Pelajar tahfiz kantoi
29 Mac 2012
Remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berasal dari Yan, Kedah mendakwa dirinya pelajar tahfiz di Alor Setar, Kedah ditemui ketika berlegar-legar menjual CD terbabit di hadapan sebuah premis bank terkenal di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.
Dengan membawa CD tersebut, remaja itu menyapa pengguna bank terbabit dan menyerahkan resit tertera nama pusat tahfiz tersebut pada mereka yang membelinya.
Mendakwa hasil jualan CD terbabit untuk didermakan pada anak yatim dan golongan memerlukan, remaja itu memberitahu, dia dan 12 rakannya dihantar tenaga pengajar mereka ke premis bank berlainan setiap hari.
Menurutnyanya, dia dihantar ke premis bank terbabit pada jam 1 petang dan dijemput kembali oleh tenaga pengajarnya pada jam 5 petang dan mereka ditempatkan di sebuah rumah di Beserah di sini.
“Pada waktu pagi, kami akan belajar bersama-sama dan petangnya kami membuat aktiviti ini dan saya sudah biasa melakukannya sejak kecil. Sebelum ini saya ke Kuala Lumpur selama dua minggu dan antara destinasi yang sudah dikunjungi termasuklah Kelantan, Johor Bahru.
“Saya sudah lali dengan kerja sebegini dan mula memasuki pusat tahfiz ini sejak berusia 7 tahun dan tiga lagi adik-beradik turut belajar sama,” katanya.
Ditanya hasil jualannya, dia mendakwa boleh memperolehi hingga RM100 dan bergantung pada nasib dengan menjual CD terbabit sebanyak RM20 sekeping.
Katanya, tugas tersebut dijalankan dengan sukarela dan memberitahu tidak takut ketika berhadapan orang ramai.
Ditanya sama ada dia tidak cemburu melihat rakan sebaya dapat bersama keluarga dan rakan lain, remaja itu memberitahu, dia tidak cemburu malah yakin dengan aktivitinya itu adalah tugas mulia membantu mereka yang memerlukan.
Sementara itu, dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang dan Norbaini Abu Bakar memberitahu, mereka menemui remaja itu ketika berkunjung ke bank tersebut kira-kira jam 3 petang.
Norbaini berkata, sebelum itu dia ada melihat remaja terbabit di hadapan premis bank lain di Jalan Beserah di sini dan menjelaskan tinda-kan tersebut melanggar undang-undang kerana di bawah umur dan tidak memiliki surat kebenaran.
“Atas kesedaran, kita menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyerahkan remaja ini pada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, kakitangan JKM yang menahan remaja itu tidak dapat mengulas lanjut namun memberitahu, remaja terbabit akan diletakkan di sebuah rumah perlindungan di sini sebelum menunggu siasatan sepenuhnya dijalankan.
Dicekup asmara dalam kereta
5 April 2012
Itulah rayuan yang hampir menitiskan air mata dua wanita selepas ditahan pegawai penguat kuasa dalam Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi semalam di Jalan Sri Cemerlang.
Dalam serbuan di sebuah hotel bajet itu, salah seorang daripada dua wanita juga penuntut kolej kejururawatan, ditahan bersama pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta yang diletakkan di tepi bangunan berkenaan.
Malangnya keseronokan wanita berasal dari Besut berusia 20-an yang asyik berasmara bersama teman lelakinya itu dapat dihidu pegawai penguat kuasa walaupun ketika itu enjin kereta dimatikan.
Ketika pegawai penguat kuasa membuka pintu kenderaan itu didapati baju lelaki berumur 20-an yang bekerja sebagai kontraktor tersebut terbuka serta berada dalam keadaan berpeluh dengan alasannya kepanasan dan kelihatan menggelabah.
Di tempat sama, tiga remaja lelaki juga kenalan penuntut kolej terbabit turut disoal siasat berikutan penemuan beg tangan wanita di dalam bilik tersebut yang difahamkan ditinggalkan oleh rakannya setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang.
Wanita terbabit yang kedua-duanya memakai baju ketat dan tidak bertudung dengan rambutnya diwarnakan memberi alasan dia baru sahaja sampai di hotel tersebut kerana pintu pagar asrama sudah ditutup, lagipun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk.
Pasangan yang ditahan di dalam kereta tersebut diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut dan kedua-dua wanita itu dihantar semula ke asrama mereka selepas operasi tamat.
Sebelum itu, sebuah pusat karaoke di Jalan Padang Tembak yang dipenuhi pengunjung, juga turut diserbu dan dikenakan kompaun serta denda termasuk merampas kelengkapannya bernilai kira-kira RM2,000.
Operasi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) turut melibatkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan polis disertai kira-kira 26 anggota.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussin berkata, operasi pencegahan maksiat akan dijalankan setiap masa supaya perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama boleh dicegah.
Terlebih bayar insurans
17 April 2012
KAMUNTING – Bayaran insurans seorang tukang besi, di sini, sepatutnya
terhenti enam tahun lalu, malangnya sehingga kini dia masih lagi
membayar caruman itu.
Kwong Fatt Chooi, 72, berkata, dia membeli insurans itu pada 15 Januari
1998 melalui pemasaran atas talian (tele-marketing) atas nama Insurans
Hayat.
Menurutnya, menerusi kontrak yang ditetapkan, bayaran insurans akan tamat apabila pemegang polisi berumur 66 tahun.
“Bagaimanapun pada 15 Mac lalu, saya menerima penyata syarikat kad
kredit dengan potongan bayaran insurans sebanyak RM50 dan RM30.70
menjadikan jumlahnya RM80.70.
“Sebenarnya, pada 15 Mac lalu, saya telah berusia 72 tahun. Ini bererti
saya telah terlebih membayar insurans sebanyak 73 kali yang sepatutnya
terhenti pada 28 Februari 2006,” katanya.
Fatt Chooi berkata, namun, pada 2 Mac lalu, dia menerima surat daripada
pihak insurans menyatakan kedua-dua caruman RM30.70 dengan nilai
pulangan sebanyak RM399.10 dan caruman RM50 (pulangan RM675) ibatalkan.
“Malangnya tiada cek bayaran disertakan. Malah dalam penyata kad kredit
yang diterima 15 Mac lalu, pihak insurans masih lagimembuat potongan
bayaran untuk kedua-dua caruman berkenaan.
“Sepatutnya, jika dihitung semula, saya terlebih bayar sebanyak 73 kali
menjadikan, jumlahnya adalah RM5,891 iaitu RM80.70X73,” katanya.
Katanya, isterinya juga menerima nasib yang sama apabila pihak insurans masih membuat potongan caruman walaupun pemegang polisi sudah berusia 66 tahun.

Sementara itu, Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, dia menasihati
pengguna agar tidak membeli insurans secara pemasaran atas talian
sebaliknya melalui kaunter atau syarikat insurans yang telah disahkan.
“Pemegang polisi boleh mendapatkan salinan polisi untuk dibaca bersama sebut harga termasuk syarat-syarat terlebih dahulu.
“Pembelian melalui pemasaran atas talian boleh merugikan pengguna
seperti yang pernah berlaku kepada seorang pegawai bank yang meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya.
"Tetapi insuransnya tidak dibayar sehingga isterinya memohon surat daripada Amanah Raya terlebih dahulu,” katanya.
Katanya, apabila membeli insurans, pengguna hanya perlu mengisi nama
waris dan apabila mereka meninggal dunia, waris hanya mengisi borang
tuntutan seterusnya akan terus dibayar tanpa merujuk kepada Amanah Raya
yang mengambil masa lama.
17 April 2012
UTTAR PRADESH - Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka
berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan
ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India.
Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.
Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.
Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam.
17 April 2012
KOTA BHARU – Seorang kerani akaun dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara
oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah pada
empat tuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM1.2 juta, 15
tahun lalu.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Rosmawati Ismail, 50, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hukuman diputuskan terhadap tertuduh yang ketika itu diamanahkan sebagai kerani akaun di Syarikat Narco Commodities Sdn Bhd pada empat pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Pada pertuduhan pertama, dia didapati bersalah melakukan pecah amanah terhadap RM28,220.49 antara 29 Jun dan 14 Ogos 1996; RM173,392.40 antara 3 Januari dan 10 Disember 1997; RM696,760.61 antara 3 Januari dan 27 Disember 1998 dan RM327,116.74 antara 2 Januari dan 19 Julai 1999.
Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat di Rumah Asap Gading Galoh, Pulai Condong, Machang.
Irwan dalam keputusan berkata, mahkamah memutuskan hukuman selepas mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan Wan Rosmawati, selain mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.
“Maka, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun pada setiap pertuduhan dan hukuman berkuat kuasa serentak,” katanya.
Bagaimanapun, sejurus itu, Peguam bela tertuduh, Marwalis Mahmud memohon penangguhan hukuman berikutan rayuan yang akan dikemukakan pihaknya.
Irwan kemudian membenarkan dengan jaminan RM60,000 dikekalkan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari.
17 April 2012
SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut
di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk
menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat
bandar ini.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.
Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.
Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.
Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
18 April 2012
KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret,
di sini, semalam atas dakwaan mencabul pelajar tahun tiga di dalam
kedai runcit miliknya di Lorong Surau Baru, Pasir Panjang, di sini,
Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang juga berstatus duda itu, 66, dari Jalan Pasir Panjang, di sini, mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 14 Disember 2011, kira-kira jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam di sebuah kedai miliknya telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa, dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana daripada kedua-dua hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L.Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
17 April 2012
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang baru bergelar bapa dalam tempoh
hanya beberapa hari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas
dakwaan bersubahat dengan dua rakannya dalam kejadian rogol pelajar
tingkatan dua, awal April lalu.
Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi.
Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.
Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan, semalam atas dakwaan merogol mangsa.
Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam.
Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keesokan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama.
Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
17 April 2012
RAWANG - Mangsa simbah asid dan samun, S Rani, 46, disahkan meninggal dunia jam 2 petang di Hospital Selayang, semalam.
S Rani yang ditempatkan di unit rawatan rapi sejak 27 Mac lalu dilaporkan kritikal selepas muka dan tangannya cedera teruk akibat di simbah asid dua individu tidak dikenali.
Suaminya, Murugan ketika dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan kepada media.
Sehingga jam 8 malam tadi, mendiang S Rani masih berada di Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan insiden simbah asid di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sun Yook membabitkan tiga pelajar dan mangsa sewaktu sedang menunggu bas sekitar jam 7 pagi, 27 Mac lalu.
Bagaimanapun, tiga pelajar terbabit tidak mengalami kecederaan serius kerana hanya terkena percikan simbahan asid selepas berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.
17 April 2012
KUANTAN – Gara-gara berang dengan leteran si isteri, seorang bekas
pekerja kedai percetakan terpaksa menanggung padah meringkuk dalam
penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di
sini, semalam menyebabkan kematian kepada mangsa.
Tertuduh sanggup mencekik leher isterinya dan menyebabkan kematian sebelum menyimpan mayat mangsa dalam stor rumah mereka di Taman Klasik, di sini.
Hakim Datuk Mariana Yahya menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Kim Fook, 52, atas kesalahan membunuh Yap Kwee Yin, 53, Jun tahun lalu.
Sebelum itu, peguam bela Bob Arumugam merayu hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan Kim Fook sedang menunggu kelahiran cucu pertamanya.
Namun, Mariana memberitahu keseimbangan hukuman perlu dilakukan kerana tertuduh telah bertindak kejam dan sepatutnya seorang isteri perlu dikasihani.
Hukuman dilaksanakan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Jun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Kim Fook telah menyebabkan kematian isterinya dengan niat mencederakan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian pada 28 Jun tahun lalu di sebuah rumah nombor13, Lorong Seri Setali, Taman Klasik, kira-kira jam 7 hingga 10 pagi.
Mengikut fakta kes, kejadian disedari selepas adik mangsa bersama suaminya ke rumah tersebut kerana si mati tidak datang ke rumah atau ke kedai ubat miliknya seperti biasa.
Sesampai di rumah tersebut, mereka mencari dan akhirnya terjumpa mayat dalam keadaan terlentang di bahagian stor rumah tersebut dengan keadaan pergelangan tangan kiri dan kanan mempunyai kesan lebam serta bahagian kiri muka sedikit bengkak.
Terdapat juga kesan luka di dagu dan hidung si mati.
Sebelum itu, jiran mangsa ada mendengar tertuduh dan si mati bergaduh mengenai saman Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) namun tidak mendengar sebarang bunyi bising lagi selepas dua jam.
Selepas kejadian tersebut, tertuduh memberitahu adiknya bahawa dirinya telah menyebabkan kematian memandangkan si mati meleterinya pada pagi tersebut berkaitan saman yang diterima.
Kejadian tersebut mengakibatkan tertuduh hilang sabar dan berang lalu menolak si mati ke dinding, menghempap dan menindih badan dengan lutut sambil mencekik lehernya.
Tertuduh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan denda.
Manakala pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Hamid.
18 April 2012
KUANTAN - Kepercayaan diberikan mengundang padah apabila seorang lelaki
mendakwa dirinya seorang pengamal perubatan tradisional dipercayai
telah membawa lari seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari rumah
seorang ahli perniagaan sejak 7 April lalu.
Bukan sahaja remaja tersebut dibawa lari, malah wang sebanyak RM10,000 milik ahli perniagaan tersebut lesap secara beransur-ansur sejak mengenali lelaki terbabit sejak lima bulan lalu.
Remaja terbabit, Balvin Kaur Raghbir Singh dipercayai mengikut lelaki berusia 53 tahun dikenali dengan nama Ravi dan anak perempuannya, Sri dalam lingkungan usia 25 tahun dari rumahnya, Lorong Bukit Setongkol 4, Taman Fairmount di sini pada hari tersebut kira-kira jam 12 tengah hari.
Bapa mangsa, Raghbir Singh Sulakhan Singh, 44 ketika dihubungi memberitahu, dia mengenali lelaki tersebut di kebun milik rakannya di Simpang Panching Utara sejak lima bulan lalu.
Menurutnya, lelaki tersebut dipercayai tinggal di belakang kebun terbabit dan selalu datang ke rumahnya.
“Lelaki itu memberitahu anak saya terkena buatan orang dan menawarkan diri untuk mengubatinya. Namun di sebaliknya, dia berjaya memujuk anak saya mencuri wang saya secara beransur-ansur dan seperti dipukau saya juga menyerahkan kereta kepadanya,” dakwanya.
Katanya, kira-kira enam hari kejadian itu berlaku, lelaki tersebut ada menghubunginya dan memberitahu keretanya ada ditinggalkan di Sepang dan menafikan membawa anaknya bersama namun mendakwa Balvin ada di negara jiran, Indonesia.
“Saya pernah pergi ke Seremban selepas menerima maklumat anak saya dijumpai bersama seorang lelaki dan bila diteliti, ciri-cirinya hampir sama seperti lelaki tersebut,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media di sini semalam, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang terjumpa dan mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan K Murugesu di talian 09-5652222 dan 012-9003661.
Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik
17 April 2012
Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.
Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.
Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam.
'Songlap' wang syarikat
17 April 2012
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Rosmawati Ismail, 50, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hukuman diputuskan terhadap tertuduh yang ketika itu diamanahkan sebagai kerani akaun di Syarikat Narco Commodities Sdn Bhd pada empat pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Pada pertuduhan pertama, dia didapati bersalah melakukan pecah amanah terhadap RM28,220.49 antara 29 Jun dan 14 Ogos 1996; RM173,392.40 antara 3 Januari dan 10 Disember 1997; RM696,760.61 antara 3 Januari dan 27 Disember 1998 dan RM327,116.74 antara 2 Januari dan 19 Julai 1999.
Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat di Rumah Asap Gading Galoh, Pulai Condong, Machang.
Irwan dalam keputusan berkata, mahkamah memutuskan hukuman selepas mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan Wan Rosmawati, selain mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.
“Maka, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun pada setiap pertuduhan dan hukuman berkuat kuasa serentak,” katanya.
Bagaimanapun, sejurus itu, Peguam bela tertuduh, Marwalis Mahmud memohon penangguhan hukuman berikutan rayuan yang akan dikemukakan pihaknya.
Irwan kemudian membenarkan dengan jaminan RM60,000 dikekalkan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari.
Pelajar berkhalwat di hotel
17 April 2012
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.
Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.
Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.
Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Si tua mengaku tidak bersalah mencabul
18 April 2012
Bagaimanapun, tertuduh yang juga berstatus duda itu, 66, dari Jalan Pasir Panjang, di sini, mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 14 Disember 2011, kira-kira jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam di sebuah kedai miliknya telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa, dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana daripada kedua-dua hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L.Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Bapa baru didakwa rogol
17 April 2012
Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi.
Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.
Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan, semalam atas dakwaan merogol mangsa.
Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam.
Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keesokan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama.
Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Mangsa simbah asid meninggal dunia
17 April 2012
S Rani yang ditempatkan di unit rawatan rapi sejak 27 Mac lalu dilaporkan kritikal selepas muka dan tangannya cedera teruk akibat di simbah asid dua individu tidak dikenali.
Suaminya, Murugan ketika dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan kepada media.
Sehingga jam 8 malam tadi, mendiang S Rani masih berada di Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan insiden simbah asid di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sun Yook membabitkan tiga pelajar dan mangsa sewaktu sedang menunggu bas sekitar jam 7 pagi, 27 Mac lalu.
Bagaimanapun, tiga pelajar terbabit tidak mengalami kecederaan serius kerana hanya terkena percikan simbahan asid selepas berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.
Cekik isteri berleter
17 April 2012
Tertuduh sanggup mencekik leher isterinya dan menyebabkan kematian sebelum menyimpan mayat mangsa dalam stor rumah mereka di Taman Klasik, di sini.
Hakim Datuk Mariana Yahya menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Kim Fook, 52, atas kesalahan membunuh Yap Kwee Yin, 53, Jun tahun lalu.
Sebelum itu, peguam bela Bob Arumugam merayu hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan Kim Fook sedang menunggu kelahiran cucu pertamanya.
Namun, Mariana memberitahu keseimbangan hukuman perlu dilakukan kerana tertuduh telah bertindak kejam dan sepatutnya seorang isteri perlu dikasihani.
Hukuman dilaksanakan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Jun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Kim Fook telah menyebabkan kematian isterinya dengan niat mencederakan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian pada 28 Jun tahun lalu di sebuah rumah nombor13, Lorong Seri Setali, Taman Klasik, kira-kira jam 7 hingga 10 pagi.
Mengikut fakta kes, kejadian disedari selepas adik mangsa bersama suaminya ke rumah tersebut kerana si mati tidak datang ke rumah atau ke kedai ubat miliknya seperti biasa.
Sesampai di rumah tersebut, mereka mencari dan akhirnya terjumpa mayat dalam keadaan terlentang di bahagian stor rumah tersebut dengan keadaan pergelangan tangan kiri dan kanan mempunyai kesan lebam serta bahagian kiri muka sedikit bengkak.
Terdapat juga kesan luka di dagu dan hidung si mati.
Sebelum itu, jiran mangsa ada mendengar tertuduh dan si mati bergaduh mengenai saman Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) namun tidak mendengar sebarang bunyi bising lagi selepas dua jam.
Selepas kejadian tersebut, tertuduh memberitahu adiknya bahawa dirinya telah menyebabkan kematian memandangkan si mati meleterinya pada pagi tersebut berkaitan saman yang diterima.
Kejadian tersebut mengakibatkan tertuduh hilang sabar dan berang lalu menolak si mati ke dinding, menghempap dan menindih badan dengan lutut sambil mencekik lehernya.
Tertuduh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan denda.
Manakala pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Hamid.
Dipukau bomoh, dipercayai anaknya dibawa lari
18 April 2012
Bukan sahaja remaja tersebut dibawa lari, malah wang sebanyak RM10,000 milik ahli perniagaan tersebut lesap secara beransur-ansur sejak mengenali lelaki terbabit sejak lima bulan lalu.
Remaja terbabit, Balvin Kaur Raghbir Singh dipercayai mengikut lelaki berusia 53 tahun dikenali dengan nama Ravi dan anak perempuannya, Sri dalam lingkungan usia 25 tahun dari rumahnya, Lorong Bukit Setongkol 4, Taman Fairmount di sini pada hari tersebut kira-kira jam 12 tengah hari.
Bapa mangsa, Raghbir Singh Sulakhan Singh, 44 ketika dihubungi memberitahu, dia mengenali lelaki tersebut di kebun milik rakannya di Simpang Panching Utara sejak lima bulan lalu.
Menurutnya, lelaki tersebut dipercayai tinggal di belakang kebun terbabit dan selalu datang ke rumahnya.
“Lelaki itu memberitahu anak saya terkena buatan orang dan menawarkan diri untuk mengubatinya. Namun di sebaliknya, dia berjaya memujuk anak saya mencuri wang saya secara beransur-ansur dan seperti dipukau saya juga menyerahkan kereta kepadanya,” dakwanya.
Katanya, kira-kira enam hari kejadian itu berlaku, lelaki tersebut ada menghubunginya dan memberitahu keretanya ada ditinggalkan di Sepang dan menafikan membawa anaknya bersama namun mendakwa Balvin ada di negara jiran, Indonesia.
“Saya pernah pergi ke Seremban selepas menerima maklumat anak saya dijumpai bersama seorang lelaki dan bila diteliti, ciri-cirinya hampir sama seperti lelaki tersebut,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media di sini semalam, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang terjumpa dan mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan K Murugesu di talian 09-5652222 dan 012-9003661.
No comments:
Post a Comment