Wednesday, March 20, 2013

JANGAN JADIKAN KERJAYA KITA JENIS MENFITNAH JUGA MENGADU DOMBA...ESOK DIAKHIRAT KITA SUSAH DAN SENGSARA

Anwar saman blogger Papa Gomo

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin

SHAH ALAM – Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi “mesra” penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.
Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.
“Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka,” ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendakwa gambar palsu dan video berkenaan jelas satu lagi siri serangan dan fitnah ke atas Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menerusi blogger yang punya hubungan rapat dengan Umno.
“Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini,” ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh.
Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.
“Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya,” katanya.
Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya.
Sinar

Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.
“Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.
“Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang,” katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung “penipuan dan cemburu” mengenai Rosmah.
Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.
“Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya,” katanya.
Malaysiakini

Jamalul Kiram mahu pengikutnya dibantu

Posted on the March 19th, 2013 under Luar Negara by admin
GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram dan adiknya, Bantilan Esmail Kiram II bercakap kepada media di Manila pada 26 Februari lalu
MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III meminta bantuan Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) bagi menyediakan khidmat undang-undang kepada para pengikutnya yang telah ditahan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.
Menurut portal berita GMA News, jurucakap Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez (gambar kecil) semalam berkata, keluarga Jamalul Kiram melalui seorang anak perempuannya telah meminta khidmat Pejabat Peguam Awam untuk menghantar surat kepada Setiausaha Luar Negara, Albert del Rosario bagi memohon bantuan.

“Ia sedang dipertimbangkan untuk tindak balas,” Hernandez memberitahu para wartawan.
Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada mandat jabatan itu bagi memberi bantuan guaman kepada warga Filipina yang menghadapi masalah di luar negara.
Hernandez berkata, pemerintah Filipina perlu mengetahui pertuduhan yang dihadapi mereka terlebih dahulu dan bentuk bantuan diperlukan.
Hernandez berkata, pemerintah memerlukan akses ke atas pengikut Jamalul Kiram.
Pemerintah Filipina mendakwa hanya 10 warganya ditahan oleh kerajaan Malaysia dalam pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
“Kami selalu berkata yang kami sedia membantu orang kita untuk apa jua bantuan yang diperlukan,” kata Hernandez.
Hernandez berkata, langkah seterusnya bergantung kepada penilaian DFA terhadap kes itu.
Para penceroboh itu menuntut tanah yang didakwa milik Kesultanan Sulu di Lahad Datu menyebabkan pertempuran berlaku antara mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia bulan lalu. – Agensi

Jamalul arah tembak dan lari

Posted on the March 19th, 2013 under Luar Negara by admin

MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur dari Sabah dan sekali gus mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia, lapor akhbar The Philippine Star semalam.
Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).
“Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?” katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.

Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani pula berkata, perjuangan di Sabah akan diteruskan.
Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi ‘tembak dan lari’ terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah.
Kosmo

Filipina Teruskan Tuntutan Ke Atas Sabah – Benigno

Posted on the March 17th, 2013 under Luar Negara by admin
Walaupun tidak pernah digugurkan secara rasmi, Filipina sudah agak lama tidak menyuarakan tuntutan ke atas Sabah secara terbuka.
Namun hari ini, di Baguio City, Presiden Benigno mengesahkan negaranya akan terus menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.
Pendekatan Benigno bagaimanapun lebih terpuji kerana memilih kaedah dialog dan diplomasi dalam tuntutan berkenaan.

Benigno tidak mahu pendekatan kenteraaan digunakan terutama di kala negaranya sedang berhadapan dengan China berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spartly (Bajo de Masinloc) di dalam perairan Laut Filipina Barat (Laut China Selatan).
Beliau mengakui isu Sabah adalah kompleks dan tahu kedua negara tidak akan melepaskan wilayah yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan.
Beliau memberitahu demikian pada satu majlis di Akademi Tentera Filipina di bandar berkenaan.
Walaupun Filipina mahu meneruskan tuntutan ke atas Sabah, namun ia dilihat sebagai satu tuntutan yang lemah termasuk di kalangan rakyat Filipina sendiri.
Mynewshub

Kicap guna botol arak

Posted on the March 17th, 2013 under Tempatan by admin
Ani menunjukkan botol arak yang diguna semula diisi kicap dan dijual kepada pengguna.
Ani menunjukkan botol arak yang diguna semula diisi kicap dan dijual kepada pengguna.
SUNGKAI – Seorang pengguna terkejut apabila kicap yang dibeli di salah sebuah pasar raya dekat sini didakwa menggunakan bekas botol arak.
Pengguna yang hanya dikenali sebagai Ani, 45, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia membeli kicap buatan bumiputera itu di salah sebuah pasar raya, di sini.

Katanya, dia tidak perasaan tentang perkara itu sehingga diberitahu anak perempuannya yang berusia 16 tahun.
“Anak saya memberitahu botol kicap yang dibeli itu seperti botol arak, kemudian saya memeriksa bahagian bawahnya dan mendapati ada tertulis jenama arak di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dia yang terkejut dengan penemuan itu, melarang anaknya itu untuk menggunakan kicap itu kerana ragu dengan status isi kandungannya.
“Walaupun mempunyai tanda halal pada label botol, penggunaan bekas botol arak oleh pihak pengeluar kicap itu menyebabkan saya ragu-ragu untuk menggunakannya.
“Apa yang lebih membimbangkan, kicap buatan bumiputera yang berada di pasaran itu dikhuatiri ada yang menggunakan botol arak dan akan memberi masalah kepada umat Islam,” katanya.
Ani berkata, jika produk itu tidak dipantau oleh agensi berkenaan, ia akan memberikan masalah kepada umat Islam kerana diragui status halalnya.
Katanya, jika benar botol yang digunakan oleh syarikat itu adalah botol arak, seharusnya mereka lebih peka dengan sensitiviti umat Islam dan tidak hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Menurutnya, dia cuba menghubungi syarikat pengeluar kicap berkenaan namun tidak berjaya apabila nombor yang tertera tiada dalam perkhidmatan.
“Saya bimbang jika isu ini tidak diberi perhatian daripada pihak yang berkenaan, mungkin banyak lagi bekas botol arak ini diguna semula untuk pengeluaran kicap di pasaran sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan umat Islam,” katanya.
Sinar

Daging babi diberi label halal di Norway

Posted on the March 17th, 2013 under Luar Negara by admin
DFI sebuah lembaga yang mengawal makanan di Norway, termasuk sejumlah produk makanan berlabel “Halal,”
Rang Heald Ernasn jurucakap dari badan tersebut, menjelaskan mereka mencari kandungan daging babi berkisar antara 5 hingga 30% dan itu diberi tanda halal di sebuah kedai yang menjual “kebab”.
Fakta itu menunjukkan bahawa pendedahan itu didapati setelah adanya pengawasan yang dilakukan kerana ada sebuah kes penipuan dalam hal daging juga.

Institusi di Norway yang hendak membuat aduan terhadap produk daging itu adalah kelompok Quars Norway, Ernasn mengatakan: tidak seharusnya dalam makanan yang terkandung babi di berikan label halal. Ketika kita menjumpai sejumlah makanan yang mengandungi daging babi dalam sebuah produk makanan, maka itu adalah kes penipuan ”
Pihak berkuasa mengumumkan mereka mencari sisa-sisa kandungan babi di sosej Ayam yang di cop halal dan itu di jual di kantin sekolah. Begitu juga didapati kandungan daging babi dalam hidangan yang ditawarkan di 19 sekolah dan taman kanak-kanak, selain itu juga ditemui sisa-sisa kandungan daging biri-biri dan babi di dalam daging lembu cincang yang dihidangkan di 17 kantin sekolah lain di kawasan tersebut, akan tetapi itu tidak di cop halal.
Detik Islam

Ibu Bunuh Anak Kerana Zakar Terlalu Kecil

Posted on the March 17th, 2013 under Luar Negara by admin
Untitled-92 (1)
JAKARTA – “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari ini, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa. Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.
Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.
Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.

Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran

Posted on the March 17th, 2013 under Agama by admin

Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.

Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
Halim Islam

Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta

Posted on the March 18th, 2013 under Artis by admin
Gambar terbaru Puteri Sarah yang diambil di laman Twitter miliknya.
PETALING JAYA: Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.
“Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung.

“Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang,” katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.
Bagaimanapun jelas Puteri Sarah, dia berniat untuk bertudung bukan disebabkan kecewa putus cinta dengan pelakon Ammar Alfian akhir tahun lalu.
Hubungan pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi ini berakhir selepas lima tahun bercinta akbiat tiada keserasian.
“Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan, namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan.
“Alhamdulillah, ramai yang menyokong dengan tindakan ini, terutamanya ahli keluarga,” katanya.
Namun, dia juga kesal apabila segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya ketika dalam tempoh percubaan ini.
“Saya belum sepenuhnya bertudung, mungkin di media sosial saya lebih selesa mengunakan imej bertudung tapi ia masih dalam tempoh saya untuk mencuba atas sebab-sebab tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia sering meminta pendapat cara pemakaian tudung daripada pelakon jelita Natasha Hudson (Tasha).
“Saya sering bertanya dengan Tasha tentang gaya pemakaian tudung, dia gembira saya sudah kearah itu, dia beri banyak tip untuk tampil lebih bergaya biarpun bertudung,” katanya.
Selain itu juga, pelakon filem Lu Pikir La Sendiri ini juga sedang mempertimbangkan hasrat untuk berundur daripada dunia lakonan sepenuhnya.
mStar

Sultan Sulu Arah Tentera Lancar Serangan Gerila Di Sabah

Posted on the March 18th, 2013 under Tempatan by admin

PETALING JAYA: Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.
“Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?” kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan ‘The Philippine Star’.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu ‘perjuangan’ berkata tenteranya akan meneruskan ‘perjuangan’ mereka.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara “serang dan lari” terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.
mStar

Operasi Menggeledah Di Tanjung Batu Akan Selesai Hari Ini – Hamza

Posted on the March 19th, 2013 under Tempatan by admin
SEDIA GEMPUR…Sebahagian daripada kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat yang digunakam bagi membantu mengukuhkan lagi pertahanan anggota keselamatan untuk menggempur saki baki pengganas Sulu. – FotoBERNAMA
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.

“Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini,” kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa.
Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.
“Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan,” katanya.
mStar

Arahan Kiram perlu dipandang serius

Posted on the March 19th, 2013 under Tempatan by admin

SHAH ALAM – Jamalul Kiram III yang mengarahkan pengikutnya yang masih bertahan di Sabah untuk melancarkan perang gerila perlu dipandang serius.
Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohamad Said berkata, arahan tersebut tidak mengejutkan kerana ia pasti dibuat selepas gagal dalam gerakan menuntut Sabah.
Menurutnya, mereka tiada jalan lain, maka sudah tentu Jamalul mengarahkan pengikut dan penyokong beliau di Filipina dan Sabah beralih kepada perang gerila.

“Jika berlaku demikian, maka masalah ancaman gerila dan keselamatan berpanjangan di Sabah. Pasukan keselamatan perlu menghapus mereka.
“Kerajaan perlu mendapat kerjasama kerajaan Filipina supaya mengharamkan Kesultanan Sulu dan mengekang pergerakan militan ke Sabah,” katanya.
Kelmarin, melalui laporan media Filipina, philstar.com, Kiram mengarahkan pengikutnya melancarkan perang gerila kerana kononnya menganggap mereka sudah berada di tanah air sendiri iaitu Sabah.
Zaini berkata, rakyat Sabah diingatkan perlu bantu pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menghadapi tentera militan Kiram.
Beliau berkata, kerajaan juga perlu menguatkan pertahanan di persisiran pantai dan laut di Sabah.
“Mungkin juga perlu diwujud pasukan kawalan kampung yang bersenjata untuk bantu pasukan keselamatan.
“Rakyat mesti bersatu dan tunjuk kecintaan kepada negara,” katanya.
Menurutnya, perang gerila akan memakan masa lama kerana tentera militan Kiram tidak akan menunjukkan diri secara berdepan dan teknik serang hendap akan digunakan.
“Mereka mungkin melakukan kerja biasa, menghasut dan mereka memerlukan bantuan. Tentera militan Kiram perlu dihapuskan kerana khuatir jika ia berpanjangan akan memberikan kesan kepada ekonomi negara khususnya di Sabah.
“Kita perlu kawal di kawasan mudah terima musuh. Kita perlu buktikan kepada bakal musuh, kita mampu lawan dan pertahan negara,” katanya.
Dalam perkembangan sama, ditanya sama ada Semenanjung Malaysia akan menerima kesan daripada serangan militan ini, beliau berkata, Semenanjung tidak akan diserang, tetapi ia beri kesan kepada ekonomi.
“Kita terpaksa guna banyak kos untuk biayai perang gerila. Imej dan persepsi negara terjejas kerana dianggap tidak selamat menyebabkan pelabur teragak-agak untuk melabur dan jurang pendapatan ekonomi kepada penduduk Sabah besar,” katanya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan pasukan keselamatan agar kekalkan semangat, berusaha keras demi keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
“Rakyat pula perlu bersatu padu menyokong usaha pasukan keselamatan dan kerajaan. Mereka perlu sentiasa yakin terhadap diri bahawa kita mampu menentang militan.
“Perang gerila berlaku bergantung kepada rakyat dan mematahkan serangan gerila juga bergantung kepada rakyat,” katanya.
Sinar

CAKAP KEMAIN...HEBAT2...RASA BANYAK MENYOKONG...TAPI TAK BUBAR2 JUGA...SEBENARNYA KITA TAHU...BAHAWA RAKYAT DAH TAK SUKA

Rita: Hero Sekarang Banyak Jambu Bukan Lembut

Posted on the March 18th, 2013 under Artis by admin
KUALA LUMPUR, 18 MAC 2013: Menerusi akhbar Harian Metro baru-baru ini, ada isu mengatakan kebanyakan pelakon lelaki masa kini terdiri daripada kalangan lelaki lembut. Bagaimanapun, Rita Rudaini yang telah mengikuti isu berkenaan langsung tidak mempersetujui mengenai pandangan itu seratus-peratus.
“Bagi Rita, hero sekarang bukannya lembut tetapi mereka semua memiliki wajah yang jambu. Mungkin sebab itulah mereka semua disifatkan lelaki lembut.
“Terus-terang, Rita lebih suka bergandingan dan menonton cerita yang dilakonkan pelakon lelaki yang berwajah Melayu. Rita suka tengok hero yang wajah Melayu dan memiliki aura jantan.

“Tidak kisahlah pelakon itu kacak atau pun tidak. Malah, Rita juga gemar aktor yang berkulit sawo matang. Kalau kulit putih sangat nanti nampak jambu,” katanya kepada murai.com.my.
Meneruskan pendapat mengenai isu ini, Rita mengakui tidak suka menonton drama atau filem yang menampilkan pelakon lelaki yang berwajah jambu.
“Kalau saya tengok drama atau filem, saya tidak suka tengok hero jambu. Biarlah hero itu hitam manis tetapi maskulin. Rita lebih suka tengok hero seperti Rosyam Nor dan Remy Ishak,” ujarnya.
Menyentuh tentang kes yang melibatkan dirinya dan pelakon Lisdawati, ibu kepada dua orang anak ini kalau boleh tidak mahu mengungkit kisah yang lama.
“Rita tidak kisah berlakon dengan dia. Rita juga tidak suka buat hal. Rita tidak mahu kisah lama diungkit lagi. Benda yang lama janganlah disebut lagi. Rita tidak selesa. Perkara itu sudah pun selesai. Rita pun tidak ada masalah pergi shooting dengan dia,” jelasnya.
Murai

Video GlobalWitnes di Sarawak: SPRM kena siasat segera

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui satu klip video yang kini menjadi video paling panas di Malaysia.
Anggota Lembaga dan Penal SPRM, Salahudin Ayub membuat desakan ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh klip video berkenaan.
“Saya meminta SPRM membuat tindakan segera. Lagi lambat tindakan diambil lagi rosak nama baik kita (SPRM),” kata Salahudin (gambar) kepada Harakahdaily.

Sehingga berita ini ditulis, sudah lebih 135,221 orang menonton klip video Bahasa Inggeris tetapi mempunyai terjemahan yang baik dalam Bahasa Malaysia ini. Sudah 2,337 penonton video ini menyatakan ‘like’ kepada video ini.
Video klip ini mendedahkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Taib Mahmud mengumpul kekayaan untuk mereka dengan menipu dan melanggar undang-undang negara.
Klip bertajuk ‘Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia – sebuah filem oleh Global Witnes’ mengisahkan cerita seorang aktivisnya yang menyamar untuk melabur di Sarawak.
Ia berupa kisah korupsi yang berlaku dalam sebuah keluarga elit yang memerintah Sarawak yang mengeksloitasi segala hasil dan rakyat negerinya untuk kepentingan mereka.
“Dengan menyamar sebagai pelabur, Global Witnes telah ke Sarawak untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana perniagaan ini dijalankan dan ke manakah wang itu disalurkan,” kata Global Witnes di awal video ini.
Ekoran itu, mereka telah bertemu dengan pegawai kerajaan yang bertugas bagi membolehkan pelaburan dibuat.
Namun, pegawai ini telah memperkenalkan mereka dengan keluarga Taib Mahmud untuk menjalan perniagaan ini termasuklah sepupu Taib, Fatimah Abdul Rahman.
Dari situlah Global Witnes mendedahkan segala-galanya tentang apa yang berlaku di Sarawak.

 

Harakahdaily.net


Kisah Seorang Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

Posted on the March 20th, 2013 under Tempatan by admin

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.
“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.
“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? “Panggil ibunya segera,” kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.” “Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.”Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.” “Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.
Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.
Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.
“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.
Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.
Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.
Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”
Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.
Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.
Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.
Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.
Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.
Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.
Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul525950_508145219206512_1757148171_n – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.
Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.
Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. “Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.” “Apa masalahnya itu?” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.” Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.
“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.
“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”
Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.
Halim Islam

Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu

Posted on the March 20th, 2013 under Tempatan by admin
mayat-pengganas-565x551
PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.

Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.
Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.
” Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.
” Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.
” Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya ketika ditemui wartawan Mynewshub.my di sini semalam.
Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.
Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.
” Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
” Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. – Mynewshub.my

PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.
“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.
Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.
DUN Negeri Sembilan merupakan dewan undangan pertama yang akan dibubarkan, pada 26 Mac.
Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menjangkakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 25 Mac, sehari sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan.
Lim bagaimanapun berkata, Parlimen juga mungkin dibubarkan lima hari lebih awal daripada 25 Mac.
Tempoh pentadbiran kerajaan persekutuan berakhir pada 28 April dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan serentak untuk kerusi Parlimen dan kerusi DUN.
Kenyataan PMO hari ini turut menjadi perhatian memandangkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menafikan, pada 12 Februari 2008, bahawa Parlimen akan dibubarkan pada keesokan harinya.
Abdullah secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, 13 Februari 2008 untuk mengadakan pilihan raya ke-12.
Malaysiakini

Sabah: Pakatan tolak tuntutan Misuari

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin
KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya sama sekali tidak merestui tuntutan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari ke atas Sabah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuntutan yang dikemukakan itu merupakan pandangan peribadi Misuari sedangkan pendirian PR adalah berbeza.
“Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan setiap inci bumi Sabah kerana ia adalah hak milik Malaysia. Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nur Misuari yang mendakwa Sabah dikuasai Malaysia.
“Itu pandangan beliau (Nur Misuari) tentang penguasaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Pakatan Rakyat tidak bersetuju kerana ini soal dalaman negara dan Pakatan Rakyat akan tetap perjuangkan,” katanya.
Tegas Anwar, kenyataan Nur Misuari yang ingin menghantar askarnya untuk merampas Sabah awal bulan lalu juga tidak boleh diterima.
“Jika ingin mengadakan rundingan seperti biasa, mungkin boleh diteruskan tetapi yang Pakatan Rakyat tentang ialah bila ada jenayah, pencerobohan ke atas Sabah dan menggugat keselamatan bumi Malaysia.
“Malah Pakatan Rakyat turut menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah dan tidak akan berkompromi dalam mana-mana perkara membabitkan soal keselamatan negara.
“Pakatan Rakyat juga menolak tuntutan keluarga Sultan Sulu terhadap Sabah,” katanya lagi.
Sinar

Biografi: Rosmah nafi kaitan dengan Altantuya

Posted on the March 20th, 2013 under Politik by admin

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu.
Beliau berkata demikian dalam biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.
Dalam biografi setebal 180 muka surat itu, Rosmah berkata, beliau menghadiri sesi berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006 iaitu hari Altantuya dibunuh.

“Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga tengah malam. Ada ramai saksi di sana,” kata beliau di muka surat 140 dalam biografinya yang dijual dengan harga RM150.
“Saya takut jika cicak jatuh ke atas saya. Saya juga takut gelap. Kenapa pula saya nak panjat bukit di tempat pembunuhan?” kata Rosmah dalam buku tersebut.
Dipetik The Malaysian Insider, Rosmah menambah, beliau “disoal siasat” selama enam jam di Bukit Aman sebagai respons dari “tuduhan” ke atasnya.
Biografi tersebut menceritakan perjalanan hidup Rosmah dari remaja hingga menjadi isteri Najib.
Apabila melancarkan biografi tersebut, Dr Mahathir berkata, buku tersebut akan diedarkan ke sekolah-sekolah sebagai panduan kepada generasi akan datang “100 atau 200 tahun dari sekarang”.
“Saya selalu kata pemimpin kita harus menulis pengalaman dan pemerhatian mereka. Ini adalah buku yang baik dan akan menjadi panduan kepada generasi akan datang 100 hingga 200 tahun dari sekarang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, penulisan biografi oleh pemimpin harus digalakkan kerana ia boleh menjadi sebahagian penulisan sejarah untuk merekodkan iklim keadaan yang berlaku pada ketika itu.
Beliau berkata, penulisan biografi juga penting sebagai rujukan masa depan dan untuk memberi pandangan dari sudut seseorang pemimpin itu mengenai sesuatu isu dan pengalaman.
Justeru, katanya, penulisan sedemikian juga dapat memberi peluang kepada pembaca untuk mengetahui penjelasan dari sudut pandangan orang yang menjadi sasar, dan kemudiannya membuat keputusan secara adil mengenai sesuatu isu itu.
Dipetik Bernama, katanya, buku biografi Rosmah itu akan sedikit sebanyak membantu mejelaskan tohmahan yang dibuat ke atas isteri Perdana Menteri itu.
“Buku ini mampu memberi penjelasan kepada orang ramai tentang apa yang berlaku dari sudut sasaran. Ia akan membolehkan pembaca membuat penilaian sendiri,” kata beliau.
Biografi kulit keras setebal 180 muka surat itu mempunyai 12 bab yang mengisahkan perjalanan hidup beliau dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang.
Ia turut memuatkan jawapan Rosmah terhadap pelbagai persoalan yang disering dikaitkan dengan beliau.
Buku itu ditulis oleh penggiat teater dan novelis Siti Rohayah Attan dan Noraini Abd Razak dan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).
Pengerusi YAPM Shamsulbahrin Ludin berkata buku itu sepatutnya dipasarkan Januari lepas, tetapi ditangguh untuk memasukkan bahan serta gambar tambahan terkini, termasuk lawatan beliau ke Gaza bersama Perdana Menteri awal tahun ini.
Sementara itu, Rosmah memberitahu pemberita selepas sesi tandatangan buku itu, bab kegemaran beliau dalam biografi itu ialah ‘Pandangan Kenalan’ dan ‘Menjawab Persoalan’ kerana ia memberi peluang untuk beliau menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Biografi itu dijual pada harga RM150 senaskhah dan setakat ini, 500,000 naskhah telah dijual dengan 50 peratus daripada hasil jualan didermakan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Sinar

KAN ELOK KITA BUAT KERJA2 KEBAJIKAN BUKAN SEBALIKNYA

Lapan pengganas Sulu didakwa

PASUKAN keselamatan IPD membawa seorang tertuduh masuk ke bilik mahkamah di Lahad Datu semalam untuk didakwa.


LAHAD DATU - Lapan lelaki warga Filipina yang disyaki pengganas Sulu didakwa di Mahkamah Majistret di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini semalam atas pertuduhan melakukan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 K(A) Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Bajau.
Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 130 kesemua tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala bagi pertuduhan mengikut Seksyen 121 pula mereka boleh djatuhi hukuman mati.
Lapan tertuduh itu ialah Basad H. Manuel, Atik Hussin Abu Bakar, Holland Kalbi, Lin Mad Saleh, Timhar Hadir, Habil Suhaili, Kadir Buyong dan Lating Tiong.
Basad dan Atik dituduh atas kedua-dua pertuduhan iaitu melakukan keganasan dan melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Baki empat lagi tertuduh, didakwa melakukan keganasan. Kesemua tertuduh berumur 17 hingga 66 tahun.

Mayat 28 pengganas dikebumi


PASUKAN tentera yang terlibat dalam Ops Daulat membuat rondaan memburu saki-baki pengganas di Kampung Tanjung Batu semalam.


LAHAD DATU - Kesemua 28 mayat pengganas yang selesai dibedah siasat dan dilakukan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara di sini bagi mengelak kekurangan ruang menyimpan mayat di kedua-dua buah hospital tersebut.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, identiti kesemua mayat pengganas lelaki itu telah dikenal pasti dan akan dikebumikan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, keputusan mengebumikan sementara kesemua mayat tersebut dibuat hasil mesyuarat khas melibatkan beberapa agensi seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Interpol pada 18 Mac lalu.
Khalid bagaimanapun tidak menyatakan lokasi pengebumian mayat-mayat itu.

Pelakon wanita didakwa cederakan bekas suami


SHARIFAH NADIA bersama peguamnya keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam selepas didakwa atas tuduhan mencederakan bekas suaminya.


PETALING JAYA - Seorang pelakon wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan bekas suami dengan mencubit dan mencakar tangan ahli perniagaan itu dalam satu pergaduhan berhubung jagaan anak tahun lalu.
Sharifah Nadia Yusnita Abd. Haniff, 32, yang popular dalam drama Mahligai Gading mengaku tidak bersalah.
Dia didakwa mencederakan Lob Mahadir Abdul Syukur, 40, di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen USJ di sini pada pukul 10.30 pagi 25 November 2012.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Jangan burukkan nama saya - Rita Rudaini

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini menempelak tuduhan bapa mertuanya yang kecewa kerana dia gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.
Kata Rita, dia tidak harus dipersalahkan kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

Tiga maut kereta rempuh treler


BEGINILAH keadaan kereta Proton Saga Aeroback yang remuk selepas bertembung dengan sebuah treler dalam nahas ngeri.


SUNGAI SIPUT - Sepasang suami isteri dan jirannya maut selepas kereta jenis Proton Saga Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 41.3, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Kampung Setia dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Romlan Ros Abdul Bakar, 52, isteri, Haniza Hussin, 46, dan jirannya, Mohd. Ridzuan Mohd. Nor, 55, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, isteri Mohd. Ridzuan, Zaharah Abdullah, 52, pula cedera parah.
"Semua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara dalam perjalanan ke Ipoh dari Felda Bersia, Gerik. Sewaktu melalui lokasi kejadian, kereta yang dipandu Romlan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Pentadbiran berjalan seperti biasa

SEREMBAN - Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekali pun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik Selasa ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembubaran DUN itu hanya melibatkan kuasa politik wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.
"Kerajaan sementara mesti ada (walaupun DUN terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baharu yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.
"Tetapi dalam tempoh DUN dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri. Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas DUN bubar," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.
Katanya, di negara ini apabila DUN atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau tidak, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.

Tangisan di tempat pembunuhan


MILNAH (kiri) dan Roselyn tidak dapat menahan sebak ketika meninjau kawasan Dirang ditemui mati dan mayatnya dibakar di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Suasana pilu menyelubungi kawasan rumah terbengkalai di Nusa Damai di sini apabila ahli keluarga kanak-kanak yang dibunuh sebelum mayatnya dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sebak ketika mengikuti rombongan Mahkamah Tinggi ke situ semalam.
Ibu Dirang, Roselyn Alan, 26, dan nenek mangsa, Milnah Jul, 57, dilihat menitiskan air mata sebaik mereka menjejakkan kaki ke lokasi mayat Dirang ditemui terbakar pada 8 Mac tahun lalu.
Dua wanita itu berada di situ kerana mengikuti Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman dan beberapa pegawai lain ke kawasan jenayah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian tersebut.
Lawatan pada pukul 10.50 pagi itu turut disertai Ketua Pendakwa Raya Johor, Umar Saifuddin Jaafar, Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar dan dua peguam yang mewakili tertuduh, Mohd. Daud Ismail serta Mohamad Abd. Kadir.
Kesemua rombongan mahkamah dibawa melihat sebuah lubang dengan kesan terbakar, tempat rangka Dirang, 5, ditemui sebelum melawat kawasan tasik berhampiran yang dipercayai digunakan suspek untuk mandi dan membasuh motosikal miliknya selepas membakar mangsa.

Ribuan bangkai udang terdampar di pantai


SEORANG penduduk mengambil sejumlah daripada ribuan udang yang ditemui mati di sebuah pantai di bandar Coronel kelmarin.-REUTERS


CORONEL - Ribuan bangkai udang terdampar di sebuah pantai di sini, kira-kira 540 kilometer ke barat daya Santiago, Chile kelmarin.
Udang tersebut mati ekoran pencemaran yang berlaku di kawasan habitatnya dekat pantai tersebut.
Pencemaran itu berlaku selepas air yang digunakan untuk menyejukkan dua loji termoelektrik dilepaskan ke laut tersebut. - Reuters

Tentera Malaysia didakwa mahu bunuh Jamalul Kiram

GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram minum air di dalam rumahnya di bandar Taguig, Manila pada 5 Mac lalu.-AP


MANILA - Tentera Malaysia didakwa merancang untuk membunuh pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan para pengikutnya, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.
Seorang anak perempuan kepada Jamalul Kiram, Jacel Kiram berkata, seorang peguam, Mario Lozada telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Sunny Ng yang dipercayai sebagai pegawai tentera Malaysia berpangkat kolonel di restoran Genting Palace di kompleks kasino Resorts World, bandar Pasay pada Isnin lalu.
Menurutnya, pertemuan itu diatur oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bernama Kenneth Lee yang mempunyai kaitan dengan sebuah firma Malaysia, tempat Lozada bekerja sebagai penasihat undang-undang.
"Mereka membayangkan kepada Lozada bahawa kedatangan ke sini adalah untuk membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya (termasuk penasihat Jamalul Kiram, Pastor Boy Saycon)," dakwa Jacel pada satu sidang media di kediamannya di bandar Taguig.
Jacel berkata, Biro Siasatan Kebangsaan dan beberapa pegawai tentera Filipina memberi komitmen untuk menyiasat dakwaan untuk membunuh Jamalul Kiram.
"Malaysia berani untuk bertindak radikal kerana kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang pro-Malaysia," katanya.
Kelmarin, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani mendakwa Ng dan empat orang 'komando' telah tiba di negara ini.
Menurutnya, mereka mahu membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.
Idjirani turut mendakwa Ng mengupah tiga anggota Tentera Rakyat Baharu untuk melakukan misi tersebut.
Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.
Menurut akhbar dalam talian GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.
Selepas dimaklumkan oleh beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut sebenarnya palsu.
Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.
Sementara itu,Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin ketika dihubungi Kosmo! menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) menyifatkan tuduhan terbaharu itu sebagai mengarut.

Doktor mati ditembak pesakit kerana bil rawatan

MARSEILLE - Seorang doktor pergigian wanita di sini ditembak mati kelmarin oleh seorang pesakit berusia 71 tahun yang kemudian menembak dirinya.
Timbalan Pendakwa Raya Marseille, Christophe Barret ketika memberitahu pemberita berkata, pesakit itu muncul di klinik gigi berkenaan dengan membawa dua pucuk senjata api.
Lelaki terbabit mengarahkan seorang pesakit yang dirawat keluar dari bilik rawatan sebelum dia segera menembak doktor pergigian berusia 50-an itu.
Tembakan tersebut menyebabkan bangunan yang menempatkan klinik itu dikosongkan dan pihak polis dihubungi.
Pembunuh terbabit dilaporkan menembak dirinya selepas dia melepaskan dua das tembakan terhadap anggota polis.
Menurut satu sumber polis, lelaki berkenaan dipercayai bertengkar dengan doktor itu kerana dia tidak membayar bil perubatan berjumlah kira-kira 100 euro (RM404). - AFP

Anggota Parlimen Ukraine bergaduh


SEJUMLAH wakil rakyat bergaduh di dalam bangunan Parlimen di Kiev kelmarin.


KIEV - Sejumlah wakil rakyat di Parlimen Ukraine bertumbuk dan menarik rambut sesama mereka semasa satu sesi perdebatan berlangsung di sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila seorang ketua wakil rakyat daripada sebuah parti pemerintah, Oleksandr Yefremov berucap dalam bahasa Rusia.
Yefremov kemudian disindir oleh wakil rakyat pembangkang yang mahu dia bercakap dalam bahasa Ukraine.
Wakil rakyat pembangkang dan pemerintah kemudian saling sindir-menyindir menyebabkan pergaduhan tersebut berlaku.
Speaker Parlimen, Volodymyr Rybak kemudian menjerit meminta pergaduhan tersebut dihentikan.
Bagaimanapun, sesi perbahasan itu disambung semula selepas sejam ditangguhkan ekoran kejadian itu setelah semua wakil rakyat berkenaan berhenti bergaduh. - Agensi

Pekerja zoo beri seekor kambing untuk dimakan biawak komodo


DUA pekerja membaling bangkai seekor kambing ke dalam kurungan biawak komodo naga di Zoo Surabaya, Surabaya semalam.- AFP


SURABAYA - Dua pekerja membaling seekor kambing yang telah mati untuk dimakan oleh beberapa ekor biawak komodo naga di Zoo Surabaya di sini semalam.
Lima ekor biawak kemudian mengerumuni bangkai kambing itu di dalam kurungan haiwan tersebut selepas ia dibaling oleh dua pekerja berkenaan.
Haiwan tersebut merupakan biawak paling besar di dunia.
Ia boleh membesar sehingga tiga meter panjang dengan berat sehingga 70 kilogram.
Biawak itu amat popular dalam kalangan pengunjung zoo. - AFP

Remaja AS dihukum penjara seumur hidup

ARDON, Ohio - Seorang remaja, T.J. Lane, 18, (gambar) yang didapati bersalah membunuh tiga orang pelajar di kantin sekolah di Chardon, Ohio, Amerika Syarikat (AS) semalam dijatuhi sebanyak tiga hukuman penjara seumur hidup tanpa dibenarkan parol.
Dia mengaku bersalah pada bulan lepas dalam kejadian tembakan yang berlaku pada Februari tahun lalu.
Beberapa penyiasat berkata, Lane menyatakan tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian.
Sebelum kes itu dibicara di mahkamah awam, seorang hakim mahkamah juvana memutuskan Lane waras dan boleh dibicarakan biarpun ada bukti mendakwa dia mengalami halusinasi, psikosis dan fantasi. - AP

Lukisan berusia lebih 17,000 tahun dipamerkan


SALINAN lukisan yang dipamerkan itu menunjukkan haiwan seperti lembu.-AFP


CHIGACO, Amerika Syarikat - Muzium Field di sini mempamerkan salinan beberapa lukisan yang berusia lebih 17,000 tahun kepada orang ramai bermula semalam.
Lukisan tersebut ditemui di sebuah Gua Lascaux di Perancis.
Gua tersebut ditutup kepada orang awam pada tahun 1963 sebagai usaha untuk memulihara lukisan tersebut.
Penutupan tersebut menyebabkan salinan lukisan itu dibuat untuk dipamerkan kepada orang awam.
Pelbagai gambar orang dan haiwan terdapat pada lukisan itu.
Bagaimanapun, pakar-pakar masih belum dapat mentafsirkan makna lukisan tersebut.
Terdapat hampir 2,000 lukisan di dalam gua itu. - Agensi

Bashar buat lawatan mengejut


BASHAR (kiri) dikerumuni wanita semasa beliau tiba di sebuah pusat pendidikan di Damsyik semalam.-AFP


DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad membuat kemunculan mengejut di sebuah pusat pendidikan di sini semalam.
Menurut laman web rasmi Presiden itu di Facebook, beliau menemui beberapa keluarga bagi memberi penghormatan kepada mereka.
Anggota-anggota keluarga itu yang merupakan pelajar terbunuh ekoran serangan yang dilakukan golongan penentang.
Ia merupakan kemunculan pertama Bashar di khalayak awam selepas beliau bersolat di sebuah masjid pada 24 Januari lalu bagi memperingati ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyiasat mengenai penggunaan senjata kimia di negara ini.
Komander Tertinggi Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Laksamana James Stavridis berkata di Washington, pihaknya kini menimbang untuk menggunakan pendekatan ketenteraan ke atas Syria.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang campur tangan hanya akan berlaku dengan persetujuan Majlis Keselamatan PBB dan 28 anggota NATO.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011 selepas pihak tentera bertempur dengan kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan.
Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar dengan menganggapnya gagal untuk membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Serangan siber berlaku di Korea Selatan


SEORANG lelaki (kiri) cuba untuk menggunakan sebuah Mesin Teler Automatik semasa serangan siber berlaku di Seoul.-AP


SEOUL - Rangkaian komputer di dua bank utama dan tiga stesen penyiaran televisyen terkenal di negara ini digodam semalam.
Serangan tersebut menyebabkan mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang lumpuh di seluruh Korea Selatan.
Agensi Keselamatan Maklumat menyatakan, serangan siber itu berlaku pada pukul 2 petang waktu tempatan apabila imej tengkorak muncul pada sejumlah skrin komputer.
Menurut pihak polis dan para pegawai Korea Selatan yang menyiasat kes itu menyatakan punca serangan tersebut masih belum jelas.
Namun, terdapat spekulasi bahawa serangan siber itu dilakukan oleh Korea Utara. Sebahagian komputer mula beroperasi selepas lebih dua jam dan 30 minit tergendala.
Kejadian itu berlaku selepas Korea Utara dikenakan sekatan barang mewah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana melakukan ujian nuklear pada Februari lalu.
Sebuah kumpulan yang tidak dikenali yang bernama Whois Team mengaku menggodam komputer-komputer itu.
Komputer-komputer yang terjejas itu ialah milik rangkaian televisyen YTN, MBC dan KBS.
Ia turut menjejaskan komputer Bank Shinhan dan NongHyup.
Di sebuah kedai kopi Starbucks di sini, para pelanggan diminta untuk membayar tunai manakala terdapat barisan di mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang semasa kejadian tersebut berlaku.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, ekoran kejadian itu, pihak tentera meningkatkan tahap berjaga-jaga berhubung serangan siber.
Bagaimanapun, para pegawai pertahanan melaporkan tiada tanda-tanda serangan siber berlaku pada rangkaian komputer kementerian tersebut. - Agensi