Monday, October 31, 2011

BILA TUDUNG JADI BIASA TIDAK PAKAI...SEDANGKAN ITU HUKUM ....BILA MAT LEMPIT SELALU LANGGAR UNDANG2 JALANRAYA BERPOLITIK..ADAKAH PIHAK DIBELAKANGNYA...BILA JANJI HANYA TINGGAL JANJI...PILIHANRAYA AKAN DATANG JANJI LAGI....TU LAH TREND SEKARANG,...MEREKA TAK SEDAR HUKUM ALLAH MENYUSUL....

Nadia diarah bayar RM50,000

NADIA


KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun bertelingkah, kemenangan akhirnya berpihak kepada pelakon, Lisdawati apabila rakan artis, Nadia Mustafar diarah oleh Mahkamah Sesyen di sini, supaya membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepadanya berhubung artikel fitnah mengenai kegagalan menjelaskan hutang di majalah Media Hiburan.
Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.
"Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif (Lisdawati)," katanya.
Lisdawati dan Nadia bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam dan mereka diwakili peguam masing-masing iaitu Sangeet Kaur Deo bagi Lisdawati manakala Nadia pula oleh Siti Julaini Mohd. Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob.
Pada 21 April lalu, Lisdawati memfailkan saman terhadap Nadia kerana mendakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap dirinya.
Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

LISDAWATI


Hanif tidak dipanggil sebagai saksi kerana telah meninggal dunia tiga tahun lalu.
Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan artikel berkaitan pada 8 hingga 14 Januari 2005.
Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa, artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia.

Kereta api rempuh lori tangki


KELIHATAN api marak dan asap tebal selepas sebuah lori tangki dirempuh sebuah kereta api penumpang dalam kejadian di Kota Kinabalu, Sabah semalam.


KOTA KINABALU - Hampir 200 penumpang kereta api terselamat selepas kenderaan itu terbakar apabila merempuh sebuah lori tangki minyak yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.
Kejadian tersebut berlaku pukul 5.30 petang apabila lori yang membawa 27,000 liter petrol itu cuba melintas landasan kereta api tersebut untuk menghantar bekalan minyak ke sebuah stesen berdekatan.
Sebaik dirempuh, lori tersebut terus terbakar hingga menghasilkan letupan kuat dan asap tebal setinggi 30 meter. Bagaimanapun, penumpang kereta api dan pemandu lori itu terselamat.

Siap sedia hadapi bah besar


Pasukan penyelamat menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir dengan bot pada Program latih Amal Menghadapi Bencana Malaysia-Thailand di Tumpat semlam.


TUMPAT – Persiapan rapi telah dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menghadapi banjir besar yang dijangka melanda Kelantan dan Terengganu tahun ini untuk memastikan kesannya tidak terlalu serius.
Setiausaha MKN, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (gambar) berkata, taburan hujan berukuran di antara 800 dan 900 mililiter ketika ini agak tinggi berbanding tahun lepas.
Menurutnya, berdasarkan bacaan tersebut, banjir besar diramal berlaku dan persediaan rapi dibuat selepas mengambil iktibar bencana alam yang berlaku di beberapa buah negara jiran seperti Thailand dan Filipina.
“Kali ini, kita buat persiapan lebih rapi memandangkan keadaan semasa di rantau ini dengan banjir yang amat teruk lebih-lebih lagi jumlah hujan yang kita terima sama banyak dengan Thailand.
“Sebab itu, kita tidak mahu mengambil risiko, jadi kita buat persediaan sebaik mungkin menggembleng semua agensi yang ada dan mengadakan banyak program komuniti mengenai banjir di kawasan yang selalu dinaiki air,” katanya selepas menghadiri Program Latih Amal Menghadapi Bencana Antara Malaysia-Thailand di Pangkalan Kubur dekat sini semalam.
Latih amal itu membabitkan simulasi pelanggaran antara feri Malaysia dan bot nelayan Thailand di Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Pangkalan Kubur dan Tak Bai, Selatan Thailand.
Mohd. Tajuddin berkata, latihan itu sengaja dilakukan pada musim tengkujuh untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara terutama untuk menghadapi banjir.

Mat rempit berdemonstrasi


SERAMAI 200 penunggang motosikal dan ahli NGO yang mengadakan demonstrasi jalanan menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Sekumpulan penunggang motosikal termasuk seorang ahli persatuan bukan kerajaan (NGO) ditahan ekoran gagal mematuhi arahan pihak polis ketika menyertai perhimpunan haram di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Mereka yang ditahan ialah empat remaja dan Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad di hadapan pekarangan DUN di sini kira-kira pukul 1.30 petang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya sebelum itu mendapati sekumpulan 200 lelaki yang menunggang motosikal cuba mengadakan demonstrasi secara haram dan tanpa permit.
Menurut beliau, seramai 100 anggota polis termasuk Pasukan Penggempur Ringan (LSF) dikerah mengawal peserta terbabit.
“Tangkapan dilakukan memandangkan peserta demonstrasi haram tersebut tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai.
“Lima daripada mereka turut ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 275 Kanun Keseksaan kerana percubaan mengadakan perhimpunan haram.
Difahamkan, perarakan melibatkan 200 penunggang motosikal itu bertujuan melahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan gagal menyediakan kemudahan riadah bagi golongan muda.
Antara lain, peserta demonstrasi meminta kerajaan negeri membina litar lumba motosikal sekali gus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutama kemalangan jalan raya yang membabitkan penunggang motosikal.

Penduduk Temerlok rayu siapkan dewan orang ramai


PENDUDUK menunjukkan tapak dewan orang ramai yang masih belum siap di Kampung Temerlok, Bukit Gantang, Taiping semalam.


TAIPING – Lantai sudah bersimen manakala pentas sudah siap tetapi bangunan masih berbumbungkan langit.
Itulah keadaan dewan orang ramai Kampung Temerlok, Bukit Gantang di sini yang menjadi satu-satunya lokasi penduduk kampung beriadah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Kampung yang mempunyai lebih 900 penduduk daripada 160 keluarga itu merayu pihak berwajib membantu menyegerakan pembinaan dewan berkenaan.
Ketua masyarakat di situ, Gooh Swee Kong (gambar) berkata, sejak sekian lama, semua aktiviti hanya dapat dibuat di sebuah tokong di situ selain dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hua yang terletak bersebelahan tapak dewan terbabit.
“Sebelum ini, kami memohon sebuah dewan tetapi peruntukan yang diterima berjumlah RM70,000 hanya cukup-cukup untuk tujuan membina lantai dan pentas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment