Wednesday, February 13, 2013

INI BARU HEBAT...DAPAT PERTOLONGAN DARI ALLAH....HIDAYAH ITU HAK ALLAH...JANGAN KITA MENGHINA ISLAM...MENGHINA ISLAM BERMAKNA MENGHINA ALLAH SWT

Hanya dengan Jilbab wanita ini berjaya Islamkan 7 Profesor Barat

Posted on the February 11th, 2013 under Agama by admin


Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama Allah.
Itualah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali.
Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia.

Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi, keadaannya tidak berubah sedikitpun.
Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini.
Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan. Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya ‘”Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka.
Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada mereka mengajukan sebuah soalan, “Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik??
Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik, lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran.
Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum.
Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam selepas melakukan dialog.
Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan murahan.
Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki. Dengan cara seperti ini ia mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang Allah redhai ini.
La ilaha ilallah …. semoga Allah sentiasa memberikan taufikNya kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama dan umat ini. .. Amiin

Kitar semula puntung rokok

Posted on the February 11th, 2013 under Luar Negara by admin


Rajah menunjukkan sisa rokok yang dikitar semula TerraCycle.
USAHAWAN kitar semula, Tom Szaky sedang berusaha untuk menghapuskan masalah sedunia iaitu pencemaran daripada rokok.
Lelaki berusia 30 tahun yang mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan pengajian di Universiti Princeton semata-mata untuk bekerja di TerraCycle di Trenton, New Jersey, Amerika Syarikat itu memberitahu, tiada satu sampah pun terdapat di pejabat mereka walaupun puntung rokok.
TerraCycle telah memulakan program kitar semula sejak Mei tahun lalu di Kanada. Kemudian, ia diperluaskan hingga ke Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan memungut puntung rokok daripada sukarelawan.

Ia kemudian boleh dikitar semula dan diproses menjadi pelbagai produk daripada bekas rokok, kotak dan sebagainya.
Bagi rokok yang dibuang ia akan dipatahkan sebelum kertas dan tembakaunya dikitar semula.
Puntung rokok dibuat daripada plastik dipanggil acetate cellulose pula akan dicairkan sebelum dicampur dengan bahan-bahan yang digunakan secara meluas oleh kilang-kilang untuk membuat plastik seperti palet iaitu bekas untuk menampung barangan berat.
Pengilang tembakau membayar TerraCycle kerana program itu sekali gus memberikan mereka sumber kewangan untuk projek itu.
Selain itu, duit yang diperoleh juga dapat disumbangkan kepada para sukarelawan menerusi sistem pungutan mata.
Secara tidak langsung, program itu menjadikan kawasan siar kaki semakin bersih. Ia juga menyebabkan TerraCycle mendapat lebih banyak peluang perniagaan selain menjual barangan kitar semula kepada rangkaian kedai Walmart dan Whole Foods.
TerraCycle mempunyai pandangan kreatif terhadap tabiat manusia yang sebelum ini disifatkan sebagai susah hendak diubah terutamanya mengajak mereka untuk mengitar semula.
Kitar semua barang
Uncang jus, botol plastik, pen, pembungkus kopi, pembungkus gula-gula, berus gigi dan papan kekunci komputer antara barangan kitar semula yang bernilai buat TerraCycle.
Sebahagian barangan akan dihantar untuk dikitar semula secara klasik iaitu mereka menggunakan barangan tersebut sebagai barangan baharu. Sementara sesetengah yang lain dinaiktaraf iaitu dikekal dan dijenamakan semula sebagai bahan baharu.
Sebagai contoh, pembungkus gula-gula lengkap dengan lambang digunakan untuk membalut buku.
“Tujuan TerraCycle adalah untuk menghasilkan barang daripada tidak boleh dikitar semula kepada boleh dikitar semula,” kata Szaky yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TerraCycle kepada AFP.
Tidak lama lagi, syarikat itu akan mengitar semula gula-gula getah dan lampin bayi yang telah digunakan namun Szaky lebih suka untuk mengitar semula rokok.
“Habuk rokok, puntungnya atau kotak pembungkus, semuanya saya suka. Selepas dilancarkan tahun lalu, program ini telah berjalan dengan jayanya.
“Kami telah mengumpulkan lebih sejuta rokok dalam tempoh yang singkat. Kami mempunyai organisasi yang hebat memungut sisa rokok dan kilang tembakau juga gembira dengan pelancaran program ini di AS dan Sepanyol,” ungkap Szaky penuh teruja.
Dalam pada itu, Szaky optimis program tersebut akan diperluaskan ke Eropah dan Mexico dalam tempoh empat bulan lagi.
Menurut Szaky, untuk membuat tempat habuk rokok plastik, ia memerlukan 1,000 hingga 2,000 puntung rokok dan lebih 200,000 untuk membuat kerusi taman.
Namun, ia tidak mungkin kekurangan bekalan kerana 37 peratus sampah dunia dipenuhi dengan puntung rokok dan hampir trilion dibuang setahun.
Lebih 35 juta orang daripada 22 negara di seluruh dunia mengambil bahagian dalam program itu yang dibiayai oleh banyak syarikat korporat.
“Apabila kami mencipta penyelesaian masalah rokok, kami pergi ke syarikat-syarikat besar dan tunjukkan kepada mereka barangan plastik yang dibuat daripada rokok terpakai.
“Pada mulanya, mereka tidak mempercayai perkara tersebut, tetapi itu membuatkan kami bekerjasama sehingga kini,” tambah Szaky.
Syarikat Szaky bermula apabila dua individu mempunyai idea untuk menjadikan najis ulat sebagai baja di ladang. Sekarang ia mempunyai hampir 100 pekerja.
“Saya ingin mengitar semula semua sampah yang terdapat di dunia ini. Matlamat utama saya adalah untuk membebaskan bumi ini daripada sampah. Sampah tidak wujud secara semula jadi,” tegasnya. – AFP

Skandal daging kuda dijual di Perancis

Posted on the February 11th, 2013 under Luar Negara by admin


Bungkusan lasagne yang mengandungi daging kuda keluaran Findus.
PARIS – Skandal daging kuda merebak di Perancis apabila enam rangkaian pasar raya di negara ini menarik produk mengandungi daging itu.
Kerajaan Britain dan pemerintah Perancis kelmarin berjanji untuk menghukum pihak yang terlibat menjual daging tersebut.
Menteri Hal Ehwal Pengguna Perancis, Benoit Hamon berkata, siasatan mendapati daging haiwan itu berasal dari Romania.

Dakwaan itu dibuat walaupun terdapat penglibatan firma di Perancis, Belanda dan Cyprus dan sebuah kilang di Luxembourg.
Menteri Alam Sekitar Britain, Owen Paterson berkata, lebih banyak kes pencemaran makanan mungkin berlaku selepas pihak peruncitan di negaranya melakukan ujian terhadap produk daging yang telah diproses.
Sebuah unit makanan beku Britain, Fundus mula menarik semula produk lasagne yang mengandungi daging tersebut dari pasar raya atas nasihat daripada pihak pembekal, Comigel dari Perancis.
Penarikan itu dibuat ekoran terdapat kebimbangan bahawa produk berkenaan mempunyai daging kuda.
Skandal itu mendapat kritikan di Britain kerana memakan daging kuda dianggap sebagai pantang larang dalam masyarakat.
Pihak berkuasa Britain turut menyatakan, ujian dilakukan untuk memastikan sama ada daging tersebut mengandungi dadah yang boleh membahayakan manusia. – Agensi

Mahkamah Mesir arah sekat akses YouTube

Posted on the February 11th, 2013 under General by admin

KAHERAH – Mahkamah Kaherah mengarahkan kerajaannya menyekat akses kepada laman YouTube bermula hari ini.
Hakim Hassouna Tawfiq berkata, tindakan itu diambil selepas menerima banyak aduan dari penduduk Mesir bahawa laman YouTube menjadi ancaman kepada keamanan sosial selepas tercetusnya rusuhan di seluruh negara Islam hingga membawa kepada ratusan kematian berpunca daripada penyebaran filem anti-Islam tahun lalu.
“Kerajaan masih boleh mengemukakan petisyen terhadap keputusan sekatan ini,” katanya dipetik AP.
Beliau berkata, penduduk Mesir melahirkan kebimbangan sekiranya perkara sama bakal berulang berikutan laman web ini mudah diakses.

“Mahkamah menerima banyak desakan untuk menyekat terus laman web ini kerana penduduk Mesir percaya negara Barat akan berterusan melakukan provokasi dan ancaman sosial terhadap masyarakat Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap bagi syarikat induk YouTube, Google berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang arahan berkaitan penyekatan ini dari mahkamah atau kerajaan negara itu.
September tahun lalu, kira-kira 50 maut di Kaherah manakala 20 negara melakukan protes terhadap penayangan filem pendek menghina Nabi Muhammad SAW yang dihasilkan oleh seorang warganegara Amerika Syarikat.
Sinar

Kamal harap Malaysia benar tayang Vishwaroopam

Posted on the February 11th, 2013 under Luar Negara by admin


AKTOR India Selatan, Kamal Hassan harap Malaysia akan membatalkan pengharaman filemnya, “Vishwaroopam” dalam tempoh terdekat.
“Saya sedih beberapa negara seperti Malaysia dan Dubai belum menayangkan filem itu. Alangkah baik kalau mereka benarkan penayangannya,” kata beliau pada sidang akhbar di Chennai, Tamil Nadu.
Vishwaroopam, filem thriller pengintip, yang ditulis, diarah dan diterbitkan oleh Kamal Hassan, 58, menghadapi sekatan ekoran bantahan beberapa pertubuhan Islam kerana mengandungi babak dan dialog yang menghina Islam.

Selepas beberapa siri rundingan, beliau bersetuju membuat pengubahsuaian.
Filem itu akhirnya ditayangkan di lebih 500 panggung wayang di Tamil Nadu pada 7 Februari.
Di Malaysia, filem itu ditayangkan mengikut jadual pada 24 Januari, tetapi ditarik balik daripada tayangan pada hari berikutnya atas arahan Kementerian Dalam Negeri.
Dilaporkan filem itu akan ditayangkan semula di Malaysia selepas mengalami 16 potongan, namun tarikhnya belum diumumkan.
Kamal Hassan berkata episod susulan “Vishwaroopam 2″ akan diedarkan untuk tayangan tahun ini. – Bernama

Sharnaaz Ahmad Kunci Mulut, Jauhi Shila Amzah

Posted on the February 11th, 2013 under Artis by admin


Sharnaaz (kiri) ambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menjauhkan diri daripada Shila selepas pelbagai kekecohan pada hubungan mereka timbul.
PETALING JAYA: Kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu aktor Sharnaaz Ahmad enggan memberikan komen lanjut berhubung status terkini konflik hubungan mereka.
Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas timbul pelbagai kekecohan termasuk tindakan Shila yang melarikan diri daripada keluarga ekoran tertekan dengan pergeseran antara dirinya dan bapa penyanyi itu, ND Lala.

“Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.
Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan.
ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku.
“Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri,” jelasnya.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.
mStar

Lelaki disamun ketika isi minyak

Posted on the February 11th, 2013 under Tempatan by admin


STESEN minyak yang menjadi tempat seorang lelaki disamun di Kajang baru-baru ini.
KAJANG – Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dilibas dengan sebilah parang ketika sedang mengisi minyak dekat Plaza Tol Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari, 31 Januari lalu, mangsa berusia lingkungan 40-an diserang sebelum dua suspek yang menaiki sebuah motosikal melarikan beberapa barangan milik mangsa. Nilai kerugian dianggarkan RM3,000.

Menurut sumber, suspek dikesan bijak mengambil kesempatan dengan memilih mangsa yang berada di luar kawasan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut.
“Ketika sedang mengisi minyak, mangsa didatangi dua lelaki bersenjatakan parang yang menaiki sebuah motosikal.
“Suspek yang memakai topi keledar menutup muka kemudian melibas kepala mangsa, merampas telefon bimbit dan meragut rantai lelaki itu sebelum melarikan diri. Ketika kejadian tiada pelanggan lain di situ,” katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, mangsa yang cedera di kepala kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berdekatan dan terpaksa menerima beberapa jahitan.
Kosmo

Google bina lapangan terbang sendiri

Posted on the February 10th, 2013 under Luar Negara by admin


Konsep lapangan terbang Google hasil ilham artis.
San Jose: Banyak syarikat memiliki dan menguruskan jet korporat ketika ini tetapi Google pula merancang untuk memiliki lapangan terbang kendalian sendiri.
Satu panel pegawai negeri California kini menilai cadangan membina lapangan terbang milik Google di kawasan seluas 11.7 hektar di sebelah barat Lapangan Terbang Mineta San Jose.
Cadangan itu dikemukakan oleh Signature Aviation membabitkan kos AS$82 juta (RM246 juta) termasuk sebuah terminal dan hangar.

Ia juga membabitkan ruang pejabat dan kedai seluas 3,065 meter. Penyokong projek itu percaya, ia akan mewujudkan beratus-ratus peluang pekerjaan selain menghasilkan perolehan sebanyak AS$2.6 juta (RM7.8 juta) setahun untuk negeri ini.
Pengurusan lapangan terbang itu akan dikongsi bersama antara Signature Aviation dan Blue City Holdings San Jose LLC yang akan menyewakan lapangan terbang persendirian itu daripada pentadbiran negeri selama 50 tahun.
Blue City menguruskan pesawat milik Google. Cadangan pembinaan di kawasan berkenaan turut membabitkan perkhidmatan untuk pelanggan Google.
Akhbar San Jose Mercury News melaporkan, tiga eksekutif tertinggi Google mempunyai sekurang-kurangnya lapan jet termasuk sebuah Boeing 767.
Pegawai lapangan terbang berkata, mereka memberi sokongan kepada pembinaannya kerana akan membantu pertumbuhan ekonomi tempatan.
Pengarah agensi awam, Aviation San Jose, William Sherry dan empat penilai meletakkan taraf pembinaan lapangan terbang itu sebanyak 991 daripada 1,000 mata.
Projek itu akan menghasilkan 36 kerja tetap dan 150 hingga 200 pekerjaan sementara manakala 370 lagi dihasilkan secara tidak langsung.
“Projek ini tepat pada masanya selepas kami terpaksa hentikan pekerja dan hadapi kemelesetan ekonomi sejak bertahun-tahun lalu,” kata Sherry. – AGENSI







YANG HEBAT ITU TAKWA BUKAN BAHASA.....YANG HEBAT BANYAK MELAKUKAN SUNNAH2....BUKAN BUAT MAKSIAT

Shila Amzah Akan Adakan Sidang Media Khas Jawab Kontroversi

Posted on the February 12th, 2013 under Artis by admin

PULAU PINANG: Kemelut antara penyanyi Shila Amzah, bapanya, ND Lala dan kekasih, Sharnaaz Ahmad bakal terjawab tidak lama lagi menerusi sidang media khas yang bakal diadakan.
Menurut laporan portal berita Utusan Online ND Lala yang melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina berkata, tarikh dan lokasi sidang media itu akan diumumkan nanti.
“Kamu hendak tanya apa? Macam inilah, saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.

“Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak,” kata ND Lala.
Majlis yang diadakan pada tengah hari Isnin merupakan anjuran parti Barisan Nasional (BN) di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang.
Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set Fire To The Rain selain lagu Patah Seribu.
Selepas selesai persembahan, Shila, 23, dihampiri wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun dia yang dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi serta pasukan keselamatan sepanjang majlis itu tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Ketika itu, Shila kelihatan terpinga-pinga dan hanya berdiam diri sebelum dibawa pergi.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
mStar

Shila Amzah Buat Persembahan Selepas ‘Menghilangkan’ Diri

Posted on the February 11th, 2013 under Artis by admin

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi susulan kehilangannya sejak enam hari lalu tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila dia muncul membuat persembahan di Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Isnin, Shila telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang, tengah hari Isnin walaupun kemelut cinta bersama Sharnaaz dan keluarganya masih lagi belum selesai.
Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set fire to the Rain selain lagu Patah Seribu.

Sementara itu, Shila pada malam Ahad tiba di Pulau Pinang bersama bapanya, ND Lala dan kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kemelutnya itu kepada pihak media dan dilihat dia tetap melayan peminat-peminatnya di sebuah hotel.
Dalam pada itu, penyanyi rap Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Psy yang pertama kali membuat pesembahan di negara ini sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, menyayikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.
mStar

Wang sumbangan RM140,000 lesap

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin
MUHAMAD HAIRUMAN menunjukkan laporan polis dan penyata akaun di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 24, kesal apabila wang sumbangan orang ramai berjumlah RM140,000 hilang daripada akaun bank peribadinya.
Dia mendakwa, wang tersebut dilesapkan oleh salah seorang ahli keluarganya sendiri melalui berpuluh-puluh pengeluaran secara tunai dalam tempoh setahun.

Menurutnya, perkara itu disedarinya apabila dia membuat semakan ke atas akaun berkenaan awal Jun tahun lalu dan mendapati bakinya hanya tinggal RM48.
“Sepanjang saya terlantar sakit akibat kejadian renjatan itu, ahli keluarga berkenaan menguruskan akaun bank tersebut serta beberapa lagi sumbangan yang diberikan pelbagai pihak.
“Saya kini membekukan akaun bank berkenaan awal Julai tahun lepas dan cuba untuk mendapatkan ahli keluarga berkenaan untuk penjelasan, tetapi dia gagal dihubungi dan ditemui hingga kini malah nombor telefonnya turut ditukar,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Hairuman yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor sebelum ini menggemparkan negara apabila mengalami kecederaan parah selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Kuala Selangor pada 26 November 2010.
Mengulas lanjut, menurutnya, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Karang, Selangor pada bulan sama dia membekukan akaun bank miliknya.
Katanya, pihak polis memaklumkan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dia memberikan penyata bank penuh sebagai bahan bukti.
“Menurut pegawai yang menerima laporan itu, siasatan tidak dapat diteruskan berdasarkan penyata tersebut semata-mata kerana mereka memerlukan bukti melalui rakaman video mesin pengeluaran automatik antara bulan April hingga Ogos 2011.
“Malangnya video berkenaan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan sebelum dilupuskan. Dalam tempoh tersebut, pengeluaran wang dalam jumlah besar telah dilakukan,” ujarnya.
Menurut Hairuman, dia telah memohon bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk mendapatkan pekerjaan dan telah dipanggil untuk temu duga di Kuala Lumpur awal Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya bergantung kepada wang simpanan dalam akaun lain hinggalah diambil bekerja sebagai operator panggilan di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya, Selangor pada Ogos,” ujarnya.
Sejak temu duga itu, dia memberitahu, ibu angkatnya telah menjemputnya untuk tinggal bersamanya di Kayangan Heights di sini hingga sekarang.
Hairuman kini melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Sungai Merab, Kajang dalam bidang pengkomputeran sejak Januari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dikemukakan oleh Hairuman.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya meminta Hairuman membuat laporan baharu berhubung kes tersebut.
“Mungkin laporan sebelum ini tidak lengkap dan mengemukakan penyata pengeluaran keluar masuk wang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo

Pengunjung rumah terbuka sedia untuk Psy tapi…

Posted on the February 11th, 2013 under Tempatan by admin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.
Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut “Ya” dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk “BN”.
Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut “Tidak” dan tertawa.
Para penonton juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama “Han Niang”, apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.
Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.
Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.
Malaysiakini

Kisah Taubat Artis Dan Penari Terkenal Mesir

Posted on the February 11th, 2013 under Agama by admin

Seorang artis terkenal juga penari, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan. Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah,
“Suatu hari, seperti biasa aku melakukan adegan menari di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir. Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna. Dan untuk pertama kalinya aku merasa malu apabila menyedari dalam pose setengah telanjang, menari di hadapan mata kaum lelaki dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar.
Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi sambil menangis menuju bilik tukar pakaian dan lantas memakai pakaianku kembali. Selama hidupku, baru kali ini aku diliputi suatu perasaan yang belum pernah aku rasakan semenjak bermula menari dari usia15 tahun lalu.

Maka, aku pun segera berwuduk dan melakukan solat. Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian. Dan sejak hari itu, aku memakai hijab sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang. Aku pun melaksanakan haji sambil berdiri dan menangis di hadapan Kaabah memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku .. ”
Di akhir ceritanya, Halah berkata, ”Haalah ash-Shaafy telah mati dan telah menanam bersama masa lalunya. Adapun saya sekarang adalah bernama Suhair ‘Abidin, Ummu Karim, suri rumah, hidup bersama anak dan suami. Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segalanya padaku.
Sesungguhnya, aku kini adalah bayi baru dilahirkan, aku merasakan ketenangan dan kedamaian setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. Aku telah melakukan masa-masa yang lalu sebagai teman syaitan, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari. Aku telah hidup dalam kehidupan yang amat dibenci dan terhina. Sarafku selalu tegang tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula. Aku merasa berada di tangan yang begitu amanah, yang membelai kasih sayang dan mengucapkan selamat padaku … Yah, Tangan Allah Taala. “

Anak Lelaki PM Tunjuk Kebolehan Berbahasa Mandarin

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman, menunjukkan kebolehannya berbahasa Mandarin ketika memberi ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Pulau Pinang.
Norashman, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Ashman, mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada hadirin sebelum bapanya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran Barisan Nasional negeri itu.
“Selamat pagi rakan-rakan sekalian. Di sini saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada anda semua. Semoga termakbul segalanya seperti yang dihajatkan.

“Orang zaman dahulu menyatakan, rancangan sehari bermula pada waktu pagi, rancangan setahun bermula pada musim bunga, rancangan seumur hidup bergantung kepada daya usaha.
“Harap rakan-rakan sekalian terus berusaha demi mencapai matlamat 1Malaysia. Terima kasih. Gong Xi Fa Cai,” kata Ashman yang pernah mengikuti kursus lanjutan selama tiga minggu di Beijing Foreign Studies University pada 2010.
Sebelum ini, beliau pernah menyanyi dalam bahasa Mandarin pada satu majlis di Kuala Lumpur City Centre selain ke udara selama 40 saat dalam iklan radio Tahun Baharu Cina bersama Najib baru-baru ini. BERNAMA

DULU MASA GAGAH TAK BAGI...DAH LEMAH...RAKYAT DAH MULA MELUAT BARU NAK BAGI...JANGAN TERUS MENIPU DAN MENGULA2KAN RAKYAT...TAK ELOK..NAK BAGI...BAGI SEMUA...NAMPAK SANGAT RAKYAT BANYAK YANG MISKIN...PEMIMPIN2...AHLI2 KOPERAT KAYA2

PM: BR1M 3.0 jika terus sokong BN

Posted on the February 13th, 2013 under Tempatan by admin


KULAIJAYA – Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.
“Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0,” katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.
“Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang,” katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada AS$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada AS$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.
Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata, kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut meyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.
Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.
Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.
Pada 19 Februari ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik ‘Wellness Township’.
“Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita,” katanya.
Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.
Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPO akan menambah 70 lagi kedai.
Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.
“Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat,” kata beliau.
Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.
“Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan ‘Janji Ditepati’ terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya.
Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai. – Bernama

Jakim dinaik taraf kementerian?

Posted on the February 13th, 2013 under Tempatan by admin


KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan perjumpaan dengan pemikir dan cendekiawan Islam di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 5 Mac nanti.
Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh ulama, pemimpin, mufti, tokoh-tokoh Institusi Pengajian Tinggi (IPT), syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan kerajaan di seluruh negara.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perhimpunan dan perjumpaan perdana yang dijangka melibatkan 16,000 tokoh cendekiawan Islam antara lain bertujuan bagi menjalin hubungan baik antara kerajaan dengan ulama dan umarak.

“Pada perjumpaan itu nanti, Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu yang istimewa dan penting kepada warga agama bagi menjadikan Islam sebagai agenda penting yang akan diperkasakan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kampus Utama Gong Badak di sini hari ini. Turut hadir Naib Canselor Unisza Prof Dr Yahaya Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Jailani yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perdana Perhimpunan Ulama/Umarak dan Warga Asnah bersama Perdana Menteri itu berkata, selain sebagai jambatan antara ulama dan umarak, perjumpaaan itu untuk memberi resolusi-resolusi terbaik dan menyatakan sokongan padu golongan itu kepada kepimpinan Perdana Menteri.
“Perhimpunan perdana yang akan diadakan itu merupakan sejarah kerana melibatkan tokoh-tokoh agama dari segenap lapisan dengan memfokuskan kepada memartabatkan agenda Islam di bawah transformasi negara.
“Imam dah kita naikkan elaunnya, cuma bilal, pegawai agama daerah seperti kadi-kadi belum lagi… kemungkinan juga Perdana Menteri umum untuk naikkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebuah kementerian atau program khas haji untuk menghantar bilal dan tok siak menunaikan umrah dan sebagainya,” katanya memberi bayangan mengenai perjumpaan itu.
Jailani berkata, apa yang penting ia dijangka merupakan pengumuman penting dan positif kepada rakyat terutama umat Islam di negara ini.
Pada majlis itu, Jailani turut meluluskan peruntukan RM10,000 untuk Tabung Kebajikan Pelajar Unisza bagi menjalankan aktivitinya tahun ini. – Bernama

Cahaya misteri dari Bukit Ladang Kemuning

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin


Kawasan Bukit Ladang Kemuning di mana kelipan cahaya misteri dilihat sekumpulan lelaki yang turut mendengar suara sayu lelaki dan perempuan meminta tolong.
SUNGAI SIPUT – Cahaya misteri berkelip-kelip dari Bukit Ladang Kemuning, ditambah dengan suara mendayu meminta pertolongan menimbulkan tanda tanya kepada sekumpulan lelaki yang sedang bermain bola sepak di Taman Yakin Mesra, di sini, kelmarin.
Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 30-an berkata, cahaya berkenaan dilihat pada jam 9.20 malam dan ia telah mengejutkan sekumpulan lelaki berkenaan.

Menurutnya, cahaya itu juga seperti bertindak balas dengan isyarat lampu suluh daripada kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan mereka mengesyaki ada individu sesat dalam hutan.
“Berikutan kejadian itu, kami mengambil inisiatif untuk menjejaki cahaya berkenaan dengan menaiki motosikal.
“Semasa naik ke atas (bukit) kami terdengar suara lelaki dan perempuan meminta tolong dalam nada sayu. Naluri kami kuat mengatakan mereka tersesat dalam hutan di bukit itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurut Ahmad, selepas mendengar suara berkenaan, dia serta rakan-rakannya telah menghubungi talian kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan dua individu yang mungkin tersesat.
Tambahnya, kejadian berkenaan merupakan kali pertama berlaku sepanjang lapan tahun tinggal di kawasan taman perumahan berkenaan yang terletak kira-kira 20 meter kawasan bukit itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Rajamurthy berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.23 malam dan lima anggota bomba beserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, berdasarkan penglihatan serta keterangan saksi, pasukan bomba memasuki hutan itu bersama beberapa penduduk kampung yang arif dengan kawasan hutan berkenaan untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Bagaimanapun kami gagal mengesan jejak individu yang sesat dan tidak mendengar sebarang suara seperti yang dinyatakan oleh saksi. Kami tetap meneruskan usaha mencari sebanyak dua kali.
“Selepas perbincangan bersama polis, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara sehingga ada laporan mengenai kehilangan individu dibuat,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan bahawa kawasan Bukit Ladang Kemuning sememangnya menjadi tumpuan kerana mempunyai kawasan rekreasi dan pernah berlaku kejadian lemas di air terjun, sekitar kawasan bukit itu pada tahun lalu.
Sinar

Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah kepada Raja Pemaisuri Agong

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin

GEORGETOWN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
“Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
“Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek…dia terus menahan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.
Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.
“Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan,” katanya.
Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang. – Bernama

Pencuri kebas kain penutup jenazah

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin


Kain penutup jenazah yang dilakonkan semula ini menjadi sasaran penyamun berkenaan.
CHANIS – “Tak sangka, kain penutup jenazah pun dia kebas,” itu luahan seorang mangsa pecah rumah, Nordin Ali, 40, selepas kediamannya di Felda Keratong 7, dimasuki pencuri.
Nordin berkata, tiga helai kain penutup jenazah mertuanya itu diletakkan dalam sebuah beg konvokesyen seorang anaknya di bilik utama rumah tersebut.

Malah menurutnya, penjenayah itu juga sanggup mencuri syiling yang diletakkan di ruang solat rumahnya.
“Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran pencuri itu hingga sanggup curi kain penutup jenazah walaupun ia tidak lagi bernilai kerana sudah digunakan bagi menutup mayat si mati.
“Lebih mengecewakan ruang solat yang menempatkan beberapa naskah al-Quran dan sejadah digeledah untuk mencari wang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tiada di rumah ketika kejadian
Menurut Nordin, ketika kejadian itu, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah seorang anaknya di Kuantan.
Katanya, sebaik pulang ke rumah, dia dapati tingkap dapur tidak ditutup rapat, selain pakaian dalam bilik berselerak atas lantai.
“Malah saya dapati kain batik dan pelekat yang akan digunakan ketika kenduri kahwin anak turut dicuri.
“Tapi saya tidak tahu pencuri pecah masuk pada Jumaat atau Sabtu, kerana tiada di rumah,” katanya.
Menurutnya, dia percaya kecurian berlaku disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi dia bakal menerima menantu iaitu pada 23 Februari depan.
“Mungkin pencuri ingat rumah kami banyak duit hingga sanggup pecah masuk.
“Sedangkan semua duit kami simpan dalam bank kerana kawasan ini tidak lagi selamat lagi disebabkan banyak kes kecurian,” katanya.
Lima kali dipecah masuk
SEMENTARA itu, ibu tunggal, Siti Hamidah Jamal, 56, berkata, dia mengalami kerugian dianggarkan RM200 hingga RM500 setelah besi tingkap dapur rumahnya di Felda Keratong 7, diumpil sebelum beberapa barang dapur dicuri,
“Saya tiada rumah beberapa hari kerana melawat anak di Tanjung Sepat dan sebaik pulang mendapati rumah digeledah.
“Selain itu, barangan dapur seperti lima kilogram beras, dua botol minyak masak, RM30 syiling dan tong gas dikebas pencuri,” katanya.
Menurutnya, rumahnya itu sering menjadi sasaran pencuri berikutan sudah sudah lima kali dipecah masuk ketika ketiadaannya.
“Saya hairan kenapa rumah saya sering dimasuki pencuri?
“Saya bukan orang kaya atau banyak duit, tambahan pula suami sudah lebih lima tahun meninggal dunia,” katanya.
Siti Hamidah berkata, dia percaya kegiatan itu dilakukan penagih yang terdesak mencari wang bagi mendapatkan dadah.
“Bukan sebuah dua rumah dimasuki pencuri, malah lebih 10 kes dilaporkan di Felda Keratong 6 dan 7 tentang kejadian sama.
“Namun belum ada kes pencuri masuk dan mencederakan penghuni rumah,” katanya.
Berhasrat pasang jeriji besi
BAGI Mohd Mukehlas Narwi, 58, yang turut mengalami situasi sama, ketika dia dan isteri menyelesaikan urusan di Seremban.
Dia hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri apabila tingkap ruang tamu terbuka sebaik tiba di rumahnya,
Menurutnya, dua telefon bimbit dan dua tabung dalam bilik dipercayai lesap selepas kejadian tersebut.
“Saya menganggarkan lebih RM200 hilang dalam kejadian ini .
“Pastinya saya akan lebih berhati-hati termasuk berhasrat memasang jeriji besi bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.
Dalam pada itu, jirannya, Mohd Razali Putih Lamat, 63, berkata, dia beberapa kali meninjau rumah Mohd Mukehlas sewaktu jirannya itu tiada di rumah.
Namun terkejut apabila dia mendapati tingkap di rumah itu terbuka.
“Saya mengesyaki rumahnya itu dimasuki pencuri pada waktu malam atau awal pagi kerana pada malam sebelum kejadian saya dapati tingkap rumahnya tertutup rapat,” katanya.
Sinar

Taring hampir terbenam di leher

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin

Gua Musang: “Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan,” kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.
Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.
“Dalam keadaan lemah, saya menjerit meminta tolong dan mujur seorang rakan datang menjolok kayu ke mulut harimau kumbang itu yang hampir menggigit tengkuk saya,” katanya.

Sejurus kejadian itu, Alip dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan menerima 50 jahitan di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri.
Lelaki warga Indonesia itu dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah kongsinya di tanah rancangan berkenaan pada hari sama.
Harian Metro

‘Doktor’ gersang jerat wanita

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by admin


Dr Mohamad Omar
KUALA TERENGGANU – ‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.
Terbaru, menggunakan modus operandi yang sama, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor di sebuah hospital, bertindak menelefon mangsanya bagi melakukan aksi lucah, minggu lalu.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Mohamad Omar berkata, kejadian terbaru dikesan minggu lalu, membabitkan seorang wanita hamil berusia 30-an.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, lelaki terbabit bertanyakan tentang kesihatan pesakit, sebelum memintanya melakukan beberapa aksi lucah, termasuk membuka baju, dengan alasan ia sebahagian daripada proses rawatan selepas mendapat kepercayaan mangsa.
“Wanita itu pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa, akur dengan arahan lelaki terbabit memandangkan semua maklumat yang diberikan oleh lelaki berkenaan, tepat.
“Lelaki terbabit meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah, dipercayai bagi memuaskan nafsunya dengan mendengar suara mangsa ketika melakukan aksi yang diminta. Bagaimanapun, mangsa kemudiannya menyedari dirinya telah ditipu, sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jelas Dr Mohamad, kejadian sama pernah beberapa kali berlaku sebelum ini dan terakhir pernah dilaporkan, pada 2011.
Katanya, lelaki terbabit menyasarkan wanita mengandung sebagai mangsa dan menggunakan modus operandi dengan melakukan rawatan melalui panggilan telefon sahaja.
Menurut Dr Mohamad, cara memaklumkan mengenai keadaan pesakit dan melakukan rawatan melalui telefon bukanlah amalan doktor atau pegawai perubatan kerajaan, kecuali dalam kes-kes yang melibatkan kecemasan serta memerlukan tindakan segera.
Justeru, katanya, pesakit diminta berwaspada jika mendapat panggilan yang mencurigakan dan memaklumkan kepada hospital serta membuat laporan polis.
“Doktor atau kakitangan kesihatan tidak akan sesekali menyuruh pesakit membuat perbuatan lucah, apatah lagi membuat rawatan melalui panggilan telefon. Jika rasa curiga dan tertipu, maklumkan kepada kita dan pihak berkuasa.
“Berkuat kuasa serta-merta, kita telah mengeluarkan arahan agar maklumat pesakit tidak didedahkan kepada mana-mana pihak, kecuali doktor dan pihak pengurusan hospital, sebagai langkah berwaspada,” katanya.
Sinar

BOLEH CAYA KE...AKHIRAT JAWAB...AKHIRAT TAK BOLEH TIPU....AMAL ISLAM SEMUA BUKAN AMBIK YANG PENTING2@PERLU AJE

Haron Din sah tanding PRU 13

Posted on the February 13th, 2013 under Politik by admin

KANGAR – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.
“Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini,” katanya.

Ditanya kerusi mana yang ditawarkan kepada Haron, Hashim berkata, besar kemungkinan tokoh nombor dua dalam Majlis Syura Ulama Pas itu akan kembali merebut kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu di Parlimen Arau.
Kerusi itu kini disandang Datuk Ismail Kassim yang menewaskan Haron pada PRU12 dengan majoriti 300 undi. Ismail mendapat 16,451 undi manakala Haron, 16,151.
Hashim berkata, beliau mengumumkan perkara itu kerana ada desas-desus kononnya Haron tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya disebabkan masalah kesihatan.
“Tidak ada ura-ura beliau akan berundur atas sebab masalah kesihatan. Beliau yang saya kenali seorang yang cekal sebagai pejuang dalam politik yang akan berjuang hingga ke akhir hayat,” katanya.
Haron, anak jati Bohor Mali, di sini, kali pertama bertanding pilihan raya pada 2004 untuk kerusi Parlimen Arau yang menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN) dengan perbezaan undi 3,243.
Hashim turut menyangkal kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang yakin BN akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada PRU13. Selain mengekalkan tiga kerusi parlimen, Md Isa berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali dua kerusi Dun iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas.
“Setiap kali PRU kenyataan sama dikeluarkan, namun hakikatnya tidak berlaku. Saya sudah tiga penggal jadi Adun Sanglang, ini terbukti sampai sekarang pun mereka gagal sapu bersih semua kerusi,” katanya.
Hashim yang lebih 21 tahun menjadi pemimpin utama Pas Perlis berkata, pihaknya menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap Pakatan Rakyat (PR) Perlis.
“Saya jangkakan PRU13 kali ini akan menunjukkan perubahan lebih baik. Malah sokongan bukan Islam kini meningkat setelah mereka bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada,” katanya.
Dun Perlis terdiri daripada 15 kawasan Dun dan tiga kawasan Parlimen. Pada PRU 2008, BN menang 13 kerusi Dun dan Pas (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN.
Sinar

Umno tak pernah tipu Pas, kata Mahathir

Posted on the February 13th, 2013 under Politik by admin

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa Pas telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).
Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
“Katanya Pas telah ditipu oleh Umno semasa Pas berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu Pas tidak dijelaskan dengan terang,” katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc hari ini.

Katanya perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.
“Perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu). Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno,” katanya.
Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika Pas keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu) semasa Pas menyertai BN.
“Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA.
“Selepas beberapa bulan Pas menyertai BN, anggota Umno Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan Pas di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu,” katanya.
Katanya secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat Umno dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat Pas dan menolak Umno.
“Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua Pas dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan,” katanya.
Dr Mahathir berkata Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.
Katanya ramai anggota Pas memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.
“Kerana Pas berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
“Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi,” katanya.
Katanya walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.
Katanya umat Islam disuruh bersatupadu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.
“Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,” katanya. – Bernama

Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta – Bas

Posted on the February 13th, 2013 under Artis by admin

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, mangsa Siti Zawiyah Abd Rahman, 60, Nurimi Abd Ghani, 40, dan Sitah Abdullah, 40, dipercayai dalam perjalanan menuju Sungai Petani, Kedah.
Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross.

Pemandu kereta dipercayai suami salah seorang mangsa yang maut selamat dan dihantar oleh orang awam ke Hospital Gerik setelah mengalami kecederaan parah.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Hanafi Shafie berkata, ketiga-tiga mangsa terperosok dalam kenderaan yang terbabas di tepi longkang selepas bertembung dengan bas berkenaan.
“Kereta yang dinaiki mangsa dikatakan memasuki laluan bas sebelum berlanggar dan terbabas ke longkang berhampiran,” katanya.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.
“Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya,” katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.
Antara status Cat di laman Facebook tentang kejadian yang menimpa ibunya.
Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu.
Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah.
mStar

Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah Sudah Putus Cinta?

Posted on the February 13th, 2013 under Artis by admin
KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Hubungan cinta pelakon Sharnaaz Ahmad bersama penyanyi, Shila Amzah dikhabarkan telah menemui jalan penghujung apabila pelakon filem Juvana itu telah memaklumkan tidak mahu lagi ambil pusing lagi mengenai pelantun lagu Patah Seribu.
Menerusi artikel yang disiarkan di akhbar Utusan, Sharnaaz mengakui sudah pun berpatah arang dan mahu melupakan kisah cintanya dengan anak kepada ND Lala. Lebih panas lagi, selepas ini, Sharnaaz yang dikenali seorang yang panas baran langsung tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya itu.
Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya.

Nora Danish amal ’3 Qul’ elak sihir

Posted on the February 13th, 2013 under Artis by admin

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish melakukan amalan membaca surah-surah ’3 Qul’ serta beberapa surah lain sebagai usaha untuk mengelak daripada terkena sihir daripada individu-individu tertentu.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, amalan itu adalah pelindung daripada sebarang perbuatan buruk daripada pihak-pihak tertentu.
“Insya-Allah langkah berjaga-jaga mengamalkan bacaan ’3 Qul’ serta surah-surah lain dapat mengelakkan perkara buruk berlaku dan semoga saya dan keluarga dilindungi dan dijauhi daripada benda (sihir) itu,” katanya kepada mStar Online.

Surah-surah 3 Qul ialah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
Tambah Nora, dia telah mengamalkan bacaan tersebut sejak kecil lagi selain berbuat baik kepada semua orang agar tidak timbul perasaan benci mereka kepada dirinya.
“Kita bekerja dengan dikelilingi pelbagai jenis orang di mana ada yang suka dan ada yang membenci kita. Semua ini hanyalah amalan sebagai persediaan diri,” tuturnya.
Sementara itu, mengenai kerjaya pula, selepas 10 tahun dalam industri lakonan ini, Nora ingin mencabar diri dengan melakonkan watak-watak lebih berani yang membabitkan aksi-aksi seni mempertahankan diri.
Nora berkata, dia ingin mengubah persepsi masyarakat yang sering melihatnya sebagai wanita lembut dalam drama mahupun filem.
“Saya ingin membuktikan bahawa saya juga boleh membawa watak-watak aksi. Asyik jadi wanita sedih sahaja.
“Pengalaman berlakon filem Bencinta bersama Qi Razali pada hujung tahun lalu yang memerlukan saya menunjukkan skil seni mempertahankan diri membuatkan saya rasa seronok pula,” ujarnya.
mStar
Murai

Beli dara dengan harga RM3,220

Posted on the February 13th, 2013 under Luar Negara by admin

Makassar: Kegiatan memperdagangkan wanita berkembang di Makassar kerana ia menjadi tempat lelaki hidung belang membuat dan memperoleh pesanan mendapatkan gadis dari daerah luar.
Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Selatan, Endi Sutendi, berkata ada pihak tertentu bertindak sebagai orang tengah menghubungkan lelaki tertentu dan gadis yang ingin menjual dara.
Katanya, kegiatan itu dipercayai berlaku sejak empat tahun lalu. “Gadis terbabit dibawa dari pelbagai daerah, terutama dari Sulawesi Selatan dan Sulawesi Barat,” katanya.

Menurut Endi, harga minimum untuk ‘membeli’ dara adalah Rp10 juta (RM3,220). Mengenai modus operandi sindiket terbabit, Endi berkata, pada awalnya orang tengah mendapat pesanan khas daripada lelaki dan mencari mana-mana gadis yang sesuai dengan kehendak pelanggan terbabit. “Selepas dapat, gadis terbabit dibawa ke Makassar dan diserahkan kepada pelanggan sebaik saja bayaran diselesaikan,” katanya. – bangkapos.com