Menara jam Mekah terima sentuhan 18 anak muda Malaysia
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak tandus anak muda berbakat yang dihargai dunia luar dan antara buktinya dapat dilihat pada Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait yang mendapat sentuhan 18 anak muda negara ini.
Seorang daripada mereka ialah Hairul Nizam Baharuddin yang merupakan pengurus projek di Syarikat Premier Composite Technology yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Hairul Nizam berkata, semua anak Malaysia terbabit mahir dan berpengalaman daripada segi kejuruteraan binaan dan terlibat sepenuhnya dalam kerja pemasangan menara jam tersebut.
"Ini termasuk kerja pemasangan replika bulan sabit pada menara jam yang terletak berhadapan Masjidil Haram," kata anak kelahiran Melaka ketika ditemui sewaktu pulang bercuti baru-baru ini.
Katanya, semasa proses pemasangan bulan sabit, berlaku tiupan angin kencang dan pada masa itu ada enam anak buahnya sedang melakukan kerja pemasangan di ketinggian 500 meter dari tanah.
"Dalam keadaan itu, kabel yang membawa bahagian bulan sabit berpusing-pusing dan kita boleh agak kabel boleh putus. Keadaan sangat panik tetapi ada seorang anak buah saya yang lebih berpengalaman, berjaya mengawal keadaan dan pemasangan tersebut berjalan lancar," katanya.
Hairul Nizam berkata, pembinaan menara jam itu menggunakan bahan komposit iaitu sejenis fiber dan tidak banyak syarikat yang mempunyai kepakaran serta teknologi mengenai bahan tersebut selain kosnya yang tinggi.
"Komposit ini satu bahan fiber yang berstruktur kukuh tetapi ringan, tahan lama dan tidak mudah bocor serta ia boleh bertahan sehingga 20 tahun tanpa sebarang penyelenggaraan berbanding aluminium yang murah dan berkemungkinan berlaku kebocoran dalam tempoh dua atau tiga tahun," katanya.
Katanya, di Malaysia terdapat beberapa buah kubah masjid yang dibina menggunakan bahan tersebut iaitu Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah dan Masjid Al-Bukhari, Kedah.
"Memang membanggakan kerana dapat bersama tenaga pakar lain melakar sejarah di tanah suci," katanya.
Si hitam lagak samseng
Oleh MOHD APENDY ISSAHAK
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
BANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.
LAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.
Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.
Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.
Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar ‘Mini Afrika’ berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.
Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.
Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.
“Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.
“Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.
Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.
“Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula,” katanya.
Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.
Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.
Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis
Memadu asmara di kaki Gunung Reng
JELI - Kawasan rekreasi Gunung Reng dekat sini menjadi tempat remaja berkumpul dan bermadu asmara terutama pada hujung minggu.
Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan kelmarin mendapati, beberapa pasangan remaja lelaki dan perempuan dilihat bergurau senda dan tanpa segan silu berpegangan tangan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Abang Ajik, 50, mendakwa, kawasan rekreasi yang terletak di kaki Gunung Reng itu dijadikan lokasi bercengkerama oleh golongan remaja tempatan dan dari luar daerah ini.
"Remaja-remaja tersebut juga sudah berani melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpegangan tangan dan berpeluk secara terbuka.
"Sepatutnya perkara itu tidak berlaku memandangkan ia tempat umum dan dikunjungi oleh pelancong luar dan mereka yang membawa keluarga untuk beriadah," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Kawasan rekreasi Gunung Reng mempunyai beberapa kemudahan seperti padang permainan serta dewan orang ramai.
Seorang lagi penduduk, Mohd. Nasifuddin Sulaiman, 47, memberitahu, dia pernah melihat sepasang kekasih asyik berpelukan di kawasan itu.
Anak jutawan diselamatkan
|
SHAH ALAM – Trauma seorang anak jutawan yang dikurung dalam sebuah rumah di Rawang dekat sini selepas diculik sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan RM1.5 juta dipercayai didalangi seorang Inspektor polis berakhir apabila dia diselamatkan kelmarin.
Mangsa culik seorang lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan milik bapanya diselamatkan pada pukul 6.30 pagi selepas dia diculik pada 22 Mac lalu.
Bapa mangsa yang berusia 60 tahun merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan.
Mangsa semasa diselamatkan tidak mengalami kecederaan teruk. Dia yang lemah dan ketakutan dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Polis menemui semula wang tunai berjumlah RM275,850 daripada jumlah RM300,000 wang pendahuluan bayaran tebusan oleh keluarga mangsa kepada kumpulan penculik terbabit.
Kumpulan penculik itu, meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga mangsa namun keluarga itu dibenarkan membuat bayaran secara berperingkat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ekoran pembebasan mangsa, sembilan lelaki termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, dalam operasi sama, polis turut merampas tiga buah kereta iaitu Proton Gen 2, Proton Waja dan Honda Odyssey.
Turut dirampas sebuah treler, topeng ski, telefon bimbit, iPad dan kunci kereta.
Mangsa serik untuk ke Hatyai
HATYAI (Selatan Thailand) – “Bunyi letupan sangat kuat dan serpihan kaca yang pecah terkena saya dan isteri menyebabkan kami tersembam ke tanah.”Itulah detik cemas dilalui oleh seorang rakyat Malaysia, Choo Kok Boon, 46, bersama isterinya yang cedera dalam kejadian letupan bom dalam kereta di pusat beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza di sini kelmarin.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Kok Boon memberitahu, ketika letupan berlaku, dia dan isteri, Som Khid Lauyut, 37, yang merupakan rakyat Thailand sedang berjalan untuk menuju ke kenderaan mereka yang diletakkan di tepi pusat beli-belah di plaza tersebut sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
“Kalau saya cepat seminit (membeli barang) mungkin kami tidak tercedera dan selamat pulang ke Malaysia.
“Tetapi kami tidak bernasib baik semalam (kelmarin). Selepas letupan itu berlaku, saya nampak kepulan asap tebal dan orang ramai mula menjerit,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Rajyindee di sini semalam.
Menurut Kok Boon yang bekerja sebagai peniaga di Kuala Lumpur, ekoran letupan itu, dia dan isteri cedera di kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki akibat terkena serpihan kaca.
Kok Boon memberitahu, selepas terjatuh dia dan isteri sempat berlari menyelamatkan diri ke kawasan berhampiran sebelum dibawa ke hospital.
“Saya tengok doktor mengeluarkan puluhan serpihan kaca di tubuh saya sebelum luka-luka itu dijahit,” katanya yang serik untuk pergi ke Hatyai lagi selepas tragedi ini.
Kok Boon datang ke Hatyai bersama isterinya pada Jumaat lalu untuk mengirim barang kepada keluarga mertuanya di daerah Chiang Mai, Thailand.
Sementara itu, seorang lagi mangsa rakyat Malaysia, Mimi Ng, 35, berkata, dia tidak menyangka kegembiraannya pertama kali menjejak kaki ke Hatyai membawa detik hitam apabila dia lemas akibat terhidu asap tebal ketika terperangkap di tingkat 16 pusat beli-belah tersebut.
Motif serangan hotel belum diketahui
BANGKOK – Ketua Polis Hatyai, Khomgrit Srisong memberitahu pihaknya masih mengetahui motif kejadian letupan bom di sebuah hotel di sini kelmarin.
“Setakat ini, tidak ada petunjuk kenapa mereka (kumpulan yang melakukan serangan itu) melancarkan serangan tersebut,” katanya semalam menerusi telefon kepada agensi berita AFP.
“Kami sedang menyoal siasat beberapa saksi dan mangsa yang cedera untuk mendapatkan maklumat,” tambahnya.
Satu letupan bom kereta berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai dan ia disyaki dilakukan oleh kumpulan pemisah.
Ketua Polis Thailand, Priewpan Damapong menyatakan serangan tersebut dilakukan oleh gerila pemisah.
Letupan itu menyebabkan tiga orang terbunuh manakala ratusan lagi hilang.
Ia berlaku pada hari yang sama letupan bom berlaku di Yala.
Dua letupan berlaku
di Yala menyebabkan 10 orang terbunuh dan 17 lagi cedera.
Menurut Priewpan, letupan tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian di Yala dan ia dilakukan oleh kumpulan yang sama.
Sebelum ini, letupan di hotel berkenaan dipercayai berlaku akibat letupan gas di bahagian bawah tanah.
Namun, pihak polis kemudian mendapati ia berpunca daripada bom kereta di ruang bawah tanah hotel tersebut. – Agensi
Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam letupan
HATYAI (Selatan Thailand) - Dua lelaki warga Malaysia dipercayai terkorban dalam kejadian letupan bom kereta di Hotel Lee Gardes Plaza di sini kelmarin dengan salah seorang daripada mereka belum dikenal pasti.Mangsa yang terbunuh ialah Low Phin Hock, 46, dari Kulim, Kedah manakala identiti seorang lagi sukar dikenal pasti kerana rentung teruk.
Identiti mangsa hanya akan diketahui selepas pengecaman terhadap mayat itu dilakukan oleh sebuah keluarga yang mendakwa anak mereka hilang di Hatyai. Mayat kedua-dua mangsa berada di Hospital Songkhlahaqarid di sini.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Taib berkata, Phin Hock yang berada di dalam pusat beli-belah ketika letupan berlaku mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Identiti seorang lagi mangsa terkorban akan diketahui selepas sebuah keluarga membuat pengecaman hari ini (semalam)," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian letupan di pusat beli-belah dan hotel itu disahkan berpunca daripada letupan sebuah bom kereta yang berada di bangunan tersebut.
Mengenai rakyat Malaysia yang cedera, Mohd. Aini memberitahu, setakat ini hanya lapan orang masih mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital di sini manakala tiga yang lain telah dibenarkan keluar
Minat GRO, bayar tip RM10
KUALA LUMPUR – Seramai 23 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang ghairah menari atas pentas di sebuah kelab malam di Taman Prima, Selayang dekat sini semalam bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.Sebelum serbuan pada pukul 1.30 pagi, sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyamar sebagai pelanggan.
Dalam serbuan itu, seramai 23 GRO berusia 19 hingga 39 tahun yang berpakaian seksi ditahan. Pelanggan yang berpuas hati dengan tarian setiap GRO itu hanya perlu membayar tip serendah RM10 bagi membeli kalungan bunga dan dikalungkan pada penari itu.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, semua GRO terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis itu namun gagal kerana semua jalan keluar di kelab malam itu sudah dikawal.
Duda kempunan makan sedap
SETIU - Hasrat seorang duda yang hidup sebatang kara untuk membeli makanan sedap dengan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bakal diterimanya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dalam sebuah pondok di Kampung Fikri dekat sini kelmarin.Mustafa Mat Yatim, 63, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan tinggal di kampung itu sejak tiga tahun lalu dengan menumpang sebuah pondok buruk milik penduduk di situ.
Warga emas malang yang melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah mengopek buah kelapa dan membersih kawasan kebun itu sepatutnya mengambil wang BR1M bersama penerima lain di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah dekat sini semalam.
Namun, dia tidak sempat mengambil wang tersebut malah ditemui meninggal dunia pada pukul 5 petang kelmarin seorang diri dalam pondok itu.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Fikri Norzeri Abdullah berkata, sebelum itu setiap kali berjumpa, Mustafa sering bertanya kepadanya bilakah dia akan menerima wang bantuan tersebut.
"Namun tiga hari lalu, selepas saya mendapat surat kelulusan bantuan RM500 dari Pejabat Daerah Setiu saya kemudian menyerahkan surat itu kepada Mustafa
No comments:
Post a Comment