Saturday, January 19, 2013

MACAM MANA PENCURI KOLER PUTIH....MASIH LEPAS BEBAS JUGA...DENGAN JAWATAN YANG ADA...LEPAS GITU SAJA....INGAT HUKUM AKHIRAT TAK KAN LEPAS...LIHAT JUGA KERJAYA KITA NI HARAM TAK DISISI SYARAK...MUFTI ADA TANYALAH

1,180 mangsa banjir kilat di Johor

Posted on the January 20th, 2013 under Tempatan by admin
JOHOR BAHRU – Seramai 1,180 penduduk dipindahkan ke lima pusat pemindahan berikutan banjir kilat di Johor selepas hujan lebat awal pagi semalam.
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru; Kampung Baru Sungai Mas di Penawar; Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.
Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu 10 dan Balairaya Batu 18 Sungai Tiram di Johor Bahru serta Dewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Ismail Karim berkata, pihaknya sudah bersiap sedia berikutan makluman kemungkinan banjir di daerah itu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa di daerah itu mula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pada 10 pagi.
“Tinjauan pukul 3 petang tadi (semalam) mendapati air mulai surut namun mangsa tidak dibenarkan pulang kerana masih hujan,” katanya di sini semalam.
Ismail menasihati orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah supaya bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air terus naik di kawasan mereka.
Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata, pihaknya mengagihkan makanan dan air mineral kepada mangsa banjir di Kampung Laut pada sebelah pagi sementara menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my milik Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihati penduduk di sekitar Batu Pahat agar berjaga-jaga kerana paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah sudah mencapai tahap 5.79 meter, melepasi paras amaran yang ditetapkan. – Bernama

Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus

Posted on the January 20th, 2013 under Tempatan by admin
GAMBAR 1 menunjukkan pendakap gigi tulen yang berfungsi meluruskan semula struktur gigi sementara gambar 2, 3, dan 4 pula contoh set tiruan yang kini menjadi fesyen dengan dipasarkan dalam pelbagai warna.
BENTONG – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.

Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa.
“Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Bentong semalam.
Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi internet.
Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed ketika dihubungi semalam menganggap amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.
“Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya,” kata beliau.
Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya RM150 hingga RM170 sepasang.
Kosmo

15 mayat rentung ditemui di kompleks gas Algeria

Posted on the January 20th, 2013 under Luar Negara by admin
SEORANG tentera Algeria berada di satu pos kawalan yang terletak 10 kilometer dari kompleks gas In Amenas di mana militan menahan puluhan tebusan warga asing.
ALGIERS – Pasukan tentera khas Algeria semalam menemui 15 mayat rentung di kompleks pemprosesan minyak dan gas di In Amenas yang diserang oleh kumpulan militan pada Rabu lalu.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti mayat-mayat berkenaan selepas tentera Algeria melancarkan operasi menyelamatkan tebusan yang terdiri daripada warga asing dan Algeria. Punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Lebih 20 orang warga asing masih dalam tahanan atau hilang di dalam kompleks terbabit ketika krisis tebusan memasuki hari keempat.
Bilangan dan nasib tebusan yang terselamat atau terbunuh belum dapat disahkan. Laporan menyatakan jumlah tebusan yang maut adalah antara 12 hingga 30 orang. Mereka terdiri daripada warga Norway, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat (AS).
Satu sumber keselamatan Algeria memberitahu seramai 30 orang tebusan, termasuklah sekurang-kurangnya tujuh warga Barat dan 18 orang militan terbunuh dalam operasi tentera Algeria pada Khamis.
Pemimpin-pemimpin dari Britain, Jepun dan beberapa negara lain melahirkan kekecewaan atas operasi tentera Algeria yang dibuat tanpa sebarang rundingan.
Ketua kumpulan pengganas yang menyerang kompleks berkenaan dikenali sebagai Abdul Rahman al-Nigeri, seorang pejuang veteran dari Nigeria, lapor agensi berita Mauritania.
Pasukan tentera dilihat mengepung kompleks itu sambil beberapa buah helikopter memantau keadaan. Serangan itu dibuat bagi menuntut operasi tentera Perancis di Mali dihentikan. – Reuters

Kejadian Sebenar Kes Rasuk Menjadi-jadi di UITM Lendu

Posted on the January 19th, 2013 under Tempatan by admin

Bila bercakap soal histeria, meracau, kena rasuk dan sebagainya, memang tak boleh dipisah dengan kehidupan pelajar berasrama.
Terutama dalam asrama perempuan.
Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.
Dalam sebuah laman blog, http://theruzannapages.wordpress.com, penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.

” Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.
” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis : “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .
” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan.
Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.
Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.
Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.
Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.
Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.
Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.
Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.
Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:
” Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:
” Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.
Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.
Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.
Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.
Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.
Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.
” Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.
“ Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.
” Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental,” ujar Dr. Amran.
Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini.
mynewshub

‘Dia lebih-lebih pula’ – Rita Rudaini

Posted on the January 19th, 2013 under Artis by admin

“Siapa yang tidak matang? Saya atau dia? Selama tujuh tahun sejak kes saya dengan Lisdawati dulu (bergaduh dalam kolam renang semasa penggambaran drama Rashid Sibir, Kau Yang Ku Sayang), saya tidak pernah menyebut mengenai pasangan ini.
“Pertemuan semula saya dan Lisdawati hanyalah di lokasi drama Kerana Sarah dan kami saling bersalaman, cuma tidak berbual panjang.
“Jadi saya tidak faham kenapa Fauzi yang tiada kena-mengena berlebih-lebih,” kata aktres, Rita Rudaini mengulas kenyataan Fauzi Nawawi yang mendakwanya tidak matang.

Dakwaan suami kepada Lis dawati itu turut disiarkan di akhbar ini kelmarin. Fauzi memberi kenyataan seperti itu ketika diminta penjelasan berkaitan syarat Rita yang tidak mahu dia berada di lokasi Kerana Sarah semasa penggambaran babak membabitkan aktres itu.
Rita jelas kecewa apabila hal ini berbangkit, sedangkan dia tidak pernah menyebut nama kedua-dua pasangan suami isteri itu.
“Selama seminggu menjalani penggambaran drama ini, saya tidak pernah bercerita dengan pihak media atau orang lain yang mereka juga turut sama berlakon.
“Saya tidak mahu ada kontroversi lagi selepas pihak polis menutup kes kami dahulu sebab tiada kes. Tambahan pula saya sudah bertegur sapa dengan Lisdawati.
“Bagaimanapun apabila hal ini berbangkit semula dengan kenyataan Fauzi itu, saya hairan apa motifnya. Kalau mahu mencari kontroversi jangan kaitkan orang lain dan mencemarkan nama baik orang lain,” kata Rita ketika dihubungi, semalam.
Memanjangkan perbualannya, sewaktu ditawarkan membintangi drama ini, Rita difahamkan Zamarul Hisham yang berlakon. Namun aktor itu terpaksa menarik diri sehingga digantikan dengan Fauzi. “Waktu itu saya katakan pada produser, Tasha, saya mahu menarik diri kerana saya tidak mahu hal-hal lama dihangatkan kembali.
“Bagaimanapun Tasha memujuk saya kerana TV3 sendiri mahukan saya, selain dia juga sudah lama mahukan saya terbabit dalam produksinya,” katanya.
Harian Metro

Menyamar sebagai wanita untuk mencuri tabung surau

Posted on the January 19th, 2013 under Jenayah,Tempatan by admin

Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya,tetapi sebarang kejadian didalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara,usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.
Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh kesebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini,tempat dimana para jemaah disekeliling menunaikan solat jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu…
Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut.Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai disitu..Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu.

 


Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau diseluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai.Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau.Jangan dipersiakan amanah mereka.Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya..
md daud yusri alhutan melintangi.

Kisah Benar: Taubat Nasuha dari Seorang Pramugari

Posted on the January 19th, 2013 under Agama by admin
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.
Halim Islam

No comments:

Post a Comment