Monday, December 13, 2010

BILA BAB SEX DAN ZINA BOLEH DITONTON SECARA MUDAH...TIADA HUKUM ALLAH....PENYAKIT MASYARAKAT BERTAMBAH PARAH...YANG SUSAHNYA SERTA PELIKNYA....PENGUATKUASA UNDANG2 PUN TERLIBAT SAMA...MAKA PERKARA SEX NI DAH GAWAT...MAKA ELOK MALAH WAJIB MELAKSNA@BERBALIK PADA HUKUM ALLAH...JANGAN DEGIL DAN MENAFIKAN....UNTUK MELAKSANA HUKUM QURAN...

Kepala diparang 10 kali

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my

CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu  yang ditetak perompak.
CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu yang ditetak perompak.
KUALA LUMPUR: Pantang maut sebelum ajal apabila seorang lelaki warga emas yang ditetak hampir 10 kali di kepala dengan parang panjang oleh dua perompak masih bernyawa walaupun bermandi darah.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, S Vadevellu, 72, menerima 40 jahitan dan terlantar di hospital selama dua hari.

Mangsa ‘dikerjakan’ dua remaja yang cuba menyamun lelaki terbabit yang juga pengawal keselamatan sebuah syarikat kewangan di Jalan Changkat Thamby Dollah pada kira-kira jam 4 pagi, Sabtu lalu.
Menceritakan detik cemas itu, mangsa berkata penjenayah terbabit berang dengannya yang enggan membuka pintu syarikat kewangan bagi membolehkan mereka merompak.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berkawal di pintu syarikat terbabit sebelum dihampiri dua remaja berusia belasan tahun yang menaiki sebuah motosikal.

“Sebaik memberhentikan motosikal, seorang daripada remaja terbabit membuka topi keledar dan menghampiri saya seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu, namun dia memaksa saya menyerahkan wang.

“Saya beritahu tidak mempunyai wang dan remaja terbabit marah sebelum menyuruh saya membuka pintu, tetapi saya mengatakan tidak memegang kunci,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Murni, Cheras, dekat sini, semalam.

Vadevellu berkata, remaja terbabit menumbuk mata kanannya hingga mengakibatkannya terlentang.

Anakku Sazali meninggal dunia

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.
Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok.

“Jenazah tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan saudara-maranya dari Filipina,” katanya. Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.
Bagaimanapun, jelas Salleh, dia tidak begitu tahu mengenai keluarga Allahyarham kerana dia sangat berahsia orangnya. “Dia seorang peramah tetapi tidak suka bercakap mengenai keluarganya. Namun, setahu saya dia tinggal di sini bersama anaknya, manakala isterinya menetap di Filipina,” katanya. Sementara itu Datin Rosnani Jamil (Mak Nani), yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam filem Anakku Sazali dan Masyarakat Pincang, berkata ketika dia berlakon dan menetap di Jalan Boon Teck, Singapura, Tony dan seorang lagi pelakon, Rahmat Ali suka datang ke rumahnya.

“Jika tiada kerja, mereka berdua suka melepak di rumah saya dan saya sudah menganggap mereka adik angkat saya. “Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bapanya peniup trompet terkenal. Dalam filem Ibu yang membabitkan adegan Allahyarham Tan Sri P Ramlee meniup trompet, ia sebenarnya ditiup bapa Tony. “Ibunya pula guru tari di Jalan Ampas. Semua pelakon atau penari yang akan menari dalam filem, belajar menari dengannya. Tony sangat baik dan pernah serta selalu berangan-angan hendak jadi Elvis Presley. “Dia budak pandai. Selain berbakat dalam bidang lakonan dia juga boleh menyanyi dengan baik dan mewarisi kehandalan bapanya bermain trompet. Kali terakhir saya berjumpa Tony ketika dia dan Hashimah Yon datang pada pelancaran buku Pak Jamil (Datuk Jamil Sulung), Ogos lalu di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah Mak Nani, dia dapat tahu berita kematian Allahyarham lewat petang dan tidak sempat untuk melawat Allahyarham. “Pak Jamil tak sihat, jadi saya tidak boleh pergi begitu saja meninggalkannya tanpa jagaan sesiapa. Insya-Allah, apabila saya balik Singapura nanti, saya akan pergi menjenguk pusara dan kaum keluarganya yang masih ada di Singapura. “Walaupun dia saudara baru tetapi kalau diajak bercakap mengenai agama, dia memang bijak dan ilmu pengetahuannya sangat tinggi. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Menerusi keberkesanan lakonan Tony membawakan watak Sazali ketika kecil, dia menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.



Serbu pusat urut Jalan Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Lambai, goda dan urut adalah pakej menarik pelanggan singgah ke pusat urut di sekitar Jalan Bukit Bintang yang kemudian ditawar khidmat seks jika mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
Malah, pekerja pusat mengurut turun ke tepi jalan mencari pelanggan yang mahu tubuh mereka diurut. Sehubungan itu, bertindak atas aduan orang ramai, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Deputi Superintendan Razali Abu Samah bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu pusat mengurut sekitar Jalan Bukit Bintang. Razali berkata, serbuan dikenali Ops Noda bermula jam 9 hingga 10.30 malam kelmarin dengan membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan berkenaan. Menurutnya, sembilan premis diperiksa dan polis menahan 13 pekerja warga asing. Beliau berkata, warga asing yang ditahan itu terdiri daripada seorang warga Kemboja, lima Indonesia dan tujuh dari China.

“Semua mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan 39 (b) Akta Imigresen 1997 kerana tidak memilik dokumen sah,” katanya.



Laporan kes buang bayi Oktober hingga 13 Disember 2010






  • 13 Disember: Seorang tukang sapu yang ingin mengambil beg plastik hitam dalam tong sampah yang ditempatkan di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, terkejut sebaik mendapati plastik itu mengandungi mayat bayi perempuan cukup sifat.







  • 17 November: Seorang lelaki yang menjala ikan di sungai berhampiran flat PKNS AU3, Keramat, Kuala Lumpur menemui mayat bayi lelaki di tebing sungai dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu.







  • 15 November: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.







  • 6 November: Seorang wanita yang mengharung banjir untuk ke tempat kerjanya di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah tergamam apabila terjumpa bungkusan plastik berisi mayat bayi yang masih bertali pusat dan uri. 






  • 10 Oktober: Seorang lelaki yang ingin mencari daun keladi pelik melihat keadaan tanah dengan kesan masih baru ditimbus sebelum mengorek tanah itu dan menemui mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan tanah rizab, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berdekatan Sungai Klang, Shah Alam, Selangor.




    Sebutan kes hakim syarie khalwat 31 Januari



    GEORGETOWN: Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, di sini, menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes khalwat membabitkan Ketua Hakim Syarie bersama pasangannya, semalam.
    Kedua-dua tertuduh berusia 30-an dan 40-an itu hadir kira-kira jam 9 pagi sebelum kes mereka didaftar dan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya.

    Kedua-dua tertuduh diwakili Ahmad Munawir Abd Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof.
    Ahmad Munawir berkata, kedua-dua anak guamnya didakwa di mahkamah kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Beliau berkata, kes itu disebut berikutan jaminan seminggu diberikan JHEAIPP berakhir semalam sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.

    Katanya, kedua-dua anak guamnya ditahan selepas disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

    “Pada prosiding ini, pihak pembelaan mengemukakan keterangan iaitu ketika tangkapan dibuat, kedua-dua anak guam sudah berkahwin di luar negara dan surat pengesahan pernikahan turut dikemukakan

    “Pihak pembelaan juga memohon satu kajian semula siasatan dilakukan sebelum sebarang pendakwaan lanjut dilakukan,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah di Batu Gantong, semalam.

    Sementara itu, Nik Bukhari berkata, mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dengan bon jaminan mahkamah RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.



    'Jual’ isteri lembam

    Oleh Hadzlihady Hassan
    hadzlihady@hmetro.com.my

    AMPANG: Seorang wanita lembam yang baru enam bulan berkahwin menjadi mangsa penganiayaan suaminya yang kaki mabuk apabila dipaksa tidur bersama rakannya dan dibayar upah RM50.
    Wanita yang baru berusia 18 tahun dan termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU) itu dipercayai tidak memahami apa yang berlaku ke atasnya kerana dia dengan gembira menunjukkan wang RM50 yang diterimanya kepada anggota keluarganya, Sabtu lalu.

    Menurut sumber polis, sebelum itu dia dipaksa bermalam seharian dengan seorang rakan suaminya di Lembah Jaya di sini.
    Sejurus mangsa menunjukkan wang RM50 diperolehnya, keluarganya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki wang, malah suaminya yang berkerja sebagai pencari barang lusuh juga tidak pernah memberikan kepadanya kerana kehidupan mereka yang terlalu daif.

    “Apabila ditanya daripada mana dia memperoleh wang terbabit, mangsa menceritakan yang rakan suaminya memberikan wang itu dan ini menimbulkan rasa hairan dikalangan ahli keluarganya.

    “Mangsa yang lembam dan lurus bendul kemudian menceritakan kepada ibu dan bapanya bahawa suaminya memaksa dia bermalam di rumah rakan sebelum dia diajak menonton filem lucah dan kemudian melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit,” katanya

    Sumber itu berkata, mendengarkan cerita mangsa, bapanya kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Difahamkan, mangsa dipaksa suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk selain lelaki durjana terbabit dikatakan turut menerima wang daripada rakannya itu. Suami mangsa juga sanggup bertindak demikian kerana dia memerlukan wang untuk membeli bekalan arak bagi menghilangkan ketagihannya.

    “Setakat ini, polis masih mengesan suami mangsa yang terus menghilangkan diri selepas kejadian itu. Rakannya yang mengambil kesempatan merogol dan meniduri mangsa turut dicari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat bapa mangsa itu.

    “Kami sudah mengenal pasti dua suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.



    Pemuda maut dibelasah

    Oleh Adnan Mohamad
    am@hmetro.com.my

    PASIR MAS: Selepas seorang lelaki putus tangan kiri akibat dilibas parang ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Jerteh, Terengganu, minggu lalu, seorang lagi penjenayah menerima nasib lebih malang apabila maut dibelasah sekumpulan lelaki di Kampung Slow Machang, di sini, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
    Difahamkan, mangsa yang berusia 25 tahun dan dikatakan mencuri motosikal di pekan Pasir Mas sebelum itu dikejar sekumpulan lelaki yang terserempak dengannya.

    Mangsa yang dikatakan cuba melarikan diri menggunakan motosikal curi jenis Honda EX5 dikepung kumpulan lelaki itu selepas motosikal ditunggangnya terbalik berdekatan Kampung Slow Machang sebelum dibelasah beramai-ramai.
    Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh seorang anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kampung itu dan dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari kampung itu dipercayai mengalami kecederaan dalaman menyebabkannya meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang hari sama.

    Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, yang bergegas ke tempat kejadian malam kelmarin, berkata mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai dibelasah sebelum dibawa ke hospital.

    Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, siku dan tangan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

    “Polis menasihatkan orang ramai supaya jangan bertindak di luar batasan undang-undang sekiranya menahan penjenayah,” katanya.

    Katanya, polis membuka dua kertas siasatan berkaitan kes terbabit iaitu mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    “Setakat ini polis sudah menahan tiga lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu,” katanya



    'Tindakan mereka zalim'



    PASIR MAS: “Saya sedar dan mengakui adik saya banyak terbabit jenayah, namun orang ramai tidak sepatutnya mengambil jalan singkat menghukumnya tanpa perikemanusiaan.
    “Tindakan itu saya anggap zalim. Jika dia bersalah sekalipun, sepatutnya dia ditahan dan diserahkan kepada pihak polis dan biarlah undang-undang menentukan hukuman ke atasnya,” kata Rosdi Mat Zain, 35, mengulas mengenai adiknya, Mohd Zulhakimi, 25, yang dikatakan maut akibat dipukul penduduk kampung selepas dituduh mencuri motosikal, di sini, petang kelmarin.

    Mangsa yang mengalami kecederaan parah, mati beberapa jam selepas dikejarkan ke Hospital Pasir Mas oleh seorang anggota polis yang menemuinya dalam keadaan tidak bermaya semasa meronda di kawasan berkenaan.
    Beliau berkata, sebaik mengetahui kejadian menimpa adiknya itu di Kampung Slow Machang, di sini, dia terus ke Hospital Pasir Mas, namun adiknya sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

    “Saya dimaklumkan oleh pihak polis, adik saya dikatakan mencuri sebuah motosikal di kawasan Pasir Mas dan dikejar oleh pemilik kenderaan terbabit sejauh 50 kilometer,” katanya




    ASP nafi liwat remaja

    Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
    srul@hmetro.com.my

    KLANG: Seorang anggota polis berpangkat asisten superintendan (ASP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan meliwat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di dalam sebuah tandas, di sini, akhir tahun lalu.
    Bagaimanapun, Ruslan Ibrahim, 52, yang bertugas di Pasukan Gerak Am (PGA), Ulu Kinta, Perak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Slamat Yahya. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan di luar tabii di tandas dewan makan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, kira-kira jam 10.05 malam, 27 Disember 2009. Bagi pertuduhan itu, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syuhada Alwi menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin atas alasan kesalahan yang dilakukan manakala usia mangsa yang terbabit dalam kes itu masih muda. Siti Syuhada berkata, ikat jamin tinggi perlu diberikan kerana dakwaan itu membabitkan anggota pasukan keselamatan negara. Slamat kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Januari depan sebagai sebutan semula kes



    Kecurian makin menjadi-jadi



    SEJAK kebelakangan ini, masalah samseng dan kecurian kerap berlaku di Taman Mulia Jaya, Ampang, sekali gus membimbangan penduduk setempat.
    Kejadian kecurian berlaku tanpa mengira waktu, terutama waktu siang apabila kebanyakan pemilik rumah keluar bekerja.

    Masalah ini menjadi makin teruk apabila bilangan penagih dadah kian bertambah. Saya tidak menolak kemungkinan kejadian kecurian itu disebabkan kumpulan berkenaan.





    Pelayan nafsu siber



    KEMUDAHAN Internet dan fenomena dunia tanpa sempadan menjadikan industri seks di Filipina semakin membimbangkan ketika kerajaan masih gagal mengekang masalah pelacuran kanak-kanak.
    Pihak berkuasa dan pekerja sosial berkata, ‘bapa ayam siber’ kini menawarkan pelbagai perkhidmatan seks murah melalui Internet.

    Ia membayangi kemajuan sektor industri yang menjadikan negara itu sebagai pusat pengeluaran barangan untuk pelbagai syarikat besar dunia di negara maju.
    Dalam satu serbuan polis ke atas sebuah rumah di bandar Olongapo di utara Filipina baru-baru ini, lima remaja perempuan berusia di antara 14 dan 18 tahun, bersama tiga wanita dewasa ditemui melayan nafsu pelanggan yang berada mungkin ribuan kilometer di seberang laut.

    Ketika serbuan dilakukan, mereka melakukan pelbagai aksi seks di depan kamera komputer yang disambungkan secara langsung di laman sesawang tertentu.

    Seorang daripada mereka yang digelar Rainbow, 15, berkata bekerja di situ lebih kurang seperti berkhidmat di pusat panggilan komunikasi.


    “Kami ditugaskan bergilir untuk bersembang dengan pelanggan dari seluruh dunia.

    “Pelanggan boleh meminta kami melakukan apa saja asalkan berbayar,” katanya.

    Sebelum menjadi pelayan nafsu siber, Rainbow dan kakaknya yang berusia 17 tahun membantu keluarga mengusahakan kebun mangga jauh di pedalaman.

    Mereka akhirnya memutuskan mahu mencuba nasib di bandar dan berhijrah ke Olongapo dengan matlamat menjadi pengasuh budak.

    Takdir menentukan kedua-dua mereka akhirnya diupah untuk beraksi di depan kamera komputer bagi melayan nafsu pelanggan di seluruh dunia.

    Kata Rainbow, pada peringkat awal mereka mengalami kejutan apabila diarahkan menjadi pemuas nafsu di alam siber.

    “Kami mengambil masa kira-kira seminggu untuk membiasakan diri, tetapi selepas itu segala-galanya menjadi biasa,” katanya.

    Sepanjang tempoh itu, mereka tidak dibiarkan sendirian.

    Kata Rainbow, ibu saudaranya sentiasa berada di sebelah bagi memastikan setiap kehendak pelanggan mereka yang berhubung hanya melalui Internet dipenuhi.

    Apabila serbuan dilakukan Oktober lalu, ibu saudara Rainbow turut diberkas dan kini berdepan dakwaan memperdagangkan kanak-kanak untuk pelacuran.

    Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara seumur hidup.

    Satu laporan polis mengenai serbuan itu menyatakan, ketika serbuan dibuat, seorang remaja perempuan bogel dilihat melakukan aksi lucah melampau menggunakan alat permainan seks di depan kamera.

    Remaja terbabit kini menjalani proses pemulihan dan kaunseling di sebuah pusat perlindungan dikendalikan seorang paderi Katolik dari Ireland.

    Peguam dan kaunselor pusat itu mempunyai latihan khusus dalam bidang psikologi.

    Walaupun serbuan polis dilakukan hampir setiap minggu, beberapa pihak percaya, sindiket itu sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang disangkakan.

    Pegawai Biro Siasatan Kebangsaan, Migdonio Congzon, berkata asas kepada masalah itu mempunyai kaitan dengan isu ekonomi.

    “Orang ramai mengalami masalah kewangan dan mereka memerlukan sesuatu untuk mengatasinya,” katanya.

    Pusat operasi seks siber itu juga, kata Congzon, tidak terhad kepada sesuatu premis khusus.

    “Ia mungkin dilakukan di rumah, kondominium atau di mana saja, asalkan ada komputer, kamera dan capaian Internet,” katanya.

    Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa dilihat kurang bersedia menangani masalah itu yang semakin berkembang di seluruh negara.

    Di biro itu sendiri, hanya ada lima pakar jenayah komputer bertugas, tetapi bidang perhatian mereka tidak sekadar industri seks siber.

    Mereka juga diperlukan bagi menguruskan jenayah penipuan dan pencerobohan siber.

    Secara keseluruhan, dalam pasukan polis Filipina hanya ada lima pakar siber bertugas.

    Congzon berkata, apa yang diperlukan Filipina ketika ini adalah undang-undang khusus mengekang aktiviti seks siber.

    “Ketika ini, undang-undang pelacuran kanak-kanak agak ketinggalan dengan perkembangan teknologi maklumat,” katanya.

    Pegawai kerajaan yang terbabit dalam hal ehwal kebajikan kanak-kanak, Dolores Alforte, berkata polis hanya mampu bertindak ke atas sebahagian kecil maklumat disalurkan kepada mereka.

    “Kebanyakan pusat operasi jenayah seks siber dilakukan di rumah persendirian dan tidak boleh diserbu tanpa mendapat arahan mahkamah,” katanya.

    Menurut Dolores, usaha mengekang kegiatan itu turut dirumitkan dengan sikap masyarakat yang biasanya hanya mendiamkan diri walaupun mengetahui ada kegiatan tidak bermoral berlaku di sekitar mereka.

    Pada 2005, kata Dolores, 70 kanak-kanak dari kawasan miskin di Manila dibayar kira-kira RM200 serta diberi barangan keperluan dapur sebagai upah melakonkan aksi seks untuk seorang pengeluar filem lucah dari Jepun.

    Rakaman itu kemudian dimuat naik di Internet.

    “Walaupun pihak pendakwa mengambil tindakan, kes itu kemudian digugurkan atas sebab tertentu,” katanya.

    Menurut Dolores, setiap pelanggan seks siber itu dikenakan bayaran kira-kira RM47 sejam.

    Katanya, kebanyakan pengendali perkhidmatan itu beroperasi berhampiran dengan pusat pemindahan wang untuk memudahkan pembayaran.

    “Walaupun begitu, sesetengah pengendali menerima bayaran melalui kaedah lebih terkini iaitu bayaran melalui kad kredit,” katanya.

    Teresa Calubid, pakar psikologi di Yayasan Preda - sebuah badan kebajikan ditaja gereja - berkata kemungkinan semua remaja yang diberkas baru-baru ini akan terus ditempatkan di pusat perlindungan sehingga kes itu dibicarakan.

    “Ibu bapa mengharapkan mereka pulang, tetapi pada ketika ini ia tidak dapat dilakukan.

    “Mereka berdepan gangguan daripada bapa ayam atau pekerjanya, selain ada kemungkinan ibu bapa remaja terbabit memberi tekanan supaya kes berkenaan digugurkan,” katanya. - AFP

    No comments:

    Post a Comment