan lapis itu dipercayai terbalik selepas hilang kawalan ketika membelok selekoh di tempat kejadian.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Yazid Banain, 44, ibu, Suriyati Abd. Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, hanya cedera di beberapa anggota badan.

Penjenayah tewas digigit wanita


ANGGOTA polis memeriksa keadaan kenderaan Toyota Hilux yang cuba dilarikan seorang penjenayah di Jalan Abell, Kuching kelmarin.


KUCHING - Seorang penjenayah yang cuba melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) terpaksa melupakan hasratnya selepas mangsa, seorang juruaudit wanita, bertindak menggigit lengan kirinya.
Sebelum kejadian pada pukul 9.30 malam kelmarin, mangsa Chia Mei Ngee dan anak lelakinya yang berusia empat tahun berada di dalam Toyota Hilux Virgo yang berhenti di bahu Jalan Abell sementara menunggu suaminya mengeluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Mei Ngee, 37, memberitahu, tidak sampai beberapa minit ditinggalkan suaminya dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup, seorang lelaki masuk ke dalam kenderaannya lalu memandu meninggalkan lokasi dia menunggu suaminya.
"Saya panik dan minta lelaki itu berhenti namun dia tidak mempedulikan rayuan saya.
"Saya cuba pegang stereng dan menarik brek tangan kenderaan namun gagal kerana dihalang suspek," kata Mei Ngee ketika ditemui di sini semalam.

Rokok seludup RM1 juta dirampas


ABDULLAH ZAWAWI (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Rokok seludup dengan nilai cukai kira-kira RM1 juta berjaya dirampas oleh Kastam Terengganu dalam satu serbuan di sebuah gudang di Kampung Tasek, Bukit Payung, Marang Khamis lalu.
Serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat awam yang curiga dengan kegiatan di gudang tersebut sejak kira-kira dua tahun lalu.
Dua lelaki warga tempatan berusia 34 dan 43 tahun yang berada di dalam gudang tersebut turut ditahan dan mereka dipercayai menyewa tanah dan mendirikan gudang di lokasi tersebut untuk memudahkan kerja-kerja menyimpan dan mengedar rokok seludup itu.
Difahamkan, rokok tersebut dibawa masuk melalui pantai barat Semenanjung dan dijual kepada peruncit pada harga murah iaitu sekitar RM3.50 sekotak berbanding harga biasa melebihi RM7 sekotak

Wujud bank data kes lemas

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menubuhkan sebuah bank data mengenai kematian akibat lemas bagi mengumpul maklumat tentang gender, kumpulan umur, lokasi dan punca kejadian.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan sehingga kini, belum ada pihak berkuasa di negara ini yang mengumpul dan menyimpan data tentang kes lemas dan mengeluarkan laporan tahunan mengenainya selain Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Malaysia perlu memberi fokus terhadap kes lemas yang semakin meningkat di negara ini, sama ada di pantai atau di tempat lain serta mengambil langkah proaktif untuk mencegah lebih banyak kematian selain meningkatkan keselamatan, bukan sahaja di pantai tetapi juga di tempat lain yang memungkinkan berlakunya kejadian lemas," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam..
Beliau berkata, menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, pertubuhan dan agensi yang mempunyai bidang kuasa berkaitan kawasan pantai untuk mengenal pasti dan lebih penting lagi meminimumkan risiko berlaku kecederaan dan kematian akibat lemas.

Beli produk Omar Ali secara online


AZIZAH bangga dengan jenama Omar Ali yang popular dengan pakaian tradisional Melayu sejak dahulu lagi.


KUALA LUMPUR - Syarikat pembuat pakaian tradisional Melayu terkenal di negara ini, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. (Omar Ali) akan melancarkan laman beli-belah dalam talian pada bulan Mac ini.
Pengarah Urusannya, Azizah Omar berkata, kewujudan laman www.OmarAli.com.my itu bertujuan untuk mengikuti aliran semasa yang menggunakan teknologi internet sebagai pemacu kepada operasi perniagaan.
"Jenama Omar Ali telah wujud sejak ayah saya, Omar Ali, membuka kedai pertamanya di Bazaar Melayu yang kini dikenali sebagai Wisma Yakin, Jalan Masjid India pada tahun 1935.
"Sungguhpun jenama ini dikenali ramai termasuk golongan kenamaan, namun kami percaya penggunaan internet akan mampu meningkatkan lagi perolehan syarikat dan seterusnya mengukuhkan lagi perniagaan ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurut Azizah, laman beli-belah itu akan menyediakan rangkaian lengkap pakaian siap Omar Ali, di samping jenama khusus untuk wanita yang dikenali sebagai Miss Omar dan aksesori berkaitan.

TU LAH AKTIF SANGAT

Kathavarayan nafi mohon perlindungan kerana wang

KATHAVARAYAN


SHAH ALAM - Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menafikan dia memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan.
R. Kathavarayan, 32, ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, R. Matan juga menafikan cadangan peguam itu bahawa dia berbuat demikian selepas tidak berjaya mendapatkan wang daripada tertuduh pertama, N. Pathmanabhan.
Sebaliknya tertuduh keempat itu berkata, dia memohon untuk berada di bawah program itu kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anak-anaknya.
Amer Hamzah: Kamu tahu atau tidak, di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, keluarga kamu boleh diberikan bantuan kewangan?
Kathavarayan: Tidak tahu.
Amer Hamzah: Saya katakan pada kamu, selepas kamu tidak berjaya dapatkan wang daripada Pathmanabhan kamu memutuskan untuk memohon program perlindungan saksi untuk dapatkan bantuan kewangan dan lain-lain.

Pemandu teksi tanam ganja mampat di kebun sawit


BAHAROM (dua dari kiri) melihat dadah yang dirampas daripada seorang pemandu teksi pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN - Polis menahan seorang pemandu teksi kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 11 kilogram bernilai RM30,800 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis perniagaan ayam di Kampung Chelet, Jalan Salak, Nilai kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Baharom Othman berkata, lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan selepas sepasukan anggota daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima maklumat awam dan membuat risikan ke atas premis tersebut.
"Semasa pemeriksaan ke atas suspek yang turut bekerja secara sambilan di premis perniagaan ayam tersebut, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar mengandungi dadah disyaki ganja.
"Seterusnya siasatan dibuat ke atas suspek, akhirnya suspek memberitahu ada lagi dadah ditanam di dalam tanah di kebun kelapa sawit kira-kira 50 meter dari premis tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kes itu di sini semalam.
Kathavarayan: Tidak.

Dipenjara 3 tahun kerana menyamar pemungut derma rumah anak yatim

MAZLI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Gara-gara menyamar sebagai pemungut derma untuk rumah anak-anak yatim, seorang lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun setelah Mahkamah Majistret di sini mendapati dia bersalah melakukan kesalahan itu.
Tertuduh, Mazli Abd. Ghani, 38, yang bekerja sendiri, didakwa melakukan perbuatan berpura-pura dengan menyamar sebagai pemungut derma untuk rumah anak-anak yatim Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau Pondok Tunjong pada 15 Januari lalu.
Mazli dituduh menipu seorang lelaki, Ruhi Muzakkir Muhammad yang juga seorang pengadu kepada kes tersebut kira-kira pukul 2.15 petang pada 15 Januari lalu di Medan Selera Stadium, Jalan Bayam, dekat sini.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berasal dari Jalan Telipot dekat sini mengaku melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan.

Wad hospital jadi mahkamah


MOHD. SAIMIN (kanan) dan Mohd. Raffiq didakwa di atas katil HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu atas tuduhan memiliki senjata berbahaya dan menyerang anggota polis semalam.


KOTA BHARU - Dua lelaki yang sedang dirawat di hospital akibat terkena tembakan anggota polis dihadapkan ke muka pengadilan semalam atas tuduhan memiliki beberapa senjata berbahaya dan menyerang penjawat awam.
Bagaimanapun, Mohd. Saimin Ali, 34, dan Mohd. Raffiq Razuaddy Ab. Aziz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen Pasir Puteh, Roszita Md. Saad ketika prosiding dijalankan di Wad 2 Zamrud, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.
Ketika prosiding, kedua- dua tertuduh diasingkan daripada pesakit lain di wad tersebut dan ditutup dengan tirai.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki sebilah pedang, sebilah parang panjang, sebatang kayu, sebatang besi panjang dan sebilah pisau.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Saimin dan Mohd. Raffiq dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam, Koperal Mohd. Zaki Husain dengan niat hendak menahan atau menakutkannya daripada menjalankan tugas.

Angkat kereta nampak mayat


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Chee Keong yang tersepit selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam longkang di Danga Bay, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sekumpulan lelaki terkejut apabila sebuah kereta jenis Hyundai yang dinaikkan selepas terjunam ke dalam longkang besar rupa-rupanya mengandungi mayat seorang lelaki yang dipercayai terperangkap dalam kejadian dekat pesisir pantai Danga Bay di sini semalam.
Mayat Choi Chee Keong, 45, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan dipercayai lemas sebaik kenderaan dipandunya itu terjunam pada pukul 9 malam kelmarin.
Kereta mangsa hanya disedari berada di dalam longkang itu pada pukul 11 pagi semalam apabila sekumpulan lelaki ternampak bumbung kenderaan itu seolah-olah tersangkut pada permukaan longkang.
Lelaki berkenaan, David Pancil, 30, berkata, dia bersama tiga lagi nelayan terkejut apabila ternampak bumbung kereta berkenaan seolah-olah tersangkut di permukaan longkang berkenaan ketika mencari ketam di situ.

Geng Latin Tua tumpas


ZAHEDI (kiri) menunjukkan sebahagian barangan curi yang dijumpai semula daripada Geng Latin Tua pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Tiga warga asing bergelar Geng Latin Tua yang dipercayai terlibat melakukan enam kes pecah masuk rumah mewah di sekitar Shah Alam sejak awal tahun ini diberkas dalam serbuan di dua buah rumah apartmen di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Jumaat lalu.
Tangkapan kali keempat itu membuktikan geng tersebut nampaknya masih tidak serik melakukan jenayah biarpun tiga kumpulan sama melibatkan 15 suspek pernah ditumpaskan polis sepanjang tahun lalu.
Kesemua suspek terdiri daripada dua warga Peru dan seorang warga Colombia berusia 42 hingga 57 tahun itu diberkas pada pukul 8.10 malam hasil tindakan pasukan polis yang menjejaki mereka selepas mendapat maklumat serta melakukan risikan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki warga Colombia di sebuah apartmen sebelum menyerbu rumah kedua dan menahan dua lelaki warga Peru.

Makmal ekstasi bernilai RM500,000 diserbu


RAHIM (kanan) melihat mesin pemampat bagi menghasilkan dadah jenis ekstasi yang dirampas dalam satu serbuan di perkampungan Air Itam, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Satu sindiket memproses dan mengedar pil ekstasi berjaya dilumpuhkan selepas polis menyerbu sebuah makmal haram di sebuah rumah papan di perkampungan Air Itam di sini pada 18 Januari lalu.
Dalam operasi pukul 8.30 malam oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu, polis menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun.
Difahamkan, ketika serbuan kesemua mereka berada di dalam rumah berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Rahim Jaafar berkata, hasil serbuan, polis berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah jenis pil ekstasi termasuk menemui serbuk dadah ekstasi seberat 1,275 gram, ketamin (54 gram) dan syabu (22 gram).
Katanya, anggaran harga pasaran dadah yang dirampas itu bernilai RM500,000 dan pihaknya turut menyita tiga buah kereta dengan nilai RM130,000.
Jelasnya, serbuan dilakukan hasil maklumat yang diperoleh daripada orang awam dan risikan anggota JSJN.

Miros guna Quadcopter


ABDUL RAHMAT (dua dari kanan) dan pegawai Miros menunjukkan Quadcopter yang digunakan untuk menyiasat kes kemalangan di Kajang semalam.


KAJANG – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) kini menggunakan teknologi helikopter kawalan jauh bagi menyiasat kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Ketua Penyelidik Unit dan Rekonstruksi Kemalangan Miros, Abdul Rahmat Abdul Manap berkata, penggunaan gajet terbaharu dikenali Quadcopter dan dilengkapi bersama kamera resolusi tinggi itu mampu mengenal pasti data kemalangan maut dengan lebih mudah.
Ujarnya, analisis kes-kes seperti itu bukan hanya tertumpu kepada aspek kenderaan dan gaya pemanduan sahaja, malah ia turut merangkumi reka bentuk jalan raya, papan tanda serta elemen persekitaran.
“Miros menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kaitan faktor keadaan jalan, papan tanda yang tidak sesuai atau halangan pokok yang mungkin menjadi penyumbang kepada kemalangan.
“Penggunaan Quadcopter dapat merakam imej menyeluruh dalam radius lebih luas di kawasan kemalangan melalui sudut yang lebih tinggi dengan dikawal oleh pegawai-pegawai Miros,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Banjir Jakarta ragut 26 nyawa

BEBERAPA anggota sukarela membantu mangsa-mangsa banjir untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan.


JAKARTA, Indonesia - Polis Indonesia menyatakan, banjir yang melanda Jakarta pada 15 Januari lalu sekurang-kurangnya telah meragut 26 nyawa dan menyebabkan lebih daripada 100,000 warganya terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.
Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, kebanyakan mangsa mati akibat renjatan elektrik atau lemas.
Kira-kira 103,000 orang kini tinggal di pusat-pusat penempatan sementara.
Banjir yang melanda sampai ke kemuncak pada Khamis lalu dan telah melumpuhkan Jakarta.
Air banjir dilaporkan meliputi kira-kira 30 peratus daripada bandar yang dihuni oleh 14 juta penduduk itu.
Banyak tempat perniagaan dan penempatan penduduk ditenggelami air.
Menteri Industri, M.S. Hidayat berkata, kejadian tersebut mungkin akan menyebabkan pelabur asing lari ke negara-negara jiran. - Agensi

Bekas ketua IMF bayar AS1.5 juta tutup kes cabul


Kiri:STRAUSS-KAHN, Kanan:DIALLO


PARIS - Bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn membayar AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sebagai penyelesaian luar mahkamah kepada seorang pengemas bilik hotel di New York yang mendakwa telah dicabul olehnya, lapor akhbar Perancis kelmarin.
Memetik sumber-sumber yang rapat dengan Strauss-Kahn, akhbar Le Journal du Dimanche berkata, wanita itu, Nafissatou Diallo telah menerima bayaran tersebut di bawah satu persetujuan rahsia sebagai penyelesaian saman Diallo ke atas dirinya.
Akhbar berkenaan menyatakan, Diallo mendapat 70 peratus wang tersebut selepas membayar pasukan peguamnya.
Diallo tuurt menerima bayaran daripada akhbar New York Post yang disamannya sebelum ini kerana melaporkan dia bekerja sebagai seorang pelacur.
Insiden itu memalukan Strauss-Kahn sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebagai ketua IMF serta memusnahkan harapannya untuk menjadi Presiden Perancis.
Strauss-Kahn ditangkap selepas Diallo mendakwa pemimpin itu memaksanya melakukan seks oral di bilik hotel penginapannya di Hotel Sofitel, New York pada Mei 2011.
Dalam insiden tersebut, Strauss-Kahn mengaku berlaku hubungan seks tetapi menegaskan bahawa hubungan itu adalah secara suka sama suka.
Siasatan jenayah terhadap insiden itu gagal selepas Diallo menukar keterangannya dengan pihak pendakwa raya menganggap kesnya sebagai lemah.
Strauss-Kahn, 63, masih berdepan siasatan di Perancis berhubung dakwaan beliau terlibat melanggan pelacur selepas sebuah mahkamah tempatan menolak permintaan agar dakwaan ke atas dirinya digugurkan. - AFP

Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak


PAUL MARSHALLSEA (dalam bulatan) menarik ekor ikan jerung di tepi pantai Sunshine Coast, Queensland dalam kejadian semalam.


SYDNEY - Seorang lelaki warga Britain yang sedang menikmati percutian di Sunshine Coast, Queensland di sini bertindak berani menangkap seekor ikan jerung yang mendekati sekumpulan kanak-kanak di pesisir pantai, lapor akhbar Mail Online semalam.
Paul Marshallsea, 62, telah bergelut dengan ikan jerung berukuran 91 sentimeter itu ketika ia berenang di air cetek mendekati pantai.
Sejurus terdengar jeritan orang ramai mengenai kemunculan ikan jerung itu, Paul dengan pantas berkejar ke pantai dan menarik ekor ikan jerung tersebut sebelum ia bertindak ganas.
Ikan jerung itu hampir mencederakan kaki Paul sebelum ia ditarik ke tengah laut oleh pasukan penyelamat menggunakan jet ski dan helikopter.
"Ketika itu air di pantai cetek sedalam 5.4 meter dan ramai kanak-kanak dan bayi sedang bermain di situ. Jika saya tidak campur tangan, kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
"Gerak hati saya menyuruh saya melakukannya dan saya terus menangkap ekor ikan jerung itu," katanya.
Menurut Marshallsea, ikan tersebut berpusing ke arahnya dan hampir menggigitnya.
"Ia hampir membaham kaki saya dalam sekelip mata. Ia sangat pantas," kata lelaki itu. - Agensi

Terperengkap di kerusi gara-gara bergurau


KEADAAN Curtis selepas terperangkap pada kerusi anaknya di London baru-baru ini.


LONDON - Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, lapor akhbar The Sun semalam.
Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.
Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat.
Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya.
Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu.
Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.
"Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.
"Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya. - Agensi

FITNAH KERANA NAK JATUHKAN SESEORANG....DOSA LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH...MASUK SYURGA SEBAB TAKWA BUKAN KAYA RAYA

Anwar menang kes saman fitnah Utusan

Posted on the January 21st, 2013 under Politik by admin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.

Anwar dalam Twitternya berkata, “alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti.”
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.
Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.
Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Sinar

Kami Akan Kahwin Tahun Ini – Zain Saidin

Posted on the January 21st, 2013 under Artis by admin

“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas.

Dalam masa yang sama, Zain turut mempertahankan tindakannya meluahkan kata-kata cinta terhadap Rozita Che wan di akaun Instagram. Biarpun ada yang menganggap tindakannya itu bagaikan mencari publisiti murahan, tetapi Zain punya pendapat sendiri.
“Tak kisahlah orang hendak kata apa pun. Saya buat begitu kerana saya tidak mahu lagi orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Kalau saya tidak berterus-terang pun, orang masih akan bercakap. Jadi, lebih baik saya akui perkara itu. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh menangkan hati semua orang,” tambah Zain lagi.
Memandangkan Rozita merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki, Zain turut ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Rozita. Adakah hubungannya mendapat tentangan mereka atau sebaliknya?
“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka,” ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan bertolak ke Amsterdam pada 24 Februari hadapan bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie. Zain akan bergandingan dengan Rita Rudaini sebagai pasangan suami isteri. Ironinya, Zain memegang watak Maliq, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan seorang janda beranak dua.
“Ketika mendapat tawaran lakonan ini saya rasa hendak tergelak sebab menyedari watak ini ada kena-mengena dengan saya. Tapi, saya tidak kisah pun. Saya buat atas dasar kerja,” ujar Zain yang bakal muncul dalam siri Oh My English! musim terbaru.
Gua

‘Fenomena Listen’: Sharifah Zohra Mohon Maaf

Posted on the January 21st, 2013 under Tempatan by admin

PETALING JAYA: Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi ‘fenomena listen’ yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.
Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.
“Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.

“Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad.
Selain itu Syarifah Zohra turut melahirkan kekesalahan di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan hingga menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya.
“Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan ‘tsunami fenomena listen’ menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh,” katanya.
Syarifah Zohra menjadi topik hangat apabila klip video sepanjang 24 minit yang memaparkan insiden pertikaman lidah antara beliau dan pelajar undang-undang UUM, KS Bawani ketika Forum Suara Mahasiswa pada Disember lalu mendapat kritikan banyak pihak.
Menerusi kenyataan tiga muka surat itu, Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.
“Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.
“Saya juga memaafkan pihak-pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap saya tanpa usul periksa dan mendapatkan fakta yang tepat,” katanya.
Mengulas lanjut Sharifah Zohra berkata beliau turut menerima ugutan daripada banyak pihak pihak termasuk parti politik.
“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak saya.
“Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti politik,” katanya.
mStar

Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit

Posted on the January 21st, 2013 under Tempatan by admin
BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
“Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
“Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,” katanya. – AGENSI

Ananda orang terkaya di Malaysia

Posted on the January 21st, 2013 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.
Kosmo